Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR RAYUAN JENAYAH NO. CA-42S-6-09/2022
CA-42S-6-09/2022
High Court of Malaysia16 Oct 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR RAYUAN JENAYAH NO. CA-42S-6-09/2022
1
MOHAMMAD ZAWANI BIN MOHAMMAD JASNI
2
AZREEN BINTI JUNYSAR (NO. K/P: 881213-06-5194) ...PERAYU-PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ...RESPONDEN (RAYUAN TERTUDUH) DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR RAYUAN JENAYAH NO. CA-42H-1-09/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
LAWAN MOHAMMAD ZAWANI BIN MOHAMMAD JASNI
2
AZREEN BINTI JUNYSAR (NO. K/P: 881213-06-5194) ...RESPONDEN-RESPONDEN (RAYUAN SILANG PENDAKWA RAYA) (Dalam Perkara Mahkamah Sesyen Jenayah (4) Kuantan No. Kes: CA-62-41-10/2020) ALASAN PENGHAKIMAN LATARBELAKANG [1] Kedua-dua Perayu telah disabitkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) dengan pertuduhan di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang di baca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Kedua-dua Perayu dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun mulai tarikh hukuman (13/9/2022). Kedua-dua Perayu juga diperintahkan melaksanakan bon berkelakuan baik dengan pengawasan selama 3 tahun menurut s. 31(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, serta diperintahkan untuk menjalani program khidmat masyarakat selama 120 jam menurut s. 31 (3A) Akta yang sama, yang perlu diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh hukuman. Mereka memfailkan rayuan ke Mahkamah ini bagi sabitan dan hukuman tersebut. [2] Pihak Pendakwaan pula memfailkan rayuan silang terhadap hukuman penjara lapan (8) tahun yang dijatuhkan oleh HMS dan memohon Mahkamah ini meminda hukuman tersebut kepada hukuman penjara yang lebih panjang tempohnya. [3] Mahkamah ini telah menolak rayuan kedua-dua Perayu dan mengekalkan sabitan oleh HMS. Mahkamah ini telah membenarkan rayuan Pihak Pendakwaan dan menukar hukuman penjara kepada kedua-dua Perayu dari 8 tahun kepada 9 tahun, dan mengekalkan perintah-perintah lain yang diberikan oleh HMS mengenai bon berkelakuan baik dan program khidmat masyarakat. [4] Kedua-dua Perayu sekarang merayu terhadap keputusan Mahkamah ini. KEPUTUSAN MAHKAMAH SESYEN [5] Keterangan di hadapan HMS secara ringkasnya adalah seperti berikut:
5
5.1 Jam 12 tengah hari 9/7/2018 Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) menerima panggilan dari Perayu Kedua (ibu Simati) memaklumkan bahawa anaknya, Simati tidak sedarkan diri.
5
5.2 Ambulans sampai di tempat kejadian pada jam 12.30 tengah hari.
5
5.3 Sesampai di HTAA, pegawai perubatan bertugas, SP8, melakukan pemeriksaan terhadap Simati dan mendapati beliau sudah tidak bernyawa.
5
5.4 Dari pemeriksaan luar, SP8 dapati luka dan kecederaan berikut pada Simati:
i
lebam di pelbagai anggota badan Simati;
II
(ii) gigi patah iaitu gigi depan bahagian atas dan bahagian bawah;
III
(iii) satu luka di bahagian kepala;
IV
(iv) satu parut lama di bahagian lengan kanan;
v
lebam belah kiri lengan, ketiak kiri, dan bahagian belakang badan;
VI
(vi) luka kecil di kemaluan; dan
VII
(vii) parut lama kecil di bahagian perut.
5
5.5 SP8 menghubungi Perayu Kedua dan memaklumkan keadaan Simati. Perayu Kedua memaklumkan SP8 bahawa pada malam sebelumnya (8/7/2018) Simati mengalami berak cair dan Simati terjatuh semasa keluar dari tandas. Esok paginya (9/7/2018) Simati tidak ke sekolah kerana sakit kepala dan hanya tidur. Jam 11.00 pagi Perayu Kedua mendapati Simati dalam keadaan pucat dan letih. Beberapa minit kemudian Perayu Kedua dapati Simati tidak sedarkan diri lalu beliau memanggil ambulans.
5
5.6 SP8 dapati sejarah yang diberikan oleh ibu Si mati adalah tidak konsisten dengan hasil pemeriksaan luaran yang dijalankan oleh SP8. SP8 selanjutnya membuat laporan polis sebagaimana Laporan Kuantan 19794/18 (Ekshibit P20).
