Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO: BA-22NCC-96-07/2023
BA-22NCC-96-07/2023
High Court of Malaysia27 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“contracted for that S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29 obligation they were fully aware of s. 70(3) of the Companies Act. They must therefore be presumed to have contracted on the basis of section 70(3) of the Companies Act. In”
“dn Bhd [1995] 4 MLJ 673, 676-677, iaitu - S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 Under section 101(1) of the Evidence Act 1950, whoever desires the court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existenc”
“an have a common interest and grievance, invaded by an enemy, with the relief claimed in its nature being beneficial to all (see Smith v. Cardiff Corporation [1954] 1 QB 210; Duke of Bedford v. Ellis [1901] AC 1). As opined by the Court of Appeal in Tengku Abdullah Ibni Sultan Abu Bakar & Ors v. Mohd Latiff Shah Mohd &”
“hkamah memberikan hak undang-undang atau liabiliti mempunyai beban bukti tentang kewujudan fakta yang didakwa olehnya. 47. Dalam kes Johara Bi bt. Abdul Kadir Marican v. Lawrence Lam Kwok Fou & Anor [1980] CLJU 199; [1981] 1 MLJ 139, Mahkamah Persekutuan memutuskan – It was all a matter of proof and that until and unle”
“is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded (see State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490; and Anuar bin Mat Amin v. Abdullah bin Mohd Zain [1989] CLJU 74; [19”
“Markt & Co., Limited v. Knight Steamship Company, Limited, Sale & Frazar v. Knight Steamship Company, Limited [1910] 2 KB 1021 at 1040; Palmco Holding Bhd. v. Sakapp Commodities (M) Sdn. Bhd. & Ors. [1986] CLJU 124; [1986] CLJU 124; [1986] 1 LNS 124; and Jok Jau Evong & Ors v. Marabong Lumber Sdn Bhd & Ors [1990] 2 CLJ”
“to adduce facts and issues which they have not pleaded (see State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490; and Anuar bin Mat Amin v. Abdullah bin Mohd Zain [1989] CLJU 74; [1989] 1 LNS 74; [1989] 3 MLJ 313) 135. Pembelaan defendan keenam dan ketujuh menjurus kepada tanggungja”
“ada SP2 hadir mewakili plaintif kedua. 150. Kegagalan plaintif kedua hadir dan memberi keterangan adalah fatal. Saya merujuk kes Wong Tee Fook & Ors v SQFT Global Properties Singapore Pte Ltd & Ors [2020] MLJU 1064. Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut memutuskan adalah suatu ketidakadilan bagi plaintif-plaintif yang dis”
“yang dikemukakan oleh plaintif-plaintif dengan fakta kes di hadapan Mahkamah ini. 143. Peguam cara terpelajar bagi plaintif-plaintif merujuk kes Chua Chong Poh & Ors v Kingsley Hills Sdn Bhd & Anor [2020] MLJU 1452 dan bersandarkan kepada nas Eh Riyid v Eh Tek [1976] 1 MLJ 262 bahawa – S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ **Note”
“i perbadanan defendan pertama disingkap bagi membolehkan defendan kedua sehingga defendan ketujuh bertanggungan. 121. Mahkamah Persekutuan dalam kes Ong Leong Chiou & Anor v Keller (M) Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 393 telah memutuskan bahawa – the juristic principle comprising the bedrock of company law is the legal frict”
“buran apabila diminta oleh peguam cara plaintif terdahulu sebagaimana diakui oleh SD1 dan SD3. 74. Fakta kes ini mempunyai persamaan dengan kes Phang Yeong Hau v Click Internet Traffic Sdn Bhd & Ors [2024] MLJU 2643 iaitu tawaran langganan dibuat melalui webinar, terdorong S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ **Note : Serial numb”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO: BA-22NCC-96-07/2023
1
MOHAMED NOR BIN ABU BAKAR … PLAINTIF- [NO. K/P : 500101-10-6375]
2
RAJA SARINAH BINTI RAJA ALIAS [NO. K/P : 661006-06-5226] [Yang kesemuanya membawa guaman untuk pihak sendiri sebagai pelanggan dalam Perjanjian Langganan (“Subscription Agreement”) dan juga mewakili individu-individu lain yang telah melanggan dalam Perjanjian Langganan (“Subscription Agreement”) sepertimana yang disenaraikan dalam Lampiran 1 yang dikepilkan bersama Writ ini]
1
RADIANCE ASSETS BERHAD … DEFENDAN- [NO. SYARIKAT : 202101005326] DEFENDAN
2
MOHD EZMAN BIN ZAMANI [NO. K/P : 861018-56-5531]
3
MOHAMMAD EZWAN BIN ZAMANI [NO. K/P : 840727-14-5553] S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ
4
JAMES GALLOWAY STEVENSON [NO. PASPOT : 124471590]
5
NOOR AZEAN BINTI ZAMANI [NO. K/P : 780831-14-5228]
6
HANAFI BIN SULIAMAN [NO. K/P: 830811-10-6259]
7
ROSLINA BINTI IBRAHIM [NO. K/P:740508-02-5932] ALASAN PENGHAKIMAN A.
1
Plaintif-plaintif dalam tindakan ini menuntut untuk mendapatkan semula tunggakan baki Harga Tebusbalik Islamic Redeemable Preference Shares (RPS-i) yang telah ditawarkan oleh defendan pertama melalui beberapa Perjanjian Langganan yang dimasuki dengan plaintif-plaintif. Plaintif-plaintif turut menamakan pengarah-pengarah dan bekas pengarah defendan pertama sebagai defendan Bersama. Pihak-pihak S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ
2
Plaintif pertama dan kedua memfailkan tuntutan ini atas kapasiti sendiri sebagai pelanggan dalam Perjanjian Langganan (Subscription Agreement) yang dimasuki dengan defendan pertama.
3
Melalui Writ Saman, plaintif pertama dan kedua memasukkan
Lampiran
Lampiran 1 yang mengandungi 53 orang lain yang dikatakan sebagai pelanggan RPS-i. Plaintif-plaintif menyatakan mereka turut membawa guaman untuk pihak sendiri dan mewakili 53 individu tersebut. 4. Defendan pertama menjalankan perniagaan pemborong pelbagai barangan tanpa pengkhususan selain aktiviti-aktiviti syarikat pemegangan dan perniagaan konsultasi pengurusan. 5. Defendan kedua, ketiga, keempat dan kelima merupakan pengarah-pengarah defendan pertama pada masa yang material. 6. Manakala defendan keenam dan ketujuh ialah mantan pengarah defendan pertama sehingga mereka meletakkan jawatan pada 1.3.2023. B. FAKTA MATERIAL 7. Pada sekitar tahun 2021 sehingga 2022, defendan pertama telah memperkenalkan Memorandum Maklumat yang menawarkan skim pelaburan berlandaskan Syariah dalam sektor teknologi kewangan (financial technology) melalui sesi webinar. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 8. Pelaburan oleh defendan pertama menawarkan lima kategori fintech iaitu e-wallet, perdagangan digital (digital commerce), kiriman wang (remittance), analisis data besar (big data analysis) dan kepintaran buatan (artificial intelligence). 9. Defendan pertama menetapkan had jumlah minima sebanyak RM250,000.00 dan mengeluarkan Islamic Redeemable Preference shares (RPS-i) iaitu saham keutamaan boleh tebus (secara syariah) dalam defendan pertama kepada plaintif-plaintif dalam setiap pelaburan yang dibuat. 10. Sejumlah 1000 lot RPS-i ditawarkan oleh defendan pertama dengan setiap lot terdiri dari 250,000 unit dengan jumlah keseluruhan unit RPS-I sebanyak 250,000,000 unit pada harga RM1.00 setiap unit RPS-i. 11. Defendan pertama telah mendapatkan Sijil Patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Tawafuq Consultancy bertarikh 1.4.2021 untuk menyokong bahawa pelaburan defendan pertama adalah patuh Syariah. 12. Selanjutnya, plaintif pertama dan kedua serta 53 orang yang disenaraikan dalam Lampiran 1 telah menandatangani perjanjian-perjanjian langganan dengan defendan pertama untuk melanggan saham keutamaan yang dikenali sebagai Islamic Redeemable Preference Shares (RPS-i) yang diterbitkan oleh defendan pertama. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 13. Implikasi daripada perjanjian langganan tersebut, plaintif-plaintif dan 53 orang yang lain tersebut telah menjadi pemegang saham defendan pertama mengikut unit pelaburan RPS-i masing-masing dan nama mereka didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai pemegang saham keutamaan defendan pertama. 14. Perjanjian Langganan tersebut yang disediakan menurut prinsip Syariah Tawarruq Komoditi Murabahah dan melalui perjanjian tersebut telah dipersetujui antara lain bahawa – a) Defendan pertama berhak mengeluarkan Notis Tebusbalik RPS-i kepada plaintif-plaintif pada bila-bila masa dengan tarikh tebus balik tidak boleh melebihi 60 hari dari tarikh notis tebus balik. b) Plaintif-plaintif berhak menerima notis-notis bagi mesyuarat am, laporan dan penyata perakaunan defendan pertama serta menghadiri mesyuarat am defendan pertama. 15. Selepas daripada Perjanjian Langganan dimasuki, defendan pertama membayar hibah kepada plaintif-plaintif dan 53 orang lain. 16. Defendan pertama telah mengeluarkan notis iaitu Early Redemption Notice bertarikh 6 Mei 2022 kepada plaintif-plaintif untuk menebus semula kesemua unit saham RPS-i tersebut. Walau bagaimanapun, defendan pertama gagal membuat penebusan balik kesemua unit saham RPS-i tersebut. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 17. Melalui surat bertarikh 27 Julai 2022, defendan pertama memohon lanjutan masa selama 60 hari kepada plaintif-plaintif dan memberi pilihan iaitu jika proses tebusbalik tersebut gagal, Perjanjian Langganan akan diteruskan dengan kadar dividen yang akan dikaji semula. 18. Selanjutnya melalui surat defendan pertama bertarikh 1 Ogos 2022, defendan pertama menyatakan antara lain akan membayar pelabur dalam masa 60 hari dari 29 Julai 2022 beserta dividen 18% dalam tempoh lanjutan termasuk pampasan tidak melebihi 1% setahun. Tuntutan Plaintif-plaintif 19. Tuntutan plainti-plaintif terhadap defendan-defendan adalah untuk mendapatkan tunggakan baki harga tebusbalik RPS-i yang masih terhutang oleh defendan pertama kepada plaintif-plaintif dalam senarai Lampiran 2 (50 orang) berjumlah RM26,248,122.00 dan seramai 5 orang dalam Lampiran 3 berjumlah RM1,300,000.00 berikutan pemecahan terma-terma Perjanjian Langganan oleh defendan pertama. 20. Plaintif-plaintif turut menuntut faedah 1% setahun sebagai faedah atas jumlah yang terhutang dan dividen bagi tempoh lanjutan 18% setahun atas jumlah tebusbalik RPS-i yang masih terhutang beserta faedah 5% setahun atas jumlah terhutang dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh dan kos atas dasar peguamcara dan anakguam. Ganti rugi am dan ganti rugi keterlaluan S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ dan/atau ganti rugi teladan turut dituntut oleh plaintif-plaintif terhadap defendan-defendan. 21. Menurut plaintif-plaintif, atas dorongan dan kepercayaan, mereka telah melanggan skim pelaburan yang ditawarkan oleh defendan pertama dan menandatangani Perjanjian Langganan tersebut. Plaintif-plaintif memplidkan bahawa mereka telah melaksanakan tanggungjawab di bawah perjanjian langganan dengan membayar wang pelaburan ke akaun defendan pertama. 