Content
1 ANTARA AA-45-1-09/2021
AA-45A-15-10/2021
High Court of Malaysia2 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“sed may be relevant, association alone is never sufficient to prove guilt beyond a reasonable doubt. (See Leow Nghee Lim v. Reg [1955] 1 LNS 53;[1956] 22 MLJ 28; Chan Pean Leon v. P.P [1956] 1 LNS 17;[1956] MLJ 237; Yee Ya Mang v. P.P [1971] 1 LNS 156; [1972] 1 MLJ 120; P.P v. Badrulsham bin Baharom [1987] 1 LNS 72; [1”
“ublic Prosecutor and another appeal [2016] 1 CLJ 713 prinsip niat bersama dihuraikan oleh Mahkamah Rayuan sebagaimana berikut : "[21] The notion behind this provision as contained under s. 34 of the Penal Code has been a subject of much deliberation both, by the numerous learned judges in their reported decisions as we”
“r [1999] 2 SLR 57 it was ruled that '... the plan could develop on the spot. What was enquired was a meeting of the minds or acting in concert'. [24] The learned authors of Ratanlal and Dhirajlal on The Indian Penal Code (34th Ed) at p 51 have this to say on the workings of s. 34 of the Penal Code: The essence of the l”
“ent via eFILING portal 38 to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.” [57] Selanjutnya, saya merujuk kepada kes Leow Nghee Lim v. R [1956] MLJ 28 di mana Taylor J telah menyatakan bahawa:- “Custody means having care or guardianship ; goods in custody are”
“defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; (iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.” (penekanan diberikan) [36] Hasil daripada pemahaman saya terhadap prinsip undang-undang yang dinyatakan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 ANTARA AA-45-1-09/2021
1
1.
2
PERAMLA A/P TK GENGATHARAN (NO.KP: 700620-10-5274) ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Dalam kes nombor AA-45A-15-10/2021, Mohinder Singh a/l Gurdial Singh (selepas ini disebut sebagai OKT1) dan Peramla a/p TK Gengatharan (selepas ini disebut sebagai OKT2) telah dihadapkan dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (selepas ini disebut Akta 234) dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan terhadap OKT-OKT adalah seperti berikut: No. Kes: AA-45A-15-10/2021 (Exh.P5(A)). “Bahawa kamu pada 22 November 2019, jam lebih kurang 6.25 petang di rumah beralamat No.1, Sri Klebang A/11, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor, di dalam Daerah Kinta, Negeri Perak Darul Ridzuan kerana mengedar dadah berbahaya, iaitu sejumlah berat 524.1 gram (38.7 gram Heroin dan 485.4 gram Monoacetylmorphines) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah sekysen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [2] Selain itu, OKT1 turut dikenakan empat pertuduhan lain bagi kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta 234 dan Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 (selepas ini disebut Akta 366) yang didaftarkan pada dua nombor kes iaitu AA-45A-12-09/2021 dan AA-45-1-09/2021. Keempat-empat pertuduhan tersebut adalah sebagaimana berikut: Kes No. AA-45A-12-09/2021(Exh.P1(A)); “Bahawa kamu pada 22 November 2019, jam lebih kurang 6.25 petang di rumah beralamat No.1, Sri Klebang A/11, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor, di dalam Daerah Kinta, Negeri Perak Darul Ridzuan kerana mengedar dadah berbahaya, iaitu sejumlah berat 1,322.9 gram (243.4 gram Heroin dan 1,079.5 gram Monoacetylmorphines) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah sekysen 39B (2) Akta yang sama.” Kes No. AA-45-1-09/2021 Pertuduhan Pertama (Exh.P2(B)); “Bahawa kamu pada 22 November 2019, jam lebih kurang 6.25 petang di rumah beralamat No.1, Sri Klebang A/11, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor, di dalam Daerah Kinta, Negeri Perak Darul Ridzuan kerana memiliki 60.55 kilogram bahan serbuk yang mengandungi Caffeine di mana Caffeine disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 iaitu suatu kesalahan di bawah Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 (disemak pada 1989) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta yang sama.” Pertuduhan Kedua (Exh.P3(B)); “Bahawa kamu pada 22 November 2019, jam lebih kurang 6.25 petang di rumah beralamat No.1, Sri Klebang A/11, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor, di dalam Daerah Kinta, Negeri Perak Darul Ridzuan kerana memiliki 93 mililiter cecair yang mengandungi Caffeine di mana Caffeine disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 iaitu suatu kesalahan di bawah Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 (disemak pada 1989) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta yang sama.” Pertuduhan Ketiga (Exh.P4(B)); “Bahawa kamu pada 22 November 2019, jam lebih kurang 6.25 petang di rumah beralamat No.1, Sri Klebang A/11, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor, di dalam Daerah Kinta, Negeri Perak Darul Ridzuan kerana memiliki 10.74 kilogram bahan serbuk yang mengandungi Chloroquine di mana Chloroquine disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Racun 1952 iaitu suatu kesalahan di bawah Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 (disemak pada 1989) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta yang sama.” [3] Perbicaraan bagi ketiga-tiga nombor kes tersebut telah dijalankan secara bersama di mana pihak pendakwaan telah memanggil seramai lima belas (15) orang saksi pendakwaan untuk membuktikan kes terhadap OKT-OKT. Saksi-saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan bersumpah ialah: BIL NAMA PERANAN SP1 Sjn Mohamad Radzi Mohamad Nor Penyelia Stor SP2 L/Kpl Ahmad Huzairi Bin Abu Bakar Jurufoto SP3 Ramlee Bin Ibrahim Ahli Kimia (Dadah) SP4 Haznan Bin Hashim Ahli Kimia (DNA) SP5 Insp Anbarasu a/l Gobi Pegawai Forensik (PDRM) SP6 Insp Nor Badrol Hisham Bin Md Nor Pegawai Serbuan SP7 SM R.A.J Anna Francisca a/p Jokeem Penyelia Stor (Bersara) SP8 L/Kpl Muhammad Khusairi Bin Mohamed Yazid Anggota Serbuan SP9 Insp Muhammad Amirullah Bin Othman Pegawai Tangkapan SP10 Gunasagaran a/l Saravanan Bapa Pemilik Rumah SP11 Kogilavani a/p Gunasegaran Pemilik Rumah SP12 Oh Teik Hee Penyelia Lorong SP13 Jahanzeb Khan Bin Mohamad Afzal Pemilik Kereta SP14 Dr. Hii Yong Hui Doktor ambil darah OKT-OKT SP15 DSP Abdul Halim Bin Yaacob Pegawai Penyiasat FAKTA KES PENDAKWAAN [4] Bertindak atas maklumat dadah, pada 22.11.2019 jam lebih kurang 10.30 pagi, Pengadu iaitu Insp Muhammad Amirullah Bin Othman (SP6) bersama anggota dari JSJN Bukit Aman telah pergi membuat pemerhatian di kawasan tempat sasaran iaitu sebuah rumah beralamat di No.1, Sri Klebang A/11, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor (selepas ini dirujuk sebagai “rumah tersebut”). Setibanya di lokasi, SP6 dapati tiada kenderaan di rumah tersebut dan pintu pagar dalam keadaan tertutup. [5] Pada jam lebih kurang 6.30 petang semasa membuat pemerhatian, SP6 dan anggota telah melihat sebuah kereta Proton Inspira No. pendaftaran WXR8882 (selepas ini dirujuk kereta tersebut”) melintasi kenderaan yang dinaiki oleh SP6 yang pada ketika itu sedang berada di tepi jalan. Jarak SP6 berada pada ketika itu adalah 100 hingga 200 meter dari pondok pengawal untuk masuk ke kawasan rumah tersebut. [6] Menggunakan walkie talkie, SP6 telah memberitahu perkara tersebut kepada L/Kpl Muhammad Khusairi Bin Mohamed Yazid (SP8) dan mengarahkannya membuat pemerhatian dari arah berhadapan rumah tersebut pada jarak 40 hingga 60 meter. Dalam masa yang sama, SP6 dan anggota mengekori kereta Inspira itu dari jarak yang selamat. [7] Tidak lama selepas itu, SP8 memberitahu SP6 bahawa beliau dapat melihat kereta tersebut telah memasuki lorong rumah tempat kejadian tersebut dan setiap pergerakan kereta tersebut dimaklumkannya melalui “walkie talkie”. [8] Apabila kereta tersebut sampai di hadapan rumah No.1, Sri Klebang A/11, Bandar Seri Klebang, Chemor, pintu pagar rumah tersebut dibuka secara automatik tanpa perlu pemandu turun dari kereta. Kemudian, kereta tersebut telah dipandu masuk ke dalam kawasan rumah dan parkir di dalam kawasan parkir rumah tersebut. Selepas itu, SP8 melihat OKT 1 telah keluar dari rumah tersebut dengan memegang bungkusan beg di tangan kanannya dan pada masa yang sama OKT 2 dilihat keluar dari tempat duduk pemandu menuju ke belakang kereta. OKT 2 telah membuka bonet kereta, manakala OKT 1 telah memasukkan bungkusan beg yang dipegangnya ke dalam bonet. [9] Seterusnya, OKT 2 telah menutup kembali bonet kereta. OKT 1 kemudiannya masuk ke dalam kereta dan duduk di tempat duduk pemandu, manakala OKT 2 pula masuk dan duduk di tempat duduk penumpang hadapan. Semasa pemerhatian dibuat oleh SP8 tiada kenderaan lain yang datang. Pandangan SP8 juga tiada apa-apa halangan kerana hanya terdapat pagar jaring di kawasan perumahan tersebut. [10] Pada ketika itu, kereta dinaiki SP6 kemudiannya telah sampai dan telah membuat halangan di belakang kereta Proton Inspira tersebut bersama kereta anggota serbuan yang lain. SP6 telah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk pemandu kereta Inspira tersebut. Pada ketika ini, SP6 dapati terdapat seorang lelaki Punjabi di tempat duduk pemandu dan seorang perempuan Punjabi di tempat duduk penumpang hadapan. SP6 telah meminta kedua-duanya keluar dari kereta dan SP6 bersama anggotanya telah memperkenalkan diri sebagai polis kepada lelaki dan perempuan Punjabi tersebut. SP6 telah memeriksa pengenalan diri mereka dan mendapati butiran diri kedua-duanya seperti berikut: - a. Mohinder Singh A/L Gurdial Singh (No.KP: 790625-08-5745) (OKT 1); b. Peramla A/PTK Gengatharan (No.KP:700620-10-5274) (OKT 2). [11] SP6 telah membuat pemeriksaan badan terhadap OKT 1 dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. Namun, SP6 telah menjumpai serangkai kunci berserta alat penggera rumah tersebut di dalam poket sebelah kanan hadapan seluar yang dipakai oleh OKT 1. [12] Seterusnya dengan disaksikan dengan OKT 1 dan OKT 2, SP6 telah membuat pemeriksaan di dalam bonet belakang kereta tersebut dan telah menjumpai satu (1) beg plastik berwarna biru gelap yang bertulis “Un Jour Special” di dalamnya terdapat: - i. (1) plastik hitam di dalamnya mengandungi (4) bungkusan plastik lutsinar yang berisi ketulan ketulan yang disyaki dadah jenis heroin (anggaran berat 585 gram) ii. (1) plastik bertulis 99 berwarna putih oren di dalamnya mengandungi (5) bungkusan plastik lutsinar yang berisi ketulan-ketulan yang disyaki dadah jenis heroin (anggaran berat 2250 gram) iii. (1) plastik berwarna merah di dalamnya mengandungi (17) bungkusan plastik lutsinar yang berisi ketulan-ketulan yang disyaki dadah jenis heroin. (anggaran berat 7650 gram) [13] Seterusnya dengan menggunakan serangkai kunci yang dijumpai di dalam poket seluar sebelah kanan hadapan yang dipakai oleh OKT1, SP6 telah membuka pad lock pada pintu gril rumah tersebut dan juga pintu kayu utama rumah dengan disaksikan OKT 1 dan OKT2. Pemeriksaan yang dibuat oleh SP6 di dalam rumah tersebut seterusnya menjumpai: Di ruang tamu rumah: i. (1) plastik warna merah di dalamnya mengandungi (21) bungkusan plastik lutsinar yang berisi ketulan-ketulan yang disyaki dadah jenis heroin (anggaran berat 9450 gram); ii. (1) plastik warna merah di dalamnya mengandungi (20) bungkusan plastik lutsinar yang berisi ketulan-ketulan yang disyaki dadah jenis heroin (anggaran berat: 9000 gram); iii. (1) plastik warna merah di dalam berisi ketulan-ketulan yang disyaki dadah jenis heroin (anggaran berat: 7500 gram); iv. (1) kotak warna coklat di dalamnya mengandungi (9) bungkusan plastik lutsinar yang berisi ketulan-ketulan berwarna kuning/hijau dan merah jambu yang disyaki dadah jenis heroin. (anggaran berat: 3665 gram); v. (1) kotak warna coklat di dalamnya mengandungi (3) bungkusan plastik lutsinar yang berisi ketulan-ketulan berwarna hijau dan keperangan yang disyaki dadah jenis heroin (anggaran berat: 3395 gram). Bahagian dapur: i. (3) bungkusan lutsinar di dalamnya berisi serbuk putih yang disyaki bahan kimia (anggaran berat: 66300 gram); ii. (1) seal warna hijau; iii. Alat timbang jenama camry; iv. (1) sudip kayu warna coklat; v. (1) bekas mangkuk plastik; vi. (1) sudu besi; vii. (1) gayung berwarna merah; viii. (2) kotak foil aluminium; ix. (2) bungkusan beg plastik luteinar size 8 x 12; x. (1) botol kaca berpenutup putih mengandungi serbuk hijau; xi. (1) botol kaca berpenutup putih mengandungi serbuk putih; xii. (1) tong biru berpenutup merah di dalamnya mengandungi (1) bungkusan plastik lutsinar yang berisi serbuk disyaki bahan kimia (anggaran berat 10700 gram); xiii. (2) botol kaca berpenutup hijau 2.5 liter yang mengandungi cecair disyaki bahan kimia; xiv. (1) mesin jenama Orimas; xv. (1) mesin kibar jenama Koksan; xvi. (1) mesin blender jenama Braun berwarna putih; xvii. (3) microwave oven jenama Elba berwarna hitam; xviii. (2) bekas penapis berwarna silver; xix. (2) dulang berwarna silver; xx. (1) penutup hidung jenama Niosh 3M; xxi. (1) apron berwarna biru; xxii. (1) bekas besen berwarna silver; xxiii. (5) botol plastik bertulis Eno; xxiv. (1) botol plastik putih bertulis Teck Siong