Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES : KA-45A-29-05/2022 DAN KA-45-14-05/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
KA-45A-29-05/2022
High Court of Malaysia24 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“case. It is sufficient for the accused to have done an act with some nexus to the offence (Sabarudin bin Non & Ors v Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 37 and Manikumar Sinappan & Ors v Public Prosecutor [2015] MLJU 1956; [2016] 2 MLRA 1. [53] Common intention, distinguished from the same or similar intention, requires pro”
“tuan dalam kes Wai Chan Leong v Public Prosecutor [1989] 3 MLJ 356: “Although we considered that s 37A of the Dangerous Drugs Act, which we found is substantially similar to the amended s 113 of the Criminal Procedure Code, does not override s 27 of the Evidence act 1950, we would take this opportunity to repeat and to”
“pakan pengecualian kepada seksyen 24 Akta 56. Ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Wai Chan Leong v Public Prosecutor [1989] 3 MLJ 356: “Although we considered that s 37A of the Dangerous Drugs Act, which we found is substantially similar to the amended s 113 of the Criminal Procedure Code, does not”
“ocument via eFILING portal section, in other cases decided previously including those cited to us. Firstly, as s 27 is an exception to the prohibition imposed by the preceding ss 24, 25 and 26 of the Evidence Act, it should be strictly construed and applied. Secondly, it must be borne in mind that for s 27 of the Evide”
“J 401, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti yang berikut: “It must be observed that both the accused persons have been charged with committing the offence with common intention under s 34 of the Penal Code which reads as follows: When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention”
“principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog **Note : Serial number will be used to ve”
“FILING portal [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusi”
“a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] 77. Sebagaimana yang telah”
“f course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] 65. Di samping itu juga, dadah yang dirampas daripada OKT1 dari lokasi kejadian”
“n terhadap kedua-dua OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. 107. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES : KA-45A-29-05/2022 DAN KA-45-14-05/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
1
MOHAMAD IZHAM BIN REDZUAN … ORANG KENA TUDUH (NO. KP: 881019-08-6055)
2
NOR SYAZWANA BINTI AHMAD TAMIZI … ORANG KENA TUDUH (NO. KP: 910526-08-5284) (OKT2) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT1 dan OKT2 telah dituduh melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog 39B(2) Akta yang sama, dan dibaca bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574] (“KK”) bagi kes KA-45A-29- 05/2022. OKT1 turut dituduh melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(1) Akta yang sama bagi kes KA-45-14- 05/2022.
2
Pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 bagi kes KA-45A-29- 05/2022 adalah seperti yang berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 12/11/2021, jam lebih kurang 09.55 malam, di bilik 311, Tingkat 3, Urban Inn, Ampang Business Centre (ABC), Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar, dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 80.78 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.
3
Pertuduhan terhadap OKT1 bagi kes KA-45-14-05/2022 pula adalah seperti yang berikut: “Bahawa kamu pada 12/11/2021, jam lebih kurang 09.20 malam, di Lorong Belakang Rumah, Beralamat No.6, Taman S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog Setar, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar, dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati ada dalam kawalan kamu dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 18.13 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.”.
4
Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 bagi kes KA-45A- 29-05/2022, dan juga atas pertuduhan terhadap OKT1 bagi kes KA-45-14-05/2022, dan telah memerintahkan OKT1 dan OKT2 membela diri atas pertuduhan-pertuduhan terhadap mereka.
5
OKT1 dan OKT2 telah memilih memberi keterangan secara bersumpah, sebagai SD1 dan SD2. Pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa OKT1 dan OKT2 telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952 atas pertuduhan terhadap mereka bagi kes KA-45A-29-05/2022, dan bagi kes KA-45-14-05/2022 pula, OKT1 juga telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas pertuduhan terhadapnya. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog
6
Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT1 dan OKT2 melampaui keraguan yang munasabah dan mensabitkan OKT1 dan OKT2 atas pertuduhan-pertuduhan terhadap mereka.
7
Bagi kes KA-45A-29-05/2022, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan terhadap OKT1, manakala OKT2 pula telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap. Tiada sebatan diperintahkan terhadap OKT2 kerana OKT2 merupakan seorang wanita, selaras dengan peruntukan subseksyen 289(a) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”).
8
Bagi kes KA-45-14-05/2022 pula, OKT1 telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun bermula daripada tarikh ditangkap dan 3 sebatan. Kedua-dua hukuman pemenjaraan terhadap OKT1 turut diperintahkan berjalan secara serentak.
9
OKT1 dan OKT2 tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi pertuduhan-pertuduhan yang telah disabitkan ke atas mereka. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog
10
Bertindak atas maklumat, pada 12.11.2021, lebih kurang pukul 9.30 malam, Pengadu (SP3) bersama sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), IPD Kota Setar telah pergi ke kawasan berhampiran rumah No. 6, Taman Setar, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah (lokasi kejadian pertama).
11
Sampai di lokasi kejadian, SP3 telah mengarahkan anggota serbuan memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan berdekatan dan mereka kemudiannya telah berjalan kaki ke lorong belakang lokasi kejadian pertama tersebut. Ketika itu, SP3 telah melihat seorang lelaki Melayu (OKT1) dan seorang perempuan Melayu (OKT2) yang berada dalam keadaan mencurigakan di lorong belakang rumah. SP3 dan anggota serbuan telah menahan serta memperkenalkan diri polis kepada OKT1 dan OKT2.
12
Semasa SP3 hendak membuat pemeriksaan tubuh badan terhadap OKT1, OKT1 telah menyerahkan kepada SP3 satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah (eksibit P6) dari genggaman tangan kanannya. SP3 kemudiannya telah menahan OKT1 dan OKT2. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog
13
Seterusnya, semasa masih berada di lorong belakang rumah lokasi kejadian pertama, SP3 telah menjalankan soal siasat ke atas OKT1 dan setelah membacakan kata-kata amaran, SP3 telah bertanyakan soalan kepada OKT1 dan OKT1 telah memaklumkan yang dia ada menyimpan ice di bilik 311 di sebuah hotel di ABC. OKT1 juga turut memberitahu yang kunci bilik hotel tersebut ada di dalam dompetnya.
14
Setelah menerima maklumat terbabit daripada OKT1, SP3 telah membuat rampasan ke atas satu kad bertulisan Urban Inn (eksibit P28) yang telah diserahkan sendiri oleh OKT1 dari satu dompet berwarna hitam bertulisan Jeep Buluo (eksibit P27), yang diambil dari satu beg silang berwarna coklat bertulisan Lee Cooper (eksibit P26) yang disilang dari bahu kanan ke kiri badan OKT1. SP3 kemudiannya telah mencatit maklumat tersebut di atas satu kertas (eksibit P24) dan ditandatangani oleh OKT1. SP3 kemudiannya telah membawa kedua-dua OKT pergi ke hotel yang dimaksudkan iaitu Hotel Urban Inn (lokasi kejadian kedua).
15
Seterusnya, pada lebih kurang pukul 9.55 malam, setelah SP3 dan pasukan serbuan sampai di hadapan pintu bilik 311 lokasi kejadian kedua, SP3 telah berjaya membuka pintu bilik hotel menggunakan kad akses (eksibit P28) yang dirampas. Apabila mereka semua memasuki bilik tersebut, OKT1 telah dengan sendirinya mengambil satu plastik bertulisan Icon Protective S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog Premium Pelitup Muka Perubatan (eksibit P10) dari atas lantai tepi dinding bersebelahan pintu bilik tersebut dan menyerahkan plastik tersebut kepada SP3.
16
Setelah mengambil plastik tersebut daripada OKT1, SP3 mendapati di dalamnya terdapat enam paket plastik lutsinar pelbagai saiz (eksibit P9(1)-(6)) yang kesemuanya mengandungi bahan disyaki dadah jenis Syabu. Pemeriksaan lanjut SP3 ke atas bilik tersebut tidak menemui apa-apa barang salah yang lain. Selain itu, SP3 turut menemui satu kad bertulisan Urban Inn (eksibit P29) di tengah atas katil di dalam bilik tersebut. SP3 kemudiannya telah merampas barang kes dadah yang ditemui dan turut merampas kad bertulisan Urban Inn (eksibit P29) tersebut. Seterusnya kesemua barang kes yang dirampas, bersama-sama OKT1 dan OKT2 telah dibawa balik ke pejabat BSJN, IPD Kota Setar.
