Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN NO. CA-A53KJ-169-06/2024
CA-A53KJ-169-06/2024
Sessions Court of Malaysia15 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“riations in the value of money. ‘And Lord Moncriff added, ‘As regards what falls to be paid in money the court must take note of changes in the value of money (per Lord Normand di dalam Sands v Devan [1945] SC 380). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 Kec”
“special damages have to be specifically pleaded is to comply with its object which is to crystallise the issue and to enable both parties to prepare for trial(per Edmund Davies LJ in Domsalla v. Barr [1969] WLR 630, 634). In special damages claims the exact loss must be **Note : Serial number will be used to verify the”
“le wasting. Laporan pakar tersebut adalah laporan keadaan terkini plaintif 1 oleh itu perlu diberi keutamaan. Rujukan dibuat kepada kes Mohammad Zulfahmy bin Musa v Perumal a/l Periyaraju & Satu Lagi [2021] MLJU 2286. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 34 K”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN NO. CA-A53KJ-169-06/2024
1
MOHD FIRDHAUS BIN MUSA [No. K/P: 860224-33-5783]
2
NORHASILAWATI BINTI IBRAHIM [No. K/P: 840827-11-5036] …PLAINTIF-PLAINTIF
1
DMAR UNGGUL ENTERPRISE [Syarikat No. 201703067166]
2
MUHAMAD FADHIL BIN MUHAMAD [No. K/P: 980207-06-5263] …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Selepas Bicara Penuh)
1
Tuntutan plaintif-plaintif ke atas defendan-defendan adalah berkaitan satu kemalangan jalanraya yang berlaku pada 31.1.2023 jam lebih kurang pukul 3.30 petang di persimpangan lampu isyarat Paya Besar, Jalan Gambang-Kuantan, Kuantan, Pahang Darul Makmur (“kemalangan tersebut”).
2
Berdasarkan tuntutan pindaan, terdapat dua(2) kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
3
Kenderaan-kenderaan yang dikenal pasti adalah sebuah motorsikal iaitu no. JEW 5455 yang ditunggang oleh plaintif 1 (“motorsikal plaintif tersebut”) dan motorvan no. WNC 7094 yang dipandu oleh defendan 2 (“motorkar defendan tersebut”).
4
Kes telah diteruskan dengan perbicaraan penuh.
5
Tuntutan plaintif 2 telah ditarik balik tanpa perintah untuk kos.
6
Adalah menjadi kes plaintif-plaintif bahawa kemalangan tersebut berlaku disebabkan motorvan defendan tersebut secara tiba-tiba dengan cuai sepenuhnya dan/atau sebahagiannya telah melanggar motorsikal plaintif tersebut dari arah belakang.
7
Defendan-defendan tidak menafikan fakta berkenaan kejadian kemalangan tersebut. Namun, pendirian defendan-defendan adalah kemalangan tersebut berlaku disebabkan keseluruhannya dan/atau sebahagiannya oleh kecuaian defendan 2 sebagai penunggang motorsikal plaintif tersebut.
8
Berdasarkan hujahan, pendirian defendan adalah plaintif 1 sememangnya telah mengubah haluan dan menceroboh laluan defendan sebelum berhenti di lampu isyarat selain telah gagal berhenti di tempat yang betul sebelum membuat pusingan balik.
9
Adakah pendirian defendan tersebut dirangkumi oleh pembelaan yang difailkan? Mahkamah menjawab soalan tersebut dengan “YA”.
10
Berdasarkan pendirian-pendirian di atas, Mahkamah mendapati terdapat percanggahan versi di sini.
11
Oleh itu, adalah menjadi pendekatan undang-undang yang jelas, tugas Mahkamah dalam situasi versi yang berbeza antara plaintif dan defendan adalah memutuskan versi mana yang lebih berkemungkinan.
12
Bagi tujuan tersebut kes Tabarani Bin Mohd Arsad v Chian Teen Yeu [1999] 2 AMR 1884 adalah berkaitan dan dirujuk.
13
Oleh itu, bukti-bukti yang neutral seperti rajah kasar dan kunci, gambar-gambar yang diambil dan keadaan dan sifat kerosakan yang dialami oleh kenderaan-kenderaan yang terbabit akan dipertimbangkan (rujuk kes Chai Kah Sim v Ishak bin Saad [1986] 2 MLJ 132).
14
Walau bagaimanapun, beban pembuktian atas dasar imbangan kebarangkalian adalah terletak di bahu plaintif bagi menunjukkan bahawa adalah besar kemungkinan kemalangan tersebut disebabkan motorkar defendan telah menceroboh laluan motorsikal plaintif dan bukan sebaliknya.
15
Ini adalah rajah kasar yang disediakan oleh Pegawai Penyiasat yang ditanda sebagai Eksibit P1 –
16
Berdasarkan rajah kasar di atas, kedua-dua pihak tidak mempertikaikan arah perjalanan kedua-dua kenderaan adalah dari bawah ke atas rajah kasar.
17
Dan adalah menjadi fakta yang tidak dipertikaikan juga bahawa kedua-dua kenderaan tersebut ingin membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat tersebut.
18
Berikut adalah dua (2) gambar yang diambil oleh saksi yang sama iaitu Pegawai Penyiasat yang ditanda sebagai Eksibit P2(J) dan P2(K)- Ini adalah pandangan sebagaimana rajah kasar. Arah kedua-dua kenderaan dari bawah ke atas dan ingin membuat pusingan U. Ini pula adalah pandangan dari arah bertentangan.
