i
(i) MOHD HAIRI EZLAN BIN AB AZIZ (NO. K/P: 890509-03-5079)
/akn/my/judgment/high-court/2026/3a57222a-2cdc-4ea8-b329-9e95c47e8593
High Court of Malaysia4 Jun 2026BA-45A-83-09/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“fence raises a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case or as to the accused's guilt, there will be an acquittal, and if no such doubt is raised, a conviction [see Mah Kok Choeng v. R [1953] CLJU 53; [1953] 1 LNS 53; [1953] MLJ 46]. This evidential burden may be discharged by the defence either in the c”
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“s to the truth of the prosecution case or as to the accused's guilt, there will be an acquittal, and if no such doubt is raised, a conviction [see Mah Kok Choeng v. R [1953] CLJU 53; [1953] 1 LNS 53; [1953] MLJ 46]. This evidential burden may be discharged by the defence either in the course of the prosecution case **N”
“h two differing versions of the events leading to the arrest of the appellant and his co-offender and the recovery of the dangerous drugs, had adopted the principle in Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257. The Court of Appeal would agree with the trial judge's approach. Further, there was no evidence whatsoev”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.””
“her in the course of the prosecution case **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 57 or as the course of its own case [see Wong Chooi v. PP [1967] CLJU 207; [1967] 1 LNS 207; [1967] 2 MLJ 180…” (penekanan diberikan)”
“e may be justified in seeking advantage of the incongruities obtaining in the evidence. In the latter, however no such benefit may be available to it (see Krishna Pillai Sre Kumar v State of Kerala A [1981] SC 1237 12391981 Cri LJ 734).” (penekanan diberikan)”
“the originality of this document via eFILING portal 55 beban pembuktian keterangan (evidential burden) ini, rujukan juga dibuat kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Sarumathi Rengasamy v PP [2015] CLJU 1519; [2015] MLRAU 139 dimana telah diputuskan: “[46] With respect, it is incorrect to say that the learned t”
“this document via eFILING portal 55 beban pembuktian keterangan (evidential burden) ini, rujukan juga dibuat kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Sarumathi Rengasamy v PP [2015] CLJU 1519; [2015] MLRAU 139 dimana telah diputuskan: “[46] With respect, it is incorrect to say that the learned trial Judge had shif”
“skan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v Klong K’Djoanh & Satu Lagi Rayuan [2016] 5 CLJ 533; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 46 [2016] MLJU 1644. Dalam hal ini, isu bahawa sama ada dadah kepunyaan OKT1 atau OKT2 ataupun Abdullah tidak berbangkit sama”
“91. Sepertimana diputuskan di dalam kes Mehmet Ucaner Oktay v Pendakwa Raya [2016] MLJU 1688 dirujuk dalam kes Benjamin William Hawkes v. PP [2020] 8 CLJ 267 yang juga telah memutuskan ketiadaan CCTV tidak menjejaskan kes pendakwaan seperti berikut: Dapatan dan Keputusan Mahkamah [24] Berk”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-83-09/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN
i
(i) MOHD HAIRI EZLAN BIN AB AZIZ (NO. K/P: 890509-03-5079)
subparagraph
(ii) MAHADI BIN MOHAMAD NOR (NO. K/P: 761206-03-5599) ALASAN PENGHAKIMAN
section
1. Mohd Hairi Ezlan bin Ab Azizi, (Orang Kena Tuduh (OKT) /OKT1) dan Mahadi bin Mohamad Nor, (OKT2) (kedua-dua OKT1 dan OKT2 juga dirujuk sebagai “OKT-OKT”) di dalam kes ini telah dituduh bersama dengan pertuduhan seperti berikut: 19/06/2026 11:28:23 Kand. 148 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 Pertuduhan Bahawa kamu bersama-sama pada 1/2/2023 jam lebih kurang 2.15 petang bertempat di kawasan parkir berhadapan Pasar Raya 99 Speedmart, Jalan Sri Taming 1F, Taman Sri Taming Batu 9, 43200 Cheras, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 6037.2 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan.
section
2. Mahkamah ini pada 1 Disember 2025 setelah pihak pendakwaan menutup kesnya dan menilai secara maksima keterangan saksi-saksi pendakwaan dan bukti dokumen dikemukakan memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2. Kedua-dua OKT telah dipanggil untuk membela diri.
section
3. Di akhir perbicaraan pada 4.6.2026, setelah kedua-dua OKT membuat pilihan membela diri dengan memberi keterangan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 bersumpah dari kandang saksi, Mahkamah ini memutuskan OKT1 dan OKT2 gagal membangkitkan keraguan yangb unasabah terhadap kes pendakwaan di bawah pertuduhan serta gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta dadah Berbahaya 1952 (ADB). Dengan demikian, OKT1 dan OKT2 masing-masing dihukum penjara seumur hidup (30 tahun) dari tarikh ditangkap dengan masing-masing dikenakan 12 kali sebatan.
section
4. Berikut adalah alasan penghakiman Mahkamah ini. FAKTA KES
section
5. Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi bagi membuktikan kes terhadap OKT-OKT seperti berikut: ASP Nurul Hafiz bin Mohamad (Pegawai serbuan) SP2 Insp Khairul Anwar bin Samsuddin (Pegawai penyiasat) SP3 En. Hairul Nizwan (Ahli kimia) SP4 Cik Nur Ili Zafirah (Pekerja Speedmart 99) SP5 Sjn Mohd Zaki bin Hussin (jurugambar)
section
6. Pada 1/2/2023, jam lebih kurang 2.15 petang, bertempat di kawasan parkir berhadapan Pasar Raya 99 Speedmart, Jalan Sri Taming 1F, Taman Sri Taming, Batu 9, Cheras, Selangor, **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 Pengadu dan pasukan serbuan telah membuat pemerhatian di tempat kejadian.
section
7. Lebih kurang 15 minit kemudian, Pengadu telah melihat sebuah kereta Honda Accord nombor pendaftaran WLJ 8839 telah berhenti di kawasan parkir berhadapan pasar raya tersebut dan OKT 2 telah keluar dari bahagian penumpang hadapan kereta dan berdiri di tepi kereta tersebut manakala OKT 1 telah keluar dari bahagian pemandu dan dan terus ke bahagian belakang dan membuka boot kereta tersebut.
section
8. OKT 1 dilihat menjinjit 1 beg warna hitam yang diambil dari dalam boot kereta. Pengadu telah membuat serbuan dan memperkenalkan diri sebagai polis dan menahan OKT 1 bersama beg yang dijinjit manakala OKT 2 cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh pegawai serbuan.
section
9. Dengan disaksikan oleh kedua-dua OKT, pemeriksaan telah dijalankan oleh Pengadu terhadap beg tersebut dan telah menjumpai 1 paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu dan 7 bungkusan plastik hijau tertera perkataan Qing Shan Refined Chinese Tea dan di dalamnya mengandungi paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu anggaran berat 8224 gram.
section
10. Kesemua barang kes dan OKT-OKT telah dibawa balik ke Pejabat Narkotik IPD Kajang untuk tindakan lanjut dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 KES PENDAKWAAN
section
11. Bagi membuktikan OKT-OKT melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B ADB 1952 sepertimana di dalam pertuduhan, pihak Pendakwa Raya perlu membuktikan intipati berikut:
a
(a) Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya sepertimana laporan kimia eksibit P26.
b
(b) OKT mempunyai kawalan, jagaan dan milikan terhadap dadah-dadah tersebut berdasarkan keterangan SP1.
c
(c) Berdasarkan maklumat diterima, dan pasukannya telah ke tempat kejadian dan membuat pemerhatian selama 15 minit.
d
(d) SP1 melihat OKT2 keluar dari bahagian penumpang kereta Honda dan berdiri di tepi kereta.
e
(e) OKT1 pula keluar dari bahagian pemandu kereta Honda dan membuka boot belakang kereta.
f
(f) SP1 telah membuat serbuan semasa OKT2 menjinjit bag hitam (eksibit P9).
g
(g) Hanya OKT1 dan OKT2 berada di dalam kereta Honda semasa kejadian. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
h
(h) Kereta Honda dimiliki oleh OKT2 berdasarkan carian JPJ eksibit P23.
i
(i) Kereta Honda hanya diakses oleh OKT2 dan OKT1 juga bersama berada di dalam kereta dan mengambil eksibit P9 dari belakang boot kereta Honda apabila ditangkap.
j
(j) Kedua-dua OKT mempunyai jagaan bersama terhadap barang kes.
k
(k) OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut apabila OKT1 keluar dari kereta dan membuka boot belakang kereta untuk mengambil eksbit P9.
l
(l) Semasa serbuan, memperkenalkan diri sebagai polis dan OKT2 telah melarikan diri – seksyen 8 Akta Keterangan.
m
(m) Kedua-dua OKT mengedar dadah tersebut bersandarkan kepada peruntukan seksyen 37(da) ADB.
