Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.:BA-22NCvC-352-08/2023
BA-22NCvC-352-08/2023
High Court of Malaysia30 Nov 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“s v. Asia Plantation Capital Pte Ltd & Others [2023] 1 LNS 2322 “[15] In dealing with the applications, I have considered the case of Protasco Bhd v. Tey Por Yee and another appeal [2018] 5 CLJ 299; [2018] MLJU 993, Nallini Pathmanathan JCA (as she then was) at [90] held: “... the court is bound to strike a balance bet”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.:BA-22NCvC-352-08/2023
1
MAJUTERA SDN BHD (No. Syarikat: 58787-H)
2
NETWORK FACILITIES SDN BHD (No. Syarikat: 933333-M) − PLAINTIF-PLAINTIF DAN KONSORTIUM JARINGAN SELANGOR SDN BHD − DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Ini ialah permohonan interlokutori yang difailkan oleh Defendan untuk membatalkan tuntutan Plaintif-Plaintif. Notis Permohonan Defendan bertarikh 25-9-2023 (Lampiran 5) dan pembelaan bertarikh 10- 10-2023. [2] Defendan menyatakan bahawa tuntutan Plaintif-Plaintif di sini adalah remeh, menyusahkan dan/atau penyalahgunaan proses Mahkamah dan harus dibatalkan dengan kos. 31/01/2024 00:56:55 BA-22NCvC-352-08/2023 Kand. 25 [3] Pada 30-11-2023, Mahkamah ini membenarkan permohonan sebagaimana dalam Lampiran 5 dan kos sebanyak RM5000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan. [4] Tuntutan Plaintif-Plaintif ini ialah berkenaan dengan penamatan kontrak-kontrak kerja dan perjanjian-perjanjian pembiayaan secara unilateral dan tidak sah oleh Defendan. [5] Tindakan undang-undang oleh Plaintif-Plaintif ini telah melalui peringkat dan sedang melalui peringkat di Mahkamah iaitu – Bil. Tarikh, No. Kes, Mahkamah dan Peguam cara
1
4-4-2019 Saman Pemula No. BA- 24NCVC-462-04/2019 (selepas ini dirujuk sebagai “OS No. 462”). Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC4 (MTSA). Plaintif-Plaintif: Tetuan Lee & Koh, Mont Kiara, Kuala Lumpur. • Plaintif-Plaintif memfailkan Saman Pemula bagi Permohonan Penzahiran Dokumen di bawah A. 24 k. 7A dan A. 92 k. 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. • Dalam perkara Kontrak-Kontrak Kerja dan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan. Bil. Tarikh, No. Kes, Mahkamah dan Peguam cara Status Defendan: Tetuan Weng & Co., Petaling Jaya. • pada 27-8-2019, MTSA membenarkan OS No.
462
• Defendan merayu ke Mahkamah Rayuan. • pada 9-3-2020, Mahkamah Rayuan (Koram: Abdul Karim Bin Abdul Jalil, HMR; Nor Bee Binti Ariffin, HMR; Ravinthran A/L Paramaguru, HMR) memutuskan – “... MAKA DIPERINTAHKAN DENGAN PERSETUJUAN bahawa:
a
Rayuan Perayu di sini dibenarkan; Bil. Tarikh, No. Kes, Mahkamah dan Peguam cara
b
Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 27 haribulan Ogos 2019 diketepikan;
c
Notis Usul Perayu bertarikh 11 haribulan Oktober 2019 (Lampiran 9) ditarik balik; dan
d
Pihak-pihak menanggung kos masing-masing.”
2
26-8-2019 Saman Pemula No. BA- 24NCVC-1216-08/2019 (selepas ini dirujuk sebagai “OS No. 1216”). Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC9 (MTSA). • Saman Pemula Plaintif-Plaintif menurut Seksyen-Seksyen 4, , 42, 50, 51 dan 52 Akta Relif Spesifik 1950, Aturan 29 kaedah 1 dan Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau kuasa sedia ada Mahkamah untuk Bil. Tarikh, No. Kes, Mahkamah dan Peguam cara Status Plaintif-Plaintif: Tetuan Lee & Koh, Mont Kiara, Kuala Lumpur. Defendan: Tetuan Weng & Co., Petaling Jaya. memohon Perintah yang berikut:
1
deklarasi bahawa Defendan adalah tidak berhak untuk menamatkan Perlanjian-Perjanjian Pembiayaan yang dibuat antara Plaintif Pertama dan Defendan (“Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut”) secara sehala menurut Klausa 8.13 Perlanjian-Perlanjian Pembiayaan tersebut;
2
deklarasi bahawa penamatan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut oleh Defendan meIaui Surat-Surat Defendan bertarikh 9-4- 2019, 3-5-2019 dan 14- Bil. Tarikh, No. Kes, Mahkamah dan Peguam cara Status 5-2019 adalah pelanggaran Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut, dan ia adalah salah, tidak berhati perut dan tidak sah di sisi undang-undang;
3
deklarasi bahawa Plaintif Kedua adalah penerima serah hak yang sah bagi kesemua hak, kepentingan dan liabiliti di dalam Menara-Menara tersebut dan segala faedah di bawah Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut, menurut Surat Ikatan Penyerahhakkan (meIalui perpindahan) bertarikh 26.10.2018, tanpa keperluan untuk Bil. Tarikh, No. Kes, Mahkamah dan Peguam cara Status memperoleh persetujuan terlebih dahulu daripada
4
perintah injunksi sehingga pelupusan Prosiding Yang Diniatkan oleh Plaintif-Plaintif, bahawa Defendan sama ada dengan sendirinya atau pengarah, pengurus, pegawai, kakitangan, pekerja, ejen dan/atau sesiapa yang diberikuasa oleh Defendan, dihalang daripada memberikan kesan kepada Surat-Surat Defendan dan/atau mana-mana surat dan/atau notis yang berkenaan untuk menamatkan Bil. Tarikh, No. Kes, Mahkamah dan Peguam cara Status Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut;
5
perintah injunksi sehingga pelupusan Prosiding Yang Diniatkan oleh Plaintif-Plaintif, bahawa Defendan sama ada dengan sendirinya atau pengarah, pengurus, pegawai, kakitangan, pekerja, ejen dan/atau sesiapa yang diberikuasa o1eh Defendan, dihalang daripada menamatkan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut;
6
perintah injunksi berkekalan bahawa Defendan sama ada dengan sendirinya atau pengarah, pengurus, Bil. Tarikh, No. Kes, Mahkamah dan Peguam cara Status pegawai, kakitangan, pekerja, ejen dan/atau sesiapa yang diberikuasa o1eh Defendan, dihalang daripada memberikan kesan kepada Surat-Surat Defendan;
7
perintah injunksi berkekalan bahawa Defendan sama ada dengan sendirinya atau pengarah, pengurus, pegawai, kakitangan, pekerja, ejen dan/atau sesiapa yang diberikuasa o1eh Defendan, dihalang dartpada menamatkan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut;
8
Kos tindakan ini; Bil. Tarikh, No. Kes, Mahkamah dan Peguam cara
9
Status Kos peguam cara pada dasar peguam cara-klien; dan
10
relif atau perintah Ianjut dan/atau seiainnya yang Mahkamah fikirkan adil dan suaimanfaat.
3
18-2-202019 OS No. 1216 ditukar kepada writ saman No. BA- 22NCVC-149-05/2020 (selepas ini disebut “Suit No. 149”).
i
Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC9/Y.A Choo Kah Sing (MTSA).
II
(ii) Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC1/Y.A S.M Komathy A/P Suppiah • Keputusan MTSA pada 18-2-2019 ialah –
a
Guaman ini diteruskan seolah-olah kausa atau perkara itu telah dimulakan melalui writ;
b
(b)
para
Injunksi yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif adalah dibenarkan;
c
sekiranya tuntutan Bil. Tarikh, No. Kes, Mahkamah dan Peguam cara Status (MTSA).
