Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. KA-22NCVC-19-03/2021
/akn/my/judgment/high-court/2022/8abd934c-ea38-4629-9677-5f686e011d82
High Court of Malaysia29 Jun 2022KA-22NCvC-19-03/2021
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ummary proceedings in such a way as to amount to conducting a trial on the conflicting affidavit evidence. As rightly said by Lord Diplock in the House of Lords in American Cyanamid Co v. Ethicon Ltd [1975] AC 396 at p. 407: ... The court no doubt must be satisfied that the claim is not frivolous or vexatious; in other”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. KA-22NCVC-19-03/2021
1
MOHD MUKHTAR BIN ABDULLAH
2
AHMAD ROSLAI BIN ABDULLAH
3
RASINA BINTI ABDULLAH
4
MOHAMAD ZUKIR BIN ABDULLAH
5
AHMAD NASIR BIN ABDULLAH
6
JAMILAH BINTI ABDULLAH
7
MOHD YUSOF BIN ABDULLAH (NO. K/P: 760408-02-6039) ...... PLAINTIF-PLAINTIF
1
ABDULLAH BIN SALLEH
2
ABU SEMAN BIN NAYAN
3
AISHAH BINTI SALLEH
4
AZIZAH BINTI SALLEH
5
CHE ASMAYANI BINTI MOHD ZAIN
6
CHE LAH BINTI LONG (NO. K/P: 540601-02-5834) 10/10/2022 15:57:44 KA-22NCvC-19-03/2021 Kand. 31
7
CHE MUSTAFFA BIN SALLEH
8
FATIMAH BINTI NANYAN
9
HASHIM BIN SAMAN
10
HASSAN BIN NANYAN
11
HUZAIMAH BINTI HUZAR
12
ISAH BINTI NANYAN
13
JAMALUDIN BIN SALLEH
14
JAMILAH BINTI HUZAR
15
MASHITOH BINTI HUZAR
16
MASHITOH BINTI MOHD ZAIN
17
MAULUD BIN ISMAIL
18
MOHAMAD AZLAN BIN ISMAIL
19
MOHAMMAD SHAWAL BIN ISMAIL
20
MOHD AKMAL BIN MOHD ZAIN
21
MOHD FAZLI BIN ABU SEMAN
22
MOHD KHAIRUL BIN MOHD ZAIN
23
MOHD KHIR BIN ISMAIL
24
MOHD KHOIRI BIN MOHD ZAIN
25
MOHD SHUKRI BIN SALLEH
26
MOHD YUSOF BIN SEMAN
27
MOHD ZAIN BIN MOHD ISA
28
MUHAMMAD FIKRI BIN HUZAR
29
MUNAH BINTI AWANG
30
MUSA BIN SEMAN
31
NADZIRAH BINTI MOHD ZAIN
32
NASIR BIN MOHD ZIN
33
NASRI BIN MOHD ZAIN
34
PANJI BIN ISMAIL
35
SALMIAH BINTI SEMAN
36
SARIMAH BINTI ISMAIL
37
SEPIAH BINTI AHMAD
38
SITI AISHAH BINTI MOHD ZAIN
39
SITI ZUBAIDAH BINTI HUZAR
40
YAACOB BIN SALLEH
41
YUNUS BIN ISMAIL
42
ZAKARIA BIN SEMAN
43
ZARIAH BINTI MUSA @ MAT ZUBIR
44
ZUBAIDAH BINTI MOHD ZAIN
45
ZULFAHMI BIN MOHD ZAIN
46
MUHAMMAD FIKRI BIN HUZAR (NO. K/P: 950821-02-6419) (sebagai Pemegang Amanah)
1
MUHAMMAD RIDZUAN BIN HUZAR
2
MUHAMMAD HAMZAH BIN HUZAR
3
MOHD SHAFIQ BIN HUZAR
4
NUR SAKINAH BINTI HUZAR
5
SOFIAH BINTI HUZAR
47
ZULFAHMI BIN MOHD ZAIN (NO. K/P: 960430-02-5741) (sebagai Pemegang Amanah) NURUL HANIS NAJIHA BINTI MOHD ZAIN (NO. K/P: 010310-02-0824) ...... DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Plaintif-Plaintif telah memfailkan Writ Saman (Lampiran 1) dan Pernyataan Tuntutan (Lampiran 2) terhadap Defendan-Defendan bagi perintah-perintah seperti yang berikut:
a
(a) suatu pengisytiharan/dekri bahawa perintah yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Kedah melalui Guaman Pembahagian No: JKPTG/PK/02/11/0414/2013 Tahun 2015 setakat mana ianya berkaitan dengan perintah pembahagian membabitkan Hartanah tersebut iaitu GM 6404, Lot 10086, Mukim Ayer Puteh, Daerah Pendang, Kedah Darul Aman adalah terbatal setakat mana ianya berkaitan;
b
(b) bahawa pihak Pentadbir Tanah Daerah Pendang, Kedah Darul Aman hendaklah membatalkan kesemua endorsan berkaitan dengan ketuanpunyaan yang ada sekarang ini dan mengembalikan (revested) pendaftaran hakmilik di atas nama Si Mati, iaitu Halimah binti Ahmad (No. K/P: 370723-02- 5366/0137330);
c
(c) Defendan-Defendan menyerahkan kembali pemilikan kosong ke atas Hartanah tersebut kepada Plaintif-Plaintif dengan serta-merta setelah daripada perintah ini dibuat;
d
(d) kos di dalam kausa; dan
e