17
Semasa di pejabat BSJN, IPD Kota Setar, SP3 telah menimbang barang kes dadah yang ditemui di hadapan OKT1 dan OKT2 dan membuat tandaan seperti yang berikut: a) Satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah syabu – ditanda dengan tandaan WS, tandatangan SP3 dan tarikh 12/11/21 (eksibit P6); S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog b) Satu kad bertulisan Urban Inn – ditanda dengan tandaan W1, tandatangan SP3 dan tarikh 12/11/21 (eksibit P28); c) Satu dompet berwarna hitam bertulisan Jeep Buluo – ditanda dengan tandaan W2, tandatangan SP3 dan tarikh 12/11/21 (eksibit P27); d) Satu beg silang berwarna coklat bertulisan Lee Cooper – ditanda dengan tandaan W3, tandatangan SP3 dan tarikh 12/11/21 (eksibit P26); e) Satu plastik bertulisan Icon Protective Premium Pelitup Muka Perubatan – ditanda dengan tandaan W4, tandatangan SP3 dan tarikh 12/11/21 (eksibit P10); f) Enam paket plastik lutsinar pelbagai saiz yang kesemuanya berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu – setiap satu ditanda dengan tandaan W4A-W4F, tandatangan SP3 dan tarikh 12/11/21 (eksibit P9(1)-(6)); dan g) Satu kad bertulisan Urban Inn – ditanda dengan tandaan W5, tandatangan SP3 dan tarikh 12/11/21 (eksibit P29).
18
Semasa di IPD Alor Setar, SP3 telah turut menyediakan borang bongkar bagi rampasan-rampasan yang dibuat sebagaimana di dalam eksibit-eksibit P17, P18 dan P19. SP3 turut membuat S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog laporan polis atas tangkapan dan rampasan-rampasan yang dibuat sebagaimana laporan-laporan polis yang berikut: a) Laporan polis Alor Setar/019175/21 (eksibit P13) bagi tangkapan dan rampasan di lokasi kejadian pertama; b) Laporan polis Alor Setar/019176/21 (eksibit P14) bagi maklumat yang diterima daripada OKT1 hasil soal siasat semasa di lorong belakang rumah lokasi kejadian pertama; c) Laporan polis Alor Setar/019181/21 (eksibit P15) bagi rampasan di lokasi kejadian kedua; dan d) Lapran polis Alor Setar/019185/21 (eksibit P16) bagi rampasan satu lagi kad Urban Inn (eksibit P29) dari dalam bilik 311 lokasi kejadian kedua.
19
Pada 13.11.2021, lebih kurang pukul 2.30 pagi, SP3 telah menyerahkan kesemua barang kes dan juga dokumen-dokumen berkaitan kepada kepada pegawai penyiasat (SP4). SP3 turut menyerahkan empat borang serah menyerah barang kes kepada SP4 (eksibit-eksibit P20, P21, P22 dan P23).
20
SP4 mengesahkan menerima kedua-dua OKT, barang-barang kes dan dokumen-dokumen berkaitan daripada SP3 dan membuat tandaan-tandaan beliau seperti yang berikut: S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog a) Satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah syabu – ditanda dengan tandaan RSA, tandatangan SP4 dan tarikh 13/11/21 (eksibit P6); b) Satu dompet berwarna hitam bertulisan Jeep Buluo – ditanda dengan tandaan RS1, tandatangan SP4 dan tarikh 13/11/21 (eksibit P27); c) Satu beg silang berwarna coklat bertulisan Lee Cooper – ditanda dengan tandaan RS, tandatangan SP4 dan tarikh 13/11/21 (eksibit P26); d) dua kad bertulisan Urban Inn – ditanda dengan tandaan RS2 dan RS3, tandatangan SP4 dan tarikh 13/11/21 (eksibit-eksibit P28 dan P29); e) Satu plastik bertulisan Icon Protective Premium Pelitup Muka Perubatan – ditanda dengan tandaan RSB (eksibit P10); dan f) Enam paket plastik lutsinar pelbagai saiz yang kesemuanya berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu – setiap satu ditanda dengan tandaan RSB1-RSB6, tandatangan SP4 dan tarikh 13/11/21 (eksibit P9(1)-(6));
21
SP4 kemudiannya telah menyimpan kesemua barang kes ke dalam almari berkunci di dalam biliknya. Kunci kepada almari dan bilik beliau berada dalam kawalan SP4 sepanjang masa. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog
22
Pada 14.11.2021, lebih kurang pukul 10.25 pagi, SP4 telah mengeluarkan barang-barang kes yang diterimanya bagi tujuan mengambil gambar barang kes. SP4 sendiri telah merakam sebanyak 7 keping gambar barang kes (eksibit P36A-G) dan membuat dusting. Selepas selesai merakam gambar barang kes, SP4 telah memasukkan barang kes dadah ke dalam dua beg barang kes PDRM yang SP4 tandakan sebagai E1 dan E2 (eksibit-eksibit P5 dan P8) dan dimeterai dengan meterai PDRM 73. SP4 kemudiannya telah menyimpan semula barang-barang kes tersebut di pejabatnya yang berkunci.
23
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 4.15 petang, SP4 telah menghantar satu beg barang kes PDRM bertanda E (eksibit P25) yang berisi beg silang (eksibit P26), dompet (eksibit P27), dua kad Urban Inn (berserta sarung kad) (eksibit-eksibit P28 dan P29) kepada SM Moktar (jurustor) dan didaftarkan dengan nombor daftar 1360/21.
24
Pada 15.11.2021, lebih kurang pukul 10.40 pagi, SP4 telah pergi ke lokasi kejadian pertama dan lokasi kejadian kedua bersama SP3. Samasa di kedua-dua lokasi kejadian, SP4 telah merakam kesemuanya 15 keping gambar lokasi kejadian (eksibit-eksibit P30A-F dan P31A-I). SP4 juga telah melakar rajah kasar kedua-dua lokasi kejadian (eksibit-eksibit P38 dan P39). S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog
25
Pada 24.11.2021, lebih kurang pukul 3.08 petang, SP4 telah menyerahkan dua beg barang kes bertanda E1 dan E2 (eksibit-eksibit P5 dan P8) kepada ahli kimia (SP2) di Jabatan Kimia Malaysia (“JKM”), Negeri Kedah. SP4 telah turut menerima satu resit rasmi JKM dengan nombor makmal 21-FR-K-06537 (eksibit P3).
26
Pada 26.12.2021, lebih kurang pukul 12.30 petang, SP4 telah menerima semula barang kes iaitu dua beg barang kes bertanda E1 dan E2 (eksibit-eksibit P5 dan P8) yang bermeterai JKM dengan nombor makmal yang sama berserta Laporan Kimia (eksibit P4). SP4 kemudiannya telah menyimpan barang-barang kes tersebut di dalam almari berkunci di pejabatnya.
27
Selanjutnya, pada 4.1.2022, lebih kurang pukul 3.30 petang, SP4 telah menghantar dua beg barang kes PDRM (eksibit P5 dan P8) yang bermeterai JKM ke stor eksibit IPD Alor Setar dan didaftarkan di bawah nombor daftar iaitu 1360/21 dan 20/22.
28
Keterangan SP2 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 24.11.2021, lebih kurang pukul 3.08 petang, beliau telah menerima dua beg barang kes PDRM bertanda E1 dan E2 (eksibit-eksibit P5 dan P8) yang bermeterai PDRM 73 daripada SP4. SP2 telah menyerahkan Resit Rasmi JKM (eksibit P3) S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog dengan nombor makmal 21-FR-K-06537 kepada SP4 sebagai bukti pendaftaran dan penyerahan barang-barang kes tersebut.
29
SP2 turut mengesahkan bahawa beg barang kes PDRM bertanda E1 (eksibit P5) tersebut berisi satu paket plastik yang mengandungi bahan kristal jernih (eksibit P6). Setelah dianalisis, SP2 mendapati bahawa bahan kristal jernih tersebut mengandungi 18.13 gram Methamphetamine.
30
SP2 turut mengesahkan bahawa beg barang kes PDRM bertanda E2 (eksibit P5) pula berisi satu paket plastik (eksibit P10) yang berisi enam paket plastik yang mengandungi bahan kristal jernih (eksibit-eksibit P9(1)-(6)). Setelah dianalisis, SP2 mendapati bahawa bahan kristal jernih tersebut mengandungi 80.78 gram Methamphetamine.
31
Semasa analisis, kesemua bahan kristal jernih tersebut telah dijadikan serbuk yang homogen. Selepas selesai analisis, kesemua bahan yang telah dihomogen tersebut telah dimasukkan ke dalam dua paket plastik JKM berasingan (yang dibekalkan oleh SP2) dan ditandakan dengan tandaan E1 dan E2 dan juga nombor makmal yang sama (eksibit-eksibit P7 dan P11). Kemudian, paket-paket plastik lutsinar yang asal (eksibit-eksibit P6 dan P9(1)-(6)) dan dua paket plastik JKM berisi baki bahan (eksibit-eksibit P7 dan P11) dimasukkan semula ke S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog dalam dua beg barang kes PDRM bertanda E1 dan E2 yang asal (eksibit-eksibit P5 dan P8) dan dimeterai dengan label keselamatan JKM.
