a
(a) satu (1) bungkusan ketulan mampat bahan tumbuhan kering berbalut aluminium foil dan pita pelekat lut sinar disyaki dadah jenis Cannabis (P11C); Rayuan Jenayah No: A-05(M)-399-09/2017 6
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/5bc341f5-33ef-48c0-adad-17864995c3f2
Court of Appeal of Malaysia15 Aug 2018A-05(M)-399-09/2017 & A-05(M)-400-09/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Text
Rayuan Jenayah No: A-05(M)-399-09/2017 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANG KUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: A-05(M)-399-09/2017 ANTARA MOHD ASMAWI BIN MD DESA … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN DIDENGAR BERSAMA RAYUAN JENAYAH NO: A-05(M)-400-09/2017 ANTARA MOHD SAIFUL BIN MAD TALIN … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Taiping Perbicaraan Jenayah No. 45A-03-05/2016 Antara Pendakwa Raya Lawan
section
1. Mohd Asmawi Bin Md Desa
section
2. Mohd Saiful Bin Mad Talin] Rayuan Jenayah No: A-05(M)-399-09/2017 2 KORUM: MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR HAMID SULTAN BIN ABU BACKER, HMR KAMARDIN BIN HASHIM, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH Latarbelakang [1] Perayu-Perayu pada asalnya telah dihadapkan secara bersama-sama dengan satu pertuduhan mengedar dan dua pertuduhan memiliki dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Tiga pertuduhan terhadap mereka adalah seperti berikut: Pertuduhan Pertama: “Bahawa kamu bersama-sama pada 12 November 2015, jam lebih kurang 8.30 pagi bertempat di dalam pondok kanvas, di dalam belukar, Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau, di dalam Daerah Kerian, dalam Negeri Perak telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 820 gram dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua: “Bahawa kamu bersama-sama pada 12 November 2015, jam lebih kurang 8.30 pagi bertempat di dalam pondok kanvas, di dalam belukar, Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau, di dalam Daerah Kerian, dalam Negeri Perak telah didapati ada dalam milikan kamu dadah berbahaya seberat 10 gram iaitu (7 gram Heroin dan 3 gram Monoacetylmorphines) dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Rayuan Jenayah No: A-05(M)-399-09/2017 3 Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Ketiga: “Bahawa kamu bersama-sama pada 12 November 2015, jam lebih kurang 8.30 pagi bertempat di dalam pondok kanvas, di dalam belukar, Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau, di dalam Daerah Kerian, dalam Negeri Perak telah didapati ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 10 gram dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [2] Di akhir perbicaraan, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (‘hakim bicara’) telah mendapati Perayu-Perayu bersalah dan disabitkan atas ketiga-tiga pertuduhan. Perayu-Perayu telah dihukum gantung di leher sehingga mati bagi Pertuduhan Pertama. Untuk Pertuduhan Kedua, Perayu-Perayu telah dijatuhkan dengan hukuman penjara 6 tahun dan 10 sebatan. Bagi Pertuduhan Ketiga, Perayu-Perayu dikenakan hukuman 3 tahun penjara dan 4 sebatan rotan. Kedua-dua hukuman pemenjaraan berjalan serentak sejak Perayu-Perayu ditangkap, iaitu pada 12.11.2015. [3] Perayu-Perayu yang tidak berpuas hati telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah ini terhadap ketiga-tiga sabitan dan hukuman yang dikenakan. Kami telah menetapkan tarikh untuk mendengar dan mempertimbangkan rayuan Perayu-Perayu pada 4.7.2018 dan 3.8.2018 dan pendengaran telah ditangguhkan atas permintaan pihak-pihak. Kami telah dimaklumkan oleh peguambela terpelajar Perayu-Perayu bahawa atas arahan anak-anak guaman, peguambela terpelajar telah Rayuan Jenayah No: A-05(M)-399-09/2017 4 memasukkan satu representasi kepada Peguam Negara untuk mempertimbangkan semula pertuduhan terhadap Perayu-Perayu. [4] Pada tarikh pendengaran ketiga, iaitu pada 15.8.2018, kami telah dimaklumkan oleh Puan Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana (‘Puan TPR’) bahawa Peguam Negara telah bersetuju menerima representasi Perayu-Perayu. Peguam Negara bersetuju untuk