Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA
JA-11B-4-05/2023
High Court of Malaysia27 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA
1
1.
2
(No. K/P: 840911-08-5087) …PERAYU-PERAYU
1
1.
2
2.
3
KERAJAAN MALAYSIA … RESPONDEN-RESPONDEN (Didengar bersama) DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA
1
1.
2
2.
3
KERAJAAN MALAYSIA …PERAYU-PERAYU
1
1.
2
(No. K/P: 840911-08-5087) …RESPONDEN-RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KULAI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM
1
1.
2
(No. K/P: 840911-08-5087) …PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
KERAJAAN MALAYSIA …DEFENDAN-DEFENDAN] ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini adalah rayuan Perayu Mohamad Uzair (dalam JA-11B-4- 05/2023 dirujuk selepas ini sebagai “rayuan utama”) yang merupakan Plaintif 1 (P1) dalam bicara di Mahkamah Majistret adalah penunggang motorsikal JMA 1631 dan P2 selaku pemilik motorsikal. Kedua-dua merayu terhadap keputusan Majistret atas isu liability dan kuantum apabila tuntutan Plaintif/Perayu pada jumlah yang tertentu, dibenarkan dengan liablity Plaintif 70% cuai dan Defendan 30% cuai. [2] Defendan 1 (D1) iaitu pemandu ambulan nombor BMB 2375 yang semasa kejadian memasang lampu beacon dan membunyikan siren kecemasan kerana bertujuan memberi respon kepada panggilan kecemasan pesakit yang mengalami sesak nafas, juga mengemukakan rayuan silang dalam JA-11B-6-06/2023 (selepas ini dirujuk sebagai “rayuan silang”) atas liability dan sebahagian kuantum gantirugi khas yang dibenarkan oleh Mahkamah Majistret. Dapatan atas liabiliti [3] Plaintif/Perayu (P1) adalah penunggang motorsikal nombor pendaftaran JMA 1631 yang pada 28.2.2021 jam lebih kurang 9.30 malam, menunggang di Lorong A-A1 di mana menurut P1 dia telah melihat ambulan ini keluar daripada Hospital Kulai yang terletak di belah kiri 100 meter dari Lorong A-A1 ini (lihat: lampiran 4 Rekod Rayuan penyata saksi SP3 muka surat 42 pdf). Malahan menurut SP3 sejurus sebelum kemalangan, ambulan berada di hadapan sedikit daripada kedudukan SP3. [4] Pada dapatan Mahkamah, ini bermakna SP3 sentiasa berada di belakang D1 untuk membolehkan SP3 melihat ambulan yang dipandu oleh D1 keluar daripada Hospital Kulai, malahan semasa pemeriksaan balas, SP3 menyatakan dia telah bertindak memberi ruang kepada ambulan untuk keluar daripada Kawasan Hospital Kulai. [5] Manakala tindakan D1 pula, pada dapatan Mahkamah ini adalah akibat daripada panggilan kecemasan yang memerlukan D1 bertindak kerana atas kedudukan hospital dan keadaan trafik yang tidak memberikan laluan, memerlukan untuk D1 menghala ke Lorong A-A1 di rajah kasar dan menyongsang masuk ke kanan untuk menghala ke Bandar Putra (lihat: rajah kasar di alasan penghakiman Majistret di lampiran 6 muka surat 18 pdf). [6] Melihat kepada gambar-gambar warna di Rekod Rayuan (lihat: Rekod Rayuan lampiran 4 muka surat 112 pdf.), tindakan D1 ingin membuat pusingan ke kanan pada hujung Lorong A-A1 untuk menuju ke Bandar Putra mungkin mengakibatkan ambulan ini memasuki laluan bertentangan kenderaan dan mengakibatkan kemungkinan bertembung dengan kenderaan dari jalan bertentangan. Namun, ini semata-mata andaian dan tidak berlaku dalam kes ini kerana kemalangan menurut D1, berlaku di kawasan garis “chevron” sebelum ambulan memasuki laluan ke Bandar Putra. [7] Berdasarkan kerosakan ambulan ialah pada pintu kanan belah pemandu kenderaan ambulan, kemalangan berlaku dengan kedudukan motorsikal ditunggang SP3 berada berhampiran di belah kanan ambulan. Ambulan, walau bagaimanapun pada ketika impak kemalangan ini berlaku, kedudukan ambulan pada ketika ini belum berada di atas jalan menghala ke Bandar Putra kerana kemalangan berlaku pada laluan zebra atau sebenarnya garisan “chevron” pada ruang berbentuk segitiga di rajah kasar. [8] Versi P1 