Content
JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BHARU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A53KJ – 586 – 09/2023
JA-A53KJ-586-09/2023
Sessions Court of Malaysia14 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“42. Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes Abdul Waffiy bin Wahubbi & Anor v. A K Nazaruddin bin Ahmad [2017] 5 LNS 52; [2017] MLJU 761 tentang rujukan kuantum di dalam Compendium di mana YA S Nantha Balan, H (sekarang HMR) menyatakan: “It is axiomatic and imperative that when awarding damages for pain and suffering fo”
“ity of this document via eFILING portal JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 16 Zahier Rahmar & Another Case [2020] MLRHU 1094 manakala defendan pula berhujah RM25,000.00 adalah memadai bergantung kepada kes Windah Permatasari binti Imran & Anor v Law Chee Soon & Anor [2021] 2 PIR [48].”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BHARU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A53KJ – 586 – 09/2023
1
1.
2
MOHAMMAD TARMIZI BIN NORDIN ABDUL RAZAK BIN JUSOH …
1
1.
2
YU TACK HOE YICAI CONSTRUCTION SDN BHD … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tindakan ini dibawa oleh plaintif-plaintif ekoran satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 12.5.2023 lebih kurang pukul 11.30 pagi di antara motorsikal no. pendaftaran JMY 4302 yang ditunggang oleh plaintif pertama (“P1”) dan dibonceng oleh plaintif kedua (“P2”) dan motorhilux no. pendaftaran JKP 8252 dipandu oleh defendan pertama (“D1”) dengan kebenaran defendan kedua di Jalan Senai-Seelong Johor Bharu.
2
Setelah mendengar keterangan pihak-pihak pada 14.8.2024 Mahkamah mendapati D1 bertanggungan cuai 90% dan P1 menyumbang cuai 10% di dalam kemalangan ini. Oleh yang demikian Mahkamah membenarkan tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan-defendan dengan kos dan Mahkamah juga membuat taksiran gantirugi seperti mana yang diplidkan oleh plaintif-plaintif. S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 2
3
Defendan-defendan tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah tersebut dan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.
4
Mahkamah kini mengemukakan alasan-alasannya seperti berikut. LIABILITI Versi Plaintif 5. Plaintif-plaintif memplidkan kes mereka seperti berikut (perenggan 5 Penyata Tuntutan m/s 5 Ikatan A): “5) Pada 12/05/2023 lebih kurang pukul 11.30 pagi, plaintif menunggang motorsikal no. JMY 4302 bersama plaintif kedua sebagai pembonceng dari Seelong menuju ke rumah. Apabila sampai di Jalan Senai-Seelong, sebuah motor motorhilux no. JKP 8252 yang berada di sebelah kiri bahu jalan telah membuat pusingan U secara haram dan mengejut lalu masuk ke laluan motorsikal plaintif-plaintif lalu motorsikal plaintif-plaintif telah berlanggar dengan motorhilux dan menyebabkan kemalangan berlaku.”
6
Bagi membuktikan isu liabiliti plaintif memanggil saksi-saksi berikut: i. Sarjan Mohd Nazi bin Mohd Amin (SP1) – pengawai penyiasat kes; ii. Mohamad Tarmizi bin Nordin (SP2 / P1); iii. Abdul Razak bin Jusoh (SP3 / P2).
7
7.
Preamble
Menurut SP1, beliau menerima laporan makluman pertama (First Information Report) melalui laporan polis yang dibuat oleh defendan pertama (D1) iaitu Trafik Kulaijaya / 005881/23 bertarikh 12.5.2023 S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 3 jam 1308 hrs. Jam lebih kurang 3.00 petang hari yang sama SP1 pergi ke tempat kejadian bersama jurugambar.
8
Keterangan SP1 secara ringkasnya adalah seperti berikut: i. Dua kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan ini iaitu motorsikal no. JMY 4302 ditunggang oleh P1 dan dibonceng oleh P2 motorhilux no. JKP 8252 dipandu oleh D1; ii. Kemalangan berlaku di Jalan Senai – Seelong dan Rajah Kasar dan Kunci (eksibit P4) dilakarkan menggambarkan tempat kejadian; iii. Kenderaan-kenderaan telah dialihkan semasa SP1 sampai di tempat kejadian; iv. Berdasarkan rajah kasar dan kunci P1 bergerak terus atas ke bawah di laluan A1-A2; v. Kemalangan berlaku apabila D1 yang berada di bahu jalan A2 membuat pusingan “U” di laluan P1 semasa P1 bergerak terus; vi. Jalan A1-A2 mempunyai garisan berkembar dan Kawasan tersebut tidak dibenarkan membuat pusingan “U”; vii. Tempat kemalangan adalah di antara A1-A2 berhampiran garis pembahagi jalan A1; viii. Terdapat 18 keping gambar tempat kejadian dan kenderaan-kenderaan yang terlibat [eksibit P5(a) – (r)]; ix. D1 disaman di bawah Rule 13 Road Traffic Rule 1959 iaitu larangan membuat pusingan “U” selain dari tempat yang dibenarkan. x. D1 masih belum membayar saman tersebut. S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 4
9
9.