III
(iii) Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC5/Y.A Faizah Jamaludin (MTSA). Plaintif-Plaintif: Tetuan Lee & Koh, Mont Kiara, Kuala Lumpur. Peguam cara terkini bagi Plaintif-Plaintif: Tetuan Shahrin Satheer Kamal & Co., Rawang, Selangor. Defendan: Tetuan Weng & Co., Petaling Jaya. Plaintif-Plaintif ditolak dan penamatan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut oleh Defendan dibenarkan, penamatan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut akan berkuatkuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam keputusan Mahkamah dalam tindakan ini. • pada 19-10-2022, MTSA telah menolak notis permohonan Plaintif-Plaintif untuk meminda pernyataan tuntutan bertarikh 7-6-2022. • Plaintif-Plaintif merayu ke Mahkamah Rayuan. Bil. Tarikh, No. Kes, Mahkamah dan Peguam cara Status • pada 7-7-2023, Mahkamah Rayuan (Koram: S. Nantha Balan, HMR; Mariana Binti Haji Yahya, HMR dan Wong Kian Kheong, HMR) memutuskan – “... MAKA ADALAH DIPERINTAHKAN DENGAN SEBULAT SUARA bahawa:
a
Rayuan ini dibatalkan dengan kos; dan
b
Kos sebanyak RM2,000.00 kepada Responden tertakluk kepada fi alokatur.”. [6] Suit No. 149 telah sedia untuk dibicarakan di hadapan Y.A Dato’ Faizah binti Jamaludin pada 2, 3 dan 10 Mei 2024 di mana Plaintif-Plaintif (rujuk Senarai Saksi Plaintif-Plaintif) akan memanggil saksi mereka iaitu Noorul Azlin binti Hassan (Pengurus Akaun) dan Amy Azfar bin Helmi (Jurutera/Field Engineer). Manakala, Defendan akan memanggil seorang saksinya iaitu Ahmad Fahman bin Ismail Hadi Tang Ketua Pengawai Eksekutif, Konsortium Jaringan Selangor Sdn Bhd Pihak-Pihak: [7] Plaintif Pertama ialah sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016, dan mempunyai alamat berdaftar di Kota Bahru dan alamat perniagaan di Lembah Keramat, Hulu Klang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. [8] Plaintif Kedua ialah sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016, dan mempunyai alamat berdaftar di Jalan Gombak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan alamat perniagaan di Lembah Keramat, Hulu Klang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. [9] Defendan ialah sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016, dan mempunyai alamat berdaftar di Jalan Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan alamat perniagaan di Pusat Perdagangan Amcorp, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Latar Belakang Kes: [10] Mahkamah ini menggunapakai “Material background facts” yang dikemukakan oleh peguam cara terpelajar Defendan dalam hujahan bertulisnya di peringkat Mahkamah Rayuan. Mahkamah ini telah meneliti ringkasan fakta tersebut dan adalah serupa dengan fakta kes ini bermula dari OS 462, OS 1216 hingga ke Suit No. 149 dan Suit ini Suit No. 352, dinyatakan semula dalam bahasa asal −
2
2.1 The material background facts are succinctly summarised in the learned Judge’s grounds of judgment as follows (Enclosure 4, PDF pp 24 – 26): [3] In April 2019, the plaintiffs had filed a pre-action discovery action against the defendant by way of Originating Summons No. BA-24NCVC- 462-04/2019 (“OS 462”). [4] In August 2019, the plaintiffs commenced an action against the defendant by way of Originating Summons No. BA-24NCVC-1216- 08/2019 (“OS 1216”). [5] The High Court made a Discovery Order against the defendant in OS 462. The defendant appealed against the Order. By consent of the parties, the Court of Appeal set aside the Discovery Order on 09.03.2020. [6] Before the Consent Order was entered in OS 462, the High Court had on 18.02.2020 ordered that OS 1216 be converted to a writ action and that all affidavits by the parties in the OS stand as pleadings in the writ action. [7] Also, on 18.02.2020, Choo Kah Sing J directed the parties to file a Common Agreed Bundle of Documents, Case Summaries, Statements of Agreed Facts, Lists of Issues to be Tried and Lists of Witnesses (“PTCM Documents”) by 23.04.2020. The Court also fixed the matter for full trial on 25 to 27 August 2020. [8] Due to the Movement Control Order (“MCO”) implemented by the Government because of the Covid-19 pandemic, the parties were allowed to file the PTCM Documents by 27.05.2010 and a case management was fixed on 28.05.2020. [9] On 27.05.2020, the Court informed that parties that OS 1216 was reregistered into as a writ action (“Suit 149”) and that this suit had been transferred to High Court NCVC 1 before S.M. Komathy J. [10] On 17.07.2020, the plaintiffs filed an application in Enc. 24 seeking to retransfer this suit back to Choo Kah Sing J’s court. The application was dismissed on 17.12.2020. [11] At a case management on 26.01.2021, the parties were directed to file the PTCM Documents by 15.06.2021. And in a further case management on 15.06.2021, this suit was fixed for full trial on 6 to 9 December 2021. [12] The parties filed the PTCM Documents on 14.06.2021. In October 2021, the parties filed 4 volumes of the Common Bundle of Documents. [13] At a case management before S.M. Komathy J on 25.10.2021, the Court re-fixed this suit for full trial on 13 to 17 June 2022. At a subsequent case management on 03.03.2022, the parties were informed that this suit had been transferred to from NCVC 1 to this Court, NCVC 5, and the trial was re-fixed on 14 to 17 June 2023. [14] After this suit had been transferred to this Court, at a case management before me on 17.05.2022, I directed the parties to file a statement of claim and defence setting out their pleadings for clarity and ease of reference during the trial. The parties were also directed to file their respective list of witnesses. [15] In June and July 2022, the parties filed the following documents: Statement of Claim, Defence and Counterclaim, Reply and Defence to Counterclaim, Reply to Defence to Counterclaim, plaintiffs and defendant’s List of Witnesses. The plaintiffs also filed an additional 5 volumes of Common Bundle of Documents on 25.07.2022. [16] On 12.08.2022, the plaintiffs filed this application in Enc. 67 to amend their statement of claim and their affidavit in support of the application (Enc. 68). An unsealed copy of Encs. 67 and 68 were served on the defendant on 16.08.202 — a day prior to the case management before this Court on 17.08.2022.
2
2.2 The foregoing material background facts were not disputed by the Appellants.
2
2.3 At the outset, it should be emphasised that after the Consent Order dated 09.03.2020, for a period of 2 years and 5 months, there were at least 8 separate case managements before 3 different courts and 3 different judges in respect of OS 1216 and/or Suit 149, where pre-trial case management directions were given and trial dates had been fixed. The Appellants did not at any material time inform the courts of any need or intention to amend their pleadings, despite the Appellants having ample opportunity to do so during the 8 case managements. More importantly, the Appellants did not provide any reason whatsoever for the delay in filing the Amendment Application. As will be seen below, these were material facts which were correctly and properly taken into account by the learned Judge in dismissing the Amendment Application. Tindakan undang-undang melalui writ saman oleh Plaintif-Plaintif di hadapan Mahkamah ini (MTSA Sivil 12) Kes No.: BA-22NCvC-352-08- 2023 [11] Guaman No.: BA-22NCvC-352-08-2023 difailkan oleh Plaintif-Plaintif lebih kurang sebulan selepas daripada tarikh keputusan Mahkamah Rayuan. [12] Keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan writ saman dan pernyataan tuntutan tanpa apa-apa pindaan boleh dibuat oleh Plaintif-Plaintif kini sedia untuk dibicarakan di MTSA Sivil NCvC5. [13] Apakah relief yang dituntut oleh Plaintif-Plaintif dalam Suit No. 149 dan Suit No. 352? Jadual perbandingan adalah seperti yang berikut: Suit No. 149 (sebagaimana pernyataan tuntutan bertarikh 7-6-2022) Suit No. 352 (sebagaimana pernyataan tuntutan bertarikh 24-8-2023)
a
deklarasi menurut bahawa Defendan adalah tidak berhak untuk menamatkan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut secara sehala menurut Klausa 8.13 Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut.
a
Ganti rugi berjumlah RM 15,204,792.00 yang perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif Pertama dan/atau Plaintif Kedua dan/atau Plaintif-Plaintif secara bersesama sebagai jumlah Pendapatan Sewa Bulanan yang disembunyikan oleh Suit No. 149 (sebagaimana pernyataan tuntutan bertarikh 7-6-2022) Suit No. 352 (sebagaimana pernyataan tuntutan bertarikh 24-8-2023) Defendan kepada Plaintif-Plaintif.
b
deklarasi bahawa penamatan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut oleh Defendan meIalui surat Defendan bertarikh 19-4- 2019 dan surat peguam cara Defendan bertarikh 3-5-2019 dan 14-5-2019, adalah Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut, dan ia adalah salah, tidak berhati perut dan tidak sah di sisi undang-undang.
b
Ganti rugi selanjutnya bagi jumlah Pendapatan Sewa Bulanan yang disembunyikan oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif yang akan ditaksirkan kemudiannya bermula dari tarikh pemfailan tindakan ini sehingga tarikh penghakiman.
c
deklarasi bahawa Plaintif Kedua adalah penerima serah hak yang sah bagi kesemua hak, kepentingan dan liabiliti di dalam Menara-Menara tersebut dan segala faedah di bawah Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut, menurut Surat Ikatan Penyerahhakkan (meIalui
c
Ganti rugi bagi deposit sekuriti tambahan yang akan ditaksirkan bagi TELCO-TELCO yang tidak diisytiharkan oleh Defendan ditaksirkan oleh Mahkamah ini dan dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif. Suit No. 149 (sebagaimana pernyataan tuntutan bertarikh 7-6-2022) Suit No. 352 (sebagaimana pernyataan tuntutan bertarikh 24-8-2023) perpindahan) bertarikh 26-10- 2018, tanpa keperluan untuk memperoleh persetujuan terlebih dahulu daripada Defendan.