n
(n) Terdapat niat bersama oleh OKT-OKT di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 KES PEMBELAAN – HUJAHAN PEGUAMBELA(PB) OKT1
section
12. Secara ringkasnya, PB OKT1 membangkitkan isu-isu berikut:
a
(a) Tidak ada laporan forensik disediakan.
b
(b) Tempat tangkapan dipertikaikan.
c
(c) Keraguan ke atas barang kes.
d
(d) Siasatan SP2 tidak menyeluruh dan lemah.
e
(e) Tidak ada amaran diberikan setelah tangkapan ke atas OKT-OKT. HUJAHAN PB OKT2
section
13. PB OKT2 telah membangkitkan beberapa isu yang yang boleh diringkaskan seperti berikut:
a
(a) Isu berkaitan elemen pertama pertuduhan – cabaran ke atas rantaian keterangan barang kes. - identiti dadah dipertikaikan. - Tidak ada penjelasan oleh SP1 mengenai dua peket plastik lutsinar bertanda A7. - label “R” pada peket plastik lutsinar bertanda A2-A8. - Perbezaan tarikh pada eksibit P12. - Tiada nombor makmal. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 - Baki barang kes eksibit P19 sehingga P21. - Tandaan KA pada kotak (P10). - Keadaan fizikal barang kes berbeza dengan yang dirampas. - Waktu penerimaan eksibit berbeza - Penjagaan barang kes tidak dijelaskan
b
(b) Isu berkaitan elemen kedua pertuduhan – kawalan/milikan/pengetahuan - pernyataan saksi PSP 1 yang dikatakan rekaan SP1. -kenderaan Honda diletakkan di tepi jalan adalah tidak logik kerana keadaan lalu lintas yang dikatakan sesak pada masa kejadian. -OKT2 melarikan diri diragui. -penyediaan borang bongkar di tempat kejadian
c
(c) Isu lain – CCTV/seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 dan kegagalan memanggil Abdullah dan Mohd Mirafify. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 PRINSIP UNDANG-UNDANG
section
14. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan satu kes prima facie di bawah s.180 Kanun Tatacara Jenayah sebelum tertuduh dipanggil membela diri bagi menjawab pertuduhan tersebut.
section
15. Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah hendaklah membuat suatu pertimbangan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan: “Procedure after conclusion of case for prosecution.
section
180. (1) When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
subsection
(2) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
subsection
(3) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
subsection
(4) For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.”
section
16. Di dalam kes Mohamad Radhi Bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311, Mahkamah Agong telah memutuskan: "It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction ( Munusamy v. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 PP). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt".
section
17. Menyentuh isu yang sama, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) di dalam kes Looi Kow Chai & Anor V. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 telah menyatakan: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal".
section
18. Dalam kes Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 Mahkamah Persekutuan memutuskan: "[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase ' prima facie case ' in s. 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase 'prima facie case ' is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary 11th Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. [22]...Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case".
section
19. Selanjutnya di dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "[8] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
(i) the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
subparagraph
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
subparagraph
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
subparagraph
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”
section
20. Dengan berpandukan kepada prinsip undang-undang kes di atas, adalah tugas Mahkamah ini membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan, dan dokumen-dokumen yang dikemukakan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan bagi membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH – DI AKHIR KES PENDAKWAAN
section
21. Pihak pembelaan mencabar elemen pertama pertuduhan dan menghujahkan rantaian keterangan barang kes terputus bersandarkan kepada isu-isu berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15
a
(a) Bilangan plastik lutsinar dengan tandaan A7 yang mengandungi dadah disyaki syabu dipertikaikan.
section
22. Berdasarkan prinsip undang-undang mantap Mahkamah atasan, isu mengenai identiti barang kes dadah adalah merupakan persoalan fakta. Pendekatan yang harus diambil oleh Mahkamah ini dalam menangani keterangan ahli kimia, ialah Mahkamah ini menerima secara prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang berfikiran waras boleh mempercayai kebenarannya. Rujukan – Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v. PP [2006] 4 CLJ 472; [2006] 6 MLJ 197.
section
23. Isu pokok yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan ialah mengenai keraguan terhadap identiti dan integriti barang kes dadah yang dirampas.
section
24. Pihak pembelaan mempertikaikan mengenai bilangan plastik lutsinar di Mahkamah kerana pengecaman SP1 terhadap 2 plastik lutsinar bertanda “A7” yang dikatakan pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan dan fatal kepada kes pendakwaan.
section
25. Bilangan plastik lutsinar yang dicamkan SP1 adalah sebanyak 9 keping (termasuk plastik tambahan bertanda A7) berbanding dengan 8 keping plastik sepertimana dinyatakan di dalam Borang Senarai Geledah eksibit P6.
section
26. Oleh itu, pihak pembelaan menghujahkan kemunculan barang kes kesembilan di Mahkamah menimbulkan persoalan sama ada berlaku percampuran, atau manipulasi terhadap barang kes. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 Selanjutnya dihujahkan juga bahawa pihak pendakwaan gagal memberikan penjelasan mengenai 1 eksibit tambahan di Mahkamah.
section
27. Namun begitu, pihak pembelaan tidak mempertikaikan dokumen Borang Senarai Geledah oleh SP1 yang ditandakan sebagai eksibit P6 yang mengesahkan di dalam bag hitam (eksibit P9), terdapat 8 plastik lutsinar mengandungi dadah berbahaya yang terdiri daripada 1 peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dadah syabu (eksibit P11) dan 7 bungkusan plastik hijau tertera perkataan Qing Shan Refined Chinese Tea (eksibit P12-18) dan didalamnya mengandungi peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu.
section
28. Pihak pembelaan juga menggesa Mahkamah ini untuk menerimapakai keputusan Mahkamah Tinggi di dalam PP v Siti Asma Ramli & Satu lagi [2025] 6 MLRH yang dihujahkan isu berbangkit di dalam kes tersebut adalah sama dengan kes di hadapan Mahkamah ini.
section
29. Mahkamah ini telah meneliti keputusan Siti Asma Ramli & Satu Lagi (supra) dirujuk pihak pembelaan dan berpandangan kes yang dirujuk boleh dibezakan. Selain daripada itu, memandangkan keputusan kes dirujuk mempunyai bidangkuasa yang sama dengan Mahkamah ini, maka ia tidak mengikat Mahkamah ini.
section
30. Berbalik kepada isu mengenai plastik A7, persoalan kepada Mahkamah ini adalah sama ada isu yang dibangkitkan pihak **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 pembelaan adalah kritikal dan material terhadap kes pendakwaan sepertimana diputuskan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2005] 1 MLRA 97 yang memutuskan: “The main thing to be seen is whether the inconsistencies go to the root of the matter or pertain to insignificant aspects thereof. In the former case, the defence may be justified in seeking advantage of the incongruities obtaining in the evidence. In the latter, however no such benefit may be available to it (see Krishna Pillai Sre Kumar v State of Kerala A [1981] SC 1237 12391981 Cri LJ 734).” (penekanan diberikan)
section
31. Bagi menjawab persoalan tersebut, Mahkamah ini telah memperhalusi dan meneliti semula nota prosiding khususnya yang melibatkan SP1, pegawai serbuan yang membuat tandaan kepada semua barang kes, Laporan Polis dibuat SP1 (eksibit P7) bersama-sama dengan Borang Senarai Geledah (eksibit P6), Borang Serah Terima (eksibit P8) oleh SP2 dan Laporan Kimia eksibit P26 disediakan oleh SP3 (ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia/JKM).
section
32. Mahkamah ini mendapati SP1 telah mengecam dua plastik lutsinar bertanda A7 di Mahkamah. Akan tetapi, pihak pembelaan tidak pula menyoal SP1 mengenai keberadaan satu lagi plastik bertanda A7 di Mahkamah. Sekiranya ia adalah sesuatu yang material, pihak pembelaan sewajarnya menyoal SP1. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18
section
33. Mahkamah ini mendapati pihak pembelaan tidak mencabar SP1 mengenai plastik bertanda A7. Susulan itu, Mahkamah ini tidak dapat bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa tidak ada penjelasan diberikan SP1 kerana SP1 tidak pernah disoal oleh pihak pembelaan.
section
34. Kegagalan pihak pembelaan menyoal SP1 telah menjadikan isu tersebut bukanlah suatu isu yang material. Jika ia material dan kritikal masakan pihak pembelaan tidak menyoal SP1 yang telah membuat tandaan A7 untuk menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan. Mahkamah ini merujuk kepada Wong Swee Chin v PP [1982] 1 MLJ 212 yang mana Mahkamah memutuskan: “The law is settled that failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to acceptance of the witness’s testimony unless the story is itself of an incredible or romancing character, or the abstention arises from mere motives of delicacy or when counsel indicates that he is merely abstaining for convenience, e.g. to save time, or where several witnesses are call on the same point.”
