Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN SIVIL NO.: DA-12B-25-05/2017 (Mahkamah Sesyen Kota Bharu Guaman Sivil No.: DA-A53KJ-4-01/2016)
DA-12B-25-05/2017
High Court of Malaysia13 Aug 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN SIVIL NO.: DA-12B-25-05/2017 (Mahkamah Sesyen Kota Bharu Guaman Sivil No.: DA-A53KJ-4-01/2016)
1
MOHAMAD SUFIAN BIN SALAM
2
SALMA BINTI ABDULLAH (NO. K/P: 700728-03-5634) …. PERAYU-PERAYU/DEFENDAN-DEFENDAN
1
MOHD KAMAL BIN IBRAHIM (NO. K/P: 900401-03-5321) … PLAINTIF PERTAMA
2
WAN MUHAMMAD AMIRUL AMIN BIN WAN MOHD AMIN (NO. K/P: 920131-03-6449) ... PLAINTIF KEDUA/RESPONDEN 2 ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG [1] Plaintif Pertama (Penunggang motorsikal) telah terlibat dengan kemalangan yang berpunca daripada kecuaian Defendan Pertama yang telah tergesel dengan motorsikal Plaintif Pertama menyebabkan Plaintif Pertama telah terbabas lalu melanggar Plaintif Kedua yang turut mendapat kecederaan. Kedua-dua Plaintif telah membuat tuntutan di Mahkamah Sesyen terhadap Defendan Pertama dan juga tuan punya motorsikal, Defendan Kedua. Defendan-Defendan pula telah membuat tuntutan balas (indemniti) terhadap Plaintif Pertama. [2] Di akhir perbicaraan, Hakim Mahkamah Sesyen (dipanggil “HMS” selepas ini) telah membenarkan tuntutan kedua-dua Plaintif di mana Plaintif Pertama berjaya di dalam tuntutannya sebanyak 50% dan sumbang cuai 50% manakala Plaintif Kedua pula berjaya di dalam tuntutannya sebanyak 100% ie pihak Defendan-Defendan bertanggungan 100% terhadap tuntutan Plaintif Kedua. Tidak berpuas hati dengan keputusan HMS tersebut, kedua-dua Defendan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan HMS terhadap Plaintif Kedua sahaja berkaitan Liabiliti dan Kuantum ke Mahkamah ini. (Justeru Plaintif Kedua sahaja sebagai Responden). [3] Semasa pendengaran rayuan di Mahkamah ini, Peguam Perayu memaklumkan Mahkamah ini bahawa beliau hanya akan 3 meneruskan rayuannya terhadap Liabiliti sahaja terhadap Plaintif Kedua/Responden. Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini telah menolak rayuan Perayu/Defendan-Defendan dan mengekalkan keputusan HMS dengan kos sebanyak RM2,000.00. Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini, Perayu-Perayu/Defendan-Defendan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan mengenai yang sama. [4] Ini adalah alasan-alasan terhadap keputusan tersebut (terhadap Liabiliti sahaja). B. FAKTA KES (Mengenai Plaintif Kedua/Responden) [5] Plaintif Pertama adalah pada setiap masa yang material adalah Penunggang motorsikal No. DAL 7658 jenis Yamaha 125Z. [6] Plaintif Kedua adalah pada setiap masa material adalah Penunggang motorsikal No. DBE 2497 jenis Honda EX5. [7] Defendan Pertama adalah setiap masa yang berkaitan merupakan penunggang motorsikal WFW 3269, jenis Yamaha RXZ. Motorsikal tersebut didaftarkan di atas nama Defendan Kedua, dan ditunggang oleh Defendan Pertama dengan kebenaran Defendan Kedua. [8] Pada 13 Mac 2013 pada jam lebih kurang pukul 11.15 malam, Plaintif Pertama sedang menunggang motorsikal No. DAL 7658 jenis Yamaha 125Z dan Plaintif Kedua sedang menunggang 4 motorsikal No. DBE 2497 jenis Honda EX5 dari arah Panji menghala ke arah Cherang, Kota Bharu. Apabila Plaintif Pertama sampai berhampiran lampu isyarat di depan Sekolah Kebangsaan Tapang Panji, tiba-tiba sebuah motorsikal No. WFW 3269 jenis Yamaha RXZ yang ditunggang oleh Defendan Pertama yang datang dari arah yang sama telah secara tiba-tiba menggesel motorsikal Plaintif Pertama menyebabkan motorsikal Plaintif Pertama hilang kawalan di laluan sahnya. Akibat daripada itu, Plaintif Pertama telah melanggar motorsikal No. DBE 2497 jenis Honda EX5 yang ditunggang oleh Plaintif Kedua yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar bewarna hijau untuk meneruskan perjalanan di laluan sahnya. [9]
Preamble
Menurut Plaintif Kedua, kemalangan itu adalah berpunca dari kecuaian sepenuhnya Defendan Pertama dalam mengendalikan kenderaan yang ditunggangnya bernombor WFW 3269 yang mengakibatkan perlanggaran terhadap Plaintif Pertama yang seterusnya menyebabkan perlanggaran terhadap Plaintif Kedua. Akibatnya, Plaintif Kedua telah mengalami kecederaan yang amat serius dan menuntut daripada Defendan-Defendan perkara-perkara berikut:
1
Gantirugi Am.
