Schedule
Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) bagi Perkhidmatan ATM di bawah Sistem Saraan Malaysia tersebut menyebut- “Anggota Yang Tidak Layak 11. Penambahbaikan Struktur JGMM ini tidak melibatkan: 11.1 Anggota yang dikenakan hukuman tatertib buang kerja yang berkuatkuasa pada atau sebelum 1 Januari 2013, 11.2 Anggota yang bersara pada atau sebelum 1 Januari 2013.” [36] Mahkamah ini mendapati bahawa jurang pencen bagi pesara ATM sebelum 1 Januari 2013 dan selepas 1 Januari 2013 berlaku apabila MAT dalam mesyuaratnya meluluskan syor yang dibawa pada Mesyuarat MAT Ke-522 pada 31.1.2013. Maka mulai 1 Januari 2013, mekanisma atau formula menurut Peraturan Peraturan 1982 ini telah tidak terpakai mengakibatkan berlakunya jurang pencen antara pesara ATM sebelum 1 Januari 2013 dan selepas 1 Januari 2013. S/N yxqbctAQKE6wiolmXti1rQ [37] Adalah diperhatikan bahawa antara tujuan Pelaksanaan Struktur JGMM tersebut pada perenggan 1.2 adalah mengenai “penambahbaikan struktur Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) bagi perkhidmatan ATM di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM)”. [38] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa dokumen Pelaksanaan Struktur JGMM ini adalah permulaan berlakunya jurang perbezaan pencen bagi pesara ATM memandangkan dengan bermulanya kuatkuasa Pelaksanaan Struktur JGMM maka pesara ATM pada atau sebelum 1 Januari 2013 adalah tidak layak menurut perenggan 11.2 tersebut dan formula menurut Peraturan 54 Peraturan-Peraturan 1982 tidak lagi terpakai kepada pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013. [39] Adalah juga diperhatikan bahawa selain pesara ATM tersebut yang tidak layak, perenggan 11 tersebut juga disekalikan ke atas anggota yang dikenakan tindakan tatatertib sebagai tidak layak untuk menerima Pelaksanaan Struktur JGMM. [40] Alasan yang dikemukakan oleh pihak Defendan ialah bahawa terdapat jurang pencen yang diterima oleh Pesara ATM yang bersara sebelum 1 S/N yxqbctAQKE6wiolmXti1rQ Januari 2013 dan Pesara ATM yang bersara selepas 1 Januari 2013 kerana perbezaan dikatakan telah berlaku akibat pindaan kepada syarat-syarat perkhidmatan ATM yang tidak terpakai ke atas pesara ATM selepas 1 Januari 2013. [41] Walaupun pihak Defendan telah berhujah bahawa kesemua pesara ATM telah diberikan layanan samarata tidak kira sama ada mereka berpencen sebelum atau selepas 1 Januari 2013 tetapi Defendan juga mengakui terdapat perbezaan bayaran pencen bagi pesara ATM yang bersara sebelum dan selepas 1 Januari 2013. [42] Mahkamah ini melihat bahawa tindakan membezakan ini menimbulkan ketidakpuasan hati pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013. Ini kerana formula di bawah Peraturan-Peraturan 1982 untuk menentukan pencen pesara ATM adalah dibuat dengan melihat kepada gaji anggota ATM terkini. Tetapi semenjak 1 Januari 2013, ianya tidak berlaku. [43] Dalam hal ini, rujukan juga boleh dibuat kepada Peraturan 51 Peraturan-Peraturan Pencen 1982 yang memperuntukkan bahawa penyelarasan pencen adalah berdasarkan “reckonable service” dan S/N yxqbctAQKE6wiolmXti1rQ “corresponding last drawn salary” yang bermaksud “salary that the member would have drawn had he retired… under the current salary scale;”. Peraturan 51 memperuntukkan- “51. In this part, unless the context otherwise requires – “corresponding last drawn salary” means the salary that the member would have drawn had he retired or died under the current salary scale; “current salary scale” means the latest salary scale which is applicable to the Regular Forces as a result of any salary revision