Plaintif Pertama dengan itu mendakwa bahawa atas sebab tersebut terdapat usul penyelesaian dibuat oleh Pentadbir Bersama (Shaharuddin dan Naharuddin) di mana Plaintif Pertama mendakwa Pentadbir Bersama telah menyelesaikan isu salah laku Pentadbir Bersama berkaitan pentadbiran hartanah-hartanah tersebut atas dasar persaudaraan inilah yang menggerakkan / menjadi motif kepada Pentadbir Bersama untuk memindahmilik hartanah-hartanah tersebut kepada kedua-dua Plaintif. 33 Surat Tetuan Mohaji Hazury & Ismail bertarikh 3.11.2015 [32] Defendan melalui peguamcaranya telah menafikan dakwaan-dakwaan penyelewengan oleh Pentadbir Bersama yang dibangkitkan Plaintif Pertama dan menegaskan bahawa perjanjian penyelesaian yang dibangkitkan tersebut belumlah lagi sempurna dan selesai sehingga kini. Sekali lagi telah ditegaskan bahawa Plaintif Pertama tidak boleh bertindak bagi waris Kamil atas alasan-alsan awal yanbg telah diberikan. [33] Peguam Defendan telah membalas bagi pihak Defendan bahawa dakwaan kedua-dua Plaintif yang perjanjian penyelesaian adalah asas kepada pemindahmilikan hartanah-hartanah tersebut kepada kedua-dua Plaintif oleh Defendan Pertama adalah tidak berasas atas fakta-fakta berikut: i. Anak guam tuan tidak ada mandat untuk mewakili waris-waris lain di pihak kedua; ii. Anak guam tuan sendiri pun tidak mendapatkan waris yang masih hidup bagi tujuan tersebut; & 34 iii. Anak guam kami menegaskan bahawa Pindakmilik lot kepada anak guam Puan adalah tidak sah & terbatal kerana menyalahi undang-undang atas alasan-alasan berikut: F. DAPATAN MAHKAMAH ATAS ALASAN I. [34] Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa daripada afidavit-afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak dan keterangan-keterangan dokumentar yang dikemukakan sememangnya jelas bahawa terdapatnya isu-isu serius yang dipertikaikan di mana isu-isu ini perlu dibicarakan di dalam suatu perbicaraan penuh. [35] Mahkamah ini berpandangan bahawa begitu banyak isu yang perlu dibicarakan di dalam suatu perbicaraan penuh rentetan daripada pengataan-pengataan kedua-dua Plaintif dan Defendan bersama keterangan dokumentar yang dikemukakan, di antaranya adalah: a. Defendan-Defendan tidak mengetahui tentang pindahmilik hartanah-hartanah tersebut kepada kedua-dua Plaintif dan Defendan Pertma tidak pernah membuat sebarang urusan atau perjanjian pindahmilik dengan kedua-dua Plaintif atas hartanah-hartanah tersebut. Pihak 35 Defendan mempertikaikan kewujudan perjanjian jualbeli antara Defendan Pertama dan kedua-dua Plaintif. b. Defendan-Defendan mempertikaikan dan/atau mencabar hakmilik kedua-dua Plaintif di atas hartanah-hartanah tersebut yang mana kini, hak kedua-dua Plaintif ke atas hartanah-Hartanah tersebut adalah suatu hakmilik yang boleh sangkal dan bukanlah Tak Boleh Disangkal menurut Seksyen 340 (2) KTN 1965. c. Transaksi pindahmilik yang dijalankan kedua-dua Plaintif adalah adalah suatu transaksi yang dilaksanakan secara tipu helah,frod, salahnyata, manipulasi dengan menggunakan instrument-instrumen yang cacat & tidak sah dan bertentangan dengan peruntukkan undang-undang. d. Terdapat pertikaiaan bagaiamana kedua-dua Plaintif diberi pindahmlik hartanah-hartanah tersebut oleh Defendan Pertama, Pertama, tidak ada bukti berkenaan wang balasan RM360,000.00 yang kononnya dibayar oleh kedua-dua Plaintif kepada Defendan Pertama bagi pindahmilik hartanah-hartanah kepunyaan Defendan Pertama tersebut. Tidak dokumen perjanjian jualbeli berkenaan harga balasan RM360,000.00. Waaupun Borang 14A dinyatakan balasan pindah milik adalah wang sebanyak RM180,000.00 dan 36 terdapat dokumen menunjukkan duti ad valorem dibayar tetapi memandangkan ia melibatkan transaksi pindah milik oleh sebuah syarikat kepada dua orang individu, instrument-instrumen pindah milik adalah isu-isu yang serius dipertikaikan. e. Tambahan lagi di dalam kes lagi kedua-dua Plaintif telah memberi dua versi yang berbeza dan bertentangan berkenaan pindahmilik hartanah-hartanah tersebut kepada mereka berdua. Versi pertama, kedua-dua Plaintif telah mengatakan dan mendakwa bahawa balasan kepada pindahmilik hartanah-hartanah tersebut kepada mereka berdua adalah wang sebanyak RM180,000.00 bagi setiap tanah. Mereka telah menyokong kenyataan tersebut