If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt Acquit." [64] Di peringkat kes pembelaan, OKT3 hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan: PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457; Abdul Aziz Mohamad Shariff v. PP [2010] 5 CLJ 733. [65] Kes PP v. Saimin & Ors [1971] 1 LNS 115 menjelaskan perkataan keraguan munasabah (reasonable doubt), “The following definition of “reasonable doubt” is often quoted: It is not mere possible doubt, because everything related to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge. It has again been said that “reasonable doubt” is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there. Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence.” [66] Pembelaan OKT3 yang tidak pernah mengenali atau berhubung langsung dengan mangsa adalah fakta yang kukuh berdasarkan keterangan mangsa sendiri bahawa bukan OKT3 yang telah menghantar pesanan WhatsApp mengajak mangsa keluar pada malam tersebut dan mengajak mangsa keluar. [67] Namun keterangan SD1 (OKT1) dan SD3 (OKT3) ada yang bercanggah dan tidak konsisten terutama orang yang sebenarnya ingin mengajak mangsa keluar pada malam kejadian. [68] OKT3 mengatakan pada malam kejadian, OKT1 mengajak OKT3 pergi ke rumah OKT1. Apabila tiba di rumah OKT1, PKK sudah ada dan OKT1 mengajak mereka meronda di pekan Alor Setar untuk tenguk race. Semasa ronda ronda, OKT1 ingin meminjam motor OKT3 untuk ambil kawan OKT1. Sementara itu, OKT3 dan PKK menuju ke Kuala Kedah dan menunggu OKT1 dan mangsa di bawah pokok dan kerana hujan, berteduh di hotel papan. [69] Ini amat bertentangan dengan keterangan OKT1. Menurut OKT1, OKT3 berada di rumah OKT1 pada malam itu. OKT3 telah memegang telefon bimbit OKT1 dan tolong bacakan Whatsapp memberitahu OKT1 yang mangsa mengajak keluar dan mangsa memberikan lokasi keberadaannya. Atas permintaan mangsa, OKT1 membawa mangsa ke hotel papan. PKK dan OKT3 sudah ada menunggu di hotel papan. [70] Semasa kes peringkat pendakwaan, mangsa menyatakan ada berhubung dengan OKT1 melalui WhatsApp untuk berjumpa. Keterangan OKT1 menyatakan OKT3 yang menggunakan telefon bimbit OKT1 untuk ‘chat’ dengan mangsa. Membandingkan dua keterangan ini, OKT3 gagal menimbulkan apa apa keterangan bagi menyangkal perbualan WhatsApp ini apatah lagi OKT3 mengakui pergi ke rumah OKT1 sebelum keluar ronda ronda. [71] Semasa di hotel papan, OKT3 setuju dengan cadangan Pendakwa Raya yang OKT3 tidak ada membuat apa apa laporan polis berkenaan ditunjukkan parang oleh lelaki India apabila tidak membuat bayaran yang cukup kerana tinggal lebih masa. [72] Pihak pembelaan menghujahkan pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan prima facie kes kerana percanggahan keterangan saksi pendakwaan sendiri iaitu SP2 (mangsa) telah menimbulkan keraguan sama ada mangsa dirogol oleh OKT3 atau tidak adalah konsisten dengan pembelaan OKT3 yang tidak pernah merogol atau membuat hubungan seks dengan SP2. Pihak pembelaan merujuk Public Prosecutor v Mohd Faiz Ismail [2022] 1 LNS 3147 iaitu Mahkamah harus menentukan sama ada perbezaan keterangan saksi tersebut menyentuh perkara asas pertuduhan ataupun tidak. [73] Rujukan kepada S.8 Akta Keterangan 1950 dan PP v. Abdul Rahman Mohamad [2005] 1 MLRA 51, “ A woman is said to consent only when she freely agrees to submit herself, while in free and unconstrained possession of her physical and moral power to act in a manner she wanted. Consent implies the exercise of free and untramelled right to forbid or withhold what is being consented to, it is always a voluntary and conscious acceptance of what is proposed to be done by another and concurred by the former…..” merupakan nas yang menunjukkan mangsa sendiri dengan rela hati melakukan hubungan seksual dengan OKT1 dan PKK kerana sepanjang SP2 memberi keterangan dan berdasarkan eksibit P1, doktor telah membuat catatan “She is a sexually active (first sexual intercourse in 2020):.. [74] Pihak pembelaan membangkitkan elemen kerelaan dari mangsa maka tiada perogolan berlaku. Walaupun kesemua OKT telah keluar