Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-127-08/2022 PENDAKWA RAYA (Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya)
BA-45A-127-08/2022
High Court of Malaysia1 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-127-08/2022 PENDAKWA RAYA (Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya)
2
AHMAD SAYOTI BIN ABU TALIB LATAR BELAKANG [1] Tertuduh-tertuduh telah dituduh dengan pertuduhan mengedar dadah berbahaya bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB). Pertuduhan terhadap tertuduh-tertuduh adalah seperti berikut:- PERTUDUHAN Bahawa kamu dengan niat bersama, pada 16 Ogos 2021 jam lebih kurang 5.40 petang bertempat di 1M, Zone D, Core 3, Advanced Cargo Centre, Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur, di dalam Daerah Sepang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 140,715.1 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman : Jika disabitkan gantung di leher sampai mati atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 12 sebatan [2] Seramai 13 orang saksi pendakwaan telah dipanggil. Di akhir kes pendakwaan, mahkamah memutuskan untuk melepas dan membebaskan tertuduh-tertuduh tanpa dipanggil untuk membela diri. KES PENDAKWAAN [3] Ringkasan kes pendakwaan adalah dicedok (dengan sedikit pembetulan) dari hujahan pihak pendakwaan yang berbunyi seperti berikut:-
1
Bertindak atas maklumat AMPOMA HN140, pada 16/08/2021 jam lebih kurang 5.40 petang, sepasukan pegawai dan anggota kastam dari cawangan Narkotik Ibu Pejabat yang diketuai oleh Tuan Kam Kok Kheong (SP6) telah membuat pemeriksaan ke atas satu barang dagangan bernombor airway bill 232 50421523 di sebuah premis yang beralamat di 1M, Zone D, Core 3, Advanced Cargo Centre Klia, 64000 Sepang, Selangor, iaitu tempat kejadian. S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw
2
Semakan awal mendapati bahawa barang dagangan tersebut adalah berupa 14 kotak dagangan yang bertujuan untuk dieksport ke luar negara, iaitu NSW, Australia. Hasil pemeriksaan awal ke atas dagangan tersebut telah disaksikan oleh Abdul Razak Mohamed (SP3 / B2) dan Yesubatham Jayaraj a/l Selvaraj (SP4 / B1). Kedua-dua mereka ini, pada awalnya telah dijadikan saspek semasa di peringkat siasatan.
3
Semasa pemeriksaan awal, telah menjumpai bungkusan plastik teh cina mampat yang mana di dalam bungkusan tersebut, mengandungi bahan kristal jernih yang disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamine. Kemudian, kedua-dua B1 dan B2 dan kesemua barang kes telah ditahan dan dibawa balik ke pejabat Cawangan Narkotik Ibu Pejabat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB.
4
Setibanya di pejabat, soal siasat yang dijalankan ke atas B1 dan B2 telah kemudiannya membawa kepada tangkapan ke atas tertuduh kedua. Tangkapan ini dibuat kerana B1 dan B2 telah membuat pengakuan bahawa tertuduh kedua yang memberi arahan kepada mereka S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw untuk menguruskan dagangan tersebut untuk tujuan dihantar ke NSW, Australia.
5
Selepas itu, hasil soal siasat ke atas tertuduh kedua pula telah membawa kepada tangkapan tertuduh pertama di mana tangkapan ke atas tertuduh pertama ini dibuat apabila soal siasat ke atas tertuduh kedua telah mendedahkan bahawa dia telah terima arahan daripada tertuduh pertama untuk menguruskan penghantaran dagangan tersebut ke luar negara itu.
6
Hasil pemeriksaan rapi, SP6 telah menjumpai 184 bungkusan mampat plastik lutsinar yang mengandungi bahan kristal jernih disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamine.
7
Seterusnya, SP6 telah membuat penandaan ke atas barang-barang kes, melengkapkan dokumen-dokumen yang relevan dan membuat serahan kepada pegawai penyiasat iaitu SP18.
