Content
1 | P a g e DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
BL-B52NCvC-25-11/2020
Sessions Court of Malaysia21 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 | P a g e DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
16
MOHD SANURI BIN DAHLAN (NO K/P:640221-10-6219) ..PLAINTIF-PLAINTIF
1
M AZMI BIN MOHAMED TAHIR (NO K/P: 671119-10-5385) (Pemilik perniagaan yang berdagang Di atas CETS RESOURCES) (NO Syarikat: SA0421438-U)
2
JAMILAH BINTI ADNAN (NO K/P:61112-01-6000) (Pemilik perniagaan yang berdagang Di atas CETS RESOURCES) (NO Syarikat: SA0421438-U)
3
MARHANI BINTI KAMARUDDIN (NO K/P:650425-06-5382) (Pemilik perniagaan yang berdagang Di atas CETS RESOURCES) (NO Syarikat: SA0421438-U) Dan di atas RB GROWTH RESOURCES ..DEFENDAN-DEFENDAN 22/07/2024 06:23:55 BL-B52NCvC-25-11/2020 Kand. 74 S/N gorikvDsZkCalo2LkwFamQ 2 | P a g e ALASAN PENGHAKIMAN (LAMPIRAN 61) (PERMOHONAN UNTUK PERINTAH KOMITAL DI BAWAH ATURAN 13 KAEDAH 8, ATURAN 42 KAEDAH 13 DAN ATURAN 92 KAEDAH 4 KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012) PENGENALAN [1] Ini adalah permohonan Defendan-defendan untuk mengetepikan dan/atau membatalkan Perintah Komital bertarikh 12.06.2023 dan Waran Pengkomitan bertarikh 3.07.2023 diluar jangka masa yang dibenarkan.Pada 21.05.2024, Mahkamah ini telah menolak permohonan Defendan-defendan di lampiran 61 dengan kos RM2,000.00.Defendan-defendan yang tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 25.05.2024. DOKUMEN YANG DIRUJUK [2] Dokumen-dokumen yang dirujuk ialah:
i
Writ Saman dan Penyataan Tuntutan (Lampiran 1 dan Lampiran 2);
II
(ii) Penyataan Pembelaan dan tuntutan balas (lampiran 9);
III
(iii) Jawapan kepada Pembelaan dan pembelaan kepada tuntutan balas (lampiran 11);
IV
(iv) Penghakiman persetujuan bertarikh 30.06.2021 (lampiran 15);
v
Notis permohonan kebenaran komital (ex-parte) bertarikh 22.09.2021 (lampiran 16);
VI
(vi) Afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Mohd Haizilan Bin Alias pada 22.09.2021 (lampiran 17);
VII
(vii) Pernyataan menurut Aturan 52 Kaedah 3 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (lampiran18);
VIII
(viii) Perintah bertarikh 21.10.2021 (lampiran 19 );
IX
(ix) Notis permohonan pengkomitan (lampiran 21); S/N gorikvDsZkCalo2LkwFamQ 3 | P a g e
x
Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Mohamad Izzat Bin Ghazali pada 16.11.2021 (lampiran 22);
XI
(xi) Notis pemberhentian terhadap lampiran 21 bertarikh 5.09.2022 (lampiran 29 );
XII
(xii) Notis permohonan kebenaran komital ex-parte bertarikh 16.11.2022 (lampiran 30 );
XIII
(xiii) Afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Mohd Haizilan Bin Alias pada 10.11.2022(lampiran 31);
XIV
(xiv) Pernyataan menurut Aturan 52 Kaedah 3 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (lampiran 32):
XV
(xv) Perintah kebenaran komital bertarikh 21.12.2022 (lampiran 35);
XVI
(xvi) Notis permohonan pengkomitan bertarikh 28.12.2022 (lampiran 36);
XVII
(xvii) Affidavit penyampaian (lampiran 37);
XVIII
(xviii) Perintah pengkomitan bertarikh 12.06.2023 (lampiran 47);
XIX
(xix) Waran pengkomitan bertarikh 3.07.2023 (lampiran 48);
XX
(xx) Notis permohonan untuk mengetepikan perintah komital dan waran pengkomitan bertarikh 16.01.2024 (lampiran 61);
XXI
(xxi) Afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Marhani Binti kamaruddin pada 16.01.2024 (lampiran 62 );
XXII
(xxii) Afidavit jawapan Plaintif yang diikrarkan oleh Mohd Yusri Bin Tawil pada 31.01.2024 (lampiran 63 );
XXIII
