Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-23-08/2021
JA-12B-23-08/2021
High Court of Malaysia2 Jul 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“nference; they must do more than give rise to conflicting inferences of equal degree of probability so that the choice between them is a mere matter of conjecture (see Richard Evans & Co Ltd v Astley [1911] AC 674,687. By more probable is meant no more than that upon a balance of probabilities such an inference might r”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-23-08/2021
1
1.
2
ABD RAZAK BIN MOHD AMIN ... PERAYU-PERAYU DAN SULAIMAN BIN SAKEK ... RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO: JA-B53KJ-134-08 TAHUN 2019 ANTARA SULAIMAN BIN SAKEK ... PLAINTIF
1
1.
2
ABD RAZAK BIN MOHD AIN ... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Di hadapan Mahkamah ini merupakan rayuan perayu-perayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Baharu (“HMS”) bertarikh 5.8.2021 bagi kedua-dua isu liabiliti dan kuantum dalam perkara tuntutan gantirugi akibat kemalangan jalan raya yang dimulakan oleh responden terhadap perayu-perayu. [2] Selepas dari ini, perayu-perayu akan dirujuk sebagai defendan-defendan dan responden sebagai plaintif sebagaimana kedudukan asal masing-masing semasa di Mahkamah Sesyen. [3] Pada 2.7.2023, selepas mendengar keseluruhan hujah peguam kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini menolak rayuan defendan-defendan bagi isu liabiliti dan mengekalkan keputusan HMS iaitu kecuaian 100% ke atas defendan-defendan, manakala bagi isu kuantum Mahkamah ini telah membenarkan sebahagian rayuan defendan-defendan. [4] Terhadap keputusan tersebut, plaintif telah memfailkan rayuan Notis Rayuan bertarikh 26.7.2023 untuk merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap sebahagian keputusan kuantum gantirugi sahaja iaitu untuk item-item berikut: -
a
kecederaan “closed left subtrochanteric femur fracture” yang dikurangan oleh Mahkamah ini daripada sejumlah RM45,000.00 kepada sejumlah RM22,000.00;
b
kecederaan “muscle wasting” yang dikurangkan oleh Mahkamah ini daripada sejumlah RM10,000.00 kepada sejumlah RM5,000.00;
c
kecederaan “scarring” yang dikurangkan oleh Mahkamah ini daripada sejumlah RM15,000.00 kepada RM5,000.00;
d
kehilangan penggunaan motorsikal yang dikurangkan oleh Mahkamah ini daripada sejumlah RM7,820.00 kepada sejumlah RM 2,606.30; dan
e
kehilangan pendapatan masa hadapan sebanyak RM200,750.00 yang diakas sepenuhnya oleh Mahkamah ini. [5] Manakala defendan-defendan pula telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 27.7.2023 untuk merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan isu liabiliti dan terhadap sebahagian kuantum gantirugi sahaja iaitu untuk item-item berikut: -
a
“kehilangan pendapatan selepas tamatnya tempoh cuti sakit” yang mana Mahkamah ini mengekalkan keputusan HMS;
b
“kekusutan pendapatan selepas tamatnya tempoh sakit” yang mana Mahkamah ini mengekalkan keputusan HMS;
c
“kos perubatan di masa hadapan” yang mana Mahkamah ini mengekalkan keputusan HMS;
d
“kos pembaikan motosikal” yang mana Mahkamah ini mengekalkan keputusan HMS; dan
e