19
Apa yang menjadi kekangan dalam kes ini adalah-
a
Tiada saksi bebas walaupun jalan sibuk pada ketika itu.
b
Kemalangan berlaku pada 31.1.2023, tetapi laporan polis pertama hanya dibuat pada 14.2.2023. Itupun oleh plaintif 1 yang telah mengalami kecederaan dan dirawat.
c
Defendan 2 yang tidak mengalami kecederaan tidak membuat laporan pada hari yang sama atau keesokan harinya. Laporan hanya dibuat oleh beliau pada 6.3.2023. Apabila ditanya semasa pemeriksaan balas, defendan 2, SD1 tahu bahawa kewajipan beliau untuk membuat laporan polis awal lepas kejadian. Namun, apa yang berlaku adalah (1) selepas kemalangan, beliau turun untuk membantu plaintif 1, (2) Kemudian isterinya sampai dan defendan 2 mengajak untuk membuat laporan polis,
3
Isteri plaintif 1 minta “hold”dahulu sebab takut ganggu suaminya yang sedang ambil lesen L (berdasarkan keterangan pegawai penyiasat, SP1 memang betul plaintif 1 hanya mempunyai lesen L), (4) defendan 2 pun tidak tahu apa yang diberitahu oleh isteri plaintif 1 tersebut betul atau tidak, (5) defendan 2 buat laporan polis apabila syarikat terima surat untuk pergi ke balai.
d
Terdapat seorang (1) penumpang motorvan pada ketika itu yang dikenali sebagai Iqbal. Dan Iqbal tersebut tidak membuat laporan polis serta memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.
e
Oleh itu, apabila Pegawai Penyiasat ke tempat kejadian, sudah pasti tiada kesan akan diperolehi di tempat tersebut.
20
Mahkamah ini ingin mulakan dengan kerosakan kenderaan-kenderaan yang terlibat.
21
21.
Preamble
Mengikut Pegawai Penyiasat, SP1, kerosakan motorsikal plaintif adalah pada pemijak kaki hadapan. Tiada kerosakan di bahagian belakang motorsikal. Manakala kerosakan motorvan defendan adalah kesan calar pada bumper hadapan. Kemudian dikata kan kerosakan di sebelah kiri hadapan. Tiada kesan di bahagian depan tengah semasa pemeriksaan balas.
22
Persoalannya adalah, jika kedua-dua kenderaan adalah bergerak dari bawah ke atas rajah kasar dan ingin membuat pusingan U, bagaimana kerosakan-kerosakan tersebut diperolehi?
23
23.
Preamble
Menurut pegawai penyiasat, SP1-
a
Berdasarkan keterangan plaintif 1 yang merupakan penunggang motorsikal plaintif, plaintif 1 ingin membuat pusingan U di kawasan lampu isyarat tersebut.
b
Sebelum kemalangan motorsikal plaintif adalah di hadapan berhenti dan motorvan datang dari arah belakang.
c
Jadi semasa kemalangan berlaku, lampu baru hijau. Lepas tu sama-sama jalan. Lepas tu semasa hendak membelok, plaintif 1 dia membrek sedikit sebab nak ambil side sikit. Masa membelok tu, dia slow. Motorvan datang dari belakang langgar dia.
d
Kemudian, pegawai penyiasat, SP1 membuat demonstrasi berikut di hadapan Mahkamah-
24
24.
Preamble
Menurut pegawai penyiasat, SP1 kemalangan berlaku semasa membelok.
25
Daripada demonstrasi yang dibuat oleh pegawai penyiasat tersebut, ia menunjukkan bahawa motorsikal plaintif sebelum kemalangan berada di garisan A3-
26
Jika dibandingkan dengan gambar Eksibit P2(K), motorsikal plaintif berada di kawasan yang saya tandakan di bawah-
27
Akibat kemalangan ini, plaintif 1 telah mengalami kecederaan-kecederaan di bahagian kanan di mana kecederaan utama adalah closed fracture right lateral malleolus with syndesmotic joint disruption, deltoid ligament tear and posterior malleolus fracture. Ia adalah kecederaan di buku lali kaki sebelah kanan.
28
Oleh itu, adalah munasabah cara kemalangan berlaku adalah sebagaimana keterangan pegawai penyiasat tersebut.
29
Namun, ingin saya tekankan di sini bahawa keterangan pegawai penyiasat adalah merujuk kepada keterangan yang diberi kepada beliau oleh plaintif 1 semata-mata.
30
Persoalannya adalah, jika benar plaintif 1 ingin membuat pusingan U di kawasan tersebut, kenapa plaintif 1 tidak rapat ke sebelah kanan atau berada sebagaimana motorsikal dalam gambar di bawah (Eksibit P2(K) bagi memberi indikasi bahawa beliau ingin membuat pusingan U?
31
Oleh itu, Mahkamah ini cuba mendapatkan penjelasan daripada Pegawai Penyiasat, SP1 memandangkan siasatan beliau hanya berlandaskan apa yang diberitahu oleh plaintif 1.
32
Mahkamah ini bertanya adakah selain kemungkinan motorsikal plaintif berada di line A3 sebagaimana demonstrasi di atas, kenderaan tersebut sebenarnya datang dari A2-A3 dan baru masuk A4. Pegawai Penyiasat, SP1 menjawab, ada kemungkinan.
33
Dalam menentukan isu liabiliti ini, Mahkamah ini mendapati satu keterangan penting di mana kedua-dua pemandu motorsikal plaintif dan motorvan defendan mengatakan lampu isyarat sebelum kemalangan adalah merah lepas itu bertukar hijau dalam waktu yang pendek sahaja. Dan kemalangan tersebut, mengikut pegawai penyiasat, SP1 berlaku selepas lampu isyarat baru bertukar hijau.
34
Malangnya Pegawai Penyiasat, SP1 tidak menyiasat berapa lama lampu isyarat tersebut berwarna merah sebelum bertukar ke warna hijau.
35
Dalam mencari jawapan tersebut, Mahkamah ini merujuk kepada demonstrasi yang dibuat oleh plaintif 1, SP2 bagaimana kemalangan berlaku.
36
Plaintif 1, SP2 mengesahkan bahawa beliau berada di garisan A3 sewaktu berhenti.
37
Dan beliau juga menyatakan bahawa beliau telah berhenti lebih kurang 22 saat sebelum lampu isyarat bertukar warna hijau.
38
Ini adalah bagaimana kemalangan berlaku. Demonstrasi ini sama dengan apa yang ditunjukkan oleh pegawai penyiasat,
39
Sekali lagi perlu saya tekankan di sini adalah, keterangan pegawai penyiasat adalah berlandaskan kepada keterangan plaintif 1, SP1 kepada beliau.
40
40.
Preamble
Menurut plaintif 2, beliau berhenti di persimpangan lampu isyarat lebih kurang 22 saat sebelum lampu isyarat bertukar hijau. Dan beliau mengakui bahawa semasa berhenti beliau berada di garisan A3. Fakta yang sama dikemukakan oleh defendan 2 di mana motorsikal plaintif adalah di sebelah kiri.