(e) lain-lain relief yang difikirkan adil dan wajar oleh Mahkamah ini. [2] Defendan-Defendan kemudiannya telah memfailkan Notis Permohonan di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a), (b), (c) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) dan/atau Aturan 92 kaedah 4 KKM 2012 bertarikh 16/8/2021 seperti di Lampiran 8 (selepas ini dirujuk sebagai “Notis Permohonan Defendan-Defendan tersebut”) untuk mengetepikan dan membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut. Perintah-perintah yang dipohon oleh Defendan-Defendan adalah seperti yang berikut:
a
(a) kebenaran diberikan kepada Defendan-Defendan untuk memfailkan permohonan ini;
b
(b) Writ Saman bertarikh 05.03.2021 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 04.03.2021 yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan hendaklah diketepikan atau dibatalkan menurut, peruntukan Aturan 18 kaedah 19(1)(a), (b), (c) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa Mahkamah ini di bawah Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012;
c
(c) semua prosiding dalam tindakan ini hendaklah ditangguhkan sehingga permohonan ini didengar dan diputuskan secara muktamad;
d
(d) kos bagi permohonan ini hendaklah ditanggung oleh Plaintif-Plaintif, dan
e
(e) perintah-perintah lain yang difikirkan suai manfaat dan patut oleh Mahkamah ini. [3] Alasan-alasan Notis Permohonan Defendan-Defendan tersebut adalah seperti yang berikut:
a
(a) hakmilik hartanah yang dikenali sebagai GM 6404, Lot 10086, Mukim Ayer Puteh, Daerah Pendang, Kedah Darul Aman (selepas ini dirujuk sebagai “Hartanah tersebut”) yang didaftarkan atas nama Halimah binti Ahmad dengan nombor kad pengenalan 370723-02-5366/0137330 pada tahun 2013 telah dipertikaikan oleh Defendan-Defendan sebagai individu yang berbeza dan bukannya individu yang sama dengan Halimah binti Ahmad yang tidak bernombor kad pengenalan, iaitu pemilik asal/ sebenar Hartanah tersebut sejak tahun 1967;
b
(b) suatu siasatan hakmilik ke atas Hartanah tersebut yang telah dijalankan pada tahun 2013 oleh Pentadbir Tanah Daerah Pendang telah didapati bahawa Halimah binti Ahmad yang tidak bernombor kad pengenalan adalah pemilik berdaftar sebenar Hartanah tersebut;
c
(c) berikutan itu, Pentadbir Tanah Daerah Pendang telah membatalkan nama Halimah binti Ahmad dengan nombor kad pengenalan 370723-02-5366/0137330 dan bertindak mengembalikan hartanah tersebut di atas nama Halimah binti Ahmad yang tidak bernombor kad pengenalan menurut kuasanya di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara 1965;
d
(d) walaupun keputusan Pentadbir Tanah Daerah Pendang ini dibuat dengan kehadiran Plaintif-Plaintif dan/atau waris-waris kepada Halimah binti Ahmad dengan nombor kad pengenalan 370723-02-5366/0137330, namun Plaintif-Plaintif sehingga kini tidak pernah mencabar atau merayu terhadap keputusan Pentadbir Tanah Daerah Pendang tersebut menurut seksyen 418 Kanun Tanah Negara 1965;
e
(e) sedangkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Pendang tersebut hanya boleh dicabar melalui rayuan menurut seksyen 418 Kanun Tanah Negara 1965 sahaja. Oleh itu apa-apa, proses selainnya adalah suatu tindakan yang menyalahi prosedur/ proses, juga menyalahi kehendak undang-undang dan seterusnya Mahkamah Yang Mulia ini tiada bidang kuasa bicara diperuntukkan oleh undang-undang;
f
(f) tindakan yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif ini merupakan suatu tindakan “after thought” dan ianya berbentuk taktikal “manoeuvre” oleh Plaintif-Plaintif kepada seksyen 418 Kanun Tanah Negara 1965 yang telah gagal dipatuhinya; dan
g
