Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-A52NCVC-40-09/2023
DA-A52NCvC-40-09/2023
Sessions Court of Malaysia7 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ngka semula dan perlu difailkan semula. [ 28 ] Mahkamah ini juga merujuk pada kes Marjan Petrovski v. Datuk Seri Utama Ir Haji Idris Hj Haron (President Of Melaka United Soccer Association ('Musa')) [2021] MLRHU 1572 di muka surat 6 perenggan 31,32 dan 33 “[31] This Court is cognisant that under O 20 r 5(5) of the ROC”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-A52NCVC-40-09/2023
3
3.HAMIDAH BINTI MOHD YUNUS
2
2.
3
3.
4
MOHD AZIKI BIN ABDULLAH PENTADBIR TANAH DAN JAJAHAN PASIR MAS ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 34 Permohonan Defendan Ketiga Untuk Kebenaran Pinda Pembelaan dan Tuntutan Balas di bawah Aturan 20 Kaedah 5 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012) 09/10/2024 07:45:01 DA-A52NCvC-40-09/2023 Kand. 75 Pendahuluan [ 1 ] Ini adalah permohonan pihak Defendan Ketiga untuk :-
1
Bahawa Defendan ketiga diberikan kebebasan dan kebenaran untuk meminda Penyata Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda Defendan Ketiga bertarikh 19 Oktober 2023 sepertimana yang digariskan dalam warna hijau dalam Cadangan Pindaan Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda yang dilampirkan dalam Afidavit Sokongan Defendan Ketiga;
2
Bahawa Defendan diberikan kebenaran untuk menyampaikan Pindaan kepada Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda Termeterai kepada Plaintif-Plaintif dan/atau peguamcaranya dalam tempoh tujuh (7) hari setelah dibekalkan oleh Mahkamah yang Mulia ini;
4
Bahawa kos permohonan dan/atau berkaitan dengan permohonan ini dijadikan kos dalam kausa; dan
5
Perintah selanjutnya dan/atau perintah sampingan atau relif lanjutan sepertimana Mahkamah Mulia ini anggap adil dan wajar untuk dibuat atau diberikan. [ 2 ] Alasan-alasan permohonan ini antara lainnnya, seperti berikut :-
i
Pindaan adalah bona fide dan diperlukan untuk mengemukakan semua fakta kes dalam tindakan ini;
II
(ii) Pindaan perlu bagi memberikan fakta-fakta kes yang lebih jelas demi memberikan gambaran sebenar pembelaan dan tuntutan balas Defendan Ketiga dalam tindakan ini agar Mahkamah ini mempunyai pemahaman penuh menegani pertikaian antara Plaintif-Plaintif dan Defendan Ketiga;
III
(iii) Permohonan ini tidak akan menyebabkan ketidakadilan kepada pihak-pihak memndangkan perbicaraan belum dimulakan lagi;
IV
(iv) Pindaan juga tidak akan memprejudiskan Plaintif-plaintif dalam cara yang tidak dapat dipampas dengan kos;
v
Prejudis terhadap Defendan Ketiga lebih besar sekiranya pindaan tidak dibenarkan kerana fakta-fakta ini tidak dikemukakan dengan lengkap; [ 3 ] Setelah meneliti permohonan Defendan Ketiga dan setelah mempertimbangkan hujah-hujah kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan menolak permohonan Defendan Ketiga dengan kos RM500. [ 4 ] Pihak Defendan Ketiga tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah dan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi. Berikut adalah alasan-alasan kepada keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada Defendan Ketiga. LATAR BELAKANG DAN/ATAU KRONOLOGI KES [ 5 ] Plaintif-Plaintif antara lainnya telah menuntut dari Defendan Ketiga bagi perintah sebagaimana berikut:
5
5.1 Pindahmilik antara Defendan Pertama dan Defendan Ketiga tercemar dengan pelanggaran polisi awam;
5