mengandungi cecair warna putih; xxv. (1) bungkusan plastik lutsinar jenama Teck Siong 500 gram yang berisi serbuk berwarna rose pink; xxvi. (1) bungkusan plastik lutsinar teck garam bukit Haragel 400 gram; xxvii. (1) botol plastik bertulis keluarga dan (1) botol plastik tiada label berpenutup hijau yang mengandungi cecair disyaki bahan kimia. Dapur belakang: i. (2) tong gas petronas hijau/merah; ii. (1) kepala gas warna kuning; iii. (1) dapur jenama Nikko; iv. (1) kuali warna silver; v. (2) sudip kayu; vi. (1) sudip penapis; vii. (1) penyedut haba aluminium; viii. (1) mesin penyedut haba jenama Hawk [14] Pemeriksaan oleh SP6 yang dibuat di dalam bilik tidur tingkat bawah rumah tersebut pula telah dijumpai dan dirampas barangan seperti berikut: i. (1) baju tshirt bertulis “Armani Exchange” berwarna coklat; ii. (1) seluar pendek bertulis “King Chabaa” berwarna pink/hitam/putih; iii. (1) tuala warna hijau; iv. (1) sarung tangan berwarna merah jambu kelabu [15] Kesemua barang-barang kes yang dijumpai di atas itu telah dirampas. Selain itu, turut dirampas untuk tindakan lanjut adalah: Pada pintu grill hadapan rumah: i. (1) pad lock be bertulis 989 Titanium Di dalam poket seluar OKT 1: i. (7) batang anak kunci berserta alat penggera [16] Seterusnya hasil pemeriksaan oleh SP6 terhadap dashboard kereta Proton Inspira WXR 8882 itu pula, SP6 telah menjumpai dan merampas: i. (1) kad akses warna putih no. siri (0005259451 66660237); ii. (1) kad akses warna putih/hijau bertulis “Tasek Nove” no. siri: (UE 30196). [17] Kes disiasat oleh DSP Abdul Halim Bin Yaacob (G/11455) (SP15). Siasatan di tempat kejadian telah dibantu oleh pihak Jabatan Forensik Tempat Kejadian yang diketuai oleh Insp Anbarasu a/l Gobi (SP5) di mana beberapa barang kes dan swabbing telah dirampas dan diambil di tempat kejadian tersebut. Kesemua barang kes yang dirampas oleh SP6 dan SP5 kemudiannya telah diserahkan kepada SP15 pada 22.11.2019 jam lebih kurang 11.45 malam. [18] Barang kes dadah telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia oleh SP15 dan telah dianalisa oleh Ahli Kimia bernama Ramlee Bin Ibrahim (SP3). Hasil analisa, antara lain, mendapati dadah yang dijumpai di dalam bonet belakang kereta mengandungi sejumlah berat bersih 524.1 gram (38.7 gram Heroin dan 485.4 gram Monoacetylmorphines). Manakala barang kes dadah yang dijumpai di dalam rumah pula berat bersihnya adalah: - a. 1,322.9 gram Heroin dan Monoacetylmorphines (243.4 gram Heroin dan 1,079.5 gram Monoacetylmorphines) (Exh.P1(a)); b. 60.55 kilogram bahan serbuk yang mengandungi Caffeine (Exh.P2(b)); c. 93 mililiter cecair yang mengandungi Caffeine (Exh.P3(b)) dan; d. 10.74 kilogram bahan serbuk yang mengandungi Chloroquine. (Exh.P4(b)). [19] SP3 turut menganalisa barang-barang kes selain dadah yang dirampas oleh SP6 dan SP5 iaitu peralatan-peralatan dapur dan swabbing-swabbing di tempat kejadian. Hasil analisa tersebut SP3 mendapati terdapat kesan dadah heroin dan monoacetylmorphines dan caffeine. Selain itu, hasil analisa pada putik kapas “OKT (1) KANAN” dan “OKT(1) KIRI” terdapat kesan Caffeine sebagaimana laporan Kimia ekshibit P69. [20] Seterusnya, hasil siasatan SP15 terhadap kereta Inspira tersebut mendapati pemilik berdaftar kereta itu adalah Jahanzeb Khan (SP13) yang telah menyerahkan kereta itu kepada bekas isterinya. Namun, SP13 tidak mengenali OKT1 dan OKT2. [21] Hasil siasatan juga mendapati pemilik rumah adalah sepasang suami isteri iaitu SP11 dan suaminya. SP11 telah menyerahkan urusan sewa rumah kepada bapanya iaitu SP10. Menurut SP10, beliau telah dihubungi oleh seseorang bernama “Sasi” menggunakan nombor telefon 016-5666607 pada 8.7.2015 untuk menyewa rumah tersebut. “Sasi” menyatakan ingin menyewa rumah tersebut untuk bosnya yang bernama “Suppiah”. Perjanjian sewa rumah (Exh.P87) telah dibuat di antara SP11 dengan “Suppiah” dengan sewa sebanyak RM1,500 sebulan sejak tahun 2015. Hasil siasatan dengan Jabatan Pendaftaran mendapati individu bernama “Suppiah” telah meninggal dunia pada 11 Ogos 2014 (Exh.P98A). [22] Penama “Sasi” telah ditangkap di rumah OKT1 dan OKT2 oleh Insp Muhammad Amirullah (SP9). SP11 telah camkan Sasi semasa kawad cam namun tidak dapat mengecam Sasi semasa di Mahkamah. Menurut SP11, beliau telah menyerahkan kepada Sasi 2 kad akses dan salah satu kad akses ditemui di dalam kereta Inspira yang dipandu oleh OKT 2. [23] Dalam proses siasatan oleh SP15, sampel darah OKT1 dan OKT2 telah diambil oleh Dr. Hii Yong Hui (SP14) untuk dianalisis bagi ujian perbandingan DNA dengan barang kes yang dirampas. Bagi tujuan analisis tersebut, sampel darah kedua-dua OKT itu beserta barang kes telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia di Pulau Pinang dan dianalisis oleh ahli kimia bernama Haznan Bin Hashim (SP4). Hasil analisis beliau sebagaimana dilaporkan dalam laporan Kimia (Exh.P74) mendapati, antara lain:- a. Terdapat DNA OKT 1 pada swabbing selipar dan selipar “9” yang dirampas, pada baju yang dirampas oleh Pengadu SP6 yang ditemui di dalam bilik bawah; dan b. Terdapat satu profil DNA campuran daripada 2 individu pada tuala “4” yang mana OKT 1 salah seorang penyumbang kepada profil DNA campuran ini. (Tuala tersebut dirampas oleh SP5 di bilik bawah tempat kejadian. [24] Hasil siasatan tersebut, OKT1 dan OKT2 telah dituduh bersama-sama dengan satu pertuduhan bagi barang kes dadah yang dijumpai di dalam bonet kereta sebagaimana kes nombor AA-45A-15-10/2021. Manakala OKT1 pula telah dituduh dengan 4 pertuduhan tambahan bagi dadah dan racun yang dijumpai di dalam rumah tersebut sebagaimana kes nombor AA-45A-12-09/2021 dan AA-45-1-09/2021. KES PIHAK PEMBELAAN [25] Teras utama Pembelaan OKT-OKT (yang telah dicadangkan kepada saksi-saksi Pendakwaan) di dalam kes ini adalah bahawa OKT-OKT tidak mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan terhadap kesemua dadah dan racun berjadual yang dirampas di tempat kejadian tersebut kerana OKT-OKT tidak mengetahui barangan tersebut adalah dadah dan racun berjadual. [26] Pembelaan menimbulkan seseorang bernama Raswinder Singh a/l Balbir Singh yang dikatakan sebagai pemilik kereta Inspira yang dinaiki oleh OKT1 dan OKT2. Kereta Inspira itu telah dipinjam oleh OKT1 dan OKT2 pada hari kejadian untuk keluar pergi makan kerana kereta mereka yang diparkir di rumah kediaman sebenar kedua-dua OKT iaitu di alamat No. 2 Jalan Tasek Putra, RNR Tasek Putra, Ipoh telah dihalang oleh kereta Inspira tersebut. Semasa menggunakan kereta Inspira itu, Raswinder telah menghubungi mereka meminta mereka pulang untuk menggunakan kereta tersebut bagi mengambil barang di rumah beralamat di Taman Sri Klebang iaitu rumah tempat kejadian. Namun, OKT1 telah bersetuju untuk menolong Raswinder pergi mengambil barang tersebut memandangkan kunci rumah, alat kawalan jauh (remote control) dan kad akses untuk pergi ke rumah tersebut telah ada di dalam kereta Inspira itu. [27] OKT1 telah pergi ke rumah tersebut dan mengambil beg plastik tersebut di perkarangan rumah sahaja. Kemudian setelah OKT1 masuk ke dalam kereta, barulah dia ditahan oleh pihak polis. Penama Raswinder itu telah dikaitkan secara langsung sebagai individu yang mempunyai akses dan kawalan terhadap rumah, dadah-dadah dan racun-racun berjadual yang dijumpai pada hari kejadian. [28] Selain Raswinder, penama “Sasi” sebagai individu yang terlibat menyewa rumah tersebut bagi pihak lain juga dikaitkan sebagai orang yang mempunyai akses terhadap rumah tersebut. Pihak pembelaan berhujah bahawa kedua-dua penama ini perlu dipanggil kerana dipercayai terlibat dengan dadah-dadah yang dirampas tersebut. PERANAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [29] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah wajib mempertimbangkan sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh. Oleh yang demikian, sebaik sahaja pendakwaan menutup kes mereka, syarat asas adalah hakim perbicaraan memikul tugas untuk menilai segala keterangan yang dibentangkan. Dalam tugas penilaian keterangan sedemikian, Mahkamah wajib menggunapakai ujian penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan untuk menentukan sama ada suatu kes prima facie telahpun berjaya dibuktikan terhadap OKT-OKT. Dalam menjalankan penilaian keterangan sedemikian, Mahkamah perlu memberi pertimbangan kepada faktor-faktor berikut, iaitu: (i) setiap intipati kesalahan telah dibuktikan; (ii) pembabitan OKT-OKT dari segi nexus dibuktikan di antara OKT-OKT dan kesalahan yang dipertuduhkan; dan (iii) keterangan yang dibentangkan sahih, benar dan boleh di percayai. [30] Saya memperingati diri saya bahawa tugas dan kewajipan statutori yang diletakkan kepada mahkamah yang membicarakan sesuatu kes di akhir kes pendakwaan termaktub dalam seksyen 180 dan seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Kedua-dua seksyen memperkatakan perkara dan kedudukan yang sama. Bagi tujuan seksyen-seksyen ini "a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or explained would warrant a conviction". Perkataan "prima facie " yang terdapat dalam seksyen 180 tidak diberikan terjemahan statutori tetapi perkataan ini telah diperjelaskan pemahamannya melalui pengumuman di dalam prinsip kehakiman. [31] Garis panduan penterjemahan peruntukan ini boleh dilihat dalam keputusan Mahkamah Rayuan, iaitu kes Bunya Jalong v PP (2015) 5 CLJ 839, Abdul Wahab Patail HMR (menyampaikan penghakiman Mahkamah) menyatakan seperti berikut di mukasurat 903,: “[17] The burden of proof lies at all times upon the prosecution. It is firmly established that the evaluation is upon a maximum evaluation. See Khoo Hi Chiang v. Public Prosecutor &Another Case [1994] 2 CLJ 151; [1994] 1 MLJ 265; Arulpragasan Sandaraju v. Public Prosecutor [1996] 4 CLJ 597; Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 2 MLJ 65; PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 FC; Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ 870 CA. [18] Section 180 of the CPC requires the prosecution to make out, upon a maximum evaluation, a prima facie case. Unless a prosecution witness recants upon his testimony or his credibility is destroyed, his testimony is taken into the consideration of whether a prima facie case has been made out, even though his testimony was challenged in cross-examination by putting to him that his testimony or any identified part thereof was untrue, incorrect or contradicted by other evidence, oral and/or documentary. If the evaluation of his answers and how he answers that determines his credibility, which may result in there being a finding there remained a gap or a reasonable doubt in the prosecution case, and which may be fatal to a conviction. Only if the court finds that the prosecution had made out a prima facie case is the accused called to enter upon his defence, where the accused is entitled to tender oral and/or exhibit evidence to provide substance to his defences and the questions put on his behalf to the prosecution witnesses. If sufficient to raise a reasonable doubt, he is entitled to be acquitted and discharged.” (penekanan diberikan) [32] Panduan juga boleh didapati daripada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Magendran Mohan v PP (2011) 1 CLJ 805, yang menyatakan di mukasurat 824, seperti berikut, “[25] The test at the end of the prosecution’s case is “prima facie case” based on a maximum evaluation of evidence. The evidence has to be scrutinized properly and not perfunctorily, cursorily or superficially. If the evaluation of the evidence results in doubts in the prosecution’s case, then a prima facie case has not been made out. The defence ought not to be called merely to clear or clarify such doubts.” (penekanan diberikan) [33] Seterusnya, Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohd. Naki Mohd Yusof v PP (2014) 7 CLJ 441, menyatakan di mukasurat 457 seperti berikut: “[48] A prima facie case is one that is sufficient for the appellant to be called upon to answer. This means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The Court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. The force of the evidence adduced must be such that, if rebutted, is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen.” (penekanan diberikan) [34] Jika keterangan pihak pendakwaan sendiri membawa kepada dua atau lebih inferens iaitu satu bagi pihak pendakwaan dan satu lagi menyebelahi pembelaan, maka adalah perlu untuk Mahkamah menerima inferens yang lebih memihak kepada pihak OKT. [35] Dalam hal ini, saya juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Mohd. Radzi Abu Bakar (2006) 1 CLJ 457, yang mana telah dinyatakan di mukasurat 467, seperti berikut, “[15] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution’s case: (i) the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused; (ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted; (iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; (iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.” (penekanan diberikan) [36] Hasil daripada pemahaman saya