Preamble
Menurut P1 semasa kejadian, P1 ada melihat motorhilux JKP 8252 yang berada di bahu jalan sebelah kiri. P1 menunggang motorsikal JKP 8252 di laluan A1-A2 bergerak lurus dari atas ke bawah. P1 menyatakan motorhilux tersebut ada memberi isyarat ke kanan tetapi tidak sangka motorhilux tersebut akan membuat pusingan “U” secara tiba-tiba. Akibat tindakan D1 tersebut, P1 tidak dapat mengelak daripada berlanggar dengan motorhilux D1.
10
Keterangan P2 secara ringkasnya ialah beliau tidak perasan bagaimana kemalangan berlaku memandangkan beliau hanya membonceng motorsikal P1. P1 dan P2 merupakan rakan sekerja dan pada hari kejadian P2 menumpang motorsikal P1 kerana motorsikalnya rosak. P2 menyatakan laluan tersebut merupakan laluan harian untuk pergi dan balik bekerja. P2 juga menyatakan P1 tidak menunggang dengan laju pada hari kejadian tersebut. Versi Defendan 11. Hanya D1 dipanggil memberi keterangna bagi pihak defendan-defendan. D1 memberitahu pada hari kejadian D1 dari Seelong hendak ke Kempas. D1 bergerak dari atas ke bawah dan berhenti di bahu jalan A2 untuk membuat pusingan “U” untuk ke Kempas.
12
Apabila sampai di tempat kejadian D1 memperlahankan motorhiluxnya dan berhenti di bahu jalan A2. Keterangan D1 iaalah sebelum D1 membuat pusingan “U”, D1 membuka lampu isyarat, tengok belakang dan baru membuat pusingan “U”. Selepas membuat pusingan “U” motorhilux D1 dilanggar oleh motorsikal P1. S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 5
13
D1 mendakwa beliau biasa menggunakan jalan tersebut dan tahu jalan tersebut mempunyai garisan berkembar. D1 juga setuju semasa pemeriksaan balas bahawa garisan berkembar tidak membenarkan kenderaan membuat pusingan “U”. D1 juga bersetuju beliau melakukan satu kesalahan apabila membuat pusingan “U” di tempat kemalangan tersebut. Dapatan Atas Isu Liabiliti 14. Akta Keterangan 1950 menggariskan bahawa plaintif menanggung beban pembuktian kesnya terhadap defendan. Seksyen-seksyen 101 memperuntukkan: “Burden of proof
101
101.(1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.”
15
Prinsip undang-undang matan ini dinyatakan dengan jelas di dalam locus classicus Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan: “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant’s negligence. Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.”; see 15 Halsbury (3rd Edn.) p. 260.” S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 6
16
Fakta di dalam kes ini adalah jelas dan nyata. Berdasarkan keterangan pihak-pihak, kejadian kemalangan ini berlaku pada Tarikh dan tempat yang diplidkan oleh plaintif di dalam Penyata Tuntutannya.
17
Pada masa kemalangan berlaku iaitu jam lebih kurang 11.30 pagi dalam keadaan cuaca yang baik, P1 tidak mempunyai halangan pandangan untuk melihat apa yang berada di hadapan dan di sekelilingnya. P1 yang sedang bergerak lurus di lorong A1-A2 dari atas ke bawah Rajah Kasar mengakui dapat melihat motorhilux D1 yang berhenti di bahu jalan A2 dan sedang memberi isyarat ke kanan.
18
P1 meneruskan perjalanan di laluan A1-A2 dan tidak menyangka D1 akan membuat pusingan “U” secara tiba-tiba masuk ke laluan P1 hingga menyebabkan kemalangan.
19
Kesan kerosakan pada kenderaan boleh dilihat pada gambar-gambar yang diambil oleh SP1 semasa siasatan. Gambar P5a menunjukkan kerosakan pada pintu pemandu motorhilux D1 manakala gambar P5b dan 5c menunjukkan kerosakan pada bahagian hadapan motorsikal P1. Mahkamah mendapati kedua-dua kesan kerosakan ini adalah konsisten dengan versi kemalangan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.
20
Tidak dinafikan di dalam situasi ini, P1 yang bergerak lurus dari atas ke bawah dan menunggang di lorong kiri A1-A2 mempunyai keutamaan pada laluan. S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 7
21
Manakala D1 yang membuat pusingan “U” telah menghalang laluan P1 yang sah. Tindakan D1 membuat pusingan “U” di tempat yang tidak dibenarkan apatah lagi di jalan bergarisan kembar adalah bertentangan dengan Road Traffic Rules 1956.
22
Mahkamah mendapati daripada pengakuan D1 sendiri, D1 sememangnya tidak menyedari kehadiran P1 dari belakang sungguhpun beliau telah berhenti seketika dan memasang isyarat. Walaupun D1 menyatakan beliau telah melihat ke belakang, namun semasa D1 membuat pusingan “U” motorhilux D1 dirempuh oleh P1 dari sisi kanan di pintu pemandu. Ini adalah selari dengan keterangan SP1 yang menyatakan semasa kemalangan berlaku motorhilux D1 berada di dalam keadaan melintang di atas laluan P1 di lorong A1-A2 tersebut.