made by the government; “reckonable service” means any service of a member which has been used in the computation of the pension or other benefit of the member on his retirement or of his dependant upon his death or any service which constitutes reckonable service under the written law applicable at the time of retirement or death of the member.” [44] Mahkamah ini mendapati bahawa formula perkiraan pencen menurut Peraturan-Peraturan 1982 dengan ini telah tidak dipatuhi. Ini kerana semenjak berkuatkuasanya Pelaksanaan Struktur JGMM ini, pesara ATM sebelum 1 Januari 2013 tidak lagi layak mendapat pencen mengikut formula “gaji bersamaan yang akhir diterima” yang ditafsirkan dalam Peraturan 51 Peraturan-Peraturan 1982. S/N yxqbctAQKE6wiolmXti1rQ [45] Dalam konteks ini, Mahkamah ini maklum bahawa Akta Penyelarasan Pencen 1980 adalah tidak terpakai dalam hal pencen pesara ATM. Namun begitu, jika dilihat secara analogi kepada fakta kes Aminah Ahmad (supra), isu berkaitan pindaan mekanisma statutori untuk penyelarasan pencen telah dipinda daripada berdasarkan “skala gaji terkini” telah digantikan kepada “kadar tetap sebanyak 2% setahun” dan ini diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai “less favourable” dan tidak berperlembagaan. Inilah juga situasi yang berlaku kepada pencen pesara ATM di mana pesara ATM sebelum 1 Januari 2013 telah tidak lagi layak mendapat pencen menurut formula “gaji bersamaan yang akhir diterima” yang ditetapkan menurut Peraturan-Peraturan 1982 apabila Garis Panduan 2013 dan Pelaksanaan Struktur JGMM berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013 sebaliknya diberikan kadar tetap sebanyak 2% setahun. [46] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa Garis Panduan 2013 dan Pelaksanaan Struktur JGMM terutamanya Perenggan 11.2 adalah tidak mematuhi dan bertentangan dengan keperluan Peraturan-Peraturan 1982 berkaitan formula pengiraan pencen ATM berdasarkan gaji terakhir diterima selain “less favourable” dan adalah dengan itu tidak boleh dikuatkuasakan dan tidak terpakai serta terbatal. S/N yxqbctAQKE6wiolmXti1rQ [47] Seterusnya Mahkamah ini merujuk Perkara 147 PP yang memperuntukkan berkaitan perlindungan kepada pencen- “Perlindungan hak pencen 147. (1) Undang-undang yang terpakai bagi apa-apa pencen, ganjaran atau elaun lain yang sepertinya (dalam Perkara ini disebut “imbuhan”) yang diberikan kepada seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam, atau kepada balunya, anaknya, orang tanggungannya atau wakil dirinya, hendaklah undangundang yang berkuat kuasa pada hari yang berkaitan atau apa-apa undang-undang kemudiannya yang tidak kurang baiknya kepada orang yang diberi imbuhan itu.” (Penekanan diberikan) [48] Adalah jelas bahawa Perlembagaan melindungi dan menjamin hak berkaitan pencen dan ini termasuk hak untuk menerima pencen yang dikira, disemak dan diselaraskan, dan apabila terdapat kenaikan serta penambahbaikan terhadap anggota ATM dengan gred dan pangkat yang sama. [49] Hak Plaintif-Plaintif untuk mendapatkan nilai pencen yang sewajarnya adalah dengan itu terjamin dan ‘hendaklah undang-undang yang berkuat S/N yxqbctAQKE6wiolmXti1rQ kuasa pada hari yang berkaitan atau apa-apa undang-undang kemudiannya yang tidak kurang baiknya kepada orang yang diberi imbuhan itu’ menurut Perkara 147 PP. [50] Mahkamah ini turut berpandangan bahawa peruntukan umum Perlembagaan berkaitan hak pencen hendaklah terpakai sepertimana diperuntukkan di bawah Perkara 147 PP dalam semua aspek perkara berkaitan pencen. Ini merupakan hak umum mengenai pencen yang dijamin Perlembagaan dan perlu dipatuhi. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan peruntukan umum dalam Perkara 147 PP ini adalah disifatkan sebagai tidak mematuhi keperluan Perkara 147 PP dan adalah ‘less favourable’. Oleh itu, MAT hendaklah menjalankan tanggungjawabnya selaras dengan Perkara 147 PP dan bukan sebaliknya. Oleh itu pematuhan kepada Perkara 147 PP adalah tanggungjawab MAT bagi memastikan hak pencen pesara ATM terpelihara. [51] Dalam hal ini kes Mahkamah Persekutuan iaitu Aminah Ahmad (supra) adalah dirujuk di mana dalam membincangkan berkenaan Perkara 147 PP telah memutuskan seperti berikut-S/N yxqbctAQKE6wiolmXti1rQ “[21] It is clear that art. 147 provides for the protection of pension rights, and as a specifically provided right under the Federal Constitution, it must be regarded as a protected and value-added right. It is significant to bear in mind that, the protection afforded to pensioners from the public services against any subsequent and less favourable law is embodied in the Federal Constitution. That protection must therefore be accorded the importance and gravity equal to the Federal Constitution itself. The same position was taken by the House of Lords in Cullen v. Chief Constable of the Royal Ulster Constabulary[2003] 1 WLR 1763 CA, although not binding, we find it to be quite persuasive, where the House of Lords quoted with approval the advice of Privy Counsel in Mohamed v. The State[1999] 2 AC 111 and held: ... Their Lordships are satisfied that in King v. The Queen, which was decided in 1968, the Board took too narrow a view on this point. It is a matter of fundamental importance that a right has been considered important enough by the people of Trinidad and Tobago, through their representatives, to be enshrined in their Constitution. The Stamp of constitutionality on a citizen's right is not meaningless: it is clear testimony that an added value is attached to the protection of the right.”. S/N yxqbctAQKE6wiolmXti1rQ [52] Selanjutnya, sepertimana kes Aminah Ahmad (supra), Plaintif-Plaintif tidak perlu membuktikan amaun sebenar perbezaan jurang pencen yang berlaku sepertimana diputuskan- “[45] As correctly observed by the COA, under art. 147 of the Federal Constitution, there is no requirement that any pensioner must first suffer actual loss or damage before the less favourable law may be held to contravene art. 147. It only requires that the 'later law' must not be 'less favourable'. The existence of a risk that a less favourable situation might arise and the mere possibility that it can arise, which is an acknowledgment inherent in s. 3(2) as amended, suffices in establishing that a less favourable situation has indeed, already come about. It is irrelevant whether there is actual implementation of the amendment that puts the pensioner at a disadvantage.” [53] Maka, Mahkamah ini berpandangan dalam hal ini, perbezaan jumlah pencen yang ketara melibatkan pesara ATM yang berpencen sebelum dan selepas 1 Januari 2013, secara analoginya adalah serupa seperti situasi dalam kes Aminah Ahmad (supra) iaitu suatu keadaan yang mengakibatkan ‘less favourable stituation’. [54] Mahkamah ini terikat dengan Aminah Ahmad (supra) berdasarkan doktrin ‘stare decisis’ di mana keputusan Mahkamah yang lebih tinggi adalah S/N yxqbctAQKE6wiolmXti1rQ mengikat mahkamah yang lebih rendah hierarkinya memandangkan kes tersebut diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. [55] Berdasarkan perkara ini, Mahkamah ini mendapati hujahan Plaintif-Plaintif bahawa “tindakan Defendan-Defendan yang melakukan “penambahbaikan” kepada syarat-syarat