Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES : KA-45A-10-03/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
KA-45A-10-03/2023
High Court of Malaysia10 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“case. It is sufficient for the accused to have done an act with some nexus to the offence (Sabarudin bin Non & Ors v Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 37 and Manikumar Sinappan & Ors v Public Prosecutor [2015] MLJU 1956; [2016] 2 MLRA 1. [53] Common intention, distinguished from the same or similar intention, requires pro”
“Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whe”
“o run away when PW7 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation b”
“to verify the originality of this document via eFILING portal “It must be observed that both the accused persons have been charged with committing the offence with common intention under s 34 of the Penal Code which reads as follows: When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention”
“principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation”
“n or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusi”
“a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] 39. Sebagaimana yang telah”
“f course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] 37. Selain itu juga, berdasarkan pemerhatian Mahkamah sendiri, barang kes dadah”
“terhadap ketiga-tiga OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. 63. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code,”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES : KA-45A-10-03/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
1
MOHAMAD IQMAL BIN NANYAN … ORANG KENA TUDUH (NO. KP: 950810-02-5963)
2
MOHAMAD SYAKIR BIN TALIB … ORANG KENA TUDUH (NO. KP: 920226-02-5617)
3
MUHAMAD ZARIF BIN JASNI … ORANG KENA TUDUH (NO. KP: 000408-02-0583) (OKT3) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT1, OKT2 dan OKT3 telah dituduh melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama, dan dibaca bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574].
2
Pertuduhan terhadap mereka adalah seperti yang berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 12/08/2022, jam lebih kurang 03.00 pagi, di rumah beralamat No. 1, Mukim Kuah, 07000 di dalam Daerah Langkawi, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 55.27 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.
3
Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan terhadap ketiga-tiga OKT, dan telah memerintahkan mereka membela diri.
4
Ketiga-tiga OKT telah memilih memberi keterangan secara bersumpah, sebagai SD1, SD2 dan SD3, dan turut memanggil seorang saksi pembelaan yang lain iaitu bekas isteri kepada OKT1 (SD)4. Pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa ketiga-tiga OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 atas pertuduhan terhadap mereka.
5
Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap ketiga-tiga OKT melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan OKT1, OKT2 dan OKT3 atas pertuduhan terhadap mereka. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan terhadap ketiga-tiga OKT.
6
OKT1, OKT2 dan OKT3 tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi pertuduhan yang telah disabitkan ke atas mereka.
7
Bertindak atas maklumat, pada 12.8.2022, lebih kurang pukul 3 pagi, Pengadu (SP3) bersama-sama anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (“BSJN”), IPD Langkawi, Kedah telah melakukan serbuan ke atas sebuah rumah beralamat No. 1, Kampung Padang Lalang, Mukim Kuah, Langkawi, Kedah (lokasi kejadian).
8
Apabila sampai di rumah lokasi kejadian, SP3 mendapati pintu grill hadapan berkunci dengan mangga tetapi pintu hadapan rumah tidak berkunci tetapi bertutup. SP3 telah melakukan pemerhatian melalui celah tingkap rumah dan melihat tiga orang lelaki (OKT1, OKT2 dan OKT3) sedang duduk di atas lantai di ruang tamu rumah tersebut.
9
Sebaik ketiga-tiga lelaki tersebut menyedari kehadiran SP3 dan anggota polis, SP3 telah mengarahkan salah seorang anggota pasukan serbuan untuk memotong mangga di pintu grill hadapan rumah tersebut. Setelah mangga pintu grill hadapan berjaya dipotong, SP3 dan anggota serbuan telah masuk ke rumah tersebut, dan dalam masa yang sama mereka melihat ketiga-tiga OKT melarikan diri ke arah ruang dapur rumah. SP3 dan anggota serbuan telah mengejar ketiga-tiga OKT dan berjaya menahan mereka di ruang dapur.
10
Seterusnya, setelah ketiga-tiga OKT berjaya ditahan, SP3 telah memperkenalkan diri polis dengan menunjukkan kad kuasa beliau. SP3 turut menyatakan bahawa ketiga-tiga OKT ketika itu kelihatan cemas dan agak penat (tercungap-cungap). Selepas itu, ketiga-tiga OKT telah dibawa ke ruang tamu. SP3 telah menjalankan pemeriksaan di bahagian ruang tamu rumah dengan disaksikan oleh ketiga-tiga OKT dan menemui tujuh paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki jenis Syabu di ruang tamu tersebut. Pemeriksaan fizikal ke atas ketiga-tiga OKT tidak menemui apa-apa barang salah, namun begitu OKT3 didapati mengalami luka di bahagian kening sebelah kiri akibat terjatuh.
