Content
1 DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: J-05(SH)-567-11/2023
J-05(SH)-567-11/2023
Court of Appeal of Malaysia27 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rikut: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s. 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation b”
“rsama di dalam kes PP v. Dato’ Mokhtar Hashim [1983] 1 CLJ 138; [1983] CLJ (Rep) 721 at p.749, Hashim Yeop A Sani J (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: “Under section 34 of the Penal Code, to succeed the prosecution must prove that the criminal act was done in concert pursuant to the prearranged p”
“offence the agent provocateur suggested. [11] The evidence of an agent provocateur is however not that of an accomplice's and as such requires no corroboration (see Teja Singh & Mohamed Nasir v. PP [1949] CLJU 96; [1949] 1 LNS 96; also Goh Lai Wak v. PP [1994] 1 SLR 748). In that case, Spencer Wilkinson J makes the fol”
“course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v. Public Prosecutor [1962] CLJU 22; [1962] MLJ 307)." [123] Di dalam kes Teng Howe Sing v. PP, [2009] 3 CLJ 733, Mahkamah Persekutuan melalui”
“e taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v. Public Prosecutor [1962] CLJU 22; [1962] MLJ 307)." [123] Di dalam kes Teng Howe Sing v. PP, [2009] 3 CLJ 733, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman ya”
“g of fact arrived at by the trial judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there were substantial and compelling reasons for disagreeing.” (see Herchun Singh & Ors v. PP [1969] CLJU 52; [1969] 1 LNS 52; [1969] 2 MLJ 209).” [105] Di dalam kes Sam Hong Choy v. PP [2000] 1 CLJ 105, Mahkamah R”
“an seterusnya gagal mematahkan anggapan dibawah s.37(da) atas imbangan kebarangkalian. Prinsip Undang-Undang Berkaitan Dapatan Fakta Di Peringkat Rayuan [103] Di dalam kes Herchun Singh & Ors v. PP [1969] MLRA 382, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Ong Hock Thye (Malaya) CJ (beliau pada ket”
“fficking under the Act. However, there are several acts that may constitute the offence. If the prosecution is not able to bring its case within one of the acts (see Ong Ah Chuan v. Public Prosecutor [1980] CLJU 181; [1980] 1 LNS 181) under s. 2 of the Act, but is nevertheless able to establish the existence of primary”
“earlier, and, in particular, Tunde Apatira & Ors v. PP [2001] 1 CLJ 381 and PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337).” [121] Di dalam kes Public Prosecutor v. Badrulsham bin Baharom [1987] 1 LNS 72 [1987] CLJU 72, Lim Beng Choon H memutuskan seperti berikut: “It is appropriate at this stage for me to deal with two fur”
“ant with the impugned drugs, as they were just performing their duty (see the cases of Mohd Ali Jaafar v Public Prosecutor [1998) 4 MLJ 210; [1998] 4 CLJ Supp 208 and Goh Han Heng v Public Prosecutor [2003] SGHC 226; [2003]. [48] In Goh Han Heng v Public Prosecutor, Yong Pung How CJ (Singapore) had this to say: I disag”
“that the said prosecution witnesses had harboured a motive to falsely implicate the appellant with the commission of the offence. [50] This court in Dickson Levy all Maria George v Public Prosecutor [2018] MLJU 98; [2018] 1 LNS 135 had reiterated that: **Note : Serial number will be used to verify the originality of th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: J-05(SH)-567-11/2023
2
2.WAN HAMDAN BIN WAN HASHIM - PERAYU-PERAYU DAN PENDAKWA RAYA - RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Johor Bahru,
1
Mohd Nazri bin Wahab
2
Wan Hamdan bin Wan Hashim KORAM: CHE MOHD. RUZIMA BIN GHAZALI, HMR AZMI BIN ARIFFIN, HMR CHOO KAH SING, HMR PENGHAKIMAN Mukadimah [1] Pendakwaan terhadap kedua-dua perayu bermula di Mahkamah Tinggi Johor Bahru bagi pertuduhan seperti yang berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 24/10/2018 jam lebih kurang 2.30 petang, di perkarangan Medan Selera Wawasan, Jalan Wawasan 15, Taman Wawasan, dalam Daerah Mersing, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah mengedar dadah berbahaya dengan berat bersih 54.52gram Monoacetylmorphines. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [2] Kedua-dua perayu tidak mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut dan memohon untuk dibicarakan. Seramai lapan (8) orang saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan. [3] Pada akhir kes pendakwaan, 24 Januari 2023, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana mendapati pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan suatu kes prima facie terhadap kedua-dua perayu dan memanggil mereka untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut. [4] Kedua-dua perayu memilih untuk memberi keterangan mereka secara bersumpah dari kandang saksi. Selain daripada kedua-dua perayu ini, empat (4) saksi lain juga turut dipanggil oleh pihak pembelaan untuk memberi keterangan mereka iaitu SD3, SD4, SD5 dan SD6. [5] Pada akhir kes pembelaan, 28 November 2023, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana mendapati kedua-dua perayu bersalah dan disabitkan terhadap pertuduhan tersebut. [6] Perayu pertama (SD1) dikenakan hukuman pemenjaraan seumur hidup (30 tahun) dari tarikh tangkap (24 Oktober 2018) dan 12 kali sebatan. [7] Perayu kedua (SD2) juga turut dikenakan hukuman pemenjaraan seumur hidup (30 tahun) dari tarikh tangkap (24 Oktober 2018). Hukuman sebatan dikecualikan terhadap perayu kedua kerana telah berusia 53 tahun. [8] Terkilan dengan keputusan tersebut, pada 9 November 2023, kedua-dua perayu memfailkan rayuan di dalam satu notis rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap sabitan tersebut. [9] Bagi memudahkan rujukan, selepas ini kami akan merujuk perayu pertama / SD1 (Mohd Nazri bin Wahab) sebagai tertuduh pertama dan perayu kedua / SD2 (Wan Hamdan bin Wan Hashim) sebagai tertuduh kedua sebagaimana panggilan mereka di Mahkamah Tinggi. Fakta Kes Pendakwaan [10] Siasatan awal kes ini bermula pada 18 Oktober 2018, apabila pengadu, Inspektor Than Jia Jiun (SP6) melantik Koperal Akbaruddin bin Ali (SP5) dan seorang lagi anggota, Mohd Adi bin Mohd Nor (AP2) sebagai agent provocateur untuk berhubung dengan seorang lelaki bernama "Wae" (tertuduh kedua) bagi urusan pesanan dadah "panas" iaitu heroin. [11] Diringkaskan, SP5 dan AP2 kemudiannya telah dimaklumkan oleh tertuduh kedua untuk pergi ke kawasan riadah di Pantai Mersing bagi tujuan perjumpaan. Apabila tiba di lokasi berkenaan, tertuduh kedua telah menghubungi SP5 melalui telefon dan mengarahkan SP5 untuk bertemu di Giat MARA Mersing. [12] Sampai di Giat MARA, Mersing, SP5 dan AP2 telah berjumpa dengan tertuduh kedua yang tiba dengan menaiki kereta Honda. [13] Pertemuan berlaku di Giat MARA, Mersing. Mengikut SP5, tertuduh kedua pergi ke lokasi berkenaan dengan menaiki kereta jenis Honda dan kemudian memberhentikan kenderaannya di seberang jalan. Tertuduh kedua tiba bersama-sama tertuduh pertama yang dikenali sebagai Mat Yi. Tertuduh pertama turun dari kereta tersebut dan pergi ke arah kenderaan SP5 dan AP2. Kemudian, tertuduh kedua memberitahu kepada SP5 bahawa kawasan di tepi jalan Giat Mara itu tidak sesuai untuk urusan mereka. [14] Selepas selesai perbincangan, tertuduh kedua telah mengajak SP5 dan AP2 pergi ke kedai makan isterinya yang terletak di Medan Selera Wawasan, Mersing. Di Medan Selera tersebut, tertuduh kedua mengatakan kepada SP5 dan AP2 bahawa sampel (contoh dadah) tiada di tangannya. Sampel tersebut berada di kawasan Endau. Tertuduh kedua kemudiannya telah mengarahkan tertuduh pertama pergi ke Endau untuk mengambil sampel tersebut dan mereka berjanji untuk berjumpa semula di Pantai Mersing dalam tempoh masa satu (1) jam. [15] Setelah menunggu selama lebih satu jam, SP5 telah kembali menghubungi tertuduh kedua tetapi tertuduh kedua memberitahu SP5 bahawa tertuduh pertama masih belum sampai. Tidak lama selepas itu, SP5 telah dihubungi oleh tertuduh kedua dan tertuduh kedua telah mengarahkan SP5 untuk berjumpa semula di tepi jalan berhampiran Giat Mara. [16] SP5 dan AP2 bergerak ke Giat MARA dan bila sampai sahaja di sana SP5 melihat kereta Honda yang sama telah pun berada di situ. Setelah menyedari kehadiran SP5, tertuduh kedua telah turun daripada keretanya dan menyerahkan melalui tingkap kereta satu (1) sampel panas di dalam paket plastik lutsinar kepada SP5 seperti yang telah dijanjikan. [17] Kejadian/ transaksi pertama di atas ini berlaku pada 18 Oktober 2018. [18] Pada 23 Oktober 2022, SP5 telah memaklumkan tentang kejadian pertama yang berlaku ini kepada SP6. Bertindak di atas maklumat tersebut, pada 24 Oktober 2018, SP6 telah memberi taklimat kepada anggota-anggota pasukan serbuan termasuk SP5 dan AP2. SP6 telah mengenalpasti tertuduh pertama dan kedua serta lokasi di mana pengedaran dadah itu akan berlaku. [19] Pada 24 Oktober 2018, setelah sampai di lokasi kejadian iaitu di perkarangan Medan Selera Wawasan, SP6 dan anggota serbuan telah membuat pemerhatian dan melihat SP5 sedang berurusan dengan tertuduh pertama dan tertuduh kedua. [20] Tertuduh kedua kemudiannya telah meminta tertuduh pertama mengambil dadah untuk diserahkan kepada SP5. Tidak berapa lama menunggu, semasa SP5 berada bersama tertuduh kedua, SP5 lihat tertuduh pertama telah muncul semula dan pakir kereta Honda yang sama di perkarangan Medan Selera bersebelahan dengan kenderaan [21] Apabila kereta Honda yang dinaiki oleh tertuduh pertama itu sampai, tertuduh kedua telah memberitahu SP5 supaya pergi mengambil barang tersebut di kereta. Tertuduh kedua memberitahu SP5 supaya mengambil RM500.00 daripada jumlah wang pembelian dadah tersebut sebagai upah kepada SP5. [22] Tertuduh pertama kelihatan berdiri di sebelah kereta Honda menunggu SP5. SP5 kemudiannya bergerak mendekati tertuduh pertama. Tertuduh pertama dilihat menunjukkan kepada SP5 satu beg plastik hijau (ekshibit P5A) yang mengandungi lapan (8) bungkusan dibaluti kertas surat khabar (ekshibit (P5B (1-8)) dimana di dalamnya terdapat lapan (8) bungkusan plastik (P5C(1-8)) yang berisi ketulan dadah yang disyaki dadah berbahaya jenis heroin. [23] Seterusnya SP5 telah memeriksa salah satu bungkusan tersebut dan mendapati ia mengandungi dadah jenis heroin. Setelah membuat pengesahan dan melihat dadah tersebut, SP5 telah memberi isyarat kepada SP6 untuk membuat serbuan. Pada ketika itu, tertuduh kedua masih berada di Medan Selera. [24] Semasa SP6 dan anggota serbuan menyerbu ke arah tertuduh pertama, tertuduh kedua telah bertindak melarikan diri dengan meninggalkan tempat kejadian menuju ke arah kawasan perumahan yang berhampiran manakala tertuduh pertama pula berjaya ditangkap di Medan Selera tersebut. Tertuduh kedua kemudiannya telah masuk ke dalam rumah milik Mat Rasid bin Ismail (SP2) melalui pintu belakang. [25] Menyedari kehadiran tertuduh kedua yang bersembunyi di belakang pintu rumahnya, SP2 telah memaklumkan kepada Sub-Inspektor Rafi dan Sarjan Zaini yang dilihat mengejar tertuduh kedua daripada belakang, tempat tertuduh kedua bersembunyi. Tertuduh kedua telah berjaya ditangkap oleh anggota serbuan. Kedua-dua tertuduh kemudiannya telah diserahkan kepada SP6 dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing. [26] Satu laporan polis berkenaan tangkapan ini telah dibuat oleh SP6 iaitu MERSING/003736/18 (ekshibit P12). Satu Borang Senarai Geledah (ekshibit P11) telah disediakan oleh SP6 yang menyenaraikan kesemua barang rampasan. SP6 juga turut membuat tandaan dan timbangan ke atas barang rampasan tersebut sebelum ianya diserahkan kepada pegawai penyiasat yang bertugas iaitu Inspektor Abdul Bari bin Abd Latiff (SP7). Serahan kepada SP7 dibuat melalui Surat Akuan Serah Terima (ekshibit P13). [27] Pada 29 Oktober 2018, lebih kurang pukul 12.45 tengah hari, SP7 telah memasukkan barang kes ke dalam satu kotak (ekshibit P5) untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor bagi tujuan analisis. [28] Pada tarikh yang sama, pukul 2.43 petang, ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia iaitu Puan Liew Chyi (SP3) telah menerima satu kotak barang kes PDRM bertanda "Z1" dan bermeteri "POLIS DI-RAJA MALAYSIA 725" daripada SP7. [29] SP3 telah memeriksa kotak "Z1" dan mendapati di dalamnya terdapat satu beg plastik bertanda "ZT" berisi lapan balutan suratkhabar masing-masing bertanda dari "ZTA" hingga "ZTH". Kesemuanya berisi satu paket plastik masing-masing bertanda dari "ZTA1" hingga "ZTH8" yang mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna putih. [30] SP3 telah menjalankan analisis terhadap barang kes tersebut. Setelah dianalisis, SP3 mengesahkan bahawa barang kes yang dirampas adalah dadah berbahaya jenis Monoacetylmorphines seberat 54.52gram. Laporan kimia yang disediakan oleh SP3 bertarikh 26 Disember 2018 ditandakan sebagai ekshibit P8. [31] Pada 2 Januari 2019, pukul 11.35 pagi, SP3 telah menyerahkan semula barang kes bersama ekshibit P8 kepada SP7. Ringkasan Pembelaan Tertuduh Pertama [32] Pada 24 Oktober 2018, lebih kurang pukul 1.45 petang, tertuduh pertama bersama tertuduh kedua berada di kedai makan milik isteri tertuduh kedua di Medan Selera Taman Wawasan. [33] Kemudian penama Pijal datang ke meja dan berbual-bual dengan tertuduh-tertuduh. [34] Sekitar pukul 2.00 petang, beberapa orang lelaki tiba dengan menjerit “polis” dan menyerbu ke meja tertuduh-tertuduh dan Pijal berada. Keadaan menjadi kelam-kabut kerana jeritan itu. [35] Tertuduh pertama tidak melarikan diri, tetapi tertuduh kedua dan Pijal melarikan diri ke arah belakang kedai. Tertuduh pertama tidak tahu kenapa mereka lari. [36] Tertuduh pertama telah ditahan oleh pihak polis di tempat duduknya. Tertuduh kedua telah ditangkap dan ke bawa ke tempat tertuduh pertama berada. Pijal pula masih tidak ditahan dan tidak dibawa semula ke tempat itu. [37] Pihak polis telah memeriksa kedua-dua tertuduh namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. [38] Selepas pemeriksaan badan dilakukan, seorang polis berbangsa Cina bertanya banyak kali kepada kedua-dua tertuduh soalan “Dimana korang sembunyikan barang itu? Mana korang sembunyikan?”