Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-82-11-11/2023 PENDAKWA RAYA LWN MOHD NAZRUL HAFFIS BIN YAACOB AZHAR AMID MOHD AZIM HIZAMI BIN ABDUL HALIM MOHD AFIF BIN ABDUL HALIM MOHD ARIFF BIN AZHAR
KA-82-11-11/2023
Magistrates Court of Malaysia10 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“or of Public Prosecutions v. Kilbourne [1973] 1 All ER 440). In a given set of facts, an accused person may be convicted premised on an accomplice's uncorroborated testimony pursuant to s. 133 of the Evidence Act 1950, as corroboration is not required as a rule of law. The requirement of corroboration is required only”
“oration is not required as a rule of law. The requirement of corroboration is required only as a rule of practice and prudence (Tinit & Ors v. Public Prosecutor [1964] 1 LNS 210; Bhuboni Sahu v. King [1949] AIR 257). In a given situation too where there exists no corroboration, a corroborative warning is required to be”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-82-11-11/2023 PENDAKWA RAYA LWN MOHD NAZRUL HAFFIS BIN YAACOB AZHAR AMID MOHD AZIM HIZAMI BIN ABDUL HALIM MOHD AFIF BIN ABDUL HALIM MOHD ARIFF BIN AZHAR
1
PENDAHULUAN OKT-OKT di dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 385 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. OKT pertama, ketiga, keempat dan kelima telah mengaku salah manakala OKT kedua tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.
2
Pertuduhan pindaan yang dikenakan ke atas OKT-OKT adalah seperti berikut: ‘Bahawa kamu bersama-sama pada 17/11/2023 jam lebih kurang 3.30 petang di alamat kiosk barangan runcit jalan Sungai Tiang - Pendang di dalam daerah Pendang, di dalam Negeri Kedah, dengan sengaja telah melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki melayu nama Muhammad Harris Haikal Bin Mohd Faizal KPT: 070207-02-0695 di mana kamu telah mendatangkan ketakutan kepadanya untuk mendorong supaya menyerahkan harta dalam kawalannya iaitu wang tunai RM1000.00 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 385 Kanun Keseksaan dan dibаса bersama seksyen 34 Kanun yang sama’
3
Perbicaraan penuh telah dijalankan bagi OKT kedua (Azhar Amid) dan pihak pendakwaan telah memanggil seramai 8 orang saksi bagi membuktikan pertuduhan ke atas OKT kedua dan di akhir kes pendakwaan Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT kedua dan memerintahkan OKT kedua dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu untuk membela diri.
4
Terkilan dengan keputusan tersebut, pihak pendakwaan telah tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah dan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
5
PERUNTUKAN DAN PRINSIP UNDANG-UNDANG Autoriti bagi beban pembuktian di akhir kes pendakwaan dapat dirujuk pada seksyen 173(f)(i) dan seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah dan juga prinsip yang telah diputuskan di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase ‘prima facie case’ is defined in similar terms in Mozley and Whiteley’s Law Dictionary 11 Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side.
6
Selanjutnya, kes Balachandran juga memutuskan bahawa: The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the creadibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.
7
Di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan menyatakan (dengan izin): “It is therefore follows that there is only once exercise that a judge sitting along under Section 180 of the Code has to undertake at the close of Prosecution case. He, must subject the Prosecution evidence to the maximum evaluation and to ask himself the question, if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the Prosecution case? If the answer is in negative then no prima facie case has been made out and the Accused would be entitled to an acquittal”
8
Dalam kes Pendakwa Raya lwn. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, yang mana Mahkamah Persekutuan juga menerima pakai ujian-ujian yang disyaratkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chooi di atas. Secara ringkasnya, kes di atas menyatakan dapatan seperti berikut (dengan izin):
i
the close of Procecution’s case, subject to the evidence led by the Prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the Prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits two or more inferences, the draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question, IF I now call the accused to make his defence and he alects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “YES” the defence should be called. If the answer is “NO” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) After the defence is called, the accused alects to remain silent, the convict;
IV
(iv) After defence is called, the accused elect to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] 1 MLJ 263.