11
Setelah pemeriksaan lanjut ke seluruh rumah tidak menemui apa-apa barang salah, SP3 telah membawa ketiga-tiga OKT dan barang kes balik ke BSJN, IPD Langkawi. Apabila tiba di pejabat BSJN, IPD Langkawi, SP3 telah menyediakan Borang Senarai Geledah (eksibit P6) yang ditandatangani oleh SP3 dan ketiga-tiga OKT. SP3 turut membuat timbangan ke atas tujuh paket plastik barang kes yang dirampas dan mendapati bahawa anggaran berat barang kes dadah tersebut adalah 80.57 gram. Selepas itu, SP3 telah membuat laporan polis berkenaan tangkapan dan rampasan sebagaimana di dalam laporan polis Kuah/006286/22 (eksibit P5). Setelah membuat laporan polis, SP3 telah membuat tandaan ke atas tujuh paket plastik lutsinar tersebut dengan tandaan S1 hingga S7, tandatangan SP3 dan tarikh kejadian iaitu 12/08/2022 (eksibit P12(1)-(7)).
12
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 7.20 pagi, SP3 telah menyerahkan kesemua barang kes yang dirampas (eksibit P12(1)-(7)), laporan polis (eksibit P5), Borang Senarai Geledah (eksibit P6) termasuk ketiga-tiga OKT kepada pegawai penyiasat (SP2). SP3 dan SP2 telah sama-sama menandatangani Borang Serah Terima Barang Kes (eksibit P7) sebagai bukti penyerahan.
13
SP2 telah mengesahkan menerima tangkapan, dokumen-dokumen dan juga barang-barang kes daripada SP3. SP2 juga telah membuat tandaan beliau iaitu MS1 hingga MS7 ke atas tujuh paket plastik lutsinar berisi dadah yang diserahkan kepadanya. SP2 turut membuat timbangan ke atas barang kes dadah tersebut dan mendapati anggaran berat adalah sama seperti di dalam laporan polis SP3 (eksibit P5). Kesemua barang kes dadah tersebut kemudiannya disimpan selamat di dalam almari besi berkunci di pejabat SP2 dan hanya SP2 yang mempunyai kunci almari besi tersebut.
14
Pada 13.8.2022, lebih kurang pukul 11 pagi, SP2 telah pergi ke lokasi kejadian bersama dua orang anggotanya. Sampai di lokasi kejadian, SP2 telah merakam 8 keping gambar lokasi kejadian (eksibit P8A-H). SP2 juga telah melakar rajah kasar tempat kejadian (eksibit P9 dan P9(k) – kunci rajah kasar).
15
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 2 petang, SP2 telah mengeluarkan kesemua barang kes daripada almari besi berkunci beliau dan telah merakam 1 keping gambar barang kes (eksibit P10). Selepas itu, SP2 telah memasukkan kesemua barang-barang kes dadah iaitu tujuh paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu (eksibit P12(1)-(7)) ke dalam satu sampul barang kes PDRM bertanda MA (eksibit P11) dan disimpan di dalam almari besi berkunci di bilik beliau.
16
Pada 17.8.2020, lebih kurang pukul 12.17 tengahari, SP2 telah menghantar satu sampul barang kes bertanda MA (eksibit P11) yang bermeterai PDRM 417 bersama borang Pol 31 kepada ahli kimia (SP1) di Jabatan Kimia Malaysia (“JKM”) Alor Setar. SP2 telah turut menerima satu resit rasmi JKM dengan nombor makmal 22-FR-K-05565 (eksibit P2).
17
Pada 26.12.2022, SP2 telah mengarahkan ASP Haslina binti Hamzah untuk mengambil barang kes (eksibit P11) daripada JKM. Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 9 malam, SP2 telah menerima semula satu sampul barang kes PDRM bertanda MA (eksibit P11) yang bermeterai JKM dengan nombor makmal yang sama berserta Laporan Kimia (eksibit P3) daripada ASP Haslina binti Hamzah. SP2 kemudiannya telah menyimpan selamat barang kes tersebut (eksibit P11) di dalam almari besi berkunci di pejabatnya.