“kos kehilangan penggunaan motorsikal” yang mana Mahkamah ini mengubah keputusan HMS daripada sejumlah RM7,820.20 kepada RM2,606.30. [6] Maka, berikut merupakan alasan-alasan penghakiman Mahkamah ini yang hanya akan menyentuh mengenai perkara liabiliti secara keseluruhan dan item-item kuantum gantirugi yang dirayu oleh pihak-pihak ke Mahkamah Rayuan sahaja. Fakta-fakta [7] Pada 27.3.2018 jam lebih kurang 1.00 tengah hari, plaintif yang menunggang motorsikal No. JJP 9703 telah terlibat dengan kemalangan dengan defendan pertama yang menunggang motorsikal No. JRK 1184 milik defendan kedua di Jalan Seri Perkasa 2/2, Taman Tampoi Indah, Johor Bahru. [8] Di akhir kes, HMS memutuskan bahawa kemalangan adalah adalah 100% berpunca daripada kecuaian defendan pertama yang ketika cuba mengelak sebuah kenderaan lain di hadapannya telah melanggar plaintif di laluan sah plaintif. Liabiliti tersebut turut dipertanggungkan secara bersesama terhadap defendan kedua selaku pemilik motorsikal. [9] Seterusnya, HMS telah menilai dan mengawardkan gantirugi am kepada plaintif (yang relevan untuk rayuan ke Mahkamah Rayuan sahaja) seperti dalam jadual berikut: - NO ITEM HUJAHAN PLAINTIF HUJAHAN DEFENDAN AWAD PUAN HAKIM
i
Closed left subtrochanteric femur fracture; RM22,000.00
II
(ii) Scars RM15,000.00 RM3,000.00 RM15,000.00
III
(iii) Muscle wasting RM3,000.00 [10] Bagi gantirugi khas, award HMS (yang relevan untuk rayuan ke Mahkamah Rayuan sahaja) adalah seperti dalam jadual berikut: - ITEM-ITEM AWAD HMS Kehilangan pendapatan selepas tamat sijil cuti sakit RM6,460.00 Kesusutan pendapatan RM13,383.70 Kehilangan Pendapatan di masa hadapan RM234,208.70 Bil Repair motorsikal RM553.00 Kehilangan Penggunaan motorsikal RM7,820.00 Kos Perubatan masa hadapan:-
1
Kos Fisioterapi
2
Kos mengeluarkan besi
3
Kos Ubat anti inflammatory RM 2,400.00 RM12,000.00 RM 2,400.00 Keputusan Rayuan Liabiliti [11] Sebagai permulaan, Mahkamah ini memperingatkan diri bahawa secara umumnya dapatan-dapatan hakim bicara adalah pada dasarnya betul berikutan kelebihan yang ada pada hakim bicara yang telah melihat dan mendengar sendiri saksi-saksi yang memberikan keterangan, maka penilaian keseluruhan hakim bicara mengenai kredibiliti saksi-saksi adalah wajar untuk dihormati oleh mahkamah yang mendengar rayuan [rujuk: Yahaya bin Mohamed v. Chin Tuan Nam [1975] 2 MLJ 117]. [12] Berpandukan prinsip asas tersebut, Mahkamah ini tidak mengusik keputusan HMS mengenai liabliliti atas sebab Mahkamah ini mendapati alasan-alasan HMS mengenai isu liabiliti telah dibuat berdasarkan pemerhatian, penilaian dan dapatan kebolehpercayaan saksi-saksi di mana HMS memilih untuk lebih mempercayai versi plaintif berbanding versi defendan-defendan. [13] Mahkamah juga mendapati alasan-alasan HMS tentang perkara kebolehpercayaan tersebut juga adalah berasas kerana bukti-bukti senyap seperti gambar-gambar (eksibit P7A-C) menunjukkan kesan serpihan kaca berada di laluan sah plaintif yang lebih menyokong keterangan lisan plaintif (SP4) berbanding keterangan defendan pertama (SD1). [14] Malahan, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa keterangan lisan SD1 semasa perbicaraan tentang bagaimana kemalangan berlaku adalah bercanggah dengan pliding yang defendan-defendan failkan. Defendan pertama juga didapati gagal memperjelaskan percanggahan tersebut dengan memuaskan sehingga keseluruhan keterangannya mengenai kejadian kemalangan menimbulkan syak lantas ditolak oleh HMS. Mahkamah juga dapati HMS yang bijaksana, dalam menolak versi defendan pertama telah merujuk kepada prinsip-prinsip yang