perkhidmatan tanpa menyelaraskan pencen Plaintif-Plaintif menurut gred dan pangkat masing-masing adalah suatu perlanggaran kepada Perkara 8 dan 147 Perlembagaan Persekutuan. Malah, ianya bukan satu “penambahbaikan” tetapi satu prejudis.” adalah berasas. [56] Dalam hal ini Perkara 8 PP adalah jelas (rujuk Danaharta Urus Sdn. Bhd. v. Kekatong Sdn. Bhd. (2004) 1 MLRA 20, Datuk Haji Harun Haji Idris v PP [1976] 1 MLRA 676 dan Lee Kwan Woh v. PP [2009] 5 CLJ 631). [57] Mahkamah dengan ini bersetuju bahawa jurang pencen antara Pesara-Pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dan selepas 1 Januari 2013 adalah suatu perlanggaran kepada hak kesamarataan yang dijamin oleh Perkara 8 PP. S/N yxqbctAQKE6wiolmXti1rQ [58] Peruntukan mengenai pencen ATM telah ditetapkan menurut undang-undang dan dilaksanakan melalui Peraturan-Peraturan Pencen 1982. Pesara ATM sebelum 1 Januari 2013 dan pesara ATM selepas 1 Januari 2013 adalah dalam kelas yang sama iaitu pesara ATM. Oleh itu adalah satu ’legitimate expectation’ bahawa pencen yang diterima adalah sama dan sekiranya sebaliknya, maka ianya adalah menjadi ketidakadilan kerana tiada kesamarataan menurut Perkara 8 PP bilamana terdapat kalangan pesara ATM yang tidak menerima pencen yang sama seperti pesara ATM yang lainnya. [59] Mahkamah ini mendapati bahawa keadaan ini merupakan suatu perlanggaran kepada Perkara 8 PP yang memperuntukkan berkenaan jaminan hak kesamarataan. Sebagai kesannya, hak Plaintif-Plaintif untuk kesamarataan menurut Perkara 8 PP telah dinafikan oleh Defendan-Defendan (rujuk kes Lee Kwan Woh v. PP [2009] 5 CLJ 631). [60] Adalah diperhatikan bahawa pihak Defendan dalam hujahan bertulisnya tidak menghujahkan berkaitan Perkara 8 PP. Oleh itu, S/N yxqbctAQKE6wiolmXti1rQ Mahkamah ini mengambil pendekatan bahawa, isu ini tidak dipertikaikan dan kewujudan ketidak samarataan telah tidak disangkal secara khusus. [61] Atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya berdasarkan keterangan dan hujahan yang dikemukakan. KEPUTUSAN Setelah meneliti hujahan dan affidavit pihak-pihak, Mahkamah membenarkan perintah berikut kepada Plaintif-Plaintif- (a) Bahawa kesemua Defendan telah memungkiri peruntukan di bawah Perkara 137 dan/atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan seksyen 187 Akta Angkatan Tentera Malaysia 1972 dalam kegagalan masing-masing untuk melakukan penyelarasan pencen yang baharu untuk kesemua Pesara Angkatan Tentera Malaysia yang bersara sebelum 1 Januari 2013; dan S/N yxqbctAQKE6wiolmXti1rQ (b) Kesemua Pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 tersebut berhak diselaraskan pencen masing-masing mengikut kadar dan cara sepertimana diselaraskan pencen kesemua pesara ATM yang bersara selepas 1 Januari 2013. (c) Tiada perintah atas kos. *Nota Mahkamah hanya membenarkan sebahagian daripada ‘prayer (b)’ pada Lampiran 1 Plaintif-Plaintif kerana Mahkamah ini berpandangan bahawa ia tidak berbidangkuasa untuk apa-apa pindaan perundangan iaitu Peraturan-Peraturan Pencen 1982 seperti mana yang dipohon dalam ‘prayer (b)’ Lampiran 1. (Y.A DR. SUZANA BINTI MUHAMAD SAID) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil NCVC 1 Kuala Lumpur. Bertarikh: 18 April 2024 S/N yxqbctAQKE6wiolmXti1rQ Peguam Bagi pihak Plaintif-Plaintif Tetuan Haniff Khatri Peguambela dan Peguamcara No. 26, Tingkat Atas Jalan Camar 4/3, Seksyen 4 Kota Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor. Bagi pihak Defendan-Defendan Peguam Persekutuan Jabatan Peguam Negara Tingkat 6, No.45, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya S/N yxqbctAQKE6wiolmXti1rQ