32
Pada 26.12.2021, lebih kurang pukul 12 tengahari, SP2 telah menyerahkan semula kesemua barang-barang kes tersebut berserta Laporan Kimia (eksibit P4) kepada SP4. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN
33
Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT1 dan OKT2 selaras dengan kehendak seksyen 180 KTJ.
34
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
35
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan bagi pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah seperti yang berikut: a) bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952 bagi kedua-dua kes; S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog b) bagi kes KA-45-14-05/2022, bahawa OKT1 mempunyai milikan iaitu jagaan atau kawalan serta pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut; c) bagi kes KA-45A-29-05/2022, bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai milikan iaitu jagaan atau kawalan serta pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut; dan d) bagi kes KA-45A-29-05/2022, bahawa OKT1 dan OKT2 telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Elemen (a): bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama ADB 1952 36. SP2 telah mengesahkan bahawa satu beg barang kes PDRM bertanda E1 (eksibit P5) yang beliau terima mengandungi satu paket plastik lutsinar berisi bahan kristal jernih, yang mana setelah dianalisis, SP2 mendapati bahawa bahan kristal jernih tersebut mengandungi 18.13 gram Methamphetamine. 37. SP2 juga turut mengesahkan bahawa satu lagi beg barang kes bertanda E2 (eksibit P8) yang beliau terima, berisi satu paket plastik (eksibit P6) yang berisi enam paket plastik yang S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog kesemuanya mengandungi bahan kristal jernih (eksibit-eksibit P9(1)-(6)). Setelah dianalisis, SP5 mendapati bahawa bahan kristal jernih daripada keenam-enam paket plastik tersebut mengandungi 80.78 gram Methamphetamine. 38. Methamphetamine adalah ditafsirkan dalam seksyen 2 ADB 1952 dan tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952. Ini disokong oleh Laporan Kimia oleh SP2 yang telah ditandakan sebagai eksibit P4. 39. Di samping itu juga, OKT1 dan OKT2 dalam hujahan mereka tidak mempertikaikan jenis dan berat dadah sebagaimana dalam kedua-dua pertuduhan dan dengan itu elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan melalui keterangan SP2 dan laporan kimia (eksibit P4). Elemen (b): bagi kes KA-45-14-05/2022, OKT1 mempunyai milikan iaitu jagaan atau kawalan, serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut Elemen (c): bagi kes KA-45A-29-05/2022, OKT1 dan OKT2 mempunyai milikan iaitu jagaan atau kawalan, serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog 40. Bagi membuktikan elemen pemilikan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai jagaan atau kawalan, serta pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas. 41. Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [penekanan ditambah] 42. Dadah yang dirampas di lokasi kejadian pertama telah diserahkan oleh OKT1 kepada SP3 dari genggaman tangan kanannya. Manakala dadah yang ditemui di bilik 311 lokasi kejadian kedua pula telah diambil dari atas lantai di dalam bilik tersebut oleh OKT1 sendiri. 43. Bagi dadah yang dirampas dari lokasi kejadian pertama, keterangan SP3 jelas menyatakan bahawa semasa sampai di lorong belakang rumah terbabit, SP3 telah melihat kedua-dua OKT berada di lorong belakang rumah dan apabila SP3 S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog memperkenalkan diri polis dan hendak membuat pemeriksaan tubuh badan ke atas OKT1, OKT1 telah menyerahkan paket plastik (eksibit P6) tersebut kepada SP3. 44. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman bin Akif Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” [penekanan ditambah] 45. Sehubungan itu, berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes tersebut di atas, fakta yang menunjukkan bahawa dadah yang dirampas di lokasi kejadian pertama berada di dalam tangan kanan OKT1, jelas sekali menunjukkan bahawa OKT1 mempunyai jagaan atau kawalan serta juga pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut. 46. Bagi dadah berbahaya yang dirampas di lokasi kejadian kedua, berdasarkan keterangan SP3, penemuan dadah tersebut adalah hasil daripada maklumat yang diterima daripada OKT1. SP3 dalam keterangannya menyatakan bahawa OKT1 telah memberikan maklumat sebagaimana yang SP3 catat di dalam eksibit P24. Di samping itu juga, kad bertulisan Urban Inn (eksibit P28) telah ditemui dari dalam dompet (eksibit P27) OKT1 sebagaimana maklumat yang diberikan oleh OKT1. 47. Susulan maklumat yang diberikan OKT1, SP3 dan anggota serbuan telah pergi ke lokasi kejadian kedua dan setelah S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog berjaya memasuki bilik 311 tersebut menggunakan kad yang ditemui dari dalam dompet OKT1, OKT1 sendiri yang telah mengambil beg plastik yang mengandungi dadah yang di temui di atas lantai di dalam bilik tersebut. 48. Keterangan SP1 mengesahkan bahawa bilik lokasi kejadian kedua tersebut telah didaftarkan atas nama OKT2. Ini disokong oleh Guest Registration Card (eksibit P1) yang menunjukkan bahawa bilik 311 telah didaftarkan atas nama OKT2 dan tarikh masuk hotel adalah pada 12.11.2021. Di samping itu juga, SP1 turut memberikan keterangan bahawa kebiasaannya penghuni bilik dibekalkan dengan hanya satu kad akses, tetapi bagi bilik 311 ini, penghuni berdaftar bilik tersebut telah memohon dibekalkan dengan dua kad akses dan beliau telah memberikan dua kad akses sebagaimana diminta. 49. OKT1 terutamanya telah membantah penerimaan masuk keterangan SP3 berkenaan maklumat yang diberikan oleh OKT1 yang diberikan semasa OKT1 ditahan di lokasi kejadian pertama. Namun begitu, bantahan tersebut hanya ditimbulkan semasa peringkat pertengahan pemeriksaan balas dijalankan. Semasa peringkat penerimaan masuk keterangan SP3 melalui pernyataan bertulisnya (eksibit P12), tiada bantahan dikemukakan. Malahan semasa eksibit P24 dikemukakan juga, pihak pembelaan OKT1 tidak mengemukakan bantahan atas penerimaan masuk eksibit P24 tersebut. Dalam hujahan S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog bertulisnya, OKT1 menyatakan bahawa bantahan dikemukakan semasa pertengahan pemeriksaan balasnya kerana eksibit P12 tidak dibacakan di dalam Mahkamah (dengan perintah Mahkamah) dan peringkat tersebut adalah merupakan peringkat terawal pihak Pembelaan dapat mengemukakan bantahan berkenaan penerimaan masuk keterangan diberikan OKT1 tersebut. 50. Mengenai isu ini, Mahkamah ini telah meneliti bantahan dikemukakan oleh pembelaan OKT1 dan juga hujahan dikemukakan mengenainya. Adalah tidak dinafikan bahawa Mahkamah ini yang telah memerintahkan supaya pernyataan bertulis SP3 (eksibit P12) tidak dibaca dalam Mahkamah. Ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 402B KTJ yang memperuntukkan bahawa suatu pernyataan bertulis yang hendak diterima masuk di bawah seksyen tersebut hendaklah dibaca (read aloud) di dalam Mahkamah, melainkan diperintahkan sebaliknya. 51. Di samping itu, keterangan yang dibantah oleh pembelaan OKT1 melibatkan maklumat yang diberikan oleh OKT1 kepada SP3 yang telah membawa kepada penemuan dadah di lokasi kejadian kedua. Mahkamah ini berpendapat bahawa maklumat tersebut masih boleh diterimapakai sebagai keterangan di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]. Seksyen 27 Akta 56 memperuntukkan seperti yang berikut: S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog “27. How much of information received from accused may be proved (1) When any fact is deposed to as discovered in consequence of information received from a person accused of any offence in the custody of a police officer, so much of that information, whether the information amounts to a confession or not, as relates distinctly to the fact thereby discovered may be proved.”. 52. Seksyen 27 Akta 56 membenarkan maklumat yang diberikan oleh OKT1 semasa siasatan dijalankan diterimapakai sebagai keterangan, sekiranya hasil daripada maklumat tersebut membawa kepada penemuan yang dimaksudkan oleh maklumat tersebut. Maklumat yang diberikan di bawah seksyen 27 Akta 56 adalah tidak terikat kepada peruntukan seksyen 113 KTJ (sebelum dipinda) yang merupakan peruntukan yang sama seperti subseksyen 37B(1) ADB 1952 kini (dahulunya seksyen 37A ADB 1952). Maklumat yang diberikan di bawah seksyen ini juga merupakan pengecualian kepada seksyen 24 Akta 56. Ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Wai Chan Leong v Public Prosecutor [1989] 3 MLJ 356: “Although we considered that s 37A of the Dangerous Drugs Act, which we found is substantially similar to the amended s 113 of the Criminal Procedure Code, does not override s 27 of the Evidence act 1950, we would take this opportunity to repeat and to add a few words to what has been said about the latter S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog section, in other cases decided previously including those cited to us. Firstly, as s 27 is an exception to the prohibition imposed by the preceding ss 24, 25 and 26 of the Evidence Act, it should be strictly construed and applied. Secondly, it must be borne in mind that for s 27 of the Evidence Act to apply, the information must be such as has caused discovery of a fact. In other words the fact must be the consequence and the information the cause of its discovery. Moreover the information must relate distinctly to the fact discovered. Chong Soon Koy v PP [1977] 2 MLJ 78; Pulukuri Kotayya v King Emperor (1947) 74 IA 65.”. [penekanan ditambah] 53. Sehubungan itu, berdasarkan keterangan SP3, maklumat yang diberikan oleh OKT1 sebagaimana di dalam pernyataan bertulisnya (eksibit P12) yang sama yang dicatatkan di dalam eksibit P24, telah membawa kepada penemuan barang kes dadah di dalam bilik 311 tersebut dan juga turut membawa kepada penemuan kad akses (eksibit P28) kepada bilik tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa maklumat yang diberikan oleh OKT1 kepada SP3 tersebut terjumlah kepada maklumat yang membawa kepada penemuan yang dimaksudkan, dan boleh diterimapakai di bawah seksyen 27 Akta 56. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog 54. Selanjutnya, berdasarkan dapatan ini juga, jelas bahawa maklumat yang telah diberikan oleh OKT1 ini merupakan pengecualian kepada seksyen 24 Akta 56 dan dengan itu tidak tertakluk kepada syarat-syarat di bawah seksyen tersebut, yang secara umumnya memerlukan pembuktian bahawa maklumat/kenyataan telah diberikan secara sukarela. Oleh itu, hujahan pembelaan OKT1 bahawa pengemukaan bantahan yang dibuat semasa pertengahan pemeriksaan balas dijalankan adalah masa terawal pihak pembelaan OKT1 dapat mengemukakan bantahan tersebut adalah tidak bermerit kerana maklumat/kenyataan yang telah diberikan oleh OKT1 adalah tidak tertakluk kepada kehendak pembuktian kerelaan OKT1 semasa maklumat diberikan. Oleh itu, jika pun bantahan dikemukakan pada peringkat manapun, selagi maklumat/kenyataan yang diberikan memenuhi kehendak seksyen 27 Akta 56, bantahan penerimaan masuk keterangan tersebut adalah tidak bermerit. 55. Selain itu juga pembelaan OKT1 turut mempertikaikan keterangan SP3 dan SP4 yang dikatakan bercanggah berkenaan tempat di mana OKT1 dan OKT2 ditahan. Turut dipertikaikan keterangan SP3 mengenai keadaan OKT1 dan OKT2 yang dikatakan tidak cuba melarikan diri apabila melihat beberapa orang lelaki (anggota serbuan) menghampiri mereka semasa di lorong belakang rumah lokasi kejadian pertama itu. Pembelaan OKT1 menegaskan bahawa sebenarnya OKT1 dan OKT2 telah ditahan di dalam rumah lokasi kejadian pertama S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog yang merupakan rumah Eddie Khoo. OKT1 dan OKT2 dikatakan telah pergi ke rumah tersebut setelah dihubungi oleh Eddie Khoo untuk datang ke rumahnya. Sampai di rumah tersebut, OKT1 telah meletakkan keretanya di lorong belakang rumah tersebut dan mereka telah masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang rumah yang dibuka oleh seorang wanita Cina iaitu teman wanita Eddie Khoo. Mereka telah bertemu Eddie Khoo di bilik tingkat bawah rumah tersebut dan semasa berada di bilik tersebut, anggota polis telah menyerbu dan membuat tangkapan ke atas OKT1 dan OKT2. Barang kes dadah yang dikatakan diserahkan oleh OKT1 kepada SP3 sebenarnya telah ditemui di atas katil di dalam bilik Eddie Khoo tersebut. 56. Mahkamah telah meneliti isu yang ditimbulkan pihak Pembelaan OKT1 ini. Semasa pemeriksaan utama SP3 beliau telah mengesahkan bahawa gambar lokasi kejadian pertama iaitu eksibit P30A-B merupakan gambar yang menunjukkan tempat di mana OKT1 dan OKT2 ditahan iaitu di lorong belakang rumah, manakala gambar-gambar eksibit P30C-F adalah keadaan belakang rumah nombor 6. Susulan itu SP3 telah turut membuat tandaan X1 dan X2 pada gambar eksibit P30A yang menunjukkan tempat OKT1 dan OKT2 ditahan. Pemerhatian Mahkamah mendapati bahawa tandaan X1 dan X2 pada gambar tersebut dibuat di lorong belakang rumah tetapi lebih berdekatan dengan rumah yang mempunyai awning berwarna biru. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog 57. Selanjutnya berdasarkan keterangan SP4 pula, beliau mengesahkan bahawa gambar-gambar yang dirujuk iaitu eksibit P30A-F merujuk lorong belakang rumah nombor 6 yang dimaksudkan dan mengesahkan bahawa rumah nombor 6 merupakan rumah yang mempunyai awning berwarna merah pada eksibit P30A-B, dan dengan itu terdapatnya percanggahan antara kedua-dua keterangan saksi Pendakwaan tersebut. 58. Mahkamah telah meneliti keseluruhan keterangan SP3 dan SP4 ini dan berdasarkan penelitian ke atas gambar eksibit P30A-F, terutamanya gambar P30A-B, Mahkamah ini mendapati bahawa kedua-dua rumah yang mempunyai awning berwarna biru dan awning berwarna merah merupakan rumah yang bertentangan (dari bahagian belakang rumah). Kawasan di mana OKT1 dan OKT2 ditahan adalah di bahagian belakang kedua-dua rumah yang bertentangan tersebut. Dalam hal ini, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa tiada percanggahan antara keterangan kedua-dua saksi tersebut, malahan apa yang diketengahkan oleh mereka adalah bahawa kedua-dua OKT sememangnya ditahan di lorong belakang rumah lokasi kejadian pertama. 59. Selanjutnya, berkenaan reaksi OKT1 dan OKT2 yang tidak cuba melarikan diri semasa anggota serbuan menghampiri mereka dan dengan itu keterangan SP3 adalah tidak S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog munasabah kerana jika seseorang mempunyai barang salah pada dirinya, maka tindakan pertama yang akan dilakukan adalah sama ada membuang barang kes tersebut dari genggaman tangan ataupun melarikan diri. 60. Berkenaan isu ini, Mahkamah ini telah meneliti keterangan SP3 yang mana menyatakan bahawa apabila beliau sampai di lorong belakang rumah lokasi kejadian pertama tersebut, beliau melihat OKT1 dan OKT2 dalam keadaan mencurigakan iaitu seperti membuat sesuatu dalam keadaan berdiri. Seterusnya apabila SP3 memperkenalkan diri sebagai polis, kedua-dua OKT1 dan OKT2 kelihatan terkejut dan muka mereka pucat. Selanjutnya, apabila SP3 hendak membuat pemeriksaan badan ke atas OKT1, OKT1 telah menyerahkan barang kes dadah yang dipegang pada tangan kanannya kepada SP3. 61. Mahkamah telah meneliti keterangan SP3 ini, dan berpendapat bahawa keterangan SP3 ini juga berkemungkinan. Hanya kerana OKT1 dan OKT2 tidak melarikan diri apabila mereka didekati oleh beberapa orang lelaki tidak secara automatik menjadiakn versi SP3 tidak berlaku. Fakta bahawa kehadiran SP3 dan anggota-anggota serbuan memungkinkan tiada tindakan cubaan melarikan diri oleh OKT1 dan OKT2 kerana mereka sememangnya sudah dikepung oleh anggota serbuan. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog 62. Selain itu, keterangan SP3 mengenai kejadian tangkapan juga bukanlah suatu yang mustahil, lebih-lebih lagi kerana fakta bahawa OKT1 dan OKT2 telah ditahan pada waktu malam di lorong belakang rumah, secara umumnya akan menimbulkan keraguan (suspicion) tentang apa yang mereka lakukan di lorong belakang rumah tersebut. Tambahan pula sekiranya OKT1 dan OKT2 menegaskan yang mereka datang atas undangan Eddie Khoo, mengapa laluan bahagian belakang rumah yang dipilih. Secara kebiasaan, apabila seseorang datang ke rumah orang lain, laluan yang akan digunakan adalah laluan hadapan rumah. Penjelasan yang munasabah adalah bahawa OKT1 sememangnya memegang barang kes dadah yang dirampas pada malam kejadian, dan kerana itulah OKT1 memilih untuk berada di lorong belakang rumah kerana secara kebiasaannya, lorong belakang rumah kurang dilalui oleh orang awam dan keadaan adalah agak sunyi. 63. Selanjutnya, berdasarkan keterangan SP3 juga, OKT1 dan OKT2 kelihatan terkejut dan muka mereka pucat apabila SP3 memperkenalkan diri Polis, juga mampu menimbulkan inferens pengetahuan OKT1 ke atas dadah yang dipegangnya. 64. Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta 56, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] 65. Di samping itu juga, dadah yang dirampas daripada OKT1 dari lokasi kejadian pertama telah diserahkan oleh OKT1 kepada SP3 sejurus sebelum SP3 hendak menjalankan pemeriksaan badan, turut menunjukkan bahawa OKT1 mempunyai kawalan ke atas dadah berbahaya tersebut untuk melakukan apa sahaja ke atas barang kes tersebut. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” [penekanan ditambah] 66. Mahkamah Persekutuan dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v Public Prosecutor [2019] 6 MLJ 231 juga telah memutuskan seperti yang berikut: “[19] The issue of knowledge necessary to establish possession came to be considered by the English House of Lords in the case of Warner v Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356, which was considered and relied upon by the S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog Singapore Court of Appeal in Zulfikar bin Mustaffah v Public Prosecutor. In Warner the following question was posed to Their Lordships: Whether for the purpose of section 1 of the Drugs (Prevention of Misuse) Act 1964, a defendant is deemed to be in possession of a prohibited substance when to his knowledge he is in physical possession of the substance but is unaware if its true nature. [20] At p 367 Lord Reid addressed the issue as follows: The object of this legislation is to penalise possession of certain drugs. So if mens rea has not been excluded what would be required would be the knowledge of the accused that he had prohibited drugs in his possession. It would be no defence, though it would be a mitigation, that he did not intend that they should be used improperly. And it is commonplace that, if the accused had a suspicion but deliberately shut his eyes, the court or jury is well entitled to hold him guilty. Further, it would be pedantic to hold that it must be shown that the accused knew precisely which drug he had in his possession. Ignorance of the law is no defence and in fact virtually everyone knows that there are prohibited drugs. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog So it would be quite sufficient to prove facts from which it could properly be inferred that the accused knew that he had a prohibited drug in his possession. That would not lead to an unreasonable result. [21] In the same case Lord Morris answered the question in following manner: If there is assent to the control of a thing, either after having the means of knowledge of what the thing is or contains or being unmindful whether there are means of knowledge or not, then ordinarily there will be possession. If there is some momentary custody of a thing without any knowledge or means of knowledge of what the thing is or contains then, ordinarily, I would suppose that there would not be possession. If, however, someone deliberately assumes control of some package or container, then I would think that he is in possession of it. If he deliberately so assumes control knowing that it has contents, he would also be in possession of the contents. I cannot think that it would be rational to hold that someone who is in possession of a box which he knows to have things in it is in possession of the box but not in possession of the things in it. If he had been misinformed or misled as to the nature of the S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog contents, or if he had made a wrong surmise as to them, it seems to me that he would nevertheless be in possession of them.”. [penekanan ditambah] 67. Sehubungan itu, berdasarkan kepada fakta bahawa barang kes dadah berada secara fizikal pada OKT1 dan dalam kawalan OKT1, dan juga reaksi OKT1 yang kelihatan terkejut dan muka menjadi pucat, maka inferens yang boleh dibuat adalah bahawa OKT1 sememangnya mengetahui kandungan barang kes dadah yang dirampas. 68. Selanjutnya, berkenaan dadah yang ditemui di dalam bilik 311 di lokasi kejadian kedua, hujahan OKT1 adalah OKT1 tiada kaitan dengan bilik tersebut kerana ianya didaftarkan di bawah nama OKT2. Selain itu juga, OKT1 menegaskan bahawa dadah yang ditemui tidak disorokkan kerana diletakkan di atas lantai, dan ianya boleh dijumpai dengan mudah oleh anggota serbuan. OKT1 dalam hujahannya turut menafikan maklumat yang diberikan oleh OKT1 semasa di lokasi kejadian pertama dan bahawa maklumat tersebut tidak pernah dinyatakan oleh OKT1, sebaliknya diperolehi daripada pemberi maklumat SP3 sendiri. 69. Hujahan OKT2 berkenaan rampasan di bilik 311 pula menegaskan bahawa OKT2 tiada jagaan atau kawalan ke atas bilik tersebut kerana OKT2 tidak ditahan di dalam bilik tersebut S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog sebaliknya telah ditahan di lokasi kejadian pertama, bahawa terdapat kemungkinan bilik tersebut diakses oleh orang lain iaitu pekerja housekeeping hotel, bahawa dadah yang ditemui disimpan di dalam satu plastik yang bukan lutsinar (eksibit P10) dan tidak diketahui isi kandungannya jika tidak dibuka, dan juga bahawa tidak terdapat keterangan mengenai cap jari mahupun DNA OKT2 pada barang-barang kes dadah yang dirampas. 70. Mahkamah telah meneliti keterangan-keterangan berkaitan penemuan dan rampasan ke atas dadah yang ditemui di dalam bilik 311 tersebut. Berdasarkan keterangan SP1, jelas bahawa bilik tersebut telah didaftarkan di bawah nama OKT2. Malahan SP1 turut mengesahkan bahawa dua kad akses kepada bilik tersebut telah diberikan kepada penghuni berdaftar iaitu OKT2 atas permintaan OKT2, kerana kebiasaannya kad akses yang akan diberikan kepada penghuni hanyalah satu kad akses sahaja. SP1 turut menegaskan bahawa beliau mengingati kes melibatkan tangkapan OKT1 dan OKT2 ini kerana inilah satu-satunya kes yang melibatkan tangkapan polis yang berlaku sepanjang beliau bekerja di hotel tersebut. 71. Isu berkenaan maklumat/kenyataan yang diberikan oleh OKT1 kepada SP3 telahpun diputuskan oleh Mahkamah ini. Susulan itu, SP3 bersama OKT1 dan OKT2 telah pergi ke lokasi kejadian kedua dan SP3 telah membuka pintu bilik hotel tersebut menggunakan kad akses (eksibit P28) yang diperolehi S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog hasil daripada maklumat yang diberikan oleh OKT1 sendiri. Setelah memasuki bilik tersebut, OKT1 sendiri telah mengambil plastik (eksibit P10) dari atas lantai tepi dinding bersebelahan pintu bilik tersebut dan menyerahkan kepada SP3. Di dalam plastik eksibit P10, ditemui 6 paket plastik lusinar pelbagai saiz (eksibit P9(1)-(6)) yang mengandungi dadah. 72. Berdasarkan keterangan SP3, jelas bahawa kad akses bilik 311 (eksibit P28) yang ditemui dalam dompet OKT1 adalah hasil daripada maklumat OKT1 sendiri. SP3 juga telah berjaya membuka pintu bilik tersebut menggunakan kad akses tersebut. Walaupun tidak dinafikan bahawa bilik tersebut didaftarkan atas nama OKT2, namun begitu, kad akses tersebut ditemui hasil maklumat diberikan oleh OKT1 sendiri, malahan ditemui di dalam dompet OKT1. 73. Hujahan bahawa OKT1 dan OKT2 telah ditahan di lokasi kejadian pertama dan bukan di lokasi kejadian kedua tidak menafikan bahawa mereka mempunyai kawalan ke atas bilik 311 tersebut. Cadangan bahawa bilik tersebut boleh diakses oleh pekerja housekeeping hotel hanyalah satu cadangan berbentuk andaian, yang mana pada pendapat Mahkamah ini tanpa sebarang bukti yang kukuh bagi membuktikan bahawa bilik tersebut memang dimasuki oleh orang lain, kekal sebagai cadangan pembelaan sahaja. Walaupun SP1 mengesahkan bahawa pada hari kejadian terdapat seramai 5 atau 6 orang S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog pekerja housekeeping, namun tiada bukti yang menunjukkan pekerja-pekerja terbabit sememangnya telah memasuki bilik 311 tersebut. Tambahan pula berdasarkan keterangan SP1 dan juga eksibit P1 (Guest Registration Card), bilik 311 tersebut baru sahaja didaftarkan atas nama OKT2 pada 12.11.2021 iaitu pada hari tangkapan ke atas kedua-dua OKT. Secara munasabahnya, pekerja housekeeping hotel hanya akan memasuki bilik hotel pada hari penghuni bilik mendaftar keluar dan bukannya pada hari mereka mendaftar masuk. Oleh itu, hujahan OKT2 mengenai akses orang lain ke atas bilik tersebut adalah pada pendapat Mahkamah ini merupakan hujahan yang tidak bermerit. 