23
Pada pandangan Mahkamah D1 telah gagal memastikan keadaan selamat untuk membuat pusingan “U” dan juga cuai semasa membuat pusingan “U” tersebut. Sekiranya D1 telah membuat ‘proper look out’ maka tiada sebab mengapa D1 tidak dapat melihat dan menyedari kedatangan motorsikal P1 dari arah belakang.
24
Mahkamah merujuk kepada kes Krishnan & Anor v Chow Wing Kuan [1987] 2 MLJ 691 yang mana fakta kes ini hampir sama dengan fakta kes di hadapan Mahkamah ini. Mahkamah memutuskan: “At the material time the respondent was driving motor car AAG 1117 which collided into the said lorry after the lorry had made a sudden “U” turn in front of the car. The learned Judge found the lorry driver wholly to be blamed and liable for the accident.” S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 8
25
Mahkamah juga merujuk kepada kes Kamaruddin bin Mohd Nor & Anor v Soon Soo Moe & Anor [1998] 4 CLJ Supp 301 juga kes yang melibatkan kemalangan jalan raya akibat kecuaian pemandu lori membuat pusingan “U” di mana Mahkamah Tinggi memutuskan: “The subsequent evidence further proved his unconcern for road users when he said in spite of having given the signal at least 100 feet before stopping and having stopped two – three seconds before turning to the right, he was still unsure of the presence of the 2nd plaintiff at his rear. In other words, having gone for some distance, and with seconds ticking away, even when stopping the lorry, he was totally oblivious of the presence of the 2nd plaintiff.”
26
Berdasarkan nas undang-undang di atas dan merujuk kepada fakta kes ini, Mahkamah berpuas hati bahawa kemalangan ini berlaku akibat kecuaian D1 yang membuat pusingan “U” secara tiba-tiba dan gagal menyedari kehadiran P1 dari arah belakang.
27
Defendan berhujah bahawa apabila P1 melihat kehadiran motorhilux D1 di tepi bahu jalan yang sedang berhenti dan memberi isyarat ke kanan, P1 sepatutnya mengambil langkah berhati-hati dan munasabah dan sepatutnya boleh menjangka yang D1akan masuk ke laluan P1. P1 juga menyumbang cuai kerana gagal mengelak daripada berlakunya kemalangan. Defendan berhujah 50% liability adalah di atas bahu P1 kerana kegagalannya tersebut.
28
Defendan juga merujuk kepada kes Abdul Mokhti Haji Ahmad v Idris bin Ibrahim [1977] 2 MLJ 85 dan Chai Phin Chong & Anor v Zainal Abidin Mohd Salleh & Anor [1998] 4 CLJ 833 menyokong hujahannya bahawa P1 perlu berhati-hati, memberi tumpuan kepada pengguna-S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 9 pengguna jalan raya yang lain dan mengelak daripada kemalangan berlaku.
29
Mahkamah menerima keterangan P1 yang Mahkamah dapati sebagai seorang saksi yang lurus dan boleh dipercayai, bahawa beliau tidak menyangka motorhilux D1 akan membuat pusing “U” secara tiba-tiba sungguhpun telah melihat D1 memasang isyarat ke kanan. Mahkamah juga menerima keterangan pembonceng motorsikal P1 iaitu P2 yang menyatakan P1 menunggang tidak laju sebelum kemalangan berlaku.
30
Pada pandangan Mahkamah adalah munasabah sekiranya P1 tidak dapat mengelak daripada kemalangan berlaku kerana tindakan D1 membuat pusingan “U” secara tiba-tiba telah meletakkan P1 di dalam keadaan cemas dan P1 tidak dapat membuat apa-apa tindakan bagi mengelak daripada melanggar motorhilux D1.
31
Mahkamah merujuk kepada kes Noorianti Zainol Abidin & Ors v Tang Lei Nge [1990] 1 CLJ 943 di mana fakta kes menunjukkan motorkar merempuh masuk ke laluan motorkar yang lain dengan tiba-tiba dan Mahkamah memutuskan: “Under such circumstances the question of contributory negligence does not arise as the defendant has no right to complain when it was he who placed the driver of the Toyota car in the agony of a collision whereby the latter had no time to take any reasonable step to prevent the collision.”
32
P1 mempunyai keutamaan laluan memandangkan P1 bergerak lurus di lorong A1-A2 dan sedang meneruskan perjalanannya dari atas ke S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 10 bawah rajah kasar. Mana-mana pihak yang ingin memasuki laluan P1 hendaklah memastikan laluan lurus tersebut selamat sebelum berbuat demikian.
33
Kedua-dua kes yang dirujuk oleh defendan mempunyai fakta kes yang berbeza di dalam kes ini. Di dalam kes Abdul Mokhti Haji Ahmad, supra fakta kes menunjukkan motorkar defendan memotong motorsikal plaintif dan secara tiba-tiba berhenti di hadapan plaintif menyebabkan plaintif tidak sempat mengelak dan plaintif melanggar bahagian belakang motorkar defendan.