41
Keterangan plaintif 1, SP2 melalui demonstrasi yang ditunjukkan masih tidak boleh menerangkan kenapa beliau berada di garisan A3 sebelum kemalangan dan malah dikatakan berada di hadapan.
42
Sebelum itu, peguam defendan membangkitkan isu berkenaan kegagalan plaintif 1 untuk menyatakan fakta bahawa kemalangan berlaku semasa beliau membuat pusingan U dalam laporan polis dan juga pliding, pada pendapat Mahkamah adalah tidak memberi kesan kepada keputusan Mahkamah ini berkenaan isu liabiliti.
43
Perenggan 5 Pernyataan Tuntutan Terpinda telah menyatakan-
44
Fakta yang diplidkan “semasa plaintif pertama meneruskan perjalanan”, bagi Mahkamah ini, adalah mencukupi untuk merangkumi situasi yang dibentangkan semasa perbicaraan kes ini.
45
Malah, walaupun laporan polis plaintif 1, SP2 tidak menyatakan secara terperinci berkenaan fakta membuat pusingan U tersebut, keterangan pegawai penyiasat menunjukkan bahawa fakta tersebut telah dinyatakan oleh plaintif 1, SP2 semasa proses rakaman percakapan dibuat.
46
Oleh itu, kegagalan yang dibangkitkan oleh pihak defendan tersebut bukanlah suatu isu yang menggagalkan kes pihak plaintif secara simpliciter.
47
Berbalik kepada demonstrasi yang dibuat oleh plaintif 1, SP2 di atas, ianya amat berbeza dengan keterangan defendan 2, SD1 dalam kes ini.
48
48.
Preamble
Menurut defendan 2, SD1-
a
Semasa beliau sampai di persimpangan tersebut, lampu isyarat adalah bewarna merah.
b
Motorvan defendan berada di hadapan sekali (plaintif 1 mengatakan beliau yang berada di hadapan).
c
Dalam 2 saat, lampu isyarat bertukar hijau dan beliau bergerak.
d
Defendan 2, SD1 tidak bersetuju dengan cadangan peguam plaintif bahawa semasa beliau sampai di persimpangan lampu isyarat, lampu telah bertukar hiaju dan beliau teruskan perjalanan.
e
Motorsikal plaintif datang dari kiri ke kanan masuk ke laluan defendan dan menyebabkan kemalangan.
f
Walaupun dalam laporan polis beliau menyatakan bahawa dalam kemalangan tersebut, motorvan telah melanggar tayar belakang motorsikal plaintif, defendan 2 menjelaskan maksud tayar belakang adalah sebelah kanan tayar belakang.
g
Beliau tidak bersetuju dengan cadangan peguam plaintif dan juga keterangan pegawai penyiasat bahawa bahagian motorsikal yang dilanggar adalah di pemijak kaki sebelah kanan.
49
Sebelum saya pergi kepada demonstrasi yang dibuat oleh defendan 2, saya ingin tekankan di sini bahawa kedua-dua laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pihak dalam kes ini tidak mempunyai fakta-fakta penting yang sepatutnya ada.
50
Sebabnya mudah. Kedua-dua pihak membuat laporan polis tersebut amat lewat.
51
Pegawai Penyiasat, SP1 pula gagal menjalankan siasatan secara menyeluruh. Mungkin disebabkan faktor kelewatan laporan polis dibuat.
52
Pihak plaintif 1 gagal menyatakan dalam laporan polis beliau fakta penting bahawa kemalangan berlaku ketika beliau ingin membuat pusingan U.
53
Pihak defendan 2 pula gagal menyatakan bahawa apa yang dilanggar adalah tayar belakang motorsikal di sebelah kanan. Dan bukan hanya tayar belakang.
54
Oleh itu, kesemua laporan tersebut serta keterangan-keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak saya akan teliti dengan amat berhati-hati berdasarkan bukti-bukti senyap dan bebas yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini terutamanya gambar-gambar dan juga kecederaan.
55
Berbalik kepada demonstrasi yang dibuat oleh defendan 2, SD1. Saya di hadapan sekali Motorsikal ni dari sini (dari kiri motorvan dari laluan A2-A3) Semasa baru hijau, semasa baru nak jalan dalam 2 second, saya baru nak masuk gear, dia (motorsikal) ke depan, dia brek. Dia ingat mungkin merah lagi lah kot. Masa tu saya jalan, terlanggar dia kat tepi tu
56
Dengan mempertimbangkan keterangan-keterangan dan bukti-bukti yang dikemukakan, ia jelas atas imbangan kebarangkalian bahawa versi pihak defendan adalah lebih berkemungkinan dan menjawab kepada persoalan saya di atas iaitu “jika benar plaintif 1 ingin membuat pusingan U di kawasan tersebut, kenapa plaintif 1 tidak rapat ke sebelah kanan atau berada sebagaimana motorsikal dalam gambar di bawah (Eksibit P2(K) bagi memberi indikasi bahawa beliau ingin membuat pusingan U”.
57
Namun, defendan 2 sendiri telah menyatakan dalam keterangan beliau bahawa beliau nampak motorsikal plaintif 1 datang dari arah kiri ke kanan dan beliau sedar bahawa keadaan jalan adalah agak sibuk. Oleh itu tahap berhati-hati perlulah lebih tinggi sebelum pergerakan dibuat terutamanya mengambil kira kehadiran penunggang-penunggang motorsikal yang bersikap seperi plaintif 1.
58
Oleh itu, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah mendapati bahawa pihak plaintif 1 adalah 80% bertanggungjawab dalam kemalangan ini dan 20% adalah di pihak defendan 2.
59
Dalam memutuskan apakah award yang berpatutan bagi kecederaan-kecederaan di atas, Mahkamah telah berpandu kepada prinsip-prinsip dan perkara-perkara, inter alia, berikut-
a
Mahkamah perlu mempertimbangkan keseluruhan keadaan kes tersebut.
b
Award yang ingin diberi oleh Mahkamah perlulah satu jumlah yang adil untuk memberi pampasan kepada plaintif.
c
Jumlah award tersebut tidak boleh terlalu berlebih-lebihan sehingga menyebabkan ketidakadilan kepada defendan.
d
Gantirugi diberikan hendaklah berdasarkan kecederaan-kecederaan yang dialami dan kesakitan serta penderitaan yang ditanggung akibat kecederaan-kecederaan tersebut. Isu pertindihan boleh berlaku apabila terdapat kecederaan yang banyak.
