Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) yang menjadi intipati dalam pertuduhan terhadap OKT. ELEMEN KEDUA: OKT1, OKT2 DAN OKT3 MEMPUNYAI KAWALAN, JAGAAN DAN MILIKAN TERHADAP DADAH YANG DIRAMPAS [23] Pihak pendakwaan merujuk kepada Kes Chan Pean Leon V. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237 dan Pendakwa Raya V. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 FC; [2009] 2 MLJ 194; [2008] 3 MLRA 116; [2009] 2 AMR 757. [24] Berdasarkan kepada naratif kes pendakwaan, terdapat dua buah kereta yang terlibat dalam serbuan iaitu kereta Honda nombor pendaftaran WPD 4715 dan kereta Proton Kembara WPX 9184. [25] OKT1 dan OKT2 telah ditahan dalam kereta Honda dan dadah dijumpai bersama mereka (3 beg kertas). OKT 3 pula ditangkap dalam Kembara dan dadah dijumpai bersamanya (1 beg kertas). [26] Keterangan berkenaan kereta Honda (Honda) tersebut dapat dilihat berdasarkan keterangan SP2 yang menyatakan bahawa beliau adalah pemilik kepada kereta tersebut. SP2 telah membeli kereta berkenaan melalui lelongan dengan harga sebanyak RM18,000.00 dan SP2 telah menggunakan kereta itu sejak tahun 2018. [27] Pada 17.12.2020, OKT2 ada meminjam kereta Honda dari SP2 yang dikatakan bertujuan untuk pergi ke hospital. Mereka telah berjumpa pada hari yang sama jam 9 pagi. SP2 telah menyerahkan satu set kunci kereta Honda kepada OKT2. [28] SP2 sahkan bahawa semasa kereta Honda diserahkan kepada OKT2, kereta dalam keadaan kosong dan tiada apa-apa barang salah dalam kereta tersebut. [29] Semasa serbuan dijalankan oleh SP4 ke atas kereta Honda, OKT2 berada di tempat duduk pemandu manakala OKT1 berada di tempat duduk penumpang. Pemeriksaan dalam kereta Honda telah menjumpai 3 beg kertas iaitu P21, P22 dan P23 di atas kerusi penumpang bahagian belakang dan dalam setiap beg kertas tersebut mengandungi dadah. [30] Sebelum serbuan ke atas kereta Honda dilakukan, SP4 telah membuat pemerhatian di tempat kejadian. SP4 telah melihat yang OKT1 telah menjinjit P21, P22 dan P23 dari kereta Kembara yang pada awalnya dinaiki oleh OKT1 dan OKT 3. OKT1 sambil menjijit P21, P22 dan P23 telah masuk ke dalam kereta Honda tersebut. Sementara itu, OKT3 sebagai pemandu kereta Kembara (Kembara) masih duduk di tempat pemandu kereta Perodua. [31] Disebabkan oleh tangkapan secara serta merta (red handed) ke atas OKT1 dan OKT2 dalam kereta Honda tersebut, kedua-dua tertuduh mempunyai jagaan bersama terhadap dadah-dadah yang dijumpai. Tiada individu lain yang dilihat berada dalam kereta Honda semasa serbuan dan tiada pergerakan keluar masuk mana-mana individu lain dari kereta Honda tersebut sebelum serbuan. [32] Seterusnya, semasa serbuan dilakukan ke atas kereta Honda, pada masa yang sama SP5 telah membuat serbuan ke atas kereta Kembara yang mana OKT3 telah ditahan di tempat duduk pemandu kereta Kembara. Tiada individu lain yang berada dalam kereta Kembara tersebut. [33] Setelah SP4 membuat pemeriksaan dan merampas P21 hingga P23 yang mengandungi dadah dalam kereta Honda tersebut, SP4 telah membuat pemeriksaan dalam kereta Kembara dan telah menjumpai satu beg kertas P24 yang mengandungi dadah yang berada di tempat duduk penumpang hadapan, bersebelahan dengan OKT3. [34] Sebelum serbuan dijalankan ke atas kedua-dua buah kereta tersebut, SP4 dan anggota serbuan telah membuat pemerhatian di tempat kejadian dalam tempoh 5 – 10 minit dan SP4 telah melihat kereta Kembara berhenti di parkir tempat kejadian. [35] Kemudian, SP4 melihat OKT1 keluar dari bahagian penumpang hadapan manakala OKT3 keluar dari bahagian pemandu dan masuk ke dalam pasar mini 99 Speedmart. [36] SP4 menyatakan yang semasa OKT1 dan OKT3 masuk ke dalam pasar mini (99 Speedmart), pandangan beliau masih tertumpu kepada kereta P Kembara dan tiada apa-apa pergerakan keluar masuk dari kereta tersebut. [37] Kemudian, OKT1 dan OKT3 telah keluar dari pasar mini dan mereka telah pergi semula ke arah kereta Kembara. OKT3 telah masuk semula ke bahagian pemandu manakala OKT1 telah membuka pintu penumpang hadapan dan mengambil P21 hingga P23 dari dalam kereta Kembara dan membawa barang-barang dadah tersebut ke kereta Honda. [38] Keterangan berkenaan kereta Kembara boleh dilihat berdasarkan kepada keterangan SP3 yang merupakan isteri kepada OKT2. SP3 mengesahkan bahawa kereta Kembara tersebut adalah milik suaminya berdasarkan kepada pengecaman kereta di P8 (13 – 19). SP3 menyatakan bahawa OKT2 telah memaklumkan SP3 bahawa kereta tersebut dibeli daripada seorang lelaki yang telah pulang ke Myanmar. SP3 menyatakan bahawa OKT2 memiliki kereta tersebut sebelum OKT2 mengalami lumpuh. [39] Hanya OKT2 sahaja yang menggunakan kereta Kembara tersebut. Selepas OKT2 lumpuh tiada sesiapa yang menggunakan kereta tersebut. Walau bagaimanapun, SP3 menegaskan bahawa semasa tarikh kejadian serbuan berlaku, keadaan kesihatan OKT2 sudah beransur pulih dan OKT2 sudah boleh berjalan. [40] Keterangan daripada SP6 mengesahkan bahawa berdasarkan carian JPJ ke atas kereta Kembara tersebut, pemilik yang berdaftar adalah Abdul Malik bin Kutty dan carian JPJ beserta 90A telah ditandakan sebagai P28. [41] SP6 juga telah membuat semakan terhadap penama Kembara dan mendapati bahawa penama berkenaan telah meninggal dunia pada 26.8.2018 dan sijil mati dan sijil di bawah seksyen 90A penama tersebut telah ditandakan sebagai P29. [42] Hasil siasatan oleh SP6 terhadap SP2 dan SP3 mendedahkan bahawa kereta Kembara telah dibeli dan dimiliki oleh OKT2. [43] Berdasarkan kepada keterangan berkenaan kereta dan semasa serbuan dijalankan jelas menunjukkan bahawa OKT2 mempunyai kawalan dan jagaan terhadap P24 yang mengandungi dadah tersebut. ELEMEN KETIGA: OKT1, dan OKT3 MEMPUNYAI PENGETAHUAN TERHADAP DADAH YANG DIRAMPAS [44] Pihak pendakwaan merujuk kepada kes PP v Parlan Dadeh [2009] 1 CLJ dan PP v Mohd Farid Mohd Sukis & Anor (2002) 3 MLJ 401. [45] Pihak pendakwaan berhujah kesemua OKT mempunyai pengetahuan berkenaan dadah-dadah yang dijumpai dalam P21 hingga P24. [46] Berdasarkan keterangan