Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-154-12/2021 PENDAKWA RAYA lawan
BA-45A-154-12/2021
High Court of Malaysia16 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“wooden crates up to the same apartment. [42] Be it Abdullah Hammad, or Terry or Alex Jo, this court finds that the defence raised by the accused as early as through his statement under s 112 of the Criminal Procedure Code was given to the police cannot be said to be fanciful. The character of either Abdullah Hammad, Te”
“urigakan dan sebarang keterangan oleh SP4 di Mahkamah ini berkenaan ekshibit P14 hanyalah self-serving. Dalam kes Mahkamah Tinggi (Pulau Pinang) Public Prosecutor lwn. Hariswaran a/l Vasu Devan & Ors [2018] MLJU 121, Hakim Lim Chong Fong (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bersetuju dengan ratio yang diputuskan oleh Hakim Su”
“yang dipandu tertuduh pertama dengan menyimpan di atas tempat duduk belakang dan di dalam bonet. Mahkamah ini memetik keputusan Mahkamah Tinggi (Tawau) dalam kes Public Prosecutor lwn. Razis bin Said [2021] MLJU 1910 di mana Hakim Lim Hock Leng menyatakan: [115] The prosecution contends that it is unlikely another pers”
“kereta yang dipandu tertuduh pertama tidak dikemukakan dan tiada sebarang sijil pendaftaran kereta dikemukakan kepada Mahkamah. Dengan menggunakan ratio dalam kes Mahkamah Rayuan Abdul Rashid lwn. PP [2022] MLJU 356, kegagalan pihak Pendakwaan mengemukakan kereta dipandu oleh tertuduh pertama bermaksud dan membawa kesa”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-154-12/2021 PENDAKWA RAYA lawan
1
MD FAIZAL BIN MD BAKRI
2
MOHAMAD FAZIL BIN MD BAKRI (NO KP: 951012-02-5461) Alasan Penghakiman (Di Akhir Kes Pendakwaan) Pengenalan [1] Alasan Penghakiman ini adalah untuk menjawab persoalan sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh atas dakwaan kesalahan mengedar dadah methamphetamine seberat 5,777.5 gram di sekitar Restoran Anytime Nasi Kandar pada 10.11.2020. Pertuduhan yang dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh pertama dan kedua adalah seperti berikut: Bahawa kamu secara bersama-sama pada 10/11/2020 jam lebih kurang 5.15 petang bertempat di Kawasan Parking Berhadapan Restoran Anytime Nasi Kandar, Jalan SP2/3, Taman Serang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor, di dalam Daerah Petaling, di Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 5777 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. [2] Selepas meneliti hujahan bertulis semua pihak dan setelah mempertimbangkan semua fakta dan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh. Alasan-alasan adalah seperti berikut. Fakta dan latar belakang kes [3] Pada 9.11.2020, SP4 menerima maklumat bahawa aktiviti pengedaran dadah akan dijalankan oleh 1 atau 2 orang menggunakan kereta sport warna hitam pada keesokan harinya di suatu tempat di Restoran Anytime Nasi Kandar. SP4 kemudian mengarahkan pasukannya untuk pergi ke tempat tersebut pada 10.11.2020 untuk pemerhatian dengan memberi fokus khusus kepada mana-mana "kereta sport warna hitam" yang mencurigakan. [4] Pada jam lebih kurang 4 petang, SP4 dan pasukan telah bertolak ke lokasi iaitu Kawasan hadapan Restoran Anytime Nasi Kandar Jln SP 2/3 Serdang Selangor. Perjalanan dari IPD Serdang ke lokasi mengambil masa lebih kurang setengan jam. Kemudian, pada atau kira-kira 5.15 petang, sebuah Ford Mustang (nombor pendaftaran kenderaan GT 691; warna hitam) (“Kenderaan tersebut”) telah didapati bergerak secara perlahan melalu parking. SP4 sendiri melihat kereta tersebut melintasi hadapan kereta SP4 dan membuat sebanyak 2 pusingan dikawasan parking iaitu di sekitar Restoran Anytime Nasi Kandar. SP4 dan pasukannya menyerbu Kenderaan tersebut apabila mereka melihat 2 orang (iaitu tertuduh pertama dan kedua) keluar dari Kenderaan itu. Ketika menjalankan pemeriksaan badan, SP4 dan pasukannya tidak menemui sebarang barang salah daripada kedua-dua suspek. [5] Namun begitu, semasa memeriksa Kenderaan tersebut, terdapat beberapa kotak-kotak yang mengandungi: Kotak no. 1 • ditemui di tempat duduk belakang di dalam Kenderaan 1 kotak warna coklat bertulis Function, mengandungi 40 peket plastik dengan perkataan warna hijau "Qing Shan Refined Chinese Tea" ( jumlah ab:42.15kg) Kotak no. 2 • ditemui di bonet Kenderaan 1 kotak bewarna coklat bertulis Function,mengandungi 40 paket plastik warna hijau bertulis “Qing Shan Refined Chinese Tea” (jumlah ab:42.37kg) Kotak no. 3 • ditemui di bonet Kenderaan 1 kotak bewarna coklat bertulis Function, mengandungi 40 paket plastik warna hijau bertulis Qing Shan Refined Chinese Tea.(jumlah ab:42.33kg) (selepas ini "barang-barang salah") [6] Pemeriksaan daripada Kenderaan itu selanjutnya mendapati permit untuk melakukan perjalanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) permit ekshibit P12 bertarikh 3.11.2020 tersebut menyatakan nama MD Faizal Bin MD Bakri (No KP: 890603-02-5643) dan permit ekshibit P12A bertarikh 9.11.2020 menamakan MD Faizal Bin MD Bakri dan Mohamad Fazil Bin MD Bakri (No KP: 951012-02-5461 / T1180615), kedua-dua tertuduh dalam kes ini. Selepas itu, kedua-dua tertuduh dan barang-barang salah telah dibawa ke IPD Serdang. SP7 ( IO ) telah ditugaskan untuk menyiasat kes ini. Tidak dipertikaikan bahawa barang-barang salah itu disahkan sebagai methamphetamine seperti yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan. [7] Sehubungan itu, bagi menyokong pertuduhan, pihak Pendakwaan bergantung kepada keterangan 8 saksi, antara lain: • SP1: Pemilik Asal Kenderaan • SP2: Isteri Tertuduh Kedua • SP3: Jurustor • SP4: Pengadu • SP5: Ahli Kimia • SP6: Jurufoto • SP7:Pegawai Penyiasat ( IO ) • SP8: IO Pengganti Kes Pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh [8] Pendakwa Raya berhujah bahawa terdapat empat elemen yang perlu dibuktikan dalam kes ini, iaitu Elemen A: • Barang salah itu adalah dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) Elemen B: • dadah itu berada dalam milikan kedua-dua tertuduh Elemen C: • kedua-dua tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah Elemen D: • kedua-dua tertuduh mempunyai niat yang sama untuk mengedar dadah tersebut [9] Berkenaan dengan Elemen A, Ahli Kimia (SP5) telah mengesahkan kepada Mahkamah ini semasa perbicaraan mengenai identiti barang-barang salah dan ia sememangnya merupakan dadah berbahaya di bawah ADB jenis methamphetamine. [10] Berkenaan dengan Elemen B, iaitu isu pemilikan, pendakwa raya berhujah bahawa kes-kes yang diputuskan dalam Chan Pean Leon lwn PP [1956] 22 MLJ 237, Leow Nghee Lim lwn R [1956] 22 MLJ 28 dan PP lwn Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 secara