2
Gantirugi Khas.
3
Faedah bagi Gantirugi Am pada kadar 5% setahun dari tarikh kemalangan sehingga tarikh keputusan dikeluarkan. 5
4
Faedah bagi Gantirugi Khas pada kadar 5% setahun dari tarikh kemalangan sehingga tarikh keputusan dikeluarkan.
5
Faedah bagi jumlah yang ditetapkan dalam keputusan pada 5% setahun bagi tarikh keputusan dikeluarkan sehingga tarikh pembayaran.
6
Kos.
7
Lain-lain relief yang Mahkamah fikir patut dan munasabah. C. PRINSIP UNDANG-UNDANG MENGENAI RAYUAN [10] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa Mahkamah ini di peringkat rayuan tidak boleh sewenang-wenangnya mencampurtangan di dalam dapatan Hakim bicara yang mempunyai kelebihan dari segi audio visual melainkan terdapatnya “appealable error” seperti dapatannya adalah bertentangan dengan keterangan-keterangan yang ada dan nyata (goes against the weight of the evidence) atau mengambil kira keterangan atau fakta yang tidak sepatutnya diambil kira. (Misappreciation of facts). [11] Di dalam kes Wong Ngee Yen & Others v. Ng Yoon Thai & Others (1941) 10 MLJ (F.MS.R) 37, McElwaine CJ (S.S.) yang memberi keputusan majoriti bagi pihak Mahkamah Rayuan pada masa itu telah memutuskan seperti berikut: “An Appellate Court should be very loath to differ on a finding of fact by a Court which has seen and heard the witnesses but if the leaned judge can be shown to have misdirected himself on the 6 evidence, or to have rejected evidence for a wrong reason or to have drawn an inference from evidence which was equally capable of supporting a different inference it may be the duty of an Appellate Court to interfere.” (Emphasis added). [12] Namun begitu di dalam kes Lim Chor Ching & Ors. V. Idris Abdul Karim & Another Appeal [1998] 3 CLJ SUPP 145 Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: “Inspite of these strong views generally held by Courts, an Appellate Court on the other hand will not hesitate to interfere if the Subordinate Courts are clearly found to have acted on wrong principles, or that a miscarriage of justice had occurred in the circumstances of those cases, Lord Denning MP in Kerry v. Carte [1969] 1 WLP 1372 at p. 1376 had occasion to say: “We will interfere if the judge had gone wrong in principle or is shown to have misapprehended the facts; but even if neither of these is shown, we will interfere if we are in opinion that the judge was clearly wrong. After all, the function of this Court is to be a Court of Appeal. We are here to put right that which has gone wrong.” [13] Adalah juga menjadi undang-undang yang mantap bahawa apabila terdapatnya dua versi yang berbeza maka Mahkamah perlu mengambil kira versi yang paling “probable”. Di dalam kes 7 Tabarani Mohd Arshad & Anor v. Chan Tenn Yau (1999) 3 CLJ 188 Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “The trial court fell into error when it approached the case solely on the basis of deciding which story is to be believed. When confronted with two conflicting versions, the duty of the trial court was to consider which version was inherently probable or improbable. The trial court should have been more meticulous and should also consider other probable versions provided they were within the scope of the pleading and supportable by admissible evidence including the neutral ones.” Beban Pembuktian [14] Undang-undang adalah jelas bahawa beban adalah di atas pihak Plaintif untuk membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian. Fakta bahawa Defendan tidak hadir memberi keterangan dan menyatakan versinya tidak bermakna bahawa Mahkamah seharusnya memberikan keputusan memihak kepada Plaintif. Pihak Plaintif masih terikat dengan beban pembuktian kesnya di atas imbangan kebarangkalian. [15] Di dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamad Ali [1971] 2 MLJ 175, Mahkamah Persekutuan memutuskan: 8 “In a negligence action, the onus of proof rest wholly on the Plaintiff, whether or not the Defendant gives evidence. The Plaintiff cannot succeed without proof of the Defendant’s negligence.” [16] Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada kes Kunasegaran Manckam v. Baula Singh Kipa Singh & Anor. & Another case [1982] CLJ (rep) 506 di mana Yang Arif Hakim Abdul Razak menyatakan: “The fact that the Defendants had not been called to rebut the Plaintiff’s case did not mean judgment must be entered in