(iv) Kedua-dua Tertuduh tidak ada kuasa di bawah undang-undang untuk memiliki, menjaga atau mengawasi dadah tersebut. Pemilikan (possession) [10] Mahkamah telah merujuk kes Mahkamah Rayuan yang telah memberikan garis panduan tentang menentukan “possession” iaitu dengan melibatkan kewujudan elemen fizikal dan mental, iaitu bukan hanya memiliki, tetapi mengetahui kepemilikan itu. Maksudnya, Tertuduh mempunyai keupayaan untuk mengendalikan dadah itu sewajarnya, yang mana boleh dilihat melalui tindakan Tertuduh. Ini kerana, niat seseorang tidak dapat dilihat secara kasar tetapi dapat dilihat melalui keadaan persekitarannya. Ini dijelaskan dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 1 MLJ 237 seperti berikut – “...there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example to have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. …. There may be something in the accused’s behaviour that shows knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say “he must have known what it was”, or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills in the gap in the evidence.” [11] Definisi “milikan” juga telah dibincangkan Taylor J dalam kes Leow Nghee Lim v Reg [1955] CLJU 53, sebagai apa yang mengaitkan Tertuduh dengan dadah yang dijumpai, di mana melalui karakter yang ditonjolkan Tertuduh, tidak ada orang lain yang boleh dikaitkan dengan dadah tersebut selain Tertuduh. Tertuduh tidak perlu dibuktikan mengetahui secara tepat tentang dadah tersebut, sebaliknya, adalah mencukupi jika dia mengetahui kewujudan dadah secara am saja, Tertuduh boleh dikatakan memiliki. Ini, telah dinyatakan dalam kes tersebut seperti berikut – “...Probably the most helpful definition of possession is: - “the relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons” …The word ‘possession’ is a vague and general word which cannot be closely defined. Without at least general knowledge there cannot be possession but there can be possession without full and exact knowledge…”. Sama ada Tertuduh-Tertuduh mempunyai kawalan danjagaan terhadap dadah yang ditemui [12] Berbalik kepada kes di sini, keterangan SP4 berkenaan tarikh dan masa serbuan adalah selari dengan keterangan SP5 dan siasatan oleh Pegawai Penyiasat (SP7). Apabila SP4 datang ke kaunter receptionist di tingkat 1 hotel DD tersebut dan memperkenalkan diri kepada SP5 dan menjelaskan tujuan kedatangan SP4 dan pasukannya, SP5 kemudian telah membawa SP4 dan pasukannya ke bilik no. 1103 di Hotel DD tersebut (bilik 1103). [13] Bilik 1103 mempunyai 2 kad akses di mana satu kad akses telah diberikan kepada penyewa bilik selepas dia mendaftar masuk, manakala satu kad akses lagi disimpan di kaunter reception. Dalam hal ini, SP5 berperanan memandu arah SP4 dan pasukannya dan menunjukkan di mana bilik 1103 dan membawa bersamanya, kad akses ke bilik 1103. [14] Apabila tiba di hadapan pintu bilik 1103, SP4 dan pasukannya telah membuat pemerhatian selama 3 hingga 5 minit terlebih dahulu, sebelum mengarahkan SP5 membuka pintu bilik dengan kad akses hotel yang dibawanya. Dalam tempoh pemerhatian tersebut, hanya kedengaran suara perbualan dari dalam bilik 1103 dan tiada aktiviti keluar dan masuk oleh penghuninya ataupun orang lain. Apabila pintu bilik 1103 dibuka, SP4 dan pasukannya mendapati kedua-dua Tertuduh sedang berbaring di atas katil sambal berbual. Kedua-duanya kelihatan terkejut dengan kehadiran SP4 dan pasukan serbuan. Tempat dadah ditemui [15] SP4 telah memperkenalkan diri kepada kedua-dua Tertuduh dalam bilik 1103 tersebut dan memberitahu tujuan kedatangannya. Kemudian, SP4 dan pasukannya terus menjalankan pemeriksaan tubuh OKT 1 dan OKT 2 serta memeriksa keseluruhan bilik 1103 dengan disaksikan kedua-dua Tertuduh. [15] Pemeriksaan ke seluruh bilik 1103 telah menjumpai 4 paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyakki dadah jenis syabu dengan anggaran berat (pada masa serbuan) 48.40 gram (eksibit P14 (1-4)) dan 1 keratan tiub straw berwarna merah berisi ketulan kristal disyakki dadah jenis syabu dengan anggaran berat (pada masa serbuan) 3.38 gram (eksibit P15) di atas katil tempat kedua-dua Tertuduh