konsisten menyatakan bahawa elemen ini akan terbukti apabila ditunjukkan bahawa tertuduh mempunyai "power to deal with [the drugs] to the exclusion of others". Undang-undang tidak memerlukan pihak Pendakwaan untuk membuktikan "exclusive possession" (PP lwn Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209). [11] Dalam kes ini, elemen pemilikan telah terbukti kerana dadah itu berada dalam milikan kedua-dua tertuduh di dalam Kenderaan ketika ditahan. Walaupun benar bahawa Kenderaan itu didaftarkan dan dimiliki oleh SP2 (isteri kepada tertuduh kedua), hakikatnya adalah bahawa SP2 tidak menggunakan Kenderaan tersebut pada setiap masa material, termasuk ketika SP2 "mendapatkan" Kenderaan ini daripada SP1. Oleh itu, adalah jelas dan konsisten bahawa hanya kedua-dua tertuduh di sini (dan bukan orang lain) mempunyai akses kepada Kenderaan. [12] Begitu juga mengenai isu pengetahuan (Elemen C), pihak Pendakwaan memberitahu Mahkamah ini bahawa memandangkan cara dadah itu disembunyikan dengan menggunakan pembungkusan teh Cina, ia agak jelas bahawa kedua-dua tertuduh sebenarnya mesti mempunyai pengetahuan terdahulu mengenai identiti barang-barang tersebut dan mengetahui bahawa ia adalah dadah berbahaya. Nampaknya, kedua-dua tertuduh mengetahui fakta ini dan oleh itu cuba menyamar dadah itu sebagai teh Cina untuk mengelak dikesan. Dalam perenggan 79 hujahan bertulis, Pendakwa Raya yang terpelajar antara lain berhujah: “[79] Pihak Pendakwaan ingin menyatakan bahawa kes di hadapan Yang Arif pada hari ini adalah kes yang sudah terang lagi bersuluh atau straight forward dimana kedua-dua Tertuduh ditangkap bersama barang dadah yang begitu banyak di dalam kereta yang dinaiki mereka. Mana mungkin dadah yang bernilai puluhan ribu ringgit berada dalam kawalan kedua-dua Tertuduh tidak berada dalam pengetahuan mereka semasa serbuan dilakukan.” [13] Untuk menjawab Elemen D, pihak Pendakwaan berhujah bahawa tindakan tertuduh-tertuduh dalam kes ini adalah selaras dengan takrifan "pengedaran" yang termaktub di bawah seksyen 2 ADB: "trafficking" includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing. buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act; [14] Fakta kes ini menunjukkan bahawa kelakuan kedua-dua tertuduh adalah sepadan dengan definisi seksyen 2 mengenai “pengedaran”. Tambahan pula, dengan kuantiti dadah yang begitu besar yang dibawa oleh kedua-dua tertuduh (5,777.5 gram), adalah sangat tidak berkemungkinan dadah itu untuk tujuan self-consumption. [15] Sementara itu, mengenai persoalan "niat bersama" yang dinyatakan dalam Elemen D, pihak Pendakwaan berhujah kehadiran kedua-dua tertuduh di dalam Kenderaan pada masa tangkapan bukanlah suatu kebetulan. Jelas sekali, kehadiran mereka adalah untuk memudahkan pengedaran dadah. Dalam erti kata lain, tindak-tanduk mereka memenuhi seksyen 34 Kanun Keseksaan yang mentakrifkan "niat bersama" seperti berikut: Section 34. Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone. When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. [16] Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, pihak Pendakwaan berhujah bahawa satu kes prima facie pengedaran dadah telah berjaya dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh dalam kes ini. Bagi mengelakkan keraguan, pihak Pendakwaan juga berhujah bahawa tiada isu berhubung rantaian jagaan dadah itu. Pembelaan Tertuduh Pertama [17] Bagi menyokong pembelaannya, tertuduh pertama mengemukakan 8 hujahan: Hujahan Penjelasan 1 bahawa dia adalah pembawa yang tidak bersalah (innocent carrier) 2 bahawa berat dadah itu tidak konsisten 3 bahawa terdapat kacau ganggu ke atas barang yang dirampas 4 bahawa barang yang dirampas tidak ditanda 5 bahawa identiti dadah itu tidak jelas 6 bahawa keterangan mengenai Kenderaan itu tidak dikemukakan di hadapan Mahkamah ini 7 bahawa reaksi tertuduh pertama wajar diberi perhatian 8 bahawa keterangan SP7 (IO) mengenai permit perjalanan PKP kedua-dua tertuduh tidak disokong oleh sebarang bukti [18] Peguam terpelajar bagi tertuduh pertama berhujah bahawa tertuduh pertama bukanlah pengedar dadah sebenar dalam kes ini. Ini kerana berdasarkan dua laporan polis (ekshibit D24 dan D25), terdapat tiga lagi orang yang disyaki terlibat dalam kes ini: • Abdul Hadi( Passport No: B7044808) (Indonesia); • Dzulkifli bin Che Othman (KP No 771022-02-5467); dan • Choong Hoong Wai (KP No:880106145557) [19] Ketiga-tiga orang ini telah ditangkap dan disiasat oleh polis kerana mereka disyaki terlibat dalam kes ini. Menurut tertuduh pertama, kehadiran ketiga-tiga orang ini adalah penting kerana ia mengukuhkan lagi pembelaannya bahawa dia hanyalah seorang “innocent carrier”. [20] Hujahan Pertama bahawa tertuduh pertama hanyalah seorang “innocent carrier”. Tertuduh pertama berhujah bahawa dia tidak mengetahui kandungan sebenar barang-barang salah yang terdapat di dalam Kotak No. 1, 2 dan 3. Tertuduh pertama berkata bahawa Kotak-kotak tersebut adalah milik Abdul Hadi dan Choong Hoong Wai (yang merupakan pengedar sebenar). Malah, Dzulkifli bin Che Othman (Dzulkifli) sendiri turut dikenakan Perintah Tahanan bertarikh 28.12.2020 (ekshibit D27) dan cautioned statement (ekshibit D27B) mengatakan bahawa Dzulkifli sendiri berhasrat membeli syabu daripada Ah Wai (yang disahkan sebagai Choong Hoong Wai). Peguam terpelajar itu berkata demikian dalam perenggan 23 hujahan bertulisnya: “Mahkamah yang Mulia ini semestinya dan seharusnya menerima fakta-fakta tersebut seterusnya memberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum mensabitkan OKT1 kerana secara jelas wujud individu lain selain OKT1 yang sebenarnya pengedar (“actual trafficker”) dadah-dadah tersebut.” [21] Hujahan Kedua, peguam tertuduh pertama mencabar juga berat dadah yang dirampas dalam kes ini: • Semasa menimbang dadah tersebut di IPD Serdang, SP4 memberitahu Mahkamah ini bahawa 120 paket teh Cina Qing Shan seberat 126.85 kg • Dalam laporan Ahli Kimia (SP5), menyatakan bahawa terdapat 2 bungkusan plastik berjenama Guanyingwang didalam kotak berlabel "A". • Laporan Ahli Kimia menyatakan bahawa berat dadah itu ialah 121.26 kg, tetapi ia berubah kepada 124.83 kg apabila Ahli Kimia itu disoal balas semasa perbicaraan. [22] Oleh itu, terdapat perbezaan sebanyak 5.2 kg mengenai berat dadah yang dirampas dalam kes ini (126.85 kg minus 121.26 kg), walaupun penimbang itu telahpun calibrated. [23] Hujahan Ketiga, peguambela tertuduh pertama berhujah terdapat kacau ganggu keatas barang yang dirampas apabila SP4 menjalankan serbuan dan tangkapan keatas Dzulkifli dan Choong Hoong Wai (Choong) berdasarkan report seperti eksibit D25. Sewaktu serbuan dan tangkapan dilakukan oleh