34
Fakta kes Chai Phin Chong, supra pula menunjukkan motortrak defendan memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan motorkar plaintif apabila defendan mendakwa beliau cuba mengelak daripada melanggar seorang lelaki yang menolak motorsikalnya di tepi kiri jalan. Ratio yang diputuskan dalam kes ini jelas tidak terpakai di dalam kes di hadapan Mahkamah ini.
35
Defendan juga tidak dapat melepaskan diri daripada kecuaian dengan menyatakan D1 telah memasang isyarat yang memberi indikasi kepada tujuan dan niatnya untuk memasuki laluan P1 sebelum membuat pusingan “U”. Kes Kamaruddin bin Mohd Nor & Anor, supra telah memutuskan sedemikian.
36
Setelah membuat pertimbangan ke atas fakta dan keadaan kes ini, pada hemat Mahkamah sumbang cuai P1 di dalam kes ini adalah sangat minimal kerana tanggungjawab D1 adalah lebih berat dan lebih besar apabila D1 yang memasuki laluan sah P1. S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 11
37
Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan D1 bertanggungan cuai 90% manakala D2 bertanggungan secara vikarius. P1 menyumbang cuai 10%. Manakala P2 sebagai pembonceng tidak menyumbang apa-apa kecuaian.
38
Mahkamah ingin merujuk kepada beberapa nas undang-undang yang menggariskan pendekatan yang sewajarnya diambil oleh Mahkamah semasa memberikan awad gantirugi.
39
Di dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child Suing Through His Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885 di mana Abdul Hamid Embong HMP menyatakan: “It is trite that damages serve as compensation, not a reward, less still a punishment (see Ong Ah Long v. Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198; 1983] CLJ (Rep) 300; [1983] 2 MLJ 324). In assessing damages, the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court should not descend into a domain of speculation. The evaluation of those evidence, which form the basis of any risk of future damage, must therefore still be undertaken. And the trial judge can only evaluate such evidence based on the recognised balance of probabilities standard.
40
Plaintif menanggung beban pembuktian bahawa plainitf berhak menuntut sesuatu jumlah gantirugi tersebut dan hendaklah mengemukakan bukti-bukti yang menyokong tuntutannya (rujuk Guan Soon Tin Mining Co v. Wong Fook Huan [1968] 1 LNS 43; [1969] 1 MLJ 99). S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 12
41
Antara perkara yang perlu diambil kira semasa mengira jumlah kuantum yang akan diberikan ialah kadar inflasi serta kejatuhan nilai matawang seperti yang diputuskan di dalam kes Raji Transport Sdn Bhd v. Idayu Zukafli [2004] 5 CLJ 479.YA Low Hop Bing H, (kemudian HMR) menyatakan: “The considerations of inflation and enhanced cost of living over a period of more than two decades since the decision in Lau Ee Ee, supra, should be given proper weight in the assessment of quantum of damages in personal injury litigation. Indeed, it is instructive to note that our courts have also moved ahead with the times in these areas. Chan Shick Chin, a very senior member of the Bar, in his concise and well - researched book on “Personal Injury, Law, Practice and Precedents” published by MLJ in 2001 at p. wrote: vii Fall in value of money The fall in the value of money must be taken into account in the use of comparables so that an award which is eventually given would be reflective of the current value of money: 162: Abdul Ghani Hamid v. Abdul Nasir Abdul Jabbar & Anor [1995] 4 CLJ 317. The judgment of Abdul Malik Ishak J in Abdul Ghani, supra, is in line with the trend in Singapore where Choor Singh, J in delivering the judgment of the Court of Appeal also considered changes in the value of money, the decrease in the purchasing power of the dollar there or the increase in the cost of living over the years, as relevant factors in the assessment of damages. A similar approach was adopted by Yusoff J in Wong Tin Vui v. Patrick Midok & Anor [1974] 1 LNS 191; [1975] 2 MLJ 260. I am of the view that these time - honoured principles have become entrenched and settled principles which should continue to apply as they are in keeping with economic reality.” (See also: Ahmad Thaqif Amzar Ahmad Huzairi v. Kuala Terengganu Specialist Hospital Sdn Bhd & Ors [2021] 3 CLJ 389; Muhamad Qamarul Munsyiaqbal @ S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 13 Yusri v. Md Nor Md Zain & Anor [2020] 1 LNS 476 and Soo Hoo Seng Koon v. Lee Seng & Anor [2020] 1 LNS 135).
42
Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes Abdul Waffiy bin Wahubbi & Anor v. A K Nazaruddin bin Ahmad [2017] 5 LNS 52; [2017] MLJU 761 tentang rujukan kuantum di dalam Compendium di mana YA S Nantha Balan, H (sekarang HMR) menyatakan: “It is axiomatic and imperative that when awarding damages for pain and suffering for personal injuries, the court must endeavour to ensure that the sum awarded falls within the range as stipulated in the Compendium and it would be wrong for trial courts to ignore the range of damages as recommended in the Compendium and to pluck a quantum from the air and make an award for a particular injury which does not resonate with the range in the Compendium.”
