Content
Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 1 MAHKAMAH MAJISTRET KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: TA – 82D – 2 – 01/2020 PENDAKWA RAYA v.
TA-82D-2-01/2020
Magistrates Court of Malaysia21 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“shim Yeop A. Sani dalam kes Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 (HC) telah lama mengiktiraf usaha kerajaan membanteras najis dadah dengan menyatakan: In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few”
“trial judge to amend the charge either at the close of the prosecution's case or at the close of the defence's case, so as to delete any reference in the charge to the co-accused and to s. 35 of the Penal Code did not cause any prejudice or injustice to the 1st accused. Obviously it does not render the charge bad again”
“banteras najis dadah dengan menyatakan: In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few years. The Ordinance has been amended by Parliament a number of times in 1971 (by Act A112 of 1972) then in 1973 (by Act A194 o”
“k dengan mudahnya terjerumus dengan dadah sekali gus melindungi kepentingan awam dari terus terjebak dengan najis dadah (Hafiz Fathullah v. PP [2016] 1 LNS 989 (HC); Zakaria Bin Idrus v Pendakwa Raya [2001] MLJU 505 (HC). Inilah juga hasrat Mokhtarudin Baki JCA dalam kes PP v. Muhammad Saifullah Awang [2016] 3 CLJ 784”
“bahu pihak pendakwaan sehingga undang-undang meletakkan agar ia dipindahkan kepada pihak lain untuk menyangkal fakta yang diandaikan sebagaimana dinyatakan dalam kes PP v.Tan Tatt Eek & Other Appeals [2005] MLJU 675 (FC) apabila mana Mahkamah Persekutuan memutuskan: S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA **Note : Serial number wil”
“h belum dapat dibendung sepenuhnya, malah semakin serius”. [ 64 ] Selain itu, kesalahan narkotik mampu memberi dampak sosial yang sangat ketara kepada masyarakat (Public Prosecutor v. Erwin bin Hardy [2007] MLJU 492 (HC), kesalahan melibatkan najis dadah wajar dianggap satu kesalahan serius (Public Prosecutor v Hasmadi”
“lwn. Kamran Ilyas Muhammad Ilyas [2018] CLJU 51 (COA) dan secara keseluruhannya sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah (Mohd Azrin bin Che Meh v. Pendakwa Raya [2011] MLJU 793 (COA). [ 28 ] Sekiranya Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan m”
“iketahui kandungan dan lebih parah lagi, kepada orang yang didakwa langsung tidak dikenali. Perbuatan tertuduh ini adalah apa yang ditekankan oleh Raus Sharif PCA dalam kes PP v. Herlina Purnama Sari [2016] CLJU 1855 (FC) yang memutuskan sebagaimana berikut: In our assessment, looking at the evidence in totality, the r”
“(c) PP v G Vasan A/L Gunasegaran [2016] MLJU 1379 – berat dadah 9.28 gram Methamphetamine dan hukuman dikenakan adalah penjara 4 tahun dan 4 sebatan. [ 76 ] Berdasarkan dapatan dan kes undang-undang yang dinyatakan di atas dan atas faktor bahawa ter”
“SC). Justeru, Mahkamah menyedari akan hakikat bahawa hukuman dijatuhkan harus selari dengan hasrat murni kerajaan untuk melindungi rakyat dari terus terjebak dengan najis dadah (Hafiz Fathullah v. PP [2016] MLRHU 1191 (HC). [ 65 ] Mahkamah berpendapat hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah seharusnya mendukung hasrat pi”
“angat ketara kepada masyarakat (Public Prosecutor v. Erwin bin Hardy [2007] MLJU 492 (HC), kesalahan melibatkan najis dadah wajar dianggap satu kesalahan serius (Public Prosecutor v Hasmadi Bin Mamat [2017] MLJU 1755 (SC). Justeru, Mahkamah menyedari akan hakikat bahawa hukuman dijatuhkan harus selari dengan hasrat mur”
“lai sama ada keterangan pembelaan, atas imbangan kebarangkalian, telah mematahkan anggapan berkenaan pengetahuan di bawah Seksyen 37 (d) Akta Dadah Berbahaya 1952 (PP lwn. Kamran Ilyas Muhammad Ilyas [2018] CLJU 51 (COA) dan secara keseluruhannya sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan muna”
“(b) Mohd Asmawi Bin Md Desa v Pendakwa Raya Dan Satu Lagi Rayuan [2018] MLJU 1557 – berat dadah 10 gram Methamphetamine dan hukuman dikenakan adalah penjara 3 tahun dan 4 sebatan.”
“hukuman dijatuhkan adalah dalam ruang lingkup yang diperuntukkan oleh undang-undang (Letitia Bosman v. PP & Other Appeals [2020] 5 MLJ 277 (FC), kepentingan awam, trend hukuman (Pragasam Shger v. PP [2020] CLJU 100 (COA), dan banyak lagi, dalam erti kata lain, the list is not exhaustive. [ 60 ] Kembali kepada rayuan pe”
“ty of this document via eFILING portal Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 25 lampu hijau dari Mahkamah Rayuan sebagaimana yang dapat dilihat dalam kes PP v. Saifulzainizam Mat Nasir [2021] CLJU 1074 (COA) (lihat juga: PP lwn. Mohd Farid Azizan [2019] 1 LNS 354 (COA) dan kes Mohd Indra Kirana Mansod lwn.”
“is to be presumed. Once that presumption applies, the persuasive or evidential burden (as the case may be) is on the other party to disprove the presumed fact. (rujuk juga: Heng Liang Lee & Ors v. PP [2022] MLRAU 188 (COA). [ 26 ] Sebelum mengulas isu dalam kes pembelaan ini, Mahkamah ingin menegaskan bahawa tertuduh t”
“at khabar atas arahan DW2 tanpa mengetahui kandungan bungkusan tersebut. Dengan merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn. Lim Kok Khen [2024] 72 CLJU pada [40 – 42] dan Law Kian Ming v. PP & Anor. Appeal [2023] CLJU 597, peguam menghujahkan bahawa momentary custody without proof of knowledge does not mean possession. [ 30”
“y of this document via eFILING portal Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 23 [ 68 ] Untuk menjawab persoalan ini, Mahkamah merujuk kepada fakta dalam kes Datu Nasir Indal Jaya v. PP [2023] MLRHU 2385 (HC) di mana Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman 4 tahun penjara terhadap seorang penjawat awam atas kesa”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 1 MAHKAMAH MAJISTRET KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: TA – 82D – 2 – 01/2020 PENDAKWA RAYA v.
