Schedule
Jadual Pertama dan Ketiga Akta Racun 1952 seperti yang dinyatakan dalam keterangan beliau dan juga laporan kimia (P5) yang disediakan oleh beliau. [23] Keterangan ini pada hemat Mahkamah, adalah keterangan yang memberangsangkan dan walaupun cuba dicabar oleh pihak Pembelaan, perkara tersebut tidak menimbulkan sebarang keraguan yang material dalam pembuktian elemen pertama oleh pihak pendakwaan. Oleh itu, Mahkamah ini menerima keterangan SP1 secara prima facie seperti yang diputuskan dalam kes-kes yang dirujuk di atas. [24] Mahkamah menerima keterangan beliau sebagai seorang ahli kimia yang berkelayakan untuk menjalankan analisa dan seterusnya mendapati tiada keraguan berkaitan dengan identiti dan kuantiti racun tersebut seperti yang telah disahkan oleh SP1. [25] Di samping itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa pergerakan barang kes dan rantaian keterangan dalam kes ini adalah baik dan tidak terputus bermula daripada rampasan barang kes, proses analisa sehinggalah dikemukakan kepada Mahkamah ini. [26] Oleh hal yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama yang menjadi asas pertuduhan terhadap kedua-dua Tertuduh dalam kes ini. ELEMEN KEDUA: SAMA ADA RACUN TERSEBUT ADALAH DALAM MILIKAN TERTUDUH-TERTUDUH DENGAN NIAT BERSAMA [27] Bagi membuktikan pertuduhan di bawah S. 30(3) Akta Racun 1952, khususnya berkenaan elemen milikan, pihak Pendakwaan boleh menggunakan anggapan di bawah S. 30(4) Akta yang sama. Seeloknya diperturunkan peruntukan tersebut bagi kemudahan rujukan: 30. Control of import, export, manufacture, sale, etc., of psychotropic substances …… (4) In any prosecution for an offence under this section, any person who is found to have in his custody or under his control any psychotropic substance shall be deemed to have been in possession of the substance and to have known the nature of the substance, until he proves to the contrary...” [28] Peruntukan ini adalah hampir sama dengan peruntukan S. 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) iaitu: “(d) any person who is found to have had in custody or under his control whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drugs ”. [29] Perkataan milikan (possession) telah diperjelaskan dalam kes Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28 di mana Taylor J dalam nada yang seiring dengan peruntukan S. 37(d) ADB menyatakan seperti berikut: “The word “possession” is a vague and general word which cannot be closely defined. Without at least general knowledge there cannot be possession but there can be possession without full and exact knowledge. This is recognized in the present Drugs Ordinance which provides, by the presumption already cited, that if a man has custody or control of a drug the onus of proving, first that he did not have possession, and secondly that he did not know the nature of the drug, shall be shifted to him.” [30] Justeru itu, adalah menjadi keperluan untuk pihak pendakwaan membuktikan milikan (possession) oleh Tertuduh terhadap Racun tersebut bagi membuktikan pertuduhan yang dikenakan terhadap seseorang Tertuduh. Selanjutnya, sekiranya pihak pendakwaan berjaya berbuat demikian, maka beban akan beralih kepada pihak pembelaan untuk membuktikan sebaliknya. [31] Mahkamah-Mahkamah Atasan telah acapkali dalam beberapa kes, menjelaskan prinsip berkenaan pentakrifan elemen milikan, kawalan, jagaan dan pengetahuan. Dalam erti kata yang lebih ringkas, prinsip milikan (“possession”) adalah berkaitan dengan konsep kawalan, jagaan dan pengetahuan sepertimana yang telah ditakrifkan dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 di mana Thomson J mengupas mengenai elemen milikan (possession) bagi kes-kes jenayah secara amnya: “In my experience there is no question which Magistrates find more difficult to deal with than this question of what amounts to “possession” for the purposes of the criminal law. Much of this difficulty arises from a failure to appreciate that in reality there are two separate questions involved. The first is whether the accused party was in possession of the article in question and the second by reason of the application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit rea is whether he had knowledge of the nature of the thing possessed. “Possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edition, page 304):— “A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so.” [32] Kes ini telah dirujuk dan dipetik oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes tersohor seperti Chan Wei Loon v Public Prosecutor and another appeal [2021] 4 MLJ 660 dan Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 antara lain. [33] Berdasarkan otoriti-otoriti di atas, pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen-elemen berikut bagi membuktikan milikan cecair yang mengandungi Racun tersebut ke atas Tertuduh: i. Samada Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas cecair yang mengandungi Racun tersebut t; ii. Samada Tertuduh mempunyai pengetahuan tentang cecair yang mengandungi Racun tersebut. [34] Pada peringkat ini, Mahkamah percaya adalah penting untuk dihuraikan pentakrifan “exclusive possession” juga memandangkan pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tiada keperluan ke atas pihak pendakwaan untuk membuktikan pemilikan eksklusif dalam kes melibatkan dadah atau racun dengan merujuk kepada kes PP v. Denish Madhavan [2009] 2 MLJ 194. [35] Dalam kes tersebut, penting untuk diberikan perhatian terhadap pemakaian konsep pemilikan ekslusif dan oleh itu, perlu dipertimbangkan panduan yang diperjelaskan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Aziz Mohamad seperti berikut: “The idea of exclusivity features in the meaning of ‘possession’ in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg [1956] MLJ 28: …It is often said that ‘possession must be exclusive’. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that ‘possession must be exclusive’ is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions. Thomson J in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that ‘possession’ for the purposes of criminal law involves possession itself – which some authorities term ‘custody’ or ‘control’ – and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen’s Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.” [penekanan ditambah] [36] Petikan di atas, jika dihalusi secara keseluruhannya, membawa makna bahawa pada asasnya, penghakiman di dalam kes Denish Madhavan [supra] tidak menghapuskan unsur 'eksklusiviti'. Sebaliknya, unsur pemilikan eksklusif boleh dibuktikan apabila pemilik mempunyai kuasa untuk mengecualikan orang lain daripada premis atau sesuatu barang di mana sesuatu barang salah dijumpai, tidak kira sama ada milikan tersebut adalah bersama ataupun tidak. [37] Prinsip ini ditekankan selanjutnya oleh Mahkamah Persekutuan dalam Siew Yoke Keong v. Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 630, seperti berikut: “So, in our judgment in the circumstances of this case, the presence of the ladies clothing (two female upper garments and two pairs of female jeans) along with male clothing in the third room of the first house does not mean that no possession was established against Siew. The crucial question is whether Siew was so situated with respect to the proscribed drugs found in the second and third rooms of the first house that he had the power to deal with the drugs as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. In other words, Siew must be so situated that he can deal with the proscribed drugs as if it belonged to him, and it must be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so (he had animus possidendi). [penekanan ditambah] [38] Berdasarkan petikan di atas, dapat kita perhatikan bahawa Mahkamah Persekutuan telah menekankan keperluan untuk dadah itu dikendalikan oleh pemilik sesuatu premis/barang dengan pengecualian semua yang lain. Bagi mengesahkan bahawa penglibatan orang lain dikecualikan, adalah wajar untuk membuktikan bahawa hanya Tertuduh mempunyai akses eksklusif ke tapak di mana dadah atau sesuatu barang salah ditemui. Rujukan juga dibuat kepada kes Chan Wei Loon v Public Prosecutor and another appeal [2021] 4 MLJ 660 di mana prinsip yang sama juga diketengahkan. [39] Maka berdasarkan autoriti-autoriti tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa ia menjadi keperluan untuk mengecualikan individu lain daripada akses ke tempat di mana dadah atau barang salah itu ditemui bagi pihak pendakwaan membuktikan elemen jagaan, kawalan atau pemilikan. [40] Dalam erti kata yang lebih komprehensif, bagi membuktikan elemen ‘milikan’ ini, adalah penting dalam kes ini untuk pihak pendakwaan membuktikan bahawa hanya kedua-dua Tertuduh mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan terhadap Racun tersebut yang dikatakan dijumpai dalam milikan mereka dengan niat bersama di premis kedai bernama Kedai Makanan Nasi Kukus Pantai Timur Resepi Tokma tersebut. [41] Maka berpandukan kepada nas undang-undang yang dikupaskan di atas, Mahkamah ini kemudiannya membuat penganalisisan terhadap keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan. Akses Kepada Premis, Bahagian Dapur dan Peti Ais [42] Dalam mencapai satu kesimpulan sama ada satu kes prima facie telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini merujuk dan mengikuti panduan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [supra] secara teliti dengan menggunapakai ujian penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan pihak pendakwaan termasuk ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dan saksi-saksi yang dipanggil serta penilaian ke atas pembelaan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan. [43] Dalam kes semasa, satu fakta yang tidak dinafikan oleh mana-mana pihak adalah bahawa 2 botol Mountain Dew yang terkandung cecair (P4A dan P4B) yang mengandungi racun jenis Mitragynine dan Caffeine itu dijumpai di dalam peti ais yang terletak di bahagian belakang kedai, khususnya bahagian dapur kedai tersebut. Fakta ini disokong oleh keterangan Pegawai Serbuan (SP4) dan juga Pegawai Penyiasat (P6) dan tidak disangkal oleh pihak pembelaan. [44] Pada masa yang sama, saksi-saksi pendakwaan telah mengesahkan bahawa bahagian dapur ini agak terbuka kepada akses bukan sahaja pekerja-pekerja di Kedai Makanan Nasi Kukus Pantai Timur Resepi Tokma malah kepada ramai orang yang datang ke premis tersebut. Ramai orang ini termasuk pelajar-pelajar universiti, pelanggan-pelanggan biasa, keluarga yang tinggal di tingkat 1 premis dan juga pembekal-pembekal yang datang ke kedai tersebut. [45] Tambahan pula, saksi-saksi pendakwaan juga mengesahkan bahawa bukan sahaja bahagian dapur, malah peti ais yang terletak di bahagian dapur itu juga adalah tidak dikunci dan sesiapa yang ada di bahagian dapur boleh membuka peti ais tersebut ataupun akan ada akses kepada peti ais yang mengandungi barang kes tersebut. Bahagian keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan yang menyokong fakta tersebut dirujuk seperti di bawah: KETERANGAN SP2 PADA 25 MAC 2024 PEMERIKSAAN UTAMA SP2 19. TPR: Puan rujuk gambar O dan P. Apa kegunaan peti ais tersebut? SP2: Letak barang-barang memasak seperti sos, kicap, bawang. Barang-barang masak. 20. TPR: Boleh puan beritahu siapa yang ada akses kepada freezer dan peti ais tersebut? SP2: Benda ini tak berkunci. Maksudnya siapa yang ada dekat dapur boleh akses PEMERIKSAAN BALAS SP2 6. PB: Adakah puan tahu tingkat 1 dan 2 ada orang-orang kerja ke, orang awam atau student-student sewa? SP2: Tingkat 1 family, tingkat 2 masa tu rumah pekerja 7. PB: Daripada situ saya katakan adakah puan tahu atau setuju pekerja-pekerja dari tingkat atas iaitu tingkat 2 dan yang keluarga tinggal di tingkat 1 juga ada akses dan datang ke kedai selalu? SP2: Ada 8. PB: Sekarang saya rujuk kepada puan gambar ID6(L, M, N). Tadi puan ada maklum Mahkamah ini adalah dapur dan juga di mana terdapat dalam gambar M dan N ada 3 item iaitu peti ais, ais box dan freezer. Kedudukan peti ais adakah dalam kawasan ruang dapur? SP2: Setuju. Betul puan. 9. PB: Dalam gambar ini adakah puan tahu kedudukan tandas dan bilik air? Adakah dalam kawasan berdekatan dengan dapur? SP2: Berdekatan dengan dapur 10. PB: Setuju dengan saya puan, pelanggan-pelanggan yang datang ke kedai itu sekiranya mereka hendak gunakan bilik air mereka boleh gunakan? SP2: Boleh 11. PB: Apabila mereka hendak gunakan bilik air mereka yang ada di hadapan kedai hendaklah memasuki ruang bilik dapur untuk memasuki ke bilik air di ruangan tepi dapur? SP2: Ada 2 bilik air. 1 bahagian luar dan 1 bahagian dapur. Kalau yang luar ada orang atau berkunci dia orang akan masuk ke dapur dan guna yang bahagian dapur 12. PB: Begitu juga pekerja-pekerja yang membantu dalam perniagaan ini dan semua orang yang berkenaan termasuk majikan mempunyai akses kepada keseluruhan bahagian depan, bahagian dapur, bilik-bilik air dan juga bahagian belakang dapur? SP2: Setuju ........................................................ 