Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN RAYUAN JENAYAH NO: KA-45SOM-5-03/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU
KA-45SOM-5-03/2023
High Court of Malaysia1 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v. Jamieson [1952] AC 525, 549). It is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit partic”
“ngambilkira bukan sahaja jenayah yang dilakukan, namun juga kesannya ke atas pelakunya iaitu kesemua OKT di dalam kes ini. Perkara ini pernah disentuh oleh Brown CJ di dalam kes Abdul Karim v. Regina [1954] CLJU 3; [1954] 1 LNS 3; [1954] 20 MLJ 86 seperti berikut; “In the matter of punishment, the 'type of offence' is”
“uld be the primary consideration. We rely on the following judgment of the Federal Court delivered by Raja Azlan Shah Ag. LP (as his Majesty then was) in Bhandulananda Jayatilake v. Public Prosecutor [1981] CLJU 139; [1982] 1 MLJ 83, at 84- “I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discre”
“ggung oleh Kerajaan adalah meningkat dan ini adalah satu kerugian besar kepada negara. Wang hasil negara ini sebaliknya boleh disalurkan untuk faedah masyarakat. Di dalam kes Sumirah v. Pendakwa Raya [2016] CLJU 1561; [2016] 1 LNS 1561; [2016] MLJU 1297, Hakim Wong Teck Meng PK menyatakan: **Note : Serial number will b”
“dan ini adalah satu kerugian besar kepada negara. Wang hasil negara ini sebaliknya boleh disalurkan untuk faedah masyarakat. Di dalam kes Sumirah v. Pendakwa Raya [2016] CLJU 1561; [2016] 1 LNS 1561; [2016] MLJU 1297, Hakim Wong Teck Meng PK menyatakan: **Note : Serial number will be used to verify the originality of t”
“mana yang telah Mahkamah nyatakan di perenggan di atas. [17] Persoalannya kini, setakat mana peringan hukuman berdasarkan pengakuan salah wajar diberikan. Di dalam kes Pendakwa Raya v Houssin Sazzad [2016] MLJU 1617 yang melibatkan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILI”
“3. Pendakwa Raya v Marwan Sirait (W/Indonesia) [2017] MLJU 559 Hukuman penjara selama 6 tahun mulai dari tarikh tangkap. (3 orang migran)”
“ence of that type”. [11] Oleh itu, di dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai, terdapat faktor-faktor yang perlu diambilkira dan Mahkamah Rayuan di dalam kes Robin Radjani Saih @ Amjan Patta v PP [2024] CLJU 1597 telah menggariskan faktor-faktor yang perlu diambilkira di dalam melaksanakan budibicara ini seperti ber”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN RAYUAN JENAYAH NO: KA-45SOM-5-03/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU
1
MOHAMMAD RIZUAN BIN YUSOP … RESPONDEN-
2
KAUMG HTET
3
3.
4
4.
5
SARIMAH BINTI MAT DAUD ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kesemua Orang Kena Tuduh (OKT) di dalam kes ini telah dituduh dibawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang dibaca bersama-sama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu telah secara bersama-sama menjalankan penyeludupan 10 orang migran. [2] Pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka adalah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 18 September 2022, jam lebih kurang 2.00 petang, dihadapan pintu masuk Jeti Tanjung Lembung Mukim Ulu Melaka, dalam daerah Langkawi, di dalam Negeri Kedah, didapati telah menjalankan penyeludupan migran seperti berikut:
a
Na Moe San Dar, Perempuan, 35 tahun, Myanmar
b
Zaw Htet Aung, Lelaki, 26 tahun, Myanmar
c
Soa Min Oo, Lelaki, 35 tahun, Myanmar
d
Soe Moe Aung, Lelaki, 21 tahun, Myanmar
e
Naing Lin Oo, Lelaki, 28 tahun, Myanmar
f
Kyaw Zaw Hein, Lelaki, 19 tahun, Myanmar
g
Ko Tun Shwe, Lelaki, 37 tahun, Myanmar
h
Aung Min Tun, Lelaki, 29 tahun, Myanmar
i
Aung Myo Win, Lelaki, 33 tahun, Myanmar
j