2
MUHAMMAD FARID BIN ISMAIL ALASAN PENGHAKIMAN NORDIANA BINTI ABD AZIZ: PENGENALAN [ 1 ] Muhammad Farid (selepas ini dirujuk sebagai “tertuduh”) pada mulanya dituduh bersama seorang lagi rakan bernama Mohd Hakim untuk satu kesalahan narkotik di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh di hukum di bawah seksyen 39A (1) Akta yang sama. [ 2 ] Pertuduhan terhadap mereka adalah seperti berikut: Bahawa kamu bersama-sama pada 9/8/2017 jam lebih kurang jam 11.23 malam bertempat di hadapan rumah beralamat No 991, Kampung Tok Kaya, dalam Daerah Kuala Terengganu, dalam Negeri Terengganu telah ada dalam kawalan kamu dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 17.90 gram (berat bersih). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 2 kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. [ 3 ] Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan. [ 4 ] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah melepaskan dan membebaskan kedua-dua tertuduh dari pertuduhan. [ 5 ] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak pendakwaan memfailkan rayuan. [ 6 ] Pada 03 Januari 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu melalui rayuan nombor TA-41LB(A)-4-12/2022, telah membenarkan rayuan pihak Pendakwa Raya terhadap keputusan Mahkamah ini di mana bagi penama Mohd Hakim, perintah Mahkamah ini yang melepaskan dan membebaskannya dikekalkan manakala satu kes prima facie didapati berjaya dibuktikan terhadap Muhammad Farid seraya tertuduh diperintahkan membela diri terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. KES PENDAKWAAN [ 7 ] Dalam kes ini, pihak pendakwaan telah memanggil lima orang saksi: Insp Mohd Hafizul Ashraff bin Mohamed (SP1), Khairul Azmiezi bin Azmal (SP2), Shahrul (SP3) Ridzwan bin Mazlan (SP3), Insp Siti Noramirah binti Ahmad Seburi (SP4) dan Norzila Binti Mohd Nabil (SP5). [ 8 ] Berikut adalah intipati keterangan saksi pendakwaan. [ 9 ] Pada 09 Ogos 2017 jam lebih kurang 11.23 pagi, SP1 bersama beberapa anggota telah melakukan serbuan di hadapan sebuah rumah beralamat No 991, Kampung Tok Kaya Kuala Terengganu, Terengganu atas satu maklumat pengedaran dadah. S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 3 [ 10 ] Beberapa anggota polis ditempatkan di sekitar rumah tempat kejadian. Setelah itu, terdapat satu motosikal dengan nombor pendaftaran: NAQ 4685 dinaiki oleh dua orang lelaki datang ke rumah tersebut. Penumpang motosikal tersebut telah turun dari motosikal dan meletakkan satu bungkusan surat khabar di atas tangga. Kedua penunggang dan penumpang motosikal ditangkap. Setelah pemeriksaan dijalankan, didapati bungkusan tersebut mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah. [ 11 ] SP1 kemudian telah merampas barang tersebut dan menangkap kedua-dua penunggang dan penumpang motosikal tersebut. Mereka di bawa ke Pejabat Narkotik IPD Kuala Terengganu untuk tindakan selanjutnya. [ 12 ] Ketulan-ketulan kristal yang dijumpai dalam balutan surat khabar telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk di analisis dan disahkan mengandungi 17.90 gram berat bersih Methamphetamine. KEPUTUSAN RAYUAN DI MAHKAMAH TINGGI [ 13 ] Semasa menyampaikan keputusan rayuan, YA Hakim berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh kerana terdapat keterangan yang kuat terhadap tertuduh berkaitan dadah dalam bungkusan surat khabar tersebut. [ 14 ] Sejurus mengumumkan kepada tertuduh berkenaan perintah Mahkamah Tinggi memanggilnya membela diri, Mahkamah ini telah memaklumkan tertuduh bahawa andaian berkenaan pengetahuan di bawah seksyen 37 (d) Akta Dadah Berbahaya 1952 terpakai terhadapnya. [ 15 ] Selepas tiga pilihan diberikan kepada tertuduh berikutan arahan membela diri tersebut, tertuduh memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah. S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 4 KES PEMBELAAN [ 16 ] Menurut tertuduh, pada hari kejadian, dia bekerja bersama L/K Mohd Hakim Bin Abdul Aziz di sektor pentadbiran Chabang Tiga. Mereka keluar meronda pada jam 11.00 malam. Mohd Hakim menunggang motosikal EX5 no plate NAQ 4685 manakala tertuduh merupakan pembonceng. Mereka berhenti di satu rumah kayu di Kampung Tok Kaya. [ 17 ] Mohd Hakim mengambil satu bungkusan surat khabar tidak berselotape dan mengarahkan dia meletakkan bungkusan tersebut dekat tangga rumah. Sejurus selepas dia meletakkan bungkusan tersebut di atas tangga, mereka diserbu pasukan yang diketuai SP1. Dia menyatakan tidak tahu menahu berkenaan kandungan bungkusan surat khabar tersebut. Hanya setelah ia dibuka oleh SP1 baru tertuduh mengetahui bahawa bungkusan tersebut mengandungi dadah. [ 18 ] Ketika pemeriksaan semula tertuduh menyatakan bungkusan dibalut dengan plastik dan dibungkus dengan surat khabar. Disebabkan itu, dia tidak nampak kandungan dalam bungkusan tersebut. Tertuduh juga mengakui tidak pernah berurusan mahupun mengenali SP1 sebelum kejadian. Menurut tertuduh, malam kejadian tersebut adalah kali pertama dia ditugaskan menghantar barang. [ 19 ] Dia menyatakan tugas menghantar barang adalah dalam skop tugasnya sebagai anggota URB. Tertuduh menyatakan motosikal miliknya digunakan untuk rondaan bagi tujuan risikan. Ketika Mohd Hakim menyerahkan bungkusan surat khabar, dia tidak menyemak kandungannya mahupun