section
35. Sebaliknya, pihak pembelaan telah bertanyakan kepada SP2, pegawai penyiasat mengenai plastik lutsinar bertanda A7 yang ditandakan SP1. SP2 bersetuju terdapat satu lagi plastik bertanda A7 di Mahkamah berbanding dengan 8 plastik lutsinar yang ditandakan SP2 sebagai KA2-KA8 seperti dinyatakan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 dalam eksibit P6. SP2 hanya menandakan satu sahaja plastik yang ditandakan SP1 sebagai A7.
section
36. SP2 juga tidak bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan bahawa perbezaan tersebut telah menimbulkan keraguan mengenai jumlah keseluruhan barang kes dan jenis serta berat dadah yang dirampas.
section
37. Setelah menilai keterangan SP1, SP2 dan SP3 yang menyediakan laporan kimia eksibit P26, Mahkamah ini mendapati adalah tidak dipertikaikan bahawa terdapat kesemuanya 8 barang kes yang dirampas SP1, dan diterima SP2 semasa serah menyerah barang kes serta SP3 menganalisa barang kes tersebut.
section
38. SP3 (ahli kimia JKM) telah membuat analisa secara positif ke atas satu plastik lutsinar bertanda KA1 dan 7 bungkusan plastik lutsinar yang ditandakan KA2 sehingga KA8 oleh SP2. Barang-barang kes dadah adalah Methamphatamine, jenis dadah berbahaya di bawah ADB 1952 dan berat bersih dadah ialah 6037.2 gram sepertimana pertuduhan.
section
39. Mahkamah ini diingatkan mengenai prinsip mantap yang diputuskan di dalam Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 FC; [2005] 2 MLJ 301; [2004] 2 MLRA 547; [2005] 1 AMR 321 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: “It has been held by the trilogy of the (then) Supreme Court cases of Munusamy v. PP [1987] 1 CLJ 250 ; [1987] 1 MLJ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 492, PP v. Lam San [1991] 3 CLJ 2410; [1991] 3 MLJ 426 and Khoo Hi Chiang v. PP [1994] 2 CLJ 151 that the court is entitled to accept the evidence of the chemist on its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory step by step unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert. The rationale of this view is lucidly explained in Khoo Hi Chiang v. PP [1994] 2 CLJ 151 where it was held that the evidence of a chemist on dangerous drugs analysed by him is one of fact and not of opinion.”
section
40. Tidak ada cabaran yang serius dibangkitkan oleh pihak pembelaan yang boleh mempertikaikan Laporan Kimia eksibit P26 yang disediakan oleh seorang saksi pakar dari JKM. Pihak pendakwaan juga tidak mengemukakan Laporan Kimia lain untuk menyangkal Laporan Kimia disediakan oleh SP3.
section
41. Walaupun terdapat dua tandaan oleh SP1 akan plastik lutsinar A7, Mahkamah ini mendapati ia tidak sama sekali melemahkan, memudaratkan atau menyebabkan terputusnya rantaian keterangan kes pendakwaan.
section
42. Fokus pihak pembelaan hanyalah kepada bilangan/kuantiti plastik A7 dan Mahkamah ini membuat dapatan bahawa keterangan SP1, SP2 dan SP3 telah membuktikan bahawa rantaian keterangan barang kes tidak terputus. Pihak pembelaan bersetuju hanya terdapat 8 barang kes berisi dadah. Tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa terdapat kacauganggu berkaitan barang kes. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21
section
43. Mahkamah ini mengambil pendekatan yang sama sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam Andy Bagindah v PP [2000] 1 MLRA 299 yang mana isu yang mana telah dibangkitkan oleh perayu mengenai bag plastik berwarna hijau yang ditandakan sebagai eksibit oleh mahkamah perbicaraan dan bag plastik tersebut tidak dinyatakan oleh ahli kimia semasa memberi keterangan di Mahkamah. Berkaitan isu tersebut, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “[6] The third and final ground raised by the appellant was the tender of a green plastic bag as an exh when no such green plastic bag was ever mentioned by the chemist when he gave evidence. On this, the learned trial judge rightly held that, there was no necessity to call as witness every person who had handled an exhibit. Suffice if those called show that there is no break in the chain of evidence pertaining to the exhibits. We find this to be the right proposition for the learned judge to arrive at. In any case, learned counsel for the appellant before us conceded that in spite of this there was no evidence of any tampering of the exhibits. Therefore, we find no merit on this ground.”
b
(b) ISU TARIKH PADA EKSIBIT P12
section
44. Berkaitan eksibit P12 iaitu barang kes yang ditandakan sebagai A2 oleh SP1 dan isu tarikh pada Borang Serah Menyerah (eksibit P8). Pihak pembelaan membangkitkan isu mengenai eksibit P8 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 yang bertarikh 1.2.2023. Manakala eksibit P12 yang ditandakan A2 oleh SP1 bertarikh 1.2.2022.
section
45. Peguambela OKT2 telah menghujahkan tanpa asas dengan mengatakan SP1 telah berbohong di Mahkamah apabila SP1 memberikan keterangan bahawa P12 bertarikh sepertimana tarikh kejadian kes.
section
46. Keterangan SP1 adalah berasas kerana beliau telah merampas barang kes A2 dan menandatangani tandaan yang dibuat pada A2 yang selari dengan Borang Serah Terima Barang Kes (eksibit P8) dan laporan polis eksibit P7. Ini juga disahkan oleh pegawai penyiasat (SP2) yang telah membuat tandaan KA2 pada barang yang sama. Jikapun A2 bertarikh 1.2.2022, mana mungkin barang kes dirampas sebelum 1.2.2023, tarikh kejadian. Oleh itu, cabaran PB OKT2 berkaitan isu ini tidak melemahkan kes pendakwaan.
section
47. Dapatan Mahkamah adalah bersandarkan kepada keterangan-keterangan berikut: • penandaan barang kes yang dibuat oleh SP1 telah dicamkan oleh SP2 dan SP3 sendiri di mahkamah terbuka; • Deskripsi barang kes yang dirampas SP1 adalah sama dengan barang kes yang dianalisa SP3; ISU LABEL “R” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23
section
48. Selain isu di atas, peguambela OKT2 juga telah membangkitkan isu mengenai label huruf “R” pada plastik lutsinar (A2 sehingga A8) dan Mahkamah ini membuat rumusan berdasarkan keterangan SP1 dan SP2, label “R” bukanlah tandaan oleh mana-mana saksi polis. Mahkamah juga mendapati bahawa label “R” tersebut telah sedia ada pada plastik. Oleh itu, isu dibangkitkan pihak pembelaan adalah remeh dan tidak ada keraguan berjaya dibangkitkan oleh pihak pembelaan berkaitan isu ini. ISU BERAT DADAH
section
49. Bilamana isu berat dadah dipertikaikan oleh pihak pembelaan, isu ini telahpun dijawab melalui keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Hasbala Mohd Sarong v PP [2013] 6 MLJ 636 yang mengikat Mahkamah ini yang mana telah diputuskan bahawa bahawa proses timbangan oleh pihak polis bukanlah merupakan faktor yang menentukan berat timbangan dadah.
section
50. Sebaliknya berat timbangan hasil daripada analisa ahli kimia adalah faktor yang menentukan berat dadah dan menjadi asas kepada suatu pertuduhan. Ini jelas sepertimana disebut oleh YAA Raus Sharif HMP (ketika itu) seperti berikut: [21] At this juncture, we might hasten to also add that the weighing process by the police is not the determining factor in the weight of the drugs, rather it is the weighing done by the chemist which determines the actual weight of **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 the drugs and forms the basis of the charge. It is common knowledge that the weighing process undertaken by the police after the seizure of the drugs is only for classification purposes in the determination of the charge that will be most likely to be preferred against the accused and/or arrested person. More often than not the disparity in weight of the drugs recorded is inevitable due to different weighing methods preferred and the different weighing apparatus used by the police force and the chemist department. [22] In this regard, we are minded of the fact that decided cases had shown that the difference in weight of the drug exhibits between the police and the chemist when left unexplained could result in creating a reasonable doubt to the prosecution’s case. This is however dependent on the facts of each case. In Yeong Kia Heng lwn Pendakwa Raya [1992] 1 MLJ 327; [1992] 1 CLJ Rep 372 for instance the discrepancy in the weight of drug exhibits between the police and the chemist was an issue before the then Supreme Court. The investigating officer in the abovementioned case testified that the weight of the heroin was 113g whilst the chemist gave evidence that it was 102.85g. But that was not the only issue. The Supreme Court found that there were discrepancies between the evidence given by the police and the evidence given by the chemist with regard to the odour and description of the heroine tendered in court. It was on those grounds the Supreme Court held that the appellant ought not to have been called to enter his defence. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25 [23] This court in Tan Yew Choy v Public Prosecutor [2010] 5 MLJ 212; [2009] 4 CLJ 245, held that the discrepancies in the weight as found by the police and the chemist was fatal because the total weight ‘by the time the cannabis reached the hands of the chemist’ had increased in weight by 19.65g. But another flaw in the case was that, the investigating officer did not explain the movement of the cannabis from the time he received and weighed them on 25 February 2005 until he placed them in a box on 27 February and sent it to the chemist on 28 February. In fact, in Tan Yew Choy, the pertinent issue was more on the failure of the trial judge in not resolving the doubt as to the weight of the cannabis as the weight of the cannabis involved was within the borderline amount that can trigger the statutory presumption of trafficking under s 37(da)(vi) of the DDA.”