d
Perintah injunksi sehingga pelupusan Prosiding Yang Diniatkan oleh Plaintif-Plaintif, bahawa Defendan sama ada dengan sendirinya atau pengarah, pengurus, pegawai, kakitangan, pekerja, ejen dan/atau sesiapa yang diberikuasa oleh Defendan, dihalang daripada memberikan kesan kepada surat Defendan bertarikh 19-4-2019 dan surat peguam cara Defendan bertarikh 3-5-2019 dan 14-5-2019 dan/atau mana-mana surat dan/atau notis yang berkenaan untuk menamatkan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut.
d
deklarasi bahawa Defendan telah melakukan pelanggaran kewajipan-kewajipan Defendan di bawah Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut. Suit No. 149 (sebagaimana pernyataan tuntutan bertarikh 7-6-2022) Suit No. 352 (sebagaimana pernyataan tuntutan bertarikh 24-8-2023)
e
Perintah injunksi sehingga pelupusan Prosiding Yang Diniatkan oleh Plaintif-Plaintif, bahawa Defendan sama ada dengan sendirinya atau pengarah, pengurus, pegawai, kakitangan, pekerja, ejen dan/atau sesiapa yang diberikuasa oleh Defendan, dihalang daripada menamatkan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut, sama ada berdasarkan surat Defendan bertarikh 19-4- 2019 dan surat peguam cara Defendan bertarikh 3-5-2019 dan 14-5-2019 dan/atau mana-mana surat dan/atau notis yang berkenaan.
e
Perintah Pelaksanaan Spesifik terhadap Defendan di bawah Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut.
f
Perintah injunksi berkekalan, bahawa Defendan sama ada dengan sendirinya atau pengarah, pengurus, pegawai, kakitangan, pekerja, ejen dan/atau sesiapa yang diberikuasa oleh Defendan,
f
Perintah untuk suatu akaun dan siasatan terhadap Defendan bagi segala jumlah yang diterima sebagai pendapatan sewa, deposit sekuriti dan/atau keuntungan Suit No. 149 (sebagaimana pernyataan tuntutan bertarikh 7-6-2022) Suit No. 352 (sebagaimana pernyataan tuntutan bertarikh 24-8-2023) dihalang danpada memberikan kesan kepada surat Defendan bertarikh 19-4-2019 dan surat peguamcara Defendan bertarikh 3-5-2019 dan 14-5-2019 dan/atau mana-mana surat dan/atau notis yang berkenaan untuk menamatkan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut. oleh Defendan daripada Telco-Telco berkenaan penggunaan Menara-Menara tersebut dalam tempoh 14 hari dari tarikh tindakan ini
g
Perintah injunksi berkekalan bahawa Defendan sama ada dengan sendirinya atau pengarah, pengurus, pegawai, kakitangan, pekerja, ejen danlatau sesiapa yang diberikuasa oleh Defendan, dihalang dartpada menamatkan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut, sama ada berdasarkan surat Defendan bertarikh 19-4- 2019 dan surat peguam cara Defendan bertarikh 3-5-2019 dan 14-5-2019 dan/atau mana-mana surat dan/atau notis yang
g
Perintah untuk bayaran oleh Defendan kesemua jumlah yang didapati berhutang oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif berdasarkan akaun dan siasatan menurut perenggan
e
di atas dalam tempoh 7 hari dari tarikh akaun dan siasatan terhadap Defendan selesai dilakukan. Suit No. 149 (sebagaimana pernyataan tuntutan bertarikh 7-6-2022) Suit No. 352 (sebagaimana pernyataan tuntutan bertarikh 24-8-2023) berkenaan.
h
Kos tindakan in
h
seterusnya dan/atau sebagai alternatif, satu perintah pengesanan (“tracing order”) untuk segala jumlah yang dibayar oleh Telco-Telco berkenaan penggunaan Menara-Menara tersebut.
i
Kos peguam cara pada dasar peguamcara-klien.
i
Lain-lain relief yang berkenaan dengan perintah pengesanan (“tracing order”) di dalam perenggan (g) di atas.
j
Lain-lain relif atau perintah Ianjut danlatau selainnya yang Mahkamah fikirkan adil dan suaimanfaat.
j
Perintah bahawa caj elektrik yang berlebihan yang telah ditanggung oleh Plaintif Pertama dan/atau Plaintif Kedua ditaksirkan oleh Mahkamah ini dan dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif. Suit No. 149 (sebagaimana pernyataan tuntutan bertarikh 7-6-2022) Suit No. 352 (sebagaimana pernyataan tuntutan bertarikh 24-8-2023)
k
Ganti rugi Am dan Ganti rugi Teladan terhadap Defendan yang perlu dibayar kepada Plaintif-Plaintif.
l
Kos tindakan Plaintif-Plaintif.
m
Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman yang dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.
n
Lain-lain perintah yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini. [14] Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa memandangkan tempoh selama 5 tahun telah berlalu semenjak Plaintif-Plaintif memperoleh pengetahuan mengenai perlanggaran Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut oleh Defendan, Plaintif-Plaintif adalah menegaskan bahawa terdapat kemungkinan Plaintif-Plaintif akan terhalang oleh had masa untuk melakukan apa-apa tindakan ganti rugi terhadap Defendan dan maka tindakan baharu di hadapan Mahkamah ini terhadap Defendan adalah perlu bagi tujuan keadilan. Tuntutan Plaintif-Plaintif untuk memperoleh jumlah sewa yang tidak diisytiharkan i.e. kerugian sebanyak RM15,204,792.00: [15] Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa –
a
Defendan telah gagal melaksanakan kewajipan-kewajipannya di bawah Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut, sepertimana berikut: i. Defendan gagal memperoleh persetujuan bertulis daripada Plaintif Pertama sebelum menyewakan bahagian-bahagian menara-menara telekomunikasi tersebut kepada TELCO yang tidak diisytiharkan. ii. Defendan gagal memberikan kepada Plaintif Pertama deposit sekuriti tambahan yang dikutip daripada TELCO yang tidak diisytiharkan. iii. Defendan gagal untuk menyerahkan, memberikan dan memindahkan pendapatan sewa bulanan tambahan yang dikutip daripada TELCO yang tidak diisytiharkan kepada Plaintif Pertama. iv. Defendan telah dan masih enggan untuk mendedahkan perjanjian-perjanjian dan dokumen-dokumen lain yang berkenaan dengan TELCO yang tidak diisytiharkan kepada Plaintif Pertama dan/atau Plaintif Kedua. v. setelah penamatan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut yang mana adalah salah dan tidak sah di sisi undang-undang, Defendan gagal untuk menyerahkan, memberikan dan memindahkan pendapatan sewa bulanan tambahan yang dikutip daripada TELCO yang diisytiharkan kepada Plaintif Pertama. vi. Plaintif-Plaintif telah menanggung pembayaran elektrik yang berlebihan akibat tindakan Defendan dalam tidak diisytiharkan kepada Plaintif-Plaintif berkenaan dengan TELCO yang menyewa menara-menara telekomunikasi tersebut. vii. Defendan telah mengaut keuntungan secara tidak sah atau tidak adil.
b
Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa akibat daripada wujudnya TELCO yang disembunyikan dan/atau tidak diisytiharkan oleh Defendan, Plaintif-Plaintif telah menanggung kerugian sebanyak RM15,204,792.00 sejak dari tahun 2013 sehingga Ogos 2023 bagi Pendapatan Sewa Bulanan yang disembunyikan oleh Defendan yang perlu dibayar kepada Plaintif-Plaintif. Butir-butir secara terperinci berkenaan penggiraan jumlah RM15,204,792.00 akan dikemukakan di hadapan Mahkamah ini ketika perbicaraan kelak.
c
berdasarkan pengetahuan Plaintif-Plaintif bagi jumlah yang tertunggak oleh Defendan berdasarkan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut (tidak termasuk jumlah-jumlah lain yang terhutang oleh Defendan kepada PlaintifPlaintif), Plaintif-Plaintif telah mendapati bahawa Defendan telah gagal membayar sejumlah RM15,204,792.00 dari tahun 2013 hingga Ogos 2023.
