Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO: BA-12B-33-03/2024
BA-12B-33-03/2024
High Court of Malaysia21 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“35. Kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd v. Tinjar Co [1979] CLJU 119 juga telah dirujuk di mana Mahkamah Persekutuan telah membuat pemerhatian seperti berikut: “Nevertheless the learned trial judge expressed himself to be completely satisfied with the veracity of the”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO: BA-12B-33-03/2024
1
MENACHY A/P MUTHU THEVAR (MENDAKWA SEBAGAI BALU YANG SAH
2
HILAASYINI A/P SARAVANAN (MENDAKWA SEBAGAI ANAK YANG SAH SERTA ORANG TANGGUNGAN SARAVANAN A/L MURUGAN, SI MATI DAN MEMBAWA
3
MENACHY A/P MUTHU THEVAR) KANAMA A/P ARUMUGAN (MENDAKWA SEBAGAI IBU YANG SAH DAN ORANG TANGGUNGAN SARAVANAN …PERAYU
2
TEE BOON SENG …RESPONDEN DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA KUBU BHARU DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO: BF-A53KJ-10-01/2020
1
MENACHY A/P MUTHU THEVAR (MENDAKWA SEBAGAI BALU YANG SAH
2
HILAASYINI A/P SARAVANAN (MENDAKWA SEBAGAI ANAK YANG SAH SERTA ORANG TANGGUNGAN SARAVANAN A/L MURUGAN, SI MATI DAN MEMBAWA
3
MENACHY A/P MUTHU THEVAR) KANAMA A/P ARUMUGAN (MENDAKWA SEBAGAI IBU YANG SAH DAN ORANG TANGGUNGAN SARAVANAN …PLAINTIF-PLAINTIF
2
TEE BOON SENG …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan 1. Ini adalah rayuan Perayu/Plaintif terhadap sebahagian keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) mengenai isu liabiliti. HMS telah menolak tuntutan Perayu/Plaintif dengan kos RM13,262.00 dan memerintahkan gantirugi ditaksir berjumlah
2
Setelah mendengar kedua-dua belah pihak, meneliti Rekod Rayuan dan membaca hujahan yang difailkan, rayuan ini dibenarkan dengan kos mengikut skala.
3
Responden/Defendan kini merayu ke Mahkamah Rayuan dan berikut adalah alasan saya.
4
Pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana di Mahkamah Sesyen. Fakta Kes 5. Saravanan a/l Murugan (simati) merupakan penunggang motosikal, telah dikatakan terlibat dengan kemalangan dengan kenderaan jenis Hilux yang dipandu oleh Defendan Pertama (D1) pada 5.6.2018 di KM 8 Jalan Sungai Choh, Bukit Beruntung.
6
Plaintif-Plaintif (Plaintif) adalah orang tanggungan simati (mengikut seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 – balu, anak kandung dan ibu kandung). Manakala D1 adalah pemandu kereta Hilux dan Defendan Kedua (D2) adalah pemilik berdaftar kenderaan tersebut.
7
Adalah kes Plaintiff bahawa D1 memandu keretanya dari arah belakang simati telah menghimpit dan melanggarnya mengakibatkan simati meninggal dunia.
8
Defendan-Defendan menafikan wujudnya kemalangan pada malam kejadian atau secara alternatifnya, memplidkan jika pun ada kemalangan, ianya disebabkan oleh kecuaian simati kerana gagal memberikan tumpuan kehadiran kereta D1 yang dikatakan berada di jalan utama.
9
HMS memutuskan bahawa Plaintiff gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. Bagi tujuan melengkapkan, taksiran gantirugi telah dibuat dan sejumlah RM339,000.00 telah dibenarkan.
10
Dari keterangan pegawai penyiasat, SP1 mengatakan bahawa pergerakan motosikal simati adalah dari arah Sg Choh menghala ke Bukit Beruntung iaitu dari bawah ke atas rajah kasar. Manakala arah perjalanan pemandu Hilux (D1) adalah juga dari arah bawah ke atas. Terdapat dua (2) Lorong menghala ke Bukit Beruntung. (Rujuk Rajah Kasar yang diperturun di perenggan 26).
11
Hasil siasatan SP1, simati telah menggunakan Lorong kiri (A-A1) manakala D1 menggunakan jalan pintas di A1-A2 dan dikatakan telah menghimpit dan melanggar motosikal simati di sebelah kanan mengakibatkan tayar kiri belakang pecah dan rim kereta Hilux D1 tercabut.
12
Laluan yang sah bagi kenderaan menghala ke Bukit Beruntung adalah Lorong A-A1 kerana Lorong A1-A2 adalah jalan yang digunakan oleh kenderaan yang keluar dari simpang Taman Bukit Teratai.
13
SP1 juga mengatakan D1 tidak berhenti di tempat kemalangan dan hanya berhenti di hadapan rumah kedai sejauh 200 meter dari tempat kemalangan akibat tayarnya yang pecah.
14
Adik simati telah membuat laporan polis mengenai kemalangan pada hari yang sama jam 10.37 malam. SP1 telah mengambil keterangan adik simati.
15
Keterangan adik simati mengatakan, dari keterangan orang awam yang melihat kejadian, kemalangan memang berlaku antara motosikal simati dan kereta D1.
16
D1 telah membuat laporan polis pada jam 12.20 malam yang sama.
17
SP1 merumuskan arah perjalanan simati adalah dari Sg Choh berdasarkan keterangan adik simati yang mengatakan simati dalam perjalanan pulang ke rumah. Siasatan tidak dibuat mengenai di mana tempat kerja simati.
18
Manakala arah perjalanan D1 adalah berdasarkan laporan polis
19
Berdasarkan kerosakan motosikal simati, iaitu di bahagian hadapan kanan dan belakang, serta kesan rosak teruk akibat diseret dan kerosakan tayar belakang kiri kereta Hilux dan rim yang tercabut, SP1 merumuskan bahawa kereta D1 telah bergesel dengan motosikal simati.
20
SP1 mengatakan kenyataan D1 tidak konsisten dengan laporan polisnya dimana D1 mengatakan tidak melihat kemalangan tetapi ada mendengar dentuman di bahagian belakang kenderaan.
21
SP1 juga bersetuju bahawa lokasi pertembungan adalah di mana mayat simati ditemui kerana mayat dan juga motosikal masih belum dialihkan semasa SP1 sampai di tempat kejadian (pada jam 9.45 malam).
22
Laporan post mortem mengatakan bahawa sebab kematian adalah “alleged motorbike skidded sustained traumatic brain injusry”. SP1 tidak menyiasat mengenai kemungkinan bahawa motosikal simati telah terbabas (skidded).
23
Keterangan bagi pihak Defendan-Defendan dibuat melalui SD1 iaitu seorang penyelaras kerugian pihak insuran kerana D1 tidak dapat dihubungi atau dikesan. Butiran mengenainya juga gagal diperoleh dari carian SOCSO dan KWSP.
24
Mengenai isu liabiliti, HMS berpendapat dan mendapati seperti berikut: 1) Plaintif hanya bergantung kepada keterangan SP1 untuk membuktikan tuntutannya. HMS mendapati keterangan SP1 tidak konsisten dan tidak disokong oleh keterangan bukti senyap atau saksi. 2) Dari bukti senyap (gambar kenderaan) menunjukkan gambar motosikal simati adalah dalam keadaan tidak teruk dan kerosakan bahagian hadapan dan sisi kanan motosikal tidak kelihatan di dalam gambar. HMS tidak dapat melihat kesan seret sepertimana dikatakan oleh SP1. 3) HMS juga mendapati kesan seret tidak dilukis pada rajah kasar dan gambar tempat kejadian juga tidak diambil oleh SP1. 4) Walaupun HMS bersetuju, tayar kereta D1 kelihatan pecah dibahagian belakang dan rim terkeluar, namun tiada laporan kimia pindahan cat (jika bergesel) atau laporan Puspakom dibuat ke atas kedua-dua kenderaan. Gambar kenderaan juga tidak diambil di balai polis. 5) Keterangan SP1 juga berubah-ubah dan tidak konsisten setelah soal balas dibuat oleh peguam. HMS mengatakan SP1 sebenarnya tidak pasti dengan kedudukan sebenar kereta D1 iaitu samada di hadapan motosikal atau belakang. 6) Lokasi pertembungan juga meragukan kerana mayat simati berada di bahu jalan berumput dan HMS merumuskan, jika benar mayat tidak dialihkan, maka ia menunjukkan kereta D1 bukan dari arah belakang motosokal. Jika ada pergeselan, sudah pasti kereta D1 adalah dari sisi kanan dan bukan dari arah belakang motorsikal simati. HMS berpendapat pertembungan di bahu jalan adalah tidak probable motosikal diseret setelah dihimpit, maka HMS mendapati keterangan SP1 tidak boleh diterima pakai. 7) Selain dari percanggahan di atas, HMS juga mendapati fakta wujud geselan antara motorsikal dengan kereta D1 tidak diplidkan dalam Penyata Tuntutan Plaintif. 