(xxiii) Afidavit balasan Defendan-defendan yang diikrarkan oleh Marhani Binti kamaruddin pada 7.02.2024 (lampiran 64 ). LATAR BELAKANG FAKTA [3] Plaintif-plaintif adalah individu dan warganegara Malaysia dan Defendan-defendan adalah individu dan warganegara Malaysia. [4] Defendan-defendan merupakan rakan kongsi kepada perniagaan yang menjalankan perkhidmatan kantin kilang serta membekal makanan sejuk , beku dan basah yang berdagang di atas nama CETS Resources yang beralamat di No. 2 Kampung Nelayan, Telok Gong, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan. S/N gorikvDsZkCalo2LkwFamQ 4 | P a g e [5] Defendan Ketiga juga adalah merupakan pemilik tunggal perniagaan berdaftar (“sole proprietorship”) kepada perniagaan yang menjalankan perkhidmatan tender kantin, katering serta pembekal makanan dan minuman yang berdagang di atas nama RB Growth Resources yang beralamat di No. 19A Jalan Melaka, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan. [6] Defendan-defendan telah membuat representasi kepada Plaintif-plaintif bahawa Defendan-Defendan mempunyai perniagaan yang menawarkan tender pengusahaan kantin kepada pengusaha-pengusaha kantin. [7] Selain itu, berdasarkan Borang Pendaftaran Penender dan representasi yang diberikan oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif-Plaintif, Plaintif-Plaintif perlu memenuhi syarat-syarat berikut untuk kemasukan Tender Kantin tersebut:- a) Pertama, Plaintif-Plaintif perlu berdaftar sebagai penender bagi tempahan Tender Kantin tersebut dan Plaintif-Plaintif akan diberikan sesalinan sijil penghargaan sebagai bukti dan penender yang telah berdaftar; b) Kedua, Plaintif-Plaintif perlu membayar yuran pendahuluan bagi setiap pendaftaran Tender Kantin tersebut termasuk yuran untuk ‘pass’ dan perkhidmatan bagi setiap pendaftaran penender kantin yang mana perlu dibayar oleh Plaintif-Plantif kepada Defendan-Defendan; dan c) Ketiga, Plaintif-Plaintif akan dibekalkan dengan Tender Kantin tersebut dalam masa enam (6) bulan hingga setahun dari tarikh pembayaran yuran pendaftaran Penender Kantin tersebut. [8] Setelah pendaftaran penender selesai, Plaintif-Plaintif telah di dalam beberapa siri transaksi membuat bayaran pendahuluan termasuk yuran untuk ‘pass’ dan perkhidmatan kepada Defendan-Defendan sebagai tempahan (‘booking’) kepada Tender Kantin tersebut dan setiap pembayaran telah dibuat oleh Plaintif-Plaintif ke atas akaun yang dipegang atas nama CETS Resources, RB Growth Resources, Defendan Pertama dan Defendan Ketiga.Plaintif-plaintif telah membayar RM791,800.00 kepada Defendan-defendan. S/N gorikvDsZkCalo2LkwFamQ 5 | P a g e [9] Memandangkan Defendan-defendan telah gagal dan/atau enggan mengeluarkan sebarang penjelasan dan Defendan-Defendan untuk memberikan Tender Kantin tersebut kepada Plaintif-Plaintif seperti yang mana yang termaktub di dalam Borang Pendaftaran Penender dan representasi-representasi yang diberikan oleh Defendan-Defendan, Plaintif-plaintif telah memfailkan tindakan ini menuntut semula RM791,800.00 dipulangkan Bersama ganti rugi am, teladan berserta faedah. [10] Penghakiman persetujuan telah dimasukkan terhadap pihak-pihak pada 23.06.2021. [11] Namun begitu, memandangkan Defendan-defendan telah gagal untuk mematuhi terma-terma dalam penghakiman persetujuan tersebut, Plaintif-Plaintif telah menguatkuasakan terma-terma di dalam Penghakiman Persetujuan tersebut melalui Notis Permohonan Komital tersebut pada 28.12.2022. [12] Pada setiap masa yang material iaitu semasa prosiding komital