8
Laporan polis berkaitan dengan tangkapan dan rampasan dalam kes telah dibuat iaitu Aeropolis Rpt: 002889/21, Nilai Rpt: 005339/21 dan Nilai Rpt: 005340/21. S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw
9
Barang-barang kes telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan hasil pemeriksaan barang-barang kes telah disahkan sebagai dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 140,715.1 gram. TUGAS MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN [4] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah harus meneliti bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan secara maksimum untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie atau tidak. Ia adalah seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Bukti yang dikemukakan haruslah begitu kukuh dan boleh dipercayai yang membuktikan setiap unsur kesalahan dan hanya boleh dipatahkan dengan pembuktian sebaliknya. Ini adalah kerana, jika tertuduh memilih untuk tetap berdiam diri, dia boleh disabitkan bersalah. (Rujuk kes Looi Kow Chai & Anor v. Pendakwa Raya [2003] 1 CLJ 734; PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457); Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 ) Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan Elemen Pertama :- Dadah tersebut adalah dadah berbahaya; [5] Dalam kes ini, tidak dipertikaikan bahawa dadah yang terbabit adalah dadah berbahaya seberat 140,715.1 gram S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw methamphetamine seperti keterangan Encik Mohd Najif Bin Ab Rahman (SP12) Ahli Kimia Jabatan Kimia Malaysia dan penerimaan masuk laporan kimia sebagai eksibit P64. Elemen ini juga tidak dipertikaikan oleh peguam bela tertuduh-tertuduh melalui hujahannya. Sama ada pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen milikan kawalan / jagaan dan pengetahuan tertuduh-tertuduh terhadap dadah berbahaya tersebut [6] Bagi elemen seterusnya, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa kes ini bersandarkan kepada elemen pengedaran dadah sebenar (actual trafficking), bahawa tertuduh-tertuduh telah mengeksport dadah berbahaya tersebut selaras dengan definasi pengedaran bawah seksyen 2 ADB. Justeru, adalah dihujahkan dalam kes pengedaran sebenar, pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan elemen bahawa tertuduh-tertuduh telah mengedar dadah tersebut. Tiada keperluan untuk pihak pendakwaan membuktikan elemen milikan kerana pihak pendakwaan tidak bergantung kepada anggapan bawah seksyen 37 (da) ADB. [7] Pihak pembelaan pula menghujahkan bahawa, walaupun pihak pendakwaan bergantung kepada elemen pengedaran sebenar, pihak pendakwaan tidak terlepas dari membuktikan elemen bahawa tertuduh-tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw terhadap dadah dadah tersebut. Di samping itu, pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa tertuduh-tertuduh mempunyai niat bersama untuk mengedar dadah berbahaya tersebut. Analisa Mahkamah [8] Seksyen 2 ADB mentakrifkan pengedaran termasuklah tindakan mengeksport dadah berbahaya tersebut. Peruntukan tersebut menyatakan seperti berikut:- "trafficking" includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act; Seksyen 2 ADB juga mentakrifkan eksport bermaksud untuk membawa keluar daripada Malaysia melalui darat, udara atau laut, selain semasa dalam transit. Peruntukan tersebut adalah seperti berikut:- "export", with its grammatical variations and cognate expressions, in relation to Malaysia, means to take or cause to be taken out of Malaysia by land, air or water, otherwise than in transit; S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw [9] Dalam kes ini, tidak ada keraguan lagi bahawa dadah yang terbabit adalah 14 kotak barang dagangan bernombor airway bill 232 50421523 dan telah dibawa masuk ke premis tempat kejadian iaitu di 1M, Zone D, Core 3, Advanced Cargo Centre Klia, 64000 Sepang, Selangor dengan tujuan untuk dieksport ke luar negara, iaitu