d
Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa Defendan tidak berhak untuk memegang jumlah RM15,204,792.00 tersebut secara tidak sah. Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa Defendan seharusnya mengangkat Perjanjian-Perjanjian yang telah ditandatangani secara sah oleh Plaintif Pertama dan Defendan. Notis Permohonan Defendan untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan (Lampiran 5) [16] Sebelum Defendan memfailkan pembelaannya iaitu pada 10-10- 2023, pada 25-9-2023 dalam notis permohonan Defendan vide Lampiran 5, Defendan memohon untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(b) dan/atau 19 (1)(d) serta Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [17] Alasan permohonan pembatalan ini adalah, secara ringkasnya –
a
Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan adalah remeh dan/atau menyusahkan; dan/atau
b
selanjutnya atau secara alternatif, tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah. [18] Afidavit sokongan Defendan yang diikrarkan oleh Ketua Pengawai Eksekutif Defendan, menyatakan bahawa – • dalam Suit No. 149 itu, pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh Plaintif-Plaintif kepada pernyataan tuntutan termasuk adalah mengenai –
i
tuduhan-tuduhan bahawa Defendan telah memungkiri Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan, iaitu − (a) Defendan gagal untuk mendapatkan kebenaran bertulis Plaintif Pertama sebelum menyewakan bahagian Menara-menara kepada Syarikat-syarikat Telco yang tidak diisytiharkan; (b) Defendan gagal untuk menyampaikan kepada Plaintif Pertama deposit sekuriti tambahan yang telah dikutip daripada Syarikat-syarikat Telco yang tidak diisytiharkan; (c) Defendan gagal untuk menyerahkan, menyampaikan dan memindahkan kepada Plaintif Pertama hasil sewa bulanan tambahan yang dikutip daripada Syarikat-syarikat Telco yang tidak diisytiharkan; (d) Defendan enggan mendedahkan perjanjian-perjanjian dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan Syarikat-syarikat Telco yang tidak diisytiharkan kepada Plaintif Pertama dan/atau Plaintif Kedua; dan (e) Defendan gagal untuk menyerahkan, menyampaikan dan memindahkan kepada Plaintif Pertama hasil sewa bulanan tambahan yang dikutip daripada tidak diisytiharkan selepas penamatan Perjanjian-perjanjian Pembiayaan. (Defendan merujuk perenggan 51 Pernyataan Tuntutan Terpinda Suit No. 149 yang Dicadangkan).
II
(ii) tuduhan-tuduhan kerugian-kerugian yang dialami oleh Plaintif-Plaintif diakibatkan kemungkiran kontrak Defendan yang didakwa iaitu −(a) Hasil sewa bulanan yang dikutip oleh Defendan daripada Syarikat-syarikat Telco yang tidak diisytiharkan tetapi sehingga kini masih belum diserahkan, dihantar dan dipindahkan kepada Plaintif Pertama; (b) Hasil sewa bulanan yang dikutip oleh Defendan daripada Syarikat-syarikat Telco yang diisytiharkan tetapi tidak diserahkan, dihantar dan dipindahkan kepada Plaintif Pertama sejak penamatan Perjanjian-perjanjian Pembiayaan; (c) Deposit sekuriti tambahan yang telah dikutip oleh Defendan daripada Syarikat-syarikat Telco yang tidak diisytiharkan; (d) Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan disebabkan oleh penambahan Syarikat-syarikat Telco yang tidak diisytiharkan yang telah menduduki dan/atau menggunakan infrastruktur dan Menara-menara telekomunikasi, yang mengenakan bayaran kepada Plaintif Pertama. (Defendan merujuk perenggan-perenggan 52 – 55 Pernyataan Tuntutan Terpinda Suit No. 149 yang Dicadangkan).
III
(iii) Relif dan/atau remedi baharu dipohon adalah − (a) Deklarasi bahawa Defendan telah melakukan kemungkiran kewajipan Defendan di bawah Perjanjianperjanjian Pembiayaan; (b) Perintah untuk Pelaksanaan Spesifik terhadap Defendan di bawah Perjanjian-perjanjian Pembiayaan; (c) Perintah untuk akaun dan siasatan terhadap Defendan untuk semua jumlah yang diterima sebagai hasil sewa, deposit sekuriti dan/atau keuntungan yang diperoleh Defendan daripada Syarikat-syarikat Telco berkenaan dengan penggunaan Menara-menara; (d) Perintah pembayaran oleh Defendan semua jumlah yang didapati terhutang daripada Defendan kepada Plaintifplaintif berdasarkan akaun dan siasatan; (e) Selanjutnya dan/atau sebagai alternatif, satu perintah pengesanan (tracing) untuk semua jumlah yang dibayar oleh Syarikat-syarikat Telco berkenaan dengan penggunaan Menara-menara; (f) Sebarang relief lain dan/atau lanjutan berkenaan dengan perintah pengesanan tersebut; (g) Perintah bahawa caj elektrik berlebihan yang ditanggung oleh Plaintif-Plaintif ditaksirkan oleh Mahkamah dan dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif; (h) Ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk untuk ditaksirkan; (i) Faedah. (Defendan merujuk perenggan-perenggan 56(f) – (n) Pernyataan Tuntutan Terpinda Suit No. 149 yang Dicadangkan). • Pada 19-10-2022, Permohonan Pindaan telah ditolak oleh MTSA Sivil NCvC5. Pada 7-7-2023, Rayuan Plaintif-Plaintif kepada Mahkamah Rayuan telah ditolak. • Plaintif-Plaintif tidak memfailkan atau memohon kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 7-7-2023 tersebut. Sebaliknya, Plaintif-Plaintif pada atau lebih kurang 24.08.2023 memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan (Suit No. 352) di Mahkamah ini. [19] Defendan menyatakan bahawa tindakan yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif di sini melibatkan pihak-pihak yang sama, perkara subjek yang sama, dan fakta latar belakang yang sama seperti Suit No. 149, yang masih belum selesai di Mahkamah Tinggi Shah Alam. [20] Atas nasihat peguam cara Defendan, Defendan menyatakan bahawa dalam Pengendorsan Writ dan Pernyataan Tuntutan Suit No. 352, sifat tuntutan Plaintif-Plaintif untuk kemungkiran kontrak dan relif dan/atau remedi yang dipohon (ganti rugi untuk kemungkiran kontrak, deklarasi, pelaksanaan spesifik, akaun dan siasatan, pengesanan dan faedah) adalah dalam semua aspek material sama dengan pindaan yang dicadangkan oleh Plaintif-Plaintif kepada Suit No. 149 yang telah ditolak oleh MTSA dan juga Mahkamah Rayuan. [21] Defendan membuat perbandingan sepintas lalu perenggan-perenggan 51 hingga 55; dan 56(f) hingga (n) Pernyataan Tuntutan Terpinda Suit No 149 yang Dicadangkan dan perenggan-perenggan 34 hingga 39 Pernyataan Tuntutan Suit No. 352. [22] Atas nasihat peguam cara Defendan, Defendan menyatakan bahawa Plaintif-Plaintif sewajar mengambil tindakan untuk meminta kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak Permohonan Pindaan tersebut. Permohonan Pindaan telah didengar, dan peluang penuh telah diberikan kepada Plaintif-Plaintif untuk berhujah di hadapan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. [23] Oleh demikian, permulaan tindakan di sini berdasarkan fakta diplidkan yang sama, kausa tindakan yang dicadangkan yang sama dan relief dan/atau remedi yang sama yang dipohon dalam Permohonan Pindaan adalah merupakan satu percubaan untuk memintas tatacara rayuan yang diperlukan dan merupakan satu penyalahgunaan proses. [24] Seterusnya dan/atau secara alternatif, atas nasihat peguam cara Defendan, Defendan mempercayai bahawa Plaintif-Plaintif adalah dihalang oleh res judicata dan/atau diestop daripada memplidkan dan/atau meneruskan dalam tindakan ini. Tuntutan kemungkiran kontrak yang sama dan relief dan/atau remedi yang sama seperti yang Plaintif-Plaintif cuba lakukan dalam Permohonan Pindaan dalam Suit No. 149, yang telah ditolak oleh Mahkamah-Mahkamah. [25] Defendan menyatakan dalam afidavit sokongannya – “Semua tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan di sini adalah tuntutan yang boleh dan sepatutnya dibangkitkan dalam Suit No. 149. Plaintif-Plaintif jelasnya sedar akan perkara ini, seperti yang terbukti daripada kelakuan mereka dalam memilih untuk memfailkan Permohonan Pindaan tersebut. Namun, Permohonan Pindaan telah ditolak, dan Plaintif-Plaintif tidak cuba memohon kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan. Adalah tidak wajar dan tidak adil bagi Plaintif-Plaintif untuk mempunyai “gigitan kedua ceri” (“second bite of the cherry”) kerana pindaan-pindaan dicadangkan kepada SOC Guaman 149 SOC telah dipertimbangkan dan ditolak, dan keputusan sedemikian mesti dianggap telah diterima oleh Plaintif-Plaintif. Plaintif-Plaintif tidak seharusnya dibenarkan menggunakan tindakan ini untuk cuba memplidkan dan/atau membicarakan semula perkara-perkara dan/atau isu-isu yang telah dibangkitkan dan/atau ditolak dalam Guaman 149. Plaintif-Plaintif tidak seharusnya dibenarkan mencapai melalui Writ dan Pernyataan Tuntutan di sini apa yang ditolak dalam Permohonan Pindaan. Plaintif-Plaintif tidak seharusnya dibenarkan menggunakan tindakan di sini untuk cuba memintas keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam Permohonan Pindaan.”