that the accused has knowledge of the possession of the prohibited goods.” (penekanan ditambah) S/N u54Kcz4hi0aQloL97/yYQ [11] Setelah meneliti dan mendengar keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan, mahkamah membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membukti kes di tahap prima facie terhadap OKT 1 kerana pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen kedua dan ketiga yang berkaitan dengan milikan dan pengetahuan OKT 1 terhadap barang-barang kes yang dirampas. [12] Bagi elemen kedua dan ketiga untuk pertuduhan pertama, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa barang-barang rampasan tersebut berada dalam milikan OKT 1 dan OKT 1 mempunyai pengetahuan berkenaan barang larangan yang dirampas itu. Mahkamah ini merujuk kepada kes Meh Kim Lai v. PP [2019] CLJU 12 dimana Yang Arif Collin Lawrence Sequerah menyatakan: “In order to prove possession, knowledge of course must be also proven”. [13] Oleh itu, pihak pendakwaan perlu sedar bahawa elemen pemilikan adalah merupakan satu elemen yang penting dan sepatutnya tiada sebarang kelompangan dalam keterangan saksi-saksi pihak pendakwaaan berkaitan perkara ini. Elemen pemilikan ini penting untuk dibuktikan terlebih dahulu sebelum satu andaian terhadap pengetahuan OKT 1 boleh dipertimbangkan. Mahkamah ini seterusnya merujuk kepada kes Wolfgang Pzetzholdt v. PP [1970] CLJU 169; [1970] 2 MLJ 195 seperti berikut : S/N u54Kcz4hi0aQloL97/yYQ ".... there is no doubt that the presumption came into operation once it was proved that the prohibited goods were in the possession of appellant. All the presumption says is that the appellant was thereby deemed to have knowledge that those goods were prohibited goods or uncustomed goods unless he proved to the contrary..." [14] Secara umumnya pembuktian elemen pengetahuan pula adalah berdasarkan kepada keadaan dan fakta sesuatu kes seperti mana yang telah diputuskan dalam kes PP v. Perdaus Bin Ahmad Sah & Anor [2020] CLJU 758; [2020] 1 LNS 758, dimana Yang Arif Hakim menyatakan: “Knowledge is commonly inferred from the facts and circumstances of the case. In imputing knowledge of possession of the impugned dangerous drugs on the accused, the facts which constitute the elements of possession and its nature are often used as guiding indicators. This Court has not lost sight of the dramatic attempt by both the accused to evade the arrest by PW 7 and his raiding team. Both the accused tried to run when confronted by PW 7 and his raiding team. A scuffle ensued until both of the accused were subdued. The 2nd accused even wet her pants when she was arrested. To impose a task on the prosecution to prove that the 2nd accused had in fact urinated in her pants, to my mind, is totally unnecessary as any reasonable person could tell the difference. After all, the 2nd accused was seen by PW 8 to be visibly trembling at the same time she wet her pants. I find that all these are strong evidence of conduct relevant under section S/N u54Kcz4hi0aQloL97/yYQ 8 of the Evidence Act 1950 and calls for explanation by both the accused. On the facts of the present case, I find that both the accused had the necessary knowledge of the fact that they were in possession of the impugned dangerous drugs in the car.” [15] Seterusnya mahkamah merujuk kepada kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237; [1956] CLJU 17, dimana Yang Arif Hakim memutuskan sebagaimana berikut: “...intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be inference by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case…” [16] Oleh itu berdasarkan prinsip undang-undang yang telah digariskan dalam kes-kes terdahulu, mahkamah ini perlu melihat dengan berhati-hati terhadap semua keterangan saksi-saksi pendakwaan secara keseluruhan sebelum menentukan sama ada wujudnya elemen milikan dan pengetahuan yang membawa kepada niat OKT dalam kes ini. Namun, setelah satu penelitian dibuat, mahkamah ini mendapati terdapat kelompangan dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan yang fatal kepada kes pendakwaan dimana elemen pemilikan dan pengetahuan gagal dibuktikan. S/N u54Kcz4hi0aQloL97/yYQ KELOMPANGAN DAN KELEMAHAN KES PENDAKWAAN [17] Berdasarkan kepada keterangan saksi iaitu anggota serbuan SP2 dan Pegawai Penyiasat SP7, premis tersebut sebenarnya mempunyai 2 laluan untuk keluar dan masuk iaitu satu pintu utama di bahagian hadapan premis dan satu pintu kecil di bahagian belakang premis. Fakta ini adalah penting untuk diberi perhatian oleh mahkamah bagi menentukan sama ada OKT 1 mempunyai milikan dan pengetahuan kepada barang kes yang dirampas. [18] Dalam keterangan SP2, pemerhatian telah dibuat selama 10 minit sebelum serbuan dilakukan tetapi tiada keterangan yang menyatakan ada pemerhatian dibuat di bahagian pintu belakang premis di mana saksi pendakwaan dalam kes ini tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat sebarang pergerakan keluar masuk di bahagian belakang premis tersebut. Perkara ini menjadi satu kelompangan yang fatal kepada kes pendakwaan kerana terdapat kemungkinan barang-barang kes itu diletakan atau dibawa oleh individu lain melalui pintu belakang premis sebelum serbuan dibuat. [19] Selain itu, SP1 sebagai ketua serbuan juga tidak membuat rampasan kunci pintu belakang premis daripada OKT 1 atau OKT 2 yang dikatakan merupakan penjaga premis tersebut. Kegagalan untuk merampas kunci pintu belakang ini juga merupakan satu kegagalan yang fatal bagi kes pendakwaan di mana pada peringkat ini terdapat kemungkinan kunci pintu belakang tersebut dipegang oleh individu lain selain OKT 1 dan OKT 2. Oleh itu, pihak pendakwaan gagal untuk S/N u54Kcz4hi0aQloL97/yYQ meyakinkan mahkamah ini bahawa OKT 1 dan OKT 2 mempunyai milikan terhadap barangan tersebut kerana terdapat kemungkinan barang tersebut dimiliki, dibawa atau dikawal oleh individu lain yang mempunyai kunci pintu belakang premis dan seterusnya mempunyai akses kepada barang-barang di dalam premis tersebut. [20] Tambahan pula, Pegawai Penyiasat juga telah gagal untuk membuat siasatan lanjut berkenaan perkara ini dan gagal menjelaskan kepada mahkamah siapa yang mempunyai akses kepada pintu belakang tersebut. Kegagalan pegawai penyiasat membuat satu siasatan yang lengkap seperti ini juga telah meninggalkan satu kelompangan yang fatal bagi kes pendakwaan. Turut diberikan perhatian bahawa ketika serbuan dibuat ke atas premis tersebut yang merupakan kedai runcit, bukan sahaja OKT 1 dan OKT 2 yang berada di dalam premis tetapi melalui keterangan SP 2 ketika pemeriksaan balas menyatakan sewaktu serbuan terdapat ramai lagi pelanggan di dalam premis yang sedang membeli barang. Maka adalah tidak selamat untuk mahkamah terus meletakan pemilikan dan pengetahuan terhadap barang-barang tersebut kepada OKT 1 sedangkan masih terdapat individu lain yang turut berada di dalam premis ketika serbuan yang mana mereka ini tidak ditangkap, disoal siasat atau dipanggil ke mahkamah sebagai saksi. [21] Mahkamah juga mendapati bahawa terdapat fakta menunjukan dalam kes ini hanya OKT 2 sahaja yang merupakan pekerja yang sah di premis tersebut seperti mana yang disahkan oleh SP7 dan dokumen pengesahan dari Jabatan Immigresen iaitu P31. Bagi OKT 1, tiada sebarang pengesahan pas lawatan kerja sementara atau penegsahan S/N u54Kcz4hi0aQloL97/yYQ pas lawatan dibuat oleh SP 7. Keterangan SP 7 berkaitan OKT 1 adalah OKT 1 ini merupakan anak kepada pemilik perniagaan tersebut. [22] Pada peringkat ini keterangan bahawa OKT 1 adalah anak kepada pemilik perniagaan tidak boleh menjadi satu asas bahawa OKT 1 adalah merupakan pemilik kepada barang-barang yang di rampas dan mempunyai pengetahuan berkenaan barang-barang tersebut. Tambahan pula, ketika serbuan OKT 1 berada di dalam bilik di bahagian belakang premis dan barang-barang rampasan berada di luar bilik tersebut. Malah mahkamah percaya pegawai penyiasat perlu membuat satu siasatan lengkap dengan menyoal siasat pemilik premis dan pemilik perniagaan tersebut seterusnya mengemukakan keterangan di mahkamah berkenaan alasan kenapa hanya OKT 1 dan OKT 2 yang ditangkap tetapi pemilik premis dan pemilik perniagaan tidak ditangkap dalam kes ini. Bagi mahkamah ini menentukan pemilikan barangan di dalam premis tersebut, adalah penting untuk pemilik premis dan pemilik perniagaan memberikan