Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM (BAHAGIAN RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-66-10/2023
JA-12B-66-10/2023
High Court of Malaysia11 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“on happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence. (See Chow Yee Wah & Anor v. Choo Ah Pat [1978] 1 MLRA 461; [1978] 2 MLJ 41; Watt or Thomas v. Thomas [1947] AC 484; and Gan Yook Chin & Anor v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 2 MLRA 1; [2005] 2 MLJ 1; [2004] 4 CLJ 309; [2004]”
“light of the special facts of each particular case. [35] Rujukan lanjut juga boleh dibuat kepada kes Sambaga Valli K R Ponnusamy v Datuk Bandar Kuala Lumpur & Ors & Another Appeal [2018] 3 MLRA 488; [2017] CLJU 500 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut:- **Note : Serial number will be used to verify the or”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM (BAHAGIAN RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-66-10/2023
2
C& H ENGINEERING & TRANSPORT [NO SYARIKAT: JM0588280-X) …PERAYU-PERAYU DAN MUHAMMAD HAREF BIN SAMSUDIN …RESPONDEN (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN NO: JA-B53KJ-19-02/2021 ANTARA MUHAMMAD HAREF BIN SAMSUDIN …PLAINTIF
1
1.
2
C & H ENGINEERING & TRANSPORT [NO. SYARIKAT: JM0588280-X] …DEFENDAN-DEFENDAN) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah rayuan Perayu-Perayu/Defendan-Defendan terhadap keputusan perbicaraan penuh Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) yang telah membenarkan tuntutan gantirugi kemalangan jalan raya yang difailkan oleh Responden/Plaintif. [2] Sebagai kemudahan, pihak-pihak akan dirujuk sebagai mana kedudukan asal masing-masing di Mahkamah Sesyen iaitu Perayu-Perayu sebagai Defendan Pertama (“D1”) dan Defendan Kedua (“D2”) dan Responden sebagai Plaintif (“P”). [3] Rayuan D1 dan D2 di Mahkamah ini adalah terhadap kedua-dua isu liabiliti dan kuantum. [4] Selepas meneliti Rekod-Rekod Rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini telah menolak rayuan D1 dan D2 tanpa perintah untuk kos. [5] Berikut merupakan Alasan Penghakiman Mahkamah ini. Fakta-fakta penting [6] Pada 7.1.2019 jam lebih kurang 5.00 petang, sebuah motosikal No. JRX 3447 yang ditunggang oleh P telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Batu 17, Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor dengan sebuah motolori No. JPP 9553 yang dipandu oleh D1 dan dimiliki oleh D2. [7]
Preamble
Menurut keterangan P, kemalangan berlaku apabila motolori D1 yang bergerak di laluan yang sama dibelakangnya telah memotong motosikal P dari sebelah kiri dan membelok masuk ke simpang kanan di hadapan mereka secara tiba-tiba. [8] Akibat kemalangan tersebut, P mendakwa mengalami kecederaan dan kerugian. [9] D1 menafikan kemalangan disebabkan kecuaian D1 sebaliknya mendakwa disebabkan oleh kecuaian P. [10] Mahkamah ini memerhati melalui nota-nota prosiding, sebelum perbicaraan penuh bermula, HMS telah menolak permohonan D1 dan D2 untuk meminda pembelaan mereka untuk mengatakan tiada perlanggaran fizikal di antara motosikal P dan motolori D1 dan P sebenarnya telah hilang kawalan dan terbabas sendiri apabila memotong motolori D1. [11] Sepanjang perbicaraan penuh di hadapan HMS, seramai empat (4) orang saksi telah memberikan keterangan bagi pihak P iaitu P sendiri, pegawai penyiasat (“IO”), Wakil majikan P dari Yes Support dan Wakil Majikan P dari Forsy Home. Bagi pihak D1 dan D2 hanya seorang saksi memberikan keterangan iaitu D1 sendiri. [12] Dokumen-dokumen seperti laporan perubatan, laporan perubatan pakar, laporan klarifikasi telah dipersetujui tertakluk kepada hujahan pihak-pihak. Sijil cuti sakit, bil hospital dan kad rawatan