60
Dalam kes Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 MLJ 1 Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut-It is trite that damages serve as compensation, not a reward, less still punishment (see Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 MLJ 324; [1983] 2 CLJ 198 … In assessing damages the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court should not descend into a domain of speculation. The evaluation of those evidence, which form the basis of any risk or future damages, must therefore still be undertaken. And the trial judge can only evaluate such damages based on recognised balance of probabilities standard …
61
Mahkamah Persekutuan turut menyatakan dalam United Plywood and Sawmill Ltd v Lock Ngan Loi [1970] 2 MLJ 237 - …the assessment of damages in cases of personal injury is one of the most difficult things for either a judge in the first instance or a Court of Appeal. When a man has lost his arm there is no sum in the world that can in the true sense compensate for it. Yet compensation in the form of money is the only way in which he can be granted redress for the injury he had suffered. It is neither possible nor desirable for damages for the loss of an arm to be standardized or rigidly classified, as no two cases are ever alike. But in order to maintain some semblance of uniformity, the amount awarded in past cases, which bear reasonable comparison with the case under review, should serve as a useful guide.
62
Since we must perforce measure the damage in money, we must, I think, take account of large and relatively permanent variations in the value of money. ‘And Lord Moncriff added, ‘As regards what falls to be paid in money the court must take note of changes in the value of money (per Lord Normand di dalam Sands v Devan [1945] SC 380). Kecederaan Yang Dialami oleh Plaintif
63
Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, saya teruskan dengan taksiran gantirugi kecederaan-kecederaan yang dialami oleh plaintif-plaintif.
64
Sebelum itu, saya akan ringkaskan di sini senarai kecederaan yang dihujahkan oleh kedua-dua pihak-Plaintif Defendan Fracture Over Lateral Malleolus With Syndesmotic Joint Dsruption And Talotibial Subluxation, Deltoid Ligament Tear And Posterior Malleolus Fracture RM80,000.00 Closed fracture right lateral malleolus with syndesmotic joint disruption, deltoid ligament tear and posterior malleolus fracture RM30,000.00 Muscle Wasting -1 cm right thigh -1 cm right calf RM15,000.00 Muscle Wasting Abrasion Wound Over Medial & Lateral Malleoli Abrasion wound over medial and lateral malleoli Multiple Scars-A 5x3 cm hypertrophic surgical scar over the lateral aspect of the right leg-A 13 x 3 cm hypertrophic surgical scar over the lateral aspect of the right leg-A 7 x 3 cm hypertrophic surgical scar over the medial aspect of the right ankle-A 2 x 1 cm hypertrophic surgical scar over the medial aspect of the right ankle RM35,000.00 Scars Medial malleolus 5 cm Distal 3rd leg to lateral malleolus 10 cm Distal 3rd leg laterally 3 cm RM4,000.00 Pain And Suffering For Future Operation RM25,000.00 Tiada hujahan
65
Senarai kecederaan di atas adalah disokong oleh dokumen-dokumen berikut yang mana telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak tertakluk kepada hujahan-
a
Laporan perubatan plaintif 1 bertarikh 26.4.2023 daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan yang disediakan oleh Dr Muhammad Iman bin Azman (Ikatan B, muka surat 16-18)
b
Laporan perubatan penjelasan plaintif 1 bertarikh 17.7.2023 dari Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan yang disediakan oleh Dr Muhammad Iman bin Azman (Ikatan B, muka surat 19-20)
c
Laporan perubatan plaintif 1 bertarikh 26.9.2023 daripada IIUM Medical Specialist Centre (IMSC) yang disediakan oleh Dato’Dr Muhamad Syafiz Ahmad Ismani (Ikatan B, muka surat 21-23)
d
Laporan perubatan pakar ortopedik plaintif 1 bertarikh 3.6.2024 daripada Sultan Ahmad Shah Medical Centre @ IIUM yang disediakan oleh Dr Ardilla Hanim binti Abdul Razak (Ikatan B, muka surat 24-35)
e
Laporan perubatan pakar ortopedik pihak defendan bertarikh 30.12.2024 daripada KPJ Pahang Specialist Hospital Sdn Bhd yang disediakan oleh Dr Yong Teng Choy (Ikatan C, muka surat 1-2)
66
Kecederaan (1) Plaintif Defendan Fracture Over Lateral Malleolus With Syndesmotic Joint Dsruption And Talotibial Subluxation, Deltoid Ligament Tear And Posterior Malleolus Fracture RM80,000.00 Closed fracture right lateral malleolus with syndesmotic joint disruption, deltoid ligament tear and posterior malleolus fracture RM30,000.00 Hujahan Plaintif Dalam kes Muhammad Shabirin bin Jamaludin v Ishar bin Ahmad [2016] 1 PIR [20] Mahkamah Sesyen membenarkan RM68,000.00 bagi Left ankle and foot injuries - united fracture of the left lower fibula and open fracture of the left lateral malleolus where the plaintiff as a result suffered from a disruption of the ankle joint with damage to the articular surface of the talus and lower tibia, stiffness and limited movements of the ankle joint, stiffness of the foot, walks with a limping gait, future secondary osteoarthritis of the ankle joint due to articular damage and the ankle is contracted in an equinus position which will cause a painful limping gait), amputation of the left big toe and left little toe (Note: The plaintiff as a result suffers from inability to stand on tip toes and