bertanya Mohd Hakim akan kandungannya. [ 20 ] Selain tertuduh, turut dipanggil sebagai saksi pembelaan adalah Mohd Hakim (DW2). Pada malam kejadian, dia menerima maklumat berkenaan penyalahgunaan dadah lalu memutuskan ke tempat kejadian bersama tertuduh. Dia mengakui tidak memberikan taklimat berkenaan penghantaran bungkusan tersebut kepada tertuduh. S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 5 [ 21 ] Di balai, dia berselisih dengan rakan sekerja bernama Shahrul (SP3). Menurut DW2, Shahrul (SP3) memintanya menghantar bungkusan surat khabar kepada Emy di Kampung Tok Kaya. Dia tidak bertanyakan Shahrul (SP3) apa kandungan bungkusan tersebut. Bungkusan diletakkan dalam bakul motosikal dan mereka keluar menunggang motosikal milik tertuduh. [ 22 ] Setelah sampai di Kampung Tok Kaya, dia tidak menemui rumah Emy lalu bertindak menelefon Emy. Apabila menemui alamat rumah Emy, dia meminta tertuduh untuk menyerahkan bungkusan tersebut kepada Emy. Selepas tertuduh meletakkan bungkusan di atas tangga rumah, mereka berdua ditangkap sepasukan polis ketika hendak keluar dari kawasan itu. Setelah ditangkap baru dia mengetahui bahawa bungkusan tersebut mengandungi dadah. [ 23 ] Ketika pemeriksaan balas, DW2 mengakui antara tugas menghantar barang adalah bukan dalam skop tugasnya di URB. DW2 menegaskan bahawa kehadirannya ke tempat kejadian adalah semata-mata atas arahan Shahrul (SP3) walaupun ia bukan dalam skop penugasan polis. [ 24 ] DW2 menyatakan telah lama mengenali SP1 dan hubungan mereka adalah baik. DW2 mengakui merasa sedih kerana tertuduh masih terpalit dengan pertuduhan kes ini sedangkan dia telah dibebaskan dari pertuduhan. BEBAN PEMBUKTIAN [ 25 ] Mahkamah ini maklum akan prinsip undang-undang bahawa beban pembuktian adalah terletak di pihak pendakwaan (Daniel Akachukwu Agbanusi v. PP [2017] 4 CLJ 200 (COA). Ia kekal di bahu pihak pendakwaan sehingga undang-undang meletakkan agar ia dipindahkan kepada pihak lain untuk menyangkal fakta yang diandaikan sebagaimana dinyatakan dalam kes PP v.Tan Tatt Eek & Other Appeals [2005] MLJU 675 (FC) apabila mana Mahkamah Persekutuan memutuskan: S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 6 Where a rebuttable presumption of law applies in favour of a party, on proof or admission of one fact, another fact is to be presumed. Once that presumption applies, the persuasive or evidential burden (as the case may be) is on the other party to disprove the presumed fact. (rujuk juga: Heng Liang Lee & Ors v. PP [2022] MLRAU 188 (COA). [ 26 ] Sebelum mengulas isu dalam kes pembelaan ini, Mahkamah ingin menegaskan bahawa tertuduh telah dipanggil membela diri atas arahan Mahkamah Tinggi apabila membenarkan rayuan pihak pendakwaan. Disebabkan tidak wujud sebarang keterangan baru, Mahkamah ini tidak akan menyentuh sama sekali isu-isu berkaitan fakta di akhir kes pendakwaan. Ini adalah berdasarkan kepada penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes PP lwn. Sulaiman Saidin [2010] 1 CLJ 184 (COA). [ 27 ] Dari itu, apa yang boleh di buat dalam keadaan ini adalah untuk menilai sama ada keterangan pembelaan, atas imbangan kebarangkalian, telah mematahkan anggapan berkenaan pengetahuan di bawah Seksyen 37 (d) Akta Dadah Berbahaya 1952 (PP lwn. Kamran Ilyas Muhammad Ilyas [2018] CLJU 51 (COA) dan secara keseluruhannya sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah (Mohd Azrin bin Che Meh v. Pendakwa Raya [2011] MLJU 793 (COA). [ 28 ] Sekiranya Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, Mahkamah perlu memasukkan dapatan salah terhadap tertuduh dan menyabitkannya dengan kesalahan. Sebaliknya sekiranya Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, Mahkamah seharusnya melepaskan dan membebaskan tertuduh (Public Prosecutor v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2005] 2 MLRA 590 (FC). S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 7 DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN ISU PERTAMA: KELOMPANGAN BUKTI BERKENAAN PENGETAHUAN [ 29 ] Isu pertama dibangkitkan peguam bela di akhir kes pembelaan adalah kelompangan bukti pengetahuan terhadap kandungan bungkusan surat khabar. Menurut peguam bela, tertuduh hanya menghantar bungkusan surat khabar atas arahan DW2 tanpa mengetahui kandungan bungkusan tersebut. Dengan merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn. Lim Kok Khen [2024] 72 CLJU pada [40 – 42] dan Law Kian Ming v. PP & Anor. Appeal [2023] CLJU 597, peguam menghujahkan bahawa momentary custody without proof of knowledge does not mean possession. [ 30 ] Sebagai balasan, pihak pendakwaan merujuk kepada kes Rahani Ahmad lwn. PP [2013] 1 LNS 1536 (COA) dan menyatakan bahawa pembelaan tertuduh ini adalah bersifat penafian kosong. [ 31 ] Asasnya tertuduh dipanggil membela diri kerana tertuduh memainkan peranan penting dan aktif dalam urusniaga dadah. Namun Mahkamah sedar bahawa perbuatan (actus reus) sahaja tanpa dibuktikan pengetahuan salah (mens rea) adalah tidak memadai. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, bagi elemen pengetahuan, andaian di bawah seksyen 37 (d) Akta Dadah Berbahaya 1952 diguna pakai terhadap tertuduh. [ 32 ] Menurut peguam bela, tertuduh hanya membawa bungkusan surat khabar tersebut tanpa pengetahuan akan kandungannya dan bahawa perbuatan tersebut adalah tidak salah dengan berpandukan kepada kes Law Kian Ming v. PP & Anor. Appeal (supra). Dalam erti kata lain, peguam mencadangkan bahawa tertuduh adalah innocent carrier. [ 33 ] Pada peringkat ini, Mahkamah mengaplikasikan prinsip yang dinyatakan dalam kes Mohamad Radhi Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169 (FC) di mana Mahkamah Agung memutuskan sebagaimana berikut: S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 8 We are of the view that whenever a criminal case is decided on the basis of the truth of the prosecution case as against the falsity of the defence story, a trial Judge must in accordance with the principle laid down in Mat v. PP [1963]1 LNS 82 go one step further before convicting the accused by giving due consideration as to why the defence story though could not be believed did not raise a reasonable doubt on the prosecution case. Thus, even though a Judge does not accept or believe the accused explanation, the accused must not be convicted until the Court is satisfied for sufficient reason that such explanation does not cast a reasonable doubt on the prosecution case. (Rujuk juga: Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 MLRA 169 (FC) dan Surentheran Selvaraja v. PP [2005] 2 CLJ 264 (COA) [ 34 ] Apakah dengan merujuk fakta yang ada dalam kes ini, pembelaan innocent carrier adalah munasabah? Dalam kes Venkatesan Chinnasami v. PP [2012] 5 MLRA 680 (COA), Mahkamah Rayuan memutuskan sebagaimana berikut: A defence of innocent carrier refers to a state of affairs where an accused person acknowledges carrying, for example a bag or a box, as in the case before us, containing the dangerous drugs but disputes having knowledge of the drugs. Whether it will succeed or not would very much depend on the facts of each case. [ 35 ] Lanjutan itu, Mahkamah akan menganalisis fakta dalam pembelaan. Dari keterangan, tertuduh menyatakan tugas menghantar barang (i.e. bungkusan surat khabar ke alamat yang tidak diketahui) adalah dalam skop penugasannya dalam Unit Rondaan Bermotosikal (URB). Namun kenyataan ini disangkal oleh DW2 yang merupakan penyelianya apabila DW2 berkata: Soalan 4 : Skop tugasan kamu adalah di Unit Rondaan Bermotosikal (URB)? S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 9 Jawapan : Skop rondaan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dia macam MPV juga cuma kami buat rondaan di semua kawasan, masjid, surau, kampung, bank dan menerima maklumat dari orang kampung tentang kegiatan dadah. Soalan 9 : Penghantaran barang tersebut bukan dalam skop tugas kamu? Jawapan : Ya. [ 36 ] Justeru, apakah keperluan untuk tertuduh ke Kampung Tok Kaya sekiranya tempat tersebut bukan dalam skop penugasan anggota Balai Polis Chabang Tiga? Ini diakui penyelia tertuduh i.e. DW2 apabila menyatakan: Soalan 20 : Perbuatan kamu ke rumah di Tok Kaya, bukan dalam skop penugasan kamu? Jawapan : Ya. [ 37 ] Pada hemat Mahkamah, adalah tidak munasabah untuk tertuduh menggunakan alasan tidak mempunyai pengetahuan berkenaan barang salah apabila dia bertindak menghantar bungkusan yang tidak diketahui kandungannya kepada individu yang langsung tidak dikenalinya tambahan lagi setelah mengambil kira tugas menghantar barang bukanlah dalam skop penugasannya sebagai anggota polis. Malah kenyataan tertuduh yang mendakwa tidak S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 10 bertanya Shahrul (SP3) kandungan bungkusan sebaik sahaja menerima bungkusan surat khabar tersebut adalah tidak munasabah lebih-lebih lagi apabila mengambil kira bahawa tertuduh adalah anggota polis. [ 38 ] Kedua, tindakan tertuduh ke tempat kejadian juga di luar skop penugasannya sebagai anggota Balai Polis Chabang Tiga. Ini juga menjadikan pembelaan tertuduh menjadi tidak munasabah. [ 39 ] Sebab ketiga, menurut DW2, niat asal mereka keluar meronda adalah disebabkan terdapat maklumat berkenaan penyalahgunaan dadah di kawasan Kubang Parit. Ini adalah berdasarkan keterangan DW2 semasa pemeriksaan utama: Pada malam itu kami buat rondaan di kawasan Kubang Parit dan kami menerima maklumat dari orang kampung tentang penyalahgunaan dadah. jadi saya menerima dan balik ke Balai Chabang Tiga untuk menukar kenderaan dari motor Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ke motosikal personal i.e. motosikal kawan saya. Terima maklumat sekitar jam 11.00 malam. Kena tukar motosikal untuk pergi ke tempat yang dimaksudkan orang kampung. [ 40 ] Jadi bagaimana adalah tidak munasabah untuk Mahkamah menerima pembelaan tertuduh sedangkan tugasan hakikinya menuntut dia untuk ke Kubang Parit dengan kadar segera namun sebaliknya dia ke Kampung Tok Kaya untuk melakukan tugasan yang tidak penting i.e. untuk menghantar bungkusan surat khabar kepada individu yang tidak dikenali. [ 41 ] Faktor keempat dapat dicerna dari fakta berikut: Menurut keterangan tertuduh, waktu dia bertugas adalah dari jam 04.00 petang sehingga 12.00 malam. Sekitar jam 11.00 malam DW2 menerima maklumat penyalahgunaan dadah di kawasan Kubang Parit dan bertindak keluar meronda bersama tertuduh. Tertuduh ditangkap pada jam 11.23 malam. Mengambil kira waktu penugasannya yang akan berakhir pada jam 12.00 malam, adalah tidak munasabah untuk tertuduh melencong ke Kampung Tok Kaya yang tidak berada dalam skop penugasannya sehingga jam S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 11
