Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SEPANG DALAM NEGERI SELANGOR PERBICARAAN JENAYAH NO: BK-63ES-1-07/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
BK-63ES-1-07/2022
Sessions Court of Malaysia15 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ikh hukuman 16.12.2016 bagi pertuduhan kedua. Mahkamah ini telah menolak rayuan dan mengekalkan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Puan HMS tersebut. Mohd Sharwandy Sollahudin Vs Pendakwa Raya [2025] CLJU 1114 Perayu telah disabit dan dihukum seperti berikut: (a) bagi pertuduhan pertama di bawah di bawah seksyen”
“age, His Lordship said: In Ubaka v. PP [1995] 1 SLR 267, the principles laid down in Warner v. Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356; [1968] 2 WLR 1303 and modified in Tan Ah Tee v. PP [1978] CLJU 193; [1978] 1 LNS 193; [1980] 1 MLJ 49 were applied by the trial judge. In its grounds of judgment, this cou”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SEPANG DALAM NEGERI SELANGOR PERBICARAAN JENAYAH NO: BK-63ES-1-07/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
1.
2
MUHAMMAD HAFISZAN BIN NASER ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1] Dalam kes ini, Mohamad Sukry Bin Wahab, No. Kad Pengenalan : 950314-10-5219 (selepas ini akan dirujuk sebagai OKS 1) dan Muhammad Hafiszan Bin Naser, No. Kad Pengenalan : 950218-10- 8019 (selepas ini akan dirujuk sebagai OKS 2/atau secara bersesama sebagai OKS sahaja) telah dituduh dengan dua (2) pertuduhan di bawah seksyen 68(1)(b) [2] OKS mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan perbicaraan penuh telah dijalankan. Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 8 orang saksi pendakwaan. Pihak pembelaan pula memanggil seorang saksi pembelaan iaitu OKS sendiri masing-masing. Pada akhir kes pembelaan, Mahkamah telah mendapati OKS bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan setelah mendengar rayuan kedua belah pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman enam (6) bulan penjara kepada kedua-dua OKS. [3] Berkait dengan keputusan Mahkamah ini, kedua-dua OKS telah memfailkan notis rayuan. Ini adalah alasan-alasan keputusan tersebut. B. PERTUDUHAN Pertuduhan Pertama Bahawa kamu secara bersama-sama pada 09.09.2021 jam lebih kurang 9.15 malam, di dalam kenderaan jenis lori jenama Mitsubishi Fuso no.pendaftaran WWW 2879 di bahu jalan Bulatan Masjid KLIA, 64000 Sepang, Selangor telah didapati menyimpan tanpa permit khas empat puluh Sembilan (49) unit sumbu Square-lipped Rhinoceros (Ceratotherium simum) iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] yang boleh dihukum di bawah seksyen 68(1) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu secara bersama-sama pada 09.09.2021 jam lebih kurang 9.15 malam, di dalam kenderaan jenis lori jenama Mitsubishi Fuso no.pendaftaran WWW 2879 di bahu jalan Bulatan Masjid KLIA, 64000 Sepang, Selangor telah didapati menyimpan tanpa permit khas satu (1) unit sumbu Black Rhinoceros (Diceros bicornis) iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah di bawah seksyen 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] yang boleh dihukum di bawah seksyen 68(1) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. C. KES PENDAKWAAN [4]. Saksi-saksi pendakwaan adalah seperti berikut: SP1 Muhamad Azlan Bin Md. Saleh Pegawai Penguatkuasa / Jurugambar SP2 Moses H. Tam Pegawai Penguatkuasa / Pelukis Pelan SP3 Teo Keh Luen Pemilik Syarikat Teoh Logistic Company Sdn. Bhd. SP4 Khirull Anuar Bin Saaidun Pegawai Penguatkuasa / Ketua Operasi SP5 Noor Azleen Binti Mohd Kulaimi Pakar Pengecaman DNA SP6 Siti Nur Ain Binti Mohd Isa Penjaga Bilik Kebal SP7 Arham Syazaili Bin Yahya Ariff Penjaga Bilik Kebal SP8 Mohd Afiq Zikri Bin Jamil Pegawai Penyiasat Fakta Kes Pendakwaan [5] Pada 9.9.2021 jam lebih kurang 7.00 petang, SP1 telah dihubungi oleh