weakness of left foot causing inability to run, jump, hop and climb), degloving injury over the left dorsum foot and laceration wound over the distal end of the left leg downward to the foot measuring about 20 cm in length. Dalam kes Ahmad bin Abdullah v Abd Nor Azman bin Abd Wahab & Anor (Pacific & Orient Insurance Co Bhd – Intervener) [2014] 1 PIR [68] Hakim Mahkamah Sesyen telah membenarkan RM60,000.00 bagi Closed fracture of the right lateral malleolus, degloving injury at the medial aspect of the right tibia, laceration wound over the lateral aspect of the right ankle, degenerative arthritis of the right ankle joint, muscle wasting and subluxation of the right ankle. Dalam kes Siti Aminah binti Rafli & Anor v Mohd Shadrul Idham bin Sharizan [2015] 2 PIR [37] Hakim Mahkamah Sesyen telah membenarkan RM50,000.00 untuk Closed fracture of the right lateral malleolus with syndesmotic joint disruption, open fracture base of the right second, third and fourth metatarsal bones and open right pseudo-Jones and navicular bone fractures (Note: The plaintiff as a result suffered from pain on walking long distances and climbing staircases, inability to squat and sit cross legged and post traumatic osteoarthritis). Hujahan Defendan Revised Compendium 2018 Dalam kes Ariff Muzani bin Zakaria v Nurul Huda binti Ahmad & Anor [2023] 1 PIR [21], Mahkamah Sesyen telah membenarkan RM35,000.00 untuk Fracture distal 3rd of the right fibula with lateral subluxation of the talo-tibia (ankle joint) and disruption of the syndesmotic ligament. Dalam kes Muhammad Fariz bin Mohd Ghafar v Muhammad Faizal bin Mohd Ghafar & Anor [2023] 1 PIR [15] Mahkamah Majistret telah membenarkan RM36,000.00 bagi Closed fracture distal third of the left fibula, closed fracture of the medial malleolus and syndesmotic joint disruption of the left ankle (global award). Dalam kes Mohamad Sabri bin Azami v Mohd Fahrudin bin Ishak & Anor [2020] 2 PIR [28], Mahkamah Sesyen telah membenarkan RM23,000.00 untuk Bimalleolar fracture of the left ankle. Dalam kes Ismail bin Abdul Rahman v Shamsul Arifin b Rafiq [2018] 1 PIR [57] Mahkamah Sesyen membenarkan RM15,000.00 bagi Open trimalleolar fracture of the right ankle. Keputusan Mahkamah Mahkamah bersetuju dengan hujahan defendan dan membenarkan
67
Kecederaan (2) Plaintif Defendan Muscle Wasting -1 cm right thigh -1 cm right calf RM15,000.00 Muscle Wasting Hujahan Plaintif Dalam kes Nor Azizah binti Miskan v Noor Fadhilah binti Nisman & Anor [2022] 1 PIR [26], Mahkamah Sesyen telah membenarkan RM10,000.00 untuk Muscle wasting in the left thigh and left calf. Dalam kes Diniyarif bin Fairus 'Shaba v Jaafar bin Abu & 3 Ors [2022] 1 PIR [21], Mahkamah Sesyen telah membenarkan RM10,000.00 untuk Muscle wasting (2 cm in the right calf and thigh). Hujahan Defendan Merujuk kepada laporan pakar ortopedik defendan, plaintif 1 tidak mengalami sebarang keilatan muscle wasting. Laporan pakar tersebut adalah laporan keadaan terkini plaintif 1 oleh itu perlu diberi keutamaan. Rujukan dibuat kepada kes Mohammad Zulfahmy bin Musa v Perumal a/l Periyaraju & Satu Lagi [2021] MLJU 2286. Keputusan Mahkamah Dalam kes ini, plaintif 1 ada mengalami muscle wasting sebagaimana dalam laporan pakar plaintif. Namun, ianya tidak berkekalan apabila keilatan tersebut tidak lagi didiagnos oleh pakar defendan. Oleh itu, Mahkamah membenarkan RM5,000.00
68
Kecederaan (3) Plaintif Defendan Multiple Scars-A 5x3 cm hypertrophic surgical scar over the lateral aspect of the right leg. -A 13x3 cm hypertrophic surgical scar over the lateral aspect of the right leg. -A 7 x 3 cm hypertrophic surgical scar over the medial aspect of the right ankle-A 2x1 cm hypertrophic surgical scar over the medial aspect of the right ankle RM35,000.00 Scars Medial malleolus 5 cm Distal 3rd leg to lateral malleolus 10 cm Distal 3rd leg laterally 3 cm RM4,000.00 `Hujahan Plaintif Dalam kes Tay Mook Seng & Anor v Entulu anak Anil & Anor [2014] 2 PIR [121], Mahkamah Sesyen telah membenarkan RM30,000.00 untuk multiple scars. Akibat kemalangan, plaintif turut mengalami kecederaan-kecederaan berikut-
1
Amputation of the right upper limb at shoulder level 2. Cerebral concussion
3
Cervical spine injury with fractures of the C6, C7 and T1 4. Loss of consciousness – in a comatose state for a period of 10 days 5. Multiple right 4th-6th ribs fractures with pneumothorax 6. Severe head injury with intracranial bleed Dalam kes Muhammad bin Hassan v Lam Ngit Choi & Anor [2017] 1 PIR [40] Mahkamah Sesyen telah membenarkan RM35,000.00 untuk multiple scars yang dinyatakan seperti berikut oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana- [82] Plaintif telah mengalami banyak kesan parut akibat kemalangan dan juga akibat daripada pembedahan. Untuk award ini mahkamah mengawardkan secara global parut yang terdapat di anggota atas dan bawah badan. Akibat kemalangan ini, plaintif mengalami kecederaan-kecederaan berikut-
1
