Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA
MA-A73KJ-603-05/2024
Magistrates Court of Malaysia25 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“e Revised Compendium of Personal Injury Awards yang menyatakan bagi kecederaan ini adalah diantara RM1300 hingga RM5000. Mahkamah ini merujuk kepada kes Loo Jia Wen v Mohd Talmizi bin Abdullag & Anor [2024] AMEJ 0382 yang mana award bagi kecederaan multiple abrasion 5 wound adalah sebanyak RM5000.00. Walaubagaimanapun”
“(h) Soft tissue injury at bilateral upper and lower limb RM 4000 Mahkamah ini merujuk kepada kes Lee Eng Seng @ Lim Tau Chen v Prasanth a/l Annamalai [2024] AMEJ 0643 yang mana award bagi kecederaan soft tissue 20 injury of neck sebanyak RM7000.00. Maka awad bagi kes ini adalah berjumlah RM7000 dengan mengikut pecahan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA
1
ANTARA MOHD YUNUS BIN HJ TALIB 5 [No KP.: 620423-04-5129]
2
SHAMILA BINTI MOHAMAD [No KP.: 760913-14- 5370] …PERAYU 10
1
NORAZWAN BOOI BIN ABDULLAH [Identity Card No.: 661206045019] 15
2
HASLINA BINTI HASIM [Identity Card No.: 771008016396] …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN 20 A.
1
Melalui Writ Saman (Lampiran1) dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 30.5.2024 (Lampiran 2), Plaintif telah menuntut kepada Defendan-Defendan gantirugi am, ganti rugi khas, faedah dan kos akibat kemalangan yang dikatakan berpunca S/N mYseazCb8kiaGq0BsHKg oleh kecuaian pemanduan Defendan Pertama. Plaintif-plaintif telah memplidkan secara ringkasnya, seperti berikut: a. Pada tarikh 19.10.2023 jam lebih kurang 1.15 petang, Plaintif Pertama telah menunggang motorsikal bernombor pendaftaran MDQ 7021 bersama dengan Plainitf Kedua (‘motorsikal Plaintif’) dari Bukit Beruang menuju ke Mahamah 5 Negeri Melaka. Semasa Plaintif Pertama meneruskan perjalanan di Jalan Tun Abdul Razak, Melaka, di lorong kedua tiba-tiba Defendan Pertama yang memandu motorkar no MAA 68 di belakang telah dengan cuainya dan tanpa memberi sebarang isyarat dan /atau amaran melanggar bahagian belakang motorsikal yang ditunggang oleh Plaintif Pertama. 10 b. Akibat daripada pelanggaran ini, Plaintif-plaintif telah mengalami kecederaan dan kerugian akibat kerosakan motorsikalnya.
2
Sebaliknya, melalui Pernyataan Pembelaan yang difailkan pada 28.6.2024 (Lampiran 5), Defendan menafikan versi kemalangan plaintif dan memplidkan sebaliknya di Perenggan 5 bahawa kemalangan yang berlaku adalah atas 15 kecuaian Plaintif sendiri yang menunggang motorsikalnya dengan cuai dan tidak berhati-hati. Selanjutnya Defendan juga memplidkan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan keseluruhannya dan/atau secara alternatif kecuaian sumbangan Plaintif-plaintif sendiri sebagai penunggang dan pembonceng motorsikal tersebut.
3
Bagi membuktikan kes Plaintif, Plaintif telah memanggil seramai 2 orang saksi untuk beri keterangan, iaitu: - a) Plaintif Pertama (“SP1”) S/N mYseazCb8kiaGq0BsHKg b) Pegawai Penyiasat ( SP 2)
4
Kertas kausa yang telah difailkan dalam tuntutan ini adalah seperti berikut:
5
Tiada saksi defendan yang hadir memberi keterangan dalam perbicaraan ini. B.
6
Mahkamah telah membuat keputusan pada 25.3.2025 setelah meneliti dan memberikan penilaian menyeluruh terhadap keterangan saksi-saksi Plaintif, Defendan, termasuklah dokumen-dokumen perbicaraan yang difailkan, 10 dikemukakan dan dirujuk sepanjang perbicaraan. Mahkamah setelah meneliti keterangan-keterangan ini secara totality of evidence di atas prinsip imbangan kebarangkalian, telah berpuas hati dalam memutuskan liabiliti Defendan sebanyak 100%, manakala Plaintif tidak bertanggungan sebarang liabiliti. Justeru, tuntutan Plaintif di dalam kes ini dibenarkan sepertimana yang 15 diputuskan dengan kos mengikut skala ditetapkan oleh undang-undang sivil sedia ada.