tersebut berjalan di Mahkamah yang Mulia ini, Defendan-Defendan telah diwakili oleh peguamcaranya yang sah iaitu, Tetuan Tetuan Suzilyana & Co. [13] Di samping itu, merit Notis Permohonan Komital tersebut juga telah didengar oleh Hakim Mahkamah Sesyen Klang pada ketika itu, yang mana pihak peguamcara Defendan-Defendan sendiri telah memfailkan Hujahan Bertulis bagi pihak Defendan-Defendan untuk menentang Notis Permohonan Komital tersebut. [14] Pada 12.6.2023 iaitu selepas Hakim Mahkamah Sesyen meneliti dan mendengar segala keterangan-keterangan dan hujahan-hujahan yang dikemukakan semasa prosiding komital tersebut, Mahkamah telah memutuskan untuk membenarkan Notis Permohonan Komital tersebut dan memerintahkan supaya Defendan-Defendan dikomitkan ke penjara selama tempoh sepuluh (10) hari seperti di dalam Perintah Pengkomitan tersebut. [15] Walau bagaimanapun, pada 17.7.2023, Defendan-Defendan telah menukar peguamcaranya dengan melantik Tetuan Yaacob Mentol, Zamani & Associates S/N gorikvDsZkCalo2LkwFamQ 6 | P a g e menggantikan Tetuan Suzilyana & Co dan memfailkan Permohonan Penggantungan untuk menggantung Perintah Pengkomitan dan Waran Pengkomitan tersebut. [16] Namun begitu, pada 22.11.2023, Mahkamah ini telah memutuskan untuk menolak Permohonan Penggantungan tersebut dengan kos sebanyak RM1,000.00. [17] Tiada rayuan difailkan oleh Defendan-Defendan ke Mahkamah Tinggi selepas Perintah Pengkomitan tersebut diberikan ataupun memfailkan permohonan kebenaran pemfailan Notis Rayuan di luar masa berkenaan Perintah Pengkomitan tersebut. [18] Pada 16.01.2024, Defendan-defendan telah memfailkan notis permohonan untuk mengetepikan atau membatalkan Perintah Komital bertarikh 12.06.2023 dan Waran Pengkomitan bertarikh 3.07.2023 diluar jangka masa yang dibenarkan. [19] Pada 21.05.2024, Mahkamah ini telah menolak permohonan Defendan-defendan di lampiran 61 dengan kos RM2,000.00.Defendan-defendan yang tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 25.05.2024. ALASAN-ALASAN PERMOHONAN DEFENDAN-DEFENDAN [20] Serahan notis permohonan pengkomitan (lampiran 61) adalah tidak teratur kepada Defendan-defendan.Hanya Defendan kedua sahaja yang telah diserahkan dengan permohonan lampiran 61. Notis permohonan tersebut juga tidak disertakan dengan perintah kebenaran di bawah Aturan 52 Kaedah 3 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.Ianya bertentangan dengan Aturan 52 kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012..Serahan notis permohonan lampiran 61 kepada Defendan kedua adalah tidak sempurna. [21] Selain itu, Defendan pertama dan ketiga tidak diserahkan dengan lampiran 61. S/N gorikvDsZkCalo2LkwFamQ 7 | P a g e [22] Ketidakpatuhan dan kegagalan Plaintif-plaintif mematuhi peruntukan mandatori Aturan 52 Kaedah 4(3) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk menyerahkan notis permohonan, pernyataan, affidavit menyokong permohonan komital dan perintah di bawah Aturan 52 Kaedah 3 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 ini menjadikan perintah pengkomitan bertarikh 12.06.2023 adalah cacat ,tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan. [23] Tiada kelewatan dalam memfailkan permohonan lampiran 61 kerana kertas kausa pengkomitan tidak diserahkan kepada Defendan-defendan dengan sempurna. JAWAPAN PLAINTIF [24 ] Notis permohonan Defendan-defendan lampiran 61 adalah salah dari segi undang-undang kerana Mahkamah telah mendengar “merit” notis permohonan pengkomitan yang mana pihak-pihak telah berhujah