Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU
/akn/my/judgment/high-court/2026/b01482d1-f84b-4d96-9d63-9529e0499751
High Court of Malaysia13 Mar 2026JA-12B-35-06/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“11. Prinsip ini juga digunapakai oleh Mahkamah Tinggi dalam A Aidip A Zaidi v. Zarif Zahiruddin Zali & Anor [2026] MLRHU 87, yang memutuskan bahawa prinsip-prinsip berkenaan inflasi dan perubahan ekonomi tidak **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 boleh menj”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU
1
1.
2
…PERAYU-PERAYU
1
1.
2
…RESPONDEN-RESPONDEN DIGABUNGKAN MELALUI PERINTAH MAHKAMAH BERTARIKH 12.02.2026 DAN DIDENGAR BERSAMA DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU
1
1.
2
…PERAYU-PERAYU
1
1.
2
…RESPONDEN-RESPONDEN DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU
1
1.
2
…PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.
2
…DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Ini merupakan dua rayuan sivil yang telah digabungkan dan didengar bersama melalui perintah Mahkamah bertarikh 12.02.2026. Rayuan Sivil No. : JA-12B-35-06/2025 difailkan oleh Defendan-Defendan (Perayu-Perayu dalam rayuan tersebut) manakala Rayuan Sivil No. : JA-12B-36- 06/2025 difailkan oleh Plaintif-Plaintif (Perayu-Perayu dalam rayuan tersebut).
2
Kedua-dua rayuan ini mencabar kuantum gantirugi yang diawadkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen ("HMS") dalam penghakimannya bertarikh 30.05.2025 dengan Alasan Penghakiman bertarikh 19.11.2025. Latar Belakang
3
Kes di peringkat Mahkamah Sesyen melibatkan tuntutan gantirugi kecederaan peribadi akibat kemalangan jalan raya yang berlaku pada 25.09.2018 di KM 14.7, Lebuhraya Link Kedua. Plaintif Pertama (Gan Seng Giap) menunggang motosikal FBB 2324 T dengan Plaintif Kedua (Yeong Siew Ching) sebagai pembonceng apabila motokar MDA 7911 yang dipandu oleh Defendan Pertama (dimiliki oleh Defendan Kedua) hilang kawalan dan melanggar motosikal Plaintif-Plaintif.
4
Liabiliti telah dipersetujui melalui penghakiman persetujuan pada 26.10.2023. Perbicaraan dijalankan hanya untuk menentukan kuantum gantirugi dengan 9 orang saksi (7 bagi Plaintif, 2 bagi Defendan).
5
Plaintif Pertama mengalami kecederaan yang amat serius termasuk Traumatic Spinal Cord Injury yang mengakibatkan tetraplegia. Beliau berusia 37 tahun semasa kemalangan, bekerja sebagai plating technician di Honeywell Aerospace Singapore Pte Ltd dengan gaji pokok SGD 1,845.54 sebulan. Akibat kecederaan, beliau kini tidak boleh bergerak, bergantung sepenuhnya kepada penjaga untuk semua aktiviti harian, mempunyai neurogenic bladder dan bowel, memerlukan kateter tetap dan lampin dewasa, dan terbaring di katil. Analisa Mahkamah Prinsip Undang-Undang
6
Prinsip undang-undang yang mengawal campur tangan mahkamah rayuan terhadap penilaian kuantum adalah mantap. Dalam kes United Plywood And Sawmill Ltd. V. Lock Ngan Loi [1970] 2 MLJ 237, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa mahkamah rayuan hanya boleh campur tangan jika penilaian tersebut terlalu rendah atau terlalu tinggi sehingga mahkamah berpendapat perlu untuk mengubahnya, atau jika ia tidak selari dengan tren awad dalam kes-kes yang setanding. (Lihat : Tan Kuan Yau v Suhindrimani [1985] 2 MLJ 22; Mahmod bin Kailan v Goh Seng Choon & Anor. [1976] 2 MLJ 239).