Hospital Kerajaan di pihak P turut dipersetujui. [13] Di akhir perbicaraan, HMS telah memutuskan yang D1 dan D2 bertanggungan 100% tanpa apa-apa kecuaian sumbangan di pihak P. Gantirugi dan kos relevan telah diberikan seperti mana dalam Penghakiman Bersih Mahkamah Sesyen bertarikh 20.09.2023 di m.s. 7-12 Rekod Rayuan Tambahan. Tugas Mahkamah di peringkat rayuan [14] Pada menjalankan bidang kuasa rayuannya, Mahkamah ini akan hanya campur tangan ke atas keputusan hakim bicara jika keputusan tersebut didapati sesuatu yang jelasnya salah (“plainly wrong”). [15] Untuk itu, perayu berkewajipan untuk menunjukkan kepada mahkamah yang mendengar rayuan bahawa keputusan hakim bicara tersebut sama ada langsung tidak mengandungi pertimbangan kehakiman (judicial appreciation) atau pertimbangan kehakiman yang dibuat adalah tidak mencukupi ke atas keterangan-keterangan di hadapannya. [16] Prinsip ini jelas dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes UEM Group Bhd v Genisys Integrated Engineers Pte Ltd & Anor [2010] 2 MLRA 668 di m.s. seperti berikut:- “[26] Thus, the prime issue in respect of Questions 1 to 3 is whether the Court of Appeal had erred in interfering with the findings of facts of the trial judge. It is well settled law that an appellate court will not generally speaking, intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence. (See Chow Yee Wah & Anor v. Choo Ah Pat [1978] 1 MLRA 461; [1978] 2 MLJ 41; Watt or Thomas v. Thomas [1947] AC 484; and Gan Yook Chin & Anor v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 2 MLRA 1; [2005] 2 MLJ 1; [2004] 4 CLJ 309; [2004] 6 AMR 781).” [17] Selain itu, dalam satu keputusan yang lain, Mahkamah Persekutuan juga menyatakan bahawa salah tafsir ke atas keterangan penting sehingga menyebabkan ketidak-tentuan keterangan di satu pihak dan keterangan konsisten di pihak yang lain tidak diendahkan juga boleh menjadi punca sesuatu keputusan hakim bicara dikatakan sebagai jelasnya salah. Rujukan untuk itu adalah dibuat kepada kes Azman Bin Mahmood & Anor v SJ Securities Sdn Bhd [2012] 4 MLRA 595 seperti berikut:- "[25] The law on appellate intervention on findings of fact by a trial Judge is trite. In this context it may be useful to refer to the case of Multar v. Lim Kim Chet and Anor [1982] CLJ Rep 237; [1982] 1 MLJ 184 (FC), wherein it was held that an appellate court will interfere and disturb the finding of fact by the trial judge if crucial evidence had been misconstrued resulting in the uncertainty on one party's evidence and the consistency of the other party's evidence being disregarded…” [18] Maka jelasnya di sini, seseorang perayu itu mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menunjukkan bahawa rayuannya mempunyai merit di sisi undang-undang dan bukannya atas sebab tidak berpuashati terhadap keputusan hakim bicara yang tidak memihak kepadanya semata-mata. Malahan, kelebihan hakim bicara yang mempunyai audio-visual untuk memerhati serta menilai perilaku (“demenour”) saksi-saksi ketika mereka memberikan keterangan di hadapannya seharusnya diberikan penghormatan yang sewajarnya. [19] Bagi hakim bicara pula, proses penilaian keterangan yang perlu dilaksanakan juga bukanlah mudah. Tanggungjawab sedemikian sering diperingatkan oleh mahkamah-mahkamah atasan, cukup sekadar rujukan di sini kepada kes Lee Ing Chin & Ors v Gan Yook Chin & Anor [2003] 1 MLRA 95 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut:- “A judge who is required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. He must, when deciding whether to accept or to reject the evidence of a witness test it against relevant criteria. Thus, he must take into account the presence or absence of any motive