5
5.7 Post mortem yang dijalankan oleh SP13 mendapati punca kematian mangsa adalah “gastro-intestinal bleed due to esophageal ulcer” sebagaimana yang dinyatakan di dalam Laporan Post Mortem yang dikeluarkan oleh SP13 (Ekshibit
5
5.8 Hasil siasatan pegawai penyiasat (SP14) mendapati Simati merupakan anak kandung kepada Perayu Kedua dan berdasarkan Sijil Kelahiran Simati (Ekshibit P93), maklumat bapa adalah tidak diperoleh.
5
5.9 Simati tinggal bersama dengan kedua-dua Perayu dan seorang adik simati (Hudfurqan Zulqarnain bin Abdullah) di rumah tempat kejadian beralamat seperti dalam pertuduhan.
5
5.10 Pihak Pembelaan berhujah bahawa Pihak Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua Perayu atas alasan-alasan berikut:
i
Perayu Pertama telah mengemukakan Notis Alibi untuk menunjukkan bahawa Perayu Pertama tidak berada di tempat kejadian dari 7/7/2018-9/7/2018 kerana berada di Klang.
II
(ii) Keterangan SP8 mengesahkan bahawa laporan polis beliau (eksibit P20) hanya menyatakan Simati mengalami “lebam dan luka pada anggota badan” dan tidak menyatakan secara terperinci kecederaan Simati.
III
(iii) SP8 juga mengatakan beliau hanya mengesyaki terdapat penderaan pada diri Simati namun tidak pasti sama ada kecederaan pada diri Simati adalah betul-betul disebabkan penderaan.
IV
(iv) Kegagalan Pihak Pendakwaan memanggil adik simati (Hudfurqan Zulqarnain) membolehkan HMS menggunakan s. 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap Pihak Pendakwaan.
v
Adalah jelas bahawa kematian Simati bukan disebabkan kecederaan fizikal pada badannya tetapi pendarahan salur makanan akibat ulcer oesophagus, sepertimana laporan post mortem SP13.
VI
(vi) Pihak Pendakwaan gagal mengemukakan hasil analisa forensik yang dilakukan oleh pihak polis terhadap 3 telefon bimbit dan 1 tablet milik kedua-dua Perayu yang dirampas dari mereka. [6] Mahkamah ini memutuskan dapatan HMS bagi semua analisa yang dibuatnya dalam menghuraikan intipati s. 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berdasarkan prinsip-prinsip yang diputuskan dalam kes-kes terdahulu dan selanjutnya merumuskan bahawa Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap intipati pertuduhan terhadap kedua-dua Perayu, adalah dapatan yang betul yang tidak perlu diganggu oleh Mahkamah ini. [7] Setelah Mahkamah ini meneliti segala dapatan HMS seperti dinyatakan dengan terperinci dalam Alasan Penghakimannya, Mahkamah ini dapati HMS telah menggunapakai peruntukan undang-undang dan prinsip undang-undang yang betul tatkala memutuskan untuk memanggil kedua-dua Perayu membela diri bagi pertuduhan setelah berpuashati bahawa Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie: s. 180(1) Kanun Prosedur Jenayah, PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Low Kow Chai & Anor v PP [2003] 2 MLJ 69, Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85. [8] Keterangan Perayu Pertama (SD1) semasa membela diri adalah semata-mata untuk menujukkan bahawa beliau tiada di tempat kejadian pada tarikh dan waktu kejadian. Beliau menceritakan kali terakhir beliau berjumpa Simati ialah pada 6.7.2018. Pada pagi 7.7.2018 beliau bertolak ke Kuala Lumpur. Pada tengah hari 7.7.2018 beliau pulang ke rumah emaknya di Klang dan berjumpa emaknya (SD3). Pada petang 8.7.2018 beliau keluar minum bersama adiknya SD4. Pada pagi 9/7/2018 beliau mendapat panggilan telefon dari isterinya, Perayu Kedua, memaklumkan Simati tidak sedar diri, lalu Perayu Pertama terus bergegas balik ke Kuantan. [9] Perayu Kedua (SD2) memberi keterangan pada pagi kejadian Simati tidak pergi ke sekolah kerana Perayu Kedua terlewat bangun pada pagi itu dan tidak sempat menyiapkan Simati. Beliau lalu mengejutkan Simati dan memberitahu dia tidak perlu ke sekolah. Dalam pukul 11.00 pagi beliau kejutkan Simati tetapi Simati tidak buka mata dan tidak bangun. Apabila mendapati Simati tiada respon, beliau menelefon suaminya, Perayu Pertama, dan juga menelefon ambulans. [10] Mahkamah ini mendapati dapatan HMS yang memutuskan bahawa pembelaan alibi Perayu Pertama adalah penafian semata-mata tanpa disokong