18
Keterangan SP1 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 17.8.2022, lebih kurang pukul 12.17 tengahari, beliau telah menerima satu sampul surat bertanda MA (eksibit P11) bersama borang Pol 31 daripada SP2. SP1 telah menyerahkan Resit Rasmi JKM (eksibit P2) dengan nombor makmal 22-FR-K-05565 kepada SP2 sebagai bukti pendaftaran dan penyerahan barang-barang kes tersebut.
19
SP1 turut mengesahkan bahawa satu sampul surat bertanda MA (eksibit P11) tersebut mengandungi tujuh paket plastik bertanda MS1 hingga MS7 yang kesemuanya mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, SP1 mendapati bahan kristal jernih tersebut mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 55.27 gram.
20
20.
Preamble
Menurut SP1, kesemua bahan kristal jernih tersebut telah dihomogenkan bagi tujuan menjalankan analisis. Bahan yang telah dihomogen tersebut kemudiannya telah SP1 masukkan ke dalam paket plastik berasingan yang beliau bekalkan dan SP1 tandakan dengan tandaan MA serta nombor makmal 22- FR-K-05565 (eksibit P13).
21
Setelah selesai menjalankan analisis, SP1 kemudiannya telah memasukkan semula kesemua baki bahan ke dalam paket plastik bertanda MA yang SP2 bekalkan (eksibit P13). Selanjutnya, paket plastik eksibit P13 tersebut berserta tujuh paket plastik asal (eksibit P12(1)-(7)) telah dimasukkan semula ke dalam satu sampul bertanda MA yang asal (eksibit P11) dan dimeterai dengan label keselamatan JKM. SP1 turut mengesahkan bahawa semasa barang kes di dalam simpanan beliau, barang kes disimpan di dalam kabinet besi berkunci miliknya di dalam bilik kebal JKM Negeri Kedah.
22
Pada 26.12.2022, lebih kurang pukul 11 pagi, SP1 telah menyerahkan semula kesemua barang kes tersebut berserta Laporan Kimia (eksibit P3) kepada ASP Haslina binti Hamzah. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN
23
Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT1, OKT2 dan OKT3 selaras dengan kehendak seksyen 180 KTJ.
24
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
25
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan bagi pertuduhan terhadap ketiga-tiga OKT adalah seperti berikut: a) bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 mempunyai milikan iaitu jagaan atau kawalan serta pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut; dan c) bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Elemen (a): bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama ADB 1952 26. SP1 telah mengesahkan bahawa satu sampul bertanda MA (eksibit P11) yang beliau terima mengandungi tujuh paket plastik bertanda MS1 hingga MS7 (eksibit P12(1)-7)) yang kesemuanya mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, SP1 mendapati bahawa semua bahan kristal jernih tersebut mengandugi Methamphetamine seberat 55.27 gram. 27. Pihak Pembelaan tidak mengemukakan sebarang soal balas mahupun hujahan bagi mempertikaikan jenis dan berat dadah yang telah dianalisis oleh SP1 ini. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa berdasarkan keterangan SP1 dan laporan kimia (eksibit P3), pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952. Elemen (b): OKT1, OKT2 dan OKT3 mempunyai milikan iaitu jagaan atau kawalan, serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut 28. Bagi membuktikan elemen pemilikan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 mempunyai jagaan atau kawalan, serta pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas. 29. Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [penekanan ditambah] 30. Dadah yang terlibat telah ditemui di ruang tamu di mana ketiga-tiga OKT dilihat berada sebelum serbuan dilakukan. Sebelum serbuan dilakukan, SP3 telah melihat melalui celah tingkap dan melihat ketiga-tiga OKT sedang berada di ruang tamu rumah tersebut. Apabila menyedari kehadiran SP3 dan anggota serbuan, ketiga-tiga OKT telah bertindak melarikan diri ke arah ruang dapur. Sebaik berjaya memotong mangga pintu grill hadapan, SP3 dan anggota serbuan telah masuk ke dalam rumah dan mengejar serta menangkap ketiga-tiga OKT di ruang dapur rumah. Setelah ketiga-tiga OKT berjaya ditangkap, mereka telah dibawa ke ruang tamu dan barang kes dadah ditemui di ruang tamu tempat ketiga-tiga OKT berada sebelum dikejar dan ditahan. 