amat relevan, yang mana Mahkamah ini bersetuju dengannya, iaitu di dalam kes Mohamad Safuan bin Wasidin v Mohd Ridhuan bin Ahmad [1994] 2 MLJ 187 yang mana, antara lainnya, diputuskan seperti berikut: - “…It is now trite that where the particulars of negligence as pleaded by the defence, drafted presumably on instructions, differ drastically and entirely from the version given by the defendant in court, the court is entitled not to accept the defendant’s story.” [15] Mahkamah ini sendiri setelah meneliti hujah-hujah bertulis dan lisan peguam defendan-defendan mendapati tidak ada sebab yang kukuh untuk Mahkamah ini mengubah keputusan HMS apabila membandingkannya dengan nota keterangan saksi-saksi dan bukti-bukti yang terkandung di dalam Rekod-Rekod Rayuan yang difailkan. Malahan, pendekatan-pendekatan yang diambil oleh HMS apabila berhadapan dengan versi bebeza di antara plaintif dan defendan pertama juga adalah betul apabila tidak berhenti di situ sahaja tetapi telah diteruskan dengan membuat analisis membandingkan kedua-dua versi tersebut dengan bukti-bukti senyap yang dieksibitkan sewaktu perbicaraan sebelum membuat dapatan akhir mengenai liabiliti. [16] Pada pandangan Mahkamah ini, bukti-bukti senyap seperti gambar-gambar dan rajah kasar dan kunci merupakan keterangan mengikut keadaan (circumstancial evidence) yang boleh dijadikan asas sesuatu dapatan dalam bentuk inference yang boleh dibuat daripadanya oleh hakim bicara. Mahkamah ini mengambil panduan tersebut daripada kes Woo Yew Chee v Yong Yong Hoo [1979] 1 MLJ 131, di mana Hakim Mahkamah Persekutuan Raja Azlan Shah (ketika itu) telah memperjelaskan sifat keterangan mengikut keadaan di dalam kes-kes sivil seperti berikut: - “In a civil case one needs only circumstances raising a more probable inference in favour of what is alleged. An inference from an actual fact that is proved is just as much part of the evidence as the fact itself. Where direct proof is not available it is enough if the circumstances appearing in evidence give rise to a reasonable and definite inference; they must do more than give rise to conflicting inferences of equal degree of probability so that the choice between them is a mere matter of conjecture (see Richard Evans & Co Ltd v Astley [1911] AC 674,687. By more probable is meant no more than that upon a balance of probabilities such an inference might reasonably be considered to have some greater degree of likelihood. It is to be noted that once the right principle has been applied the appellate court has said over and over again than this type of case becomes a matter of fact for the learned trial judge.” [17] Oleh yang demikian, apabila HMS mengambikira bukti-bukti senyap sebagai menyokong keterangan lisan saksi-saksi plaintif, yang mana adalah suatu tindakan yang rasional HMS sebagai hakim bicara, maka Mahkamah ini mengesahkan bahawa HMS tidak melakukan apa-apa kekhilafan dalam membuat dapatan akhir HMS bahawa defendan pertama cuai sepenuhnya apabila defendan pertama ketika cuba mengelak sebuah kereta di hadapannya secara melulu telah menyebabkan beliau memasuki laluan sah plaintif lalu menyebabkan kemalangan dengan plaintif yang sememangnya telah berada di laluan sahnya. Keputusan Rayuan Kuantum [18] Prinsip asas mengenai rayuan terhadap kuantum gantirugi dalam kes kemalangan jalan raya adalah jelas iaitu mahkamah yang