SP4 keatas Dzulkifli dan Choong di Restoran Nasi Kandar D. Noor masa yang diambil adalah lebih kurang 30 minit, tidak terdapat keterangan dari pihak Pendakwaan bahawa apa yang terjadi terhadap semua barang-barang salah yang dirampas, tidak terdapat keterangan barang kes disimpan rapi oleh SP4 atau pun barang kes diawasi oleh sesiapa. Pihak Pendakwaan juga tidak memanggil mana-mana saksi yang menyatakan telah menjaga barang-barang kes dadah semasa serbuan dibuat keatas Dzulkifli dan Choong. Ini menimbulkan persoalan sama ada barang yang dirampas adalah serupa dengan yang dihantar kepada SP5 (Ahli Kimia) untuk analisis forensik. [24] Hujahan Keempat, peguambela berhujah bahawa berdasarkan ekshibit D29 (rakaman sidang akhbar bertarikh 14.11.2020), SP4 memberitahu Mahkamah ini bahawa barang-barang salah itu telah dirampas dan ditanda pada tarikh tangkapan. Bagaimanapun, jelas daripada rakaman sidang akhbar bahawa item tersebut tidak ditanda sama sekali pada 14.11.2020 ( rakaman youtube diminit 3.19 hingga 3.25 minit dimana dapat dilihat sembilan (9) bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi bahan syabu yang turut tidak mempunyai tanda. TPR tidak mendapatkan penjelasan dari SP7 berhubung 9 bungkusan plastik lutsinar yang tidak bertanda. Keterangan yang saling bercanggah ini mencabar kredibiliti dan kebolehpercayaan SP4. [25] Hujahan Kelima, selanjutnya, apabila melihat gambar barang-barang yang dirampas (ekshibit P5(a) hingga P5(l)), gambar-gambar itu tidak menunjukkan sebarang label teh Cina dan sebagainya. Oleh itu, untuk hujahan kelima ini, peguam tertuduh pertama berhujah bahawa identiti dadah dalam kes ini adalah sangat meragukan. [26] Hujahan Keenam, peguambela terpelajar itu menegaskan bahawa pihak Pendakwaan gagal mengemukakan Kenderaan sebagai bukti dalam kes ini. Bukti ini amat penting kerana tiada gambar pernah dikemukakan semasa perbicaraan yang menunjukkan bahawa Kotak no. 1, 2 dan 3 memang diambil dari Kenderaan tersebut. Kegagalan untuk mengemukakan bukti ini menimbulkan banyak isu lain kerana Mahkamah ini tidak akan dapat memastikan: • sama ada Kotak no. 1, 2 dan 3 memang ditemui di dalam Kenderaan, • sama ada Kotak no. 1, 2 dan 3 muat ke dalam Kenderaan, • adakah Kotak tersebut no. 1, 2 dan 3 berada dalam keadaan terbuka/tertutup; dan • sama ada Kenderaan (iaitu Ford Mustang [GT 691]; warna hitam) itu benar-benar kereta yang dipandu oleh tertuduh pertama (kerana eksibit P5(T) hingga P5(X) hanya menggambarkan bahagian dalam Kenderaan). [27] Tambahan pula, nombor chasis / pendaftaran sijil / butiran lanjut berkaitan Kenderaan tidak dikemukakan sebagai bukti semasa perbicaraan. Semua isu yang berkaitan dengan Kenderaan ini tidak dibuktikan dengan jelas oleh pihak Pendakwaan. [28] Ketujuh, peguam terpelajar itu berkata bahawa reaksi tertuduh pertama yang dipamerkan olehnya semasa tangkapan adalah penting. Fakta yang menunjukkan bahawa tertuduh pertama dilihat “bimbang” apabila dia disoal oleh SP4 pada 10.11.2020 sebenarnya menunjukkan tertuduh pertama tidak bersalah dan dia tidak mengetahui kandungan dalam Kotak no. 1, 2 dan 3. Malah, tertuduh pertama langsung tidak cuba melarikan diri apabila SP4 dan pasukannya menyerbu kedua-dua tertuduh. [29] Kelapan, pembelaan terakhir peguam terpelajar berkata bahawa keterangan SP7 (IO) berhubung permit perjalanan kedua-dua tertuduh semasa PKP (ekshibit P12 dan P12A) mesti ditolak. SP7 memberitahu Mahkamah ini bahawa beliau telah menyiasat P12 dan mendapati permit perjalanan PKP tidak sahih. Ketika membuat kesimpulan ini, SP7 berkata beliau telah berhubung dengan Balai Polis Pangkalan Chepa dan SP4 juga berkata beliau telah menyemak perkara yang sama dengan IPD Putrajaya. Namun, rekod komunikasi ini tidak pernah dikemukakan di Mahkamah ini dan oleh itu, keterangan oleh SP4 dan SP7 terhadap ekshibit P12 adalah hearsay (kerana kesahihan kandungan kenyataan itu tidak dapat dipastikan). [30] Berdasarkan alasan-alasan di atas, peguam tertuduh pertama berhujah bahawa tertuduh pertama perlu dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan serta-merta. Pembelaan tertuduh kedua [31] Peguambela berhujah bahawa tiada kes prima facie dibuktikan terhadap tertuduh kedua kerana tiada niat bersama untuk melakukan pengedaran dadah sama sekali. [32] Pada setiap masa, tertuduh kedua hanyalah penumpang di dalam kenderaan semasa tangkapan dan tiada bukti dikemukakan menunjukkan tertuduh kedua berkongsi niat yang sama dengan tertuduh pertama untuk melakukan aktiviti pengedaran dadah. Adalah undang-undang mantap dalam seksyen 34 Kanun Keseksaan bahawa pihak Pendakwaan mesti membuktikan tertuduh kedua mempunyai fikiran atau rancangan yang telah diatur terlebih dahulu untuk melakukan kesalahan itu. Penyertaan, misalnya, boleh menjadi petunjuk niat bersama. Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone. When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. [33] Malangnya, IO dalam kes ini (SP7) tidak menjalankan siasatan lanjut untuk memastikan sama ada terdapat niat bersama antara kedua-dua tertuduh pertama dan kedua. Apa yang dilakukan SP7 di sini berhubung tertuduh kedua ialah menahannya memandangkan dia berada di dalam kenderaan yang sama dengan tertuduh pertama di mana dadah itu ditemui. Menurut peguam terpelajar, siasatan sebegini adalah sangat tidak memuaskan dan pertuduhan terhadap tertuduh kedua adalah tidak bermerit. [34] Dalam apa jua keadaan, peguambela memberitahu Mahkamah ini bahawa pihak Pendakwaan juga gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh kedua atas kesalahan memiliki dadah. Peguam berhujah bahawa tiada bukti yang menunjukkan tertuduh kedua mempunyai jagaan, kawalan dan/atau pemilikan eksklusif dadah dalam kes ini. [35] Ini kerana pegawai serbuan (SP4) sekadar memantau keseluruhan senario serta tindak-tanduk kedua-dua tertuduh sebelum menyerbu mereka. Fakta ini sahaja tidak menyokong / menimbulkan inferens bahawa tertuduh kedua mempunyai jagaan, kawalan dan/atau pemilikan eksklusif dadah. Malah, SP4 secara terang-terangan mengakui semasa perbicaraan bahawa tiada barang salah yang pernah dijumpai daripada tertuduh kedua. [36] Lebih-lebih lagi, SP4 di sini bukanlah orang yang menangkap tertuduh kedua. Sebenarnya, seorang lagi pegawai polis yang menahan tertuduh kedua tetapi pegawai ini pula tidak dipanggil sebagai saksi di Mahkamah ini. Justeru, keterangan berhubung kelakuan dan reaksi tertuduh kedua semasa tangkapan tidak dimaklumkan kepada Mahkamah ini dan peguam terpelajar menjelaskan bahawa keterangan ini sebenarnya penting kerana ia mampu menunjukkan sama ada tertuduh kedua mempunyai mens rea. [37] Keterangan daripada