1.Closed fracture of the left radius and ulna 2.Closed fracture of the right patella 3.Closed fracture of the right radius and ulna 4.Fracture of the facial bones – closed left bilateral orbital wall fracture, closed left submandibular fracture, closed fracture of the bilateral maxillary sinus wall and closed fracture of the nasal bone/septum 5.Fracture of the skull – closed fracture of the bilateral frontal bones, closed fracture of the bilateral greater wings of the splenid, closed fracture of the bilateral splenid sinuses and closed fracture of the right lateral pterygoid plate *325 6.Laceration wounds over the left upper eyelid with 6 cm exposed tear, left frontal bones and left parietal 7.Left eye conjunctiva trauma/haemorrhage 8.Loss of consciousness 9.Mild head injury with intracranial bleeding 10.Multiple facial abrasion wounds 11.Open book (Tile's C) pelvic fracture – pubic symphysis diathesis, right inferior pubic rami fracture and right sacroiliac disruption 12.Open fracture of the right femur 13.Right periorbital haematoma Dalam kes Simon Raj a/l Thevadas Anbalagan v Haikal Akmal bin Salihin & Anor [2022] 1 PIR [34], Mahkamah Sesyen membenarkan RM30,000.00 untuk Multiple scars (2 cm laceration scar over the chin, 5 cm × 1 cm laceration scar over the right thigh, 5 cm × 1 cm and 2 cm × 1 cm surgical scars over the right hip, 8 cm × 1 cm surgical scar over the lateral aspect of the right leg, 8 cm × 1 cm surgical scar over the right mid-thigh, 9 cm × 2 cm and 10 cm × 6 cm degloving injury scars over the right elbow, 12 cm × 1 cm surgical scar over the right iliac crest, 18 cm × 15 cm skin donor site scars over the left thigh, 18 cm × 2 cm laceration scar over the right calf, 18 cm × 7 cm degloving injury scar over the right leg covered with split skin graft and 12 pin site scars over the right thigh and the right leg). Hujahan Defendan Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018- Keputusan Mahkamah Mahkamah membenarkan amaun sebanyak RM5,000.00
69
Kecederaan (4) Plaintif Defendan Abrasion Wound Over Medial & Lateral Malleoli Abrasion wound over medial and lateral malleoli Hujahan Plaintif Dalam kes Abdul Razak bin Bazheer Ahamed & Anor v Ng Kuang Yew & Anor [2017] 1 PIR [59], Mahkamah Sesyen telah membenarkan RM7,000.00 untuk 3 cm x 5 cm and 3 cm x 4 cm abrasion wounds over the bilateral elbow and swollen and tender right elbow. Dalam kes Papathi v Ahmad Alkiff Hafizi bin Abd Wahab [2018] 2 PIR [30] Mahkamah Sesyen telah membenarkan RM10,000.00 untuk Abrasions over the right forearm, right flank, right iliac fossa, right shin and left knee. Hujahan Defendan Keputusan Mahkamah Mahkamah membenarkan amaun sebanyak RM3,000.00
70
Kecederaan (5) Plaintif Defendan Pain And Suffering For Future Operation RM25,000.00 Tiada hujahan Hujahan Plaintif Laporan pakar plaintif – muka surat 30 Ikatan B, perenggan 6- Dalam kes Koh Lai Hoo & Anor v Tan Lie Yi (p) & Anor [2018] 1 PIR [34], Mahkamah Sesyen telah membenarkan RM15,000.00 untuk Pain and suffering during future surgeries. Berikut adalah kenyataan Hakim Mahkamah Sesyen- 9) Kos pembedahan pada masa akan datang [29] Mahkamah ini membenarkan award bagi pembedahan-pembedahan yang akan dilalui oleh plaintif pertama di masa hadapan seperti yang dicadangkan dalam laporan pakar plaintif. a) Bone grafting – RM8,000.00; b) Removal of interlocking nail – RM6,000.00; c) ACL reconstruction – RM22,000.00. Keputusan Mahkamah Mahkamah membenarkan amaun sebanyak RM10,000.00 (tanpa faedah)
71
Berkenaan gantirugi khas ini, secara prinsipnya pihak yang menuntut perlulah menyatakan gantirugi tersebut secara spesifik dan seterusnya membuktikan dengan ketat.
72
Prinsip ini telah digariskan oleh Syed Agil Barakbah FJ (pada ketika itu) di dalam kes Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] CLJ Rep 300 seperti berikut- It is a well-established principle that special damages in contrast to general damages, have to be specifically pleaded and strictly proved. They are recoverable only where they can be included in the proper measure of damages and are not too remote (see Halsbury's Laws of England 4th Edn., Vol. 11 p. 218 para. 386). That in our view is the cardinal principle adopted by all Courts both in England and this country. The same principle was adopted by Ong Hock Thye FJ (as he then was) in Lee Hup Transport & Co. and Anor. v. Wong Kong [1967] 1 LNS 215[1967] 2 MLJ 93 which was an appeal on quantum of damages. Quoting an excerpt from the judgment of Wilmer LJ in Ilkiw v. Samuels [1963] 1 WLR 991 he held that the general damages should not be awarded as though they were special damages properly pleaded and proved. Similarly Chang Min Tat FJ (as he then was) in Murtadza bin Mohamed Hassan v. Chong Swee Pian [1979] 1 LNS 57applied the principle in Ilkiw v. Samuels (supra) that special damages if pleaded as in that case could be recovered. The principle was also adopted by Mohamed Azmi J (as he then was) in Sam Wun Hoong v. Kader Ibramshah [1981] 1 MLJ 295 in the Federal Court. The reason that special damages have to be specifically pleaded is to comply with its object which is to crystallise the issue and to enable both parties to prepare for trial(per Edmund Davies LJ in Domsalla v. Barr [1969] WLR 630, 634). In special damages claims the exact loss must be pleaded where the precise amount of item of damages has become clear before the trial either because it has already occurred and so become crystallised or because it can be measured with complete accuracy (MacGregor on Damages 14th Edn., p. 1012 para. 1498). The purpose is to put the defendants on their guard and tell them what they have to meet when the case comes on trial (per Cotton LJ in Phillips v. Phillips [1878] 4 QBD 127, 139).
73
Berkenaan bukti pula, bukti terbaik yang ada perlulah dikemukakan untuk menyokong sesuatu tuntutan.