7
Dalam Rasidin Bin Partorjo v. Frederick Kiai [1976] 2 MLJ 214, Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa perayu mesti menunjukkan hakim perbicaraan telah bertindak atas prinsip undang- undang yang salah, telah salah faham fakta, atau atas sebab-sebab lain telah membuat anggaran yang salah sepenuhnya.
8
Selanjutnya, dalam Yang Salbiah & Anor v. Jamil Bin Harun [1981] 1 MLJ 292, Raja Azlan Shah (pada masa itu) menyatakan prinsip asas bahawa gantirugi am adalah untuk memberikan pampasan bagi kesakitan dan penderitaan serta kehilangan keselesaan hidup. Awad tersebut tidak boleh menjadi ganjaran apatah lagi hukuman. Pampasan mestilah adil, mencukupi dan tidak berlebihan.
9
Sementara itu, Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 merupakan panduan dan bukannya kod berkanun yang mengikat. Walau bagaimanapun, mahkamah seharusnya berusaha memastikan awad yang diberikan berada dalam julat yang dinyatakan dalam Compendium, kecuali terdapat keadaan fakta luar biasa yang disokong oleh keterangan perubatan. (Lihat : Abdul Waffiy bin Wahubbi & Anor v AK Nazaruddin bin Ahmad [2017] 2 PIR [1] 1).
10
Berkenaan isu inflasi, Mahkamah ini merujuk kepada keputusan House of Lords dalam Lim Poh Choo v Camden and Islington Area Health Authority [1979] 2 All ER 910, yang memutuskan bahawa sebagai peraturan umum, gantirugi sepatutnya dinilai tanpa mengambil kira risiko inflasi masa hadapan. Pampasan secara sekaligus (lump sum) seharusnya dikira berdasarkan nilai wang semasa dan penerima mempunyai perlindungan terhadap inflasi melalui polisi pelaburan.
11
Prinsip ini juga digunapakai oleh Mahkamah Tinggi dalam A Aidip A Zaidi v. Zarif Zahiruddin Zali & Anor [2026] MLRHU 87, yang memutuskan bahawa prinsip-prinsip berkenaan inflasi dan perubahan ekonomi tidak boleh menjustifikasikan awad yang terlalu jauh dari julat yang ditetapkan bagi kecederaan yang setanding. Gantirugi Am Plaintif Pertama
a
(a) Traumatic Spinal Cord Injury - Awad HMS : RM400,000.00
12
Defendan-Defendan berhujah bahawa awad RM400,000.00 adalah terlampau tinggi dan sepatutnya digantikan dengan RM300,000.00, merujuk kepada kes Nur Adeena binti Mohd Syahmir v Kerajaan Malaysia & 18 Ors [2024] 1 PIR [45] 500 (RM300,000.00) dan dapatan pakar Ortopedik Defendan yang menunjukkan pemulihan positif.
13
Sebaliknya, Plaintif-Plaintif berhujah bahawa awad ini sepatutnya ditingkatkan kepada RM450,000.00, merujuk kepada kes Noor Sharina Abdullah lwn. Noor Nadia Farhana Ismail [2022] 5 LNS 308 (RM400,000.00 bagi traumatic spinal cord injury C5 AIS A) dan fakta bahawa Revised Compendium 2018 tidak mencerminkan inflasi sejak tahun 2018.
14
Mahkamah ini telah meneliti keterangan perubatan dengan teliti. Julat awad dalam Revised Compendium 2018 bagi fracture of the vertebra causing quadriplegia adalah RM300,000.00 hingga RM420,000.00. Awad RM400,000.00 berada dalam julat tersebut, iaitu di bahagian atas julat yang ditetapkan.
15
Mahkamah ini juga membuat pemerhatian terhadap kes Mohammad Nabill Sajid b Mohammad Aslam Sajid v Government of Malaysia & 31 Ors [2025] 2 PIR [12] 113 di mana awad RM400,000.00 diberikan bagi complete spinal cord injury dengan keadaan yang setanding. Kes tersebut diputuskan pada tahun 2025 dan awadnya adalah selari dengan awad HMS dalam kes ini.