section
51. Oleh yang demikian, isu berat kasar dadah sepertimana P8 dan berat bersih dadah sepertimana P26 tidak dapat dicabar oleh pihak pembelaan berdasarkan nas undang-undang di atas yang mengikat Mahkamah ini.
section
52. Rumusan Mahkamah juga sekaligus menjawab isu mengenai peket-peket plastik JKM eksibit P19, P20 dan P21 dibangkitkan pihak pembelaan.
section
53. Begitu juga isu remeh yang dibangkitkan peguambela OKT2 mengenai tandaan pada kotak KA semasa penghantaran kotak tersebut oleh SP2 ke JKM. Isu remeh mengenai tandaan yang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 dibangkitkan oleh pihak pembelaan dan bukannya isu yang lebih kritikal sama ada kotak yang mengandungi barang kes telah dikacau ganggu. Ini adalah kerana, kotak tersebut berseal kemas dan rapi dengan pita PDRM yang mana pihak pembelaan tidak nafikan.
section
54. Berdasarkan kepada di atas, Mahkamah ini membuat dapatan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama pertuduhan. SAKSI-SAKSI PENDAKWAAN ADALAH KREDIBEL
section
55. Untuk menentukan sama ada saksi-saksi pendakwaan adalah kredible, Mahkamah perlulah menilai semua keterangan saksi pendakwaan terutamanya SP1, SP2 dan SP3 sama ada saksi-saksi pendakwaan telah memberikan keterangan yang konsisten berkaitan isu yang dibangkitkan dan jawapan-jawapan diberikan ke atas cabaran-cabaran yang dibangkitkan. Rujuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP & Another Appeal [2015] 2 CLJ 145 FC; [2015] 1 MLRA 609.
section
56. Pihak pembelaan menghujahkan SP1 telah mereka-reka naratif kes ini terutamanya mengenai isu masa dan tempat kejadian dan siasatan yang dijalankan oleh SP2 pula adalah siasatan yang tidak menyeluruh. Namun, Mahkamah ini berpandangan isu tersebut hanyalah merupakan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dilemparkan ke atas saksi-saksi polis. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27
section
57. Tidak ada bukti atau keterangan yang menunjukkan saksi-saksi polis mempunyai niat menganiaya OKT-OKT. Bukanlah juga tugas Mahkamah ini membuat dapatan sama ada siasatan yang dilakukan adalah menyeluruh ataupun tidak apabila pihak pembelaan menghujahkan siasatan yang dijalankan SP2 adalah “a shoddy investigation”.
section
58. Cabaran serius telah dibangkitkan mengenai masa dan tempat kejadian sepertimana dibangkitkan oleh pihak pembelaan bilamana pihak pembelaan menghujahkan masa serbuan pada pukul 2.15 petang sepertimana dalam pertuduhan adalah tidak tepat kerana masa tersebut adalah masa ketika pihak polis sampai di tempat kejadian.
section
59. Mahkamah ini membuat dapatan bahawa isu masa dibangkitkan pihak pembelaan tidak bermerit. Sememangnya tidak dipertikaikan masa 2.15 petang adalah bertepatan dengan masa pasukan serbuan sampai di tempat kejadian. Namun, adalah terang lagi bersuluh, masa yang tercatat pada pertuduhan menyatakan dengan jelas bahawa lebih kurang 2.15 petang di tempat kejadian kedua-dua OKT telah melakukan pengedaran dadah berbahaya jenis Methamphatamine. Oleh itu, adalah tidak logik untuk bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa tangkapan dibuat pada 2.15 petang. Mahkamah membuat dapatan isu masa dibangkitkan adalah tidak bermerit.
section
60. Berkaitan masa penyerahan barang kes, adalah jelas menurut eksibit P8, masa penyerahan barang kes adalah pada pukul 7.20 malam. Jika pun terdapat kesilapan SP2 mengenai masa **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28 penerimaan barang kes daripada SP1, kesilapan tersebut dibuat semasa memberi keterangan. Bukti dokumentar menunjukkan barang kes diserahkan pada pukul 7.20 malam. Dengan demikian, tidak ada keraguan yang munasabah dibangkitkan oleh pihak pembelaan. ELEMEN KEDUA – MILIKAN – JAGAAN, KAWALAN DAN PENGETAHUAN
section
61. Apa yang lebih kritikal di dalam kes ini ialah Mahkamah haruslah membuat penilaian maksima ke atas intipati kedua pertuduhan. Iaitu sama ada OKT-OKT mempunyai pemilikan melalui jagaan, kawalan dan pengetahuan barang kes dadah berbahaya yang dijumpai SP2 di dalam boot kereta di tempat kejadian.
section
62. Prinsip undang-undang berkaitan pembuktian elemen pemilikan adalah jelas dan Mahkamah ini merujuk kepada kes locus classicus Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17 yang mana Thompson J memutuskan seperti berikut: “.... “possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Editio) 'A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need'. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29 To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket, then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30 is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so.” (penekanan diberikan)
section
63. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 menggunapakai keputusan kes Chan Pean Leon (supra) dan memutuskan - “The law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish “possession”. The physical act of custody or control must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumption, knowledge has to be proved either by direct evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking. (See the case of Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17).”
section
64. Persoalan kepada Mahkamah ini ialah berdasarkan kepada prinsip undang-undang mantap tersebut, adakah OKT mempunyai pemilikan ke atas dadah berbahaya melalui jagaan, kawalan dan pengetahuan dan mengedar dadah berbahaya tersebut sepertimana pertuduhan terhadapnya? **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31
section
65. Pihak pembelaan memulakan hujahannya dengan membangkitkan isu mengenai pindaan lisan pada perenggan 8 yang dibuat oleh SP1 akan keterangan bertulisnya yang ditandakan sebagai PSP1. Kes PP v Chin Kok Wei [2021] 1 LNS 775 dirujuk.
section
66. Mahkamah berpandangan isu dibangkitkan tidak langsung bermerit. Berdasarkan kepada nas undang-undang yang dirujuk oleh pihak pembelaan, adalah jelas bahawa pihak pembelaan gagal menghayati prinsip undang-undang diputuskan dalam kes Chin Kok Wei (supra) yang dirujuk kerana Mahkamah di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa saksi hendaklah memberikan pernyataan bertulis yang konsisten dengan bukti dokumentar yang merupakan eksibit yang dikemukakan di Mahkamah. Oleh itu, SP1 telah membuat pindaan kepada pernyataan bertulisnya supaya selari dengan bukti dokumentar dalam kes ini (eksibit P7).
section
67. Selain daripada itu, dari awal lagi pihak pembelaan menghujahkan pihak pendakwaan gagal memanggil saksi-saksi material untuk menyokong kes pendakwaan. Ini terutamanya individu bernama Abdullah dan Mirafify.
section
68. Mahkamah ini berpandangan bukan bilangan saksi yang mustahak di dalam sesuatu kes. Akan tetapi, persoalan yang penting dipertimbangkan Mahkamah adalah sama ada saksi pendakwaan kredibel dan memberikan keterangan dan bukti yang konsisten untuk membuktikan pertuduhan dalam kes ini. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 32
section
69. Lanjutan itu, Mahkamah ini tidak dapat bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa kegagalan Inspektor Vikram yang menangkap SP2 dijadikan saksi pendakwaan adalah fatal. Sebagai contoh, di dalam kes Su Ah Ping v PP [1979] 1 LNS 100 FC. Mahkamah Persekutuan memutuskan “ ... if an officer who picked up an object at the scene produced it and identified it as that very object, that is enough, and there is no need to call every other officer who handled it.”
section
70. OKT 1 mempertikaikan berkenaan tempat kejadian OKT-OKT ditangkap dan menyatakan bahawa OKT 1 tidak cuba lari dan perlunya keterangan sokongan untuk menyokong versi SP1.
section
71. Pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan menunjukkan yang OKT 1 telah ditangkap di tempat kejadian semasa dia sedang menjinjit beg yang mengandungi dadah tersebut.
section
72. OKT 1 ditangkap terlebih dahulu oleh SP1 dan ia melibatkan anggota polis yang ramai. Keterangan SP1 sendiri yang menangkap SP1 adalah mencukupi dan ia tidak memerlukan keterangan sokongan.