daripada SP4 semasa serbuan, P21 dan P23 diambil dari dalam kereta Kembara tersebut dan dibawa masuk ke dalam kereta Honda. [47] SP4 juga menyatakan bahawa P24 yang dijumpai dalam kereta Kembara adalah beg kertas yang sama sebagaimana P21 hingga P23. Hal ini menunjukkan yang OKT1 dan OKT 3 yang sampai di tempat kejadian terlebih dahulu sebelum kereta Honda sampai di tempat kejadian sememangnya telah mempunyai pengetahuan berkenaan dadah-dadah yang terkandung dalam P21 hingga P24. [48] P21 hingga P24 adalah dalam keadaan terbuka dan kandungan dadah di dalamnya boleh dilihat dengan mata kasar. [49] SP5 juga semasa pemeriksaan balas menyatakan bahawa P24 yang dijumpai dalam kereta Kembara adalah dalam keadaan menegak. Ketinggian beg kertas P24 bukan terlalu tinggi yang mana OKT 3 tidak akan dapat melihat atau tahu kandungan dadah yang berada di dalamnya. [50] Apabila P21 hingga P24 adalah dalam keadaan terbuka dan tidak bersil kesemua OKT mempunyai pengetahuan berkenaan dadah-dadah tersebut. [51] Selain itu, perbuatan OKT1 sendiri yang menjinjit P21 hingga P23 dari kereta Kembara ke kereta Honda terjumlah kepada perbuatan yang relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Begitu juga reaksi OKT1 dan OKT2 yang terkejut apabila SP4 menjumpai P21 hingga P23 dalam kereta Honda dan reaksi yang sama juga diberikan oleh OKT3 apabila P24 dijumpai dalam kereta Kembara merupakan perbuatan “subsequent conduct” di bawah seksyen 8 Akta Keterangan. [52] Oleh hal yang demikian, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa perbuatan OKT1 hingga OKT 3 mempunyai pengetahuan yang sebenar atau langsung (direct knowledge) terhadap dadah-dadah yang dijumpai dalam P21 hingga P24. ELEMEN KEEMPAT: OKT-OKT MENGEDAR [53] Bagi pembuktian elemen mengedar, pihak pendakwaan menggunakan seksyen 37(da)(iiia) dan (xvi) ADB 1952. Oleh hal yang demikian, berdasarkan kepada berat bersih dadah-dadah yang dirampas sebagaimana pertuduhan-pertuduhan, pihak pendakwaan menggunakan anggapan undang-undang ini untuk menyatakan yang OKT-OKT memiliki dadah tersebut bagi tujuan pengedaran. PEMAKAIAN SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN TERHADAP OKT 1 DAN OKT 2 [54] Berdasarkan kepada keterangan yang terdapat dalam kes semasa yang dibicarakan ini, niat bersama oleh OKT1 dan OKT2 dapat dibuktikan seperti berikut: (i) Hanya OKT1 dan OKT2 sahaja yang berada dalam kereta Honda tersebut. (ii) P21 hingga P23 adalah dalam keadaan terbuka yang boleh dilihat oleh kedua-dua OKT. (iii) P21 hingga P23 hanya diletakkan di tempat duduk penumpang belakang dan berhampiran dengan OKT1 dan KES PEMBELAAN [55] Pembelaan yang dikemukakan oleh semua OKT pada asasnya ialah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua OKT. [56] Manakala pembuktikan mengenai pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan, pihak pendakwaan gagal membuktikan apa-apa hubungan “nexus” di antara OKT1 dan OKT2 yang boleh menunjukkan wujudnya perancangan awal “pre-arranged plan” yang boleh mengaitkan mereka bersama dengan barang kes dadah yang ditemui. [57] Pembelaan OKT1 (ditangkap oleh SP4 di tempat pemandu kereta Honda) adalah seperti berikut: a. OKT1 tidak langsung membawa barang kes dadah. b. Tidak terdapat kesan cap jari OKT1 pada barang kes. c. Ujian ‘palm swabbing” tidak digunakan. d. Kuku jari dan cap jari yang diambil daripada OKT1. e. Tidak ada barang salah yang dijumpai pada OKT1. f. Tiada siasatan yang dijalankan ke atas CCTV. g. Kegagalan siasatan dibuat ke atas telefon bimbit. [58] Pembelaan OK 2 (ditangkap oleh SP4 di dalam kereta Honda) adalah seperti berikut: a. Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai terhadap pihak pendakwaan atas kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi bernama Anuar bin Abdullah yang merupakan pemilik berdaftar kereta Honda. b. Keterangan SP2 iaitu isteri OKT2 mengenai OKT2 pada sepanjang masa menggunakan kereta Honda menimbulkan keraguan kerana SP2 gagal mengemukakan apa-apa dokumen pemilikan kereta Honda oleh OKT2. c. Pihak pembelaan gagal mengemukakan CCTV di hadapan 99 Speedmart. d. Terdapat individu ketiga bernama “Anei” yang turut berada di dalam kereta Honda. e. Terdapat keraguan ke atas barang kes telefon bimbit yang tidak dikemukakan kepada Mahkamah. f. Penama “Anei” bukannya direka kerana telah ditimbulkan semasa siasatan. g. Keterangan SP6 yang memberi keterangan di Mahkamah bahawa beliau tidak ingat mengenai lelaki India bernama “Anei” tersebut. SP6 mengubah keterangannya yang pada awalnya mengatakan tidak pernah dimaklumkan mengenai kewujudan “Anei” apabila disoal berulang kali oleh pihak pendakwaan. h. Terdapat kelompangan pada kes pendakwaan kerana siasatan tidak dibuat ke atas “Anei”. [59] Pembelaan OKT 3 (ditangkap di tempat pemandu di dalam kereta Kembara) adalah seperti berikut: a. Kereta Kembara tidak dimiliki oleh OKT3. Sebaliknya dimiliki oleh OKT2. b. Pihak pendakwaan menggunakan keterangan ikut keadaan untuk mengaitkan OKT3 dan tidak ada keterangan yang dapat mengaitkan OKT3 dengan pertuduhan. c. Pihak peguambela merujuk kepada kes PP v Chow Kam Meng [2001] 7 CLJ 387 untuk menyokong hujahannya bahawa memandangkan OKT3 tidak memiliki kereta Kembara dan hanya sebagai pemandu sahaja, OKT3 dikatakan tidak mempunyai kawalan dan milikan ke atas barang kes dadah yang dijumpai di dalam kereta tersebut. d. Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kereta Kembara tidak digunakan oleh orang lain. e. Walaupun beg kertas yang mana terdapat barang kes dadah berada berdekatan dengan OKT3 di tempat penumpang sebelah kanan OKT3, ia tidak bermakna OKT3 mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut. TUGAS MAHKAMAH [60] Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. [61] Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 telah meringkaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa mempertimbangkan keterangan-keterangan yang dikemukakan di dalam sesuatu kes seperti yang berikut: "(i) the close of the prosecution's case, subject the evidence, led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from the evidence. If the evidence admits of two of more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused. (ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No", then, (iii) prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted; (iv) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; (v) after the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263" [62] Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan bagi mewujudkan suatu kes prima facie terhadap OKT. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [63] Bagi elemen pertama, identiti barang kes dadah bagi kesemua pertuduhan tidak dicabar oleh pihak pembelaan. Oleh itu, tidak dipertikaikan bahawa barang kes dadah adalah jenis yang dikategorikan sebagai dadah berbahaya di bawah Jadual Pertama ADB 1952. [64] Bagi elemen kedua, elemen milikan merupakan intipati penting yang mesti dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan mestilah membuktikan elemen “custody”, “control” dan “possession”. [65] Pihak pendakwaan hendaklah membuktikan elemen fizikal dan mental di pihak OKT1, OKT2 dan OKT3 terlebih dahulu sebelum mereka dikatakan memiliki dadah di bawah ADB 1952. Mahkamah ini perlu berpuas hati bahawa tertuduh-tertuduh berkeupayaan untuk berurusan dengan dadah tersebut dan “power of disposal to the exclusion of others.” [66] Elemen-elemen tersebut telah dibincangkan dengan terperinci di dalam kes Leow Nghee Lim v. Red [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] 1 MLJ, seperti berikut: "Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them. Custody therefore implies knowledge of the existence and whereabouts of the goods and power of control over them, not amounting to possession. Control must be proved as a fact and it must arise from the relation of the person to the goods, irrespective of whether they are contraband. Probably the most helpful definition of possession is:- "The relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons." This definition does not express, but it does imply that the meaning of the word includes some element of knowledge. A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge." [67] Mengenai pembuktian pengetahuan, keputusan Mahkamah Persekutuan yang sering dirujuk ialah kes Parlan bin Dadeh v. Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717 yang memutuskan bahawa elemen pengetahuan boleh dinilai melalui inferen dari keterangan ikut keadaan yang bergantung kepada fakta sesuatu kes. Petikan yang dirujuk adalah seperti berikut: "Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge." [68] Manakala Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ; [2009] 2 MLJ 194 memutuskan milikan tidak semestinya “exclusive” kepada tertuduh sahaja. Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “[17] The idea of exclusivity features in the meaning of ‘possession’ in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: ... It is often said that ‘possession must be exclusive’. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession.” [69] Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah, OKT1, OKT2 dan OKT3 merupakan individu warganegara Myanmar yang memegang kad UNHCR. Kereta Honda – dadah P21, P22 dan P23 dijumpai dan OKT1 dan OKT2 ditahan [70] Mahkamah ini mendapati bahawa kereta Kembara dan kereta Honda di dalam kes ini tidak dimiliki oleh OKT-OKT. Ini termasuklah pemilik kereta Honda nombor pendaftaran WPD 4715 yang dimiliki oleh SP2 yang juga merupakan warganegara Myanmar dan memegang kad UNHCR. Menurut keterangan SP2, beliau telah membeli kereta tersebut melalui lelongan dengan harga RM18,000.00. Beliau menggunakan kereta tersebut semenjak tahun 2018 untuk kegunaan memberikan perkhidmatan kepada warganegara Myanmar untuk ke klinik. Cukai jalan kereta Honda dapat diperbaharui oleh SP2 setiap tahun kerana geran kereta berada pada beliau. Pemilik berdaftar kereta Honda adalah lelaki Melayu. Namun, SP2 tidak ingat nama lelaki Melayu tersebut. Berdasarkan P27, nama yang tercatat pada polisi insurans ialah Anuar bin Abdullah. [71] Mahkamah ini mendapati bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil Anuar bin Abdullah tidak mencacatkan kes pendakwaan. Kegagalan tersebut juga tidak mewajarkan Mahkamah ini menggunapakai anggapan menentang di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 kerana pihak pendakwaan tidak boleh dikatakan cuba menyembunyikan atau menutup keterangan hanya atas alasan kegagalan mengemukakan keterangan yang tidak semestinya boleh membantu atau mengukuhkan kes pendakwaan mahupun pembelaan. Rujuk Ghasem Hozouri Hassan v PP [2018] MLJU 601. [72] Pada hari kejadian, OKT2 telah meminjam kereta SP2 dengan alasan untuk pergi ke hospital. SP2 hanya mempunyai 1 kunci kereta dan beliau telah memberikan pinjam keretanya kepada OKT2. SP2 juga telah mengesahkan bahawa kereta yang diberikan kepada OKT2 dalam keadaan kosong. [73] Ketika serbuan dijalankan oleh SP4, OKT2 telah ditahan di dalam kereta Honda berhadapan 99 Speedmart. Ketika itu, OKT2 ditahan di tempat duduk pemandu. Dadah barang kes yang ditandakan sebagai P21, P22 dan P23 berada di dalam kereta Honda di atas kerusi penumpang bahagian belakang. [74] Sebelum serbuan, SP4 melihat OKT1 menjinjit P21, P22 dan P23 dari kereta Kembara dan masuk ke dalam kereta Honda. [75] OKT1 dan OKT2 ditangkap bersama dengan dadah dan kedua-dua tertuduh mempunyai jagaan ke atas dadah-dadah tersebut. TIDAK ADA KERAGUAN – TIDAK ADA LELAKI INDIA BERNAMA “ANEI” DI DALAM KERETA HONDA [76] Waktu kejadian adalah pada jam lebih kurang 10.05 pagi. Cuaca terang. Pihak pembelaan mencadangkan tentang kewujudan pihak ketiga bernama “Anei” di dalam kenderaan Honda. Walau bagaimanapun, SP4 tidak bersetuju dengan cadangan peguambela OKT2 semasa soal balas mengenai adanya lelaki India bernama “Anei”. SP4 juga di dalam keterangan beliau mengatakan bahawa anggota serbuan lain boleh mengesahkan