oleh mana-mana keterangan lain adalah dapatan yang betul. Walaupun keterangan SD3 dan SD4 digambarkan seolah-olah Perayu Pertama tiada di tempat kejadian pada tarikh dan hari kejadian, namun HMS mendapati keberadaan Perayu Pertama telah disahkan sendiri oleh kedua-dua Perayu semasa Pemeriksaan Utama. Keterangan SD3 dan SD4 yang merupakan saksi berkepentingan dinilai oleh HMS secara berhati-hati, sejajar dengan prinsip yang diputuskan dalam kes Kofri Mustafar v PP [2010] 9 CLJ 519, PP v Ng Nai Lim [2011] 1 LNS 487, PP v Shawal Senin [2012] 1 LNS 1229. [11] Mahkamah ini selanjutnya mendapati HMS telah membuat dapatan yang betul setelah beliau berpuashati bahawa keterangan SD3 dan SD4 adalah tidak credible dan “tainted and tailored” memandangkan status mereka sebagai saksi berkepentingan. [12] Berdasarkan segala dapatan tersebut, Mahkamah ini dapati HMS telah membuat rumusan dan keputusan yang betul di akhir kes Pihak Pembelaan apablia memutuskan bahawa hasil penilaiannya secara menyeluruh ke atas keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan pembelaan jelas menunjukkan bahawa Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes melebihi keraguan munasabah manakala kedua-dua Perayu pula telah didapati gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes Pihak Pendakwaan. KEPUTUSAN MAHKAMAH INI ISU PRELIMINARI: KEABSAHAN PERTUDUHAN [13] Pertamanya, Mahkamah ini ingin menyentuh mengenai Pertuduhan terhadap kedua-dua Perayu, yang berbunyi seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama antara 09/06/2018 hingga 09/07/2018 di rumah beralamat No. 32, Lorong Permatang Badak Maju 39, Taman Permatang Badak Maju, dalam Daerah Kuantan, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak iaitu Muhammad Luthhakim bin Abdullah, No. KP 080201-10-2349, telah mengabaikan kanak-kanak tersebut daripada mendapatkan rawatan perubatan dan pemeliharaan yang mencukupi sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal yang membawa kepada kematian kanak-kanak itu. Oleh itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 31(1) Akta kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [14] Sebelum Mahkamah ini membacakan keputusannya, Mahkamah ini telah bertanya kepada Timbalan Pendakwa Raya sama ada pertuduhan dipinda oleh Pihak Pendakwaan pada mana-mana peringkat di hadapan HMS untuk menyatakan secara spesifik bahawa kedua-dua Perayu dituduh bagi kesalahan di bawah s. 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001? [15] Mahkamah membangkitkan persoalan ini kerana pertuduhan terhadap kedua-dua Perayu seperti dinyatakan dalam perenggan di atas yang juga dikemukakan di ms 5 RR Jilid 1 hanya menyebut “seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001”. Namun demikian, Mahkamah ini dapati Hujahan Bertulis Pihak Pendakwaan di akhir Kes Pendakwaan (ms 2 - 28 RR Jilid 4) menyebut pertuduhan terhadap kedua-dua Perayu adalah di bawah “seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001”. Manakala dalam Hujahan Pihak Pendakwaan bagi maksud rayuan di hadapan Mahkamah ini pula (Kand. 24), Timbalan Pendakwa Raya menyatakan kedua-dua Perayu dituduh di bawah “seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001”. [16] Walaupun perkara ini tidak dibangkitkan oleh peguam kedua-dua Perayu sama ada di hadapan HMS atau dalam hujahannya di hadapan Mahkamah ini dan juga tidak dijelaskan oleh Timbalan Pendakwa Raya di hadapan Mahkamah ini sehinggalah perkara ini dibangkitkan oleh Mahkamah ini, namun undang-undang adalah jelas bahawa Mahkamah ini semasa meneliti sesuatu rayuan di hadapannya mempunyai kuasa untuk meneliti semula segala keterangan dan dokumen di hadapan Mahkamah dan membuat dapatan sewajarnya. Peranan Mahkamah ini sebagai mahkamah rayuan adalah sebagaimana yang dihuraikan dalam petikan di bawah dalam kes Dato Seri Anwar Ibrahim v. PP & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737 di ms 752: “This Court speaking through another eminent Judge, Abdul Hamid Mohamad FCJ (as he then was) explained the role of appellate court as follows:- “Clearly, an