terhadap prinsip undang-undang yang dinyatakan di atas, maka adalah menjadi kewajipan Hakim perbicaraan untuk menganalisa, menilai dan memberikan pertimbangan secara penilaian maksima terhadap kes pendakwaan dengan mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan, eksibit-eksibit yang dikemukakan dan soal balas yang diajukan oleh pihak pembelaan bersekali dengan hujahan pihak-pihak. Secara ringkasnya saya memperingati diri saya sendiri bahawa langkah-langkah yang telah diperincikan dalam kes PP V. Mohd. Radzi abu bakar (supra) di atas perlulah dipatuhi dengan ketat. INTIPATI PERTUDUHAN YANG PERLU DIBUKTIKAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN [37] Menurut seksyen 39B(1)(a) Akta 234; "No person shall, on his own behalf or on behalf of any other person, whether or not such person is in Malaysia, traffic in a dangerous drug". [38] Kedua-dua OKT menghadapi satu pertuduhan bersama di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 9152 bagi kes nombor AA-45A-15-10/2021 manakala OKT1 turut menghadapi satu lagi pertuduhan di bawah kesalahan yang sama bagi kes nombor AA-45A-12-09/2021. Intipati di dalam seksyen 39B(1)(a) Akta 234 adalah jelas yang mana menggariskan seperti berikut: - (1) Dadah tersebut tersenarai di bawah Akta 234 dan dengan berat seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan. (2) Dadah yang dirampas ada di dalam milikan kedua-dua OKT atau OKT1, iaitu OKT-OKT atau OKT1 mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut serta mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya. (3) OKT-OKT atau OKT1 telah mengedarkan dadah tersebut. [39] Seterusnya, bagi maksud seksyen 34 Kanun Keseksaan sebagaimana pertuduhan dalam kes AA-45A-15-10/2021, pihak Pendakwaan juga perlu membuktikan niat bersama kedua-dua OKT dalam mengedar dadah berbahaya tersebut. [40] Bagi seksyen 9(1) Akta 366 pula, peruntukan tersebut memperuntukkan seperti berikut: "(1) No person, whether licensed under this Act or not, shall knowingly sell, supply, keep or have in his possession or under his control or store any poison otherwise than in accordance with the regulations made under this Act and in force relating to the possession, containers, packaging, labelling or storing of such poison. (2) In any proceedings under this section if any person is proved to have sold, kept or had in his possession or under his control or stored any poison he shall be deemed to have done so knowingly, unless the contrary is proved by him. (3) Any person who contravenes subsection (1) shall be guilty of an offence against this Act." [41] Berdasarkan peruntukan itu, intipati yang perlu dibuktikan bagi tiga pertuduhan yang dihadapi oleh OKT1 dalam kes AA-45-1-09/2021 adalah seperti berikut:- (1) Racun tersebut tersenarai di bawah Akta 366; dan (2) Racun yang dirampas ada di dalam milikan atau kawalan OKT1 dan OKT1 mempunyai pengetahuan berkenaan racun tersebut. DADAH DAN RACUN TERSENARAI DI BAWAH AKTA 234 DAN AKTA 366 DENGAN BERAT ATAU SUKATAN SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM PERTUDUHAN-PERTUDUHAN [42] Di hadapan saya pihak pendakwaan berhujah bahawa dadah dan racun yang ditemui dan dirampas oleh pegawai serbuan (SP6) telah berada dalam milikan dan kawalan OKT-OKT pada masa kejadian. Kemudian, dadah dan racun tersebut sentiasa berada dalam jagaan dan kawalan SP6 sehinggalah ianya diserahkan kepada pegawai penyiasat (SP15). Dadah dan racun tersebut pula seterusnya berada dalam kawalan dan jagaan SP15 sehinggalah ianya diserahkan kepada ahli kimia (SP3) untuk dianalisis. [43] Dadah dan racun yang sama telah disahkan dan dicamkan oleh SP3, SP6 dan SP15. Sehubungan dengan itu, rantaian keterangan berkaitan dengan pengendalian dadah dan racun yang dirampas dari kereta yang dinaiki oleh OKT-OKT dan dari dalam rumah tersebut adalah dihujahkan tidak terputus. [44] Manakala pihak pembelaan dalam penghujahan mereka membangkitkan isu pertambahan dan pengurangan berat kasar dadah berbanding berat bersih yang ditimbang oleh SP3. Selain itu, terdapat sebahagian barang kes yang hilang iaitu kotak bertanda B5 dan perbezaan pada warna barang kes turut menjadi isu yang dibangkitkan. [45] Dalam mempertimbangkan intipati ini dan isu yang dibangkitkan, saya berpendapat adalah wajar untuk saya meneliti rantaian keterangan pihak pendakwaan berkaitan dengan pengendalian barang kes dadah dan racun sebagaimana pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap setiap OKT. [46] Dalam hal ini, diperhatikan SP3 merupakan seorang ahli kimia yang bertauliah dan telah menerima barang kes dadah dan racun tersebut daripada SP15 pada 27.11.2019. SP15 pula menerima kesemua dadah dan racun tersebut daripada SP6 pada hari kejadian iaitu pada 22.11.2019 jam lebih kurang 11.45 malam. [47] SP3 telah menjalankan analisis ke atas kesemua dadah dan racun tersebut secara ujian warna, GCMSD dan GC-FID dan mengesahkan bahawa dadah dan racun yang dirampas itu adalah tersenarai dalam jadual Akta 234 dan Akta 366. Secara rumusannya, analisis SP3 menemukan jenis dadah berbahaya beserta berat bersih dan racun sebagaimana berikut: (i) Barang kes yang dijumpai di dalam bonet kereta Inspira - Keseluruhan bahan berwarna perang yang dijumpai di dalam peket-peket plastik di dalam beg plastik “Un Jour Special” mengandungi 38.7 gram Heroin dan 485.4 gram Monoacetylmorphines (ii) Barang kes yang dijumpai di dalam rumah: - Keseluruhan bahan pelbagai warna seperti perang, kuning, merah jambu dan hijau yang dijumpai di dalam bungkusan-bungkusan dan peket-peket plastik mengandungi 243.4 gram Heroin dan 1079.5 gram Monoacetylmorphines; - Keseluruhan serbuk berwarna putih di dalam bungkusan plastik bertanda C1, C2 dan C3 mengandungi 60.55 kilogram Caffeine; - Keseluruhan serbuk berwarna putih di dalam bungkusan plastik C17a mengandungi 10.74 gram Chloroquine; dan - Cecair perang sebanyak 93 mililiter mengandungi Caffeine. [48] Bagi proses analisis tersebut, SP3 telah menjalankan ujian tertentu mengikut “standard” yang ditetapkan oleh Jabatan Kimia Malaysia. Proses kerja seorang ahli kimia di makmal kimia tidak perlu diberikan secara terperinci langkah demi langkah. Saya merujuk kepada kes Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492 (SC): In this type of cases where the opinion of the Chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the court is entitled to accept the opinion of the expert on its face value, unless it is inherently incredible or the defense calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion . So long as some credible opinion is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step;” [49] Saya juga perlu menerima secara prima facie keterangan SP3 melainkan ianya sukar untuk dipercayai. Oleh yang demikian SP3 tidak perlu memperincikan apakah yang diperlakukannya di makmal semasa menjalankan ujian-ujian untuk mengetahui jenis dan berat dadah serta racun tersebut. Di dalam kes Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP [2006] 6 MLJ 197 (Mahkamah Rayuan), menyatakan iaitu: “Bagi maksud itu, Mahkamah perbicaraan seperti juga Mahkamah ini seharusnya mengambil pendekatan yang disarankan oleh Mahkamah Agong dalam kes Munusamy v PP[1987] 1MLJ 492 (diikuti) yang diikuti dalam kes PP v Lam San [1991] 3 MLJ 426 (diikuti) dalam menangani keterangan ahli kimia. Panduan pertama yang ditetapkan dalam kes-kes itu ialah supaya Mahkamah pebicaraan menerima prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. Keduanya, selagi keterangan itu boleh dipercayai ahli kimia tidak perlu menunjukkan secara terperinci apa yang dibuat di dalam makmalnya.” [50] Di dalam kes ini, saya dapati rantaian keterangan dalam pengendalian barang kes juga adalah terjaga dengan baik di antara SP6, SP15 dan SP3. Walaupun pihak pembelaan ada menimbulkan isu perbezaan berat barang kes yang ditimbang oleh saksi-saksi, isu perbezaan warna dan juga kehilangan kotak B5 (bukan dadah atau racun), namun saya mendapati terdapat penjelasan yang munasabah bagi setiap permasalahan yang dibangkitkan tersebut dan tidak mencukupi untuk menimbulkan keraguan terhadap dadah dan racun yang dikemukakan (rujuk kes Lew Wai Loon v. PP [2014] 2 CLJ 649). Apatah lagi, kesemua saksi tersebut dapat sama-sama mengecam barang kes yang dikemukakan di dalam mahkamah dan gambar-gambar barang kes dengan baik berdasarkan kepada tandaan masing-masingnya. Dalam kes Hasbala Mohd Sarong v PP [2013] 6 CLJ 945, Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam keputusannya menyatakan seperti berikut : “Perbezaan dalam berat ekshibit-ekshibit dadah itu sendiri seperti yang didapati oleh PW6 dan PW3 tidak cukup untuk membentuk keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Tiada keraguan bahawa ekshibit-ekshibit dadah yang dirampas daripada perayu-perayu dan yang dianalisa oleh PW3 adalah ekshibit-ekshibit dadah yang sama yang menjadi perkara pertuduhan terhadap perayu. Tidak ada pemutusan dalam rangkaian keterangan dan ekshibit-ekshibit dadah telah dikenalpasti secara positif oleh saksi-saksi Pendakwaan.” [51] Seterusnya, saya mengambil pertimbangan bahawa SP3 merupakan seorang ahli kimia yang berada dalam perkhidmatan. Oleh yang demikian, keterangan SP3 ini boleh diterima oleh Mahkamah kerana ianya sempurna dan tiada kecacatan. Sepertimana ditekankan di atas, SP3 adalah merupakan seorang ahli kimia yang bertauliah dan telah menjelaskan secara terperinci analisis yang telah dijalankan oleh beliau. Keterangan SP3 berkenaan dengan hasil analisis beliau adalah tidak tercabar oleh pihak pembelaan. Oleh itu, intipati pertama bahawa dadah dan racun sebagaimana berat bersih dinyatakan dalam kesemua pertuduhan yang dihadapi oleh OKT1 dan OKT2 telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan sebagai dadah berbahaya yang tersenarai dalam Jadual di bawah Akta 234 dan juga racun berjadual dalam Akta 366. DADAH DAN RACUN YANG DIRAMPAS ADA DI DALAM MILIKAN KEDUA-DUA OKT, IAITU OKT-OKT MEMPUNYAI JAGAAN DAN KAWALAN KE ATAS DADAH TERSEBUT SERTA MEMPUNYAI PENGETAHUAN BAHAWA DADAH DAN RACUN TERSEBUT ADALAH DADAH BERBAHAYA DAN RACUN BERJADUAL [52] Sebelum memberi pertimbangan terhadap intipati pengedaran bagi pertuduhan kes nombor AA-45A-15-10/2021 dan AA-45A-12- 09/2021, saya perlu terlebih dahulu menilai sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati pemilikan terhadap dadah-dadah yang dirampas dalam kes ini. Sekiranya saya mendapati intipati pemilikan telah berjaya dibuktikan, barulah pertimbangan dan penilaian seterusnya diberikan terhadap intipati pengedaran bagi kedua-dua kes tersebut dan seterusnya intipati niat bersama OKT-OKT dalam melakukan kesalahan pengedaran tersebut bagi kes AA-45A-15- 10/2021. [53] Begitu juga bagi kes pemilikan racun berjadual sebagaimana tiga pertuduhan dalam kes AA-45-1-09/2021 yang dihadapi oleh OKT1, intipati pemilikan juga menjadi asas pertimbangan yang penting dalam menentukan sama ada intipati pertuduhan dapat dibuktikan terhadap OKT1. [54] Dalam membuktikan intipati pemilikan, pendakwaan boleh memilih untuk membuktikannya dengan cara membangkitkan anggapan pemilikan di bawah seksyen 37(d) Akta 234 atau membuktikan pemilikan sebenar iaitu secara actual possession, jagaan atau kawalan. Begitu juga berkenaan intipati pengedaran, pendakwaan boleh memilih untuk membuktikannya sama ada dengan cara membangkitkan anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) Akta 234 atau pun dengan cara mengemukakan keterangan pengedaran secara langsung sebagaimana menurut takrifan pengedaran di bawah seksyen 2 Akta 234. Walau bagaimanapun dalam hal ini saya mengambil maklum bahawa pendakwaan tidak boleh bergantung kepada dua anggapan secara serentak bagi membuktikan intipati pemilikan dan pengedaran (rujuk kes Alma Nudo Atenza v. PP & Another Appeal [2019] 5 CLJ 780). [55] Dalam memberi pertimbangan ke atas prinsip pemilikan (possession), ianya adalah berkaitan dengan konsep kawalan, jagaan dan pengetahuan sepertimana yang telah ditakrifkan dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 di mana Hakim Thompson di muka surat 237 menyatakan seperti berikut:- “In my experience there is no question which Magistrates find more difficult to deal with than this question of what amounts to "possession" for the purposes of the criminal law. Much of this difficulty arises from a failure to appreciate that in reality there are two separate questions involved. The first is whether the accused party was in possession of the article in question and the second by reason of the application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit rea is whether he had knowledge of the nature of the thing possessed. "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edn., p. 304): "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. [penekanan ditambah] [56] Saya juga merujuk kepada kes PP v. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209, yang mana penjelasan terperinci telah diberikan berhubung isu milikan ini seperti berikut: "[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, - that is, 'exclusive' - that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession...', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg. [1955] 1 LNS 53: '...It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions.' [18] Thomson J, in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17, said that 'possession itself - which some authorities term 'custody' or 'control' - and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th edn, p. 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J, appears: 'A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.' [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.” [57] Selanjutnya, saya merujuk kepada kes Leow Nghee Lim v. R [1956] MLJ 28 di mana Taylor J telah menyatakan bahawa:- “Custody means having care or guardianship ; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them.” [58] Di dalam kes Leow Nghee Lim v. R [supra] juga, Mahkamah telah menyatakan seperti berikut:- “A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge.” [59] Dalam memberi pertimbangan ke atas intipati kawalan, jagaan dan pengetahuan bagi satu pertuduhan bersama yang dihadapi oleh kedua-dua OKT dan empat pertuduhan yang dihadapi oleh OKT1, adalah penting untuk saya menilai keterangan saksi pendakwaan terutamanya SP6 dan SP8 yang merupakan pegawai yang bertanggungjawab membuat pemerhatian, menangkap dan menjalankan pemeriksaan ke atas kedua-dua OKT di tempat kejadian. KAWALAN, JAGAAN DAN PENGETAHUAN OKT-OKT TERHADAP DADAH YANG DIJUMPAI DALAM BONET KERETA INSPIRA BAGI KES AA-45A-15-10/2021 [60] Teras kes pendakwaan bergantung kepada keterangan SP6 dan SP8 yang telah mengemukakan keterangan bahawa beg plastik mengandungi dadah yang dijumpai dari dalam bonet kereta Inspira tersebut telah dibawa dan diletakkan oleh OKT1 setelah keluar dari rumah tempat kejadian. Kereta Inspira itu pula telah dipandu masuk ke dalam kawasan parkir rumah tersebut oleh OKT2. [61] Menurut SP8, pada awalnya beliau telah melihat sebuah kereta Inspira sampai di hadapan rumah tersebut. Kemudian, beliau nampak pintu pagar rumah itu terbuka secara automatik tanpa pemandu kereta Inspira itu turun dan kereta Inspira tersebut kemudiannya dipandu masuk ke dalam kawasan parkir rumah. Seterusnya, SP8 telah nampak dengan jelas OKT1 keluar dari dalam rumah tersebut dan menutup kembali pintu rumah serta nampak seolah-olah OKT1 mengunci pintu rumah tersebut. [62] Seterusnya OKT1 dikatakan telah dilihat pergi menuju ke arah kereta tersebut dengan memegang bungkusan beg plastik (Exh.P17A) di tangan kanannya dan dalam masa yang sama, OKT2 telah keluar dari tempat duduk pemandu menuju ke belakang kereta dan membuka bonet belakang Proton Inspira (Exh.P83). Kemudian, OKT1 dilihat memasukkan beg plastik tersebut ke dalam bonet kereta Inspira itu dan seterusnya OKT2 menutup kembali bonet kereta tersebut. [63] Selepas itu, OKT1 memasuki tempat duduk pemandu kereta manakala OKT2 pula masuk ke tempat duduk penumpang hadapan kereta tersebut. Kemudian pada masa ini, SP6 dan pasukannya membuat halangan di belakang kereta Inspira tersebut bersama dengan kereta anggota serbuan yang lain dan berjaya menahan OKT1 dan OKT2. Selepas membuat pemeriksaan terhadap OKT1, SP6 kemudiannya pergi memeriksa bonet kereta tersebut dan menjumpai beg plastik yang diletakkan oleh OKT1 yang mana di dalamnya dijumpai dadah-dadah sebagaimana dinyatakan dalam pertuduhan. [64] Berdasarkan kepada keterangan ini dan mengambil kira kedudukan undang-undang berkaitan "possession" dalam kes-kes yang dirujuk di atas, maka jelas kepada saya bahawa OKT1 mempunyai jagaan dan kawalan ke atas beg plastik tersebut termasuk dadah-dadah yang terkandung di dalam beg plastik itu. Keterangan daripada SP6 dan SP8 ini menunjukkan OKT1 mempunyai milikan secara fizikal kerana beg plastik tersebut telah dipegang dengan tangan kanannya, dibawa ke kereta tersebut dan diletakkan ke dalam bonet kereta oleh OKT1 semasa kejadian. Tiada orang lain yang dilihat mengendalikan beg plastik tersebut pada ketika itu melainkan hanya OKT1 sahaja. Mengambil kira faktor bahawa beg plastik tersebut dipegang dan diletakkan sendiri oleh OKT1 ke dalam bonet pada waktu yang material, maka jelas ianya dapat mengaitkan OKT1 secara langsung terhadap barang kes dadah yang ditemui di dalam beg plastik tersebut. [65] Dalam kes Tan Lay Hwa v PP [2016] 1 LNS 507, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa dalam keadaan beg sandang dibawa oleh OKT pada waktu kejadian adalah jelas menunjukkan bahawa OKT mempunyai milikan ke atas beg sandang tersebut. Malahan bukan setakat itu sahaja, OKT juga mempunyai milikan fizikal ke atas apa yang ada di dalam beg silang tersebut. Mahkamah Rayuan dalam memutuskan sedemikian menyatakan seperti berikut: “First and second grounds - want of possession and knowledge [51] We proposed to deal with the first and second grounds together as they are interwoven. [52] Learned counsel conceded that at the time of the appellant's arrest, he had his sling bag slung over his shoulders but submitted that apart from the said drugs, there was nothing else inside the sling bag to connect the said drugs with the appellant. No personal documents or items belonging to the appellant were found inside the sling bag. Hence, learned counsel submitted that the evidence is insufficient to fasten the appellant with possession and knowledge of the said drugs. [53] In our view, it is apparent that the factual evidence adduced by the prosecution and accepted by the learned judge indicated that the appellant had custody or control of the sling bag containing the drugs and hence was in possession of the said sling bag. By extension it dictates that he was also having in possession of the item or items inside the sling bag. The item in issue inside the sling bag was the said impugned drugs. [54] In view of the learned judge's finding that the appellant was at the material time having the sling bag slung over his shoulders and was thus having physical possession of the said drugs inside the sling bag, the fact in issue now is whether he had the knowledge that the bag contained the said drugs. It was the evidence of PW-4 that the appellant's reaction changed (reaksi berubah), turned pale (pucat) and appeared frighten upon recovery of the said drugs.” (penekanan diberikan) [66] Jesteru itu, berdasarkan kepada keterangan yang ada, saya berpendapat ianya adalah mencukupi untuk membuktikan OKT1 mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah yang ditemui dan dirampas dari dalam bonet kereta Inspira tersebut (rujuk kes Neo Koon Cheo v Regina [1959] 1 LNS 64 , Ramis a/l Muniandy v PP [2001] 3 SLR 534, Tan Ah Tee v PP [1978] 1 LNS 193 dan kes Zulfikar bin Mustaffa v PP [2001] 1 SLR 633). [67] Dalam menentukan intipati pemilikan ini, di samping konsep jagaan dan kawalan, adalah penting untuk saya menilai sama ada OKT-OKT mempunyai pengetahuan ataupun tidak ke atas dadah-dadah yang dijumpai oleh SP6 di dalam beg plastik yang berada di dalam bonet kereta tersebut. Sehubungan dengan itu, tingkah laku dan perbuatan OKT-OKT semasa kejadian adalah relevan untuk saya membuat analisis dan memberikan pertimbangan. Walaupun begitu, saya memperingati diri saya berkaitan dengan unsur pengetahuan bukan setakat perlu diberikan perhatian kepada tingkah laku OKT-OKT semata-mata, malah ia perlu dilihat secara menyeluruh dan kepada keadaan sekeliling seperti yang diputuskan dalam kes Public Prosecutor v. Tan Tatt Eek [2005] 4 CLJ 460. [68] Berdasarkan pemeriksaan SP6 terhadap beg plastik di dalam bonet kereta itu, SP6 telah mendapati secara keseluruhannya terdapat 10,485 gram berat kasar ketulan-ketulan yang disyakit dadah Heroin di mana analisis SP3 menemukan berat bersih kandungan dadah berbahaya adalah 524.1 gram (38.7 gram Heroin dan 485.4 gram Monoacetylmorphines). Dengan berat kasar melebihi 10 kilogram itu, masakan OKT1 tidak dapat merasakan berat kandungan beg plastik tersebut semasa membawanya dan tidak menyedari kewujudan sebegitu banyak dadah di dalam beg tersebut. [69] Apatah lagi, kandungan beg plastik itu boleh dilihat dengan mudah dan tiada keterangan yang menunjukkan bahawa beg tersebut berkunci yang boleh menyebabkan OKT1 tidak dapat memeriksa kandungan beg plastik yang berat tersebut. Dalam keadaan ini, adalah tidak munasabah untuk mengatakan OKT1 tidak mengetahui kandungan beg plastik tersebut sedangkan sedikit sahaja usaha diperlukan oleh OKT1 untuk memeriksa apa yang terkandung di dalam beg plastik itu. Dalam kes PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 Mahkamah Persekutuan dalam membincangkan isu ini menyatakan seperti berikut: [24] Applying the observations set out in the authorities cited above to the facts in the present case, the irresistible inference that may be drawn in the circumstances is that the respondent all along knew about the drug found in the car. The fact that they were found hidden under the seats of the car and wrapped in Chinese newspaper would not assist him to negate such an inference. From the evidence of PW5 it is clear that little effort was required to uncover what was contained in the 3 packages. Therefore, we are of the view that on the facts and in the circumstances of this case the learned trial judge, properly directed on the law, would have come to the finding that prima facie the respondent had possession of the drug independent of the statutory presumption under s. 37(d) of the Act. [70] Selain itu, saya berpendapat OKT1 mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan dadah-dadah berbahaya di dalam beg plastik itu berdasarkan kepada fakta bahawa dadah-dadah berbahaya yang dibungkus dalam beberapa bungkusan plastik lutsinar itu merupakan satu-satunya barang yang berada di dalam beg plastik tersebut. OKT1 ditangkap selepas dia membawa beg tersebut keluar dari rumah dan meletakkannya ke dalam bonet kereta Inspira itu. [71] Bukannya ditangkap ketika dia baru sahaja bercadang untuk mengambil atau memegang beg plastik tersebut. Dalam keadaan itu, sudah pasti dadah itu sudah berada dalam pengetahuan OKT1 ketika dia memegang dan membawa beg plastik tersebut serta meletakkannya ke dalam bonet kereta itu. Ini adalah inferen munasabah yang boleh dirumuskan berpandukan kepada keterangan kes pendakwaan ini. [72] Selain itu, fakta bahawa jenis dadah yang sama dijumpai di dalam beg plastik yang dibawa oleh OKT1 dengan dadah yang ditemukan berada di dalam rumah dengan jumlah yang banyak menguatkan lagi keterangan bahawa OKT1 sebenarnya tahu apa yang dibawa keluar olehnya pada hari itu adalah dadah. Adalah tidak mencukupi untuk pembelaan sekadar mencadangkan yang OKT1 tiada pengetahuan (merely assert absence of knowledge) tetapi dari fakta yang dikemukakan, OKT1 secara munasabahnya perlu berasa syak atau meragui mengenai kandungan dadah yang banyak terdapat dalam beg plastik yang dipegangnya itu. [73] Berdasarkan kepada pemerhatian saya secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa elemen milikan secara kawalan, penjagaan dan pengetahuan OKT1 ke atas dadah-dadah yang ditemui di dalam beg plastik yang diletakkan oleh OKT1 ke dalam bonet kereta Inspira itu telah berjaya dibuktikan oleh oleh pihak pendakwaan. Dalam erti kata yang lain, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa OKT1 mempunyai milikan fizikal ke atas beg plastik tersebut termasuk kandungan dadah-dadah di dalamnya tanpa perlu menggunapakai anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta 234. [74] Bagi penglibatan OKT2 pula, ianya akan disentuh apabila Mahkamah ini membincangkan intipati niat umum bersama bagi maksud pemilikan dan pengedaran di akhir kes nanti. KAWALAN, JAGAAN DAN PENGETAHUAN OKT1 TERHADAP DADAH DAN RACUN YANG DIJUMPAI DALAM RUMAH TERSEBUT BAGI KES AA-45A-12-09/2021 DAN AA-45-1-09/2021 [75] Teras kes pihak Pendakwaan bagi 4 pertuduhan lain yang dihadapi oleh OKT1 bagi dua kes tersebut adalah juga bergantung kepada keterangan SP6 dan SP8. [76] Menurut SP8, beliau sampai di tempat kejadian pada jam 1.30 petang dan membuat pemerhatian di hadapan rumah tersebut dari jarak 40 hingga 60 meter. Pada ketika itu, tiada apa-apa pergerakan keluar masuk di rumah tersebut dan tiada kenderaan di rumah itu. Kemudian, pada jam 6.15 petang setelah dimaklumkan oleh SP6, SP8 telah melihat kehadiran sebuah kereta Inspira yang menuju ke rumah tersebut. Apabila kereta itu sampai di hadapan rumah itu, SP8 dapati pintu pagar rumah terbuka secara automatik tanpa perlu pemandu kereta Inspira keluar membukanya. [77] Seterusnya, kereta Inspira itu dipandu masuk ke dalam kawasan parkir rumah tersebut. Pada ketika inilah, OKT1 dilihat keluar dari rumah tersebut seorang diri dengan membawa satu bungkusan beg. SP8 juga nampak OKT1 menutup kembali pintu rumah dan mengunci pintu rumah tersebut. Kemudiannya, OKT1 pergi meletakkan bungkusan beg yang dipegangnya itu ke dalam bonet kereta dan seterusnya masuk ke bahagian tempat duduk pemandu kereta tersebut. Pada ketika inilah