11
11.23 malam sedangkan shif penugasannya akan selesai dalam masa yang singkat dan dia masih belum menyelesaikan aduan berkenaan penyalahgunaan dadah di Kubang Parit yang jelas dan nyata berada dalam skop kerja hakikinya. Jadi keberadaan tertuduh di Kampung Tok Kaya pada masa kejadian adalah amat mencurigakan melainkan terdapat niat lain yang bersifat mala fide. [ 42 ] Pada hemat Mahkamah, adalah tidak munasabah untuk pasukan URB yang sedang dalam tugasan rasmi untuk mengabaikan tugasnya demi menghantar bungkusan yang tidak diketahui kandungan dan lebih parah lagi, kepada orang yang didakwa langsung tidak dikenali. Perbuatan tertuduh ini adalah apa yang ditekankan oleh Raus Sharif PCA dalam kes PP v. Herlina Purnama Sari [2016] CLJU 1855 (FC) yang memutuskan sebagaimana berikut: In our assessment, looking at the evidence in totality, the respondent could not exculpate herself from her involvement in the trafficking of the seized drugs by saying that she had no knowledge or that she was an 'innocent carrier' in this transaction. In our view, she could not be 'innocent' when she voluntarily agreed to hand over the boxes to a third party that she hardly knew in another country without enquiring further as to the contents of the said boxes. The respondent, without any such inquiry, which she would have been reasonably expected to make in any event, had agreed to give the boxes to someone just as a favour for her friend Vivian. The respondent should have refused to carry out such an assignment if no satisfactory explanation as to their contents was forthcoming from Vivian whom she was in contact with. Her failure to do so makes her guilty of wilful blindness. Wilful blindness necessarily entails an element of deliberate action. If the person concerned has a clear reason to be suspicious that something is amiss but then embarks on a deliberate decision not to make further S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 12 inquiries in order to avoid confirming what the actual situation is, then such a decision is necessarily a deliberate one. Most of the cases where the concept was held to apply concerned cases in which the accused was asked to carry certain articles, or a package, or a bag, or to swallow certain items. In these circumstances, where the request to do any of those things mentioned would be such as would arouse the suspicion of a reasonable person as to the contents, it was upon the accused to make sufficient inquiries so as to dispel or to set straight such suspicions. Should the accused not make any or any sufficient inquiries under those circumstances, the concept of wilful blindness would apply so as to fasten upon him or her the necessary knowledge as to the nature of those contents. In other words, if he deliberately 'shuts his eyes' to the obvious, because he 'doesn't want to know', he is taken to know. ISU KEDUA: KEGAGALAN MEMINDA PERTUDUHAN MELIBATKAN ELEMEN NIAT BERSAMA [ 43 ] Seterusnya peguam bela menghujahkan bahawa pertuduhan dirangka tidak selari dengan bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan. Ini kerana setelah hanya tertuduh seorang sahaja dipanggil membela diri, pihak pendakwaan tidak meminda pertuduhan asal menjadikan pertuduhan ke atas tertuduh cacat dan defective. Hujahan ini bersandarkan kes Pendakwa Raya lwn. Jeffery Wong Chow Chuen dan Yang Lain [2023] CLJU pada [62 – 64]. [ 44 ] Bagi menjawab isu ini, Mahkamah merujuk kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Azhar Che Wil v. PP [2010] 8 CLJ 905 (FC). Dalam kes tersebut, Mahkamah menjawab isu ditimbulkan peguam yang mempertikaikan sabitan terhadap tertuduh apabila mana pertuduhan gagal dipinda bagi S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 13 mengetepikan sebarang perkaitan kepada elemen niat bersama melakukan jenayah (terjemahan: charge was not so perfectly amended as to get rid of all reference to the element of the appellant having acted with another). Raus Sharif HMP menyampaikan penghakiman Mahkamah memutuskan sebagaimana berikut: Section 35 PC did not create a substantive offence but merely a rule of evidence open to the prosecution when several accused persons were alleged to be involved in the commission of an offence. In conclusion, it is our considered view that the omission on the part of the trial judge to amend the charge either at the close of the prosecution's case or at the close of the defence's case, so as to delete any reference in the charge to the co-accused and to s. 35 of the Penal Code did not cause any prejudice or injustice to the 1st accused. Obviously it does not render the charge bad against the 1st accused. The fact that the other co-accused have been acquitted, has no bearing upon the case against the 1st accused. Accordingly, there was nothing irregular as regard the conviction of the 1st accused on the charge of murder. [ 45 ] Sehubungan itu, isu ini tidak menjejaskan kes pendakwaan. ISU KETIGA: KREDIBILITI SAKSI PEMBELAAN [ 46 ] Isu ketiga adalah kredibiliti saksi pembelaan DW2. Pihak pembelaan menyatakan keterangan DW2 menyokong keterangan tertuduh berkenaan ketiadaan pengetahuan terhadap barang kes.