5.2 Defendan Ketiga memindah hakmilik GM 695, Lot 10045 Mukim Kerasak, Pasir Mas, Kelantan Kepada Plaintif Pertama; dan 5.3 Sekiranya Defendan ketiga gagal memindahmilik hartanah tersebut kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua, Defendan Keempat mendaftarkan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua sebagai pemilik berdaftar tanah tersebut. [ 6 ] Terma Perjanjian tersebut antara lainnya menyaksikan bahawa Defendan Pertama membeli Lot 267 dan Lot 268 Mukim Kerasak, Pasir Mas, Kelantan(hartanah tersebut) daripada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua dengan syarat bahawa Defendan Pertama akan memecah bahagian hartanah tersebut dan seterusnya memberikan milikan kosong 2 lot sambungan kepada Plaintif Pertama dan Kedua yang didirikan sebuah rumah semi-D. Defendan Pertama telah memecah bahagian hartanah tersebut danmendirikan rumah semi d serta memberikan milikan kosong yang telah dijanjikan kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua. Plaintif Ketiga telah menetap di kediaman berkenaan namun, sekitar tahun 2020 Defendan Ketiga telah menuntut milikan kediaman tersebut daripada Plaintif-Plaintif. Tuntutan Balas Defendan Ketiga terhadap Plaintif-Plaintif [ 6 ] Defendan Ketiga telah antara lain membuat tuntutan balas bagi mendapatkan perintah sebagaimana berikut:
6
6.1 Defendan Ketiga mendapatkan balik pemilikan kosong bagi hartanah dipegang dibawah hakmilik Lot 10045, GM 695 (PT 69. HS(M) 4094 Asal) Mukim Kerasak, Daerah Bunut Susu, Jajahan Pasir Mas (Selepas ini dikenali sebagai ’Hartanah tersebut');
6
6.2 Plaintif-Plaintif dan tiap-tiap orang lain untuk pindah keluar/diusirkan daripada Hartanah tersebut;
6
6.3 Plaintif-Plaintif dan tiap-tiap orang lain untuk membayar gantirugi khas bagi pembayaran sewa tertunggak semenjak bulan 07.06.2020 sehingga kini selama 39 bulan sebanyak RM23,400.00; dan 6.4 Gantirugi am ditaksirkan oleh Mahkamah yang Mulia. Pemfailan Notis Permohonan oleh Defendan Ketiga [ 7 ] Defendan Ketiga telah melantik peguamcara yang baru iaitu Tetuan Adli Aznam & Akram menggantikan peguamcara terdahulu iaitu Tetuan Rathi Nara & Associates melalui Notis Pertukaran Peguam bertarikh 04/06/2024 (Kandungan 32) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan peguamcara terdahulu sepanjang perjalanan tindakan ini. [ 8 ] Defendan Ketiga telah memfailkan Notis Permohonan (Kandungan 34) untuk meminda Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda bertarikh 19/10/2023 pada 10/06/2024 iaitu 42 hari sebelum tarikh Bicara yang ditetapkan pada 23 dan 24 Julai 2024. 7. Suatu perakuan segera (Kandungan) telah difailkan bersama-sama Notis Permohonan (Kandungan 34) tersebut Kedudukan Undang-Undang [ 9 ] Undang-undang berkenaan permohonan untuk meminda pliding adalah mantap dan diperuntukkan di bawah Aturan 20 kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
5
“Pindaan kepada writ atau pliding dengan kebenaran (A.20, K.5)
1
Tertakluk kepada Aturan 15, kaedah 6, 6A, 7 dan 8 dan peruntukan yang berikut dalam kaedah ini, Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding membenarkan plaintif meminda writnya, atau mana-mana pihak meminda plidingnya, atas apa-apa terma tentang kos atau selainnya sebagaimana yang adil dan mengikut apa-apa cara, sekiranya ada, sebagaimana yang diarahkannya.
2
Jika suatu permohonan kepada Mahkamah untuk kebenaran membuat pindaan yang dinyatakan dalam perenggan (3), (4) atau
5
dibuat selepas apa-apa tempoh had masa yang relevan yang berkuat kuasa pada tarikh pengeluaran writ itu telah tamat, Mahkamah boleh bagaimanapun memberikan kebenaran sedemikian mengikut hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan itu sekiranya difikirkannya adil untuk berbuat demikian.