sabitan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta bagi Pertuduhan Pertama atas kesalahan pengedaran diubah kepada sabitan di bawah seksyen 12(2) dan dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta kerana kesalahan pemilikan. Perayu-Perayu bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh Pendakwa Raya tersebut. Perayu-Perayu turut bersetuju untuk menarik balik rayuan mereka terhadap Pertuduhan Kedua dan Pertuduhan Ketiga. [5] Setelah mendengar pihak-pihak atas isu mitigasi dan hujahan pemberatan hukuman, kami telah sebulat suara mengenepikan hukuman mati terhadap Perayu-Perayu dan menggantikannya dengan hukuman pemenjaraan selama 18 tahun dan 10 sebatan rotan. Kami mengekalkan hukuman bagi Pertuduhan Kedua dan Pertuduhan Ketiga dan kami memerintahkan ketiga-tiga hukuman pemenjaraan berjalan serentak mulai dari tarikh Perayu-Perayu ditangkap. [6] Kami kini memberikan alasan-alasan kami mengenakan hukuman 18 tahun penjara dan 10 sebatan rotan ke atas Perayu-Perayu bagi Pertuduhan Pertama. Rayuan Jenayah No: A-05(M)-399-09/2017 5 Fakta Kes Pendakwaan [7] Fakta kes pendakwaan berdasarkan dapatan hakim bicara ialah secara ringkasnya seperti berikut. Bertindak atas maklumat awam, Inspektor Hayat bin Eree (SP4) bersama-sama dengan satu pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kerian telah menjalankan satu operasi “Ops Sarang” di satu kawasan belukar di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau, Perak (‘tempat kejadian’) pada pagi hari 12.11.2015. Target ialah satu pondok kanvas yang terletak dalam kawasan belukar tempat kejadian. [8] Ketika dalam jarak lebih kurang 5 meter dari pondok kanvas tersebut, SP4 dapat mendengar perbualan dalam pondok kanvas tersebut. Perbualan tersebut turut didengar oleh KpL. Hairul Azhar bin Razali (SP5). SP4 dan SP5 dan dua lagi anggota serbuan telah melakukan serbuan ke dalam pondok kanvas tersebut. Setelah berjaya masuk, SP4 melihat terdapat dua (2) orang lelaki sedang duduk bersila menghadap satu sama lain. Dua lelaki itu berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan. Dua tangkapan dicamkan sebagai Perayu-Perayu dalam rayuan ini. [9] Hasil pemeriksaan dalam pondok kanvas tersebut, SP4 telah menjumpai dan merampas sebuah beg berwarna hitam jenama ‘HP Invent’ (P12A). SP4 mendapati di dalam beg P12A barang-barang kes berikut:
a
(a) satu (1) bungkusan ketulan mampat bahan tumbuhan kering berbalut aluminium foil dan pita pelekat lut sinar disyaki dadah jenis Cannabis (P11C); Rayuan Jenayah No: A-05(M)-399-09/2017 6
b
(b) satu (1) paket plastik lut sinar (P11D) di dalamnya terdapat empat (4) paket kecil plastik lut sinar dan dua puluh empat (24) paket plastik berwarna merah setiap satunya berisi bahan tumbuhan kering disyaki dadah jenis Cannabis (P11E 1-28);
c
(c) satu (1) kotak bertulisan ‘Kickers’ (P11F) di dalamnya mengandungi empat (4) paket plastik lut sinar setiap satu berisi bahan tumbuhan kering disyaki dadah jenis Cannabis (P11G 1- 4);
d
(d) satu (1) plastik lut sinar (P11J) mengandungi tiga (3) paket plastik bahan serbuk dan ketulan berwarna perang disyaki dadah Heroin (P11K 1-3);
e
(e) satu (1) kotak bertulisan ‘Koopor’ (P11L) di dalamnya mengandungi sembilan (9) paket plastik berwarna merah dan sebelas (11) paket plastik lut sinar cerah setiap satu berisi bahan serbuk dan ketulan berwarna perang disyaki dadah jenis Heroin (P11M 1-20);
f
(f) satu (1) tin bertulisan ‘Manchester’ (P11N) mengandungi lapan
subsection
(8) straw plastik setiap satu berisi bahan serbuk dan ketulan berwarna perang disyaki dadah jenis Heroin (P11O 1-8);
g
(g) satu (1) bekas plastik bertulisan ‘GH69-25216A’ (P11R) mengandungi sebelas (11) paket plastik lut sinar cerah setiap satu berisi bahan kristal jernih disyaki dadah jenis Methamphetamine (P11S 1-11); Rayuan Jenayah No: A-05(M)-399-09/2017 7
h
(h) satu (1) paket plastik (P12D) mengandungi paket-paket plastik lut sinar kosong;
i
(i) satu (1) unit alat timbang digital (P12C); dan
j