27. PB: Secara am untuk kes ini setuju dengan saya puan majikan, pekerja kedai ini (Ika, Zulhilmi, Hairuddin) termasuk semua pelanggan yang pergi ke kedai itu mempunyai akses untuk memasuki kedai ini di ruang hadapan tempat makan, ruang dapur, bilik-bilik air dan juga pintu belakang kedai ini? SP2: Setuju 28. PB: Sekarang saya rujuk saksi kepada gambar M, N, O, P. Dalam gambar-gambar ini ada 3 item yang puan beritahu iaitu, ais box, peti ais dan juga freezer. Kesemua ini tidak berkunci? SP2: Setuju 29. PB: Secara am siapa-siapa juga yang ada akses kepada dapur ini boleh buka atau pun mempunyai akses kepada ketiga-tiga item tadi? SP2: Setuju 30. PB: Tadi masa puan DPP soal puan ada beritahu siapa yang akan buka pintu dulu dan puan kata rotation. Sekiranya Ika datang dulu dia yang buka kedai? SP2: Betul 31. PB: Pekerja lain seperti Khairuddin atau pun Zulhilmi belum sampai maka Ika mempunyai akses ke atas semua dalam kedai termasuk 3 item itu? SP2: Setuju 32. PB: Begitu juga vice versa sekiranya Zulhilmi yang datang dulu dia juga dalam keadaan sama mempunyai akses kepada semua tempat ini? SP2: Ya, setuju 33. PB: Maka dalam keadaan itu oleh kerana semua pekerja mempunyai akses kita sukar untuk memastikan apakah barang-barang yang diletak atau pun dikeluarkan oleh siapa khususnya dalam gambar ID6M iaitu peti ais, ais box dan juga freezer di mana saya khususkan peti ais dalam gambar O dan P? SP2: Setuju KETERANGAN SP3 PADA 25 MAC 2024 PEMERIKSAAN UTAMA SP3 20. TPR: Siapa yang boleh akses ataupun buka peti ais kecil? SP3: Semua boleh akses 21. TPR: Boleh puan jelaskan semua boleh akses tu siapa? SP3: Semua yang ada di kedai. Majikan ke, pekerja ke atau sesiapa yang datang ke kedai [46] Daripada keterangan-keterangan di atas, dapatlah dilihat bahawa saksi-saksi pendakwaan ini telah mengesahkan bahawa orang ramai tersebut boleh melalui mana-mana pintu daripada depan hinggalah melalui pintu belakang untuk masuk ke premis tersebut. Hal ini disebabkan semua pintu di premis itu adalah dalam keadaan terbuka semasa waktu perniagaan dan orang ramai boleh masuk melalui mana-mana pintu yang mereka dikehendaki. [47] Lebih menarik lagi, keterangan SP5 yang menyatakan bahawa pembekal, rakan-rakan yang rapat yang datang ke premis tersebut juga akan memasuki bahagian dapur, dan akan membuat minuman sendiri di dapur disebabkan mereka adalah kenalan dengan pekerja-pekerja yang kerja di premis tersebut. KETERANGAN SP5 PADA 18 FEBRUARI 2025 PEMERIKSAAN UTAMA SP5 21. TPR: Rujuk gambar O dan P tadi, gambar terakhir tadi, boleh encik beritahu kegunaan chiller ini untuk apa? SP5: Chiller ini biasa kitorang akan pakai untuk simpan barang-barang masak, macam sayur-sayur, macam botol-botol, barang masak lah, macam botol kicap macam tu lah. 22. TPR: Boleh encik beritahu siapa yang boleh akses chiller ini? SP5: Chiller ini saya rasa staf semua boleh akses, lepas tu biasa kitorang punya supplier pun ramai juga, rakan-rakan pun ramai. Yang rapat itu kalau datang kedai diorang akan masuk dapur buat air sendiri apa semua. Lepas itu supplier pun kitorang punya kenalan juga. Jadi kalau diorang datang memang kitorang suruh layan diri je lah. PEMERIKSAAN BALAS SP5 19. PB: Tadi masa Puan DPP soal, kamu beritahu bahawa di dapur ini banyak barang masak, supplier yang datang hantar barang juga mereka pasal kamu sudah kenal mereka, mereka juga bebas bergerak dalam dapur? SP5: Ya betul 20. PB: So setuju dengan saya, supplier-supplier ini, termasuklah supplier yang hantar barang mentah seperti daging, sayur, bahan masakan dan juga apa-apa minuman? SP5: Betul 21. PB: Supplier yang masuk ke dalam dapur ini, setuju dengan saya, barang-barang yang dibawa ke kedai, seperti di lain kedai saya ada lihat, dia yang akan bawa dan susun barang dalam freezer dan chiller? Setuju? SP5: Ya 22. PB: Maka dalam keadaan itu juga, kamu ke, abang kamu, iaitu Norfaisal ke, Hairudin ke, Ika ke, atau lain pekerja, mereka takkan tumpukan perhatian pada apa yang supplier buat? Ini amalan biasa mereka susun barang semua? SP5: Ya setuju 23. PB: Selanjutnya kamu kata, ramai yang datang ke dapur masak, sediakan air dengan sendiri kerana mereka sudah kenal dan mereka bebas gerak dalam dapur? Setuju atau tidak? SP5: Setuju 24. PB: Masa mereka datang ke dapur, mereka buat air, mereka juga bebas lah nak ambil apa-apa dari chiller ke apa kerana mereka bebas? SP5: Betul 25. PB: Orang ramai yang awak kata itu, adakah mereka antaranya pelanggan-pelanggan kedai, kawan-kawan kamu dan kawan-kawan kedai yang selalu datang ke kedai itu? SP5: Kawan-kawan pun ada, pelanggan yang selalu datang pun ada 26. PB: Dalam situasi itu, oleh kerana masa pelanggan datang, supplier datang, you dan Hairudin dan lain-lain sibuk dalam kerja kamu. Sekiranya kalau mereka bawa air, botol kepunyaan mereka sendiri, mereka tumpang dalam freezer ke, adakah kamu atau pekerja lain di dapur akan ambil perhatian ke ambil tahu ke atau sibuk dengan kerja kamu? SP5: Memang tak tahu [48] Melalui keterangan-keterangan SP5 ini, dapat dilihat juga bahawa beliau mengesahkan bahawa jika pembekal membawa barangan bekalan (supply) untuk kedai tersebut, mereka sendiri akan membuka peti ais dan meletakkan barang-barang tersebut. Pembekal-pembekal yang dikatakan agak rapat itu juga pada kebiasaannya akan membuat minuman mereka sendiri termasuk meletakkan minuman-minuman dalam peti sejuk tersebut. Ini bermakna mereka bebas bergerak di bahagian dapur dan juga bebas untuk membuka peti ais dan menggunakan barang-barang yang terletak di dalamnya, di samping meletakkan barang-barang mereka sendiri dalam peti ais tersebut. [49] Dalam keadaan