Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12BNCvC-31-10/2022
JA-12BNCvC-31-10/2022
High Court of Malaysia8 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12BNCvC-31-10/2022
1
MD HASSAN BIN ABD KADIR (No. K/P: 570804-07-5601)
2
MUHAMMAD RABBANI BIN MD HASSAN (No. K/P: 921222-01-5431) ...PERAYU-PERAYU DAN CYCLETONE SDN. BHD. (No. Syarikat: 934954-T) ...RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-B52NCvC-20-02/2019 ANTARA CYCLETONE SDN. BHD. (No. Syarikat: 934954-T) ...PLAINTIF
1
JINORA CORPORATION SDN. BHD. (No. Syarikat: 434080-M)
2
SRI MEDAN HOLDING SDN.BHD. (No. Syarikat: 737973-P)
3
MD HASSAN BIN ABD KADIR (No. K/P: 570804-07-5601)
4
MUHAMMAD RABBANI BIN MD HASSAN (No. K/P: 921222-01-5431) ...DEFENDAN-DEFENDAN] 16/07/2024 17:12:05 JA-12BNCvC-31-10/2022 Kand. 48 ALASAN PENGHAKIMAN Latarbelakang [1] Ini adalah rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan tuntutan Plaintif (Responden) terhadap baki bayaran berjumlah RM666,932.56 untuk kerja-kerja yang telah diselesaikan oleh Plaintif atas perjanjian yang telah dimasuki di antara Plaintif yang dilantik oleh Defendan ke-2 (Perayu) sebagai sub-kontraktor. Defendan 2 (D2) pula, ialah sub kontraktor kepada Defendan 1 (D1) di mana Defendan 1 adalah kontraktor utama yang dilantik JKR untuk tujuan pembinaan 3 balai bomba di lokasi Sg Rengit, Punggai dan Sebana Cove. Fakta Kes [2] Tuntutan ini adalah bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan dan diselesaikan oleh Plaintif melibatkan kerja-kerja penambakan bagi tujuan pembinaaan tiga buah balai bomba di 3 lokasi-lokasi berkenaan oleh D1. Defendan 3 (D3) ialah Pengarah D1 manakala Defendan 4 (D4) Pengarah Projek D1, telah mengarahkan Plaintif untuk melaksanakan kerja-kerja D2 tersebut dengan jaminan kerja-kerja Plaintif ini akan dibayar oleh D2. [3] Jika berlaku kegagalan di pihak D2 membuat bayaran tersebut, adalah tugas D1, D3 dan D4 yang akan menyelesaikan tunggakan tersebut. Jaminan ini juga berbangkit daripada fakta bahawa D3 dan D4 mengenali Pengarah Plaintif En. Idzwan untuk sekian waktu. Atas permintaan D3 dan D4 ini, Plaintif telah dilantik sebagai subkontraktor D2. [4] Ini menyaksikan arahan kerja dalam bentuk “Work Order” menyusul daripada D2 kepada Plaintif pada Ogos 2016 untuk Plaintif membekalkan jentera, tenaga kerja dan tanah untuk kerja-kerja penambakan tanah di Sungai Rengit. Ia diikuti dengan “Variation order” pada September 2016 untuk kerja penambakan di Punggai dan Sebana Cove. Kerja-kerja penambakan ini telah selesai dijalankan oleh Plaintif pada 24.2.2017 dan 23.7.2017 berdasarkan tarikh “completion date” pada “payment certificate” yang dikeluarkan oleh D1 kepada D2. [5] Atas kerja-kerja yang dijalankan oleh Plaintif di Sungai Rengit dan Punggai, Plaintif telah mendapatkan kelulusan dari Juruukur Rakyat yang dilantik oleh D1 yang disahkan melalui laporan “as built”. Laporan ini dan invois telah dihantar kepada D1 dan D2 pada 22.3.2017 oleh Plaintif. D2 telah membuat bayaran RM30,000.00 disusuli dengan bayaran progresif yang kesemuanya berjumlah RM310,000.00 dibayar oleh D1. [6] Bayaran dibuat oleh D1 atas saranan D2 (lihat surat D2 bertarikh 14.7.2017 dan 25.8.2017) yang meminta bantuan D1 untuk membuat bayaran kepada sub kontraktor bagi pihak D2) bermula September 2016 hingga Disember 2016, namun tertunggak bayaran yang dituntut Plaintif melalui invois Mac 2017 tersebut. [7] Atas kegagalan D2 menyelesaikan tuntutan Plaintif tersebut, satu mesyuarat telah diadakan bersama JKR untuk membincangkan tuntutan Plaintif. Hasil perbincangan mendapati D1 telah selesai membayar D2
