Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO: JA-A72NvC-1203-11/ 2022
JA-A72NCvC-1203-11/2022
Magistrates Court of Malaysia19 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Melaka [1979] 1 MLJ 124 di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut: “We feel that this course of action is not open to the respondents, as it is clear that under section 92 of the Evidence Act 1950, oral evidence to contradict, vary, add to or subtract from, the terms of any contract, grant or other”
“aking for the Court of Appeal upheld the approach of the learned High Court Judge in giving no weight to the police report on bribery. Similarly, in Chong Wan Ping & Anor v. Shamshudeen Hj Mohd Yunus [2009] CLJU 834; [2009] 1 LNS 834 the High Court held that for an allegation of fraud in a civil proceeding, it must be”
“hat a contemporaneous police report had been lodged, otherwise the allegations are merely bare allegations. In the recent Court of Appeal case of Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd v. Hong Voon Chung [2021] CLJU 250; [2021] 1 LNS 250, a delay of some 16 months in lodging a police report by the litigant alleging that hi”
“idmatan pengangkutan tersebut telah pun dijelaskan sepenuhnya oleh kepada Plaintif-Plaintif. [64] Dalam hal ini, Mahkamah telah merujuk kepada kes Ismail Hashim v. Inno Concrete Technologies Sdn Bhd [2021] CLJU 855; [2021] 1 LNS 855 (HC) di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: "[61] However, this Cour”
“educed in writing between the appellants and the respondents section 92 therefore applies.” [penekanan ditambah] [50] Seterusnya, di dalam kes Caltex Oil Malaysia Ltd v. Classic Best Sdn Bhd & Ors [2006] CLJU 266; [2006] 1 LNS 266, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: **Note : Serial number will be used to”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO: JA-A72NvC-1203-11/ 2022
1
MAWARNI BINTI ABDUL HAMID [No. Kad Pengenalan: 830612-07-5170]
2
AHMAD ZULIKHTAR BIN MOHD DAHARI [No. Kad Pengenalan: 840619-02-5175] (Berniaga atas nama dan gaya PEMBINAAN ZULMA (JM0572364- P)) PLAINTIF-PLAINTIF
1
SURESH a/l DORASAMY [No. Kad Pengenalan: 790717-01-5373]
2
PARTIBAN a/l DORASAMY [No. Kad Pengenalan: 830915-01-6733]
3
DORASAMY a/l NALAYA [No. Kad Pengenalan: 491225-01-5545]
4
SARASWATHY a/p KARUPPAN [No. Kad Pengenalan: 541201-01-5076] (Berniaga atas nama dan gaya KAYTRI SERVICES (JM0195464- U)) DEFENDAN-DEFENDAN 17/10/2025 09:05:32 JA-A72NCvC-1203-11/2022 Kand. 58 ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Plaintif-Plaintif telah memfailkan satu tuntutan terhadap Defendan-Defendan menuntut sejumlah RM30, 426. 39 yang merupakan bayaran bagi perkhidmatan pengangkutan barang-barang kepunyaan Defendan-Defendan yang telah dilaksanakan oleh Plaintif-Plaintif. [2] Pada 19 September 2025, setelah Perbicaraan Penuh, Mahkamah telah membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut dengan kos mengikut skala. [3] Defendan-Defendan, yang tidak berpuas hati dengan Keputusan Mahkamah tersebut telah memfailkan satu rayuan ke Mahkamah Tinggi dan ini adalah merupakan alasan penghakiman bagi Keputusan Mahkamah tersebut. TUNTUTAN PLAINTIF-PLAINTIF [4] Plaintif-Plaintif pada setiap masa yang material adalah warganegara Malaysia yang berniaga atas nama dan gaya Pembinaan Zulma yang mempunyai alamat perniagaan dan penyampaian di No. 29-01, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, 81300, Skudai, Johor Bahru, Johor. [5] Defendan-Defendan adalah rakan kongsi yang berniaga atas nama dan gaya Kaytri Services yang mempunyai alamat perniagaan dan penyampaian di No. 2, Jalan Selar 6, Taman Pasir Putih, 81700, Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor. [6] Plaintif-Plaintif telah dilantik oleh Defendan-Defendan untuk menjalankan kerja-kerja perkhidmatan pengangkutan barang-barang kepunyaan Defendan-Defendan (selepas ini dirujuk sebagai “perkhidmatan pengangkutan tersebut”). [7] Plaintif-Plaintif telah mengemukakan beberapa tuntutan ke atas kerja-kerja perkhidmatan pengangkutan tersebut sebagaimana yang telah diarahkan oleh Defendan-Defendan. Menurut Plaintif-Plaintif, perkhidmatan pengangkutan tersebut telah dilaksanakan secara teratur menurut kehendak-kehendak dan arahan Defendan-Defendan. [8] Plaintif-Plaintif telah mengemukakan beberapa invois yang keseluruhannya berjumlah RM30, 426. 