that a witness may have in giving his evidence. If there are contemporary documents, then he must test the oral evidence of a witness against these. He must also test the evidence of a particular witness against the probabilities of the case. A trier of fact who makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness' evidence runs the risk of having his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case: the approach to judicial appreciation of evidence is the same. There are a number of important and leading cases in which the point has been considered.” Analisis dan keputusan Liabiliti [20] Pertama sekali, fakta kemalangan berlaku antara D1 dan P adalah satu fakta yang dipersetujui. Perkara ini juga dinyatakan dalam pliding pihak-pihak. [21] Namun, peguam defendan-defendan berhujah bahawa terdapat dua versi yang berbeza yang dikemukakan oleh pihak masing-masing dan HMS telah terkhilaf kerana memilih untuk mempercayai versi P. [22] Peguam defendan-defendan turut berhujah bahawa dengan ketiadaan keterangan saksi-saksi bebas atau bukti senyap yang menyokong mana-mana pihak, kecuaian seharusnya dibahagi sama rata 50%-50% di antara P dan D1. [23] Di dalam Alasan Penghakimannya, HMS telah membuat dapatan bahawa kemalangan berlaku akibat kecuaian D1 apabila secara tiba-tiba membelok untuk masuk ke simpang di sebelah kanan. Mengikut HMS:- Mahkamah ini setelah menimbangkan keterangan-keterangan yang ada, berpendapat bahawa kemalangan berlaku disebabkan kecuaian Defendan Pertama yang gagal memastikan keadaan benar-benar selamat dengan memastikan tiada kenderaan lain di bahagian kanan sebelum membelok untuk masuk ke simpang di sebelah kanan. [24] Dalam hal ini, Mahkamah ini pertamanya mendapati dapatan HMS ini berasal daripada keterangan P sendiri seperti mana dalam Pernyataan Bertulis PSSP1 yang menjelaskan kemalangan berlaku apabila D1 muncul dari arah belakang kiri lalu terus membelok masuk ke simpang kanan secara mengejut dan akibat jarak yang terlalu dekat, P tidak sempat mengelak lalu terlanggar motolori yang dipandu oleh D1. [25] Kedua, jika dibandingkan dengan versi Defendan-Defendan khasnya D1, Mahkamah ini mendapati D1 telah memberikan versi berbeza mengenai bagaimana kejadian berlaku iaitu semasa memberikan keterangan di hadapan HMS berbanding eksibit D4 iaitu laporan polis D1. Dalam pemeriksaan balas, D1 akhirnya bersetuju D4 itu tidak betul. [26] Selanjutnya, pemerhatian secara keseluruhan terhadap pemeriksaan balas D1 akhirnya menunjukkan D1 bersetuju tempat di mana kemalangan berlaku iaitu bertanda ‘X’ di atas Rajah Kasar yang jelas berada di laluan P. D1 juga seterusnya bersetuju yang kemalangan berlaku semasa beliau sedang membelok dan beliau juga setuju yang kemalangan tidak akan berlaku kalau beliau tidak rapat ke kanan ke arah P. [27] Untuk itu, HMS menyimpulkan dapatan beliau seperti berikut:- Dari keterangan yang diberikan Plaintif, Defendan Pertama dan Pegawai Penyiasat, Mahkamah ini mendapati bahawa kedua-dua kenderaan yang terlibat bergerak dari arah yang sama iaitu dari arah bawah ke atas rajah kasar. Plaintif menunggang motosikalnya di tanda “L” manakala motorlori dipandu di tanda “M”. Perlanggaran berlaku ditanda “X” yang merupakan laluan sah Plaintif sewaktu motorlori sedang membelok ke simpang kanan. Akibat perlanggaran, motosikal Plaintif mengalami kerosakan di bahagian hadapan iaitu handle depan dan cover set manakala kerosakan motorlori adalah calar di bahagian bumper hadapan kanan. Kesan kerosakan kedua-dua kenderaan menyokong versi bahawa perlanggaran berlaku semasa motosikal dalam keadaan bergerak lurus manakala motorlori dalam keadaan sedang membelok ke kanan. [28] Dalam keadaan di atas, HMS telahpun dengan