43
Awad yang diberikan di dalam kes ini adalah berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Revised Compendium 2018, nas ndang-undang serta kadar inflasi matawang terkini. KUANTUM ATAS DASAR 100%
44
Bagi pembuktian kecederaan dan kuantum gantirugi am yang dipohon di dalam kes ini, Mahkamah merujuk kepada laporan-laporan perubatan dan pakar seperti berikut: i. Laporan perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai bertarikh 21.6.2023 oleh Dr Nabila Azureen binti Azis; S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 14 ii. Laporan perubatan Klinik Pakar Bedah Mulut Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu bertarikh 25.6.2023 oleh Dr Nur Azmawani binti Abdul Azis; iii. Laporan perubatan Jabatan Ortopedik Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu bertarikh 24.7.2023 oleh Dr Raidah binti Ramli; iv. Laporan perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai bertarikh 7.6.2023 oleh Dr Nuraishah binti Abdul Rahman; v. Laporan pakar ortopedik plaintif dari Century Orthopaedic Specialist Clinic bertarikh 21.1.2024 oleh Dr Teo Pock Chin; vi. Laporan pakar ortopedik defendan dari Columbia Asia Hospital Tebrau bertarikh 14.3.2024 oleh Dr Gunaseelan Ponnusamy.
45
Kesemua laporan-laporan di atas dipersetujui tertakluk kepada hujahan.
46
Berdasarkan keterangan-keterangan di hadapan Mahkamah, awad gantirugi am yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut. Closed right midshaft femur fracture (with 3 scars)
47
Ini adalah kecederaan utama P1 akibat kemalangan ini. Kedua-dua pakar orotpedik plaintif dan defendan masing-masing memeriksa plaintif dan mengemukakan laporan-laporan berkaitan. Kedua-dua pakar mengesahkan kecederaan ini dan mendapati kepatahan pada tulang peha ini telah bercantum. Pakar ortopedik defendan juga S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 15 mendapati skru yang dimasukkan semasa pembedahan tulang peha telah patah (rujuk laporan pakar ortopedik defendan m/s 2 Ikatan F).
48
Keilatan yang dialami oleh P1 adalah seperti berikut: i. A limp when walks. ii. Weakness of right lower limb. iii. Difficulties in standing, walking for extended periods, walking briskly, climbing stairs, lifting heavy loads, kneeling and sitting on the floor, and squatting for extended periods. iv. Pain in the right lower limb and left hand during sustained exertion. v. Limitation of movement in the right lower limb.” (rujuk laporan pakar ortopedik plaintif m/s 4 Ikatan D).
49
Dapatan di atas oleh pakar ortopedik plaintif adalah konsisten dengan dapatan pakar ortopedik defendan.
50
Semasa P1 memberi keterangan di Mahkamah, P1 juga ada meminta kebenaran untuk memberi keterangan secara berdiri kerana berasa sakit setelah duduk terlalu lama semasa perbicaraan.
51
Apa yang dapat diperhatikan ialah sungguhpun kepatahan telah bercantum, P1 masih lagi menanggung kesakitan daripada kecederaan tersebut sehingga ke hari P1 memberi keterangan.
52
Compendium 2018 mencadangkan awad di antara RM25,000.00 – RM48,500.00 bagi kepatahan tulang peha ini. Plaintif menuntut sebanyak RM40,000.00 berdasarkan kes Weng Yew Min v Muhammad S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 16 Zahier Rahmar & Another Case [2020] MLRHU 1094 manakala defendan pula berhujah RM25,000.00 adalah memadai bergantung kepada kes Windah Permatasari binti Imran & Anor v Law Chee Soon & Anor [2021] 2 PIR [48].
53
Mahkamah membenarkan RM38,000.00 mengambilkira umur plaintif yan g masih muda, keilatan yang dialami akibat kecederaan ini dan juga mengambilkira tiga (3) parut yang disahkan ada di kaki plaintif (m/s 5 Ikatan D). Laceration wound over forehead 54. Kecederaan ini dilaporkan di dalam laporan perubatan awal Hospital Kulai dimana luka ini berukuran 2 x 0.5 cm dan diberikan rawatan ‘gluestitch’ di Hospital yang sama.
55
Akibat luka tersebut P1 mendapat parut berukuran 3 cm dibahagian dahi (rujuk m/s 5 Ikatan D).
56
Mahkamah membenarkan RM3,000.00 berdasarkan Compendium 2018 dan fakta kes ini. Multiple abrasion wound 57. Kecederaan ini juga direkodkan di dalam laporan perubatan awal P1 dari Hospital Kulai yang menyatakan “Multiple abrasion wounds over bilateral over lower limbs.”