16
Berkenaan hujahan Defendan bahawa Plaintif Pertama menunjukkan pemulihan positif di mana beliau kini boleh berkomunikasi dan telah mencabut tracheostomy, Mahkamah ini mendapati fakta ini tidak mengurangkan keterukan kecederaan secara material. Plaintif Pertama kekal sebagai seorang quadriplegic yang bergantung sepenuhnya kepada penjaga untuk semua aktiviti harian.
17
Berkenaan hujahan Plaintif mengenai inflasi, Mahkamah ini bersetuju dengan prinsip dalam Lim Poh Choo dan A Aidip A Zaidi bahawa gantirugi sepatutnya dinilai berdasarkan nilai wang semasa tanpa membuat penyesuaian spekulatif untuk inflasi masa hadapan. Awad RM400,000.00 adalah pampasan yang substantif dalam konteks nilai wang semasa.
18
Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati HMS tidak terkhilaf dalam mengawadkan RM400,000.00 bagi kecederaan ini. Awad ini berada dalam julat Compendium dan selari dengan kes-kes yang setanding. Rayuan Defendan bagi item ini ditolak. Rayuan balas Plaintif bagi item ini juga ditolak.
b
(b) Awad Global dan Pertindihan (Overlapping)
19
Defendan-Defendan berhujah bahawa HMS telah gagal menggunapakai prinsip awad global sebagaimana yang diputuskan dalam Mahamad bin Mahamad Said & Anor v Perianayagam & Anor [1972] 1 MLJ 67. Defendan mencadangkan penolakan 10% bagi pertindihan (overlapping) menjadikan awad global RM320,400.00. Plaintif-Plaintif tidak mengemukakan hujahan bagi item ini.
20
Mahkamah bersetuju dengan prinsip yang dinyatakan dalam Mahamad bin Mahamad Said bahawa apabila dua atau lebih kecederaan dialami serentak, terdapat elemen pertindihan yang perlu diambil kira. Walau bagaimanapun, apabila kecederaan dominan adalah bersifat catastrophic (quadriplegia), kecederaan-kecederaan sampingan seperti kepatahan tulang, luka lecet dan parut memberikan sumbangan yang agak kecil kepada jumlah keseluruhan penderitaan.
21
Mahkamah mendapati penolakan 10% sebagaimana dicadangkan oleh Defendan-Defendan adalah munasabah. Awad gantirugi am HMS sebanyak RM456,000.00 adalah diketepikan dan digantikan dengan awad global seperti berikut – KECEDERAAN AWAD (RM) Traumatic Spinal Cord Injury 400,000.00 Open Comminuted Fracture (Left Tibia), Open Fracture (Left Fibula) dan Osteoarthritis (Global) 42,000.00 Multiple Abrasion Wounds 5,000.00 Multiple Scars (include Operation Scars) 8,000.00 Muscle Wasting 1,000.00 Jumlah 456,000.00 Penolakan 10% bagi pertindihan (overlapping) (45,600.00) AWAD GLOBAL GANTIRUGI AM 410,400.00
22
Oleh itu, rayuan Defendan bagi item ini dibenarkan sebahagian.
c
(c) Kepatahan Tulang Tibia/Fibula dan Osteoarthritis - Awad HMS : RM42,000.00 (Global)
23
Plaintif-Plaintif berhujah bahawa kecederaan pada tulang tibia, fibula dan osteoarthritis adalah kecederaan berasingan yang sepatutnya diawadkan secara berasingan berjumlah RM75,000.00 (RM30,000.00 + RM30,000.00 + RM15,000.00). Defendan-Defendan menyokong awad HMS sebanyak RM42,000.00.
24
Mahkamah mendapati pendekatan HMS dalam mengawadkan secara global adalah betul berdasarkan prinsip dalam Tan Cheong Poh & Anor v Teow Ah Keow [1996] 3 CLJ 665. Kepatahan tulang adalah pada anggota badan yang sama dan osteoarthritis adalah akibat langsung daripadanya. Awad RM42,000.00 berada di bahagian atas julat Compendium (RM21,500.00 - RM42,000.00) dan tidak boleh dianggap terlalu rendah.