22. Selepas defendan pertama mengeluarkan surat bertarikh 1 Ogos 2022, plaintif-plaintif melalui surat peguam cara bertarikh 24 November 2022 telah memohon supaya defendan pertama mengemukakan butiran perakaunan perniagaan, dokumen perniagaan dan bayaran baki harga tebusbalik saham RPS-i tersebut. Namun, defendan pertama gagal berbuat demikian. 23. Berdasarkan pliding, asas untutan plaintif-plaintif terhadap defendan pertama adalah – (i) Defendan pertama cuai dan/atau gagal membayar harga tebus balik unit saham RPS-i sebagaimana yang dipersetujui. (ii) Defendan pertama telah gagal mematuhi terma perjanjian langganan kerana – S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ (a) gagal menyerahkan salinan Perjanjian Langganan dan sijil setem kepada sebahagian plaintif yang disenaraikan dalam Lampiran 2. (b) Gagal menyerahkan salinan asal Perjanjian Langganan dan hanya menyerahkan kepada sebahagian plaintif dalam Lampiran 2 dengan salinan digital Perjanjian Langganan dan sijil setem Perjanjian Langganan. (c) Gagal menyerahkan salinan asal mahupun salinan digital Perjanjian Langganan kepada plaintif-plaintif yang disenaraikan dalam Lampiran 3. (d) Defendan pertama cuai dan gagal memasukkan sebahagian nama plaintif-plaintif ke dalam senarai pemegang saham defendan pertama. 24. Plaintif-plaintif menekankan bahawa defendan pertama menggunakan medium webinar dan Memorandum Maklumat untuk menyebarkan peluang pelaburan kepada plaintif-plaintif dan untuk mengutip pelaburan daripada plaintif-plaintif. 25. Plaintif-plaintif turut memplidkan bahawa defendan kedua sehingga ketujuh – (a) Mempunyai pengetahuan penuh tentang skim pelaburan yang ditawarkan oleh defendan pertama. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ (b) Hadir semasa sesi webinar oleh defendan pertama. (c) Mempunyai kawalan penuh terhadap perniagaan dan pengurusan serta kewangan defendan pertama termasuk transaksi permbayaran. (d) Mempunyai pengetahuan penuh terhadap terma perjanjian langganan dan butiran terperinci jadual pembayaran kepada plaintif-plaintif. (e) Terdapat beberapa bayaran tebusbalik RPS-I oleh defendan pertama kepada plaintif-plaintif menurut Jadual 3 Perjanjian Langganan. (f) Menyedari terdapat tunggakan bayaran tebusbalik oleh defendan pertama. (g) Mempunyai pengetahuan ada Perjanjian Langganan yang tidak disetemkan dan tidak diserahkan kepada plaintif-plaintif serta terdapat sebahagian plaintif yang tidak dinamakan sebagai pemegang saham keutamaan defendan pertama. 26. Atas dasar ini, plaintif-plaintif memplidkan wujud konspirasi, penipuan dan penipuan salahnyata oleh defendan-defendan terhadap plaintif-plaintif. Antara lain butiran konspirasi, penipuan dan penipuan salahnyata yang diplidkan adalah seperti berikut: S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ (a) Defendan-defendan secara penipuan dan konspirasi telah mendorong plaintif-plaintif untuk menandatangani Perjanjian Langganan dan membuat bayaran pelaburan. (b) Pada setiap masa, penubuhan defendan pertama adalah untuk menipu plaintif-plaintif dan menerima bayaran pelaburan dan untuk memperoleh keuntungan tidak adil. (c) Defendan-defendan sejak dari awal mempunyai pengetahuan yang skim pelaburan defendan pertama adalah bermasalah dan dengan penipuan menyembunyikan niat sebenar defendan-defendan. (d) Defendan-defendan secara berkomplot menggunakan wang pelaburan plaintif-plaintif bukan untuk tujuan pelaburan yang ditawarkan seperti dalam webinar dan Memorandum Maklumat. (e) Gagal mendedahkan status perniagaan, pelaburan, rekod perniagaan, rekod audit dan akaun perbankan defendan pertama kepada plaintif-plaintif. (f) Defendan-defendan secara penipuan menggunakan wang pelaburan plaintif-plaintif untuk membayar ansuran bulanan tebus balik dan menggunakan modus operandi membayar ansuran beberapa bulan pertama kepada S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ plaintif-plaintif bagi menarik minat pelanggan lain memasuki pelaburan. (g) Defendan kedua sehingga ketujuh telah – (i) menggunakan kedudukan sebagai pengarah defendan pertama untuk kepentingan peribadi. (ii) menipu plaintif-plaintif secara menyalahgunakan pelaburan plaintif-plaintif. (iii) cuai menjalankan tanggungjawab sebagai pengarah defendan pertama. Butir-butir kerugian plaintif-plaintif 27. Bagi plaintif-plaintif yang disenaraikan dalam Lampiran 2, keseluruhan jumlah terhutang yang dituntut adalah seperti berikut – BUTIRAN JUMLAH (RM) Jumlah harga pelaburan : 16,411,000.00 Jumlah harga tebus balik: 29,017,980.00 Bayaran yang telah diterima daripada defendan pertama: 2,789,058.00 Baki harga tebus balik Yang belum dibayar: 26,248,122.00 S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ Pembelaan Defendan Pertama 28. Defendan pertama menafikan tuntutan plaintif-plaintif dan antara lain memplidkan bahawa – (i) Defendan kedua, ketiga dan kelima tidak pernah menawarkan representasi skim berlandaskan syariah dalam sektor teknologi kewangan semasa webinar. (ii) Defendan pertama mengakui sejumlah 1000 lot RPS-i ditawarkan oleh defendan pertama dengan setiap lot terdiri dari 250,000 unit dengan jumlah keseluruhan unit RPS-i sebanyak 250,000,000 unit pada harga RM1.00 setiap unit RPS-i. (iii) Defendan pertama telah memenuhi obligasinya di bawah Perjanjian Langganan. (iv) Selaras dengan klausa 7.1.1(b) dan (v) Perjanjian Langganan, plaintif-plaintif sedar dan tahu bahawa ramalan plaintif dibuat berdasarkan anggapan dan jangkaan yang mungkin tidak benar dan tiada jaminan pelaburan plaintif-plaintif akan berjaya mengikut kehendak plaintif-plaintif. (v) Selaras dengan klausa 15.1 Perjanjian Langganan, kesemua representasi dan perjanjian yang dibuat sebelum pihak-pihak memasuki Perjanjian Langganan S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ tidak boleh menjadi sebahagian terma Perjanjian Langganan sama ada secara nyata atau tersirat. (vi) Penebusan balik RPS-i adalah pilihan defendan pertama dan bukan tanggungjawab kerana kewajipan kontrak defendan pertama adalah menjadikan plaintif-plaintif pemegang saham defendan pertama yang mana penama dalam Lampiran 1 telah dinamakan sebagai pemegang saham defendan pertama. (vii) Defendan pertama tidak terikat dengan notis penebusan awal menurut klausa 6.2.4 Perjanjian Langganan. (viii) Kegagalan defendan pertama dalam memberikan dividen, keuntungan atau pulangan pelaburan bukanlah kemungkiran kontrak kerana sifat pelaburan terdapat risiko kerugian atau keuntungan. (ix) Plaintif-plaintif telah bersetuju dengan klausa 7.1.1(a)(i) Perjanjian Langganan bahawa langganan RPS-i melibatkan tahap risiko yang tinggi dan pulangan pelaburan bergantung kepada prestasi defendan pertama. (x) Defendan kedua, ketiga dan kelima bertindak bagi pihak syarikat dan bukan atas kapasiti peribadi berdasarkan prinsip entiti perundangan yang berasingan. 29. Berhubung dengan tuntutan plaintif pertama dan kedua yang membawa guaman untuk pelanggan-pelanggan dalam Perjanjian S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ Langganan sebagaimana dalam Lampiran 1 Writ, defendan pertama menyatakan plaintif pertama dan kedua tidak mempunyai locus untuk membawa tuntutan bagi individu-individu yang dinamakan dalam Lampiran 1 dalam Writ dan Lampiran 2 dan 3 dalam Pernyataan Tuntutan. Pembelaan Defendan Kedua, Ketiga dan Kelima 30. Intipati pembelaan defendan kedua, ketiga dan kelima adalah sama dengan pembelaan defendan pertama dengan penekanan diberi terhadap prinsip entiti perundangan yang berasingan. Pembelaan Defendan Keempat 31. Defendan keempat gagal memasukkan kehadiran mahu pun memfailkan pernyataan pembelaan terhadap tuntutan plaintif-plaintif. Pembelaan Defendan Keenam Dan Ketujuh 32. Defendan keenam dan ketujuh pula telah meletakkan jawatan pada 1 Mac 2023. Selanjutnya pada 31 Julai 2023 plaintif-plaintif menyaman defendan pertama termasuk defendan keenam, ketujuh dan defendan-defendan lain yang disenaraikan. 33. Pendekatan pembelaan defendan keenam dan ketujuh adalah bahawa tiada keberhutangan oleh defendan pertama kepada plaintif-plaintif kerana Perjanjian Langganan merupakan perjanjian pembelian saham yang mana plaintif-plaintif membeli saham S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ defendan pertama atas bayaran yang telah dibuat dan nama plaintif-plaintif telah dimasukkan sebagai pemegang saham defendan pertama. 34. Defendan keenam dan ketujuh turut menekankan mereka bertindak atas kapasiti pengarah berdasarkan prinsip entiti perundangan yang berasingan. 35. Selanjutnya defendan keenam dan ketujuh memplidkan bahawa – (i) mereka turut mengalami kerugian kerana terpedaya melanggan saham RPS-i dan tidak terlibat dengan salahnyataan frod terhadap plaintif-plaintif. (ii) Keputusan melabur dalam RPS-i adalah keputusan plaintif-plaintif sendiri tanpa pengaruh atau elemen paksaan oleh defendan keenam dan ketujuh. (iii) Keputusan tebus balik adalah pilihan defendan pertama jika notis tebus balik dikeluarkan menurut kluasa 6.2.1 atau klausa 6.2.4(a) Perjanjian Langganan. Hal ini bukanlah kewajipan kontraktual defendan pertama kerana obligasi defendan pertama terhad setakat menamakan plaintif-plaintif termasuk penama dalam Lampiran 1 sebagai pemegang saham defendan pertama. Bahkan kewajipan ini telah ditunaikan oleh defendan pertama. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ (iv) Berdasarkan klausa 7.1.1(a) (iii) Perjanjian Langganan, plaintif-plaintif bersetuju terdapat kemungkinan sekatan terhadap keupayaan defendan pertama memindahkan RPS-i atau tiada pasaran bagi RPS-i maka wujud keadaan pelaburan plaintif-plaintif tidak dapat dilikuidasikan sebelum tarikh penebusan. Perbicaraan penuh dan Saksi-saksi 36. Perbicaraan penuh bagi kes ini telah berlangsung selama empat hari iaitu pada 3 Disember 2024, 23 Disember 2024, 27 Januari 2025 dan 28 Januari 2025. 37. Plaintif-plaintif telah mengemukakan dua orang saksi iaitu – (i) SP1 – Mohamed Nor bin Abu Bakar; dan (ii) SP2 – Ahsari bin Mohd Salleh. 38. Manakala defendan pertama, kedua, ketiga dan kelima telah memanggil seramai tiga orang saksi iaitu – (i) SD1 – Noor Azean binti Zamani (ii) SD2 – Mohammad Ezwan bin Zamani (iii) SD3 – Mohd Ezman bin Zamani 39. Selanjutnya Hanafi bin Suliaman telah memberi keterangan sebagai SD4 manakala Roslina binti Ibrahim sebagai SD5 bagi Defendan keenam dan ketujuh. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 40. Semasa perbicaraan, SD3 yang menetap di Ulaanbaatar, Mongolia memberi keterangan secara atas talian atas persetujuan semua pihak. Keputusan Mahkamah Tinggi 41. Setelah mengambilkira keseluruhan pliding pihak-pihak, dokumen-dokumen yang dikemukakan, keterangan saksi-saksi dan penghujahan oleh peguam cara-peguam cara yang terpelajar, di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini telah membenarkan sebahagian tuntutan plaintif pertama terhadap defendan pertama sahaja dan menolak tuntutan plaintif kedua dan tuntutan representasi berserta faedah dan kos. 42. Asas dan justifikasi yang menyokong keputusan Mahkamah ini adalah sebagaimana yang diulas di bahagian Analisis dan Keputusan. C. ISU-ISU UNTUK DIBICARAKAN 43. Pihak-pihak bersetuju terdapat sembilan isu dalam Senarai Isu-isu Untuk Dibicarakan. 44. Setelah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti kertas-kertas kausa saya bersetuju dengan penghujahan peguam cara defendan pertama, kedua, ketiga dan kelima bahawa isu-isu tersebut boleh dibahagikan kepada isu utama, iaitu – S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ i. Sama ada defendan-defendan telah dengan sengaja dan berniat jahat enggan dan/atau cuai melaksanakan kewajipan kontraktual di bawah Perjanjian Langganan termasuk membuat bayaran balik Harga Tebus balik kepada plaintif-plaintif. ii. Sama ada defendan-defendan secara bersesama atau berasingan telah berkonspirasi, berkomplot menggunakan defendan pertama bagi melakukan penipuan dan penipuan salahnyataan terhadap plaintif-plaintif. iii. Sama ada tirai perbadanan defendan pertama disingkap bagi membolehkan defendan kedua sehingga defendan ketujuh bertanggungan. iv. Sama ada plaintif pertama dan kedua mempunyai locus standi untuk membawa tuntutan bagi pihak-pihak yang dinamakan dalam Lampiran 1 Writ Saman dan Lampiran 2 dan 3 dalam Pernyataan Tuntutan bertarikh 31 Julai 2023. D. PRINSIP UNDANG-UNDANG 45. Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa beban bukti terletak di bahu pihak plaintif untuk membuktikan kesnya. Bukanlah beban atas defendan untuk membuktikan sebaliknya. Ini telah S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ diperuntukkan dalam seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950. Prinsip dan Skop Beban Bukti 46. Mahkamah Persekutuan dalam kes Nanyang Development (1966) Sdn Bhd v How Swee Poh [1970] 1 MLJ 145 antara lain memutuskan bahawa pihak yang berhasrat untuk Mahkamah memberikan hak undang-undang atau liabiliti mempunyai beban bukti tentang kewujudan fakta yang didakwa olehnya. 47. Dalam kes Johara Bi bt. Abdul Kadir Marican v. Lawrence Lam Kwok Fou & Anor [1980] CLJU 199; [1981] 1 MLJ 139, Mahkamah Persekutuan memutuskan – It was all a matter of proof and that until and unless the plaintiff has discharged the onus on her to prove her case on a balance of probabilities, the burden did not shift to the defendant, and no matter if the defendant's case was completely unbelievable, the claim against him must in these circumstances be dismissed. With respect, we agree with this judicial approach. 48. Pemakaian seksyen 101(1) telah diberi panduan oleh Yang Arif Low Hop Bing dalam kes Tenaga Nasional Bhd v Perwaja Steel Sdn Bhd [1995] 4 MLJ 673, 676-677, iaitu - S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ Under section 101(1) of the Evidence Act 1950, whoever desires the court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. In other words, the plaintiff must prove such facts as the plaintiff desires the court to give judgment as to its right to claim against the defendant or the defendant’s liability to pay the plaintiff. The burden of proof is on the plaintiff: s 101(2). In order to succeed here, the plaintiff must prove its claim affirmatively. 49. Selanjutnya Yang Arif Salleh Abas (sebagaimana beliau ketika itu) dalam kes International Times & Ors v Leong Ho Yeen [1980] 2 MLJ 86, 87 telah mencerakinkan makna beban pembuktian (burden of proof) dan tanggungan membuktikan pada ketika tertentu (onus of proof) yang akan berubah-ubah sepanjang perbicaraan, bergantung kepada isu dan fakta yang akan dibangkitkan, iaitu - For the purpose of this appeal it is necessary to bear in mind the distinction between the two senses in which the expressions burden of proof and onus of proof are used (Nanji & Co v Jatashankar Dossa & Ors AIR 1961 SC 1474 1478 and Raghavamma v Chenchamma AIR 1964 SC 136 143). The first sense, signified by the expression burden of proof such as referred to in section 101 of the Evidence Act is the burden of establishing a case and this S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ rests throughout the trial on the party who asserts the affirmative of the issue. The appellants in the present appeal relied on justification and fair comment. Therefore, the burden of proving these defences rests entirely upon them (Gatley on Libel and Slander 7th Edition paras. 351 and 354). The second sense referred to as onus of proof, on the other hand, relates to the responsibility of adducing evidence in order to discharge the burden of proof. The onus as opposed to burden is not stable and constantly shifts during the trial from one side to the other according to the scale of evidence and other preponderates. Such shifting is one continuous process in the evaluation of evidence. According to sections 102 and 103 of the Evidence Act, if the party with whom this onus lies whether initially or subsequently as a result of its shifting does not give any or further evidence or gives evidence which is not sufficient, such party must fail.” 50. Jelasnya, beban terletak atas plaintif-plaintif untuk membuktikan kesnya. Jika plaintif-plaintif gagal berbuat demikian, beban tersebut tidak boleh dipindahkan kepada defendan-defendan untuk membuktikan sebaliknya. Undang-undang berkaitan maksud redeemable preference shares S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 51. Akta Syarikat 2016 (Akta 777) tidak memberi definisi khusus kepada maksud redeemable preference shares. Namun, subseksyen 72(4) Akta 777 membenarkan penebusan saham keutamaan tertakluk kepada perlembagaan syarikat dan diperuntukkan bahawa – A company may issues preference shares which are, or at the option of the company are to be liable, to be redeemed if the redemption is in accordance with the constitution. 52. Subseksyen 72(5) Akta 777 pula memperuntukkan redeemable preference shares dibenarkan sekiranya tertera dalam perlembagaan syarikat dan dengan syarat ia tidak dikeluarkan kepada pengarah atau pegawai kecuali dibenarkan secara khusus oleh pemegang saham. 53. Manakala seksyen 75-76 Akta 777 memperuntukkan tentang kuasa pengarah untuk menerbitkan saham termasuk preference shares. E. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1: Sama ada defendan-defendan telah dengan sengaja dan berniat jahat enggan dan/atau cuai melaksanakan kewajipan kontraktual di bawah Perjanjian Langganan termasuk membuat bayaran balik Harga Tebusbalik kepada plaintif-plaintif. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 54. Perjanjian Langganan dapat dilihat dalam Ikatan Dokumen Bersama Jilid 2 yang dimasuki oleh pelanggan (termasuk plaintif-plaintif dan kesemua penama dalam Lampiran 1 Writ Saman) dengan defendan pertama yang diwakili oleh dua orang pengarah iaitu defendan kedua dan ketiga. Antara lain terma bagi RPS-i diperuntukkan dalam Jadual 3 sebagaimana berikut-S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 55. Seksyen 72 Akta 777 memperuntukkan tentang saham keutamaan, iaitu – 72. Preference shares S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ (1) Subject to its constitution, a company having a share capital may issue preference shares. (2) Subject to this section and if authorized by its constitution, a company may issue preference shares which are liable, or at the option of the company are to be liable, to be redeemed in accordance with the constitution. (3) The redemption of the preference shares shall not be taken as reducing the amount of share capital of the company. 56. Jelas bahawa kedudukan undang-undang membenarkan saham keutamaan ditebus. 57. Subseksyen 72(4) Akta 777 pula memperuntukkan yang berikut - (4) Subject to subsections (5) and (6), the shares shall be redeemable only if the shares are fully paid up and the redemption shall be out of - (a) profits; (b) a fresh issue of shares; or (c) capital of the company. (5) Where any such shares are redeemed out of profits pursuant to paragraph (4)(c) which would otherwise have been available for dividend, there shall be transferred into the share capital accounts S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ of the company, a sum equal to the amount of the shares redeemed. (6) The redemption of shares out of the capital referred to in paragraph (4)(c) shall only be redeemed subject to the following: (a) all the directors have made a solvency statement under section 113 in relation to such redemption; and (b) the company has lodged a copy of the solvency statement with the Registrar. 58. Peruntukan ini menunjukkan terdapat keperluan undang-undang berhubung dengan penebusan saham keutamaan termasuk sama ada syarikat tersebut solvent iaitu syarikat tersebut tidak muflis dan berkeupayaan membayar semua hutang dalam tempoh masa yang sepatutnya. 59. Jelas bahawa Akta Syarikat 2016 menyediakan beberapa keadaan konsep solvent berkait dengan syarikat. Antaranya – i. Seksyen 113(1) dalam konteks syarikat tidak boleh membuat agihan dividen kecuali syarikat tersebut solvent selepas agihan dibuat. ii. Seksyen 117(1) berkenaan dengan perisytiharan solvensi diperlukan sebelum pembelian balik saham atau pengurangan modal. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ iii. Seksyen 527 dan 528 berhubung dengan ujian solvensi dalam konteks penggulungan syarikat. 60. Hal ini bermaksud, sebelum defendan pertama boleh membayar dividen Lembaga Pengarah, defendan pertama perlu memastikan bahawa defendan pertama adalah solvent selepas pembayaran dividen syarikat iaitu defendan pertama masih lagi boleh membayar semua hutang mengikut tempoh matang. 