favour of the Plaintiff. The question of tilting the balance of probabilities in the Plaintiff’s favour would only arise where the Plaintiff has proved his case.” [17] Perlu ditekankan di sini juga bahawa apabila pihak Plaintif telah berjaya membuktikan kes/tuntutannya, beban berpindah kepada Defendan untuk mematahkan/menidakkan kes/tuntutan Plaintif. D. HUJAHAN PIHAK-PIHAK Hujahan Perayu/Defendan Pertama dan Kedua [18] Defendan Pertama dan Kedua tidak dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah oleh pihak Perayu/Defendan-Defendan. Namun, mereka berhujah bahawa undang-undang menghendakki bahawa Plaintif yang perlu membuktikan kesnya dan Defendan 9 berhujah bahawa pihak Plaintif Kedua telah gagal membuktikannya. Manakala, Defendan-Defendan mengakui Defendan Pertama telah terlibat di dalam kemalangan motorsikal dengan Plaintif Pertama, namun Defendan Pertama menafikan keterlibatannya dengan Plaintif Kedua. Defendan Pertama menafikan akibat kecuaian Defendan Pertama yang telah melanggar/menggesel motorsikal Plaintif Pertama, Plaintif Pertama yang tidak dapat mengawal motorsikalnya telah terlanggar Plaintif Kedua yang sedang menunggu di traffic light di hadapan mereka. [19] Di dalam pembelaan yang dimasukki, Pihak Defendan-Defendan menyatakan, seperti berikut: “3. Setakat mana pengetahuan Defendan Pertama, beliau hanya mengakui bahawa pada tarikh dan tempat yang dinyatakan, satu kemalangan telah berlaku melibatkan motorsikal No. WFW 3269 yang ditunggang oleh Defendan Pertama dengan sebuah motorsikal yang ditunggang oleh Plaintif Pertama, akan tetapi, pernyataan selanjutnya yang dinyatakan di dalam perenggan 5 Pernyataan Tuntutan Plaintif adalah dinafikan dan Defendan-Defendan meletakkan pihak Plaintif-Plaintif di bawah dasar pembuktian yang kukuh.” [20] Defendan juga berhujah bahawa Plaintif Kedua telah tidak ingat mengenai kejadian dan tidak tahu apa-apa mengenai Laporan Polis yang telah dibuatnya dan yang telah lewat beberapa bulan. Keterlibatan Defendan Pertama terhadap Responden/Plaintif Kedua 10 dimaklumkan kepada umum melalui Laporan Polis kedua yang dibuat oleh Plaintif Pertama yang mana ianya adalah hampir setahun lewat. [21] Justeru itu, walaupun pihak Defendan tidak memanggil saksi-saksinya namun, pihak Plaintif Kedua/Responden perlu membuktikan kesnya terhadap Defendan Pertama. [22]
Preamble
Menurut Peguam Defendan Pertama lagi, Plaintif Kedua telah gagal membuktikan tuntutannya apabila gagal memanggil Pegawai Penyiasat untuk memberi keterangan. Justeru itu anggapan bertentangan di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan dikenakan terhadap Plaintif. Hujahan Plaintif Kedua (Responden) [23] Plaintif Kedua menghujahkan antara lain bahawa Defendan Pertama khususnya adalah punca kepada kemalangan yang berlaku ke atasnya apabila Defendan Pertama telah menggesel motorsikal yang ditunggang oleh Plaintif Pertama, lalu menyebabkan Plaintif Pertama berlanggar dengannya. [24] Plaintif Kedua menghujahkan bahawa Keterangan-keterangan Plaintif Kedua/Responden terhadap Defendan Pertama adalah kukuh dan disokong oleh keterangan Plaintif Pertama (termasuk Laporan-laporan Polis) mengenai keterlibatan Defendan Pertama dengan kemalangan ini serta saman trafik yang dikenakan terhadap 11 Defendan Pertama, sekaligus telah berjaya membuktikan tuntutannya, di atas imbangan kebarangkalian. [25]
Preamble
Menurut Plaintif Kedua/Responden, beban seterusnya berpindah kepada Defendan Pertama untuk membuktikan sebaliknya. Namun Defendan Pertama mahupun saksi-saksinya tidak hadir untuk memberi keterangan bagi maksud melepaskan beban pembuktian oleh mereka. Pihak Defendan hanya bergantung kepada hujahan mereka sahaja. Tiada bukti atau penerangan diberikan kepada Mahkamah kenapa Defendan Pertama gagal hadir ke Mahkamah setelah 3 kali penangguhan diberikan. Hanya dimaklumkan kepada Mahkamah oleh Peguamnya bahawa Defendan Pertama di dalam penjara. Pakar Defendan juga telah tidak hadir untuk kedua-dua tarikh yang telah ditetapkan. Pihak Plaintif memohon inferens bertentangan dikenakan terhadap Defendan-Defendan/Perayu. [26] Defendan juga gagal memanggil Pegawai Penyiasat, seorang saksi neutral. Defendan Pertama telah dikenakan saman kerana perlanggaran ini. Oleh kerana Defendan Pertama menafikan penglibatannya maka, Pegawai Penyiasat sepatutnya dipanggil oleh Defendan untuk menerangkan apa yang menyebabkan Defendan Pertama disaman. [27] Justeru itu, HMS adalah betul di dalam keputusannya yang mendapati pihak Defendan bertanggungan 100%. 