Preamble
Menurut peguam bela, keterangan DW2 harus diterima kerana dia adalah saksi yang boleh dipercayai dan tidak terpalit dengan pertuduhan dalam kes ini setelah dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan. S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 14 [ 47 ] Pihak pendakwaan merujuk kepada seksyen 113 Akta Keterangan 1950 dan memohon Mahkamah berhati-hati dalam menerima keterangan yang diberikan oleh DW2 dalam menyokong pembelaan tertuduh setelah mengambil kira peranan DW2 sebagai accomplice. [ 48 ] Sebelum lanjut kepada kupasan berkaitan isu ini, Mahkamah perlu menilai sama ada DW2 adalah seorang accomplice. Merujuk kepada Seksyen 133 Akta Keterangan 1950 dan kes Sabarudin bin Non v. Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 37 (COA), DW2 adalah seorang accomplice dalam kes ini. [ 49 ] Pihak pendakwaan adalah betul dalam mengutarakan prinsip berkenaan nilai keterangan saksi accomplice di bawah Seksyen 113 Akta Keterangan 1950. Pun begitu, Mahkamah tidak berhasrat mengguna pakai peruntukan tersebut terhadap DW2 kerana dia adalah saksi yang dipanggil oleh pihak pembelaan khusus untuk menyokong cerita tertuduh sedangkan Seksyen 113 Akta Keterangan 1950 adalah terpakai bagi saksi accomplice yang dipanggil oleh pihak pendakwaan dan memberi keterangan terhadap tertuduh. Ini dapat dilihat dalam kes Ng Yau Thai v. Public Prosecutor [1987] 1 MLRA 90 (SC) apabila Mahkamah Agung memutuskan sebagaimana berikut: “The law in Malaysia which deals with the evidence of an accomplice who gives testimony for the prosecution...”. [ 50 ] Menurut DW2, bungkusan surat khabar tersebut diserahkan oleh Shahrul (SP3) kepadanya untuk dihantar kepada seorang individu. Versi ini adalah sama dengan pembelaan dikemukakan oleh tertuduh. Ingin diingatkan bahawa dakwaan berkenaan penglibatan Shahrul (SP3) dengan bungkusan surat khabar ini telah ditimbulkan semasa peringkat pendakwaan lagi (rujuk Hujahan Peguam Bela / Tertuduh di Kandungan 49 CMS bagi kes TA-82D-2-01/2020). Isu sama turut dibangkitkan semasa peringkat rayuan (rujuk Hujahan Responden di Kandungan 25 CMS bagi kes TA-41LB(A)-4-12/2022) dan isu telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi apabila membenarkan rayuan pihak S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 15 pendakwaan terhadap tertuduh dan seterusnya memerintahkan tertuduh membela diri. [ 51 ] Sewajarnya, Mahkamah tidak akan mengulas lagi isu ini kerana ia adalah isu berulang di peringkat pendakwaan yang telah dijawab in negative oleh Mahkamah Tinggi. Mahkamah ini boleh berbuat demikian berdasarkan penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Manimaran a/l Amas v. PP & Another Cases [2015] 1 MLJ 18 (COA) apabila mana Mahkamah Rayuan memutuskan: In the instant appeal, since all the appellants were called upon by the Court of Appeal to enter on their defence, it must necessarily mean that the Court of Appeal was satisfied that the prosecution had proved all the ingredients of the charge, including the element of common intention, before concluding that a prima facie case had been made out by the prosecution. There was therefore no necessity for us to revisit the issues on whether a prima facie case had been made out. What we need to consider was whether the evidence from the defence had cast a reasonable doubt on the prosecution's case. [ 52 ] Prinsip yang sama juga boleh dicerna dalam kes Duis Akim v. PP [2013] 9 CLJ 692 (FC), apabila mana Mahkamah Persekutuan menyampaikan penghakiman melalui Richard Malanjum CJSS telah memutuskan sebagaimana berikut: We note that when assessing the defence, the learned trial judge surprisingly revisited his earlier findings upon which he called for the defence. Such approach is quite contrary to the principle of maximum evaluation of the evidence adduced at the close of the prosecution's case. Indeed, in his judgment the learned trial judge made it very clear that he had conducted a maximum evaluation of the evidence adduced by the prosecution before calling for the defence. S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 16 Thus, in the present case the learned trial judge, having given the evidence before him the maximum evaluation before calling for the defence, should have therefore focused on whether the defence had cast a reasonable doubt in the prosecution' s case and even if it did not, whether as a whole the prosecution had proved its case beyond reasonable doubt before finding the appellants innocent or guilty for the offence as charged. [ 53 ] Pun begitu, Mahkamah masih akan mengupas pembelaan ini. Pada hemat Mahkamah, adalah tidak masuk akal untuk DW2 menerima arahan dari anggota bawahannya Shahrul (SP3) untuk menghantar barang sedangkan dia adalah in charge kepada tertuduh dan Shahrul di Balai Polis Chabang Tiga. [ 54 ] Ini menjadikan pembelaan tertuduh sebagai tidak munasabah. KESIMPULAN [ 55 ] Setelah menimbangkan keseluruhan keterangan dalam perbicaraan ini, Mahkamah mendapati bahawa tertuduh, atas imbangan kebarangkalian, telah gagal mematahkan anggapan berkenaan pengetahuan di bawah Seksyen 37 (d) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kesan kegagalan mematahkan andaian ini dibincangkan secara terperinci dalam kes Sathya Vello v. PP [2022] 5 CLJ 659 (FC) apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan: The appellant's failure to rebut the presumption of knowledge under s. 37(d) of the DDA means that the presumed knowledge of the presence of the drugs and the presumed knowledge of the nature of the drugs became actual proof of the facts presumed as the presumptions remained unrebutted at the close of the defence case. In other words, it became the truth that the appellant knew not only of the presence of the drugs but he also knew that they were dangerous drugs. Any other S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 17 construction will render the provision nugatory and bereft of all meaning. [ 56 ] Dengan itu, Mahkamah menyimpulkan bahawa tiada keraguan timbul terhadap kes pendakwaan dan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Ini membolehkan Mahkamah menyabitkan tertuduh dengan kesalahan sebagaimana dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v. PP [[2019] 6 MLJ 231 (FC) yang memutuskan sebagaimana berikut: ...even though a judge does not accept or believe the accused explanation, the accused must not be convicted until the court is satisfied for sufficient reason that such explanation does not cast a reasonable doubt on the prosecution's case. [ 57 ] Berkenaan dengan hukuman, Mahkamah merujuk kepada peruntukan hukuman di bawah seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 2 tahun tetapi tidak melebihi 5 tahun dan hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 3 sebatan tetapi tidak lebih daripada 9 sebatan. [ 58 ] Asasnya, Mahkamah sedar bahawa tiada panduan khusus dalam menjatuhkan hukuman. Ini ditekankan oleh Willan CJ dalam kes Mohamed Jusoh Bin Abdullah And Another v. Public