7
Antara alasan-alasan keputusan ini, a) Defendan telah memandu kenderaan motorkar secara cuai kerana telah gagal menjaga jarak selamat. 20 b) Defendan gagal buktikan kecuaian Plaintif dalam kemalangan ini. S/N mYseazCb8kiaGq0BsHKg
8
Bagi tujuan penyediaan Alasan Penghakiman ini, Mahkamah ini merangkum secara bersekali kedua-dua sub perenggan (a) dan (b) kerana kedua-dua isu ini saling berkaitan antara satu sama lain.
9
Dalam kes ini Pegawai Penyiasat telah memberi keterangan di Mahkamah sebagai saksi plaintif kedua (selepas ini dirujuk sebagai SP2) dimana SP2 5 dalam keterangannya telah menyatakan bahawa melalui penyiasatan SP2 perlanggaran telah berlaku apabila Defendan iaitu pemandu motorkar telah melanggar Plaintif pertama yang sedang menunggang motorsikal dari arah belakang di lorong kedua iaitu tengah.
10
Selanjutnya pihak Plaintiff pertama juga telah memberi keterangan yang mana 10 Plainitf-plaintif menyatakan mereka dari lorong kedua dari arah Bukit Beruang telah belok ke Lorong A1 hingga A2 dan kemudian bergerak lurus. Apabila Plaintif pertama memberi signal ke kanan untuk susur masuk ke Mahkamah, dan masih lagi bergerak lurus, Plaintif telah di rempuh dari arah belakang oleh motorkar Defendan sehingga menyebabkan Plaintiff Pertama dan Plainitiff 15 kedua berguling di tengah jalan.
2
PEGUAM ADA TANYA CADANGKAN PAK CIK TUKAR LORONG? TAK SETUJU-SEBAB SAYA TELAH BERI SIGNAL KE KANAN UNTUK SAYA MASUK SIMPAMG TIBA-TIBA
3
BOLEH BAGI TAHU MAHKAMAH DARIPADA BILA DEKAT LORONG KEDUA-DRPD 20
11
Mahkamah ini merujuk kes Henray Trading Co Ltd v Harun [1966]2 MLJ 281 yang mana prinsip kes ini amat jelas menyatakan: - S/N mYseazCb8kiaGq0BsHKg “I feel that the proper thing to consider is not what the Plainitf/ Respondent said or what the Defendant/Appelant said, but what the sergeant whom I consider to be an independent witness had to say in this matter” Mahkamah ini juga turut merujuk dalam kes Chew Hui Leng dan Chew Kau Bit v Leong Siew Foon [2017]1 CLJU 233 yang mana dalam kes ini Hakim 5 Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah merujuk kes Lee Ewe Teik V. Ariffin Bin Hussain [1990] 2 CLJ 332 memutuskan prinsip seperti yang berikut “In a situation where both parties have given two diametrically opposite versions as to how a collision occurred, the photographs, plan and measurement of thescene and the nature of the damage to each vehicle must provide the most 10 reliable guide by which versions can be tested.”
12
Berdasarkan keterangan saksi-saksi plaintif dan keterangan senyap melalui pliding Defendan sahaja, Mahkamah ini mendapati terdapat dua versi perlangaran yang telah dikemukakan melalui saksi dalam perbicaraan dan melalui pernyataan pembelaan Defendan dan hujahan pembelaan iaitu Plaintif 15 ubah laluan semasa perlanggaran berlaku . Justeru itu Mahkamah ini harus menilai setiap keterangan yang ada dalam kes ini sepertimana yang telah di nyatakan dalam kes Lee Ewe Teik V. Ariffin Bin Hussain [1990] 2 CLJ 332. Begitu juga dalam kes Mohd Salleh Bin Samad V. Zainodin Dongking [2002] 1 CLJ 139 menyatakan prinsip seperti yang berikut: - 20 “So far, there is consistency in the Respondent’s version as set out in his statement of claim, in his police report, P2, and his oral evidence in court that he was collided into from the rear by the appellant’s motorcar. Notwithstanding S/N mYseazCb8kiaGq0BsHKg that the respondent has been consistent in his version as to how the accident occurred, his version must be supported by the available physical evidence, namely, damage to the rear of his motorcycle”
13
Melalui siasatan SP1 iaitu pegawai penyiasat, akibat daripada perlanggaran kerosakan yang wujud pada bahagian motorkar adalah bahagian hadapan kiri 5 manakala kerosakan pada motorsikal adalah di bahagian belakang iaitu lampu belakang pecah dan ekzos belakang rosak sepertimana keterangan Plaintif. Keterangan senyap yang merupakan bahagian kerosakan pada kenderaan akibat daripada perlanggaran lebih membuktikan bahawa kemalangan yang berlaku mengikut versi plaintif adalah lebih probable.