sedang berbaring ketika ditemui kali pertama. Selain itu SP4 dan pasukannya juga telah menemui 1 botol kaca (eksibit P24) yang telah diubahsuai menjadi alat menghisap dadah di atas lantai bilik tersebut. Pemeriksaan ke atas tubuh badan Tertuduh-Tertuduh tidak menemui apa-apa barang salah. [16] SP4 telah menandakan “X” pada gambar tempat kejadian (eksibit P1) iaitu gambar katil dalam bilik 1103 di no. 7 untuk menunjukkan kedudukan di mana P14 dan P15 ditemui dan tandaan “B1” dan “B2” untuk kedudukan kedua-dua Tertuduh semasa serbuan. Dapat dilihat daripada tandaan ini, semasa serbuan tersebut, kedudukan OKT 1 dan OKT 2 sedang berbaring di atas katil dengan P14 dan P15 berada di atas katil yang sama, dalam kedudukan di tengah-tengah antara OKT 1 dan OKT 2. [17] Kes terdahulu telah memutuskan bahawa elemen milikan fizikal telah dibuktikan jika dadah ditemui pada jarak yang dekat dengan Tertuduh sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Lim Kee Fu v Public Prosecutor and another appeal [2020] 12 MLJ 260 - “[4] …. The proximity of the respondent to the drugs at the front passenger seat is a fact relevant to establish actual physical possession. [5] In Public Prosecutor v Foo Jua Eng [1965] 1 LNS 137, the accused was charged with assisting in carrying on a public lottery. The evidence showed that the accused had been found by the police in a room, seated about three feet away from a dressing table on which the relevant exhibits were found. The Magistrate acquitted the accused. The prosecution appealed. In allowing the appeal, Raja Azlan Shah J (as His Royal Highness then was) said this: “With regard to the mental element, the learned Magistrate rightly directed his mind that knowledge or consciousness would depend on the surrounding circumstances. However, he failed to direct his mind adequately on the facts. He directed his mind to the circumstances when the respondent tried to close the door on the PW1. But he failed to consider the other circumstance which, taken together, may well be that the element of possession was proved. The circumstance is the physical proximity of the respondent to the exhibit in question. [6] So too here, the learned judge having accepted the prosecution’ evidence as to the finding of the drugs, the identification of the police officer and the scuffle, failed to direct himself as to the proximity of the drugs to the respondent. Indeed, nowhere in his judgment, did the trial judge address his mind to this fact. There is the added circumstance that the respondent was driving the car from one point to another with the proscribed drugs in it.” (emphasis added) [32] Clearly, premised on the established facts in the present case as alluded to earlier, the learned trial judge was correct in his finding that actual possession of the drugs by the appellants had been established by the prosecution. [18] Dalam kes Mahkamah Tinggi Pendakwa Raya v Mohd Fadzil bin Ibrahim & Anor [2009] LNS 1 1468, telah diputuskan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan terjadap dadah yang dirampas apabila sampul surat yang berisi 5 paket dadah syabu masih berada di dalam genggaman tangan tertuduh semasa ditangkap – “Pembuktian pemilikan Pertama, mahkamah berpuashati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya menunjukkan secara prima facie bahawa semasa ditangkap tertuduh 1 memang ada pemilikan ke atas dadah tersebut. Di dalam kes Leow Nghee Lim v. R, supra, di mukasurat 30 dan 31 ada diterangkan maksud ‘possession’. Manakala di dalam kes Chan Pean Leon v. PP, supra di mukasurat 239 ada dijelaskan lagi maksud ‘possession’. Berdasarkan keputusan dalam kedua-dua kes itu, perkataan ‘possession’ membawa makna bahawa orang yang berkenaan ada pengetahuan mengenai barang tersebut, ada jagaan dan kawalan ke atas barang tersebut dan ada kuasa untuk mengurus dan mengendali barang tersebut serta boleh mencegah dan menghalang orang-orang lain daripada mengurus dan mengendali barang tersebut. (Sila lihat juga kes PP v. Abdul Manaf Bin Muhamad Hassan [2006] 3 MLJ 193 dan kes PP v. Abdul Rahim Bin Akif, Rayuan Jenayah No. 05-64-2002