(g) Plaintif-Plaintif juga bukanlah wakil sah yang dilantik kepada si mati Halimah binti Ahmad dengan nombor kad pengenalan 370723-02-5366/0137330. Oleh itu, tindakan Plaintif-Plaintif ini merupakan suatu tindakan yang mendedahkan kausa tindakan yang tidak munasabah, mengaibkan, remeh atau menyusahkan serta menyalah guna proses Mahkamah dan ianya patut dibatalkan. [4] Setelah meneliti dan mempertimbangkan Notis Permohonan Defendan-Defendan tersebut, kertas-kertas kausa yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, penghujahan peguam-peguam Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan yang terpelajar dan nas-nas undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah ini, Mahkamah ini telah menolak Notis Permohonan Defendan-Defendan tersebut dengan kos sebanyak RM3,000.00. [5] Defendan-Defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Alasan Mahkamah ini adalah seperti di bawah. FAKTA DAN LATAR BELAKANG KES [6] Plaintif-Plaintif dalam Pernyataan Tuntutannya menyatakan bahawa Plaintif-Plaintif adalah merupakan waris-waris kadim, iaitu anak kandung kepada Halimah binti Ahmad dengan No. Kad Pengenalan 370723-02-5366/ 0137330 (selepas ini dirujuk sebagai “si mati tersebut”). Si mati tersebut telah meninggal dunia pada 22/1/2012 tanpa meninggalkan sebarang wasiat. [7]
Preamble
Menurut Plaintif-Plaintif, si mati tersebut pada semua masa yang material merupakan pemilik berdaftar sebidang hartanah yang terkandung di dalam GM 6404, Lot 10086, Mukim Ayer Puteh, Daerah Pendang, Kedah Darul Aman ke atas keseluruhan bahagian tersebut. [8] Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa selaku waris-waris kadim kepada si mati tersebut, Plaintif-Plaintif perlu terlebih dahulu memfailkan tindakan ini atas kapasiti masing-masing dan secara kolektifnya sebagai benefisiari kepada si mati tersebut demi untuk mengekalkan status quo ketuanpunyaan ke atas Hartanah tersebut dan juga demi melindungi kepentingan kesemua benefisiari si mati tersebut sementara seorang pentadbir harta pusaka berkaitan dengan harta pusaka si mati tersebut dilantik kelak (lihat kes Al Rashidy bin Kassim & Ors v Rosman bin Roslan [2007] 4 MLJ 297). [9] Plaintif-Plaintif mendakwa pada sekitar tahun 2016 terdapat sekumpulan individu telah masuk dan mengusahakan Hartanah tersebut tanpa pengetahuan dan kebenaran Plaintif-Plaintif. Plaintif-Plaintif kemudiannya mendapat tahu bahawa Hartanah tersebut bukan lagi didaftarkan atas kepentingan si mati tersebut tetapi telah didaftarkan atas nama dan kepentingan Defendan-Defendan. [10] Plaintif-Plaintif yang curiga dengan perkara tersebut telah membuat siasatan di Pejabat Tanah Daerah Pendang dan kemudiannya mendapati fakta-fakta berikut:
a
(a) bahawa keseluruhan Defendan-Defendan telah memperolehi pemilikan ke atas Hartanah tersebut melalui suatu transaksi turun milik akibat kematian yang didaftarkan dengan perserahan no: 672/2015;
b
(b) bahawa transaksi turun milik tersebut adalah berturutan daripada suatu permohonan guaman pembahagian harta pusaka bernombor JKPTG/PK/02/11/0414/2013 Tahun 2015 di mana pemohon ke atas guaman pembahagian tersebut adalah Mohd Shukri Bin Salleh (No. K/P: 671003-02-5551), iaitu Defendan ke-25 di dalam tindakan ini; dan
c
(c) berikutan daripada tindakan permohonan tersebut, Defendan-Defendan telah mendaftarkan perintah-perintah yang terbit daripada tindakan guaman pembahagian tersebut dan kesemua Defendan-Defendan telahpun didaftarkan sebagai pemilik-pemilik berdaftar ke atas Hartanah tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung yang diakibatkan daripada perintah tersebut. [11] Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa Defendan ke-25 tersebut telah dengan niat menipu/fraud dan mala fide memfailkan permohonan pembahagian harta pusaka tersebut dengan pengetahuan bahawa Halimah binti Ahmad tanpa No. Kad Pengenalan yang telah meninggal dunia pada 31/12/1972 bukanlah merupakan pemilik berdaftar ke atas Hartanah tersebut dan bukanlah individu yang sama dengan Halimah binti Ahmad (si mati tersebut) yang merupakan ibu kandung kepada Plaintif-Plaintif. [12] Defendan-Defendan dalam Pernyataan Pembelaannya walau bagaimanapun menyatakan bahawa berdasarkan rekod hakmilik Hartanah tersebut, ia telah didaftarkan