. Kedua-dua tertuduh menafikan mempunyai pengetahuan tentang dadah yang disembunyikan itu. [39] Selepas di tangkap, kedua-dua tertuduh di bawa ke balai polis. [40] Sebelum sampai di balai, pihak polis ada membawa kedua-dua tertuduh ke rumah tertuduh kedua. [41] Selepas itu, kedua-dua tertuduh telah dibawa oleh pihak polis ke bengkel kereta. Pihak polis masuk ke bengkel dan telah mencari sesuatu dibengkel tersebut. Tidak pasti apa yang mereka cari. Tertuduh pertama hanya duduk sahaja di dalam kereta polis. [42] Tertuduh pertama menafikan memberikan sampel dadah kepada SP5. [43] SP5 tidak pernah menghubungi kedua-dua tertuduh. [44] Tertuduh pertama menafikan dia dan tertuduh kedua ada masuk ke dalam kereta SP5. [45] Tertuduh pertama tidak terlibat didalam aktiviti pengedaran dadah. Ringkasan Pembelaan Tertuduh Kedua [46] Pada 24 Oktober 2018, lebih kurang pukul 1.45 petang, tertuduh pertama bersama tertuduh kedua berada di kedai makan milik isteri tertuduh kedua di Medan Selera Taman Wawasan. [47] Kemudian penama Pijal datang ke meja dan berbual-bual dengan tertuduh-tertuduh. [48] Sekitar pukul 2.00 petang, beberapa orang lelaki datang dan menjerit “polis” dan menyerbu ke meja tertuduh-tertuduh dan Pijal berada. Keadaan menjadi kelam-kabut kerana jeritan itu. [49] Tertuduh kedua melarikan diri ke arah belakang kedai. Tertuduh kedua terkejut dan sangkakan pihak polis hendak menangkapnya kerana sehari sebelum ditangkap tertuduh kedua ada menghisap dadah jenis syabu dan tahu air kencingnya akan menjadi positif dadah. [50] Tertuduh kedua telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke tempat tertuduh pertama berada. [51] Pihak polis telah memeriksa kedua-dua tertuduh namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. [52] Selepas pemeriksaan badan dilakukan, seorang polis berbangsa Cina bertanya banyak kali kepada kedua-dua tertuduh soalan “Dimana korang sembunyikan barang itu? Mana korang sembunyikan?”. Kedua-dua tertuduh menafikan mempunyai pengetahuan tentang dadah yang disembunyikan itu. [53] Selepas ditangkap, kedua dua tertuduh dibawa ke balai polis. [54] Sebelum sampai di balai polis, pihak polis telah membawa kedua-dua tertuduh ke rumah tertuduh kedua. [55] Selepas itu, pihak polis telah membawa kedua-dua tertuduh ke bengkel kereta. Pihak polis masuk ke bengkel dan telah mencari sesuatu di dalam bengkel tersebut. Tidak pasti apa yang mereka cari. Tertuduh kedua hanya duduk sahaja di dalam kereta polis. [56] Tertuduh kedua menafikan memberikan sampel dadah kepada [57] Kedua-dua tertuduh tidak pernah dihubungi oleh SP5. [58] Tertuduh kedua menafikan dia dan tertuduh pertama ada masuk ke dalam kereta SP5. [59] Tertuduh kedua tidak terlibat di dalam aktiviti pengedaran dadah. [60] Pihak polis ada melakukan ujian air kencing terhadap tertuduh kedua dan mendapati tertuduh kedua positif dadah jenis methamphetamine. Ringkasan Keterangan Wan Nur Ain Nur Syuhada binti Wan Hamdan (SD3) [61] SD3 bekerja sebagai pembantu kedai makan milik ibunya di Medan Selera Wawasan, Jalan Wawasan 15, Taman Wawasan, Mersing, Johor. [62] SD3 adalah anak tertuduh kedua. [63] Pada 24 Oktober 2018, sekitar pukul 2.00 petang, SD3 ada melihat kedua-dua tertuduh duduk di meja berdekatan kedai makan milik ibunya. [64] Rakan tertuduh kedua iaitu Pijal tiba dan telah duduk bersama-sama mereka. [65] Polis menyerbu di meja makan ketiga-tiga mereka dan menjerit “polis”. [66] Tertuduh kedua dan Pijal dilihat melarikan diri ke arah belakang kedai. SD3 tidak tahu ke mana mereka berdua lari. [67] Tertuduh pertama tidak melarikan diri semasa ketibaan pihak polis dan masih berada di meja makan. [68] Beberapa minit kemudian, beberapa orang anggota polis datang balik ke tempat yang sama dengan membawa tertuduh kedua. Pihak polis memeriksa kedua-dua tertuduh namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. Pijal tidak ditahan dan tidak dibawa semula ke tempat itu. SD3 tidak pasti mengapa Pijal tidak ditahan pada waktu itu. [69] Selepas pemeriksaan badan dilakukan terhadap kedua-dua tertuduh, SD3 mendengar ada seorang polis berbangsa cina bertanya beberapa kali kepada kedua-dua tertuduh dengan soalan "Dimana dadah disembunyikan? Mana korang sembunyikan dadah?". SD3 mendengar kedua-dua tertuduh menjawap “tidak tahu". Soalan ini ditanya berulang-ulang kali kepada mereka. [70] Pada waktu itu baru SD3 tahu bahawa polis sedang mencari dadah. [71] Pihak polis telah berulang-ulang kali bertanyakan kepada kedua-dua tertuduh di manakah mereka menyembunyikan dadah tersebut. [72] Selepas kejadian kedua-dua tertuduh ditangkap, SD3 tidak pernah lagi berjumpa dengan Pijal sama ada di kawasan perumahan SD3 atau pun di kawasan kedai. SD3 tidak tahu di mana Pijal berada. Pijal orang Mersing. Ringkasan Keterangan Puan Farhatul Najwa Arwani binti Wan Hamdan (SD4) [73] SD4 bekerja sebagai pembantu kedai makan milik ibunya di Medan Selera Wawasan, Jalan Wawasan 15, Taman Wawasan, Mersing, Johor. [74] SD4 adalah anak sulung tertuduh kedua. [75] Pada 24 Oktober 2018, sekitar pukul 2.00 petang, SD4 mengesahkan bahawa kedua-dua tertuduh telah datang untuk minum di kedai makan tempat SD4 bekerja. Tidak lama selepas itu, rakan tertuduh kedua bernama Pijal datang dan duduk bersama-sama mereka. [76] SD4 ada mendengar bunyi suara orang jerit "polis" tetapi SD4 tidak tahu apa yang berlaku. [77] Pada jam lebih kurang pukul 2.30 petang, SD4 mengesahkan telah melihat tertuduh pertama ditangkap oleh pihak polis di perkarangan medan selera tersebut. Tertuduh pertama tidak ditangkap di perkarangan tempat letak kereta. [78] Tertuduh kedua telah melarikan diri ke belakang kedai tetapi dapat ditangkap oleh pihak polis. Kemudian, polis ada bawa tertuduh kedua ke tempat tertuduh pertama ditahan. [79] Polis tidak menjumpai sebarang barang salah pada diri tertuduh pertama dan tertuduh kedua. [80] Polis berbangsa Cina telah berulang kali bertanyakan kepada kedua-dua tertuduh dimana dadah disembunyikan. [81] Selepas itu, kedua-dua tertuduh dibawa ke rumah tertuduh kedua. Ringkasan Keterangan Ahmad Faizat bin Othman (SD5) [82] Pada 24 Oktober 2018, SD5 sedang berniaga di kedai makan di perkarangan Medan Selera Wawasan, Jalan Wawasan 15, Taman Wawasan, Mersing, Johor. [83] SD5 ada melihat pihak polis menyerbu ke arah tiga orang lelaki yang duduk di meja bersebelahan kedai SD5. SD5 hanya mengenali tertuduh kedua sahaja kerana isteri tertuduh kedua juga berniaga di kawasan perkarangan medan selera yang sama dengan SD5. [84] Apabila polis tiba keadaan menjadi kelam-kabut. Semasa pihak polis membuat serbuan tertuduh kedua dan dua orang lagi rakannya masih ada di meja tersebut. Disebabkan serbuan polis itu, ramai pelanggan segera bangun dari tempat duduk mereka. SD5 juga berundur sedikit kerana khuatir tentang keselamatan dirinya. [85] SD5 melihat polis menangkap tertuduh pertama iaitu salah seorang daripada rakan tertuduh yang duduk bersama tertuduh kedua. [86] SD5 tidak tahu ke arah mana tertuduh kedua dan seorang lagi rakannya melarikan diri kerana keadaan telah menjadi kelam-kabut. Semasa itu SD5 ada mendengar orang jerit "polis…polis". [87] Kemudian beberapa orang anggota polis telah datang membawa tertuduh kedua di dalam keadaan bergari. Tertuduh kedua dibawa dari arah belakang kedai. [88] SD5 melihat pihak polis memeriksa poket dan badan kedua-dua tertuduh. Pihak polis tidak ada menjumpai apa-apa daripada mereka berdua. [89] SD5 ada terdengar seorang polis berbangsa Cina bertanya banyak kali kepada kedua-dua tertuduh soalan "Kat mana dadah disembunyikan? Mana kau orang sembunyikan dadah?". Kedua-dua menjawab "tidak tahu". Soalan ini ditanya berulang-ulang kali kepada mereka. [90] Pada waktu itu SD5 mengesyaki polis sedang mencari dadah. [91] Keadaan sudah menjadi kecoh di situ dan orang mula ramai melihat kejadian itu. [92] Sepanjang SD5 berada di situ, SD5 tidak nampak pihak polis ada membawa apa-apa beg plastik di perkarangan medan selera itu. [93] Tidak lama kemudian pihak polis pun beredar dari situ bersama-sama kedua-dua tertuduh. SD5 tidak tahu ke mana mereka berdua dibawa pergi. Ringkasan Keterangan Mohd Faizul bin Jaafar (SD6) [94] Pada 24 Oktober 2018, lebih kurang pukul 2.30 petang, SD6 telah pergi ke kedai makan di Medan Selera Wawasan, Jalan Wawasan 15, Taman Wawasan, Mersing, Johor. [95] Semasa SD6 sedang makan di perkarangan medan selera, SD6 nampak pihak polis telah menyerbu meja di sebelah kanan SD6. [96] SD6 melihat pihak polis menyerbu ke arah tiga orang lelaki yang duduk dimeja di sebelah kanan SD6. Keadaan menjadi kelam-kabut. SD6 segera bangun dari tempat duduknya. Jarak SD6 dengan meja mereka lebih kurang dari dua (2) meter. [97] SD6 melihat polis menangkap salah seorang lelaki di meja itu. Manakala dua lagi lelaki telah melarikan diri ke arah belakang kedai. SD6 tidak tahu mereka lari ke arah mana. [98] Beberapa minit kemudian beberapa polis datang membawa seorang lelaki yang melarikan diri tadi di dalam keadaan bergari. Dia dibawa dari arah belakang kedai. [99] Pihak polis memeriksa poket dan badan kedua-dua lelaki itu. SD6 tidak nampak polis ada menemui apa-apa dari mereka. [100] Ada mendengar seorang polis berbangsa Cina bertanya banyak kali kepada kedua-dua lelaki itu "Kat mana dadah disembunyikan? Mana kau orang sembunyikan dadah?". SD6 medengar kedua-dua lelaki itu menjawap "tidak tahu". Soalan ini ditanya berulang-ulang kali kepada mereka. [101] Memandangkan keadaan sudah menjadi kecoh di situ dan orang mula ramai melihat kejadian itu, maka SD6 pun beredar dari tempat kejadian itu. Dapatan Pesuruhjaya Kehakiman Di Akhir Kes Pembelaan [102] Di antara lain dapatan beliau adalah seperti yang berikut dan kami petik: Analisa Kes Pembelaan [61] Pembelaan tertuduh-tertuduh hanya menjurus kepada kemungkinan dadah dijumpai di bengkel No 67 dan bukan diserahkan kepada AP dalam kereta di perkarangan Medan Selera Wawasan. Pembelaan juga menimbulkan kewujudan seorang bernama Pijal dimeja makan sebelum kedua-dua tertuduh ditangkap. Kesemua saksi awam pembelaan yang lain konsisten dalam pengataan mereka bahawa kedua-dua tertuduh ditangkap semasa berada di meja makan sebelum diserbu dan tertuduh kedua melarikan diri. [62] Saksi-saksi pembelaan juga menekankan fakta bahawa seorang polis berbangsa Cina ada bertanyakan "mana dadah" kepada tertuduh-tertuduh semasa dimeja makan yang memungkinkan dadah sebenarnya masi belum dijumpai pada masa tersebut. Seterusnya fakta bahawa mereka telah bergerak ke satu bengkel, juga memungkinkan dadah telah dijumpai di bengkel No 67. [63] Berdasarkan kepada seksyen 182A KTJ, jika pendakwaan berjaya membuktikan kenya melampaui sebarang keraguan yang munasabah, tertuduh hendaklah didapati bersalah dan disabitkan. Namun jika sebaliknya, Mahkamah hendaklah melepas dan membebaskan tertuduh. (Rujuk kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan Mohamad Radhi bin Yaacob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311). [64] Mengenai anggapan pengedaran dibawah s.37(da), beban akan berpindah kepada tertuduh-tertuduh untuk menyangkal anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian yang mana bebannya adalah lebih berat dari menimbulkan keraguan yang munasabah. ... [66] Dengan pemakaian anggapan di bawah s.37(da) ini juga, elemen pegedaran telah dianggap maka tertuduh-tertuduh dikatakan mengedar dadah tersebut sehingga dibuktikan sebaliknya (until the contrary is proved). Tertuduh-tertuduh dengan ini perlu mengemukakan keterangan yang mencukupi untuk mengakas anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian (rujuk Ng Chai Kem v. PP (1994) 2 CLJ 593 dan Mohamad Radhi v PP (1992) 2 SCR 145) [67) Dalam pembelaan tertuduh, telah dihujahkan oleh peguam seperti berikut sebagai bukti sanggahan (rebuttal evidence):
1
1.Peguam merujuk kepada keterangan SP6 yang merahsiakan serbuan di bengkel No 67 dan ke rumah tertuduh kedua dari SP7 dan menidakkan peluang untuk SP7 menjalankan siasatan yang lengkap.
2
2.Kawalan barang kes oleh SP6 semasa serbuan dibuat di bengkel No 67 tidak dijelaskan maka rantaian keterangan barang kes telah terputus.
3
3.Pembelaan tertuduh-tertuduh bukan penafian kerana saksi-saksi pembelaan mengesahkan bahawa pada hari kejadian, kedua-dua tertuduh bersama seorang lagi bernama Pijal sedang duduk dan memesan makanan dan minuman sebelum diserbu oleh anggota polis. Keadaan menjadi kelam kabut dan tertuduh pertama tidak melarikan diri.
4
4.SD5 dan SD6 ada mendengar anggota polis bertanyakan soalan kepada tertuduh-tertuduh tentang dimana dadah disembunyikan.
5
5.SD4 mengatakan polis tidak menjumpai barang salah pada tertuduh pertama dan kedua dan meminta ibunya pulang ke rumah untuk membuka pintu rumah sebelum mereka bergerak ke sana.
6
6.Pembelaan juga menafikan maklumat yang diterima oleh SP6 mengenai kegiatan dadah adalah melibatkan kedua-dua tertuduh.
7
7.Tiada penjelasan dari saksi pendakwaan mengenai kemana hilangnya sampel dadah.
8
8.Tertuduh-tertuduh ditangkap di meja makan dalam Medan Selera dan bukan di perkarangan tempat letak kereta Medan Selera.
9
9.Tertuduh kedua melarikan diri kerana khuatir ditangkap atas kesalahan memasukan dadah ke dalam badan.
10
10.Keterangan saksi pembelaan telah membentuk satu kronologi versi pembelaan yang menimbulkan keraguan munasabah ke atas keseluruhan kes pendakwaan dan menyangkal anggapan yang diguna pakai. [68] Sebagai hujah balas, pendakwaan mengatakan seperti berikut:
1
Urusan jual beli dilakukan oleh kedua-dua tertuduh dengan SP5 (AP) dan keterangan AP adalah utuh dan sempurna. lanya gagal dicabar oleh pembelaan.