25
Oleh itu, rayuan balas Plaintif bagi item ini ditolak. Gantirugi Khas Plaintif Pertama
i
(i) Kehilangan Pendapatan - Awad HMS: RM630,180.00
26
Terdapat dua pertikaian utama bagi item ini –
a
(a) multiplicand (pendapatan bulanan yang sepatutnya); dan
b
(b) penolakan perbelanjaan harian (living expenses).
27
HMS telah menerima gaji tetap Plaintif Pertama sebanyak SGD1,945.00 sebulan berdasarkan keterangan Chong Wan Juen (SP2), Human Resources Manager syarikat HAS. Plaintif-Plaintif berhujah bahawa pendapatan purata bulanan sebenar berdasarkan slip-slip gaji dari bulan Mac 2018 hingga April 2019 adalah SGD3,352.04 dan mencadangkan SGD2,500.00 sebagai multiplicand yang munasabah.
28
Mahkamah membuat pertimbangan terhadap slip-slip gaji di muka surat 928 hingga 935 Rekod Rayuan (Bahagian C) dan mendapati bahawa pendapatan bulanan Plaintif Pertama termasuk gaji pokok, overtime dan elaun. SP2 mengesahkan gaji pokok sebanyak SGD1,845.54. Walau bagaimanapun, pendapatan bulan secara purata adalah SGD3,352.04 sebulan.
29
Mahkamah berpendapat bahawa penggunaan gaji tetap SGD1,945.00 oleh HMS adalah munasabah sebagai titik permulaan. Overtime dan elaun adalah tidak tetap dan bergantung kepada bulan berkenaan. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati HMS telah menggunakan angka yang munasabah dan tidak terkhilaf dalam hal ini. Penolakan Perbelanjaan Harian (Living Expenses)
30
Defendan-Defendan berhujah bahawa HMS telah terkhilaf kerana gagal menolak perbelanjaan harian (living expenses) sebanyak RM1,150.00 sebulan sebagaimana yang diakui sendiri oleh Plaintif Pertama semasa pemeriksaan balas (Rekod Rayuan Jilid 4, muka surat 568 baris 23-25, muka surat 572 baris 10-11 dan baris 27-29). Ini termasuk kos pengangkutan berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura, makanan dan keperluan peribadi.
31
Seksyen 28A(2)(c)(iii) Akta Undang-Undang Sivil 1956 membenarkan penolakan perbelanjaan harian daripada pendapatan dalam pengiraan kehilangan pendapatan. Plaintif Pertama sendiri telah mengakui perbelanjaan ini semasa memberi keterangan.
32
Mahkamah mendapati HMS telah terkhilaf dari segi undang-undang apabila gagal menolak perbelanjaan harian yang telah diakui oleh Plaintif Pertama. Penolakan ini adalah mandatori di bawah Seksyen 28A(2)(c)(iii). Multiplicand yang sepatutnya adalah – SGD1,945.00 X RM3.00 = RM5,835.00 RM5,835.00 - RM1,150.00 (living expenses) = RM4,685.00 Multiplier
33
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa multiplier dikira berdasarkan formula di bawah Seksyen 28A(2)(d)(ii) Akta Undang-Undang Sivil 1956 : [55 tahun - 37 tahun] / 2 = 9 tahun (108 bulan). Setelah menolak 6.5 bulan di mana Plaintif Pertama telah menerima gaji sehingga penamatan perkhidmatan pada 07/04/2019, baki multiplier adalah 101.5 bulan.
34
Pengiraan kehilangan pendapatan yang sepatutnya adalah – RM4,685.00 X 101.5 bulan = RM475,527.50
35
Oleh itu, Rayuan Defendan bagi item ini dibenarkan. Awad kehilangan pendapatan sebanyak RM630,180.00 diketepikan dan digantikan dengan RM475,527.50. Rayuan balas Plaintif untuk meningkatkan awad ini kepada RM810,000.00 ditolak.
Subparagraph
(ii) Perbelanjaan Perjalanan Ulang-Alik - Awad HMS : RM7,500.00
36
Defendan-Defendan berhujah bahawa awad ini sepatutnya diketepikan kerana tiada bukti dokumen dikemukakan. Defendan merujuk kepada kes Teh Hwa Seong v Chop Lim Chin Moh & Anor [1981] 2 MLJ 341.