14
Mahkamah ini mendapati melalui keterangan plaintif, keterangan pegawai penyiasat dan keterangan senyap yang jelas akibat daripada perlanggaran iaitu bahagian kerosakan, versi keterangan plaintif adalah lebih probable iaitu apabila plaintif berada di lorong tengah dalam rajah kasar kemudian apabila plaintif memberi isyarat signal susur ke kanan, Plaintif telah dilanggar oleh 15 motorkar defendan dari arah belakang yang bergerak lurus dari arah lampu isyarat Ayer Keroh. Pada ketika itu, Plaintif masih lagi berada di lorong tengah iaitu lorong kedua. Keterangan Plaintif ini disahkan oleh Pegawai Penyiasat dalam siasatanya.
17
Oleh itu Mahkamah mendapati Defendan telah memandu motorkar dengan 20 cuai iaitu Defendan telah gagal menjaga jarak yang selamat diantara motorkar dan motorsikal Plaintif. Dalam keadaan ini apabila perlanggaran adalah disebabkan oleh kecuaian Defendan 100%, Mahkamah ini mendapati liabiliti S/N mYseazCb8kiaGq0BsHKg yang harus ditanggung oleh Defendan adalah 100% dan Plaintif tidak bertanggungan terhadap apa-apa liabliti.
18
Mahkamah ini merujuk kes Amran Mustapha & Yang Lain v Nurul Alini & Satu Lagi [ 2019] PILRU 2, Berdasarkan prinsip undang-undang yang dipratikan di negara ini, jika kemalangan berlaku mengakibatkan perlanggaran 5 dari arah belakang, tanggungjawab untuk mengelak kemalangan adalah di pihak ytang berada di belakang berbanding pihak yang berada di hadapan.
19
KUANTUM Mahkamah telah merujuk kepada undang-undang yang mantap berkenaan dengan award ganti rugi. Dalam menentukan isu kuantum, Mahkamah telah 10 meneliti Laporan Perubatan Plaintif dari Hospital Melaka bertarikh 4.2.2024 (Ekshibit P7) serta membaca serta meneliti hujahan pihak-pihak bagi isu ini sebelum menentukan jumlah ganti rugi am dan khas kepada Plaintif. Mahkamah juga merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards sebagai garis panduan dalam menentukan award yang bersesuaian. Mahkamah 15 ini juga dalam membenarkan award mengambil kira kenaikan harga barangan, kos sara hidup, kadar inflasi dan kedudukan nilai matawang.
20
Sekali lagi, adalah menjadi beban tugas Plaintif untuk membuktikan tuntutan Plaintif terhadap Defendan. Ini sebagaimana diputuskan di dalam kes Tan Geok Khoon & Gerald Francis Robless lwn Paya Terubong Estate Sdn Bhd (1988) 20 2 MLJ 672, Edgar Joseph Jr H berkata di ms 680:- ‘This brings to my mind the famous words of Lord Goddard in Bonham-Carter v Hyde Park Hotel(1948) 64 TLR 177: S/N mYseazCb8kiaGq0BsHKg 'Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars and, so to speak, throw them at the head of the court, saying: This is what I have lost, I ask you to give me these damages'. They have to prove it.'
21
Kuantum atas dasar 100% liabiliti adalah seperti yang berikut: 5 Gantirugi am yang dibenarkan (Plaintif Pertama) dan (Plaintif Kedua) Kecederaan Jumlah dibenarkan
a
Abrasion wound over shoulder & hand RM3000
b
Abrasion wound over anterior shin and ankle RM3000 10
c
Abrasion wound over lower back posterior RM3000 Mahkamah ini merujuk kepada Muhammad Izzat bin Mohd Said (seorang budak membawa tindakan ni melalui wakil litigasinya, Mohd Said bin DOllah) v KUmarasamy a/d Velu [2016] 2 PIR [21] yang mana award bagi kecederaan abarasion wound over left cheek sebanyak RM 3000. Walaubagaimanapun 15 Mahkamah berpendapat awad RM3000 adalah wajar mengikut range Revised Compendium of Personal Injury Awards yang menyatakan bagi kecederaan ini adalah diantara RM1300 hingga RM5000. Kecederaan bagi anggota yang berbeza di awadkan sebanyak RM3000 setiap anggota. Jumlah awad yang dibenarkan adalah RM9000.00 bagi kecederaan ini 20
d
Abrasion wound at knees RM 2000
e
Abrasion wound at hands RM2000 Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Wong Fui Chen & 2 Ors v Chin Wen Cheng & Anor (Wong Sir Sheong & Anor-Third Party) [2019] 2 PIR [31] yang 25 mana award bagi kecederaan “abrasion wound over left knee” ini sebanyak S/N mYseazCb8kiaGq0BsHKg RM1500.00 dibenarkan. Mahkamah berpendapat awad RM 2000 adalah wajar mengikut range Revised Compendium of Personal Injury Awards yang menyatakan bagi kecederaan ini adalah diantara RM1300 hingga RM5000. Mahkamah ini merujuk kepada kes Loo Jia Wen v Mohd Talmizi bin Abdullag & Anor [2024] AMEJ 0382 yang mana award bagi kecederaan multiple abrasion 5 wound adalah sebanyak RM5000.00. Walaubagaimanapun Mahkamah berpendapat bagi Plaintif Kedua diawadkan RM2000 masing-masing mengikut pecahan bahagian yang luka adalah wajar bagi luka ringan di bahagian anggota yang sama dan jumlah awad terhadap Plaintif Kedua adalah RM 4000. Malah mengikut range Revised Compendium of Personal Injury Awards yang 10 menyatakan bagi kecederaan ini adalah diantara RM1300 hingga RM5000.