2
Keterangan pembelaan adalah rekaan semata-mata bagi menyelamatkan diri masing-masing.
3
Keterangan pembelaan tidak disokong dengan sebarang bukti atau saksi dan wajar ditolak.
4
Pembelaan gagal memanggil penama Pijal atau isteri tertuduh kedua yang dikatakan juga berada ditempat serbuan, maka s.114(g) terpakai.
5
Samada tempat kejadian adalah perkarangan Medan Selera atau perkarangan tempat letak kereta Medan Selera tidak sama sekali memprejudiskan atau mengelirukan tertuduh-tertuduh untuk mengetengahkan pembelaan mereka. Maka isu ini tidak material dan tidak fatal terhadap kes pendakwaan.
6
Kegagalan pendakwaan mengemukan talifon yang digunakan oleh AP tidak fatal dan ianya bukan keterangan bukti yang material tetapi sekadar sokongan sahaja (rujuk kes Shanmugasundram Perumal & Anors v PP (2023) 1
7
Pembelaan tertuduh-tertuduh adalah penafian semata-mata. [69] Berkait isu wujudnya dua (2) versi keterangan yang berbeza diberikan oleh kedua-dua belah pihak, saya berpendapat keterangan SP5 cukup kredibel dan boleh dipercayai kerana tiada sebab untuk saya tidak mempercayai keterangannya dan tiada motif untuk tertuduh-tertuduh menimbulkan kemungkinan SP5 ingin memerangkap atau mengenakan tertuduh-tertuduh dalam urusan jual beli dadah ini. [70] Jika tertuduh-tertuduh mengatakan keterangan SP5 tidak kredibel, maka tertuduh-tertuduh perlu mengemukakan keterangan yang mencukupi bagi tujuan menunjukkan keterangan SP5 tidak boleh dipercayai. … [72] Tambahan pula, keterangan SP5 disokong oleh SP6 yang juga melihat tertuduh-tertuduh berurusan berkait dengan dadah yang dirampas. [73] Keterangan tertuduh-tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah bahawa mereka sebenarnya mempunyai milikan dadah yang dirampas dan juga gagal mematahkan anggapan dibawah s37(da) untuk pengedaran. Dalam kes ini anggapan hanya dibuat dibawah s.37(da) iaitu bagi tujuan pengedaran setelah milikan telah berjaya dibuktikan oleh pendakwaan. Maka hujahan peguam mengenai kegagalan elemen direct trafficking dibuktikan tidak timbul. [74] Kewujudan penama Pijal yang duduk bersama mereka di meja tidak menganggu naratif pendakwaan dalam pembuktian kes terhadap tertuduh-tertuduh. Begitu juga dengan tempat kejadian, samada ianya di perkarangan tempat letak kereta Medan Selera atau di Medan Selera, tidak fatal kepada kes pendakwaan kerana urusan jual beli dilihat oleh SP6 dan disahkan dari keterangan SP5 dibuat semasa mereka berada berhampiran dengan kereta Honda di lokasi sebagaimana dalam pertuduhan. lanya juga tidak memprejudiskan atau mengelirukan tertuduh-tertuduh dalam penyediaan pembelaan mereka. [75] Saya meneliti dan mempertimbangkan keseluruhan pembelaan tertuduh-tertuduh dan berpendapat, ianya hanya satu penafian semata-mata. Hanya kerana ada saksi yang mendengar polis bertanyakan "mana dadah" tidak boleh dibuat indikasi dadah masih belum dijumpai kerana keterangan SP5 menyatakan sebaliknya. [76] Saya berpendapat tiada keterangan bukti lain yang menyangkal bahawa dadah telah dibawa oleh tertuduh-tertuduh dan diserahkan kepada SP5. Tertuduh kedua juga telah berkomunikasi dengan SP5 sebelum itu dan tiada kemungkinan atau sebab untuk SP5 untuk tidak bercakap benar. [77] Pengamatan saya dari segi demenour dan konsistensi keterangan, saya berpendapat keterangan saksi pendakwaan lebih kredibel dan boleh dipercayai berbanding keterangan tertuduh-tertuduh. Keterangan saksi pembelaan yang lain tidak membantu menidakkan keterangan kes pendakwaan atau menyangkal keterangan bukti yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. … [79] Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa keterangan bukti kes pembelaan bukan sekadar satu penafian tetapi juga tidak menyakinkan (not convincing). Sehubungan dengan itu, saya juga berpendapat keseluruhan kes pembelaan gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan seterusnya gagal mematahkan anggapan dibawah s.37(da) atas imbangan kebarangkalian. Prinsip Undang-Undang Berkaitan Dapatan Fakta Di Peringkat Rayuan [103] Di dalam kes Herchun Singh & Ors v. PP [1969] MLRA 382, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Ong Hock Thye (Malaya) CJ (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: "An appellate Court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the Judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding.” [104] Di dalam kes Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Hasan Lah HMP (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “[51] It is trite law that the view of the trial judge as to the credibility of a witness must be given proper weight and consideration. An appellate court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the trial judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there were substantial and compelling reasons for disagreeing.” (see Herchun Singh & Ors v. PP [1969] CLJU 52; [1969] 1 LNS 52; [1969] 2 MLJ 209).” [105] Di dalam kes Sam Hong Choy v. PP [2000] 1 CLJ 105, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Haidar Mohd Noor HMR (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: “As the finding of the learned judge on this issue is based on finding of facts and credibility of witnesses, the appellate court should be slow to disturb such finding as credibility of a witness is primarily a matter for the trial judge unless the decision was plainly wrong and was against the weight of the evidence (Dato' Mokhtar bin Hashim v. Public Prosecutor /1983] 2 CLJ 10; [ 1983] 2 MLJ 232). In the circumstances we were not convinced that the learned judge was wrong.”
a
Percanggahan-percanggahan didalam keterangan SP5 dan kegagalan pihak pendakwaan untuk memberikan penjelasan terhadap percanggahan tersebut;
b
Kegagalan Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana memberi justifikasi undang-undang mengapa mahkamah menolak pembelaan tertuduh-tertuduh; dan
c
Keraguan mengenai panggilan-panggilan telefon di antara tertuduh-tertuduh dengan SP5.
a
Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah terkhilaf apabila menggunakan anggapan di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah
b
Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah gagal untuk menghargai pembelaan tertuduh kedua; dan
c
Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah melanggar peruntukan seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah apabila gagal untuk mempertimbangkan keterangan SD2, SD3, SD4, SD5 dan SD6 sehingga mengakibatkan berlakunya suatu salah laksana keadilan.
a
(A) Sama ada wujud kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh [105] Bagi merungkai persoalan sama ada kedua-dua perayu mempunyai kawalan atau jagaan serta pengetahuan terhadap dadah yang menjadi subjek pertuduhan, maka adalah penting kami mengimbas kembali keterangan SP5 dan SP6. Keterangan SP5 [106] SP5 didalam keterangannya semasa sesi pemeriksaan utama (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2 (1) m/s 50- 60) mengatakan seperti yang berikut: Dalam kes hari ini, Det ingat lagi tak bila tarikh kejadian bagi kes hari ini? Dalam kes ini pada 18.10.2018 saya telah dilantik oleh Insp Tan sebagai agen provocator bersama D/Kpl Adib menjadi agen provocator AP2, saya sebagai AP1. Maknanya kejadian bermula 18.10.2018? Boleh ceritakan selanjutnya selepas dilantik jadi AP? Saya ditugaskan sebagai AP1 untuk berhubung dengan 1 lelaki Melayu yang dikenali dengan nama We yang dipercayai mengedar dadah. D/Kpl Adib dilantik sebagai pembantu saya membawa kereta. Selepas itu Insp Tan mengarahkan saya supaya pergi ke Mersing bersama beliau dan Adib. Pergi Mersing bertiga? Ya bertiga. Lepas itu? Sampai di tempat riadah tepi pantai Mersing, Insp Tan telah mengarahkan saya supaya menghubungi We tentang pertanyaan untuk mengambil sampel dadah jenis panas. Bila sebut sampel dadah jenis panas ini jenis apa? Heroine. Selepas itu apa berlaku? Selepas sampai di pantai saya telah menghubungi We, kali pertama dihubungi tak dijawab, kali kedua saya telah menghubungi We dan dijawab, saya bagitahu telah sampai di tepi pantai untuk mengambil sampel. Yang ini hubungi macam mana? Telefon. Dia bagi arahan untuk pergi ke mana? Pergi ke Giat Mara Mersing. Lepas itu? Selepas saya sampai di Giat Mara Mersing, ada rumah kedai saya telah telefon We dan bagitahu telah sampai. Masa ini dengan siapa? Saya dengan D/Kpl Adib. Lepas dah sampai? Bila dah sampai tak lama saya nampak 1 kereta Honda sampai di seberang jalan dan telah keluar 1 lelaki Melayu dan telah datang ke arah kereta saya. Lepas itu Yang Arif semasa perjumpaan yang We bagitahu tepi jalan Giat Mara ini tak sesuai sebab ramai orang kerajaan jadi tak sebab ramai orang kerajaan jadi tak sesuai berurusan. Jadi lelaki yang datang ke kereta itu We lah? Pergi ke mana lepas itu? Selepas selesai perbincangan, We ajak saya pergi ke kedai makan isteri beliau sedang berniaga. Di mana? Di kawasan Mersing. Nama tempat? Dia macam food court makan Mersing. Lepas itu? Sampai di kedai makan isteri beliau, kami sembang dan We bagitahu yang sampel belum ada di tangan beliau. Sampel berada di kawasan Endau di Mersing. Ok. Lepas itu We telah mengarahkan kawan dia yang dikenali dengan nama Mat Yi untuk pergi mengambil sampel di kawasan Endau Mah: Kawan nama apa? Mat Yi Maknanya mereka berdualah masa jumpa? Bila sampai di kedai ada 2 orang. We mengarahkan Mat Yi untuk mengambil sampel jenis panas di kawasan Endau. So maknanya Mat Yi ini pergi lah Lepas itu saya tanya pada We lama ke untuk ambil sampel? We bagitahu dalam masa 20 minit pergi dan 20 minit patah balik. Lepas itu? Lepas saya lama tunggu di kedai makan isteri beliau saya beritahu kepada We saya akan menunggu di tepi tempat riadah pantai Mersing semula. So maksudnya masa ini We tinggal sorang dengan kamu dan Mat Yi seorang yang pergi ambil sampel? Lepas tunggu di tepi pantai Mersing apa berlaku? Selepas saya tunggu lebih kurang dekat sejam lebih, saya telah menghubungi We dan We beritahu Mat Yi belum sampai di kedai makan. Masa itu kamu dah pergi ke pantai Mersing? Ya tengah tunggu di tepi pantai Mersing. We dekat kedai lagi lah? We saya tak pasti masih ada di kedai atau dah pergi tempat lain. Lepas itu? Tak lama lepas itu saya dapat panggilan daripada We mengatakan Mat Yi dah sampai dan mengarahkan saya datang semula di tepi jalan berhampiran Giat Mara. Giat Mara yang mula-mula tadi? Lepas itu? Saya dan Kpl Adib telah bergerak ke Giat Mara apabila sampai di tepi jalan itu saya dah nampak 1 kereta Honda yang permulaan jumpa dengan We. We telah turun daripada kereta sambil itu telah menyerahkan 1 paket plastik lutsinar kepada saya sebagai sampel panas dalam urusan jual beli dadah. Siapa yang serahkan tadi? We serahkan kepada saya, saya dalam kereta tak turun. Melalui tingkap saja. Awak tunggu dalam kereta dia serah melalui tingkap? Dia ada cakap apa-apa tak? Lepas terima itu saya terus bergerak balik. Yang ini berapa haribulan? 18hb. Lepas itu apa berlaku? Saya telah dipanggil lagi oleh Insp Tan pada 24.10.2018 masa saya sampai di pejabat narkotik IPK Johor saya telah nampak Insp Tan bersama dengan D/Kpl Fendi. Kemudian? Insp Tan telah beritahu saya AP2 yang telah dilantik sebelum ini akan ditukarkan kepada Kpl Fendi. Sebelum ini Kpl Adib, ditukarkan kepada Kpl Fendi sebagai pembantu saya. Ini di IPK? Lepas itu apa tindakannya? Lepas itu Insp Tan telah mengarahkan saya dan D/Kpl Fendi supaya bergerak dan berjumpa di ILP Mersing. Kemudian? Bila sampai di kawasan ILP Mersing, Insp Tan telah arahkan saya untuk menghubungi We. Semasa kali pertama saya hubungi We telah dijawab oleh seorang lelaki dan beritahu saya We tengah solat Asar. Selepas daripada itu saya terima panggilan dari We dan We arahkan saya supaya pergi ke kedai makan isteri dia di kawasan Mersing itu. Yang pergi mula-mula tadi? Ya. Lepas itu? Bila sampai di kedai makan saya telah bertanyakan kepada We tentang dadah yang telah di order oleh pihak polis. Mah: Order oleh siapa? Oleh saya Yang Arif daripada AP1. Masa ini We dengan siapa? We dengan Mat Yi. Ni Mat Yi yang sama dengan mula-mula tadi? Ya sama. Bila awak tanya tentang dadah yang order lepas itu? Saya tanya mana dadah panas 8 paun yang telah dijanjikan untuk di kiri kanan kan pada hari ini. Lepas itu We telah mengajak saya supaya menukar tempat untuk menyerahkan dadah tersebut. Tapi saya menolak permintaan We dan saya beritahu beliau supaya transaksi kiri kanan dadah tersebut berlaku di kawasan kedai. Maknanya awak nak stay dekat tempat itu juga lah? Ya Yang Arif Lepas itu? Berkali-kali We cuba memujuk saya menukar tempat tapi saya still menolak lepas itu We dia sudah naik marah dan beritahu kepada saya, sekiranya jadi apa-apa pada hari ini, demo dan kawe demo akan mati, tak kan tubik daripada Mersing. Dia cakap macam itu? Lepas itu apa berlaku? Lepas itu saya kata kepada We, tak apa lah We kalau demo tak percaya kepada kawe. Lepas daripada itu We telah mengarahkan Mat Yi untuk pergi mengambil dadah yang telah saya order. Lepas itu Mat Yi telah bergerak tak lama kemudian saya sedang berada bersama We, saya telah nampak 1 kereta Honda telah datang parking sebelah tepi kereta saya yang berada di kedai bini We niaga. Apabila kereta Honda yang dinaiki Mat Yi itu sampai, We bagitahu saya pergi ambil barang dekat kereta. Lepas itu We bagitahu lagi tarik RM500 sebagai upah saya. Mah: Apa dia? Tarik duit RM500 sebagai upah saya. Wang selebihnya campak dalam kereta. Kemudian? Lepas itu saya bergerak turun daripada kedai makan, saya nampak Mat Yi keluar daripada tempat pemandu dari sebelah kanan depan, Mat Yi telah pergi ke pintu sebelah kiri penumpang hadapan. Dia keluar? Keluar kereta pergi ke pintu sebelah kiri penumpang hadapan dan Mat Yi bagitahu saya yang dadah jenis panas ada di bahagian hadapan tempat penumpang sebelah kiri. Apabila Mat Yi mengambil 1 plastik berwarna hijau, dan semasa untuk menyerahkan kepada saya, saya minta kepada Mat Yi untuk melihat dahulu apa isi kandungan di dalam plastik tersebut. Sebelum itu, nampak Mat Yi ambil dadah itu dekat bahagian mana? Dekat tempat letak kaki kereta Honda. Ok, tadi mintak tunjuk dulu? Apa berlaku selepas itu? Selepas saya melihat ada bungkusan balutan surat khabar, saya pun membuka dan apabila saya nampak di dalam bungkusan plastik lutsinar itu disyaki dadah jenis Heroine saya telah memberi isyarat serbuan kepada pasukan serbuan narkotik IPK Johor dengan cara menggosok kepala 3 kali. Masa ini yang ada di kereta ini awak sendiri? Yang ada di kereta, saya dan Mat Yi. We berada di atas kedai. Nampak tak We itu daripada kedudukan awak itu? Boleh nampak. Maknanya awak nampak la We masih ada? Ya nampak masih ada di atas kedai. Lepas itu apa berlaku? Selepas beri isyarat team serbuan sampai semasa team serbuan untuk menangkap Mat Yi, We telah nampak dan We telah berjaya melarikan diri lepas Insp Tan dan team serbuan telah berjaya menangkap Mat Yi dan rampas barang kes, selang beberapa lama saya tengok We pun telah berjaya ditangkap oleh team serbuan. Lepas itu ada terlibat dengan barang kes? Saya tak terlibat dah dengan barang kes selepas tangkapan. Boleh camkan lagi We dan Mat Yi ini? Boleh Yang Arif. Ada dalam Mahkamah hari ini. Ada Mana satu We mana satu Mat Yi? Yang rendah We, yang tinggi Mat Yi. Pohon untuk rekodkan saksi telah camkan kedua-dua OKT. … Cerita dari mula. Bila Mat Yi bawa keluar daripada kereta itu dia dalam keadaan yang mana satu? Dalam berikat, gambar 1. Lepas itu? Lepas itu saya minta Mat Yi membuka plastik itu. Selepas Mat Yi buka dan tunjukkan kepada saya dan saya telah tengok dalam plastik itu ada bungkusan dengan keratan akhbar lah. Saya pun membuka keratan akhbar itu dan nampak satu plastik lutsinar, dalam dia disyaki dadah jenis heroin, saya panggil dadah panas. Masa ni Mat Yi buat apa? Dia pegang plastik itu ke? Ya dia pegang plastik. Berapa banyak kalau kita tengok sini ada 8, berapa banyak yang kamu tengok? Untuk urusan jual beli dadah sebanyak 8 paun. Ini bermaknanya 8 paun la? Masa kamu periksa itu berapa banyak? 