En. Sharif Bin Mohamad Sabali untuk membuat pemantauan di dalam kawasan kargo KLIA untuk mengesahkan kenderaan yang disyaki berkaitan dengan kes hidupan liar berada di dalam kawasan kargo KLIA. Setelah mengesahkan keberadaan lori (P13) di dalam kawasan kargo, SP1 telah pulang ke pejabat bagi melaporkan keberadaan kenderaan lori tersebut. [6] Pada jam lebih kurang 7.15 malam, SP4 telah dihubungi En Sharif bin Mohamad Sabali bagi menjalankan operasi penguatkuasaan di Kompleks Kastam KLIA Kargo. En Sharif bin Mohamad Sabali telah memberikan taklimat berkenaan dengan P13 yang disyaki membawa bahagian hidupan liar. [7] SP4 bersama En Sharif bin Mohamad Sabali dan SP1 bergerak ke Bay 4 di mana ianya merupakan lorong keluar / tempat pemeriksaan akhir bagi kenderaan jenis lori dari dalam KLIA Kargo menaiki kenderaan jabatan yang dipandu oleh SP1. [8] Ketika SP1, SP4 dan En Sharif bin Mohamad Sabali berada di Bay 4 tersebut, mereka telah melihat lori P13 bergerak menuju menghampiri laluan Bay 4. SP1, SP4 dan En Sharif bin Mohamad Sabali kemudian telah bergerak mendekati P13 untuk menahan namun lori P13 terus memecut berlalu pergi tanpa memberhentikan kenderaan. SP4 nyaris dilanggar oleh lori P13 yang dipandu oleh OKS 2. [9] Kemudiannya SP1, SP4 dan En Sharif bin Mohamad Sabali terus mengejar P13 dengan menaiki kenderaan jabatan. Semasa mengejar, SP1 telah membunyikan hon manakala SP4 menjerit dan mengarahkan OKS-OKS berhenti. Walau bagaimanapun, OKS 2 tersebut terus memecut laju dan tidak mengendahkan arahan yang diberikan. [10] Kenderaan dipandu SP1 kemudiannya telah menghimpit lori P13 semasa di bulatan Masjid KLIA sehingga lori P13 berhenti di sebelah kiri tepi bulatan tersebut. Kemudiannya, SP1, SP4 dan En Sharif bin Mohamad Sabali telah bergegas keluar daripada kenderaan Jabatan dan terus menuju ke bahagian penumpang. [11] SP4 telah memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa dan menerangkan tujuan penahanan mereka kepada OKS-OKS di dalam lori P13. OKS1 dan OKS2 telah keluar melalui pintu penumpang kerana pintu pemandu telah terhalang dengan kenderaan Jabatan. [12] Pada masa yang sama, anggota bantuan iaitu SP3, En Muhd Zahrul Isma Bin Ismail dan En. Zulfahmi Bin Zainul Abidin telah tiba di lokasi dan SP4 telah mengarahkan SP3 bertindak sebagai pelukis pelan lakaran manakala SP1 sebagai jurugambar semasa operasi ini. [13] SP4 telah mengarahkan En Sharif untuk membuat pengeledahan ke atas P13 dengan kehadiran dan penyaksian oleh SP4 dan OKS-OKS. Hasil penggeledahan telah menemui 50 bungkusan tajam yang disyaki sumbu badak sepertimana ekshibit P23 – P72A yang diletakkan di bahagian belakang tempat duduk pemandu dan di bahagian hadapan tempat letak kaki penumpang di dalam lori P13. [14] Kesemua sumbu badak tersebut telah dikumpulkan di bahu jalan bersebelahan lori P13 untuk pengiraan dan tandaan nombor 1 - 50 pada bahagian luar bungkusan sebelum dibawa ke pejabat PERHILITAN KLIA. [15] SP4 telah bertanyakan perihal P23 – P72A kepada OKS-OKS tersebut namun mereka gagal untuk mengemukakan sebarang permit khas / surat kebenaran bagi menyimpan sumbu-sumbu tersebut. [16] Setelah pengeledahan dan penandaan selesai, P23-P72A kemudian telah diletakkan ke bahagian belakang lori P13. SP1 diarahkan oleh SP4 untuk memandu lori P13 manakala OKS-OKS yang ditahan dibawa menaiki kenderaan jabatan di bawah pengawasan SP4. [17] SP4 selanjutnya telah mengarahkan anggota untuk membuka bungkusan plastik hitam pada kesemua 50 unit disyaki sumbu badak dan kemudian membuat penandaan semula pada bahagian sumbu tersebut menggunakan tape kertas dan tandaan yang sama seperti luar bungkusan. [18] SP4 telah mengarahkan anggota untuk membuka bungkusan plastik hitam pada kesemua 50 unit disyaki sumbu badak dan kemudian membuat penandaan semula pada bahagian sumbu tersebut dan tandaan yang sama seperti luar