sedikit berbeza kerana semasa diminta menandakan tempat kemalangan telah membuat tandaan di atas garis “chevron” di rajah kasar tetapi membuat tandaan di luar garis “chevron” pada gambar. Walau bagaimanapun pada dapatan Mahkamah ini, kemalangan ini berlaku sama ada di atas atau berhampiran dengan garisan “chevron” ini menurut SP3 (P1) semasa disoalbalas, berlaku pada kedudukan SP3 (P1) lebih kurang 40 meter daripada ambulan (lihat: Rekod Rayuan lampiran 6 muka surat 51 pdf). Di dalam pemeriksaan utama, SP3 menyatakan kemalangan berlaku ketika SP3 berada dalam kedudukan sangat hampir dengan D1 (ambulan) (lihat: Rekod Rayuan lampiran 4 muka surat 42 pdf). [9] Oleh itu, rumusan yang boleh dibuat oleh Mahkamah ini ialah SP3 (P1) mengekori ambulan ini dengan rapat sehingga menyebabkan SP3 sendiri gagal mengambil apa-apa tindakan berjaga-jaga atas apa-apa keputusan yang diambil oleh D1 atas kecemasan yang mungkin dijangka oleh D1. Ini adalah kerana untuk merencanakan bahawa D1 sepatutnya menurut jalan lazim yang biasa dengan membuat pusingan di laluan yang dibenarkan yang mungkin akan memakan masa yang lebih lama dan perjalanan yang lebih jauh yang akan hanya memudaratkan pesakit yang berada dalam situasi membuat panggilan kecemasan kepada Defendan, adalah tidak munasabah, selagi D1 telah mengambil langkah yang sewajarnya dalam keadaan ini. [10] Dalam keterangan kes ini, tiada apa-apa cadangan di pihak P1 untuk menafikan keterangan D1 bahawa keadaan trafik pada laluan Lorong A-A1 sesak sekadar mencadangkan kejadian berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan kenderaan tidak sesak. Walau bagaimanapun, ia sekadar cadangan dan D1, meskipun bersetuju kemalangan berlaku semasa tempoh PKP tetapi tidak bersetuju trafik tidak sesak. Oleh itu, cadangan ini tidak mematahkan versi keadaan lalulintas semasa kejadian. [11] Untuk rujukan Peraturan 9 pula, ia memperuntukkan keutamaan kepada kenderaan-kenderaan penguatkuasaan yang bertindak atas urusan kecemasan menjalankan tugas seperti berikut: “Rule 9. Priority over other traffic.
1
Any ambulance, fire engine, customs vehicle or police vehicle, prison vehicle shall when on urgent duty have the right of way over all other traffic if it makes known its approach by means of sounding of a distinctive siren, bell or two-tone horn: Provided that such priority shall not be held to relieve the driver of such vehicle of his liability under the civil law or the provisions of any law relating to dangerous, careless or inconsiderate driving. [Am. P.U.(A) 213/1968, Am. P.U.(A) 288/1973; Ins. P.U.(A) 310/2008]
2
All other traffic shall on being warned as aforesaid of the approach of any ambulance, fire engine, customs vehicle or police vehicle, prison vehicle draw in as close as possible to the left hand side of the road and all vehicles shall then be brought to a standstill to allow a clear passage for such ambulance, fire engine, police vehicle or prison vehicle.” [12] Adalah jelas, Peraturan 9 L.N.166/59 mengkehendaki kenderaan lain mengambil kedudukan di bahagian kiri jalan. Ini tidak berlaku dalam kes semasa. Oleh itu, dapatan Mahkamah ini ialah keputusan Majistret bahawa terdapat kecuaian pada tahap 70% adalah disokong oleh keterangan dan tiada apa-apa yang “plainly wrong” dengan keputusan ini. Kecuaian 30% di pihak D1 pula ialah atas dapatan Mahkamah ini bahawa D1 secara umumnya, masih perlu mengamalkan sikap berhati-hati terhadap pengguna jalan raya yang lain meskipun dalam situasi kecemasan. [13] Dengan berlakunya kemalangan ini dan meskipun P1 sepatutnya berada di laluan kiri ambulan, namun P1 yang bertindak dalam situasi normal yang tidak dapat menjangkakan D1 sebenarnya menghadapi situasi kecemasan di lokasi Bandar Putra yang memerlukan D1 memasuki laluan di hadapan Lorong A-A1 dengan mengambil kira situasi trafik