mendengar rayuan akan hanya mengusik award yang diberikan oleh hakim bicara bila mana hakim bicara didapati telah bertindak atas prinsip undang-undang yang salah, atau telah memberikan award yang terlalu tinggi atau terlalu rendah tanpa justifikasi yang wajar atau tanpa mengikut trend kuantum gantirugi yang kebiasaannya diawardkan oleh mahkamah-mahkamah. [19] Prinsip ini telah dijelaskan dalam kes Topaiwah lwn Salleh [1968] 1 MLJ 284, di mana YAA Azmi CJ telah menyatakan: - “… so far as this Court is concerned we should, to paraphrase Gree LJ in Flint v Lovell [1935] 1 KB 354 be disinclined to reverse the finding of a trial judge as to the amount of damages merely because we think that if we had tried the case in the first instance we would have given a lesser sum. To justify reversing him, we should be convinced that he acted upon some wrong principles of law, or that amount awarded was so extremely high or so very small so as to make it an entirely erroneous estimate of the damages. The assessment which the courts have made over the years form some guide to the kind of figure which is proper and which the appellate Court will follow in the light of the special facts of each particular case”. [20] Dalam kes Lim Eng Kay v Jaafar [1982] 2 MLJ 156, Mahkamah Persekutuan juga dalam nada yang sama telah menyatakan: - “The proper approach which we will adopt in this case is therefore to avoid conjecturing into the unchartered sphere of public policy and to confine ourselves merely to the examination of the award in order to see whether its assessment is perverse or whether it was arrived at on an incorrect principles”. [21] Agak terkini, dalam kes Muhammad Zulkarnain Mohamed Rokani & Ors v. Pengarah Hospital Sultan Ismail Johor Bahru & Ors [2021] 8 MLJ 762; [2020] 1 LNS 1155, YA Pesuruhjaya Kehakiman Evrol Mariette Peters telah menyatakan: “[50] In that sense, the Court must remain vigilant so as not to invite, condone and engender abuse in the way of manipulating of claims, which is not what damages are for.” Item-item Kuantum Gantirugi A. Kecederaan closed left subtrochanteric femur fracture yang dikurangkan oleh Mahkamah ini daripada sejumlah RM45,000.00 kepada sejumlah RM22,000.00. [22] Bagi item kecederaan ini, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam defendan-defendan bahawa award HMS sebanyak RM45,000.00 adalah tinggi kerana laporan pakar perubatan dari kedua-dua pihak menunjukkan kepatahan tulang femur plaintif telah bercantum dan tidak mengalami sebarang kependekan. Plantif juga semasa disoal balas bersetuju mengenai keadaan tulang femurnya yang kini telah bercantum dan tidak mengalami apa-apa kependekan. [23] Dalam hal ini, Mahkamah ini mendapati nas undang-undang yang dijadikan sandaran oleh HMS merujuk kepada kepatahan tulang femur yang mempunyai kependekan di antara 1 cm hingga 2 cm yang berbeza dengan kes semasa yang tidak mempunyai kependekan. [24] Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini mengurangkan award bagi kecederaan daripada kepada RM22,000.00 berpandukan Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 (“RCPIA 2018”) yang menetapkan antara RM21,000.00 ke RM45,000.00 bagi kecederaan yang seumpama. [25] Mahkamah ini berpendapat jumlah tersebut adalah lebih adil dan munasabah kerana ia lebih cenderung ke arah jumlah minimum dalam julat minimum-maksimum di