Content
1 DI MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-8-02/2020 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMAD AL QAYYUM BIN ABDUL MAJID NUR HASANAH BINTI A LATIF MOHAMAD AIZAT BIN OMAR ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Kesemua tertuduh telah dituduh dengan niat bersama mengedar dadah jenis Cannabis seberat 204.76 gram di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) dan memiliki 3.09 gram Ketamine dibawah s.12(2) ADB. [2] Pertuduhan-pertuduhan adalah seperti berikut: Pertuduhan Pertama: “Bahawa kamu bersama-sama pada 17/9/2019 jam lebih kurang 2.35 petang di dalam rumah beralamat No 28-06, Blok A, Green Heaven, Jalan Mersawa 16, Taman Cahaya, Kota Puteri, dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri S/N hgbWGwDmoEiYjvNYqXKrw Johor Darul Ta’zim telah mengedar dadah berbahaya berat bersih 204.76 gram, Cannabis. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua: “Bahawa kamu bersama-sama pada 17/9/2019 jam lebih kurang 2.35 petang di dalam rumah beralamat No 28-06, Blok A, Green Heaven, Jalan Mersawa 16, Taman Cahaya, Kota Puteri, dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim telah memiliki dadah berbahaya berat bersih 3.09 gram iaitu Ketamine. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.” [3] Di akhir kes pendakwaan, saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan kesemua tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan. [4] Pihak pendakwaan kini merayu ke Mahkamah Rayuan maka berikut adalah alasan saya. Kes Pendakwaan [5] Bertindak dalam Operasi Tapis/Pemutihan, pengadu iaitu Insp Mohd Hafiz bin Roslan (SP2) pada 17.9.2019, jam lebih kurang 2.35 tengahari bersama-sama sepasukan anggota polis dari IPD Seri Alam telah membuat serbuan di sebuah apartment beralamat di No 28-06, Blok A, Green Heaven, Jalan Mersawa 16, Taman Cahaya Kota Puteri, Masai, Johor. [6] Di lokasi kejadian, SP2 dapati pintu hadapan rumah dalam keadaan tertutup dan berkunci. SP2 mengetuk pintu beberapa kali dan telah dibuka oleh seorang perempuan yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Alice S/N hgbWGwDmoEiYjvNYqXKrw anak Lanying (SP4). SP2 dan anggota pasukan masuk ke dalam rumah dan membuat pemeriksaan lanjut. [7] Dalam rumah, didapati pintu bilik ketiga yang merupakan master bedroom dalam keadaan terbuka dan terdapat seorang lelaki melayu sedang berbaring di atas katil. Beliau adalah Akmal Mohamad bin Amir yang merupakan teman lelaki SP4. Pemeriksaan dalam bilik ketiga tidak ditemui apa-apa barang salah. [8] SP2 dan pasukan pergi ke bilik kedua (bilik tengah). Pintu bilik tertutup tetapi tidak berkunci. SP2 buka dan masuk ke dalam dan mendapati seorang lelaki dan seorang perempuan sedang berbaring di atas katil dan seorang lagi perempuan sedang baring di lantai. Mereka kemudiannya dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri Muhamad Hanafian bin Sa’at dan Sri Fitriani (warga Indonesia) dan adiknya Putri Agustiani (juga seorang warga Indonesia). Pemeriksaan dalam bilik tengah ini mendapati satu beg pinggang bewarna hitam diatas lantai yang mana ditemui tiga peket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis Ketamine seberat 1.48 gram. [9] Seterusnya, SP2 bergerak ke bilik hadapan (bilik pertama) dan didapati pintu dalam keadaan tertutup dan berkunci dari dalam. SP2 mengetuk beberapa kali dan kemudiannya telah dibuka oleh seorang lelaki melayu iaitu tertuduh pertama, Muhamad Al-Qayyum bin Abdul Majid. Didalam bilik didapati ada seorang perempuan melayu sedang baring di atas katil iaitu tertuduh kedua, Nur Hasanah binti A. Latif. Pemeriksaan tubuh badan tidak menjumpai apa-apa barang salah tetapi SP2 menjumpai satu bekas plastik bewarna hijau di lantai bilik dalam keadaan penutupnya terbuka. S/N hgbWGwDmoEiYjvNYqXKrw [10] Hasil pemeriksaan lanjut, didapati didalam bekas plastik hijau tersebut ada tiga ketulan mampat tumbuhan kering yang dibaluti plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja dan satu plastik lutsinar mengandungi serbuk putih disyaki dadah Ketamine.Turut dijumpai satu alat penimbang digital bewarna hitam, satu pisau boleh laras bewarna merah jambu/hitam dan segulung plastik lutsinar dalam bilik tersebut. [11] Kesemua tujuh (7) individu di dalam rumah tersebut dikumpulkan di bahagian ruang tamu untuk pemeriksaan lanjut keseluruhan rumah. Pada masa ini, tiba-tiba SP2 terdengar seperti bunyi pintu hadapan diketuk dan SP2 pergi membuka pintu dan didapati seorang lelaki melayu iaitu tertuduh ketiga, Mohamad Aizat bin Omar berada dihadapan rumah. SP2 terus melakukan pemeriksaan tubuh terhadap tertuduh ketiga dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. Tertuduh ketiga juga telah ditahan bersama yang lain. [12] Barang kes dirampas dan kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Seri Alam untuk tindakan lanjut. [13] Barang kes (dadah) telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh ahli kimia, Puan Liew Chyi, SP3 yang kemudian mengesahkan bahawa dadah yang dirampas adalah jenis Cannabis dengan berat bersih 204.76 gram dan Ketamine seberat 3.09 gam. Laporan Kimia disediakan dan dikemukakan sebagai P15. Kes Prima Facie [14] Di akhir kes pendakwaan, satu kes prima facie sebagaimana diperuntukkan dalam s.180(1) KTJ perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan dari keterangan bukti yang boleh dipercayai dan kredibel yang mana jika tidak disangkal akan membolehkan sabitan dibuat (rujuk s.180 (4) KTJ dan kes Abdullah Atan lwn PP (2020) 9 CLJ 151). S/N hgbWGwDmoEiYjvNYqXKrw [15] Ungkapan "mengemukakan keterangan kukuh yang membuktikan setiap satu faktor kesalahan” dalam s. 180(4) bermaksud bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan setiap elemen kesalahan sama ada dengan mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai, membuat inferen terhadap fakta atau mengguna pakai anggapan undang-undang (lihat kes Abdullah Atan di muka surat 166). [16] Kes prima facie ialah kes yang mencukupi untuk tertuduh dipanggil untuk menjawab pertuduhan keatasnya dan keterangan yang dikemukakan mencukupi melainkan ia disangkal atau diakas melalui keterangan lain (lihat kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85). Dalam kes Ong Cheng Heong lwn PP (1998) 4 CLJ 209, pandangan Vincent Ng, J telah dirujuk dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah Atan mengenai apa yang terjumlah sebagai satu kes prima facie seperti berikut: “..prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary but is not conclusive. I would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected.” [17] Begitu juga sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65, yang mengatakan seperti berikut: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative, S/N hgbWGwDmoEiYjvNYqXKrw then no prima facie case has been made out, and the accused would be entitled to an acquittal.” [18] Maka, dalam menentukan pembuktian kes prima facie, satu penilaian secara maksima perlu dibuat terhadap keseluruhan keterangan bukti yang dikemukakan termasuk menilai kredibiliti saksi-saksi dan melihat inferen yang boleh dibuat dari keterangan bukti kes pendakwaan untuk membuktikan setiap elemen kesalahan (rujuk kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457). [19] Keterangan bukti yang perlu dikemukakan untuk kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B (1) (a) ADB adalah bahawa dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB dan ia adalah dalam pemilikan dengan niat bersama tertuduh-tertuduh apabila dibuktikan dadah adalah di bawah jagaan, kawalan dan pengetahuan mereka dan seterusnya, mereka mengedar dadah tersebut. Pengedaran boleh dibuktikan dengan keterangan langsung berdasarkan tafsiran pengedaran di bawah seksyen 2 Akta atau anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB. Analisa Keterangan Bukti [20] Di akhir kes pendakwaan, hujahan telah dikemukakan seperti berikut oleh pihak pendakwaan: