Content
1 [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA SAMAN NO: DA-A53KJ-621-06/2023
DA-A53KJ-621-06/2023
Sessions Court of Malaysia11 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“jadian ini. Beliau wajib hadir memberikan keterangan. [37] Ketidakhadiran saksi ini menyebabkan satu anggapan adverse inference dikenakan ke atas pihak Defendan sepertimana peruntukan Seksyen 114 (g) Evidence Act. Mahkamah ini merujuk kepada kes Sundram Ramasamy v Arujunan Arumugam & Anor [1994] 3 MLJ 361 dalam perkara”
“19 [53] Dalam kes semasa ini perlu diingatkan ia melibatkan bilateral L1 dan L2. [54] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mior Azrul Husairi Bin Abdul Aijik v Muhamad Zafry Farhan Bin Mohd Fadzil [2018] MLJU 1196 yang mana mahkamah telah memberikan award sebayak RM40,000.00 untuk kecederaan left tranverse process frac”
“diberikan dengan merujuk kepada kes Zaiton Basirun & Satu Lagi v **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 Fadlisham Husni Abdullah Sani [2018] PILRU 14 yang membenarkan sebanyak RM20,000.00 untuk kehilangan prospek perkahwinan. [91] Peguam Defendan pula menghu”
“originality of this document via eFILING portal 21 [63] Mahkamah ini bersetuju dengan dengan otoriti yang dinyatakan oleh peguam Plaintif iaitu kes Diniyarif Bin Fairus Shaba v Jaafar Bin Abu & Ors [2021] MLJU 2190 yang mana mahkamah telah mengawardkan sebanyak RM10,000.00 bagi 2 tempat muscle wasting iaitu RM5,000.00”
“ajar iaitu kes Ahmad Zulfendi Anuar v Mohd Shahril Abdul Rahman [2022] 6 MLRA 30, kes Muhammad Nur Aizat Mohd Yunos v Amir Hamzah Abd Razak & Anor; Pacific & Orient Insurance & Co Berhad (Intervener) [2021] MLRHU 715 dan kes Woo Yew Chee v Yong Yong Hoo [1978] 1 MLRA 373. [17] Adalah jelas di sini mahkamah menyatakan b”
“s. [52] Mahkamah ini menggunapakai otoriti yang dikemukakan oleh peguam Plaintif iaitu kes Wakil Diri Kepada Harta Pusaka Mahadi Bin Ali, Si Mati Roslina binti Haron v Rooban A/L Sankar Dan Lain-Lain [2024] MLJU 1596 yang mana Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengekalkan award sebanyak RM30,000.00 bagi kecederaan “fracture”
“verify the originality of this document via eFILING portal 25 [85] Mahkamah ini menerima pakai otoriti yang dikemukakan oleh peguam Defendan iaitu kes Iqbal Idlan Bin Khalek v Zarina Bt mohd Zaman [2024] MLJU 715 yang mana mahkamah telah mengawardkan sebanyak RM80,000.00 untuk erectile dysfunction. [86] Mahkamah ini pe”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA SAMAN NO: DA-A53KJ-621-06/2023
1
1.
2
ZAWAWI BIN YUSOF … PLAINTIF-PLAINTIF DAN MOHAMAD AKMAL BIN AZLAN … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1] Ini adalah rayuan dari pihak Defendan yang dinamakan di atas yang tidak berpuashati dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu yang telah dibuat pada 11 Disember 2025 terhadap isu liabiliti dan sebahagian kuantum. [2] Untuk isu liabiliti, mahkamah telah memutuskan Defendan bertanggungan 100 % terhadap kemalangan dan tiada sumbangcuai oleh Plaintif. [3] Untuk isu kuantum pula tidak semua dirayu oleh pihak Defendan, rayuan hanya untuk perkara berikut sahaja: - a) Cerebral concussion b. Paraplegia kekal / kecederaan tulang belakang c. Bilateral L1 dan L2 transverse process fractures d. L5 posterior body fracture e. Muscle atrophy / wasting of both lower limbs f. Pain and suffering / loss of amenities of life g. Neurogenic bladder and bowel dan erectile dysfunction h. Loss of prospect of marriage Gantirugi khas a. Kos penjagaan semasa rawatan di hospital b. Fisioterapi dan occupational therapy c. Rawatan erectile dysfunction d. Kos lampin pakai buang bagi rawatan atonic bladder e. Kos pembantu rumah f. Kos alatan sokongan g. Kos ubat-ubatan masa hadapan h. Kos medical consultation masa hadapan [4] Pihak Plaintif telah memanggil 7 orang saksi iaitu pegawai penyiasat, Plaintif kedua dan Plaintif pertama sendiri, doktor pakar psikiatri, doktor pakar ortopedik, doktor pakar urologi dan doktor pakar perubatan pemulihan (neurorehabilitasi) [5] Manakala pihak Defendan telah menutup kes dengan memanggil 4 orang saksi iaitu seorang saksi bebas, Defendan sendiri, pakar ortopedik dan konsultan terapi cara kerja. B. RINGKASAN FAKTA KES [6] Plaintif-plaintif telah memfailkan tuntutan terhadap Defendan berikutan satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 07.11.2018. Kemalangan ini berlaku di Kampung Binjai Jalan Tendong – Bunut Susu – Gelang Emas, Pasir Mas, Kelantan. Kemalangan ini melibatkan sebuah motosikal no. DBY 6061 yang ditunggang oleh Plaintif Pertama dengan sebuah motokar no. DCW 7991 yang dipandu oleh Defendan. Kemalangan ini telah menyebabkan Plaintif mengalami pelbagai kecederaan serius dan kekal. Plaintif menuntut gantirugi am, gantirugi khas, kos, serta faedah ke atas jumlah yang diberikan. [7] Terdapat dua versi yang dinyatakan. Versi Plaintif adalah sebagaimana report yang dibuat oleh beliau yang ditandakan sebagai P3. Untuk kesenangan pihak-pihak mahkamah turunkan semula report tersebut. “Pada 07/11/2018 jam lebih kurang 06.30 petang semasa saya sedang menunggang motosikal no DBY 6061 dari Tendong menghala ke Kg Kenak Bunut Sus. Apabila sampai di Kg Binjai tiba-tiba sebuah motokar DCW7991 yang dating dari arah bertentangan masuk ke laluan saya lalu melanggar m/sikal saya. Akibat kejadian itu saya mengalami kecederaan patah tulang belakang, patah tulang betis kiri, luka kaki kiri mendapat rawatan di HRPZ selama dua bulan sebelas hari. M/sikal saya mengalami kerosakan remuk bahagian depan dan lain-lain kerosakan belum pasti. Tujuan saya buat repot untuk tuntutan insurans. Sekian repot saya. [8] Keterangan Plaintif Pertama pula adalah seperti yang diberikan di mahkamah adalah sepertimana berikut: - a) Plaintif Pertama menyatakan bahawa pada 07.11.2028 jam lebih kurang 6.50 pm, Plaintif Pertama sedang munanggang motosikal no. DBY 6061 dari Tendong menghala ke Kg Kenak Bunut Susu. Apabila sampai di Jalan Tendong – Bunut Susu – Gelang Emas (Kampung Binjai), tiba-tiba sebuah motokar no. DCW 7991 dari arah bertentangan telah masuk menceroboh ke laluan dan melanggar Plaintif Pertama. b) Plaintif menyatakan bahawa tiada kenderaan lain berada di hadapan beliau dan jarak mula-mula nampak motokar Defendan adalah lebih kurang 11meter dihadapan. c) Kedudukan motolori no. DBY 1911 adalah dibelakang Plaintif Pertama dan Plaintif Pertama menyatakan tiada perlanggaran berlaku antara beliau dan motolori tersebut. d) Plaintif Pertama telah membuat tandaan X di rajah kasar sebagai titik perlanggaran antara beliau dan Defendan. Kedudukan X adalah laluan sah Plantif Pertama. e) Tandaan X itu juga berada pada kedudukan sepihan komponen kenderaan yang dilakar oleh pegawai penyiasat. [9] Versi Defendan adalah sepertimana report yang dibuat iaitu seperti repot Defendan D14 dan report pembetulan D15: - “Pada 07/11/2018 jam lebih kurang 1850 hrs semasa memandu motokar no DCW 9771 daripada Gelang Mas menghala ke Bunut Susu. Apabila sampai di selekoh Binjai ada sebuah motosikal no tidak pasti dari arah bertentangan memotong lori DBY 1911 yang berada di hadapan m/sikal tersebut. Tiba-tiba m/sikal tersebut jatuh dengan sendiri. Dengan jarak yang terlalu dekat saya membrek dan melanggar motosikal tersebut lalu m/kar saya memasuki arah bertentangan dan melanggar bahagian hadapan m/lori DBY 1911. Saya tidak mengalami kecederaan. Manakala m/kar saya rosak bumper hadapan pecah, tangka air pecah, bonet hadapan kemek, lamou besar hadapan kiri pecah, cermin besar hadapan retak dan lain-lain kerosakan belum pasti. Sekian report saya”. [10] Manakala repot pembetulan adalah seperti berikut: - “Pada 07/11/2018 jam lebih kurang 2245 hrs saya hadir di pejabat pertanyaan trafik IPD Pasir Mas untuk membuat pembetulan no m/kar saya DCW 9771 yang sebetulnya DCW 7991 bersangkut Trafik Pasir Mas 2066/18. Sekian repot saya”. [11] Mengikut keterangan Defendan di mahkamah pula versi beliau adalah sepertimana berikut: - a) Menurut laporan polis awal yang dibuat oleh Defendan (No. Laporan: TRAFIK PASIR MAS/002068/18), beliau memaklumkan bahawa semasa memandu kereta nombor pendaftaran DCW 9771 dari arah Gelang Mas menuju ke Bunut Susu, sebuah motosikal tidak dikenali nombor pendaftarannya dari arah bertentangan telah memotong sebuah lori bernombor DBY 1911. Tiba-tiba, motosikal tersebut terjatuh sendiri, menyebabkan beliau menekan brek dan terlanggar motosikal tersebut. b) Akibat tindakan mengejut dan jarak yang terlalu dekat, kenderaan beliau termasuk ke lorong bertentangan dan berlanggar pula dengan bahagian hadapan lori DBY 1911. c) Tiada kecederaan dialami oleh Defendan, namun keretanya mengalami kerosakan seperti bampar hadapan patah, pemampat rosak, bonet hadapan kemik, lampu hadapan pecah, cermin hadapan retak dan kerosakan lain yang belum dikenal pasti. d) Kemudian, Defendan membuat laporan pembetulan (No. Laporan: TRAFIK PASIR MAS/002069/18) pada jam 10.40 malam hari yang sama untuk memaklumkan bahawa nombor pendaftaran sebenar keretanya ialah DCW 7991, bukan DCW 9771 seperti dilaporkan sebelumnya. C. ISU UNTUK DITENTUKAN [12] Terdapat dua isu utama yang perlu ditentukan oleh Mahkamah: Pertama, sama ada Defendan bertanggungjawab terhadap kemalangan tersebut. Kedua, jumlah gantirugi (am dan khas) yang patut diberikan kepada Plaintif. D. LIABILITI [13] Setelah menilai keseluruhan keterangan dan dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan bahawa Defendan bertanggungjawab 100% terhadap kemalangan tersebut. Tiada sumbang cuai (contributory negligence) didapati terhadap Plaintif. [14] Dalam kes ini pihak-pihak telah mengemukakan versi yang bercanggah, maka adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk mempertimbangkan versi mana yang lebih probable. [15] Ia seperti diputuskan dalam kes Tabarani Mohd Arshad & Anor v Chan Tenn Yeu [1999] 3 CLJ 188 yang mana Mahkamah Tinggi Johor Bahru di mana YA Abdul Malik Ishak di dalam penghakimananya menyatakan bahawa adalah sesuatu yang salah apabila mahkamah membuat keputusan menggunakan pendekatan “cerita siapa yang sepatutnya dipercayai” apabila terdapat versi-versi bertentangan. Beliau seterusnya menyatakan bahawa pendekatan yang sepatutnya apabila menghadapi dua versi yang bertentangan adalah dengan mengimbangkan versi manakah yang lebih berkemungkinan. “the trial court fell error when it approached the case closely on the basis of deciding which story to be believed. When confronted with two conflicting versions; the duty of the trial court was to consider which versions was inherently probable or improbable”. [16] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes yang dikemukakan oleh peguam terpelajar iaitu kes Ahmad Zulfendi Anuar v Mohd Shahril Abdul Rahman [2022] 6 MLRA 30, kes Muhammad Nur Aizat Mohd Yunos v Amir Hamzah Abd Razak & Anor; Pacific & Orient Insurance & Co Berhad (Intervener) [2021] MLRHU 715 dan kes Woo Yew Chee v Yong Yong Hoo [1978] 1 MLRA 373. [17] Adalah jelas di sini mahkamah menyatakan bahawa keterangan Plaintif adalah lebih probable dan meyakinkan berbanding keterangan Defendan. [18] Ini kerana Plaintif telah memberikan keterangan yang konsisten berhubung bagaimana kemalangan berlaku, walaupun disoal balas dengan panjang lebar oleh Peguam Defendan. Plaintif secara konsisten mengekalkan versi kemalangan yang berlaku sebagaimana dilaporkan dalam laporan polis Plaintif (Ekshibit P3). [19] Sebaliknya, Defendan memberikan keterangan yang bercanggah dan tidak boleh dipercayai. [20] Dalam laporan polis Defendan menyatakan beliau tidak melangar Plaintif Pertama tetapi di dalam keterangan beliau menyatakan beliau tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal tersebut dan juga bahagian hadapan motorlori no DBY 1911. [21] Defendan juga membuat penambahan dan/atau pembetulan dengan menyatakan beliau hanya melanggar motosikal sahaja. Tindakan Defendan yang membuat report pembetulan ini menunjukkan Defendan tidak pasti dengan apa yang berlaku. Ini menjadikan versi Plaintif Pertama yang lebih dipercayai. [22] Beliau juga dalam keterangan beliau ada menyatakan beliau hanya melanggar motosikal Plaintif Pertama sahaja tetapi apabila diperiksa balas beliau menyatakan beliau tidak pasti samada ada melanggar motosikal sahaja atau juga turut melanggar Plaintif Pertama juga. Malah Defendan bersetuju bahawa beliau juga ada kemungkinan melanggar Plaintif Pertama. [23] Defendan juga ada menyatakan beliau pejam mata apabila melihat Plaintif Pertama jatuh. Tindakan ini adalah tidak munasabah dan menujukkan beliau seorang pemandu yang tidak cekap dan cuai. Tindakan ini memungkinkan Defendan juga melanggar Plaintif Pertama ketika mana beliau sedang menutup mata. [24] Mahkamah ini menafikan bahawa keterangan saksi bebas (SD1) yang tidak diambilkira. Keterangan saksi bebas ini diambikira oleh mahkamah yang mulia ini. Keterangan SD1 juga menyatakan bahawa motokar Defendan tersebut tidak sempat mengelak dan melanggar Plaintif Pertama. Semasa itu Plaintif Pertama berada di laluan sah beliau kerana Plaintif pertama telah habis memotong lori beliau. [25] Keterangan SD1 ini menyokong keterangan Plaintif Pertama. Sebenarnya saksi ini bukan saksi bebas yang sebenar kerana beliau juga terlibat dengan kemalangan ini. Beliau juga adalah pihak kepada kemalangan ini. Walaubagaimanapun keterangan beliau menyokong bahawa telah berlaku kemalangan di laluan Plaintif Pertama. [26] Mahkamah berpuas hati bahawa versi yang dikemukakan oleh Plaintif adalah lebih munasabah dan dipercayai. Oleh itu, Mahkamah menolak keterangan Defendan. [27] Dalam kes Mohamed bin Kasdi v PP [1969] 1 MLJ 135, Hakim Ali J dengan jelas menyatakan: - “No hard and fast rule can be laid down for determining the credibility or otherwise the witness, but when a witness gives or makes two statement which differ in material particulars there must ground for believing that he is not truthful witness”. [28] Keterangan pegawai penyiasat (SP1) menyokong keterangan Plaintif Pertama. Keterangan SP1 menyatakan bahawa beliau telah pergi ke tempat kejadian pada jam lebih kurang 07.45 malam pada hari yang sama kejadian. SP1 telah mengambil keterangan lisan semua pemandu dan penunggang kenderaan yang terlibat. [29] Hasil siasatan dapati apabila Defendan yang bergerak dari Gelang Emas telah tiba di selekoh dan telah gagal mengawal motokar beliau dan telah masuk ke laluan kanan lalu melanggar Plaintif Pertama dan juga motolori. [30] SP1 juga menyatakan berdasarkan siasatan, keterangan piha-pihak dan kesan serpihan di lokasi kemalangan, kemalangan ini berlaku apabila motokar telah hilang kawalan semasa mengambil selekoh. [31] Menurut SP1 siasatan kes ini telah lengkap dan beliau telah menyaman Defendan di bawah Rule 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan. [32] Defendan pula telah membayar saman ini. Ini menunjukkan Defendan sendiri mengakui bahawa punca kemalangan ini adalah dari kecuaian beliau sendiri. [33] Selanjutnya, serpihan komponen kenderaan juga berada di laluan sah Plaintif Pertama. Ia adalah keterangan senyap yang juga diambilkira oleh mahkamah ini. [34] SP1 telah pergi ke tempat kejadian 55 minit selepas kemalangan berlaku. Ini menunjukkan bahawa serpihan ini tidak masih tiada kacau ganggu berlaku. SP1 dengan jelas menyatakan bahawa serpihan kenderaan berada di laluan sah Plaintif. Serpihan ini telah ditandakan C oleh SP1. Tiada sebarang serpihan kenderaan di laluan Defendan. [35] Dan lagi, menurut Defendan terdapat penumpang di bahagian hadapan motokar. Penumpang itu ialah adik Defendan sendiri iaitu Mohamad Azri bin Azlan. Kenapa saksi ini tidak dipanggil? [36] Mahkamah ini menyatakan bahawa kehadiran saksi ini adalah fatal yang boleh membantu mahkamah ini membuat keputusan. Kerana beliau adalah saksi mata yang melihat mungkin melihat kejadian ini. Beliau wajib hadir memberikan keterangan. [37] Ketidakhadiran saksi ini menyebabkan satu anggapan adverse inference dikenakan ke atas pihak Defendan sepertimana peruntukan Seksyen 114 (g) Evidence Act. Mahkamah ini merujuk kepada kes Sundram Ramasamy v Arujunan Arumugam & Anor [1994] 3 MLJ 361 dalam perkara ini. [38] Mahkamah ini juga merujuk kepada hujahan lain dan otoriti-otoriti yang dikemukakan pihak Plaintif dan bersetuju dengannya walaupun ia tidak dinyatakan disini satu persatu. E. KUANTUM GANTIRUGI Gantirugi Am [39] Mahkamah telah menilai kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif dan bersetuju dengan sebahagian besar hujahan Peguam Plaintif berkenaan kadar gantirugi. Mahkamah ini juga menilai hujahan Defendan dalam menentukan award yang diberikan. Berdasarkan prinsip yang termaktub dalam kes-kes terdahulu dan keperluan keadilan, Mahkamah membuat keputusan seperti berikut: a) Cerebral concussion – mahkamah telah memberikan award sebanyak RM6,000.00 b. Paraplegia kekal / kecederaan tulang belakang – mahkamah telah memberikan award sebanyak RM500,000.00 c. Bilateral L1 dan L2 transverse process fractures – mahkamah telah memberikan award sebanyak RM50,000.00 d. L5 posterior body fracture – mahkamah telah memberikan award sebanyak RM30,000.00 e. Muscle atrophy / wasting of both lower limbs – mahkamah ini telah memberikan award sebanyak RM10,000.00 f. Pain and suffering / loss of amenities of life – mahkamah ini telah memberikan award sebanyak RM100,000.00 g. Neurogenic bladder and bowel dan erectile dysfunction – mahkamah telah memberikan award untuk keduanya sebanyak RM160,000.00 h. Loss of prospect of marriage –mahkamah telah memberikan award sebanyak RM25,000.00 [40] Untuk kecederaan cerebral concussion mahkamah telah memberikan award sebanyak RM6,000.00. Mahkamah ini membenarkan award ini adalah kerana pada pandangan mahkamah ini Plaintif Pertama mengalami kecederaan ini. Ia bukan masalah ia kecederaan ringan atau sementara Plaintif Pertama alami kecederaan ini tetapi yang penting adalah Plaintif Pertama mengalaminya. Mahkamah percaya mahkamah perlu memberikan award ini kepada Plaintif Pertama. [41] Hujahan peguam Plaintif adalah award sebanyak RM10,000.00 tetapi peguam Defendan pula menghujahkan sebanyak RM5,000.00. [42] Mengikut The Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 juga memberikan garis panduan bahawa untuk kecederaan ini award adalah sebanyak RM6,000.00. [43] Oleh yang demikian, mahkamah ini mengawardkan RM6,000.00 untuk kecederaan ini. Mahkamah ini percaya award ini adalah berpatutan dan memadai. [44] Untuk kecederaan paraplegia kekal / kecederaan tulang belakang mahkamah telah memberikan award sebanyak RM500,000.00. [45] Adalah diingatkan bahawa Plaintif Pertama mengalami kecederaan tulang belakang yang kekal. Sebagaimana keadaan yang kita dapat lihat keadaan semasa Plaintif Pertama, beliau dalam keadaan cacat dan tidak boleh berdikari. [46] Perlu diingat juga Plaintif Pertama merupakan seorang lelaki muda yang hanya berumur 16 tahun semasa kemalangan berlaku. Akibat kemalangan ini Plaintif Pertama telah berubah menjadi OKU. [47] Mahkamah ini percaya satu pampasan yang munasabah dan berpatutan harus diberikan kepada Plaintif Pertama. Mahkamah ini percaya pampasan yang diberikan ini berpatutan dan memadai mengambilkira kecederaan yang dialami oleh Plaintif Pertama. [48] Mahkamah ini telah menerima hujahan Plaintif dalam perkara ini. Peguam Plaintif telah menghujahkan award sebanyak RM500,000.00 harus diberikan untuk kecederaan ini. [49] Mahkamah juga menerima otoriti yang dikemukakan oleh peguam Plaintif iaitu kes Vikneswaran Nadan v Shatiswaran Nadaraja & Yang Lain [2023] Pilru 49 yang mana mahkamah telah membenarkan award sebanyak RM500,000.00 begi kecederaan “Tetraplegia (quadriplegia) secondary to Burst fracture C5’. [49] Mahkamah ini juga menolak dakwaan peguam Defendan yang mahkamah ini tidak mengambilkira pertindihan dengan kecederaan dan kesan sampingan lain dalam menentukan award ini. Mahkamah ini ingin menegaskan jika kecederaan ini tidak bertindih dengan kecederaan lain, mahkamah ini akan memberikan award yang mungkin lebih lagi kepada Plaintif Pertama. [50] Untuk kecederaan bilateral L1 dan L2 transverse process fractures mahkamah telah memberikan award sebanyak RM50,000.00. [51] Mahkamah ini mengulangi pernyataan mengenai kecederaan ini sepertimana di atas. [52] Mahkamah ini menggunapakai otoriti yang dikemukakan oleh peguam Plaintif iaitu kes Wakil Diri Kepada Harta Pusaka Mahadi Bin Ali, Si Mati Roslina binti Haron v Rooban A/L Sankar Dan Lain-Lain [2024] MLJU 1596 yang mana Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengekalkan award sebanyak RM30,000.00 bagi kecederaan “fracture bilateral tranverse process L1. [53] Dalam kes semasa ini perlu diingatkan ia melibatkan bilateral L1 dan L2. [54] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mior Azrul Husairi Bin Abdul Aijik v Muhamad Zafry Farhan Bin Mohd Fadzil [2018] MLJU 1196 yang mana mahkamah telah memberikan award sebayak RM40,000.00 untuk kecederaan left tranverse process fracture of L2 – L5 vertebrae. [55] Perlu diingatkan bahawa kes tersebut pada 2018 manakala award kes ini diberikan pada 2025. Mahkamah ini percaya jumlah ini adalah berpatutan dan memadai mengambilkira inflasi dan kejatuhan harga matawang, [56] Mahkamah ini juga menolak dakwaan peguam Defendan yang mahkamah ini tidak mengambilkira pertindihan dengan kecederaan dan kesan sampingan lain dalam menentukan award ini. Mahkamah ini ingin menegaskan jika kecederaan ini tidak bertindih dengan kecederaan lain, mahkamah ini akan memberikan award yang mungkin lebih lagi kepada Plaintif Pertama. [57] Sekali lagi mahkamah ini ingin menyatakan bahawa mahkamah ini amat bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif dalam perkara ini dengan melihat kepada keadaan semasa Plaintif Pertama. Kecederaan beliau agak teruk dan perlu dipampas dengan sewajarnya. [58] Untuk kecederaan L5 posterior body fracture mahkamah telah memberikan award sebanyak RM30,000.00. [59] Untuk kecederaan ini mahkamah ini mengulangi hujahan mahkamah ini sepertimana di atas. Mahkamah ini juga ingin mengatakan bahawa mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif dan otoriti-otoriti yang dikemukakan oleh peguam Plaintif. [60] Untuk kecederaan muscle atrophy / wasting of both lower limbs mahkamah ini telah memberikan award sebanyak RM10,000.00 [61] Plaintif Pertama mengalami kecederaan ini di beberapa tempat sepertimana yang dinyatakan di mukasurat 7 Ikatan D “there is generalized muscle atrophy of both limb right > left. [62] Dalam hal ini peguam Plaintif menghujahkan sebanyak RM10,000.00 patut diberikan kerana ia melibatkan musle wasting dibeberapa bahagian tubuh manakala peguam Defendan menghujahkan hanya sebanyak RM5,000.00 patut diberikan. [63] Mahkamah ini bersetuju dengan dengan otoriti yang dinyatakan oleh peguam Plaintif iaitu kes Diniyarif Bin Fairus Shaba v Jaafar Bin Abu & Ors [2021] MLJU 2190 yang mana mahkamah telah mengawardkan sebanyak RM10,000.00 bagi 2 tempat muscle wasting iaitu RM5,000.00 untuk setiap satu muscle wasting. [64] Mahkamah ini percaya ia adalah berpatutan dan memadai. [65] Mahkamah ini juga menolak dakwaan peguam Defendan yang mahkamah ini tidak mengambilkira pertindihan dengan kecederaan dan kesan sampingan lain dalam menentukan award ini. [66] Mahkamah ini ingin menegaskan jika kecederaan ini tidak bertindih dengan kecederaan lain, mahkamah ini akan memberikan award yang mungkin lebih lagi kepada Plaintif Pertama. [67] Untuk pain and suffering / loss of amenities of life mahkamah ini telah memberikan award sebanyak RM100,000.00 [68] Kecederaan yang dialami oleh Plaintif Pertama ini adalah akibat dari kecuaian defendan. Akibat kecederaan yang berpunca dari kecuaian Defendan ini Plaintif Pertama telah menjadi OKU dan telah cacat untuk seumur hidup. [69] Plaintif Pertama juga juga telah menanggung kesakitan yang teruk sepanjang menerima rawatan. Rawatan yang dijalankan adalah rawatan yang melibatkan beberapa prosedur dan pembedahan yang berisiko tinggi malah boleh menyebabkan kematian. [70] Selain itu, Plaintif Pertama mengalami kecederaan yang teruk dan kronik. Ini menyebabkan beliau kehilangan pelbagai aspek kenikmatan dan kesenangan hidup yang biasa dinikmati oleh individu sihat. Keupayaan untuk bergerak bebas, melakukan aktiviti harian tanpa bantuan, bersukan, melancong atau menikmati masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan. [71] Ia bukan sahaja aspek fizikal malah emosi dan mental secara berpanjangan. Kesemua kehilangan ini tidak boleh digantikan semula. [72] Keadaan ini berpunca dari siapa? Sudah tentu adalah berpunca dari kecuaian Defendan (sepertimana yang diputuskan di dalam perkara liabiliti di atas) [73] Oleh yang demikian, satu pampasan yang sewajarnya patut dipertimbangan untuk kes ini dalam hal kehilangan besar terhadap amenities of life. [74] Mahkamah ini bersetuju dengan otoriti yang dikemukakan oleh peguam Plaintif iaitu kes Sambaga Valli K R Ponnusamy v Datuk Bandar Kuala Lumpur & Ors & Another Appeal [2017] 1 LNS yang mana Mahkamah Rayuan membenarkan award sebanyak RM100,000.00 untuk pain & suffering. [75] Mahkamah ini percaya untuk pain & suffering ini pampasan yang sewajarnya patut diberikan kerana kecederaan yang dialami Plaintif Pertama sangat serius. Sudah tentu pembedahan demi pembedahan atau rawatan yang banyak perlu dilalui oleh Plaintif Pertama. Sudah tentu juga Plaintif Pertama megalami kesakitan yang tidak dapat digambarkan yang perlu ditempuhi akibat kecuaian Defendan. [76] Mahkamah ini percaya jumlah ini adalah berpatutan dan memadai untuk diberikan kepada Plaintif Pertama. [78] Untuk neurogenic bladder and bowel dan erectile dysfunction mahkamah telah memberikan award untuk keduanya sebanyak RM160,000.00 [79] Kecederaan neurogenic bladder and bowel adalah kekal. Plaintif Pertama perlu bergantung sepenuhnya kepada Catheter dan ubat-ubatan seumur hidup bagi menghadapi masalah ini. Keterangan SP6 mengesahkan perkara ini dan ia disahkan sendiri oleh Plaintif Pertama di dalam keterangan beliau yang beliau perlu memakai CISC dan diapers untuk hadir ke mahkamah. [80] Dalam hal ini mahkamah bersetuju dengan keseluruhan hujahan peguam Plaintif. Walaupun peguam Plaintif menghujahkan sebanyak RM100,000.00 patut diberikan tetapi mahkamah ini merasakan RM80,000.00 adalah jumlah yang berpatutatn dan memadai. [81] Manakala untuk erectile dysfunction pula mahkamah ini membenarkan award sebanyak RM80,000.00 [82] Untuk kecederaan ini peguam Plaintif menghujahkan sebanyak RM100,000.00 patut diberikan manakala peguam Defendan menghujahkan tuntutan ini patut ditolak. [83] Kenapa patut ditolak sedangkan kecederaan ini ada dialami oleh Plaintif. Ia disahkan sendiri oleh kedua pakar Plaintif dan Defendan. Ia boleh dirujuk di muka surat 55 Ikatan D yang mana pakar menyatakan Sexual Dysfuction after trauma. [84] Oleh yang demikian, jika berlaku kecederaan ini pada Plaintif Pertama pampasan patut diberikan. [85] Mahkamah ini menerima pakai otoriti yang dikemukakan oleh peguam Defendan iaitu kes Iqbal Idlan Bin Khalek v Zarina Bt mohd Zaman [2024] MLJU 715 yang mana mahkamah telah mengawardkan sebanyak RM80,000.00 untuk erectile dysfunction. [86] Mahkamah ini percaya pampasan ini patut diberikan dan jumlah pampasan tersebut adalah berpatutan dan munasabah. [87] Untuk loss of prospect of marriage mahkamah telah memberikan award sebanyak RM25,000.00. [88] Adalah satu fakta yang tidak dapat disangkal bahawa Plaintif Pertama adalah seorang pemuda berumur 16 tahun semasa kemalangan. Beliau mempunyai masa depan yang masih panjang. Beliau juga disahkan mengalami erectile dysfunction. [89] Keadaan fizikal Plaintif Pertama ditambah dengan erectile dysfunction ini menjadikan prospect of marriage Plaintif Pertama ini terjejas. Keadaan ini patut diberikan pampasan yang sewajarnya. [90] Peguam Plaintif menghujahkan sebanyak RM30,000.00 patut diberikan dengan merujuk kepada kes Zaiton Basirun & Satu Lagi v Fadlisham Husni Abdullah Sani [2018] PILRU 14 yang membenarkan sebanyak RM20,000.00 untuk kehilangan prospek perkahwinan. [91] Peguam Defendan pula menghujahkan agar tuntutan ini ditolak. Mahkamah ini setelah meneliti kedua-dua hujahan membenarkan award sebanyak RM25,000.00 untuk perkara ini. [92] Mahkamah ini bersetuju dengan otoriti yang dikemukakan oleh peguam Plaintif tetapi menaikkan jumlah award kerana kes tersebut berlaku pada 2018. Mahkamah ini juga mengambilkira umur Plaintif yang masih muda dan juga kadar inflasi yang berlaku di Malaysia dalam menentukan award ini. Gantirugi khas a. Kos penjagaan semasa rawatan di hospital – mahkamah telah memberikan award sebanyak RM6,320.00 b. Fisioterapi dan occupational therapy – mahkamah ini telah memberikan award secara global sebanyak RM500,000.00 c. Rawatan erectile dysfunction – mahkamah ini juga telah memberikan award secara global sebanyak RM500,000.00 d. Kos lampin pakai buang bagi rawatan atonic bladder – mahkamah ini telah memberikan award sebanyak RM995,811.26 e. Kos pembantu rumah – mahkamah ini telah memberikan award sebanyak RM1,048,560.00 f. Kos alatan sokongan – mahkamah telah memberikan award sebanyak RM572,500.00 g. Kos ubat-ubatan masa hadapan – mahkamah telah memerikan award sebanyak RM12,541.00 h. Kos medical consultation masa hadapan – mahkamah ini telah membenarkan award secara global sebanyak RM52,474.00 [93] Mahkamah ini telah membenarkan award-award yang tersebut di atas berdasarkan alasan-alasan yang berikut; [94] Untuk kos penjagaan semasa rawatan di hospital mahkamah telah memberikan award sebanyak RM6,320.00. Mahkamah ini mengambil judicial notice bahawa satu kos perlu dikeluarkan oleh keluarga Plaintif semasa rawatan dijalankan. Jumlah yang diambilkira ialah dengan kos sebanyak RM80.00 sehari sahaja. Jumlah hari yang mana Plaintif berada di hospital adalah selama 79 hari. [95] Jadi dengan kiraan RM80.00 x 79 hari, ia adalah jumlah yang munasabah dan berpatutan mengambilkira kos yang terpaksa ditanggung di masa sekarang. Mahkamah percaya ia adalah jumlah yang berpatutan. [96] Untuk kos fisioterapi dan occupational therapy mahkamah ini telah memberikan award secara global sebanyak RM500,000.00. [97] Dengan keadaan semasa Plaintif Pertama ini sudah tentu beliau memerlukan fisioterapi dan occupational therapy. Plaintif Pertama mengalami kecacatan kekal akibat dari kemalangan tersebut. [98] Mahkamah ini berpendapat Plaintif Pertama berhak untuk mendapatkan fisioterapi yang terbaik untuk mengatasi masalah yang beliau sedang hadapi. Beliau juga berhak kepada occupational therapy memandangkan beliau berkerusi roda dan tidak mampu untuk berjalan. [99] Mahkamah ini sekali lagi bersetuju dengan keseluruhan hujahan peguam Plaintif berkenaan kos terapi ini tetapi tidak bersetuju dengan jumlah yang dinyatakan oleh peguam Plaintif. Segala terapi yang diperlukan oleh Plaintif Pertama juga dipersetujui oleh mahkamah ini. [100] Mahkamah ini bersetuju mengawardkan kos terapi ini secara global kepada Plaintif Pertama berdasarkan kepada kes terkini yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu Rayuan Sivil No. DA- 12B-27-07/2022 yang mana mahkamah telah membenarkan award sebanyak RM500,000.00 untuk kos fisioterapi dan occupational therapy. [101] Mahkamah di dalam hal ini menggunakan keputusan tersebut sebagai panduan di dalam mencapai keputusan ini. Tiada kiraan secara spesifik diberikan tetapi mahkamah ini mengawardkan secara global walaupun peguam Plaintif menghujahkan dengan jumlah yang lebih tinggi. [102] Untuk kos rawatan erectile dysfunction mahkamah ini telah memberikan award secara global sebanyak RM500,000.00. [103] Plaintif Pertama disahkan mengalami erectile dysfunction. Jika penyakit ini disahkan dialami oleh plaintif Pertama, sudah tentu ia perlu dirawat dan diubati. [104] Mahkamah ini sekali lagi bersetuju dengan keseluruhan hujahan peguam Plaintif berkenaan kos rawatan ini tetapi tidak bersetuju dengan jumlah award yang dikira oleh peguam Plaintif. Segala ubatan yang diperlukan oleh Plaintif Pertama juga dipersetujui oleh mahkamah ini. [105] Mahkamah ini bersetuju mengawardkan kos rawatan secara global kepada Plaintif Pertama berdasarkan kepada kes terkini yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu Rayuan Sivil No. DA- 12B-27-07/2022 yang mana mahkamah telah membenarkan award sebanyak RM500,000.00 untuk rawatan erectile dysfunction. [106] Mahkamah di dalam hal ini menggunakan keputusan tersebut sebagai panduan di dalam mencapai keputusan ini. Tiada kiraan secara spesifik diberikan tetapi mahkamah ini mengawardkan secara global walaupun kiraan peguam Plaintif adalah lebih tinggi. [107] Untuk kos lampin pakai buang bagi rawatan atonic bladder mahkamah ini telah memberikan award sebanyak RM995,811.26. [108] Untuk kos ini mengambilkira keperluan menukar lampin dan penjagaan hygience Plaintif Pertama lampin ini perlu ditukar setiap 4 jam sekali. Oleh itu keperluan penukaran adalah sebanyak enam keping sehari. [109] Dalam hal ini mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif dan menolak hujahan Defendan. Kiraan peguam Plaintif untuk perkara ini diterima. [110] Untuk kos pembantu rumah mahkamah ini telah memberikan award RM1,048,560.00. Alasan mahkamah ini ialah kos kadar gaji minimum yang ditetapkan pihak kerajaan adalah RM1,700.00 sebulan. Plaintif pula masih muda dan jangka hayat Plaintif Pertama dalam kes ini adalah 51.4 tahun. [111] Jadi, mahkamah ini bersetuju dengan kiraan yang ditunjukkan oleh peguam Plaintif berkenaan kos ini. Mahkamah percaya dengan keadaan Plaintif Pertama ini beliau memerlukan penjagaan untuk sepanjang hayat beliau. [112] Untuk kos alatan sokongan mahkamah ini award sebanyak RM572,500.00. [113] Mahkamah ini ingin menyatakan bahawa dengan keadaan Plaintif Pertama sekarang sudah tentu beliau memerlukan alatan sokongan untuk bergerak dan meneruskan kehidapan. Sudah tentu orang yang cacat dan OKU seperti Plaintif Pertama ini memerlukan alatan sokongan untuk bergerak. [114] Perlu diingat mahkamah ini tidak membenarkan semua tuntutan Plaintif tetapi membenarkan sebahagian sahaja. Tuntutan Plaintif Pertama di no 12 dan 14 ditolak oleh mahkamah ini. Mahkamah ini telah menolak tuntutan untuk alatan functional electrical stimulation/BI ODEX dan Exoskeleton/AlterG Bionic Leg kerana merasakan ia tidak sesuai dan berlebihan. [115] Mahkamah hanya membenarkan sebahagian sahaja alatan yang dituntut oleh Plaintif Pertama. Mahkamah ini percaya Palintif Pertama memerlukan alatan ini untuk bergerak dan meneruskan kehidupan seharian beliau dengan keadaan beliau sekarang. [116] Sekali lagi mahkamah ini ingin menyatakan bahawa selain dari hujahan peguam Plaintif di item 12 dan 14 hujahan-hujahan lain peguam Plaintif adalah diterima oleh mahkamah ini. Oleh itu, jumlah award yang diberikan ini adalah munasabah dan berpatutan. [117] Untuk kos ubat-ubatan masa hadapan mahkamah ini telah memberikan award sebanyak RM12,541.60. [118] Adalah ditegaskan bahawa kos ubat-ubatan adalah yang dicadangkan oleh oleh pakar neurorehab Plaintif sepertimana di mukasurat 37 Ikatan D dan PSP7 soalan no 16. [119] Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif berkenaan perkara ini dan mengawardkan jumlah yang tersebut. [120] Untuk kos medical consultation masa hadapan mahkamah ini telah memberikan award secara global sebanyak RM52,474.00 [121] Mahkamah ini mengakui sebenarkan tersilap dalam mengawardkan sebanyak RM52,474.00 ini sahaja iaitu untuk medical consultation secara berkala untuk neurorehab sebaliknya mahkamah juga sepatutnya membenarkan award untuk konsultasi pakar urologi secara berkala sebanyak RM187,764.00. Tetapi mahkamah ini telah terlepas pandang. [122] Mahkamah ini berharap Mahkamah Tinggi dapat membetulkan perkara ini dan mengawardkan juga untuk konsultasi pakar urologi secara berkala sebanyak RM187,764.00 [123] Sekali lagi mahkamah ini ingin menyatakan bahawa mahkamah ini amat bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif dalam perkara ini dan award sebanyak RM230,238.00 patut diberikan kepada Plaintif Pertama. [124] Mahkamah percaya jumlah keseluruhan award tersebut adalah munasabah dan berpatutan. Ia sepatutnya diberikan kepada Plaintif Pertama. F. KESIMPULAN [125] Berdasarkan kepada alasan-alasan dan dapatan-dapatan yang dinyatakan di atas, mahkamah yang mulia ini berpendapat bahawa keputusan mahkamah yang mulia ini adalah tepat dan bersesuaian. [126] Mahkamah yang mulia ini sekali lagi tegaskan bahawa keputusan ini adalah adil, wajar dan berpatutan kepada Plaintif dan Defendan berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas sebelum ini. Bertarikh pada 29 Mac 2026 Nik Habri Nik Habri bin Muhamad Hakim Sesyen Mahkamah Sesyen Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Peguam Plaintif: Puan Amalin (Tetuan Zufaidi & Co) Peguam Defendan: En. Syafiq (Tetuan Azilan Suhaila & Associates)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.