37
Plaintif-Plaintif berhujah bahawa SP3 (Plaintif Pertama) dan SP4 (Plaintif Kedua) telah memberi keterangan lisan di Mahkamah mengenai kos perjalanan berulang-alik dari rumah ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
38
Mahkamah ini mendapati bahawa walaupun tiada resit dikemukakan, keterangan lisan mengenai kos pengangkutan untuk lawatan ke hospital adalah munasabah dan diterima dalam amalan kecederaan peribadi di Malaysia. Amaun RM100.00 sehari bagi 75 hari adalah munasabah memandangkan jarak dan keperluan perjalanan. HMS tidak terkhilaf dalam mengawadkan item ini.
39
Sehubungan dengan itu, Rayuan Defendan bagi item ini ditolak.
Subparagraph
(iii) Kos Pengangkutan Ambulans - Awad HMS : RM18,000.00
40
Pertikaian bagi item ini melibatkan dua isu –
a
(a) bilangan lawatan setahun (2 atau 4 kali); dan
b
(b) jangka hayat (15 atau 25 tahun)
41
Berkenaan bilangan lawatan, keterangan Plaintif Pertama menunjukkan beliau masih hadir ke rawatan susulan 6 bulan sekali dengan Jabatan ENT dan Jabatan Rehabilitasi (Rekod Rayuan Jilid 4, muka surat 573). Ini bermaksud 4 kali setahun (2 jabatan x 2 kali setahun). Bukti resit ambulans bagi tahun 2023 dan 2024 (Ekshibit P20) mengesahkan kos RM300.00 bagi setiap perjalanan dua hala.
42
Berkenaan jangka hayat, Mahkamah ini perlu menentukan multiplier yang sesuai. Isu ini akan dibincangkan secara terperinci di bawah. Buat masa ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa multiplier yang sesuai bagi kos ambulans (dan semua kos masa hadapan berasaskan jangka hayat) adalah 19 tahun (lihat perenggan 49 di bawah).
43
Pengiraan kos ambulans yang sepatutnya adalah – RM300.00 X 4 kali setahun X 19 tahun = RM22,800.00
44
Oleh itu, Awad HMS sebanyak RM18,000.00 diketepikan dan digantikan dengan RM22,800.00. Rayuan Defendan bagi item ini ditolak. Rayuan balas Plaintif dibenarkan sebahagian.
Subparagraph
(iv) Kos Jagaan dan Jangka Hayat Plaintif Pertama - Awad HMS : RM1,543,248.00
45
Ini merupakan item yang paling material dalam kedua-dua rayuan. HMS telah mengawadkan kos jagaan di pusat jagaan (institusi) sebanyak RM2,143.40 seminggu X 4 minggu X 12 bulan X 15 tahun = RM1,543,248.00. Isu Pertama : Jagaan di Institusi atau di Rumah?
46
Defendan-Defendan mengemukakan hujahan yang kukuh bahawa HMS telah terkhilaf apabila bergantung sepenuhnya kepada keterangan SP4 dan mengawadkan kos jagaan di institusi, sedangkan fakta menunjukkan Plaintif Pertama telah dijaga di rumah sejak keluar dari hospital. Mahkamah ini mengambil perhatian terhadap fakta-fakta berikut –
a
(a) Plaintif Pertama sendiri menyatakan dalam keterangannya bahawa beliau lebih selesa dijaga di rumah dengan pembantu rumah (Rekod Rayuan Jilid 4, muka surat 571 baris 12-19);
b
(b) Selepas keluar hospital, Plaintif Pertama dijaga oleh pembantu rumah sehingga Ogos 2020, kemudian oleh SP4 (isteri) sehingga ke hari ini, tanpa sebarang komplikasi yang memerlukan kemasukan ke hospital;
c
(c) Plaintif Pertama menunjukkan pemulihan yang positif sepanjang dijaga di rumah. Beliau kini boleh berkomunikasi dengan baik dan telah mencabut tracheostomy;
d
(d) Pakar Plaintif sendiri, Dr. Ramnan (SP8), apabila ditanya sama ada pesakit lebih baik dijaga di rumah, menjawab : "with all these, yes. It would be good to be at home, the wife will have the additional support, he will have the necessary equipment and most importantly the patient can be with his children, watch them grow up. So, this is ideal situation" (Rekod Rayuan Jilid 4, muka surat 635-636);
e
(e) pusat jagaan yang dicadangkan beralamat di Shah Alam, jauh daripada kediaman Plaintif Pertama di Johor Bahru;
f
(f) tiada keterangan atau bukti yang menunjukkan Plaintif Pertama pernah dihantar ke mana-mana pusat jagaan (Rekod Rayuan Jilid 4, muka surat 582 baris 22-25, muka surat 584 baris 30-32).
