Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO: BA-22NCVC-206-04/2018
/akn/my/judgment/high-court/2022/866a745b-0073-416e-8601-187c0f597d2a
High Court of Malaysia31 May 2022BA-22NCvC-206-04/2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO: BA-22NCVC-206-04/2018
1
MORUVAN @ MURUGAN A/L MARUTHAMUTHU (No. K/P: 481108-10-5235)
2
SUPPIAH A/L MARUTHAMUTHU (No. K/P: 500623-10-5249)
3
THEIVANI A/P MARUTHAMUTHU (No. K/P: 511206-10-5022)
4
AMANI A/P MARUTHAMUTHU (No. K/P: 540318-10-5046)
5
MAIAVALHANAN A/L MARUTHAMUTHU (No. K/P: 590609-10-6239)
6
PARAMASWARY A/L MARUTHAMUTHU (No. K/P: 670804-10-6330) … PLAINTIF-PLAINTIF DAN PUKAZENDIRAN A/L MARUTHAMUTHU (No. K/P: 641223-10-6559) … DEFENDAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Pihak Plaintif memfailkan tuntutan ini bagi mendapatkan suatu deklarasi (antara lainnya) bahawa wasiat yang dibuat oleh Mendiang bapa mereka bertarikh 4 Disember 2005 adalah tidak sah, terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan. Kesemua Plaintif dan Defendan adalah adik beradik seibu dan sebapa. [2] Perbicaraan penuh telah dijalankan di mana Pihak Plaintif mengemukakan seramai 4 orang saksi, manakala Defendan mengemukakan 5 orang saksi. 02/10/2022 14:42:24 BA-22NCvC-206-04/2018 Kand. 56 Fakta [3] Mendiang Maruthamuthu a/l Murugam (selepas ini dipanggil “Si Mati”) mempunyai sebidang tanah berdaftar yang dikenali sebagai PM 4194 (dulunya LM 1503), Lot 4329, Sungai Kelambu, Mukim Tanjung Duabelas, Kuala Langat, Selangor seluas 1.7098 hektar (selepas ini dipanggil “Hartanah Tersebut”). [4] Pada 4 Disember 2005 Si Mati telah membuat wasiat berhubung dengan Hartanah Tersebut di rumah Defendan kerana Si Mati dan isterinya (ibu Pihak Plaintif dan Defendan) tinggal bersama-sama dengan Defendan. Wasiat berkenaan dibuat oleh firma Rockwills pada hari tersebut. Pihak-pihak yang hadir semasa pembacaan wasiat tersebut adalah Si Mati, isterinya (Sallamal a/p Pathan), Defendan, Plaintif Keempat, anak Plaintif Keempat, Muniandy a/l Thangiah (seorang staf Rockwills) dan Selvanathan a/l Sengodan (juga staf Rockwills). [5] Pihak Plaintif berkepercayaan dan menyatakan Si Mati membuat wasiat berkenaan dengan melantik Defendan menjadi wasi tunggal dan kemudiannya menjadi pemegang amanah Hartanah Tersebut bagi pihak adik beradiknya (Pihak Plaintif). Namun setelah carian dibuat di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat, Pihak Plaintif mendapati Defendan menjadi pemilik tunggal berdaftar Hartanah Tersebut. Isu [6] Isu yang perlu diputuskan mahkamah adalah samada wujudnya suspicious circumstances dalam pengeluaran wasiat Si Mati bertarikh 4 Disember 2005 yang boleh menjadikan wasiat tersebut tidak sah, terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan. Kes Plaintif [7] Pada 4 Disember 2005, Plaintif Keempat (SP2) telah dijemput ke rumah Defendan atas arahan Si Mati bagi menyaksikan Si Mati menandatangani wasiatnya yang disediakan oleh firma Rockwills. SP4 telah pergi ke rumah tersebut bersama seorang anak perempuannya bernama Subashimi a/p Pannerselvam (SP1). [8] SP1 dan SP2 dalam keterangan mereka telah menyatakan Si Mati secara jelasnya menyatakan dalam kehadiran dan pendengaran ibu mereka, Defendan, Muniandy a/l Thangiah (SD4), Selvanathan a/l Sengodan (SD1) dan lain-lain yang berada di dalam rumah tersebut bahawa hasratnya:
a
(a) Si Mati mahu menandatangani satu wasiat untuk melantik Defendan sebagai wasi tunggal dan untuk kemudiannya Defendan menjadi Pemegang Amanah Hartanah Tersebut bagi pihak anak-anak Si Mati;