9
INTIPATI PERTUDUHAN Intipati yang perlu dibuktikan pihak pendakwaan adalah: i. OKT telah mendatangkan ketakutan kepada SP2 bahawa bencana akan berlaku ke atasnya ii. OKT mendatangkan ketakutan tersebut kepada SP2 dengan tujuan untuk melakukan pemerasan
10
Seksyen 383 Kanun Keseksaan menyatakan pemerasan dikatakan berlaku apabila perbuatan itu telah mendorong secara tidak jujur orang yang didatangkan ketakutan menyerahkan apa-apa harta atau cagaran berharga atau sesuatu yang bertandatangan atau bermeteri yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga.
11
FAKTA KES PIHAK PENDAKWAAN Fakta kes pihak pendakwaan menyatakan pada hari kejadian OKT 2 bersama dengan 4 orang OKT yang lain telah datang ke kiosk tempat kejadian menaiki kereta Pajero. Terdapat 3 orang OKT yang telah turun dari kereta menuju ke kiosk tersebut dan telah memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa. Kemudian SP1 yang merupakan pekerja kiosk tersebut disuruh masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta SP1 ditanya untuk bagi duit atau nak duduk dalam. SP1 tidak mengetahui berapa jumlah wang yang ada. Kemudian SP1 turun dari kereta. SP1 telah melawan cakap OKT-OKT dan melarikan diri.
12
SP2 yang merupakan kawan kepada SP1 (mangsa pemerasan sebagaimana pertuduhan) telah datang ke kiosk tersebut untuk bersembang dengan SP1. Ketika SP1 melarikan diri, SP2 masih berada di kiosk di mana terdapat seorang OKT yang telah meminta wang. SP1 telah mengambil wang dari laci duit dan menyerahkan kepada seorang OKT tersebut yang mana SP2 anggarkan sebanyak RM1000. Setelah SP1 serahkan wang, kesemua OKT beredar dengan menaiki kereta Pajero tersebut. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN Isu: Sama ada wujudnya pemerasan ke atas SP2 oleh OKT-OKT?
13
Di dalam kes ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa SP2 telah diletakkan dalam keadaan ketakutan oleh OKT-OKT bahawa bencana akan berlaku kepadanya sekiranya wang bernilai RM1000 tidak diserahkan.
14
SP2 yang merupakan saksi penting pendakwaan yang merupakan mangsa pemerasan ini, tidak dapat langsung mengecam individu-individu yang dikatakan telah melakukan pemerasan ke atasnya sebagaimana pertuduhan. Berdasarkan keterangan SP2, pada awalnya telah turun 3 orang individu dari kereta pajero dan salah seorang telah menunjukkan kad kuasa polis dan telah meminta rakannya iaitu SP1 masuk ke dalam kereta. Kemudian, SP1 telah kembali ke kiosk dan menyerahkan plastik hitam yang mengandungi rokok kepada mereka. Setelah SP1 melarikan diri, terdapat seorang individu yang telah meminta wang daripada SP2 dan SP2 menyerahkan wang dari tabung duit yang mana anggaran wang RM1000. SP2 tidak dapat mengecam kesemua individu terlibat dan tiada keterangan mengenai peranan setiap individu tersebut.
15
Selain itu, keterangan SP2 juga tidak dapat menunjukkan bahawa SP2 telah diletakkan dalam keadaan ketakutan bahawa bencana akan berlaku kepadanya dan penyerahan wang sebanyak RM1000 tidak dapat dibuktikan. Tiada sebarang keterangan dari SP2 yang menunjukkan bahawa salah seorang dari individu tersebut telah mengugut akan membawa SP2 ke balai sekiranya tidak serahkan wang. Keterangan yang ada hanyalah SP2 menyerahkan wang apabila diminta kerana SP2 takut akan dibawa ke balai untuk disiasat. Keterangan yang ada daripada SP2 adalah semata-mata terdapat seorang di antara OKT yang telah meminta wang daripada SP2. Terdapat persoalan yang timbul ke atas fakta ini sama ada, perasaan takut akan dibawa ke balai itu adalah perasaan yang hadir sendiri atau terdapat ugutan dari OKT-OKT kepada SP2 yang menyatakan akan membawa SP2 ke balai sekiranya wang tidak diserahkan. Setelah mahkamah meneliti keterangan SP2, mahkamah mendapati tiada keterangan yang menunjukkan mana-mana OKT telah menyatakan kepada SP2 bahawa SP2 akan dibawa ke balai sekiranya tidak menyerahkan wang.