Prosecutor [1947] 1 MLJ 130 yang menyatakan: In our view no sentence can be assessed by a simple mathematical formula. Many factors must be taken into account according to the circumstances of each individual case. In that respect we would draw attention to the matters which should be taken into account in fixing punishments as set out in Halsbury's Laws of England (Hailsham Ed) vol 9, para 365: - The Court, in fixing the punishment for any particular crime, will take into consideration the nature of the offence, the circumstances in which it was committed, the degree of deliberation shown by the offender, the S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 18 provocation which he has received, if the crime is one of violence, the antecedents of the prisoner up to the time of sentence, his age and character. [ 59 ] Sungguh pun tidak terikat dengan mana-mana formula hukuman, masih terdapat kes yang boleh dijadikan panduan semasa hendak memutuskan hukuman, antaranya adalah dengan memastikan hukuman dijatuhkan adalah dalam ruang lingkup yang diperuntukkan oleh undang-undang (Letitia Bosman v. PP & Other Appeals [2020] 5 MLJ 277 (FC), kepentingan awam, trend hukuman (Pragasam Shger v. PP [2020] CLJU 100 (COA), dan banyak lagi, dalam erti kata lain, the list is not exhaustive. [ 60 ] Kembali kepada rayuan peringanan hukuman dalam kes ini. Tertuduh memohon dikenakan hukuman yang ringan kerana kesalahan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah bukan dikategorikan sebagai kesalahan serius dengan merujuk kepada Seksyen 52B Kanun Keseksaan. [ 61 ] Di sebaliknya, pihak pendakwaan memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana kesalahan narkotik adalah satu kesalahan yang serius berdasarkan penghakiman dalam kes Public Prosecutor v Yap Kim Wang [2016] 2 MLJ 402 (COA). [ 62 ] Sungguh pun hukuman di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak memenuhi kriteria kesalahan serius seperti mana dinyatakan di bawah Seksyen 52B Kanun Keseksaan, Mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa apa-apa kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 harus dianggap sebagai kesalahan yang serius. Ini dapat dilihat dari penegasan oleh Haidar Mohd Noor JCA dalam kes Teo Chin Hwa v. PP [2000] 1 CLJ 224 (COA) dengan menyatakan: To me, any offence under the Act is a serious offence and I would be failing in my duty if I do not pass sentences which make it absolutely plain that those who indulge in such activities do receive sentences of utmost severity. S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 19 [ 63 ] Mengapakah kesalahan narkotik dianggap kesalahan yang serius? Ini dapat dilihat dari usaha kerajaan berdekad lamanya dalam memerangi musuh nombor satu negara – dadah dan ini semuanya dilakukan demi menjaga kepentingan rakyat. Memetik petikan ucapan YAB Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi ketika Sambutan Hari Anti-Dadah Kebangsaan pada 29 Mac 2003, beliau dipetik sebagai berkata: “Kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak tahun 1983 lagi. Kini, setelah 20 tahun berlalu, gejala ini masih belum dapat dibendung sepenuhnya, malah semakin serius”. [ 64 ] Selain itu, kesalahan narkotik mampu memberi dampak sosial yang sangat ketara kepada masyarakat (Public Prosecutor v. Erwin bin Hardy [2007] MLJU 492 (HC), kesalahan melibatkan najis dadah wajar dianggap satu kesalahan serius (Public Prosecutor v Hasmadi Bin Mamat [2017] MLJU 1755 (SC). Justeru, Mahkamah menyedari akan hakikat bahawa hukuman dijatuhkan harus selari dengan hasrat murni kerajaan untuk melindungi rakyat dari terus terjebak dengan najis dadah (Hafiz Fathullah v. PP [2016] MLRHU 1191 (HC). [ 65 ] Mahkamah berpendapat hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah seharusnya mendukung hasrat pihak legislatif dalam menggubal undang-undang khusus berkaitan dadah serta usaha berterusan Polis Diraja Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dalam menguatkuasakan undang-undang bagi memerangi dan membanteras najis dadah (PP v. Ahmad Bohari Mohamad Noor & Yang Lain [2017] 1 LNS 1093 (HC). Hashim Yeop A. Sani dalam kes Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 (HC) telah lama mengiktiraf usaha kerajaan membanteras najis dadah dengan menyatakan: In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few years. The Ordinance has been amended by Parliament a number of times in 1971 (by Act A112 of 1972) then in 1973 (by Act A194 of 1973) and then in 1975 (by Act A293 of 1975). At S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 20 the moment there is yet another amendment which is awaiting the Royal Assent. In the legislative exercise in 1973 penalties attached to the various offences under the law were enhanced. For the offence of possession of any dangerous drugs under section 12(2) of the Ordinance, for example, the penalty was increased from a maximum of $10,000 fine to a maximum of $20,000 fine and the maximum imprisonment was increased from three years to five years. In the legislative exercise in 1975, among other things, a new provision (new section 39A) was inserted whereby it is provided that whoever is convicted of an offence under the Ordinance and the subject matter of which is heroin or morphine of five grammes or more in weight shall be liable to imprisonment (with no option of a fine) for a term not exceeding fourteen years and not less than three years and he shall also be liable to whipping of not less than six strokes. According to the Bill which is at the moment awaiting the Royal Assent another new provision is inserted creating a new offence of planting or cultivating any plant from which raw opium, coca leaves, poppy - straw or cannabis may be obtained. The punishment for the new offence is life imprisonment and whipping. It is common sense to say that behind these legislative exercises was the government's realization albeit gradual, of the problem of drug abuse in this country, the degenerating effect of the misuse of dangerous drugs and the attendant dangers it has posed to society itself. The amendments passed by Parliament therefore reflect the public policy. It must be presumed that behind the public policy is the consideration of public interest. The change in the attitude of the legislature itself during the last three years reflects the seriousness of the problem. In my view the courts will not be performing their functions honestly if the seriousness of the situation is not reflected in the sentence imposed or if the sentence S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 21 appears to defeat the object of the statute. This is not saying that the courts in the treatment of drug offences should at all times be severe. Each case has to be determined on its own merits. But in every case the courts must be realistic and rational. One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball as follows: In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe. [ 66 ] Penekanan yang sama dapat