tidak ada lelaki India yang dikatakan. Tidak ada pergerakan keluar masuk individu lain dari kereta Honda sebelum serbuan dibuat. Pemerhatian di lokasi tempat kejadian dibuat dalam tempoh 5-10 minit sebelum serbuan dijalankan. [77] Mahkamah ini mendapati cubaan di pihak OKT2 untuk menunjukkan adanya seorang lelaki India bernama “Anei” tidak dapat mematahkan keterangan SP4 dan menimbulkan sebarang keraguan pada kes pendakwaan. [78] Apa yang pasti di dalam kes ini, keterangan saksi pendakwaan menunjukkan kereta Honda tersebut tidak digunakan oleh orang lain selain OKT2 dan hanya OKT2 mempunyai kunci kepada kereta tersebut. Tidak ada orang lain yang mempunyai akses ke atas kereta Honda berkenaan. Oleh itu, kereta tersebut dalam kawalan dan jagaan OKT2. KERETA KEMBARA – P24 DIJUMPAI DAN OKT 3 DITAHAN [79] OKT3 ditahan di tempat duduk pemandu dalam kereta Kembara yang mana barang dadah P24 dijumpai di tempat duduk penumpang di hadapan bersebelahan dengan OKT3. [80] Keterangan berkenaan kereta Kembara tersebut boleh dilihat berdasarkan kepada keterangan SP3 yang merupakan isteri kepada OKT2. SP3 mengesahkan bahawa kereta Kembara tersebut adalah milik suaminya berdasarkan kepada pengecaman kereta di P8 (13 – 19). SP3 menyatakan bahawa OKT2 telah memaklumkan SP3 bahawa kereta tersebut dibeli daripada seorang lelaki yang telah pulang ke Myanmar. SP3 menyatakan bahawa OKT2 memiliki kereta tersebut sebelum OKT2 mengalami lumpuh. [81] Hanya OKT2 sahaja yang menggunakan kereta tersebut. Selepas OKT2 lumpuh tiada sesiapa yang menggunakan kereta tersebut. Walau bagaimanapun, SP3 menegaskan bahawa semasa tarikh kejadian serbuan berlaku, keadaan kesihatan OKT2 sudah beransur pulih dan OKT2 sudah boleh berjalan. [82] Keterangan daripada SP6 mengesahkan bahawa berdasarkan carian JPJ ke atas kereta Kembara tersebut, pemilik yang berdaftar adalah Abdul Malik bin Kutty dan carian JPJ beserta 90A telah ditandakan sebagai P28. [83] SP6 juga telah membuat semakan terhadap penama tersebut dan mendapati bahawa penama tersebut telah meninggal dunia pada 26.8.2018 dan sijil mati dan Sijil di bawah seksyen 90A penama tersebut telah ditandakan sebagai P29. Manakala, hasil siasatan oleh SP6 terhadap SP3 mendedahkan bahawa kereta Kembara telah dibeli dan dimiliki oleh OKT2. [84] Berdasarkan kepada keterangan berkenaan kereta Kembara dan semasa serbuan dijalankan jelas menunjukkan bahawa OKT3 berada bersama OKT1 yang membawa P1-P4 ke dalam kereta Kembara bermula dari flat sehingga ke 99 Speedmart dan OKT3 juga mempunyai jagaan terhadap P24 yang mengandungi dadah tersebut kerana dadah (P24)/beg kertas terletak di atas kerusi penumpang hadapan sebelah tempat duduk pemandu/OKT3. Tambahan pula, perjalanan dari flat OKT2 sehingga sampai ke 99 Speedmart mengambil masa antara 10-15 minit dan keberadaan kedua-dua tertuduh di dalam kereta untuk tempoh masa tersebut menguatkan lagi dapatan Mahkamah bahawa OKT3 juga mempunyai kawalan ke atas P24. OKT-OKT MEMPUNYAI PENGETAHUAN TERHADAP BARANG KES DADAH (P21, P22, P23 DAN P24) [85] Bagi membuktikan elemen pengetahuan yang merupakan elemen penting bagi memenuhi elemen kedua pertuduhan, Mahkamah ini mendapati perbuatan OKT1 yang dikatakan menjinjit P21, P22 dan P23 dari kereta Kembara ke kereta Honda mencukupi untuk membuktikan pengetahuan. Ini juga menyangkal hujahan peguambela OKT1 yang behujah di dalam hujahan bertulisnya bahawa dadah dalam keadaan tertutup kerana dibalut dengan kertas surat khabar. [86] Manakala OKT2 ditahan di dalam kereta Honda yang mana P21, P22 dan P23 dijumpai berdekatan dengan OKT2. [87] Kesemua dadah barang kes yang dijumpai adalah dalam keadaan terbuka dan boleh dilihat dengan mata kasar. Mahkamah ini merumuskan bahawa OKT-OKT mempunyai pengetahuan mengenai barang kes dadah tersebut. [88] Perbuatan-perbuatan tertuduh yang ditambah dengan reaksi terkejut mereka semasa ditahan apabila Mahkamah pertimbangkan secara keseluruhan adalah selari dengan seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Rujuk Parlan Dadeh (supra). [89] Keputusan kes Khairuddin bin Hassan v PP (2010) 7 CLJ 129 dirujuk yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “… based on both elements of the conduct of the appellant and his proximity to the recovered drugs, coupled with his failure to give any satisfactory explanation, he was in mens rea possession of the drugs.” OKT-OKT MENGEDAR DADAH [90] Bagi pembuktian elemen mengedar, pihak pendakwaan menggunakan seksyen 37(da)(iiia) dan (xvi) ADB 1952 yang memperuntukkan seperti berikut: “(da) any person who is found in posession of – (iiia) a total of 15 grammes or more in weight of heroine, morphine and monoacetylmorphine or a total of 15 grammes or more in weight of any two of the said dangerous drugs; ….. (xvi) 50 grammes or more in weight of Methamphetamine; Otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug;” [91] Oleh itu, berdasarkan kepada berat bersih dadah-dadah yang dirampas sebagaimana pertuduhan-pertuduhan, pihak pendakwaan menggunakan anggapan undang-undang ini untuk menyatakan yang OKT-OKT memiliki dadah tersebut bagi tujuan pengedaran. [92] Mahkamah ini membuat dapatan bahawa anggapan di bawah seksyen 37(da)(iiia) dan (xvi) ADB 1952 terpakai terhadap OKT-OKT. Elemen Keempat: Niat bersama OKT1 dan OKT2 [93] Bagi membuktikan elemen niat bersama OKT1 dan OKT2 di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Mahkamah ini merujuk kepada kes Namasiyiam Doraisamy v Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 241 di mana Mahkamah Agong membuat dapatan: “In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. Where the prosecution case rest on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference. Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (The Supreme Court (of India) on Criminal Law (1950-1960) by J.K. Soonavala p. 188 to 193).” [94] Keterangan saksi-saksi pendakwaan yang menunjukkan niat bersama OKT1 dan OKT2 adalah seperti berikut: i.Hanya OKT1 dan OKT2 sahaja yang berada dalam kereta Honda tersebut. ii.P21 hingga P23 adalah dalam keadaan terbuka yang boleh dilihat oleh kedua-dua OKT. iii.P21 hingga P23 hanya diletakkan di tempat duduk penumpang belakang dan berhampiran dengan OKT1 dan OKT2. [95] Mahkamah berpuas hati dan memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. [96] Berhubung dengan isu-isu lain yang dibangkitkan oleh tertuduh-tertuduh seperti ketiadaan cap jari dan sebagainya, Mahkamah ini mendapati bahawa isu-isu yang dibangkitkan tidak bermerit. Dalam kes ini, Mahkamah mendapati adalah jelas tertuduh-tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan ke atas barang kes dadah yang tidak perlu disokong oleh CCTV, cap jari dan sebagainya. [97] Berdasarkan kepada alasan di atas dan penilaian keterangan-keterangan yang dikemukakan secara maksima, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh-tertuduh mengedar dadah berbahaya. Tertuduh-tertuduh dengan itu diperintahkan membela diri. PEMBELAAN [98] Adalah mustahak untuk Mahkamah ini memberi penekanan bahawa di peringkat ini, untuk membuktikan bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 bersalah sepertimana pertuduhan ke atas mereka, beban pembuktian masih terletak di bahu pihak pendakwaan membuktikan kesnya di luar keraguan munasabah. VERSI PEMBELAAN OKT1 [99] OKT1 pada setiap masa material diwakili oleh seorang peguam lantikan Mahkamah. Semasa pertuduhan dibacakan, OKT1 faham akan pertuduhan yang dibacakan oleh seorang jurubahasa Myanmar dan beliau telah menggelengkan kepalanya sebagai isyarat bahawa beliau tidak mengaku salah akan pertuduhan terhadapnya. Perbicaraan kes diteruskan. [100] Semasa OKT1 diarahkan untuk membela diri, peguambela OKT1 telah mengemukakan surat ke penjara Sg Buluh yang bertarikh 14.1.2025 yang memaklumkan OKT1 menghadapi masalah pertuturan akibat serangan angin ahmar (strok) semasa berada di penjara dan memohon pengesahan dari penjara mengenai kesihatan [101] Demi memastikan perbicaraan kes ini tidak memprejudiskan OKT1 untuk membuat pembelaannya dan atas persetujuan kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini telah menulis surat ke penjara dan meminta supaya pegawai perubatan yang merawat OKT1 memberikan penjelasan kepada Mahkamah ini mengenai kesihatan [102] Pada 26.2.2025, Dr Pamela Chia Shook Yen yang merupakan “Rehabilitation Specialist” dari Hospital Sg Buluh memaklumkan bahawa OKT1 telah dirujuk kepada beliau pada 23.5.2023 kerana OKT1 telah mengalami strok pada 17.3.2023. OKT1 menggunakan “visual que” untuk berkomunikasi melalui bahasa tubuh “simple body gesture” dan OKT1 tidak tahu bahasa isyarat. [103] OKT1 telah membuat pilihan berdiam diri. Prinsip undang-undang adalah mantap bahawa sekiranya Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT1 dan dengan tiadanya keterangan daripada OKT1 untuk menimbulkan sebarang keraguan ke atas kes pendakwaan, maka pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap OKT1 sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Dato’ Sri Mohd Najib Hj Razak v PP [2022] 1 CLJ 491 yang telah menggunapakai prinsip undang-undang mantap di dalam keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393 memutuskan seperti berikut: If the court, upon maximum evaluation of the evidence placed before it at the close of the prosecution case, comes to a conclusion that a prima facie case has not been made out, it should acquit the accused. If, on the other hand, the court after conducting a maximum evaluation of the evidence comes to the conclusion that a prima facie case has been made out, it must call for the defence. If the accused then elects to remain silent, the court must proceed to convict him. It is not open to the court to then re-assess the evidence and to determine whether the prosecution had established its case beyond reasonable doubt. The absence of any evidence from the accused that casts a reasonable doubt on the prosecution’s case renders the prima facie case one that is established beyond reasonable doubt… DAPATAN MAHKAMAH KE ATAS VERSI OKT1 [104] Terdapat keterangan melimpah ruah di pihak pendakwaan bahawa OKT1 yang menjinjit 3 beg kertas (P1, P2 dan P3) dari kereta Kembara ke kereta Honda dipandu OKT2 adalah tidak tercabar dan tidak menimbulkan sebarang keraguan terhadap kes pendakwaan. Oleh itu, Mahkamah tidak ada pilihan lain melainkan mensabitkan OKT1 dengan pertuduhan terhadapnya atas pilihan OKT1 untuk berdiam dirujuk seksyen 180(4) Kanun Prosedur Jenayah. Memandangkan Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie ke atas OKT1, maka Mahkamah ini membuat dapatan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap kes pendakwaan. VERSI PEMBELAAN OKT2 [105] OKT2 menyatakan bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Sebelum ditangkap, OKT2 bekerja sebagai tukang cat dengan pendapatan sebanyak RM1200.00 sebulan. OKT2 sebelum ini juga mengalami strok, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit jantung. OKT2 telah mengalami strok pada tahun 2019. [106] OKT2 menyatakan pada pagi 17.12.2020 dia telah menerima panggilan daripada majikannya yang bernama Anei yang meminta OKT2 untuk pergi ke sebuah rumah tingkat atas kedai 99 speedmart (tempat kejadian) untuk mengecat rumah tersebut. [107] OKT2 menyatakan yang dia pergi ke sana dengan menaiki kereta Honda milik SP2 bersama-sama dengan OKT1. OKT2 sebagai pemandu manakala OKT1 duduk di bahagian penumpang hadapan. Anei juga mengikut OKT2 dan duduk di tempat duduk belakang. [108] OKT2 telah bertolak pada jam 10.30 pagi dan mengambil masa selama 10 – 15 minit untuk sampai ke tempat kejadian. OKT2 menyatakan semasa sampai di tempat kejadian dia telah memberhentikan kereta tersebut. Kemudian, mereka telah didatangi oleh pegawai polis yang menahan OKT2 dan memeriksa kereta tersebut. Pihak polis telah menjumpai barang kes dadah. [109] OKT2 menyatakan bahawa dia, OKT1 dan Anei telah digari oleh pihak polis dan dibawa ke balai polis. OKT2 menafikan mempunyai pengetahuan berkenaan barang kes yang dirampas dan tidak tahu kepunyaan siapakah barang kes tersebut. [110] OKT2 menyatakan semasa di balai polis, Anei sudah tiada. OKT2 ada memaklumkan kepada pegawai perakam berkenaan Anei. OKT2 menggambarkan Anei sebagai seorang yang berisi, gemok dan pendek. DAPATAN MAHKAMAH KE ATAS VERSI PEMBELAAN OKT2 (a) PENAFIAN SEMATA-MATA DAN BERSIFAT TERKEMUDIAN [111] Versi pembelaan OKT2 jelas merupakan penafian semata-mata. OKT2 menafikan semua keterangan yang diberikan oleh saksi pendakwaan. [112] Persoalan kepada Mahkamah adalah sama ada penafian OKT2 ini berjaya membangkitkan apa-apa keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan yang mempunyai beban untuk membuktikan kes pendakwaan di peringkat pembelaan. (b) Percanggahan keterangan OKT2 (i) Tujuan kereta Honda milik SP2 dipinjam oleh OKT2 bercanggah dengan keterangan SP2 (pemilik kereta Honda) [113] Versi pembelaan OKT2 dimulakan dengan percanggahan ketara mengenai tujuan kereta Honda milik SP2 yang dipinjam oleh OKT2 pada pagi hari kejadian sebelum beliau ditangkap di tempat kejadian (berhadapan 99 Speedmart). [114] SP2 telah memberi keterangan kereta Honda miliknya dipinjamkan kepada OKT2 atas alasan yang diberikan OKT2 bahawa beliau hendak ke hospital. Namun, di peringkat pembelaan, OKT2 memberikan keterangan bahawa kereta SP2 dipinjam kerana beliau telah diminta oleh majikannya bernama “Anei” (yang dirujuk sebagai “Anne” dalam hujahan pihak pendakwaan kerana tidak ada maklumat terperinci diberikan berkenaan maklumat peribadi lelaki yang dikatakan OKT2 sebagai seorang lelaki India yang berbadan gemuk dan pendek) pergi mengecat rumah di tingkat atas 99 Sppedmart (tempat kejadian). [115] Versi pembelaan OKT2 merupakan satu fikiran terkemudian (an afterthought) kerana tidak dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa di peringkat pendakwaan. [116] Hanya OKT2 memberi keterangan dalam pembelaannya. Tidak ada bukti atau keterangan selain OKT2 yang menyokong versi OKT2. Pihak pembelaan juga tidak menghujahkan bahawa versi pembelaan ini juga telah dimaklumkan kepada pegawai penyiasat (SP6). (ii) Percanggahan keterangan OKT2 yang beliau bersama dengan OKT1 [117] OKT2 menyatakan bahawa beliau telah memandu kereta Honda ke 99 Speedmart dan OKT1 telah duduk di bahagian penumpang kereta Honda tersebut. Keterangan OKT2 telah menyebabkan peguambela OKT3 menyoal balas OKT2 untuk menunjukkan bahawa OKT1 bukan bersama OKT2 di dalam kereta Honda. Sebaliknya, OKT2 memandu bersendirian ke 99 Speedmart dan OKT1 bersama dengan OKT3 di dalam kereta Kembara. Ini juga adalah konsisten dengan keterangan OKT3 bahawa beliau bersama OKT1. [118] Bukan itu sahaja, keterangan OKT3 bahawa beliau bersama OKT1 adalah konsisten dengan keterangan SP4. (iii) “Anei” berada di dalam kereta Honda seperti dikatakan OKT2 [119] Tunjang pembelaan OKT2 adalah mengenai kewujudan lelaki India bernama Anei. Peguambela OKT2 sekali lagi mengulangi pembelaan yang telah dibangkitkan di peringkat pendakwaan mengenai Anei. Peguambela menghujahkan bahawa isu mengenai Anei dibangkitkan semasa beliau menyoal balas SP6 dan dinafikan oleh SP6. Akan tetapi, semasa pemeriksaan semula, SP6 ada menyatakan OKT2 menyebut nama Anei tanpa memberikan maklumat terperinci mengenai individu yang dikatakan bernama Anei. Pada peguambela jawapan SP6 semasa pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan telah berjaya menimbulkan keraguan mengenai Anei. Tambahan pula, menurut peguambela, individu Anei ada di dalam telefon bimbit OKT2 yang telah dirampas dan siasatan lanjut tidak dibuat mengenai Anei. [120] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tidak wujudnya individu bernama Anei. Dalam erti kata lain, ia adalah rekaan OKT2 semata-mata ataupun “a fictitious character”. OKT2 gagal memberikan nama penuh atau apa-apa maklumat sahih mengenai lelaki yang dipanggil “Anei”. [121] Sebelum diteruskan dengan analisa Mahkamah mengenai Anei, satu perkara pokok yang Mahkamah ini perhatikan ialah tidak ada keterangan mengenai kaitan Anei dengan kes ini. Siapakah Anei dan kaitan beliau dengan kes ini yang cuba dibangkitkan oleh [122] Adalah jelas bahawa SP6 memberi keterangan tidak ada lelaki India duduk di tempat duduk belakang sebelah penumpang dalam kereta Honda sepertimana dikatakan OKT2 adalah tidak diragui. Keterangan SP6 telah disokong oleh keterangan saksi pendakwaan lain (SP4). Tambahan pula, serbuan yang dibuat adalah pada waktu pagi dan penglihatan saksi adalah jelas dan terang. [123] Tidak ada maklumat lengkap akan individu bernama “Anei”. Mahkamah ini mendapati “Anei” berasal daripada bahasa Tamil yang merujuk kepada “abang” yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia. Oleh itu, sesiapa pun boleh dipanggil “Anei” atau “abang” dan adalah mustahil untuk pihak polis membuat siasatan ke atas penama yang dipanggil “Anei”. [124] Mahkamah Persekutuan Teng Howe Sing V Public Prosecutor [2009] 3 MLJ 46 [TAB – 13] YAA Zulkefli FCJ (ketika itu) telah menyatakan: “[30] With regard to the above contention of the appellant it is our judgment that it is misconceived. By commenting on the failure of the appellant to provide all relevant information regarding ‘Ho Seng’ to the police at the time of his arrest or when his cautioned statement (D2) was [2009] 3 MLJ 46 at 62recorded five days after his arrest does not mean that the learned trial judge had imposed on the appellant a duty to speak/disclose them in his cautioned statement nor did he draw any adverse inference against the appellant. The learned trial judge’s comments on the late disclosure of the real identity of ‘Ho Seng’ at the defence stage merely goes to show the weight that the court attached to the appellant’s defence which is permitted by the law. On this point we would like to refer to the case of Public Prosecutor v Badrulsham bin Baharom [1988] 2 MLJ 585, wherein Lim Beng Choon J at p 591 said that: … So we are left with nothing more than the bare oral assertion of the accused that