dalam RCPIA 2018, memandangkan selain tiada kependekan, tulang femur Plaintif juga telah bercantum sebagaimana menurut laporan pakar defendan yang lebih terkini tarikhnya, iaitu 23 bulan selepas kejadian kemalangan. [26] Selain itu, award tersebut juga telah ditetapkan sedemikian kerana Mahkamah ini dapati terdapat kecederaan lain yang bersangkutan iaitu kesan parut (scaring) dan muscle wasting yang mana HMS turut memberikan pampasan berasingan untuknya sebanyak RM15,000.00 dan RM10,000.00 tanpa membuat apa-apa tolakan untuk ‘overlapping’. B. Kecederaan muscle wasting yang dikurangkan oleh Mahkamah ini daripada sejumlah kepada sejumlah RM5,000.00. [27] Mahkamah ini mengubah award ini kerana mendapati award yang diberikan oleh HMS bagi keceeraan ini adalah lebih tinggi daripada apa yang sebenarnya dihujahkan oleh peguam plaintif sendiri dalam hujahan bertulis plaintif iaitu sebanyak RM5,000.00 (m.s 149 Rekod Rayuan). [28] Award ini juga didapati prima facie bercanggah dengan keputusan penghakiman HMS yang diumumkan kepada pihak-pihak melalui emel yang menyatakan “PSP terhadap Tuntutan Plaintif dan dihuraikan jumlah tersebut sepertimana di dalam Hujahan Plaintif”. [29] Maka keputusan sebegini adalah jelas ‘plainly wrong’ dan wajar diubah kepada sejumlah RM5,000 sebagaimana dihujahkan oleh peguam plaintif. Mahkamah juga menetapkan jumlah ini kerana ia lebih selaras dengan award keputusan-keputusan terdahulu bagi kecederaan seumpama di dalam Revised Compendium Of Personal Injury Awards 2018. C. Kecederaan “scarring” yang dikurangkan oleh Mahkamah ini daripada sejumlah RM15,000.00 kepada RM5,000.00 [30] Mahkamah ini mengubah award ini kerana mendapati award RM15,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah melebihi award maksimum dalam julat minimum-maksimum RCPIA 2018 iaitu sebanyak RM12,000.00 untuk scarring yang diakibatkan oleh pembedahan sebagai mana yang diakui sendiri oleh plaintif. [31] Selain itu, pembedahan yang diakui oleh plaintif adalah merujuk kepada satu kecederaan sahaja iaitu closed left subtrochanteric femur fracture. [32] Selanjutnya, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam defendan-defendan bahawa berdasarkan laporan perubatan pakar yang menunjukkan scarring yang dialami oleh plaintif adalah sekitar 3cm, 6cm dan 10cm, maka sejumlah RM5,000.00 sebagaimana diberikan oleh mahkamah dalam kes Abdullah Sani bin Che Mat & Anor v Ahmad Kamal bin Ramli & Anor [2019] 1 PIR [46] untuk kecederaan ‘Scars (5 cm healed surgical scar over the left knee and 26 cm healed surgical scar over the left buttock) adalah lebih sesuai dan adil untuk diberikan. [33] Akhir sekali, Mahkamah ini mengubah award HMS kerana mendapati HMS juga tidak membuat apa-apa tolakan untuk ‘overlapping’ walau pun laporan perubatan jelas menunjukkan scarring adalah diakibatkan oleh kesan pembedahan memasukkan besi yang berbangjkit dari kecederaan closed left subtrochanteric femur fracture, yang mana tidak sepatutnya diawardkan secara berasingan [rujuk: Alwee Alywin Azlim v. Muhammad Shahid Mohd [2020] 1 LNS 308]. D. Kos perubatan masa hadapan yang mana Mahkamah ini mengekalkan keputusan HMS yang memberikan award sebanyak RM 16,800.00 [34] Di bawah item ini, terdapat tiga jenis kos yang telah diawardkan oleh HMS iaitu:-
a
kos fisioterapi berjumlah RM2,400.00;
b
kos mengeluarkan besi berjumlah RM12,000.00; dan
c