39 kepada Defendan-Defendan bagi kesemua perkhidmatan pengangkutan tersebut. [9] Beberapa peringatan dan permintaan telah dibuat oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan-Defendan untuk menjelaskan bayaran berjumlah RM30, 426. 39 tersebut namun Defendan-Defendan masih enggan dan gagal untuk menjelaskannya. [10] Plaintif-Plaintif kemudiannya pada 26.09.2022 melalui Peguamcaranya iaitu Tetuan Hussin Othman & Co. telah menghantar satu notis tuntutan kepada Defendan-Defendan, namun Defendan-Defendan masih gagal, enggan dan/ atau cuai untuk mematuhi notis tuntutan tersebut. [11] Atas kegagalan dan keingkaran pihak Defendan-Defendan menjawab kepada dan mematuhi notis tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut, Plaintif-Plaintif kemudiannya telah memfailkan tuntutan ini terhadap Defendan-Defendan di Mahkamah. PEMBELAAN DEFENDAN-DEFENDAN [12] Defendan Ke-3 telah menjadi kurang upaya akibat daripada satu kemalangan jalan raya dan satu Perintah Mahkamah Tinggi melalui Saman Pemula No.: 24NCvC-704-10/ 2015 telah diperolehi untuk Defendan Pertama dan Defendan Ke-2 menjadi wakil kepada Defendan Ke-3 (committee of persons) manakala Defendan Ke-4 telah meninggal dunia pada 22.02.2022. [13] Defendan-Defendan di dalam Pembelaan menyatakan bahawa pada sekitar tahun 2021, wakil Plaintif-Plaintif telah berjumpa dengan Defendan ke-2 untuk memohon kerja sub-kontrak di mana pada masa itu, Defendan Pertama, Ke-2 dan Ke-3 telah berniaga sebagai kontraktor di Johor Port, di Pasir Gudang, Johor. [14] Defendan Ke-2 telah bersetuju dengan permintaan wakil Plaintif-Plaintif tetapi semasa menguruskan kerja-kerja kontrak, Plaintif-Plaintif telah melakukan pemalsuan (fraud) terhadap Defendan Pertama, Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 di mana Plaintif-Plaintif telah mendorong seramai 17 orang pekerja-pekerja Defendan-Defendan dan akibatnya mereka telah meletak jawatan dan bekerja dengan Plaintif-Plaintif. [15] Akibat daripada itu, Defendan-Defendan tidak dapat menguruskan kerja-kerja kontrak di Johor Port, Pasir Gudang kerana kekurangan pekerja dan telah mengalami kerugian akibat pembatalan beberapa kontrak. [16] Defendan-Defendan menyatakan bahawa terdapat penyelewangan dalam invois-invois yang dinyatakan di dalam Penyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif. Invois-invois ini merupakan rekaan Plaintif-Plaintif kerana tidak pernah disokong oleh ‘Delivery Order’ dan Defendan-Defendan tidak pernah membuat pesanan tersebut. [17] Defendan-Defendan menafikan peringatan dan permintaan serta penerimaan surat daripada Peguamcara Plaintif-Plaintif bertarikh pada 26.09.2022. TUNTUTAN BALAS DEFENDAN-DEFENDAN [18] Peguamcara Defendan-Defendan telah memohon untuk Tuntutan Balas Defendan-Defendan dibatalkan ketika hari pertama Perbicaraan iaitu pada 13.06.2025. Mahkamah kemudiannya telah membatalkan Tuntutan Balas Defendan-Defendan tersebut. PRINSIP UNDANG-UNDANG BERKAITAN BEBAN PEMBUKTIAN [19] Adalah menjadi satu prinsip undang-undang yang mantap bahawa onus probandi pada tahap imbangan kebarangkalian adalah ke atas Plaintif selaras dengan seksyen 101 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] yang memperuntukkan seperti berikut:
101
“Burden of proof