31. Pembelaan secara umumnya mempertikaikan versi serbuan dan tangkapan sebagaimana keterangan SP3. Antara fakta-fakta yang dipertikaikan adalah bahawa semasa serbuan OKT1 dan penama ‘Hidayah’ berada di dalam bilik di rumah tersebut, OKT2 dan OKT3 tidak berada di ruang tamu sebaliknya memang berada di ruang dapur rumah semasa polis memasuki rumah tersebut, dan dadah sebenarnya ditemui dalam satu beg hitam di sebelah sofa di ruang tamu rumah tersebut. 32. Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan dikemukakan oleh Pendakwaan berserta hujahan-hujahan yang telah dikemukakan pada peringkat ini. Mahkamah ini mendapati bahawa fakta OKT1, OKT2 dan OKT3 telah ditangkap di dalam rumah lokasi kejadian adalah tidak dinafikan. Walaupun SP4 selaku orang yang menguruskan penyewaan rumah tersebut tidak dapat mengesahkan siapa sebenarnya menyewa rumah tersebut, tetapi fakta bahawa ketiga-tiga OKT memang berada di dalam rumah tersebut semasa serbuan adalah tidak dinafikan. 33. Selanjutnya, berdasarkan keterangan SP3, sebelum melakukan serbuan, beliau telah mengintai melalui celah tingkap rumah tersebut dan melihat ketiga-tiga OKT berada di ruang tamu. Walaupun tiada kunci rumah dirampas semasa kejadian serbuan, tetapi SP3 telah menjelaskan bahawa beliau tidak menjumpai kunci rumah tersebut kerana keadaan rumah yang menjadi berselerak setelah serbuan dan geledahan dilakukan. Mahkamah ini turut mendapati bahawa walaupun ketiga-tiga OKT tidak dibuktikan sebagai penyewa ataupun penghuni rumah tersebut, tetapi Mahkamah ini turut mendapati bahawa tiada sebarang cadangan bagi penjelasan mengapa ketiga-tiga mereka boleh berada di rumah tersebut. Oleh itu, berdasarkan keadaan barang kes yang merupakan tujuh paket plastik lutsinar yang amat mudah dilihat dan berada di ruang tamu di mana berdasarkan tandaan oleh SP3 pada rajah kasar (eksibit P9), ketiga-tiga OKT mengelilingi barang kes, maka adalah dapatan Mahkamah ini yang ketiga-tiga OKT mempunyai jagaan atau kawalan ke atas barang kes yang dirampas. 34. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” [penekanan ditambah] 35. Pembelaan mencadangkan bahawa dadah-dadah yang ditemui sebenarnya terdapat di dalam satu beg hitam yang menjadikan ketiga-tiga OKT tiada pengetahuan ke atas kandungan beg hitam tersebut. Berkenaan isu ini, Mahkamah mendapati bahawa fakta bahawa apabila menyedari kehadiran SP3 dan anggota serbuan, ketiga-tiga OKT telah bertindak cuba melarikan diri ke arah dapur. Pada pendapat Mahkamah, ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga OKT mempunyai pengetahuan ke atas barang kes dadah yang ditemui di dalam bilik tersebut. Fakta mereka cuba melarikan diri ke arah dapur adalah munasabah dan relevan sebagai keterangan berbentuk kelakuan (conduct) yang mana inferens yang boleh dibuat atas kelakuan mereka adalah mereka mempunyai pengetahuan ke atas barang kes dadah yang ditemui. 36. Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] 37. Selain itu juga, berdasarkan pemerhatian Mahkamah sendiri, barang kes dadah yang dirampas adalah dalam paket plastik lutsinar yang mudah dilihat, dan tidak boleh tidak, ketiga-tiga OKT dapat melihat dengan jelas isi kandungannya. Adalah mustahil untuk mereka tidak mengetahui isi kandungan dadah di dalam plastik-plastik lutsinar tersebut. 38. Di samping itu juga, Mahkamah ini telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP3 yang merupakan pegawai serbuan, dan juga SP2 yang merupakan pegawai penyiasat. Mahkamah berpuas hati bahawa kesemua mereka adalah saksi-saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. SP3 semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten dan memberikan penjelasan yang jelas dalam sebarang isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan. SP3 dan SP2 juga bukanlah saksi yang berkepentingan. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] 39. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197, Mahkamah ini mendapati bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dadah berbahaya tersebut (iaitu jagaan atau kawalan serta pengetahuan) melalui keterangan langsung. Sehubungan itu, pihak Pendakwaan telahpun berjaya membuktikan bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 mempunyai pemilikan sebenar (actual possession) ke atas barang kes dadah yang ditemui di ruang tamu rumah tersebut. Elemen (c): bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut 40. Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah membuat keputusan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan sebenar ketiga-tiga OKT terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang melebihi berat minimum 50 gram iaitu anggapan pengedaran dadah berbahaya juga telah berjaya dibangkitkan. Sehubungan itu, elemen pengedaran ini telahpun berjaya dibuktikan melalui pemakaian anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952. 41. Berkenaan isu niat bersama, pihak Pembelaan menghujahkan bahawa tidak wujud elemen niat bersama OKT1, OKT2 dan OKT3 untuk mengedarkan dadah yang ditemui di mana bagi membuktikan niat bersama, perlu dibuktikan wujudnya prearranged plan. 42. Dalam kes PP v Mohd Farid Bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti yang berikut: “It must be observed that both the accused persons have been charged with committing the offence with common intention under s 34 of the Penal Code which reads as follows: When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. This section lays down a rule of evidence to infer joint responsibility for a criminal act committed by several persons (see Too Yin Sheong v PP [1999] 2 SLR 682). In order for the section to apply, it is not necessary for all the participants to perform all the elements of the crime committed. As Mallal's Penal Law, edited by Andrew Christopher Simon, Senior Editor, Malayan Law Journal, says at p 51: ... The acts committed by different confederates in the criminal action may be different but all must in one way or the other participate and engage in the criminal enterprise. For instance, one may only stand guard to prevent any person coming to the relief of the victim or otherwise to facilitate the execution of the common design. Such a person also commits an 'act' as much as his co-participants actually committing the planned crime. Thus, the section operates to impute liability to a participant whose act contributed to the crime committed though he could not be proved to have committed the actus reus himself (see Shaiful Edham bin Adam & Anor v PP [1999] 2 SLR 57). It is essential that the participants have some knowledge that an act may be committed which is consistent with or would be in furtherance of the common intention. The prosecution must establish that there was a prearranged plan to commit a criminal act and the crime forming the subject matter of the charge was done in concert pursuant to that prearranged plan (see Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v PP [1983] 2 MLJ 232; Ong Chee Hoe & Anor v PP [1999] 4 SLR 688). It is difficult to prove common intention by direct evidence. It is usually inferred from the facts of a particular case. As observed by the Privy Council in Mahbub Shah v King Emperor 1945 AIR PC 118 : It is clear to their Lordships that common intention within the meaning of the section implies a prearranged plan, and to convict the accused of an offence applying the section it should be proved that the criminal act was done in concert pursuant to the prearranged plan. As has been observed, it is difficult, if not impossible, to procure direct evidence to prove the intention of an individual; in most cases it has to be inferred from his act or conduct or other relevant circumstances of the case.”. [penekanan ditambah] 43. Dalam kes Farose bin Tamure Mohamad Khan v Public Prosecutor and other appeals [2016] 6 MLJ 277 pula, Mahkamah Persekutuan telah memperjelaskan prinsip berkenaan niat bersama di bawah seksyen 34 KK seperti yang berikut: “Common intention [46] The central issues in this appeal revolve around s 34 of the Penal Code which provides as follows: Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone. When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. [47] It is helpful to analyse s 34 in terms of these elements: (a) a criminal act; (b) participation in doing of the act; (c) a common intention between the parties; and (d) the act must be done in furtherance of the common intention. [48] At this juncture, it is convenient first to address the generally accepted principles on the operation of s 34. The position in respect of these elements is fairly uncontroversial, and the relevant principles gleaned from the authorities in Malaysia, Singapore