58
Mahkamah membenarkan RM5,000.00 berdasarkan Compendium 2018. S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 17 Right upper lip hematoma
59
Kecederaan ini dilaporkan melalui laporan perubatan Jabatan Pergigian dari Hospital Sultanah Aminah (m/s 11 Ikatan Dokumen
60
Mahkamah membenarkan RM1,500.00 berdasarkan Compendium 2018 bagi kecederaan ‘hematoma/contusion’. Dental injury 61. Kecederaan pada bahagian mulut dan gigi P1 dilaporkan di dalam laporan perubatan Klinik Pakar Bedah Mulut Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu di mana kecederaan yang dialami oleh P1 ialah: i. Alveolar bone mobile 21, 22 grade II mobile ii. Teeth 11 grade 1 mobile
62
Bagi kecederaan ini P1 perlu menjalani rawatan “Splinting of upper anterior segment”.
63
Compendium 2018 memperuntukkan awad RM3,000 – RM12,000 bagi kecederaan di mana “1 – 5 teeth affected”.
64
Mahkamah membenarkan RM10,000.00 bagi kecederaan ini mengambil kira kecederaan melibatkan 3 batang gigi. Muscle wasting
65
Laporan pakar defendan mencatatkan “circumference of thigh 10 cm from KJL … “di mana kaki kanan 37 cm dan kaki kiri 39 cm (rujuk m/s 1 Ikatan F). Terdapat perbezaan ukur lilit sebanyak 2 cm di kaki S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 18 kanan akibat otot yang mengecut di peha kanan P1 di mana kepatahan berlaku.
66
Berdasarkan Compendium 2018, Mahkamah berpendapat RM3,000.00 adalah munasabah. Kesakitan dan kesengsaraan masa hadapan 67. Awad ini adalah bagi kesakitan dan kesengsaraan masa hadapan sekiranya P1 perlu menjalani pembedahan lanjut. Mahkamah membenarkan tuntutan pembedahan pembuangan skru pada peha kanan plaintif di masa hadapan. Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan satu awad di bawah perkara ini dalam jumlah RM5,000.00 (tanpa faedah). Closed fracture right 1st metacarpal bone 68. Ini merupakan kecederaan yang dialami oleh P2 sepertimana yang dilaporkan di dalam laporan perubatan P2 dari Hospital Kulai.
69
Compendium 2018 mencadangkan awad RM4,000.00 – RM6,000.00 bagi kepatahan metacarpal. Memandangkan P2 tidak dilaporkan mengalami apa-apa keilatan akibat kecederaan ini, maka awad RM4,000.00 adalah munasabah. GANTIRUGI KHAS Kos perubatan P1 70. Mahkamah membenarkan kos perubatan ini berdasarkan resit yang dikemukakan (rujuk m/s 30 Ikatan Dokumen B) yang berjumlah RM194.00. S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 19 Kos pengangkutan keluarga P1melawat di Hospital dan rawatan susulan 71. P1 dimasukkan ke hospital mulai 12.5.2023 hingga 23.5.2023 (11 hari) dan berdasarkan kad temujanji P1(rujuk m/s 25 – 28 Ikatan Dokumen B) menghadiri rawatan susulan sebanyak 7 kali.
72
Pada pendapat Mahkamah adalah munasabah pada masa P1 diwadkan di Hospital ahli keluarga P1 akan melawatnya (rujuk Kasirin Kasmani v The Official Administrator & Anor (1991) 3 CLJ 2498) sungghpun tiada apa-apa dokumen dikemukakan untuk membuktikan perbelanjaan yang dikeluarkan. Begitu juga dengan kos pengangkutan yang ditanggung oleh P1 semasa perlu menghadiri temujanji rawatan susulan. Oleh yang demikian adalah munasabah jika P1 dipampas untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang telah dikeluarkan ini.
73
Mahkamah berpendapat RM50.00 untuk setiap perjalanan ke hospital ini adalah munasabah. Oleh yang demikian Mahkamah membenarkan RM50 x 18 kali perjalanan = RM900.00 bagi kos pengangkutan P1 dan ahli keluarganya. Kos pembedahan masa hadapan 74. Kedua-dua pakar bersetuju bahawa pembedahan membuang skru pada kaki pada masa akan datang akan memberi kebaikan kepada P1. Mahkamah juga bersetuju dengan pendapat ini tambahan pula skru tersebut telahpun patah.
75
Mahkamah membenarkan 1/3 x RM18,000.00 = RM6,000.00 bagi tuntutan ini seperti yang dicadangkan oleh pakar ortopedik plaintif. S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 20 Kos fisioterapi 76. Kedua-dua pakar juga bersependapat P1 akan mendapat faedah daripada sesi fisioterapi bagi kaki kanannya. Mahkamah membenarkan tuntutan fisioterapi seperti berikut (1/3 x RM150 x 3 kali x 4 minggu x 3 bulan) = RM1,800.00 seperti yang dicadangkan oleh pakar ortopedik defendan. Kos ubatan tahan sakit 77. Plaintif juga menuntut kos ubat tahan sakit bagi kesakitan yang ditanggung. Mahkamah berpendapat tuntutan ini adalah munasabah memandangkan P1 masih mengalami kesakitan akibat kepatahan pada peha kanan tersebut. Pakar plaintif memberikan anggaran kos RM200/sebulan bagi tempoh satu
1
tahun. Mahkamah membenarkan tuntutan ini seperti berikut: (1/3 x RM200 x 12 bulan) = RM800.00 KEHILANGAN PENDAPATAN DAN KAPASITI PENDAPATAN
78
Hanya P1 mengemukakan keterangan mengenai pekerjaan dan pendapatannya dalam tuntutan ini.