SP6 membuat halangan dan seterusnya menahan OKT1 bersama-sama OKT2. [78] Hasil pemeriksaan fizikal oleh SP6 terhadap OKT1 telah menjumpai serangkai 7 anak kunci beserta satu alat kawalan jauh (disebut sebagai alat penggera oleh saksi-saksi) dari dalam poket kanan seluar yang dipakai oleh OKT1. Anak kunci dan alat kawalan jauh tersebut pula disahkan oleh saksi-saksi pendakwaan sebagai anak kunci dan alat kawalan jauh kepada pintu rumah dan pintu pagar rumah tersebut. SP6 telah masuk membuat pemeriksaan di dalam rumah dengan menggunakan kunci yang dirampas itu untuk membuka padlock pada pintu grill rumah dan pintu utama kayu rumah tersebut. Seterusnya, pemeriksaan membawa kepada penemuan dadah-dadah dan racun-racun yang dijumpai berada di ruang tamu dan dapur rumah beserta alatan-alatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah. [79] Berdasarkan kepada fakta kes sedemikian iaitu melibatkan dadah dan racun yang dijumpai di dalam rumah di mana OKT1 dilihat keluar dari dalam rumah tersebut, OKT1 dilihat membuka, menutup dan mengunci pintu rumah, anak-anak kunci pintu rumah dan alat kawalan jauh pintu pagar rumah dirampas daripada milikan fizikal OKT1 dan anak-anak kunci itu pula digunakan oleh SP6 untuk masuk ke dalam rumah tempat dadah dijumpai, maka saya asaskan analisis keterangan pihak pendakwaan dengan berpandukan kepada kes yang mempunyai fakta yang hampir serupa dengan kes ini iaitu kes Lim Son Heng v. PP [2014] 1 LNS 414 yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: - [12] Coming back to the present case, the learned Deputy Public Prosecutor (DPP) had with care took us through a number of pieces of evidence that established possession of the impugned drugs on the part of the appellant. Apart from the fact that PW4 saw the appellant coming out from the said premises and locked the grilled door with a padlock, what is more glaring was the fact that the keys to the said premises were recovered by PW7 from the appellant. These keys were later used by the police to unlock the padlock and the main door of the said premises. The next point which has a strong bearing on the issue is the evidence of Loke Kuan Chui ("PW6"), Loke Kuan Yin ("PW9"), Lau Wui Hong ("PW12") and Wong Chee Yee ("PW15"), who confirmed and identified the appellant as the tenant who rented the premises. Their evidence when considered in its entirety showed that the appellant had care and management over the said premises at that material time. Even more to the point is that several documents and receipts bearing his name were also found in one of the rooms of the premises (see search list, exhibit P17 items 47-52). In our judgment, all this admissible evidence when taken together lead to the conclusion that at all material time, the offending drugs were in the custody and control of the appellant and further the irresistible inference that could be drawn in the circumstances was that the appellant all along knew about the drugs found in the premises. Accordingly, in our judgment, the prosecution had made up a case of actual possession, independent of the presumption of possession under section 37(d) of the DDA. In view of section 37(da) of the DDA, the appellant was correctly presumed by the learned High Court judge, to be trafficking in the said drugs unless he proved to the contrary on the balance of probabilities. [penekanan ditambah] [80] Dalam kes Chan Pean Leon pula, sebagaimana ditekankan di atas telah menyatakan bahawa di antara contoh-contoh yang boleh dibuat inferen bahawa tertuduh mempunyai milikan terhadap sesuatu barang yang ditemui adalah barang tersebut ditemui dalam bilik berkunci yang kuncinya dipegang atau diperolehi dari tertuduh. Semasa pemerhatian dibuat, SP8 dapat melihat OKT1 menutup pintu rumah tersebut dan menghadap pintu tersebut seolah-olah sedang mengunci pintu itu. Kemudian, serangkai anak kunci dirampas daripada milikan fizikal OKT1 dan kunci itu pula boleh digunakan untuk membuka kunci padlock pada pintu grill dan kunci pintu kayu. [81] Dalam hal ini, pemilikan kunci pintu rumah itu secara langsung menunjukkan kawalan dan jagaan OKT1 ke atas rumah tersebut. Apatah lagi, bersama kunci tersebut didapati bersama satu alat kawalan jauh kepada pintu pagar rumah tersebut. Dengan penerimaan fakta di atas, saya berpendapat adalah jelas OKT1 mempunyai kawalan dan jagaan terhadap rumah tersebut termasuk dadah-dadah dan racun-racun yang berada di dalam rumah itu sebagaimana dinyatakan dalam keempat-empat pertuduhan dan oleh itu adalah memadai jika dirujuk kepada kes yang sama iaitu Lim Son Heng v PP [supra] yang mana Mahkamah telah menyatakan: [15]On the facts of the present case, there can be no doubt that the appellant had possession of all the things inside the premises to the exclusion of other people. This is evidenced from the fact that he made sure he locked the grille door with a padlock before he left the premises, the keys to the premises were found with him. In such a situation, the appellant 'has the power to exclude other persons from the enjoyment of the property' as explained by Taylor J in Leow Nghee Lim. [penekanan ditambah] [82] Rujukan juga dibuat terhadap kes Chong Joon Hong v. PP & Other Appeal [2018] 1 LNS 144 yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan pemilikan kunci bilik menyokong fakta bahawa tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah yang berada di dalam bilik tersebut dengan menyatakan seperti berikut: [35] In our view, based on the above evidence, it was clear that there was "affirmative link" between both appellants and the impugned drugs. The simple most important link or connection between both appellants and the impugned drugs was the simple fact that the packages and boxes that contained the impugned drugs were in their plain view. This evidence constituted strong "presence" and "proximity". They were not merely present inside the bedroom with the impugned drugs cached away somewhere but the impugned drugs were right under their noses. They were the only persons present in the house and the bedroom when the raid was conducted. This was the second link. Only the appellants had access to the bedroom as the key were with them. This was the third link. [36] In our view, the totality of this circumstantial evidence was sufficient to support the learned trial Judge's finding that both appellants had custody and control of the impugned drugs found inside the bedroom. [penekanan ditambah] [83] Selain pemilikan kunci rumah dan alat kawalan jauh pintu pagar rumah oleh OKT1, pihak pendakwaan juga bergantung kepada keterangan saintifik bagi menunjukkan bahawa OKT1 mempunyai milikan terhadap dadah dan racun yang dijumpai di dalam rumah tersebut. Berdasarkan keterangan ahli kimia SP4, profil DNA OKT1 telah ditemui pada sehelai baju tshirt yg dirampas oleh SP6 di dalam bilik tidur tingkat bawah rumah tersebut dan pada sehelai tuala yang dirampas (tuala “Doraemon) oleh pegawai forensik SP5 dari dalam bilik air yang berada di dalam bilik tingkat bawah rumah tersebut. [84] Selain itu, kesatan (swabbing) pada tangan kanan dan tangan kiri OKT1 serta pada selipar yang dipakai oleh OKT1 juga telah disahkan oleh SP3 terdapat kesan caffeine yang mana sejumlah caffeine ada dirampas di dalam rumah tersebut sebagaimana yang dipertuduhkan terhadap OKT1. [85] Dalam hal ini, saya berpendapat bukti forensik sedemikian jelas menyokong fakta bahawa OKT1 adalah pengguna kepada rumah tersebut dan mempunyai kawalan serta jagaan ke atasnya (rujuk kes PP v Lim Chsung Meng & Anor & Anor Appeal [2015] 1 LNS 1226 dan kes Ghasem Hozouri Hassan v. PP [2018] 6 CLJ 133; [2018] 1 LNS 580). [86] Setelah digabungkan keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan di mana SP6 menjumpai dadah dan racun di dalam rumah tersebut sebaik sahaja OKT1 dilihat keluar dari rumah tersebut dan mengunci pintu, anak-anak kunci yang boleh membuka kunci padlock pada pintu grill serta kunci pintu kayu dirampas daripada OKT1 dan berdasarkan keterangan saintifik yang menunjukkan nexus antara OKT1 dan barang kes yang dijumpai di dalam rumah tersebut, maka saya berpendapat bahawa hanya OKT1 yang mempunyai akses terhadap rumah tersebut pada waktu yang material. [87] Oleh yang demikian, OKT1 mempunyai kawalan dan penjagaan penuh ke atas rumah tersebut serta mempunyai kawalan dan jagaan ke atas kesemua barangan yang ada di dalam rumah tersebut pada waktu kejadian termasuk dadah-dadah dan racun-racun termasuk peralatan lain yang terdapat di dalamnya. Dalam kes Jazlie Jaafar lwn. PP [2018] 1 LNS 234 , di mana YA Mohd Zawawi Salleh (HMR semasa itu) telah menyatakan di sebagaimana berikut: “ [36] Kami bersetuju dengan analisis keterangan yang dibuat oleh Hakim Bicara bahawa Perayu mempunyai jagaan dan kawalan terhadap dadah yang dijumpai di dalam bilik Perayu. Terdapat keterangan kukuh bagi menyokong kesimpulan tersebut, antara lain:- (a) Keterangan SP9 yang menyatakan bahawa untuk memasuki bilik tersebut, beliau telah menggunakan kunci yang diperolehi daripada Perayu;” [88] Seterusnya dalam menentukan intipati pengetahuan OKT1 terhadap dadah dan racun tersebut, ianya boleh dibuktikan melalui inferen berdasarkan fakta kes yang dikemukakan. [89] Keterangan SP6 menyatakan dadah yang terdapat di dalam 3 bungkusan plastik berwarna merah dan 2 buah kotak telah dijumpai berada di dalam ruang tamu rumah. SP6 merujuk rajah kasar (Exh.P82(1)) beserta gambar tempat kejadian dan kemudiannya menunjukkan kedudukan dadah-dadah yang dijumpainya itu. Berdasarkan rajah kasar dan gambar-gambar tersebut, pada hemah saya kedudukan bungkusan-bungkusan dan kotak-kotak tersebut adalah dalam keadaan setempat, tidak tersorok dan mudah dilihat. [90] Begitu juga racun berjadual jenis caffeine dan chloroquine yang ditemui di bahagian dapur rumah tersebut. Barang kes tersebut yang berbentuk serbuk dan cecair juga pada hemah Mahkamah ini berada dalam keadaan terdedah dan tidak tersorok. Ianya boleh dilihat secara jelas dengan mata kasar. Sebagaimana hujahan pihak pendakwaan, Mahkamah ini bersetuju bahawa kedudukan dapur yang terbuka (open concept kitchen) menjadikan penemuan bahan-bahan iaitu serbuk-serbuk serta cecair tersebut adalah amat mudah dilihat dan ianya tidak tersorok. [91] Ketika kejadian, hanya OKT1 seorang yang dilihat keluar dari rumah tersebut. Semasa OKT1 masuk dan keluar dari rumah tersebut, sudah tentunya OKT1 akan melalui atau berada di ruang tamu yang dipenuhi dengan dadah berbahaya itu dan juga boleh melihat keadaan dapur rumah tersebut. Apatah lagi, OKT1 telah berada di dalam rumah itu selama lebih kurang 5 jam sepertimana yang telah disahkan melalui keterangan SP8. [92] Faktor kedudukan dadah berbahaya dan racun berjadual yang tidak tersorok atau berselindung yang membolehkan OKT1 dapat melihat dadah dan racun tersebut dengan mudah memberikan inferens bahawa OKT1 sememangnya tahu berkenaan kewujudan dadah dan racun tersebut. Tambahan pula, pada pengamatan saya, keadaan rumah itu terutamanya di tingkat bawah bukan seperti rumah yang biasa diduduki yang dipenuhi dengan perabot dan peralatan rumah. [93] Sebaliknya, ianya hanya dipenuhi dengan dadah dan racun beserta alatan-alatan yang dikatakan sebagai alatan memproses dadah sepertimana yang dirampas oleh SP6. Oleh yang demikian, sudah pasti OKT1 mempunyai pengetahuan berkenaan kewujudan dadah dan racun tersebut. [94] Dalam kes Mohd Fauzi Omar lwn. PP [2010] 1 CLJ 849, Mahkamah Rayuan dalam mempertimbangkan perkara tersebut telah menyatakan seperti berikut: “[9]... Perayu hanya bersendirian di rumah sedangkan P7c dalam beg plastik hijau terletak di bawah meja makan di dapur dan sesiapa yang berada di rumah boleh nampak kerana ia terdedah (lihat meja di dalam gambar-gambar P4C dan P4D dalam RR ms 208-209). SP10 tidak pernah melihat P5a atau P7c di rumahnya sebelum dia pergi dan tiada orang lain tinggal di rumah itu selain mereka berdua (anak masih kecil). Dalam keadaan sedemikian tidak silap bagi hakim bicara mendapati perayu "mempunyai kawalan dan jagaan atas barang-barang dalam rumah tersebut termasuk P5a dan P7c.". [95] Seterusnya, Mahkamah ini merujuk sekali lagi keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Chong Joon Hong v. PP [supra] yang turut menyentuh berkenaan faktor ini dengan menyatakan seperti berikut: - "[35] In our view, based on the above evidence, it was clear that there was "affirmative link" between both appellants and the impugned drugs. The simple most important link or connection between both appellants and the impugned drugs was the simple fact that the packages and boxes that contained the impugned drugs were in their plain view. This evidence constituted strong "presence" and "proximity". They were not merely present inside the bedroom with the impugned drugs cached away somewhere but the impugned drugs were right under their noses. They were the only persons present in the house and the bedroom when the raid was conducted. This was the second link.... [40] In our