atas nama Halimah binti Ahmad tanpa No. Kad Pengenalan pada 1/11/1967 sebagai pemilik berdaftar yang sah bagi Hartanah tersebut sebelum kematiannya pada tahun 1972. [13] Semenjak Hartanah tersebut didaftarkan atas nama Halimah binti Ahmad tanpa No. Kad Pengenalan, hakmilik asal Hartanah tersebut telah disimpan dan dipegang secara turun-temurun oleh waris-waris Halimah binti Ahmad tanpa No. Kad Pengenalan tersebut. [14] Namun pada sekitar tahun 2013, berdasarkan semakan hakmilik oleh Defendan-Defendan didapati Hartanah tersebut tidak lagi didaftarkan atas nama Halimah binti Ahmad tanpa No. Kad Pengenalan tetapi telah didaftarkan atas nama seorang individu lain, Halimah binti Ahmad dengan No. Kad Pengenalan 370723-02-5366/0137330 dan Defendan-Defendan tidak pernah mengenali individu tersebut. [15] Defendan-Defendan kemudiannya telah membuat aduan kepada Pejabat Tanah Pendang, Kedah berkenaan dengan pendaftaran Hartanah tersebut atas nama Halimah binti Ahmad dengan No. Kad Pengenalan 370723-02-5366/0137330 dan mendakwa bahawa suatu siasatan telah dijalankan oleh Pentadbir Tanah Daerah Pendang pada tahun 2013 yang turut dihadiri oleh Plaintif-Plaintif. [16] Menurut Defendan-Defendan, berdasarkan hasil siasatan tersebut, Pentadbir Tanah Daerah Pendang mendapati Halimah binti Ahmad dengan No. Kad Pengenalan 370723-02-5366/0137330 bukanlah pemilik berdaftar sah Hartanah tersebut. Oleh itu, Pentadbir Tanah Daerah Pendang telah mendaftarkan semula Hartanah tersebut atas nama Halimah binti Ahmad tanpa No. Kad Pengenalan dan membatalkan hakmilik terdahulu atas nama Halimah binti Ahmad dengan No. Kad Pengenalan 370723-02-5366/ 0137330 menurut seksyen 380 Kanun Tanah Negara 1965. [17] Defendan-Defendan mendakwa Plaintif-Plaintif tidak pernah membantah dan/atau merayu atas keputusan Pentadbir Tanah Daerah Pendang tersebut. [18] Plaintif-Plaintif dalam Jawapan Kepada Pembelaannya walau bagaimanapun telah menafikan pernah hadir dan/atau dipanggil untuk menghadiri prosiding siasatan berkaitan dengan aduan Defendan-Defendan mengenai pemilik sebenar Hartanah tersebut di Pejabat Tanah Pendang, iaitu untuk menentukan sama ada Hartanah tersebut dimiliki oleh Halimah binti Ahmad dengan No. Kad Pengenalan 370723-02-5366/0137330 atau Halimah binti Ahmad tanpa No. Kad Pengenalan. ISU UNDANG-UNDANG YANG BERBANGKIT [19] Isu undang-undang yang berbangkit dalam tindakan ini adalah seperti yang berikut:
a
(a) sama ada Plaintif-Plaintif mempunyai kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan;
b
(b) sama ada Notis Permohonan Defendan-Defendan untuk membatalkan tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut mempunyai merit; dan
c
(c) sama ada ini kes yang nyata, jelas dan sesuai untuk membenarkan permohonan pembatalan pliding Plaintif-Plaintif oleh Defendan-Defendan menurut Aturan 18 kaedah 19(1) KKM
2012
ANALISIS, DAPATAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH INI Isu Pertama, Isu Kedua dan Isu Ketiga [20] Mahkamah ini akan menjawab ketiga-tiga isu tersebut bersekali. [21] Undang-undang berkaitan dengan permohonan di bawah Aturan 18 kaedah 19(1) KKM 2012 adalah jelas dan mantap. Antara alasan sesuatu pliding itu boleh dibatalkan oleh Mahkamah ialah jika suatu tindakan itu dengan secara nyata dan jelas mendedahkan kausa tindakan atau pembelaan yang tidak munasabah atau tidak boleh dipertahankan. [22] Prinsip undang-undang mengenai pembatalan pliding ini telah diputuskan oleh Mahkamah Agung dalam kes Sim Kie Chon v. Superintendent of Pudu Prison & Ors. [1985] 2 MLJ 385 yang mana Abdul Hamid C.J. (Malaya) (pada ketika itu) semasa menyampaikan keputusan Mahkamah telah menyatakan seperti yang berikut: “The principle governing the striking out of pleadings is clear in that it is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under Order 18 Rule 19 of the Rules of the High Court 1980: “the summary procedure under this Rule can only be adopted when it can clearly be seen that a claim or answer is on the face of it ‘obviously unsustainable’.” (Attorney-General of Duchy of Lancaster v. L. & N.W. Railway Co.) (Supreme Court Practice 1985). On an application to strike out the statement of claim and dismiss the action, the right course for the court is to strike out the claim if it satisfied that a claim does not disclose a reasonable cause of action.”