and India can be briefly dealt with. [49] It is widely acknowledged that s 34 is a rule of evidence which embodies the common sense principle that if two or more persons intentionally do a thing jointly, it is just the same as if each of them had done it individually (Krishna Rao a/l Gurumurthi v Public Prosecutor and another appeal [2009] 3 MLJ 643). [50] If it is shown that the criminal act complained against was done by one of the accused persons in furtherance of the common intention of all, liability for the crime may be imposed on any one of the persons in the same manner as if the act were done by him alone (Mahbub Shah v Emperor AIR 1945 PC 118). [51] The provision is intended to meet a case in which it may be difficult to distinguish between acts of individual members of a party who act in furtherance of the common intention of all or to prove exactly what part was taken by each of them (Hari Ram v State of Uttar Pradesh [2004] 8 SCC 146). In those circumstances, the law makes no distinction between them or between the parts played by them in doing the criminal act (Bashir v State AIR 1953 All 668). [52] Presence is not necessary to constitute participation in every case. It is sufficient for the accused to have done an act with some nexus to the offence (Sabarudin bin Non & Ors v Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 37 and Manikumar Sinappan & Ors v Public Prosecutor [2015] MLJU 1956; [2016] 2 MLRA 1. [53] Common intention, distinguished from the same or similar intention, requires proof that the criminal act was done in pursuance of a pre-arranged plan (Mahbub Shah). Such pre-planning may develop on the spot or in the course of commission of an offence, the crucial test being the plan must precede the commission of the offence ((1) Namasiyiam (2) Rajindran (3) Goh Chin Peng, And (4) Ng Ah Kiat v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 336). [54] A common intention may be often be difficult to prove by way of direct evidence in practice, but it can be inferred from the circumstances of the case and the conduct of the accused (Dato’ Mokhtar bin Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232).”. [penekanan ditambah] 44. Bagi pembuktian niat bersama OKT1, OKT2 dan OKT3, keterangan-keterangan yang telah dikemukakan perlu dinilai secara keseluruhan. Fakta menunjukkan bahawa apabila SP3 sampai di rumah tersebut, SP3 telah melihat melalui celah tingkap dan melihat ketiga-tiga OKT berada di ruang tamu rumah. Apabila menyedari kehadiran polis, ketiga-tiga OKT cuba melarikan diri ke arah dapur rumah, dadah ditemui secara terdedah di tempat OKT berada sebelum ditahan. Semasa serbuan pula, pintu pagar rumah tersebut dalam keadaan berkunci, di mana anggota serbuan terpaksa memotong mangga untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Di samping itu juga, tiada sebarang cadangan mengapa ketiga-tiga OKT boleh berada di dalam rumah tersebut. Keseluruhan keadaan dan keterangan tersebut membawa kepada inferens bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 mempunyai niat bersama untuk mengedarkan dadah berbahaya tersebut. KEPUTUSAN PADA AKHIR KES PENDAKWAAN 45. Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua intipati pertuduhan terhadap OKT1, OKT2 dan OKT3. 46. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes Pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT1, OKT2 dan OKT3 untuk membela diri atas pertuduhan tersebut yang dipertuduhkan terhadap mereka. NARATIF KES PEMBELAAN 47. Pada peringkat Pembelaan, OKT1, OKT2 dan OKT3 telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1, SD2 dan SD3. Pembelaan juga telah mengemukakan seorang saksi Pembelaan iaitu penama Noor Hidayah binti Muhamad Fuzi (SD4) yang dikatakan isteri OKT1 semasa tarikh kejadian. 48. Ketiga-tiga OKT dan SD4 telah memberikan keterangan secara bersumpah dan pembelaan yang dikemukakan mereka adalah bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 tidak berada di ruang tamu rumah tersebut semasa serbuan, sebaliknya OKT1 bersama SD4 berada di dalam bilik, manakala OKT2 dan OKT3 berada di ruang dapur. Mereka menafikan yang dadah berada di atas lantai ruang tamu rumah sebaliknya ditemui di dalam satu beg silang hitam yang ditemui di tepi sofa di ruang tamu. OKT2 dan OKT3 tidak menafikan yang mereka ditangkap di ruang dapur tetapi menafikan yang mereka telah melarikan diri dari ruang tamu semasa anggota polis menyerbu rumah tersebut, sebaliknya mereka memang sedia ada di ruang dapur sedang bermain game secara dalam talian (online). 