bersama mangsa, dan berdasarkan alasan di atas, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa OKT3 mempunyai peranan dalam kejadian rogol berkumpulan. [75] Mahkamah tidak dapat bersetuju dengan hujahan pembelaan kerana s.375B KK dibaca bersama s.375 (g) KK yang menjelaskan mengenai perlakuan rogol termasuklah dengan kerelaan apabila perempuan itu berumur bawah 16 tahun. Mangsa ketika kejadian berusia 12 tahun 3 bulan. [76] OKT3 berulangkali menafikan penglibatannya kerana OKT3 hanya duduk bersembang dengan PKK yang ada bersama yang boleh mengesahkan tiada apa apa perbuatan dilakukan oleh OKT3. Ini juga diulangi semasa pemeriksaan semula. Jika begitu, PKK merupakan saksi penting OKT3 tetapi tidak dipanggil untuk menyokong keterangan OKT3 tanpa apa apa penjelasan. Maka anggapan bertentangan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 diguna pakai atas kegagalan OKT3 membawa PKK sebagai saksi penting yang boleh mengesahkan OKT3 tidak terlibat dalam perogolan mangsa. [77] Penafian penglibatan tertuduh yang merogol mangsa dalam kes ini semata-mata adalah tidak mencukupi dan bukanlah pembelaan yang bermerit: D A Duncan v P.P [1980] 2 MLJ 195 dan PP v Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 [78] Saya meneliti keterangan OKT3 yang mengesahkan cahaya dari luar masuk ke dalam bilik kerana terdapat dua tingkap di dalam bilik tersebut, maka dengan pencahayaan tersebut, meskipun samar-samar OKT3 pasti masih dapat melihat apa yang berlaku di dalam bilik tersebut. Pencahayaan juga datang dari telefon bimbit yang dipegang oleh PKK. [79] Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa saiz bilik di tempat kejadian adalah kecil sahaja. OKT3 nampak mangsa dan OKT1 dalam selimut maka sudah pasti OKT3 dapat melihat pergerakan dan mendengar dengan jelas suara mereka semasa hubungan seks berlaku. Ini kerana OKT3 duduk di meja di hadapan katil yang jaraknya adalah begitu dekat dekat katil dalam bilik tersebut dan menghujahkan jawapan “tidak pasti” dari OKT3 adalah tidak munasabah. [80] Dari keterangan OKT3, OKT3 mengatakan bilik itu luas tetapi setelah diperiksa balas dan dirujuk dalam P3L mahkamah dapati meja yang ditanda bintang warna merah sememangnya tidak jauh dari katil di mana OKT1 dan mangsa berada. Ketika diperiksa balas, OKT3 sahkan ada cahaya masuk dari luar menerusi dua tingkap bilik. Pihak pendakwaan menghujahkan dengan pencahayaan tersebut, meskipun samar-samar OKT3 pasti masih dapat melihat apa yang berlaku di dalam bilik tersebut. Saya bersetuju dengan pihak pendakwaan kerana pencahayaan juga datang dari telefon bimbit yang dipegang oleh PKK. [81] Seterusnya Timbalan Pendakwa Raya (TPR) menghujahkan pihak pembelaan gagal membangkitkan apa apa keterangan untuk menunjukkan motif mangsa untuk menganiaya OKT3 kerana keterangan mangsa adalah utuh sepanjang perbicaraan mengenai perlakuan setiap tertuduh. Saya meneliti keterangan OKT3 yang menyatakan mangsa menipu apabila menyatakan OKT3 menjolok bontot mangsa dan sebab mangsa dan OKT1 “merancang macam menujukan kes ini” terhadap OKT3. [82] Semasa pemeriksaan utama, OKT3 menjawab “langsung tak ambik tau pasai dia dan tak pernah dekat dengan dia” dan “Memang saya tak dekat dengan dia. Saya memang tak ambik pot nak kenai dengan dia. Sentuh dia pun tak sentuh.”. Jawapan OKT3 ini bercanggah dengan jawapan awal beliau yang ada menyuruh mangsa balik dan sama ada ibu bapa mangsa tahu keberadaan mangsa di hotel papan pada malam tersebut. OKT3 bukan saksi yang jujur kerana OKT3 telah duduk setia menunggu OKT1 selesai berhubungan seks sebelum merogol mangsa. [83] Alasan hendak menujukan tuduhan ini kepada OKT3 merupakan alasan yang direka untuk menyelamatkan diri OKT3 sahaja. Justeru saya bersetuju dengan kes yang dirujuk oleh TPR bahawa OKT3 gagal mengemukakan apa apa bukti mengenai penganiayaan dan penipuan untuk mahkamah menerima alasan OKT3. Rujuk Pendakwa Raya Lwn Mohd Asmawi Bin Md Desa Dan Satu Lagi [2017] MLJU 1943, “Tiada juga secebis keterangan yang menunjukkan pasukan serbuan mempunyai dendam kesumat terhadap