12 E. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH INI [28] Defendan-Defendan telah merayu terhadap Liabiliti sahaja ke Mahkamah ini dan juga ke Mahkamah Rayuan yang melibatkan Plaintif Kedua/Responden sahaja. [29] Mahkamah telah meneliti Rekod Rayuan yang meliputi Nota Keterangan dan mendapati Responden/Plaintif Kedua telah datang memberi keterangan di Mahkamah. Walaupun ingatannya tidak beberapa stabil dan kebanyakan jawapannya adalah “tidak ingat” namun, beliau masih ingat terhadap fakta-fakta yang ketara iaitu beliau dilanggar di tempat kejadian oleh Plaintif Pertama. [30] Keterangannya adalah konsisten dengan Laporan Polisnya (P6) yang dibuatnya dengan dibantu ahli keluarga pada 14 Mei 2013, dua bulan selepas kemalangan, seperti di muka surat 70 Rekod Rayuan seperti berikut. “Pada 13/03/2013 lebih kurang jam 2300 HRS semasa saya menunggang motorsikal No. Pendaftaran DBE 2497 jenis Honda EX5 daripada kedai makan Kampung Tapang dan hendak menghala balik ke rumah sewa di Kg Tapang. Apabila saya sampai di persimpangan lampu isyarat pejalan kaki Sekolah Kebangsaan Tapang, saya berhenti di seberang jalan sementara menunggu lampur isyarat bewarna hijau, tiba-tiba sebuah motorsikal nombor pendaftaran DAL 7658 jenis Yamaha 125Z yang datang daripada arah Panji telah melanggar motorsikal saya. Saya telah mengalami 13 kecederaan pendarahan di dalam kepala dan tidak sedarkan diri selama 4 hari, pergelangan tangan kiri patah dan menerima di wad 2 Intan selama 6 hari. Kerosakan motorsikal saya ialah coverset pecah, lampu besar hadapan pecah, pemijak kaki bengkok dan lain-lain kerosakan tidak pasti lagi. Sekian, repot saya.” [31] Perlu ditekankan di sini, mengikut Rekod Rayuan Tambahan di muka surat 49, ianya diterima masuk sebagai Eksibit P6 tanpa apa-apa bantahan daripada pihak Pembelaan. [32] Keterangan Plaintif Kedua serta Laporan Polisnya (P6) sedikit sebanyak disokong oleh Laporan dari Pakar Defendan yang memeriksanya. Mengikut laporan yang disediakan oleh Dr. B Gunasekaran pada 30 September 2015, iaitu pakar Defendan yang telah memeriksa Plaintif Kedua/Responden, di muka surat 80, Rekod Rayuan, Plaintif Kedua/Responden boleh ingat mengenai kemalangan dan tarikh kemalangan berlaku. Keterangan Plaintif Kedua/Responden juga disokong oleh SP2, pakar yang merawatnya. Melalui Laporannya bertarikh 18 April 2015, SP2 menyatakan bahawa di ruangan “sejarah” beliau mendapat maklumat tersebut daripada Plaintif Kedua/Responden sendiri mengenai kemalangan ini di dalam menyediakan Laporan tersebut selain daripada Laporan-laporan lain. SP2 juga memberi keterangan bahawa di dalam pemeriksaannya Plaintif Kedua ini hanya hilang ingatan yang melibatkan peristiwa yang terdekat (yang baru) tetapi mengenai peristiwa “long term memory” seperti kemalangan ini, ianya tidak terjejas. 14 [33] Yang paling mustahak sekali keterangan Plaintif Kedua/Responden telah disokong oleh keterangan Plaintif Pertama. Di dalam keterangannya sepertimana di muka surat 86 dan 89 Rekod Rayuan, Plaintif Pertama telah memberi keterangan bahawa beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya yang berlaku pada 13 Mac 2013 pada kira-kira pukul 11.15 malam. Pada malam tersebut, beliau sedang menunggang motorsikal No. DAL 7658 dari arah Panji menuju ke Cherang, Kota Bharu. Apabila beliau sampai di hadapan Sekolah Kebangsaan Tapang, Panji, berdekatan lampu isyarat, sebuah motorsikal No. WFW 3269 yang ditunggang oleh Defendan Pertama telah memotong motorsikal beliau di sebelah kanan dan telah bergesel dengan motorsikalnya menyebabkan beliau hilang kawalan lalu berlanggar dengan motorsikal No. DBE 2497 yang ditunggang oleh Plaintif Kedua/Responden yang berada di tepi jalan dan seterusnya terlanggar tiang lampu. [34] Plaintif Pertama juga memberi keterangan bahawa beliau telah membuat Laporan Polis pembetulan pada 24 Februari 2014 kerana telah dihubungi oleh pihak Polis yang memberitahu beliau bahawa beliau perlu membuat laporan pembetulan kerana perlanggaran turut melibatkan motorsikal DBE 2497 tersebut (yang ditunggang oleh Plaintif Kedua/Responden). [35]
Preamble