. [Penekanan ditambah] [23] Prinsip undang-undang ini turut diikuti dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36 yang mana Mahkamah Agung melalui penghakiman yang disampaikan oleh Mohamed Dzaiddin SCJ (pada ketika itu) telah memutuskan seperti yang berikut: “The principles upon which the court acts in exercising its powers under any of the four limbs of O 18 r 19(1) of the RHC are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley MR in Hubbuck & Sons Ltd v Wilkinson, Heywood & Clark Ltd), and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it ‘obviously unsustainable’ (see AG of Duchy of Lancaster v L & NW Rly Co). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (see Wenlock v Moloney & Ors).”. [Penekanan ditambah] [24] Selanjutnya, Mahkamah Persekutuan menerusi penghakiman yang disampaikan oleh Ramly Ali FCJ dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 3 CLJ 1 telah menjelaskan mengenai prinsip pembatalan pliding di bawah Aturan 18 kaedah 19(1) KKM 2012 tersebut seperti yang berikut: “[25] The principles for striking out pleadings pursuant to O. 18 r. 19 of the ROC are well settled. It is only in a plain and obvious case that recourse should be had to the summary process under this rule; and this summary process can only be adopted when it can clearly be seen that a claim on the face of it is obviously unsustainable (see: Bandar Builder (supra), Hubbuck & Sons Ltd v. Wilkinson, Heywood & Clard Ltd [1899] 1 QB 86; Attorney General of the Duchy of Lancaster v. London and North Western Railway Company [1892] 3 Ch 274). [26] The tests for striking out application under O. 18 r. 19 of the ROC, as adopted by the Supreme Court in Bandar Builder (supra) are, inter alia as follows:
a
(a) it is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under the rule;
b
(b) this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it ‘obviously unsustainable’ (emphasis added);
c
(c) it cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case in order to see whether the party has a cause of action or a defence; and
d
(d) If there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O. 33 r. 3 of the ROC; and
e
(e) The court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable. … [28] The basic test for striking out as laid down by the Supreme Court in Bandar Builder (supra) is that the claim on the face of it must be ‘obviously unsustainable’. The stress is not only on the word ‘unsustainable’ but also on the word ‘obviously’ ie, the degree of unsustainability must appear on the face of the claim without having to go into lengthy and mature consideration in detail. If one has to go into lengthy and mature consideration in detail of the issues of law and/or fact, then the matter is not appropriate to be struck out summarily. It must be determined at trial. [29] The established rule on this point is that the court should not examine the evidence in this summary proceedings in such a way as to amount to conducting a trial on the conflicting affidavit evidence. As rightly said by Lord Diplock in the House of Lords in American Cyanamid Co v. Ethicon Ltd [1975] AC 396 at p. 407: ... The court no doubt must be satisfied that the claim is not frivolous or vexatious; in other words, that there is a serious question to be tried. It is no part of the court’s function at this stage of the litigation to try to resolve conflicts of evidence on affidavit as to facts on which the claims of either party may ultimately depend nor to decide difficult questions of law which call for detailed argument and mature considerations. These are matters to be dealt with at the trial ... This passage was cited with approval by the Privy Council in a Malaysian case of Eng Mee Yong v. Letchumanan [1979] 1 LNS 18; [1979] 2 MLJ 212.”