74. Di samping itu juga, Mahkamah ini turut mendapati bahawa OKT1 dan OKT2 telah ditangkap bersama di lokasi kejadian pertama, kad akses kepada bilik 311 (eksibit P28) telah ditemui dari dompet OKT1, bilik 311 telah didaftarkan atas nama OKT2 yang mana OKT2 tidak pernah menafikan fakta ini, dadah telah diambil sendiri oleh OKT1 daripada atas lantai tepi dinding bersebelahan pintu bilik 311 tersebut dan diserahkan sendiri oleh OKT1 kepada SP3, kesemuanya menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai kawalan ke atas bilik 311 tersebut. Selain itu juga penemuan satu lagi kad akses kepada bilik 311 tersebut yang ditemui di atas katil turut mengesahkan keterangan SP1 bahawa dua kad akses telah diserahkan kepada penghuni berdaftar bilik tersebut iaitu OKT2. Dalam hal keadaan tiadanya keterangan lain yang mampu menyangkal S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog bahawa bilik 311 tersebut dihuni oleh orang lain, maka berdasarkan kepada keseluruhan fakta-fakta dinyatakan di atas, bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai jagaan atau kawalan ke atas bilik tersebut. 75. OKT2 turut menghujahkan bahawa dadah ditemui dalam satu beg plastik (eksibit P10) yang tidak boleh dilihat kandungannya dengan jelas jika plastik tersebut tidak dibuka. Oleh itu, adalah mustahil untuk OKT1 dan OKT2 mengetahui apa isi kandungan plastik eksibit P10 tersebut. Berkenaan isu ini, Mahkamah mendapati bahawa walaupun tidak dinafikan yang dadah memang ditemui dalam satu plastik eksibit P10 yang tidak boleh dilihat dengan jelas isi kandungannya tanpa dibuka, namun begitu, ia tidak secara automatik menjadikan OKT1 dan OKT2 tiada pengetahuan mengenai dadah berbahaya tersebut. Fakta-fakta seperti yang telah dijelaskan di atas secara keseluruhannya, pada pendapat Mahkamah ini menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai pengetahuan ke atas barang kes dadah yang ditemui di dalam bilik tersebut. 76. Selain itu juga, Mahkamah ini telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP3 yang merupakan pegawai serbuan, dan juga SP4 yang merupakan pegawai penyiasat. Mahkamah berpuas hati bahawa kesemua mereka adalah saksi-saksi yang kredibel dan S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. SP3 semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten dan memberikan penjelasan yang jelas dalam sebarang isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan. SP3 dan SP4 juga bukanlah saksi yang berkepentingan. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] 77. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197, Mahkamah ini mendapati bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dadah berbahaya tersebut (iaitu jagaan atau kawalan S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog serta pengetahuan) OKT1 dan OKT2 melalui keterangan langsung. Sehubungan itu, pihak Pendakwaan telahpun berjaya membuktikan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai pemilikan sebenar (actual possession) ke atas bilik 311 tersebut dan juga ke atas barang kes dadah yang ditemui di dalam bilik tersebut. Elemen (d) bagi kes KA-45A-29-05/2022 : bahawa OKT1 dan OKT2 telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut 78. Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah membuat keputusan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan sebenar OKT terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang melebihi berat minimum 50 gram iaitu anggapan pengedaran dadah berbahaya juga telah berjaya dibangkitkan. Sehubungan itu, elemen pengedaran ini telahpun berjaya dibuktikan melalui pemakaian anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952. 79. Berkenaan isu niat bersama, pihak Pembelaan OKT1 dan OKT2 tidak secara spesifik menghujahkan mengenai elemen ini S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog tetapi hujahan OKT2 ada menegaskan bahawa barang kes yang ditemui di dalam bilik 311 tiada kaitan dengan OKT2 kerana maklumat mengenai dadah di dalam bilik tersebut diterima daripada OKT1, sehubungan itu tidak wujud elemen niat bersama OKT1 dan OKT2 untuk mengedarkan dadah yang ditemui di mana bagi membuktikan niat bersama, perlu dibuktikan wujudnya prearranged plan. 80. Dalam kes PP v Mohd Farid Bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti yang berikut: “It must be observed that both the accused persons have been charged with committing the offence with common intention under s 34 of the Penal Code which reads as follows: When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. This section lays down a rule of evidence to infer joint responsibility for a criminal act committed by several persons (see Too Yin Sheong v PP [1999] 2 SLR 682). In order for the section to apply, it is not necessary for all the participants to perform all the elements of the crime committed. As Mallal's S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog Penal Law, edited by Andrew Christopher Simon, Senior Editor, Malayan Law Journal, says at p 51: ... The acts committed by different confederates in the criminal action may be different but all must in one way or the other participate and engage in the criminal enterprise. For instance, one may only stand guard to prevent any person coming to the relief of the victim or otherwise to facilitate the execution of the common design. Such a person also commits an 'act' as much as his co-participants actually committing the planned crime. Thus, the section operates to impute liability to a participant whose act contributed to the crime committed though he could not be proved to have committed the actus reus himself (see Shaiful Edham bin Adam & Anor v PP [1999] 2 SLR 57). It is essential that the participants have some knowledge that an act may be committed which is consistent with or would be in furtherance of the common intention. The prosecution must establish that there was a prearranged plan to commit a criminal act and the crime forming the subject matter of the charge was done in concert pursuant to that prearranged plan (see Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v PP [1983] 2 MLJ 232; Ong Chee Hoe & Anor v PP [1999] 4 SLR 688). It is difficult to prove common intention by direct evidence. It is usually inferred from the facts of a particular case. As observed by the Privy Council in Mahbub Shah v King Emperor 1945 AIR PC 118 : S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog It is clear to their Lordships that common intention within the meaning of the section implies a prearranged plan, and to convict the accused of an offence applying the section it should be proved that the criminal act was done in concert pursuant to the prearranged plan. As has been observed, it is difficult, if not impossible, to procure direct evidence to prove the intention of an individual; in most cases it has to be inferred from his act or conduct or other relevant circumstances of the case.”. [penekanan ditambah] 81. Dalam kes Farose bin Tamure Mohamad Khan v Public Prosecutor and other appeals [2016] 6 MLJ 277 pula, Mahkamah Persekutuan telah memperjelaskan prinsip berkenaan niat bersama di bawah seksyen 34 KK seperti yang berikut: “Common intention [46] The central issues in this appeal revolve around s 34 of the Penal Code which provides as follows: Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone. When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. [47] It is helpful to analyse s 34 in terms of these elements: (a) a criminal act; (b) participation in doing of the act; (c) a common intention between the parties; and (d) the act must be done in furtherance of the common intention. [48] At this juncture, it is convenient first to address the generally accepted principles on the operation of s 34. The position in respect of these elements is fairly uncontroversial, and the relevant principles gleaned from the authorities in Malaysia, Singapore and India can be briefly dealt with. [49] It is widely acknowledged that s 34 is a rule of evidence which embodies the common sense principle that if two or more persons intentionally do a thing jointly, it is just the same as if each of them had done it individually (Krishna Rao a/l Gurumurthi v Public Prosecutor and another appeal [2009] 3 MLJ 643). [50] If it is shown that the criminal act complained against was done by one of the accused persons in furtherance of the common intention of all, liability for the crime may be imposed on any one of the persons in the same manner as if the act were S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog done by him alone (Mahbub Shah v Emperor AIR 1945 PC 118). [51] The provision is intended to meet a case in which it may be difficult to distinguish between acts of individual members of a party who act in furtherance of the common intention of all or to prove exactly what part was taken by each of them (Hari Ram v State of Uttar Pradesh [2004] 8 SCC 146). In those circumstances, the law makes no distinction between them or between the parts played by them in doing the criminal act (Bashir v State AIR 1953 All 668). [52] Presence is not necessary to constitute participation in every case. It is sufficient for the accused to have done an act with some nexus to the offence (Sabarudin bin Non & Ors v Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 37 and Manikumar Sinappan & Ors v Public Prosecutor [2015] MLJU 1956; [2016] 2 MLRA 1. [53] Common intention, distinguished from the same or similar intention, requires proof that the criminal act was done in pursuance of a pre-arranged plan (Mahbub Shah). Such pre-planning may develop on the spot or in the course of commission of an offence, the crucial test being the plan must precede the commission of the offence ((1) Namasiyiam (2) Rajindran (3) Goh Chin Peng, And (4) Ng Ah Kiat v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 336). S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog [54] A common intention may be often be difficult to prove by way of direct evidence in practice, but it can be inferred from the circumstances of the case and the conduct of the accused (Dato’ Mokhtar bin Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232).”