. [26] Selanjutnya, Defendan menyatakan dalam afidavit sokongannya – “Seterusnya dan/atau secara alternatif, saya dinasihatkan oleh peguam cara Defendan dan sesungguhnya mempercayai bahawa oleh sebab perkara-perkara yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan 5.0 hingga 5.11 di atas, tindakan di sini yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif menimbulkan satu kepelbagaian prosiding (multiplicity of proceedings) dan merupakan satu penyalahgunaan proses. Seperti yang dinyatakan di atas, tindakan di sini yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif melibatkan pihak-pihak yang sama, perkara subjek yang sama, dan fakta latar belakang yang sama seperti Guaman 149. Plaintif-Plaintif telah membangkitkan dakwaan-dakwaan dan/atau isu-isu yang sama dalam tindakan di sini dan Guaman 149 sekarang, iaitu bahawa Defendan telah memungkiri dan/atau telah menamatkan Perjanjian Pembiayaan secara salah. Tindakan Plaintif-Plaintif memfailkan tindakan di sini manakala Guaman 149 masih belum selesai di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah prima facie satu kepelbagaian prosiding dan satu penyalahgunaan proses. Seterusnya dan/atau secara alternatif, saya dinasihatkan oleh peguamcara Defendan dan sesungguhnya mempercayai bahawa tuntutan-tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan adalah remeh dan/atau menyusahkan. Adalah jelas bahawa tuntutan-tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan adalah berdasarkan dakwaan-dakwaan kemungkiran kontrak Defendan dan Defendan tidak mendedahkan Syarikat-syarikat TELCO yang menyewa atau menggunakan Menara-Menara. Ini merupakan perkara subjek permohonan Penzahiran Pra-Tindakan Plaintif-Plaintif dalam OS 462, di mana Plaintif-Plaintif berusaha untuk memaksa Defendan mendedahkan dokumen-dokumen atau maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Syarikat-syarikat TELCO yang didakwa tidak diisytiharkan.”. [27] Perintah penzahiran Penzahiran Pra-Tindakan bertarikh 27-8-2019 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi telah diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada 9-3-2020. Tiada rayuan oleh Plaintif-Plaintif terhadap Perintah Penzahiran oleh Mahkamah Rayuan tersebut. Fakta material ini telah diketengahkan oleh Mahkamah Tinggi dalam menolak Permohonan Pindaan. Dalam alasan penghakimannya bertarikh 28-12-2022, Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana membuat pemerhatian berikut: [32] Another criterion in Hong Leong Finance v Low Thiam Hoe that the plaintiffs must satisfy is that the proposed amendments must disclose full particulars for the Court to ascertain if the plaintiffs have a real prospect of success in proving the proposed new claims and new reliefs sought. However, the plaintiffs’ deponent had effectively admitted in her affidavit in support that the new proposed claims were dependent on the plaintiffs obtaining the relevant documents from the defendant through their pre-action discovery application in OS
462
Since the plaintiffs’ application was ultimately unsuccessful with the setting aside of the High Court’s discovery order pursuant to the Consent Order recorded by the Court of Appeal, this Court is not satisfied that the plaintiffs have a real prospect of success in proving its proposed new claims.”. [28] Dalam erti kata lain, Defendan menyatakan bahawa Plaintif-Plaintif tidak mempunyai prospek benar untuk berjaya membuktikan tuntutan-tuntutannya di sini [29] Keputusan Mahkamah ini pada 30-11-2023 adalah − “Pada 30-11-2023, saya telah membenarkan permohonan pembatalan writ saman dan pernyataan tuntutan oleh Defendan. [1] Mahkamah ini telah meneliti Notis Permohonan yang difailkan oleh Defendan, kertas kausa, afidavit dan hujahan bertulis pihak-pihak. Mahkamah juga telah menyemak laluan kes BA-22NCvC-149-05-2020. [2] Perbicaraan penuh bagi kes BA-22NCvC-149-05-2020 telah ditetapkan pada 2, 3 dan 10 Mei 2024 di hadapan Mahkamah NCvC 5 (YA Dato’ Faizah Jamaluddin). [3] Peguam cara yang mengendalikan kes Plaintif-Plaintif di hadapan Mahkamah ini dan Mahkamah NCvC5 adalah berbeza namun inti pati tindakan ialah mengenai 9 Perjanjian Pembiayaan dan Kontrak-kontrak Kerja antara pihak-pihak. [4] Mahkamah telah menyemak dan berpuas hati bahawa pihak-pihak yang sama, perkara subjek yang sama, dan fakta latar belakang yang sama antara Guaman ini dengan Guaman 149 yang masih belum selesai di MTSA NCvC5. [5] Relief dan/atau remedi yang dipohon (ganti rugi untuk kemungkiran kontrak, deklarasi, pelaksanaan spesifik, akaun dan siasatan, pengesanan dan faedah) adalah dalam semua aspek material sama dengan Lampiran 67 dalam Guaman 149 yang telah ditolak oleh YA MTSA NCvC5 dan keputusan YA MTSA NCvC5 disahkan oleh Mahkamah Rayuan. [6] Mahkamah membenarkan permohonan sebagaimana dalam Lampiran 5 dan kos sebanyak RM5000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan.”. Undang-undang mengenai pembatalan pliding [30] Bagi isu sama ada tuntutan Plaintif mempunyai kausa tindakan yang tidak munasabah, adalah tidak berasas, ia mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan atau suatu penyalahgunaan proses Mahkamah, Order 18 rule 19 Rules of Court 2012 memperuntukkan – Striking out pleadings and endorsements (O. 18, r. 19) “19. (1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that—
a
it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be;
b
it is scandalous, frivolous or vexatious;
c
it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or
d
it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be.”. [31] Prinsip bagi sesuatu striking out application termaktub dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd v. United Malayan Banking Corporation Berhad [1993] 4 CLJ 7− “The principles upon which the court acts in exercising its power under any of the four limbs of O 18 r 19(1) of the RHC are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley MR in Hubbuck & Sons Ltd v. Wilkinson, Heywood & Clark Ltd 7, and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it ‘obviously unsustainable’ (see AG of Duchy of Lancaster v. L & NW Rly Co 8). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (see Wenlock v. Moloney & Ors 9). The authorities further show that if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O 33 r 3 (which is in pari materia with our O 33 r 2 of the RHC) (see Hubbuck & Sons Ltd v. Wilkinson, Heywood & Clark Ltd 7). The court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable.” Penilaian dan Dapatan Mahkamah [32] Apabila Plaintif-Plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya di mahkamah lain iaitu Mahkamah ini (NCvC12), alasan utama Plaintif-Plaintif ialah – “Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa memandangkan tempoh selama 5 tahun telah berlalu semenjak Plaintif-Plaintif memperoleh pengetahuan mengenai perlanggaran Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut oleh Defendan, Plaintif-Plaintif adalah menegaskan bahawa terdapat kemungkinan Plaintif-Plaintif akan terhalang oleh had masa untuk melakukan apa-apa tindakan ganti rugi terhadap Defendan dan maka tindakan baharu di hadapan Mahkamah ini terhadap Defendan adalah perlu bagi tujuan keadilan.”. [33] Untuk memastikan Plaintif-Plaintif “practice what one preaches”, Mahkamah ini telah meneliti afidavit jawapan Plaintif-Plaintif kepada permohonan Defendan di Lampiran 5. Mahkamah juga telah meneliti balasan Defendan dalam afidavit balasannya. Kini, Mahkamah ini merujuk kedua-dua afidavit sebagaimana yang berikut: Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif Afidavit Balasan Defendan
7
sama ada Plaintif-Plaintif membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan tidak melibatkan tuntutan Plaintif-Plaintif di sini, oleh kerana Permohonan Pindaan tersebut telah dihujah oleh pihak-pihak dan percubaan Plaintif-Plaintif untuk meminda telahpun ditolak. Perenggan-perenggan 5.10 hingga 11.7 afidavit sokongan Defendan bagi Lampiran 5 diulang di mana Defendan menyatakan bahawa tindakan yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif di sini melibatkan pihak-pihak yang sama, perkara subjek yang sama, dan fakta latar belakang yang sama seperti Guaman 149, yang masih belum selesai di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pengendorsan Writ dan Pernyataan Tuntutan, sifat tuntutan Plaintif-Plaintif untuk kemungkiran kontrak dan relif dan/atau remedi yang dipohon (ganti rugi untuk kemungkiran kontrak, deklarasi, pelaksanaan spesifik, akaun dan siasatan, pengesanan dan faedah) adalah dalam semua aspek material sama dengan pindaan yang dicadangkan kepada SOC Guaman 149 dalam Permohonan
8
Suit 149 dan tindakan Plaintif-Plaintif di sini adalah dua perkara yang berbeza dan sifat dan karekter kedua-dua tindakan adalah berbeza. Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif Afidavit Balasan Defendan Pindaan, yang telah ditolak oleh mahkamah-mahkamah.
9
(9)(a) Permohonan Pindaan tersebut hanya merupakan ‘percubaan’ untuk Plaintif-Plaintif meminda Suit 149 untuk memasukkan tuntutan ganti rugi dan tuntutan lain terhadap Defendan agar Plaintif-Plaintif tidak terhalang dengan kelewatan untuk membawa tindakan terhadap Defendan.