79
Pada masa kejadian, P1 bekerja syarikat Edaran SWM Sdn Bhd sebagai pekerja am. SP3 memberi keterangan bahawa P1 mula bekerja di syarikat tersebut pada 5.9.2022 (rujuk eksibit P11 m/s 1 Ikatan Dokumen E) dan skop tugas P1 adalah mengutip dan mengangkut sampah. S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 21
80
P1 dibayar gaji asas RM1,500.00 serta beberapa jenis elaun pada setiap bulan. Slip-slip gaji dari bulan Oktober 2022 hingga April 2023 (eksibit P12 m/s 2 – 8 Ikatan Dokumen E) dikemukakan oleh SP3 semasa perbicaraan.
81
81.
Preamble
Menurut keterangan SP3 lagi P1 berada dalam cuti sakit mulai 12.5.2023 – 5.9.2024 iaitu lebih kurang empat (4) bulan. Selama empat (4) bulan tersebut P1 dibayar gaji asas RM1,500.00.
82
Selepas tamat cuti sakit, P1 masuk kerja semula seperti biasa namun skop tugas P1 dikurangkan di mana P1 hanya ditugaskan menyapu sampah dan tidak lagi mengikut lori sampah untuk mengutip sampah. Akibatnya, elaun harian P1 juga turut berkurangan dari RM5/sehari kepada RM3/sehari.
83
83.
Preamble
Menurut SP3 lagi, P1 tidak lagi bekerja dengan Edaran SWM Sdn Berhad. P1 berhenti kerja dengan kehendaknya sendiri. Namun SP3 menyatakan selepas kemalangan P1 kurang berkemampuan untuk melakukan kerja-kerja asal beliau. Oleh yang demikian P1 hanya ditugaskan untuk menyapu sampah sahaja. Pendapatan P1 juga terjejas kerana P1 kurang membuat kerja lebih masa.
84
84.
Preamble
Menurut SP3 lagi, syarikat tidak mengeluarkan surat berhentikan P1 sebaliknya P1 berhenti sendiri kerana tidak berkeupayaan meneruskan kerja dengan syarikat tersebut. P1 tidak memberikan apa-apa surat perletakan jawatan. S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 22
85
85.
Preamble
Menurut keterangan P1, beliau pulang bekerja selepas tamat cuti sakit dan hanya dapat bertahan sebulan. P1 menyatakan syarikat telah mendapat P1 tidak dapat lagi melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat sampat dan syarikat meminta P1 berhenti kerja. Syarikat telah meminta P1 berhenti sendiri dan oleh itu tiada apa-apa surat dan/atau notis pemberhentian dikeluarkan oleh syarikat. P1 ada cuba mencari kerja lain namun tidak Berjaya kerana masih lagi merasa sakit pada kaki kanannya yang menghadkan pergerakan dan keupayaan P1 untuk bergerak dan membuat kerja-kerja berat.
86
Plaintif ada menuntut kehilangan pendapatan sebenar selama empat
4
bulan ketika P1 di dalam cuti sakit. Memandangkan P1 dan SP3 mengesahkan P1 dibayar gaji asas RM1,500.00 tersebut selama empat (4) bulan cuti sakit maka tidak perlu lagi Mahkamah membenarkan tuntutan kehilangan gaji asas ini.
87
Namun begitu Mahkamah mendapati P1 kehilangan elaun-elaun lain yang diterima olehnya secara tetap pada setiap bulan iaitu: i. Elaun kerja lebih masa (normal OT); ii. Elaun kerja lebih masa (public holiday OT); iii. Elaun kerja lebih masa (Rest Day OT); iv. Elaun bonus harian; v. Elaun petrol / travelling; vi. Elaun swat.
88
88.
Preamble
Menurut slip-slip gaji yang dikemukakan (P12), jumlah elaun-elaun yang diterima ialah: i. November 2022 RM1,216.47 S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 23 ii. Disember 2022 RM1,220.18 iii. Januari 2023 RM858.94 iv. Februari 2023 RM766.75 v. Mac 2023 RM669.73 vi. April 2023 RM340.23 Purata elaun P1: RM845.38/sebulan.
89
Plaintif membuat tuntutan kehilangan elaun-elaun ini dan defendan membantah atas alasan P1 telah dibayar gaji asas semasa kemalangan.