Menurut Plaintif Pertama, tidak ada apa-apa amaran diberikan oleh penunggang motorsikal WFW 3269 sebelum memotongnya. Pada 23 April 2013, setelah pulih, beliau telah membuat Laporan Polis mengenainya. 15 [36] Plaintif Pertama juga telah menandakan ‘X’ sebagai tempat di mana beliau dilanggar di dalam rajah kasar dan turut menandakan ‘Y’ sebagai tempat di mana beliau terlanggar dengan motorsikal Plaintif Kedua/Responden. [37] Keterangan Plaintif Pertama ini adalah konsisten dengan Laporan-laporan Polisnya iaitu yang pertama dan yang kedua. Perlu ditekankan di sini bahawa Plaintif Pertama telah membuat Laporan Polis pertamanya pada 23 April 2013 setelah keluar hospital dan setelah hampir pulih, iaitu 1 bulan 10 hari selepas kemalangan. Berikut adalah laporannya: Laporan Polis yang Pertama (P1): “Pada 13/03/2013 jam lebih kurang 2315 malam, saya menunggang motorsikal nombor DAL 7658 jenis Yamaha 125Z dari Panji menghala ke Cherang melalui jalan Hospital. Pada ketika itu, apabila saya sampai di traffic light Sekolah Kebangsaan Tapang Panji, tiba-tiba ada sebuah motorsikal nombor WFW 3269 jenis Yamaha RXZ dari arah belakang memotong lalu bergesel dengan motorsikal saya dan motorsikal saya terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan terlanggar sebatang tiang lampu isyarat Sekolah Kebangsaan Tapang. Dalam kejadian itu, saya mengalami kecederaan patah tangan kanan, patah dua batang gigi sebelah atas, luka lutut kiri dirawat di HUSM Kubang Kerian selama 7 hari. Kerosakan motorsikal saya ialah cover set depan pecah, batang fox pecah dan bengkok, handle depan pecah, pengadang enjin pecah dan lain-lain kerosakan belum pasti.” 16 [38] Plaintif Pertama telah membuat pindaan dengan membuat Laporan Polis Keduanya seperti di P2 di muka surat 72 Rekod Rayuan seperti berikut: “Berkait Report No.: (K) 2269/13. Pada 23/04/2013 saya ada membuat laporan kemalangan jalan raya semasa menunggang motorsikal No. DAL 7658 jenis Yamaha 125Z. Saya ingin membuat pembetulan ke atas repot itu, dalam kejadian itu saya telah bergesel dengan sebuah motorsikal WFW 3269 jenis Yamaha RXZ yang datang dari arah belakang lalu memotong motorsikal saya menyebabkan motorsikal saya hilang kawalan lalu melanggar sebuah motorsikal No. DBE 2497 dan terlanggar sebatang tiang lampu isyarat Sekolah Kebangsaan Tapang. Sekian laporan saya.” [39] Perlu ditekankan di sini, mengikut Rekod Rayuan Tambahan di muka surat 11, kedua-dua Laporan Polis ini diterima masuk sebagai keterangan masing-masing sebagai P1 dan P2 dan tidak ada bantahan daripada pihak Pembelaan. [40] Kes Plaintif telah disokong oleh Defendan Pertama apabila Defendan Pertama sendiri telah mengaku di dalam Laporan Polisnya bahawa beliau telah bergesel dengan motorsikal Plaintif Pertama walaupun ianya senyap mengenai apa yang berlaku seterusnya. Berikut adalah Laporan Polis Defendan Pertama seperti di muka surat 71, Rekod Rayuan: 17 “Pada 13/3/2013 lebih kurang jam 2315 malam semasa saya menunggang motorsikal nombor pendaftaran WFW 3269 jenis Yamaha RXZ dalam perjalanan daripada Panji menghala ke Cherang. Apabila saya sampai di traffic light pejalan kaki Sekolah Kebangsaan Tapang, saya telah memotong sebuah motorsikal nombor pendaftaran DAL 7658 jenis Yamaha 125Z tetapi telah bergesel di bahagian handle sebelah kanan motorsikal tersebut. Saya tidak mengalami kecederaan. Manakala motorsikal saya juga tidak mengalami kerosakan. Sekian repot saya.” [41] HMS telah mempertimbangkan segala keterangan-keterangan yang ada dan membuat dapatan fakta bahawa memang benar Plaintif Pertama telah melanggar Plaintif Kedua/Responden semasa Plaintif Kedua/Responden sedang menunggang motorsikal DBE 2497 (sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau) apabila Plaintif Pertama yang menunggang motorsikal WFW 3269 hilang kawalan diakibatkan oleh digesel oleh Defendan Pertama. HMS juga membuat dapatan fakta bahawa Defendan Pertama adalah liabel 100%. Dapatan Mahkamah ini [42] Setelah meneliti keterangan-keterangan yang ada, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Plaintif Kedua/Responden telah berjaya membuktikan kesnya. Walaupun keterangan kukuh bukan datangnya daripada Plaintif Kedua/Responden sendiri yang atas sebab kurang ingatan tidak dapat menjawab kebanyakan soalan, 18 namun keterangan Plaintif Pertama sendiri telah mengesahkan akibat daripada penggeselan Defendan Pertama dengan motorsikalnya beliau telah hilang