section
73. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa kes ini bukanlah merupakan kes seksual yang menuntut keterangan sokongan diberikan untuk menyokong keterangan mangsa/pengadu. Di dalam kes Selvam A/L Arjunan V Public **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 33 Prosecutor [2012] 4 MLJ 755, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: The rule where one witness is said to be no witness could not apply in the present appeal. The latin phrase ‘testis unus testis nullus’ (one witness is no witness) cannot be applied to all cases. The testimony of one credible witness outweighs the testimony of other witnesses who are not credible enough. SP2 was a witness that was not required to be corroborated at law. SP2 was not a child witness nor was he an accomplice and he was also not a victim of a sexual offence. SP2 was a police officer and his evidence could stand alone. The High Court saw SP2 giving his evidence and there was no rule of law that a court cannot convict a person based on the evidence of one witness only (see paras 26–27).
section
74. Selain itu, di dalam kes Mirza Murtala v PP [2010] 5 MLJ 616, Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “(1) The trial judge having been presented with two differing versions of the events leading to the arrest of the appellant and his co-offender and the recovery of the dangerous drugs, had adopted the principle in Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257. The Court of Appeal would agree with the trial judge's approach. Further, there was no evidence whatsoever of any reason or motive by the prosecution witnesses to frame-up the appellant and the co-offender (see para **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 34 20); Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 followed.”
section
75. Dan, dalam kes PP v Mohd Bandar Shah Nordin & Anor [2008] 4 CLJ 859, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: [6] We now turn to the argument directed at the credibility of PW3. Learned counsel for the respondents in a very carefully formulated and formidable argument has submitted that whatever may be the learned judge's finding on PW3's credit this court should in accordance with settled principle not interfere with the trial judge's conclusion that the witness was not credible. In approaching issues of credibility it is always necessary to bear in mind the tests that a trier of fact should ordinarily apply when evaluating oral evidence. One of the tests is motive. The presence or absence of motive on the part of a witness is a relevant consideration which a trial court should take into account. See, Tengku Mahmood v. Public Prosecutor [1974] 1 LNS 176; [1974] 1 MLJ 110. Another relevant consideration are probabilities of the case. If a witness' evidence is improbable, this would be a good reason for rejecting his evidence or according it very little weight. By the same token, where the evidence of a witness accords with the probabilities of the case, it would be a serious misdirection on the part of the trial court to give it little or no weight on grounds of credibility. When there is a conflict of evidence in or between the testimony of witnesses, it is the duty of the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 35 trier of fact to warn himself of the danger of acting upon the evidence of a given witness. Contradictions within and between the evidence of witnesses there are always bound to be. But that is not a good reason by itself to hold the evidence of a witness to be lacking in credibility. See, Public Prosecutor v. Dato' Harun bin Haji Idris [1977] 1 MLJ 14. In respect of the assessment of evidence of police officers we can do no better than to quote from the judgment of Thomson CJ in Public Prosecutor v. Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129; [1962] MLJ 257: When a police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether a police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted. [7] In the present case, the learned judge quite rightly found no evil motive on the part of PW3. His sole ground for rejecting the evidence of this witness as wanting in credibility were the contradictions in or conflict between his evidence and the contents of exh. D20. Unfortunately the learned judge did not direct his mind to the critical question: was the evidence of PW3 so improbable that it warranted to be given **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 36 no weight whatsoever? This in our respectful view constitutes a serious misdirection on the part of the learned judge. Additionally, except for a very cursory reference to PW4 and PW5 there is nothing in his grounds of judgment to show that he considered and evaluated the evidence of these witnesses.
section
76. Maka, berdasarkan prinsip undang-undang mantap dalam kes tersebut, mahkamah ini berpandangan keterangan SP1 adalah keterangan yang kredibel dan tidak memerlukan keterangan sokongan.
section
77. Bagi OKT 2 pula, pembelaan yang diketengahkan adalah berkaitan penggunaan kereta Honda Accord tersebut sebelum kejadian yang mana OKT 2 meletakkan bahawa terdapat penama lain yang menggunakan kereta tersebut iaitu Abdullah.
section
78. Walaupun pihak pendakwaan tidak pernah menafikan penama-penama tersebut ditangkap pada hari kejadian, tiada keterangan yang dapat mengaitkan penama-penama tersebut yang menggunakan kereta tersebut sebelum kejadian OKT 1 dan OKT 2 ditangkap. TIDAK ADA KETERANGAN PERJALANAN DENGAN BAS DARI KELANTAN KE KUALA LUMPUR
section
79. Cabaran telah diletakkan oleh OKT 2 kepada SP2 bahawa sebelum kejadian tangkapan, OKT 1 dan OKT2 telah menaiki bas dari Kelantan ke Kuala Lumpur. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 37
section
80. Walau bagaimanapun, SP2 telah menjelaskan bahawa semasa siasatan dijalankan terhadap OKT2, SP2 tidak pernah ditunjukkan dan diserahkan dengan tiket bus sebagaimana yang didakwa oleh OKT 2. Manakala siasatan ke atas kereta Honda membuktikan bahawa ia dimiliki oleh OKT2.
section
81. SP2 juga menyatakan bahawa tangkapan Abdullah dan Mirafifiy adalah di tempat lain dan mereka tidak mempunyai kaitan dengan kes ini.
section
82. Melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan, adalah jelas OKT 2 telah melarikan diri semasa serbuan. Kelakuan dan reaksi OKT2 ketika tangkapan adalah relevan di bawah seksyen 8 dan seksyen 14 Akta Keterangan 1950.
section
83. Mahkamah membuat hanya satu inferen sahaja bahawa OKT 2 sebenarnya mempunyai pengetahuan berkenaan kandungan dadah yang ada dalam beg tersebut. Dalam kes yang dibicarakan ini, OKT1 dan OKT2 mempunyai pengetahuan berkenaan barang kes tersebut berdasarkan kepada perbuatan OKT-OKT itu sendiri sebagaimana berikut: i) OKT 1 telah keluar dari pintu pemandu kereta tersebut dan telah membuka boot kereta tersebut; ii) Kemudian, OKT 1 telah mengambil P9 dari dalam boot kereta dan menjinjit P9; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 38 iii) Semasa serbuan dilakukan, telah memperkenalkan diri sebagai polis dan OKT 2 telah melarikan diri;
section
84. Perbuatan OKT-OKT sebagaimana yang dinyatakan di atas terjumlah kepada perbuatan selepas atau subsequent conduct di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950.
section
85. Sepertimana diputuskan di dalam kes Khairuddin Bin Hassan v PP (2010) 7 CLJ 129, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “… based on both elements of the conduct of the appellant and his proximity to the recovered drugs, coupled with his failure to give any satisfactory explanation, he was in mens rea possession of the drugs.”
section
86. Oleh hal yang demikian, Mahkamah ini membuat hanya satu inferen bahawa perbuatan OKT-OKT semasa serbuan menunjukkan OKT1 dan OKT2 mempunyai pengetahuan barang kes dadah dalam kereta tersebut. KETERANGAN RAKAMAN CCTV/ CAP JARI/ LAPORAN FORENSIK
section
87. Pihak pembelaan menyatakan bahawa ketiadaan kedua-dua keterangan tersebut telah memprejudis kes pendakwaan kerana tidak dapat menyokong keterangan SP1. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 39
section
88. Mahkamah ini mendapati berdasarkan keterangan SP2 sendiri menyatakan semasa beliau menjalankan siasatan, tiada CCTV yang dapat menunjukkan kawasan serbuan berlaku mahupun dari kedai Speedmart 99 mahupun kedai-kedai di belakangnya.
section
89. Keterangan tersebut juga disokong oleh SP4 yang menyatakan bahawa CCTV Speedmart 99 hanya diletakkan di dalam kedai sahaja dan menghala ke dalam kedai.
section
90. Berdasarkan nas undang-undang yang mantap, keterangan CCTV dan cap jari ini adalah keterangan sokongan sahaja yang mana tanpa kedua-dua keterangan ini tidak bermaksud bahawa kes pendakwaan menjadi fatal.