bungkusan. SP4 telah mengarahkan anggota untuk membuka bungkusan plastik hitam pada kesemua 50 unit disyaki sumbu badak dan kemudian membuat penandaan semula pada bahagian sumbu tersebut dan tandaan yang sama seperti luar bungkusan. [19] Setelah selesai, SP4 telah menyediakan Senarai Benda Yang Sisita (P73), diterangkan kandungannya kepada kedua OKS dan ditandatangani serta satu salinan diserahkan kepada OKS-OKS. [20] Pada jam lebih kurang 1.30 pagi, SP4 telah membuat laporan polis sepertimana ekshibit P74. Kedua-dua OKS kemudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis. [21] SP4 telah menyerahkan kesemua dokumen dan barang kes kepada SP8 beserta borang serahan barang kes. SP8 telah memasukkan P23- P72A ke dalam satu (1) kotak kertas dan P94 yang telah di“seal” dengan penandaan “No.IP Kes: JPHL&TN(HQ): 002/21” dan “No. Laporan Polis: Aeropolis/003170/21” dan dipindahkan ke dalam kenderaan jabatan. SP8 juga telah menyerahkan P13 untuk dibawa oleh En Fazirul Bin Jefri ke ibu pejabat. [22] Satu (1) kotak kertas dan P94 yang mengandungi P23 – P72A telah disimpan ke dalam bilik kebal yang diterima oleh Pn Siti Nur Ain binti Mohd Isa (SP6) berserta P95 yang telah ditandatangani. [23] Pada 13/9/2021, jam lebih kurang jam 9.30 pagi, SP8 telah menghubungi SP5 untuk melakukan Analisa DNA terhadap P23 – P72A.
4
4.28 SP5 telah hadir bersama dua orang pembantu pada jam lebih kurang 10.00 pagi. P23 – P72A telah dikeluarkan daripada bilik kebal oleh SP7 bersama P96 yang telah ditandatangani. SP8 telah membuka kedua-dua kotak barang kes disaksi oleh SP5 dan melakukan pengiraan dan penyusunan kesemua P23 – P72A yang dikeluarkan dari kotak. SP5 kemudian telah menimbang berat dan mengambil mengambil setiap sumbu badak sebelum menggerudi setiap sumbu badak untuk mendapatkan serbuk/serpihan yang dimasukkan ke dalam 50 tiub sampel (P84 - P93(A-E) masing-masing yang juga ditandakan dengan nombor 1 – 50 oleh SP5. [24] Selesai proses pensampelan, SP8 telah menyimpan semula P23 – P72A ke dalam dua (2) kotak yang di‘seal’ semula ke dalam bilik kebal dan diterima oleh SP7 pada jam lebih kurang 5.00 petang beserta P97. D. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [25] Seksyen 173 (f) Kanun Tatacara Jenayah menyatakan: “When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.” [26] Seksyen 173 (h) (i) seterusnya menyatakan: “If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence.” [27] Seksyen 180 (4) juga menyatakan, “For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” [28] Berdasarkan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah di atas, beban pembuktian pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan adalah di tahap ‘prima facie’. Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah mentakrifkan ‘prima facie’ sebagai, “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal…The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the Court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the Court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.” [29]. Satu kes prima facie terhadap tertuduh boleh dibuktikan sekiranya pihak pendakwaan berjaya membuktikan setiap elemen bagi pertuduhan tersebut. E. ELEMEN PERTUDUHAN [30] Seksyen 68(1)(b) Akta 716 memperuntukkan terdapat 3 elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan: i) OKS-OKS menyimpan mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar. ii) Mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar tersebut merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya. iii) OKS-OKS menyimpan mana-mana bahagian atau terbitan manamana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tersebut tanpa suatu permit khas. i) Elemen Pertama Pertuduhan: OKS-OKS menyimpan mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar. [31] Dalam kes PP v Hairul Din Zainal Abidin [2001] 6 MLJ 146 Hakim Agustine