kos ubat anti-inflammatory berjumlah RM2,400. [35] Perlu diberikan perhatian bahawa terdapat empat (4) laporan perubatan yang telah dirujuk semasa perbicaraan iaitu: -
a
laporan perubatan daripada Hospital Sultanah Aminah bertarikh 15.6.2018 (yang merujuk kepada laporan doktpr yang memeriksa plaintif pada 27.3.2018);
b
laporan perubatan daripada Hospital KPJ bertarikh 10.7.2018;
c
laporan perubatan daripada Ramachandran Orthopedic Surgery bertarikh 21.9,2019; dan
d
laporan perubatan daripada Regency Specialist Hospital bertarikh 13.2.2020. [36] Berdasarkan laporan-laporan perubatan yang dikemukakan, Mahkamah ini memerhatikan bahawa keperluan untuk mendapatkan rawatan bagi ketiga-tiga kos adalah munasabah. Maka faktor risiko komplikasi pada masa hadapan, lebih-lebih apabila terdapat besi yang yang dipasang pada tulang femur plaintif, merupakan sebab utama kenapa Mahkamah ini tidak mengusik award HMS bagi item ini. E. Kos pembaikan motosikal yang mana Mahkamah ini mengekalkan keputusan HMS yang memberikan award sebanyak RM553.00 [37] Bagi item ini, Mahkamah ini mendapati HMS dalam memberikan award sebanyak RM553.00 sebagai kos pembaikan motorsikal telah melaksanakan kuasa budibicaranya yang menerima sebut harga yang telah dikemukakan oleh plaintif. Pada pandangan Mahkamah ini, jumlah ini bukanlah satu jumlah yang tidak munasabah untuk diberikan bagi item ini. [38] Selanjutnya, memandangkan defendan-defendan sendri tidak ada mengemukakan keterangan rebuttal yang boleh menyangkal kos pembaikan motorsikal yang sebegini, maka Mahkamah memutuskan untuk tidak menggangu award yang diberikan oleh HMS bagi item ini. F. Kehilangan penggunaan motorsikal dipinda daripada sejumlah RM7,820.00 kepada sejumlah RM 2,606.30. [39] Sekali lagi, Mahkamah ini berpandangan bahawa award yang diberikan oleh HMS sebanyak RM10.00 sehari untuk kehilangan penggunaan merupakan budibicara HMS yang telah mempercayai keterangan plaintif. Sungguh pun demikian, Mahkamah ini mendapati tiada justifikasi atau bukti kukuh yang menunjukkan jumlah hari terlibat adalah 782 hari. [40] Oleh yang demikian, memandangkan award ini merupakan budibicara HMS yang wajar dihormati, maka Mahkamah ini berpendapat ia wajar dibenarkan tetapi setakat 1/3 sahaja daripada sejumlah RM7,820.00 yang diawardkan oleh HMS. Maka jumlah Mahkamah ini adalah sebanyak RM2,606.30 sahaja bagi kehilangan penggunaan motorsikal. G. Kehilangan pendapatan selepas tamatnya tempoh cuti sakit yang mana Mahkamah ini mengekalkan keputusan HMS sebanyak RM6,460.00. [41] Sebelum ini, HMS telah membenarkan tuntutan plaintif untuk item gantirugi kehilangan pendapatan selama tempoh plaintif cuti sakit tetapi tidak dibayar gaji (asas dan purata lebih masa) selama enam
6
bulan berjumlah sebanyak RM7,752.00. Jumlah tersebut adalah bersamaan dengan dengan RM1,292.00 sebulan (RM7,752.00 / 6). Award HMS bagi item tersebut telah disahkan oleh Mahkamah ini dan tidak dirayu oleh defendan-defendan ke Mahkamah Rayuan. Maka, sejumlah RM1,292.00 sebulan adalah diterima oleh defendan-defendan sebagai pendapatan plaintif sebulan pada waktu kejadian kemalangan. [42] Berbalik kepada award HMS bagi item di atas iaitu kehilangan pendapatan plaintif yang tidak dapat bekerja selama 5 bulan selepas tamatnya tempoh cuti sakit beliau berjumlah sebanyak RM 6,460.00 (RM1,292.00 x 5), Mahkamah ini berpandangan perkara