47
Berdasarkan fakta-fakta di atas, Mahkamah ini mendapati HMS telah terkhilaf apabila mengawadkan kos jagaan di institusi. Keterangan yang ada menunjukkan dengan jelas bahawa Plaintif Pertama sesuai dan telah dijaga di rumah dengan jayanya. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini juga mendapati bahawa kos jagaan di rumah sebagaimana dicadangkan oleh Dr. Ramnan (RM2,999.60 sebulan) perlu dipertingkatkan sedikit untuk mengambil kira keperluan penjaga yang terlatih, memandangkan keterukan keadaan tetraplegia Plaintif Pertama. Mahkamah ini memutuskan bahawa kadar RM3,500.00 sebulan adalah munasabah, dengan mengambil kira kos pembantu rumah (RM1,812.50), peralatan, physiotherapy dan keperluan perubatan sampingan. Isu Kedua : Jangka Hayat
48
Terdapat pertikaian ketara antara pihak-pihak mengenai jangka hayat Plaintif Pertama. Defendan berhujah jangka hayat adalah 68.6 tahun berdasarkan Jadual Jangka Hayat Lelaki Cina yang lahir pada tahun 1981, menjadikan baki jangka hayat post-trial sebanyak 15 tahun. Plaintif berhujah jangka hayat adalah 74.5 tahun berdasarkan statistik terkini tahun 2024 daripada Jabatan Statistik Malaysia, menjadikan baki jangka hayat 25 tahun.
49
Mahkamah memutuskan bahawa berdasarkan statistik terkini (tahun 2024) daripada Jabatan Statistik Malaysia yang menunjukkan jangka hayat 74.5 tahun bagi lelaki adalah lebih tepat dan relevan berbanding jadual tahun kelahiran 1981. Walau bagaimanapun, faktor pengurangan jangka hayat akibat kecederaan sebagaimana dinyatakan oleh Dr. N. Sivapathasundaram dalam laporan pakar (Rekod Rayuan Jilid 8, muka surat 1470) perlu diambil kira. Pengiraan multiplier yang sesuai menggunakan kaedah direct multiplier yang diamalkan dalam kes-kes Bujang Bin Mat & Anor v Lai Tzen Hai & Anor [2004] 6 MLJ 376, Chandra Sekaran A/L Krishnan Nair Dan Satu Lagi v. Ayub Bin Mohamed Dan Satu Lagi [1994] 1 LNS 249, dan Zainab Ahmad lwn. Keretapi Tanah Melayu Bhd [2000] 2 CLJ 117 adalah seperti berikut—
74
74.5 tahun - 37 tahun = 37.5 tahun 37.5 tahun - 1/3 (kontigensi) = 25 tahun 25 tahun - 6 tahun (pre-trial) = 19 tahun
50
Oleh itu, pengiraan kos jagaan yang sepatutnya adalah – RM3,500.00 X 12 bulan x 19 tahun = RM798,000.00
51
Sehubungan dengan itu, Awad HMS sebanyak RM1,543,248.00 diketepikan dan digantikan dengan RM798,000.00. Rayuan Defendan bagi item ini dibenarkan sebahagian.
v
(v) Kos Peralatan (Teh Lin Prosthetic) - Awad HMS : RM50,890.00
52
HMS telah mengawadkan 4 item daripada senarai peralatan yang disyorkan oleh Teh Lin Prosthetic iaitu suction pump, custom made ankle orthosis, custom made hand splint dan pampers berjumlah RM50,890.00 berdasarkan jangka hayat 15 tahun. Plaintif-Plaintif berhujah bahawa 9 item lain sepatutnya juga diawadkan dan jangka hayat sepatutnya 36 tahun.