OKT1 dan OKT2. Tohmahan yang dilontarkan ke atas pihak polis itu sememangnya tidak berasas langsung dan direka untuk melepaskan diri daripada pertuduhan-pertuduhan (Rujuk kes Wan Amirul Mubin bin Wan Kamaruddin [2017] MLJU (253)). Jika Mahkamah menerima dengan mudah tohmahan sebegini tanpa asas yang konkrit, rasanya tiada mana-mana tertuduh boleh disabitkan. Apa yang perlu dinyatakan dalam pembelaan ialah tertuduh telah di “framed up” oleh polis. Pada Mahkamah ini, tohmahan yang tidak bersandarkan keterangan, jika diterima, maka akan hancurlah sistem keadilan jenayah negara.” [84] Saya meneliti keterangan OKT3 semasa pemeriksan utama semasa mula mula melihat mangsa, “S: Jadi apa tindakan kamu dan apa yang berlaku seterusnya bila kamu tengok kawan yang dia bawa tu perempuan? J: ...... Saya pun nak kata apa, diam saja je lah, bagi je lah. Takkan saya nak ambil motor dan nak suruh dia balik jalan kaki sebab dah separuh jalan kan?” ...... S: Jadi, apa tindakan kamu selepas Amy dengan Auni masuk ke bilik yang sama dengan kamu? J: Takkan lah saya nak halau. Saya dah tanya, “woii awat hang tak hantar dia balik?” Dia kata, “dah dia tak mau balik, nak hantar macam mana?” [85] Jawapan dan tindakan OKT3 dari awal yang membiarkan sahaja mangsa berada bersama mereka adalah nyata bahawa terdapatnya niat bersama untuk merogol mangsa kerana OKT3 tidak bersungguh-sungguh ingin menghantar mangsa pulang ke rumah. [86] Keterangan OKT3 keluar membeli makanan dengan OKT1 menyokong keterangan mangsa bahawa kejadian dirogol berlaku selepas OKT1 dan OKT 3 kembali dari membeli makanan. OKT3 tidak menafikan sentiasa berada di tempat kejadian dan duduk di meja yang terletak amat berhampiran dengan katil. [87] Hujahan pihak pendakwaan ialah meskipun kejadian hubungan seksual antara OKT1 dan mangsa berlaku di dalam selimut, sudah pasti akan ada pergerakan di dalam selimut dan sudah pasti OKT3 dapat mendengar suara mereka semasa hubungan seks tersebut berlaku. Jawapan OKT3 yang tidak pasti adalah tidak munasabah sedangkan dia ada di dalam bilik tersebut semasa kejadian. Meneliti keterangan OKT3, saya dapati OKT3 mengakui berada sepanjang masa di tempat kejadian, nampak OKT1 dan mangsa berada di bawah selimut walaupun OKT3 tidak pasti sama ada OKT1 ada merogol mangsa. OKT3 tidak menghalang kecuali duduk sahaja bersama PKK. [88] Meneliti keterangan OKT3 yang mengatakan OKT3 balik ke rumah pada keesokan paginya kerana hari Jumaat untuk solat Jumaat dan datang semula ke hotel papan setelah dihubungi oleh OKT1 berkenaan lelaki India membawa parang kerana duduk lebih masa menyokong keterangan mangsa yang OKT3 sememangnya berada bersama dengan mangsa dan lain lain OKT di bilik tersebut sehingga mangsa dihantar pulang. Alasan terdapatnya lelaki India membawa parang merupakan cerita yang direka untuk menyokong pembelaannya tanpa memanggil lelaki India tersebut untuk datang mahkamah memberikan keteranganya. OKT3 tidak menafikan tidur berempat di tempat kejadian dan ada bersama ketika menghantar mangsa balik ke Shahab Perdana. [89] Penjelasan dalam seksyen 375B menyatakan “acting in furtherance of their common intention” yang saya garap sebagai OKT3 telah bersekongkol dengan OKT1 dan PKK, meninggalkan rumah OKT1 untuk ke hotel papan berjumpa mangsa, tidak menghalang mangsa untuk terus berada dalam bilik tersebut dan melakukan hubungan seksual dengan mangsa. Baik OKT1 mahupun OKT3 gagal menunjukkan apa-apa perbualan WhatsApp atau cell phone log untuk membuktikan kebenaran hasrat OKT3 dari awal yang diajak makan oleh OKT1. [90] Mahkamah tidak menerima hujahan bahawa OKT3 tersalah anggap bahawa mangsa telah cukup umur kerana mangsa menjawab “dah biasa” apabila ditanya tentang umur dan keluar malam. Tiada keterangan menunjukkan OKT3 ada bertanya umur mangsa. Walaupun tersalah anggap, undang-undang telah jelas perbuatan merogol kanak kanak perempuan adalah satu kesalahan dan anggapan semata bukanlah satu pembelaan. [91] Saya juga tidak dapat bersetuju dengan hujahan pembelaan yang membangkitkan siasatan SP7 yang tidak menyeluruh