kawalan lalu melanggar Plaintif Kedua. Ini adalah punca kepada kemalangan melibatkan 3 motorsikal ini dan punca kepada kecederaan yang dialami Plaintif Kedua khususnya (dan juga Plaintif Pertama). [43] Plaintif Pertama tidak pernah berganjak dan masih kekal dengan versinya ketika disoal balas. Di dalam erti kata lain, Plaintif Pertama tidak “shaken” semasa disoal balas mengenai keterangan melibatkan perlanggaran dengan Plaintif Kedua/Responden ini yang berpunca daripada kecuaian Defendan Pertama. [44] Manakala “line of defence” Pembelaan dan versi pembelaan tertumpu kepada perlanggaran di antara Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua. Tidak pada bila-bila masa dicadangkan dan disarankan oleh pihak Defendan secara spesifik kepada Plaintif Pertama bahawa Defendan Pertama tidak menggesel Plaintif Pertama atau tindakan penggeselan Defendan Pertama itu, bukan menjadi penyebab kepada kemalangan berlaku ke atas Plaintif Kedua. Ini dapat dilihat daripada “line of questioning” semasa Plaintif Pertama disoal balas oleh Peguam Defendan Pertama di muka surat 17 hingga 19 Rekod Rayuan Tambahan seperti berikut: “Plaintif Pertama : Ya dari kiri. Peguamcara Defendan : Sebenarnya motorsikal DBE 2497 cuba melintas jalan? 19 Plaintif Pertama : Dia berada di bahu jalan ingin melintas jalan. Peguamcara Defendan : Ingin melintas? Plaintif Pertama : Ya. Peguamcara Defendan : Mohd Kamal saya cadangkan kemalangan sebenarnya berlaku, macam ini, Tuan saya ada sediakan satu diagram untuk memudahkan Mahkamah. (Diagram ditunjukkan kepada saksi) Peguamcara Defendan : Sebenarnya kemalangan berlaku apabila motosikal DBE 2497 melintas. Plaintif Pertama : Tak setuju. Hakim : Diagram ditanda sebagai Ekshibit D4. ……………………………..………… Hakim : Soalan? Peguamcara Defendan : Saya katakan kemalangan ini berlaku, akibat motosikal merah (DBE 2497) yang melintas. Plaintif Pertama : Ya, tidak setuju. ……………………………………. Peguamcara Defendan : Saya cadangkan sebenarnya kemalangan ini berlaku, bermula daripada motosikal DBE 2497 ini 20 yang melintas dan menyebabkan kemalangan berlaku? Plaintif Pertama : Tak setuju. Peguamcara Defendan : Dan saya cadangkan motosikal DBE 2497 adalah punca kemalangan berlaku? Plaintif Pertama : Tak setuju. Peguamcara Defendan : Tadi kamu kata bawa motosikal 70 km/j, dan kamu setuju dengan saya bahawa kalau dekat traffic light kena ambil langkah berjaga-jaga, jadi saya katakan 70 km/j itu bila sampai di traffic light adakah kamu menunggang dengan laju pada masa itu? Setuju atau tidak. Plaintif Pertama : Tak setuju. Peguamcara Defendan : Saya katakan kalau kamu tidak laju pada waktu tersebut, kamu boleh mengelak kemalangan tersebut daripada terbabas dan melanggar motosikal DBE 2497? Plaintif Pertama : Tak setuju.” [45] Adalah ketara bahawa “line of defence” nya adalah penafian iaitu Defendan Pertama tidak terlibat langsung dan beliau bukan punca kepada kemalangan yang berlaku ini. Namun ianya tidak dicadangkan secara spesifik kepada Plaintif-Plaintif. 21 [46] Semasa soal balas terhadap Plaintif Kedua/Responden, Peguam Defendan sekali lagi telah tidak mencadangkan secara spesifik terhadap Plaintif Kedua/Responden bahawa Defendan Pertama tidak sekali-kali menggesel motorsikal yang ditunggang oleh Plaintif Pertama yang menyebabkan Plaintif Pertama (SP1) hilang kawalan dan melanggar Plaintif Kedua/Responden (SP3). [47] Mahkamah berpendapat ini adalah terjumlah kepada pihak Defendan bersetuju dengan versi Plaintif. [48] Seperkara lagi, di muka surat 75 Rekod Rayuan, Pegawai Penyiasat telah mengeluarkan surat bertarikh Januari 2014 yang mengesahkan bahawa Defendan Pertama telah dikenakan saman kerana kesalahan yang mengakibatkan kemalangan ini. [49] Dengan tiadanya “serious challenge” terhadap keterangan kedua-dua saksi ini dan dengan keterangan Plaintif Pertama mengenai keterlibatan Defendan Pertama adalah ketara dan ianya disokong oleh keterangan-keterangan Laporan Polis dan juga saman yang dikenakan terhadap Defendan Pertama maka, beban sekarang berpindah ke atas bahu Defendan-Defendan untuk mematahkan apa yang disarankan oleh pihak Plaintif-Plaintif. Ini gagal dilakukan oleh pihak Defendan-Defendan. [50] Malahan pihak Defendan telah tidak memanggil mana-mana saksinya. Pihak Defendan gagal memanggil Defendan Pertama dengan alasan tidak dapat dihubungi kerana berada di dalam 22 