3
Suatu pindaan untuk memperbetulkan nama suatu pihak boleh dibenarkan di bawah perenggan (2) walaupun dikatakan bahawa kesan pindaan itu ialah untuk menggantikan suatu pihak baru sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa kesilapan yang hendak diperbetulkan itu adalah kesilapan yang tulen dan tidak mengelirukan atau hingga menyebabkan apa-apa keraguan yang munasabah tentang identiti orang yang berniat hendak membawa guaman atau, mengikut manamana yang berkenaan, berniat hendak dibawa guaman.
4
Suatu pindaan untuk mengubah kapasiti yang suatu pihak itu membawa guaman (sama ada sebagai plaintif atau sebagai defendan melalui tuntutan balas) boleh dibenarkan di bawah perenggan (2) sekiranya kapasiti yang, sekiranya pindaan itu dibuat, pihak yang akan membawa guaman adalah seorang yang pada tarikh pengeluaran writ atau pembuatan tuntutan balas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dia mungkin telah membawa guaman.
5
Suatu pindaan boleh dibenarkan di bawah perenggan (2) walaupun kesan pindaan itu ialah untuk menambahkan atau menggantikan suatu kausa tindakan yang baru jika kausa tindakan yang baru itu berbangkit daripada fakta yang sama atau sebahagian besarnya adalah fakta yang sama sebagai kausa tindakan yang berkenaan dengannya relief telah dituntut dalam tindakan itu oleh pihak yang memohon kebenaran untuk membuat pindaan itu. [ 10 ] Mahkamah ini merujuk juga kepada prinsip-prinsip mantap berkenaan permohonan pindaan di dalam kes "Landmark" bagi mana-mana permohonan pindaan iaitu kes di Mahkamah Persekutuan, Yamaha Motor Co Ltd v. Yamaha (M) Sdn Bhd & Ors [1982] 1 MLRA 417 muka surat 418 di mana ada dinyatakan pada ms 418 seperti berikut: "...The general principle is that the Court will allow such amendments as will cause no injustice to the other parties. Three basic questions should be considered to determine whether injustice would or would not result, (1) whether the application is bona fide; (2) whether prejudice caused to the other side can be compensated by costs and (3) whether the amendments would not in effect turn the suit from one character into a suit from one character into a suit of another and inconsistent character. (See Mallal's Supreme Court Practice p 342). If the answers are in the affirmative, an application for amendment should be allowed at any stage of the proceedings particularly before trial, even if the effect of the amendment would be to add or substitute a new cause of action, provided the new cause of action arises out of the same facts or substantially the same facts as a cause of action in respect of which relief has already been claimed in the original statement of claim." [ 11 ] Maka, berdasarkan peruntukan di bawah Aturan 20 Kaedah 5 di atas serta kes landmark Yamaha Motor Co Ltd v. Yamaha (M) Sdn Bhd & Ors [1982], Mahkamah mempunyai bidangkuasa yang luas untuk membenarkan permohonan pihak-pihak untuk meminda pliding pada mana-mana peringkat prosiding. Walaubagaimanapun, bidang kuasa tersebut masih tertakluk kepada pertimbangan pelbagai faktor terutamanya sama ada ia dibuat secara bona fide, kesan prejudis ke atas pihak yang satu lagi sama ada boleh dipampas dengan kos dan/atau perintah-perintah lain yang wajar berikutan kebenaran pindaan tersebut juga sama ada pindaan yang dicadangkan akan mengubah sifat guaman yang dibawa. Keputusan dan dapatan Mahkamah [ 12 ] Mahkamah melihat kepada isu sekiranya pindaan pembelaan ini dibenarkan iaitu Samada Permohonan Defendan ketiga adalah bersifat Bona Fide. Mahkamah berpendapat dan bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa Permohonan yang dibuat oleh Defendan telah difailkan secara bukan bona fide dan telah dicemari dengan niat mala fide dan juga terjumlah kepada "tactical manouvre" oleh pihak Defendan dan sememangnya akan memberikan kesan kepada kes Plaintif. [ 13 ] Defendan ketiga bercadang untuk membuat pindaan dalam Pembelaan terhadap Cadangan Pindaan oleh Defendan Ketiga ialah untuk menukar pembelaan Defendan ketiga dari segi nilai balasan terhadap hartanah tersebut daripada jumlah RM30,000-00 kepada RM125,000-00 ; dan [ 14 ] Pertamanya, Mahkamah mendapati dan bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa Notis Permohonan