it was Noor Azlan who asked him to collect the bag on behalf of the former and that the accused himself had no knowledge of the contents of P3. If that be the case, one would hardly imagine that he would not have told either PW3 or PW5 at the railway station at Alor Setar at the time of his arrest that P3 belonged to Noor Azlan instead of saying that there was nothing in P3. [31] In Badrulsham’s case, the court was of the view that the failure of the accused to inform the raiding officers that the white plastic bag belonged to Noor Azlan at the time of his arrest and only revealing this information during the interrogation two hours after his arrest, goes some way to support the case for the prosecution. [32] Applying the principle in Badrulsham’s case to the facts of the instant case, the learned trial judge was correct to conclude that the appellant had two opportunities to provide information about ‘Ho Seng’, ie at the time of his arrest and five days later during recording of his cautioned statement but he failed to do so. We are therefore of the view that in the circumstances, the appellant’s failure to provide relevant information about a ‘Ho Seng’ for the police to carry out a thorough investigation into the probability of his defence, entitled the learned trial judge to disbelieve him.” [125] Keputusan kes Teng Howe Sing turut dirujuk dan diikuti oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Vijendran Balakrisnan V PP [2024] CLJU 1892 yang mana Azman Abdullah JCA membuat dapatan bahawa : “[41] Berbalik kepada kes Perayu ini, pembelaan utama Perayu adalah berpaksikan kepada pernyataan bahawa segala barang-barang termasuk dadah yang ditemui di dalam premis tersebut adalah kepunyaan 'Ah Ee'. Justeru, Perayu pastinya berusaha memastikan 'Ah Ee' ini dapat dikesan oleh pihak polis, bagi melepaskan dirinya daripada pertuduhan. Namun, apa yang terjadi dalam kes ini, baik Perayu mahupun SD2 bersikap acuh tak acuh dan gagal memberikan walau satu pun butiran mengenai 'Ah Ee' kepada pihak polis. Kegagalan Perayu memberikan butiran kepada Mahkamah hanya membawa kepada satu kesimpulan, bahawa kewujudan 'Ah Ee" ini sebenarnya tidak dapat dibuktikan oleh Perayu.” (iv) Kereta Kembara milik OKT2 rosak [126] OKT2 semasa pembelaannya menyatakan bahawa beliau telah menggunakan kereta Honda milik SP2 kerana kereta Kembara milik beliau rosak. [127] Mahkamah ini berpandangan keterangan OKT2 mengenai kereta Kembara rosak langsung tidak boleh dipercayai oleh Mahkamah kerana OKT3 di dalam keterangannya menyatakan bahawa OKT2 yang telah meminta beliau (secara lisan) untuk memandu kereta Honda milik OKT2 untuk pergi ke Prima Selayang (99 Speedmart). [128] Dengan demikian, keterangan merupakan satu pembohongan. [129] Dalam hal ini, adalah dapatan Mahkamah bahawa versi pembelaan OKT2 telah gagal menimbulkan sebarang keraguan atas kes pendakwaan mengenai keberadaan seorang individu India di dalam kereta Honda bersama OKT2. Oleh yang demikian, Mahkamah ini mengulangi prinsip undang-undang mantap oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP & Another Appeal [2015] 2 CLJ 145 yang memutuskan: “While it is true that it is within the appellant’s right to give a statement from the dock, that statement must however amount to a credible defence. A mere denial does not amount to a credible defence” VERSI PEMBELAAN OKT 3 [130] Dalam keterangannya, OKT 3 menyatakan yang dia tinggal bersama isteri dan anak-anaknya di Kuala Selangor. OKT 3 lebih lama mengenali OKT1 daripada OKT2. [131] OKT 3 menyatakan pada malam sebelum hari kejadian, dia telah datang ke rumah OKT1 dan OKT2 di Selayang atas tujuan bertanyakan peluang perniagaan di kawasan Selayang. Walau bagaimanapun, OKT 3 menyatakan yang dia tidak pulang ke rumahnya pada malam tersebut kerana OKT2 telah berjanji untuk menghantar OKT 3 pulang pada keesokan harinya. [132] Di samping itu, OKT 3 juga menyatakan yang OKT2 ada meminta OKT 3 untuk mengikut OKT2 ke suatu tempat dan diminta untuk membawa kereta Honda milik OKT2. Pada keesokan harinya, OKT 3 telah ke rumah flat OKT2 untuk membawa kereta Kembara milik [133] Kereta Kembara tersebut diparkir di flat tempat tinggal OKT2. Semasa OKT 3 memandu kereta tersebut, dia menyatakan yang dia tidak membuat pemeriksaan di dalam kereta tersebut. OKT 3 sebagai pemandu manakala OKT1 duduk di tempat penumpang hadapan. [134] OKT 3 menyatakan yang dia tidak melihat sesiapa membawa beg kertas semasa dia dan OKT1 masuk ke dalam kereta tersebut. OKT1 hanya nampak seperti ada membawa sesuatu barang tetapi OKT 3 tidak pasti akan barang tersebut. OKT 3 menyatakan yang barang yang dibawa oleh OKT1 diletakkan di bawah tempat duduk [135] Kemudian, OKT 3 dan OKT1 telah beredar dari kawasan tempat tinggal OKT1 dan OKT2 tersebut. OKT 3 telah mengekori OKT2 yang memandu kereta Honda di hadapannya. OKT 3 telah mengikut kereta yang dipandu oleh OKT2 kerana OKT 3 diminta untuk pergi ke Prima, Selayang tetapi OKT 3 tidak pernah pergi ke tempat tersebut. [136] Kedua-dua kereta tersebut akhirnya sampai di tempat kejadian iaitu 99 Speedmart. Sampai di situ, OKT 3 dan OKT1 telah turun dari kereta Kembara dan masuk ke 99 Speedmart untuk membeli air. Kemudian, selepas mendapat panggilan daripada OKT2, OKT1 dan OKT 3 telah balik semula ke kereta Kembara. [137] OKT 3 melihat OKT1 membuka pintu tempat duduk penumpang hadapan dan mengambil barang yang berada di bawah tempat duduk penumpang hadapan dan pergi ke kereta yang dipandu oleh OKT2. Pada tahap ini, OKT 3 masih lagi tidak dapat memastikan sekiranya barang yang dibawa oleh OKT1 adalah sama seperti beg kertas yang tinjukkan dalam gambar barang kes. [138] Selepas itu, OKT 3 telah mengalihkan posisi kereta. OKT 3 menyatakan pada masa inilah kereta yang dipandu oleh OKT 3 telah dihalang oleh kereta polis dan polis telah membuat serbuan. [139] OKT 3 menyatakan yang polis telah menahannya, membuat pemeriksaan dalam kereta namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. Selepas