Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-20-07/2022 LIBERTY INSURANCE BERHAD … PERAYU
DA-12B-27-07/2022
High Court of Malaysia26 Mar 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Vernon Ong Lam Kiat HMR (pada ketika itu) telah menegaskan; “It is trite that the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (s. 101(1) Evidence Act 1950 ), The burden of proof is on that party is twofold: (i) the burden of establishing a case; and (ii) the”
“aintiff who must establish their case. If they fail to do so, it will not do for the plaintiffs to say that the defendants have not established their defence (Selvaduray v. Chinniah [1939] 1 LNS 107; [1939] MLJ 253 CA; s. 102 Evidence Act 1950 ).” [31] Berdasarkan kepada prinsip yang jelas ini, Mahkamah ini berpandanga”
“(b) Ravinder a/l Ragavan v Bhokarajan a/l Rajamohan & anor (Sujethiran a.l Nadarasan) [2016] PIR 30 yang mengawardkan sebanyak RM 300,000.00 bagi kecederaan “Tetraplegia”; dan”
“(a) Di dalam kes Izudin Mohamed & Ors V Tebanraj Marimuthi [2017] MLHU 1583, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan ganti rugi bagi kecederaan ‘mild head injury’ sebanyak RM 80,000.00;”
“uk; Ramachandaran Mayandy v Abdul Rahman Ambok [1997] 4 MLJ 237 dan Nur Shafatul Shamila Mohd Ridi (seorang budak dan mendakwa melalui wakil litigasinya, Mohd Rodi Abd Rahman) v Tan Teng Sian & 2 ors [2017] MLRSU 119). [54] Berkenaan pilihan tempat rawatan, Mahkamah berpandangan ia bukan ditentukan oleh Mahkamah berdas”
“M **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 35 260,050.00 manakala di dalam kes Ahmad Fahmy Sukri & satu lagi lwn Nik Muhammad Faizal Nordin [2021] MLRHU 1536, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah membenarkan sejumlah RM 53,683.00 untuk peralatan sokongan. [74] Sehubu”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-20-07/2022 LIBERTY INSURANCE BERHAD … PERAYU
1
1.
2
2.
3
3.
4
(sebagai wakil diri kepada Simati Syed Kadar Bin Syed Salam) … RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Sesyen Di Kota Bharu Dalam Negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia
1
1.
2
… PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.
2
(sebagai wakil diri kepada Simati
3
… DEFENDAN-DEFENDAN] DIDENGAR BERSAMA DENGAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA
1
1.
2
… PERAYU-PERAYU
1
1.
2
(sebagai wakil diri kepada Simati
3
… RESPONDEN-RESPONDEN [DALAM PERKARA MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELATAN DARUL NAIM, MALAYSIA
1
1.
2
… PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.
2
(sebagai wakil diri kepada Simati
3
… DEFENDAN-DEFENDAN] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kes ini melibatkan 2 rayuan ke atas keputusan Tuan HMS Kota Bharu berkait dengan satu tuntutan tort kemalangan jalan raya. Rayuan pertama iaitu DA-12B-20-07/2022 adalah oleh Defendan 3 ke atas keputusan berkaitan liability, manakala rayuan kedua iaitu DA-12B-27-07/2022 adalah oleh Plaintif ke atas kuantum. [2] Di peringkat perbicaraan, perintah Tuan HMS KB adalah seperti berikut: Liabiliti Defendan-defendan bertanggungan 100% cuai dan Plaintif-plaintif tiada sumbang cuai. Kuantum Ganti rugi Am
1
Traumatic mild brain injury with celebral concussion – RM 30,000.00;
2
Cervical spine injury – RM 100,000.00;
3
Neurogenic bowel and bladder – RM 60,000.00;
4
Spastic quadriparesis – RM 150,000.00;
5
Erectile Dysfunction – RM 60,000.00;
6
Subluxation of left facet joint C6/C7 – RM 30,000.00;
7
Segmental fracture lamina – RM 10,000.00;
8
Fracture and separation of spina process C6 – RM 60,000.00;
9
Fracture right transverse process of C7 – RM 20,000.00;
10
Soft tissue injury and multiple abrasion woung – RM 6,000.00; dan 11. Multiple permanent surgical scars – RM 10,000.00 Ganti rugi Khas
1
Kos pembantu rumah – RM 272,400.00
2
Kos dokumen Plaintif – RM 4,055.30 [3] Bagi maksud Alasan Penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk sepertimana kedudukan mereka di MS. Fakta kes [4] Tuntutan Plaintif adalah berbangkit dari satu kemalangan yang berlaku pada 11/7/2014 iaitu pada jam 1 pagi. Pada waktu itu, Plaintif 1 menunggang motorsikal bernombor DCD 3897 di Jalan Ketereh-Melor. Motorsikal Plaintif 1 bertembung dengan sebuah motorsikal bernombor AEG 1897 yang ditunggangi oleh Defendan 1. [5] Defendan 1 telah dikatakan menghalangi laluan Plaintif. Kemalangan ini menyebabkan kecederaan serius ke atas Plaintif serta Defendan 1. [6] Defendan 2 adalah merupakan pemilik kepada motorsikal AEF 1897 manakala Defendan 3 adalah merupakan pihak insurans yang menanggung insurans bagi motorsikal milik Defendan 2. Rayuan ke atas liabiliti Prinsip rayuan [7] Di dalam mana-mana rayuan ke atas liabiliti, Mahkamah di peringkat rayuan jarang mengganggu dapatan fakta yang telah dibuat oleh hakim perbicaraan kecuali jika wujud salah arah yang nyata oleh Tuan MPM (rujuk; China Airlines Ltd v. Maltran Air Corp Sdn Bhd (Formerly known as Maltran Air Services Corp Sdn Bhd) and Another Appeal [1996] 3 CLJ 163; [1996] 2 MLJ 517). [8] Isu tunggal yang berbangkit di dalam rayuan oleh Defendan 3 ke atas liabiliti adalah seperti sama ada Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa kemalangan tersebut berlaku. Analisis dan dapatan Mahkamah Sama ada Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa kemalangan tersebut berlaku [9] Defendan 3 menghujahkan bahawa Plaintif telah gagal untuk membuktikan bahawa telah berlaku kemalangan di antara motorsikal Plaintif 1 bernombor DCD 3897 dengan motorsikal Defendan 2 iaitu AEG 1897. Bagi Defendan 3, ini merupakan satu tuntutan palsu. [10] Pendirian Defendan 3 ini berpaksikan kepada kewujudan beberapa laporan polis oleh Defendan 1 termasuk laporan polis di D7 yang menafikan telah berlaku kemalangan tersebut. [11] Tuan HMS KB di dalam alasan penghakimannya telah merumuskan berkaitan liability yang boleh diringkaskan seperti berikut:
a
SP3 telah mengesahkan berlakunya kemalangan yang melibatkan Plaintif 1 dan Defendan 1;
b
SP3 mengesahkan Plaintif 1 dan Defendan 1 mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital menaiki ambulans;
c
SP3 mengesahkan siasatan sudah siap dan Defendan 1 disaman di bawah Rule 10;
d
Saman adalah petunjuk yang kukuh bahawa Defendan 1 sememangnya terlibat dalam kemalangan tersebut;
e
Defendan 1 menandakan X di atas rajah kasar sebagai tempat kemalangan yang jelas menunjukkan itu adalah laluan Plaintif 1 yang sah;
f
Adalah memandai di peringkat ini, walaupun Plaintif 1 tidak pernah membuat laporan polis sehingga kini dan hanya Plaintif 2 yang membuat laporan polis hampir 3 bulan selepas kemalangan membolehkan satu inferens bahawa Defendan 1 cuai di dalam kemalangan ini dengan menyeberang jalan dan semasa kemalangan motorsikal beliau melintang jalan dan perbuatan ini jelas menghalang laluan sah Plaintif;
g
HMS mengambilikra Plaintif 1 tidak ingat tentang bagaimana kemalangan yang berlaku serta adakah motorsikal Defendan 1 terlibat bersama engan beliau semasa kemalangan kerana beliau mengalami kecederaan yang parah di dalam kes ini, di mana sudah pasti memori beliau berkenaan kemalangan ini juga telah terjejas dan terganggu, di samping faktor kejadian kemalangan yang sudah lama berlaku;
h
Keterangan SP2 yang gagal memanggil saksi pemilik kedai runcit berdekatan tempat kejadian yang memberikan beliau nombor pendaftaran motorsikal Defendan 1, juga bukan satu faktor penting kerana kaitan motorsikal Defendan 1 dan Plaintif dengan kemaangan ini telah disahkan oleh SP3;
i
HMS dapati Defendan 3 gagal membuktikan isu fraud wujud di atas imbangan keberangkalian dan berpandangan tidak wujud pakatan untuk membuat tuntutan palsu di atas kemalangan ini;
j
HMS berpuas hati bahawa laporan polis keempat yang dibuat oleh Defendan 1 pada 5.3.2019 (D8) yang bertujuan untuk menarik balik laporan polis ketiga yang dibuat oleh Defendan 1 pada 29.2.2019 (D7) adalah satu laporan polis yang dibuat bertujuan untuk mengesahkan fakta bahawa sememangnya telah berlakunya satu kemalangan di antara Defendan 1 dan Plaintif 1, sekaligus laporan polis Defendan 1 yang pertama kali dibuat pada 28.8.2014 adalah masih kekal, utuh dan tidak tergugat;
k
HMS memutuskan adalah bersifat pemikiran terkemudian bahawa setelah sekian lama, (selepas hampir 5 tahun) Defendan 3 menyatakan berlakunya unsur fraud hanya semata-mata berpandukan kepada laporan polis D7 tersebut;
l
HMS mendapati bahawa keterangan Defendan 1 bahawa beliau diugut oleh dua lelaki Melayu dan seorang lelaki India yang merupakan Penyelaras dan menawarkan RM10 ribu agar Defendan 1 membuat laporan penafian kemalangan adalah kekal satu fakta yang kukuh, malahan fakta ini jelas gagal dicabar oleh peguamcara Defendan 2 kepada Defendan 1. Rakaman video yang dimainkan di dalam Mahkamah kekal sebagai ID sahaja dan tidak diambil kira;
m
Kegagalan Defendan 3 mengemukakan laporan hasil siasatan daripada ACE Confidential, di mana dokumen in adalah teras pembelaan fraud oleh peguamcara Defendan 3 juga membolehkan Mahkamah untuk menimbulkan inferens menentang (advers inference) di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan kerana laporan siasatan inilah satu-satunya petunjuk kukuh untuk Defendan 3 membuktikan isu fraud ini sekiranya ia benar-benar belaku;
n
HMS mengambilkira faktor keterangan bercanggah di antara SD3 dan SD4;
o
Peguamcara Defendan 3 gagal menyoal balas semula saksi berkaitan percanggahan fakta oleh SD3 dan SD4;
p
Keterangan SD3 adalah meragukan; dan
q
Keterangan SD2 tidak boleh diterima kerana berpandukan keterangan SD3. [12] Secara amnya, Mahkamah mendapati bahawa isu berkenaan kewujudan kemalangan tersebut adalah tidak dinafikan berlaku. Isu yang perlu diputuskan adalah sama ada ianya berlaku melibatkan motorsikal AEG 1897. Sama ada keterangan SP3 boleh diterima [13] Keterangan pertama yang dinilai oleh Tuan HMS berkaitan isu ini adalah keterangan SP3 iaitu Pegawai Penyiasat. Peguam Defendan 3 menghujahkan bahawa keterangan SP3 ini tidak boleh diberi nilaian yang tinggi memandangkan Pegawai Penyiasat sebenar bukanlah SP3. Pegawai Penyiasat yang sebenar telah meninggaldunia dan keterangan SP3 hanya berdasarkan kandungan keterangan di dalam kertas siasatan. [14] Bagi Mahkamah, walaupun SP3 bukanlah Pegawai Penyiasat yang sebenar, namun keterangan SP3 adalah hanya bersandarkan kepada keterangan-keterangan dokumen yang wujud di dalam kertas siasatan. Sebagai pegawai yang mempunyai di dalam jagaannya kertas siasatan, SP3 berhak untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang berada di dalam kertas siasatan tersebut. Dokumen-dokumen tersebut adalah relevan dan ia menjadi satu keterangan senyap yang dapat membantu Mahkamah membuat rumusan. [15] Keterangan melalui SP3 telah menunjukkan bahawa Plaintif 1 dan Defendan 1 telah mengalami kecederaan dan telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2 pada hari kejadian. Bersusulan dari itu, pada 28/8/2014 Defendan 1 telah membuat Laporan Polis iaitu di D5 berkaitan kejadian tersebut. SP3 turut telah mengesahkan bahawa Defendan 1 telah disaman di bawah Road Traffic Rules 1959 (LN 166/59) pada tarikh yang sama. [16] Mahkamah berpandangan bahawa Tuan HMS adalah tidak terkhilaf di dalam menerima keterangan-keterangan ini sebagai keterangan yang senyap dan Tuan HMS