Paul telah merujuk kepada Websters’ New World Dictionary, 3rd edition yang mentafsirkan menyimpan atau “keep” sebagai: “to take care of, or have and take care or charge of; specif.; (a) to protect; guard; defend (b) to look after; watch over; tend” [32] Bagi memenuhi elemen ini keterangan menunjukkan seperti berikut: a) Keseluruhan sumbu badak dijumpai bersama OKS-OKS di dalam lori P13. b) OKS-OKS mempunyai kawalan dan jagaan penuh terhadap lori P13. d) OKS-OKS telah melarikan diri semasa SP4 dan pasukan cuba menahan mereka di dalam kawasan KLIA Kargo sebelum mereka berjaya ditahan. Fakta ini menunjukkan menunjukkan kelakuan selaras dengan Seksyen 8 Akta Keterangan 1950. [33] Sumbu badak tersebut dijumpai dalam keadaan berbungkus, Adalah menjadi kes Pembelaan, OKS-OKS tidak mengetahui kandungan bungkusan. Pendakwaan pula menghujahkan adalah mustahil untuk OKS-OKS yang bekerja sebagai pemandu lori yang bekerja dengan syarikat pengangkutan/logistik tidak tahu tentang kandungannya mengambil kira; i) Sumbu badak tersebut dijumpai dalam jumlah yang sangat banyak khusus di bahagian dalam kepala lori iaitu di bahagian kaki OKS 1 (penumpang) dan di bahagian belakang tempat duduk OKS 2 (pemandu) ii) Sumbu badak tersebut mempunyai ciri-ciri fizikal yang sangat berbeza daripada wild seaf food / live lobster sepertimana yang dinyatakan dalam Air Waybill (P20) dan Delivery Note (P21) yang diletakkan oleh pihak pembelaan bahawa OKSOKS hanya berpandukan dokumen-dokumen tersebut sebagai pemandu dalam membawa sumbu badak tersebut. iii) Mustahil juga untuk OKS-OKS menerima barang-barang yang terkandung dalam P20 dan P21 dalam keadaan terbuka sepertimana sumbu badak dijumpai yang mana sepatutnya barang-barang yang diambil sepatutnya berada dalam keadaan berbungkus/berkotak sempurna dan mempunyai label/catatan sepertimana yang terkandung dalam P20 dan P21. [34] Keterangan mengikut keadaan seperti diatas secara keseluruhannya menunjukkan kedua-dua OKS menyimpan barang-barang kes dalam lori P13. [35] Elemen pertuduhan kedua juga berjaya dibuktikan oleh Pendakwaan. ii) Elemen Kedua Pertuduhan: Mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar tersebut merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya. Seksyen 3 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 mentafsirkan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya sebagai mana-mana hidupan liar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua akta tersebut. [36] Keterangan SP5 yang merupakan seorang pakar sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 59 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 melalui sijil pelantikan pakar Forensik DNA (P77) mengesahkan bahawa; a) empat puluh sembilan (49) unit sumbu yang dianalisa adalah spesies Ceratotherium simum); dan b) satu (1) unit sumbu yang dianalisa adalah spesies Black Rhinoceros (Diceros bicornis) Kedua-dua spesies ini merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya sepertiamana yang terkandung dalam Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. [37] Berdasarkan keterangan elemen kedua pertuduhan juga berjaya dibuktikan.oleh pihak Pendakwaan. iii) Elemen Ketiga Pertuduhan: OKS-OKS menyimpan mana-mana bahagian atau terbitan manamana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tersebut tanpa suatu permit khas. [38] Pendakwaan telah merujuk kepada Seksyen 11(a) Akta Pemuliharaan hidupan Liar 2020 yang menyatakan seperti berikut: “11. Kehendak bagi permit khas Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiada seorang pun boleh— (a) memburu atau menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya; melainkan jika dia memegang suatu permit khas yang diberikan di bawah Akta ini.” [39] OKS-OKS pada sepanjang masa gagal untuk mengemukakan sebarang dokumen yang membolehkan mereka menyimpan empat puluh sembilan (49) unit sumbu Square-lipped Rhinoceros (Ceratotherium simum) dan satu (1) unit sumbu Black Rhinoceros (Diceros bicornis) (P23 sehingga P72A) sebagaimana yang dipertuduhkan [40] Elemen ketiga juga telah berjaya dibuktikan. F. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [41] Pendakwaan telah berjaya memenuhi semua elemen pertuduhan. Pada peringkat ini kes prima facie Berjaya ditimbulkan oleh Pendakwaan, oleh itu, OKS-OKS diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan. [42] 3 pilihan telah diterangkan kepada OKS-OKS dan kedua-dua OKS telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi dalam usaha untuk membela diri mereka. G. PEMBELAAN OKS-OKS [43] Pada akhir kes pembelaan, mahkamah perlu menilai samaada terdapatnya keraguan yang munasabah, keraguan yang munasabah ini haruslah, sekiranya ada, menjadi keraguan yang boleh diterima akal dan hasil daripada keterangan yang boleh dipercayai yang mampu menimbulkan keraguan dan kelompangan terhadap kes pendakwaan yang telah pun diterima sebagai satu kes prima facie oleh Mahkamah. [44] Dalam kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 ALL ER 373, yang mana mahkamah telah menjelaskan prinsip pembuktian melampaui keraguan munasabah. Mahkamah dalam kes tersebut telah menyatakan bahawa, “That degree is well settled. It need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence 'of course it is possible, but not in the least probable' the case is proved beyond reasonable doubt but nothing of that will suffice.” [45] OKS-OKS dalam keterangan-keterangannya menyatakan seperti berikut: a) OKS 1 dan OKS 2 menyatakan mereka berada di kantin semasa barang-barang tersebut dimasukkan ke dalam lori. b) OKS 1 menyatakan bahawa cop yang digunakan di Ekshibit P21 adalah cop yang dikirmkan oleh ‘Ah Siong’ kepadanya sebelum kejadian melalui kurier. c) OKS 1 menyatakan bahawa sekiranya OKS 2 cuti atau sakit, OKS1 akan mencari pemandu lain untuk buat kerja penghantaran pada malam kejadian. d) OKS 1 menyatakan bahawa barang-barang tersebut telah dimasukkan oleh ‘budak-budak’ ‘Ah Siong’ ketika dia dan OKS 2 duduk di kantin. e) OKS 1 menyatakan ‘Ah Siong’ memberitahunya bahawa barangbarang tersebut telah diletakkan di bahagian kerusi pemandu dan tempat letak kaki penumpang. f) OKS 1 menyatakan bahawa dia menerima arahan daripada ‘Ah Siong’ untuk keluar melalui Bay 4. g) OKS 1 menyatakan ‘Ah Siong’ memberitahunya bahawa pihak Kastam tidak akan periksa lori. h) OKS 1 menyatakan lokasi Bay 4 Kompleks Kargo KLIA, tempat di mana anggota tangkapan cuba tahan buat kali pertama berada di luar kawasan Kargo KLIA dan bukan di dalam kawasan Kargo KLIA. i) OKS 2 menyatakan bahawa barangan disimpan dalam plastik hitam yang besar yang mana keterangan ini juga bercanggah dengan pembelaannya semasa peringkat pendakwaan dan keterangan OKS 1. j) Syarikat Pro Express Worldwide merupakan Syarikat milik ‘Ah Siong’. [46] Keterangan-keterangan ini merupakan keterangan penting yang langsung tidak diletakkan pada peringkat pendakwaan mahupun pada peringkat siasatan. Ini menunjukkan bahawa keterangan-keterangan tersebut merupakan keterangan baru yang hanya wujud pada peringkat pembelaan yang tidak boleh diterima oleh mahkamah. Pembelaan ini bersifat fikir kemudian (afterthought). [47] Selanjutnya pendakwaan turut menghujahkan bahawa sebahagian besar keterangan-keterangan OKS-OKS merupakan keterangan yang bersifat penafian semata-mata tanpa sebarang keterangan sokongan mahupun penjelasan dan penjelasan yang munasabah. OKS-OKS juga sepanjang pembelaannya hanya bergantung kepada pembelaan ‘innocent carrier’. Namun begitu fakta menunjukkan sebaliknya pembelaan OKS juga terjumlah kepada kebutaan sengaja. [48] Pembelaan seperti ini sama sekali tidak menjadikan pembelaan OKT-OKT sebagai pembelaan yang sah dan boleh diterima. [49] OKS-OKS menafikan pengetahuan mereka terhadap