ini melibatkan kredibiliti dan kebolehpercayaan saksi-saksi yang mana Mahkamah ini tidak patut mengusik award yang diberikan oleh HMS yang telah memilih untuk mempercayai keterangan plaintif bahawa dia tidak dapat bekerja selepas tamat cuti sakit selama tempoh tersebut. [43] Defendan-defendan pula tidak mengemukakan apa-apa keterangan rebuttal yang boleh menyangkal kedudukan plaintif yang tersebut. Oleh yang demikian, Mahkamah ini memutuskan untuk tidak mengusik award ini kerana ia jelas merupakan budi bicara HMS yang telah memilih untuk menerima keterangan plaintif. H. Kesusutan pendapatan selepas tamatnya tempoh sakit yang mana Mahkamah ini mengekalkan keputusan HMS sebanyak RM13,383.70 [44] Keterangan plaintif menunjukkan bahawa semasa kemalangan, plaintif bekerja di Kator Constructions Sdn Bhd. Akibat kemalangan, beliau telah bercuti sakit selama 7 bulan dari 27.3.2018 sehingga 30.10.2018. Selepas tamat tempoh cuti sakit, plaintif telah tidak bekerja selama 5 bulan. Selepas itu, plaintif berjaya mendapatkan pekerjaan di Astura Solution secara sambilan selama tempoh 11 bulan dengan dibayar gaji secara harian dengan purata pendapatan bulanan sebanyak RM608.30. [45] Mahkamah ini mendapati HMS telah menerima keterangan plaintif yang disokong oleh majikan plaintif (SP2), slip gaji plaintif (P6A-F) dan sijili cuti sakit plaintif (P8A-f) bahawa jumlah gaji asas plaintif sebulan adalah RM1,450.00 dan gaji lebih masa plaintif purata sebulan sebanyak RM375.00. Maka, jika kedua-dua jumlah tersebut dicampurkan, pendapatan bulanan plaintif semasa kemalangan adalah pada sekitar RM1,825.00 sebulan. [46] Berikutan itu, jika RM1,825.00 ditolak dengan RM608.00, maka susutan pendapatan plaintif sewaktu bekerja di Astura Solution adalah berjumlah RM1,217.00. Jika didarab dengan tempoh pekerjaan plaintif di Astura Solution selama 11 bulan, maka jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM13,387.00. [47] Pada pandangan Mahkamah ini, dapatan dan perkiraan HMS yang sebegini jelas merupakan pilihan pelaksanaan budibicara HMS sebagai hakim bicara yang memilih untuk mempercayai keterangan plaintif. Berikutan dengan ketiadaan apa-apa keterangan rebuttal daripada defendan-defendan yang boleh menyangkal kedudukan sedemikian, maka Mahkamah ini membuat keputusan adalah wajar untuk dapatan dan keputusan HMS bagi item ini dikekalkan. [48] Sebagai tambahan, Mahkamah ini berpendapat bahawa jumlah tersebut bukanlah sesuatu yang tidak munasabah dan jika tidak kerana kemalangan yang berpunca daripada defendan-defendan, plaintif sudah tentu tidak akan mengalami kesusutan pendapatan yang sebegini. I. Kehilangan pendapatan masa hadapan sebanyak RM200,750.00 diakas keseluruhannya [49] Bagi award ini, Mahkamah ini mendapati HMS tidak menjalankan ujian yang sewajarnya sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ngooi Ku Siong & Anor. v. Aidi Abdullah [1984] 1 CLJ (Rep) 294 yang antara lainnya, seperti berikut:- “…..Future loss of earnings or loss of prospective earnings are awarded for real assessable loss ie, loss that is capable of assessment at the date of the trial. It must be proved by evidence and not by mere speculation.” [50] Dalam kes semasa laporan pakar terkini daripada laporan perubatan daripada Regency Specialist Hospital bertarikh 13.2.2020, iaitu lebih kurang 23 bulan selepas kemalangan jelas menunjukkan bahawa