KB turut telah membandingkan keterangan ini dengan keterangan secara keseluruhan. Ia menepati kaedah penilaian keterangan yang perlu dilakukan secara sepenuhnya. [17] Pandangan Mahkamah adalah berpandukan kepada kes Abdul Kudus bin Hj Abdul Aziz v Normah bt Chik [20013] 6 MLJ 169, di mana Hakim Zaleha Zahari HMT (pada ketika itu) telah menyatakan; “...incumbent on court to make a considered decision based on totality of evidence adduced before it even in light of traffic summons which appellant had compounded” [18] Berkaitan Laporan Polis di D5, ianya telah dinilai oleh Tuan HMS KB dan Mahkamah ini turut meneliti D5 tersebut. Mahkamah mendapati bahawa D5 telah mengesahkan bahawa telah berlaku kemalangan ke atas Defendan 1 pada tarikh tersebut, motorsikal yang ditunggangi Defendan 1 adalah AEG 1987, Defendan 1 mengalami kecederaan dan Defendan 1 dimasukkan ke hospital. [19] Keterangan-keterangan ini adalah jelas dan meyakinkan bagi menunjukkan bahawa kemalangan di antara Plaintif 1 dan Defendan 1 adalah suatu yang benar. Tuan HMS KB di dalam pandangan Mahkamah ini tidak melakukan sebarang kekhilafan di dalam dapatannya. Kredibiliti Defendan 1 [20] Selanjutnya peguam Defendan 3 mempertikaikan kredibiliti Defendan 1 apabila telah wujud 2 percanggahan laporan polis. Ini berlaku selepas D5 dilaporkan oleh Defendan 1, telah wujud 2 lagi laporan polis oleh Defendan 1 iaitu pada 19/2/2019 di D7 yang menafikan berlakunya kemalangan tersebut dan selanjutnya laporan pada 5/3/2010 di D8 yang menarikbalik laporan polis di D7. [21] Berkaitan kredibiliti Defendan 1 semasa memberi keterangan, ianya telah dirumus dan dibuat dapatan oleh Tuan HMS KB seperti berikut; “Saya juga meneliti demeanour Defendan 1 semasa memberi keterangan di dalam Mahkamah. Saya berpuas hati dengan alasan Defendan 1 yang lewat melaporkan kemalangan iaitu selepas 48 hari, kerana takut dimarahi oleh ayah beliau disebabkan beliau mengalami kemalangan ini dan juga motorsikal ayah beliau mengalami kerosakan. Ini kerana motorsikal tersebut adalah kepunyaan ayah beliau dan bukan kepunyaannya dan Defendan 1 masih lagi muda semasa kejadian berlaku. Saya mendapati bahawa keterangan Defendan 1 bahawa beliau diugut oleh dua lelaki Melayu dan seorang lelaki India yang merupakan Penyelaras dan menawarkan RM10 ribu agar Defendan 1 membuat laporan penafian kemalangan, adalah kekal satu fakta yang kukuh, malahan fakta ini jelas gagal dicabar oleh peguamcara Defendan 3 kepada Defendan 1.” [22] Tuan HMS turut menegaskan bahawa Laporan Polis di D8 mengesahkan lagi kebenaran berkaitan kewujudan kemalangan tersebut. Mahkamah turut mengambil inisiatif untuk meneliti D8 yang menunjukkan bahawa laporan di D7 itu sebenarnya adalah suatu yang palsu. Ia berlaku kerana wujud tekanan dan gangguan yang dilakukan ke atas diri Defendan 1. [23] Mahkamah di atas pertimbangan ini, memutuskan bahawa tiada sebarang kekhilafan yang dilakukan oleh Tuan HMS di dalam membuat dapatan berkaitan kredibiliti Defendan 1. Mahkamah percaya sebagai Hakim yang mendengar dan melihat Defendan 1 semasa keterangan diberi adalah forum yang terbaik di dalam menentusahkan sama ada Defendan 1 adalah seorang saksi yang berkredibiliti. Tiada asas bagi Mahkamah ini untuk menganggu dapatan fakta tersebut. Kredibiliti keterangan SP2 [24] Peguam Defendan 3 selanjutnya mempertikaikan berkenaan keterangan SP2 dan membangkitkan isu berkenaan kegagalan Plaintif untuk memanggil tuan punya kedai runcit di mana kejadian tersebut berlaku. Ini kononya dapat merungkaikan persoalan sama ada motorsikal AEG 1897 tersebut sebenarnya telah terlibat di dalam kemalangan tersebut. [25] Perkara ini turut diulas oleh Tuan HMS di dalam alasannya apabila menyatakan; “Keterangan SP2 yang gagal memanggil saksi pemilik kedai runcit berdekatan tempat kejadian yang memberikan beliau nombor pendaftaran motorsikal Defendan 1, juga bukan satu faktor penting kerana kaitan motorsikal Defendan 1 dan Plaintif dengan kemalangan ini telah disahkan oleh SP3. Walaupun tidak dicatatkan berlaku pertembungan antara kedua-dua motorsikal, fakta bahawa motorsikal Plaintif 1 telah terjatuh dan menggelongsor ke arah motorsikal Defendan 1 sehingga menyebabkan kemalangan, adalah satu fakta yang sudah kukuh dan tidak boleh dinafikan bahawa satu kemalangan telah berlaku.” [26] Bagi Mahkamah, pendekatan Tuan HMS adalah tidak bersalahan dan rumusannya adalah turut tepat. Di dalam kes ini, keterangan Defendan 1 sendiri telah mengesahkan bahawa telah berlaku kemalangan tersebut. Tiada alasan mengapa keterangan Defendan 1 ini perlu disokong oleh keterangan dari saksi yang lain. Sehubungan itu, Mahkamah tidak nampak bagaimana ia manjejaskan dapatan yang telah dibuat oleh Tuan HMS. Sama ada Defendan 3 telah berjaya mebuktikan elemen penipuan [27] Perkara terakhir yang dibangkitkan oleh peguam Defendan 3 adalah berkaitan pembuktian kewujudan elemen penipuan (fraud) oleh Defendan 1. Ia bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sinnaiyah & sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 584 yang menyatakan; “[49] With respect, we are inclined to agree with learned counsel for the plaintiff that the correct principle to apply is as explained in In re B (Children). It is this: that at law there are only two standards of proof, namely, beyond reasonable doubt for criminal cases while it is on the balance of probabilities for civil cases. As such even if fraud is the subject in a civil claim the standard of proof is on the balance of probabilities. There is no third standard. And '(N)either the seriousness of the allegation nor the seriousness of the consequences should