8) HMS juga berpendapat keterangan adik simati mengenai arah perjalanan motosikal adalah dengar-cakap (hearsay) dan saksi yang dikatakan melihat kejadian tidak dipanggil oleh Plaintif. Isu dalam Rayuan 25. Peguam Plaintif berhujah dan mengemukakan kekhilafan berikut oleh HMS dalam membuat keputusan, iaitu: 1) HMS telah memberikan pendapatnya mengenai bagaimana kemalangan berlaku iaitu dengan sekadar melihat kepada kerosakan yang dikatakan tidak teruk dan tiada bukti motorsikal telah dihimpit. 2) HMS berkehendakkan laporan kimia untuk membuktikan berlaku geselan sedangkan ini tidak ditimbulkan oleh mana-mana pihak. Maka kesimpulan yang dibuat adalah salah. 3) Kedudukan impak kemalangan telah diterangkan oleh SP1, adik simati dan maklumat dari orang awam yang melihat, namun HMS masih tidak dapat pastikan lokasi impak. 4) Keterangan SP1 bukan keterangan dengar cakap semata-mata kerana ianya juga berdasarkan kenyataan yang diambil dari adik simati. Maka, dapatan HMS mengatakan keterangan SP1 adalah hearsay adalah silap. 5) Dalam kes kemalangan yang mana mangsa telah meninggal dunia, maka fakta tentunya tidak dapat diplidkan dengan tepat kerana simati tidak lagi boleh memberikan keterangan. 6) HMS gagal mengambil kira bahawa D1 sebenarnya tidak mempunyai lesen dan telah cuba untuk melarikan diri dan menyembunyikan keretanya. 7) Ketidakhadiran D1 ke Mahkamah tidak dijelaskan, maka keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif patut diterima sebagai benar. Gambar Rajah Kasar 26. Bagi tujuan memudahkan rujukan, diperturun imej Rajah Kasar yang telah dikemukakan seperti di bawah. Analisa dan Dapatan 27. Isu teras yang perlu diputuskan dalam keadaan kes ini adalah samada berlakunya kemalangan pada malam 5.6.2018 yang melibatkan penunggang motorsikal, simati dengan pemandu kereta Hilux, D1.
28
Kewujudan kemalangan boleh dilihat dari fakta bahawa, pertamanya dan yang paling jelas, simati telah meninggal dunia pada hari kejadian. Keduanya, D1 turut membuat laporan polis mengenai kerosakan yang dialami oleh kereta Hiluxnya. Ketiga, D1 mengakui dan tidak menafikan ada melalui jalan tempat kejadian. Dan selanjutnya, wujud kesan kerosakan kepada kedua-dua kenderaan dan posisi kerosakan menyokong bahawa motosikal berada di belakang Hilux sebelah kiri.
29
Samada simati diseret atau tidak, dalam keadaan kes ini di mana penunggang motosikal telah meninggal dunia dan pemandu Hilux mengatakan yang beliau tidak nampak, (tentunya begitu kerana impak adalah di bahagian belakang kereta) saya berpandangan, keterangan SP1 adalah satu-satunya keterangan yang ada dan amat penting. Maka setakat mana siasatan yang telah dibuat, walaupun tidak sesempurna yang diharapkan (imperfect), ianya wajar diterima mengikut konteks.
30
Benar SP1 gagal siasat tempat kerja simati untuk menyokong dari arah mana beliau berada semasa kemalangan. Namun tiada keterangan sanggahan yang dikemukakan untuk menidakkan fakta simati berada dalam posisi arah lorong tersebut. Benar SP1 tidak menyiasat keterangan adik simati yang mengatakan ada orang awam yang melihat kereta Hilux telah melanggar motorsikal simati, akan tetapi ini tidak boleh menidakkan kemalangan telah berlaku.
31
D1 bukan watak rekaan (fictitious). Dia wujud sebagai pemandu kenderaan Hilux yang, tidak dinafikan, terlibat dengan satu kemalangan. Ini adalah kerana laporan polis telah dibuat oleh beliau dan kenderaan D1 juga rosak di bahagian belakang. D1 boleh menafikan ada pengetahuan kemalangan berlaku, tetapi kemalangan sudah terbukti telah berlaku.
32
Percanggahan keterangan SP1, jikapun ada, tidak boleh dijadikan asas untuk menidakkan kejadian kemalangan ini. Mungkin ada fakta yang tidak jelas, seperti kesan geselan tidak terlalu kelihatan pada motosikal sepertimana disebut oleh HMS. Sungguhpun begitu, untuk isu ini, SP1 telah memberi keterangan bahawa kesan geselan itu ada. Keterangan ini adalah bersandarkan kepada pemerhatian SP1 dengan mata kasarnya sendiri. Fakta ini perlu diambil berat berbanding penelitian dari sekeping gambar.