judgment, since the prosecution had proved the fact that the appellants were in control of the bedroom where the impugned drugs were found there is a strong inference that the appellants knew that the impugned drugs were there all along. It calls for an explanation by the appellants in order to rebut the said strong inference. Support for this proposition can be found in the House of Lords' case of Warner v. Metropolitan Police Commissioner (supra)...Lord Wilberforce observed as follows: "In all such cases, the starting point will be that the accused had physical control of something - a package, a bottle, a container - found to contain the substance. This is evidence - generally strong evidence - or possession. It calls for an explanation: the explanation will be heard and the jury must decide whether there is genuine ignorance of the presence of the substance, or such an acceptance of the package with all that it might contain, or with such opportunity to ascertain what it did contain or such guilty knowledge with regard to it as to make the statutory possession.". [penekanan ditambah] [96] Selain dadah berbahaya dan racun berjadual, SP6 turut menemui peralatan-peralatan yang boleh digunakan untuk memproses dadah di ruang dapur rumah tempat kejadian. Kedudukan peralatan-peralatan tersebut juga adalah dalam keadaan yang terdedah dan tidak tersorok sepertimana gambar-gambar di ekshibit P51(1-15) dan ekshibit P52(1- 27). Di tingkat atas rumah dan di bilik-bilik hanya ada perabot-perabot dan langsir yang disediakan oleh bapa pemilik rumah iaitu SP10. Manakala, di tingkat bawah penuh dengan peralatan-peralatan, mesin serta perkakasan untuk memproses dadah. Berikutan itu, Timbalan Pendakwa Raya terpelajar berhujah bahawa rumah itu telah dijadikan tempat untuk memproses dadah. [97] Mahkamah ini mendapati hujah tersebut ada asasnya. Berkenaan ini, analisis oleh SP3 mendapati terdapat kesan-kesan caffeine, heroin dan monoacetylmorphine pada peralatan-peralatan, mesin serta perkakasan yang dirampas tersebut. Selanjutnya, siasatan pegawai forensik SP5 di tempat kejadian dan analisis oleh SP3 seterusnya menemukan kesan dadah heroin dan monoacetylmorphines di putik kapas bertanda 7, 8 dan 10 iaitu kesan kesatan pada kipas siling, cerobong asap (Exh.P43) dan microwave oven “C25” (Exh.P40) yang terdapat di rumah tersebut. Penemuan-penemuan ini jelas menyokong fakta bahawa rumah tersebut dijadikan tempat memproses dadah. [98] Seterusnya, kesan caffeine yang juga terdapat pada kedua-dua tangan OKT1 termasuk pada seliparnya bukan hanya menunjukkan OKT1 telah menyentuh barang kes tersebut, malah boleh dibuat inferens bahawa OKT1 adalah pihak yang menggunakan peralatan- peralatan, mesin serta perkakasan tersebut sekaligus mengendalikan proses pembuatan dadah-dadah berbahaya tersebut. Dalam keadaan ini, ianya jelas menunjukkan bahawa OKT1 mengetahui bahawa barang kes adalah dadah berbahaya di bawah Akta 234 dan bahan terlarang iaitu racun berjadual di bawah Akta 366. [99] Sehubungan dengan analisis ke atas keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan dan kes-kes yang dirujuk di atas, maka adalah menjadi dapatan saya bahawa OKT1 mempunyai milikan secara kawalan, jagaan dan pengetahuan ke atas jenis dadah dan berat dadah yang dijumpai di dalam rumah tersebut sebagaimana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya tanpa bergantung kepada anggapan di bawah Seksyen 37(d) ADB 9152. Selanjutnya, saya juga mendapati intipati milikan oleh OKT1 terhadap racun berjadual sebagaimana tiga pertuduhan bagi kes nombor AA-45-1-09/2021 yang dikenakan ke atasnya juga telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. OKT-OKT TELAH MENGEDAR DADAH [100] Bagi pertuduhan kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 terhadap OKT-OKT, elemen pengedaran boleh dibuktikan sama ada dengan cara membangkitkan anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) Akta 234 ataupun dengan cara mengemukakan keterangan pengedaran secara langsung sebagaimana menurut takrifan pengedaran di bawah seksyen 2 Akta 234. OKT-OKT telah mengedarkan dadah bagi kes nombor AA-45A-15- 10/2021 [101] Berasaskan kepada pertuduhan bagi kes tersebut dan fakta yang dikemukakan, berat dadah berbahaya yang terlibat adalah sebanyak 524.1 gram (38.7 gram Heroin dan 485.4 gram Monoacetylmorphines). Maka, pendakwaan berhujah bahawa anggapan di bawah seksyen 37(da)(iiia) Akta 234 adalah terpakai. Seksyen 37(da)(iiia) ADB 1952 memperuntukkan:- (da) any person who is found in possession of— (iiia) a total of 15 grammes or more in weight of heroin, morphine and monoacetylmorphines or a total of 15 grammes or more in weight of any two of the said dangerous drugs; (xvi) – (xxv) ......... otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug; [102] Saya berpendapat, mengambil kira dalam kes ini intipati pemilikan merangkumi jagaan, kawalan dan pengetahuan telah dibuktikan terhadap OKT1 melalui keterangan fakta secara langsung dan juga keterangan berkeadaan sebagaimana dibincangkan di atas, maka pihak pendakwaan boleh bergantung kepada anggapan di bawah seksyen 37(da)(iiia) Akta 234 untuk membuktikan terdapatnya kes prima facie bahawa OKT1 memiliki dadah Heroin dan Monoacetylmorphines lebih dari 15 gram bagi tujuan pengedaran dadah tersebut. Dalam kes PP v. Zulkifli Arshad [2010] 6 CLJ 121, Mahkamah Persekutuan telah membuat membuat keputusan seperti berikut: “In the instant appeal, the drugs found in the car JCQ 2852 as well as those found in house No. PS31-3 far exceeded the amount of 200 grammes, to invoke the presumption under s. 37(da)(vi) of the Act, to justify the learned trial judge's conclusion that the respondent was trafficking in those drugs. [18] No injustice could have been occasioned to the respondent as he had every opportunity to raise a reasonable doubt in the prosecution case although the learned trial judge did not invoke the presumption. And the learned trial judge did consider the respondent's defence in detail at the end of which, his Lordship concluded that (p. 76 Appeal Record 2): There is no gap in the prosecution case. There is no doubt that the accused was trafficking. The prosecution had proved that it could not have been anything else, beyond all reasonable doubt. All evaluation of the prosecution case and then of the defence gave that same result. Accordingly, on both counts, the accused is convicted and sentenced to the only punishment mandated by law. [19] The same applies to the failure of the Court of Appeal for not applying the presumption under 37(da)(vi). Be that as it may, we feel that on the evidence adduced by the prosecution, and upon the failure by the learned trial judge as well as the Court of Appeal to invoke the presumption, it is incumbent upon us to do so in accordance with the provision of s. 37(da)(vi) of the Act.” [103] Dalam kes ini SP3 telah mengesahkan bahawa dadah yang terlibat adalah dadah jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat sepertimana dinyatakan dalam pertuduhan tersebut dan keterangan SP3 tidak dapat dipertikaikan oleh pihak pembelaan. Dadah-dadah yang ditemui ini adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta 234 sebagaimana pertuduhan ke atas OKT-OKT. Dalam konteks kes ini, apabila telah dibuktikan berada dalam milikan OKT1 dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines yang beratnya melebihi 15 gram selain daripada menurut kuasa di bawah ADB 1952 atau mana-mana undang-undang bertulis lain, maka OKT1 hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya dianggap sebagai mengedar dadah tersebut. Dalam kes PP v Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 8 CLJ 814, Mahkamah telah menyatakan seperti yang berikut:- “There are many circumstances from which an inference can be drawn. One such circumstances is the weight of the drugs involved. Where, for example, the quantity of the drugs involved is large it can be inferred that they were not kept for personal consumption (see Ong Ah Chuan v PP [1980] 1 LNS 181; [1981] 1 MLJ 64). This will facilitate the inference that they were kept for the purpose of trafficking. Where the quantity is very small it can be inferred that they were kept for personal consumption and therefore not for trafficking. The object of section 37(da) of the Act is therefore to enable the Court to draw a statutory inference of trafficking based on the quantity of drug possessed. It must be realized that the bacis facts, once proved, create the substantive offence of trafficking by way of a presumption in the absence of direct evidence of that effect. The basic facts, once established, do not in any way control or narrow down the meaning of ‘trafficking’.” [105] Dalam jumlah yang begitu banyak bagi dadah Heroin dan Monoacetylmorphines tersebut, ianya bukan untuk kegunaan sendiri malah boleh dianggap ianya untuk pengedaran. Di dalam kes Ong Ah Chuan v PP [1981] 1 MLJ 64, Mahkamah telah menyatakan seperti yang berikut:- “As a matter of common sense, the larger the quantity of drugs involved, the stronger the inference that they were not intended for personal consumption of the person carrying them, and the more convincing the evidence needed to rebut it.” [106] Oleh itu, adalah menjadi keputusan saya bahawa berat dadah sepertimana dalam pertuduhan ke atas OKT-OKT menimbulkan inferens pengedaran dadah berbahaya oleh OKT1. Nyata sekali dadah seberat ini bukanlah untuk kegunaan dirinya sendiri. [107] Saya tidak memberi pertimbangan ke atas kemungkinan dadah yang dijumpai di dalam beg yang berada di dalam bonet kereta Inspira itu terjumlah kepada milikan untuk kegunaan OKT1 sendiri kerana tidak ada pembelaan yang diketengahkan oleh OKT-OKT bahawa dadah-dadah yang dirampas tersebut adalah untuk kegunaan mereka sendiri. Tanpa pembelaan sebegini maka saya tidak dihalang untuk menggunapakai peruntukan anggapan pengedaran sebagaimana yang telah di bawah seksyen 37(da)(iiia) Akta 234. Dalam kes PP v Abdul Manaf Muhammad Hassan [2006] 2 CLJ 129, Mahkamah telah menyatakan seperti yang berikut:- “And bearing in mind the large quantity of the drug involved, it cannot be seriously contended that the drug was for his own consumption. In any event, it was never suggested in his defence that it was so.” [108] Sehubungan dengan itu, saya mendapati elemen ketiga bagi pertuduhan yang dikenakan ke atas OKT-OKT juga telah dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap OKT1. NIAT UMUM BERSAMA KEDUA-DUA OKT BAGI PERTUDUHAN MENGEDAR [109] Perlu ditekankan bahawa bagi kes nombor AA-45A-15-10/2021 ini, kedua-dua OKT menghadapi satu pertuduhan di bawah s. 39B(1)(a) ADB 1952 yang dilakukan bersama-sama dalam melaksanakan niat bersama mereka dan pertuduhan tersebut dibaca bersama s. 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan: "Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. " [110] Dalam kes Mohd Shamsul bin Abdul Aziz @ Abdul Azis v. Public Prosecutor and another appeal [2016] 1 CLJ 713 prinsip niat bersama dihuraikan oleh Mahkamah Rayuan sebagaimana berikut : "[21] The notion behind this provision as contained under s. 34 of the Penal Code has been a subject of much deliberation both, by the numerous learned judges in their reported decisions as well as by learned commentators in their authoritative books, on the subject of common intention and what it entails. [22] In the case of Mahboob Shah v. Emperor AIR 1945 PC 118 the Law Lords in the Privy Council had this to say when dealing with an appeal where s. 34 of the Penal Code was invoked, in aid by the prosecution: '...To invoke the aid of s. 34 successfully, it must be shown that the criminal act complained against was done by one of the accused persons in the furtherance of the common intention of all; if this is shown, then liability for the crime may be imposed on any of the persons in the same manner as if the act were done by him alone'. Their Lordships then went on to state the need to establish that there was a prearranged plan among all of the accused persons to commit the crime. Once that is established, then any act by any of them is done in furtherance of their common intention. The act would translate into the execution of the common intention. [23] In the case of Shaiful Edham bin Adam & Anor v. Public Prosecutor [1999] 2 SLR 57 it was ruled that '... the plan could develop on the spot. What was enquired was a meeting of the minds or acting in concert'. [24] The learned authors of Ratanlal and Dhirajlal on The Indian Penal Code (34th Ed) at p 51 have this to say on the workings of s. 34 of the Penal Code: The essence of the liability is to be found in the existence of a common intention animating the accused leading to the doing of a criminal act in furtherance of such intention. It must be shown that the criminal act complained against was done by one of the accused persons in furtherance of the common intention of all; if this is shown, then liability for the crime may be imposed on any