16
Keterangan SP1 tidak dapat menyokong kejadian pemerasan yang dikatakan dilakukan OKT-OKT ke atas SP2 kerana semasa SP2 diminta menyerahkan wang dan menyerahkan wang, SP1 telah pun melarikan diri. Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan 2 rakaman CCTV daripada kiosk tersebut, yang mana kedua-dua rakaman tersebut juga tidak dapat menunjukkan terdapatnya pemerasan ke atas SP2 dan tidak kelihatan peranan setiap OKT yang terlibat.
17
Keterangan SP6 dan SP7 adalah keterangan rakan sejenayah yang mana mahkamah ini menilai dengan berhati-hati. Mahkamah merujuk kepada kes Chong Chee Liong v PP [2008] 2 MLJ 979, di mana rujukan juga dibuat kepada Sarkar on Evidence (14th Edition) yang menyatakan: ‘The principal reasons for holding accomplice evidence to be untrustworthy, are: (1) because an accomplice is likely to swear falsely in order to shift the guilt from himself; (2) because an accomplice being a participator in crime, and consequently an immoral person, is likely to disregard the sanction of an oath;
3
because an accomplice gives his evidence under the promise of a pardon, or in the expectation of an implied pardon; if he discloses all he knows against those with whom he acted criminally, and this hope would lead him to favour the prosecution’. Di dalam kes Mahkamah Rayuan, PP v Mohd Azam Basiron [2010] 9 CLJ 1, juga telah dinyatakan bahawa: If we may add, even before reaching the stage of considering the question of corroboration and its adequacy, a presiding judge in the first place needs to decide whether that accomplice is a reliable witness or not. If he is not, the matter ends there, as his evidence has to be rejected, even if the prosecution can adduce evidence capable of being construed as corroboration (Director of Public Prosecutions v. Kilbourne [1973] 1 All ER 440). In a given set of facts, an accused person may be convicted premised on an accomplice's uncorroborated testimony pursuant to s. 133 of the Evidence Act 1950, as corroboration is not required as a rule of law. The requirement of corroboration is required only as a rule of practice and prudence (Tinit & Ors v. Public Prosecutor [1964] 1 LNS 210; Bhuboni Sahu v. King [1949] AIR 257). In a given situation too where there exists no corroboration, a corroborative warning is required to be administered by the court to itself though the format is not fixed (Jegathesan v. Public Prosecutor [1978] 1 LNS 74). It is only in rare instances a trial judge will convict an accused person upon the uncorroborated evidence of an accomplice (TN Nathan v. Public Prosecutor [1977] 1 LNS 127). If corroboration is needed implying that the accomplice has passed the hurdle of reliability, such corroboration must be independent and relates to material particulars pertaining to the accused person's culpability (R v. Baskerville [1916] 2 KB 658).
18
Walaupun SP6 dan SP7 adalah saksi yang credible mahkamah memerlukan keterangan sokongan bagi saksi-saksi ini. Namun penelitian mahkamah ke atas keterangan saksi-saksi ini mahkamah mendapati terdapat banyak percanggahan dalam fakta kes pendakwaan yang menjurus kepada banyak versi bagaimana kejadian ini berlaku. Malah keterangan antara SP6 dan SP7 sendiri adalah bercanggah.