9
(9)(b) Permohonan Defendan di sini hanya relevan di dalam keadaan jika Permohonan Pindaan tersebut dibenarkan, dan dalam keadaan ia dibenarkan, ia akan menimbulkan suatu keadaan yang di mana Plaintif-Plaintif mempunyai tuntutan yang sama terhadap Defendan. Walau bagaimanapun, kedudukan Defendan di dalam Permohonan Pindaan tersebut telah diterima (7.2) Plaintif-Plaintif dalam perenggan
9
(9)(a) dan
9
(9)(b) Kandungan 8 dengan berkesan mengakui bahawa mereka telah berusaha untuk meminda Saman 149 untuk memasukkan tuntutan-tuntutan ganti rugi dan relif lain yang sama seperti yang dituntut oleh Plaintif-Plaintif dalam guaman di sini. (7.3) Bertentangan dengan penegasan Plaintif-Plaintif, mahkamah-mahkamah dalam Guaman 149 tidak menolak Permohonan Pindaan semata-mata atas alasan bahawa pindaan yang dicadangkan akan mengubah sifat guaman tersebut. (7.4) Tidak kira bagaimana Plaintif-Plaintif cuba menjelaskan keputusan mahkamah-mahkamah Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif Afidavit Balasan Defendan oleh Mahkamah di dalam Suit 149 di mana Plaintif-Plaintif pada asalnya tidak memohon untuk tuntutan ganti rugi di dalam Suit 149 tersebut. dalam Guaman 149 dalam menolak Permohonan Pindaan, hakikatnya tetap bahawa Plaintif-Plaintif telah memilih (elected) dan mencuba, tetapi tidak berjaya, untuk membangkitkan dan/atau meneruskan tuntutan-tuntutan tersebut untuk ganti rugi dan relif lain dalam Guaman 149. [10] Atas nasihat peguam cara Plaintif-Plaintif, Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa Defendan telah mengambil pendirian yang salah dan mengelirukan. Dengan Permohonan Pindaan tersebut, Plaintif-Plaintif tidak memfailkan dua tuntutan yang sama terhadap Defendan dan Permohonan Pindaan tersebut tidak dibenarkan. Berdasarkan namanya sendiri, ia hanya merupakan ‘Permohonan’ semata-mata, dan dalam tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan di dalam (7.5) Pada hakikatnya, Plaintif-Plaintif dalam perenggan-perenggan 20 dan 21 Afidavit mereka bagi menyokong Permohonan Pindaan telah dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah wajar untuk memasukkan dalam Guaman 149 tuntutan Plaintif-Plaintif bagi kerugian-kerugian yang didakwa dialami mengenai pendapatan sewa bulanan tambahan, caj bayaran elektrik bulanan dan deposit sekuriti tambahan untuk Menara-menara, dan bahawa penambahan tuntutan tersebut Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif Afidavit Balasan Defendan Permohonan tersebut ianya hanya memuktamadkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa Permohonan Pindaan tersebut akan mengubah sifat dan karekter Suit 149. Dalam keadaan sebegitu, kaedah seterusnya adalah untuk Plaintif-Plaintif memulakan tuntutan Plaintif-Plaintif di sini bagi menegakkan keadilan di antara pihak-pihak. adalah bertujuan untuk memastikan kesemua isu-isu dan relief-relief yang berpatutan dapat dibicarakan dan diputuskan Bersama-sama dalam Guaman 149 untuk menjimatkan masa dan kos. Dalam erti kata lain, adalah jelas bahawa Plaintif-Plaintif sendiri berpandangan bahawa tuntutan-tuntutan sedemikian sepatutnya dibicarakan dalam Guaman 149. Plaintif-plaintif sepatutnya diestop daripada cuba membicarakan semula atau memperkenalkan semula tuntutan-tuntutan yang sama dalam guaman di sini.
11
(11)(a) Atas nasihat peguam cara Plaintif-Plaintif, Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa Defendan telah mengambil 2 pendirian yang berbeza di dalam pertikaian melibatkan Plaintif-Plaintif, di mana Defendan telah (7.6) Saya mengulangi dan sesungguhnya mempercayai bahawa kedudukan sebenar di sisi undang-undang adalah bahawa permulaan tindakan di sini berdasarkan fakta diplidkan yang sama, kausa tindakan yang dicadangkan yang sama dan relif Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif Afidavit Balasan Defendan tersalah arah dalam permohonan Defendan di sini. Pendirian Pertama: bahawa pindaan untuk memasukkan relief-relief baharu mengubah sifat dan karekter Suit 149 tersebut.
11
(11)(b) Pendirian Kedua: Permohonan Defendan di sini adalah mencuba untuk mengambil kedudukan yang berbeza dan remeh dengan menyatakan bahawa Plaintif-Plaintif sepatutnya memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi Permohonan Pindaan. Atas nasihat peguam cara Plaintif-Plaintif, Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa Defendan adalah tersalah arah dan keliru kerana kedudukan yang diambil oleh Defendan hanya benar jika melibatkan tuntutan yang telahpun difailkan, walau bagaimanapun Permohonan Pindaan tersebut dan/atau remedi yang sama yang dipohon dalam Permohonan Pindaan dalam Guaman 149 adalah merupakan satu percubaan untuk memintas prosedur rayuan yang diperlukan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah. Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif Afidavit Balasan Defendan hanya melibatkan cadangan tuntutan sahaja.
11
(11)(c) Selepas Mahkamah Rayuan menolak Permohonan Pindaan tersebut, kedudukan undang-undang sebenar dan betul adalah Plaintif-Plaintif mempunyai pilihan untuk merayu atau untuk memulakan tindakan baharu terhadap Defendan. (7.7) Dalam hal ini, cadangan Plaintif-Plaintif dalam perenggan
11
(11)(c) bahawa, selepas Permohonan Pindaan ditolak oleh mahkamah-mahkamah, mereka mempunyai pilihan untuk sama ada merayu atau memulakan tindakan baharu, adalah salah anggap sepenuhnya, dan seterusnya menunjukkan bahawa Plaintif-Plaintif langsung tidak menghormati keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam Permohonan Pindaan, serta penyalahgunaan proses mahkamah yang diniatkan dan disengajakan oleh Plaintif-Plaintif. Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif Afidavit Balasan Defendan
12
(12)(a) Tidak timbul isu kepelbagaian prosiding (multiplicity of proceedings) kerana kedua-dua tuntutan Plaintif-Plaintif di dalam Suit 149 dan di sini mempunyai sifat dan karekter yang berbeza.
12
(12)(b) Pendirian Defendan sebelum ini bahawa cadangan Permohonan Pindaan di dalam Suit 149 akan mengubah sifat dan karekter Suit 149 tersebut. Kini, Defendan mengambil pendirian yang bercanggah dengan mendakwa ia akan menimbulkan kepelbagaian prosiding (multiplicity of proceedings).
12
(12)(c) Plaintif-Plaintif telah menerima keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa Permohonan Pindaan tersebut akan mengubah sifat dan karekter Suit 149. Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif Afidavit Balasan Defendan
12
(12)(d) Oleh itu, kaedah yang betul digunakan oleh Plaintif-Plaintif di sini iaitu memulakan tindakan baharu terhadap Defendan bagi menuntut, antara lainnya ganti rugi.
13
(13)(a) Tuntutan Plaintif-Plaintif di sini adalah, antara lainnya melibatkan tuntutan ganti rugi terhadap Defendan, dan tuntutan Plaintif-Plaintif di dalam Suit 149 adalah melibatkan relief-relief injunksi dan deklarasi, iaitu relief-relief yang berbeza.
13
(13)(b) Permohonan Penzahiran Pra-Tindakan Plaintif-Plaintif dalam OS 462 tersebut tidak melibatkan tuntutan Plaintif-Plaintif di sini, yang di mana ianya telah diketepikan dengan persetujuan oleh pihak-pihak. (7.10) Bertentangan dengan penegasan Plaintif dalam perenggan (13)(b), permohonan Penzahiran Pra-Tindakan Plaintif-Plaintif dalam Guaman 462 jelasnya melibatkan perkara subjek yang sama seperti tuntutan Plaintif-Plaintif di sini. Plaintif-Plaintif sendiri menyatakan dalam perenggan 33(a) Afidavit Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif Afidavit Balasan Defendan
13
(13)(c) Mahkamah Tinggi di dalam Alasan Penghakiman untuk menolak Permohonan Pindaan tersebut telah menyatakan dengan jelas bahawa Permohonan Pindaan tersebut akan mengubah sifat dan karekter Suit 149 tersebut. Oleh itu, Permohonan Defendan di sini adalah remeh dan dimulakan dengan niat jahat (“bad faith”) untuk menidakkan hak Plaintif-Plaintif.