(j) satu (1) bilah pisau (P12B). [10] Dua tangkapan dan barang-barang kes yang dirampas telah dibawa balik ke IPD Kerian dan diserahkan oleh SP4 kepada pegawai penyiasat, Inspektor Suhaimi bin Mohd Yassin (SP6) untuk tindakan susulan. [11] Pada 20.11.2015, SP6 telah menghantar barang-barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia, Ipoh untuk dianalisis. Ahli Kimia, Puan Siti Hajar Aishah bt Mohd Khamsi (SP3) mengesahkan setelah membuat analisis bahawa barang-barang kes yang beliau terima daripada SP6 mengandungi dadah berbahaya jenis Cannabis dengan jumlah berat 820 gram, hal perkara Pertuduhan Pertama, dadah berbahaya jenis Heroin seberat 7 gram; dadah berbahaya jenis Monoacetylmorphines seberat 3 gram, hal perkara Pertuduhan Kedua; dan dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 10 gram, hal perkara Pertuduhan Ketiga. SP3 mengesahkan Cannabis adalah seperti ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta. SP3 juga mengesahkan Methamphetamine, Heroin dan Monoacetylmorphines adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta. SP3 telah menyediakan satu laporan kimia yang bertarikh 13.4.2016 (P21). [12] Seperti disebutkan di awal penghakiman ini, Perayu-Perayu telah disabitkan atas Pertuduhan Pertama yang telah dipinda kepada kesalahan pemilikan di bawah seksyen 12(2) yang membawa hukuman di bawah Rayuan Jenayah No: A-05(M)-399-09/2017 8 seksyen 39A(2) Akta. Manakala sabitan dan hukuman bagi Pertuduhan Kedua dan Pertuduhan Ketiga adalah dikekalkan. Keputusan Kami [13] Sebelum kami menjatuhkan hukuman ke atas Perayu-Perayu bagi Pertuduhan Pertama seperti yang telah dipinda, kami telah menjemput pihak-pihak untuk mengemukakan hujah peringanan dan hujah pemberatan hukuman. [14] Peguambela terpelajar Perayu-Perayu menyatakan bahawa Perayu-Perayu sepenuhnya berpegang kepada mitigasi yang telah dihujahkan di hadapan hakim bicara seperti yang terdapat di muka surat 168-169, Rekod Rayuan, Jilid 2. Kami perturunkan sepenuhnya seperti berikut: “Hujahan peguambela OKT 1 Untuk tuduhan ke 2 dan 3 OKT 1 berumur 40 tahun dan masih bujang. Sebelum ditangkap OKT 1 bekerja sebagai nelayan. Bermastautin di Kuala Kurau, Perak dan masih tinggal bersama dengan kedua-dua ibubapa beliau dan masih menanggung keluarga beliau. Pada hari ini keluarga OKT 1 hadir di Mahkamah dan di dalam kes ini OKT telah menjalani reman selama 19 bulan bermula 12/11/15. Untuk tuduhan ke 2 dan 3 saya pohon hukuman yang paling minimum. (Itu sahaja)”. “Hujahan peguambela OKT 2 Untuk mitigasi bagi ketiga-tiga pertuduhan – OKT 2 berumur 28 tahun. Beliau belum berumahtangga – bekerja sebagai pesawah dengan pendapatan RM800-900 sebulan. Rayuan Jenayah No: A-05(M)-399-09/2017 9 OKT 2 tinggal bersama-sama dengan keluarga dan 2 orang adik beradik yang lain. Ibu beliau berumur 60 tahun dan seorang suri rumah dan bapa ialah pesara askar berumur 62 tahun. Seperti OKT 1, OKT 2 ditahan reman sejak 12/11/15. Saya pohon dengan rendah diri pohon hukuman yang minima bagi tuduhan 2 dan
section
3. (Itu sahaja)”. [15] Peguambela terpelajar turut mengemukakan dua keputusan kes terdahulu sebagai panduan kepada kami untuk memutuskan apakah hukuman yang setimpal dan berpatutan ke atas Perayu-Perayu. Dua nas yang dirujuk adalah keputusan Mahkamah ini dalam kes Nadzri bin Nordin lwn. PR [2013] 2 MLJ 73 dan PP v. Khairil Anwar bin Abdul Rahim [2016] 3 MLJ 458. [16] Peguambela terpelajar menghujahkan hukuman pemenjaraan selama 12 tahun ke atas Perayu-Perayu adalah setimpal dan memadai di samping hukuman rotan minimum 10 sebatan. [17] Puan TPR menghujahkan bahawa berdasarkan kepada trend penghukuman, berat Cannabis terlibat antara 343 hingga 652 gram, hukuman pemenjaraan 18 tahun telah dikenakan oleh Mahkamah Persekutuan. Oleh kerana Pertuduhan Pertama melibatkan berat Cannabis 820 gram, Puan TPR mencadangkan hukuman pemenjaraan tidak kurang 20 tahun dan 10 sebatan rotan. [18] Seksyen 39A(2) Akta memperuntukkan seperti berikut: Rayuan Jenayah No: A-05(M)-399-09/2017 10 “(2) Every person found guilty of an offence against this Act where the offence is not punishable with death and where the subject matter of the offence is ̶ ̶
f