make any difference to the standard of proof to be applied in determining the facts'.” [28] Tuan HMS KB di dalam menilai isu ini telah menyatakan; “Berkenaan isu fraud pula, saya mendapati Defendan 3 gagal membuktikan isu fraud wujud di atas imbangan kebarangkalian, dan saya berpandangan tidak wujud pakatan untuk membuat tuntutan palsu di atas kemalangan ini. Saya berpuas hati bahawa laporan polis keempat yang dibuat oleh Defendan 1 pada 5.3.2019 (D8) yang bertujuan untuk menarik balik laporan polis ketiga yang dibuat oleh Defendan pada 19.2.2019 (D7) adalah satu laporan polis yang dibuat bertujuan untuk mengesahkan fakta bahawa sememangnya telah berlakunya satu kemalangan di antara Defendan 1 dan Plaintif 1, sekaligus laporan polis Defendan 1 yang pertama kali dibuat iaitu pada 28.8.2014 adalah masih kekal, utuh dan tidak tergugat. Kemalangan telah berlaku hampir 5 tahun sebelumnya iaitu pada 11.7.2014, malahan SP3 telah mengeluarkan saman ke atas Defendan 1 pada 28.8.2014 dan adalah sesuatu yang bersifat aferthought bahawa setelah sekian lama, Defendan 3 menyatakan berlakunya unsur fraud hanya semata-mata berpandukan kepada laporan polis D7 tersebut. Saya juga mendapati Defendan 1 telah membuat laporan polis kedua (D6) pada hari yang sama dengan laporan polis pertama (D5) dengan memasukkan butiran no kenderaan Defendan 1 yang betul, dan ini menguatkan fakta bahawa sememangnya berlaku kemalangan di antara Plaintif 1 dan Defendan 1.” [29] Mahkamah berpandangan bahawa ia adalah merupakan beban kepada Defendan 3 bagi membuktikan kewujudan pemalsuan tersebut. Ia tidak boleh dibuktikan secara inferens semata-mata. Ini selari dengan prinsip actori incumbit sepertimana yang ditegaskan di bawah seksyen 101 Akta Keterangan 1950. [30] Di dalam kes Syed Mohamed Syed Alwi & ors v Shariffah Badariah Alwi al-Attas & ors & other cases [2009] 6, Hakim Vernon Ong Lam Kiat HMR (pada ketika itu) telah menegaskan; “It is trite that the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (s. 101(1) Evidence Act 1950 ), The burden of proof is on that party is twofold: (i) the burden of establishing a case; and (ii) the burden of introducing evidence. The burden of proof lies on the party throughout the trial. The evidential burden of proof is only shifted to the other party once that party has discharged its burden of proof. If that party fails to discharge the original burden of proof, then the other party need not adduce any evidence. In this respect it is the plaintiff who must establish their case. If they fail to do so, it will not do for the plaintiffs to say that the defendants have not established their defence (Selvaduray v. Chinniah [1939] 1 LNS 107; [1939] MLJ 253 CA; s. 102 Evidence Act 1950 ).” [31] Berdasarkan kepada prinsip yang jelas ini, Mahkamah ini berpandangan bahawa Tuan HMS telah membuat pertimbangan yang tepat di dalam menilai keterangan yang dikemukakan oleh
3
Ini diperkuat dengan penilaian Tuan HMS KB ke atas percanggahan keterangan saksi-saksi Defendan 3 iaitu SD3, SD4 dan SD5, di mana Tuan HMS KB telah menyatakan; “Saya juga mengambilkira faktor keterangan yang bercanggah di antara SD3 dan SD4, di mana SD4 menyatakan terdapat seorang lagi adjuster yang mengikuti mereka berdua, tetapi SD3 menyatakan hanya dua orang sahaja yang ada bersama Defendan 1. Perkara ini adalah satu percanggahan yang material dan peguamcara Defendan 3 gagal menyoal balas semula saksi berkaitan berkenaan fakta ini. SD3 di dalam Mahkamah menafikan cadangan beliau sendiri agar Defendan 1 membuat laporan polis penafian kemalangan di Balai Polis Kok Lanas, tetapi di dalam laporan polis beliau, dinyatakan bahawa di atas cadangan beliau sendiri, Defendan 1 membuat laporan polis penafian tesebut. Ini juga adalah satu percanggahan yang material. Selain itu, laporan polis SD3 menyatakan bahawa Defendan 1 pergi sendiri ke Balai Polis Kok Lanas, tetapi keterangan di dalam Mahkamah adalah jelas bahawa Defendan 1 tidak pergi bersendirian dari rumahnya ke Balai Polis Kok Lanas, sebaliknya SD3 yang membawa Defendan 1 ke balai polis tersebut. Disebabkan percanggahan keterangan SD1 adalah melibatkan perkara-perkara yang material sebegini, saya mendapati keterangan SD3 adalah meragukan dan tidak konsisten, terutamanya apabila dibandingkan dengan keterangan SD4. Keterangan SD2 juga tidak dapat diterima kerana ianya majoritinya berpandukan kepada keterangan dari SD3. Keterangan SP3 bahawa kelewatan Defendan 1 membuat laporan polis dengan alasan beliau ingin menolong pihak-pihak membuat tuntutan insurans, adalah satu bentuk keterangan yang neutral dan ianya telah memberikan petunjuk bahawa Plaintif 1 dan Defendan 1 sememangnya telah terlibat dengan kemalangan ini. Ianya tidak membuktikan bahawa satu pakatan palsu telah wujud, sepertimana hujahan peguamcara Defendan 3. Oleh itu, saya dengan ini merumuskan tiada unsur pakatan tuntutan palsu di dalam kemalangan ini.” [32] Tuan HMS KB turut mempertikaikan kegagalan Defendan 3 untuk mengemukakan laporan penyelaras Defendan 3. Ini pada pandangan Mahkamah adalah tepat kerana ia seolah-olah Defendan 3 menyembunyikan fakta yang sebenar. Apatah lagi di dalam kes ini keterangan SD3 dan SD4 adalah saling bertentangan berkaitan kewujudan seorang lagi Penyelaras bernama Juhari. Ini secara keseluruhannya membolehkan Tuan HMS KB membangkitkan inferens yang bertentangan sepertimana yang diperuntukkan di bawah misalan (g) seksyen 114 Akta Keterangan 1950. Kesimpulan ke atas rayuan pertama [33] Secara kesuluruhannya, Mahkamah ini memutuskan bahawa tiada merit di dalam rayuan oleh Defendan 3 ke atas keputusan Tuan HMS KB berkaitan liabiliti. Oleh itu, rayuan pertama adalah ditolak Rayuan ke atas kuantum Prinsip rayuan [34] Adalah menjadi prinsip mantap bahawa Mahkamah di peringkat rayuan agak jarang untuk mengusik dapatan yang telah dibuat oleh Mahkamah di peringkat perbicaraan berkaitan kuantum. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Rasidin Binpartorjo v. Frederick Kiai [1976] 1 LNS 123; [1976] 2 MLJ 214, telah menggariskan bahawa Perayu perlu mengetengahkan kepada Mahkamah sebarang kekhilafan oleh hakim perbicaraan sama ada di dalam tafsiran undang-undang, mahupun apresiasi fakta atau apa-apa perkara lain sehingga menjejaskan keputusan hakim perbicaraan di dalam memutuskan jumlah kuantum. [35] Berdasarkan kepada hujahan yang telah dikemukakan, perkara-perkara yang dirayu oleh Plaintif adalah seperti berikut:
a
Jumlah ganti rugi ke atas Traumatic Mild Brain Injury With
b
Jumlah ganti rugi ke atas spastic quadriparesis;
c
Jumlah ganti rugi bagi erectile dysfunction;
d
Kos fisioterapi dan occupational theraphy;
e
Kos rawatan kecederaan urologi dan erectile dysfunction;
f
Kos rawatan Tesa dan Mesa;
g
Kos pengubahsuaian motokar; dan
h
Kos alatan sokongan Analisis dan dapatan Mahkamah Isu (a); Jumlah ganti rugi ke atas Traumatic Mild Brain Injury With Celebral Concussion [36] Bagi kecederaan ini Tuan HMS KB merumuskan jumlah ganti rugi sebanyak RM 30,000.00 dan peguam Plaintif menghujahkan bahawa jumlah sewajarnya adalah sebanyak RM 100,000.00. Ia berdasarkan kepada kes-kes duluan serta merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury 2018 seperti berikut:
a
Di dalam kes Izudin Mohamed & Ors V Tebanraj Marimuthi [2017] MLHU 1583, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan ganti rugi bagi kecederaan ‘mild head injury’ sebanyak RM 80,000.00;
b
Selanjutnya kes Ridhwan Ahmad V. Lee Yin Liang & Anor [2022] 1 LNS 1025 di mana Mhakamah Tinggi Pulau Pinang telah memberi award sebanyak RM 60,000.00 bagi kecederaan ‘head injury-Left Temporal haemorrhage with naso-palatine bone fracture’;
c
Kes Au Sew Fon V Jason Yeoh Jin Kheng & 6 Ors [2019] 1 PIR [47] di mana Mahkamah telah memberi award sebanyak RM 50,000.00 bagi kecederaan ‘mild brain injury with thin subdural bleed along the interhemispheric tissue’;
d
Revised Compendium Of Personal Injury Award 2018 telah menggariskan panduan award untuk kecederaan ‘brain injury’: Kecederaan Terendah Tertinggi Cerebral concussion loss of consciousness RM 6,000 Mild personal and behavioury change RM 24,000 RM 48,500 Memory impairment RM 24,000 RM 55,000 Intellectual impairment RM 60,000 RM 180,000 [37] Perkara pertama yang dinilai oleh Mahkamah adalah ke atas Laporan oleh Dr Nurul Ayuni binti Maznon di muka surat 312 Rekod Rayuan yang telah mengesahkan Plaintif 1 mengalami “loss of consciousness and cerebral concussion” dan ia disahkan melalui laporan oleh Assoc Professor Dato’ Dr Ab Rahman Izaini sepertimana di muka surat 314 Rekod Rayuan yang menyatakan “traumatic mild head/brain injury with celebral concussion”. [38] Laporan Assoc Professor Dato’ Dr Abd Rahman turut menyatakan kesan ke atas kecederaan tersebut seperti berikut: i. Poor memory, forgetfulness and slow thought process; ii. Feeling depressed and hopelessness; iii. His performance in the Serial 7’s test, forward and ackward Digit Span Test was relatively intact alveit he needed more time to complete serial 7 calculation; iv. His memory recall was impaired. He could not recall two out of the three items (meja, epal, kereta) he was instructed to remember; v. His Mini Mental State Examination (MMSE) score totalted 22/30 which a score below 24 indicates probable dignitive dysfunction; vi. The physical and neurocognitive disabilities had significantly affected him personally and socially; dan vii. These disabilities would be permanent and he would need continuous long term help and assistance from his family members and caregivers in perfoming his basic daily activities. [39] Berdasarkan keterangan ini, Mahkamah membandingkan dengan jumlah-jumlah ganti rugi yang pernah diberikan oleh Mahkamah-mahkamah lain serta compendium dan merumuskan bahawa Tuan HMS KB telah gagal mempertimbangkan perkara ini dengan tuntas. Ia mewajarkan Mahkamah ini untuk mengubah jumlah yang telah diawardkan. [40] Mahkamah berpandangan, berdasarkan kepada kecederaan yang dialami dan rujukan-rujukan yang telah dikemukakan, jumlah yang munasabah adalah sebanyak RM 100,000.00. Isu (b); Jumlah ganti rugi ke atas spastic quadriparesis [41] Bagi kecederaan ini, Tuan HMS mengawardkan sebanyak RM 150,000.00 kerana Plaintif mengalami “weakness to all his limb, sensory impairment over his body, gait impairment abd spchinter”. Pihak Defendan tidak mengemukakan sebarang hujahan berkaitan award ini. [42] Peguam Plaintif sebaliknya menghujahkan bahawa kesan kecederaan ini adalah besar. Ia sepertimana Laporan Assoc Professor Dato’ Dr Abd Rahman yang menyatakan; ‘The motor assessment showed spastice quadriparesis, motor strength upper limbs, MRC 4/5 and lower limbs MRC 2/5. The deep tendon reflexes (DTR) were exaggerated with demonstrable sustained ankle clonus and bilateral upgoing plantar response. Impaired sensory from C6 downwards. He could not sit, stand or walk independently.’ [43] Peguam telah merujuk perhatian Mahkamah kepada kes-kes serta compendium seperti berikut:
a
Fitri Noor bin Samdin v Siti Nooradawiyah binti Othman & anor [2016] 2 PIR 49 yang mengawardkan sebanyak RM 350,000.000 bagi kecederaan Paraplegia;
b
Ravinder a/l Ragavan v Bhokarajan a/l Rajamohan & anor (Sujethiran a.l Nadarasan) [2016] PIR 30 yang mengawardkan sebanyak RM 300,000.00 bagi kecederaan “Tetraplegia”; dan