penjara. Di muka surat 28 Rekod Rayuan Tambahan dinyatakan bahawa pihak Defendan ada memanggil Dr. Pakar, Dr. B. Gunasekaran daripada Pulau Pinang tetapi tidak hadir. Di muka surat 60 Rekod Rayuan ada direkodkan bahawa Dr. Pakar Defendan masih tidak hadir dan Defendan Pertama tidak hadir buat kali ketiga kerana masih di dalam penjara. Justeru Defendan seterusnya menutup kesnya tanpa memanggil saksi-saksinya. Ini adalah satu tindakan yang mengundang bahaya yang diambil oleh pihak Defendan kerana menutup kesnya tanpa saksi-saksinya memberi keterangan sedangkan beban telah berpindah kepadanya untuk menidakkan kes Plaintif terhadapnya. Di peringkat ini tidak kah pihak Defendan sedar bahawa oleh kerana 2 orang saksinya tersebut tidak dapat hadir maka ada seorang lagi saksi yang masih boleh dipanggilnya iaitu Pegawai Penyiasat. Pegawai Penyiasat adalah seorang saksi yang neutral dan sebab itu kes yang melibatkan kemalangan jalan raya seperti kes ini, mana-mana pihak boleh memanggilnya. [51] Pihak Defendan sebelum ini berhujah bahawa pihak Plaintif perlu memanggil Pegawai Penyiasat untuk memberi keterangan dan memohon supaya anggapan bertentangan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan dikenakan terhadap Plaintif kerana gagal memanggil beliau. Mahkamah ini berpendapat, di dalam keadaan sebegini, pihak Defendanlah yang perlu memanggil Pegawai Penyiasat untuk menidakkan kes Plaintif. Apatah lagi, mengikut Rekod di muka surat 75 Rekod Rayuan (surat daripada Pegawai Penyiasat) seperti yang dirujuk sebelum ini, Defendan Pertama 23 telah dikenakan saman oleh Pegawai Penyiasat di bawah “Rule 10 LN 66” berkait kemalangan ini. Ini merupakan “all the more reason” pihak Defendan perlu memanggilnya untuk mematahkan/ menidakkan kes Plaintif. Mahkamah ini berpendapat pihak Defendan telah dengan sengaja tidak memanggil Pengawai Penyiasat kerana jika dipanggil nescaya beliau tidak akan memberi keterangan yang memihak kepada Defendan Pertama memandangkan Pegawai Penyiasat telah mengeluarkan saman terhadap Defendan Pertama. Justeru inferens bertentangan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan perlu dikenakan terhadap Defendan Pertama kerana menindas keterangan (suppressed evidence). [52] Di akhir kes, Mahkamah ini perlu menentukan sama ada di atas imbangan kebarangkalian, Plaintif Kedua/Responden telah berjaya membuktikan kesnya/tuntutannya atau sebaliknya. [53] Setelah meneliti Rekod Rayuan dan mendengar hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa di atas imbangan kebarangkalian, pihak Plaintif Kedua/Responden telah berjaya membuktikan tuntutannya dengan Liabiliti 100% ditanggung Defendan-Defendan. [54] Ke arah itu, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS seperti berikut di muka surat 66 hingga 67 Rekod Rayuan: 24 “Dapatan dan Keputusan Mahkamah [1] Berbalik Plaintif Kedua. Peguam Defendan merayu terhadap keputusan saya berkait dengan isu Liabiliti dan Kuantum yang telah saya berikan kepada Plaintif Kedua. [2] Saya berpendapat dalam kes ini Plaintif Kedua adalah pengguna jalanraya yang “innocent” pada masa tersebut. Ini berdasarkan kepada Laporan Polis Plaintif Kedua yang telah dibuat pada 15 Mei 2013 iaitu lebih kurang 2 bulan selepas kejadian. Berdasarkan kepada Laporan Polis ini beliau berhenti di persimpangan jalan lampu isyarat pejalan kaki Sekolah Kebangsaan Tapang, sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba sebuah motorsikal bernombor pendaftaran DAL 7658 yang datang dari arah Panji telah melanggar motorsikal saya. [3] Keterangan Plaintif Kedua telah disokong oleh keterangan Plaintif Pertama di mana selepas Plaintif Pertama bergesel dengan motorsikal bernombor pendaftaran WFW 3269 yang ditunggang oleh Defendan Pertama telah menyebabkan motorsikal beliau hilang kawalan lalu melanggar motorsikal Plaintif Kedua.” [55] Mahkamah ini bersetuju juga bahawa Plaintif Kedua/Responden adalah pengguna jalan raya yang “innocent”. Beliau tidak akan mengalami kecederaan dari kemalangan ini jika tidak diakibatkan 25 oleh kecuaian Defendan Pertama (would not have suffered the injuries “but for” the negligence of the First Defendant). Sehubungan dengan itu, beliau tidak menyumbang cuai terhadap kemalangan ini dan Defendan-Defendan bertanggungan 100%. F. LAIN-LAIN [56] Untuk melengkapkan Alasan Penghakiman ini, pihak Defendan telah