kerana tidak menyiasat watak lain iaitu Syabil dan Ikmal. Perlu ditekankan mangsa telah ditinggalkan berseorangan di Shahab Perdana. Dari keterangan mangsa, Ikmal ialah kawan lama mangsa yang menjawab panggilan telefon dari mangsa dan mengambil mangsa di Shahab Perdana terus ke 7E. Mangsa juga ada menghubungi Syabil dan menyuruh Syabil mengambil mangsa di 7E di kawasan Shahab Perdana. Dari keterangan SP1, Syabil merupakan kawan mangsa yang dihubungi oleh SP1 pada jam 2 pagi untuk mencari mangsa. SP7 telah melakukan siasatan atas OKT3 dan lain lain yang disebut oleh mangsa dengan khusus dalam eksibit P1 dan P2. [92] Undang-undang telah mantap bahawa beban untuk membuktikan kesnya terletak pada pihak pendakwaan di sepanjang kes pendakwaan. Tugas mahkamah di akhir keseluruhan perbicaraan kes hendaklah menentukan sama ada pihak pendakwan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah di bawah s. 173 (m) (i) KTJ. Tugas ini dijelaskan dalam PP v. Sabudin Mohd Salleh [2024] 9 CLJ 79 (HC), “[17] This is fortified by s. 173(m)(i) of the CPC, where at the conclusion of the trial, the SCJ shall consider all the evidence adduced before her and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. All the evidence does not only include evidence adduced during the case of defence but also that adduced at the stage of the case of prosecution, and for her to assess, evaluate and test it against the evidence tendered during the case of defence. That would be maximum evaluation of the evidence adduced in the trial in its entirety against the accused. As support, reference is made to the decision of the COA in the case of PP v. Sanin Othman [2011] 1 CLJ 626; [2010] MLJU 1283, where it was decided that: When defence is directed to be called by an appeal court the trial judge must accept that a prima facie case has been proven. It is as if the defence was called by the learned judge himself (Saad Abbas & Anor v. PP [1998] 4 CLJ 575). Only after he has gauged the total evidence adduced, inclusive of all the evidence adduced at the prosecution's stage, and tested as against the defence evidence may the fate of the accused person be decided by the court. In short there will be a maximum evaluation of the whole evidence at the close of the defence.”. [93] Tertuduh hanya perlu menimbulkan keraguan munasabah dalam fikiran hakim bicara untuk membebaskan dirinya: Puganeswaran a/l Ganesan & Ors v Public Prosecutor and other appeals [2020] MLJU 1309 (FC), “[50] ..... In the present case, the appellants had no burden to prove or to disprove anything in their defence. They were entitled to an acquittal if their explanation succeeded in raising a reasonable doubt in the mind of the trial judge as to their guilt.”. [94] Berdasarkan dapatan dan nas nas di atas, mahkamah mendapati pihak pembelaan tidak mempunyai pembelaan yang bermerit dan gagal membangkitkan apa apa keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah dan OKT3 disabitkan. [95] Kedua dua OKT didapati bersalah ke atas pertuduhan yang telah dikenakan dan Mahkamah mensabitkan kedua dua OKT dengan kesalahan tersebut. OKT3 dengan ini dipanggil untuk mengemukakan rayuan sebelum hukuman dijatuhkan. G. Rayuan mitigasi [96] Peguambela mengemukakan rayuan mitigasi iaitu OKT3 semasa kejadian berlaku berumur 20 tahun 6 bulan. Sepanjang tempoh kes ini berjalan mulai 2021 sehingga kini (6.2.2025), OKT3 telah berjaya menamatkan pelajaran di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dalam bidang Kejuruteraan Awam. OKT3 berjaya menamatkan latihan industri dengan keputusan yang sangat cemerlang. [97] Kes ini telah menyebabkan OKT3 tidak dapat bekerja dan menjana pendapatan tetap walaupun seperti memandu Grab atau Foodpanda. Keadaan ini telah cukup memberikan keinsafan dan kesedaran kepada OKT3 untuk memilih kawan dan berfikir dahulu sebelum bertindak. [98] Semasa kejadian, OKT3 seorang pesalah muda, pesalah pertama, tiada rekod lampau dan sabitan pada hari ini merupakan sabitan pertama yang menjadi titik hitam dalam hidup OKT3. Peguambela merujuk :