sebegitu, kandungan minuman yang digunakan oleh pembekal-pembekal atau rakan-rakan yang rapat tersebut juga kemungkinan tidak diketahui oleh Tertuduh-Tertuduh, termasuk cecair yang diletakkan dalam botol P4A dan P4B yang mengandungi Racun tersebut, seperti yang dihujahkan oleh pihak pembelaan di mana Mahkamah ini menerima penghujahan tersebut. [50] Tambahan pula, tiada sebarang keterangan yang diberikan oleh mana-mana saksi pendakwaan bahawa hanya OKT 1 dan OKT 2 yang mempunyai akses dan kawalan kepada peti ais tersebut. Sebaliknya, keterangan-keterangan mereka terarah kepada satu inferens, bahawa ramai orang lain selain daripada OKT 1 dan OKT 2 yang boleh menggunakan peti ais tersebut juga. [51] Dalam situasi sebegini, Mahkamah ini berpendapat bahawa akses kepada Kedai Makanan Nasi Kukus Pantai Timur Resepi Tokma, bahagian dapur premis ini dan juga peti ais yang mengandungi barang kes adalah terbuka kepada ramai seperti yang disahkan oleh saksi-saksi pendakwaan. Akses Kepada Kunci Premis [52] Satu lagi fakta yang jelas terbukti dalam kes ini adalah bahawa pekerja-pekerja kedai tersebut mempunyai satu amalan iaitu meletakkan satu set kunci yang lengkap di bawah tayar sebuah kereta Wira (dengan no pendaftaran JDB 7222) yang diletakkan di luar premis. Daripada keterangan saksi-saksi pendakwaan khususnya pekerja-pekerja (dan bekas pekerja) kedai tersebut termasuk SP2, iaitu isteri OKT yang juga mengesahkan perkara ini, amalan ini dipraktikkan bagi membolehkan pekerja yang datang awal untuk membuka kedai dan untuk membuat persediaan pada waktu pagi itu. [53] Pihak pendakwaan yang menyedari perkara ini sejak daripada awal kes ini lagi, telah membantu Mahkamah dengan menyediakan satu set gambar yang menunjukkan tempat letak kunci premis tersebut, iaitu P7(A-Q). [54] Menurut SP2, SP3 dan juga SP5, pekerja yang terakhir untuk meninggalkan kedai pada waktu malam selepas kerja akan meletakkan kunci di bawah tayar kereta tersebut yang sentiasa diletakkan di luar kedai, secara khususnya di hadapan kedai tersebut. Semasa disoal dengan lebih lanjut oleh peguambela OKT berkenaan perkara ini, saksi-saksi ini mengakui bahawa pekerja-pekerja (termasuk bekas pekerja yang sudah berhenti bekerja dari kedai tersebut) dan sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan berkenaan tempat letak kunci kedai ini boleh mengambil kunci tersebut dan memasuki kedai tersebut bagi apa tujuan sekalipun. KETERANGAN SP2 PADA 25 MAC 2024 PEMERIKSAAN BALAS SP2 38. PB: Puan tahu mana kunci itu diletak atau tidak tahu? SP2: Dekat atas tayar kereta 39. PB: Biasa atas tayar kereta dalam bangunan atau luar bangunan? SP2: Luar 40. PB: Siapa-siapa yang tahu boleh ambil kunci atas tayar kereta dan buka bangunan kedai itu dalam gambar ID6A dari depan ke belakang, setuju? SP2: Setuju 41. PB: 1 lagi set siapa pegang? SP2: Majikan 42. PB: Tahu nama dia? SP2: Zulhilmi 43. PB: Tadi kata 1 set kunci letak di atas tayar kereta di luar kedai? SP2: Di luar kedai 44. PB: Bila letak kunci di atas tayar kereta luar kedai dan siapa yang letak? SP2: Suami dengan Zulhilmi selepas selesai masak dan kemas semua dalam pukul 10-10.30 malam 45. PB: Bila selesai semua suami atau Zulhilmi bersama pekerja ke? SP2: Pekerja tak. Pekerja sampai pukul 7 46. PB: Lepas kemas, kunci bangunan dan lepas letak kunci atas tayar kereta, bila kunci akan diambil dan oleh siapa? SP2: Esok oleh pekerja 47. PB: Kalau macam itu selepas suami atau Zulhilmi letak kunci atas tayar kereta sampai esok pukul 9 pagi kunci ada di atas tayar kereta di luar bangunan ke? 48. PB: Dalam pukul 10 malam sampai 9 pagi pekerja-pekerja atau siapa-siapa yang ada pengetahuan kunci ada di atas tayar kereta boleh ambil dan buka kedai dan masuk? 49. PB: Semua pekerja masa itu, masa kejadian ada pengetahuan tentang kunci di atas tayar? 50. PB: Itu adalah amalan dan pengetahuan semua orang majikan dan pekerja lah? KETERANGAN SP3 PADA 17 FEBRUARI 2025 PEMERIKSAAN UTAMA SP3 13. TPR: Kedai tersebut mempunyai berapa kunci? SP3: Dua 14. TPR: Siapa yang pegang kunci-kunci tersebut? SP3: Saya tak pasti siapa yang memegang. Kalau ikut giliran kunci ada di kereta 15. TPR: Boleh puan beritahu berapa kunci yang ada di kereta? SP3: 1 je lah. Kunci kedai 16. TPR: Kereta tersebut diletakkan di mana? SP3: Di hadapan kedai PEMERIKSAAN BALAS SP3 8. PB: Dalam keterangan yang dahulu, antara lain, kalau tak silap saya, puan ada bagitahu kunci kepada bangunan ini yang puan cam dalam gambar ID6, tempat puan kerja, kunci kepada bangunan itu ada di kereta dan kereta diletakkan di hadapan kedai, setuju? Masa Puan DPP soal. 9. PB: Puan ada cam gambar ID7, (ID7 dirujuk kepada saksi), puan beritahu masa DPP soal, kunci untuk masuk ke kedai ini dan buka kedai, disimpan di kereta yang diletakkan di hadapan kedai? 10. PB: Puan rujuk gambar itu, adakah ini kereta yang puan maksudkan, dalam gambar ini? 11. PB: Kereta ini ada di luar bangunan? 12. PB: So bila puan atau Hairudin datang kerja pagi atau lain-lain pekerja untuk buka kedai itu, mereka akan ambil kunci daripada kereta ini? 13. PB: Daripada gambar-gambar ini, boleh secara khususnya nyatakan dekat mana gambar diletak dalam kereta? Dalam ke luar ke, bawah tayar ke? SP3: Boleh rujuk gambar F 14. PB: Kalau kita lihat gambar F, boleh nampak kunci di sana? SP3: Boleh 15. PB: Adakah kunci ini yang puan maksudkan untuk buka kedai itu? NOTA KETERANGAN SP5 PADA 18 FEBRUARI 2025 PEMERIKSAAN UTAMA 17. TPR: Encik masih ingat kedai tersebut mempunyai berapa kunci? SP5: Kedai itu tak salah saya ada 2 kunci. 18. TPR: Siapa yang pegang kunci tersebut? SP5: Kunci itu malam-malam satu, owner kedai pegang, abang saya itu. Lagi satu malam-malam lepas saya selesai kerja, saya letak dekat satu tempat, pagi-pagi staf perempuan itu datang ambil untuk buka kedai itu. Biasanya saya akan letak dekat kedai itu ada satu kereta lama yang tak pakai, biasa kunci saya letak dekat atas tayar itu, staf itu akan tahu lah. Pagi-pagi saya takde lagi dia akan datang dan buka kedai itu lah PEMERIKSAAN BALAS SP5 41. PB: Sekarang kita pergi kepada kunci. Rujuk gambar ID7, secara keseluruhan A-Q, Setuju dengan saya, ini adalah gambar kereta di hadapan bangunan kedai di mana kamu kerja? SP5: Betul 42. PB: Dan kereta yang kamu katakan tadi selalunya ada siang dan malam? SP5: Betul 43. PB: Rujuk gambar F dan L, kita jelas nampak kunci diletak di bawah tayar, betul? SP5: Betul 44. PB: Gambar ID8, gambar kunci, A dan B, dan C. Adakah kunci dalam gambar A, B, C, satu rangkai kunci yang ada tag warna merah adalah sama dengan kunci di dalam ID7 gambar F dan L? SP5: Betul 45. PB: So dengan kunci ini, siapa-siapa yang tahu kunci itu ada di sana boleh pergi buka kedai itu dengan kunci? SP5: Betul .... 