dan Mahkamah telah membuat keputusan selepas membuat pertimbangan merit. Pihak Defendan-defendan sepatutnya memfailkan rayuan terhadap keputusan perintah pengkomitan bertarikh 12.06.2023. [25] Notis permohonan untuk mengetepikan sesuatu perintah atau penghakiman dibawah Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-kaedah 2012 hanya boleh dibuat apabila Mahkamah belum mendengar merit. Memandangkan keputusan Mahkamah pada 12.06.2023 adalah setelah merit dipertimbangkan oleh Mahkamah, Mahkamah ini telah “functus officio” (kes Mahkamah Rayuan Mirra Sdn Bhd v The Ayer Molek Rubber Company Bhd [2008] 2 MLJ 348 adalah dirujuk). [26] Terdapat kelewatan melampau selama 7 bulan untuk Defendan-defendan memfailkan notis permohonan lampiran 61. Selain itu, notis permohonan lampiran 61 hanya difailkan oleh Defendan-defendan setelah Mahkamah ini menolak permohonan pergantungan perlaksanaan tindakan ini pada 22.11.2023. S/N gorikvDsZkCalo2LkwFamQ 8 | P a g e ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN
a
Samada Samada perintah pengkomitan bertarikh 12.06.2023 dan waran pengkomitan bertarikh 3.07.2023 adalah tidak teratur dan boleh diketepikan? DAPATAN MAHKAMAH Isu (a): Samada perintah pengkomitan bertarikh 12.06.2023 dan waran pengkomitan bertarikh 3.07.2023 adalah tidak teratur dan boleh diketepikan? [27] Pihak Defendan-defendan telah berhujah bahawa perintah pengkomitan bertarikh 12.06.2023 dan waran pengkimitan bertarikh 3.07.2023 adalah tidak teratur kerana kertas kausa iaitu notis permohonan pengkomitan, penyataan, affidavit sokongan dan perintah pengkomitan tidak diserahkan kepada Defendan-defendan. Tiada kelewatan dalam pemfailan notis permohonan lampiran 61 kerana Defendan-defendan tidak diserahkan kertas kausa dengan sempurna. [28] Setelah meneliti notis permohonan Defendan-defendan di lampiran 61, affidavit-afidavit yang difailkan serta hujahan kedua belah pihak, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Peguam Plaintif-plaintif bahawa permohonan Defendan di lampiran 61 adalah salah dan wajar ditolak kerana Mahkamah telah mendengar dan menimbangkan merit sebelum memberi perintah pengkomitan pada 12.06.2023. [29] Pada masa tersebut, pihak Defendan-defendan telah diwakili Peguam daripada Tetuan Suzilyana & Co. dan Peguamcara Defendan-Defendan tersebut juga telah memfailkan Hujahan Bertulis bagi menentang Notis Permohonan Komital tersebut. [30] Maka, apabila Mahkamah yang Mulia memberikan Perintah Pengkomitan tersebut, Mahkamah yang Mulia ini telah memberikan perintah setelah menimbangkan dan telah ‘functus officio’ dan dihalang oleh prinsip “res judicata”. Sekiranya, Peguam Defendan-defendan tidak berpuas hati terhadap perintah S/N gorikvDsZkCalo2LkwFamQ 9 | P a g e pengkomitan bertarikh 12.06.2023 dan waran pengkomitan bertarikh 3.07.2023, Defendan-defendan sepatutnya memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi dan bukan memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah pengkomitan dan waran pengkomitan tersebut. [31] Mahkamah ini telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan yang telah dikemukakan oleh Peguam Plaintif-plaintif iaitu Halim Saad v Chan Yok Peng [2021] 1 CLJ 499 , yang mana Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Perayu untuk mengetepikan Penghakiman Terus yang diperolehi Responden di Mahkamah dan memutuskan bahawa:- “..