(f) 50 grammes or more in weight of Cannabis; Shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which the person has been so found guilty, be punished with imprisonment for life or for a term which shall not be less than five years, and shall also be punished with whipping of not less than ten strokes.” [19] Hukuman pemenjaraan minimum yang diperuntukkan di bawah seksyen 39A(2) Akta adalah 5 tahun dan maksimum 30 tahun selaras dengan Akta Keadilan Jenayah (Pindaan) 2007 (Akta A 1302). Telah menjadi prinsip undang-undang mantap bahawa faktor utama yang hendak dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman adalah faktor kepentingan awam. Faktor-faktor lain yang turut dipertimbangkan termasuklah, antara lainnya, keseriusan kesalahan yang telah dilakukan, faktor-faktor peringanan hukuman dan juga faktor-faktor pemberatan hukuman. Tidak dinafikan bahawa kesalahan berkaitan dengan dadah berbahaya adalah satu kesalahan yang serius lebih-lebih lagi melibatkan kuantiti yang besar. Kesalahan yang serius mewajarkan hukuman yang berat dan berbentuk pencegahan (deterrence) dikenakan terhadap pesalah yang disabitkan. [20] Alasan Puan TPR meminta hukuman berat, pemenjaraan tidak kurang dari 20 tahun kerana kes terhadap Perayu-Perayu telah diputuskan atas satu perbicaraan penuh di mana 9 orang saksi telah memberikan keterangan termasuk Perayu-Perayu. Kami tidak bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh Puan TPR. Kami mendapati bahawa Perayu-Perayu Rayuan Jenayah No: A-05(M)-399-09/2017 11 tidak pernah mengemukakan sebarang representasi sebelum ini di mahkamah bawahan. Peguambela Perayu-Perayu menghujahkan sekiranya pihak pendakwaan sebelum ini menawarkan pertuduhan pilihan di bawah seksyen 39A(2) Akta, Perayu-Perayu akan mengaku bersalah. Sekiranya ini terjadi, perbicaraan penuh tidak perlu diadakan dan ianya akan dapat menjimatkan masa serta perbelanjaan semua pihak. [21] Kami mengambil perhatian terhadap kes Nadzri bin Nordin (supra) di mana dadah Cannabis yang terlibat adalah sebanyak 214.1 gram dan 10,619 gram. Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan 10 sebatan. Manakala dalam kes Khairil Anwar bin Abdul Rahim (supra), Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan 10 sebatan rotan bagi satu pertuduhan melibatkan dadah Cannabis seberat 534.12 gram. [22] Selain itu, kami turut telah mempertimbangkan prinsip hukuman yang melibatkan kesan yang teruk (crushing effect) berasaskan kepada prinsip totaliti. Perayu-Perayu telah disabitkan atas tiga pertuduhan kerana memiliki jenis-jenis dadah berbahaya yang berbeza dan telah dihukum dengan 6 tahun penjara dengan 10 sebatan rotan dan 3 tahun penjara dengan 4 sebatan rotan bagi Pertuduhan Kedua dan Pertuduhan Ketiga. Bagi Pertuduhan Pertama yang mewajibkan kami mengenakan hukuman sebatan minimum 10 rotan menjadikan jumlah sebatan maksimum 24 sebatan seperti dibenarkan di bawah seksyen 288(1) Kanun Prosedur Jenayah. Kami mengambil kira bahawa dengan hukuman 24 sebatan rotan akan membawa kesan yang teruk kepada Perayu-Perayu dan hukuman yang kami berikan itu memadai untuk mendatangkan kesan pencegahan (deterrence) terhadap Perayu-Perayu. Rayuan Jenayah No: A-05(M)-399-09/2017 12 [23] Kami juga turut memberi pertimbangan terhadap fakta-fakta mitigasi yang dikemukakan oleh Perayu-Perayu serta hujahan pemberatan hukuman oleh Puan TPR sebelum membuat keputusan. [24] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, kami telah menjatuhkan hukuman penjara selama lapan belas (18) tahun dan sepuluh (10) sebatan rotan terhadap Perayu-Perayu. Hukuman bagi Pertuduhan Kedua dan Pertuduhan Ketiga adalah dikekalkan. Kami memerintahkan ketiga-tiga hukuman pemenjaraan berjalan secara serentak mulai dari tarikh Perayu-Perayu ditangkap. Hukuman yang dijatuhkan pada pendapat kami adalah setimpal dan munasabah dalam keadaan kes ini. Bertarikh: 31 Oktober 2018 t.t. (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguam Cara Bagi Pihak Perayu-Perayu: Haresh Mahadevan (Ramzani Idris, bersamanya) Tetuan Haresh Mahadevan & Co No. 49, Tingkat 1 Jalan Yam Tuan 70000 Seremban Negeri Sembilan Rayuan Jenayah No: A-05(M)-399-09/2017 13 Bagi Pihak Responden: Aslinda Ahad Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.