. [Penekanan ditambah] [25] Berdasarkan nas-nas undang-undang di atas boleh dirumuskan bahawa Mahkamah boleh menggunakan budi bicaranya untuk membatalkan sesuatu tuntutan dalam kes-kes yang benar-benar nyata dan jelas bahawa tuntutan tersebut tidak mempunyai peluang untuk berjaya, tiada persoalan serius untuk dibicarakan dan tuntutan itu tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah. [26] Berdasarkan penelitian Mahkamah ini terhadap Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa ini bukanlah kes yang sesuai dan wajar untuk membenarkan permohonan pembatalan pliding di Aturan 18 kaedah 19(1)(a), (b), (c) dan/atau (d) KKM 2012. Alasan Mahkamah ini, inter alia, adalah seperti di bawah. [27] Pertama, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati kausa tindakan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan dalam kes ini adalah munasabah; tidak mengaibkan, remeh atau menyusahkan; tidak menjejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan ini dengan adil; dan bukan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah serta terdapat isu-isu yang perlu diputuskan melalui perbicaraan. [28] Dapatan Mahkamah ini adalah selaras dengan penghakiman Mahkamah Rayuan yang disampaikan oleh Abdul Malik Ishak JCA dalam kes Metroplex Holdings Sdn Bhd v Commerce International Merchant Bankers Bhd [2013] 4 MLJ 520 seperti yang berikut: “[24] If the pleadings disclose some cause of action or has raised some question fit to be decided, then it is appropriate that the case should be set down for trial, no matter how slight the chances are of succeeding (Saripah bte Manap & Ors v Emar Sdn Bhd (in dissolution) & Ors [1998] 1 MLJ 323 (HC)). And when there are issues to be determined by way of discovery or by way of cross-examination, then the summary process of striking out is not appropriate (Omega Holdings Bhd v Dato’ Tiah Thee Kian & Ors [2002] 6 MLJ 20).”. [Penekanan ditambah] [29] Selanjutnya, dalam kes Datuk Ir Che Amran Mohd Yusoff v. Yayasan Melaka & Ors [2003] 1 CLJ 767, Low Hop Bing J (pada ketika itu) telah memutuskan bahawa – “Striking Out Only In Plain And Obvious Cases It has been stated ever so often by our courts that it is only in absolutely plain and obvious cases that a plaintiff’s claim or action or a party’s pleadings would be struck out under any of the limbs of O. 18 r. 19(1): See eg, Roslan bin Abdullah v. New Zealand Insurance Co Ltd [1981] 2 MLJ 324 FC. The weakness or demerits of the plaintiff’s action or a party’s pleadings cannot ipso facto be a ground for striking out but it has to be proved, established or demonstrated that the specific requirements and terms contained in O. 18 r. 19(1)(b), (c) or (d) has been satisfied.”