[36] At the outset, we are compelled to state that the JC’s interpretation as to the purpose, scope and ambit of O. 42 r. 13 of the ROC is correct and the law in this regard has been accurately and lucidly stated. We are likewise of the view that the defendant’s application to set aside the judgment/order dated 12 July 2019 pursuant to O. 42 r. 13 of the ROC is fundamentally flawed. We do not think that O. 42 r. 13 of the ROC applies to an inter partes order which is made pursuant to an application which had been heard on merits. Order 42 r. 13 of the ROC is not an avenue for an unsuccessful party to seek a “review” of the adverse decision. [37] Indeed, the proper route would have been for the defendant to appeal to the Court of Appeal against the summary judgment order dated 12 July 2019. And if the so-called fresh information or documents were discovered or unearthed belatedly, and if they are credible, critical, relevant and persuasive to the issue at hand, then the defendant could have applied to the Court of Appeal and adduced them as “fresh evidence” in the very appeal itself. ... [50] In summary, it is our conclusion that having made the judgment/order on 12 July 2019, the High Court was functus officio and had no jurisdiction to consider encl. 40 as it was not predicated on the exceptions which were stated by the Federal Court in Badiaddin’s case (supra). The matter is in fact barred by res judicata. [32] Berdasarkan otoriti diatas, ianya jelas menyatakan apabila sesuatu kes telah dengar meritnya, notis permohonan untuk mengetepikan perintah di bawah Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-kaedah mahkamah tidak boleh digunakan oleh pihak yang S/N gorikvDsZkCalo2LkwFamQ 10 | P a g e kalah untuk menyemal atau “review” keputusan tersebut.Pihak yang kalah atau Defendan-defendan sepatutnya menfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi. Setelah mendengar merit dan memberikan perintah pengkomitan pada 12.06.2023, Mahkamah ini telah “functus officio” dan dihalang oleh prinsip “res judicata”. [33] Selain itu, Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan Peguam Plaintif-plaintif bahawa terdapat kelewatan melampau oleh Defendan-defendan dalam memfailkan permohonan lampiran 61 selama 7 bulan. Tiada alasan munasabah yang dikemukakan. Defendan-defendan telah gagal untuk memfaikan lampiran 61 dalam masa 30 hari ataupun tempoh yang munasabah. Alasan Defendan-defendan bahawa kertas kausa tidak disampaikan dengan sempurna tidak boleh diterima kerana pihak Defendan-defendan memang mengetahui prosiding pengkomitan sedang berjalan dan Defendan-defendan juga telah diwakili Peguamcara. Selain itu, pihak Defendan-defendan juga telah pun memfailkan notis permohonan pergantungan perlaksanaan selepas Mahkamah membenarkan perintah pengkomitan pada 12.06.2023. Defendan-defendan hanya memfailkan lampiran 61 setelah permohonan perlaksanaan mereka ditolak pada 22.11.2023. KESIMPULAN [ 34 ] Berdasarkan fakta-fakta dan otoriti diatas dan setelah meneliti notis permohonan Defendan-defendan (lampiran 61) untuk mengetepikan perintah pengkomitan bertarikh 12.06.2023 dan waran pengkomitan bertarikh 3.07.2023, afidavit-afidavit yang difailkan, eksibit-eksibit yang dikemukakan, hujahan bertulis kedua belah pihak, alasan-alasan dan otoriti-otoriti diatas, Mahkamah dengan ini menolak permohonan Defendan-defendan di lampiran 61 dengan kos RM2,000.00. Bertarikh: 18 Julai 2024 zarifah ................................................ Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Selangor S/N gorikvDsZkCalo2LkwFamQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.