one of the persons in the same manner as if the act were done by him alone. [25] As such, to our mind, once common intention is shown to exist, thereby connoting a prearranged plan among the accused persons, then, any act however small done by any one of them, as long as it is done in furtherance of a common intention, he is liable for the offence, as if the offence is committed by him alone. That is the process under s. 34 of the Penal Code in order to determine liability of persons acting in furtherance of a common intention. The issue of whether an accused person is a primary or a secondary participant on account of his degree of participation in the commission of the offence does not, with respect, arise at all in such determination. All of them are equally as guilty as long as they contribute acts which are done in furtherance of their common intention. In that regard, it must be reiterated that common intention has been established to have existed among them. Once that pre-condition is fulfilled, then any act done by any of them in furtherance of that common intention, is deemed as 'shared' among them. If at all, the different degrees of participation among the accused persons may be considered by the court, in passing sentence, if they are found guilty and are convicted by the court. In other words, it may be relevant in mitigation. But in terms of attaching liability, a consideration of the degree of participation by the various accused persons in the commission of the offence, with respect, ought not to happen. [111] Konsep pembuktian niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan diperjelaskan lagi dalam kes Sahri Tahe v. Public Prosecutor and other appeals [2016] 1 LNS 179 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: "The section is intended to make a person liable for the commission of an offence not committed by him, but by another person with whom he shared the common intention. It is also to deal with cases in which it is difficult to prove exactly what part was played by each of them in the commission of the offence or in cases where it is difficult to distinguish between acts of individual members of a party who act in furtherance of the common intention of all - see Hari Ram v. State of Uttar Pradesh [2004] 3 LRI 523 (SC)." [112] Berdasarkan kes-kes yang dirujuk, adalah jelas bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan terdapatnya perancangan awal antara kedua-dua OKT bagi melaksanakan niat bersama untuk melakukan kesalahan yang dituduh. Perancangan awal ini boleh terbentuk pada masa itu atau semasa melakukan kesalahan tersebut. Sama ada terdapatnya niat bersama atau tidak merupakan suatu persoalan fakta yang boleh dirumuskan daripada fakta dan hal keadaan kes. [113] Berbalik kepada fakta kes ini, OKT2 dikatakan telah memandu kereta Inspira tersebut masuk ke perkarangan rumah. Kemudian selepas OKT1 keluar dari rumah sambil membawa beg yang mengandungi dadah tersebut, OKT2 dilihat keluar dari kereta dan pergi membuka bonet kereta. Selepas OKT1 meletakkan bungkusan beg yang dibawanya itu ke dalam bonet tersebut, OKT2 kemudiannya menutup bonet itu dan pergi masuk kembali ke dalam kereta tersebut di bahagian tempat duduk penumpang hadapan. [114] Itu sahaja peranan yang dinyatakan mengenai OKT2. Tiada apa-apa keterangan lain yang dibentangkan yang boleh menzahirkan penglibatan OKT2 dengan dadah tersebut. Semasa kereta itu dipandu oleh OKT2, beg mengandungi dadah tersebut masih belum diletakkan ke dalam bonet kereta itu. Keterangan SP8 juga menunjukkan OKT2 tidak pernah memegang beg tersebut. Sebaliknya, keterangan SP8 membuktikan bahawa OKT1 yang memegang beg tersebut, membawa beg itu keluar dari dalam rumah dan meletakkan beg itu ke dalam bonet kereta. Kehadiran OKT2 di tempat kejadian bersama-sama dengan OKT1 semata-mata tidak mencukupi bagi mengaitkan OKT2 dengan dadah tersebut. [115] Pihak pendakwaan perlu mengemukakan keterangan lain yang boleh mengaitkan OKT2 dengan dadah tersebut yang dibawa dan dimasukkan ke dalam bonet kereta oleh OKT1. Berdasarkan fakta kes, OKT2 tidak memainkan sebarang peranan atau terlibat sama membantu OKT1 semasa OKT1 membawa beg tersebut keluar dari rumah tersebut. [116] Walaupun OKT2 dapat melihat kewujudan beg itu, namun adakah dia juga mempunyai kawalan dan penjagaan ke atas beg tersebut termasuk kandungan di dalamnya? Pada hemah Mahkamah ini, ianya tidak kelihatan begitu. [117] Mahkamah merujuk kepada kes PP VS LIM CHSUNG MENG & ANOR & ANOTHER APPEAL (2015) 1 LNS 1226 yang mana prisip undang-undang yang ditegaskan di dalam kes ini tidak berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- [26] The possession prohibited by law need not be actual physical custody and control of the drugs; it is sufficient if the prosecution proves that the accused had knowledge of its presence and the power and intent to control its disposal. Further, possession need not be exclusive; a person may be deemed to be in joint possession of a drug which is in the physical custody and control of another person, if he or she wilfully shares with the other the right of control over the drug. [27] As a matter of common sense, there is a strong inference that a person who is the sole occupant of a house or apartment has custody or control over anything in the house or apartment. Where the drugs are found in a dwelling house, then it would be reasonable to infer that the sole occupant knowingly possessed the drugs. On the other hand, where there is more than one person living at the residence, there must be some additional evidence to prove the guilt of each of the accused. While association between the accused may be relevant, association alone is never sufficient to prove guilt beyond a reasonable doubt. (See Leow Nghee Lim v. Reg [1955] 1 LNS 53;[1956] 22 MLJ 28; Chan Pean Leon v. P.P [1956] 1 LNS 17;[1956] MLJ 237; Yee Ya Mang v. P.P [1971] 1 LNS 156; [1972] 1 MLJ 120; P.P v. Badrulsham bin Baharom [1987] 1 LNS 72; [1988] 2 MLJ 585; P.P v. Muhammad Nasir bin Shaharuddin & Anor [1992] 3 CLJ Rep 408; [1994] 2 MLJ 576; Peng Chee Meng v. P.P [1992] 1 CLJ Rep 265; [1992] 1 MLJ 137; Gooi Loo Seng v. P.P [1993] 3 CLJ 1; [1993] 2 MLJ 137; P.P v. Lin Lian Chen [1992] 1 CLJ Rep 285; [1992] 2 MLJ 561; P.P v. Abdul Rahman bin Alif [2007] 4 CLJ 337). [118] Walaupun kehadiran beg itu boleh dilihat oleh OKT2, namun fakta bahawa beg itu dibawa masuk ke dalam bonet kereta oleh OKT1 dan selepas itu, OKT1 mengambil alih kedudukan sebagai pemandu yang mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas kereta tersebut menunjukkan bahawa kawalan dan penjagaan adalah pada OKT1 dan bukannya pada OKT2. Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa OKT2 mempunyai akses dan kawalan yang sama ke atas beg berisi dadah yang diletakkan dalam bonet kereta tersebut (rujuk kes PP v. Hasbi M Kusin & Anor [2008] 7 CLJ 366). [119] Bersandarkan keterangan yang ada, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan tindakan OKT1 dilakukan dengan niat bersama OKT2. Tambahan pula, beg yang mengandungi dadah tersebut tidak pernah berada dalam milikan OKT2. Tidak terdapat bukti dikemukakan yang boleh merumuskan bahawa terdapat penglibatan OKT2 dengan niat bersama untuk melakukan kesalahan yang dituduh. [120] Berdasarkan kepada dapatan-dapatan saya di atas juga dan dengan berlandaskan kepada prinsip undang-undang yang telah diputuskan dalam kes PP v Mohd.Radzi Abu Bakar [supra] dengan menggunapakai ujian penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan pihak pendakwaan termasuk eksibit-eksibit yang dikemukakan serta penilaian ke atas pembelaan yang dikemukakan oleh OKT2, adalah tidak selamat untuk saya memanggil OKT2 untuk membela diri ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atas OKT2. Oleh itu, OKT2 dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan bagi kes nombor AA-45A-15-10/2021 tanpa dipanggil untuk membela diri. [121] Selanjutnya, memandangkan intipati pemilikan yang merangkumi kawalan, jagaan dan pengetahuan terhadap dadah itu termasuk intipati pengedaran telah dibuktikan ke atas OKT1, maka sewajarnya OKT1 dipanggil untuk membela diri ke atas pertuduhan bagi kes ini. OKT1 TELAH MENGEDARKAN DADAH BAGI KES NOMBOR AA- 45A-12-09/2021 [122] Bagi kes ini, sekali lagi pertuduhan pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 telah dikenakan ke atas OKT1. Memandangkan jumlah dadah Heroin dan Monoacetylmorphines yang terlibat melebihi 15 gram, maka pihak pendakwaan dalam penghujahan mereka menyeru Mahkamah supaya menggunapakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da)(iiia) ADB 1952. [123] Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada fakta kes bagi pertuduhan tersebut, saya berpendapat pihak pendakwaan tidak perlu bergantung kepada anggapan di bawah Seksyen 37(da)(iiia) Akta 234 untuk membuktikan bahawa OKT1 memiliki dadah tersebut bagi tujuan pengedaran. Ini kerana dengan adanya faktor pemilikan OKT1 terhadap dadah dengan jumlah yang besar dan banyak di dalam rumah tersebut, maka ianya termasuk dalam perbuatan “keeping” dan “storing” yang terjumlah sebagai pengedaran sebagaimana ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB 1952. [124] Apatah lagi, pihak pembelaan tidak pernah mengemukakan pembelaan bahawa dadah-dadah tersebut adalah untuk kegunaan peribadi OKT1. Dalam kes PP v. Bayanjarghal Khaliun [2018] 1 LNS 166, Mahkamah Rayuan menerima pemakaian perbuatan “keeping” dadah dalam suatu jumlah yang besar dalam membuat dapatan adanya pengedaran sebagaimana takrifan seksyen 2 ADB 1952 dengan menyatakan sebagaimana berikut: “[35] Thirdly, we found that the learned trial judge was wrong to find that the respondent had succeeded to raise a reasonable doubt in respect of the finding of direct trafficking under s. 2 of the DDA. At the end of the prosecution's case, the learned trial judge found that a prima facie case of direct trafficking under s. 2 of the DDA had been made out by the prosecution based on the fact that the respondent was found to have been keeping the massive amount of the drugs inside the Condo. In our view, the evidence does not only show the respondent's guilt of 'keeping' but also of 'concealing' and 'storing' the drugs. Thus the onus was on the respondent to negate the finding, which in our view, in all the circumstances of the case the respondent had failed to do so based on her evidence of mere denial of having knowledge of the existence of the said drugs. In addition, there was no evidence offered by the respondent that the drugs were for her own consumption, apparently, having regard to the massive amount of the drugs, to do so would clearly be preposterous and unbelievable. [36] Finally, we found that the learned trial judge was wrong to find that there was no evidence to show that the respondent had knowledge about the drugs found inside the Condo. In our view, the fact that the massive amount of drugs were found inside the premises which have been proved to have been occupied by the respondent and that she was alone inside the premises when the drugs were found were sufficient evidence to infer knowledge of the existence of the drugs against the respondent. In addition, the door to the room where the drugs were found was not locked. And, the drugs were simply placed on the floor and on the bed and not hidden out of view. In such event it is preposterous to suggest that the respondent did not know or did not see the drugs being placed in such manner on the floor and on the bed inside the room in her own house. In addition, it was never suggested that the drugs belongs to Vincent. The delivery note further suggested that she was the one importing the boxes of fruits. Apparently, her entire defence hinged on an attempt to shift the blame on Vincent, which in our view fell short of rebutting on a balance of probabilities the prima facie finding, of possession of the said drugs upon her and creating a reasonable upon the findings of trafficking made by the learned trial judge at the end of the prosecution case.” [penekanan ditambah] [125] Rujukan juga dibuat terhadap keputusan kes Khow Ngee Sun v. PP [2014] 8 CLJ 1 yang mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “[25] The other point raised by learned counsel was in respect of the finding of trafficking. The learned trial judge had relied on the act of 'keeping' coupled with the quantity of the drugs and the recovery of transparent empty plastic packets of varying sizes and a quantity of rubber band to find that the appellant was keeping the ketamine for purposes of sale to others. We are of the view that there was no error on the part of the learned trial judge in taking such approach as 'keeping' clearly falls within the definition of trafficking under s. 2 of the Act (see Ong Ah Chuan v. PP [1980] 1 LNS 181; [1981] 1 MLJ 64; PP v. Abdul Manaf bin Muhamad Hassan [2006] 2 CLJ 129; [2006] 3 MLJ 193). [26] Having considered the factual matrix we are of the view that the conviction against the appellant is safe. In the circumstances, we unanimously dismissed the appeal. We affirmed the conviction and sentence by the High Court.” [126] Seterusnya, dalam meneliti elemen pengedaran ini mengikut tafsiran seksyen 2 ADB 1952, saya juga telah mengambil pedoman terhadap kes PP v. Abdul Manaf Muhamad Hassan [2006] 2 CLJ 129 yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “[18] We will now consider the facts in the present case. It is the finding of the trial court and affirmed by the Court of Appeal that the drug in question was in the custody and control of the respondent at the material time and invoking the presumption under s. 37(d), the respondent is deemed to be in possession of such drug. The respondent failed to rebut the said presumption. In the circumstances, the learned deputy urged this court to consider, whether on the facts of this case, there is sufficient evidence for the court to make an affirmative finding that the respondent was in fact trafficking in the said drug without invoking the presumption under s. 37(da). [19] It is not in dispute that when he was arrested, the respondent was in fact carrying the said drug. Trafficking under the Act, by definition includes carrying. This is found in s. 2 of the Act which reads: "trafficking" includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act; (emphasis added)…. …[21] In the present case, the drug was carried in small plastic packets each containing a small quantity of the drug. According to the evidence, 39.77 grammes of heroin was found in a number of small plastic packets tucked in his waist, while 50 small plastic packets containing 9.09 grammes of heroin was found in the right side pocket and another 30 small plastic packets containing 5.57 grammes of heroin was found in the left side pocket of the track top he was wearing. 