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.” [20] Di dalam kes Randhir Singh Bhajnik Singh v. Sunildave Singh Parmar [2019] 6 CLJ 771; [2018] 1 LNS 1374 di muka surat 9 dinyatakan seperti berikut: “[8] We have read the appal records and rhe able submissions of the parties. After giving muchconsideration to the submission of the learned counsel for the Responden, we take the view that the appeal must be allowed. Out reasons inter alia are as follows:
a
It is trite that legal burden is on the Plaintiff on the evidential burden and/ or opposing evidence to rebut the Plaintiff’s claim on the balance of probability lies on the Defendant. In Pan Malaysian Pools Sdn Bhd v. Kwan Tat Thai & Anor and other appeals [2018] 4 CLJ 323, the Court of Appeal observed: “[7] It is well-established as a general rule that ‘burden of proof’ in a civil case is on the Plaintiff but the burden will shift when the Plaintiff has adduced sufficient evidence of probative value which requires the Defendant to rebut the Plaintiff’s evidence”. [See Selvaduray v. Chinniah [1939] 1 LNS 107; [1939] 1 MLJ 253].” [21] Seterusnya, di dalam kes Muhammad Hanif Zazali v. Muhammad Halimi Bakar & Anor [2022] 1 LNS 268, Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “[11] Begitu juga dalam kes Keruntum Sdn. Bhd. v. The Director of Forest & Ors [2018] 4 CLJ 145; [2017] 3 MLJ 281: “[78] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party on whom the burden lies. Where a party on whom the burden of proof lies, has discharged it, then the evidential burden shifts to the other party (see UN Pandey v. Flotel Marco Polo Pte Ltd [1980] 1 MLJ 4). When the burden shifts to the other party, it can be discharged by cross-examination on witnesses of the party on whom the burden of proof lies or by calling witnesses or by giving evidence himself or by a combination of the different methods. See Tan Kim Khuan v.
697
[79] The findings made by the learned trial judge are mainly findings of facts and he gave credible reasons for his findings. He had the benefit of hearing testimonies and observing the demeanour of the witnesses, those findings of facts were affirmed by the Court of Appeal. It would need very clear and convincing reasoning to justify us to reverse what has already been decided. We have looked at those findings of facts by the learned trial judge and the details reasons given by him and we are satisfied that, on the facts of the case, any reasonable tribunal would have made similar findings.” [penekanan ditambah] [22] Berdasarkan otoriti di atas, beban pembuktian terletak ke atas Plaintif-Plaintif untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan di tahap Imbangan Kebarangkalian. [23] Sekiranya Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif berjaya membuktikan tuntutan mereka, maka beban pembuktian tersebut berpindah kepada Defendan-Defendan untuk membuktikan Pembelaannya. [24] Mahkamah mendapati kausa tindakan Plaintif-Plaintif adalah terakru daripada bayaran wang sebanyak RM30, 426. 39 yang terbit daripada invois-invois yang telah dikeluarkan oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan-Defendan bagi perkhidmatan pengangkutan tersebut yang telah dilaksanakan oleh Plaintif-Plaintif untuk Defendan-Defendan. HUJAHAN PEGUAMCARA PLAINTIF-PLAINTIF [25] Peguamcara Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa Defendan-Defendan telah menerima invois-invois berjumlah RM30, 426. 39 sebagaimana di Ikatan Dokumen B tersebut. Ini adalah kerana kesemua invois-invois tersebut telah ditandatangani oleh Defendan-Defendan atau wakil Defendan berserta dengan cop syarikat Defendan-Defendan. [26] Serahan invois-invois dan ‘Delivery Order’ tersebut telah dibuat oleh SP2 di Pejabat Defendan-Defendan. [27] Oleh itu, Peguamcara Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa invois-invois yang telah ditandatangani oleh Defendan-Defendan/ wakil Defendan-Defendan beserta dengan cop syarikat Defendan-Defendan menunjukkan invois-invois tersebut bukanlah rekaan. [28] Seterusnya, Peguamcara Plaintif-Plaintif menghujahkan tidak ada berlakunya pemalsuan (fraud) sebagaimana Pembelaan