50. PB: So sekiranya lepas pukul 10 malam 11 malam kunci itu diletakkan di sana, kunci itu akan ada di sana sampai pukul 7 pagi besoknya masa Ika datang? SP5: Betul 51. PB: So sekiranya siapa-siapa yang tahu kunci itu ada di sana, waktu malam siapa-siapa yang ambil kunci itu, buka kedai itu, masuk ke kedai dan buat sesuatu, tiada halangan? SP5: Tiada 52. PB: Adakah awak akan tahu sekiranya siapa akan masuk malam sampai 7 pagi siapa-siapa masuk dan mengambil minuman atau letakkan apa-apa dalam kedai awak akan tak tahu? SP5: Tak tahu [55] Perkara ini juga disahkan dan dipersetujui oleh SP6, iaitu Pegawai Penyiasat kes ini juga. NOTA KETERANGAN SP6 PADA 18 FEBRUARI 2025 PEMERIKSAAN BALAS SP6 41. PB: Setuju, kunci ini kunci yang ada dalam gambar ini, yang kamu cam di ID8(A, B, C), segumpal kunci ini adalah mencukupi untuk membuka bangunan ini oleh siapa-siapa untuk memasuki dalam? 42. PB: Oleh itu, siapa-siapa yang tahu kunci itu ada di sana waktu malam, ataupun hari-hari kedai itu tak buka, sekiranya mereka nak masuk dalam kedai itu untuk melakukan sesuatu, apa kita tak tahu, mereka boleh masuk tanpa pecah masuk ke dalam kedai itu? SP6: Setuju 43. PB: So dalam keadaan itu, akses kepada kedai itu dengan beradanya kunci itu adalah terdedah bukan sahaja kepada pekerja kedai itu, bukan sahaja tuanpunya itu, malah kepada orang awam yang nampak kunci selalu diletakkan di situ? SP6: Setuju [56] Maka sekiranya dianalisa keterangan-keterangan saksi pendakwaan ini secara penilaian maksima, ia membawa kepada satu inferens bahawa sesiapa juga yang mempunyai pengetahuan (termasuk bekas pekerja dan orang awam yang pernah mengetahui amalan ini) mengenai keberadaan kunci premis tersebut, boleh mengambil kunci dari bawah tayar kereta tersebut dan membuka kedai dari depan ke belakang pada bila-bila masa. Ini juga sekaligus membuka akses keseluruhan kedai tersebut termasuk bahagian dapur dan peti ais di mana barang kes dijumpai. [57] Dalam keadaan sebegini, Mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan pengecualian kehadiran mana-mana pihak lain untuk mengakses keseluruhan kedai tersebut, bahagian dapur mahupun peti ais yang mengandungi barang kes tersebut dan juga menunjukkan bahawa hanya Tertuduh Pertama dan Kedua yang mempunyai kawalan dan milikan barang kes yang dijumpai di peti ais tersebut. Siasatan Pegawai Penyiasat dan Nexus Link Antara Tertuduh-Tertuduh dengan Barang Kes [58] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa keputusan sesuatu perbicaraan sedikit sebanyak bergantung kepada bukti dan keterangan yang diperolehi melalui siasatan yang dilakukan oleh pegawai penyiasat. Atas beban itu, adalah penting bagi pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan yang teliti dengan mengumpul semua bukti material bagi menutup sebarang keraguan dan kelompangan secara adil yang bukan hanya memihak kepada pendakwaan tetapi juga kepada tertuduh. [59] Kepentingan berhubung dengan penyiasatan menyeluruh oleh pegawai penyiasat ini telah diperjelas dalam kes Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1, di mana Alauddin PMR (pada ketika itu) seperti yang berikut: “Before parting with the case, it is necessary to state that from the facts and circumstances of this appeal it would appear to us that the investigation had been somewhat shoddy. Undoubtedly, heinous crimes are committed under great secrecy and that investigation of a crime is a difficult and tedious task. At the same time the life and personal liberty of a citizen is a precious one guaranteed by art 5 of the Federal Constitution and its deprivation shall be only in accordance with law. Thus, before accusing an innocent person of the commission of a grave crime like the one punishable under s 302 of the PC, an honest, sincere and dispassionate investigation has to be made and to feel sure that the person suspected of the crime alone was responsible to commit the offence. Therefore, greater care and circumspection are needed by the investigating agency in this regard.” [60] Fakta kes pendakwaan jelas menunjukkan bahawa kedua-dua Tertuduh dalam kes ini ditahan kerana berada di dalam kedai tersebut semasa serbuan dilakukan oleh pihak polis yang menjumpai barang kes di dalam peti sejuk di bahagian dapur kedai tersebut. Atas sebab itu juga, kedua-dua Tertuduh dikenakan pertuduhan sepertimana dalam kes ini. [61] Namun demikian, pihak pendakwaan juga menanggung beban untuk membuktikan kaitan (nexus link) antara barang kes yang dijumpai dengan kedua-dua Tertuduh ini. Perkara ini penting khususnya dalam kes ini di mana terdapat dua Tertuduh yang didapati berada dalam premis yang diserbu tersebut. [62] Berkenaan dengan isu ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Tukiman bin Demin [2008] 8 CLJ 856 di mana HMT Zawawi Salleh (pada ketika itu) dalam menekankan kepentingan nexus link terhadap barang kes dalam keadaan di mana sesuatu premis adalah juga terbuka kepada ramai orang memutuskan seperti berikut: 21.4 The drugs were not found on the accused but in the room to which several persons have equal access. The presence of SP7, SP10 and Samiun bin Mohd Dah and other bachelors ("budak-budak bujang") in the house, raise some doubts as to whether it could be said affirmatively that the drugs were in the possession of the accused or either one of them or all of them are in joint possession of the said drugs. Where possession is not clear, as in the present case, when the offending drugs may be attributed to more than one individual, possession requires some nexus, link, or other connection between the accused and the offending drugs. In this case, there is no evidence of additional incriminating circumstances implicating the accused such as finger