b
(b) Si Mati dengan ini memindah milikan Hartanah Tersebut sebagai wasi tunggal dan untuk kemudiannya Defendan menjadi Pemegang Amanah Hartanah Tersebut bagi pihak anak-anak Si Mati; dan
c
(c) Si Mati mahu selepas sahaja dia meninggal dunia, Defendan sebagai Pemegang Amanah menjual Hartanah Tersebut dan hasil jualan dibahagikan sama rata dengan semua anak-anak Si Mati seramai 7 orang. [9] Si Mati meninggal dunia pada 8 Mei 2009 dan kemudian isterinya pula meninggal dunia pada 21 Julai 2010. [10] Pada 22 Julai 2015, Plaintif Kedua telah membuat carian di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat untuk mengetahui status Hartanah Tersebut. Hasil carian menunjukkan Defendan menjadi pemilik tunggal berdaftar Hartanah Tersebut. Hakmilik ini diturunkan kerana kematian Si Mati melalui grant probate dari Si Mati kepada Defendan sebagai Pemegang Kuasa dan seterusnya sebagai pemilik tunggal. [11] Pihak Plaintif menghujahkan bahawa ujud keadaan-keadaan yang mencurigakan (suspicious circumstances) kerana Si Mati menandatangani wasiat bertarikh 4 Disember 2005 itu bertentangan hasratnya kerana:
a
(a) wasiat berkenaan dalam Bahasa Inggeris dan tidak diterjemahkan dengan betul dan tepat oleh SD1 kepada Si Mati;
b
(b) Si Mati tidak mengetahui atau tidak diberitahu dengan tepat apa yang ditandatangani atau menandatanganinya dengan pengetahuan yang salah kepada kandungannya;
c
(c) Si Mati tidak boleh membaca kerana matanya kabur dan memerlukan orang lain membacakan untuknya;
d
(d) terdapatnya pengaruh yang tidak berpatutan (undue influence) oleh Defendan;
e
(e) jika Si Mati mengetahui kandungan sedemikian, dia tidak akan menandatangani wasiat tersebut; dan
f
(f) wasiat berkenaan disediakan oleh Defendan yang mempunyai kepentingan. Kes Defendan [12] Wasiat berkenaan ditandatangani oleh Si Mati pada 4 Disember
2005
Beliau meninggal dunia pada 8 Mei 2009 iaitu lebih kurang 3 tahun 5 bulan selepas menandatangani wasiat berkenaan. Manakala ibu mereka (isteri Si Mati) meninggal dunia pada 21 Julai
2010
Tiada keterangan yang ditunjukan oleh SP2 bahawa dia mengadu kepada Si Mati atau Mendiang ibunya apabila Defendan gagal memberikan sesalinan wasiat berkenaan yang diminta pada tarikh ianya ditandatangani. Sejak tarikh itu SP2 mengesyaki Defendan menipu mereka tetapi hanya memberitahu Plaintif-Plaintif lain setelah ibu mereka meninggal dunia. [13] Selanjutnya SP2 mengatakan wasiat yang dibacakan oleh Si Mati pada 4 Disember 2005 adalah bertulisan tangan dan bukannya yang disediakan secara bertaip oleh firma Rockwills. [14] SP3 (Plaintif 1) pula menyatakan SP2 ada memberitahu keengganan Defendan memberikan salinan wasiat tersebut pada tahun 2005 tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. SP3 hanya memasukkan kaveat persendirian pada 28 Ogos 2015 selepas membuat carian di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat pada 22 Julai 2015. Writ saman pula hanya difailkan oleh Pihak Plaintif pada 25 April 2018. Tindakan Pihak Plaintif yang berdiam diri selama lebih kurang 13 tahun dan kemudiannya baharu memfailkan writ saman, dihujahkan sebagai afterthought. [15] Pihak Plaintif seterusnya menghujahkan Defendan memperolehi grant of probate bagi harta pusaka Si Mati (Hartanah Tersebut) pada 16 April 2016 vide MTSA 31NCVC-75-02/2014. Lanjutan dari itu Defendan menjadi pemilik berdaftar Hartanah Tersebut. Pihak Plaintif perlu mengenepikan probate tersebut dahulu di bawah Aturan 72, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dipanggil “KKM 2012”) sebelum memohon deklarasi membatalkan wasiat Si Mati bertarikh 4 Disember 2005. Penelitian dan penemuan mahkamah [16] Dalam memutuskan isu-isu berhubung dengan keesahan wasiat ini, saya merujuk sebagai panduan kepada prinsip mantap yang telah diputuskan iaitu kes-kes: Gan Yook Chin v Lee Ing Chin [2004] 4 CLJ 309 FC: “As regards the burden of proof, the Court of Appeal quite rightly stated the settled law ie, that where the validity of a will was challenged, the burden of proving testamentary capacity and due execution lay on the propounder of the will as well as dispelling any suspicious circumstances surrounding the making of the will; that the onus of establishing any extraneous vitiating element such as undue influence, fraud or forgery lay with those who challenged the will. In this connection, we find the approach taken by the High Court of Australia in William Henry Bailey & Ors v. Charles Lindsay Bailey & Ors [1924] 34 CLR 558 to be instructive. Therein Isaacs J said inter alia:
Subsection
(1) The onus of proving that an instrument is the will of the alleged testator lies on the party propounding it; if this is not discharged, the court is bound to pronounce against the instrument.
Subsection
(2) This onus means the burden of establishing the issue. It continues during the whole case and must be determined upon the balance of the whole evidence.
Subsection
(3) The proponent's duty is, in the first place, discharged by establishing a prima facie case.
Subsection
(4) A prima facie case is one which, having regard to the circumstances so far established by the proponent's testimony, satisfies the Court judicially that the will propounded is the last will of a free and capable testator.
Subsection
(5) A man may freely make his testament, how old soever he may be; for it is not the integrity of the body, but of the mind, that is requisite in testaments.
Subsection
(6) The quantum of evidence sufficient to establish a testamentary paper must always depend upon the circumstances of each case, because the degree of vigilance to be exercised by the Court varies with the circumstances.
Subsection
(7) As instances of such material circumstances may be mentioned
a
(a) the nature of the will itself regarded from the point of simplicity or complexity, or of its rational or irrational provisions, its exclusion or non-exclusion of beneficiaries; (b) the exclusion of persons naturally having a claim upon the testator; (c) extreme age, sickness, the fact of the drawer of the will or any person having motive and opportunity and exercising undue influence taking a substantial benefit.
Subsection
(8) Once the proponent establishes a prima facie case of sound mind, memory and understanding with reference to the particular will, for capacity may be either absolute or relative, then the onus probandi lies upon the party impeaching the will to show that it ought not to be admitted to proof.
Subsection
(9) To displace a prima facie case of capacity and due execution, mere proof of serious illness is not sufficient: there must be clear evidence that undue influence was in fact exercised, or that the illness of the testator so affected his mental faculties as to make them unequal to the task of disposing his property.
Subsection
(10) The opinion of witnesses as to the testamentary capacity of an alleged testator is usually for various reasons of little weight on the direct issue.