Preamble
mengikut ‘Bill of Quantity’. Ini membawa Plaintif menyusul tuntutannya kepada D2 dan D1 masing-masing pada Julai 2017 dan September 2017. Pada ketika ini iaitu September 2017, kerja-kerja Plaintif di Sebana Cove masih berlangsung. [8] Pada 29.9.2017, Plaintif telah dimaklumkan bahawa kontrak di antara D1 dan D2 telah ditamatkan oleh D1 kerana D1 tidak berpuashati dengan komitmen D2 kerana berlaku kelengahan pada kerja-kerja di tapak. Walau bagaimanapun, atas jaminan yang telah diberikan oleh D3 dan D4 sebagaimana seperti pada awalnya yang diberikan kepada Plaintif bahawa bayaran atas kerja yang dibuat oleh Plaintif akan diselesaikan, Plaintif telah meneruskan kerja-kerja di Sebana Cove sehingga tamat pada November 2017. [9] Dengan selesainya kerja-kerja oleh Plaintif dan atas penamatan kontrak di antara D1 dan D2, lukisan ‘as built’ hanya diserahkan oleh Plaintif kepada D1. D1 hanya membuat bayaran RM130,000.00 sahaja meninggalkan baki RM666,932.56. Tiada apa-apa bayaran lain dibuat oleh D1 mahupun D2. Alasan D2 ialah Plaintif telah gagal menyerahkan lukisan ‘as built’ akhir dan kegagalan Plaintif mematuhi terma dan syarat arahan kerja (work order). Dapatan Hakim Bicara: penemuan kredibiliti saksi [10] Mahkamah ini dalam mendengar rayuan, diberi kuasa untuk menganalisa fakta dan keterangan bagi mencapai apa-apa keputusan bahawa dapatan Hakim bicara adalah disokong oleh penemuan fakta dan tidaklah suatu yang jelas telah terkhilaf (lihat: Mohamed bin Abdullah v Chah Hea Sang [1980] 2 MLJ 282 (Federal Court), Perembun (M) Sdn Bhd v Conlay Construction Sdn Bhd [2012] 1 LNS 1416 (COA). [11] Di dalam kes ini, hasil analisa oleh mahkamah ini terhadap alasan penghakiman Hakim Bicara mendapati bahawa terdapat keterangan yang nyata dan berbentuk sokongan bagi membolehkan penemuan fakta dibuat oleh Hakim bicara bahawa pihak Plaintif telah berjaya di atas imbangan kebarangkalian membuat tuntutan berhubung arahan bagi kerja-kerja penambakan yang dibuat oleh Plaintif di ketiga-tiga lokasi termasuk Sebana Cove yang gagal dibayar oleh D2, seperti di bawah. Isu pertama: Plaintif telah menjalankan kerja-kerja penambakan di ketiga-tiga lokasi dan berhak kepada bayaran RM666,932.56. [12] Asas tuntutan Plaintif untuk RM666,932.56 adalah berdasarkan kiraan seperti berikut: a. Kerja di 3 lokasi Sungai Rengit : RM 272,814.32 Punggai : RM 224,440.16 Sebana Cove : RM 609,678.08 Jumlah : RM1,106,932.56 b. Ditolak bayaran dibuat masing-masing oleh D1 dan D2 seperti berikut: Bayaran D2 : RM310,000.00 + Bayaran D1 : RM130,000.00 Jumlah : RM440,000.00 c. Baki hasil ditolak jumlah bayaran ini adalah seperti berikut: RM1,106,932.56 - RM 440,000.00 Baki: RM 666,932.56 [13] Perayu menghujahkan Plaintif telah gagal mengemukakan dokumen sokongan untuk menunjukkan kerja-kerja di ketiga-tiga lokasi ini telah siap dijalankan oleh Plaintif. Dokumen sokongan ini adalah dalam bentuk laporan dan lukisan “as built” serta invois. Berikut adalah penelitian oleh Mahkamah ini yang dipecahkan menurut lokasi penambakan yang dijalankan oleh Plaintif.