prints, incriminating statements, efforts to avoid arrest or the offending drugs were concealed in any portion of the room. The bare-bones of the prosecution case is the contraband was found in the accused's room. Under the circumstances, the prosecution's case is barren of establishing linking or demonstrating a nexus between the accused and the offending drugs. [63] Seperti dalam kes PP v Tukiman bin Demin [supra] di atas, dalam kes semasa di hadapan Mahkamah ini, cecair yang mengandungi Racun tersebut juga tidak dijumpai pada mana-mana Tertuduh, tetapi di dalam kedai, khususnya dalam sebuah peti sejuk tidak berkunci yang terletak di bahagian dapur kedai tersebut. Pada masa yang sama, dibuktikan juga bahawa pekerja-pekerja lain mahupun orang lain (seperti yang dihuraikan sebelum ini) mempunyai akses yang sama dengan Tertuduh-Tertuduh. [64] Maka, siasatan yang lebih terperinci perlu dilakukan oleh Pegawai Penyiasat bagi memastikan secara tentu (affirmative) samada dadah itu berada dalam milikan seorang tertuduh; atau salah seorang daripada mereka; atau kedua-dua Tertuduh tersebut berada dalam pemilikan bersama dadah tersebut. [65] Lebih-lebih lagi dalam kes ini, Pegawai Penyiasat sendiri sedar bahawa akses terhadap keseluruhan kedai tersebut, bahagian dapur dan peti sejuk yang mengandungi barang kes adalah agak terbuka kepada ramai orang dan bukan sahaja terhad kepada kedua-dua Tertuduh itu sahaja. [66] Kendatipun demikian, Mahkamah ini berpendapat bahawa satu siasatan yang tidak menyeluruh dilakukan oleh Pegawai Penyiasat. Hal ini termasuk kegagalan beliau dalam menghantar barang kes, khususnya botol P4A dan P4B untuk fingerprint dusting untuk mengesan cap jari atau swab DNA. [67] Sememangnya Mahkamah ini mengambil iktibar daripada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam PP v. Mansor Md Rasid & Anor [1996] 3 MLJ 560; [1997] 1 CLJ 233 yang memutuskan bahawa bukti cap jari (fingerprint evidence) adalah hanya bersifat menyokong semata-mata (corroborative in nature) dalam kes-kes di mana Tertuduh ditangkap bersama dadah dan kegagalan mengambil bukti cap jari tidak menjejaskan kes pendakwaan (tidak fatal). Namun demikian, keperluan bukti cap jari adalah berbeza mengikut setiap keadaan kes. [68] Perkara ini ditekankan oleh YA Abang Iskandar JC (pada ketika itu) dalam Public Prosecutor v Khairuddin bin Ismail [2015] 5 MLJevi 229 seperti berikut: [36] Quite apart from that, the forensic expert on fingerprinting called by the prosecution had testified that the no decent fingerprints could be lifted from the exhibits which could usefully be analysed to determine its origin, let alone establishing the OKT’s fingerprints on the seized items. The significance of fingerprint evidence must vary according to the circumstances in each case. As could be readily seen in the case of Public Prosecutor v Mansor bin Abdul Rashid & anor [1996] 3 MLJ 560 where the accused person was caught red-handed with the impugned drugs, such forensic evidence may well take a backseat, but in cases where the nexus between the accused person and the contraband items seized needed to be established in order to found possession with mens rea, such as in this case, the absence of the OKT’s fingerprints on the seized items must necessarily be concluded as favouring the OKT, namely he had nothing to do with it. As such, the absence of positive evidence of fingerprint traceable to the OKT in this case had, to my mind further weaken the prosecution’s case in terms of establishing the essential fact that the OKT had had control of the impugned drugs found on top of the ceiling. [penekanan ditambah] [69] Selanjutnya, Mahkamah Rayuan dalam Legentheraj a/l Asogan v Public Prosecutor and another appeal [2023] MLJU 343 memutuskan bahawa: [41] The fact that the unit was rented by many personal who can go in and out without any control and supervision should not be taken for granted, Besides, there is no fingerprint analysis been conducted by the police with regard to the drugs seized which in our opinion such analysis is very important to show the nexus of the drugs with the Appellant and that will help the prosecution case in eliminating the possibility of access by others to the place of discovery especially in the present case whereby at the time the Appellant was arrested, there are other two Arabs who was also been arrested at the Unit and this fact was corroborated with the evidence from SP7 and the arrest report. [70] Fakta kes dalam kes Legentharaj di atas boleh dikaitkan dengan kes semasa di hadapan Mahkamah ini di mana premis Kedai Makanan Nasi Kukus Pantai Timur Resepi Tokma ini juga diakses oleh ramai orang seperti yang telah dikupas di atas. Atas sebab itu juga, Mahkamah ini percaya bahawa pengambilan bukti cap jari akan dapat mengesahkan samada kedua-dua Tertuduh mempunyai kaitan (nexus link) terhadap barang kes P4A dan P4B tersebut; atau pada masa yang sama, menolak sebarang anggapan bahawa OKT 1 dan/atau OKT 2 ada pada bila-bila masa menyentuh atau mengendalikan barang kes tersebut, seperti yang dihujahkan oleh pihak pembelaan. [71] Walhal perkara ini dipersetujui oleh SP6 sendiri: NOTA KETERANGAN SP6 PADA 18 FEBRUARI 2025 PEMERIKSAAN BALAS SP6 52. PB: Sebelum kamu hantar ke Jabatan Kimia, ada tak kamu hantar untuk dusting fingerprint ataupun mengambil swab pada botol itu untuk mengesan capjari siapa yang pegang botol itu, dan juga untuk mengesan swab mendapatkan DNA siapa yang ada sentuh botol ini? Ada buat? SP6: Tiada 53. PB: So oleh kerana kamu tak buat siasatan ini, kamu tak boleh pasti di Mahkamah ini bahawa atas botol ini ada cap jari ke, swab DNA kepunyaan orang lain ke, siapa-siapa dalam premis ini? 54. PB: Saya soal tentang cap jari, jawapan focus itu sahaja ya. Oleh kerana kegagalan kamu tak buat cap jari atau DNA, kamu tidaklah dapat mengecualikan (rule out) botol ini ada disentuh oleh Ika ke lain pekerja ke siapa-siapa, kamu tak boleh kecualikan? 