. [Penekanan ditambah] [30] Kedua, dalam kes ini terdapat keraguan dan pertikaian mengenai identiti sebenar pemilik berdaftar asal Hartanah tersebut, iaitu sama ada Halimah binti Ahmad dengan No. Kad Pengenalan 370723-02-5366/ 0137330 atau Halimah binti Ahmad tanpa No. Kad Pengenalan. [31] Ketiga, Mahkamah ini mendapati terdapat ketidakpastian identiti sama ada Halimah binti Ahmad dengan No. Kad Pengenalan 370723-02-5366/ 0137330 dan Halimah binti Ahmad tanpa No. Kad Pengenalan yang kedua-duanya didaftarkan sebagai pemilik berdaftar Hartanah tersebut adalah individu yang sama atau individu yang berlainan. [32] Keempat, Plaintif-Plaintif telah memplidkan isu fraud dan mala fide dalam Pernyataan Tuntutannya berhubung dengan proses turun milik Hartanah tersebut kepada Defendan-Defendan. Menurut Plaintif-Plaintif, akibat daripada perbuatan fraud dan mala fide Defendan-Defendan tersebut, Hartanah tersebut telah diturun milik daripada Halimah binti Ahmad dengan No. Kad Pengenalan 370723-02-5366/0137330 kepada Defendan-Defendan melalui Perintah Pembahagian Harta Pusaka Si Mati yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Kedah melalui Guaman Pembahagian No: JKPTG/PK/02/11/0414/2013 Tahun 2015, secara penipuan dan tidak sah. Menurut Plaintif-Plaintif, kehilangan Hartanah tersebut telah menyebabkan kerugian kepada mereka yang merupakan waris-waris kadim si mati tersebut. [33] Berhubung dengan perkara ini, penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (supra) dan Mahkamah Rayuan dalam kes Chee Pok Choy & Ors v Scotch Leasing Sdn Bhd [2001] 4 MLJ 346 adalah jelas bahawa apa-apa dakwaan mengenai fraud tidak boleh diselesaikan secara ringkas menerusi proses pembatalan pliding. Sebaliknya, ia perlu dibuktikan melalui keterangan dalam perbicaraan di Mahkamah. [34] Kelima, wujud pertikaian fakta antara Plaintif-Plaintif dengan Defendan-Defendan mengenai sama ada Plaintif-Plaintif ada hadir dalam prosiding siasatan Hartanah tersebut di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara 1965 di Pejabat Tanah Daerah Pendang pada tahun 2013. Walaupun Defendan-Defendan mengatakan Plaintif-Plaintif ada hadir dalam prosiding siasatan tersebut, namun Plaintif-Plaintif telah menafikannya. [35] Memandangkan Plaintif-Plaintif tidak hadir dan tiada pengetahuan mengenai prosiding siasatan tersebut, maka Plaintif-Plaintif mengatakan tiada keperluan untuk mereka membuat bantahan dan/atau rayuan terhadap keputusan Pentadbir Tanah Daerah Pendang tersebut. [36] Keenam, Plaintif-Plaintif telah mempertikaikan kesahan dokumen-dokumen yang telah dikemukakan oleh Defendan-Defendan kepada Pejabat Tanah Daerah Pendang semasa prosiding siasatan di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara 1965 tersebut. Ini kerana, berdasarkan hakmilik Hartanah tersebut, Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa Halimah binti Ahmad dengan No. Kad Pengenalan 370723-02-5366/0137330 adalah pemilik berdaftar Hartanah tersebut. [37] Ketujuh, Plaintif-Plaintif telah mempertikaikan tindakan Pentadbir Tanah Daerah Pendang yang telah –
a
(a) mengesahkan bahawa pemilik sebenar Hartanah tersebut ialah Halimah binti Ahmad tanpa No. Kad Pengenalan dan bukannya Halimah binti Ahmad dengan No. Kad Pengenalan 370723-02- 5366/0137330; dan
b
(b) membatalkan nama Halimah binti Ahmad dengan No. Kad Pengenalan 370723-02-5366/0137330 dalam rekod geran Hartanah tersebut dan menggantikannya dengan nama Halimah binti Ahmad tanpa No. Kad Pengenalan menurut seksyen 380 Kanun Tanah Negara 1965. [38] Kelapan, demi keadilan kepada kedua-dua pihak Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan, pada pendapat Mahkamah ini, adalah wajar kes ini diputuskan melalui suatu perbicaraan penuh dan saksi-saksi dipanggil untuk memberi keterangan bagi membuktikan segala dakwaan pihak-pihak berkaitan dengan persoalan fakta dan undang-undang yang berbangkit dalam tindakan ini. [39] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini menjawab ketiga-tiga Isu di atas seperti yang berikut:
a
(a) bagi Isu Pertama, Plaintif-Plaintif memang mempunyai kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan;
b
(b) bagi Isu Kedua, Notis Permohonan Defendan-Defendan untuk membatalkan tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut adalah tidak bermerit; dan
c