pegawai yang menangkap tertuduh kedua adalah penting dan akan dapat menjelaskan kepada Mahkamah ini bahawa, sebagai contoh, sama ada dia menggeledah badan tertuduh kedua, sama ada terdapat apa-apa barang salah didapati daripada tertuduh kedua, dan sebagainya. Tanpa keterangan daripada pegawai yang menangkap tertuduh kedua, suatu adverse inference di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 hendaklah dibuat terhadap pihak Pendakwaan. Tambahan lagi, walaupun telefon bimbit itu telah dirampas daripada tertuduh kedua, ia tidak dihantar untuk analisis forensik dan memang tidak dapat dipertikaikan bahawa hasil analisis forensik akan memberikan jawapan yang jelas sama ada terdapat "niat bersama" antara tertuduh pertama dan tertuduh kedua dalam kes ini. [38] Oleh itu, berdasarkan semua hujahan yang dinyatakan di atas, tidak boleh dikatakan bahawa kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap tertuduh kedua. Pada setiap masa material, tertuduh kedua hanyalah seorang innocent bystander. Analisis dan Keputusan [39] Dalam membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah meneliti keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan melalui 8 saksinya dan meneliti bukti dokumentar yang dikemukakan bagi menyokong kesnya. Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah yang menetapkan tatacara yang perlu diikuti pada akhir kes pendakwaan: Section 180. Procedure after conclusion of case for prosecution.
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. [40] Berlandaskan prinsip undang-undang di atas, dapatan Mahkamah ini adalah seperti berikut. [41] Pertama, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Pendakwaan bahawa terdapat empat elemen yang perlu dibuktikan dalam kes ini. Seperti yang boleh diingat dalam perenggan [8], empat elemen penting ialah: Elemen A: • Barang salah itu adalah dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Bahaya 1952 (ADB 1952) Elemen B: • dadah itu berada dalam milikan kedua-dua tertuduh Elemen C: • kedua-dua tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah Elemen D: • kedua-dua tertuduh mempunyai niat yang sama untuk memperedarkan dadah tersebut [42] Pihak Pendakwaan mesti meyakinkan Mahkamah ini bahawa barang-barang salah itu adalah dadah berbahaya di bawah ADB (Elemen A). Mengenai perkara ini, ahli kimia (SP5) telah mengesahkan kepada Mahkamah ini bahawa barang-barang salah itu adalah methamphetamine yang jelas merupakan dadah berbahaya di bawah ADB 1952. [43] Mengenai isu pemilikan (Elemen B), Mahkamah Persekutuan dalam kes Ghasem Hozouri Hassan lwn. Pendakwa Raya [2019] 6 MLJ 231 bersetuju dengan ratio yang diputuskan dalam Denish a/l Madhavan (supra) bahawa undang-undang tidak memerlukan pihak Pendakwaan untuk membuktikan tertuduh mempunyai "pemilikan eksklusif" dadah: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal’s decision, we will say a few words about ‘exclusive’ possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, ‘exclusive’ — that a conviction is possible”. [44] Agak jelas daripada fakta kes ini bahawa kedua-dua tertuduh telah ditangkap apabila dadah ditemui di dalam Kenderaan pada 10.11.2020 (lihat juga ekshibit P14: Laporan Polis Seri Kembangan 010525/20). Dalam laporan polis (ekshibit P14) SP4 menyatakan dadah itu ditemui di dalam Kenderaan yang dipandu oleh tertuduh pertama, di mana tertuduh kedua adalah penumpang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak memadai untuk memenuhi elemen "pemilikan". [45] Pada pandangan Mahkamah, Mahkamah ini mesti menilai isu "jagaan" dan "kawalan" dan sama ada kedua-dua tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan terhadap dadah di dalam Kenderaan. Mengikut seksyen 37 ADB 1952, pihak Pendakwaan perlu membuktikan bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah yang dirampas dalam Kenderaan tersebut. [46] Namun begitu, apabila Mahkamah ini meneliti gambar-gambar barang kes di ekshibit P5, adalah agak terkilan bahawa tiada dalam gambar-gambar barang kes di ekshibit P5 yang menunjukkan dadah itu ditemui di tempat duduk belakang dan di dalam bonet Kenderaan. Oleh itu, adalah sangat meragukan sama ada dadah ini memang ditemui dalam Kenderaan pada 10.11.2020. Sekiranya tiada sebarang gambar sokongan (bukti dokumen) yang menggambarkan bagaimana barang- barang salah / dadah tersebut ditemui di dalam Kenderaan tersebut, Mahkamah ini terpaksa menyatakan bahawa dakwaan yang dibuat oleh SP4 dalam laporan polis (ekshibit P14) adalah mencurigakan dan sebarang keterangan oleh SP4 di Mahkamah ini berkenaan ekshibit P14 hanyalah self-serving. Dalam kes Mahkamah Tinggi (Pulau Pinang) Public Prosecutor lwn. Hariswaran a/l Vasu Devan & Ors [2018] MLJU 121, Hakim Lim Chong Fong (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bersetuju dengan ratio yang diputuskan oleh Hakim Su Geok Yiam dalam kes Mohd Zaidy Adenan lwn. PP [2012] 9 CLJ 803 berkenaan isu gambar dan dadah. Di perenggan 41 – 43 Alasan Penghakiman beliau, Hakim Lim Chong Fong menyatakan seperti berikut: [41] In the circumstances herein, I am of the opinion that the failure of the police particularly the raiding officer and the investigating officer in taking and tendering photographs depicting the exact existence of all the Drugs found and seized in the Premises seriously weakened the prosecution’s case against all the accused persons. They were, at the least, expected to explain to the Court as to why several but incomplete photographs were taken only. No explanation was proffered. In Mohd Zaidy Adenan v. PP (supra), Su Geok Yiam J explained as follows: “[63] There was no explanation from PW6, let alone, a reasonable explanation, for his failure to instruct a police photographer to take photographs of the parang and the modified iron pipe. His omissions have left serious gaps in the prosecution’s case. The gaps created a doubt whether the sworn oral testimonies of the prosecution witnesses concerning the use by the appellant of the parang, P1, in his attempt to rob PW1 were inherently credible or probable.” I share her Ladyship’s views and in consequence SP7’s testimony on the Drugs seized here may not be inherently credible or probable. There could have been mix-up or tempering of the Drugs found and seized from the Premises. [42] In the absence of the prosecution producing satisfactory affirmative proof and exact accounting of the Drugs seized from the Premises that were eventually analyzed and formed the basis of the charge, I find there is reasonable doubt in the prosecution’s case. The first charge that is based on heroin and monoacetylmorphines allegedly found at three locations in the Premises could not be entirely accounted from the photographs adduced by the prosecution. Likewise the second charge and third charge based on cannabis and methamphetamine allegedly found on the floor in the living room at first storey of the Premises could not be seen at all from the photographs adduced. In other words, the exact and true amount of Drugs seized is indeterminate. It is therefore unsafe to even charge, let alone, convict the accused persons on the evidence adduced by the prosecution on the identification of the Drugs as charged. [43] Put simply, I find there was a serious break in the chain of evidence led by the prosecution. The consequence is grave. In the Supreme Court case of Teoh Hoe Chye v. Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 220, Abdul Hamid CJ (later LP) held as follows: Insofar as the trial Court is concerned, its duty is essentially to decide whether on the evidence before it the prosecution has proved its case, and if there are unsatisfactory features in the prosecution case to determine whether, in the light of such features, the prosecution case fell short of proof beyond reasonable doubt (Abdullah Zawawi’s case, supra). We would observe at this point that the law is clear in that “it is unnecessary to call evidence to ensure there is no break in the chain of evidence.” (Su Ah Ping v Public Prosecutor [1980] 1 MLJ 75. But where a doubt as to the identity of an exhibit arises, a failure to adduce evidence to provide the necessary link in the chain of evidence would be fatal to the prosecution case. In the instant case there was such a failure. …… In our view, it was clear that in the particular circumstances of this case, the failure to call this witness had caused a serious break in the chain of evidence relating to the identity of the exhibits. The break was so serious that we do not think there is any statutory cure. We would add that any attempt in such a case to apply the provisions of section 60(1) of the Courts of Judicature, 1964, we would amount to relaxation of the law of criminal procedure to such an extent as to deprive an accused person of his right. In this regard, it behoves us to reiterate that “the requirement of strict proof in a criminal case cannot be relaxed to bridge any material gap in the prosecution evidence. Irrespective of whether the Court is otherwise convinced in its own mind of the guilt or innocence of an accused, its decision must be based on the evidence adduced and nothing else and therefore the appeal must be allowed and the conviction quashed….” [47] Dalam kes ini, Mahkamah ini menerima pakai hujahan yang dibuat oleh Peguam tertuduh pertama bahawa Kenderaan adalah ekshibit yang amat penting untuk membuktikan kedua-dua tertuduh mempunyai milikan ke atas dadah yang dirampas. Satu demonstrasi juga tidak dibuat oleh SP7 berhubung 3 kotak berisi 120 bungkusan teh Cina yang dirampas sama ada muat diletakkan di belakang tempat duduk belakang dan di bonet Kenderaan tersebut. Kenderaan tidak dibawa ke Mahkamah dan juga tidak ditandakan sebagai ekshibit dan Mahkamah berpendapat dengan hanya berpandukan gambar dalam ekshibit P5 (P) hingga( X) dan mengharapkan Mahkamah untuk membayangkan atau memikirkan bagaimana barang dadah yang dirampas diletakkan dalam kenderaan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak sepatutnya menjadi amalan siasatan. [48] Mahkamah juga berpendapat isu yang dibangkitkan oleh Peguam tertuduh pertama bahawa Kenderaan di dalam gambar ekshibit P5(O) hingga (X) bukanlah gambar Kenderaan yang dipandu oleh tertuduh pertama pada masa material telah menimbulkan keraguan. Tanpa ada Kenderaan, maka tiada milikan dapat dibuktikan. Secara tidak langsung definisi pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952 iaitu mengangkut dadah menggunakan kenderaan kereta yang dipandu tertuduh pertama tidak dapat dibuktikan. Dalam kes Public Prosecutor lwn. Tony Omorodion Ogboin [2021] 11 MLJ 696 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Noorin Badaruddin memutuskan: “[40] In the present case, the investigating officer PW12 in re-examination did state that he conducted investigation on the handphone number belonging to the accused with the Telcos, but it stopped short at that. No details were given as to the results of the investigation if any. No documentary evidence was tendered to corroborate that such investigation as alleged by PW12 was in fact done. [41] The prosecution stressed the fact that the apartment unit B-10-03 was empty which signifies that there was no occupant therein and that it was meant to be a place to keep the impugned drugs. However, this court is not convinced with such evidence as no photographs were taken at the time when PW11 inspected the apartment to corroborate his evidence. Further facts revealed that the accused was not staying at the apartment unit B-10-03 and it was suggested that he obtained the keys to the same apartment from Abdullah Hammad earlier so that he could bring the wooden crates up to the same apartment. [42] Be it Abdullah Hammad, or Terry or Alex Jo, this court finds that the defence raised by the accused as early as through his statement under s 112 of the Criminal Procedure Code was given to the police cannot be said to be fanciful. The character of either Abdullah Hammad, Terry or Alex Jo cannot be said to be fictitious solely on the confirmation received from the immigration department via P33. The problem lies with the fact that no thorough investigation had been conducted by the police to enable this court to negate the possibility of other person having possession of the impugned drugs.” [49] Sehubungan itu, ekoran keterangan-keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini mengenai dadah yang kononnya dijumpai dalam Kenderaan, Mahkamah ini tidak yakin bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai "jagaan" dan "kawalan" dadah (seperti yang didakwa oleh SP4 dan seperti yang disebut dalam ekshibit P14 yang menyatakan dadah itu ditemui di dalam Kenderaan yang dipandu oleh tertuduh pertama dan di mana tertuduh kedua adalah penumpang). Kenderaan adalah sangat penting untuk dikemukakan ke Mahkamah sebagai ekshibit dan tidak cukup dengan gambar sahaja terutama dalam kes seumpama ini. [50] Dalam keadaan sedemikian, apabila Elemen B (milikan) tidak dibuktikan dengan jelas oleh pihak Pendakwaan, tidak boleh ada kesalahan memiliki dadah sama sekali, apatah lagi kesalahan mengedar dadah. Tiada kes untuk dimulakan kerana tidak ditunjukkan kepada Mahkamah ini bahawa barang-barang salah/ dadah itu memang ditemui di dalam Kenderaan pada 