Hein Phyo Nyein, Lelaki, 19 tahun, Myanmar Dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang boleh dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [3] Kesemua mereka telah mengaku salah dan Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara yang bermula dari tarikh tangkap. [4] Pendakwa Raya (PR) tidak berpuashati di atas hukuman tersebut dan kini merayu ke atas hukuman yang telah dijatuhkan. Fakta Kes [5] Fakta kes sepertimana yang telah dikemukakan oleh pihak PR adalah seperti berikut: a) pada 18/9/2022, jam lebih kurang 2.00 petang, Pengadu, Asp Emie Riza bin Ismail bersama sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Langkawi telah pergi ke hadapan pintu masuk Jeti Tanjung Lembung, Mukim Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah; b) setelah membuat pemerhatian selama 20 minit, Pengadu telah nampak dua buah kereta iaitu Nissan Almera dengan nombor pendaftaran KV 5914 D dan Perodua Myvi nombor pendaftaran PJJ 6099 memasuki ruangan di laluan masuk jeti yang kemudiannya memberhentikan kereta di tepi jalan berhampiran dengan dua orang lelaki yang menaiki motosikal bernombor pendaftaran PLR 7832 jenis Yamaha LC 135; c) Pengadu dan anggota telah menahan kedua-dua kereta tersebut serta kedua-dua lelaki yang menaiki motosikal. Pengadu telah membuat pemeriksaan ke atas kereta Nissan Almera yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu yang dikenalpasti sebagai Mohd Ishak bin Yusuf, No. KP: 680323- 02-5643. Hasil pemeriksaan ke atas kereta Nissan Almera, terdapat 4 orang lelaki serta dua orang perempuan ditempat duduk penumpang bahagian depan dan belakang; d) pemeriksaan ke atas kereta Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu yang dikenalpasti sebagai Mohammad Rizuan bin Yusop, No. KP: 950219-08-5723 (OKT 1) mendapati lima orang lelaki sedang berada ditempat duduk penumpang hadapan dan belakang; e) Pengadu selanjutnya menjalankan pemeriksaan ke atas kedua-dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha dan pengenalan diri secara lisan iaitu Kaumg Htet (OKT 2) dan Jamaluddin (OKT 3); f) kesemua lelaki dan perempuan yang ditemui berada dalam kedua-dua kereta dan motosikal tersebut gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri dan hanya memberikan pengenalan secara lisan. Mereka dikenalpasti sebagai:
a
Kaumg Htet, Myanmar, Lelaki
b
Jamaluddin, Myanmar, Lelaki
c
Thazin Moe, Myanmar, Perempuan
d
Na Moe San Dar, Myanmar, Perempuan
e
Zaw Htet Aung, Myanmar, Lelaki
f
Soa Min Oo, Myanmar, Lelaki
g
Soe Moe Aung, Myanmar, Lelaki
h
Naing Lin Oo, Myanmar, Lelaki
i
Kyaw Zaw Hein, Myanmar, Lelaki
j
Ko Tun Shwe, Myanmar, Lelaki
k
Aung Min Tun, Myanmar, Lelaki
l
Aung Myo Win, Myanmar, Lelaki
m
Hein Phyo Nyein, Myanmar, Lelaki g) kesemua mereka telah ditangkap sepertimana dalam report Kuah: 7437/22; h) seterusnya, pada hari yang sama, Pengadu telah membuat tangkapan ke atas Sarimah binti Mat Daud (OKT 5), No. KP: 680722-08-5854 di perkarangan IPD Langkawi. Laporan polis Kuah: 7441/22; i) hasil siasatan menunjukkan Mohd Ishak bin Yusof, telah mengambil migran (d) hingga (h) di sebuah rumah transit di tepi jalan Kampung Kubang Badak, Kuala Teriang, Langkawi. Kesemua migran mengesahkan bahawa dia merupakan pemandu kereta yang mereka naiki; j) manakala OKT 1 telah mengambil migran (i) hingga (m) di pengkalan Jeti Kubang Badak, Air Hangat, Langkawi. Kesemua migran mengesahkan OKT 1 sebagai pemandu kereta yang mereka naiki; k) hasil siasatan menunjukkan OKT 2, OKT 3 yang menaiki motosikal Yamaha LC PLR 7832 serta OKT 4 merupakan “runner” yang bertindak bagi menunjukkan arah jalan dan menjadi jurubahasa kepada migran yang diseludup. Masing-masing menerima upah sebanyak RM100 dan RM70 seorang bagi setiap perjalanan; l) hasil siasatan turut menunjukkan OKT 5 merupakan penjaga rumah transit di mana migran berehat. OKT 5 juga telah menyewa kereta Myvi PJJ 6099 untuk digunakan oleh OKT 1 bagi mengangkut migran-migran tersebut; m) kereta Nissan Almera KV 5914 didaftarkan atas nama anak OKT Mohd Ishak bin Yusuf iaitu Mohd Afif bin Mohd Ishak. Beliau mengesahkan bahawa kereta tersebut digunakan oleh bapa beliau sejak tahun 2018; dan n) hasil semakan dengan pihak imigresen mengesahkan tiada pergerakan keluar masuk kesemua migran tersebut ke dalam Malaysia. Kesemua migran juga tidak mempunyai sebarang dokumen sah untuk berada di