(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.” [64] Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan, kredibiliti saksi pendakwaan dan dokumen- dokumen yang dikemukakan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan bagi mewujudkan suatu kes prima facie terhadap OKT. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN BERJAYA MEMBUKTIKAN ELEMEN MILIKAN, JAGAAN, KAWALAN DAN PENGETAHUAN [65] Kedua-dua OKT akan dibincangkan bersekali memandangkan kedua-duanya dituduh bersama. Mahkamah memulakan analisanya dengan dadah yang dijumpai dalam kereta tersebut dimiliki oleh SP3 (isteri OKT2). Pada hari kejadian, OKT1 adalah pemandu dan OKT2 adalah penumpang kereta Volkswagen Touran dengan no. pendaftaran WVS 9393. [66] Fakta kes pendakwaan tertumpu kepada keterangan SP3 dan SP5. Naratif kes pendakwaan bermula dengan keterangan mengenai kereta WVS 9393. Menurut SP3 kereta tersebut dimiliki oleh beliau dan suaminya (OKT2). Kadang-kadang OKT2 akan menggunakan kereta tersebut untuk perniagaan bundle pakaian di kedai OKT2 di Kelantan. Menurut SP3 lagi, dalam sebulan, OKT2 akan menjalankan perniagaannya selama dua minggu di rumah dengan membuat live dari rumah dan dua minggu lagi akan ke Kelantan menguruskan perniagaan bundle pakaiannya di kedai. [67] SP3 telah menyerahkan kereta tersebut kepada OKT2 dua minggu sebelum kejadian. SP3 menyerahkan kereta tersebut kepada OKT2 dalam keadaan kosong dan tidak ada apa-apa barang. [68] SP3 seterusnya memberi keterangan bahawa OKT1 adalah adik ipar tiri beliau (adik tiri kepada OKT2). OKT1 membantu OKT2 di kedai dan Idin adalah bekas pekerja OKT2. [69] Berdasarkan keterangan SP3, maklumat mengenai Idin tidak pernah diberikan oleh SP3 kepada pegawai penyiasat (SP4). Tambahan pula, OKT2 juga tidak memetik nama Idin semasa rakaman percakapan OKT2 diambil oleh polis. [70] Pada pandangan Mahkamah, terdapat keterangan mustahak oleh SP3 bahawa Idin tidak melipat dan membungkus pakaian. Idin juga telah berhenti kerja sebelum kedua-dua OKT ditangkap di Selangor. Oleh itu, Mahkamah berpandangan Idin tidak terkait dengan kes ini dan Mahkamah memutuskan pihak pembelaan tidak berjaya menimbulkan keraguan mengenai mengenai penglibatan Idin di dalam kes ini. Sebaliknya, Mahkamah akan menumpukan perhatian yang lebih kritikal kepada OKT 1 dan OKT2. [71] Pada hari kejadian, OKT2 memaklumkan kepada SP3 bahawa beliau akan balik ke Kajang dari Kelantan membawa stok pakaian yang ditempah pembeli. Dalam erti kata lain, tongkol baju yang dibawa dari Kelantan adalah daripada tempahan pembeli. [72] OKT2 memaklumkan kepada SP3 yang beliau akan membawa sekali OKT1 supaya OKT1 boleh membantu SP3 yang merupakan seorang guru/pendidik yang akan berpindah ke Kelantan kerana akan bertukar ke Kelantan. [73] Dalam hal ini, OKT1 telah memandu kereta tersebut dan OKT2 duduk sebelah penumpang di hadapan. Tidak ada orang lain selain kedua-dua OKT yang berada di dalam kereta. Oleh itu, menurut keterangan SP3, pada hari kejadian, kereta tersebut telah bergerak dari Kelantan. [74] Memandangkan tidak ada penafian bahawa OKT1 yang memandu kereta tersebut dari Kelantan, adalah tidak munasabah untuk bersetuju dengan hujahan peguambela OKT1 bahawa OKT1 hanya berada di dalam kereta sekejap sebagaimana dikatakan peguambela sebagai “momentary custody” dadah yang berada di dalam kereta. [75] SP3 juga memaklumkan kereta tersebut mempunyai 2 kunci dan apabila OKT2 balik ke Kelantan, beliau akan memegang kedua-dua kunci. Menurut SP3 lagi, Idin tidak mempunyai akses kepada kereta tersebut kerana beliau mempunyai keretanya sendiri. [76] Semasa hari kejadian, apabila kereta tersebut sampai di tempat kejadian, OKT1 telah turun dari tempat pemandu kereta dan menuju Blok D. SP5 memberi keterangan bahawa OKT2 kelihatan telah keluar kereta dari tempat duduk penumpang di hadapan dan berpindah duduk di tempat pemandu. Kereta tidak bergerak atau dialihkan kerana menghalang lalu lintas. [77] SP5 telah memberikan arahan menahan OKT1. Keenggan