. [penekanan ditambah] 82. Bagi pembuktian niat bersama OKT1 dan OKT2, keterangan-keterangan yang telah dikemukakan perlu dinilai secara keseluruhan. Fakta menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 telah ditahan bersama-sama di lokasi kejadian pertama pada waktu malam. Bilik 311 tersebut telah didaftarkan atas nama OKT2. Dua kad akses (eksibit P28 dan P29) kepada bilik tersebut telah ditemui dan ini menyokong keterangan SP1 bahawa penghuni berdaftar bilik tersebut iaitu OKT2 telah meminta dua kad akses bilik diberikan. Selain itu juga, kad akses (eksibit P28) tersebut juga telah berjaya membuka pintu bilik 311. Penemuan satu lagi kad akses kepada bilik 311 (eksibit P29) di atas katil bilik tersebut, menunjukkan bahawa penghuni bilik telahpun naik ke bilik tersebut sebelum keluar semula. Pada pendapat Mahkamah ini, keseluruhan keadaan dan keterangan tersebut membawa kepada inferens bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai niat bersama untuk mengedarkan dadah berbahaya tersebut, dan fakta bahawa OKT2 telah mendaftarkan bilik tersebut atas namanya, menunjukkan wujudnya pre-arranged plan antara kedua-dua mereka. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog KEPUTUSAN PADA AKHIR KES PENDAKWAAN 83. Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua intipati pertuduhan terhadap OKT1 bagi kes KA-45-14-05/2022, dan juga kesemua intipati pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 bagi pertuduhan yang dipertuduhkan terhadap mereka bagi kes KA-45A-29-05/2022. 84. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes Pendakwaan pada tahap prima facie bagi kedua-dua kes dan telah memanggil OKT1 untuk membela diri bagi pertuduhan di bawah kes KA-45-14-05/2022, dan juga bagi OKT1 dan OKT2 untuk membela diri atas pertuduhan bagi kes KA-45A-29-05/2022 tersebut. NARATIF KES PEMBELAAN 85. Pada peringkat Pembelaan, OKT1 dan OKT2 telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan SD2. Pihak Pembelaan pada awalnya berhasrat untuk S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog memanggil dua orang saksi iaitu Eddie Khoo dan teman wanita beliau. Namun begitu, penama Eddie Khoo telah dikatakan meninggal dunia dan teman wanita Eddie Khoo pula telah diputuskan oleh Pembelaan untuk tidak dipanggil. 86. Keterangan OKT1 secara umumnya menyatakan bahawa pada malam kejadian, Eddie Khoo telah menghubungi OKT1 untuk datang ke rumahnya iaitu rumah nombor 6 lokasi kejadian pertama. OKT1 telah pergi ke rumah Eddie Khoo bersama OKT2 dengan menaiki keretanya. Apabila sampai di rumah tersebut, OKT1 telah meletakkan kenderaannya di lorong belakang rumah. OKT1 dan OKT2 kemudiannya telah memasuki rumah Eddie Khoo melalui pintu belakang rumah yang telah dibuka oleh teman wanita Eddie Khoo. Mereka kemudiannya telah berjumpa dengan Eddie Khoo dan mereka bersembang di bilik di tingkat bawah rumah tersebut. Ketika mereka berada di dalam bilik tersebut, sekumpulan lelaki telah menyerbu masuk dan menangkap OKT1 dan OKT2. Kumpulan lelaki tersebut kemudiannya menyatakan bahawa mereka adalah Polis. OKT1 menegaskan bahawa pihak Polis telah menggeledah bilik tersebut dan menjumpai barang kes dadah bersama-sama barang lain di atas katil di dalam bilik tersebut. 87. Setelah ditahan, OKT1 dan OKT2 telah dibawa ke bilik 311 lokasi kejadian kedua yang disewa atas nama OKT2. OKT1 menyatakan bahawa pihak polis telah membuka pintu bilik 311 S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog tersebut dengan kad yang dibawa oleh polis dan telah melakukan pemeriksaan ke atas bilik tersebut lalu menemui satu bungkusan plastik mengandungi dadah dari atas lantai di belakang pintu bilik tersebut. OKT1 menafikan memiliki dadah yang dirampas daripada kedua-dua lokasi kejadian. 88. OKT2 pula dalam keterangannya menyatakan bahawa pada hari kejadian, lebih kurang pukul 5 petang, OKT1 telah menjemput OKT2 yang tinggal di Sungai Petani untuk pergi berjalan-jalan di Alor Setar. Apabila sampai di Alor Setar, OKT1 telah meminta OKT2 mendaftar masuk ke hotel Urban Inn (bilik 311) dan setelah OKT2 berbuat demikian, OKT2 telah menyerahkan kad akses bilik 311 tersebut kepada OKT1 dan mereka kemudiannya telah pergi berjalan-jalan di sekitar Alor Setar. Pada lebih kurang pukul 9 malam, OKT1 telah menerima panggilan daripada kawannya dan OKT1 telah mengajak OKT2 pergi ke rumah kawannya itu. Apabila sampai di rumah kawan OKT1, mereka telah masuk ke rumah tersebut di mana OKT2 mengekori OKT1 dari belakang. Sewaktu sampai di bilik di bahagian bawah rumah, sekumpulan lelaki telah keluar dan menahan mereka. Setelah itu, mereka dibawa ke lokasi kejadian kedua dan telah menemui dadah di dalam bilik tersebut. OKT2 menafikan yang dia mempunyai milikan ke atas dadah tersebut. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog ANALISIS DAN DAPATAN PADA AKHIR KES PEMBELAAN 89. Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. 90. Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah] 91. Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian pada pihak Pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1). 92. Pembelaan yang dikemukakan oleh OKT1 dan OKT2 secara umumnya adalah bahawa semasa serbuan kali pertama, OKT1 dan OKT2 sebenarnya telah ditahan di dalam rumah Eddie Khoo dan bukannya di lorong belakang rumah tersebut. Berdasarkan keterangan OKT1, mereka telah memasuki rumah Eddie Khoo dan telah ditangkap di dalam rumah tersebut dengan kehadiran Eddie Khoo dan juga teman wanitanya yang dikenali dengan San-San. 93. Selanjutnya, Pembelaan turut menafikan bahawa OKT1 ada memberikan kenyataan sebagaimana dalam eksibit P24, dan menafikan bahawa kad akses bilik 311 tersebut ditemui dalam beg silang atau dompet milik OKT1. Secara umumnya, keseluruhan keterangan OKT1 dan OKT2 menafikan pemilikan atas dadah-dadah yang dirampas di lorong belakang rumah lokasi kejadian pertama dan yang ditemui di bilik 311 lokasi kejadian kedua. 94. OKT2 pula turut menegaskan bahawa walaupun bilik 311 tersebut didaftarkan atas namanya, tetapi OKT2 telah diminta untuk mendaftarkan bilik tersebut atas namanya oleh OKT1, S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog dan menafikan yang mereka pernah naik ke bilik tersebut selepas mendaftar masuk. 95. Secara keseluruhannya, Mahkamah ini telah meneliti keterangan OKT1 dan OKT2 serta keterangan saksi-saksi Pendakwaan. Bagi kes KA-45-14-05/2022, Mahkamah ini tidak menafikan bahawa pada peringkat Pendakwaan, pembelaan berkenaan dadah ditemui semasa OKT1 dan OKT2 berada di dalam rumah Eddie Khoo telah dikemukakan pada peringkat Pendakwaan lagi. 96. Namun begitu, keterangan pembelaan ini tidak disokong oleh mana-mana keterangan bebas yang lain. Adalah tidak dinafikan bahawa fungsi pihak Pembelaan pada peringkat pembelaan adalah sekadar untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT1 dan OKT2 hendaklah juga mengemukakan keterangan bagi menyokong versi mereka lebih-lebih lagi dalam keadaan mereka mengetengahkan pembelaan yang berlainan daripada versi pendakwaan. 