Malaysia. Hujahan mitigasi [6] Hujahan mitigasi para OKT sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam mereka adalah diringkaskan seperti berikut: OKT 1 (Mohammad Rizuan bin Yusof) a) berdasarkan laporan polis Kuah rpt: 7437/22 OKT dinyatakan telah membawa seramai lima (5) orang migran di dalam kenderaannya; b) OKT dilahirkan pada 19/02/1995 dan ketika ditangkap berumur 27 tahun 7 bulan dan kini telah berusia 29 tahun 4 bulan; c) OKT merupakan anak kedua dari 9 orang adik beradik dan masih belum berkahwin; d) sebelum ditangkap OKT bekerja sebagai pencuci kereta di tempat mencuci kereta; e) OKT hanya bersekolah sehingga Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, Kedah; dan f) OKT telah memberi kerjasama yang baik semasa ditahan dan tidak menimbulkan masalah kepada pihak polis. OKT 2 (Kaumg Htet) a) OKT merupakan seorang warganegara Myanmar; b) OKT dilahirkan pada tahun 2001 dan ketika ditangkap berumur 21 tahun; c) OKT merupakan anak keempat dari 5 orang adik beradik dan masih belum berkahwin; d) sebelum ditangkap OKT bekerja sebagai pencuci kereta di sebuah tempat mencuci kereta; dan e) OKT telah memberi kerjasama yang baik semasa ditahan dan tidak menimbulkan masalah kepada pihak polis. OKT 3 (Jamaluddin) a) OKT merupakan warganegara Myanmar; b) OKT dilahirkan pada tahun 2000 dan ketika ditangkap berumur 22 tahun; c) OKT merupakan anak kedua dari 5 orang adik beradik dan masih belum berkahwin; d) sebelum ditangkap OKT bekerja sebagai buruh binaan di Myanmar; dan e) OKT telah memberi kerjasama yang baik semasa ditahan dan tidak menimbulkan masalah kepada pihak polis. OKT 4 (Thazin Moe) a) OKT merupakan warganegara Myanmar; b) OKT dilahirkan pada tahun 2002 dan ketika ditangkap berumur 20 tahun; c) OKT sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Suami OKT berada di Myanmar; d) sebelum ditangkap OKT bekerja di sebuah kedai makan; dan e) OKT telah memberi kerjasama yang baik semasa ditahan dan tidak menimbulkan masalah kepada pihak polis. OKT 5 (Sarimah binti Mat Daud) a) OKT dilahirkan pada 22/07/1968 dan ketika ditangkap berumur 54 tahun 1 bulan. OKT kini telah berusia 55 tahun 11 bulan; b) OKT merupakan anak kelima dari 10 orang adik beradik; c) OKT sudah berkahwin dan mempunyai 11 orang anak; d) sebelum ditangkap OKT bekerja di sebuah kedai makan; e) OKT mendapat pendidikan sehingga Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Tiga Padang Hang, Alor Setar; dan f) OKT telah memberi kerjasama yang baik semasa ditahan dan tidak menimbulkan masalah kepada pihak polis. Hujahan Pemberatan Hukuman PR [7] Puan TPR secara ringkasnya menghujahkan: a) faktor kepentingan awam haruslah diberikan pertimbangan terberat untuk mencerminkan pemeliharaan kepentingan awam; b) hukuman sepatutnya memberikan kesan pencegahan dan menjadi teladan kepada anggota masyarakat serta OKT; c) kekerapan kesalahan seumpama ini menjejaskan nama baik negara; d) limpahan migran di negara ini sehingga ke satu tahap di mana terdapat migran yang melanggari undang-undang negara; dan e) kebanjiran migran turut membawa kesan buruk ke atas keselamatan negara, ketenteraman awam, ekonomi negara dan peningkatan jenayah yang serius. [8] Puan TPR turut mengemukakan trend hukuman di bawah kesalahan yang sama seperti berikut: Bil. Kes Hukuman 1. Pendakwa Raya v Nawi (W/N Indonesia) & Anor [2018] 1 LNS 1128 Hukuman penjara selama 6 tahun yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas kedua-dua responden diketepikan dan digantikan dengan hukuman 10 tahun penjara ke atas setiap responden, bermula dari tarikh kedua-dua responden ditangkap. (18 orang migran)
2
Mohd Tahir Bahtiar & Satu Lagi v PP [2018] 8 CLJ 174 Hakim bicara mensabitkan perayu-perayu dan menjatuhkan hukuman sepuluh tahun penjara dari tarikh tangkap. Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim bicara. (17 orang migran)
3
Pendakwa Raya v Marwan Sirait (W/Indonesia) [2017] MLJU 559 Hukuman penjara selama 6 tahun mulai dari tarikh tangkap. (3 orang migran)
4
