incapable to live independent [16] Juga Laporan Pakar dari Island Hospital bertarikh 30.12.2020 di muka surat 247 – 250, Rekod Rayuan Jilid 3) yang menyatakan: “In my opinion, patient is having severe disability secondary to his head injury as his mental functions are severely impaired.” S/N Vp5QYgyRwUK6dxocy5Ht5w [17] Saya juga berpendapat bahawa kadar dalam Compendium adalah sebagai satu panduan sahaja kepada mahkamah supaya mahkamah mempunyai suatu base bagi menentukan jumlah gantirugi dan tidak bertindak secara “pluck the figure from the air”. Abdul Waffiy bin Wahubbi & Anor v A.K. Nazaruddi bin Ahmad [2017] 2 PIR 1: “the compendium is not meant to stifle the rights of the parties to submit below or above the stipulated quantum, nor it is meant to fetter the courts discretion. As such, judges and lawyers are at liberty to depart from the compendium in the event case law or factual circumstances so dictate.” [18] Oleh yang demikian berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan di atas dan pertimbangan umur Perayu 1, peluang bekerja, hubungan dengan keluarga serta masyarakat, inflasi, kejatuhan nilai Ringgit dan kos sara hidup, saya membenarkan rayuan Perayu 1 terhadap item ini. Dalam menentukan award yang adil, munasabah, tidak rendah dan tidak melampau, saya juga mengambilkira kegagalan Perayu 1 mendapatkan rawatan susulan di hospital (psikaitris). Dengan itu saya mengenepikan award L/HMS dan menggantikan dengan gantirugi sebanyak RM250,000.