a
(a) Injunksi dan/atau relief sementara dan/atau Deklarasi untuk membenarkan perayaan Thaipusam pada 1hb Februari 2026 dilangsungkan tanpa sebarang gangguan, halangan atau campur tangan oleh Responden, samada secara langsung atau tidak langsung;
/akn/my/judgment/high-court/2026/e48dfb10-ba66-4e6d-beb4-d7672527ee48
High Court of Malaysia29 Jan 2026JA-24NCvC-79-01/2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM SAMAN PEMULA NO: JA-24NCVC-79-01/2026 ANTARA
section
1. MALAI HALUM MURUGAN PERUMAN
section
2. PERSATUAN PENGANUT DEWA MALAI HALUM MURUGAN PERUMAN HALAYAM, KANGAR PULAI, JOHOR BAHRU, JOHOR (No. Pertubuhan:. PPM-013-01-12122013)
section
3. PAREMESWARARAO A/L NARAYANAN (No. K/P: 761022-01-6705) ...PEMOHON DAN MAJLIS PERBANDARAN KULAI, JOHOR ...RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 1) Permohonan ini
section
1. Melalui Saman Pemula Ex-Parte (Lampiran 1) yang difailkan pada 15.01.2026, Pemohon-Pemohon memohon perintah-perintah berikut:- 30/04/2026 00:57:37 JA-24NCvC-79-01/2026 Kand. 15 S/N 0pkU61lcs0a8ch4awqeFVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
a
(a) Injunksi dan/atau relief sementara dan/atau Deklarasi untuk membenarkan perayaan Thaipusam pada 1hb Februari 2026 dilangsungkan tanpa sebarang gangguan, halangan atau campur tangan oleh Responden, samada secara langsung atau tidak langsung;
b
(b) Injunksi dan/atau relief sementara dan/atau Deklarasi untuk membenarkan perarakan Dewa Murugan di kawasan sekeliling Kuil Pemohon bagi tujuan sambutan Thaipusam tersebut;
c
(c) Injunksi untuk menghalang dan/atau mengelakkan Responden, samada melalui diri mereka sendiri atau melalui ejen-ejen, pekerja-pekerja atau melalui apa jua cara, daripada merobohkan dan/atau meruntuhkan Kuil Pemohon sehingga penentuan muktamad guaman utama yang akan difailkan;
d
(d) Injunksi untuk menghalang dan/atau mengelakkan Responden, samada melalui diri mereka sendiri atau melalui ejen-ejen, pekerja-pekerja atau melalui apa jua cara, daripada memaksa Pemohon mengosongkan Kuil Pemohon sehingga penentuan muktamad guaman utama yang akan difailkan;
e
(e) Pelaksanaan Spesifik dan/atau Deklarasi, dan/atau apa-apa perintah lain yang difikirkan adil dan saksama oleh Mahkamah Yang Mulia ini, bahawa Kuil Pemohon dibenarkan untuk kekal di tapak sedia ada, sehingga penentuan muktamad guaman utama yang akan difailkan;
f
(f) Pemohon akan menanggung kos permohonan ini; dan S/N 0pkU61lcs0a8ch4awqeFVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
g
(g) Apa-apa relif selanjutnya atau lain-lain yang dianggap sesuai dan bermanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
section
2. Bersama-sama Lampiran 1, Pemohon turut memfailkan Afidavit Sokongan Pemohon (Lampiran 2, 3 dan 4) dan Perakuan Segera (Lampiran 5).
section
3. Mahkamah ini, setelah mendengar peguam Pemohon pada 21.01.2026 mendapati terdapat keperluan untuk Responden turut didengar bagi tujuan mendapatkan fakta-fakta yang lebih jelas dan bagi mengelakkan apa-apa perintah yang dikeluarkan sama ada secara ad interim atau interim menjejaskan operasi Responden sebagai pihak berkuasa awam.
section
4. Untuk itu, Mahkamah telah memerintahkan supaya Lampiran 1 didengar secara inter parte pada 27.01.2026 dengan perintah selanjutnya supaya Pemohon menyerahkan kertas-kertas kausa dan afidavit sokongan kepada Responden dengan segera dan tempoh masa serahan dan pemfailan afidavit-afidavit seterusnya, jika ada, disingkatkan.