Public Prosecutor v Suahaili bin Hassan & Anor [2018] 8 MLJ 291 Hukuman penjara 6 tahun mulai dari tarikh tangkap. (6 orang migran)
5
PP v Muhammad Abdullah 1 LNS 2021 1405 Tertuduh dihukum penjara selama 5 1/2 tahun mulai tarikh tangkap. (5 orang migran) Analisis dan dapatan Mahkamah [9] Jatuhan hukuman adalah merupakan satu budibicara Hakim yang perlu dijalankan secara kehakiman. Pertimbangan utama di dalam melaksanakan budibicara ini adalah semestinya kepentingan awam. Ia telah acapkali diingatkan kepada para Hakim perbicaraan akan kata-kata Hilberry J di dalam kes Rex v Kenneth John Ball 35 Cr App R164 seperti berikut; “In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest life.” [10] Namun Mahkamah turut diingatkan bahawa, hukuman yang hendak dijatuhkan hendaklah mengambilkira bukan sahaja jenayah yang dilakukan, namun juga kesannya ke atas pelakunya iaitu kesemua OKT di dalam kes ini. Perkara ini pernah disentuh oleh Brown CJ di dalam kes Abdul Karim v. Regina [1954] CLJU 3; [1954] 1 LNS 3; [1954] 20 MLJ 86 seperti berikut; “In the matter of punishment, the 'type of offence' is the concern of the Legislature, which has provided the maximum punishment which can be inflicted for a serious offence of that type. The particular offence, and the particular offender, are the concern of the Court, whose business it is to decide what punishment is merited upon the facts of the individual case within the limits which the Legislature has provided. Any tendency to standardise punishment for any type of offence is to be deplored because it means that the individual offender is being punished not upon the facts of his particular case but because he has committed an offence of that type”. [11] Oleh itu, di dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai, terdapat faktor-faktor yang perlu diambilkira dan Mahkamah Rayuan di dalam kes Robin Radjani Saih @ Amjan Patta v PP [2024] CLJU 1597 telah menggariskan faktor-faktor yang perlu diambilkira di dalam melaksanakan budibicara ini seperti berikut; “in the exercise of the Wide Judicial Discretion (Section 302
a
public interest should be the primary consideration. We rely on the following judgment of the Federal Court delivered by Raja Azlan Shah Ag. LP (as his Majesty then was) in Bhandulananda Jayatilake v. Public Prosecutor [1981] CLJU 139; [1982] 1 MLJ 83, at 84- “I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discretion involves a right to choose between more than one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That is quite inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v. Jamieson [1952] AC 525, 549). It is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit particular crimes with exemplary sentences; whilst others equally conscientious have thought it their duty to view the same crimes with leniency. Therefore, sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judge. It is for that reason also that this court has said it again and again that it will not normally interfere with sentences, and the possibility or even the probability, that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court's interference. For a discretionary judgment of this kind to be reversed by this court, it must be shown to our satisfaction that the learned judge was embarking on some unauthorised or extraneous or irrelevant exercise of discretion. We are far from convinced that any criticism of the learned Judge is warranted. He took the course he did, in outweighing the plea of mitigation in favour of the public interest with a desire to uphold the dignity and authority of the law as administered in this country. We agree. That must receive the greatest weight.” It is to be noted that when Bhandulananda was decided, Parliament had abolished appeals to Privy Council for constitutional and criminal matters. In other words, when the Federal Court delivered the judgment in Bhandulananda, the Federal Court was our apex court for criminal matters at that time;
b