13
13.1 Lokasi Sungai Rengit dan Punggai 13.1.1 Saksi Plaintif SP1 iaitu juruukur lantikan D1 semasa pemeriksaan awal telahpun ditanya dan rujukan dibuat oleh SP1 kepada lukisan ‘as built’ bagi kerja penambakan di Sungai Rengit dan Punggai. Malahan semasa soalbalas, SP1 tidak bersetuju dengan cadangan peguam Defendan 2 bahawa dokumen-dokumen yang dikemukakan bukan lukisan “as built” atau turut dirujuk sebagai “platform level” (lihat: bermula muka surat 14 lampiran 4 Rekod Rayuan, muka surat 19 pdf lampiran 4);
13
13.1.2 Sebaliknya SP1 telah mengesahkan semasa soalbalas bahawa dokumen-dokumen tersebut adalah lukisan “as built” yang menunjukkan kerja penambakan yang dilaksanakan, dan ia berbeza dengan dokumen OGL (Original Ground Level) yang merupakan laporan sebelum kerja penambakan dijalankan. Lukisan ini disediakan untuk D1 bagi membolehkan tuntutan dibuat dengan JKR;
13
13.1.3 Meskipun SP1 bersetuju semasa soal balas tiada bukti penerimaan dokumen ini oleh D1 kerana semasa bicara, D1 telah digulung tetapi Mahkamah ini berpendapat tiada sebab untuk dokumen ini disimpan daripada pandangan pihak-pihak kerana tujuan penyediaannya ialah untuk melengkapkan projek dan membolehkan bayaran dibuat dan diproses oleh pihak-pihak khususnya melalui D1 dan JKR;
13
13.1.4 Terdapat e-mel bertarikh 5.7.2017 daripada Plaintif kepada D2 (Wilson @SMH merujuk kepada D2) dan D4 melampirkan lukisan “as built” dan invois bagi Sungai Rengit dan Punggai (lihat: jilid 4 Bundle B muka surat 631);
13
13.1.5 Hakim bicara telah menerima keterangan SP1 ini sebagai membuktikan terdapat lukisan “as built” bagi mengesahkan kerja-kerja penambakan yang dibuat oleh Plaintif di Sungai Rengit dan Punggai;
13
13.1.6 Di dalam ketiadaan apa-apa keterangan lain untuk membuktikan sebaliknya melainkan sekadar cadangan sahaja daripada pihak Defendan 2 yang tidak dipersetujui oleh SP1, Mahkamah ini menerima dapatan Hakim bicara sebagaimana yang dinyatakan dalam alasan penghakiman Hakim bicara mengenai pembuktian kerja yang dilakukan oleh Plaintif di kedua-dua lokasi ini.
13
13.2 Lokasi Sebana Cove 13.2.1 SP1 juga merujuk kepada dokumen-dokumen yang disediakan di dalam jilid 4 Bundle B mukasurat 60 sehingga mukasurat 65 Ikatan Dokumen Bersama dan menyatakan dokumen-dokumen ini adalah lukisan “as built” yang disediakan SP1 kerana terdapat catatan namanya “Din” (singkatan kepada Zaharuddin) dan tidak bersetuju dengan cadangan peguam D2 ia adalah lukisan OGL meskipun salah satu column daripada beberapa siri column tercatat “OGL”;
13
13.2.2 Sebaliknya, terma “platform level” digunakan selain istilah “as built” yang menunjukkan perbezaan dengan “OGL”. Keterangan SP2 Penyelia Projek Plaintif juga menunjukkan terdapat endorsemen oleh D1 dan D2 atas “Delivery Order” kerja-kerja penghantaran tanah ke lokasi oleh Plaintif dan ini mengesahkan menyokong kerja penambakan dijalankan oleh Plaintif sebagaimana keterangan SP1;
13
13.2.3 Kerja-kerja di Sebana Cove masih diteruskan oleh Plaintif meskipun telah berlaku penamatan kontrak oleh D1 dengan D2 pada 29.9.2017 apabila Plaintif bergantung kepada jaminan yang diberi oleh D3 dan D4 bahawa bayaran kerja-kerja Plaintif masih akan diselesaikan oleh D1;
13
13.2.4 Mahkamah ini berpendapat cabaran oleh D2 atas dokumen sokongan Plaintif berupa lukisan “as built” tidak menimbulkan apa-apa kesan kerana ia turut mengandungi catatan oleh SP1 “Din”, ia juga mengandungi pengesahan tandatangan oleh En. Cheah Cheng Bin, seorang Juruukur Tanah Berlesen yang melantik SP1 dan telahpun meninggal dunia semasa tarikh perbicaraan kes (ini tidak dicabar oleh pihak Defendan melalui soal balas);
13
13.2.5 Pengamatan Hakim Bicara ke atas saksi-saksi Defendan dan secara spesifiknya keterangan SD1 iaitu En. Kew Seng Fei Pengarah Projek D2 yang sering berubah-ubah dan ada sebahagiannya terjumlah kepada “belated disclosure” menimbulkan isu kredibiliti saksi dan telah mengakibatkan Hakim Bicara melihat keterangan SD1 dengan lebih berhati-hati;
13
13.2.6 Analisa Hakim Bicara terhadap isu kredibiliti saksi-saksi Defendan yang lain dapat dilihat di alasan penghakiman Hakim Bicara di bawah tajuk “Kredibiliti saksi-saksi Defendan” dan tidak perlu diulangi namun memadai dikatakan bahawa dapatan Hakim Bicara ini dapat dilihat dengan meneliti nota keterangan saksi-saksi melalui keterangan yang dikemukakan dalam penyataan saksi dan soal balas saksi-saksi.