Defendan Ketiga tersebut cacat, tidak sah dan boleh dibatalkan oleh Mahkamah ini atas alasan Defendan ketiga gagal memberikan sebarang alasan yang munasabah atas kelewatan memfailkan Notis Permohonan Defendan tersebut. Defendan Ketiga gagal memberikan sebarang alasan yang munasabah atas kelewatan selama dua ratus dua puluh (220) hari dari tarikh Pembelaan danTuntutan Balas Terpinda bertarikh 19/10/2023 memfailkan Notis Permohonan Defendan tersebut [ 15 ] Notis Permohonan Defendan 3 tersebut hanya difailkan satu bulan sebelum tarikh bicara ditetapkan dan adalah pada saat akhir menurut nas kes terdahulu. Didalam kes HONGLEONG FINANCE BHD v. LOW THIAM HOE & ANOTHERAPPEAL[2016]3 MLRA 81 dimana Mahkamah Persekutuan memutuskan sepertimana berikut :- [35] Having considered the facts and the circumstances of the present case, our views are as follows:
a
When dealing with an application to amend the pleadings, which introduce a new case in the claim or defence, on the eve of the trial, the principles in Yamaha Motor are not the sole considerations;
b
The principles in Yamaha Motor apply to cases where the application to amend the pleadings is made at an early stageof the proceedings;
c
That there has to be a cogent and reasonable explanation in the applicants affidavit as to why the application was filed late;
d
That the application to amend the pleadings is not atactical manoeuvre;
e
That the proposed amendment must disclose full particulars for the court to ascertain if there is a real prospect of success in proving the same; and
f
That lateness in the application to amend the pleadings cannot necessarily be compensated by payment of costs. Budi bicara Mahkamah juga dalam menentukan pindaan “at any stage of proceeding” dan dipetik seperti berikut :- [18] It is pertinent to note that Yamaha Motor was decided under theold RHC 1980. The civil procedure has since then changed with the introduction of the pre-trial case management in the year 2000 under O34of the RHC 1980 (22 September 2000) and now under O 34 of the ROC2012(1August 2016). Nowadays the court recognises especially under the new case management regime that a different approach needs to be taken to prevent delay in the progress of a case to trial and for its completion. The progress of the case is no longer left in the hands of the litigants but with the court in the drivers seat (see the case of Syed Omar SyedMohamed v. Perbadanan Nasional Berhad [2013] 1 MLRA181; [2012] 9CLJ 557; [2013] 1 AMR 1). In particular when an application to amend the pleading is made at a very late stage as was done in the present case, the principles in Yamaha Motor ought not to be the sole consideration. This is because an order for compensation by payment of costs in such a casemaynot be an adequate remedy and it would also disrupt the administration of justice which affects the courts, the parties and the other users of the judicial process (see the case of Conlay Construction Sdn Bhd v. Perembun(M) SdnBhd [2013] 6 MLRA 531; [2014] 1 MLJ 80; [2013] 9 CLJ 828; [2013] 6AMR526). [ 16 ]. Defendan 3 hanya memfailkan permohonan pada 10/06/2024 iaitu selepas lapan pengurusan kes setelah pemfailan Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda. Maka Mahkamah dapati Defendan 3 bukan sahaja lewat dalam memfailkan Notis Permohonan Defendan 3 tersebut, Defendan 3 juga gagal menyatakan sebarang alasan yang munasabah dalam Afidavit sokongan Defendan 3 tersebut bagi menjelaskan kelewatan ini memandangkan alasan pertukaran peguam tidak boleh digunapakai dalam undang-undang. [ 17 ] Seterusnya Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa Defendan 3 telah gagal dan dengan cuaianya mengaplikasikan peruntukan nas kes terdahulu yang mandatori dibawah kes Hong Leong Finance v Low Thiam How. Sekiranya Defendan 3 menyedari bahawa terdapat pindaan didalam pembelaannya, Defendan sepatutnya meminda pada saat awal semasa pindaan pertama. [ 18 ] Oleh hal yang demikian, Mahkamah ini berpendapat bahawa Notis Permohonan Defendan 3 tersebut adalah tidak teratur kerana difailkan pada saat akhir dan kelewatan tersebut adalah tidak kompeten dan seharusnya dibatalkan oleh Mahkamah ini. [ 19 ] Menurut Afidavit Sokongan Defendan 3, pindaan yang