33
Begitu juga dengan isu penggunakan ayat yang menjelaskan insiden iaitu “bergesel” yang dikatakan tidak diplidkan oleh Plaintif. Saya menerima penjelasan Plaintif bahawa mereka memplidkan fakta “menghimpit” tetapi semasa SP1 memberikan keterangan, beliau menggunakan perkataan “bergesel” yang, pada hemat saya, membawa maksud yang sama. Tiada unsur perubahan maksud yang besar (radical departure) dalam penggunaan kedua-dua istilah tersebut yang boleh menimbulkan kekeliruan (rujuk kes Siti Aisyah binti Ibrahim v Goh Cheng Hwai (1982) CLJ 326).
34
Mengenai keputusan HMS tidak menerima keseluruhan keterangan SP1, saya merujuk kepada keputusan oleh Yang Arif Gopal Sri Ram, JCA dalam kes Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors v Gan Yook Chin & Anor (2003) 2 CLJ 19, saya petik penjelasan Mahkamah Rayuan berkaitan maksud judicial appreciation of evidence, iaitu: “A judge who is required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. He must, when deciding whether to accept or to reject the evidence of a witness test it against relevant criteria. Thus, he must take into account the presence or absence of any motive that a witness may have in giving his evidence. If there are contemporary documents, then he must test the oral evidence of a witness against these. He must also test the evidence of a particular witness against the probabilities of the case. A trier of fact who makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness' evidence runs the risk of having his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case: the approach to judicial appreciation of evidence is the same..” - Penekanan ditambah -
35
Kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd v. Tinjar Co [1979] CLJU 119 juga telah dirujuk di mana Mahkamah Persekutuan telah membuat pemerhatian seperti berikut: “Nevertheless the learned trial judge expressed himself to be completely satisfied with the veracity of the respondent's witnesses and their evidence. He purported to come to certain findings of fact on the oral evidence but did not notice or consider that the respondent's oral evidence openly clashed with its contemporaneous documentary evidence. For myself, I would with respect feel somewhat safer to refer to and rely on the acts and deeds of a witness which are contemporaneous with the event and to draw the reasonable inferences from them than to believe his subsequent recollection or version of it, particularly if he is a witness with a purpose of his own to serve and if it did not account for the statements in his documents and writings. Judicial reception of evidence requires that the oral evidence be critically tested against the whole of the other evidence and the circumstances of the case. Plausibility should never be mistaken for veracity.” - Penekanan ditambah -
36
Pembelaan Defendan-Defendan menjurus kepada penafian kemalangan pernah berlaku atau alternatifnya, jikapun berlaku, ianya atas kecuaian simati. Agak ironi dengan penafian ini, D1 tidak dipanggil untuk memberikan keterangan sanggahan. Maka, pembelaan Defendan jelas rapuh dan tiada sebab untuk versi Plaintif tidak boleh diterima (rujuk kes Jaafar Shaari & Anor v Tan Lip Eng & Anir (1997) 4 CLJ 509 dan Takako Sakao (P) v Ng Pek Yuan (P) & Anor (2010) 1 CLJ 381).
37
Oleh yang demikian, saya memutuskan bahawa HMS telah salah memahami fakta, gagal mempertimbang keterangan material, tersilap arah dalam menilai keterangan dan seterusnya khilaf dalam memutuskan untuk tidak menerima keterangan SP1 sehingga menafikan kejadian kemalangan pada malam kejadian. Kesimpulan 38. Setelah mendengar kedua-dua belah pihak, meneliti rekod rayuan dan membaca hujahan yang difailkan, saya dapati dari keseluruhan keadaan fakta kes ini, HMS telah khilaf dalam dapatan beliau mengenai keputusan liabiliti kerana kejadian kemalangan pada malam tersebut telah dibuktikan.
39
Atas salah arah dan salah pertimbangan tersebut, maka rayuan terhadap liabiliti ini dibenarkan dengan kos. Keputusan HMS diketepikan dan D1 bertanggungan 100%.
40
Perintah HMS mengenai kuantum diterima dan disahkan. Kos mengikut skala di mahkamah bawah kepada Perayu. Kos rayuan ini RM5000 kepada Perayu tertakluk kepada alokator. Bertarikh: 15 Julai 2025 ~ signed ~ (NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM, SELANGOR Peguam bagi pihak Perayu : Harjinder Singh dan Samantha Sam Tetuan G. Dorai & Co. Peguam bagi pihak Responden : Mohd Mohyiddin bin Mohamed Mesbah Tetuan Mohyiddin & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.