9 CLJ 489 Mahkamah memutuskan: “It is settled law that damages in tort are not meant to be punitive; neither a reward. Damages are meant to be a form of compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act so far as money can compensate. It is not meant to enrich the injured party. Therefore, the compensation must by fair, reasonable and adequate but not excessive (Yang Salbiah & Anor v. Jamil bin Harun [1981] 1 LNS 106; [1981] 1 MLJ 292. The aim is to put the injured party back as it were, as far as possible to his original position prior to the tortuous act which caused the damage (Shanmugam Gopal v. Zinal Abidin Nazim & Anor [2003] 8 CLJ 729; [2003] 3 MLJ 76; Ong Ah Long v. Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198.” [70] Mengenai kecederaan “Tarumatic severe brain injury with left frontotemporalparietal subdural haemorrhage - loss of consciousness”, 33 Hakim bicara telah mengambil kira hujahan Peguam Plaintif yang menghujahkan RM400,000.00 dan RM5,500.00 untuk loss of consciousness. Peguam Defendan telah menghujahkan RM50,000.00- RM80,000.00 dan RM3,000.00-RM4,000.00. Hakim bicara (HMS) telah mengambil kira Plaintif mengalami keilatan kekal yang serius dan terlantar di atas katil. Pakar menyatakan “He is not comatose, but severely disabled. The physical disabilities and neurocognitive disturbances had significantly affected him personally and socially.” Hakim bicara telah merujuk kepada otoriti-otoriti yang telah dikemukakan oleh pihak-pihak. Mahkamah bicara berpendapat berdasarkan kecederaan Plaintif RM380,000.00 adaiah munasabah. Mahkamah ini telah meneliti semula dapatan fakta HMS dan mendapati jumlah ini adalah munasabah. [71] Mengenai kecederaan “Closed fracture midshaft of left femur”, Hakim bicara (HMS) telah mengambil kira hujahan Peguam Plaintif yang menghujahkan bahawa RM40,000.00 adalah sesuai. Peguam Defendan pula menghujahkan RM25,000.00-RM28,000.00 adalah paling sesuai. Plaintif mengalami “Left femur shortening of 2 cm”. [72] Mahkamah ini telah meneliti alasan HMS yang membenarkan award RM40,000.00 tersebut. Mahkamah ini telah merujuk kepada otoriti-otoriti yang dikemukakan. Mahkamah ini bersetuju dan bersependapat dengan HMS bahawa berdasarkan kecederaan serius Plaintif dan kos saraan hidup semasa dan berlandaskan otoriti-otoriti yang dikemukakan jumlah RM40,000 tersebut adalah munasabah. 34 [73] Mengenai kecederaan “Muscle wasting”, Peguam Plaintif menghujahkan bahawa jumlah RM10,000.00 adalah munasabah. Peguam Defendan tidak menghujahkannya. Plaintif telah mengalami “Generalized muscle wasting of both lower limbs”. HMS telah merujuk kepada otoriti-otoriti yang dikemukakan oleh Peguam Plaintif. HMS berpendapat berdasarkan kecederaan Plaintif RM5,000.00 adalah munasabah. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS ini. [74] Mengenai kecederaan “Scars”, Peguam Plaintif telah menghujahkan RM30,000.00 sebagai jumlah munasabah. Peguam Defendan tidak menghujahkannya. HMS telah merujuk kepada otoriti-otoriti yang dikemukakan oleh Peguam Plaintif. HMS berpendapat berdasarkan kecederaan Plaintif RM10.000.00 adalah munasabah. Mahkamah ini mendapati bahawa tidak ada sebab untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan fakta HMS ini. [75] Mengenai kecederaan “Osteoarthritis”, Peguam Plaintif telah menghujahkan bahawa RM5,000.00 adalah munasabah. Peguam Defendan tidak menghujahkannya. HMS telah merujuk kepada otoriti yang dikemukakan oleh Peguam Plaintif. HMS berpendapat berdasarkan kecederaan Plaintif RM5,000.00 adalah munasabah. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan fakta HMS ini. Apatah lagi Peguam Defendan tidak mempertikaikannya. [76] Mengenai gantirugi khas Nursing care, Mahkamah telah meneliti Alasan HMS yang telah merujuk kepada laporan pakar. Pakar menyatakan “These disabilities would be permanent and he would need continuous long 35 term help and assistance from his family members/private nursing services in performing his basic daily activities such as eating, wearing clothes and diapers; personal hygiene etc. these disabilities had affected him whereby he is unable to lead normal and independent life with loss of future educational and employment opportunity”. [77] Plaintif Kedua iaitu ibu Plaintif (SP12) menyatakan beliau tidak dapat menjaga Plaintif kerana beliau berniaga di pasar malam setiap hari. Beliau juga perlu menjaga bayi dan menguruskan rumah tangga. Plaintif telah dijaga oleh ShalisCare Nursing & Services Sdn Bhd sehingga sekarang. SP11 telah mengemukakan bil-bil (P24) yang berjumlah RM129,775,00. HMS berpendapat oleh itu kos pre-trial nursing care berjumlah RM129,775.00 adalah jumlah yang munasabah. Mahkamah ini tidak mempunyai sebab untuk mengganggu dapatan ini. [78] HMS telah meneliti kos purata selama sebulan penjagaan oleh ShalisCare adalah RM8,110.20. Jangka hayat bagi lelaki mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia adalah 73 tahun. Umur Plaintif pada masa kemalangan adalah 16 tahun. 73-16 = 57 tahun tolak 1/3 kontijensi = 38 tahun. RM8,110.20 x 38 tahun x 12 bulan (456 bulan) = RM3,698,251.20. Oleh itu nursing care untuk masa hadapan adalah RM3,698,251.20 tolak RM129,775.00 = RM3,568,476,20 tanpa faedah sebagai jumlah yang munasabah. Mahkamah ini berpendapat, jumlah ini adalah jumlah yang berpatutan mengambil kira keadaan Plaintif yang di dalam keadaan “bed ridden”. 36 [79] Mahkamah ini juga bersependapat dengan HMS yang bersetuju dengan hujahan Peguam Plaintif bahawa kos peralatan perubatan masa hadapan berjumlah RM663,324.00 tanpa faedah sebagai jumlah yang munasabah. [80] Mengenai kos rawatan masa hadapan, HMS telah di dalam Alasan Penghakiman menyatakan: “Pakar menyatakan Plaintif memerlukan muscle relaxant dengan kos RM500.00 sebulan. Jangka hayat bagi lelaki mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia adalah 73 tahun. Umur plaintif pada masa kemalangan adalah 16 tahun. 73 — 16 = 57 tahun tolak 1/3 kontijensi = 38 tahun. 38 tahun x 12 bulan = 456 bulan. Oleh itu mahkamah benarkan RM500.00 x 456 bulan = RM228,000.00 tanpa faedah sebagaimana yang dihujahkan oleh peguam plaintif sebagai jumlah yang munasabah.” [81] Mengenai kesakitan dan kesengsaraan unutk menjalani pembedahan masa hadapan, HMS telah merujuk kepada Laporan Pakar yang mengesahkan Plaintif memerlukan “future reconstructive cranioplasty procedure with an artificial bone substitute”. HMS telah membenarkan RM5,000.00 sebagaimana yang dihujahkan oleh Peguam Plaintif sebagai jumlah yang munasabah. Mahkamah ini mendapati bahawa tidak ada sebab untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan fakta HMS ini. [82] Setelah meneliti Alasan Penghakiman, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan-dapatan fakta mengenai kuantum (provisional) yang 37 diputuskan oleh HMS. Mahkamah mendapati bahawa tidak ada sebab bagi Mahkamah ini mengganggunya. Justeru itu keputusan HMS kekal dan rayuan Plaintif dan rayuan silang Defendan mengenai kuantum ditolak dengan kos. F. KESIMPULAN [83] Berdasarkan alasan yang diberikan di atas, Mahkamah ini menolak rayuan Perayu/Plaintif mengenai liabiliti dan kuantum dan rayuan silang Responden/Defendan dengan kos sebanyak RM1,500.00. Tarikh: 31 Oktober 2018. (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, Kelantan. 38 Peguamcara Plaintif-Plaintif Pn. Kameswary A/P Ramasamy Tetuan Kames & Associates, Peguambela & Peguamcara, No. 80-1, Jalan Mahogani 1, Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor. Peguamcara Defendan-Defendan Pn. Zaimah bt Hussin Tetuan Zaid Ibrahim & Co, Peguambela & Peguamcara, PT 1541, Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh, 15050 Kota Bharu, Kelantan.