74
Namun “where the damage suffered by the plaintiff is obvious, essential and necessary, the Courts have awarded a reasonable sum without insistence of strict proof depending of course on the circumstances of each case. However, the Court should as a general rule, wherever possible, insist on the strict compliance with rules of evidence”.1 1 S.Santhana Dass, Personal Injury Claims, Alpha Sigma Sdn Bhd (2000), page 10
75
Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, saya telah menjadualkan item-item yang dihujahkan seperti berikut. Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan a. Gantirugi bagi kehilangan barang-barang peribadi RM200.00 Keterangan SP2 di Q&A no. 12 tidak dicabar langsung Ditolak Tidak disokong dengan apa-apa bukti. Keputusan Mahkamah-Mahkamah bersetuju dengan defendan. Item ini ditolak – RM00.00. Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan b. Kos Dokumen Polis, Laporan Perubatan dan JPJ Laporan perubatan IIUM RM250.00 Keterangan SP2 di Q&A no. 12 tidak dicabar langsung. Keterangan SP2 di Q&A no. 14 dan resit-resit Eksibit P5 di muka surat 55-58 Ikatan B. RM1,500.00 Rujuk m/s 58 Ikatan B bagi jumlah RM1,000.00 dan m/s 56 Ikatan B bagi jumlah RM500.00 Dua resit yang sama berjumlah RM500 telah difailkan. Oleh itu jumlah bagi item ini hanyalah RM1500 Tiada persetujuan berkenaan dengan hujahan defendan untuk dimasukkan ke dalam kos. sahaja dan bukan RM2000 seperti yang dihujahkan plaintif. Pohon dimasukkan ke dalam kos. Keputusan Mahkamah-Mahkamah bersetuju dengan defendan. Item ini dibenarkan sebanyak RM1,500.00. Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan c. Kos laporan perubatan pakar Orthopedik RM1,010.00 Keterangan SP2 di Q&A no. 15 dan resit di muka surat 59 dan 60 Ikatan B yang ditanda sebagai Eksibit P6. Tiada persetujuan berkenaan dengan hujahan defendan untuk dimasukkan ke dalam kos. RM1,010.00 Resit bertarikh 27.6.2024 dari Medi Analytics – muka surat 58 Ikatan B Pohon dimasukkan ke dalam kos. Keputusan Mahkamah-Mahkamah membenarkan item ini sebanyak RM1,010.00. Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan d. Kos laporan perubatan pakar Orthosis Item ditarik balik oleh plaintif Keputusan Mahkamah-Item dibatalkan Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan e. Kos Bil Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan RM175.00 Keterangan SP2 di Q&A no. 16 dan Eksibit P7 muka surat 52 Ikatan B. RM175.00 Resit no. KTN1294621 muka surat 56 Ikatan A Keputusan Mahkamah-Mahkamah membenarkan jumlah RM175.00. Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan f. Kos ‘harwany ess fish w RM90.00 Keterangan SP2 di Q&A no. 17 dan Eksibit P8 muka surat 53 Ikatan B Ditolak Resit yang dikemukakan tidka mempunyai nama bagi menunjukkan bahawa item ini telah dibayar oleh dan untuk Tiada juga bukti menunjukkan bahawa item ini berkaitan dengan kemalangan. Keputusan Mahkamah-Ini adalah pembelian supplement ikan haruan. Mahkamah bersetuju dengan plaintif. Item ini dibenarkan sebanyak RM90.00. Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan g. Kos perkhidmatan perubatan kesihatan dan pergigian RM25.00 Keterangan SP2 di Q&A no. 18 dan Eksibit P9 di muka surat 50 dan 54 Ikatan B RM25.00 Bersetuju dengan plaintif Keputusan Mahkamah-Mahkamah membenarkan item in dengan jumlah RM25.00. Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan h. Kos Alpro Alliance (Pahang) Sdn Bhd RM42.50 Keterangan SP2 di Q&A no. 19 dan Eksibit P10 muka surat 51 Ikatan B Ditolak Resit yang dikemukakan tidka mempunyai nama bagi menunjukkan bahawa item ini telah dibayar oleh dan untuk Tiada juga bukti menunjukkan bahawa item ini berkaitan dengan kemalangan. Keputusan Mahkamah-Ini adalah pembelian untuk pain relief medicine. Mahkamah bersetuju dengan plaintif. Item ini dibenarkan sebanyak RM42.50. Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan i. Kos perbelanjaan perjalanan dan makanan ulang-alik ke Hospital Kuantan pada RM100.00 sehari selama 13 hari yang ditanggung keluarga RM1,300.00 Keterangan SP2 di Q&A no. 20 tidak dicabar langsung dan kes Mat Jusoh bin Daud v Syarikat Jaya Seberang Tarik Sdn Bhd [1982] 2 MLJ 71 Ditolak Rumah (kampung Razali) ke Hospital Kuantan adalah Cuma kira-kira 6km sahaja. Oleh itu adalah mustahul sejumlah RM100 telah dibelanjakan bagi item ini. Dalam apa-apa jua keadaan, memandangkan tiada resit dikemukakan dan ahli keluarga SP2 bukanlah plaintif dalam kes ini, maka tuntutan perlu ditolak. Keputusan Mahkamah-Dengan mengambil kira jarak 6 km sebagaimana yang dihujahkan oleh defendan, Mahkamah membenarkan nominal award sebanyak RM300.00 Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan j. Kos perbelanjaan perjalanan dan makanan ulang-alik ke Hospital Kuantan pada RM100.00 sehari selama 6 kali untuk rawatan susulan RM600.00 Keterangan SP2 di Q&A no. 21 tidak dicabar langsung dan kes Mat Jusoh bin Daud v Syarikat Jaya Seberang Tarik Sdn Bhd [1982] 2 MLJ 7 Ditolak Tidak disokong dengan apa-apa bukti. Tiada kad temujanji difailkan. Keputusan Mahkamah-Mahkamah bersetuju dengan defendan. Item ini ditolak – RM00.00. Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan k. Kos rawatan tradisional Item ditarik balik Keputusan Mahkamah-Item dibatalkan Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan l. Kos makanan berkhasiat yang masih berterusan Item ditarik balik Keputusan Mahkamah-Item dibatalkan Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan m. Kos ubat-ubatan yang masih berterusan Item ditarik balik Keputusan Mahkamah-Item dibatalkan Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan n. Kos penjagaan (nursing care) yang masih berterusan Item ditarik balik Keputusan Mahkamah-Item dibatalkan Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan o. Kos rawatan dan pembedahan masa depan Keterangan di Q&A no. 23 untuk keluarkan implant yang disyorkan oleh Dr Pakar Plaintif di perenggan 6 muka surat 30 Ikatan B Asso Prof Dr Ardilla Hanim binti Abdul Razak telah menyatakan-Doktor pakar ortopedik defendan, Dr Yong Teng Choy menyatakan bahawa tiada keperluan