61. Mahkamah Tinggi dalam kes Salim Investments Pte Ltd v Sutrasegi Sdn Bhd & Ors [2015 CLJU 1036 memutuskan berkenaan dengan sumber pembayaran dividen selain daripada keuntungan, iaitu – Furthermore as a matter of law, payment of dividends need not necessarily be derived from profit retained as cash but also from assets or property belonging to the company. In the authoritative joint together on textbook Principles of Company Law by HAJ Ford (2nd Ed.) it is prescribed as follows: "[1009] Profit available for dividend. The expression "profit' is used in various ways. One usage refers to a comparison between the state of the business at two specific dates, usually separated by an interval of a year. Under this usage the fundamental S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ meaning of "profit" is the amount of gain made by the business during the year... [1012] Realized profit on sale of fixed assets may be distributed by way of dividend. Unless restrained by its articles a company may bring a realized profit arising from the sale of a fixed asset into account in determining the profit available for distribution by way of dividend. Lubbock v British bank of South America [1892] 2 Ch 198... [1014] Guaranteed dividends. It is open to those who raise share capital for a company to offer prospective shareholders the inducement of a guarantee by the company's backers that a specified minimum dividend will be paid on the shares for a certain period. The shareholder will then be like a lender in so far as he will be entitled to receive the minimum dividend whether the company makes a profit or not..." 62. Hal ini bermaksud, sumber pembayaran dividen oleh defendan pertama adalah berasaskan keuntungan dan aset defendan pertama. 63. Dalam suatu keputusan oleh Mahkamah Singapura, iaitu kes UOB Venture Investments Ltd v. Tong Garden Holdings Pte Ltd [2001] 1 SLR 362 telah diputuskan bahawa – Under the contract the obligation to redeem on notice is absolute. When first defendant contracted for that S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ obligation they were fully aware of s. 70(3) of the Companies Act. They must therefore be presumed to have contracted on the basis of section 70(3) of the Companies Act. In the context of s. 70(3) of the Companies Act, the company defendants' contractual obligation to redeem implies that they must bustle about to bring in the funds. They must expend all their energy in their veins to find the funds in the manner permitted by s. 70(3) of the Companies Act. The defendants are not allowed to call in aid their own indolence and inaction. Nor can they seek shelter under s. 70(3) of the Companies Act. Their contractual obligation implies that they will see to it that their subsidiary and related entities and persons will put them in sufficient profits or take up new shares to produce sufficient funds. Finding the funds by those two options, I repeat, is an absolute obligation. If they fail there are three remedies to the preference shareholder: equity can compel them to do so by an order for specific performance; common law can award damages; and company law can order them to be wound up. If damages are awarded they must come from the profits or fresh share issue. In the event of liquidation the shareholders' claim would rank after the claims of creditors. 64. Selanjutnya dalam kes Arah Cipta Sdn Bhd v. Piala Gagasan (M) Sdn Bhd & Anor [2010] 9 CLJ 964 diputuskan bahawa – S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ "[97] In my judgment, s. 61(3) of the Act limits the funds from which redemption may be made. In this regard, when the time comes for redemption, the redemption monies will have to be paid either out of profits which would otherwise be available for dividend or out of the proceeds of a fresh issue of shares made for the purposes of the redemption. If the plaintiff has no such profits available or is unable to carry through the necessary fresh issue of shares, the consequence will simply be that the plaintiff will then become in breach of its obligation under arts. 6A(d) and 6B(d) of the plaintiff's articles of association. The first defendant being the preferential shareholders would in such circumstances be entitled to have the plaintiff wound up but certainly not to cause redemption in breach of s. 61(3) of the Act, preferring themselves ahead of all other creditors of the plaintiff. [98] As stated earlier, the documentary and oral evidence adduced show that the plaintiff company was at the material time when the demand and payments were made to the first defendant for redemption of the redeemable preference shares suffered great losses in which there are no available profit to redeem the shares from the first defendant. As such, in this present case, in my view, the RPS Shares was redeemed by the plaintiff in contravention of s. 61(3) of the Act. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 65. Namun begitu, pihak-pihak dalam Tindakan di sini tidak merujuk tentang kedudukan saham keutamaan yang dikeluarkan oleh defendan pertama dan implikasi jika ia ditebus dengan mengambilkira kedudukan kewangan defendan pertama pada masa yang material ini. 66. Defendan pertama telah mengeluarkan notis tebus balik awal bertarikh 6 Mei 2022 kepada plaintif-plaintif bagi kesemua unit saham RPS-i. Pembayaran gagal dilakukan dan defendan pertama memohon pelanjutan masa 60 hari melalui surat bertarikh 27 Julai 2022 dengan janji jika defendan pertama gagal menebus balik, Perjanjian Langganan diteruskan dengan kadar dividen yang akan dikaji semula. 67. Plaintif-plaintif telah menarik perhatian Mahkamah ini kepada Notis Penebusan Awal bertarikh 6 Mei 2022 khasnya perenggan (ii) dan (v). Perenggan (ii) mengandungi pengakuan defendan pertama bahawa – due to the exponential growth in our business development and our recent company restructure Radiance Assets Berhad has decided to perform Early Redemption to all the Islamic Redeemable Preference Shares (RPS-i) that have been issued to the sophisticated investors since 16.3.2021. 68. Apa yang juga ketara dalam kes ini adalah wujud pengakuan oleh defendan pertama mengenai perkembangan positif defendan S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ pertama. Defendan pertama turut menyatakan dalam perenggan (v) surat tersebut bahawa, selepas penebusan awal bayaran akan dijelaskan secara tunai kepada pemegang saham keutamaan. Defendan pertama turut memberi penekanan bahawa-this early redemption notice contains the entire understanding between and among the parties and supersedes any prior understandings and agreements among them respecting the subject matter of this early redemption notice. 69. Seterusnya defendan pertama menyatakan – with all being stated above, the company hereby notify to all subscribers – the company will stop paying any dividens to the subscribers, the company will buy back all the shares not exceeding 60 business days from the date of the issuance of this notification, the company secretary will perform his duties for the shares transfer and only new subscribers will be remunerated with one month dividend. 70. Berikutan dari notis tersebut, defendan pertama mengeluarkan notis termasuk notis daripada peguam cara defendan pertama. Defendan pertama mengeluarkan notis yang bukan sekali tetapi berulang kali pada 18.5.2022, 31.5.2022, 27.7.2022, 1.8.2022, 1.9.2022 dan 25.10.2022 yang kesemuanya ditandatangani oleh defendan kedua. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 71. Saya juga mendapati defendan pertama tidak mendedahkan status pelaburannya sejak tahun 2021 mahupun alasan kelewatan pembayaran. Kegagalan pembayaran kepada pemegang saham turut diakui oleh defendan kedua dalam keterangannya. Defendan kedua juga mengakui bayaran dividen dibuat setakat awal tahun 2022 dan ada perjanjian yang tempohnya telah luput masa. Defendan kedua juga mengakui pembayaran gagal dibuat meskipun tempoh masa lanjutan telah luput. 72. Mahkamah ini merujuk kepada hujahan peguam cara plaintif berkenaan modus operandi defendan pertama. Defendan pertama ditubuhkan pada 15 Februari 2021. Tanpa portfolio yang kukuh mengenai pelaburan, dalam tempoh kurang 3 bulan defendan pertama telah memulakan secara aktif siri webinar kepada umum dengan disokong oleh sijil patuh syariah dan mensasarkan pelabur dari kalangan orang Islam. 73. Dalam masa satu tahun defendan pertama telah memperoleh RM250 juta hasil langganan RPS-i yang diakui oleh defendan kedua. Turut diambil maklum oleh Mahkamah ini berkaitan kegagalan defendan pertama mengemukakan dokumen dan status pelaburan apabila diminta oleh peguam cara plaintif terdahulu sebagaimana diakui oleh SD1 dan SD3. 74. Fakta kes ini mempunyai persamaan dengan kes Phang Yeong Hau v Click Internet Traffic Sdn Bhd & Ors [2024] MLJU 2643 iaitu tawaran langganan dibuat melalui webinar, terdorong S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ dengan representasi pelabur memasuki pelaburan dan tiada laporan kewangan difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat. 75. Mahkamah ini mendapati skim pelaburan yang dikendalikan oleh defendan pertama meskipun pada awalnya merupakan pelaburan yang sebenar/ genuine, namun telah tercemar dengan tindakan defendan pertama yang berjanji membuat penebusan awal tanpa mendedahkan keadaan kewangan sebenar defendan pertama. 76. Penegasan ini telah dinafikan oleh defendan pertama dalam pembelaannya dan menegaskan defendan pertama tidak terikat dengan penebusan awal kerana ia merupakan hak plaintif menurut klausa 6.2.24 perjanjian langganan. 77. Defendan pertama tidak menjelaskan kepada plaintif-plaintif tentang ketiadaan keuntungan bagi menebus saham keutamaan. Defendan ketiga sebagai individu yang mempunyai pengetahuan penuh dan mengawal defendan pertama sewajarnya mempunyai posesi dokumen-dokumen berkaitan keuntungan dan kerugian syarikat sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 167 dan 169 Akta Syarikat 2016. Dokumen sedemikian gagal dikemukakan di Mahkamah. 78. Defendan pertama tidak wajar dibenarkan untuk untuk mengambil manfaat akibat kesilapannya sendiri. 79. Mahkamah Rayuan dalam kes Su Wee Lip @ Philli[ Su v Hj Lassim Abdul Rahman [2009] 1 MLJ 580 memutuskan bahawa – S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ It is a settled principle of general application that a person should not be permitted to take advantage of his own wrong. When applied in the sphere of contract law it expresses itself in the proposition that a guilty party ought not to be permitted to take advantage of his own breach of the contract. 80. Defendan pertama kini berlindung di sebalik perjanjian langganan untuk melindungi diri dari bertanggungan membayar plaintif-plaintif. Jika defendan pertama sedar tentang risiko besar dan pelaburan bersifat jangka panjang dan spekulatif mengapakah defendan pertama mengeluarkan notis penebusan awal saham keutamaan yang bukan sekali kepada plaintif-plaintif dengan kesedaran kewangan defendan pertama yang ketat. 