Defendan-Defendan. Tiada sebarang dokumen ataupun laporan polis yang dibuat oleh Defendan-Defendan berkenaan dakwaan pemalsuan (fraud) ini. [29] Tiada sebarang keterangan daripada saksi Defendan Pertama (SD1), yang merupakan pekerja Defendan-Defendan mengenai pemalsuan (fraud) oleh Plaintif-Plaintif di Mahkamah. [30] SD1 semasa keterangannya menyatakan bahawa tiada keperluan untuk membuat laporan polis kerana invois-invois tersebut tidak pernah diterima oleh Defendan-Defendan. [31] SD1 juga tidak memberikan sebarang keterangan berkenaan isu dorongan Plaintif-Plaintif ke atas pekerja-pekerja Defendan-Defendan sehingga pekerja-pekerja Defendan-Defendan meletak jawatan. [32] Defendan-Defendan telah gagal hadir ke Mahkamah untuk memberikan keterangan semasa Perbicaraan Penuh tanpa sebarang alasan yang munasabah. HUJAHAN PEGUAMCARA DEFENDAN-DEFENDAN [33] Peguamcara Defendan-Defendan menghujahkan bahawa tiada dokumen kontrak, pesanan pembelian, delivery order, atau sebarang rekod komunikasi sama ada melalui aplikasi Whatsapp atau surat menyurat yang boleh membuktikan bahawa terdapatnya perjanjian atau kontrak antara pihak-pihak. [34] Saksi Plaintif Ke-2 (SP2) memberikan keterangan yang bercanggah sewaktu Perbicaraan di Mahkamah kerana pada awalnya beliau menyatakan terdapat beberapa orang wakil Defendan-Defendan yang menandatangani invois-invois tetapi semasa di soal balas, SP2 mengakui tandatangan di invois-invois menunjukkan seorang sahaja yang menandatangani invois-invois tersebut. [35] Tiada satu pun dokumen yang boleh mengaitkan Defendan-Defendan secara sah dan nyata kepada perkhidmatan pengangkutan yang didakwa telah dijalankan oleh Plaintif-Plaintif. [36] Peguamcara Defendan-Defendan seterusnya menghujahkan bahawa tiada sebarang weighbridge (resit timbang) dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif di Mahkamah bagi menyokong invois-invois Plaintif-Plaintif yang menjadi asas tuntutan ini dan seterusnya memohon Mahkamah menggunapakai seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 [Akta 56]. [37] Peguamcara Defendan-Defendan menghujahkan bahawa Plaintif-Plaintif tidak boleh bergantung kepada invois-invois semata-mata kerana ianya tidak mencukupi bagi membuktikan perkhidmatan pengangkutan adalah benar-benar telah dilaksanakan dan diterima oleh pihak Defendan-Defendan. Tambahan pula, pihak Defendan-Defendan secara konsisten menafikan kerja-kerja pengangkutan telah dijalankan dan Defendan-Defendan juga tidak pernah menerima apa-apa dokumen daripada Plaintif-Plaintif. [38] Ketiadaan ‘Delivery Order’ dan resit timbang, ditambah pula dengan kecurigaan tandatangan yang sama pada kesemua invois telah menimbulkan kerurigaan serius bahawa invois-invois tersebut telah direka atau dipalsukan oleh Plaintif-Plaintif. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [39] Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan di dalam kes ini merupakan tuntutan berjumlah RM30, 426. 39 yang merupakan bayaran terhadap kerja-kerja perkhidmatan pengangkutan barang-barang kepunyaan Defendan-Defendan yang telah dilaksanakan oleh Plaintif-Plaintif. [40] Fakta bahawa Plaintif-Plaintif telah dilantik oleh pihak Defendan-Defendan untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan tersebut bukanlah merupakan satu fakta yang dipertikaikan di dalam tuntutan ini. [41] Plaintif-Plaintif telah memanggil 2 orang saksi dan telah mengemukakan invois-invois berkaitan perkhidmatan pengangkutan barang-barang sebagaimana yang telah dipohon oleh pihak Defendan-Defendan. [42] Saksi Plaintif Pertama (SP1) di dalam keterangannya mengesahkan bahawa invois-invois yang dikemukakan di dalam Ikatan Dokumen B adalah invois-invois yang telah ditandatangani sendiri oleh SP1 yang turut mengandungi nombor-nombor pesanan penghantaran (‘Delivery Order’) dan kesemua invois turut mempunyai cop akuan terima oleh syarikat Defendan-Defendan. [43] SP2 menjelaskan bahawa