97. Pada pendapat Mahkamah ini juga, jika benar wujud penama Eddie Khoo dan San San, penama tersebut wajar dipanggil untuk memberi keterangan bagi pihak Pembelaan, dan jika tidak dikesan, sebarang usaha perlu ditunjukkan bagi S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog mengesan keduanya. Adalah tidak dinafikan bahawa pihak Pembelaan telah memaklumkan yang penama Eddie Khoo telah meninggal dunia tetapi tiada sebarang bukti jelas dikemukakan bagi mengesahkan bahawa penama tersebut benar-benar telah meninggal dunia. Manakala bagi penama San San iaitu teman wanita Eddie Khoo pula, Mahkamah ini mendapati bahawa pada awalnya pihak Pembelaan OKT1 telah memaklumkan yang beliau akan dipanggil sebagai saksi Pembelaan, namun begitu pada prosiding bertarikh 6.11.2025, pihak Pembelaan sendiri telah memutuskan untuk tidak memanggil saksi tersebut. 98. Selain itu juga, kedua-dua OKT juga tidak mengemukakan rakaman percakapan mereka bagi menyokong versi Pembelaan ini. Sekiranya benar wujud kejadian dan penama sebagaimana diketengahkan oleh OKT1 dan OKT2, fakta tersebut wajar diberikan kepada pihak polis semasa rakaman percakapan mereka dirakam, dan wajar dikemukakan di Mahkamah bagi menyokong versi pembelaan ini. Lebih-lebih lagi bahawa OKT1 merupakan seorang bekas anggota polis yang sepatutnya tahu haknya untuk memberikan keterangan yang memihak kepadanya seawal mungkin, terutamanya semasa rakaman percakapan dirakam. Kegagalam mengemukakan penama-penama dinyatakan sebagai saksi Pembelaan dan kegagalan mengemukakan rakaman percakapan OKT1 dan OKT2 mengakibatkan versi Pembelaan tidak langsung disokong oleh sebarang keterangan bebas. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog 99. Dalam hal ini, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan berkenaan tangkapan di rumah Eddie Khoo adalah suatu penafian semata-mata dan rekaan Pembelaan sahaja. Dalam hal ini juga, berdasarkan dapatan Mahkamah ini berkenaan isu-isu yang dibincangkan di atas, maka kegagalan mengemukakan keterangan sokongan seperti rakaman percakapan OKT1 dan OKT2 sendiri dan kegagalan mengemukakan keterangan oleh penama Eddie Khoo atau San San, menunjukkan bahawa versi Pembelaan sebenarnya adalah tidak benar. Sebagaimana diputuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.” [penekanan ditambah] 100. Selanjutnya, berkenaan penemuan dadah di bilik 311 lokasi kejadian kedua, berdasarkan penelitian keseluruhan keterangan dikemukakan Pembelaan dan turut membandingkan dengan keterangan saksi-saksi pihak Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan pembelaan juga merupakan penafian dan rekaan semata-mata. OKT1 menafikan kad akses bilik 311 tersebut ditemui dalam beg silang atau dompet miliknya, manakala OKT2 menegaskan bahawa kad akses 311 tersebut telah diserahkan olehnya kepada OKT1 selepas mendaftar masuk. OKT1 selanjutnya menafikan yang dia ada memberikan maklumat sebagaimana dalam eksibit P24 dan kedua-dua OKT menafikan pengetahuan mereka ke atas dadah yang dirampas di dalam bilik tersebut. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog 101. Setelah Mahkamah ini meneliti keterangan Pembelaan ini, Mahkamah ini berpendapat adalah tidak munasabah OKT1 tiada kaitan dengan bilik 311 tersebut. Ini kerana berdasarkan keterangan OKT2 sendiri, OKT1 yang telah meminta OKT2 untuk mendaftar bilik tersebut atas nama OKT2. Tambahan pula, Mahkamah ini telah menerima keterangan saksi pendakwaan bahawa kad akses bilik tersebut ditemui dalam beg silang dan dompet milik OKT, dan dengan itu dakwaan OKT1 bahawa dia tiada kaitan dengan bilik tersebut adalah langsung tidak masuk akal. 102. Selain itu juga, Mahkamah ini turut mendapati bahawa maklumat di dalam eksibit P24 dengan jelas menunjukkan pengetahuan OKT1 ke atas dadah yang ditemui di dalam bilik 311 tersebut. Dakwaan Pembelaan bahawa mereka tidak mempunyai jagaan eksklusif ke atas bilik 311 tersebut kerana bilik tersebut boleh diakses oleh pekerja housekeeping hotel, pada pendapat Mahkamah ini tidak menjejaskan fakta bahawa semasa kejadian, bilik 311 tersebut berada di bawah jagaan atau kawalan OKT1 dan OKT2, sebagai penghuni berdaftar bilik tersebut dan turut memiliki kad akses yang dikeluarkan oleh pihak hotel. Dakwaan bahawa bilik 311 tersebut boleh diakses oleh pekerja housekeeping semata-mata adalah tidak memadai kerana ia merupakan andaian sahaja. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog 103. Di samping itu juga, pembelaan OKT2 yang menyatakan bahawa dia diserahkan dengan hanya satu kad akses adalah juga pada pendapat Mahkamah ini merupakan satu penafian dan rekaan semata-mata kerana berdasarkan keterangan SP1, beliau telah memberikan dua kad akses kepada OKT2, dan ini disokong dengan penemuan eksibit P28 dan P29. Tindakan OKT1 meminta OKT2 dan OKT2 dengan rela mendaftar masuk atas namanya bagi bilik 311 tersebut menunjukkan yang mereka mempunyai niat bersama utk mengedarkan dadah berbahaya tersebut. 104. Dalam hal ini, berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini berpendapat bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT1 dan OKT2 adalah bersifat penafian dan rekaan (afterthought) semata-mata dan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap elemen pemilikan atas dadah berbahaya yang dirampas pada kedua-dua lokasi kejadian, dan juga bagi kes KA-45A-29- 05/2022 pihak pembelaan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB 1952 yang telah dibangkitkan atas imbangan kebarangkalian. 105. Sehubungan itu juga, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 pada tahap melampaui S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog keraguan yang munasabah, dan Mahkamah dengan itu mensabitkan OKT1 bagi pertuduhan di bawah subseksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(1) Akta yang sama, dan juga mensabitkan OKT1 dan OKT2 bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 KK, bg kes KA- 45A-29-05/2022. Hukuman 106. Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. 107. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 03.04.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [penekanan ditambah] 108. Walaupun autoriti kes Md Masud Rana (supra) di atas merujuk kepada kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun begitu Akta 846 turut memperuntukkan budibicara yang sama kepada Mahkamah bagi kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B ADB 1952. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog 109. Setelah mendengar hujahan mitigasi OKT1 dan OKT2 serta hujahan pemberatan hukuman oleh Pendakwaan, juga setelah mempertimbangkan keseluruhan fakta kes ini yang melibatkan jumlah berat dadah yang tidak terlalu banyak, fakta bahawa OKT1 dan OKT2 merupakan pesalah kali pertama (rujuk kes Tukiran Bin Taib v Public Prosecutor [1955] 1 MLJ 24 dan Abdul Karim v Regina [1954] 1 MLJ 86), latar belakang keluarga OKT1 dan OKT2, dan juga setelah mempertimbangkan kepentingan awam bagi kes-kes yang melibatkan jenayah pengedaran dadah berbahaya, Mahkamah ini berpendapat bahawa kes ini bukanlah suatu kes yang mewajarkan suatu hukuman mati dijatuhkan. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk mempertimbangkan tujuan penggubalan Akta 846 ini dalam mempertimbangkan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT1 dan OKT2. 110. Mahkamah turut mengambil maklum bahawa OKT1 merupakan seorang bekas anggota polis sebelum ditangkap. Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman-hukuman seperti yang berikut: a) bagi kes KA-45-14-05/2022 terhadap OKT1, Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun bermula daripada tarikh ditangkap dan 3 sebatan; dan b) bagi kes KA-45A-29-05/2022, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan terhadap OKT1, manakala OKT2 juga dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 thn) bermula daripada tarikh ditangkap. Tiada sebatan diperintahkan terhadap OKT2 memandangkan OKT2 adalah seorang wanita selaras dengan peruntukan subseksyen 289(a) KTJ. Hukuman-hukuman pemenjaraan terhadap OKT1 adalah diperintahkan berjalan secara serentak. Mahkamah ini berharap dengan hukuman pemenjaraan yang dikenakan kepada OKT1 dan OKT2 ini akan dapat memberikan pengajaran kepada mereka dan juga masyarakat keseluruhannya supaya tidak terlibat dengan jenayah dadah. Bertarikh 14 April 2026. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Hakim Mahkamah Tinggi 2 Alor Setar, Kedah S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog Timbalan Pendakwa Raya: Mohamed Shah Reza bin Noor Azman Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguam bagi pihak OKT1: Ahmad Taufiq bin Baharum Tetuan Abdul Halim Said & Co. Peguam bagi pihak OKT2: Lim Wei Yong Tetuan Lim Wei Yong & Co. S/N ros24pKuHkyv4R5bFdUEog
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.