53
Mahkamah ini mendapati HMS tidak terkhilaf dalam hanya mengawadkan 4 item tersebut. 9 item yang tidak diawadkan mempunyai fungsi yang serupa dengan peralatan yang telah diambil kira dalam kos jagaan di rumah. Untuk mengelakkan double compensation, item-item ini tidak sepatutnya diawadkan secara berasingan.
54
Walau bagaimanapun, memandangkan Mahkamah ini telah memutuskan jangka hayat post-trial sebanyak 19 tahun (bukannya 15 tahun), awad bagi 4 item tersebut perlu dikira semula berdasarkan tempoh 19 tahun. Mahkamah ini mengarahkan pengiraan semula awad item-item tersebut berdasarkan 19 tahun.
55
Sehubungan dengan itu, Rayuan Defendan bagi item ini ditolak. Rayuan balas Plaintif ditolak sebahagian besarnya tetapi awad dikira semula berdasarkan jangka hayat 19 tahun. Bayaran Interim RM70,000.00
56
Defendan-Defendan berhujah bahawa HMS telah gagal membuat tolakan sejumlah RM70,000.00 iaitu bayaran interim yang telah dibayar kepada Plaintif Pertama mengikut Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 03/07/2023 di Rayuan Sivil No. JA-12A-17-06/2022. Plaintif-Plaintif tidak mengemukakan hujahan mengenai isu ini.
57
Mahkamah ini mendapati bahawa bayaran interim yang telah dibayar mestilah ditolak daripada jumlah gantirugi khas untuk mengelakkan pampasan berganda. Ini adalah prinsip asas undang-undang gantirugi.
58
Sehubungan dengan itu, Rayuan Defendan bagi item ini dibenarkan. Amaun RM70,000.00 hendaklah ditolak daripada jumlah gantirugi khas Plaintif Pertama. Gantirugi Khas Plaintif Kedua
i
(i) Kos Laporan Perubatan - RM40.00
59
Defendan berhujah bahawa kos laporan perubatan sepatutnya diawadkan di bawah kos tindakan dan bukannya gantirugi khas. Mahkamah ini bersetuju. Walau bagaimanapun, ini adalah isu klasifikasi yang tidak menjejaskan jumlah keseluruhan. Item ini hendaklah dipindahkan ke bawah kos tindakan.
Subparagraph
(ii) Kehilangan Sumber Pendapatan Plaintif Kedua
60
HMS telah menolak tuntutan kehilangan sumber pendapatan Plaintif Kedua (SGD194,400.00 / RM582,000.00) atas alasan bahawa Plaintif Kedua telah diberhentikan kerja akibat retrenchment semasa COVID-19, bukannya akibat kemalangan. Plaintif-Plaintif merayu keputusan ini.
61
Mahkamah ini mendapati HMS tidak terkhilaf. Keterangan menunjukkan bahawa Plaintif Kedua diberhentikan kerja oleh majikannya akibat pengurangan tenaga kerja semasa pandemik COVID-19, bukannya kerana beliau perlu menjaga Plaintif Pertama. Tambahan pula, memandangkan Mahkamah ini telah mengawadkan kos jagaan masa hadapan (sama ada di institusi mahupun di rumah), isu penjagaan Plaintif Pertama telah diambil kira secara berasingan.
62
Oleh itu Rayuan balas Plaintif bagi item ini ditolak. Isu Faedah Ke Atas Kos Masa Hadapan
63
Kedua-dua pihak bersetuju untuk membawa isu ini ke peringkat rayuan. Defendan-Defendan berhujah bahawa empat item gantirugi masa hadapan iaitu –
a
(a) kos jagaan;
b
(b) kehilangan sumber pendapatan;
c
(c) kos ambulans; dan
d
(d) kos peralatan tidak sepatutnya diawadkan faedah dari tarikh kemalangan memandangkan kos-kos tersebut belum terakru dan hanya akan terakru selepas keputusan diberikan (post-judgment).