tugas beliau di syarikat Plaintif-Plaintif adalah untuk menyediakan invois berpandukan ‘Delivery Order’. Berkenaan dengan isu ‘Delivery Order’ yang tidak dikemukakan oleh pihak Plaintif-Plaintif, SP2 di dalam keterangannya menyatakan bahawa ‘Delivery Order’ ini diberikan oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif-Plaintif. Seterusnya, Plaintif-Plaintif akan menyerahkan semula ‘Delivery Order’ tersebut beserta dengan invois-invois yang berkaitan bagi membolehkan Defendan-Defendan membuat bayaran kepada Plaintif-Plaintif. [44] SP2 mengesahkan bahawa invois-invois dan ‘Delivery Order’ telah diserah oleh SP2 sendiri kepada Defendan-Defendan dan ianya diakui terima dan ditandatangani oleh Defendan-Defendan. [45] SD1 yang merupakan pekerja syarikat Defendan-Defendan, dalam keterangannya menyatakan bahawa Defendan-Defendan tidak pernah menerima invois-invois yang dikemukakan di dalam Ikatan Dokumen B tersebut dan kesemua bayaran bagi perkhidmatan pengangkutan tersebut oleh Plaintif-Plaintif telah dijelaskan oleh Defendan-Defendan. [46] SD1 di dalam keterangannya turut menyatakan bahawa invois-invois yang dikemukakan di dalam Ikatan Dokumen B adalah merupakan rekaan Plaintif-Plaintif. ISU 1: SAMA ADA TERDAPAT PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN BARANG-BARANG OLEH PLAINTIF-PLAINTIF KEPADA DEFENDAN-DEFENDAN SEBAGAIMANA INVOIS-INVOIS DALAM IKATAN DOKUMEN B [47] Berdasarkan keterangan saksi-saksi Plaintif-Plaintif dan invois-invois yang dikemukakan di dalam Ikatan B, Mahkamah mendapati bahawa sememangnya Plaintif-Plaintif telah pun menyempurnakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. [48] Mahkamah mendapati kewujudan invois-invois yang dikemukakan di dalam Ikatan B sememangnya telah membuktikan asas tuntutan Plaintif terhadap Defendan. [49] Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Pernas Trading Sdn Bhd v. Persatuan Peladang Bakti Melaka [1979] 1 MLJ 124 di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut: “We feel that this course of action is not open to the respondents, as it is clear that under section 92 of the Evidence Act 1950, oral evidence to contradict, vary, add to or subtract from, the terms of any contract, grant or other disposition of property which has been reduced in writing is not admissible. The sales invoice and the delivery note being the contract reduced in writing between the appellants and the respondents section 92 therefore applies.” [penekanan ditambah] [50] Seterusnya, di dalam kes Caltex Oil Malaysia Ltd v. Classic Best Sdn Bhd & Ors [2006] CLJU 266; [2006] 1 LNS 266, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “In coming to a decision in cases involving goods sold and delivered such as in this case, I would place due emphasis on the written documents, namely the statement of accounts, invoices, delivery orders, delivery notes and the debit notes. These documents would collectively constitute a contract reduced into writing. [penekanan ditambah] [51] Walaupun kes-kes yang dirujuk di atas merupakan kes-kes yang melibatkan goods sold and delivered, Mahkamah telah mengambil dan menerima (adopt) prinsip yang dikemukakan memandangkan ianya melibatkan transaksi dan dokumen-dokumen perniagaan yang serupa seperti pesanan pembelian, pesanan penghantaran dan invois. [52] Di dalam tuntutan ini, Plaintif-Plaintif tidak mengemukakan sebarang ‘Delivery Order’. Namun, Mahkamah menerima keterangan saksi-saksi Plaintif bahawa salinan ‘Delivery Order’ telah diserahkan kepada Defendan-Defendan bersama invois-invois tersebut bagi membolehkan Plaintif-Plaintif menuntut pembayaran bagi perkhidmatan pengangkutan barang-barang yang telah dilaksanakan kepada Defendan-Defendan. [53] Tambahan pula, terdapat tarikh, nombor-nombor ‘Delivery Order’, berat barang, amaun dan nombor lori pada invois-invois yang telah dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif. [54] Mahkamah