13
(13)(d) Dalam tidak merayu kepada Mahkamah Persekutuan melibatkan Permohonan Pindaan tersebut, ianya hanya menunjukkan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi dimuktamadkan dan hujahan Defendn di dalam Permohonan Pindaan tersebut diterima, iaitu Permohonan Pindaan tersebut akan mengubah Sokongan Guaman 462 bahawa “Plaintif-Plaintif mempunyai kausa tindakan yang sah terhadap Defendan bagi menuntut kerugian-kerugian yang dialami oleh Plaintif Pertama dan/atau Plaintif Kedua atas pendapatan sewa bulanan tambahan, caj bayaran elektrik bulanan yang berlebihan dan deposit sekuriti tambahan bagi penyewaan Menara-menara telekomunikasi tersebut”. (7.11) Plaintif-Plaintif, dalam menerima kemuktamadan keputusan mahkamah-mahkamah dalam Permohonan Pindaan, mestilah dianggap juga telah menerima penemuan Mahkamah Tinggi bahawa Plaintif-Plaintif tidak mempunyai prospek sebenar untuk berjaya membuktikan tuntutan-tuntutannya di sini. Ia tidak terbuka kepada Plaintif-Plaintif untuk memilih (pick and choose) bahagian-bahagian mana Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif Afidavit Balasan Defendan sifat dan karekter Suit 149 tersebut.
13
(13)(e) Plaintif-Plaintif telah mengemukakan kausa tindakan yang sah terhadap Defendan seperti mana yang dinyatakan di dalam pernyataan tuntutan Plaintif-Plaintif di sini, dan kemungkiran Defendan dalam menamatkan Perjanjian-Perjanjian tersebut secara unilateral telah mengakibatkan kerugian terhadap Plaintif-Plaintif. keputusan mahkamah-mahkamah yang mereka ingin terima.
14
Permohonan Defendan untuk membatalkan tuntutan Plaintif-Plaintif hanya merupakan percubaan Defendan untuk menidakkan hak Plaintif-Plaintif dan Permohonan Defendan dibuat dengan niat jahat (“bad faith”) untuk mendapatkan keuntungan daripada Plaintif secara tidak sah. Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif Afidavit Balasan Defendan Atas nasihat peguam cara Plaintif-Plaintif, Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa tindakan yang dimulakan terhadap Defendan adalah suatu tindakan yang berasas, bermerit dan mempunyai kausa tindakan yang sah. Suatu perbicaraan di hadapan Mahkamah ini adalah perlu bagi tujuan kepentingan keadilan bagi Plaintif-Plaintif yang amat terkesan. [34] Kronologi dan/atau susur galur tuntutan Plaintif-Plaintif ini bermula dengan OS hingga ditukarkan kepada Writ Saman adalah mengenai apa yang diplidkan oleh Plaintif-Plaintif bahawa −
a
Defendan tidak pernah memaklumkan dan/atau mendedahkan kepada Plaintif Pertama jumlah sebenar sewa bulanan yang dibayar oleh Telekom Cellular Sdn Bhd (TCSB) kepada Defendan.
b
Defendan tidak pernah mengemukakan dan/atau mendedahkan sebarang dokumen yang dapat membuktikan dan/atau merekodkan jumlah pembayaran sewa bulanan sebenar yang diperoleh daripada TCSB.
c
Defendan tidak pernah memaklumkan dan/atau mendedahkan kepada Plaintif Pertama jumlah sebenar sewa bulanan yang dibayar TELCO-TELCO tersebut kepada Defendan.
d
Defendan tidak pernah mengemukakan dan/atau mendedahkan sebarang dokumen yang dapat membuktikan dan/atau merekodkan jumlah pembayaran sewa bulanan sebenar yang diperoleh daripada TELCO-TELCO tersebut.
e
Plaintif-Plaintif adalah berpendirian bahawa Defendan telah secara cuai dan/atau frod dan/atau misrepresentasi, gagal dan/atau enggan mendedahkan butiran-butiran mengenai jumlah bayaran yang diterima daripada TELCO-TELCO selain dengan cuai atau frod gagal mengiisytiharkan TELCO-TELCO yang menyewa di atas menara-menara tersebut. Defendan dengan itu telah melanggar terma-terma seperti yang terkandung di dalam Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut.
f
pembongkaran terhadap TELCO-TELCO yang tidak diisytiharkan – fakta yang disembunyikan Defendan bagi mendapatkan keuntungan tidak sah. Pada sekitar Mac 2018, Plaintif Pertama telah menjalankan laporan penelitian terperinci melalui satu usaha wajar (“due diligence”) untuk memudahkan tatakerja SPA tersebut dan Deed of Assignment tersebut bagi penyerahan hak secara mutlak kepada Plaintif Kedua (selepas ini dirujuk sebagai “Laporan Due Diligence tersebut”). Plaintif-Plaintif akan merujuk kepada laporan-laporan penelitian terperinci melalui satu usaha wajar (“due diligence”) tersebut semasa perbicaraan penuh di Mahkamah kelak.
g
tindakan undang-undang Plaintif-Plaintif setelah pembongkaran TELCO-TELCO tidak diisytiharkan oleh Defendan.
h
penamatan Kontrak-Kontrak Kerja tersebut dan Perjanjian-Perjanjian Pembiayaan tersebut secara unilateral dan tidak sah oleh Defendan.
i
tuntutan Plaintif-Plaintif untuk jumlah sewa yang tidak diisytiharkan di mana kerugian Plaintif-Plaintif ialah sebanyak RM15,204,792.00. [35] Mahkamah ini mendapati pertikaian mengenai tuntutan Plaintif-Plaintif bermula dari tahun 2018 dan sejurus daripada mengetahui bahawa berlaku sesuatu yang tidak kena kerana tindak-tanduk Defendan, maka Plaintif-Plaintif menuntut keadilan diberikan kepadanya. [36] Apabila tindakan undang-undang diambil terhadap Defendan, maka Mahkamah sebagai pihak yang memutuskan kausa tindakan ini perlu memberikan keadilan bukan sahaja kepada Plaintif-Plaintif tetapi juga kepada Defendan. Sebab itulah, daripada mode OS ditukar kepada writ saman agar kedua-dua pihak dapat membentangkan penegasan dan pendirian masing-masing. [37] Walau pun, tindakan undang-undang ini beralih dan bertukar dari satu MTSA ke satu MTSA, namun fakta material yang diplidkan oleh pihak-pihak kekal. [38] Usaha gigih Plaintif-Plaintif dan peguam cara terpelajar Plaintif-Plaintif terdahulu dan terkini menunjukkan bahawa Plaintif-Plaintif memohon agar Mahkamah “mendengar” dan memutuskan tuntutan dengan adil dan saksama serta suaimanfaat. [39] Keputusan MTSA khususnya Alasan Penghakiman oleh Y.A Dato’ Faizah Jamaludin dan keputusan Mahkamah Rayuan sebagaimana yang dihuraikan oleh pihak-pihak telah saya teliti dengan berhati-hati. [40] Adakah Mahkamah ini boleh dan wajar untuk mengakaskan Penghakiman Mahkamah Rayuan? Saya berpendapat adalah tidak wajar. Mahkamah ini tidak akan melitigasikan semula isu yang dibawa oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan i.e. Permohonan Pindaan. [41] Tuntutan Plaintif-Plaintif sudah hampir ke destinasi perbicaraan penuh di MTSA Sivil NCvC5 di mana pliding sudah ditutup dan arahan PTCM sudah diberikan dengan jelas. [42] Pemfailan Suit No. 352 ini yang dibuat sebulan selepas keputusan Mahkamah Rayuan adalah suatu tindakan oleh Plaintif-Plaintif untuk memasukkan semula tuntutan Plaintif-Plaintif untuk jumlah sewa yang tidak diisytiharkan di mana kerugian Plaintif-Plaintif ialah sebanyak RM15,204,792.00 dan remedi/relief lain yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif. [43] Defendan telah memasukkan pembelaannya dan jawapan kepada pembelaan juga sudah difailkan oleh Plaintif-Plaintif. Namun begitu, permohonan interlokutori oleh Defendan bukanlah untuk menidakkan dan/atau menafikan hak Plaintif-Plaintif kepada tuntutannya. [44] Lampiran 5 (permohonan Defendan untuk membatalkan tuntutan Plaintif-Plaintif) hanya menamatkan “riwayat” tuntutan Suit No. 352 di Mahkamah ini. Manakala, tindakan guaman i.e Suit No. 149 diteruskan terhadap Defendan di MTSA Sivil NCvC5 untuk pihak-pihak membuktikan kes masing-masing. [45] Isu mengenai tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bukanlah punca mengapa Mahkamah ini membenarkan Lampiran 5. Keputusan Mahkamah ini berdasarkan bahawa pengendorsan Writ dan Pernyataan Tuntutan dalam Suit No. 352 di Mahkamah ini adalah sifat tuntutan Plaintif-Plaintif untuk kemungkiran kontrak dan relif dan/atau remedi yang dipohon (ganti rugi untuk kemungkiran kontrak, deklarasi, pelaksanaan spesifik, akaun dan siasatan, pengesanan dan faedah) adalah dalam semua aspek material sama dengan Permohonan Pindaan dalam Suit No. 149. [46] Kerisauan dan/atau kegusaran Plaintif-Plaintif mengenai had masa 5 tahun sebagai sekatan kepada tuntutannya adalah sekadar dalihan untuk memfailkan suatu tuntutan baharu di Mahkamah ini. Adakah Suit 149 dibatalkan dan difailkan semula? Jawapannya, Tidak. Adakah Suit No. 352 ini hendak disatukan/digabungkan (consolidate) dengan Suit No. 149? Jawapannya, Tidak. Maka, apakah rasionalnya memfailkan suatu tindakan di Mahkamah ini? Jawapan kepada persoalan ini terkandung dalam afidavit dan penegasan Plaintif-Plaintif iaitu –
a
Suit 149 dan tindakan Plaintif-Plaintif di sini adalah dua perkara yang berbeza dan sifat dan karekter kedua-dua tindakan adalah berbeza. Dapatan Mahkamah: Suit 149 dan tindakan Plaintif-Plaintif di sini adalah mengenai kemungkiran dan perlanggaran kontrak kerja dan perjanjian pembiayaan oleh Defendan. Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa akibat penamatan oleh Defendan, pelbagai kerugian dialaminya. Untuk menuntut semula kerugiannya maka Suit No. 352 difailkan agar Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif. Suit No. 149 yang mana tarikh perbicaraan telah ditetapkan adalah mengenai perkara yang sama dan serupa. Sama ada Defendan bertanggungan oleh MTSA Sivil NCvC5 akan diperoleh selepas 2 saksi Plaintif-Plaintif memberikan keterangan dan CEO Defendan memberikan keterangan. Mahkamah ini percaya keterangan saksi-saksi tersebut juga akan dipanggil dalam tindakan di sini. Mahkamah ini menolak apa yang diplidkan oleh Plaintif-Plaintif.