jelas menilai kedua-dua versi plaintif dan defendan-defendan sebelum memilih untuk menerima versi plaintif. Mahkamah ini mendapati tidak ada sebab untuk Mahkamah ini mengubah dapatan HMS mengambil kira P berada di laluan yang betul pada masa kemalangan berlaku dan keterangan D1 sendiri yang bersetuju semasa disoal balas bahawa kemalangan tidak akan berlaku jika beliau tidak rapat ke kanan ke arah P. [29] Selain itu, keterangan-keterangan P secara keseluruhannya bukanlah sesuatu yang secara semulajadinya tidak munasabah (inherently improbable) lebih-lebih apabila keterangan material P dilihat kekal utuh semasa diperiksa balas. [30] Manakala bagi versi D1, Mahkamah ini mendapati yang ia secara keseluruhannya adalah tidak konsisten, meragukan dan langsung tidak selamat untuk diambil pertimbangan. Ini kerana, selain cerita D1 berbeza di antara laporan polis (eksibit D4) dan keterangan bersumpahnya di Mahkamah Sesyen. Selain itu, Mahkamah ini juga mengambil pertimbangan bahawa defendan-defendan sebelum perbicaraan bermula ada membuat permohonan untuk meminda pembelaannya yang mendakwa tiada kemalangan fizikal berlaku tetapi P yang terbabas sendiri. Kedudukan yang diambil oleh defendan-defendan sebegini amat memprejudiskan P dan memberi kesan negatif kepada kredibiliti D1 sendiri. [31] Panduan umum untuk beban pembuktian dalam sesuatu kes sivil kes di atas imbangan kebarangkalian adalah jelas sebagai mana diputuskan dalam kes Superintendent of Lands And Surveys Kuching Division & Anor v Mohamad Rambli Kawi [2014] 1 LNS 851 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut:- The standard of proof in civil cases is upon a balance of probabilities. This balance of probabilities is not the proof beyond reasonable doubt required in criminal cases. This balance of probabilities may be visualised as a scale with the plaintiff placing his evidence on one side and the defendant likewise on the other. The court evaluates the evidence as to the weight it carries. Of course incredible evidence carries no weight. Denials without evidence to justify the denial likewise can carry no weight, and hence the term "bare denial". At the end of the case, the court determines who, between the plaintiff and the defendant, has placed such evidence that the scale tilts in his favour. Sections 101 and 102 mean that to succeed, the scale must tilt in his favour. [32] Oleh yang demikian, selaras dengan kedudukan undang-undang mantap bahawa hakim bicara mempunyai kelebihan audio visual dalam menilai keterangan saksi-saksi, dan tanpa apa-apa sebab yang menjolok (glaring) yang ditunjukkan oleh defendan-defendan bahawa dapatan HMS tersebut secara jelasnya salah, maka Mahkamah ini berpuas hati bahawa tidak ada sebab untuk Mahkamah ini campur tangan dalam dapatan-dapatan yang dibuat oleh HMS, maka demikianlah dapatan Mahkamah ini terhadap isu liabiliti. Kuantum [33] Mengenai kuantum, ianya undang-undang matan bahawa Mahkamah ini di peringkat rayuan hanya akan campur tangan berkenaan awad ganti rugi sekiranya D1 dan D2 dapat menunjukkan bahawa HMS bertindak atas prinsip undang-undang yang salah ataupun membuat perkiraan salah atas kerosakan dan kecederaan yang dialami. [34] Prinsip ini adalah sebagai mana dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Topaiwah v Salleh [1968] 1 MLRA 580 seperti berikut:- So far as this Court is concerned we should, to paraphrase Greer LJ in Flint v. Levell [1935] 1 KB 354, 360 be disinclined to reverse the finding of a trial Judge as to the amount of damages merely because we think that if we had tried the case in the first instance we would have given a lesser sum. To justify reversing him, we should be convinced that he acted upon