f
Soft Tissue Injury right upper and lower limb RM 4000
g
Soft Tissue Injury over lower back RM 3000 15
h
Soft tissue injury at bilateral upper and lower limb RM 4000 Mahkamah ini merujuk kepada kes Lee Eng Seng @ Lim Tau Chen v Prasanth a/l Annamalai [2024] AMEJ 0643 yang mana award bagi kecederaan soft tissue 20 injury of neck sebanyak RM7000.00. Maka awad bagi kes ini adalah berjumlah RM7000 dengan mengikut pecahan luka ringan di bahagian anggota yang berbeza. Walaubagaimanapun Mahkamah berpendapat awad RM4000 dan RM 3000 bagi Plaintif Pertama mankala RM RM4000 bagi Plaintif Kedua adalah wajar mengikut range Revised Compendium of Personal Injury Awards 25 yang menyatakan bagi kecederaan ini adalah diantara RM3000 hingga RM5000
22
Justeru itu, berdasarkan nas undang-undang yang dinyatakan di atas Mahkamah ini membenarkan awad berjumlah RM24,000.00 sebagai ganti rugi am yang harus dipampaskan oleh Defendan kepada Plaintif Pertama dan awad 30 RM 8000 kepada Plaintif Kedua akibat daripada kemalangan ini yang maan S/N mYseazCb8kiaGq0BsHKg pada ketika itu Plaintif sedang dalam perjalanan untuk menghantar dokumen di Mahkamah Negeri Melaka. Malangnya Plaintif telah terlibat dengan kemalangan hasil kecuaian pihak defendan sehingga mengakibatkan pelbagai kecederaan kepada Plaintif Pertama dan Kedua.
23
Maka, Mahkamah ini berpendapat Plaintif wajib diberikan pampasan bagi 5 setiap kecederaan yang di alami hasil daripada kecuaian pihak Defendan yang gagal menjaga jarak selamat apabila memandu.
24
Kos tindakan yang dibenarkan
a
Kos laporan JPJ/polis RM 40.00
b
Laporan perubatan Kerajaan (2) laporan berdasarkan resit 10
c
Kos kehadiran saksi RM 300.00 Mahkamah membenarkan ketiga-tiga item ini diberikan pampasan sebagai kos tindakan bagi memulakan tindakan Plaintif terhadap Defendan.
26
Kesimpulan Mahkamah membenarkan tuntutan-tuntutan berikut: 15 a) Pihak-pihak telah merekodkan persetujuan berkenaan isu liability. Plaintif tidak bertanggungan dan Defendan bertanggungan 100%. b) Atas dasar 100% liabiliti, gantirugi am yang dibenarkan ialah RM 16,000,00 bagi Plaintif Pertama manakala RM 8,000.00 bagi Plaintif Kedua dan gantirugi khas tiada. Kos tindakan sepertiman yang dinyatakan di atas. 20 c) Faedah sebanyak 2.5% setahun untuk gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga ke tarikh penghakiman. d) Faedah sebanyak 5% setahun untuk gantirugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga ke tarikh penghakiman. S/N mYseazCb8kiaGq0BsHKg e) Faedah sebanyak 5% setahun untuk kesemua jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. f) Kos mengikut skala sebagaimana Keedah-Kaedah Mahkamah 2012 Peguam Plaintif: T/n Ibrahim Aziz & Co Peguam Defendan: T/n Azim, Tunku Farik & Wong 5 Bertarikh pada 27 haribulan Jun 2025 ……………. t.t. …………….. (NABILAH BINTI NIZAM) 10 Majistret Mahkamah Majistret Melaka S/N mYseazCb8kiaGq0BsHKg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.