19
Percanggahan ini dapat dilihat pada beberapa perkara seperti berikut: a. Terdapat percanggahan mengenai fakta siapakah yang telah menyerahkan rokok kepada OKT-OKT? SP1 dalam keterangannya tidak langsung menceritakan mengenai rokok. SP2 menyatakan SP1 telah menyerahkan satu bungkusan plastik hitam mengandungi 7 catton rokok kepada OKT yang tidak diketahui siapa sebelum SP1 melarikan diri. Manakala SP6 dan SP7 menyatakan SP2 yang telah menyerahkan rokok dan duit kepada OKT Azhar Amid. b. Keterangan SP2 menyatakan, hanya seorang individu yang telah meminta wang darinya manakala 4 lagi berada di dalam kereta yang mana kesemua individu ini tidak dicamkan oleh SP2. Manakala keterangan SP7 menyatakan 2 orang iaitu OKT Azhar Amid dan OKT Afif yang telah turun dari kereta dan mengambil rokok dan wang dari SP2. SP6 pula mengatakan OKT Azhar Amid yang mengambil rokok dan wang dari SP2. c. Terdapat juga percanggahan berkenaan dari mana wang yang dikatakan RM1000 itu diambil. SP2 yang merupakan mangsa mengatakan telah mengambil wang dari laci duit dan menyerahkan kepada seorang OKT. Manakala keterangan SP5 pemilik kedai menyatakan berdasarkan rakaman CCTV kelihatan satu kotak biru yang telah diserahkan. SP5 sendiri tidak pernah mengetahui mengenai kotak biru ini dan dikatakan dibeli oleh pekerjanya. SP6 pula tidak pasti berkenaan kewujudan kotak biru di dalam kereta manakala SP7 menyatakan kotak biru tersebut berisi duit telah dibawa masuk ke dalam kereta dan telah dibuang di tong sampah. Keterangan mengenai kotak biru berisi duit ini hanya muncul semasa keterangan SP5, SP6 dan SP7. Isu berkenaan kotak biru berisi duit ini tidak pernah timbul dalam keterangan SP1 dan SP2. Keterangan pegawai penyiasat pula menyatakan tiada sebarang siasatan dibuat bagi wang RM1000 tersebut. d. Mahkamah juga mendapati terdapat juga percanggahan keterangan antara SP6 dan SP7 mengenai pengetahuan mereka akan perancangan pemerasan tersebut. Berdasarkan keterangan SP7, SP7 telah membuat briefing dan kesemua OKT mengetahui perancangan pemerasan tersebut. Manakala berdasarkan keterangan SP6, perancangan awal adalah untuk ke Sungai Petani untuk mengambil air ketum dan SP7 yang telah memandu kereta dan berhenti di kiosk untuk membeli rokok.
20
Mahkamah juga mendapati berdasarkan keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi tujuan pemerasan tersebut. SP2 yang merupakan mangsa pemerasan juga telah gagal untuk mengecam OKT-OKT yang terlibat dan peranan setiap OKT tidak dapat dubuktikan di mahkamah ini.
21
KESIMPULAN Setelah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan secara penuh, Mahkamah ini mendapati terdapatnya kelompangan keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan dalam membuktikan elemen-elemen pertuduhan.
22
Mahkamah juga mendapati bahawa percanggahan-percanggahan ini adalah percanggahan material yang telah menimbulkan lebih dari satu inferen yang mana mahkamah ini memutuskan bahawa benefit of doubt seharusnya diberikan kepada OKT.
23
Mahkamah juga mengambil panduan dan pendekatan daripada kes Tai Chai Keh v. PP (1948-1949) MLJ Supp 105 yang diputuskan seperti berikut: ‘where there is more than one inference which can reasonably be drawn from a set of facts in a criminal case we are of the opinion that the inference most favourable to the accused should be adopted’ Dapatan yang sama juga dapat dilihat di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, bahawa: “… if the evidence admits on two or more inferences, then the inference that is most favourable to the accused should be adopted”
24
Justeru itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie ke atas OKT dan OKT diperintahkan untuk dilepaskan dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil untuk membela diri. Disediakan oleh …………………………………………………………… NUR SYIFA BINTI MOHD HAMZAH Majistret Mahkamah Majistret (3) Alor Setar 25.01.2026 Pihak – Pihak Bagi Pihak Pendakwa Raya Nur Sharmila binti Md Asri, Nur Huda Diyanah binti Amir Hamzah, Aisyah Al Humairah binti Kamaruzaman. Bagi Pihak Tertuduh Kedua Mohamad Nizan bin Azdahari, Nur Iman Najwa binti Mohamad Nizan (Tetuan Dasuki & Co)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.