dengan bergantung kepada Borang Pindahmilik 14A dan bukti duti ad valorem dibayar bagi jumlah RM180,000.00 bagi setiap hartanah. Di samping itu terdapat pengesahan oleh peguamcara yang bayaran telah dibuat lama sebelum pindahmilik diaksanakan. Namun, pada masa yang sama di dalam koresponden antara peguam-peguam kedua Plaintif dan Defendan, kedua-dua Plaintif menyatakan pula bahawa pndahmilk yang dilaksanakan oleh Defendan Pertama kepada mereka berdua adalah berasaskan suatu perjanjian penyelesaian persaudaraan. Perjanjian Penyelesaian Persaudaraan ini kononnya atas penyelewengan yang dilakukan oleh Pentadbir Bersama terhadap hartanah si Mati 1 yang didakwa oleh Plaintif Pertama. 37 f. Di samping itu, sekiranya diandaikan dakwaan kedua-dua Plaintif wujud perjanjian penyelesaian dengan Pentadbir Bersama (yang mana dinafikan dengan kerasnya oleh Defendan), kenapa pula hartanah-hartanah tersebut itu dipindah milik kepada keddua-dua Plaiintif yang merupakan cicit si Mati 1 dan cucu Kamin, sedangkan anak lelaki Kamin (Aladin) dan anak perempuan-anak perempuan (Arina, ibu Plaintif Kedua dan Ramnah) masih hidup. Walhal bahagian anak lelaki menurut hukum faraid adalah jauh lebih besar berbanding anak perempuan. Apatah lagi, berdasarkan hukum faraid, kedua-dua Plaintif sebagai cicit (si Mati 1) dan cucu (Kamin) tidaklah berhak atas pewarisan harta-harta si Mati 1 ataupun Kamin kerana anak-anak Kamin masih hidup. [36] Di dalam keadaan-keadaan ini, tidak syak lagi wujudnya kepentingan berkaveat di pihak Defendan dan jelas terdapatnya pendedahan isu-isu serius untuk dibicarakan di dalam suatu perbicaraan penu. G. IMBANGAN KESELESAAAN Alasan ii. Kaveat-kaveat persendirian itu hendaklah dikekalkan kerana Defendan Pertama telah memfailkan tindakan sivil terhadap kedua-dua Plaintif, dua orang waris kadim yang berhak kepada hartanah-hartanah tersebut (Naharuddin bin 38 Mhd Sharif dan Shaharuddin Mohd Sharif) dan Zariati binti Muhamed Peguambela & Peguamcara yang menjalankan amalan guaman di bawah nama, gaya & cara Tetuan Zariati & Co.) di Mahkamah Tinggi Shah Alam Guaman No: BA- 22NCVC-428-07/2016 untuk mendapatkan relif-relif berbentuk deklarasi yang antara lain perintah mengisytiharkan bahawa transaksi pindah milik hartanah-hartanah tersebut oleh Defendan Pertama kepada kedua-dua Plaintif pada 10.1. 2013 adalah tidak sah dan terbatal. [37] Defendan telahpun memfailkan guaman sivil terhadap terhadap kedua-dua Plaintif, dua orang waris kadim yang berhak kepada hartanah-hartanah tersebut (Naharuddin bin Mhd Sharif dan Shaharuddin Mohd Sharif) dan Zariati binti Muhamed (peguam yang yang melaksanakan urusan pindakmilik pada 9.10.2012 dan 10.1.2013 di Mahkamah Tinggi Shah Alam Guaman No: BA- 22NCVC-428-07/2016 (Guaman 428) untuk mendapatkan relif-relif berbentuk deklarasi yang antara lain perintah mengisytiharkan bahawa transaksi pindah milik hartanah-hartanah tersebut oleh 39 Defendan Pertama kepada kedua-dua Plaintif pada 10.1. 2013 adalah tidak sah dan terbatal. [38] Malahan sebelum pemfailan Guaman 428, pada awalnya di bulan Mac 2016, Defendan telahpun memfailkan Guaman Sivil No: BA- 22NCVC-84-03/2016 (Guaman 84), namun Guaman 84 ini telah ditarikbalik telah ditarikbalik dengan kebebasan memfailkan semula kerana Defendan akan membawa tindakan terhadap peguam yang mengendalikan transaksi pindahmilik hartanah-hartanah tersebut kepada kedua-dua Plaintif. [39] Di dalam keadaan ini, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa imbangan keselesaaan sememangnya memihak kepada kaveat tersebut dikekalkan sehingga pelupusan Guaman 428. [40] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Kandungan 1 kedua-dua Plaintif ditolak dengan kos dan kaveat-kaveat persendirian tersebut hendaklah dikekalkan sehingga pelupusan Guaman 428. 40 [41] Kedua-dua Plaintif adalah juga diperintahkan untuk membayar kos sebanyak RM15,000.00 kepada Defendan-Defendan. t.t. ..................................................... (DATUK AZIMAH BINTI OMAR) Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam (Saman Pemula) Selangor Darul Ehsan Bertarikh 18hb Mei 2017 Peguam Plaintif-Plaintif - Tetuan Ahmad Sukeri & Associates Encik Ismail bin Yahya Peguam Defendan-Defendan - Tetuan Manjit Singh Sachdev, Mohd