49. SD4 pula telah memberikan keterangan bahawa semasa kejadian serbuan, beliau ada bersama OKT1 di dalam bilik dan apabila mendengar bunyi bising, OKT1 telah membuka pintu bilik dan mendapati yang OKT2 dan OKT3 telah ditangkap di ruang dapur. SD4 dan OKT1 kemudiannya telah ditahan dan dibawa ke ruang tamu rumah dan menyatakan bahawa barang kes dadah telah ditemui di tepi sofa di ruang tamu. SD4 turut menyatakan bahawa rumah lokasi kejadian merupakan rumah yang disewa beliau sebelum berkahwin dengan OKT1 dan beliau dan juga OKT1 tidak tinggal di rumah tersebut, sebaliknya rumah tersebut diduduki oleh rakan-rakan SD4 bernama Nur Fazlin Emylia dan rakan-rakannya. ANALISIS DAN DAPATAN PADA AKHIR KES PEMBELAAN 50. Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat Pendakwaan dan peringkat Pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. 51. Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah] 52. Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian pada pihak Pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1). 53. Secara ringkasnya, pembelaan utama ketiga-tiga OKT adalah bahawa dadah tersebut bukan milik mereka dan tidak ditemui di atas lantai tempat mereka dikatakan sedang duduk sebelum serbuan dilakukan sebagaimana naratif pihak Pendakwaan. 54. Setelah meneliti seluruh keterangan yang telah dikemukakan pada kedua-dua peringkat Pendakwaan dan Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa fakta keterangan dikemukakan oleh SD4 adalah menyokong keterangan ketiga- tiga OKT. Namun begitu, Pendakwaan membantah keterangan SD4 kerana SD4 telah memberikan keterangan tanpa dokumen pengenalan diri. Mahkamah ini telah membenarkan SD4 memberikan keterangan selepas SD4 memberikan penjelasan mengapa beliau tiada dokumen pengenalan diri semasa perbicaraan dijalankan. 55. Selanjutnya berkenaan pembelaan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati bahawa versi Pembelaan telah dikemukakan sejak dari peringkat Pendakwaan lagi. Malahan Pembelaan menegaskan bahawa SD4 telah turut ditangkap sama semasa serbuan tetapi tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya, dan keterangan SD4 juga tidak dirakam oleh SP2. 56. Mahkamah telah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi pembelaan dan dibandingkan dengan keterangan saksi-saksi Pendakwaan. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Pendakwaan bahawa keterangan SD4 perlu dipertimbangkan dengan berhati-hati kerana SD4 adalah merupakan bekas isteri OKT1 dan juga merupakan sepupu kepada OKT3, yang mana pada pendapat Mahkamah ini juga, saksi SD4 tersebut adalah saksi berkepentingan. 57. Selanjutnya, Mahkamah ini turut berpendapat bahawa fakta OKT1, OKT2 dan OKT3 ditangkap di rumah tersebut adalah tidak dinafikan. Rumah tersebut juga diakui sendiri oleh SD4 sebagai rumah sewa beliau. Sehubungan itu, adalah janggal dan tidak masuk akal bahawa selepas berkahwin dengan OKT1, SD4 dan OKT1 tidak lagi tinggal di rumah tersebut dan hanya secara kebetulan pada hari kejadian mereka telah pergi ke rumah tersebut dan ditangkap di sana. It is just too much of a coincidence that they were caught in the house the very day they suddenly decide to visit the house which they said were never occupied by them. Tambahan pula, penama Nur Fazlin Emylia tidak pernah timbul semasa peringkat Pendakwaan, dan pada pendapat Mahkamah ini, keterangan bahawa rumah tersebut diduduki oleh Nur Fazlin Emylia dan rakan-rakannya adalah suatu keterangan rekaan semata-mata (afterthought). 58. Selain itu juga, Mahkamah ini turut berpendapat bahawa versi Pendakwaan adalah lebih berkemungkinan terutama dalam keadaan tangkapan berlaku di dapur yang mana adalah sangat munasabah apabila serbuan dilakukan dari bahagian hadapan rumah, OKT-OKT akan bertindak melarikan diri ke arah belakang rumah iaitu ke arah dapur. Tambahan pula, Mahkamah ini turut mendapati bahawa bahagian dapur rumah yang merupakan kawasan yang kelihatan sangat sempit, adalah tidak munasabah untuk dipilih sebagai tempat untuk bermain game secara online oleh dua orang lelaki yang berbadan besar (OKT2 dan OKT3), dan Mahkamah berpendapat fakta sebagaimana dinaratifkan oleh Pendakwaan adalah lebih berkemungkinan. 