81. Pendaftaran plaintif-plaintif sebagai pemegang saham keutamaan defendan pertama kini tidak sewajarnya diguna pakai bagi melindungi defendan pertama dari bertanggungan. Begitu juga dengan Information Memorandum yang dikemukakan oleh plaintif-plaintif. 82. Dalam ketiadaan dokumen kewangan defendan pertama dikemukakan di Mahkamah ini, pada hemat saya hujahan peguamcara defendan pertama bahawa plaintif-plaintif tidak mengalami kerugian kerana masih memegang saham defendan pertama adalah tidak bermerit. Hal ini kerana SD1 telah mengaku bahawa pada tahun 2024, defendan pertama mengalami kerugian dan sejak penubuhan defendan pertama sehingga tahun 2024, tiada S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ maklumat kewangan dihantar kepada SSM. Begitu juga laporan audit diakui oleh SD1 tidak pernah ditunjukkan kepada pelabur-pelabur. 83. SD1 turut mengakui ramai pelanggan RPS-i tidak menerima bayaran sebagaimana dipersetujui dalam Perjanjian Langganan. Saya berpandangan bahawa, defendan pertama tidak sewajarnya dibenarkan untuk mengubah pendirian atau fakta atau haknya demi untuk keuntungannya sendiri. Pendirian defendan pertama yang bertentangan iaitu menjanjikan penebusan awal dan membayar wang kepada pelabur dan kemudiannya berpatah balik dengan memegang secara ketat perjanjian pelangganan tidak pada pandangan saya terangkum dalam prinsip estoppel. 84. Mahkamah ini juga merujuk kepada prinsip dalam kes Bousted Trading (1985) Sdn Bhd v Arab Malaysian Merchant Bank Bhd (1995) 3 MLJ 331, 344 yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa – the doctrine may be applied to enlarge or to reduce the rights or obligations of a party under a contract dan the doctrine of estoppel is one of the most flexible and useful in the armoury of the law. 85. Mahkamah Persekutuan dalam kes Bousted Trading (1985) Sdn Bhd v Arab Malaysian Merchant Bank Bhd (supra) selanjutnya memutuskan bahawa – S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ when a parties to a transaction proceed on a basis of an underlying assumption – either of fact or of law – whether due to misrepresentation or mistake makes no difference – on which they have conducted the dealings between them – neither of them will be allowed to go back on it, the courts will give the other such remedy as the equity of the case demands. 86. Dalam Cheah Theam Kheng v City Centre Sdn Bhd (in liquidation) and other appeals [2012] 1 MLJ 761, Mahkamah Rayuan memutuskan – We categorically say that the liquidator cannot blow hot and cold to suit him whenever he feels like it. He cannot approbate and reprobate in the same breath. .. the man cannot adopt two inconsistent attitudes towards another: he must elect between them and, having elected to adopt one stance, cannot thereafter be permitted to go back and adopt an inconsistent stance. 87. Mahkamah ini berpuashati bahawa berlaku kegagalan oleh defendan pertama dalam memenuhi janji dan representasi defendan pertama untuk menebus RPS-i yang telah berjaya dibuktikan oleh plaintif pertama di atas imbangan kebarangkalian. 88. Keterangan SD3 antara lain menyatakan - S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ S: Sila jelaskan kepada Mahkamah mengenai Notis Penebusan Awal yang dikatakan oleh Plaintif. J: Penebusan Awal langganan ini sebenarnya adalah budibicara dan pilihan kepada Defendan Pertama hanya sekiranya Defendan Pertama mengisukan Notis bagi Tebus Balik tersebut. Sungguhpun Defendan Pertama telah mengeluarkan Notis Penebusan Awal, ia adalah tertakluk kepada Klausa 7.1.1 Perjanjian Langganan, seperti yang dinyatakan di atas. Penebusan Balik RPS-I ini bukanlah tanggungjawab utama Defendan Pertama dan bukanlah suatu konsiderasi kepada Plaintif-Plaintif dalam Perjanjian Langganan ini, kerana tanggungjawab Defendan Pertama hanyalah untuk menjadikan Plaintif-Plaintif sebagai pemegang saham Defendan Pertama. 89. Selanjutnya SD3 menyatakan tuntutan plaintif adalah salah faham Perjanjian Langganan untuk mendapatkan pulangan langganan saham sedangkan plaintif mengetahui akan risiko yang besar. 90. Mahkamah ini mendapati notis-notis penebusan awal dikeluarkan oleh defendan pertama kepada plaintif pertama dalam keadaan defendan pertama mengetahui syarikat tidak berupaya membayar penebusan RPS-i. Keterangan SD3 pada hakikatnya tidak membantu defendan pertama. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 91. Defendan pertama berada dalam kesedaran penuh bahawa penebusan awal adalah budibicara defendan pertama, namun notis dan janji dikeluarkan kepada plaintif pertama sebagaimana dalam Notis Penebusan Awal bertarikh 6.5.2022 khasnya perenggan (ii) dan (v). Perenggan (ii) yang mengandungi pengakuan defendan pertama bahawa – due to the exponential growth in our business development and our recent company restructure Radiance Assets Berhad has decided to perform Early Redemption to all the Islamic Redeemable Preference Shares (RPS-i) that have been issued to the sophisticated investors since 16.3.2021. 92. Selain itu, keterangan SP1 bahawa SP1 telah dibayar setiap bulan oleh defendan pertama selama hampir lima bulan selepas Perjanjian Langganan gagal dicabar oleh defendan pertama. 93. Justeru, defendan pertama adalah diestop daripada berlindung di sebalik terma perjanjian untuk mengelakkan dari bertanggungan mengembalikan baki penebusan semula saham RPS-i plaintif pertama. Isu 2: Sama ada defendan-defendan secara bersesama atau berasingan telah berkonspirasi, berkomplot menggunakan defendan pertama bagi melakukan penipuan dan penipuan salahnyataan terhadap plaintif-plaintif. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 94. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa plaintif-plaintif perlu memperincikan fakta yang membawa kepada frod dan salahnyataan frod dalam pliding. Mahkamah Rayuan dalam kes Quality Concrete Holdings Bhd v Classic Gypsum Manufacturing Sdn Bhd & Ors [2012] 2 MLJ 521 menyatakan – Pleadings, as a general rule, should contain particulars to ensure that the parties are informed with reasonable particularity as to the matters which are alleged against them. The reason for this simple principle is this. That no party should be taken by surprise (Lim Kee Tiak v Lim Kee Tian [1987] 2 MLJ 528; and Bangkok Bank Ltd v Prosperity Shipping &Trading (Pte) Ltd & Ors [1990] 1 MLJ 29). Another reason would be the desire to limit and define the issues at the trial (Asia Hotel Sdn Bhd v Malayan Insurance (M) Sdn Bhd [1992] 2 MLJ 615) as well as to save time and expense (Spedding v Fitzpatrick (1888) 38 Ch D410). All these would surely put the parties in a better position to prepare for trial (Thorp v Holdsworth (1876) 3 Ch D 637). 95. Kausa tindakan berasaskan frod dan salahnyataan frod sememangnya telah diplidkan oleh plaintif-plaintif. Persoalan kini, sejauhmana plaintif telah berjaya memperincikan butiran frod tersebut dan membuktikannya. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ Hubungan plaintif-plaintif dengan defendan pertama 96. Fakta kes di sini jelas menunjukkan bahawa defendan kedua sehingga ketujuh bukanlah penjamin dalam Perjanjian Langganan antara plaintif-plaintif dengan defendan pertama. Maka asas tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan kedua sehingga ketujuh adalah atas kapasiti defendan kedua sehingga defendan ketujuh sebagai pengarah defendan pertama. 97. Hubungan diantara plaintif-plaintif dengan defendan pertama berpaksikan kepada hubungan kontrak berdasarkan Perjanjian Langganan. 98. Pengerusi defendan pertama, SD3 melalui keterangannya mengakui yang defendan pertama telah menerima jumlah RM250 juta hasil langganan saham keutamaan RPS-i yang ditawarkan oleh defendan pertama. 99. SD3 juga telah mengemukakan beberapa dokumen kontemporari di Mahkamah yang menunjukkan bahawa pelaburan defendan pertama, yang diterima sebagai ekshibit, iaitu – (i) Letter of Intent dated 18 November 2021 to acquire 100% shares in An Kha Maju Sdn Bhd including the gold mine concession with lease approval file No. PTG.KN.SG.20/2/759(33) totalling 120 hectare at Mukim Pulai, Daerah Galas, Jajahan Gua Musang. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ (ii) Borang F Pajakan Melombong oleh Kerajaan Negeri Kelantan menurut Enakmen Mineral 2001. (iii) Kontrak Pelaburan antara Koperasi Nasional (Coop Indonesia) dan Radiance Assets Berhad bertarikh 26 April 2021. 100. Selain itu SD3 semasa diperiksa balas telah menjelaskan mekanisme perniagaan perlombongan emas yang ingin diterokai berkaitan dengan financial technology melalui keterangan SD3 yang berikut – S: Boleh tunjukkan di mana yang encik kata Fintech ada sebut perlombongan dalam Information Memorandum ini? SD3 : Perlombongan itu di dalam Fintech Yang Arif. Kerana kita memilih produk yang dinamakan RediGold Platform e-commerce, digital commerce. Bermaksud 30% e-commerce itu terlibat di dalam Fintech, iaitu perlombongan yang akan membekalkan supply the gold to our platform iaitu RediGold. So itu membawa maksud bahawa Fintech ini besar, Fintech ini bukan sahaja hanya teknologi kewangan tapi dia (menyeluruh/inaudible 0:56:55). S: Baik, Encik Ezman seterusnya ada dirujukkan kepada Information Memorandum, muka surat 7, S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ Bundle C1. Di sini peguam Plaintif ada tanya kepada Encik Ezman bahawa tiada mana-mana dalam Information Memorandum ini ada disebut tentang perlombongan. Kemudian Encik Ezman kata Fintech ialah ekosistem termasuk semua termasuklah perlombongan, perhotelan dan sebagainya. Boleh terangkan jawapan ini? SD3: Ini saya nak terangkan a bit panjanglah. Dalam Fintech ini ia bukan sahaja Fintech iaitu (inaudible 0:09.43/payment RediPay) ia adalah satu ekosistem yang mana kita nak mewujudkan satu ekosistem daripada sumber kepada pengguna. Dan di dalam Radiance Assets Bhd kita mempunyai anak syarikat yang dinamakan RediPay. RediPay itu mempunyai produk-produknya seperti RediWallet dan sebagainya. Dan salah satu produknya adalah RediGold di mana kita engage untuk menjual gold bar kepada orang awam. Itu salah satu platform secara online. Kita nak menjual gold bar menggunakan platform RediGold dan kerana itu kita, kalau engaged sebelum ini dengan KasehGold di mana harga terlalu tinggi dan kami membuat keputusan untuk kita control the source, kita yang berlaku dan dapat memberikan kepada harga yang berpatutan dan kompetitif kepada market. Dan itu adalah ekosistem, di mana kita mengambil hasil dan kita jual di platform kita guna Rediwallet kita, menggunakan semua produk-produk yang kita ada S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ untuk meningkatkan lagi profit syarikat. Sama juga dengan perhotelan kita ada produk dinamakan Ready2Stay. Ready2Stay itu lebih kurang macam Airbnb. Tapi kita juga ingin menjadikan perkara ini control from the source. control daripada awal sampai habis supaya tiada ketirisan. 