In Leadmont Development Sdn Bhd v Infra Segi Sdn Bhd & Another [2018] 10 CLJ 412, the High Court had stated: “[21] It is clear from the Hansard, that the judicial management was introduced to rehabilitate companies that are under financial distress and to reduce the number of cases where companies are wound up. Datuk Liang Teck Meng (Simpang Renggam): minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan berapakah jumlah kes syarikat yang digulungkan sepanjang tempoh 2010 hingga 2014 dan apakah peranan kerajaan dalam menangani kes syarikat yang digulungkan? Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md Hanipah):.... Jumlah syarikat yang digulungkan sepanjang tempoh 2010 hingga bulan Ogos 2014 adalah sebanyak 9,010. Dari jumlah tersebut sebanyak 3,396 syarikat telah digulungkan secara sukarela manakala sebanyak 5,614 syarikat telah digulungkan melalui perintah mahkamah. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan prihatin berhubung keperluan memperkenalkan satu mekanisme untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang mengalami masalah kewangan. Namun masih boleh dipulihkan untuk beroperasi secara sedia kala. Dalam hal ini, Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang merupakan agensi kementerian ini telah mengambil inisiatif untuk 10 memperkenalkan beberapa mekanisme penyelamat korporat melalui pembaharuan yang sedang dilakukan kepada Akta Syarikat 1965. Mekanisme yang dicadangkan ini akan menjadi satu alternative kepada penggulungan atau pembubaran syarikat. Antaranya ialah pengurusan kehakiman...”