membangkitkan beberapa isu. Mahkamah ini akan bincangkan di sini. [57] Pertamanya pihak Defendan membangkitkan bahawa HMS telah tersilap dari segi undang-undang mengenai pendekatan-pendekatan yang diambil sebelum membuat keputusan. Di dalam kes ini, menurut Peguam Defendan, HMS telah menggunakan kes-kes yang melibatkan pembonceng-pembonceng atau penumpang untuk mengenakan 100% Liabiliti terhadap kecuaian Defendan kerana mereka adalah “innocent passengers/innocent pillion riders”. Kes-kes yang menjadi sandaran HMS adalah seperti Damai Cheras Sdn Bhd & Anor v. P. Krishnamoorthy [1999] 5 CLJ 596; Muhamad Jafri Jantan v. Zainal Md. Aris [2005] 1 CLJ 694. Namun, kes depan Mahkamah menurut Peguam Defendan adalah kes yang bukan melibatkan penumpang/pembonceng. Justeru, Peguam Defendan berhujah bahawa otoriti-otoriti yang menjadi sandaran HMS adalah tidak terpakai kerana Plaintif Kedua/Responden bukanlah pembonceng atau penumpang kepada Plaintif Pertama. 26 [58] Mahkamah telah meneliti keterangan-keterangan di dalam Rekod Rayuan dan juga otoriti-otoriti yang dirujuk. Mahkamah berpendapat sungguhpun HMS tersilap di dalam menginterprestasi undang-undang, namun Mahkamah berpendapat HMS telah merujuk kepada isu yang sama iaitu “mangsa yang tidak bersalah” ataupun “innocent bystander”. [59] Apapun Mahkamah ini mendapati Plaintif Kedua/Responden sebagai “innocent bystander” yang tidak semena-mena dan tidak melakukan apa-apa kecuaian, telah dilanggar oleh Plaintif Pertama, akibat daripada kecuaian Defendan Pertama yang telah menggesel motorsikal yang ditunggang Plaintif Pertama. Di atas sebab itu, Mahkamah bersetuju Liabiliti 100% dikenakan terhadap Defendan Pertama. Plaintif Kedua/Responden memang tidak cuai kerana sedang berada di atas motorsikalnya sedang menunggu giliran lampu isyaratnya, apabila tiba-tiba Plaintif Pertama melanggarnya, ekoran daripada kecuaian Defendan Pertama. Di dalam keadaan ini mana mungkin Plaintif Kedua/Responden menyumbang cuai kepada kecuaian yang dilakukan Plaintif Pertama yang berpunca daripada kecuaian Defendan Pertama. Ini berbeza dengan kedudukan Plaintif Pertama di mana HMS telah membuat dapatan fakta bahawa beliau menyumbang cuai 50% terhadap kecuaian yang dilakukannya kerana adalah satu fakta bahawa beliau juga adalah cuai yang menyebabkan kemalangan ke atas dirinya. Plaintif Pertama juga tidak merayu terhadap keputusan HMS tersebut. 27 [60] Peguam Defendan juga membangkitkan isu mengenai pihak-pihak yang sewajarnya menjadi pihak di dalam kes ini. Menurut Peguambela Defendan, Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua/Responden sepatutnya perlu menyaman Perayu/Defendan secara berasingan kerana tiap-tiap pihak perlu membuat pembuktian secara berasingan. Peguam Defendan berhujah bahawa apabila Plaintif Kedua/Responden memilih untuk menyaman Perayu/Defendan Pertama sahaja, maka Perayu/Defendan Pertama adalah bukan “Joint Tortfeasor” sambil merujuk kepada kes Lee Seng Kee v. Sukatno [2008] 1 LNS 226. [61] Mahkamah berpendapat isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan di peringkat rayuan. Sewajarnya dibangkitkan di peringkat awal perbicaraan di Mahkamah Perbicaraan. Mengikut Rekod Rayuan, oleh kerana tiada bantahan di buat, maka HMS telah memulakan perbicaraan (jemput lihat muka surat 10 Rekod Rayuan Tambahan). Mahkamah ini berpendapat isu yang dibangkitkan ini adalah non-starter. Mahkamah ini juga berpendapat terpulang kepada pihak-pihak untuk membuat tindakan/memfailkan writ terhadap mana-mana pihak. G. KESIMPULAN [62] Di atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, rayuan Defendan-Defendan ditolak dengan kos sebanyak RM2,000.00 dan keputusan HMS dikekalkan. 28 Tarikh: 15 Ogos 2019 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Sivil NCvC 3 Kuala Lumpur Pihak-Pihak Peguamcara Defendan/Perayu: Pn. Maziana binti Husin & Pn. Nooranik binti Nik Sufian, Tetuan Maziana & Associates, Office E-8, Lot 161, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, KELANTAN. [Ruj. No.: MHA/KB/P&O/1780/09/13] Peguamcara Responden/Plaintif: En. Azizi bin Che Hamid & En. Noor Nirman Hizwar bin Hussein, Tetuan Azizi Hizwar & Co, Lot 2954, Tingkat 1, Jalan Putra, Bandar Baru Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, KELANTAN. [Ruj. No.: HAC/ACC/114/06/2013/N]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.