appellate court does not and should not put a brake and not going any further the moment it sees that the trial judge says that that is his finding of fact. It should go further and examine the evidence and circumstances under which the finding was made to see whether, to borrow the words of HT Ong (CJ Malaya) in Herchun Singh's case (supra)" there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding. "Otherwise, no judgment would ever be reversed on question of fact and the provision of s. 87 CJA 1964 that an appeal may lie not only on a question of law but also a question of mixed fact and law would be meaningless.” [17] Dalam hal ini, Mahkamah ini memutuskan walaupun pertuduhan tidak menyebut secara spesifik sama ada kesalahan adalah di bawah s. 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, namun ketinggalan ini tidak menimbulkan sebarang ketakadilan kepada kedua-dua Perayu. Ini kerana Mahkamah ini berpuashati bahawa elemen pertuduhan telah dinyatakan dengan jelas dalam pertuduhan, yakni sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Simati yang merupakan seorang kanak-kanak telah melakukan suatu pengabaian sehingga menyebabkan kecederaan fizikal yang membawa kepada kematian kanak-kanak terbabit. Perincian pengabaian juga telah dinyatakan dengan jelas dalam pertuduhan tersebut. [18] Atas alasan itu, Mahkamah ini memutuskan pertuduhan terhadap kedua-dua Perayu adalah teratur dan sah, dan walaupun pertuduhan hanya menyebut s. 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, namun apabila pertuduhan itu dibaca secara keseluruhannya, adalah jelas bahawa kedua-dua Perayu dituduh di bawah s. 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. APA YANG PERLU DIBUKTIKAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN [19] Peruntukan seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana kedua-dua Perayu dipertuduhkan adalah seperti berikut: “31.(1) Mana-mana orang, yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak:
a
yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu atau bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian; .... melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
2
Mahkamah—
a
hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan supaya orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen itu menyempurnakan suatu bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apaapa tempoh yang difikirkan patut oleh mahkamah; dan
b
boleh memasukkan dalam bon yang disempurnakan di bawah perenggan
a
apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh mahkamah.” [20] Kesalahan di bawah s. 31(1) adalah dua jenis : Pertama: apabila orang yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak dengan sendirinya melakukan mana-mana perbuatan yang berikut:
a
menganiayai kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi;
b
mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi;
c
membuang kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi;
d
mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi; atau
e
bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi. Kedua: apabila orang yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak tidak secara sendiri melakukan penganiayaan, pengabaian, pembuangan, pendedahan atau kecuaian itu tetapi menyebabkan atau membenarkan orang lain melakukan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kepada kanak-kanak itu yang mengakibatkan kecederaan fizikal atau kecederaan emosi kepada kanak-kanak itu. [21] Pertuduhan terhadap kedua-dua Perayu secara khususnya adalah berkenaan kesalahan “mengabaikan Simati daripada mendapatkan rawatan perubatan dan pemeliharaan yang mencukupi sehingga menyebabkan Simati mengalami kecederaan fizikal yang membawa kepada kematiannya.” [22] Maka, ini bermakna kedua-dua Perayu jatuh dibawah kategori pertama yakni mereka dituduh melakukan sendiri pengabaian terhadap kanak-kanak tersebut dan bukan menyebabkan orang lain melakukannya. [23] Apa yang perlu dibuktikan oleh Pihak Pendakwaan bagi pertuduhan terhadap kedua-dua Perayu adalah:
i