untuk keluarkan impan. Dan laporan pakar dfendan adalah laporan terkini yang diperoleh selepas 1 tahun 10 bulan dari tarikh kemalangan. The patient should be given an option and provision for implant removal. Retained implant have the following potential risks among others causation of pain, implant prominence, weight shielding, acting as a stress riser, risk of infection loosening, migration of implant, adhesion of soft tissue and restriction of motion as well as pain during cold weather. Oleh itu lebih kredibel dan lebih boleh dipercayai. Semasa memberi keterangan plaintif 1 menyatakan ingin mengeluarkan implant di hospital swasta tetapi gagal mengemukakan sebarang alasan munasabah. Plaintif 1 dari tarikh berjumpa doktor pakar ortopedik pada 3.6.2024 hingga tarikh bicara tidak menjalankan sebarang pembedahan di hospital swasta. Keputusan Mahkamah-Sememangnya pakar defendan adalah pakar terakhir ditemui oleh plaintif 1. Fakta ini tidak dapat dinafikan. Jarak antara pertemuan kedua-dua pakar adalah lebih kurang 5 bulan (3.6.2024)- (3.11.2024). Semasa bertemu dengan pakar plaintif, he is able to return to his previous duties but with a reduced level of activity and productivity. As a result of the injury sustained, he is currently unable to do the following activities – climb, run, drive for long and squat. Plaintif 1 pada ketika itu bekerja sebagai Factory Operator. Keputusan X-Ray menunjukkan- Lima bulan berikutnya, plaintif 1 menyatakan fakta ini kepada pakar defendan-Kepiutusan X-Ray menunjukkan-Item yang dituntut adalah apa yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Oleh itu, Mahkamah ini memilih untuk bersetuju dengan pakar plaintif yang mengesahkan keadaan buku lali yang telah sembuh, namun tetap mempertimbangkan kemungkinan keperluan masa hadapan plaintif 1 dalam pembedahan masa hadapan. Oleh itu, Mahkamah membenarkan item ini sebanyak 1/3 daripada jumlah yang dituntut – RM3,333.00. Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan p. Kos rawatan fisioterapi RM15,360.00 Hujahan Plaintif Hujahan Defendan Keputusan Mahkamah Saya ingin mengulangi latar belakang berkenaan laporan perubatan pakar plaintif dan defendan untuk item “o”di sini. Apa yang sebenarnya dicadangkan oleh pakar plaintif? Mahkamah telah meneliti laporan pakar plaintif di muka surat 29-30 Ikatan B dan Mahkamah ini bersetuju dengan pihak defendan bahawa tiada keterangan pun yang menunjukkan bahawa rawatan-rawatan tersebut perlu dibuat secara berasingan. Adakah fisioterapi ini diperlukan? Tiada bukti bahawa plaintif 1 menghadiri rawatan fisioterapi sebelum perbicaraan ini. Memandangkan, (1) item ini diplidkan untuk rawatan fisioterapi pada masa hadapan,
2
Mahkamah ini telah membenarkan pembedahan masa hadapan sebagaimana keputusan di atas, dan (3) tiad aketerangan bahawa rawatan-ratwan yang dicadangkan tersebut perlu dibuat berasingan, maka Mahkamh ini membenarkan item ini untuk jumlah nominal sebanyak RM3,840.00. Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan q. Kos rawatan rehabilitasi Item ditarik balik Keputusan Mahkamah-Item dibatalkan Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan r. Kos alat prosthesis/orthosis/shoe raise/brace Item ditarik balik Keputusan Mahkamah-Item dibatalkan Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan s. Gantirugi kehilangan pendapatan RM4,500.00 Hujahan Plaintif Hujahan Defendan Keputusan Mahkamah Fakta bahawa plaintif 1 bekerja sebagai operator di kilang elektronik sebelum dan semasa kemalangan adalah tidak dipertikaikan. Keterangan plaintif 1 di hadapan pakar plaintif dan pakar defendan sebagaimana dalam laporan juga menunjukkan bahawa beliau hanya mula bekerja selepas tujuh (7) bulan. Dalam pemeriksaan balas, peguam defendan telah bertanyakan beberapa soalan untuk mengesahkan jumlah cuti sakit iaitu selama enam (6) bulan. Tiada cabaran berkenaan fakta dan keterangan plaintif 1 bahawa beliau menerima gaji sebanyak RM1,500.00 sebagaimana soalan dan jawapan no. 24 dan no.25. Cabaran dikemukakan berkenaan isu sama ada dalam tempoh tiga (3) bulan yang dikatakan oleh plaintif 1 tidak dibayar gaji adalah berkaitan pengesahan majikan berkenaan perkara tersebut kerana dokumen yang dirujuk tidak jelas berkenaan pemotongan tersebut. Mahkamah ini nampak kesungguhan plaintif 1 untuk menerangkan kebenaran fakta yang dituntut. Dan peguam defendan cuba juga menolong untuk mendapatkan bukti pengesahan dengan meminta sekiranya ada slip gaji yang menunjukkan pemotongan tersebut. Namun, ianya gagal dikemukakan oleh pihak plaintif 1. Malah, pihak plaintif juga tidak memanggil bekas majikan beliau untuk memberi keterangan. Atas dasar di atas, Mahkamah ini terikat dengan prinsip undang-undang pembuktian yang ada dan bersetuju dengan pendirian defendan. Oleh itu, item ini adalah ditolak. Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan t. Gantirugi kehilangan pendapatan masa depan Item ditarik balik Keputusan Mahkamah-Item dibatalkan Ringkasan sebagaimana pernyataan tuntutan dan hujahan Plaintif Defendan u. Gantirugi kehilangan keupayaan pendapatan Item ditarik balik Keputusan Mahkamah-Item dibatalkan Kesimpulan
76
Keputusan berkenaan liabiliti dan kuantum adalah sebagaimana perenggan-perenggan di atas.
77
Atas permohonan plaintif, tuntutan plaintif 2 dibatalkan.
78
Mahkamah ini membenarkan faedah pada kadar 2.5% setahun ke atas gantirugi khas yang dikira daripada tarikh kemalangan sehinggan tarikh penghakiman.
79
Seterusnya gantirugi am ke atasnya faedah sebanyak 5% setahun daripada tarikh penyampaian saman sehingga tarikh penghakiman.
80
Mahkamah ini turut membenarkan faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman yang dikira daripada tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.
81
Kos adalah mengikut skala di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah, 2012. Peguam bagi pihak Perayu : Harinder Singh a/l Kartar Singh (Tetuan Ravi Moorthi, Noriza, Mala & Partners) Peguam bagi pihak Responden : Mahen Rasanayagam (Tetuan Azim, Tunku Farik &
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.