section
5. Pada 27.01.2026, peguam Responden yang hadir ke Mahkamah memohon diberikan masa tambahan untuk memfailkan afidavit jawapan berikutan tempoh masa sedia ada adalah terlalu singkat. Peguam Pemohon tiada bantahan, maka Mahkamah membenarkan permohonan peguam Responden yang tersebut dan menetapkan tarikh pendengaran seterusnya pada 29.01.2026. S/N 0pkU61lcs0a8ch4awqeFVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
section
6. Responden kemudiannya memfailkan Afidavit Jawapan seperti di
lampiran
Lampiran 10. Fakta-fakta penting 7. Pemohon pertama adalah sebuah tempat ibadat bagi penganut agama Hindu (“kuil”). 8. Permohon kedua (P2) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. 9. Pemohon ketiga (P3) memperkenalkan dirinya sebagai pengerusi kuil. 10. Responden adalah pihak berkuasa awam yang mempunyai bidangkuasa di kawasan perbandaran Kulai, Johor. 11. Pemohon menyatakan bahawa pada 15.12.2025, Responden telah merobohkan kuil Pemohon yang terletak di sebuah ladang getah dan kelapa sawit di atas tanah milik Keck Seng (Malaysia) Berhad sebagai pemilik berdaftar. 12. Pemohon seterusnya menyatakan pihaknya akan memfailkan tindakan berasingan sebagai guaman utama terhadap Responden bagi perkara perobohan tersebut. 13. Sungguh pun demikian, Pemohon memfailkan Lampiran 1 atas dasar segera bagi membolehkan penganut-penganut Hindu di kawasan sekitar dapat berarak dan merayakan Thaipusam di kuil S/N 0pkU61lcs0a8ch4awqeFVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 tersebut pada 01.02.2026 iaitu kira-kira 15 hari lagi dari tarikh Lampiran 1 difailkan. Keputusan 14. Mahkamah ini setelah meneliti kertas-kertas kausa dan afidavit-afidavit yang difailkan oleh pihak-pihak, dan selepas mendengar hujah-hujah peguam-peguam bijaksana kedua-dua pihak pada 29.01.2026, memutuskan pada hari yang sama menolak Lampiran 1 tanpa apa-apa perintah untuk kos. 15. Pertama sekali Mahkamah ini mendapati rujukan kepada Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di badan Lampiran 1 yang diplidkan sebagai ‘…Kaedah-Kaedah 7, 28, 29 Aturan 1 dan/atau Kaedah 92, Aturan 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012…’ merupakan rujukan kepada peruntukan-peruntukan yang tidak dikenal di sisi undang-undang (not known to law). 16. Kedua, Mahkamah juga mendapati Lampiran 1 tidak mengandungi intitulement dan penyataan yang sempurna mengenai di bawah undang-undang manakah relif (a) dimohon iaitu injunksi untuk membenarkan perayaan Thaipusam pada 1hb Februari 2026 dilangsungkan tanpa sebarang gangguan, halangan atau campur tangan oleh Responden; dan relif (b) dimohon iaitu injunksi untuk membenarkan perarakan Dewa Murugan di kawasan sekeliling Kuil Pemohon bagi tujuan sambutan Thaipusam tersebut. S/N 0pkU61lcs0a8ch4awqeFVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 17. Peguam pemohon juga tiada pada bila-bila masa di hadapan Mahkamah ini memohon untuk membuat apa-apa pindaan bagi memperbaikki kecacatan-kecacatan tersebut. 18. Pada hemat Mahkamah ini kecatatan-kecacatan tersebut mengakibatkan Pemohon gagal mematuhi peruntukan Aturan 7 Kaedah 2(IA) dan Aturan 7 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 seperti berikut:- “Forms of originating summons (O. 7, r. 2) 2. (1A) Every originating summons shall state in its intitulement any provision of these Rules and any provision of any written law under which the Court is being moved.” 3. “Contents of originating summons (O. 7, r. 3) (1) Every originating summons shall include a statement of the questions on which the plaintiff seeks the determination or direction of the Court or, as the case may be, a concise statement of the relief or remedy claimed in the proceedings begun by the originating summons with sufficient particulars to identify the cause or causes of action in respect of which the plaintiff claims that relief or remedy.” 19. Pada dapatan Mahkamah ini, kecacatan-kecacatan yang dinyatakan adalah bersifat fatal sekiranya tidak dipinda atau diperbetulkan. Memandangkan tiada permohonan pindaan S/N 0pkU61lcs0a8ch4awqeFVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 dimohon, maka Mahkamah ini memutuskan bahawa Lampiran 1 adalah defektif. 20. Seterusnya, berdasarkan keterangan afidavit-afidavit yang difailkan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati sebagai fakta yang tidak dipertikaikan bahawa kuil tersebut telah pun dirobohkan. 21. Berikutan dengan keadaan itu, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam Responden bahawa permohonan injunksi yang dimohon oleh Pemohon-Pemohon di relif (c), (d) dan (e) dalam Lampiran 1, walau pun atas dasar interim, tidak lagi relevan atau jika dibenarkan pun tidak dapat dikuatkuasakan atau akan bersifat sia-sia berdasarkan prinsip Mahkamah tidak akan bertindak sesuatu yang sia-sia (the court would not act in vain). Penutup 22. Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini menolak Lampiran 1 tanpa perintah untuk kos. Bertarikh: 30.04.2026 ………………………………………. Noor Hisham Bin Ismail Hakim Mahkamah Tinggi Johor S/N 0pkU61lcs0a8ch4awqeFVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 Peguam Pemohon-Pemohon : Tetuan Pavitra & Co. No.18, Jalan BSC 3D/7 Presint 3, Bandar Seri Coalfields 47000 Sungai Buloh, Selangor. Peguam Responden : Tetuan Shahinuddin & Ranjit Level 3, Bangunan PIJ Holdings No. 8, Jalan Bukit Timbalan Ibrahim International Business District 80880 Johor Bahru S/N 0pkU61lcs0a8ch4awqeFVA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.