section
91. Sepertimana diputuskan di dalam kes Mehmet Ucaner Oktay v Pendakwa Raya [2016] MLJU 1688 dirujuk dalam kes Benjamin William Hawkes v. PP [2020] 8 CLJ 267 yang juga telah memutuskan ketiadaan CCTV tidak menjejaskan kes pendakwaan seperti berikut: Dapatan dan Keputusan Mahkamah [24] Berkaitan dengan isu rakaman CCTV yang gagal dikemukakan oleh pihak pendakwaan, peguambela terpelajar berhujah rakaman CCTV tersebut adalah keterangan terbaik bagi menunjukkan bahawa Perayu 2 telah melalui Lorong Hijau sambil menarik **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 40 bagasinya dalam keadaan yang mencurigakan seperti yang didakwa oleh saksi-saksi pendakwaan. Saksi-saksi pendakwaan turut menyatakan perayuperayu dilihat berkelakuan mencurigakan semasa menuntut bagasi masing-masing di Karosel E. Kelakuan perayu-perayu serta tindakan-tindakan yang telah diambilkira oleh saksi-saksi pendakawaan dalam menahan dan membuat pemeriksaan terhadap perayu-perayu dan bagasi perayu-perayu telah dirakam oleh kamera CCTV. Walaupun Pegawai Penyiasat SP9 dan Penguasa Kastam Zaini @ Zaini bin Taib (SP10) mengesahkan terdapat rakaman CCTV namun rakaman CCTV tersebut gagal dikemukakan ke Mahkamah. Dengan itu peguambela terpelajar berhujah bahawa anggapan di bawah seksyen 114 (g) terpakai terhadap pihak pendakwaan. [25] Mengenai isu rakaman CCTV, hakim bicara membuat dapatan berikut di dalam penghakiman beliau di muka surat 28 Rekod Rayuan Jilid 1: “19. Isu pengemukaan CCTV di KLIA - pada pendapat saya hanyalah merupakan keterangan sokongan, oleh kerana keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kawalan mereka ke atas beg-beg tersebut telah dikemukakan, maka ketiadaan rakaman CCTV tersebut tidak mencacatkan kes pendakwaan”. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 41 [26] Kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara atas isu rakaman CCTV tersebut. Mengenai isu yang sama, Mahkamah ini dalam kes Ediawe Eshilama Clinton v. PP [2015] 9 CLJ 169, telah memutuskan seperti berikut: “[19] As we have earlier alluded to, in essence the defence raised by the appellant was that of an innocent carrier. We do not find merits in this ground because the appellant had every opportunity to check for himself what he was carrying with him in P29 (see Hoh Bon Tong v. PP [2010] 5 CLJ 240). The learned trial judge had correctly made a finding of fact that the bag P29 was caught with the appellant thus with or without CCTV recording the fact of possession was proved. According to SP2 and SP8 they were never informed of the existence of Tina in the course of investigation. The learned trial judge had no reason to disbelieve the evidence of SP2 and SP8. The learned judge had given consideration to all the issues raised in the defence and we have no reason to intervene with a decision made supported by evidence and with sound reasons”. [27] Di dalam kes Dilbar Nazarova v. PP & Another Appeal [2015] 1 LNS 926, mahkamah ini sekali lagi menekankan kedudukan rakaman CCTV di bawah undang-undang, seperti berikut: “[54] As regard the non-production of the CCTV footage which learned counsel contended to be the best **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 42 evidence, in the circumstances of this case, is not fatal to the prosecution’s case. The prosecution’s evidence is sufficient to prove the trafficking charge against the appellant. There is no necessity for the production of the CCTV recordings as an additional or corroborative evidence. The issue of CCTV recordings was considered in the case of Ashaddi Abu Bassan v. PP [2011] 8 CLJ 509, wherein the Federal Court opined in Bahasa Malaysia: “Oleh itu kami berpendapat keterangan mencukupi dan tidak perlu mendapat sokongan melalui CCTV”. [28] Setelah menyemak Rekod Rayuan, kami berpuas hati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan bagasibagasi P15 dan P9 yang mengandungi dadah-dadah berada di dalam milikan perayu-perayu. Hakim bicara telah membuat dapatan fakta secara positif bahawa perayu-perayu mempunyai milikan terhadap dadah-dadah yang terdapat di dalam bagasi-bagasi yang mereka bawa. Tiada sebarang alasan untuk kami mengganggu dapatan fakta yang telah dibuat oleh hakim bicara tersebut. Hujahan peguambela terpelajar mengenai pemakaian anggapan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 tidak boleh dipertahankan dan seharusnya gagal. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 43
section
92. Seterusnya, SP2 juga telah menjelaskan bahawa usaha untuk mengesan cap jari telah dilakukan namun hasilnya adalah negatif. Mahkamah ini berpandangan tanpa keterangan cap jari tidak menimbulkan keraguan atas dadah-dadah berbahaya yang dirampas.
section
93. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Pendakwa Raya v. Mansor Bin Mohd Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233; [1996] 3 MLJ 560 seperti berikut: We also find ourselves in agreement with the learned Deputy Public Prosecutor that the learned trial Judge had erred in law when he faulted PW13 the investigating officer for not lifting the finger prints off the wrappings of the cannabis and for not taking photographs of the street light in front of the house No. 129. Where the identity of a culprit is in question or required to be proved, fingerprint evidence would be of great significance and immense value. In the present case under appeal, however, the charge alleged trafficking in the form of sale and there is evidence indicating the identities of the alleged offenders and the sale transaction. Fingerprint evidence on the newspaper wrapping, white plastic and the loytape, therefore, assumes little value or significance. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 44
section
94. Oleh hal yang demikian, Mahkamah merumuskan isu berkaitan keterangan CCTV dan cap jari ini bukanlah isu material yang menjejaskan kes pendakwaan. ABDULLAH BIN MOHAMAD DAN MOHD MIRAFIFY BIN ALI AKBAR
section
95. Kedua-dua peguambela membuat cabaran terhadap kes pendakwaan dengan menghujahkan seksyen 114(g) Akta Keterangan sewajarnya digunapakai terhadap pihak pendakwaan kerana gagal memanggil penama Abdullah dan Mohd Mirafify.
section
96. SP2 telah memberikan keterangan di Mahkamah yang secara jelasnya menyatakan berdasarkan siasatannya kereta Honda tidak pernah di bawah kawalan Abdullah sepertimana dihujahkan peguambela.
section
97. Selanjutnya, walaupun SP2 telah memberikan keterangan semasa soal balas oleh pihak pembelaan bahawa beliau bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan bahawa kedua-dua penama adalah saksi penting.
section
98. Namun, semasa pemeriksaan semula, SP2 telah memberi keterangan Mohd Mirafify ditahan pada 1.2.2023 jam 5 ptg di Taman Dato Senu, Sentul, Kuala Lumpur. Abdullah pula ditangkap pada 2.2.2023 jam 1.30 pagi di Kg Guar Cempedak, Kuala Lipis Pahang. SP2 menyatakan dengan jelas kedua-dua **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 45 tangkapan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kes di hadapan Mahkamah ini.
section
99. Oleh yang demikian, terdapat keterangan dan penjelasan diberikan saksi pendakwaan sebab kedua-dua penama tersebut tidak terkait dengan kes di hadapan Mahkamah ini.
section
100. Mahkamah merumuskan bahawa cabaran pihak pembelaan mengenai penama-penama tersebut mempunyai kaitan dan merupakan saksi material dalam kes ini adalah ditolak.
section
101. Sandaran hujahan PB OKT2 ke atas kes Rosli bin Yusof v PP [2021] 4 MLJ 479 tidak terpakai di dalam kes ini kerana fakta dalam kes dirujuk nyata berbeza dengan kes di hadapan Mahkamah ini.
section
102. Fakta material yang membezakan ialah di dalam kes yang dirujuk, pihak pendakwaan gagal memanggil saksi pegawai serbuan, Kamarul Hisham dan seorang warganegara Thai sebagai saksi tanpa sebarang penjelasan. Saksi-saksi tersebut adalah individu yang menangkap tertuduh adalah bukti contemporaneous atau berdekatan kepada penahanan tertuduh/perayu sepertimana menurut siasatan pegawai penyiasat di dalam kes dirujuk.
section
103. Tambahan pula, untuk kes melibatkan ADB 1952, ia tidak memerlukan pembuktian kepunyaan atau “ownership” sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v Klong K’Djoanh & Satu Lagi Rayuan [2016] 5 CLJ 533; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 46 [2016] MLJU 1644. Dalam hal ini, isu bahawa sama ada dadah kepunyaan OKT1 atau OKT2 ataupun Abdullah tidak berbangkit sama sekali untuk diputuskan oleh Mahkamah ini. NIAT BERSAMA DI BAWAH SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN
section
104. Berdasarkan kepada keterangan yang terdapat dalam kes semasa yang dibicarakan ini, niat bersama oleh kedua-dua OKT dapat dibuktikan seperti berikut: i) Pemerhatian awal oleh SP1 menunjukkan hanya OKT 1 dan OKT 2 sahaja yang berada dalam kereta tersebut: ii) Kereta tersebut didaftarkan dan dimiliki oleh OKT 2 dan tiada keterangan lain bahawa kereta tersebut diakses atau digunakan oleh orang lain sebelum kejadian serbuan; iii) OKT 1 ditangkap semasa sedang menjinjit P9 yang diambil dari boot kereta manakala OKT 2 terus melarikan diri sejurus selepas mendengar SP1 memperkenalkan diri sebagai polis. ELEMEN PENGEDARAN
section
105. Memandangkan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen milikan melalui kawalan, jagaan dan pengetahuan OKT-OKT berkaitan barang kes dadah, peruntukan anggapan di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB 1952 adalah terpakai dalam kes ini bilamana berat bersih dadah dalam kes ini adalah sebanyak **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 47
section
6037.2 gram Methamphetamine maka OKT-OKT dianggap memiliki dadah tersebut bagi tujuan pengedaran. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN
section
106. Berdasarkan kepada di atas, setelah meneliti segala keterangan dan setelah membuat pertimbangan secara maksimum ke atas keterangan saksi pendakwaan dan krebiliti saksi-saksi pendakwaan, adalah didapati dan diputuskan bahawa Pendakwa Raya telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2 dan berasaskan kepada peruntukan seksyen 180(3) Kanan Tatacara Jenayah, kedua-dua OKT adalah dipanggil untuk membela diri. PEMBELAAN OKT1/SD1 DAN OKT2/SD2
section
107. OKT1 telah membuat pilihan untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. Bagi tujuan pembelaan, OKT1 telah menyediakan pernyataan bertulis dan ditandakan sebagai WSD1.