all the relevant facts and circumstances of the case should be taken into account, including -
i
mitigating factors; and
II
(ii) aggravating factors. As explained in the above sub-paragraph (a), public interest should override mitigating factors; and
c
the court should also consider the following four objects of sentencing -
i
deterrence, both specific and general deterrence. Specific deterrence of an offender has also been described as "incapacitation" of the offender (to render the offender incapable of committing any offence in the future);
II
(ii) rehabilitation, reformation or restoration of the offender;
III
(iii) retribution; and
IV
(iv) restitution.” [12] Mahkamah menegaskan bahawa kes-kes yang melibatkan kesalahan penyeludupan migran adalah satu kesalahan yang serius. Malahan hukuman pemenjaraan di bawah seksyen 26A Akta 670 telah dinaikkan oleh Parlimen dari 15 tahun pemenjaraan kepada 20 tahun pemenjaraan. Perkara ini pernah disentuh oleh Mahkamah Rayuan sepertimana penghakiman Hakim Ahmadi Haji Asnawi HMR (pada ketika itu) di dalam kes PR lwn Nawi dan 1 lagi [2018] 1 LNS 1128 seperti berikut; “[12] Kes ini juga menampilkan isu-isu keselamatan dan kepentingan awam. Kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua responden dan orang-orang lain seperti responden-responden boleh dan telah mendatangkan kemudaratan yang besar kepada negara baik sekarang mahupun pada masa-masa akan datang kerana pada asasnya ia mengundang kebanjiran kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) beramai-ramai secara haram ke negara ini yang tidak dapat dikawal dan dipantau kerana pendatang-pendatang tersebut masuk tanpa dokumen perjalanan yang sah atau tanpa dokumen perjalanan langsung. [13] Kebanjiran PATI yang ramai juga membawa kesan buruk kepada keselamatan negara, ketenteraman awam, ekonomi negara dan peningkatan jenayah serius seperti pergaduhan, pecah rumah, pembunuhan dan penyalahgunaan dadah terutama sekali dalam hal pengedaran dadah. [14] Kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua responden juga merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara. Molek diperingatkan bahawa Parlimen telah memasukkan kesalahan di bawah seksyen 26A ATIPSOM tersebut ke dalam Bahagian 111A ATIPSOM. Bahagian 111A tersebut telah dimasukkan ke dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA (Akta 747), lantas mengkategorikannya sebagai kes kesalahan keselamatan yang tidak boleh dijamin. [15] Nyata sekali niat Parlimen menggubal Bahagian 111A tersebut adalah untuk memperuntukkan penalti yang berat kepada pelaku-pelaku kesalahan bagi membendung jenayah berat yang tidak bermoral ini. Mahkamah seharusnya memberi efek yang berkesan kepada niat Parlimen. Maka hukuman yang dijatuhkan sewajarnya mempunyai “deterrent effect” untuk “discourage” serta menghalang dan memberi pengajaran kepada kedua-dua responden atau orang lain yang mempunyai kecenderungan yang sama dengan responden-responden, supaya tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan oleh responden-responden. Dalam keadaan seperti ini wujud kewajaran untuk menjatuhkan hukuman berat untuk kesalahan-kesalahan seperti ini.” [13] Berpaksikan kepada keseriusan kesalahan ini, Mahkamah perlu mengimbanginya dengan faktor yang memihak kepada kesemua OKT. Pada pandangan Mahkamah faktor yang paling utama adalah pengakuan salah kesemua mereka. [14] Bagi Mahkamah, pengakuan salah kesemua OKT benar-benar telah menjimatkan kos dan masa Mahkamah. Umum mengetahui, kes-kes di bawah Akta 670 pada asasnya boleh dibicarakan di Mahkamah Sesyen memandangkan hukuman yang diperuntukkan adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Sesyen. Namun kesalahan-kesalahan penyeludupan migran di bawah Akta 670 telah dimasukkan ke dalam Jadual Pertama Akta Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747) yang langsung menjadikannya perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. [15] Kesan langsung dari situasi ini adalah menyebabkan peningkatan jumlah kes-kes yang perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Ia sehingga menyebabkan kes-kes di dalam bidangkuasa asal Mahkamah Tinggi yang melibatkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup terkesan. Kes-kes yang membabitkan pertuduhan-pertuduhan lebih serius seperti kesalahan mengedar dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), kesalahan membunuh di bawah Kanun Keseksaan, kesalahan menculik di bawah Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dan kesalahan senjata api di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) telah terkesan secara langsung kerana tidak dapat dibicarakan dan diputuskan dengan lebih segera memandangkan adanya kes-kes di bawah Akta 670. [16] Oleh yang demikian, apabila kesemua OKT memilih untuk mengaku salah, maka ia memberi ruang dan masa bagi Mahkamah ini untuk membicarakan kes-kes yang melibatkan hukuman mati dan penjara semur hidup sepertimana yang telah Mahkamah nyatakan di perenggan di atas. [17] Persoalannya kini, setakat mana peringan hukuman berdasarkan pengakuan salah wajar diberikan. Di dalam kes Pendakwa Raya v Houssin Sazzad [2016] MLJU 1617 yang melibatkan pengakuan salah di bawah seksyen 26A Akta 670, Hakim Suraya Othman HMT (pada ketika itu) telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung di dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang v. Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 209 dan menyatakan seperti berikut; “The policy of the Courts is that where a man does plead guilty, which does give rise to public advantage and avoids the expense and nuisance of a trial, which may sometimes be a long one, the Court encourages pleas of guilty by knocking something off the sentence which would have been imposed if there had not been a plea of guilty. So, one asks oneself, if there had been a plea of not guilty, and he had been convicted, what would have been the appropriate sentence?” [18] Mahkamah Agung di dalam kes Abdullah Ang (supra) turut melanjutkan perbincangannya dengan menyatakan; “When we asked ourselves the same question here, the appropriate sentence if the appellant had claimed trial would have been around eight years, regard being had to the amount of money defalcated and the other circumstances of the case. Clearly on this test, the sentence imposed on the appellant was manifestly excessive. It is generally accepted that the extent of the reduction on account of a plea of guilty would be between one-quarter and one-third of what otherwise would have been the sentence. In this particular case apart from plea of guilty, the sentence must also be discounted to reflect the full restitution made and the other mitigating factors” [19] Berdasarkan kepada panduan Mahkamah Agung tersebut, wajar bagi Mahkamah ini mengenakan diskaun yang munasabah ke atas hukuman yang sesuai bagi kes ini jika kesemua OKT melalui perbicaraan yang penuh. Bagi maksud tersebut, Mahkamah telah menimbangkan keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohd Tahir Bahtiar & satu lagi lwn PP [2018] 8 CLJ 174 yang melibatkan kes di mana dua OKT telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi untuk kesalahan menjalankan penyeludupan migran seramai 17 orang dengan niat bersama, iaitu satu kesalahan bawah seksyen 26A Akta 670. Di akhir perbicaraan, HMT telah mensabitkan kedua-dua OKT dan menjatuhkan hukuman sepuluh tahun penjara dari tarikh tangkap. Terkilan, kedua-dua OKT merayu terhadap hukuman mereka di atas alasan bahawa OKT-OKT ialah pesalah pertama yang tidak pernah terlibat dengan apa-apa kes jenayah sebelum ini dan sepanjang OKT-OKT berada di negara ini, mereka bekerja secara sah dan tidak pernah terlibat dengan apa-apa kesalahan. [20] Mahkamah Rayuan walaubagaimanapun telah menolak rayuan ke atas hukuman dan telah mengekalkan hukuman 10 tahun pemenjaraan. [21] Berdasarkan fakta kes semasa di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah berpandangan bahawa hukuman yang wajar jika kesemua OKT dibicarakan adalah sama seperti kes Mohd Tahir