Subsection
(11) While, for instance, the opinions of the attesting witnesses that the testator was competent are not without some weight, the Court must judge from the facts they state and not from their opinions.” RM.P.RM.P Palaniyappan v N.PL.ST.N.V Ramanathan Chettiar [1976] 1 MLRH 159 – “Before I finally state my finding, it may be useful to refer to the law affecting application for revocation of probate. It is settled law that the court may revoke any probate if it is satisfied that there is sufficient cause to do so (s 34 of the Ordinance). The onus, I think, is on the applicant to establish that there is sufficient cause for the revocation. What constitutes sufficient cause would, to my mind, depend upon the circumstances of each particular case. An interest in the property, eg one of the beneficiaries of the estate, may constitute sufficient cause, Palaniappa Chettiar V. S Solai similarly where administration is granted to the wrong person, Liaw V. Blikas [1965]1 MLRH 545; [1965] 2 MLJ
9
9.. Where the grant is properly made no revocation will be allowed at the instance of persons who are neither next-of-kin nor having any interest in the estate of the deceased. (See Re Tang Pui Sim [1967] 1 MLRA 38; [1967] 2 MLJ 96).” Lee Ing Chin & Ors v Gan Yook Chan [2003] 1 MLRA 9 CA: “The Burden of Proof [18] It is settled law where the validity of a will is challenged, the burden of proving testamentary capacity and due execution lies on the propounder of the will as does the burden of dispelling any suspicious circumstances that may surround the making of the will. However, the onus of establishing any extraneous vitiating element such as undue influence, fraud or forgery lies on those who challenge the will in this case the plaintiffs.” [17] Merujuk dan meneliti kes kedua-dua pihak, saya mendapati:
i
(i) Plaintif Keempat (SP2) telah dijemput dan hadir di rumah Defendan pada 4 Disember 2005 bersama anak perempuannya (SP1). Keterangan ini diberikan sendiri oleh SP1, SP2 dan Defendan.
Subparagraph
(ii) Turut hadir pada tarikh tersebut adalah Si Mati, Defendan, ibu mereka dan dua orang wakil Rockwills iaitu SD1 dan SD4.
Subparagraph
(iii) Wasiat telah dibuat dan ditandatangani pada tarikh tersebut oleh Si Mati.
Subparagraph
(iv) Kandungan wasiat berkenaan dibuat berdasarkan kepada hasrat dan niat Si Mati sendiri. [18] Saya membuat kesimpulan tersebut atas alasan ibu Pihak Plaintif dan Defendan (Sallamal a/p Pathan) hadir dalam membuat, menandatangani dan penghebahan wasiat berkenaan oleh Si Mati. Pihak Plaintif dan Defendan adalah anak kandung Si Mati dengan Sallamal a/p Pathan. Saya percaya sebagai seorang ibu, beliau akan memastikan kebajikan anak-anaknya terjaga dan dilindungi. [19] Isi kandungan wasiat berkenaan saya percaya telah dibincangkan oleh Si Mati dengannya (isteri) dan pihak isteri telah bersetuju dengannya. Jika kandungan wasiat ini tidak dipersetujui terlebih dahulu, Mendiang Sallamal sudah tentu akan membantah apabila wasiat dibacakan dan diterangkan bagi pihak Si Mati kerana tidak mengambilkira hak anak-anak lain. [20] Wasiat berkenaan juga disediakan oleh firma Rockwills iaitu sebuah firma pembuat wasiat yang terkenal, profesional dan berwibawa saya mengambil (judicial notice). Oleh itu saya berpendapat tiada kemungkinan kandungan wasiat Si Mati dibuat bertentangan dengan niat dan hasrat Si Mati.
v
(v) Kandungan wasiat berkenaan telah diterjemahkan, diterangkan dan dipastikan difahami kepada Si Mati dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Tamil oleh SD 1 dan SD4. [21] SD1 dan SD4 adalah staf firma Rockwills yang menguruskan proses wasiat ini. Seperti yang saya ulaskan di atas i.e sebagai sebuah firma yang terkenal, profesional dan berwibawa tiada bukti yang menunjukan firma Rockwills telah menyediakan kandungan wasiat berkenaan yang bertentangan dengan niat dan hasrat Si Mati. Selain dari itu isteri Si mati (ibu Pihak Plaintif / Defendan) ada hadir bersama menyaksikan dan mendengar hebahan wasiat berkenaan.