dimohon melibatkan fakta-fakta antara Defendan 3 dan Defendan1 sahajadan tidak melibatkan Plaintif-Plaintif sama sekali. Seterusnya dalam cadangan Pindaan, ia telah menukar pembelaan Defendan dari segi nilai balasan terhadap hartanah tersebut daripada jumlah RM30,000-00 kepada RM125,000-00. Menurut kes CHEOK SWEE LEE & 5ORS. V. LOO CHOO TENG & 3 ORS [1996] 3 CLJ 433 YA Tuan JeffreyTanKok Wha (sebelum ini) memutuskan :- [1] The overriding principle with regard to the grant or refusal of leavefor amendments is that all amendments will be allowed at any stage of the proceedings (other than a judgment or order) which is reasonably necessary for the presentation of one's case on such terms as to costs or otherwiseasthe Court thinks just. Provided:
i
it is made bona fide with no undue delay on the applicant's part;
II
(ii) the amendment will not injure or prejudicially affect any vested rights of the opponent; and
III
(iii) they are not such as to turn a suit of one character into a suit of another and inconsistent character. [2] An amendment duly made, with or without leave, takes effect not from the date when the amendment was made, but from the date of the original document which it amended. Therefore, leave for an amendment to introduce a new cause of action which did not exist at the time of theoriginal writ would be refused. [3] Bearing in mind that the 4th defendant's defence was basically that of a challenge to the legal capacity and powers of the 1st and 2nd defendants to enter into the agreement and not one of denial of the agreement, the gazette notification, or of the facts alleged by the plaintiffs, the proposed amendment to paras. 3 and 10 would be volte face and thus inconsistent with not only the character of the defence that was filed but also with the admissions and denials in the pleadings. [4] The proposed para. 9 of the amended defence would turn the present character of the suit, from a contest on the 1st and 2nd defendants' legal capacity and powers or lack of it to enter into the agreement, into a suit with an additional contest on the fair market value of the subject property and the interests of the estate as a whole. That additional contest would not be consistent with the character of the present defence as the proposed para. 9 did not arise out of the same facts or substantially the same facts in respect of which the defence had been filed, but sprung forth reasonably from a set of facts quite unrelated to the defence that had been filed. [5] The pleadings were closed in 1982, and for the 14 long years that had gone by, the 4th defendant has led, some might even say lulled, the plaintiff to believe that the case that he had to answer was the caseat the stage when the pleadings closed. That being so, an amendment now that would require the plaintiffs' answer, quite aside from the surprise element, would be less than fair, as it is inequitable, with the passage of 14 long years to require the plaintiffs to gather, if at all possible and if it is still around, the necessary rebuttal evidence. [ 20 ] Mahkamah berpendapat dan bersetuju bahawa bahawa Cadangan Pindaan tersebut adalah tidak konsisten dengan Pembelaan yang telah difailkan kerana alasan-alasan berikut :-
20
20.1 Pada 24/02/2024, Isu untuk Dibicarakan telah difailkan oleh Plaintif-Plaintif yang menyatakan bahawa Samada Defendan Ketigamempunyai hakmilik boleh dibatalkan atas Lot 10045;
20
20.2
Preamble
Menurut Tuntutan Balas Terpinda Defendan 3 bertarikhpada19/10/2023, balasan Defendan 3 untuk hartanah Lot 10045ialahsebanyak RM30,000-00 sahaja;
20
20.3 Menurut Jawapan Pembelaan Terpinda Plaintif-Plaintif, bahawa pinjaman antara Defendan 1 dan Defendan 3 adalah tidak sah disisi undang-undang kerana salah representasi daripada
20
20.4 Sekiranya Notis Permohonan ini dibenarkan ia akan mengakibatkan balasan hartanah tersebut berubah daripada RM30,000-00 kepada RM125,000-00;
20
20.5 Selanjutnya ia akan menimbulkan persoalan konsistensi daripada representasi Defendan 1 berkenaan Perjanjian antara Plaintif 1 dan Plaintif 2 dengan beliau yang tidak dimaklumkan kepada Defendan 3 sehingga hartanah tersebut dijual pada harga RM30,000-00 atau RM125,000-00 oleh Defendan 1 kepada Defendan 3.