dilihat dalam kes Tia Ah Leng v. PP [2004] 4 CLJ 77 (COA) apabila Mokhtar Sidin HMR menyatakan: The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dangerous drugs. S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 22 Drug addictions are rampant and the Government as well as the legislature have tried to curb these addictions especially amongst youths but met with little success. Death sentences and heavy penalties have been introduced but we find drug addicts everywhere. The addiction to drugs have led to other offences such as thefts, burglary and snatch thefts. Some of these offences lead to serious consequences. We have read in the newspapers that some drug addicts have gone to the extent of hurting their own families such as their mothers, sisters and grandmothers in order to get some money to purchase the drugs to support their addictions. Recently, a woman died when a snatcher snatched her handbag and she was dragged together with the handbag some distance away and as a result of that she died... In our view, the source of all these evils are the drug traffickers and the drug peddlers. They are the ones who have been trafficking, selling and peddling the drugs to those drug addicts... The seriousness of the offences on drugs have been made known since the seventies... As can be seen from the above, the Government and the legislature have taken various steps to curb drug activities and we believe that the courts should also help to curb these activities by imposing stringent punishments provided by the law. [ 67 ] Faktor pekerjaannya sebagai penjawat awam dengan rekod perkhidmatan yang baik sepanjang berkhidmat dengan PDRM dan kesalahan pertama dikemukakan oleh tertuduh dalam merayu perintah bon kelakuan baik tanpa sabitan di bawah Seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah. Namun adakah faktor ini boleh dijadikan faktor istimewa untuk mengecualikan hukuman asal Seksyen 39A
1
Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap tertuduh? S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 23 [ 68 ] Untuk menjawab persoalan ini, Mahkamah merujuk kepada fakta dalam kes Datu Nasir Indal Jaya v. PP [2023] MLRHU 2385 (HC) di mana Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman 4 tahun penjara terhadap seorang penjawat awam atas kesalahan memiliki 18.43 gram dadah Methamphetamine. Dapat dilihat di sini, faktor pekerjaan sebagai penjawat awam tidak menjadi faktor istimewa untuk menyimpang dari hukuman asal di bawah seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Diharapkan prinsip undang-undang yang dirujuk dalam kes ini dapat menyingkirkan tanggapan bahawa one law for the rich and another (law) for the poor dan ini juga terpakai kepada kesalahan yang dilakukan oleh penjawat awam. [ 69 ] Dari itu, Mahkamah merasakan perintah bon berkelakuan baik adalah tidak wajar diberikan kepada tertuduh dalam kes ini lebih-lebih lagi apabila melihat kepada berat bersih dadah yang terlibat i.e. 17.90 gram Methamphetamine. Jelas ia bukanlah satu jumlah yang sedikit sehingga mampu menarik simpati Mahkamah seperti mana dapat dilihat dalam kes Public Prosecutor v. Ooi Teng Chian [2006] 1 MLJ 213 (COA) apabila mana Mahkamah Rayuan menyatakan: “...the larger the quantity of drugs involved, the harsher the sentence should be”. [ 70 ] Mahkamah berpandangan hukuman penjara adalah lebih sesuai dijatuhkan terhadap tertuduh. Ibarat serampang dua mata, hukuman pemenjaraan dilihat lebih mampu menanam rasa gerun dan takut orang awam agar tidak dengan mudahnya terjerumus dengan dadah sekali gus melindungi kepentingan awam dari terus terjebak dengan najis dadah (Hafiz Fathullah v. PP [2016] 1 LNS 989 (HC); Zakaria Bin Idrus v Pendakwa Raya [2001] MLJU 505 (HC). Inilah juga hasrat Mokhtarudin Baki JCA dalam kes PP v. Muhammad Saifullah Awang [2016] 3 CLJ 784 (COA) dalam prinsip hukuman apabila mana menyatakan: A deterrent sentence must be passed to strengthen public confidence that an offense of this nature will be severely punished by the Court. A long imprisonment term by the court will create fear in the minds of future offenders S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 24 besides sending a message to the public about the seriousness of this offense. [ 71 ] Selain itu, tertuduh juga merayu agar Mahkamah memberikan hukuman yang ringan atas alasan menanggung ibunya yang telah uzur. [ 72 ] Membalas kepada rayuan peringanan hukuman ini, pihak pendakwaan memohon Mahkamah mempertimbangkan berat dan jenis dadah dalam menilai hukuman yang bersesuaian sebagaimana dinyatakan dalam kes Tia Ah Leng v Public Prosecutor [2004] 4 MLJ 249; [2004] 5 AMR 93; [2004] 4 CLJ 77. [ 73 ] Berkenaan rayuan tertuduh yang menanggung ibu yang sudah uzur, Mahkamah tidak boleh terlalu bersimpati (over sympathetic) dengan rayuan dikemukakan lebih-lebih lagi dalam kes melibatkan kepentingan awam (Balanchandran v. PP [2005] 1 CLJ 213 (FC). Hashim Yeop A. Sani J dalam kes Pendakwa Raya v Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102 (HC) menyatakan sebagaimana berikut: Presidents and magistrates are often inclined quite naturally to be over sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. [ 74 ] Pihak pendakwaan juga membantu Mahkamah dengan mengemukakan trend hukuman berkaitan kesalahan yang sama. Pada pendapat Mahkamah amalan merujuk kepada trend hukuman adalah tidak salah kerana amalan sama telah mendapat S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA Pendakwa Raya v. Mohd Hakim Bin Abdul Aziz & Anor. 25 lampu hijau dari Mahkamah Rayuan sebagaimana yang dapat dilihat dalam kes PP v. Saifulzainizam Mat Nasir [2021] CLJU 1074 (COA) (lihat juga: PP lwn. Mohd Farid Azizan [2019] 1 LNS 354 (COA) dan kes Mohd Indra Kirana Mansod lwn. PP [2022] 1 LNS 1055 (HC) di mana Azmi Abdullah H menyatakan salah satu faktor yang tepat dalam mempertimbangkan hukuman adalah trend hukuman. [ 75 ] Justeru itu, Mahkamah menyenaraikan beberapa trend hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dari kes yang telah diputuskan bagi membantu Mahkamah:
a
PP v Cawthamen Mathevan [2021] 1 LNS 728 – berat dadah 11.3 gram Methamphetamine dan hukuman dikenakan adalah penjara 3 tahun dan 3 sebatan.
b
Mohd Asmawi Bin Md Desa v Pendakwa Raya Dan Satu Lagi Rayuan [2018] MLJU 1557 – berat dadah 10 gram Methamphetamine dan hukuman dikenakan adalah penjara 3 tahun dan 4 sebatan.
c
PP v G Vasan A/L Gunasegaran [2016] MLJU 1379 – berat dadah 9.28 gram Methamphetamine dan hukuman dikenakan adalah penjara 4 tahun dan 4 sebatan. [ 76 ] Berdasarkan dapatan dan kes undang-undang yang dinyatakan di atas dan atas faktor bahawa tertuduh telah disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan terhadapnya, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara 03 tahun dari tarikh sabitan 21 Mac 2024 dan 03 sebatan rotan terhadap tertuduh. NORDIANA BINTI ABD AZIZ Mahkamah Majistret Kuala Terengganu 19 Jun 2024 S/N zTztvbRrNkyeM5z/d7qBqA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.