Subparagraph
(vi) Si Mati masih berkeupayaan membuat wasiat berkenaan dengan kandungannya sekali. [22] Si Mati semasa membuat wasiat berkenaan berusia 88 tahun. Keterangan SP1 dan SP2 mengatakan pada masa material, Si Mati mempunyai beberapa perlakuan yang tidak normal atau tidak sihat iaitu:
a
(a) bergerak dengan menggunakan kerusi roda (wheel chair);
b
(b) mengalami masalah pendengaran dan perlu bercakap dengan kuat padanya;
c
(c) tangan Si Mati “bergegar sentiasa” (terketar-ketar);
d
(d) mata Si Mati buta. [23] Saya berpendapat keadaan-keadaan ini tidak melibatkan pemikiran atau mental Si Mati. Tiada keterangan yang menunjukan keadaan mentalnya yang tidak normal dan menghalangnya dari membuat wasiat berkenaan. Yang paling utama seperti yang saya nyatakan sebelum ini, isterinya (ibu Pihak Plaintif dan Defendan) ada bersama Si Mati masa itu. Oleh yang demikian saya berpuas hati Si Mati mempunyai keupayaan untuk membuat wasiat berkenaan (testamentary capacity). Ini selaras dengan prinsip Mahkamah Rayuan dalam kes Toh Yow Pew v Chua Kooi Hean [2002] 4 CLJ 90: “Now, the law upon the subject of a testator's testamentary capacity, we find to be well settled. The decided cases show quite clearly that very slight testamentary capacity is required for the making of a will. The cases in which wills have been held invalid for lack of testamentary capacity involve testators who were utterly insane either upon the finding of the probate court or by reason of an order appointing a committee on the ground of insanity of the testator. What the law requires to vitiate testamentary capacity is an insane delusion existing at the time of making of the will. This will include insanity at the time of the making or giving instructions for the making of the will. There are numerous authorities on the point. We find it quite unnecessary to deal with all of them here. We would merely refer to three.” [24] Juga dalam kes Judah v Isolyne Bose [1945] AIR PC 174 – “the mere fact that the testatrix was unwell when she executed her will is a Iong way from saying that she had no testamentary capacity.”
Subparagraph
(vii) Tiada ujud pengaruh tidak berpatutan (undue influence) oleh Defendan terhadap Si Mati. [25] Walaupun keterangan menunjukan Si Mati tinggal bersama Defendan (anak bongsu) di premis berkenaan (tempat wasiat dibuat dan dihebahkan), tiada keterangan yang menunjukan berlakunya sedemikian yang dilakukan oleh Defendan. Mendiang Sellamal ada pada masa tersebut dan sebagai ibu kepada Pihak Plaintif dan Defendan telah memastikan apa yang terbaik kepada anak-anaknya dan Hartanah Tersebut.
Subparagraph
(viii) Hartanah Tersebut diperolehi dengan ehsan Kerajaan Negeri Selangor. [26] Si Mati membuat permohonan mendapatkan Hartanah Tersebut dari Kerajaan Negeri Selangor pada 14 Jun 1971 dan diluluskan pada 4 Januari 1973 dalam suatu skim membantu orang miskin untuk bercucuk tanam. Saya berpendapat Si Mati telah mengusahakan Hartanah Tersebut sebagai punca rezeki untuk menyara keluarga (isteri, Pihak Plaintif dan Defendan). [27] Berdasarkan kepada alasan tersebut saya berpendapat adalah lebih munasabah hasrat dan niat Si Mati untuk mengekalkan Hartanah tersebut kepada ahli keluarga (seperti kandungan wasiat) daripada dijual dan dibahagikan hasil jualan kepada anak-anak (seperti dakwaan Pihak Plaintif).