section
108. Setelah OKT1 memberi keterangan, OKT2 juga memilih memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. OKT2 juga telah menyediakan pernyataan bertulis yang ditandakan WSD2.
section
109. Menurut kes Balanchandran v PP [2005] 1 CLJ 85, di akhir kes perbicaraan, Mahkamah ini hendaklah memutuskan berasaskan kepada seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah sama ada pihak **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 48 pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
section
110. Keraguan munasabah melibatkan 2 aspek. Iaitu beban pembuktikan dari aspek perundangan yang mana beban pembuktian terletak di bahu pihak pendakwaan dan beban pembuktikan oleh tertuduh untuk membangkitkan sebarang keraguan munasabah. Berikut adalah petikan keputusan yang dirujuk: “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 49 reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” (penekanan diberikan).
section
111. Secara dasarnya, OKT 1 dan OKT 2 menafikan yang mereka mempunyai kawalan, jagaan bersama, milikan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah yang dijumpai dalam beg tersebut. Persoalan kepada Mahkamah ialah sama ada pembelaan kedua-dua OKT ini bersifat penafian semata-mata dan berfikiran terkemudian sepertimana dihujahkan pihak pendakwaan.
section
112. Naratif pembelaan OKT1 dan OKT2 bermula dengan perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan dengan menaiki bas pada hari kejadian. Apabila sampai di station bas pada awal pagi, kawan OKT1 bernama Zahari mengambil mereka dari station bas. Kemudian Zahari membawa mereka ke Dengkel sementara menunggu kawan OKT2 membawa kereta Honda OKT2 (yang mana barang kes dadah dijumpai di dalam bag hitam/eksibit P9). Ketika itu, Zahari bersama OKT1 dan OKT2 telah pergi ke restaurant mamak untuk bersarapan.
section
113. Selepas Abdullah dan Mirafify mengambil OKT 1 dan OKT 2, kesemua mereka telah pergi bersarapan di Restaurant Saloma. Semasa bersarapan, OKT 2 menyatakan yang OKT1 menyatakan hasrat untuk meminjam kereta Abdullah untuk pergi ke Puchong bagi menguruskan penghantaran motosikal OKT 1. OKT 2 menyatakan yang dia telah menasihati OKT 1 untuk terus memaklumkan hal itu kepada Abdullah. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 50
section
114. OKT 2 melihat Abdullah telah menyerahkan kunci kereta tersebut kepada OKT 1 dan OKT 2 telah menemani OKT 1 ke Puchong. OKT 2 menyatakan yang dia tidak memandu kereta tersebut kerana dia tidak mahir dengan jalan di Kuala Lumpur. Selepas menyelesaikan urusan OKT 1 di Puchong, OKT 2 menyatakan yang dia dan OKT 1 telah pergi ke tempat kejadian di Taman Seri Taming, Cheras.
section
115. OKT 2 menyatakan semasa dia sedang berdiri menunggu OKT 1, dia melihat OKT 1 telah ditahan oleh polis. Pada masa yang sama, OKT 2 juga menyatakan yang dia telah ditahan oleh pihak polis di hadapan kedai tayar.
section
116. Semasa sampai di tempat kejadian, disebabkan kesesakan jalan pada waktu tersebut, OKT 1 dikatakan telah menurunkan OKT 2 di sebuah kedai yang mempunyai perkataan ’Good Year’ dan OKT 1 telah meletakkan kenderaan di parkir berhampiran dengan kedai 99 Speedmart.
section
117. Kemudian, ketika berada di luar kereta, OKT2 menghubungi OKT1 melalui telefon dan meminta beliau mengambil beg hitam. OKT1 juga telah bertanyakan adakah beg dalam boot kereta dan OKT2 menjawab ya. Lalu OKT1 telah keluar dari kereta dan terus ke boot untuk mengeluarkan bag sepertimana diminta OKT2.
section
118. OKT1 ditangkap ketika menjinjing beg tersebut ke arah OKT2 yang sedang menunggu di luar kereta. OKT1 juga nampak **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 51 OKT2 lari sebelum OKT1 ditangkap. OKT1 menafikan yang pihak polis ada menunjukkan kandungan dadah kepada beliau.
section
119. OKT1 menyalahkan OKT2 mengenai tangkapan ke atas OKT1 kerana beliau ke tempat kejadian apabila diminta OKT2 memandu kereta Honda milik OKT2. Pembelaan OKT1 ialah beliau hanya pemandu kereta Honda yang dimiliki oleh OKT2.
section
120. OKT2 membela diri dengan menyatakan kereta Honda telah dijual kepada Abdullah pada tahun 2018. Mirafify pula adalah kawan Abdullah.
section
121. Namun OKT2 tidak dapat mengemukakan apa-apa dokumen jual beli, mahupun geran kereta Honda yang dikatakan telah diserahkan kepada Abdullah kerana OKT2 menyatakan dokumen-dokumen tersebut hilang kerana banjir dalam tahun 2022.
section
122. Pihak pembelaan telah berhujah bahawa terdapat isu teknikal untuk mematuhi seksyen 90A Akta Keterangan berkaitan perjanjian jual beli yang dikatakan musnah akibat banjir besar di Kelantan. Pihak pembelaan cuba untuk mengemukakan gambar bagi meyakinkan Mahkamah akan pembelaannya.
section
123. Mahkamah ini berpandangan bahawa bukti gambar yang cuba dimasukkan pihak pembelaan tidak menepati keperluan statutori Akta Keterangan. Selain daripada itu, Mahkamah ini berpandangan bahawa pihak pembelaan mempunyai alternatif **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 52 lain, sebagai contoh, laporan polis dikemukakan Mahkamah ini mengenai kehilangan dokumen-dokumen penting tersebut.
section
124. Selain itu, OKT2 dalam keterangannya juga menyatakan yang dia telah ditangkap selepas OKT1 ditangkap di tempat kejadian. OKT2 menafikan yang dia telah melarikan diri menggunakan kereta tersebut dari tempat kejadian dan ditangkap oleh SP9 di tempat lain.
section
125. Namun, OKT2 gagal menafikan keterangan SP9 sendiri yang menyatakan beliau telah menangkap OKT2 yang melarikan diri sejauh 500meter dari tempat kejadian.
section
126. Setelah meneliti pembelaan OKT1 dan OKT2, Mahkamah ini mendapati pembelaan OKT1 yang menyatakan beliau disuruh untuk mengambil bag di dalam boot kereta oleh OKT2 adalah an afterthought defence. Pembelaan OKT1 mengenai panggilan telefon tersebut tidak pernah dibangkitkan di peringkat pendakwaan.
section
127. Yang menariknya, peguambela OKT2 juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan mengenai afterthought defence tersebut. Malahan peguambela OKT2 mempertikaikan pembelaan OKT1 yang cuba untuk mengalihkan liabiliti di dalam kes ini kepada OKT2.
section
128. Manakala pembelaan OKT2 yang menyatakan dadah yang dijumpai di dalam kereta Honda adalah milik Abdullah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 53 merupakan sandaran pembelaan OKT1 dan OKT2 untuk membela diri.
section
129. Yang menghairankan Mahkamah ini ialah OKT1 dan OKT2 tidak pernah memberitahu pihak polis apabila ditangkap. Bahkan semasa rakaman percakapan diambil juga tidak disebut penama Abdullah, Mirafify mahupun kereta Honda yang telah dijual kepada Abdullah oleh OKT2 kepada pihak polis.