ketika itu di mana pengguna trafik tidak memberi laluan sebaik sahaja ambulan keluar daripada Hospital Kulai. [14] Atas penemuan dan hasil dapatan ini, Mahkamah memutuskan mengekalkan penemuan kecuaian 70:30 sebagaimana yang dicapai oleh Majistret yang bijaksana. Oleh itu, rayuan atas liability oleh kedua-dua Plaintif dan Defendan ditolak. Dapatan atas kuantum [15] Rayuan utama Perayu (P1) di atas kuantum ditolak oleh Mahkamah ini manakala rayuan silang Defendan atas kuantum dibenarkan di mana award untuk “anti-inflammatory” RM2,400.00 dan “physiotherapy” sebanyak RM3,600.00 diketepikan oleh Mahkamah ini. Keputusan ini dibuat berdasarkan dapatan bahawa P1 tidak diwadkan meskipun dirujuk ke hospital untuk rawatan pada hari kemalangan. Ini dengan sendirinya bermaksud kecederaan P1 tidak serius. [16] Tambahan pula P1 tidak ada mendapatkan rawatan susulan dari mana-mana pusat perubatan selepas kemalangan. Malahan laporan pakar menunjukkan “there is evidence of fracture of the right clavicle which has united” menjelaskan situasi kenapa P1 tidak merasakan keperluan untuk mendapatkan rawatan susulan ini. Oleh itu, tiada sebab untuk “anti-inflammatory” dan “physiotherapy” dibenarkan. [17] Selain daripada itu, berhubung tuntutan kehilangan pendapatan, majikan P1 juga tidak hadir untuk mengesahkan bahawa P1 tidak dibayar gaji untuk tempoh sebulan P1 bercuti sakit. Ini menjadi asas keputusan Majistret menolak tuntutan P1. Atas asas ini, hujahan Perayu (P1) bahawa P1 mengalami kecederaan teruk dan layak untuk menuntut gantirugi kehilangan pendapatan, kehilangan keupayaan pendapatan tidak disokong oleh apa-apa keterangan. Keterangan sebaliknya menunjukkan P1 telah mula bekerja sebaik tempoh cuti sakit tamat dengan gaji yang lebih tinggi. [18] Lain-lain tuntutan dibenarkan oleh Majistret mengikut budi bicaranya mengambil kira hujahan kedua-dua pihak dan dibenarkan pada jumlah yang difikirkan wajar dan munasabah oleh Majistret. Ini, pada dapatan Mahkamah ini adalah selari dengan prinsip yang diputuskan dalam kes Lim Eng Kay v Jaafar Bin Mohamed Said [1982] 2 MLJ 156 (FC) penghakiman oleh Salleh Abas FJ yang menetapkan prinsip berhubung tuntutan gantirugi seperti berikut: “Held (1) the judicial warnings against the size of the awardin some of the cases cannot be construed as laying down a new principle for assessing damages, but are merely intended to serve as a caution, lest the court might be moved by sympathy for an injured person to giving a higher award than would have been otherwisejustified by evidence. The proper approach is therefore to avoid conjecturing into the unchartered sphere of public policy and for the appeal court to examine the award to see whether its assessment was perverse or whether it was arrived at on an incorrect principle…” [19] Lain-lain tuntutan yang dibenarkan Majistret pada jumlah yang dirasakan munasabah pula seperti tuntutan gantirugi keroasakan barang peribadi jam tangan dan pakaian hanya dibenarkan pada jumlah yang dirasakan munasabah atas asas tiada keterangan sokongan untuk menunjukkan Plantif berada dalam milikan barangan peribadi ini atau ia rosak akibat kemalangan ini. Tuntutan yang diplid pula bertentangan dengan keterangan P1 sendiri dari segi perbelanjaan seperti tambang lawatan yang dipohon sebanyak RM100.00 sedangkan keterangan P1 hanya sejumlah RM10.00 dibelanjakan. Intervensi oleh Hakim yang mendengar Rayuan [20] Sebelum Mahkamah ini mengakhiri alasan penghakiman ini, penting untuk ditekankan bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan mempunyai budibicara untuk membuat apa-apa dapatan daripada fakta-fakta yang telah dikemukakan mengikut keterangan khususnya membuat inferen yang munasabah. Mahkamah bersandarkan kepada penghakiman oleh PS Gill FCJ dalam Abdul Rahim Abdul Hamid & Ors v Perdana Merchant Bankers Bhd & Ors [2006] 5 MLJ 1 (FC) di muka surat 10, yang menyentuh berhubung intervensi mahkamah rayuan seperti berikut: “(18) We have had to reassess the entire facts of this case, as there was precious little analysis of the evidence by the intermediate court. We find the approach of the Court of Appeal, which merely endorsed the findings of the trial judge because they were findings of fact, slightly discomfiting. We wish to state that we are well aware of the settled principle that a trial court is in a more advantageous position to make findings of fact and assessing the credibility of witnesses, hence generally as an appellate court we will not interfere with a decision which is based on such findings of fact unless there is a clear justification for doing so. Further, a distinction has to be made between a finding on a specific fact which relies on the credibility of witnesses and a finding of fact which depends upon inferences drawn from other facts. In the latter case, an appellate court will more readily interfere with the trial judge's findings of fact and form an independent opinion, than in the case of the former (see China Airlines Ltd v Maltran Air Corp Sdn Bhd [1996] 2 MLJ 517). Having said the foregoing we are also of the view that an appellate court cannot in a peremptory fashion say, because it is an assessment of facts of a trial judge against the oral and written evidence presented before him, they are not prepared to interfere with such a finding of fact, without even making any distinction as to the nature of the findings. It is only after an analysis of the evidence afresh, and on a review of the law can such a finding be made by an appellate court. Without this approach, the endorsement of the appellate court, deserves little or no weight at all”. Analisa Mahkamah: jika gantirugi wajar dikaji semula oleh Mahkamah ini dalam mendengar rayuan [21] Atas prinsip-prinsip yang telah dinyatakan dengan jelas di atas berhubung kuasa mahkamah yang mendengar rayuan mengganggu dapatan mahkamah bicara, Mahkamah dengan ini mengambil pendekatan meneliti alasan-alasan Hakim bicara sehingga membawa kepada keputusan yang telah dicapai olehnya dan berpuashati tiada yang “plainly wrong”. Atas alasan ini, rayuan P1 ini ditolak manakala rayuan Defendan dibenarkan setakat gantirugi “anti-inflammatory” RM2,400.00 dan “physiotherapy” sebanyak RM3,600.00 diketepikan oleh Mahkamah. [22] Dalam menjalankan ujian ini, jikapun Mahkamah ini berkemungkinan berbeza pendapat berhubung jumlah yang munasabah, namun masih dapat mengekalkan keputusan Hakim bicara kerana ia adalah selamat yang diputuskan bersandarkan kuasa budi bicaranya dan memutuskan tiada apa-apa kekhilafan di pihak Hakim bicara dalam mencapai keputusan untuk membenarkan tuntutan Plaintif/Perayu pada jumlah yang telah diputuskan Hakim bicara kerana ia tidak pada jumlah yang sedikit yang melampau (manifestly inadequate), bertentangan dengan hujahan peguam Perayu. [23] Atas sandaran ini, Mahkamah telah melihat dengan terperinci award-award yang diberikan oleh Majistret bagi tujuan rayuan ini untuk memastikan jika award layak dituntut Plaintiff dan layak diberikan oleh Mahkamah dan memutuskan ‘ya’, ia adalah pada jumlah yang munsabah. Oleh itu, rayuan Plaintif ini ditolak. Tandatangan (NURULHUDA NUR’AINI BTE MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Bertarikh: 31.01.2025 KAUNSEL Bagi pihak Perayu/Plaintif: Aimi Zaman Tetuan Syarizad Zaman & Seah Peguambela & Peguamcara #5-05, Lvel 5, Menara TJB No. 9 Jln Syed Mohd Mufti 80000 Johor Bahru Bagi pihak Responden/Defendan: Nur Najiah Hamidi Peguam Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Unit Guaman, Aras 2 Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad Kota Iskandar 79100 Iskandar Puteri Johor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.