barang-barang yang dibawa, sebaliknya mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada Ekshibit P20, Air Waybill. Namun begitu Mahkamah dapati tiada kaitan antara P20 dengan barang kes yang dijumpai. [50] Fakta kes menunjukkan; a) Deskripsi yang dinyatakan dalam P20 barangan merupakan dua (2) kotak/bekas bersaiz 60x45x35x2, namun barangan kes yang dibawa adalah tanpa kotak dan dibaluti dengan 50 plastik hitam. b) Tiada sebarang label/tanda pada keseluruhan 50 bungkusan barangan yang dibawa yang boleh menunjukkan bahawa barangan yang dinyatakan dalam P20 adalah barangan yang sama. c) OKT-OKT bersetuju bahawa barangan dalam P20 merupakan ‘live lobster’ berlainan dengan barangan yang dibawa adalah kering dan tidak bergerak. [51] OKS-OKS juga menafikan bahawa mereka yang bertanggungjawab memunggah barangan tersebut. Namun begitu penafian ini tidak konsisten di mana OKS menyatakan bahawa semasa dia berada di kantin, OKS memberitahunya bahawa barangan telah dinaikkan ke dalam lori dan boleh bergerak, walhal OKS 2 bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dari tempoh dia masuk ke KLIA hingga dia keluar dari KLIA, kunci lori yang membawa barangan tersebut adalah pada sepanjang masa berada dengannya. c) OKS 1 menyatakan kononya barangan tersebut telah dimasukkan oleh ‘budak-budak’ ‘Ah Siong’ namun dia bersetuju bahawa dia tak pernah lihat ‘budak-budak’ tersebut memasukkan barangan itu seperti yang didakwanya. OKT 1 juga bersetuju bahawa dia tidak boleh sahkan barang apa yang dimasukkan oleh ‘budakbudak’ ‘Ah Siong’ itu. d) OKT 1 juga bersetuju bahawa pada sepanjang masa, ketiga-tiga dokumen iaitu Ekshibit P20, P21 dan P22 adalah dalam pegangannya yang dokumen-dokumen ini diperlukan untuk mengambil/mengeluarkan barang dari kargo KLIA, namun dalam masa yang sama dia menyatakan bahawa ‘budak-budak’ ‘Ah Siong’ yang memasukkan barangan tersebut ke dalam lori. Keterangan ini tidak konsisten [52] Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa tindakan OKT-OKT adalah diluar aturan sebagai agen syarikat logistik dan pemandu lori dan tidak munasabah dalam hal perkara berikut: a) keterangan menunjukkan OKS 1 gagal menjelaskan tentang ketidakaturan proses pengambilan barangan kes pada hari kejadian berbanding proses biasa yang diceritakannya semasa memberikan keterangan. Ketika disoal oleh Timbalan Pendakwaraya berkaitan consingnee pada airway bill/P20 ada dinamakan syarikat yang ditetapkan untuk mengambil barang dinyatakan.Mengikut aturan yang diakui sendiri oleh OKS1 hanya syarikat yang dinamakan dalam airway bill/P20 iaitu dalam kes ini Syarikat Triple Logistic yang boleh ambil barang itu. Ejen daripada company lain tidak boleh mengambil barang itu. Tetapi dalam kes ini syarikat yang mengambil barang dan membuat clearing ialah PRO Express Worldwide. Tiada penjelasan berkaitan isu yang penting ini oleh OKS1. TPR : Saya percaya Encik Syukri familiar atau sudah biasa dengan P20 ini. Betul? OKT 1 : Betul iv. TPR : So apa ini P20? OKT 1 : Air way bill v. TPR : So dibahagian consignee name and address sebagai contoh dalam kes ini PRO Express Worldwide. Betul? OKT 1 : Betul vi. TPR : So, individu yang akan bertanggungjawab untuk membuat clearance setibanya barang2 ini tiba di KLIA adalah ejen daripada PRO Express worldwide betul? OKT 1 : Betul vii. TPR : Berbalik kepada soalan saya, company lain atau ejen lain selain daripada PRO Express Worldwide tak boleh ambil barang ini? Betul? OKT 1 : Betul [53] Seksyen 114 Akta Keterangan 1950 menyatakan:
114
Court may presume existence of certain fact The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case. ILLUSTRATIONS The court may presume—
g
that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it;
h