keterangan di mahkamah bahawa barangan tersebut bukanya milik mereka bagi memastikan tiada keraguan atau kelompangan dalam kes pendakwaan. [23] Dalam kes ini juga pihak pendakwaan tidak pernah memanggil pemilik pernigaan yang berdaftar iaitu Jahubar Ali bin Ibrahim untuk menerangkan berkenaan isu ini. Pihak pendakwaan gagal mengemukan satu keterangan untuk menolak kemungkinan barangan yang dirampas tersebut adalah milik pemilik perniagaan yang berdaftar. Mahkamah percaya siasatan lengkap dan keterangan berkenaan pemilik perniagaan ini perlu dikemukakan dengan lengkap kerana secara umumnya kesemua S/N u54Kcz4hi0aQloL97/yYQ barang-barang yang dijual di dalam premis tersebut adalah milik pemilik perniagaan iaitu Jahubar Ali bin Ibrahim, dan apabila terdapat barangan salah yang dijual dalam premis perniagaan tersebut, pemilik perniagaan seharusnya dipanggil memberikan keterangan bagi menunjukan kepada mahkamah ini bahawa barang tersebut bukan miliknya tetapi dimiliki oleh OKT 1. [24] Pemilik perniagaan juga sepatutnya dipanggil sebagai saksi bagi menerangkan bagaimana barang-barang larangan tersebut berada di dalam premis perniagaan beliau. SP7 sebagai pegawai penyiasat juga gagal membuat siasatan lengkap berkenaan perkara ini dan hanya menyatakan di Mahkamah bahawa barangan tersebut bukan milik pemilik perniagaan kerana ketika kejadian pemilik perniagaan berada di luar negara dan tiada keperluan untuk siasatan lanjut dibuat terhadap pemilik. Keterangan pegawai penyiasat ini adalah tidak meyakinkan dan menunjukan siasatan teliti tidak dibuat. Pegawai penyiasat perlu faham, barang-barang tersebut mungkin diletakan atau dibawa masuk ke dalam premis sebelum pemilik perniagaan ke luar negara malah terdapat juga kemungkinan pemilik perniagaan adalah merupakan individu yang terlibat membawa masuk barang tersebut dan menjual barang-barang tersebut bagi keuntungan perniagaannya. Semua kemungkinan ini gagal dijawab dan diterangkan oleh pegawai penyiasat atau mana-mana saksi pendakwaan yang lain seterusnya meninggalkan kelompangan besar dalam kes pendakwaan. Fakta-fakta ini juga boleh mewujudkan inferens yang memihak kepada OKT 1. S/N u54Kcz4hi0aQloL97/yYQ [25] Oleh itu, berdasarkan isu-isu yang telah dihuraikan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan dalam kes ini yang menyebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ditahap prima facie bagi pertuduhan pertama terhadap OKT 1. ANALISA FAKTA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN BAGI PERTUDUHAN KEDUA SEKSYEN 74(1)(D) AKTA EKSAIS [26] Seterusnya mahkamah membuat analisa dan dapatan bagi pertuduhan kedua di bawah seksyen 74(1)(d) Akta Eksais 1976 yang dipertuduhkan terhadap OKT 1. Di bawah Seksyen ini antara elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah seperti berikut: I. OKT memiliki dan mempunyai pengetahuan tentang barang-barang berduti eksais yang dirampas; II. Barang-barang tersebut adalah berduti eksais; III. Barang-barang berduti tersebut tidak dibuktikan telah dibayar. [27] Bagi membuktikan elemen pertama, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT memiliki barang-barang berduti, seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini bagi maksud elemen pemilikan dan pengetahuan, rujukan kepada prinsip perundangan akan dibuat kepada seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 memandangkan peruntukan di S/N u54Kcz4hi0aQloL97/yYQ dalam seksyen ini dan seksyen 74 (1) (d) Akta Eksais 1976 adalah hampir menyamai in pari materia dengan seksyen tersebut. [28] Seperti mana yang telah dihuraikan sebelum ini pada peringkat kes pendakwaan bagi pertuduhan pertama, mahkamah telah berpuas hati dan membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen milikan dan pengetahuan OKT 1 terhadap barang kes yang dirampas. Oleh itu pertuduhan kedua ini juga telah gagal dibuktikan pada tahap prima facie terhadap OKT 1. [29] Sekali lagi prinsip undang-undang yang digariskan dalam kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393 ; [2006] 1 CLJ 457 dirujuk di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan: “[15] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:-