8 puan. Semua buka? Tak buka semua, ada 8 saya buka 1 untuk pastikan dadah jenis panas. Masa check tu buka 1 bungkusan dialah? Sepanjang berurusan dengan We dan Mat Yi ini siapa yang lead urusan itu? Awak berurusan dengan siapa paling banyak? Sepanjang ini berurusan dengan We saja tak ada urusan dengan Mat Yi. Mat Yi ini hanya akan bekerja apabila diberi arahan oleh We. Maksud saya yang banyak bagi arahan ini adalah We lah? Hubungan telefon dengan siapa? Dengan We, 1 paun ini We beri harga kepada saya RM 6,000.00 Jumlah perlu dibayar kali 8 lah? Harga ini ditetapkan oleh siapa? We telah tetapkan pada saya. (Penekanan Ditambah) [107] SP5 di dalam keterangannya semasa sesi pemeriksaan balas (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2 (1) m/s 62- 74) mengatakan seperti yang berikut: Pemeriksaan balas peguambela Saya katakan kepada kamu kesemua panggilan telefon yang kamu dakwa berlaku di antara kamu dan orang nama We ini sebenarnya tidak pernah berlaku. Berlaku. Saya katakan kepada kamu OKT 1 Nazri mahupun OKT 2 We tidak pernah menerima panggilan telefon daripada kamu mahupun membuat panggilan telefon kepada kamu. We pernah telefon saya balik semasa hari kejadian 18 dan 24. 18 hari ambil sampel. 24 hari kejadian. … Dalam kes ini, selepas tangkapan di perkarangan medan selera wawasan. Kamu dan pasukan terus bergerak ke bengkel kenderaan dan terus ke alamat No, 711, Jalan Perahu. Saya selepas serbuan tak mengikut lagi serbuan selanjutnya. Peranan saya sebagai AP sudah habis. Lepas itu kamu ke mana? Saya berehat di tempat sekitar Mersing … Dalam keterangan kamu sebentar tadi kamu ada mengatakan bahawa yang kamu ada menyerahkan wang RM500 kepada We. Bukan menyerahkan, We arahkan kepada saya selepas ambil barang, tarik RM500 sebagai upah saya. Wang selebihnya campak dalam kereta. Oh itu maksud tarik? Gaji upah We bagi kepada saya. … Saya katakan kepada kamu barang kes dalam kes ini telah ditemui disembunyikan di bengkel kenderaan di No. 67 Jalan Haji Bandi, KG Pengkalan Batu. Tak setuju. Barang kes di dalam kes ini ditemui di kawasan bengkel kereta, setuju? Tak setuju. Saya katakan kepada kamu, selepas tangkapan OKT1 dan OKT2 mereka telah dibawa ke bengkel kenderaan tersebut? Saya tak pasti. … Saya katakan kepada kamu dadah yang disembunyikan di bengkel ini adalah dadah yang menjadi subjek pertuduhan. Tak setuju. Saya katakan kepada kamu dadah yang disembunyikan di bengkel kereta ini adalah milik Pijan. Tak setuju. … Saya katakan kepada kamu Nazri telah ditahan di kedai makan dan bukannya di tempat letak kereta seperti yang kamu dakwa, setuju? Tak setuju. Fakta bahawa Nazri ditahan di kedai makan boleh disahkan oleh orang-orang yang berada di kedai makan tersebut, setuju? Tak setuju. … Saya katakan kepada kamu orang hantar barang yang dimaksudkan oleh polis itu adalah individu bernama Pijan yang tiba di tempat kejadian bersama OKT1 dan OKT2. Tak setuju. Saya katakan kepada kamu dadah ini ditemui hasil pemeriksaan menyeluruh terhadap bengkel dadah disembunyikan. Tak setuju. (Penekanan Ditambah) [109] SP5 di dalam keterangannya semasa sesi pemeriksaan semula (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2(1) m/s 77- 78) mengatakan seperti yang berikut: Tadi kamu ada kata yang telefon yang digunakan untuk berhubung dengan OKT1 ini adalah telefon projek. Apa maksud telefon projek itu? Itu saya tak pasti, memang digelar telefon projek. … Tak tahu lah dari mana punca dia datang? Dari mana datang saya tak tahu cuma diserahkan oleh Tuan Tan sebagai telefon projek. S: Tuan Tan yang serahkan telefon ini? Telefon ini betul-betul wujudlah? Ya, tapi selepas kejadian tak tahu lah. Keterangan SP6 [110] SP6 di dalam keterangannya semasa sesi pemeriksaan utama (Kandungan 11
1
m/s 81- 86) mengatakan seperti yang berikut: Insp tahu apakah peranan Insp untuk kes hari ini? Saya sebagai pengadu dalam kes ini dan pegawai penangkap. … Jika kita rujuk kepada P12, tangkapan tersebut pada 24.10.2018 boleh ceritakan apa yang berlaku pada tarikh ini? Bersabit Mersing Report 3736/18, bertindak di atas maklumat dadah pada 24.10.2018 jam lebih kurang 2.30 petang saya bersama dengan anggota terdiri daripada JSJN IPK Johor, telah pergi ke perkarangan medan selera Taman Wawasan. Sampai di sana saya dan anggota serbuan telah membuat pemerhatian di dalam kawasan perkarangan medan selera. Selepas pemerhatian lebih 15 minit datang 1 kereta Wish pendaftaran W 2412 B yang dinaiki agen provocator. … Apa yang sedang diperhatikan daripada kedudukan itu? 2 agen provocator bersama dengan 2 lelaki melayu … Kemudian apa berlaku? Lepas itu selang dalam 5 minit lelaki melayu yang pertama itu membawa kereta terus masuk ke tempat parkir dengan membawa 1 beg plastik berwarna hijau. Lepas itu masa itu proses deal semua sudah jalan lepas itu AP1 iaitu Akbar memberikan signal iaitu menggosok kepala lepas itu saya dan team serbuan membuat tangkapan terhadap 1 lelaki melayu. … Bagaimana pula dengan seorang lagi? Seorang lagi bila dia nampak kejadian tangkapan berlaku, dia terus berlari ke belakang kedai itu ke kawasan perumahan. Adakah kejar dia? Saya mengarahkan 1 team lagi DSI Rafi bersama D/Sjn Zaini, Kpl Harizi untuk tangkap dia. Adakah berjaya ditangkap? Ya. (Penekanan Ditambah) [111] SP6 di dalam keterangannya semasa sesi pemeriksaan balas (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2 (1) m/s 93) mengatakan seperti yang berikut: Semasa Tuan dan juga pasukan membuat pemerhatian di tempat parkir kereta medan selera ini, yang tuan nampak bila AP sampai kemudian 2 lelaki melayu ini ada dilihat masuk ke kereta AP ini dulu? Kemudian bila keluar kereta baru mereka pergi minum dekat kedai? [112] Berdasarkan kepada keterangan SP5 dan SP6 yang dizahirkan di atas, sudah terang lagi bersuluh bahawa pihak pendakwaan telah pun berjaya membuktikan elemen jagaan atau kawalan serta pengetahuan dan niat bersama mereka berdua untuk melakukan kesalahan pengedaran dadah berbahaya ini. [113] SP5 yang bertindak sebagai agent provovateur telah berurusan secara terus dengan kedua-dua tertuduh telah menguatkan fakta bahawa dadah-dadah yang dirampas oleh SP6 adalah milik bersama kedua-dua tertuduh. [114] Sebelum kedua-dua tertuduh ini ditangkap, SP5 mengatakan bahawa tertuduh kedua telah mengarahkan tertuduh pertama untuk mengambil dadah tersebut dari satu lokasi lain untuk dibawa ke tempat kejadian. [115] Selepas tertuduh pertama ditangkap selepas menyerahkan satu (1) plastik hijau yang mengandungi dadah kepada SP5, tertuduh kedua juga dilihat oleh SP5 dan SP6 bertindak melarikan diri dari tempat kejadian dan bersembunyi di belakang pintu rumah SP2. [116] Peristiwa yang berlaku ini bukan sahaja membuktikan wujudnya pengetahuan tertuduh pertama dan tertuduh kedua terhadap kandungan lapan (8) bungkusan yang dibaluti oleh kertas surat khabar yang dirampas tersebut berisi dadah berbahaya malah mengukuhkan lagi keterangan SP5 dan SP6 bahawa kejadian ini melibatkan urusan jual beli dadah secara langsung di antara kedua-dua tersebut dengan SP5. Harga satu (1) paun dadah juga telah ditetapkan oleh tertuduh kedua sebanyak RM6,000.00 menjadikan jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh SP5 kepada tertuduh-tertuduh bagi 8 paun yang dipesan dan dibeli adalah sebanyak RM48,000.00. [117] Walaupun semasa penyerahan dadah berlaku di antara tertuduh pertama dengan SP5, tertuduh kedua tidak berada di perkarangan Medan Selera Wawasan (tempat kejadian) namun ia adalah kesinambungan daripada transaksi awal yang berlaku ketika urusan rundingan pembelian dan penetapan harga bagi penjualan dadah dibuat di mana tertuduh kedua telah mengambil peranan yang aktif didalam perbincangan mengenai penjualan dadah tersebut. Perundingan jual dan beli dadah ini akhirnya telah dilengkapkan apabila tertuduh pertama di atas arahan tertuduh kedua telah menyerahkan dadah tersebut kepada SP5. Dengan itu sempurnalah sudah niat bersama kedua-dua tertuduh untuk mengedar dadah berbahaya selaras dengan dapatan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana. [118] Niat bersama ini diperkuatkan lagi bila tertuduh kedua dilihat melarikan diri sebaik-baik sahaja tertuduh pertama ditangkap. Inferens yang dapat dibuat daripada tingkah laku ini hanyalah satu sahaja iaitu kedua-dua tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap kewujudan dadah tersebut. [119] Tingkah laku tertuduh pertama dan kedua sebelum dan semasa tangkapan seperti yang telah dijelaskan di atas adalah berkaitan relevan mengikut seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Justeru itu, adalah menjadi kewajipan tertuduh-tertuduh untuk menerangkan kepada mahkamah tentang kelakuannya itu. [120] Seiringan dengan itu, di dalam kes Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti yang berikut: “[38] In this case the reaction of the appellant in looking stunned or shocked upon being approached by the police is clearly admissible under s.8 since it has a direct bearing on the fact in issue as the drugs found were tucked away in the front of the jeans worn by him. The explanation for his reaction must therefore be offered by he himself as required by s. 9. The court cannot, on its own, offer an explanation for his reaction. However, in his defence the appellant did not offer any explanation at all for his reaction upon being approached by the police. It can therefore be validly used as evidence against him. The inference to be drawn from the evidence of conduct of the appellant against the background of the other evidence is that he knew what he was carrying (see DPP v. Brooks [1974] 2 All ER 840). It follows that the stand taken by the appellant in relation to the evidence of conduct is not sustainable. Be that as it may, the evidence of conduct in this case is not very significant in view of the manner in which the appellant carried the drugs on his person from which it can reasonably be inferred that he had knowledge of the drugs in his possession (see the cases referred to earlier, and, in particular, Tunde Apatira & Ors v. PP [2001] 1 CLJ 381 and PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337).” [121] Di dalam kes Public Prosecutor v. Badrulsham bin Baharom [1987] 1 LNS 72 [1987] CLJU 72, Lim Beng Choon H memutuskan seperti berikut: “It is appropriate at this stage for me to deal with two further points raised by the learned defence counsel in his submission. First, he drew the attention of this court to the fact that the accused did not put up a struggle or make any attempt to run away. The short answer to this point is that from the evidence I am satisfied that the accused had no opportunity to do so as he was suddenly surrounded by PW3 and PW5 before he could even begin to realize that he was in danger of being arrested. As he was caught red-handed with the dangerous drugs in his possession and he had knowledge of the said drugs, what else could he do apart from saying that there was nothing in the bag. In the present case, the prosecution had clearly established that the accused was in actual physical custody and control of P3 and its contents. From the totality of the evidence, the prosecution had also clearly established that the accused had the necessary knowledge of P6A-H and the nature of the dangerous drugs in question.” [122] Di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v. Public Prosecutor [2010] 3 CLJ 269; [2010] 2 MLJ 607 Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti yang berikut: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s. 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v. Public Prosecutor [1962] CLJU 22; [1962] MLJ 307)." [123] Di dalam kes Teng Howe Sing v. PP, [2009] 3 CLJ 733, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Zulkefli Makinudin HMP (beliau Pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “[23] In the present case it is to be noted that the appellant upon being approached by the police even before his arrest and before the discovery of the drugs had attempted to escape by running away and throwing away the package P3B that he was carrying in his right hand. Therefore, we are of the view that it is correct to infer from the appellant's conduct that he had knowledge of the contents of the package P3B until he gives a plausible explanation. As a matter of fact, in this case the learned trial judge did not accept the appellant's explanation that he released the package P3B upon hearing the police shouting "Polis, jangan lari" because he thought that the thing he was carrying might be smuggled goods or obscene tapes, simply because there was no evidence to support such an explanation.” [124] Mengenai niat bersama di dalam kes PP v. Dato’ Mokhtar Hashim [1983] 1 CLJ 138; [1983] CLJ (Rep) 721 at p.749, Hashim Yeop A Sani J (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: “Under section 34 of the Penal Code, to succeed the prosecution must prove that the criminal act was done in concert pursuant to the prearranged plan or arrangement. In practice it is of course difficult to produce direct evidence to prove the intention of an individual. In most cases, however, it can be inferred from his act or conduct or other relevant circumstances of the case. (see Mahbub Shah v. King Emperor [1945] 72 I.A. 148,153). Thus, it is clear that the leading feature of section 34 of the Penal Code is the element of participation in action. Two preliminary elements are in fact necessary to fulfil the requirement of section 34. First, there must be evidence (direct or by inference) the Accused was present at the scene of the crime. Secondly, there must be evidence to show that there was prior concert or prearranged plan involving the Accused. This is logical because how can there be participation without physical presence. Even passive participation may require physical presence.” [125] Di dalam kes Krishna Rao Gurumurthi v. PP and Another Appeal [2009] 2 CLJ 603 Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Richard Malanjum KHN (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: “[61] The existence of a common intention is a question of fact in each case to be proved mainly as a matter of inference from the circumstances of the case. It has been said that as common intention essentially being a state of mind direct evidence as proof is difficult to procure. Invariably inferences have to be relied upon arising from such acts or conduct of the accused, the manner in which the accused arrived at the scene, the nature of injury caused by one or some of them or such other relevant circumstances available. Indeed, the totality of the circumstances must be taken into consideration in arriving at a conclusion whether there was common intention to commit the offence for which the accused can be convicted. The facts and circumstances of each case may vary. As such each case has to be decided based on the facts involved. Whether an act is in furtherance of the common intention is an incident of fact and not of law. [62] For a charge premised on common intention to succeed it is essential for the Prosecution to establish by evidence, direct or circumstantial, that there was a plan or meeting of mind of all the accused persons to commit the offence for which they are charged with the aid of s. 34 notwithstanding that it was pre-arranged or on the spur of the moment provided that it must necessarily be before the commission of the offence.” [126] Berkenaan dengan kebolehterimaan (credibility) keterangan SP5 sebagai agent provocatuer, kami ingin membawa perhatian terlebih dahulu kepada peruntukan undang-undang khusus berkaitan keterangan yang diberikan oleh seseorang agent provocatuer iaitu seksyen 40A Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan seperti yang berikut: Section 40A. Evidence of agent provocateur admissible. “(1) Notwithstanding any rule of law or the provisions of this Act or any other written law to the contrary, no agent provocateur shall be presumed to be unworthy of credit by reason only of his having attempted to abet or abetted the commission of an offence by any person under this Act if the attempt to abet or abetment was for the sole purpose of securing evidence against such person.