90
Mahkamah memutuskan membenarkan tuntutan kehilangan elaun-elaun ini bagi tempoh empat (4) bulan semasa P1 dalam cuti sakit. Pada pendapat Mahkamah elaun-elaun ini merupakan elaun-elaun tetap yang diterima setiap bulan sebagai tambahan kepada gaji asas yang rendah diterima oleh P1. Jumlah elaun-elaun ini mungkin berubah pada setiap bulan, namun apa yang pasti P1 akan tetap menerima elaun-elaun ini sebagai sebahagian daripada pendapatan bulanan P1 sekiranya P1 dapat bekerja seperti normal. Oleh kerana P1 kemalangan dan berada dalam cuti sakit, maka P1 telah kehilangan elaun-elaun ini yang merupakan sebahagian daripada pendapatan bulanannya.
91
Menggunapakai purata elaun P1 bagi tempoh enam (6) bulan terakhir di atas, Mahkamah membenarkan tuntutan kehilangan elaun sebanyak RM845.33 x 4 bulan = RM3,381.53. S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 24
92
Plaintif menuntut awad kehilangan pendapatan masa hadapan dan/atau kehilangan kapasiti pendapatan atas alasan P1 menanggung keilatan yang menghalang P1 daripada kembali kepada pekerjaan asal sebagai pekerja pembersihan menyapu dan mengutip sampah.
93
Keterangan SP3 menyokong keterangan P1 yang P1 mempunyai kekangan untuk meneruskan kerja-kerja lama kerana keilatan yang dialaminya.
94
Mahkamah menerima keterangan P1 bahawa pada masa kini P1 mempunyai kesukaran menjalankan pekerjaan berat namun Mahkamah tidak bersetuju yang P1 akan berterusan tidak dapat bekerja dan memperoleh pendapatan. Kedua-dua pakar ortopedik bersependapat P1 masih lagi boleh bekerja namun dengan kekangan tertentu akibat kecederaan pada peha kanan P1.
95
P1 memberitahu Mahkamah bahawa beliau masih mahu bekerja dengan syarikat Edaran SWM Sdn Bhd selepas kemalangan, namun selepas kembali bekerja selama satu (1) bulan, beliau tidak dapat meneruskan pekerjaannya (walaupun telah dikurangkan skop pekerjaan) kerana kaki kanannya masih sakit. Beliau terpaksa melepaskan pekerjaannya dan sekarang membuat kerja-kerja sambilan di kampung dengan pendapatan lebih kurang RM500.00 sebulan.
96
P1 juga hanya mendapat Pendidikan sehinggan sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) sahaja dan tiada sijil-sijil lain. S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 25
97
Mahkamah menerima keterangan P1 bahawa beliau berhenti kerja dengan Edaran SWM Sdn Bhd kerana kecederaan yang masih belum pulih sepenuhnya walaupun syarikat tidak memberhentikan dan/atau memecat beliau bekerja. Pada pendapat Mahkamah, pekerjaan di syarikat tersebut menawarkan satu pendapatan tetap yang munasabah buat P1 dengan latar belakang Pendidikan yang ada dan atas sebab itu P1 kembali bekerja apabila cuti sakit beliau telah tamat. Malang sekali keadaan kesihatan P1 tidak mengizinkan baginya meneruskan kerja dengan syarikat tersebut.
98
Mahkamah berpendapat dengan latar belakang Pendidikan P1 tersebut, bidang pekerjaan yang boleh diceburi oleh P1 adalah terhad dan kebanyakkannya melibatkan penggunaan tenaga fizikal.
99
Oleh yang demikian, kecederaan yang dialami oleh P1 sedikit sebanyak menghalang P1 kembali bekerja dan mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran yang beliau ada.
100
Mahkamah tidak bersetuju dengan awad kehilangan pendapatan masa hadapan kerana Mahkamah berpendapat P1 masih boleh bekerja dan memperoleh pendapatan namun dengan kapasiti yang berkurangan akibat kecderaan yang dialami.
101
Dalam situasi ini Mahkamah berpendapat awad kehilangan kapasiti pendapatan adalah lebih wajar sebagai pampasan risiko kehilangan pekerjaan dan pendapatan pada masa hadapan yang dihadapi oleh P1 akibat kecederaan yang dialaminya. S/N H/wAm1ityUezMsvQan5GHw JA-A53KJ-586-09/2023 Alasan Penghakiman 26
102
Mengambil kira latar belakang kes ini dan umur P1 yang masih muda Mahkamah berpendapat awad RM50,000.00 adalah munasabah sebagai kehilangan kapasiti pendapatan (tanpa faedah).
103
Selain itu, Mahkamah juga membenarkan semua kos-kos dokumen perbicaraa di bawah kos tindakan tertakluk kepada pembuktian.
104
Atas imbangan kebarangkalian, tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan dibenarkan dengan kos. Kos mengikut skala.
105
Lain-lain perintah Mahkamah di dalam keputusan bertarikh 14.8.2024 adalah berkaitan. Bertarikh pada 20 Oktober 2024 …………………………………. LAILAWATI BINTI ALI Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bharu JOHOR Bagi pihak Plaintif: Bagi pihak defendan-defendan: Nurhidahyu Ngatderi Nik Mohd Hasrul Nik Hamdan T/n The Law Chambers of Hidahyu & Assoc. T/n TJ Goh & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.