percaya urusniaga antara Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan (yang mengemukakan invois-invois bersama ‘Delivery Order’) merupakan amalan yang secara mengikut keadaannya, boleh disimpulkan sebagai telah dipersetujui antara Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan. [55] Atas dapatan ini, Mahkamah dengan ini mendapati bahawa sememangnya perkhidmatan pengangkutan tersebut telah dibekalkan oleh Plaintif-Plaintif sebagaimana invois-invois yang dikemukakan dan oleh yang demikian, Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan pada tahap Imbangan Kebarangkalian. ISU 2: SAMA ADA DEFENDAN-DEFENDAN BERJAYA MEMBUKTIKAN PEMBELAANNYA [56] SD1 merupakan Eksekutif Pentadbir kepada syarikat Defendan-Defendan. SD1 di dalam keterangannya menyatakan bahawa kesemua bayaran bagi perkhidmatan pengangkutan telah dijelaskan kepada Plaintif-Plaintif. [57] SD1 juga di dalam keterangannya menyatakan tidak pernah melihat invois-invois di dalam Ikatan B tersebut dan mengesahkan bahawa Defendan-Defendan tidak pernah menandatangani invois-invois tersebut. [58] Defendan-Defendan di dalam Pembelaannya menyatakan bahawa invois-invois yang dirujuk di dalam Ikatan Dokumen B adalah merupakan rekaan Plaintif-Plaintif sendiri dan Defendan-Defendan tidak pernah membuat pesanan tersebut. [59] Mahkamah mendapati bahawa pliding dan keterangan SD1 berkenaan dengan invois-invois ini tidak disokong oleh keterangan atau sebarang bukti dokumen lain. Dalam hal ini, tiada juga sebarang laporan polis dibuat oleh Defendan-Defendan berkenaan isu ‘Delivery Order’ dan invois-invois yang dikatakan merupakan rekaan ini. [60] Ketika pemeriksaan semula, SD1 menjelaskan bahawa tiada sebarang laporan polis dibuat kerana Defendan-Defendan tidak pernah menerima invois-invois di dalam Ikatan B. [61] Mahkamah tidak boleh menerima keterangan dan Pembelaan Defendan-Defendan ini. Sekiranya benar sekalipun bahawa Defendan-Defendan tidak pernah menerima invois-invois di Ikatan Dokumen B ini, Mahkamah percaya sepatutnya Defendan-Defendan mengambil langkah segera untuk membuat laporan polis secepat yang mungkin setelah diserahkan dengan Writ Saman, Penyataan Tuntutan dan kertas-kertas kausa berkaitan daripada Plaintif-Plaintif, apatah lagi Defendan-Defendan turut menafikan tandatangan dan cop syarikat Defendan-Defendan yang diturunkan di invois-invois tersebut merupakan tandatangan wakil Defendan-Defendan dan cop Defendan-Defendan. [62] Namun, sehingga kes ini selesai dibicarakan, iaitu selepas 3 tahun ianya difailkan, Defendan-Defendan masih tidak membuat apa-apa laporan polis berkaitan perkara ini. [63] Defendan-Defendan juga gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk menunjukkan bahawa sememangnya kesemua bayaran bagi perkhidmatan pengangkutan tersebut telah pun dijelaskan sepenuhnya oleh kepada Plaintif-Plaintif. [64] Dalam hal ini, Mahkamah telah merujuk kepada kes Ismail Hashim v. Inno Concrete Technologies Sdn Bhd [2021] CLJU 855; [2021] 1 LNS 855 (HC) di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: "[61] However, this Court bore in mind that a body of case law has developed in Malaysia which gives much weight in civil cases to whether a contemporaneous police report was made when any allegation of criminal wrongdoing such as fraud or forgery was made. In Floral Trends v. Li Onn Floral Enterprise (M) Sdn. Bhd. [2006] 6 CLJ 525, the 2nd Defendant claimed that his signature on the letter of guarantee was forged and the High Court held that it is a criminal wrong to forge a document and bereft of a police report, the allegation of the 2nd Defendant must be construed as a bare allegation. In David Wong Hon Leong v. Noorazman bin Adnan [1995] 4 CLJ 155 the appellant failed to timeously lodge a police report and Gopal Sri Ram JCA speaking for the Court of Appeal upheld the approach of the learned High Court Judge in giving no weight to the police