64
Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan. Gantirugi bagi kos masa hadapan adalah pampasan bagi kerugian yang belum berlaku. Membenarkan faedah dari tarikh kemalangan ke atas awad masa hadapan akan memberikan pampasan berganda yang tidak adil. Prinsip ini selari dengan pendekatan yang diterima dalam Murtadza bin Mohamed Hassan v. Chong Swee Pian [1980] 1 MLJ 216.
65
Oleh itu, Mahkamah ini memerintahkan bahawa awad bagi empat item masa hadapan tersebut adalah tanpa faedah pra-penghakiman. Faedah ke atas awad masa hadapan hendaklah bermula dari tarikh penghakiman sahaja. Keputusan Mahkamah
66
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini memutuskan seperti berikut – A. Rayuan Defendan (JA-12B-35-06/2025) - Dibenarkan Sebahagian–
a
(a) Gantirugi am : Penolakan 10% bagi pertindihan (overlapping) dibenarkan. Awad global RM410,400.00 menggantikan RM456,000.00;
b
(b) Kehilangan pendapatan : Penolakan living expenses RM1,150.00 dibenarkan. Awad dikurangkan dari RM630,180.00 kepada RM475,527.50;
c
(c) Kos jagaan : Awad dikurangkan dari RM1,543,248.00 kepada RM798,000.00 (kos jagaan di rumah RM3,500.00/bulan X 12 X 19 tahun);
d
(d) Bayaran interim RM70,000.00 hendaklah ditolak dari jumlah gantirugi khas;
e
(e) Awad masa hadapan adalah tanpa faedah pra-penghakiman;
f
(f) Kos laporan perubatan Plaintif Kedua (RM40.00) dipindahkan ke bawah kos tindakan;
g
(g) Rayuan Defendan bagi gantirugi am spinal cord injury (RM400,000.00) ditolak;
h
(h) Rayuan Defendan bagi perbelanjaan perjalanan (RM7,500.00) ditolak; B. Rayuan Plaintif (JA-12B-36-06/2025) - Dibenarkan Sebahagian –
a
(a) Jangka hayat dipinda dari 15 tahun kepada 19 tahun (post-trial) berdasarkan statistik terkini. Kos ambulans ditingkatkan kepada RM22,800.00;
b
(b) Kos peralatan dikira semula berdasarkan jangka hayat 19 tahun;
c
(c) Rayuan Plaintif bagi peningkatan awad spinal cord injury kepada RM450,000.00 ditolak;
d
(d) Rayuan Plaintif bagi kepatahan tulang tibia/fibula/osteoarthritis ditolak;
e
(e) Rayuan Plaintif bagi kehilangan pendapatan (RM810,000.00) ditolak;
f
(f) Rayuan Plaintif bagi kehilangan sumber pendapatan Plaintif Kedua ditolak;
67
Memandangkan kedua-dua pihak telah berjaya sebahagian dan gagal sebahagian dalam rayuan masing-masing, Mahkamah ini tidak membuat sebarang perintah kos bagi kedua-dua rayuan. Bertarikh : 13 Mac 2026 -tandatangan-Dr Noradura binti Hamzah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil 2 Johor Bahru JA-12B-35-06/2025 – Peguamcara Perayu-Perayu : : Kala Lakshmi A/P Annamalai bersama dengan Azizi Bin Mohd Sarit @ Ahmad Shaghir Tetuan Othman Hashim & Co. Peguamcara Responden-Responden : : Shuroma Guha Thakurta Tetuan Manjit & Co. JA-12B-36-06/2025 – Peguamcara Perayu-Perayu : : Shuroma Guha Thakurta Tetuan Manjit & Co. Peguamcara Responden-Responden : : Kala Lakshmi A/P Annamalai bersama dengan Azizi Bin Mohd Sarit @ Ahmad Shaghir Tetuan Othman Hashim & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.