20 small plastic packets were found in each of the right and left pockets of his trousers, containing a total of 7.66 grammes of heroin. Judging from the manner the drug was being carried ie, in small plastic packets and taking into account the total amount of the drug involved, the reasonable inference that may be drawn is that the respondent was in fact carrying it for the purpose of trafficking. And bearing in mind the large quantity of the drug involved, it cannot be seriously contended that the drug was for his own consumption. In any event, it was never suggested in his defence that it was so. His defence was a mere denial that the drug was ever found on him. This was rejected by the learned trial judge. We are satisfied he was not just a passive carrier. Armed with these facts, we are satisfied that had the learned trial judge properly directed himself, he would nonetheless have come to the same finding. In the circumstances, we hold that the Court of Appeal ought to have applied the proviso to s. 60(1) of the CJA and upheld the conviction and sentence notwithstanding the misdirection by the learned trial judge. For the above reasons, this appeal is allowed and the order of the Court of Appeal is set aside. Accordingly, the conviction and sentence imposed by the High Court are reinstated and affirmed.” [127] Berdasarkan kepada kes-kes dirujuk di atas dan dibandingkan dengan kes ini, fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bukan sahaja menunjukkan dadah tersebut disimpan dalam jumlah yang banyak yang tidak memungkinkan ianya untuk kegunaan peribadi OKT1, malah terdapat beberapa faktor lain yang menunjukkan dadah tersebut disimpan bagi tujuan pengedaran iaitu: 1. Dadah berupa ketulan yang disahkan mengandungi Heroin dan Monoacetylmorphines dibungkus dalam peket-peket plastik lutsinar dengan jumlah yang banyak dan dengan berat kasar yang hampir sama setiap satu darinya (lebih kurang 450 gram). Keadaan bagaimana dadah ini dibungkus jelas menunjukkan ianya untuk tujuan pengedaran; 2. Selain dadah, alat-alat yang boleh menunjukkan berlakunya pengedaran dadah turut dirampas iaitu dua buah alat timbang (ekshibit P25B dan P25C) yang didapati mempunyai kesan dadah Heroin dan Monoacetylmorphines serta racun caffeine, 2 bungkusan beg plastik lutsinar bersaiz 8 x 12 yang masih belum digunakan (ekshibit P25I, P25I (1), P25J, P25J(1)), beberapa buah mesin termasuk mesin pengisar dan beberapa alatan lain yang boleh digunakan untuk memproses dadah; 3. Ketika pemeriksaan SP6, pintu rumah itu dikunci menggunakan padlock pada pintu grill dan kunci pada pintu kayu rumah. Penggunaan kunci yang banyak oleh OKT1 terhadap rumah tersebut jelas menunjukkan OKT1 begitu menjaga keselamatan rumah tersebut. Namun, apakah tujuan keselamatan perlu dijaga sebegitu ketat sedangkan tidak ada barangan berharga lain di dalam rumah tersebut melainkan hanya dadah berbahaya dan racun berjadual, alatan-alatan untuk memproses dadah dan alatan-alatan yang membantu pengedaran dadah sebagaimana dinyatakan atas. Faktor ini jelas menunjukkan rumah itu hanya dijadikan sebagai tempat penyimpanan dadah untuk pengedaran; dan 4. Berdasarkan pemeriksaan SP6 terhadap rumah tersebut, didapati keadaan rumah itu adalah seperti makmal haram tempat memproses dadah. Apakah tujuan OKT1 masuk dan keluar dari rumah tersebut sedangkan tiada barangan lain yang ada di dalam rumah melainkan hanya dadah dan alatan yang membantu pengedaran sahaja. Inferen yang boleh dibuat ialah OKT1 masuk dan keluar dari rumah tersebut adalah untuk berurusan dengan dadah yang disimpan di dalamnya. Inferen ini disokong oleh fakta semasa hari kejadian tangkapan berlaku ke atas OKT1, OKT1 dilihat keluar bersama satu bungkusan beg plastik yang juga mengandungi dadah. Tambahan lagi, jenis dadah yang dijumpai di dalam bungkusan beg plastik yang dibawa keluar dari rumah dan diletakkan ke dalam bonet kereta itu mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama dengan dadah-dadah yang dijumpai di dalam rumah tersebut. Malah, dadah-dadah itu juga dibungkus dengan plastik lutsinar yang sama sepertimana dadah-dadah yang dijumpai di dalam rumah. [128] Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, saya berpendapat adanya perbuatan “over act” di pihak OKT1 kepada perbuatan “keeping” dan “storing” yang terjumlah kepada pengedaran dadah yang dijumpai dalam rumah tersebut sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB 1952. Oleh yang demikian, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati pengedaran bagi pertuduhan kes nombor AA-45A-12-09/2021 tanpa perlu bergantung kepada anggapan di bawah Seksyen 37(da)(iiia) Akta 234. ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PEMBELAAN [129] Sebelum saya merumuskan dapatan Mahkamah ini di akhir kes pendakwaan, saya berpendapat adalah wajar untuk saya memberi pertimbangan ke atas pembelaan yang dibangkitkan oleh OKT-OKT (penilaian maksima) sebagaimana yang dituntut dalam kes PP v Mohd. Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 FC. [130] Saya sedar semasa menyoal balas saksi-saksi pendakwaan, pembelaan menyatakan bahawa dadah yang dijumpai di dalam bonet kereta Inspira dan dadah beserta racun berjadual yang dijumpai di dalam rumah itu ada kaitan dengan seseorang bernama “Raswinder”. Dengan kata lain, pihak Pembelaan cuba mencadangkan bahawa penama “Raswinder” itu adalah orang yang telah memberikan arahan dalam urusan dadah tersebut. [131] Penama ini dikatakan sebagai pemilik kereta Inspira yang dinaiki oleh OKT-OKT dan OKT-OKT dikatakan pergi ke rumah itu adalah hanya untuk menolong “Raswinder” mengambil barangnya disebabkan pada ketika itu, OKT-OKT menggunakan kereta “Raswinder”. Menurut pembelaan lagi, OKT1 tidak masuk ke dalam rumah tersebut. Sebaliknya OKT1 hanya mengambil beg plastik tersebut di luar perkarangan rumah sahaja. OKT1 ditahan sebaik sahaja setelah mengambil beg plastik tersebut dan ketika dia masuk ke dalam kereta. Walaupun pihak pembelaan mengemukakan versi berkenaan dalam soalbalasnya terhadap saksi-saksi dan turut membangkitkannya di dalam penghujahan mereka, namun pada tahap ini, cadangan sedemikian bukanlah suatu keterangan. Dalam kes Ali Hosseinzadeh Basher v. PP [2015] 1 CLJ 918 CA, Mahkamah Rayuan sewaktu menyentuh berkenaan perkara ini menyatakan seperti berikut: "[23] It must be understood that what counsel puts or suggests to a witness in cross-examination is not evidence. They are merely suggestions and to give notice to the prosecution that the defence has a different version of the events. They prove nothing and will remain nothing unless confirmed by the witness or by the party on whose behalf the suggestions are made when his turn comes to give evidence.". [132] Versi pembelaan yang dicadangkan ini juga nyata sekali bertentangan dengan fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Keterangan SP8 jelas menyatakan OKT1 keluar dari dalam rumah dan mengunci pintu rumah tersebut. Pada peringkat ini, Mahkamah berpuashati bahawa tiada alasan bagi Mahkamah untuk tidak mempercayai keterangan SP8. Apatah lagi keterangan SP8 saling disokong oleh keterangan SP6. [133] Yang paling utama, saksi-saksi pendakwaan tidak pernah dicabar dengan motif untuk berbohong atau mereka cerita atau menganiayai kedua-dua OKT dengan apa cara sekalipun (rujuk kes Liam Heng Boon v. PP [2012] 1 LNS 1455). Oleh yang demikian, buat masa ini, kes pihak pendakwaan tidak tergugat kerana saya tiada apa-apa sebab untuk meragui dan menolak keterangan SP8. [134] Berkenaan penama “Sasi” yang dikatakan juga ada kaitan dengan dadah dalam kes ini pula dan sebagai orang yang terlibat menyewa rumah tersebut, pembelaan berhujah bahawa penama ini perlu dipanggil dan kegagalan memanggilnya menyebabkan inferens memudaratkan di bawah seksyen 114(g) Akta keterangan 1950 terpakai. Dalam hal ini, sungguhpun penama “Sasi” juga telah ditangkap pada malam kejadian itu oleh Polis sepertimana yang disetujui oleh SP6 dan SP15, saya berpendapat berdasarkan keterangan yang sedia ada, tiadanya apa-apa keterangan yang kukuh boleh mengaitkan tangkapan bernama “Sasi” dengan dadah yang dirampas dalam kes ini tanpa penjelasan daripada OKT atau saksi saksi lain termasuk Sasi sendiri. [135] Apatah lagi, Sasi dikatakan telah ditangkap di tempat yang lain iaitu di rumah beralamat di Jalan tasek Putra, Ipoh, Perak. Oleh yang demikian, saya dapati kes pendakwaan tidak tergugat walaupun tanpa penama “Sasi” ini dipanggil. Penama ini ada ditawarkan kepada pihak pembelaan dan di hadapan Mahkamah ini, keseluruhan naratif kes pihak pendakwaan telah dibentangkan dan saksi yang material dan penting telah dikemukakan. Oleh itu anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 tidak boleh dikenakan atas pihak pendakwaan (rujuk kes Khoo Chye Hin v. PP [1966] 27 MLJ 105 dan Abdullah Zawawi Omar v. PP [1985] CLJ Rep 19; [1985] 2 CLJ 2). KESIMPULAN [136] Berdasarkan kepada pemerhatian dan dapatan-dapatan saya di atas, saya telah memberi penilaian secara maksimum ke atas keseluruhan keterangan termasuk mengambil kira ekshibit-ekshibit yang dikemukakan serta hujahan-hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan. Adalah menjadi keputusan saya bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT1 sebagaimana pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta 234 bagi kes nombor AA- 45A-15-10/2021 dengan bergantung kepada anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da)(iiia) Akta 234. [137] Seterusnya, bagi pertuduhan kedua yang dihadapi oleh OKT melibatkan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta 234 iaitu kes nombor AA-45A-12-09/2021, adalah menjadi keputusan saya bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT1. Selain itu, saya juga mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT1 melibatkan tiga pertuduhan di bawah seksyen 9(1) Akta 366 yang boleh dihukum di bawah seksyen 32(2) Akta 366 bagi kes AA-45-1-09/2021. [138] Sehubungan dengan itu, OKT1 dipanggil untuk membela diri bagi kesemua lima pertuduhan yang dikenakan ke atasnya bagi ketiga-tiga kes yang dinyatakan di atas. Manakala OKT2 pula dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan bagi kes nombor AA-45A-15-10/2021 tanpa dipanggil untuk membela diri. Tarikh: 12.09.2024 Pihak-pihak Pendakwa Raya: Tuan Saifulakmal bin Mod Said Puan Liyana Zawani binti Mohd Radzi Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Perak Aras 1 & 4 Bangunan Perak Darul Ridzuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh Perak Tel: 05.2540148 Faks: 05.2548891 Emel: liyana.radzi@agc.gov.my saifulakmal@agc.gov.my Peguambela: Tan Sri Shafee bin Md Abdullah Encik Wan Azwan Aiman bin Wan Fakhruddin Encik Wan Mohammad Arfan bin Wan Othman Puan Effa Azuin bt Aidrul Hisam Puan Hatrisha Kaur Sandhu Tania Scivetti Tetuan Scivetti & Associates Peguamcara dan Peguambela M-2-20 (First Floor) Plaza Damas 60, Jalan Sri Hartamas 1 Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur Tel: 03.62032811 03.62032812 Faks: 03.62032810 Emel: tania@scivettilegal.com trisha@scivettilegal.com
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.