membuka pintu kereta sehingga menyebabkan “menempek” kad kuasanya di cermin tingkap sebelah pemandu dan menjerit “polis” supaya OKT2 membuka pintu kereta. [78] Setelah beberapa ketika, akhirnya OKT2 telah membuka pintu kereta. Kenyataan SP5 jelas menyangkal hujahan peguambela kedua-dua OKT bahawa SP5 dan anggota serbuan telah gagal menunjukkan kad kuasa sebelum menahan kedua-dua OKT. ELEMEN PENGETAHUAN - REAKSI OKT1 DAN OKT2 SERTA EKSIBIT D29 [79] Tidak ada asas untuk Mahkamah ini tidak mempercayai keterangan SP5 iaitu seorang pegawai polis berkaitan dengan reaksi OKT1 dan OKT2 yang menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai pengetahuan mengenai dadah terlarang yang dirampas di dalam kereta tersebut. [80] Tidak ada sebab dan keterangan yang menunjukkan bahawa pihak polis mempunyai motif jahat untuk mengenakan kedua-dua OKT dengan memberikan keterangan palsu di Mahkamah. [81] Mahkamah ini sedar akan prinsip undang-undang yang mantap sepertimana diputuskan di dalam kes Chan Pean Leon V. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237 bahawa elemen pengetahuan, kecuali diakui, hanya boleh dibuktikan melalui inferens daripada keadaan sekeliling sesuatu kes (surrounding circumstances) dan ini merupakan suatu persoalan fakta. [82] Oleh yang demikian, Mahkamah membuat dapatan bahawa reaksi OKT1 dan OKT2 tidak boleh dilihat secara terpencil (in isolation). Akan tetapi, ia hendaklah dilihat berdasarkan kepada keadaan sekeliling kes. [83] Berdasarkan kepada keadaan sekeliling kes, jika OKT1 dan OKT2 tidak mengetahui mengenai dadah yang dibawa di dalam kereta tersebut, masakan OKT1 melarikan diri semasa beliau hendak ditangkap oleh pasukan serbuan sehingga menyebabkan berlakunya pergelutan, dan OKT2 enggan keluar dari tempat pemandu kereta walaupun SP5 mengetuk tingkap dan “menempek” kad kuasanya pada tingkap kereta. [84] OKT2 hanya membuka pintu setelah SP5 mengarahkan anggota pasukannya untuk memecahkan cermin bahagian pemandu sehinggalah retak, baharulah OKT2 membuka pintu kereta. Reaksi OKT2 juga adalah cemas dan pucat apabila keluar daripada kereta tersebut dan ditahan oleh pihak polis. [85] Dalam hal ini, reaksi OKT1 dan OKT2 merupakan suatu fakta yang relevan untuk Mahkamah ini membuat inferen pengetahuan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. [86] SP5 telah menjumpai dadah di bonet kereta tersebut dengan disaksikan oleh kedua-dua OKT selepas ditahan. Apabila ditanya milik siapa baju bundle di dalam bonet, kedua-dua OKT hanya mendiamkan diri. [87] Oleh yang demikian, OKT1 dan OKT2 perlu dipanggil untuk memberi penjelasan berkenaan reaksinya selari dengan peruntukan seksyen 9 Akta Keterangan. [88] Inferen yang dibuat Mahkamah mengenai pengetahuan adalah munasabah dan ini dikuatkan lagi dengan eksibit D29 iaitu rakaman percakapan OKT2 yang mana jelas menunjukkan kedua-dua OKT mempunyai pengetahuan mengenai dadah dalam lipatan baju. Jawapan berikut diberikan oleh OKT2 kepada soalan yang dikemukakan oleh pegawai perakam seperti berikut: S : Siapakah yang meletakkan barang kes disyaki dadah di tempat tersebut? J : Adik tiri saya (B1) yang letak dan simpan disitu. Dia yang melipat, membungkus (tongkol) mengandungi susunan t-shirt yang berlipat tersebut. Tongkol tersebut disediakan adik tiri saya di kedai milik saya di Ketereh. [89] Apa yang jelas daripada fakta tersebut ialah OKT2 mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut dan hanya menafikan bahawa dadah tersebut milik beliau. OKT2 mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut yang telah berada di dalam kereta tersebut sepanjang perjalanan dari Kelantan sehinggalah sampai di tempat kejadian. [90] Tidak boleh dinafikan bahawa OKT2 berada bersama dadah yang dibawa di dalam kereta dan beliau juga mempunyai kawalan dan jagaan ke atas kereta tersebut. SP3 telah menyerahkan kereta tersebut kepada OKT2 dua minggu sebelum kejadian. SP3 menyerahkan kereta tersebut dalam keadaan kosong. Tidak ada orang lain yang mempunyai akses ke atas