13
13.2.7 Hakim yang mendengar rayuan tidak akan mengganggu dapatan Hakim Bicara atas isu kredibiliti saksi-saksi ini lebih-lebih lagi setelah nota keterangan saksi-saksi ini diteliti dan hasil penelitian, Mahkamah ini yang mendengar rayuan tidak dapat lari daripada mencapai dapatan yang sama.
13
13.3 Sama ada D2 bertanggungan atas jaminan yang dibuat oleh D1 untuk membayar baki tertunggak D2 kepada Plaintif atas kerja-kerja yang dibuat oleh Plaintif
13
13.3.1 Jaminan ini telah dikeluarkan oleh D1 secara bertulis melalui surat bertarikh 28.8.2017 atas tajuk “Responsibility of Balance Payment” dan turut disalin kepada D2 (lihat: Bundle B IDB muka surat 38 enclosure 6 atau pdf 43:262);
13
13.3.2 Surat ini jelas menyatakan apa-apa kerja yang dilakukan oleh Plaintif telahpun disemak dan disahkan oleh D1 sebelum bayaran sepenuhnya dibuat oleh D1. Ia turut menyatakan dalam keadaan berlakunya penamatan kontrak di antara D1 dan D2, D1 akan terus membuat bayaran tersebut kepada Plaintif sebagai amaun tertunggak D2 terhadap Plaintif;
13
13.3.3 E-mel Plaintif kepada D2 turut melampirkan lukisan “as-built” bagi Sungai Rengit dan Punggai (lihat para 13.1.4 di atas) mana kala bagi Sebana Cove, kerja-kerja telah dimulakan oleh Plaintif sebelum penamatan kontrak D1 dan D2 dan dijalankan sehingga selesai oleh Plaintif atas jaminan ini;
13
13.3.4 Atas dapatan fakta ini, Plaintif berhak membuat tuntutan atas kerja-kerja yang dijalankan menurut kontrak yang wujud dalam bentuk arahan kerja bertarikh 17.8.2016 antara Plaintif dan D2. Sebagai tambahan, semakan telahpun dibuat oleh kontraktor utama D1 dengan JKR atas kerja penambakan Plaintif ini, di dalam ketiadaan D2 atas penamatan kontrak oleh D1. [14] Berdasarkan kepada dapatan fakta ini, Mahkamah ini berpendapat tiada kekhilafan di peringkat Hakim Bicara dalam mencapai keputusan membenarkan tuntutan Plaintif bersandarkan kepada dokumen-dokumen notis tuntutan dan “Delivery Order” yang tidak dipertikaikan oleh D1 mahupun D2 sehinggalah berlakunya penamatan kontrak di antara D1 dan D2 dan ini diputuskan Hakim Bicara sebagai “belated”. [15] Atas keseluruhan alasan ini, Mahkamah mengekalkan keputusan Hakim Bicara membenarkan tuntutan Plaintif atas baki bayaran kerja yang dibuat Plaintif menurut kontrak yang dipersetujui di antara D2 dan Plaintif. -Tandatangan- (NURULHUDA NUR’AINI BTE MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Tarikh: 10 Julai 2024 KAUNSEL Bagi pihak Perayu: Helmi bin Hassan Tetuan Mohd Amin Ng & Associates Peguambela & Peguamcara No. 58-01, Jalan Padi Emas 2 Bandar Baru Uda 81200 Johor Bahru Bgai pihak Responden: C. Sankaran (Maithily a/p Manoher bersamanya) Tetuan C Sankaran & Co Peguambela & Peguamcara 43-02, Susur Larkin Perdana
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.