2
Notwithstanding any rule of law or this Act or any other written law to the contrary, and that the agent provocateur is a police officer whatever his rank or any officer of customs, any statement, whether oral or in writing made to an agent provocateur by any person who subsequently is charged with an offence under this Act shall be admissible as evidence at his trial.” [127] Berpandukan kepada peruntukan di atas, undang-undang adalah mantap bahawa menurut seksyen 40A Akta Dadah Berbahaya 1952, keterangan agent provocateur tidak boleh diketepikan apabila melaksanakan budibicara kehakiman. Keterangan seorang agent provocateur harus boleh diterima masuk tanpa apa-apa sekatan. Suatu keterangan yang seharusnya boleh diterima masuk tidak menjadikan ianya tidak boleh diterima masuk semata-mata kerana ianya diperolehi melalui cara-cara yang tidak adil atau tidak wajar. Seksyen 40A(2) mengesahkan kebolehterimaan keterangan ini walaupun terdapat undang-undang lain, bertulis atau sebaliknya, yang bertentangan dengannya. Oleh itu, seseorang saksi yang bertindak sebagai agent provocateur boleh mengemukakan sepenuhnya cerita mengenai apa yang berlaku dalam rundingannya dengan penjual dadah dan segala kenyataan yang dibuat oleh pihak terkemudian tersebut kepadanya adalah boleh diterima masuk. Namun anggapan kebolehterimaan (creditworthy) saksi sebegini boleh dipatahkan. Beban terletak di bahu pembelaan untuk mengemukakan keterangan yang mencukupi untuk menyakinkan mahkamah bahawa keterangan agent provocateur ini tidak boleh dipercayai (unworthy of credit). [128] Setelah kami menilai keseluruhan keterangan SP5 secara mendalam, kami berpuashati bahawa keterangan yang diberikan oleh SP5 adalah benar dan boleh dipercayai. Tiada sebab untuk kami meragui dan menolak keterangan SP5 di dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang anggota polis dan agent provocateur. [129] Di dalam kes Md Zainudin Raujan v. PP [2013] 4 CLJ 21, Mahkamah Pesekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Hasan Lah HMP (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: “[55] PW5 was a police witness. The learned trial judge found him to be a credible witness. It is true that the prosecution's case rested solely on the evidence on PW5. However, under the law there is no requirement for his evidence to be corroborated. The learned trial judge believed PW5 and as such his evidence was sufficient to establish the case for the prosecution. Any requirement for PW5’s evidence to be corroborated will conflict with s. 134 of the Evidence Act 1950 which provides that no particular number of witnesses shall in any case be required for proof of any fact (see Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85).” (Penekanan ditambah) [130] Di dalam kes Wan Mohd Azman Hassan v. PP [2010] 4 CLJ 529, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Abdull Hamid Embong HMP (beliau pada ketika itu) telah menjelaskan secara terperinci berkenaan penggunaan agent provocateur serta ulasan ringkas mengenai niat bersama bila beliau menyatakan seperti yang berikut: Agent Provocateur “[8] The use of agent provocateurs, or undercover or police spies is now a common method utilised by the police in flushing out and ultimately apprehending drugs traffickers. It must be remembered that such covert activities of these drug traffickers are carried out with a high degree of secrecy that, without using this technique of surveillance and investigation, it may be impossible for anti-drugs law enforcers to penetrate into this nefarious underworld activity and identify who are the perpetrators. [9] In a typical police undercover operation scenario (as happened in this case) the police would receive information from its informer of a drug trafficking activity. An agentprovocateur, normally himself a police officer, will then be assigned to undertake what is called a "sting operation". The agent provocateur will get in touch with the informer. The informer will then arrange for an introduction and meeting between the agent provocateur, (who will play the role of a drug-buyer) and the drug trafficker. The informer will take no further active role and normally disappear. Negotiations will then take place between the agent provocateur and the drug trafficker where the amount of drugs to be supplied, its price and place of delivery will be discussed and agreed upon. The agent provocateur himself thus takes an active role in the commission of the offence. Both parties become willing participants in that offence. This is what is meant by the phrase 'to abet the commission of the offence' as found in s. 40A(1) of the Act. The agent provocateur's role is to uncover the offence and gather evidence to be later given at the trial against the trafficker. This, as discussed later in this judgment, is however not an entrapment that gives rise to a legitimate defence. [10] An agent provocateur may thus be defined as one who provokes or suggests the commission of an offence to another person hoping that the latter will go along with his suggestion so that the other person may be convicted of the offence the agent provocateur suggested. [11] The evidence of an agent provocateur is however not that of an accomplice's and as such requires no corroboration (see Teja Singh & Mohamed Nasir v. PP [1949] CLJU 96; [1949] 1 LNS 96; also Goh Lai Wak v. PP [1994] 1 SLR 748). In that case, Spencer Wilkinson J makes the following distinction between an agent provocateur and an accomplice by making reference to this passage from Emperor v. Chaturbhuj Sahu 1 LR 38 Cal. 96: A person who makes himself an agent for the prosecution with the purpose of discovering and disclosing the commission of an offence, either before associating with wrong-doers or before the actual perpetration of the offence, is not an accomplice but a spy, detective or decoy whose evidence does not require corroboration, though the weight to be attached to it depends on the character of each individual witness in each case. But a person who is associated with an offence with a criminal design, and extends no aid to the prosecution till after its commission is an accomplice requiring corroboration. [12] As for the creditworthiness of an agent provocateur as a witness Spencer-Wilkinson J in Teja Singh made the following remarks: It appears from the extract above quoted that the learned author of Roscoe's Criminal Evidence classed agents provocateur in the same category as spies, informers and detectives. I have no doubt that there may be witnesses in any of these categories who may be wholly unworthy of credit but in my view the credit of any such witness depends upon the facts of each particular case and not upon the particular label which can be attached to him. [13] This observation of the creditworthiness of an agent provocateur is now enshrined in s. 40A(1) of the Act which now provides that presumption on creditworthiness. [14] This presumption of being a creditworthy witness is of course rebuttable. It falls upon the defence then to adduce sufficient evidence for the court to conclude that the evidence of an agent provocateur is unworthy of credit. (See PP v. Han Kong Juan & Ors [1983] 1 CLJ 245; [1983] CLJ (Rep) 773 HC). [15] Under s. 40A of the Act, the evidence of the agent provocateur cannot be excluded in the exercise of judicial discretion (see Evidence Practice and Procedure, 3rd edn. by Augustine Paul). An otherwise admissible evidence such as this one under s. 40A of the Act does not become inadmissible merely because it had been improperly or unfairly obtained. Section 40A(2) of the Act affirms this admission notwithstanding any other laws, written or otherwise, to the contrary. He may thus relate the full story of what happened in his negotiations with the drugs seller and any statements made by the latter to him shall be admissible in evidence. … [19] It was submitted that an entrapment by SP3 had occurred. Learned counsel stated that since such evidence of entrapment is highly prejudicial, it is incumbent upon the trial court to do a "balancing exercise" before it can act on that prejudicial evidence. The balancing exercise requires the trial court to determine whether the prejudicial effect of the entrapment evidence outweighs its probative value. If the answer is in the affirmative then the trial court cannot act on it because it offends the principles of fairness. A misdirection had thus occurred in the trial. … [27] In any event, it is for the appellant to prove that he committed this offence as a result of an entrapment. This can only be determined from the facts to be evaluated by the trial court. In other words it is a question of fact. As there was no finding of facts on this issue by the trial court the issue of entrapment as a defence does not arise in this case. On this point alone, it demolishes the first argument raised by learned counsel for the appellant. For the defence to operate at all, the appellant needed to show that he was actually an "unwary innocent" who would not, but for the entrapment, have committed this offence. The facts however show that the appellant was a person with an opposite disposition; ie, that of an "unwary criminal" who readily participated in this offence. In this case, at worst, SP3's action can only be described as soliciting the appellant to supply the drugs. There was no entrapment as such. … [31] In the case of an agent provocateur's evidence however, the statutory approval for the admission of such evidence as governed by s. 40A of the Act, is indisputable. The need for admission of an agent provocateur's evidence has been alluded to earlier in this judgment. The special provision as found in s. 40A of the Act is provided to address this very need. The law too is silent on the need to subject such evidence to a balancing exercise. [32] Learned counsel of the appellant urged this court to apply the balancing exercise requirement in the interest of fairness. But the principle of fairness cuts both ways. In the fight against the drug menace, Parliament has deemed it fit that such evidence of an agent provocateur be admissible without any restrictions. The trial judge is no longer vested with a discretion to exclude such evidence. The court is only to interpret legislations and not to add new elements especially when the words in statutes are clear and unambiguous. [33] There is thus no further need to subject that evidence to any balancing exercise as proposed by learned counsel in his submission. The contention that this omission is a misdirection by learned trial judge therefore cannot be substantiated. [34] In this appeal, there had been a concurrent findings of facts by both the trial court and the Court of Appeal in regard to the appellant being in direct possession of the drugs upon his arrest. That finding cannot now be disturbed. It was also the findings of both courts below that the so called "2nd transaction" was part of and formed a continuation of the "1st transaction" for the sale and purchase of the drugs in which the appellant took an active part. Although there was no negotiation between the appellant and SP3 under the "2nd transaction", in our view this does not mean that the appellant was not involved in the trafficking of those drugs. Negotiations were completed by the appellant and SP3 during the "1st transaction" although delivery of the drugs took place nine days later. It is therefore not wrong for the learned trial judge to also consider the "1st transaction" and found that the appellant participated in the trafficking of the drugs. Taken together, there was in fact only one transaction, arising from a single negotiation for the sale of the drug, in which the appellant actively participated. Common Intention [35] The second argument raised was that since the transactions were in two parts where the appellant played no active role in the "2nd transaction", these cannot be taken together to find that a common intention existed between the appellant and Pak Ya in committing this offence. The trial court had made a finding of fact that there was only one transaction. This finding was affirmed by the Court of Appeal. Being only one transaction common intention applied as found by the trial court as a fact. Having reviewed the facts and the reasons given by the trial judge in concluding that the commission of this offence was done with a common intention, it is our finding that this contention of lack of common intention is without merit. We are satisfied that the learned trial judge had fully and properly evaluated the evidence in making the conclusion that he did. We are compelled to accept those findings. [36] We can find no flaw in the finding made by the learned trial judge on this issue. Based on the facts the judge concluded that both the appellant and Pak Ya had acted in coercion, with a common intention to traffic in the drugs. This is not a legal issue. As earlier said, we find no error in the learned judge's approach in taking both transactions as a single act where both the appellant and Pak Ya had formed a common intention to commit this offence.” (Penambahan Ditambah) [132] Berpaksikan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di atas, kami mendapati tiada apa-apa kekhilafan yang dilakukan oleh Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana apabila beliau membuat dapatan bahawa elemen pemilikan dadah telah dibuktikan secara afirmatif dan memutuskan bahawa suatu kes prima facie pengedaran telah dibuktikan menurut seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah dengan pemakaian anggapan bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 berdasarkan berat dadah Monoacetylmorphines yang melebihi berat minima 15 gram (seksyen 37 (da)(iii)) Akta yang sama. [133] Di dalam kes PP v. Abdul Rahman Akif PP [2007] 4 CLJ 337 Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti yang berikut: “The next question is whether there is evidence of trafficking by the respondent in the said drug. In this case the amount of cannabis involved is 4,826.9 grammes in weight, which is well in excess of 200 grammes, thus triggering the statutory presumption of trafficking as provided in s 37(da) of the Act. Therefore, on the facts of this case it is our finding that the trial Judge had correctly, albeit for different reasons, called upon the respondent to enter upon his defence on the charge."