kereta tersebut. [91] Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam PP v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 yang merupakan keputusan utama (leading authority) mengenai isu pengetahuan. Pengetahuan adalah diperlukan untuk membuktikan elemen pemilikan. Mahkamah Persekutuan mengupas isu mengenai pengetahuan dengan merujuk kepada kes Warner v Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356 yang memutuskan seperti berikut: [19] The issue of knowledge necessary to establish possession came to be considered by the English House of Lords in the case of Warner v Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356, which was considered and relied upon by the Singapore Court of Appeal in Zulfikar bin Mustaffah v Public Prosecutor. In Warner the following question was posed to their Lordships: “Whether for the purpose of s 1 of the Drugs (Prevention of Misuse) Act 1964, a defendant is deemed to be in possession of a prohibited substance when to his knowledge he is in physical possession of the substance but is unaware if its true nature.” [20] At p 367 Lord Reid addressed the issue as follows: The object of this legislation is to penalise possession of certain drugs. So if mens rea has not been excluded what would be required would be the knowledge of the accused that he had prohibited drugs in his possession. It would be no defence, though it would be a mitigation, that he did not intend that they should be used improperly. And it is commonplace that, if the accused had a suspicion but deliberately shut his eyes, the court or jury is well entitled to hold him guilty. Further, it would be pedantic to hold that it must be shown that the accused knew precisely which drug he had in his possession. Ignorance of the law is no defence and in fact virtually everyone knows that there are prohibited drugs. So it would be quite sufficient to prove facts from which it could properly be inferred that the accused knew that he had a prohibited drug in his possession. That would not lead to an unreasonable result. [21] In the same case Lord Morris answered the question in following manner: If there is assent to the control of a thing, either after having the means of knowledge of what the thing is or contains or being unmindful whether there are means of knowledge or not, then ordinarily there will be possession. If there is some momentary custody of a thing without any knowledge or means of knowledge of what the thing is or contains then, ordinarily, I would suppose that there would not be possession. If, however, someone deliberately assumes control of some package or container, then I would think that he is in possession of it. If he deliberately so assumes control knowing that it has contents, he would also be in possession of the contents. I cannot think that it would be rational to hold that someone who is in possession of a box which he knows to have things in it is in possession of the box but not in possession of the things in it. If he had been misinformed or misled as to the nature of the contents, or if he had made a wrong surmise as to them, it seems to me that he would nevertheless be in possession of them. [22] Reverting to the present case, it is therefore incumbent upon the court to scrutinize the entire evidence before the court to see whether an inference can be drawn against the respondent that he knew about the drug in the three packages found in the car. [92] Manakala OKT1 memandu kereta tersebut yang dimiliki oleh SP3 dan digunasama oleh OKT2. Kedua-dua OKT berada di dalam kereta tersebut. Oleh itu, hakikatnya kereta tersebut berada dalam kawalan kedua-dua OKT. [93] OKT2 mengetahui mengenai dadah yang dilipat bersama baju oleh OKT1, OKT2 membenarkan keretanya dipandu oleh OKT1 tanpa apa-apa bantahan. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kedua-dua OKT mempunyai “concerted mind to commit” pada ketika kesalahan dilakukan. Rujuk Ghasem Hozouri Hassan v PP [2018] 6 CLJ 133; [2018] 1 LNS