NSW, Australia. [10] Namun begitu, adakah terdapat keterangan yang mencukupi bahawa tertuduh-tertuduh yang telah mengeksport barang dagangan tersebut? Adakah tanpa pembuktikan elemen milikan dan pengetahuan tertuduh-tertuduh terhadap barang dagangan berisi dadah tersebut, mencukupi bagi pihak pendakwaan membuktikan kes mereka? Pembuktian milikan dan pengetahuan bermakna, pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen fizikal dan mental (pengetahuan) tertuduh-tertuduh terhadap barang dagangan tersebut dan kuasa mereka untuk mengecualikan orang lain apabila mereka mahu. Saya merujuk kepada kes Chan Pean Leon v PP (1956) 22 MLJ 237. Keterangan terhadap tertuduh kedua Ahmad Sayoti Bin Abu Talib (Lan Togok) [11] Keterangan terhadap tertuduh kedua, datang daripada SP3 iaitu eksekutif Syarikat Jupiter Logistik Malaysia Sdn Bhd. iaitu sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan/logistik S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw menyeluruh yang meliputi semua aspek keperluan penghantaran, kontena dan pengangkutan udara. SP3 bertugas untuk membuat tempahan airway bill dengan Malaysia Airline Cargo bagi menghantar barang dagangan ke luar negara ataupun pengeksportan. [12] Pada 02.07.2021, jam lebih kurang 11:06 pagi, SP3 telah menerima pesanan mesej daripada seorang pelanggan yang dikenalinya sebagai 'Lan Togok' (tertuduh kedua) untuk menyemak jadual penerbangan kargo ke Melbourne dan Sydney bagi tarikh 06.08.2021 atau 07.08.2021. Setelah membuat semakan dengan Malaysia Airline, SP3 mendapati pada tarikh tersebut ada jadual penerbangan ke sana. Kemudian, pada 04.08.2021 , jam lebih kurang 1:41 petang, tertuduh kedua sekali Iagi menghantar mesej kepada SP3 meminta SP3 membuat tempahan kargo ke Melbourne bagi tarikh 10.08.2021. Maka, SP3 telah menempah kargo untuk tarikh 10.08.2021 dan tempahan tersebut telah diterima oleh pihak Malaysia Airline di mana nombor airwaybill bagi tempahan tersebut adalah 232-50421523.7. Nombor pengesahan bagi nombor airwaybill itu terus dihantar kepada tertuduh kedua. SP3 mengatakan pada 06.08.2021, lebih kurang jam 3:28 petang, beliau telah menerima mesej melalui aplikasi Whatsapp daripada tertuduh kedua yang memintanya menukar tarikh shipment kepada tarikh S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw
17
17.08.2021. Penukaran tarikh itu telah dibenarkan oleh pihak Malaysia Airline. Perkara ini telah dimaklumkan kepada tertuduh kedua. [13] Tertuduh kedua juga telah meminta SP3 membantunya menguruskan pergerakan barang daripada lokasinya ke Malaysia Airline Kargo dan shipment ke Australia. SP3 telah menghubungi SP4 untuk membantu dalam menguruskan pergerakan barang dagangan dalam negara dan shipment ke luar negara. SP4 telah bersetuju untuk membantu dalam aturan tersebut. [14] Pada 15.082021 SP4 telah memaklumkan kepada tertuduh kedua bahawa esok pagi iaitu pada 16.08.2021 jam 8.30 pagi SP4 akan ambil Air Waybill daripadanya . Pada 16.08.2021 jam 8.30 hingga 9 pagi, SP4 telah berjumpa dengan tertuduh kedua dan telah diserahkan dengan dokumen eksport iaitu satu Air Waybill 232- 50421523, satu Invois syarikat CAPSONIC ELECTRICAL TRADING bertarikh 06.08.2021 dan satu Packing List syarikat CAPSONIC ELECTRICAL TRADING bertarikh 06.08.2021 beserta duit upah SP4 sebanyak RM200.00 serta RM130.00 sebagai caj terminal. [15] SP4 telah ke pejabatnya mencetak label barang dagangan untuk shipment. Beliau telah menerima panggilan telefon daripada tertuduh kedua memberitahu bahawa barang dagangan telah S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw sampai. SP4 mendapati barang tersebut ada di Gate 33. SP4 telah ambil label barang dan tampal di barang dagangan tersebut. SP4 juga telah serahkan Airwaybill kepada MAS Acceptant Counter untuk tujuan timbang berat keseluruhan dagangan tersebut. Setelah selesai timbang berat, SP4 telah menerima satu salinan weight slip yang menyatakan berat kasar barang dagangan tersebut adalah 278kg dan juga satu