101. Saya mendapati penjelasan SD3 gagal dicabar oleh peguam cara terpelajar bagi plaintif-plaintif. Sebaliknya SD3 dicabar berkaitan dengan kegagalan defendan pertama melaksanakan kajian risiko sebelum memulakan cadangan perniagaan. Namun begitu, Mahkamah ini tidak memberi pertimbangan terhadap hal perkara ini kerana isu mengenainya tidak diplidkan oleh plaintif-plaintif. 102. SD3 mengakui beliau adalah pengasas defendan pertama. Beliau juga mengaku bahawa kewangan defendan pertama dalam tahap kritikal namun tidak bersetuju ketika peguam cara plaintif mencadangkan berkaku penyelewengan dalam defendan pertama. Semasa diperiksa balas, SD3 menjelaskan mengenai pelaburan defendan pertama – SD3: Semua port folio di Radiance Assets Bhd ini di cadangkan, kebanyakannya dicadangkan oleh Mr. James, James Galloway, Defendan Keempat. Sekiranya beliau berhenti dan kita membenarkan untuk beliau tidak menjadi resignation beliau, atau keluarkan beliau daripada Syarikat, ini bermaksud S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ beliau terlepas daripada semua tanggungjawab kerana most of the Investment portfolio adalah di bawah encik Mr.James. So ini adalah salah satu untuk saya ingin dia bertanggungjawab di dalam apa yang berlaku kepada Radiance Assets Berhad. 103. Saya mendapati penjelasan oleh SD3 adalah boleh dipercayai dan konsisten dengan fakta yang plaintif sendiri tidak dapat mengesan keberadaan defendan keempat tersebut. 104. Mahkamah Rayuan dalam kes Renault SA v Inokom Corp Sdn Bhd [2010] 5 MLJ 394 memutuskan bahawa – The gist of tort conspiracy is not the conspirational agreement alone but that agreement plus the overt acts causing damage. (Marrinam v Vibrat [1963] 1 QB 234. Pleading. The Statement of Claim should describe who the several parties are and their relationship with each other. It should allege the agreement between the defendants to conspire, and state precisely what was the purpose or what were the objects of the alleged conspiracy, and it must then proceed to set forth, with clarity and precision, the overt acts which are alleged to have been done by each of the alleged conspirators S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ in pursuance and in furtherance of the conspiracy; and lastly it must allege the injury and damages occasioned to the plaintiff thereby. 105. Saya telah meneliti Pernyataan Tuntutan plaintif-plaintif khasnya perenggan 41 Butiran konspirasi/komplot, penipuan dan penipuan salahnyataan oleh defendan-defendan. 106. Saya mendapati bahawa fakta-fakta yang diplidkan bersifat umum dan tidak menjelaskan dengan terang, khusus dan tepat tindakan atau peranan nyata yang dilakukan oleh setiap individu yang dikatakan terlibat dalam konspirasi yang diketengahkan oleh plaintif-plaintif. Selain itu tiada pendetailan tentang webinar mana satukah yang dikatakan telah menimbulkan penipuan atau salahnyataan penipuan sehingga menyebabkan plaiantif-plaintif melanggan RPS-i tersebut dengan defendan pertama. Petikan keterangan SP1 semasa diperiksa balas – ARS : Saya cadangkan tiada Encik Nor? SP1 : Saya tak pasti ya. YA : So, jawapan tadi tidak pasti ya. ARS : Jawapan tadi tidak pasti, betul Encik Nor? SP1 : Betul. ARS : Baik saya sambung ya Encik Nor, jadi Encik Nor tidak boleh tunjuk pada saya bukti tentang webinar ini rakaman ke emel ke pautan ke Encik Nor tak tahu, tak pasti. Betul? SP1 : Betul. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 107. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa plaintif-plaintif terikat untuk memplidkan tindakan nyata atau perbuatan zahir yang dilakukan oleh defendan kedua sehingga ketujuh dalam melaksanakan konspirasi yang diplidkan sebagaimana ditekankan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Renault SA v Inokom Corp Sdn Bhd (supra) bahawa frod mesti diplidkan dengan butiran terperinci. 108. Keperluan terhadap butiran-butiran frod untuk diplidkan turut diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Aik Ming (M) Sdn Bhd & Ors v Chang Ching Chuen & Ors & Another Case [1995] 3 CLJ 639 – Now, all this is contrary to two fundamental rules of procedural fairness that operate in the environment of private law. The first of these rules relate to the pleaded case while the second has to do with the cross-examination of witnesses. It cannot be gainsaid that procedural law is extremely strict in cases such as this. And rightly so. For a charge of conspiracy to defraud is a serious one to make. It ought not to be countenanced by a Court unless properly taken in party's pleadings. Such a charge must be supported by full particulars. The evidence led must be in proof of the pleaded case. The standard of proof where a conspiracy to defraud is alleged (as opposed to where e.g., a conspiracy to S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ induce the breach of a contract is alleged) is the same as where fraud is alleged. A plaintiff must prove his case beyond a reasonable doubt. Imprudence is not and ought never to be equated with dishonesty. This, then, is the first rule. (Penekanan diberikan) 109. Plaintif-plaintif di sini memplidkan wujud konspirasi antara defendan-defendan dalam menipu plaintif-plaintif. Sayugia bagi Mahkamah ini mengikuti panduan dalam Global Ventures Network Sdn Bhd v Lokman bin Dato’ Mohd Kamal and another appeal [2018] 6 MLJ 103 yang telah merujuk penghakiman Yang Arif Nallini Pathmanathan (sebagaimana beliau ketika itu) dalam kes Tekital Sdn Bhd v Sarina bt Kamaludin & Ors [2012] 8 MLJ 734 yang menjelaskan bahawa – [93] In Clerk & Lindsell on Torts (18th Ed), at Chapter 24, the author states in relation the element of ‘agreement’ might be thought torequire some agreement of a contractual kind, whereas all that isneeded is a combination and common intention, (see Belmont FinanceCorp v Williams Furniture Ltd. (No. 2) [1980] 1 All ER 393. But judicialdescriptions still speak of "concerted action taken pursuant toagreement".....But there must be a combination; lack of overt acts or anuncommunicated intention to join a conspiracy may show there has notbeen an effective combination A company, being a separate legal person S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ can conspire with its directors; and the knowledge of the company may be found in the person (Usually a director) who has management control (as its alter ego) for the transaction or act in question...." 110. Dalam Global Ventures Network Sdn Bhd v Lokman bin Dato’ Mohd Kamal and another appeal (supra), Mahkamah Rayuan memutuskan – [18] As the learned judge quite rightly recognised, in order to make out a case of conspiracy, the plaintiff would need to establish that there was as agreement between two or more persons to injure the plaintiff; and that the acts done in execution of that agreement resulted in damage to the plaintiff. 111. Justeru Mahkamah ini perlu membuat sorotan terhadap keterangan SP1 untuk melihat sama ada keterangan yang dikemukakan menunjukkan defendan-defendan telah bertindak secara bersama-sama dengan niat bersama untuk menipu plaintif-plaintif. Petikan keterangan SP1 semasa pemeriksaan utama sebagaimana berikut - S: Boleh anda terangkan bagaimana anda mengenali Defendan-Defendan? J: Sekitar tahun 2021 dan 2022, saya dan individu-individu lain telah menghadiri sesi webinar yang dianjurkan oleh Defendan Pertama iaitu Radiance S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ Assets Berhad (“RAB”) dimana RAB telah menawarkan satu skim pelaburan berlandaskan Syariah dalam sektor Teknologi Kewangan (“Financial Technology”) atau turut dikenali sebagai FinTech. Dalam sesi webinar tersebut, wakil/pengarah RAB terutamanya Mohd Ezman bin Zamani iaitu Defendan Kedua (“Ezman”) (telah mengemukakan Memorandum Maklumat (“Information Memorandum”) serta Slaid Pembentangan dimana menyatakan bahawa pelaburan tersebut difokuskan kepada lima (5) kategori FinTech iaitu E-Wallet, Perdagangan Digital (“Digital Commerce”), Kiriman Wang (“Remittance”), Analisis Data Besar (“Big Data Analytics”) dan Kepintaran Buatan (“Artificial Intelligence”). RAB turut menjanjikan pulangan wang pelaburan tersebut kepada pelabur pelabur dalam tempoh mana-mana yang dipersetujui pihak-pihak iaitu sekitar 1 tahun ke 5 tahun. Dalam sesi tersebut, RAB turut menyatakan bahawa pelaburan tersebut adalah patuh shariah dan disahkan oleh Sijil Patuh Shariah oleh Tawafuq Consultancy bertarikh 01.04.2021. RAB juga menunjukkan bahawa RAB adalah sebuah syarikat yang sedang berkembang dimana ianya telah dipaparkan di beberapa akhbar perniagaan. S: Apa yang berlaku seterusnya? J: Setelah menghadiri beberapa sesi webinar tersebut dan berpuas hati dengan penerangan yang diberikan, S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ saya dan pelabur-pelabur lain menandatangani Perjanjian Langganan bagi tujuan pelaburan tersebut. S: Apakah anda terangkan berkenaan Perjanjian yang anda tandatangani tersebut? J: Saya telah menandatangani Perjanjian Langganan bertarikh 16.08.2021. Sepertimana yang boleh dilihat di Seksyen 3 Jadual 3 di mukasurat 145 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B Jilid 1), jumlah pelaburan saya adalah sebanyak RM313,000.00 bagi unit RPS-I sebanyak 313,000. Tempoh langganan adalah selama 12 bulan. Jumlah Tebusbalik yang ditawarkan adalah sebanyak RM369,340.00 sepertimana yang boleh dilihat di Jadual 7 Redemption Notice di mukasurat 159 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B Jilid 1). Perjanjian tersebut ditandatangani oleh pihak-pihak secara digital/elektronik. 112. Carian SSM defendan pertama menunjukkan SP1 telah didaftarkan sebagai pemegang saham defendan pertama. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 113. Selepas Perjanjian Langgan ditandatangani, ada menerima bayaran daripada defendan pertama, sebagaimana keterangan berikut – S: Adakah anda menerima apa-apa pembayaran daripada RAB? J: Ada. Jika dilihat di rekod akaun bank saya di mukasurat 168 sehingga 204 Ikatan Dokumen S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ Bersama (Bahagian B Jilid 1), saya hanya menerima bayaran untuk beberapa bulan sahaja iaitu dari Oktober 2021 sehingga Mei 2022 sahaja. Selepas itu, tiada bayaran diterima. 