10.11.2020. [51] Pada hemat Mahkamah, gambar-gambar yang dirakam dalam ekshibit P5 hanya menunjukkan, antara lain, gambar Kenderaan dan gambar dadah, secara berasingan. Walaupun kedua-dua tertuduh tidak mempertikaikan fakta bahawa mereka adalah pengguna Kenderaan pada masa tangkapan, tetapi pembelaan bahawa Kenderaan dalam P5(O) hingga (X) bukanlah gambar kenderaan yang dipandu oleh tertuduh pertama pada hari tersebut yang mana menimbulkan keraguan dipihak Mahkamah. [52] Peguam tertuduh pertama menghujah tiada sebab yang diberikan oleh pihak Pendakwaan kenapa kereta yang dipandu tertuduh pertama tidak dikemukakan dan tiada sebarang sijil pendaftaran kereta dikemukakan kepada Mahkamah. Dengan menggunakan ratio dalam kes Mahkamah Rayuan Abdul Rashid lwn. PP [2022] MLJU 356, kegagalan pihak Pendakwaan mengemukakan kereta dipandu oleh tertuduh pertama bermaksud dan membawa kesan seolah-olah “without the evidence of the sling bag, there is no nexus before the Court to link the Appellant to the subject matter of the charge”. [53] Mahkamah ini mendapati tiada nexus dalam kes ini untuk mengaitkan tertuduh pertama dengan subjek pertuduhan. Mahkamah bersetuju dengan Peguam tertuduh pertama bahawa terdapat keraguan yang munasabah di dalam kes Pendakwaan berhubung isu milikan dan pengedaran dadah dengan cara di bawah seksyen 2 ADB iaitu mengangkut dadah menggunakan kenderaan kereta yang dipandu tertuduh pertama dengan menyimpan di atas tempat duduk belakang dan di dalam bonet. Mahkamah ini memetik keputusan Mahkamah Tinggi (Tawau) dalam kes Public Prosecutor lwn. Razis bin Said [2021] MLJU 1910 di mana Hakim Lim Hock Leng menyatakan: [115] The prosecution contends that it is unlikely another person would have left the Hilux with its doors open and with the key inside. Bearing in mind the accused’s account of Lumpoo calling him to go behind the 7-Eleven outlet to collect the car key and the Hilux, there is a possibility that if the key had been kept by Lumpoo at the sun visor, he would have handed it over to the accused and taken away the bags, but for the presence of the police. While that may be conjecture, as the Supreme Court [Salleh Abas LP] held in Abdullah Zawawi [1985] 2 MLJ 16 it is for the prosecution to call the material witnesses to bridge the gap or at the very least, to adduce evidence why they could not attend as witnesses. It is for the prosecution to rule out other possibilities in the form of reasonable doubts, as held by the Court of Appeal in Husin Sitorus [2012] 7 CLJ 205. [54] Dalam erti kata lain, perkara yang Mahkamah ini cuba sampaikan di sini ialah Mahkamah tidak boleh membuat keputusan yang memihak kepada pihak Pendakwaan dalam isu ini terutamanya dalam ketiadaan bukti yang jelas. Memandangkan Elemen B tidak dipenuhi, tidak perlu mahkamah ini memperincikan dan memutuskan Elemen C (pengetahuan) seperti yang dipertikaikan oleh pihak Pendakwaan yang terpelajar. [55] Memandangkan Mahkamah ini berpendapat bahawa kesalahan utama iaitu kesalahan pengedaran dadah tidak berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan, persoalan niat bersama (iaitu Elemen D) tidak timbul. Sudah menjadi undang-undang mantap bahawa kesalahan utama iaitu pengedaran dadah dalam kes ini mesti berjaya dibuktikan terlebih dahulu oleh pihak Pendakwaan sebelum Mahkamah ini boleh mengatakan bahawa tertuduh pertama dan kedua mempunyai niat bersama untuk melakukan jenayah itu. [56] Walaupun Mahkamah hanya merujuk kepada Pembelaan No 6 semasa keputusan ringkas diberikan tetapi mengambilkira semasa perbicaraan peguam terpelajar bagi tertuduh pertama telah membangkitkan 8 pembelaan dalam perenggan [17] supra. Mahkamah akan menyentuh kesemua pembelaan / dalihan demi kesempurnaan keputusan:- Pembelaan Penjelasan 1 bahawa dia adalah innocent carrier 2 bahawa berat dadah itu tidak konsisten 3 bahawa terdapat kacau ganggu ke atas barang yang dirampas 4 bahawa barang yang dirampas tidak ditanda 5 bahawa identiti dadah itu tidak jelas 6 bahawa keterangan mengenai Kenderaan itu tidak dikemukakan di hadapan Mahkamah ini 7 bahawa reaksi tertuduh pertama wajar diberi perhatian 8 bahawa keterangan SP7 (IO) mengenai permit perjalanan PKP kedua-dua tertuduh tidak disokong oleh sebarang bukti [57] Untuk memudahkan rujukan, Mahkamah ini akan merujuk setiap pembelaan mengikut nombor di atas. [58] Berkenaan Pembelaan no. 1 (iaitu dia seorang innocent carrier). Semasa pemeriksaan balas keatas SP4 (IO) dipersetujui oleh SP4 bahawa 3 kotak yang dirampas oleh SP4 dari kereta yang dipandu oleh OKT1 dalam keadaan tertutup dan berseal. SP4 juga bersetuju bahawa seseorang tidak dapat melihat isi kandungan kotak-kotak tersebut. Malah paket plastik teh cina yang terdapat didalam 3 kotak tersebut juga tidak dapat dilihat kandungannya. [59] OKT1 berkata bahawa tiga orang lain iaitu Abdul Hadi, Dzulkifli dan Choog terlibat dan merupakan pengedar dalam kes ini. Mahkamah mendapati bahawa ketiga-tiga penama tersebut wujud dan bukanlah fikiran terkemudian oleh pihak OKT1. Ini jelas berdasarkan report-report seperti dalam ekshibit D24, D25 dan P14. Ketiga-tiga penama diatas telah dicamkan oleh SP7 (IO) melalui gambar-gambar yang diserahkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan. Mahkamah berpendapat bahawa dari ekshibit D24, D25 dan P14 iaitu report yang dikemukakan menunjukkan bahawa ketiga-tiga penama juga adalah bersangkutan dengan tangkapan OK1 dan tangkapan terhadap ketiga-tiga penama adalah pada tarikh yang sama pada 10.11.2020. [60] Sepanjang perbicaraan, pembelaan telah membawa pembelaan “innocent carrier. Pembelaan menegaskan bahawa OKT1 tidak mempunyai pengetahuan terhadap kotak-kotak yang dibungkus kemas dan isi kandungannya dan hanya bertindak sebagai penghantar sahaja. OKT1 menafikan milikan terhadap kotak-kotak tersebut dan menyatakan bahawa hak milikan kotak-kotak tersebut adalah milik Abdul Hadi dan Choong Hoong Wai yang merupakan pengedar sebenar (“actual trafficker”). [61] Mahkamah merujuk kepada percakapan beramaran Dzulkifli yang ditandakan D27(B) seperti berikut:- “ Pada 10/11/2020 jam lebih kurang 1800 hrs semasa saya berada di rumah saya telah terima panggilan daripada pembeli dan pembeli mahukan bekalan dadah jenis Syabu sebanyak 100 kilogram pada hari ini juga. Saya terus menghubungi AH WAI (Choong Hoong Wai) dan memberitahu AH WAI yang pembeli mahukan bekalan dadah Syabu sebanyak 100 kilogram pada hari ini juga. Selepas itu AH WAI memberitahu saya yang dia dan saya akan pergi melihat sendiri wang pembayaran dadah jenis Syabu sebanyak RM2,700,000.00 itu di kawasan Puchong, Selangor. Pada jam lebih kurang 2015 hrs semasa saya bersama