kecederaan plaintif akibat kemalangan telah pulih dan plaintif berupaya melakukan pekerjaan yang sama seperti sebelumnya. [51] Di dalam kes Lim Wen Seong v. Yageswaran K. Nagathevan (Seorang yang di bawah umur menuntut melalui ibu atau sahabat wakil Shanti a/p Govindan) [2014] 3 MLJ 69, Hakim YA Mariana Haji Yahya (ketika itu) menyatakan: - "Apabila terdapatnya beberapa laporan perubatan yang dikemukakan sebagai keterangan di Mahkamah, Mahkamah sewajarnya menimbang kesemua laporan perubatan tersebut dan sewajarnya memilih laporan perubatan terkini kerana tahap kecederaan dan masa pemulihan mengambil masa mengikut peringkat yang hanya boleh dilihat melalui pemeriksaan terakhir." [52] Malahan, plaintif semasa memberikan keterangan bersumpahnya di Mahkamah pada 15.3.2021 menyatakan beliau bekerja sebagai ‘admin assistant, part time technician’ (ms. 84 Rekod Rayuan Tambahan) yang mana perkara ini jelas tidak diberikan perhatian langsung oleh HMS yang bijaksana. Perkara ini menjadi sangat relevan kerana sebelum itu plaintif sendiri menyatakan yang beliau bekerja di Astura Solution sehingga Februari 2020 yang mana HMS sendiri telah memberikan award kesusutan pendatapan kepada plaintif seperti di Item F di atas. [53] Oleh yang demikian, dapatan HMS yang memberikan award kehilangan pendapatan masa hadapan tanpa justifikasi yang munasabah adalah plainly wrong kerana ujian sebenar yang perlu dibuat adalah sama ada di masa-masa hadapan, berikutan kecederaan yang dialami, plaintif berisiko akan kehilangan pekerjaaannya atau akan mengalami penyusutan pendapatan. Berdasarkan keterangan sedia ada, tidak ada yang boleh menyokong kedudukan plaintif untuk diberikan award sedemikian. [54] Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini mengakas secara total sejumlah RM200,750.00 yang diawardkan oleh HMS bagi item ini. Penutup [55] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini membenarkan sebahagian rayuan defendan-defendan dengan kos iaitu rayuan defendan-defendan untuk isu liabiliti ditolak tetapi rayuan defendan-defendan untuk isu kuantum dibenarkan sebahagian dengan kos RM5,000.00 dibayar oleh plaintif kepada defendan-defendan (tertakluk kepada fi alokator). Tarikh: 28hb APRIL 2024 …………………………………………. (NOOR HISHAM BIN ISMAIL) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Johor Bahru Peguam bagi Perayu: En. V.M. Kumaran bersama-sama dengan Norzaila binti Rawi Tetuan V.M Kumaran & Co. Batu Pahat Peguam bagi Responden/Plaintif: Dato’ Khutubul Zaman bin Bukhari bersama-sama dengan Pn. Aimi Khutubul Zaman Tetuan Zaman & Associates Johor Bahru Kes-Kes dirujuk:
1
Yahaya bin Mohamed v. Chin Tuan Nam [1975] 2 MLJ 117;
2
Mohamad Safuan bin Wasidin v Mohd Ridhuan bin Ahmad [1994] 2 MLJ 187;
3
Woo Yew Chee v Yong Yong Hoo [1979] 1 MLJ 131;
4
Topaiwah lwn Salleh [1968] 1 MLJ 284;
5
Lim Eng Kay v Jaafar [1982] 2 MLJ 156;
6
Muhammad Zulkarnain Mohamed Rokani & Ors v. Pengarah Hospital
7
Abdullah Sani bin Che Mat & Anor v Ahmad Kamal bin Ramli & Anor [2019] 1 PIR [46];
8
Alwee Alywin Azlim v. Muhammad Shahid Mohd [2020] 1 LNS 308,
9
Ngooi Ku Siong & Anor. v. Aidi Abdullah [1984] 1 CLJ (Rep) 294;
10
Lim Wen Seong v. Yageswaran K. Nagathevan (Seorang yang di bawah umur menuntut melalui ibu atau sahabat wakil Shanti a/p Govindan) [2014] 3 MLJ 69. Rujukan lain:
1
Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.