salinan Acceptance Receipt. Sebagai seorang agen, SP4 telah menurunkan tandatangan ke atas Acceptance Receipt tersebut dan cop menggunakan stamp cop CAPSONIC ELECTRICAL TRADING yang diberikan oleh tertuduh kedua kepadanya pada sekitar hujung bulan Mei atau awal bulan Jun 2021 semasa SP3 meminta bantuan daripada SP4 untuk tolong menyerahkan dokumen barang dagangan buat kali yang pertama untuk tertuduh kedua. [16] Dalam proses tersebut, SP4 telah dimaklumkan bahawa barang dagangan tersebut telah ditahan, dan pihak kastam ingin membuka kargo tersebut. SP4 menyatakan beliau telah memberitahu tertuduh kedua berkenaan perkara ini dan tertuduh kedua telah bertanya SP4 sama ada barang dagangan itu boleh dikeluarkan semula. Dia juga memaklumkan bahawa dia akan bertanyakan bosnya berkenaan perkara ini. Tertuduh kedua juga memaklumkan bahawa barang dagangan tersebut adalah barang-barang hospital. S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw [17] Siasatan pihak kastam juga mendapati nombor telefon yang digunakan oleh tertuduh kedua untuk berurusan dengan SP4 iaitu nombor 017-9296237 adalah atas nama seorang warga asing iaitu Wang Jun dengan alamat yang didaftarkan adalah Park Royal Hotel Kuala Lumpur. [18] Kesimpulannya, keterangan terhadap tertuduh kedua adalah:- dia telah meminta SP3 menyemak jadual penerbangan kargo ke Melbourne dan Sydney, meminta SP3 membuat tempahan kargo ke Melbourne dan memintanya menukar tarikh shipment. Saya dapati permintaan tertuduh kepada SP3 adalah suatu proses biasa. Selain itu, tertuduh kedua juga telah serahkan dokumen eksport iaitu satu Air Waybill 232-50421523, satu Invoice syarikat CAPSONIC ELECTRICAL TRADING dan satu Packing List syarikat CAPSONIC ELECTRICAL TRADING kepada SP4 dan telah membayar SP4 upah sebanyak RM200. Tertuduh kedua juga telah memberitahu SP4 bahawa barangan tersebut telah sampai dimana SP4 telah tampalkan label atas barangan tersebut. [19] Walau bagaimanapun, bagi mengenal pasti barang dagangan mana yang terlibat, SP4 telah mengenal pasti barangan tersebut berdasarkan pengalamannya berurusan dengan barang yang dihantar terdahulu oleh tertuduh kedua. SP4 mengatakan: S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw pusing pusing di area sana dan saya nampak 1 pallet barang kargo berada di Gate 33.Saya tahu itu barang kargo yang dimaksudkan oleh Lan Togok sebab saya dulu pernah berurusan dengan dia dan cara packing dan ciri-ciri luaran barang kargo tersebut adalah sebiji semacam shipment yang lepas. Lan Togok hanya cakap ok ok sahaja selepas saya memberitahu dia barang kargo dia berada di Gate 33. [20] Dalam kes ini, usaha pihak kastam untuk menjejaki pemandu lori yang menghantar barang dagangan tersebut ke tempat kejadian, gagal. Ini adalah kerana terdapat banyak lori keluar masuk ke kawasan tersebut tanpa rekod yang jelas dan teratur. Berdasarkan keterangan SP3 dan SP4, tertuduh kedua tidak pernah dilihat berurusan dengan barang dagangan berisi dadah tersebut secara fizikal. Ini bermakna tiada elemen milikan, kawalan atau jagaan yang telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Apabila tiada keterangan yang menunjukkan tertuduh kedua pernah berurusan dengan barang dagangan berisi dadah tersebut secara fizikal, tidak dapat dipastikan sama ada barang dagangan yang dikenal pasti oleh SP4 tanpa kehadiran tertuduh kedua, adalah betul dan tepat seperti yang dikehendaki oleh tertuduh kedua. S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw [21] Disamping itu, saya juga mendapati kes pihak pendakwaan kekurangan elemen penting ia terhadap dadah berbahaya tersebut. Jika pun mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan, bahawa elemen milikan tidak perlu dibuktikan, adakah memadai dengan hanya membuktikan barang dagangan tersebut hendak dieksport ke Australia, bermakna pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa tertuduh kedua mengetahui yang barangan itu berisi dadah? [22] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tindakan