MOHD KHAIRUL AZLIN BIN RAZALI “It is trite law that where the prosecution are relying on circumstantial evidence the onus upon it is a very heavy one and that evidence must point irresistibly to the guilt of the accused. If there are gaps in it then that will not be sufficient.” Dalam kes ini, SP3 memberi keterangan bahawa serbuan dibuat di sebuah rumah di Lot 748, Kampung Sekoh, 28050 Kuala Krau Pahang (“rumah yang diserbu”). Semasa serbuan, SP3 menyatakan ketiga-tiga Tertuduh sedang duduk di atas kerusi berhadapan sebuah meja di beranda rumah yang diserbu. SP3 selanjutnya menyatakan ketiga-tiga Tertuduh cuba melarikan diri sebaik sahaja serbuan dibuat tetapi berjaya ditangkap selepas berlakunya pergelutan dengan anggota-anggota polis. Berdasarkan kepada gambar rajah kasar dan gambar tempat kejadian, rumah yang diserbu merupakan sebuah rumah 2 tingkat yang berdiri sendiri. Beranda rumah yang diserbu iaitu tempat di mana ketiga-tiga Tertuduh dijumpai pula merupakan sebagian daripada rumah yang diserbu. Ia terletak di sebelah anjung kereta dan pintu utama rumah yang diserbu. Namun begitu, ia diselubungi dinding yang rendah dengan satu laluan masuk yang tidak berpintu. SP3 juga menyatakan bahawa kawasan sekeliling rumah yang diserbu dikelilingi oleh pagar besi yang mana pintu pagarnya tidak berkunci. Ini bermakna kawasan rumah yang diserbu sebenarnya boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Malah, SP3 juga bersetuju semasa pemeriksaan balas bahawa sesiapa pun boleh masuk dan keluar melalui pintu pagar tersebut. Oleh itu, beranda rumah yang diserbu boleh dikatakan sebagai satu tempat yang terbuka yang boleh dimasuki sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada kawasan sekeliling rumah yang diserbu. Dalam keadaan sebegitu, untuk memastikan bahawa tidak ada orang lain selain Tertuduh-Tertuduh berada di kawasan beranda rumah, pasukan serbuan sepatutnya membuat pemerhatian sebelum serbuan dibuat. Namun begitu, semasa pemeriksaan utama, SP3 telah menyatakan bahawa pemerhatian tidak dibuat, sama ada untuk memerhati sekiranya terdapat individu lain di kawasan tersebut atau untuk mengenalpasti kedudukan kesemua Tertuduh sejurus sebelum SP3 memulakan serbuan. Sekiranya tiada pemerhatian dibuat, maka inferens alternatif yang boleh dicapai adalah bahawa terdapat kemungkinan individu-individu lain yang juga berada di beranda tersebut sebelum serbuan dibuat. Walaupun keterangan yang diberikan oleh SP3 ialah bahawa pada awal serbuan, terdapat 2 tertuduh yang duduk di atas kerusi kereta dan seorang lagi yang duduk di atas tong berwarna merah, beliau tidak tahu kedudukan tepat sebenar setiap tertuduh. Keterangan ini adalah penting kerana ia dapat meyakinkan Mahkamah bahawa SP3 sedar sepenuhnya kedudukan setiap individu dan seterusnya bilangan individu yang berada di tempat tersebut. Dalam keadaan begini, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan yang menyatakan hanya ketiga-tiga Tertuduh berada berdekatan dengan barang rampasan amat meragukan. Suasana serbuan sekiranya ketiga- tiga Tertuduh cuba melarikan diri semestinya huru hara. Dengan kegagalan SP3 untuk memberikan kedudukan tepat bagi setiap Tertuduh dan juga ketiadaan apa-apa pemerhatian, Mahkamah ini juga kurang yakin dengan keupayaan SP3 (pada masa kejadian) untuk menyedari sekiranya terdapat individu lain yang berjaya melarikan diri sebelum atau semasa serbuan dibuat memandangkan beranda rumah yang diserbu adalah satu tempat terbuka yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal mengecualikan kemungkinan (“failed the exclude the possibility of”) individu lain juga mempunyai akses kepada dadah yang dirampas. Dalam kes PP v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 FC telah dinyatakan: - “at the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused.”. Dalam kes ini, Mahkamah ini membuat inferens yang paling menyebelahi ketiga-tiga Tertuduh dan mendapati pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap ketiga-tiga Tertuduh berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan sebentar tadi. Adalah tidak selamat untuk memanggil ketiga-tiga Tertuduh untuk membela diri terhadap pertuduhan kes ini dan Mahkamah ini tidak bersedia untuk mensabitkan ketiga-tiga Tertuduh jika pembelaan dipanggil dan ketiga-tiga Tertuduh memilih untuk berdiam diri. Maka, ketiga-tiga Tertuduh adalah dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. Wang jaminan dikembalikan. TAN CHIEW KING Majistret Mahkamah Majistret (1) Temerloh 24 Mac 2025 *Penghakiman ini diberikan secara lisan pada 25 Mac 2025 dan bukanlah alasan keputusan penuh Mahkamah ini. Alasan keputusan bertulis penuh akan disediakan sekiranya rayuan difailkan. Pihak-pihak: Adriana binti Azrin (Timbalan Pendakwa Raya) untuk pihak Pendakwaan Richard Bong Chong Fook & Bong Hongjie, Ivan (Bong & Co.) untuk Tertuduh Pertama dan Ketiga Aedi bin Tajudin (Aedi & Ooi) untuk Tertuduh Kedua