report on bribery. Similarly, in Chong Wan Ping & Anor v. Shamshudeen Hj Mohd Yunus [2009] CLJU 834; [2009] 1 LNS 834 the High Court held that for an allegation of fraud in a civil proceeding, it must be shown that a contemporaneous police report had been lodged, otherwise the allegations are merely bare allegations. In the recent Court of Appeal case of Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd v. Hong Voon Chung [2021] CLJU 250; [2021] 1 LNS 250, a delay of some 16 months in lodging a police report by the litigant alleging that his signature on a joint and several guarantee was forged was adversely held against him. And, the Court of Appeal found that the reason advanced for the delay that he left the matter to his lawyers to be incredible. These cases would by necessary implication establish that a police report lodged by a person interested at a time when proceedings were pending or anticipated, involving a dispute as to any fact which the statement might tend to establish would be admissible." [penekan ditambah] [65] Di dalam kes ini, walau pun SD1 menyatakan bahawa invois-invois di dalam Ikatan Dokumen B merupakan rekaan oleh Plaintif-Plaintif dan Pembelaan Defendan-Defendan yang menyatakan bahawa terdapatnya penyelewengan di dalam tuntutan Plaintif-Plaintif, Mahkamah mendapati tiada sebarang keterangan sama ada terdapat laporan polis yang telah dibuat oleh Defendan berkenaan dengan isu pemalsuan ini. [66] Mengambilkira prinsip undang-undang di dalam kes Ismail Hashim (supra), tanpa sebarang laporan polis yang dieksibitkan oleh Defendan berkenaan invois-invois yang dikatakan merupakan rekaan dan penyelewangan dan juga isu tandatangan dan cop Defendan-Defendan yang terdapat pada invois-invois tersebut, Mahkamah mendapati isu dan Pembelaan yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan ini hanyalah bersifat penafian semata-mata (‘bare denial’). [67] Mahkamah seterusnya telah merujuk kepada kes W T Steel Sdn. Bhd. v. SVR (M) Sdn Bhd [2023] 1 LNS 1520 dimana Mahkamah Tinggi telah memutuskan sepertimana berikut: “[28] ….. Weighing these bare assertions against each delivery order which bears the 1st Defendant's company stamp of acknowledgment of receipt of goods in good order and condition, it is patently obvious that the 1st Defendant is clutching at straws. Again, it is worth noting that it is not the Defendants' case that the 1st Defendant's company stamp is fake or fictitious. In any case, bare denials or assertions do not constitute evidence and they cannot give rise to triable issues - Chen Heng Ping @ Tian Seow Hock & 5 Ors v. Intradagang Merchant Bankers (M) Berhad [1995] 3 CLJ 690.” [penekanan ditambah] [68] Berdasarkan dapatan di atas, Mahkamah mendapati bahawa Defendan-Defendan telah gagal membuktikan Pembelaan di atas Imbangan Kebarangkalian dan seterusnya menolak Pembelaan Defendan-Defendan. KESIMPULAN [69] Setelah mendengar keseluruhan keterangan saksi-saksi, mempertimbangkan eksibit-eksibit yang telah dikemukakan serta meneliti hujahan pihak-pihak, dan berdasarkan otoriti-otoriti, dapatan-dapatan dan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah dengan ini memutuskan, di atas imbangan kebarangkalian, Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan dan dengan ini Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif sebagaimana berikut: a) Wang berjumlah RM30, 426.39; b) Faedah padar kadar 5% setahun ke atas jumlah RM30, 426, 39 dikira dari tarikh pemfailan saman sehingga tarikh penyelesaian penuh; dan c) Seterusnya diperintahkan agar kos tindakan ini adalah mengikut skala. Bertarikh pada: 14 Oktober 2025. t.t. NURMADIANA BINTI MAMAT Majistret, Mahkamah Majistret Sivil (2), Johor Bahru
1
Hussin Othman daripada Tetuan Hussin Othman & Co. – Peguamcara
2
Plaintif-Plaintif Manian K. Marappan (Ishvinder Jeet Singh bersamanya) daripada Tetuan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.