b
(B) Kekhilafan penggunaan anggapan di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 [134] Peguam bela tertuduh kedua menghujahkan bahawa kes pendakwaan berasaskan perbuatan “penjualan” yang merupakan keterangan langsung (direct evidence) pengedaran dadah berbahaya. Justeru itu, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah terkhilaf apabila menggunakan anggapan pengedaran menurut seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana ianya telah mengundang prejudis kepada tertuduh-tertuduh kerana beban yang tinggi telah diletakkan di bahu pihak pembelaan untuk mematahkan anggapan pengedaran di atas imbangan kebarangkalian sedangkan apa yang perlu dilakukan oleh pembelaan hanyalah untuk menimbulkan keraguan munasabah sahaja terhadap isu pemilikan. [135] Dengan hormatnya kami tidak bersetuju dengan penghujahan ini. Pada hemat kami, pendekatan yang diambil oleh Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana dengan menggunakan anggapan pengedaran menurut seksyen 37 (da) Akta Dadah Berbahaya 1952 bukan merupakan suatu kekhilafan sama sekali. Dapatan yang kami buat ini adalah berlandaskan kepada keputusan kes Jazlie Jaafar v. PP [2020] 2 CLJ 28, di mana Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Ahmad Maarop PMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “[31] In the context of the offence of trafficking, s. 37(da) cannot exist on its own. It must be read with s. 39B of the DDA which provides the provision for the creation and punishment of the offence of trafficking in dangerous drugs. In this regard, in PP v. Abdul Rahim Kalandari Mustan [2008] 5 CLJ 108, this court held: ... that for the offence of trafficking to be punishable as provided the Act prescribes certain prerequisites, namely:
i
that an accused has to be found in possession which include knowing the nature of the thing possessed, a vital element for the ingredient of possession;
II
(ii) that the quantity of drug found in possession must at least meet the statutory minimum amount specified depending on the nature of the drug found in possession; and
III
(iii) that the possession is otherwise than in accordance with the authority of the Act or any other written law. Obviously, the aforesaid prerequisites must be with regard to the provision under s. 37(da). As for prerequisites (i) and (ii), there must be an express finding of possession as understood in criminal law based on evidence. The burden is on the prosecution to adduce sufficient evidence to establish the two prerequisites to trigger the presumption under s. 37(da). As for prerequisite (iii), as in the case of s. 2 of the DDA which we have dealt with, this is where the statutory exception under s. 36 of the DDA is applicable. We have also held that prosecution for an offence of trafficking under s. 39B(1)(a) of the DDA is within the ambit of the phrase "any proceedings against any person for an offence against this Act (ie, the DDA)." Thus, pursuant to s. 36 of the DDA, it shall not be necessary for the prosecution to negative by evidence the absence of authority of the DDA or any other written law, and the burden of proving "in accordance with the authority of this Act or any other written law" is on the accused (ie, Jazlie in the present case). [32] Hence, in Muhammed Hassan v. PP [1998] 2 CLJ 170; [1998] 2 MLJ 273, the leading case on the use of the presumption under s. 37(da), Chong Siew Fai CJ (Sabah & Sarawak) delivering the judgment of this court held at pp. 190- 191 (CLJ); p. 289 (MLJ) that: ... to arrive at the presumption of 'trafficking' under s. 37(da), a finding of being 'in possession' of the drug is necessary (in addition, of course, proof of the relevant minimum quantity specified). ... In our view, to constitute 'possession' under s. 37(da) of the Act, so as to be capable of forming one of the ingredients thereunder thereby giving rise to the presumption of trafficking, there must be an express affirmative finding (as opposed to legal presumption) of possession as understood in criminal law, based on evidence. [33] Further at p. 195 (CLJ); p. 292 (MLJ), His Lordship said: We would further add that in so construing as we do, we see no injustice to the prosecution. In a proper case where the evidence so warrants and the amount of the dangerous drug reaches or exceeds the quantity specified in s 37(da), there is nothing to prevent a trial court from coming to a factual finding of possession as understood in criminal law, thereby attracting the presumption of trafficking under the said s. 37(da) which, of course, is rebuttable. [34] The aforesaid statements were referred to and held to be correct by Abdul Malek Ahmad PCA in his judgment in PP v. Tan Tatt Eek & Other Appeals [2005] 1 CLJ 713 at p. 744: As for s. 37(da) of the Act, it does not start with "any person who is deemed in possession" shall be presumed to be trafficking, in which case it will be considered a consequence of s. 37(d) of the Act. Instead, the word "found" is inserted and so there must be a finding of possession first before the presumption of trafficking comes about. It is, therefore, my considered opinion that the decision in Muhammed bin Hassan is correct. [35] The aforesaid statements at p. 119 (CLJ); p. 292 (MLJ) were referred to by this court in PP v. Abdul Rahim Kalandari Mustan (supra), where Richard Malanjum CJ (Sabah and Sarawak) as he then was said: Indeed, on closer reading of what was stated by this court in Muhammed bin Hassan (supra) it is clear that if the presumption of trafficking is to be invoked there must first be a factual finding of possession. The following statement supports this conclusion: 'where the evidence so warrants and the amount of the dangerous drug reaches or exceeds the quantity specified in s. 37(da), there is nothing to prevent a trial court from coming to a factual finding of possession as understood in criminal law, thereby attracting the presumption of trafficking under the said s. 37(da) which, of course, is rebuttable. [36] Thus, it is clear that what is necessary to arrive at the presumption of "trafficking" under s. 37(da) in addition to proof of the relevant minimum weight of the dangerous drugs specified, is a finding of being "in possession" of the dangerous drugs (and we must add, not a finding of being "in possession otherwise than in accordance with the authority of the DDA or any other written law ". The reason is obvious. By virtue of s. of the DDA, it is not necessary for the prosecution to prove the element stated in the phrase in the italics. [37] For reasons we have given, we hold that the learned judge of the High Court did not err in invoking the presumption under s. 37(da) of the DDA in respect of both the charges. We find no misdirection or appealable error on the part of the learned judge of the High Court. [136] Di dalam kes Muhammed Hassan v. PP (supra) Mahkamah Persekutuan selanjutnya memutuskan seperti yang berikut: “We would further add that in so construing as we do, we see no injustice to the prosecution. In a proper case where the evidence so warrants and the amount of the dangerous drug reaches or exceeds the quantity specified in s. 37(da); there is nothing to prevent a trial court from coming to a factual finding of possession as understood in criminal law thereby attracting the presumption of trafficking under the said s. 37(da) which, of course, is rebuttable...” [137] Di dalam kes PP v. Lim Hock Boon [2009] 3 CLJ 430, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Nik Hashim HMP (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: "... [34] It is worthy of note that there is only one offence of trafficking under the Act. However, there are several acts that may constitute the offence. If the prosecution is not able to bring its case within one of the acts (see Ong Ah Chuan v. Public Prosecutor [1980] CLJU 181; [1980] 1 LNS 181) under s. 2 of the Act, but is nevertheless able to establish the existence of primary facts that draw the presumptions under the Act, then the court is enjoined to draw those presumptions, subject of course to the bar as set out by Muhammed Hassan, supra ... [69] The judgment in Chia Leong Foo does not state whether the prosecution proceeded on the basis of actual trafficking only or on the basis of trafficking by presumption only, but apparently it was a case in which the prosecution sought to rely on whichever means that was available to prove trafficking, because at p. 727 C-D the learned judge found that, on the evidence, the prosecution had made out a prima facie case of trafficking by transporting the 218.79 grams of heroin in the charge, and added, “I did not consider it appropriate to rely on the charge, and added, the relevant presumptions provided by the Act in view of the evidence available to make out the charge against the accused". This means that had it been considered appropriate, the learned judge would have applied the presumptions. This further means that the learned judge recognized that the prosecution was conducted on the basis that trafficking was to be proved either as an actual act of trafficking or by the presumption in s. 37(da) and that it was quite in order for the prosecution to have been so conducted. [70] The passage from Chia Leong Foo that the Court of Appeal relied on was the end part of a lengthy discussion of the applicability of the presumptions in the Act and the part in which the learned judge concluded, at p. 725 E-G, as follows: ... I am therefore of the view that the presumption provisions become inapplicable when there is evidence of the very fact to be presumed. They must be invoked when there is no such evidence or when the available evidence is not safe or satisfactory to be relied upon. The mandatory nature of the presumption provisions must therefore be read in that light to mean that where there is evidence only of the basic facts the presumed facts must be deemed to exist unless the contrary is proved … [71] As I construe the judgment, the only purpose of the discussion and that conclusion was to pave the way for, and to justify, the basis of the learned judge's finding at p. 727 C-D, that I have set out, that the prosecution had made out a prima facie case of trafficking. I do not construe that conclusion as directed to the basis on which a prosecution is conducted and as saying that the prosecution ought not to proceed on a presumption if there exists evidence of the fact to be presumed. That would be an impracticable direction that would place the prosecution in a very difficult and awkward position. As I said, the learned judge recognized that the open basis on which the prosecution proceeded in that case was in order. Judging from his finding at p. 727 C-D, it seems to me that the conclusion that I have quoted was one intended for a judge to consider in making his finding at the close of the case for the prosecution. The passage from Chia Leong Foo that the Court of Appeal relied on in the present case does not, to my understanding, lay down the principle, to quote the Court of Appeal again, "that once the prosecution elects to rely on one of the statutory presumptions in s. 37 of the Act, it cannot at a later stage of the trial seek to rely on the very general definition of s. 2 of the Act ..." (Penambahan Ditambah) [138] Didalam rayuan ini, pada akhir kes pendakwaan, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah membuat dapatan positif bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kedua-dua tertuduh mempunyai kawalan, jagaan serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya jenis Monoacetylmorphines berjumlah 54.52gram yang dijumpai di dalam pemilikan mereka semasa ditangkap. Memandangkan berat dadah yang terlibat adalah melebihi berat statutori 15gram, maka kedua-dua tertuduh dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, telah mengedar dadah berbahaya tersebut. [139] Maka dengan itu, kami tidak nampak dimana wujudnya kesilapan yang boleh dirayu (appealable errors) untuk kami campurtangan terhadap dapatan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana berkaitan penggunaan anggapan pengedaran tersebut. [140] Malah tiada juga wujud sebarang prejudis kepada pihak pembelaan kerana di peringkat akhir kes pendakwaan Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana dengan jelas telah menyatakan di dalam dapatannya bahawa anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah terpakai terhadap kedua - dua tertuduh. [141] Dengan itu, kami mendapati tiada merit di dalam isu yang dibangkitkan ini.
c
(C) Sama ada terdapat percanggahan material di dalam kes pendakwaan [142] Peguam bela tertuduh pertama membangkitkan isu wujudnya percanggahan material di antara keterangan SP5 dan SP6. Di antara pencanggahan yang dibangkitkan adalah seperti yang berikut:
1
Keterangan SP5 SP5 mendakwa beliau telah diberikan telefon bimbit oleh SP6. Telefon bimbit itu adalah medium yang digunakan untuk menghubungi tertuduh. (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2(1) m/s 64) Keterangan yang lain SP6 tidak pernah memberikan telefon bimbit kepada SP 5 (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2(1) m/s 93)
2
Keterangan SP5 SP5 mendakwa komunikasi SP5 dan tertuduh kedua pada hari kejadian adalah dengan menggunakan telefon. (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2(1) m/s 55) Keterangan yang lain SP6 dan SP7 mengesahkan bahawa pemeriksaan pada tertuduh kedua semasa tangkapan tidak menemui telefon bimbit.
3
Keterangan SP5 SP5 mendakwa apabila SP5 sampai di Medan Selera pada hari kejadian, SP5 dan Kpl Fendi terus turun dari kereta dan masuk ke kedai makan. Keterangan yang lain SP6 mengatakan apabila SP5 dan Kpl Fendi tiba di tempat letak kereta, kedua-dua tertuduh telah masuk ke kereta SP5 dan bukannya SP5 dan Kpl Fendi turun dari kereta. (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2 (1) m/s 84)
4
Keterangan SP5 SP5 mendakwa telah diberi tugasan untuk tugasan menjadi agent provocateur pada 18 Oktober 2018 (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2 (1) m/s 50) Keterangan yang lain SP6 tidak pernah memberitahu mahkamah bahawa pada 18 Oktober 2018, SP6 telah melantik SP5 sebagai agent provocateur. SP6 telah didatangi oleh SP5 pada 24 Oktober 2018 tentang ada aktiviti pengedaran dadah di Mersing sahaja. (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2 (1) m/s 82).
5
Keterangan SP5 SP5 mengatakan beliau nampak tertuduh pertama turun dari kereta dan pergi ke tempat penumpang hadapan dan ambil satu
1
beg plastik berwarna hijau. (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2 (1) m/s 56) Keterangan yang lain SP6 mengatakan beliau nampak tertuduh pertama masuk ke tempat parkir dengan membawa satu (1) beg plastik berwarna hijau. (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2 (1) m/s 85.
6
Keterangan SP5 SP5 mendakwa tertuduh kedua menyuruh SP5 mengambil RM500.00 daripada duit jual beli dadah sebagai upah dan baki duit jual beli dadah diletakkan di dalam kereta tertuduh pertama. (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2 (1) m/s 56) Keterangan yang lain Senarai Bongkar (Ekshibit P11) menunjukkan wang berjumlah RM500.00 ditemui daripada tertuduh kedua dan bukannya daripada duit jual beli dadah. (Kandungan 13 Rekod Rayuan Jilid 3 m/s 29); dan (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2 (1) m/s (1) m/s 91)
7