20
20.6 Menurut kes Cheok Swee Lee, pembelaan yang menukar nilai aset pusaka tersebut adalah diputuskan tidak konsisten dengan pembelaanyang pada asalnya menyerang kapasiti pihak kepada Perjanjian dan menukar pembelaan kepada nilai pusaka tidak dapat mengelakkan prejudis kepada Plaintif yang perlu mengemukakan bukti yang telah lama hilang untuk menjawab pembelaan tersebut telah ditolak.
20
20.7 Prejudis kepada Plaintif-Plaintif dalam kes dihadapan Mahkamah ini ialah bahawa Plaintif-Plaintif perlu mengemukakan bukti untuk mematahkan pembelaan Defendan 3 berhubung balasan antara Defendan 1 dan Defendan 3 terhadap hartanah berkaitan yang mana isu balasan tersebut lansung tidak mempunyai kaitan dengan Plaintif-Plaintif sama sekali. [ 21 ] Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa Pindaan Defendan 3 tersebut adalah menukar karakter pembelaan Defendan 3 yang telah difailkan sebelum ini. TIADA PROSPEK PINDAAN BERJAYA DIBUKTIKAN [ 22 ] Dalam permohonan ini, Defendan 3 juga hendaklah mendedahkan butiran penuh pindaan tersebut yang dapat menentukan prospek Pemohon Berjaya membuktikan pindaan tersebut sepertimana kes Hong Leong Financediatas. Secara asasnya, pindaan utama Defendan 3 adalah untuk memasukkan urusan sebanyak RM125,000-00 antara Defendan 3 dan Defendan 1 yangmenjadi balasan untuk pindahmilik hartanah Lot 10045. [ 23 ] Walaubagaimanapun, tiada butiran lengkap telah dikemukakan oleh Defendan 3 berhubung urus niaga apakah melibatkan Defendan 3 dan Defendan 1 yang bernilai sehingga RM95,000-00 yang dimaksudkan adakah ia merupakan suatu pinjaman, atau jual beli tidak dinyatakan sama sekali. Maka Mahkamah berpendapat bahawa Defendan 3 telah gagal untuk meunjukkan sebarang prospek bahawa fakta yang ingin dimasukkan kedalam perbicaraan ini tidak akan dapat dibuktikan walaupun terdapat dokumen meunjukkan sejumlah wang yang dimasukkan kepada Defendan 3. [ 24 ] Menurut Borang 14A bertarikh 19/12/2015, nilai hartanah yang dipindahmilik oleh Defendan 1 kepada Defendan 3 juga adalah sebanyak RM30,000-00 sahaja sepertimana pembelaan Defendan 3 yang difailkan sebelumini. Didalam Ikatan Dokumen Defendan 3 yang difailkan, ia langsung tidak membuktikan butiran-butiran bahawa bayaran tersebut adalah bertujuan untuk pindahmilik hartanah Lot 10045 sama sekali. [ 25 ] Maka Mahkamah dapati Defendan 3 tidak mempunyai asas yang kukuh untuk membuktikan fakta seperti Cadangan Pindaan yang dapat menentukan prospek kejayaanuntuk membuktikan fakta tersebut. Mahkamah dirujuk kepada kes TAN YING HONG v. TAN SIAN SAN & ORS [2010] 2 CLJ 269, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa :- [61] We must stress that, the fact that the 3rd respondent acquired the interest in question in good faith for value is not in issue, because once we are satisfied that the charges arose from void instruments, it automatically follows that they are liable to be set aside at the instance of the registered proprietor namely, the appellant. [ 26 ] Menurut kes diatas, walaupun terdapat bayaran yang didakwa dibuat oleh Defendan 3 kepada Defendan 1, pindahmilik tersebut adalah tidak sah mengambilkira urus niaga antara Defendan 1 dan Plaintif 1 dan 2 sertapindahmilik kepada Defendan 2 adalah bertentangan dengan nilaian hartanah