tertuduh kedua meminta SP4 mengeluarkan barangan tersebut dari tempat tersebut setelah mengetahui pihak kastam ingin memeriksanya, menunjukkan tertuduh kedua mempunyai pengetahuan berkenaan dadah berbahaya tersebut. Saya enggan bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan kerana tertuduh kedua bukan sahaja meminta SP4 mengeluarkan barang tersebut, tetapi dia juga memaklumkan kepada SP4 bahawa dia ingin bertanya kepada ketuanya berkenaan perkara itu terlebih dahulu. Saya mendapati sandaran pihak pendakwaan terhadap fakta ini untuk membuktikan pengetahuan, adalah lemah. S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw Keterangan terhadap tertuduh pertama Mohd Noor Bin Yusoff [23] Keterangan daripada Jumaat bin Suhot, Pegawai Kastam Kanan WK22 (SP8) menyatakan bahawa pada tarikh 18/08/2021, SP8 dan pasukannya telah ditunjuk arah oleh tertuduh pertama ke alamat MMA Santai Corner di Nilai. Sampai di lokasi itu, tertuduh pertama telah bawa pasukan Kastam ke satu bilik stor di mana telah dijumpai laptop, printer, telefon bimbit, cop stamp Capsonic, airway bill form kosong dan lain-lain dokumen. Hasil siasatan SP18 ke dalam laptop yang ditemui ini, turut menjumpai deraf airway bill untuk kes ini di dalamnya. (Namun deraf ini tidak pernah ditunjukkan kepada mahkamah) [24] emilik berdaftar syarikat Capsonic Sdn Bhd Dinesh a/l Raja Kumaran (SP9) pula telah memberikan keterangannya mengatakan dia tidak tahu menahu bahawa namanya telah digunakan untuk didaftarkan sebagai pemilik berdaftar syarikat tersebut. Siasatan yang dijalankan menunjukkan bahawa alamat syarikat tersebut adalah alamat tidak wujud. [25] Hasil siasatan pegawai penyiasat kes ini menunjukkan bahawa nombor telefon yang digunakan oleh tertuduh pertama iaitu 017- 9304367 juga didaftar atas nama orang lain iaitu Aldar Alam yang juga seorang warga asing. S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw [26] Kesimpulannya, keterangan terhadap tertuduh pertama adalah, terjumpanya cop syarikat Capsonic Sdn Bhd dan airway bill form kosong dari barang-barang yang dirampas dari bilik stor. Di samping itu, dikatakan, turut dijumpai deraf airway bill untuk kes ini dalam lap top yang dirampas daripada tertuduh pertama. [27] Keterangan ini menunjukkan tertuduh pertama tidak secara fizikal berurusan dengan kargo berisi dadah tersebut. Ini bermakna tiada elemen milikan, kawalan atau jagaan yang telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Malah, bagi kes tertuduh pertama, tidak terdapat kaitan langsung antara tertuduh pertama dengan barang dagangan berisi dadah itu. Sekadar memiliki cop syarikat Capsonic dan borang kosong airway bill serta menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama orang lain, mungkin boleh menimbulkan syak wasangka terhadap tertuduh pertama tetapi ia bukanlah keterangan yang mencapai tahap prima facie yang boleh mengaitkan tertuduh pertama dengan barangan berisi dadah tersebut seterusnya membuktikan tertuduh pertama telah mengedar dadah berbahaya tersebut. Undang-bagi kes pengedaran dadah [28] Apatah lagi terdapat banyak kes-kes yang memutuskan bahawa elemen milikan dan pengetahuan tertuduh terhadap dadah S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw berbahaya tersebut mestilah dibuktikan terlebih dahulu sebelum bawah s. 2 ADB. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi PP v. Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649 yang diputuskan oleh Hakim Augustine Paul:- it must be observed that most of the acts that constitute "trafficking" as defined in s. 2 of the Act like, for example, keeping, concealing, storing, transporting and carrying dangerous drugs involve the prerequisite element of possession unlike, for instance, the sale and supply of dangerous drugs which need not necessarily involve possession as demonstrated by PP v. Mansor Mohd Rashid [1997] 1 CLJ 233 (foll)[1996] 3 MLJ 560. It follows that a person cannot keep, conceal, store, transport or carry dangerous drugs within the meaning of "trafficking" in the Act without being in possession of them. Proof of further facts to establish any one of these acts is therefore sufficient to make out a case of trafficking. [29] Begitu juga dalam kes PP v. Nik Ahmad Aman Nik Mansor [2002] 6 CLJ 369 yang diputuskan oleh Hakim Kang Hwee Gee yang memutuskan:- S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw It follows as a matter of common sense that to prove that the accused in the instant case was transporting, carrying, sending delivering or distributing the cannabis so as to constitute trafficking under s. 2 of the Act, it would be necessary for the prosecution first and foremost to prove that the accused was in possession of the drugs or that he was at least in custody and control of the drugs found in the boot of the car for unless he was in possession or in custody and control of it, he would not be in a position to traffic in such drugs. See PP v. Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649. . [30] Dalam kes Mahkamah Persekutuan juga memutuskan bahawa elemen milikan dan pengetahuan perlu dibuktikan terlebih dahulu dalami kes-kes pengedaran dadah. Kes Chan Wei Loon v. PP & Another Appeal [2021] 6 CLJ 623 [2021] [2021] 1 LNS 591 memutuskan seperti berikut:- The general rule in our view is, for a person to be trafficking in dangerous drugs, he must have the drugs in his possession. Even though the DDA 1952 does not explicitly define "possession", earlier decisions of our courts have established that possession must be with mens rea, that the person must be aware of his S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw possession, that he has the exclusive power to deal with the drugs. [31] Dalam kes ini, tanpa elemen milikan, pihak pendakwaan gagal membuktikan kaitan barang dagangan berisi dadah tersebut dengan tertuduh pertama dan kedua. Begitu juga elemen niat bersama untuk mengedar dadah berbahaya tersebut, antara tertuduh pertama dan kedua juga gagal dibuktikan. Justeru, bagi kes ini, saya mendapati pihak pendakwaan perlu membuktikan dan pengetahuan terlebih bagi menunjukkan nexus tertuduh pertama dan kedua dengan dadah berbahaya tersebut. Setakat keterangan yang dikemukakan, pihak pendakwaan gagal mengemukakan keterangan yang mencukupi dan mencapai tahap prima facie bagi mengaitkan barang dagangan berisi dadah itu dengan tertuduh-tertuduh. Saya merujuk kepada kes Chan Wei Loon (supra) yang memutuskan: We could not find any nexus to connect the appellant with the act of manufacturing. To reiterate, in our view, whether or not possession is necessary ingredients to be proven in a case involving manufacturing of dangerous drugs, would depend on the facts and circumstances of a particular case. In this instant appeal based on the facts and circumstances on when and how S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw the appellants were arrested, we were of unanimous view that possession needs to be proven. Unfortunately, the prosecution in our view had failed to do so. The courts below in our view had misdirected themselves by way of non-directions in not considering the ingredient of possession. [32] Justeru, tertuduh pertama dan kedua dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri BERTARIKH PADA 1 DISEMBER 2025 ROSZIANAYATI AHMAD Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor Perayu / Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkiflil Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kamar Peguam Negara Aras 5, No 45,Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya Responden / Peguambela Responden Muhammad Nor Izzat Bin Nordin bersama Muhammad Harith Bin Alias Tetuan Amar Syiimir Izzat & Sham Peguambela & Peguamcara B-05-07, Block B, Plaza Mont Kiara, No. 2, Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur S/N nLjXlVG/x0esGomSJ4oxHw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.