b
memasukkan tuntutan ganti rugi dan tuntutan lain terhadap Defendan agar Plaintif-Plaintif tidak terhalang dengan kelewatan untuk membawa tindakan terhadap Defendan. Dapatan Mahkamah: Kelakuan dan tindakan Plaintif-Plaintif memfailkan Suit No. 352 di Mahkamah ini demi memastikan Plaintif-Plaintif memperoleh ganti rugi yang dikiranya dari mula Plaintif-Plaintif “menemui” kemungkiran dan/atau perlanggaran oleh Defendan. Penemuan mengenai “salah laku” oleh Defendan perlu dipampas dengan wang. Defendan tidak memfailkan pembatalan (striking out) dalam Suit No. 149, Defendan sudah bersedia ke gelanggang perbicaraan untuk mempertahankan dirinya mengenai dakwaan mengenai “salah laku” yang diplidkan oleh Plaintif-Plaintif. Mahkamah ini menolak apa yang diplidkan oleh Plaintif-Plaintif.
c
permohonan Defendan di sini hanya relevan di dalam keadaan jika Permohonan Pindaan tersebut dibenarkan, dan dalam keadaan ia dibenarkan, ia akan menimbulkan suatu keadaan yang di mana Plaintif-Plaintif mempunyai tuntutan yang sama terhadap Defendan. Walau bagaimanapun, kedudukan Defendan di dalam Permohonan Pindaan tersebut telah diterima oleh Mahkamah di dalam Suit 149 di mana Plaintif-Plaintif pada asalnya tidak memohon untuk tuntutan ganti rugi di dalam Suit 149 tersebut. Dapatan Mahkamah: Bagi “second limb” yang dinyatakan oleh Plaintif-Plaintif adalah tidak teratur. Apabila Permohonan Pindaan ditolak oleh MTSA dan kemudiannya disahkan oleh Mahkamah Rayuan maka, pernyataan tuntutan sedia ada (asal) kekal dan diteruskan untuk dibicarakan di MTSA Sivil NCvC5 itu.
d
Atas nasihat peguam cara Plaintif-Plaintif, Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa Defendan adalah tersalah arah dan keliru kerana kedudukan yang diambil oleh Defendan hanya benar jika melibatkan tuntutan yang telahpun difailkan, walau bagaimanapun Permohonan Pindaan tersebut hanya melibatkan cadangan tuntutan sahaja. Dapatan Mahkamah: Mahkamah ini menolak nasihat undang-undang yang diberikan oleh peguam cara Plaintif-Plaintif kepada anakguam (Plaintif-Plaintif). Nasihat peguam cara Plaintif-Plaintif kepada anakguam (Plaintif-Plaintif) sebenarnya yang tersalah arah dan keliru lagi mengelirukan. Permohonan Pindaan tersebut hanya melibatkan cadangan tuntutan sahaja dan apabila MTSA dan Mahkamah Rayuan menolak cadangan untuk meminda pernyataan tuntutan maka pernyataan tuntutan asal/sedia ada adalah terpakai. Tindakan pemfailan Suit No. 352 adalah cubaan Plaintif- Plaintif untuk memastikan tuntutan ganti rugi kewangannya diberikan perhatian oleh Mahkamah. Suit No. 149 masih ada dan Suit No. 352 pula difailkan. Tiada usaha daripada Plaintif-Plaintif untuk menggabungkan 2 guaman ini agar hanya didengar dan diputuskan oleh seorang Hakim sahaja.
e
Selepas Mahkamah Rayuan menolak Permohonan Pindaan tersebut, kedudukan undang-undang sebenar dan betul adalah Plaintif-Plaintif mempunyai pilihan untuk merayu atau untuk memulakan tindakan baharu terhadap Defendan. Dapatan Mahkamah: Mahkamah mengulangi dapatannya sebagaimana dalam perenggan (d) di atas.
f
Tidak timbul isu kepelbagaian prosiding (multiplicity of proceedings) kerana kedua-dua tuntutan Plaintif-Plaintif di dalam Suit 149 dan di sini mempunyai sifat dan karekter yang berbeza. Dapatan Mahkamah: Mahkamah mengulangi dapatannya sebagaimana dalam perenggan (d) di atas. Mahkamah bersetuju dengan Defendan bahawa wujud multiplicity of proceedings. [47] Mahkamah merujuk kepada keputusan dalam kes Lai Kim Loi v. Datuk Lai Fook Kim & Co. [1989] 1 CLJ (Rep) 61, Supreme Court, Kuala Lumpur [Lee Hun Hoe CJ (Borneo), Mohd. Yusoff Mohamed SCJ & Gunn Chit Tuan SCJ – “[7] The issues raised and the relief sought have been largely duplicated, substantial duplication of issues and relief sought in both actions amounts to multiplicity of actions. The petition is therefore vexatious and is an abuse of the process of the Court and ought to be struck out.”. [48] Selanjutnya, Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana Y.A Liza Chan Sow Keng memutuskan dalam kes Khong Yoon Loong & 161 Others v. Asia Plantation Capital Pte Ltd & Others [2023] 1 LNS 2322 “[15] In dealing with the applications, I have considered the case of Protasco Bhd v. Tey Por Yee and another appeal [2018] 5 CLJ 299; [2018] MLJU 993, Nallini Pathmanathan JCA (as she then was) at [90] held: “... the court is bound to strike a balance between the following considerations:
a
The plaintiff's right to choose whom it wants to sue and where;
b
The court’s desire to prevent a plaintiff from circumventing the operation of an arbitration clause; and
c
The court’s inherent power to manage its processes to prevent an abuse of process and ensure the efficient and fair resolution of disputes.
d
The balance that is achieved should be just in all the circumstances of the case.”. [49] Akhir sekali dalam kes Jaya Sudhir al Jayaram v. Nautical Supreme Sdn Bhd & Ors [2019] 5 MLJ 1; [2019] 7 CLJ 395, Mahkamah Persekutuan memutuskan – “[59] We shall next focus on the argument with respect to multiplicity of proceedings and risk of inconsistent findings. …”. [50] Mahkamah pasti tuntutan Plaintif-Plaintif dalam Suit No. 149 di MTSA NCvC5 dan Suit No. 352 di hadapan Mahkamah ini yang akan berjalan secara berasingan adalah multiplicity of proceedings dan risiko percanggahan dapatan Mahkamah ini dan MTSA NCvC5 tidak dapat disangkal. Kesimpulan [51] Dalam hal keadaan dan alasan yang saya nyatakan di atas, keputusan Mahkamah ini adalah permohonan yang difailkan oleh Defendan terhadap keseluruhan tindakan Plaintif adalah teratur. Defendan layak dan telah menepati requirements bagi pembatalan tindakan. [52] Dengan ini, Mahkamah ini membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan. Bertarikh: 31 Januari 2024. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Pihak Plaintif-Plaintif: Muhammad Faiz Kamal bin Jaafar Tetuan Shahrin Satheer Kamal & Co., Rawang, Selangor. Bagi Pihak Defendan: Low Weng Tchung Tetuan Weng & Co., Petaling Jaya, Selangor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.