114. Keterangan saksi plaintif sendiri mendedahkan berpuashati dengan pembentangan semasa sesi webinar dan kemudian menandatangani Perjanjian Langganan. SP1 juga semasa diperiksa balas bersetuju telah dinamakan sebagai pemegang saham dalam defendan pertama. Hanya setelah tidak menerima pembayaran daripada defendan pertama selepas Jun 2022, baharulah SP1 menghubungi defendan pertama untuk penjelasan lanjut. SP1 menyatakan defendan pertama melalui notis bertarikh 1 Ogos 2022 telah berjanji membayar dividen dan pampasan, namun masih gagal dipenuhi oleh defendan pertama. 115. Melalui testomoni dalam pemeriksaan utama, menekankan defendan pertama telah memecahkan kontrak Perjanjian Langganan dengan gagal mengemaskini status pelaburan, perniagaan dan selanjutnya gagal membuat bayaran Harga Tebusbalik sepertimana yang dipersetujui. Melalui jawapan dalam soalan 16 Penyata Saksi, SP1 menyatakan – J: Saya juga percaya bahawa wujud niat untuk menipu dan konspirasi daripada Defendan-Defendan bagi tujuan mendapatkan wang pelaburan daripada pelabur-pelabur. Oleh yang demikian, saya memohon agar baki Harga Tebusbalik tersebut dibayar kepada S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ saya dan pelabur-pelabur sepertimana yang dipersetujui dengan tambahan gantirugi dan kos yang sepatutnya. 116. Saya meneliti keseluruhan keterangan SP1 dan mendapati plaintif-plaintif gagal membuktikan elemen frod dan salahnyataan frod dilakukan oleh defendan pertama, kedua, ketiga, kelima, keenam dan ketujuh. Sebaliknya apa yang diakui oleh SP1 sendiri adalah berlaku pemecahan kontrak oleh defendan pertama. 117. Pihak plaintif turut memanggil SP2, salah seorang pelanggan saham RPS-i. Namun semasa disoal balas oleh peguam cara terpelajar bagi defendan kelima dan keenam, SP2 mengakui yang beliau tidak faham kandungan Perjanjian Langganan. SP2 juga mengakui yang beliau tidak sedar mempunyai pegangan saham 500,000 dengan defendan pertama. Pemanggilan SP2 bagi membuktikan frod oleh defendan kelima dan keenam pada hemat saya, gagal menyokong kes plaintif-plaintif. 118. Bagi meneliti sama ada wujud elemen frod, Mahkamah ini turut meneliti keterangan saksi-saksi defendan. SD1, Noor Azean binti Zamani ketika diperiksa balas oleh peguam cara Rahmah Othman, bersetuju bahawa maklumat pelaburan termasuk hala tuju defendan pertama dan perniagaan telah dihantar kepada SSM dan Suruhanjaya Sekuriti. 119. SD1 semasa menjawab soalan pemeriksaan balas oleh peguam cara plaintif menjelaskan keadaan defendan pertama S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ umpama di hujung tanduk dan bertahan akibat tindakan saman yang telah mencemarkan nama defendan pertama. SD1 turut dicabar bahawa defendan pertama tidak melaksanakan pelaburan yang dijanjikan dalam bidang teknologi kewangan sebagaimana dalam IM 1 yang dikemukakan di Mahkamah. Namun SD1 mendedahkan pelaburan yang diterima oleh defendan pertama tidak melebihi jumlah yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. 120. Jelas bahawa keterangan yang dikemukakan oleh SP1 dan SP2 tidak mencukupi bagi membolehkan Mahkamah ini membuat dapatan fakta bahawa wujud elemen kebersamaan niat dan tindakan untuk berkomplot dalam melakukan frod atau salahnyataan frod semasa proses sebelum, semasa dan selepas Perjanjian Langganan ditandatangani oleh plaintif pertama, kedua dan pelanggan-pelanggan RPS-i. Isu 3: Sama ada tirai perbadanan defendan pertama disingkap bagi membolehkan defendan kedua sehingga defendan ketujuh bertanggungan. 121. Mahkamah Persekutuan dalam kes Ong Leong Chiou & Anor v Keller (M) Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 393 telah memutuskan bahawa – the juristic principle comprising the bedrock of company law is the legal friction that on corporation, the corporate entity is clothed with a separate and distinct personality. It is a legal person distinct from its member. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 122. Berdasarkan keterangan SP1 sendiri semasa pemeriksaan utama dan pliding plaintif-plaintif yang tidak memperincikan butiran mengenai alegasi frod termasuk peranan setiap pengarah-pengarah yang dinamakan sebagai defendan di sini, menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa plaintif-plaintif gagal menyingkap tabir perbadanan untuk meletakkan pengarah-pengarah sebagai bertanggungan. 123. Dapatan bagi isu ketiga ini turut disokong dengan analisis dan dapatan Mahkamah ini dalam isu kedua di atas. 124. Mahkamah ini juga tidak boleh memandang sepi terhadap pengakuan defendan kedua selaku pengerusi defendan pertama ketika diperiksa balas oleh peguam cara defendan keenam dan ketujuh. Defendan kedua menjelaskan konotasi mastermind lebih kepada anggapan negatif dan mengakui bahawa belaiu merupakan pengasas defendan pertama. 125. Selanjutya defendan keenam dan ketujuh menafikan terlibat dengan salahnyataan frod kepada plaintif-plaintif. 126. Bahkan defendan keenam dan ketujuh telah meletak jawatan seawal 1 Mac 2023 setelah memegang jawatan sebagai pengarah defendan pertama selama 2 tahun. Peletakan jawatan tersebut diakui dalam keterangan saksi-saksi defendan yang lain. Keterangan mengenai perletakan jawatan ini disokong melalui keterangan SD1, SD2 dan SD3. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 127. Defendan ketujuh telah membuktikan bahawa beliau telah melabur saham RPS-i sebanyak RM1.1 juta dan turut mengalami kerugian. Lebih malang lagi, defendan ketujuh tidak dibayar elaun sebagai pengarah defendan pertama. Mereka hanya dibayar komisen sebagai introducer sahaja dan mewakili subscriber lain dalam defendan pertama. 128. Begitu juga bagi defendan keenam, beliau melabur RM550,000 sebagai pelanggan RPS-I dengan defendan pertama. 129. Mahkamah ini menerima keterangan defendan keenam dan ketujuh mengenai ketiadaan elaun yang mereka terima selaku pengarah defendan pertama kerana keterangan defendan keenam dan ketujuh berkaitan hal perkara ini tidak dicabar oleh peguam cara defendan pertama. 130. Menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa penglibatan defendan keenam dan ketujuh dalam defendan pertama telah dijelaskan oleh defendan kedua sendiri semasa beliau diperiksa balas. Defendan kedua bersetuju yang beliau yang menjemput defendan keenam dan ketujuh menjadi pengarah defendan pertama dan tidak dibayar gaji. 131. Keterangan defendan kedua ini memberi inferens bahawa defendan keenam dan ketujuh tidak bersama-sama dengan defendan pertama dari awal dalam merancang langganan RPS-I mahupun tidak bertanggungan terhadap pemecahan kontrak oleh defendan pertama. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 132. Selain itu keterangan defendan keenam dan ketujuh bahawa mereka tidak memegang sebarang portfolio dan tidak dibenarkan mencampuri urusan korporat defendan pertama telah gagal dicabar oleh plaintif-plaintif mahupun defendan pertama. Bahkan keterangan defendan keenam bahawa mereka dilantik sebagai pengarah hanya untuk memperkenalkan sophisticated client juga tidak dipatahkan oleh plaintif-plaintif. 133. Namun saya mendapati fakta-fakta mengenai kerugian defendan keenam dan ketujuh serta fakta had penglibatannya dalam defendan pertama tidak diplidkan dalam Pembelaan defendan keenam dan ketujuh. 134. Prinsip undang-undang yang mantap adalah pihak-pihak terikat dengan pliding. Mahkamah Persekutuan dalam kes Samuel Naik Siang Ting v Public Bank Bhd [2015] 8 CLJ 944; [2015] 6 MLJ 1 memutuskan - [29] It is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded (see State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490; and Anuar bin Mat Amin v. Abdullah bin Mohd Zain [1989] CLJU 74; [1989] 1 LNS 74; [1989] 3 MLJ 313) 135. Pembelaan defendan keenam dan ketujuh menjurus kepada tanggungjawab utama defendan pertama di bawah Perjanjian Langganan, implikasi risiko dalam pelaburan, tiada paksaan oleh S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ defendan keenam dan ketujuh dan keputusan memasuki Perjanjian Langganan adalah keputusan plaintif-plaintif sendiri, entiti perundangan berasingan dan isu locus standi plaintif-plaintif. 136. Sungguhpun demikian, menjadi dapatan fakta Mahkamah ini bahawa plaintif-plaintif gagal membuktikan yang defendan keenam dan ketujuh terlibat semasa penubuhan defendan pertama dengan tujuan menipu plaintif-plaintif dan mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan dan perniagaan defendan pertama. Tiada bukti wujud elemen frod yang boleh disimpulkan oleh Mahkamah ini terhadap defendan keenam dan ketujuh. 137. Saya juga mendapati keterangan defendan ketujuh mengenai pembayaran hibah yang dihentikan mulai 15 Mei dan hal perkara mengenai kewangan tunai defendan pertama yang terhad dan cadangan oleh defendan kedua untuk early redemption juga tidak dicabar oleh peguam cara plaintif. Hal ini memberi inferens tiada penglibatan defendan keenam dan ketujuh dalam perancangan frod dan penyalahgunaan pelaburan. 138. Justeru, menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa isu sama ada defendan-defendan telah berkonspirasi dan berkomplot menggunakan defendan pertama bagi melakukan penipuan dan penipuan salahnyataan terhadap plaintif-plaintif gagal dibuktikan. Isu 4: Sama ada plaintif pertama dan kedua mempunyai locus standi untuk membawa tuntutan bagi pihak-pihak yang dinamakan dalam Lampiran 1 Writ bertarikh 31.7.2023. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ 139. Plaintif-plaintif perlu memenuhi keperluan dalam Aturan 15 kaedah 12 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) berhubung dengan prosiding representasi yang memperuntukkan – 12. Representative proceedings (O. 15 r. 12 ) (1) Where numerous persons have the same interest in any proceedings, not being such proceedings as are mentioned in rule 13, the proceedings may be begun and, unless the Court otherwise orders, continued by or against any one or more of them as representing all or as representing all except one or more of them. (2) At any stage of proceedings under this rule, the Court may, on the application of the plaintiff, and on such terms, if any, as it thinks fit, appoint any one or more of the defendants or other persons as representing whom the defendants are sued to represent all, or all except one or more, of those persons in the proceedings and where, in exercise of the power conferred by this paragraph, the Court appoints a person not named as defendant, the Court shall make an order under rule 6 to add that person as a defendant. (3) A judgment or order given in proceedings under this rule is binding on all the persons as representing whom the plaintiffs sue or, as the case may be, the S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ defendants are sued, but shall not be enforced against any person not a party to the proceedings except with the leave of the Court. (4) An application for the grant of leave under paragraph (3) must be served personally on the person against whom it is sought to enforce the judgment or order. (5) Notwithstanding that a judgment or order to which any such application relates is binding on the person against whom the application is made, that person may dispute liability to have the judgment or order enforced against him on the ground that by reason of facts and matters particular to his case he is entitled to be exempted from such liability. (6) The Court hearing an application for the grant of leave under paragraph (3) may order the question whether the judgment or order is enforceable against the person against whom the application is made to be tried and determined in any manner in which any issue or question in any action may be tried and determined. 140. Mahkamah Persekutuan dalam kes Malayan Banking Berhad v. Chairman Sarawak Housing Developers Association [2014] 6 CLJ 409 memutuskan bahawa – S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ [32] The O. 15 r. 12 as to representative proceedings designed to avoid multiplicity of proceedings, should be a flexible tool of convenience in the administration of justice and not to be applied in a rigorous sense. In the circumstances of the case, with the Chairman being an office-bearer under art. 3(3) of the Association's constitution, empowered to bring the action and redress the wrong suffered by the members, the action is justifiable. Here all the members represented by the Chairman have a common interest and grievance, invaded by an enemy, with the relief claimed in its nature being beneficial to all (see Smith v. Cardiff Corporation [1954] 1 QB 210; Duke of Bedford v. Ellis [1901] AC 1). As opined by the Court of Appeal in Tengku Abdullah Ibni Sultan Abu Bakar & Ors v. Mohd Latiff Shah Mohd & Ors & Other Appteals [1997] 2 CLJ 607, inevitably down the line it would be the members who will become the ultimate victim in any loss suffered by a club (or society, as in this case). Unless redressed promptly the losses suffered here will be beyond recovery and ultimately borne by members of the Association and the respondent personally. 141. Selanjutnya Mahkamah Rayuan dalam kes Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) & Anor v. Awang Soh Mamat & Ors [2009] 5 CLJ 1, menggariskan empat keperluan yang S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ perlu dipenuhi sebelum menggunapakai Aturan 15 kaedah 12 KKM 2012, iaitu – [156] There are four requirements to r. 12 of O. 15 of the RHC. Firstly, there must be numerous persons involved. Secondly, there must be the same common interest in regard to the subject matter. Thirdly, the relief sought must not be personal but must be beneficial to the class as a whole. Fourthly, the parties represented must be of a defined class and it is not difficult to determine whether a person is a member of that class. See Markt & Co., Limited v. Knight Steamship Company, Limited, Sale & Frazar v. Knight Steamship Company, Limited [1910] 2 KB 1021 at 1040; Palmco Holding Bhd. v. Sakapp Commodities (M) Sdn. Bhd. & Ors. [1986] CLJU 124; [1986] CLJU 124; [1986] 1 LNS 124; and Jok Jau Evong & Ors v. Marabong Lumber Sdn Bhd & Ors [1990] 2 CLJ 625; [1990] 2 CLJ (Rep) 169. 142. Dalam memutuskan isu ini, saya telah membuat perbandingan dengan fakta dalam nas undang-undang yang dikemukakan oleh plaintif-plaintif dengan fakta kes di hadapan Mahkamah ini. 143. Peguam cara terpelajar bagi plaintif-plaintif merujuk kes Chua Chong Poh & Ors v Kingsley Hills Sdn Bhd & Anor [2020] MLJU 1452 dan bersandarkan kepada nas Eh Riyid v Eh Tek [1976] 1 MLJ 262 bahawa – S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ [21] The requirements of a class action were laid down by the Federal Court in Eh Riyid V Eh Tek [1976] 1 MLJ 262b as follows: In a representative action the plaintiff is the self-elected representative of himself and others. He does not have to obtain the consent of the other persons whom he purports to represent, and they are not liable for costs, though by estoppel and res judicata they will be bound by the result of the case – see Markt & Co Limited v Knight Steamship Company Limited [1910] 2 KB 1021. The requisite of a representative action is that the persons who are to be represented must have the same or common interests as the plaintiff in one and the same cause or matter, although it may result in the case of each of them in different measure of relief – (see Markt & Co Limited v Knight Steamship Company Limited), or relief common to all of them – (see Beeching v Lloyd 3 Drew 227). 144. Meneliti keperluan dalam Aturan 15 kaedah 12 KKM 2012 dan tuntutan plaintif-plaintif, saya mendapati bahawa fakta kes di sini berbeza dengan fakta dalam kes QB Khidmat Teguh Sdn Bhd v Pembinaan Legenda Unggul Sdn Bhd & Anor [2017] 8 MLJ 376. Dalam kes QB Khidmat Teguh Sdn Bhd (supra), plaintif dan pihak yang diwakili berada dalam anggota kelas yang sama untuk membawa tuntutan terhadap defendan iaitu dengan menuntut Mahkamah menentukan kewajaran mesyuarat pemiutang termasuk S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ pelantikan pelikuidasi setelah defendan pertama membuat penggulungan sukarela. Mahkamah Tinggi bersetuju dengan prosiding perwakilan/ representasi yang dibawa oleh plaintif. 145. Sebaliknya dalam kes plaintif-plaintif di sini, saya mendapati elemen ketiga dalam kes Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) & Anor v. Awang Soh Mamat & Ors (supra) iaitu the relief sought must not be personal but beneficial to a class as a whole dan the parties represented must be of a defined class gagal dipenuhi oleh plaintif-plaintif. 146. Hal ini kerana wujud perbezaan nature tuntutan oleh plaintif pertama dan kedua dalam konteks iaitu tempoh langganan plaintif pertama telah pun tamat, manakala tempoh langganan plaintif kedua masih berterusan sebagaimana hujahan peguam cara terpelajar bagi plaintif-plaintif, iaitu – [37] For some of the plaintiffs, the subscription shared common contract tenure’s date still ongoing while for some such had lapsed. 147. Selanjutnya perenggan 42.3 dan 42.4 Pernyataan Tuntutan hanya mengasingkan penama-penama dalam Lampiran 2 dan 3 mengikut kategori pihak yang telah menerima Perjanjian Langganan dan belum menerima Perjanjian Langganan. 148. Selain itu, kausa tuntutan berasaskan penipuan dan salahnyataan penipuan yang menjadi asas tuntutan plaintif-plaintif di S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ sini tidak mewajarkan tuntutan secara representasi mewakili kesemua penama dalam Lampiran 1 Writ menjadi metod dalam pengemukaan tuntutan di Mahkamah ini. Hal ini kerana, persoalan sama ada penipuan atau salahnyataan penipuan yang menjadi kausa tindakan adalah sama ada serupa bagi setiap individu yang disenaraikan tersebut. Apatah lagi alegasi penipuan semestinya berada dalam pengetahuan peribadi setiap individu pelanggan RPS-i. Kedudukan ini mungkin berbeza sekiranya kausa tindakan yang diplidkan oleh plaintif-plaintif hanya berteraskan pemecahan kontrak semata-mata. 149. Selain itu, dalam Penyataan Tuntutan tidak diplidkan kategori penama-penama dalam Lampiran 1 sama ada Perjanjian Langganan masih berterusan atau pun telah tamat. Ini bermaksud kedudukan kelas mereka yang diwakili secara representasi oleh plaintif pertama dan kedua masih belum ditentukan. Plaintif kedua tidak pun hadir memberikan keterangan di Mahkamah. Mahkamah ini memandang serius terhadap kegagalan plantif kedua hadir memberi keterangan di Mahkamah. Bahkan fakta mengenai tuntutannya tidak juga dikemukakan oleh plaintif pertama dan bukan dalam pengetahuan peribadi plaintif pertama. Manakala SP2 semasa diperiksa balas tidak mempunyai pengetahuan sama ada SP2 hadir mewakili plaintif kedua. 150. Kegagalan plaintif kedua hadir dan memberi keterangan adalah fatal. Saya merujuk kes Wong Tee Fook & Ors v SQFT Global Properties Singapore Pte Ltd & Ors [2020] MLJU 1064. Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut memutuskan adalah suatu ketidakadilan bagi plaintif-plaintif yang disenaraikan dalam tindakan representasi S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ tidak hadir memberi keterangan kerana pihak defendan tidak berpeluang memeriksa balas mereka. 151. Maka, menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa plaintif pertama dan kedua gagal memenuhi keperluan untuk membawa tuntutan representasi mewakili penama-penama dalam Lampiran 1 Pernyataan Tuntutan. F. KESIMPULAN 152. Justeru, di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini memutuskan – (a) Tuntutan plaintif pertama dibenarkan terhadap defendan pertama sahaja bagi jumlah RM303,610.00 beserta faedah 1% setahun atas jumlah tersebut dan kadar dividen bagi tempoh lanjutan 18% setahun. (b) Faedah pada kadar 5% setahun atas RM303,610 dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. (c) Gantirugi am sebanyak RM100,000 diperintahkan dibayar terhadap plaintif pertama oleh defendan pertama. (d) Kos RM20,000 dibayar oleh defendan pertama kepada plaintif pertama. S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ (e) Tuntutan plaintif kedua ditolak dengan kos RM10,000 dibayar kepada pertama – ketujuh secara bersesama. (f) Tuntutan plaintif pertama terhadap defendan kedua sehingga ketujuh ditolak dengan kos ditanggung oleh pihak masing-masing. Bertarikh pada 18 Ogos 2025. Ditandatangani HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam, Selangor 1. Bagi Pihak Plaintif : Mohd Nur Farhan bin Abdul Rahim Tetuan Hanif Harun & Associates (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2. Bagi Pihak Defendan Pertama hingga Kelima : Ahmad Razin Syakir bin Mohd Ropi Tetuan Emir Mahmud & Co. (Shah Alam, Selangor) 3. Bagi Pihak Defendan Keenam dan ketujuh : Rahmah binti Othman Tetuan Rahmah & Co. (Bangi, Selangor) S/N 5urS6Onf8EWul1LemQsoQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.