Subparagraph
(ix) Pihak Plaintif mendiamkan diri selama lebih kurang 13 tahun (dari tarikh wasiat berkenaan) sebelum mengambil tindakan undang-undang. [28] Keterangan SP2 menyatakan dia meminta sesalinan wasiat berkenaan pada hari wasiat disediakan dan dihebahkan pada 4 Disember 2005 tetapi tidak pernah diberikan oleh Defendan. Selepas wasiat berkenaan dibuat dan dihebahkan, ayah Pihak Plaintif (Si Mati) masih lagi hidup sebelum meninggal dunia pada 8 Mei 2009. Ibu mereka pula meninggal dunia pada 21 Julai 2010. [29] Saya mendapati Pihak Plaintif mempunyai masa yang secukupnya untuk bertanya, menyemak, mengesahkan atau membantah wasiat berkenaan semasa Si Mati dan ibu mereka masih hidup setelah SP2 memaklumkan kepada Plaintif-Plaintif lain. [30] Selepas kematian Si Mati (lebih kurang 6 tahun), baharulah SP3 memasukan kaveat persendirian pada 28 Ogos 2015 setelah membuat carian di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat pada 22 Julai 2015. Writ saman pula hanya difailkan oleh Pihak Plaintif pada 25 April 2018. Tindakan Pihak Plaintif yang berdiam diri selama lebih kurang 13 tahun dan kemudiannya baharu memfailkan writ saman, saya berpendapat sebagai afterthought dan tidak bona fide.
x
(x) Peruntukan Aturan 72, Kaedah 5, 7 dan 8 KKM 2012 tidak dipatuhi oleh Pihak Plaintif. Aturan ini memperuntukan: “Aturan 72. Prosiding probet bertikaian Sitasi untuk melihat prosiding (A. 72, k. 5)
5
(1) Atas permohonan plaintif, atau mana-mana pihak lain yang telah merayu dalam suatu tindakan probet, suatu sitasi boleh dikeluarkan terhadap mana-mana orang yang bukannya suatu pihak dalam tindakan itu yang mempunyai kepentingan bertentangan dengan pemohon yang memberitahunya bahawa jika dia tidak memasukkan kehadiran dalam tindakan itu penghakiman boleh diberikan mengenainya tanpa notis selanjutnya kepadanya.
Subsection
(2) Jika seseorang yang kepadanya suatu sitasi di bawah kaedah ini telah disampaikan gagal memasukkan kehadiran dalam tindakan itu, pihak yang di atas permohonannya sitasi itu telah dikeluarkan tidaklah berhak didengar pada perbicaraan tindakan itu tanpa kebenaran Mahkamah melainkan jika dia telah memfailkan suatu afidavit yang membuktikan penyampaian yang wajar sitasi itu kepada orang itu. Sitasi untuk membawa masuk geran (A. 72, k. 7)
7
Dalam suatu tindakan untuk membatalkan geran probet bagi wasiat, atau surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka seorang si mati, suatu sitasi terhadap orang yang telah diberikan kepadanya probet atau surat kuasa mentadbir, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang telah diberikan yang menghendakinya membawa masuk dan meninggalkan di Pejabat Pendaftaran probet atau surat kuasa mentadbir itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bolehlah dikeluarkan atas permohonan plaintif. Sitasi (A. 72, k. 8)
8
(1) Suatu sitasi di bawah kaedah 5 dan 7 hendaklah dikeluarkan dari Pejabat Pendaftaran dan hendaklah diselesaikan oleh Mahkamah sebelum ia dikeluarkan.
Subsection
(2) Sebelum suatu sitasi yang sedemikian dikeluarkan, suatu afidavit yang menentusahkan pernyataan fakta yang hendak dibuat dalam sitasi itu mestilah diangkat sumpah oleh orang yang memohon ia dikeluarkan: Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh dalam hal keadaan khas membenarkan afidavit itu diangkat sumpah oleh peguam orang itu.
Subsection
(3) Pengeluaran suatu sitasi berlaku sebaik sahaja ia dimeteraikan oleh seorang pegawai Pejabat Pendaftaran.