some wrong principle of law, or that the amount awarded was so extremely high or so very small as to make it an entirely erroneous estimate of the damage. The assessments which the Courts have made over the years form some guide to the kind of figure which is proper and which the appellate Court will follow in the light of the special facts of each particular case. [35] Rujukan lanjut juga boleh dibuat kepada kes Sambaga Valli K R Ponnusamy v Datuk Bandar Kuala Lumpur & Ors & Another Appeal [2018] 3 MLRA 488; [2017] CLJU 500 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut:- [7] Before we dwell upon the competing submissions advanced by the parties, it would be useful to remind ourselves of certain trite principles. [8] First, the Court of Appeal may interfere with the decision of a judge in chambers (in relation to an appeal from the Registrar) but only on well-established principles of appellate intervention (See C.M Van Stillevoldt BV v. E L Carrier Inc [1983] 1 WLR 207 at 208 - 209.) The Court of Appeal may interfere with the quantum of damages awarded by the judge only if it is shows that the latter:-
a
acted on the wrong the principles;
b
misapprehended the facts; and
c
had for these or other reasons made a wholly erroneous estimate of his damages. [9] In Singapore case of Hong Leong Bank Bhd v Soh Seow Poh [2009] 4 SLR (K) 525, the Court held that the Court of Appeal can only interfere to overrule the discretion of a judge in awarding damages where:-
a
the judge was misguided with regard to the principle under which his discretion was to be exercised;
b
the judge took into account matters which he ought not to have or failed to take into account matters which he ought to have; or
c
the judge's decision was plainly wrong. [36] Dalam kes rayuan semasa, Mahkamah ini pertamanya mendapati semua laporan perubatan dan laporan perubatan pakar telah dipersetujui. [37] Mahkamah ini juga mendapati bahawa untuk setiap kecederaan yang dialami dan dituntut oleh P, HMS telah merujuk kepada Compendium Of Personal Injury Awards 2018 (Compendium) dan juga trend award-award yang dibenarkan mahkamah dalam kes-kes lain sebagai panduan beliau. [38] Dalam erti kata lain, Mahkamah ini mendapati Mahkamah Sesyen telah bertindak mengikut undang-undang dalam memberikan ganti rugi yang bukan sahaja merujuk kepada jenis-jenis kecederaan yang dialami oleh P akibat kemalangan tetapi juga telah menetapkan kuantum yang tidak terkeluar dari julat Compendium. [39] Selain itu, Mahkamah ini mendapati bahawa award-award gantirugi kecederaan yang diberikan oleh HMS bukannya sesuatu yang terlalu tinggi sehingga melampaui “good gracious test” sebagai mana panduan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes United Plywood & Sawmill Ltd v. Lock Ngan Loi [1970] 1 MLRA 57; [1970] 2 MLJ 237 seperti berikut:- "The general principle is that an appellate court can only interfere with an assessment if it is considered so inordinately low or inordinately high as to make the court exclaim: Good gracious, is that the sum which has been awarded, that sum has to be altered..." [40] Maka dengan itu, Mahkamah ini berpuashati untuk mengekalkan award gantirugi am yang diberikan oleh HMS bagi kecederaan-kecederaan yang dialami oleh P. [41] Mengenai tuntutan gantirugi khas melibatkan kehilangan kapasiti pendapatan dan kehilangan pendapatan masa hadapan, Mahkamah ini mendapati fakta bahawa P mempunyai pekerjaan sebelum berlakunya kemalangan dan P kembali bekerja selepas beliau pulih, walau pun tidak sepenuhnya seperti sebelum kemalangan, adalah tidak dinafikan. [42] Untuk itu, kuantum yang diberikan oleh HMS tidak boleh lagi dikatakan sebagai sesuatu yang spekulatif. Apa yang perlu dilihat adalah samada kuantum yang diberikan adalah munasabah atau sebaliknya berdasarkan kepada imbangan kebarangkalian. [43] Di dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child Suing Through Her Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 1 MLRA 647; [2016] 2 CLJ 885 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa:- It is trite that damages serve as compensation, not a reward, less still a punishment (see Ong Ah Long v. Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198; [1983] CLJ (Rep) 300; [1983] 2 MLJ 324). In assessing damages, the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court should not descend into a domain of speculation. The evaluation of those evidence, which form the basis of any risk of future damage, must therefore still be undertaken. And the trial judge can only evaluate such evidence based on the recognised balance of probabilities standard. As was stated in Schrump: Thus, future contingencies which are less than probable are regarded as factors to be considered, provided they are shown to be substantial and not speculative. (emphasis added) [44] Selanjutnya, dalam kes Inas Faiqah yang sama, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut:- With the above proposition, we are of the view that the standard of proof with regard to the assessment of future loss or damage is on the balance of probabilities, but with a lower degree of certainty as to the occurrence of such loss or damage in the future. From the authorities, one can say that such a lower degree to be attached is best termed by the word "possibility", "chance", "risk", "danger" or "likelihood", but regardless of the words used and their semantics, they must also essentially be a substantial one and not speculative, and that the standard of proving such "possibility", "chance", "risk", "danger" or "likelihood" of the future damage is still, in our opinion, on a balance of probabilities. [45] Berdasarkan keterangan P1, majikannya dan keterangan dokumentari seperti slip gaji dan penyata KWSP, Mahkamah in berpendapat HMS berada dalam kedudukan yang lebih selesa untuk memutuskan jumlah yang bersesuaian. Berdasarkan tona alasan penghakiman HMS, Mahkamah ini tidak mendapati sebarang unsur simpati atau kesilapan anggaran telah dilakukan oleh HMS untuk melayakkan kuantum yang diberikan olehnya diubah oleh Mahkamah ini. Selain itu, saksi-saksi majikan P juga tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam perkara kemalangan ini. [46] Selanjutnya, untuk rawatan neurosurgeri dan neuropsikiatri pada masa hadapan iaitu paracetamol, anti-epileptic medication dan cognitive/memory enhancer, Mahkamah ini berpendapat sejumlah 1/3 daripada jumlah kos rawatan sebenar yang diawardkan oleh HMS adalah munasabah dan tidak berlawanan dengan prinsip pemberian gantirugi yang bukannya berbentuk punitif tetapi bertujuan untuk memberi pampasan yang bersesuaian dengan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh P akibat kemalangan. [47] Maka, berdasarkan fakta dan latarbelakang kes, Mahkamah ini tiada sebab untuk campur tangan ke atas kuantum ganti rugi yang diberikan oleh HMS. Penutup [48] Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, rayuan D1 dan D2 ditolak tanpa perintah dibuat mengenai kos. Bertarikh: 8.2.2026 …………………………………………. (NOOR HISHAM BIN ISMAIL) Hakim Mahkamah Tinggi, Johor Bahru Peguam Perayu-Perayu : Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri K-3-10, Level 3, Blok K Solaris Mont’ Kiara No 2, Jalan Solaris 50480, Kuala Lumpur Peguam Responden : Tetuan Teo & Associates Wisma S.K Teo No 84 & 86, Jalan Padi 1 Bandar Baru Uda 81200, Johor Bahru
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.