59. Di samping itu juga, Mahkamah ini turut mendapati bahawa versi ketiga-tiga OKT ini tidak disokong oleh sebarang keterangan sokongan seperti rakaman percakapan beramaran OKT-OKT sendiri. Malahan, SD4 yang mengatakan bahawa dirinya turut ditangkap bersama tetapi dilepaskan, tidak pernah membuat apa-apa laporan polis bagi menafikan kejadian. Dalam hal ini, berdasarkan dapatan Mahkamah ini berkenaan isu-isu yang dinyatakan sebentar tadi, maka kegagalan mengemukakan keterangan sokongan seperti rakaman percakapan OKT-OKT sendiri menunjukkan bahawa versi Pembelaan sebenarnya adalah tidak benar. Sebagaimana di putuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.” [penekanan ditambah] 60. Secara keseluruhan, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh ketiga-tiga OKT adalah bersifat penafian dan rekaan (afterthought) semata-mata dan dengan itu telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas, dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 yang telah dibangkitkan atas imbangan kebarangkalian. 61. Sehubungan itu juga, Mahkamah ini memutuskan bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap ketiga-tiga OKT pada tahap melampaui keraguan yang munasabah, dan Mahkamah dengan ini mensabitkan OKT1, OKT2 dan OKT3 bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama, yang dibaca bersama seksyen 34 KK sebagaimana di dalam pertuduhan. Hukuman 62. Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap ketiga-tiga OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. 63. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 03.04.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [penekanan ditambah] 64. Walaupun autoriti kes Md Masud Rana (supra) di atas merujuk kepada kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun begitu Akta 846 turut memperuntukkan budibicara yang sama kepada Mahkamah bagi kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B ADB 1952. 65. Hujahan ketiga-tiga OKT secara umumnya mengetengahkan faktor umur mereka yang masih muda semasa ditahan (OKT1 31 tahun, OKT2 24 tahun dan OKT3 26 tahun) dan faktor-faktor peribadi yang lain. Turut dihujahkan bahawa berat dadah yang terlibat adalah ringan dan pengedaran dibuktikan melalui anggapan sahaja. 66. Pihak Pendakwaan pula dalam hujahan pemberatan hukuman menghujahkan bahawa walaupun berat dadah yang terlibat adalah ringan, tetapi masih tergolong di bawah jumlah berat bagi kesalahan pengedaran. Pendakwaan mohon supaya Mahkamah mempertimbangkan keseriusan kesalahan, kekerapan berlakunya aktiviti penyalahgunaan dadah, dan kesan kesalahan pengedaran dadah ke atas negara dan masyarakat. Pihak Pendakwaan turut mengesahkan bahawa ketiga-tiga OKT tidak mempunyai rekod jenayah lampau. 67. Setelah mendengar hujahan mitigasi ketiga-tiga OKT serta hujahan pemberatan hukuman oleh Pendakwaan, juga setelah mempertimbangkan keseluruhan fakta kes ini yang melibatkan jumlah berat dadah yang sedikit, fakta bahawa ketiga-tiga OKT merupakan pesalah kali pertama (rujuk kes Tukiran Bin Taib v Public Prosecutor [1955] 1 MLJ 24 dan Abdul Karim v Regina [1954] 1 MLJ 86), dan juga setelah mempertimbangkan kepentingan awam bagi kes-kes yang melibatkan jenayah pengedaran dadah berbahaya, Mahkamah ini berpendapat bahawa kes ini bukanlah suatu kes yang mewajarkan suatu hukuman mati dijatuhkan. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk mempertimbangkan tujuan penggubalan Akta 846 ini dalam mempertimbangkan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT1, OKT2 dan OKT3. 68. Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan terhadap setiap OKT1, OKT2 dan OKT3. Mahkamah ini berharap dengan hukuman pemenjaraan yang dikenakan kepada OKT1, OKT2 dan OKT3 ini akan dapat memberikan pengajaran kepada mereka dan juga masyarakat keseluruhannya supaya tidak terlibat dengan jenayah dadah. Bertarikh 3 Jun 2026. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Hakim Mahkamah Tinggi 2 Alor Setar, Kedah Timbalan Pendakwa Raya : Khazrin Haffiz bin Khalil Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguam bagi pihak : Mohd Hakim bin Hamran OKT1, OKT2 dan OKT3 Tetuan Fong & Haki
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.