AH WAI berada di Restoran Nasi Kandar D Noor Jalan OP 1/5, Off Jalan Puchong, Puchong, Selangor bertujuan berbincang di mana tempat untuk berjumpa dengan pembeli bagi melihat wang pembelian dadah jenis Syabu sebanyak 100 kilogram tiba-tiba sekumpulan lelaki yang memperkenalkan dirinya Polis telah menahan saya dan salah seorang daripadanya telah memberitahu saya yang saya ditangkap bersabit Seri Kembangan Repot : 10525/20 di bawah Seksyen 39B ADB 1952.” [62] Mahkamah mendapati didalam Percakapan Beramaran beliau ada menyatakan bahawa beliau mendapat bekalan dari seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai “AH WAI” (Choong Hoong Wai). Pernyataan beliau menunjukkan bahawa pengedar sebenar adalah Hadi dan “AH WAI” (Choong Hoong Wai) dan secara spesifiknya menyatakan milikan di dalam tangkapan Seri Kembangan Report: 10525/20 (P14) adalah kepunyaaan “AH WAI” (Choong Hoong Wai) di mana urusniaga pembekalan dan penerimaan wang pembelian di kendalikan olehnya. Namun pada pandangan Mahkamah, fakta semata-mata wujudnya Dzulkifli dan Choong tidak bermakna tertuduh pertama merupakan innocent carrier. [63] Mengenai Pembelaan no. 2 (iaitu berat dadah itu tidak konsisten) kerana berat dadah adalah 126.85 kg (seperti yang dinilai oleh SP4) manakala berat dadah adalah 121.26 kg (seperti yang dinilai oleh ahli kimia) dan dengan itu menghasilkan perbezaan sebanyak 5.2 kg (lihat juga perenggan [21] dan [22], Mahkamah ini mendapati hujahan ini tidak dapat dipertimbangkan. [64] Pada pandangan Mahkamah, apa yang penting ketika ini ialah sama ada tertuduh pertama (bersama tertuduh kedua) mengedar 5,777.5 gram methamphetamine seperti yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan. Ini adalah satu-satunya isu yang memerlukan pertimbangan oleh Mahkamah ini. Dakwaan berat dadah itu tidak konsisten (jika betul dan benar-benar wujud), tidak menjejaskan tertuduh pertama dalam menyediakan pembelaannya. Melalui keterangan SP5 yang merupakan Ahli Kimia yang melakukan analisa terhadap barang kes dadah tersebut. SP5 mengesahkan barang kes dadah tersebut merupakan dadah berbahaya jenis “Methamphetamine” seberat 5777.5gram yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952 [65] Berkenaan dengan Pembelaan no. 3 (iaitu terdapat kacau ganggu ke atas barang yang dirampas) (lihat juga perenggan [23], supra), Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan peguam tertuduh pertama. Terdapat dua alasan Mahkamah ini berpendapat sedemikian tetapi sebelum itu, Mahkamah ini menerbitkan semula hujahan bertulis peguambela mengenai isu ini: “31. Isu berhubung rantaian barang kes ini di terukkan lagi apabila terdapat keterangan berhubung pergerakkan barang kes dadah di dalam kes ini terputus apabila SP4 menjalankan serbuan dan tangkapan ke atas Dzulkifli bin Che Othman dan Choong Hoong Wai berdasarkan repot polis yang dibuat oleh SP4 yang ditandakan sebagai eksibit pembelaan D25. Sewaktu serbuan dan tangkapan dilakukan oleh SP4 ke atas Dzulkifli bin Che Othman dan Choong Hoong Wai di restoran Nasi Kandar D Noor masa yang diambil adalah lebih kurang 30 minit, tidak terdapat keterangan dari pihak Pendakwaan bahawa apa yang terjadi terhadap semua barang kes dadah yang dirampas, tidak terdapat keterangan barang kes dadah disimpan rapi oleh SP4 atau pun barang kes dadah ini diawasi oleh sesiapa. Pihak pendakwan juga tidak memanggil mana-mana saksi yang menyatakan telah menjaga barang-barang kes dadah ini semasa serbuan tersebut dilakukan. Dalam keadaan ini Mahkamah hendaklah membuat inferens yang memihak kepada pihak pembelaan bahawa barang kes dadah telah dikacau ganggu dan terputusnya rantaian keterangan berhubung barang kes yang menyebabkan timbul persoalan adakah barang kes yang dirampas adalah barang kes yang dihantar kepada Ahli Kimia untuk dianalisa…” [66] Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan peguambela kerana apabila Mahkamah membaca laporan polis mengenai penahanan Dzulkifli dan Choong (ekshibit D25) tiada mana-mana yang menyatakan bahawa apa-apa barang / dadah yang pernah dirampas daripada mereka. Oleh itu, Peguam tertuduh pertama hanya membuat andaian semata-mata bahawa terdapat dadah yang ditemui dalam milikan Dzulkifli dan Choong Hoong Wai. [67] Alasan kedua Mahkamah menolak hujahan Peguam OKT1 kerana adalah tidak wajar bagi Peguam OKT1 untuk mengatakan bahawa dadah yang dirampas daripada kedua-dua OKT dalam kes ini adalah dikaitkan dengan Dzulkifli dan Choong Hoong Wai (dan vice versa). Tiada asas untuk berbuat demikian dan sebenarnya tidak logik untuk mengatakan bahawa dadah dalam kes ini adalah sama seperti dalam kes Dzulkifli dan Choong Hoong Wai. [68] Walau apa pun, kes Pendakwaan tidak menyatakan bahawa Dzulkifli, Choong Hoong Wai dan kedua-dua tertuduh di sini semuanya terlibat dalam satu (1) kes yang sama. Apa yang dikatakan oleh pihak Pendakwaan di sini ialah kedua-dua tertuduh didakwa mengedar 5,777.5 gram methamphetamine. Oleh yang demikian, Pembelaan No. 3 adalah ditolak. [69] Berkenaan Pembelaan no. 4 (iaitu barang yang dirampas tidak ditanda) (lihat juga perenggan [24], supra), Mahkamah ini menolak hujahan Peguam tertuduh pertama kerana dengan mengambilkira keterangan SP7 dalam pernyataan saksi beliau (PSP7), SP7 ada dengan jelas menggariskan kronologi perjalanan barang kes: 1) Pada 11.11.2020, beliau telah diserahkan 2 orang tangkapan iaitu kedua-dua tertuduh serta barang-barang kes 3 kotak warna coklat bertulis “Function” tandaan A, B dan C tersebut (kesemua barang kes yang telah ditanda juga mempunyai tandaan dan tandatangan SP4 bertarikh 10.11.2020); 2) Pada 11.11.2020 selepas menerima barang-barang kes tersebut, SP7 membuat penandaan dan turut menandatangani dan menulis tarikh 11.11.2020 pada barang kes dan kemudian menyimpan barang-barang kes tersebut di dalam pejabat berkunci dan hanya beliau yang mempunyai kunci dan akses kepada pejabat tersebut. 3) Pada 12.11.2020 jam 12 tengahari, SP7 telah keluarkan barang-barang kes yang disimpan dalam pejabatnya dan mengarahkan jurugambar SP6 untuk mengambil gambar. Sebanyak 26 keping gambar diambil. Setelah selesai, beliau memasukkan semula barang-barang kes tersebut ke pejabat berkunci beliau. 4) Pada 12.11.2020 lebih kurang 8.00 malam, SP7 telah mengeluarkan barang-barang kes yang disimpan di dalam bilik berkunci beliau dan mengarahkan L/Kpl Kumar A/L Rajasegaram iaitu jurugambar Jenayah IPD Serdang untuk melakukan proses penimbulan cap jari dan hasilnya mendapati tiada sebarang kesan cap jari dapat ditimbulkan. Selepas selesai proses penimbulan, SP7 menyimpan semula barang-barang kes tersebut di dalam pejabatnya. 