(c) bagi Isu Ketiga, berdasarkan isu-isu yang berbangkit di atas, ini bukanlah kes yang nyata, jelas dan sesuai untuk membenarkan permohonan pembatalan pliding Plaintif-Plaintif menurut Aturan 18 kaedah 19(1) KKM 2012. Isu Locus Standi dan Punca Kuasa Tindakan Plaintif-Plaintif [40] Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Al Rashidy bin Kassim & Ors v Rosman bin Roslan (supra), memandangkan Plaintif-Plaintif ada memplidkan fraud dalam Pernyataan Tuntutannya berkenaan dengan kehilangan Hartanah tersebut kepada Defendan-Defendan, maka untuk mengekalkan status quo Hartanah tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa Plaintif-Plaintif tidak dihalang untuk memfailkan tindakan Writ Saman terhadap Defendan-Defendan, iaitu atas kapasiti Plaintif-Plaintif sebagai benefisiari. Dalam penghakiman yang disampaikan oleh Arifin Zakaria FCJ (pada ketika itu), Mahkamah telah memutuskan bahawa – “(4) The beneficiaries in the present case had at least an equity in the estate of the deceased to entitle them to seek a declaratory judgment. The appellants had the locus standi to commence this action at least for the limited purpose of protecting and preserving the asset of the estate. An order that the land be re-transferred to the deceased would serve this purpose. However, qua beneficiaries, the appellants would not be entitled to a claim for damages (see paras 20–22); Re Atkinson (1971) VR 612 and Omar Ali bin Mohd. & Ors v Syed Jajaralsadeq bin Abdulkadir Alhadad & Ors [1995] 3 SLR 388 referred.”. [Penekanan ditambah] [41] Justeru, selaras dengan alasan ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa hujahan peguam cara Defendan-Defendan yang terpelajar bahawa pliding Plaintif-Plaintif tidak mematuhi Aturan 15 kaedah 6A KKM 2012 kerana gagal menyatakan “Sebagai Wakil Diri kepada Halimah binti Ahmad dengan No. Kad Pengenalan 370723-02-5366/0137330” pada intitulement Writ Samannya, adalah tidak relevan dan tidak berasas sama sekali. [42] Selanjutnya, memandangkan Plaintif-Plaintif hanya tahu pada tahun 2016 mengenai prosiding siasatan Hartanah tersebut yang diadakan pada tahun 2013 dan tuntutan Plaintif-Plaintif dalam kes ini adalah untuk perintah deklarasi di bawah seksyen 41 Akta Relief Spesifik 1950 [Akta 137], adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa tatacara di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan Peraturannya, dan seksyen 418 Kanun Tanah Negara 1965 tidak terpakai kepada tuntutan Plaintif-Plaintif. KESIMPULAN [43] Sebagai kesimpulan, berdasarkan alasan-alasan di atas, memandangkan terdapat banyak fakta yang dipertikaikan oleh kedua-dua pihak dan perlu diputuskan oleh Mahkamah ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa ini bukanlah kes yang sesuai dan wajar untuk membenarkan permohonan pembatalan pliding Plaintif-Plaintif oleh Defendan-Defendan di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a), (b), (c) dan/atau (d) KKM 2012 dan Aturan 92 kaedah 4 KKM 2012. Oleh itu, permohonan Defendan-Defendan seperti dalam Lampiran 8 tersebut ditolak dengan kos sebanyak RM3,000.00. Bertarikh : 19 September 2022 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya, Alor Setar Kedah Darul Aman Peguam Cara Pihak-Pihak – Peguam Cara Plaintif-Plaintif: Puan Saidina Khatijah Zaharah binti Haji Mohd Noor Tetuan Saidina & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara No. 56, Tingkat 1 Taman Gunung Indah Jalan Kuala Kedah 05400 Alor Setar Kedah Darul Aman Peguam Cara Defendan-Defendan: Encik Mohd. Razaly bin Abd Rahaman (bersama Encik Muhamad Yusof bin Puteh) Tetuan Mohd Razaly & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara No. 16-C, Tingkat 2 Kompleks Perniagaan Utama Jalan Sultanah Sambungan 05150 Alor Setar Kedah Darul Aman
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.