kedua-dua Perayu merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Muhammad Luthhakim bin Abdullah (seorang kanak-kanak yang berumur 9 tahun 8 bulan pada waktu kejadian);
II
(ii) kedua-dua Perayu telah melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak tersebut, yang dilakukan sendiri oleh kedua-dua Perayu;
III
(iii) pengabaian itu telah menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak tersebut. Isu 1: Penduaan Pertuduhan (Duplicity of Charge) [24] Perkara pertama yang dibangkitkan oleh Peguam Perayu-Perayu adalah bahawa terdapat penduaan pertuduhan (duplicity of charge) apabila pertuduhan menyebut :
a
mengabaikan kanak-kanak tersebut daripada mendapat rawatan perubatan; dan
b
mengabaikan kanak-kanak tersebut daripada mendapat pemeliharaan yang mencukupi. [25] Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan ini. Ia akan menjadi penduaan pertuduhan jika pertuduhan terhadap kedua-dua Perayu menyebut, contohnya : “ ... telah mengabaikan dan menganiayai kanak-kanak tersebut” atau “... telah mengabaikan dan membuang kanak-kanak tersebut” atau “ ... telah mengabaikan dan mendedahkan kanak-kanak tersebut”. [26] Ini kerana “pengabaian”, “penganiayaan”, “pembuangan”, “pendedahan” atau “bertindak secara cuai” adalah bentuk-bentuk kesalahan yang berdiri dengan sendiri dan tidak boleh dicampur dalam satu pertuduhan. [27] Frasa “mendapatkan rawatan dan pemeliharaan yang mencukupi” dalam pertuduhan bukan suatu bentuk kesalahan. Ia adalah cara dan huraian pengabaian, yang disebutkan sebagai “dengan cara yang mungkin atau menyebabkan” dalam subseksyen 31(1), yakni pengabaian mendapatkan rawatan yang mencukupi dan pengabaian mendapatkan pemeliharaan mencukupi telah menyebabkan dan mengakibatkan kecederaan fizikal kepada Simati. [28] Pengabaian mendapatkan pemeliharan mencukupi tidak sama dengan penganiayaan, yang merupakan suatu bentuk kesalahan yang berdiri secara sendiri. [29] Kegagalan kedua-dua Perayu mendapatkan rawatan mencukupi dan pemeliharaan mencukupi adalah dua bentuk huraian cara pengabaian yang menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecedaraan fizikal. Tatkala Pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kewujudan pengabaian melalui dua bentuk huraian tersebut maka kehendak s. 31(1)(a) telah dibuktikan sepenuhnya. [30] Maka saya memutuskan alasan pertama rayuan kedua-dua Perayu yang bergantung kepada hujahan bahawa pertuduhan terhadap kedua-dua Perayu adalah berbentuk penduaan adalah ditolak. Isu 2: Kesukaran Perayu-Perayu memfailkan Notis Alibi disebabkan Penduaan Pertuduhan [31] Susulan dapatan Mahkamah ini terhadap Isu 1 yang dibangkitkan oleh Perayu-Perayu, maka Mahkamah ini memutuskan isu berkaitan Notis Alibi yang dikaitkan dengan Penduaan Pertuduhan adalah tidak berbangkit. [32] Alasan ini juga ditolak oleh Mahkamah ini. Isu 3: Pemakaian s. 114(g) Akta Keterangan - Kegagalan memanggil Mohd Hudfurqan Zulqarnain bin Abdullah, adik Simati [33] Peguam Perayu-Perayu berhujah bahawa kepentingan memanggil Mohd Hudfurqan sebagai saksi adalah timbul ekoran keterangan SP13 bahawa Simati tidak makan dalam tempoh 24 - 48 jam sebelum kematian. Memandangkan Hudfurqan, sebagai adik Simati, individu yang paling hampir dengan Simati kerana hidup dan tinggal bersama-sama Simati dan kedua-dua Perayu, maka adalah penting untuk dia dipanggil memberi keterangan untuk membantu Mahkamah mendapat keterangan mengenai bagaimana kedua-dua Perayu menjaga kebajikan makan-minum, pakai, kesihatan, pendidikan Simati. Peguam Perayu-Perayu juga berhujah bahawa apabila keterangan SP13 dilihat bersama dengan keterangan SP5 yang mengatakan Simati bertubuh gempal dan sihat, ini menunjukkan tiada pengabaian terhadap Simati. Maka, HMS terkhilaf kerana tidak menggunapakai s. 114(g) Akta Keterangan atas kegagalan Pihak Pendakwaan memanggil Hudfurqan kerana kegagalan itu merupakan satu suppression of evidence. [34] Undang-undang berkaitan pemakaian s. 114(g) Akta Keterangan adalah jelas. Peruntukan ini terpakai tatkala suatu pihak gagal memanggil saksi yang boleh memberi keterangan yang material dan penting berkaitan isu untuk diputuskan Mahkamah kerana Mahkamah boleh membuat inferens bahawa kegagalan memanggil saksi memberi keterangan tersebut boleh menggagalkan kes pihak yang tidak memanggil saksi itu. [35] Seperti yang telah saya nyatakan awal tadi, apa yang perlu dibuktikan oleh Pihak Pendakwaan adalah:
i
Kedua-dua Perayu merupakan orang yang mempunyai pemeliharan terhadap kanak-kanak berkenaan;
II
(ii) Kedua-dua Perayu sendiri yang mengabaikan kanak-kanak tersebut;
III
(iii) Pengabaian yang dilakukan oleh kedua-dua Perayu tersebut adalah pengabaian daripada mendapatkan rawatan perubatan dan pemeliharaan yang mencukupi;
IV
(iv) Pengabaian sedemikian telah menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak tersebut [36] Setelah meneliti fakta kes ini, saya memutuskan dalam kes ini, pengabaian yang berlaku bukan semata-mata pengabaian fizikal terhadap Simati. Laporan post mortem oleh SP13 menunjukkan pengabaian yang dilakukan dari segi kelewatan mendapatkan rawatan perubatan telah mengakibatkan kecederaan fizikal dalaman yang berlaku terhadap Simati sehingga akhirnya mengakibatkan kematian Simati. [37] Mahkamah ini putuskan ketiadaan Hudfurqan memberi keterangan tidak sama sekali memberi kesan kepada kes Pihak Pendakwaan. Mahkamah ini juga putuskan ketiadaan keterangan Hudfurqan tidak sama sekali membawa kepada suatu keadaan suppression of evidence yang menimbulkan ketakadilan kepada kedua-dua Perayu. Maka keputusan HMS untuk tidak memakai s.114(g) terhadap Pendakwaan kerana ketiadaan keterangan Hudfurqan adalah betul. [38] Setelah saya meneliti segala keterangan, Alasan Penghakiman HMS dan meneliti segala dokumen-dokumen dalam RR, saya berpuashati bahawa HMS telah membuat keputusan yang betul semasa memanggil kedua Perayu membela diri terhadap pertuduhan. Saya juga dapati HMS telah meneliti segala keterangan pihak pembelaan dan membuat keputusan yang betul di akhir kes Pembelaan dan membuat dapatan dan rumusan yang betul menurut undang-undang semasa mensabitkan kedua-dua Perayu dengan pertuduhan. [39] Atas alasan itu, rayuan kedua-dua Perayu atas sabitan dan hukuman adalah ditolak RAYUAN PIHAK PENDAKWAAN [40] Seperti yang telah Mahkamah ini rumuskan dalam perenggan di atas, pertuduhan terhadap kedua-dua Perayu jatuh dibawah kategori pertama yakni mereka dituduh melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak tersebut secara sendiri dan bukan menyebabkan orang lain melakukannya. [41] Ini bermakna apabila kedua-dua Perayu disabitkan dengan pertuduhan, maka hukuman hendaklah lebih berat berbanding jika mereka disabitkan dengan pertuduhan bagi kategori kedua. [42] Parlimen telah meminda hukuman di bawah s. 31(1) dengan menaikkan jumlah denda dan penjara yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah. RM20,000.00 dipinda kepada RM50,000.00 dan 10 tahun dipinda kepada 20 tahun. [43] Setelah meneliti fakta kes dan hujahan kedua-dua pihak mengenai rayuan Pendakwaan, saya memutuskan untuk menaikkan hukuman penjara yang diperintahkan oleh HMS dari 8 tahun kepada 10 tahun. Memandangkan kedua-dua Perayu dibebaskan dengan jaminan selepas permohonan mereka untuk hukuman digantung sehingga selesai rayuan di hadapan Mahkamah ini dibenarkan oleh HMS, maka Mahkamah ini memerintahkan supaya hukuman penjara terhadap kedua-dua Perayu adalah bermula dari tarikh hukuman oleh Mahkamah ini dijatuhkan. Perintah-perintah lain yang diperintahkan oleh HMS adalah dikekalkan. Rayuan Pendakwaan adalah dibenarkan. Bertarikh pada : 08 Februari 2024 -signed- (MOHD RADZI BIN HARUN) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya PIHAK-PIHAK : Peguam Perayu-Perayu: Dato’ Zaharman bin Zainal Abidin Tetuan Fatin & Zaharman No. A-5 Tingkat 2, Lorong Tun Ismail 9 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur Pendakwa Raya/Responden: Puan Ain Fadilla binti Md Ali bersama Puan Haryati binti Abdullah Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Pahang No. 402, Tingkat 4, Mahkota Square Jalan Mahkota 25000 Kuantan Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.