Keterangan SP5 SP5 mendakwa beliau telah diberikan sampel dadah oleh tertuduh kedua. (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2(1) m/s (1) m/s 53) Keterangan yang lain Sampel dadah tidak pernah diceritakan oleh SP6 mahu pun oleh SP7. Sampel dadah juga tidak dikemukakan di mahkamah. [143] Justeru itu, peguam bela tertuduh menghujahkan bahawa pencanggahan-percanggahan di atas adalah material yang menjejaskan keterangan SP5. Malah percanggahan ini juga tidak dijelaskan oleh mana-mana saksi pendakwaan semasa pemeriksaan semula. [144] Dengan hormatnya, penghujahan yang dilontar ini tidak mempunyai merit untuk diberikan asas pertimbangan. Pada hemat kami, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana amat peka mengena percanggahan-percanggahan keterangan yang dikatakan berlaku ini. [145] Ini jelas dizahirkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman di dalam alasan penghakimannya (Kandungan 10 Rekod Rayuan Jilid 1 m/s 37-44) bila beliau menyatakan seperti yang berikut dan kami petik: “[37] Pada peringkat ini saya menerima keterangan SP5 yang telah bertindak sebagai AP yang menghubungi tertuduh kedua bagi tujuan membeli dadah pada 18.10.2018. Saya dapati SP5 adalah saksi yang kredibel, konsisten dan tiada sebab untuk meragui keterangannya. Jika pun wujud percanggahan, pada pendapat saya ianya tidak menjelaskan kredibiliti SP5 dan tiada kemungkinan (in the absence of any inherent improbability) untuk menjadikan keterangannya tidak boleh diterima. [38] Sama ada mencukupi untuk saya menerima keterangan penting hanya dari seorang saksi, adalah undang-undang mantap bahawa keterangan ditimbang dan bukan dibilang (evidence is weighed and not counted) sebagaimana diperuntukkan dalam s.134 Akta Keterangan 1950. Undang-undang adalah jelas bahawa "No particular number of witnesses shall in any case be required for the proof of any fact. Terutamanya jika keterangan saksi tersebut konsisten dan kredibel. [39] Maka, saya dapati, mengenai keterangan saksi-saksi polis di peringkat ini, kredibiliti mereka adalah utuh dan saya berpandangan tiada sebab untuk meragui keterangan mereka. [40] Sebagai AP, keterangan SP5 boleh diterima masuk tanpa perlu keterangan sokongan. SP5 juga adalah saksi yang kompeten. [42] Pada tahap ini, tiada keterangan atau motif yang memungkinkan SP5 tidak bercakap benar dan tiada alasan untuk saya meragui keterangannya. [43] Isu percanggahan dengan keterangan SP6, telefon yang digunakan tidak dikemukakan, tempat kejadian yang sebenar (samada di perkarangan tempat letak kereta Medan Selera atau di perkarangan Medan Selera), gambar P6(14), jenis dadah samada heroin atau Monoacetylmorphine dan seterusnya isu direct trafficking dibawah s.2 ADB, pada pendapat saya, selain ianya tidak fatal ia juga tidak menjejaskan pembuktian core issues pemilikan dadah yang dikemukakan dari keterangan [44] Walaupun yang dirunding menyebut heroin tetapi setelah bahan dirampas dan dianalisa oleh SP3, bahan yang sama adalah monoacetlymorphines. lanya membentuk rantaian keterangan barang kes yang tidak terputus.” [146] Pada hemat kami, percanggahan-percanggahan yang berlaku ini bukanlah suatu yang material yang mencacatkan kes pendakwaan atau mampu memusnahkan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan mematahkan keterangan yang diberikan oleh mereka. [147] Kami bersetuju dengan penghujahan timbalan pendakwa raya yang bijaksana bahawa percanggahan yang dikatakan berlaku di antara keterangan SP5 dengan keterangan SP6 seperti yang dibangkitkan oleh pembelaan tidak memudaratkan kes pendakwaan kerana ianya tidak menjejaskan pembuktikan core issues pemilikan dadah yang dikemukakan melalui keterangan SP5. Jika pun wujud percanggahan, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana adalah betul apabila mendapati ianya tidak menjejaskan kredibiliti SP5 dan tiada kemungkinan (in the absence of any inherent improbability) untuk menjadikan keterangan SP5 tidak boleh diterima. [148] Kami akan mengupas isu percanggahan yang dibangkitkan ini satu persatu sepertimana di bawah ini. [149] Mengenai ketiadaan telefon bimbit pula, pada hemat kami walaupun tanpa keterangan telefon bimbit yang digunakan untuk menelefon tertuduh kedua dan ketiadaan telefon bimbit dijumpai pada tertuduh kedua semasa tangkapan sekali pun, namun fakta yang tidak dapat disangkal adalah kedua-dua tertuduh hadir di tempat kejadian dan terlibat secara langsung berbincang dengan SP5 sebelum tertuduh pertama mengambil dadah untuk ditunjukkan kepada SP5 atas arahan tertuduh kedua. Oleh itu, kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan telefon yang digunakan oleh SP5 adalah tidak fatal kerana ianya hanyalah sekadar keterangan sokongan sahaja dan bukannya suatu bukti keterangan yang material. [150] Di dalam kes Shanmugasundram Perumal & Anors [2023] 1 LNS 272], Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang dısampaikan oleh Nordin Hassan HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “[57] Likewise in the present case, the thrust of the prosecution case to substantiate the charge is on the sale of the drugs resulting from the negotiation. There is ample evidence to prove this fact on the evidence of PW4, PW6, and also PWS. The telephone records and sim cards of the handphones, in this case, if produced, are only corroborative evidence which without them would not affect the proof of the sale of the drug by the evidence of PW4, PW6, and PW5. As such, the telephone records and sim cards are not material to the case for the invocation of section 114(g). Besides, the fact that the events did occur after the telephone calls were made, which were the meeting between the 1st accused and PW4 at Old Time White Coffee on 30.10.2015 and the meeting near the Petronas Station for the 1st accused and 2nd accused to count the monies on 1.2.2016 support the fact that the telephone calls were made. We are also of the view that further investigation into the telephone confiscated by the police would also not be material to the prosecution case on the same basis. [58] In the circumstances, the trial judge was correct for not invoking the adverse inference against the prosecution under section 114(g) of the Evidence Act 1950.” [151] Seterusnya, isu mengenai sama ada kedua-dua tertuduh telah masuk ke dalam kereta SP5 sebelum mereka ke kedai makan atau pun tidak hanyalah perbezaan ingatan yang kecil sahaja. [152] Begitu juga percanggahan yang dikatakan berlaku di antara keterangan SP5 dengan SP6 tentang bilakah tarikh sebenar SP5 dilantik sebagai agent provocateur dan keterangan SP5 berkaitan sampel dadah yang diberikan oleh tertuduh pertama kepadanya serta ketiadaan keterangan daripada SP6 dan SP7 bersabit sampel dadah tersebut adalah kerana tiada soalan yang ditanyakan dan diajukan kepada SP6 dan SP7 berkaitan sampel ini. Oleh itu, ketiadaan jawapan bukanlah sesuatu yang melemahkan kes pendakwaan. [153] Sewajarnya ditekankan bahawa percanggahan sebegini adalah sesuatu yang biasa terjadi di dalam mana-mana kes pendakwaan kerana kekuataan kuasa ingatan (power of memory) seseorang adalah berbeza. Tidak ada seorang saksi pun yang sempurna yang dapat mengingati sesuatu insiden yang berlaku beberapa tahun lalu dengan terperinci dan tepat. Namun, di dalam kes di hadapan kami ini, jika diteliti keseluruhan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP5 tidak dapat disangkal lagi bahawa ianya adalah kukuh dan boleh dipercayai walaupun terdapat sedikit percanggahan yang remeh sahaja. [154] Nas undang-undang mantap berkaitan isu percanggahan keterangan saksi-saksi adalah di dalam kes Public Prosecutor v. Datuk Haji Harun bin Haji Idris (No.2) [1977] 1 MLJ 16 di m/s 19, di mana Mahkamah Persekutuan melalui pemghakiman yang disampaikan oleh Raja Azlan Shah HMP (pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “In this case different witnesses have testified to different parts of what had happened or what had been said and also there are, in the evidence of the witnesses for the prosecution, some discrepancies, as would be expected of witnesses giving their recollections of a series of events that took place in 1971-1973. In my opinion discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember the same thing and he does not remember accurately every single thing that happened. It may be open to criticism, or it might be better if they took down a notebook and wrote down every single thing that happened and every single thing that was said. But they did not know that they are going to be witnesses at this trial. I shall be almost inclined to think that if there are no discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what had been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other. It is, therefore, necessary to scrutinize each evidence very carefully as this involves the question of weight to be given to certain evidence in particular circumstances.” (Penekanan ditambah) [155] Keputusan autoriti di atas adalah selari dengan dapatan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ong Teng For v. PP [2013] 1 CLJ 39 di mana Raus Sharif PCA (beliau pada ketika itu) di dalam menyampaikan penghakimannya menyatakan seperti yang berikut: “[33] It is settled law that the credibility of a particular witness and the weight to be given to his other evidence is manifestly within the province of a trial judge. In Andy Bagindah v. PP [2000] 3 CLJ 289, Shaik Daud JCA said that: There is no dearth of authorities to say that in every case, there are bound to be contradictions and discrepancies. The question to be decided by the trial judge is whether those contradictions and/or discrepancies are material ones so as to strike at the very root of the charge. It is for the trial judge to consider this since he was the one who saw and heard the evidence. In the present case the learned judge concluded that there were discrepancies but those discrepancies were not material ones. Since this involved the credibility of witnesses, we held that the learned judge was a better person to decide and an appellate court ought not to interfere with such findings.” (Penekanan ditambah) [156] Rujukan juga dibuat kepada kes Pie Bin Chin v. Public Prosecutor [1985] 1 MLJ 234 di mana Wan Yahya J (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “Discrepancies are no doubt present in this case, as they do ostensibly appear in most cases in evidence of witnesses for the prosecution as well as the defence. The transcripts of most evidence, when thoroughly toothcombed by any able lawyer, never failed to yield some form of inconsistencies, discrepancies or contradictions but these do not necessarily render the witness' entire evidence incredible. It is only when a witness's evidence on material and obvious matters in the case is so irreconcilable, ambivalent or negational that his whole evidence is to be disregarded. Forgetfulness and failure to recall exactly certain events, which did not seem to be important to the witness, do not necessarily shake his credibility or render other parts of his story unworthy of belief. Various persons are endowed with varying powers of cognition, attentiveness and perception, so that it is not uncommon for two witnesses to a common event to describe it in slightly differing versions.” (Penekanan ditambah)
d
(D) Kegagalan mempertimbangkan keterangan tertuduh dan saksi-saksi pembelaan. [157] Adalah menjadi penghujahan tertuduh-tertuduh bahawa Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah melanggar peruntukan seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah apabila gagal untuk membuat penilaian secara kehakiman terhadap pembelaan tertuduh-tertuduh serta gagal mempertimbangkan keterangan saksi-saksi pembelaan iaitu SD2, SD3, SD4, SD5 dan SD6 sehingga mengakibatkan berlakunya suatu salah laksana keadilan yang serius. [158] Dengan hormatnya kami menolak dakwaan yang dibangkitkan ini di atas alasan ianya tidak bermerit. Bagi menentukan sama ada Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah menilai keseluruhan kes pembelaan atau sebaliknya maka adalah penting bagi kami untuk mengimbas serta memetik kembali alasan keputusan beliau di akhir kes pembelaan. [159] Di penghujung penghakimannya beliau menyatakan seperti yang berikut dan kami petik: “[67] Dalam pembelaan tertuduh, telah dihujahkan oleh peguam seperti berikut sebagai bukti sanggahan (rebuttal evidence):
1
Peguam merujuk kepada keterangan SP6 yang merahsiakan serbuan di bengkel No 67 dan ke rumah tertuduh kedua dari SP7 dan menidakkan peluang untuk SP7 menjalankan siasatan yang lengkap.
2
Kawalan barang kes oleh SP6 semasa serbuan dibuat di bengkel No 67 tidak dijelaskan maka rantaian keterangan barang kes telah terputus.
3
Pembelaan tertuduh-tertuduh bukan penafian kerana saksi-saksi pembelaan mengesahkan bahawa pada hari kejadian, kedua-dua tertuduh bersama seorang lagi bernama Pijal sedang duduk dan memesan makanan dan minuman sebelum diserbu oleh anggota polis. Keadaan menjadi kelam kabut dan tertuduh pertama tidak melarikan diri.
4
SD5 dan SD6 ada mendengar anggota polis bertanyakan soalan kepada tertuduh-tertuduh tentang dimana dadah disembunyikan.
5
SD4 mengatakan polis tidak menjumpai barang salah pada tertuduh pertama dan kedua dan meminta ibunya pulang ke rumah untuk membuka pintu rumah sebelum mereka bergerak ke sana.
6
Pembelaan juga menafikan maklumat yang diterima oleh SP6 mengenai kegiatan dadah adalah melibatkan kedua-dua tertuduh.
7
Tiada penjelasan dari saksi pendakwaan mengenai kemana hilangnya sampel dadah.
8
Tertuduh-tertuduh ditangkap di meja makan dalam Medan Selera dan bukan di perkarangan tempat letak kereta Medan Selera.
9
Tertuduh kedua melarikan diri kerana khuatir ditangkap atas kesalahan memasukan dadah ke dalam badan.
10
Keterangan saksi pembelaan telah membentuk satu kronologi versi pembelaan yang menimbulkan keraguan munasabah ke atas keseluruhan kes pendakwaan dan menyangkal anggapan yang diguna pakai. … [69] Berkait isu wujudnya dua (2) versi keterangan yang berbeza diberikan oleh kedua-dua belah pihak, saya berpendapat keterangan SP5 cukup kredibel dan boleh dipercayai kerana tiada sebab untuk saya tidak mempercayai keterangannya dan tiada motif untuk tertuduh-tertuduh menimbulkan kemungkinan SP5 ingin memerangkap atau mengenakan tertuduh-tertuduh dalam urusan jual beli dadah ini. [70] Jika tertuduh-tertuduh mengatakan keterangan SP5 tidak kredibel, maka tertuduh-tertuduh perl mengemukakan keterangan yang mencukupi bagi tujuan menunjukkan keterangan SP5 tidak boleh dipercayai. … [72] Tambahan pula, keterangan SP5 disokong oleh SP6 yang juga melihat tertuduh-tertuduh berurusan berkait dengan dadah yang dirampas. [73] Keterangan tertuduh-tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah bahawa mereka sebenarnya mempunyai milikan dadah yang dirampas dan juga gagal mematahkan anggapan dibawah s37(da) untuk pengedaran. Dalam kes ini anggapan hanya dibuat dibawah s.37(da) jaitu bagi tujuan pengedaran setelah milikan telah berjaya dibuktikan oleh pendakwaan. Maka hujahan peguam mengenai kegagalan elemen direct trafficking dibuktikan tidak timbul. [74] Kewujudan penama Pijal yang duduk bersama mereka di meja tidak menganggu naratif pendakwaan dalam pembuktian kes terhadap tertuduh-tertuduh. Begitu juga dengan tempat kejadian, samada ianya di perkarangan tempat letak kereta Medan Selera atau di Medan Selera, tidak fatal kepada kes pendakwaan kerana urusan jual beli dilihat oleh SP6 dan disahkan dari keterangan SP5 dibuat semasa mereka berada berhampiran dengan kereta Honda di lokasi sebagaimana dalam pertuduhan. lanya juga tidak memprejudiskan atau mengelirukan tertuduh-tertuduh dalam penyediaan pembelaan mereka. [75] Saya meneliti dan mempertimbangkan keseluruhan pembelaan tertuduh-tertuduh dan berpendapat, ianya hanya satu penafian semata-mata. Hanya kerana ada saksi yang mendengar polis bertanyakan "mana dadah" tidak boleh dibuat indikasi dadah masih belum dijumpai kerana keterangan SP5 menyatakan sebaliknya. [76] Saya berpendapat tiada keterangan bukti lain yang menyangkal bahawa dadah telah dibawa oleh tertuduh-tertuduh dan diserahkan kepada SP5. Tertuduh kedua juga telah berkomunikasi dengan SP5 sebelum itu dan tiada kemungkinan atau sebab untuk SP5 untuk tidak bercakap benar.
77
Pengamatan saya dari segi demenour dan konsistensi keterangan, saya berpendapat keterangan saksi pendakwaan lebih kredibel dan boleh dipercayai berbanding keterangan tertuduh-tertuduh. Keterangan saksi pembelaan yang lain tidak membantu menidakkan keterangan kes pendakwaan atau menyangkal keterangan bukti yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. [78] Saya seterusnya telah menilai dengan teliti kes pembelaan dan telah membuat dapatan selaras dengan seksyen 182A KTJ. Saya juga merujuk kepada panduan Radhi di dalam kes Mohamad Radhi Yaakob seperti berikut: It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. [79] Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa keterangan bukti kes pembelaan bukan sekadar satu penafian tetapi juga tidak menyakinkan (not convincing). Sehubungan dengan itu, saya juga berpendapat keseluruhan kes pembelaan gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan seterusnya gagal mematahkan anggapan dibawah s.37(da) atas imbangan kebarangkalian.” [160] Berdasarkan kepada dapatan di atas, adalah jelas Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah meneliti, menghalusi dan mempertimbangkan pembelaan kedua-dua tertuduh termasuk keterangan saksi-saksi pembelaan SD3, SD4, SD5 dan SD6 secara keseluruhannya. [161] Pembelaan tertuduh-tertuduh menjurus kepada kemungkinan dadah dijumpai di bengkel No. 67 Jalan Haji Bandi, Kampung Pengkalan Batu, Mersing, Johor dan bukannya diserahkan oleh tertuduh pertama kepada SP5 di dalam kereta di perkarangan Medan Selera Wawasan. Pembelaan juga menimbulkan kewujudan seorang bernama 'Pijan' yang berada di meja makan sebelum serbuan dijalankan dan sebelum kedua-dua tertuduh ditangkap. [162] Di dalam konteks ini, sewajarnya ditekankan bahawa Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah memfokuskan perhatian dan pertimbangannya mengenai pembelaan yang diketengahkan oleh tertuduh-tertuduh serta kesemua saksi-saksi pembelaan yang dipanggil dengan dakwaan bahawa kedua-dua tertuduh diserbu semasa berada di meja makan. Tertuduh kedua pula kemudiannya telah bertindak melarikan diri dengan alasan dia ada mengambil dadah pada sebelah malam sehari sebelum tangkapan dan bimbang saringan air kencingnya akan menjadi positif. Kesemua keterangan pembelaan ini berada di dalam ‘radar’ perhatian Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana. [163] Begitu juga mengenai keterangan saksi-saksi pembelaan yang mengatakan bahawa seorang polis berbangsa Cina ada bertanyakan “di mana korang sembunyikan dadah itu?" kepada tertuduh-tertuduh semasa di meja makan dengan tujuan untuk menunjukkan seolah-olah dadah berbahaya masih belum lagi dijumpai pada masa tersebut. Seterusnya, fakta bahawa pihak polis bersama-sama tertuduh-tertuduh telah bergerak ke satu bengkel adalah bagi menunjukkan bahawa ada memungkinkan dadah tersebut telah ditemui di bengkel No. 67 tersebut. [164] Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana tidak pernah terlepas pandang mengenai pembelaan yang dibangkitkan ini. Kesemua fakta ini berada di dalam mindanya yang kemudian dilontarkannya melalui alasan penghakiman yang dizahirkannya. Dapatan yang dibuat oleh beliau tentang perkara ini sama ada secara langsung atau secara tersirat telah dirumuskan dan diterjemahkan melalui ungkapan berikut dan kami ulangi semula: “[69] Berkait isu wujudnya dua (2) versi keterangan yang berbeza diberikan oleh kedua-dua belah pihak, saya berpendapat keterangan SP5 cukup kredibel dan boleh dipercayai kerana tiada sebab untuk saya tidak mempercayai keterangannya dan tiada motif untuk tertuduh-tertuduh menimbulkan kemungkinan SP5 ingin memerangkap atau mengenakan tertuduh-tertuduh dalam urusan jual beli dadah ini. [75] Saya meneliti dan mempertimbangkan keseluruhan pembelaan tertuduh-tertuduh dan berpendapat, ianya hanya satu penafian semata-mata. Hanya kerana ada saksi yang mendengar polis bertanyakan "mana dadah" tidak boleh dibuat indikasi dadah masih belum dijumpai kerana keterangan SP5 menyatakan sebaliknya. [76] Saya berpendapat tiada keterangan bukti lain yang menyangkal bahawa dadah telah dibawa oleh tertuduh-tertuduh dan diserahkan kepada SP5. Tertuduh kedua juga telah berkomunikasi dengan SP5 sebelum itu dan tiada kemungkinan atau sebab untuk SP5 untuk tidak bercakap benar.” [165] Mengenai dua versi yang bertentangan ini, di dalam kes PP v. Lim Hock Boon [2009] 3 CLJ 430, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Zaki Azmi KHN (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: “[27] Indeed, the above passage clearly shows that the learned trial judge was alive to the facts and made a finding of fact based on competing versions of events by the witnesses. He could not accept the existence of Ah Ba because in the end he preferred the version given by the prosecution that the respondent was alone at all material times and no one alighted from the respondent's car. The learned trial judge was entirely correct in the view he had expressed about the quality of the defence evidence. Therefore, there was no failure by the learned trial judge to judicially appreciate the evidence before him. He handled the facts well.” (Penekanan ditambah) [166] Di dalam kes Mirza Murtala v. PP [2010] 4 CLJ 150, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Azhar Ma'ah HMR (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: “[22] Having dealt with the issue of divergence of factual versions of the prosecution's case and the defence story, there remain the issue of law to be addressed by this court. The starting point in the consideration of this issue is the question of possession. In Zulfikar Mustaffah v. PP [2001] 1 SLR 633 at p. 639, it was said that: For the element of "possession"... to be established it must not only be shown that the accused had physical control of the drugs at the relevant time; the prosecution must also prove that the accused possessed the requisite knowledge as to what he was carrying. [23] Applying the factual matrix of this case on appeal before us, the irresistible inference that may be drawn on the proved facts was that the ist accused all along was privy to the transaction of the sale of the drugs in question that was found in the bag slung on the body of the 2nd accused at the time of the arrest. On the proven facts, we are also satisfied that the ist accused had the requisite knowledge of the nature of the substance that he was dealing with. Hence, we agree with the learned trial judge that the Ist accused was in possession of the incriminating drugs, the subject matter of the charge.” (Penekanan ditambah) [167] Menyentuh mengenai penama “Pijan”, kedua-dua tertuduh telah cuba untuk meletakkan kesalahan ke atas penama Pijan di mana dikatakan bahawa dadah yang disembunyikan di bengkel kereta tersebut adalah milik “Pijan” dan “Pijan” gagal dikesan oleh pihak polis. [168] Pada hemat kami penama Pijan ini hanyalah watak rekaaan dan ciptaan kedua-dua tertuduh sahaja. Kami katakan sebegitu kerana tidak mungkin pihak polis dapat menjalankan siasatan dan mengesan penama ini jika tertuduh-tertuduh sendiri pun gagal memberi butiran terperinci mengenai penama “jelmaan” ini. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa penama 'Pijan' ini sebenarnya tidak wujud semasa serbuan dan tangkapan yang berlaku pada 24 Oktober 2018. [169] Di dalam kes PP v. Lim Hock Boon (supra) Mahkamah Persekutuan selanjutnya memutuskan seperti yang berikut: “[26] On the question of whether Ah Ba was a real person, the issue was decided purely on the facts, based on the credibility of the witnesses and the inherent probabilities of their testimonies. This is what the learned trial judge said at p. 213 of the appeal record jilid 2: Berhubung dengan isu kewujudan seorang rakan OKT bernama Ah Ba yang didakwa ada bersama-samanya semasa malam kejadian sebelum OKT ditahan, saya mendapat fakta ini adalah rekaan OKT semata-mata. Keterangan OKT atas isu ini adalah tidak konsisten dan saya menerima keterangan pihak serbuan polis yang tidak dicabar yang menyatakan mereka hanya melihat OKT seorang sahaja di tempt kejadian di Stesyen Minyak Shell. [27] …The learned trial judge was entirely correct in the view he had expressed about the quality of the defence evidence. Therefore, there was no failure by the learned trial judge to judicially appreciate the evidence before him. He handled the facts well.” (Penekanan ditambah) [170] Di dalam kes Teng Howe Sing v. PP (supra), Mahkamah Persekutuan selanjutnya menyatakan seperti yang berikut: “[31] In Badrulsham's case, the court was of the view that the failure of the accused to inform the raiding officers that the white plastic bag belonged to Noor Azlan at the time of his arrest and only revealing this information during the interrogation two hours after his arrest, goes some way to support the case for the prosecution. [32] Applying the principle in Badrulsham's case to the facts of the instant case, the learned trial Judge was correct to conclude that the appellant had two opportunities to provide information about "Ho Seng", ie, at the time of his arrest and five days later during recording of his cautioned statement but he failed to do so. We are therefore of the view that in the circumstances, the appellant's failure to provide relevant information about "Ho Seng' for the police to carry out a thorough investigation into the probability of his defence, entitled the learned trial judge to disbelieve him.” [171] Berkaitan pembelaan tertuduh-tertuduh bahawa dadah berbahaya tersebut adalah milik Pijan (meski pun tiada butiran lengkap mengenai penama Pijan tersebut yang diberikan kepada pihak polis), di dalam kes PP v. Klong K’ Djoanh & Satu Lagi Rayuan [2016] 5 CLJ 533, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Zakaria Sam HMR (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: “[33] Di bawah s. 39B (1), apa yang perlu dibuktikan ialah milikan dan kawalan dengan pengetahuan dan bukannya kepunyaan (ownership). Walaupun diandaikan dadah itu kepunyaan Brave, tetapi tertuduh dengan penuh pengetahuan membawanya ke Malaysia dari India, itu sudah cukup untuk memenuhi kehendak s. 39B (1) ADB. lsu sama ada Brave atau adik Brave adalah pemilik beg P24, tidak relevan sama sekali bagi pertuduhan di bawah s.39B(1) ADB. [34] Bukanlah beban atas pendakwaan untuk menyiasat versi tertuduh mengenai Brave yang dikatakan pengedar sebenar kerana seorang pengedar maslh memerlukan jaringan (networks) seperti tertuduh untuk menjalankan tugas pengedaran bagi pihaknya. [35] Di sini pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas.” [172] Selanjutnya, mengenai dakwaan bahawa barang kes telah disembunyikan di bengkel kenderaan No. 67, pemilik bengkel itu sendiri iaitu SP8 telah mengesahkan bahawa semasa polis tiba di bengkel, pihak polis tidak ada membawa keluar apa-apa barang dari bengkel sepertimana yang didakwa oleh pembelaan. Tambahan lagi, SP8 juga mengesahkan bahawa kedua-dua tertuduh tidak keluar dari kereta semasa dibawa oleh polis ke bengkel. Keterangan SP8 ini telah mengakas cadangan pembelaan di peringkat pendakwaan bahawa kedua-dua tertuduh dan pemilik bengkel telah diarahkan bercangkung di atas lantai sementara pemeriksaan dilakukan oleh pihak polis sehingga tempat dadah disembunyikan ditemui. [173] Laporan-laporan polis iaitu Repot Mersing 3739/18 [ekshibit D15] dan Repot Mersing 3740/18 [ekshibit D16] yang dikemukakan oleh pihak pembelaan sebagai ekshibit dengan sendirinya telah mengesahkan bahawa tiada barang salah yang dijumpai di bengkel tersebut atau pun di rumah tertuduh kedua. Laporan polis yang dikemukakan oleh pihak pembelaan ini bukan sahaja telah melenyapkan sendiri versi pihak pembelaan mengenai alegasi penemuan dadah dibengkel atau di rumah tertuduh kedua tetapi disebaliknya pula telah menyokong dan menguatkan lagi keterangan saksi-saksi pendakwaan mengenai tempat sebenar dadah dirampas iaitu di perkarangan Medan Selera Wawasan. [174] Rumusan dari kesemua keterangan-keterangan di atas, sudah terselah terdapat keterangan yang melimpah ruah bahawa dadah yang dirampas berada di dalam pemilikan kedua-dua tertuduh bagi tujuan pengedaran. Keterangan langsung daripada saksi SP5 dan SP6 sudah mencukupi untuk menjelaskan segala-galanya. [175] Tiada secebis keterangan pun yang dapat membuktikan bahawa SP5 dan SP6 mempunyai apa-apa motif jahat untuk mengenakan atau memerangkap tertuduh-tertuduh. Dengan ketiadaan keterangan sedemikian, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana ternyata mempunyai justifikasi kukuh untuk menerima keterangan SP5 dan SP6. [176] Di dalam kes Mirza Murtala v. PP (supra), Mahkamah Rayuan selanjutnya memutuskan seperti yang berikut: “[19] The other aspect of the defence story that needs to be addressed is the suggestion by the 1st accused that his arrest together with the 2nd accused and the finding of the incriminating drugs was a frame up. Having been put in a situation where the court was presented with two divergent versions of the episode leading to the arrest of the two accused and recovery of the offending drugs in question, the trial judge had apparently adopted the principle laid down by Thomson CJ in PP v. Muhammed Ali [ 1962] MLJ 257. In that case the learned Chief Justice said: When a police witness says something that is not inherently impossible his evidence must be in the first instance be accepted. If his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted. [20] Our appraisal of the aforesaid approach taken by the trial judge is further fortified by the following passage found in his judgment that read: Mahkamah ini merasakan yang OKT1 juga telah berbohong dalam pembelaannya. Dia seolah-olah memberitahu bahawa walaupun SP6 mengenali 'Man' dan mengetahui tentang beg bersama dadah kepunyaan 'Man' tetapi mash juga memaksa, memerangkap dan menangkap OKT1 dan OKT2. Mahkamah ini tiada dapat menerima tentang berlakunya penganiayaan ke atas kedua-dua tertuduh ini oleh SP6. Ini kerana tidak ada sebab untuk SP6 dan SP7 berbuat demikian, lagi pun pihak-pihak dalam kes ini baru pertama kali berjumpa dan sudah semesti tiada sebarang latar belakang dendam atau perselisihan antara mereka. [21] We are in agreement with the learned trial judge and we further of the view that in fact there is no evidence whatsoever at all of any reason or motive for the prosecution's witnesses aforesaid to frame up the 1st accused nor the 2nd accused.” (Penambahan ditambah) [177] Di dalam kes Wan Amirul Mubin bin Wan Kamaruddin v. PP [2017] 1 LNS 1478, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti yang berikut: "It is unthinkable that PW4 had fabricated evidence in view of the complete absence of any evidence or allegation by the appellant that PW4 had made up a story regarding Exhibit P30. In fact, the appellant admitted during cross-examination that PW4, PW5 as well as PW7 had absolutely no reasons to lie about him. PW4 and PW5 were police officers who were merely performing their duties and they had no reasons to lie or to frame up the appellant whom they said they did not know. [30] It is significant to bear in mind that since both PW4 and PW5, were carrying on their official duties at the relevant time, in law the court is entitled to presume that their official acts were regularly performed and prima facie they did so honestly and conscientiously. Section 114 illustration (e) of the Evidence Act 1950 in this regard provides that the court may presume that judicial and official acts have been regularly performed. In the case of PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim [2014] 4 CLJ, the Court of Appeal said-It must be borne in mind that s. 114 illustration (e) of the Evidence Act 1950 provides that the court may presume that judicial and official acts have been regularly performed. In State of Punjab v. Rameshwar Dass [1957] Cri LJ 1630, the Punjab and Haryana Court held at p. 1631 as follows: It is well settled that prima facie the public servants must be assumed to act honestly and conscientiously. It would, therefore, be basically wrong, without other cogent ground to consider them as untrustworthy witness in respect of their activities in performance of their official duties merely because of their official status unless the evidence is considered to be suspicious and that the conviction of the accused cannot be sustained on the statements of the official witnesses. The presumption that a person acts honestly applied as much in favour of a police officer as of other persons, and it is not a judicial approach to distrust and suspect him without good grounds? [31] Accordingly, without cogent reasons that would allow us to hold otherwise, it would be manifestly wrong to consider PW4 and PW5 as untrustworthy witnesses in handling this case. In the end what we have before us is nothing more than the bare oral testimony which was a mere denial.” [178] Di dalam kes Sahrul Mazlee Mohd Khalid v. PP [2022] 1 LNS 4, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Vazeer Alam Mydin Meera HMR (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: “[55] There was no evidence of any prior relationship or any evidence that the appellant knew any members of the police raiding team or vice versa. Thus, the learned trial judge concluded that there was nothing to suggest that the police might have had any motive to frame the appellant. In the absence of any such motive, or evidence, the learned trial judge found that despite the assertion by the defence that the white plastic bag with the drugs was found on the roof of the Viva car outside the house, the evidence established the fact that the appellant was holding the white plastic bag in his hand when apprehended. [94] …The frame up theory advanced by the appellant vaporised into thin air when considering the fact that the large amount of drugs have considerable value. We agree with the learned trial judge that no reasonable person would want to frame up someone by leaving such a huge quantity of drugs with considerable value behind in the bedroom.” (Penambahan ditambah) [179] Di dalam kes Khee Thuan Giap v. Public Prosecutor [2019] 4 MLJ 651, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Ahmadi Asnawi JCA (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: “[48] Now, it would also appear that the appellant was accusing SP5, SP6 and D/Kpl Yusrizal bin Yahya of fixing or framing the appellant with the commission of a capital offence by fabricating and manufacturing evidence against him. Hence, of relevant consideration were the motive or motives propelling these witnesses to embark upon such an endeavour. [49] The evidence revealed that SP5, SP6 and D/Kpl Yustizal bin Yahya were total strangers in relation to the appellant. The burden is always upon the appellant to prove their motive or motives in fixing the appellant with the commission of the said offence. In our view, the appellant had miserably failed to show that they have an axe to grind against the appellant to propel them to fabricate and manufacture evidence and to testify adversely against the appellant in the trial. The appellant had equally failed to show that the said prosecution witnesses had harboured a motive to falsely implicate the appellant with the commission of the offence. [50] This court in Dickson Levy all Maria George v Public Prosecutor [2018] MLJU 98; [2018] 1 LNS 135 had reiterated that: [47] Also, there was no rhyme nor reason for the police officers in this case to frame up the appellant with the impugned drugs, as they were just performing their duty (see the cases of Mohd Ali Jaafar v Public Prosecutor [1998) 4 MLJ 210; [1998] 4 CLJ Supp 208 and Goh Han Heng v Public Prosecutor [2003] SGHC 226; [2003]. [48] In Goh Han Heng v Public Prosecutor, Yong Pung How CJ (Singapore) had this to say: I disagreed with counsel. All that the passage means is that where the accused can show that the complainant has a motive to falsely implicate him, then the burden must fall on the prosecution to disprove that motive. This does not mean that the accused merely needs to allege that the complainant has a motive to falsely implicate him. Instead, the accused must adduce sufficient evidence of this motive so as to raise a reasonable doubt in the prosecution's case. Only then would the burden of proof shift to the prosecution to prove that there was no such motive. To hold otherwise would mean that the prosecution would have the burden of proving a lack of motive to falsely implicate the accused in literally every case, thereby practically instilling a lack of such a motive as a constituent element of every offence. [49] The appellant failed to demonstrate to us any evidence to show that the police had harboured a motive to falsely implicate the appellant. [51] It is apparent that the testimonies of both SP5 and SP6 were grounded upon the factual seizure of the impugned drugs from the right front side pocket of the jeans worn by the appellant upon his arrest outside his house. In our view SP5, SP6 and D/Kpl Yusrizal bin Yahya were mere police officers executing their onerous duties with no reason to fabricate and manufacture evidence against the appellant in the manner as contended by the appellant and his witnesses. There was equally nothing inherently improbable in their evidence.” (Penambahan ditambah) Kesimpulan [180] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang diberikan di atas, kami sebulat suara mendapati tiada merit di dalam rayuan kedua-dua tertuduh untuk mewajarkan kami campurtangan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan kedua-dua tertuduh bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapi mereka. [181] Dengan itu, kami memerintahkan seperti yang berikut:
i
Rayuan perayu-perayu ditolak; dan
II
(ii) Keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi terhadap sabitan dikekalkan. TARIKH: 21 JULAI 2025 - SGD - AZMI BIN ARIFFIN HAKIM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA KAUNSEL Bagi Perayu Pertama : Mohd Fazaly Ali Bin Mohd Ghazaly [The Law Chambers of Fazaly Ali] Bagi Perayu Kedua : Datuk Hisyam Teh Poh Teik (Kee Wei Lon Dan Ee Gen You Bersamanya) [Hisyam Teh (Kuala Lumpur)] Bagi Responden : How May Ling [Timbalan Pendakwa Raya]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.