55. PB: Kalau ada buat, kalau cap jari mereka atau swab mereka tiada di botol, sekurang-kurangnya siasatan kamu akan menunjukkan kedua-dua mereka tak sentuh botol itu, kalau ada buat? SP6: Setuju [72] Oleh hal yang demikian, Mahkamah ini percaya bahawa siasatan yang tidak menyeluruh yang dilakukan oleh SP6 tidak dapat membuktikan satu kaitan (nexus link) antara kedua-dua Tertuduh dengan barang kes di mana ini secara jelasnya berpihak kepada Tertuduh-Tertuduh. Niat Bersama Tertuduh-Tertuduh Dalam Milikan Barang Kes [73] Dalam kes semasa, pertuduhan terhadap kedua-dua Tertuduh adalah berkenaan dengan niat bersama. Bermakna, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa cecair yang mengandungi racun tersebut (barang kes) berada dalam milikan kedua-dua Tertuduh dengan niat bersama. [74] Prinsip undang-undang berkenaan dengan elemen ‘niat bersama’ ini telah dirumuskan oleh YAA Richard Malanjum (CJ Sabah dan Sarawak) dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Krishna Rao a/l Gurumurthi v Pendakwa Raya [2009] 3 MLJ 643 seperti berikut: It is settled law that section 34 is a rule of evidence and does not create a substantive offence. Simply put it is a statutory recognition to the common sense principle that if more than two persons intentionally do a thing jointly it is just the same as if each of them had done it individually. It is an embodiment of the concept of joint liability in doing the criminal act based on common intention. Hence, an accused person is made responsible for the ultimate criminal act done by several persons in furtherance of the common intention of all irrespective of the role he played in the perpetration of the offence. The section does not envisage the separate act by all the accused persons for becoming responsible for the ultimate criminal act. The existence of a common intention is a question of fact in each case to be proved mainly as a matter of inference from the circumstances of the case. It has been said that as common intention essentially being a state of mind direct evidence as proof is difficult to procure. Invariably inferences have to be relied upon arising from such acts or conduct of the accused, the manner in which the accused arrived at the scene, the nature of injury caused by one or some of them or such other relevant circumstances available. Indeed the totality of the circumstances must be taken into consideration in arriving at a conclusion whether there was common intention to commit the offence for which the accused can be convicted. The facts and circumstances of each case may vary. As such each case has to be decided based on the facts involved. Whether an act is in furtherance of the common intention is an incident of fact and not of law. For a charge premised on common intention to succeed it is essential for the Prosecution to establish by evidence, direct or circumstantial, that there was a plan or meeting of mind of all the accused persons to commit the offence for which they are charged with the aid of section 34 notwithstanding that it was pre-arranged or on the spur of the moment provided that it must necessarily be before the commission of the offence. [75] Mahkamah juga merujuk kepada nas kes Mahkamah Rayuan dalam Mohamad Zul Shahril Suhaimi V. Pp & Another Appeal [2017] CLJU 283 seperti berikut: [38] As suggested by high authority, the existence of a common intention is a question of fact to be proved mainly as a matter of inference from the surrounding circumstances of the case. Section 34 of the PC is also intended to make a person liable for the commission of an offence not committed by him, but by another person with whom he shared the common intention. A common intention pre-supposes prior concert, which requires a pre-arranged plan of the accused participating in an offence. Such pre-concert or pre-arranged plan may develop on the spot or during the course of the commission of the offence and common intention can be formed previously or in the course of occurrence of the crime and on a spur of the moment - see Hari Ram v. State of Uttar Pradesh [2004] 3 CR 1523 (Sc); Suresh v. State of Uttar Pradesh, AIE [2001] Sc 1344; (1) Namasiyiam (2) Rajindran (3) Goh Chin Peng And (4) Ng Ah Kiat v. PP [1987] CLJ Rep 241; [1987] 1 CLJ 540; [1987] 2 MLJ 336, Sc. [76] Mengambil panduan daripada prinsip undang-undang seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Atasan seperti dirujuk di atas, Mahkamah ini percaya di dalam kes semasa, tiada sebarang keterangan yang konklusif untuk menunjukkan kewujudan elemen niat bersama antara kedua-dua Tertuduh. [77] Selain daripada fakta bahawa OKT 1 dan OKT 2 ditangkap bersama dalam premis tersebut semasa serbuan, tiada keterangan lain yang menunjukkan kewujudan “pre-arranged plan/mind” antara kedua-dua Tertuduh berkaitan dengan pemilikan racun tersebut. Pada hemat Mahkamah ini, hanya kerana kedua-dua Tertuduh berada bersama dalam kedai tersebut semasa serbuan tidak boleh disimpulkan sebagai satu pra-perancangan (pre-planned) dengan niat yang bersama. [78] Rujukan dibuat kepada kes Songsil Udtoom & Ors v Public Prosecutor [2016] 1 MLJ 41 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: The existence of common intention is a question of fact and it may be proved by direct evidence or by way of inferences from the circumstances of the case or upon proved facts. Having perused the evidence, we opined that the evidence does not support the existence of common intention of them all to commit the offence. Apart from the fact that the appellants were arrested together in the said room, there is a dearth of evidence to link them with the commission of the crime in furtherance of the common intention. The prosecution failed to establish that the appellants have some knowledge that an act may be committed which is consistent with the furtherance of the common intention or would be in furtherance of the common intention. The prosecution must also establish that there was a pre-arranged plan to commit the criminal act of having unlawful possession of the firearms and bullets and the said act was done in concert to that pre-arranged plan. Such planning could develop on the spot or in the course of the commission of the offence. However, we found none of these either through direct evidence or by way of inferences from the circumstances of the case. Being together in the same room without more can hardly be said to constitute a pre-arranged plan. [79] Dalam