c
Revised Compendium of Personal Injury 2018 di antara RM 275,000.00 ke RM 300,000.00. [44] Di dalam pertimbangan Mahkamah, kecederaan yang dialami oleh Plaintif adalah serius yang mengakibatkan Plaintif lumpuh seumur hidup. Ia mengubah sama sekali kehidupan Plaintif yang sebelum ini adalah seorang yang sihat dan merupakan pegawai di Penjara Machang, Kelantan. Plaintif kini hanya mampu begerak menggunakan kerusi roda dan bergantung kepada penjaga untuk urusan harian. [45] Mahkamah mendapati bahawa perkara-perkara ini langsung tidak diberi pertimbangan oleh Tuan HMS KB. Ia mewajarkan Mahkamah ini untuk mempertimbangkan kembali award yang telah diberikan oleh Tuan HMS. [46] Sehubungan dengan itu, Mahkamah membenarkan rayuan ini dan memutuskan bahawa award yang munasabah bagi kecederaan ini adalah sebanyak RM 300,000.00. Isu (c); Jumlah ganti rugi bagi erectile dysfunction [47] Bagi kecederaan ini, Tuan HMS telah mengesahkan bahawa Plaintif mengalami kecederaan ini ataupun dikenali sebagai mati pucuk yang bersifaf kekal. Ini pada pandangan Tuan HMS menimbulkan tekanan ke atas kehidupan serta hubungan Plaintif bersama isterinya. Berdasrkan kepada kes Param Anand a/l Murugesu v Radhakrishnan a/l Sathisvan [2020] 1 PIR 38 dan kes Lee Nien Kuo v Yuen Vun Chai & anor [2019] 1 LNS 464, Tuan HMS KB telah mengawardkan sebanyak RM 60,000.00. [48] Peguam Plaintif menghujahkan bahawa sebelum kemalangan Plaintif adalah lelaki yang normal dan mempunyai seorang anak bersama isterinya. Laporan pakar urologi mengesahkan perkara ini di mana Plaintif sebelum kejadian malang ini menjalani kehidupan seksual yang aktif dan boleh melakukan penetrasi serta ereksi yang baik. [49] Mahkamah mendapati bahawa Tuan HMS KB telah mempertimbangkan perkara berkaitan kesan kecederaan ini ke atas Plaintif. Tuan HMS KB turut membuat rujukan ke atas kes-kes duluan. Di atas dasar ini, Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang kekhilafan oleh Tuan HMS KB. Sehubungan dengan itu, rayuan Plaintif di atas isu ini adalah ditolak. Isu (d); Kos fisioterapi dan occupational theraphy (terapi pekerjaan) [50] Tuan HMS KB telah menolak tuntutan Plaintif bagi kos ini di atas alasan Plaintif adalah merupakan seorang Pegawai Penjara dan merupakan pencarum PERKESO. Bagi Tuan HMS KB, Plaintif boleh mendapatkan rawatan secara percuma untuk rawatan fisioterapi manakala bagi terapi pekerjaan, ianya ditolak kerana ianya tidak dibuktikan. [51] Peguam Plaintif menghujahkan bahawa keperluan untuk Plaintif mendapatkan rawatan fisioterapi serta terapi pekerjaan adalah tidak dinafikan. Ia berdasarkan kepada laporan pakar oleh Dr Mohd Zulkifli Abdul Rahim yang telah membuat pemeriksaan ke atas Plaintif. Laporan tersebut mendedahkan keperluan Plaintif mendapatkan rawatan fisioterapi serta cara kerja. [52] Mahkamah berpandangan bahawa Plaintif berhak untuk mendapatkan rawatan yang terbaik buat dirinya. Dapatan Tuan HMS KB bahawa Plaintif boleh mendapatkan rawatan dari PERKESO adalah tidak bersandarkan kepada keterangan serta bertentangan dengan hasrat sesuatu award diberikan. [53] Secara amnya, Plaintif sebagai pihak yang mengalami kecederaan berhak untuk mendapatkan ganti rugi bagi memulihkan dirinya sedekat mungkin kepada keadaannya sebelum kemalangan (rujuk; Ramachandaran Mayandy v Abdul Rahman Ambok [1997] 4 MLJ 237 dan Nur Shafatul Shamila Mohd Ridi (seorang budak dan mendakwa melalui wakil litigasinya, Mohd Rodi Abd Rahman) v Tan Teng Sian & 2 ors [2017] MLRSU 119). [54] Berkenaan pilihan tempat rawatan, Mahkamah berpandangan ia bukan ditentukan oleh Mahkamah berdasarkan pilihan termurah atau percuma sebaliknya Plaintif berhak untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk dirinya (rujuk; Suriyati bt Takril v. Mohan a/l Govindasamy & anor [2001] 2 CLJ 101; [2001] 2 MLJ 275). [55] Di dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa keterangan melalui laporan oleh Dr Mohd Zulkifli Abdul Rahim bahawa kos rawatan adalah RM 150.00 setiap sesi dengan kos keseluruhan adalah sebanyak RM 1,800,000.00 dengan membuat kiraan jangka hayat Plaintif selama 50 tahun. Manakala laporan oleh Pn Azizah bt Omar sepertimana di muka surat 502 menyatakan bahawa kos bagi rawatan terapi bagi satu sesi adalah sebanyak RM 100.00 setiap sesi. [56] Perkara-perkara ini langsung tidak dipertimbangkan oleh Tuan HMS KB. Mahkamah berpandangan bahawa kegagalan menimbang keterangan-keterangan ini menunjukkan bahawa Tuan HMS KB adalah melakukan kekhilafan di dalam pertimbangannya. Oleh itu ia mewajarkan Mahkamah ini untuk mengganggu dapatan tersebut. [57] Sayugia itu, Mahkamah ini membenarkan rayuan ini namun Mahkamah menimbangkan bahawa jumlah yang munasabah perlu mengambilkira bahawa rawatan yang dilakukan ini walaupun berterusan namun tidak wajar mengambilkira sehingga umur 50 tahun. Mahkamah berpandangan bahawa jumlah kos yang wajar adalah sebanyak RM 500,000.00 sahaja. Isu (e); Kos rawatan kecederaan urologi dan erectile dysfunction [58] Bagi tuntutan ini, Tuan HMS menolak tuntutan Plaintif ini di atas alasan sepertimana yang dinyatakan di dalam alasan penghakimannya seperti berikut; “Saya menolak item ini kerana dari tarikh kemalangan sehingga tarikh laporan pakar, Plaintif 1 tidak pernah menghadiri sebarang sesi kaunseling/terapi seksual. Tiada sebarang resit dikemukakan. SP4 selaku pakar Plaintif sendiri telah mengesahkan bahawa pengiraan amaun di dalam Item 5 muka surat 28 Ikatan Dokumen B adalah salah dan tidak betul. SP4, di dalam pemeriksaan balas peguamcara Defendan 3, gagal melampirkan kos sebenar untuk pemasangan susuk dalam otot zakar dan beliau