that if a man refuses to answer a question which he is not compelled to answer by law, the answer if given would be unfavourable to him; b) OKT 2 gagal menjelaskan keadaan di mana barangan tersebut dinaikkan ke dalam lorinya dalam keadaan dia tidak melihat atau menyemak proses tersebut. Pada sepanjang masa kunci lori adalah sepanjang masa bersama-samanya. c) OKT 1 gagal menjelaskan tentang penggunaan cop palsu yang digunakannya pada dokumen P21 dalam keadaan OKT 1 bersetuju bahawa dia sendiri tidak akan memberikan copnya pada mana-mana orang lain. d) OKT 1 juga gagal menjelaskan tentang peranan aktif ‘Ah Siong’ yang mengatur setiap perbuatan OKT-OKT pada hari kejadian walhal ‘Ah Siong’ kononnya dikatakan pelanggan yang melanggan khidmat logistik mereka. OKTOKT tidak pernah sekalipun menunjukkan apa-apa dokumen yang boleh menyokong walaupun secebis keterangan yang dinyatakan yang mana mereka mempunyai peluang dan ruang untuk berbuat demikian sepanjang kes ini berlangsung. [54] Berdasarkan keseluruhan keterangan yang diberikan oleh OKS-OKS, ianya sangat jelas bahawa pembelaan mereka hanyalah bersifat kebutaan sengaja. Mahkamah mendapati watak ‘Ah Siong’ sengaja dicipta bagi menkelabuli (diversion) tindakan jenayah OKS-OKS. [55] Dalam kes Munuswamy Sundar Raj v. PP [2016] 1 CLJ 357 yang mana mahkamah dalam menolak pembelaan ‘innocent carrier’ telah menyatakan, “Let us now peruse briefly at the relevant parts of the evidence regarding the current case where every opportunity was made available to the appellant to inspect the bag. It was noticeable that there was no suggestion by the defence that the appellant had enquired from the person who handed the two boxes to him or such a suggestion was made to any of the prosecution's witnesses of the contents. He was in a position to examine the contents of the bag entrusted by that Faruk before it was checked in but failed to do so. He was clearly guilty of wilful blindness (see Hoh Bon Tong v. PP [2010] 5 CLJ 240 CA and PP v. Amil Akmad [2007] 4 CLJ 688; [2007] 5 MLJ 561 CA). In Hoh Bon Tong v. PP (supra ) when discussing this defence held that: The defence of innocent carrier must necessarily bring into the picture the concept of wilful blindness. And according to Yong Pung How CJ (Singapore) in Public Prosecutor v. Hla Win [1995] 2 SLR 424 (at p. 438), "the concept of wilful blindness qualifies the requirement of knowledge". And His Lordship continued further by saying (at the same page): As Professor Glanville Williams aptly remarked in his Texbook on Criminal Law, at p. 125: ... the strict requirement of knowledge is qualified by the doctrine of wilful blindness. This is meant to deal with those whose philosophy is: 'Where ignorance is bliss, 'tis folly to be wise'. To argue away inconvenient truth is a human failing. If a person deliberately 'shuts his eyes' to the obvious, because he 'doesn't want to know', he is taken to know'. Continuing at the same page, His Lordship said: In Ubaka v. PP [1995] 1 SLR 267, the principles laid down in Warner v. Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356; [1968] 2 WLR 1303 and modified in Tan Ah Tee v. PP [1978] CLJU 193; [1978] 1 LNS 193; [1980] 1 MLJ 49 were applied by the trial judge. In its grounds of judgment, this court quoted the following passage by the trial judge: Ignorance is a defence when there is no reason for suspicion and no right and opportunity of examination, and ignorance simpliciter is not enough.” [56] Mahkamah menerima hujahan Timbalan Pendakwaraya yang bijaksana bahawa OKS-OKS mempunyai ruang, masa dan peluang untuk memeriksa barangan yang dibawa sebelum mereka ditangkap, bahkan mereka juga merupakan individu yang tidak asing lagi dalam bidang logistik khusus yang melibatkan Kargo KLIA. Perbuatan OKT-OKT adalah dalam ruang lingkup utama periuk nasi mereka dan mereka bukanlah individu rawak/rambang yang ditugaskan untuk membawa barangan tersebut. [57] Pembelaan OKS-OKS keterangan bersifat penafian semata-mata