konteks itu, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa kedua-dua Tertuduh mempunyai niat bersama dalam pemilikan racun tersebut. Samada Pihak Pendakwaan Berjaya Membuktikan Elemen Milikan Terhadap Tertuduh-Tertuduh Dengan Niat Bersama? [80] Dalam kes semasa, sekiranya diteliti secara terperinci kesemua keterangan saksi-saksi pendakwaan, adalah jelas bahawa akses kepada Kedai Makanan Nasi Kukus Pantai Timur Resepi Tokma ini adalah bukan hanya terletak kepada kedua-dua Tertuduh yang dijumpai dalam premis tersebut, tetapi terbuka kepada ramai orang seperti telah dihuraikan sebelum ini. [81] Justeru itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan pengecualian kehadiran mana-mana pihak lain untuk mengakses dapur mahupun peti ais yang mengandungi barang kes tersebut dan juga menunjukkan bahawa hanya Tertuduh Pertama dan Kedua yang mempunyai kawalan dan milikan barang kes yang dijumpai di peti ais tersebut. [82] Benar, hanya kedua-dua Tertuduh berada dalam kedai tersebut semasa serbuan dilakukan oleh SP4 dan anggota serbuan pada 2 Ogos 2021. Namun hanya kerana cecair yang mengandungi Racun tersebut dijumpai di dalam peti sejuk dalam kedai tersebut tidak bermakna bahawa Tertuduh-Tertuduh adalah pemilik pada barang kes tersebut, mahupun mempunyai pengetahuan ataupun kawalan ke atas P4A dan P4B tersebut memandangkan premis tersebut boleh diakses oleh ramai orang selain Tertuduh-Tertuduh. [83] Kedudukan mereka yang dikatakan berhampiran dengan barang kes semasa serbuan tidak boleh menunjukkan bahawa Tertuduh-Tertuduh semestinya mempunyai pengetahuan mengenai kandungan di dalam botol P4A dan P4B yang mengandungi cecair yang mengandungi Racun tersebut. “Proximity does not necessarily constitute possession. - PP v Kang Choo Heng & Anor [1991] 3 CLJ 2574” [84] Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah ini percaya pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bahawa kedua-dua Tertuduh mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan terhadap Racun tersebut yang dijumpai dalam peti sejuk di dalam premis tersebut. Atas sebab tersebut, kedua-dua Tertuduh tidak boleh dikatakan mempunyai milikan ke atas cecair yang mengandungi Racun tersebut, apatah lagi dalam milikan bersama mereka. [85] Oleh kerana tiada jagaan mahupun kawalan ke atas dadah tersebut yang boleh dikaitkan dengan Tertuduh-Tertuduh, pihak pendakwaan juga tidak boleh, dalam keadaan itu, bergantung kepada anggapan pemilikan di bawah peruntukan seksyen 30(4) Akta Racun 1952. Maka, Mahkamah ini mendapati bahawa elemen kedua pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua Tertuduh adalah tidak berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [86] Atas sebab ini juga, Mahkamah ini tidak berhasrat untuk menyentuh satu lagi isu yang diutarakan oleh pihak pembelaan, iaitu berkenaan dengan kehadiran seorang DSP Ng Swie Chait, dalam serbuan yang dikendalikan oleh pihak polis. KESIMPULAN [87] Pada peringkat ini, Mahkamah ini berpandukan kepada kes Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301 seperti berikut: “The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative, then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt, there can be no prima facie case.” [88] Selanjutnya, Mahkamah ini dalam menilai kes ini secara keseluruhan sentiasa berpegang kepada kata-kata hikmat YA Gopal Sri Ram JCA (pada ketika itu) dalam Looi Kow Chai & Anor V Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65 seperti berikut: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidenceto maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.” [89] Atas dasar itu, Mahkamah ini percaya adalah tidak selamat untuk kedua-dua Tertuduh dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut di mana Mahkamah ini tidak bersedia untuk mensabitkan kedua-dua Tertuduh sekiranya pembelaan dipanggil dan mereka memilih untuk berdiam diri. [90] Maka, kedua-dua Tertuduh adalah dengan ini dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. Berdasarkan keputusan ini, Mahkamah juga memerintahkan supaya wang jaminan sejumlah RM3,000 bagi setiap Tertuduh yang telah didepositkan di Mahkamah ini dikembalikan kepada kedua-dua Tertuduh. Bertarikh: 26 Julai 2025 (DHILIP NAIR A/L R.N. ATCHUTHAN) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET SEGAMAT JOHOR DARUL TAKZIM PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwa Raya Puan Nur ‘Aina binti Muhammad Ismail Tadj Timbalan Pendakwa Raya Johor Bagi Pihak Tertuduh En. Subramaniam Nair bersama Swarnamugi Parry dan Karthini Parry Tetuan Maniam Nair & Co. No. 117 , Tingkat Dua, Jalan Genuang, 85000 Segamat Johor KES-KES YANG DIRUJUK: 1. PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457; [2005] MLJU 244 2. Public Prosecutor v Teo Kian Chun & Anor [2018] MLJU 789 3. Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492 4. PP v. Lam San [1991] 3 MLJ 426 5. Tarmizi bin Yacoob & 1 lagi v PP [2006] 6 MLJ 197 6. Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301 7. Khoo Hi Chiang v PP [1994] 1 MLJ 265. 8. Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28 9. Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 10. Chan Wei Loon v Public Prosecutor and another appeal [2021] 4 MLJ 660 11. Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 12. Siew Yoke Keong v. Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 630 13. Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1 14. PP v. Tukiman bin Demin [2008] 8 CLJ 856 15. PP v. Mansor Md Rasid & Anor [1996] 3 MLJ 560; [1997] 1 CLJ 233 16. Public Prosecutor v Khairuddin bin Ismail [2015] 5 MLJevi 229 17. Legentheraj a/l Asogan v Public Prosecutor and another appeal [2023] 18. MLJU 343 19. Krishna Rao a/l Gurumurthi v Pendakwa Raya [2009] 3 MLJ 643 Mohamad Zul Shahril Suhaimi V. Pp & Another Appeal [2017] CLJU 283 20. Songsil Udtoom & Ors v Public Prosecutor [2016] 1 MLJ 41 21. PP v Kang Choo Heng & Anor [1991] 3 CLJ 2574 22. Looi Kow Chai & Anor V Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65 PERUNDANGAN YANG DIRUJUK 1. Akta Racun 1952 (Akta 366) 2. Kanun Keseksaan (Akta 574) 3. Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) 4. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)