Subsection
(4) Tanpa menjejaskan Aturan 62, kaedah 5, suatu sitasi di bawah kaedah 5 atau 7 mestilah disampaikan sendiri orang yang disitasi.
Subsection
(5) Penyampaian di luar bidang kuasa akan suatu sitasi di bawah kaedah 5 atau 7 boleh dibenarkan tetapi, dalam hal suatu sitasi di bawah kaedah 7, hanya dengan kebenaran Mahkamah.
Subsection
(6) Aturan 11, kaedah 4, hendaklah terpakai berhubung dengan permohonan minta kebenaran di bawah perenggan (5) sebagaimana ia terpakai berhubung dengan permohonan minta kebenaran di bawah kaedah 1 atau 2 Aturan itu.
Subsection
(7) Suatu perintah yang memberi kebenaran untuk menyampaikan sitasi di bawah kaedah 7 di luar bidang kuasa mestilah menghadkan masa yang mesti dipatuhi oleh orang yang hendak disampaikan dengan sitasi itu.
Subsection
(8) Aturan 11, kaedah 5, 6 dan 8, hendaklah terpakai berhubung dengan sitasi di bawah kaedah 7 sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan notis suatu writ. [31] Defendan telah mendapat grant of probate pada 14 April 2014 dari Mahkamah Tinggi Shah Alam vide 31NCVC-75-02/2014 dan selanjutnya menjadi pemilik berdaftar Hartanah Tersebut yang tidak boleh disangkal (indefeasible). Walaupun Pihak Plaintif mempertikaikan perintah tersebut dan memohon grant of probate ini diketepikan sebagai satu prayer dalam writ saman ini, tetapi mereka telah gagal mematuhi peruntukan Aturan 72 berkenaan. [32] Saya mendapati tiada “citation” (seperti yang diperuntukan di bawah Aturan 72, Kaedah 7, KKM 2012) yang difailkan dan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi di kemukakan dalam perbicaraan ini. Berdasarkan kepada perkataan dalam kaedah tersebut, peruntukan ini adalah mandatori. Penemuan mahkamah
i
(i) Si Mati pada masa material adalah berkeupayaan, memahami dan telah menyampaikan hasratnya berhubung dengan Hartanah Tersebut dengan tepat;
Subparagraph
(ii) tidak ujud suatu keadaan yang mencurigakan (suspicious circumstances) dalam menyediakan kandungan dan membuat wasiat berkenaan;
Subparagraph
(iii) tidak terdapat keterangan yang menunjukan Defendan menggunakan pengaruh tidak berpatutan (reasonable undue influence) kepada Si Mati;
Subparagraph
(iv) gagal mematuhi Aturan 72, KKM 2012 bagi mengenepikan grant of probate yang telah diperolehi Defendan; dan
v
(v) tindakan Pihak Plaintif memfailkan tuntutan terhadap Defendan ini adalah suatu afterthought dan tidak bona fide. [33] Berdasarkan kepada penelitian dan penemuan di atas, saya mendapati Defendan telah membuktikan bahawa wasiat Si Mati bertarikh 4 Disember 2005 telah dibuat dengan sempurna dan atas imbangan kebarangkalian (balance of probabilities), Pihak Plaintif telah gagal menunjukan suatu kausa tindakan yang mencukupi (a sufficient cause as pleaded). Oleh yang demikian, saya memutuskan Pihak Plaintif telah gagal membuktikan tuntutan mereka terhadap Defendan. Keputusan [34] Tuntutan Pihak Plaintif terhadap Defendan ditolak. [35] Pihak Plaintif diperintahkan membayar kos sebanyak RM15,000.00 kepada Defendan dan tertakluk pada 4% alokatur. Bertarikh: 26 Ogos 2022. (ROSLAN BIN ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Peguam-Peguam: En. M. Manoharan bagi pihak Plaintif-Plaintif Tetuan M Manoharan & Co Kuala Lumpur En. Govin T. Durai bagi pihak Defendan Tetuan Govin T. Durai & Co Klang
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.