dan gagal menimbulkan keraguan malahan tidak cukup untuk menimbulkan sebarang keraguan. H. KEPUTUSAN MAHKAMAH DIAKHIR KES PEMBELAAN [58] Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah seterusnya Mahkamah menyabitkan OKS-OKS terhadap pertuduhan. I. RAYUAN OKT [59] Dalam rayuannya OKT mengatakan telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. OKT menjaga ibu bapa. OKT juga adalah sole bread winner keluarganya. OKT insaf dengan perbuatannya dan memohon hukuman yang sangat ringan. J. RAYUAN PEMBERATAN OLEH TIMBALAN PENDAKWARAYA [60] Timbalan Pendakwaraya memohon supaya OKT hukuman setimpal sebagai pengajaran. Kesalahan adalah kesalahan yang serius yang memperuntukkan penjara boleh sampai 20 tahun dan sebatan. [61] Hukuman ini juga akan menjadi satu peringatan di masa hadapan kepada masyarakat. Timbalan Pendakwaraya juga memohon supaya Mahkamah mengambilkira kesan perbuatan OKS-OKS akan menyebabkan kepupusan popolusi badak sumbu. [62] Timbalan Pendakwaraya menjelaskan kes dijalankan secara perbicaraan penuh, dimana ramai saksi pendakwaan telah dipanggil dan memohon hukuman yang setimpal dan berat. [63] Dalam rayuannya OKT mengatakan telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. OKT juga adalah sole bread winner keluarganya. OKT insaf dengan perbuatannya dan memohon hukuman yang sangat ringan. [64] Timbalan Pendakwaraya memohon supaya OKT hukuman setimpal sebagai pengajaran. Kesalahan adalah kesalahan yang serius yang memperuntukkan penjara boleh sampai 20 tahun dan sebatan. Hukuman ini juga akan menjadi satu peringatan di masa hadapan kepada masyarakat. Timbalan Pendakwaraya juga memohon supaya Mahkamah mengambilkira keseriusan Badan Perundangan yang mengetatkan hukuman bagi melindungi haiwan dari kepupusan. K. HUKUMAN [65] Trend hukuman bagi kes-kes dibawah Akta 716 adalah pelbagai. Ini dapat dilihat dari kes-kes berikut: Pendakwaraya V. Dang Thi Khanh [2014] 1 LNS 975 a) Pertuduhan Pertama - penjara 18 bulan dari tarikh tangkap dan denda RM50,000.00 gagal bayar penjara 5 bulan; b) Pertuduhan Kedua - penjara 18 bulan dari tarikh tangkap dan denda RM50,000.00 gagal bayar penjara 5 bulan; Hukuman penjara berjalan serentak. Mohamad Khairul Zolkople Dan Pendakwa Raya [2017] 1 LNS 2279 Perayu telah dijatuhkan hukuman tiga (3) tahun penjara dari tarikh hukuman 16.12.2016 bagi tuduhan pertama dan tiga (3) tahun penjara dari tarikh hukuman 16.12.2016 bagi pertuduhan kedua. Mahkamah ini telah menolak rayuan dan mengekalkan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Puan HMS tersebut. Mohd Sharwandy Sollahudin Vs Pendakwa Raya [2025] CLJU 1114 Perayu telah disabit dan dihukum seperti berikut: (a) bagi pertuduhan pertama di bawah di bawah seksyen 68(2)(a) Akta 716, Perayu dipenjara 24 bulan dari tarikh jatuh hukum; (b) (c) (d) Fakta kes [4] bagi pertuduhan kedua di bawah di bawah seksyen 68(2)(a) Akta 716, Perayu dipenjara 78 bulan dari tarikh jatuh hukum; bagi pertuduhan ketiga di bawah di bawah seksyen 68(2)(a) Akta 716, Perayu dipenjara 78 bulan dari tarikh jatuh hukum; dan bagi pertuduhan keempat di bawah di bawah seksyen 86(1)(c) Akta 716, Perayu dipenjara 9 bulan dari tarikh jatuh hukum. Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan dan mengekalkan sabitan dan hukuman. [66] Setelah menimbangkan rayuan kedua belah pihak dan trend hukuman semasa Mahkamah jatuhkan hukuman enam (6) bulan penjara. Ahmad Fuad bin Othman Hakim Mahkamah Sesyen Sepang Pendakwaan Danial Bin Munir Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Peguambela-Peguambela Tetuan Aqeeb & Co Peguambela dan Peguamcara No.5 Lake Vista, Jalan Tasik Prima 4/5A, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong Selangor Abdul Aziz & Yazmin Peguambela dan Peguamcara No.3, Tingkat 2, Jalan Sri KIambang1, Taman Sri Kiambang, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.