5) Pada tarikh 13.11.2020, SP7 bersama barang kes berada di IPK Selangor bagi tujuan sidang media oleh Ketua Polis Negeri Selangor. Mengikut SP7, sepanjang sidang media berlangsung, barang-barang kes adalah di bawah jagaan dan kawalan beliau. Selepas sidang media selesai, SP7 telah menyimpan semula barang-barang kes ke dalam pejabat berkunci beliau. 6) Pada 15.11.2020, SP7 telah memasukkan barang-barang kes dadah ke dalam kotak warna coklat bertulis “Function” tandaan A, B dan C dan seal-kan dengan “Polis Diraja Malaysia 827” dan simpan semula di dalam pejabat berkunci beliau. 7) Pada 16.11.2020 jam 7.00 pagi, SP7 telah mengeluarkan barang kes dadah yang disimpan di dalam pejabat berkunci beliau dan menuju ke Jabatan Kimia Malaysia dan menyerahkan kepada Ahi Kimia SP5. [70] Adalah jelas dari kronologi di atas bahawa tandaan telah dibuat kepada barang-barang kes tersebut sebelum sidang akhbar diadakan pada 13.11.2020 seperti yang dikatakan oleh SP7. [71] Seterusnya, mengenai Pembelaan no. 5 (iaitu identiti dadah tidak jelas) (lihat juga perenggan [25], supra), sekali lagi, Mahkamah ini tidak dapat bersetuju dengan hujahan peguam dan tidak ada sebarang isu berkenaan dengan identiti dadah itu. Adalah wajar untuk memahami bahawa apa yang penting dalam kes ini ialah barang-barang salah itu adalah methamphetamine seperti yang dinyatakan dalam laporan kimia dan seperti pertuduhan. Tidak kira sama ada barang salah itu adalah teh cina Guanyinwang atau teh cina Qing Shan. [72] Sebelum Mahkamah ini menganalisa Pembelaan no. 6, mungkin lebih mudah untuk memutuskan terlebih dahulu Pembelaan no. 7 dan Pembelaan no. 8. [73] Untuk Pembelaan no. 7 (iaitu reaksi tertuduh pertama wajar diberi perhatian), pada pandangan Mahkamah, fakta bahawa tertuduh menunjukkan sikap tenang dan tidak cuba melarikan diri tidak bermakna dia tidak bersalah. Begitu juga dengan fakta bahawa tertuduh cuba melarikan diri tidak bermaksud bahawa dia mempunyai mens rea dan menyedari bahawa dia kini berada dalam masalah pengedaran dadah. Pada hemat Mahkamah, ia bergantung pada fakta kes dan bukti-bukti seperti "kelihatan tenang", "percubaan untuk melarikan diri", "ada beri kerjasama", "cuba mengelak diri/evasive/defensive". Mahkamah perlu menilai setiap kes bergantung kepada fakta masing-masing dan bukan reaksi tertuduh semata-mata. [74] Bagi Pembelaan terakhir no. 8 iaitu keterangan SP7 mengenai permit perjalanan PKP kedua-dua tertuduh tidak disokong oleh sebarang bukti. Pada fikiran Mahkamah, ini bukan isu material yang mampu membatalkan keseluruhan pertuduhan jenayah. Apa yang penting di sini menurut kertas pertuduhan ialah adakah benar Kenderaan yang dipandu oleh tertuduh pertama didapati mengandungi dadah, dan apakah justifikasi-justifikasi yang diberi oleh tertuduh pertama terhadap dadah tersebut. Mahkamah ini tidak perlu memberi pertimbangan akan destinasi sebenar / hala tuju tertuduh pertama pada masa material dan Mahkamah ini tidak perlu ambil tahu juga sama ada tertuduh pertama mereka-reka (forged / fabricated) permit perjalanan PKP. [75] Berbalik kepada Pembelaan no. 6 iaitu keterangan mengenai Kenderaan tidak dikemukakan di hadapan Mahkamah ini. (lihat perenggan [26] dan [27], supra). Mahkamah ini bersetuju dengan peguam terpelajar mengenai perkara ini. Mahkamah ini amat memerlukan bukti yang jelas sama ada dadah tersebut betul-betul ditemui di dalam Kenderaan pada masa tangkapan. Tanpa keterangan berkaitan Kenderaan, Mahkamah tidak dapat memastikan bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai jagaan, kawalan dan pemilikan dadah pada 10.11.2020. [76] Justeru, untuk Pembelaan no. 6, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam terpelajar bagi tertuduh pertama dan mengekalkan analisa yang telah Mahkamah jelaskan dalam perenggan [43] hingga [54]. [77] Sehubungan itu, adalah jelas bahawa antara lapan pembelaan yang dibangkitkan oleh peguam terpelajar bagi tertuduh pertama, Mahkamah ini hanya bersetuju dengan Pembelaan no. 6 (iaitu keterangan mengenai Kenderaan tidak dikemukakan di hadapan Mahkamah ini). [78] Peguam terpelajar bagi tertuduh kedua juga membangkitkan beberapa pembelaan dalam hujahan bertulisnya (lihat perenggan sebelumnya [31] – [38]). Pada asasnya, hujahan yang dikemukakan oleh peguam bagi tertuduh kedua tertumpu kepada dua bahagian:
i
tiada niat bersama; dan
II
(ii) tertuduh kedua tidak mempunyai jagaan, kawalan dan pemilikan dadah yang diperlukan (kerana dia hanya seorang innocent bystander). [79] Dalam hal ini, mengenai isu niat bersama, Mahkamah ini telahpun memperincikan isu ini dalam perenggan [55] dan oleh itu, Mahkamah ini tidak akan mengulangi perkara yang sama. Sudah menjadi undang-undang mantap bahawa kesalahan utama iaitu pengedaran dadah dalam kes ini hendaklah dibuktikan terlebih dahulu sebelum Mahkamah ini boleh menyatakan bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai niat bersama untuk melakukan jenayah itu. [80] Dari keterangan yang dikemukakan oleh SP4, tiada mana-mana keterangan yang menunjukkan terdapat pertemuan pemikiran yang menjurus kepada pihak tertuduh pertama dan tertuduh kedua untuk bersama-sama melakukan elemen pemilikan dan juga pengedaran. SP4 hanya bergantung kepada fakta bahawa tertuduh kedua berada di dalam Kenderaan yang dipandu tertuduh pertama, ditangkap bersama tertuduh pertama dan dilihat meninggalkan Kenderaan bersama. Fakta ini tidak mencukupi untuk menunjukkan pihak tertuduh kedua mempunyai niat bersama dengan tertuduh pertama di dalam satu pengedaran dadah. [81] Begitu juga, mengenai isu jagaan, kawalan dan pemilikan dadah, Mahkamah ini telah menjawabnya secara meluas dalam perenggan [43] – [54] di atas. [82] Sehubungan itu, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan juga telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh kedua juga. Kesimpulan [83] Berdasarkan alasan-alasan diatas pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pertama dan tertuduh kedua. Oleh itu tertuduh pertama dan tertuduh kedua dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan seperti P2 tanpa pembelaan dipanggil. Bertarikh pada 30 Oktober 2024. …………….………....... LATIFAH HJ MOHD TAHAR HAKIM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 SHAH ALAM, SELANGOR COUNSEL Bagi pihak OKT1: Encik Hamdan dan Encik Ridzuan Tetuan Hamdan Faida & Assoc. Peguambela & Peguamcara Unit F-113A Seasons Square Selangor Darul Ehsan Bagi pihak OKT2: Dato’ Ahmad Zaharil Tetuan Zaharil & Co. Peguambela & Peguamcara No. 2 Villa Damansara Jalan Camar 4/21 Kota Damansara Seksyen 4 47810 Petaling Jaya Selangor Bagi pihak Pendakwaan: TPR Tuan Muhammad Haikel Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.