OKT 3 ditahan polis, dia juga melihat OKT1 dan OKT2 ditahan oleh polis. [140] OKT 3 menyatakan ketika di balai, polis juga tidak menunjukkan barang salah kepadanya. OKT 3 menafikan yang dia mempunyai pengetahuan berkenaan beg-beg kertas yang mengandungi dadah dan juga dadah-dadah tersebut. DAPATAN MAHKAMAH ATAS VERSI PEMBELAAN OKT3 (i) “Doktrin Wilful Blindness’ [141] Peguambela OKT3 menghujahkan “Doctrin Wilful Blindness” tidak terpakai di dalam kes ini. Rujukan pihak pendakwaan kepada kes-kes berkaitan prinsip doktrin wilful blindness adalah dibezakan dengan fakta kes di hadapan Mahkamah yang mana di dalam fakta kes yang dirujuk, OKT didapati sedang membawa barang kes dadah yang mana berbeza dengan kes di hadapan Mahkamah kerana dadah dijumpai berdekatan dengan OKT3 yang duduk di tempat pemandu kereta Kembara dan dadah eksibit P24 terletak di atas kerusi penumpang sebelah pemandu. [142] Dalam konteks kes ini, Mahkamah ini berpandangan bahawa doktrin yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan tidak terpakai. Ini adalah kerana, pembelaan OKT3 bahawa dia adalah seorang innocent carrier tidak dibangkitkan. Oleh itu, kes-kes dirujuk adalah dibezakan dan tidak terpakai dalam konteks kes ini. (ii) P4 dirampas bersama OKT3 [141] Tunjang pembelaan OKT3 ialah beliau tidak ada pengetahuan, milikan dan pengetahuan mengenai P24. [142] Mahkamah ini telah meneliti keterangan SP4 dan SP5 yang merupakan pasukan serbuan pertama yang sampai ke kereta Kembara yang nampak beg kertas eksibit P24 berada bersebelahan OKT3 yang sedang duduk di tempat duduk pemandu. P24 berada dalam kawalan OKT3 bermula dari flat sehingga ke 99 speedmart yang mana OKT3 ditangkap. [143] Berdasarkan kepada dapatan Mahkamah seperti di atas, Mahkamah telah menilai keseluruhan kes ini bersama dengan konteks pembelaan OKT dan mengulangi dapatan Mahkamah semasa di peringkat prima facie lagi bahawa keterangan berkenaan kereta Kembara dan semasa serbuan dijalankan jelas menunjukkan bahawa OKT3 berada bersama OKT1 yang membawa P1-P4 ke dalam kereta Kembara bermula dari flat sehingga ke 99 Speedmart dan OKT3 juga mempunyai jagaan terhadap P24 yang mengandungi dadah tersebut kerana dadah (P24)/beg kertas terletak di atas kerusi penumpang hadapan sebelah tempat duduk pemandu/OKT3. Tambahan pula, perjalanan dari flat OKT2 sehingga sampai ke 99 Speedmart mengambil masa antara 10-15 minit dan keberadaan kedua-dua tertuduh di dalam kereta untuk tempoh masa tersebut menguatkan lagi inferen bahawa OKT3 mempunyai pengetahuan mengenai P24. Rujuk PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 yang mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut: “[17] Therefore, the presence of the 3 packages in the car without a plausible explanation form the respondent could give rise to a strong inference that he had knowledge that the packages contained drugs or things of similar nature...” KESIMPULAN [144] Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan OKT1, OKT2 dan OKT3 serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa mengikut prinsip yang diputuskan di dalam Mat v PP [1963] 1 MLJ 263, OKT1, OKT2 dan OKT3 gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan mengenai pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. OKT1, OKT2 dan OKT3 disabitkan dengan kesalahan atas semua pertuduhan pengedaran di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. [145] Kesemua OKT adalah bernasib baik kerana susulan pelaksanaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, hukuman gantung sampai mati bukanlah hukuman mandatori bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman alternatif iaitu pemenjaraan selama 30 tahun dan tidak kurang 12 sebatan. Bagi Mahkamah ini menggunakan budi bicaranya dalam menentukan hukuman yang wajar dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT1, OKT2 dan OKT3 telah diberikan peluang untuk membuat mitigasi. [146] Peguambela OKT1 membuat mitigasi bagi pihak OKT1. Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh dan tertuduh kini berusia 51 tahun sekarang. Sudah berkahwin. Ada 2 orang anak. Isteri ialah sole breadwinner. Tertuduh Insaf dan sedar atas perbuatannya. Mohon maaf dan mohon satu hukuman memberi peluan beliau kembali kepada keluarga. [147] Peguambela OKT2 membuat mitigasi bagi pihak OKT2. Berumur 33 tahun. Lihat kes ini, fakta tidak ada satu pun menunjukkan kelakuan tertuduh menentang mana-mana pihak berkuasa. OKT2 telah memberikan kerjasama sepenuhnya. Hukuman mati tidak dikenakan ke atas tertuduh. Mohon hukuman yang dibenarkan oleh Mahkamah dan hukuman sebatan minima sebayak 12 sebatan. [148] Peguambela OKT3 membuat mitigasi bagi pihak OKT3. Umur 34 tahun. Sudah berkahwin. Ada 3 orang cahaya mata. Isteri dan anak-anak berada di Malaysia. Status refugee. Datang ke Malaysia 5 tahun lepas. Di bawah lindungan UNHCR. Memainkan peranan kecil. Kesalahan pertama. Amaun dadah kecil untuk melepasi anggapan. [149] Manakala pihak pendakwaan telah menghujahkan bahawa kesemua OKT telah disabitkan dengan pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Faktor kepentingan awam mengatasi faktor peribadi kesemua OKT. Hukuman yang sewajarnya hendaklah dibuat Mahkamah ini bagi menunjukkan keseriusan kesalahan. OKT1, OKT2 dan OKT3 merupakan warganegara asing yang memegang kad UNHCR. Mereka telah datang ke Malaysia untuk mendapatkan perlindungan dan sewajarnya cakna dengan undang-undang jenayah di Malaysia terhadap dadah yang merupakan musuh nombor satu negara. [150] Setelah menimbangkan mitigasi OKT1, OKT2 dan OKT3 dan faktor pemberat oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 wajar diberikan peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat setelah selesai menjalani hukuman penjara. Oleh hal yang demikian, Mahkamah ini memerintahkan seperti berikut: i. OKT1 dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh ditangkap. Hukuman sebatan tidak dijatuhkan ke atas OKT1 atas faktor umur OKT1 yang sekarang ini berumur 51 tahun.