sekiranya jawapan dan pembelaan kepada tuntutan balas itu tidak disampaikan, apabila tamatnya empat belas hari selepas penyampaian pembelaan itu. [9] Mahkamah mendapati permohonan peguam Defendan untuk meminda Pernyataan Pembelaan mereka adalah terlalu lama dan setelah setelah pliding ditutup. Permohonan Peguam Defendan untuk meminda Pernyataan Pembelaan mereka adalah pada 13/12/2024, iaitu hampir setahun setelah Pernyataan Pembelaan difailkan iaitu 15/01/2024. Kes juga telah ditetapkan Bicara beberapa kali semenjak 01/08/2024, 24/09/2024, 17/10/2024, 5/11/2024 dan 28/11/2024. [10] Peguam Defendan menyatakan bahawa Pernyataan Pembelaan tersebut terpaksa dipinda setelah pihak mereka menerima Laporan Penyelaras dari pihak Insurans juga tidak boleh diterima pakai memandangkan Laporan Penyelaras yang dinyatakan tersebut juga tidak pernah difailkan dan dikemukakan kepada mahkamah sebagai satu bukti yang kukuh. [11] Mahkamah melihat permohonan Peguam Defendan ini hanyalah merupakan suatu 'afterthought' yang bersifat mala fide dan sedang cuba mengelak dari bertanggungan liabiliti terhadap tuntutan Plaintif Pertama. Hal ini akan memprejudiskan Plaintif Pertama sekiranya Plaintif Pertama terhalang dari menuntut hak Plaintif Pertama yang sah hanya kerana adanya Ekshibit Y-1 semata-mata dan bukannya dari pihak yang terlibat secara langsung di dalam kemalangan ini. [12] Eskhibit Y-1 adalah ‘Statement of Participant/ Participant Driver/ Insured/ Insured Driver’ yang dikemukan oleh Penyelaras Mahura Services Sdn. Bhd melibatkan keterangan dari Plaintif Kedua, Mohammad Mustaqim bin Mustafa yang menjelaskan bahawa dirinya adalah pemilik asal motosikal DBE1527 yang terlibat kemalangan. Motosikal tersebut telah ditunggang oleh sepupunya, Plaintif Pertama yang telah membeli motosikal tersebut hampir satu tahun lebih. Keterangan tersebut menyatakan bahawa kemalangan tersebut berlaku apabila sepupunya telah mengelak motosikal yang hilang kawalan lalu mengelak dan melanggar pembahagi jalan. [13] Merujuk kes Lim Nyang Tak Micheal v ACE Technologies Sdn Bhd (1995) 4 MLJ 616, permohonan untuk pindaan telah ditolak kerana Defendan mengambil masa lebih kurang 3 bulan selepas memfailkan pembelaan untuk memfailkan permohonan untuk meminda pembelaan dan ia juga telah dianggap sebagai 'tactical manoeuvre' serta melengahkan tuntutan Plaintif. [14] Mahkamah ini telah mendapati di dalam kes ini, Peguam Defendan telah mengambil masa hampir setahun untuk meminda penyata pembelaan mereka tanpa alasan yang munasabah dan bukti yang kukuh untuk menafikan penglibatan Defendan Pertama di dalam kemalangan ini. [15] Di dalam kes kes Tan Soo Ngin v Seng Tat Properties Sdn Bhd [1998] 1 CLJ Supp 216, Hakim memutuskan bahawa "The delay in filing the application for amendment was prolonged, inexcusable and unexplained. There was no justification for the delay. The proposed amendment, hence, must be refused.” [16] Di dalam kes Taisho Co Sdn Bhd v Pan Global Equities Bhd (1999) 1 MLJ, Hakim memutuskan bahawa "A Plaintiff seeking an order under 0.20 R.5 of the RHC must satisfy two requirement in 0.20 rS(2) and (i) that the facts of the case remain the same or substantially the same ; and (ii) that it would be just to grant leave to amend. If he fails one, he fails altogether.......... No reason was given for the delay in filing the application and the application bordered on lack of bona fides' [17] Mahkamah juga merujuk kepada kes Loganathan a/l Tharumalingam v Khong Chia Soon [2011] 9 MLJ 851, Hakim memutuskan : i) "amendment to the writ and pleadings could be made at any stage of proceedings, as a general principle, the court would only allow such amendment that did not cause injustice. In the present case the ninth defendant did not offer any cogent reason for the delay in filing the application to amend....... ii) the proposed amendment, which was intended to introduce an entirely new limitation defence, was mala fide, self serving and prejudicial to the plaintiff". [18] Mahkamah mendapati permohonan pindaan penyata pembelaan yang difailkan oleh pihak peguam Defendan-Defendan di luar tempoh masa yang terlalu lama adalah memprejudiskan hak Plaintif Pertama.