juga bersetuju bukan semua rawatan diperlukan untuk Plaintif. Peguamcara Plaintif perlu membuktikan kos yag sebenar dan bukannya kos anggaran. Maka item ini perlu ditolak kerana ianya gagal dibuktikan secara ketat.” [59] Peguam Plaintif menghujahkan bahawa alasan Plaintif tidak pernah mendapatkan rawatan sehingga tarikh laporan pakar adalah kerana kos rawatan yang tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh Plaintif. Oleh itu, Plaintif hanya mampu mengemukakan sebutharga bagi rawatan tersebut. Ini memberi gambaran kos sebenar rawatan yang perlu ditanggung oleh Plaintif 1 yang boleh digunakan oleh Mahkamah untuk menentukan jumlah kos rawatan tersebut. [60] Pada pandangan Mahkamah, ianya telah dibuktikan bahawa Plaintif mengalami kecederaan tersebut dan turut dibuktikan bahawa Plaintif akan mengalami kesusahan di masa hadapan. Plaintif perlu untuk menjalankan rawatan di masa hadapan bagi memulihkan masalahnya. Pandangan Mahkamah ini sejajar dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child suing through her father and next friend: Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia [2016] 2 CLJ 885 yang menyatakan; “It is trite that damages serve as compensation, not a reward, less still a punishment (see Ong Ah Long v. Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198; [1983] CLJ (Rep) 300; [1983] 2 MLJ 324). In assessing damages, the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court should not descend into a domain of speculation. The evaluation of those evidence, which form the basis of any risk of future damage, must therefore still be undertaken. And the trial judge can only evaluate such evidence based on the recognised balance of probabilities standard.” [61] Sehubungan dengan itu, Mahkamah membenarkan rayuan oleh Plaintif dan memutuskan bahawa award yang munasabah bagi kos rawatan ini adalah sebanyak RM 500,000.00. Isu (f); Kos rawatan TESA dan MESA [62] Tuan HMS KB di dalam penghakimannya telah menolak tuntutan ini di atas alasan ianya tidak dibuktikan memandangkan tiada resit yang dikemukakan. Bagi Tuan HMS KB, laporan Dato’ Dr Azhar bin Amir Hamzah jelas menyatakan bahawa tiada data yang kukuh untuk membuktikan kadar kejayaan yang tertentu di Hospital Kerajaan kerana kurangnya kajian tempatan berkenaan perkara ini. [63] Peguam Plaintif sebaliknya menghujahkan bahawa Plaintif-plaintif mempunyai hak sebagaimana manusia biasa untuk mempunyai zuriat mengikut bilangan cahaya mata. Oleh itu, Plaintif sepatutnya dibenarkan untuk mendapat rawatan TESA and MESA yang merupakan rawatan untuk pasangan suami dan isteri mendapatkan zuriat melalui prosedur mikrosurgeri. [64] Mahkamah berpandangan bahawa Plaintif adalah berhak untuk mendapatkan rawatan bagi membolehkan Plaintif-plaintif untuk mendapat zuriat. Rawatan TESA and MESA walaupun tidak menjanjikan kejayaan namun adalah merupakan salah satu rawatan yang telah dibuktikan oleh Plaintif sebagai boleh dijalani olehnya. Ia juga merupakan satu rawatan yang hanya boleh dilaksanakan oleh Plaintif jika tuntutannya dibenarkan memandangkan kos yang tinggi. [65] Mahkamah mendapati menerusi laporan Dato’ Dr Azhar bin Amir Hamzah sepertimana di muka surat 327 dan 328 Rekod Rayuan, kos adalah di antara RM 30,000.00 hingga RM 70,000.00 maka Mahkamah memutuskan bahawa jumlah yang munasabah adalah pada kadar RM 100,000.00. Isu (g); Kos pengubahsuaian motokar [66] Selanjutnya tuntutan Plaintif adalah berkaitan ubahsuai kereta yang turut ditolak oleh Tuan HMS KB hanya di atas alasan ianya tidak dibuktikan. [67] Mahkamah walaubagaimanapun mendapati bahawa dapatan Tuan HMS KB adalah sedikit tersasar. Ini kerana pakar occupational therapy di dalam laporannya di muka surat 355 Rekod Rayuan telah menyatakan keperluan pengubahsuaian kereta Plaintif seperti berikut; Kriteria Kos Jumlah Selected CAR (Sedan car) RM 40,000 RM 40,000.00 Modification cost for hand operation driver RM 1,800 RM 1,800.00 Maintenance per year (in every 3 month) RM 200 x 4 times RM 800.00 Maintenance (over 35 years) RM 800 x 35 years RM 28,000.00 Replacement cost (over 35 years) RM 42,600 x 3 (TIMES) RM 127,800.00 Jumlah Keseluruhan RM 198,400.00 [68] Malahan pakar fisioterapi yang dikemukakan Defendan sepertimana di muka surat 508 Rekod Rayuan menyatakan; Car modification – this patient needs car modification to ensure that he is less dependent to others and can return to work without much problem. The cost is estimated about RM 700.00. [69] Sehubungan itu, Mahkamah berpandangan dapatan Tuan HMS KB adalah terkhilaf dan wajar diperbetulkan. Mahkamah dengan itu membenarkan tuntutan Plaintif sebanyak RM 198,400.00. Isu (h); Kos alatan sokongan [70] Isu terakhir adalah berkenaan tuntutan berkaitan kos alatan sokongan. Ia turut ditolak oleh Tuan HMS KB hanya semata-mata ianya tidak dibuktikan melalui resit. [71] Mahkamah ingin menegaskan sekali lagi bahawa kos yang diminta ini adalah bagi rawatan di masa hadapan. Ianya belum lagi dibeli namun diperlukan bagi membantu Plaintif utuk mendapatkan rawatan terbaik ke atas dirinya. [72] Mahkamah mendapati bahawa Plaintif melalui laporan oleh Dr Muhammad Hafiz Hanafi di muka surat 369 Rekod Rayuan telah menyatakan bahawa senarai alatan yang diperlukan oleh Plaintif. Keterangan ini tidak dinafikan oleh Defendan malahan pakar fisioterapi Defendan Ketiga turut mengemukakan senarai alatan sokongan yang diperlukan oleh Plaintif 1 sepertimana di muka surat 508 Rekod Rayuan. [73] Di dalam kes Nurul Husna Muhammad Hafiz & Anor v. Kerajaan Malaysia & Ors [2015] 1 CLJ 825 Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan ke atas mesin, dan peralatan sebanyak RM 260,050.00 manakala di dalam kes Ahmad Fahmy Sukri & satu lagi lwn Nik Muhammad Faizal Nordin [2021] MLRHU 1536, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah membenarkan sejumlah RM 53,683.00 untuk peralatan sokongan. [74] Sehubungan dengan itu, Mahkamah berpandangan bahawa tuntutan bagi kos alatan sokongan ini wajar dibenarkan. [75] Walaubagaimanapun, setelah menimbang jumlah yang dituntut, Mahkamah berpandangan bahawa jumlah yang dituntut adalah agak tinggi dan ia juga tidak dibuat perbandingan dengan sebutharga yang lain. Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa adalah wajar bagi Mahkamah memberi pemotongan serta penyelarasan ke atas tuntutan tersebut. [76] Mengambilkira faktor ini, Mahkamah berpandangan bahawa kos sewajarnya serta munasabah adalah perlu untuk mengambilkira keperluan alat sokongan tersebut kepada Plaintif serta jangka hayat penggunaan alat sokongan tersebut. [77] Sehubungan itu Mahkamah setelah mengambilkira keperluan alat sokongan tersebut kepada Plaintif, Mahkamah membenarkan rayuan Plaintif dan membenarkan tuntutan-tuntutan bagi item-item berikut: a) Light weight wheel chair – RM 5,000.00 b) Motorized wheel chair – RM 10,000.00 c) Foam and air cushion – RM 1000.00 d) Quadripod – RM 100.00 e) Orthotic devices – RM 200.00 f) Portable ramps for curb, doors and stairs – RM 2,000.00 g) Digital Blood Pressure machine – RM 250.00 h) Glucometer – RM 200.00 i) Weighing scale – RM 500.00 Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 19,250.00. Kesimpulan [78] Berdasarkan kepada analisis yang telah Mahkamah jalankan, Mahkamah memutuskan seperti berikut:
a
Rayuan oleh Defendan 3 ke atas liabiliti adalah ditolak;
b
Rayuan oleh Plaintif bagi kuantum adalah dibenarkan bagi perkara-perkara seperti berikut: i. Jumlah ganti rugi ke atas Traumatic Mild Brain Injury With Celebral Concussion ditukarkan kepada RM 100,000.00; ii. Jumlah ganti rugi ke atas spastic quadriparesis ditukarkan kepada RM 300,000.00; iii. Kos fisioterapi dan occupational theraphy dibenarkan sebanyak RM 500,000.00; iv. Kos rawatan kecederaan urologi, erectile dysfunction dibenarkan sebanyak RM 500,000.00; v. Kos rawatan TESA dan MESA dibenarkan pada kadar RM 100,000.00; vi. Kos pengubahsuaian motokar dibenarkan sebanyak RM 198,400.00; dan vii. Kos alatan sokongan dibenarkan sebanyak RM 19,250.00 yang meliputi : a) Light weight wheel chair – RM 5,000.00 b) Motorized wheel chair – RM 10,000.00 c) Foam and air cushion – RM 1000.00 d) Quadripod – RM 100.00 e) Orthotic devices – RM 200.00 f) Portable ramps for curb, doors and stairs – RM 2,000.00 g) Digital Blood Pressure machine – RM 250.00 h) Glucometer – RM 200.00 i) Weighing scale – RM 500.00
c
Keputusan-keputusan lain oleh Tuan HMS KB adalah dikekalkan; dan
d
Kos sebanyak RM 10,000.00 ditanggung oleh Defendan 3 bagi kedua-dua rayuan. Bertarikh: 19hb April, 2023 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu Kelantan. Pihak-pihak: Kes DA-12B-20-07/2022 Bagi Pihak Perayu : R. Ratha Davi Tetuan S.G. Lingam & Co. Peguambela dan Peguamcara No. 27, Jalan Bukit Desa 5 Taman Bukit Desa 58100 Kuala Lumpur. Bagi Pihak Responden : Nur Amalin Aishah Binti Ariffin @ Mukhtar Pertama dan Kedua Tetuan Zufaidi & Associates dan menyebut b/p Peguambela dan Peguamcara peguam Responden Lot 8015 & 8016, Aras 2 Ketiga dan Keempat Bandar Satelit Islam, Pasir Tumbor 16150 Kota Bharu Kelantan. Kes DA-12B-27-07/2022 Bagi Pihak Perayu : Nur Amalin Aishah Binti Ariffin @ Mukhtar dan menyebut b/p Tetuan Zufaidi & Associates Peguamcara Responden Peguambela dan Peguamcara Pertama dan Kedua Lot 8015 & 8016, Aras 2 Bandar Satelit Islam, Pasir Tumbor 16150 Kota Bharu Kelantan Bagi Pihak Responden : R. Ratha Davi Ketiga Tetuan S.G. Lingam & Co. Peguambela dan Peguamcara No. 27, Jalan Bukit Desa 5 Taman Bukit Desa 58100 Kuala Lumpur. Tarikh Bicara : 08hb. Mac, 2023 Tarikh Keputusan : 26hb. Mac, 2023 Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Akta Keterangan 1950 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ China Airlines Ltd v. Maltran Air Corp Sdn Bhd (Formerly known as Maltran Air Services Corp Sdn Bhd) and Another Appeal [1996] 3 CLJ 163; [1996] 2 MLJ 517 ➢ Sinnaiyah & sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 584 ➢ Syed Mohamed Syed Alwi & ors v Shariffah Badariah Alwi al-Attas & ors & other cases [2009] 6 ➢ Rasidin Binpartorjo v. Frederick Kiai [1976] 1 LNS 123; [1976] 2 MLJ 214 ➢ kes Izudin Mohamed & Ors V Tebanraj Marimuthi [2017] MLHU 1583 ➢ Ridhwan Ahmad V. Lee Yin Liang & Anor [2022] 1 LNS 1025 ➢ Au Sew Fon V Jason Yeoh Jin Kheng & 6 Ors [2019] 1 PIR [47] ➢ Fitri Noor bin Samdin v Siti Nooradawiyah binti Othman & anor [2016] 2 PIR 49 ➢ Ravinder a/l Ragavan v Bhokarajan a/l Rajamohan & anor (Sujethiran a.l Nadarasan) [2016] PIR 30 ➢ Param Anand a/l Murugesu v Radhakrishnan a/l Sathisvan [2020] 1 PIR 38 ➢ Lee Nien Kuo v Yuen Vun Chai & anor [2019] 1 LNS 464 ➢ Ramachandaran Mayandy v Abdul Rahman Ambok [1997] 4 MLJ 237 ➢ Nur Shafatul Shamila Mohd Ridi (seorang budak dan mendakwa melalui wakil litigasinya, Mohd Rodi Abd Rahman) v Tan Teng Sian & 2 ors [2017] MLRSU 119 ➢ Suriyati bt Takril v. Mohan a/l Govindasamy & anor [2001] 2 CLJ 101; [2001] 2 MLJ 275 ➢ Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child suing through her father and next friend: Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia [2016] 2 CLJ 885 ➢ Nurul Husna Muhammad Hafiz & Anor v. Kerajaan Malaysia & Ors [2015] 1 CLJ 825 ➢ Ahmad Fahmy Sukri & satu lagi lwn Nik Muhammad Faizal Nordin [2021] MLRHU 1536
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.