section
130. Mahkamah ini merujuk kepada kes Alcontara a/l Ambrose Anthony v PP [1996] Edgar Joseph Jr telah menyatakan seperti berikut: “Speaking generally, in a criminal trial, the whole point and purpose of the defence having to put its case to such of the prosecution witnesses as might be in a position to admit or deny it, is to enable the prosecution to check on whether an accused’s version of the fact is true or false, and thus avoid the adverse comment, that the defence is a recent invention in other words, ‘kept up its sleeve’, as it were-and revealed for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock, thus detracting from the weight to be accorded to the defence. However, failure on the part of the defence to put its case as aforesaid, can never, by itself, relieve the prosecution of its duty of establishing the charge against the accused beyond any reasonable doubt”. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 54
section
131. Sepertimana telah diputuskan oleh Mahkamah ini semasa di peringkat pendakwaan mengenai Abdullah dan Mirafify, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa kedua-dua penama tersebut tidak terkait dengan kes di hadapan Mahkamah ini.
section
132. Semasa di peringkat pendakwaan lagi, apabila dicadangkan oleh pihak pembelaan bahawa Abdullah dan Mirafify mempunyai kaitan dengan kes ini, SP2 telah memberi keterangan Mohd Mirafify ditahan pada 1.2.2023 jam 5 ptg di Taman Dato Senu, Sentul, Kuala Lumpur. Abdullah pula ditangkap pada 2.2.2023 jam 1.30 pagi di Kg Guar Cempedak, Kuala Lipis Pahang. SP2 menyatakan dengan jelas kedua-dua tangkapan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kes di hadapan Mahkamah ini.
section
133. Menurut seksyen 103 Akta Keterangan, apabila kedua-dua OKT dipanggil membela diri, beban pembuktian di peringkat pembelaan mengenai perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur pada hari kejadian, penjualan kereta kepada Abdullah dan Abdullah mempunyai akses kepada kereta Honda terletak kepada OKT1 dan OKT2.
section
134. Apabila Mahkamah ini memanggil kedua-dua OKT membela diri, Mahkamah ini menekankan bahawa undang-undang memerlukan kedua-dua OKT membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan.
section
135. Sepertimana diperuntukkan oleh seksyen 103 Akta Keterangan 1950, pihak yang ingin Mahkamah mempercayai kewujudan sesuatu fakta memikul beban membuktikan fakta itu. Mengenai **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 55 beban pembuktian keterangan (evidential burden) ini, rujukan juga dibuat kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Sarumathi Rengasamy v PP [2015] CLJU 1519; [2015] MLRAU 139 dimana telah diputuskan: “[46] With respect, it is incorrect to say that the learned trial Judge had shifted the onus of proof to the appellant. In our view, counsel has taken the learned trial Judge's comments out of its proper content. The above passage should be understood to mean that the prosecution, having discharged its legal burden to establish a prima facie case at the close the prosecution case, the evidential burden shifted to the defence to displace that the impugned drugs were not for the purpose of trafficking and the inference of knowledge on the part of the appellant. [47] The burden upon the prosecution to prove the guilt of an accused must be carefully distinguished from the evidential burden of adducing evidence. The burden of proving guilt is always on the prosecution. The evidential burden on the other hand, consists of an obligation to produce evidence to raise up a particular issue. In Sheldrake v. DPP, Attorney General's Reference (No 4 of 2002), Lord Bingham stated at (P 289): "An evidential burden is not a burden of proof. It is a burden of raising, on the evidence in the case, an issue as to the matter in question fit for consideration by the tribunal of fact. If an issue is properly raised, it is for the prosecutor to prove, **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 56 beyond reasonable doubt, that that ground of exoneration does not avail the defendant." (penekanan diberikan)
section
136. Penekanan yang Mahkamah ini berikan bukan bermaksud bahawa beban pembuktian di peringkat ini berpindah kepada pihak pembelaan sepertimana kebiasaan dihujahkan oleh pihak pembelaan untuk mengakas keputusan Mahkamah perbicaraan.
section
137. Apa yang dimaksudkan oleh Mahkamah ini ialah OKT1 dan OKT2 hendaklah menimbulkan keraguan yang munasabah sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Dato' Seri Anwar Ibrahim v. PP [2002] 3 CLJ 457-520), yang mana di ms. 275 (CLJ); 63 (MLJ), Augustine Paul H (pada masa itu) menyebut: “Be that as it may, I am unable to agree with the defence submission that this means that the prosecution must prove its case beyond reasonable doubt at that stage. A case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only upon a consideration and assessment of all the evidence (see Canadian Criminal Evidence (3rd Ed.) by PK McWilliams QC para 39:10000). It must be observed that in a criminal trial, if the defence raises a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case or as to the accused's guilt, there will be an acquittal, and if no such doubt is raised, a conviction [see Mah Kok Choeng v. R [1953] CLJU 53; [1953] 1 LNS 53; [1953] MLJ 46]. This evidential burden may be discharged by the defence either in the course of the prosecution case **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 57 or as the course of its own case [see Wong Chooi v. PP [1967] CLJU 207; [1967] 1 LNS 207; [1967] 2 MLJ 180…” (penekanan diberikan)
section
138. Tidak ada sebarang bukti keterangan rebuttal oleh OKT1 dan OKT2 mengenai penglibatan Abdullah dan Mirafify. Dalam hal ini, menurut PP v Ku Lip See (1981) 1 MLJ 258 dan PP v Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 Mahkamah menyatakan seperti berikut: ‘A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient’.
section
139. Selain itu, sepertimana diputuskan kes D A DUNCAN v PP [1980] 1 LNS 12, di mana penafian semata-mata bukanlah satu pembelaan. Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan seperti berikut: The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 58
section
140. Mahkamah berpandangan OKT1 dan OKT2 dalam pembelaannya atas imbangan kebarangkalian gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB 1952. Sehubungan itu, Mahkamah ini berpandangan dadah yang dimiliki OKT1 dan OKT2 bukanlah bertujuan selain daripada pengedaran.
section
141. Pihak pendakwaan berjaya membuktikan melampaui keraguan yang munasabah iaitu OKT1 dan OKT2 memiliki dadah berbahaya sepertimana pertuduhan terhadap kedua-dua OKT.
section
142. Oleh hal yang demikian, merujuk semula kepada prinsip undang-undang yang dinyatakan sebelum ini, Mahkamah berpandangan pembelaan OKT 2 juga penafian semata-mata.
section
143. Secara kesimpulannya, Mahkamah berpandangan OKT2 juga telah menafikan pemilikan dan jagaan bersamanya terhadap dadah-dadah yang dijumpai dan pembelaan OKT 2 ini juga bersifat penafian semata-mata.
section
144. Mahkamah ini mengulangi prinsip undang-undang mantap oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim (supra) yang memutuskan: “While it is true that it is within the appellant’s right to give a statement from the dock, that statement must however amount to a credible defence. A mere denial does not amount to a credible defence” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 59
section
145. Dalam hal ini, OKT-OKT juga gagal mencabar anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB 1952. Mahkamah ini berpandangan pihak pendakwaan berjaya membuktikan melampaui keraguan yang munasabah.
section
146. Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan OKT serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa mengikut prinsip yang diputuskan di dalam Mat v PP [1963] 1 MLJ 263, Mahkamah mensabitkan OKT1 dan OKT2 sepertimana pertuduhan terhadap kedua-dua OKT. KESIMPULAN
section
147. Setelah Mahkamah mensabitkan kedua-dua OKT terhadap pertuduhan ke atas mereka, sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman, kedua-dua OKT telah diberikan peluang untuk membuat mitigasi.
section
148. Peguambela bagi pihak OKT1 berhujah bahawa berumur 35 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Manakala OKT2 berumur 47 tahun dan mempunyai 6 orang anak yang masih belajar.
section
149. Kedua-dua OKT adalah pesalah pertama. Menyesal atas perbuatan yang dilakukan dan insaf. Kedua-dua OKT memohon Mahkamah untuk menggunakan budi bicaranya menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 60
section
150. Timbalan Pendakwa Raya menghujahkan faktor pemberat dalam kes ini yang tertumpu kepada kepentingan awam yang mengatasi kepentingan peribadi OKT-OKT. Dadah adalah musuh negara dan beliau menekankan Mahkamah wajar menjatuhkan hukuman berat untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada OKT-OKT dan Masyarakat. Kesalahan mengedar dadah adalah serius kerana kesan domino daripada dadah itu sendiri. Pihak pendakwaan memohon hukuman gantung sampai mati dijatuhkan mengambilkira berat dadah ... dalam kes ini.
section
151. Faktor utama dipertimbangkan Mahkamah adalah kepentingan awam dan juga kesalahan serius dengan hukuman berat yang boleh dijatuhkan di bawah ADB 1952.
section
152. Akan tetapi, susulan pelaksanaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang mana hukuman gantung sampai mati sepertimana sebelum pelaksanaan Akta tersebut bukanlah hukuman mandatori bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
section
153. Mahkamah telah menekankan bahawa kedua-dua OKT bernasib baik Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman alternatif iaitu pemenjaraan seumur hidup (selama 30 tahun) dan tidak kurang 12 sebatan. Bagi Mahkamah ini menggunakan budi bicaranya dalam menentukan hukuman yang wajar dikenakan bagi kesalahan di bawah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.