mengakibatkan pindahmilik tersebut boleh dibatalkan. Justeru, Mahkamah ini berpendapat Notis Permohonan Defendan 3 seharusnya dinafikan Defendan 3 gagal menunjukkan kaitan pindaan yang dicadangkan dengan kes semasa. [ 27 ] Malahan sekiranya Mahkamah membenarkan permohonan pindaan ini ia juga akan mengakibatkan semua langkah-langkah susulan di dalam litigasi ini iaitu Jawapan Kepada Pembelaan dan Pembelaan Kepada Tuntutan Balas, Fakta-Fakta yang Dipersetujui, Isu-Isu Untuk Perbicaraan, Ringkasan Kes, Ikatan Pliding, Ikatan Dokumen, Kenyataan Saksi dan sebagainya perlu dipinda serta dirangka semula dan perlu difailkan semula. [ 28 ] Mahkamah ini juga merujuk pada kes Marjan Petrovski v. Datuk Seri Utama Ir Haji Idris Hj Haron (President Of Melaka United Soccer Association ('Musa')) [2021] MLRHU 1572 di muka surat 6 perenggan 31,32 dan 33 “[31] This Court is cognisant that under O 20 r 5(5) of the ROC 2012, "an amendment may be allowed... notwithstanding that the effect of the amendment will be to add or substitute a new cause of action if the new cause of action arises out of the same facts or substantially the same facts as a cause of action in respect of which relief has already been claimed on the action by the party applying for leave to make the amendment'. [32] If the proposed re-amendments were allowed, a new cause of action in nervous shock would be allowed to the Plaintiff as a dependent. This Court held that such new cause of action in this instant case should not be allowed. [33] The proposed re-amendments must also be considered with the issue of prejudice to the Defendant if the proposed reamendments were allowed by this Court.” Kesimpulan [ 29 ] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah berpendapat berdasarkan keputusan di dalam kes Mahkamah Persekutuan Yamaha Motor Co.Ltd v Yamaha Malayisan Sdn Bhd & Ors [1983] 1 MLJ 213 iaitu jika permohonan cadangan pindaan kepada pembelaan yang dipohon oleh Defendan 3 dibenarkan maka ia akan menyebabkan ketidakadilan kepada Plaintif-Plaintif (injustice) yang mana seterusnya tidak akan dapat dipampas dengan kos. [ 30 ] Mahkamah berpendapat Notis Permohonan Defendan 3 adalah tidak teratur dan tidak boleh dipertahankan. Defendan 3 gagal mematuhi semua peruntukan undang-undang dalam permohonan pindaan. Malahan Plaintif-Plaintif akan diprejudiskan sekiranya permohonan Defendan 3 ini dibenarkan. Selanjutnya, Defendan 3 tidak mempunyai sebarang alasan untuk meminda pembelaan buat kali keduaini. [ 31 ] Jadi adalah selamat pada peringkat ini, setelah meneliti dan mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak untuk Mahkamah memutuskan di atas imbangan kebarangkalian menolak permohonan Defendan di Lampiran 34 untuk meminda Pembelaan dan Tuntutan balas Terpinda dengan kos RM500.00. Bertarikh pada 6 Oktober 2024 …………t…t………… (HJ.EFFANDI NAZILA BIN HJ.ABDULLAH) Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu , Kelantan. Pihak-Pihak: Tetuan Habibah Nik & Co beralamat di PT 1149 T2 Perumahan PKINK Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu Kelantan Tetuan Adli Aznam & Akram, Peguamcara Defendan beralamat di No.283, Taman Laksamana, Jalan Mahmood 15200 Kota Bharu,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.