Bahtiar (supra) iaitu 10 tahun. Oleh itu, diskaun sewajarnya diberikan kepada kesemua OKT ke atas hukuman yang wajar jika kesemua OKT tidak mengaku salah adalah ke atas pemenjaraan selama 10 tahun. [22] Selain diskaun di atas, Mahkamah juga mengambilkira bahawa kesemua OKT telah menunjukkan bahawa mereka telah insaf dan menyesal. Adalah satu amalan yang diterima bahawa pengakuan bersalah pada peluang terawal merupakan satu ekspresi penyesalan terhadap kesalahan yang dilakukan dan boleh diambil kira sebagai satu faktor peringanan. [23] Mahkamah turut berpandangan bahawa menjatuhkan hukuman pemenjaraan yang lama ke atas kesemua OKT akan hanya meningkatkan kos yang terpaksa ditanggung untuk menyara kehidupan mereka di dalam penjara. Mengikut akhbar Kosmo bertarikh 25/2/2024, Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa kos pengurusan harian penjara bagi seorang banduan adalah sebanyak RM50 meliputi pelbagai bahagian perbelanjaan yang merangkumi kos keperluan asas, kos gaji, emolumen anggota dan kakitangan penjara. Bagi Mahkamah ia adalah satu kos yang tinggi. [24] Oleh itu, sekiranya kesemua OKT ini menjalani hukuman yang lebih lama, kos perbelanjaan mereka di dalam penjara yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan adalah meningkat dan ini adalah satu kerugian besar kepada negara. Wang hasil negara ini sebaliknya boleh disalurkan untuk faedah masyarakat. Di dalam kes Sumirah v. Pendakwa Raya [2016] CLJU 1561; [2016] 1 LNS 1561; [2016] MLJU 1297, Hakim Wong Teck Meng PK menyatakan: “However, in addition, this Court is convinced that the interest of the public must also include the consideration of the costs that our country has to bear to maintain the Appellant in the prison as such expenses were derived from the public fund. Such public fund could be put to better use for the country instead of being spent on the maintenance of the foreign prisoners in the prison.” [25] Mahkamah turut mendapati bahawa OKT 2 (Kaumg Htet), OKT 3 (Jamaluddin) dan OKT 4 (Thazin Moe) adalah merupakan pendatang asing yang berasal dari Myanmar dan mereka tidak memiliki sebarang dokumen. Kehadiran mereka di negara kita adalah untuk berkemungkinan untuk mencari rezeki disebabkan ketiadaan peluang di negara sendiri. Oleh itu, lebih baik mereka dapat dihantar pulang ke negara mereka secepat yang mungkin. Tiada sebab untuk kita menanggung kos bagi menahan mereka lebih lama menggunakan wang negara. Kesimpulan [26] Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan ini, Mahkamah merumuskan bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah adalah adil dan wajar. Bertarikh: 4hb. September 2024 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah. Pihak-Pihak: Bagi Pihak Perayu : Burhanudeen bin Abdul Wahid Grace D’Raj Tetuan Burhan & Company Peguambela & Peguamcara 1564-L1, Wisma Burhan, Jalan Kota 05000 Alor Setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Responden : Sharifah Syazwani binti Syed Hussin Timbalan Pendakwa Raya Wisma Darul Aman Pejabat Penasihat Undang-Undang Aras 4, Blok C Jalan Tengku Bendahara 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Tarikh Bicara : 02hb. Jun, 2024 Tarikh Keputusan : 01hb. Julai, 2024 Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) ➢ Kanun Keseksaan ➢ Akta Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747) Akta Dadah Berbahaya 1952 ➢ Akta Penculikan 1961 ➢ Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Rex v Kenneth John Ball 35 Cr App R164 ➢ Abdul Karim v. Regina [1954] CLJU 3; [1954] 1 LNS 3; [1954] 20 MLJ 86 ➢ Robin Radjani Saih @ Amjan Patta v PP [2024] CLJU 1597 ➢ PR lwn Nawi dan 1 lagi [2018] 1 LNS 1128 ➢ Pendakwa Raya v Houssin Sazzad [2016] MLJU 1617 ➢ Mohd Abdullah Ang Swee Kang v. Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 209 ➢ Abdullah Ang (supra) ➢ Mohd Tahir Bahtiar & satu lagi lwn PP [2018] 8 CLJ 174 ➢ Sumirah v. Pendakwa Raya [2016] CLJU 1561; [2016] 1 LNS 1561; [2016] MLJU 1297
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.