Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-29-04/2021 & JA-45A-69- 11/2021] DI ANTARA PENDAKWARAYA
JA-45A-29-04/2021
High Court of Malaysia31 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“osed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt at the conslusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. [80] Rujukan juga kep”
“may be something in the accused’s behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say ‘he must have known what it was’ or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence”. [32] Rujukan juga ke”
“nature of the thing possessed. If the thing, as in Toh’s case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as Lee Boon Gan v R [1954] MLJ 103, it was a lottery document it must be proved that he know it was a lottery document. Here again knowledge”
“hat it was’ or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence”. [32] Rujukan juga kepada kes tersohor Leow Nghee Lim v. R [1956] MLJ 28 di mana Taylor J telah menyatakan bahawa:- “Custody means having care or guardianship; goods in custody are”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-29-04/2021 & JA-45A-69- 11/2021] DI ANTARA PENDAKWARAYA
1
1.
2
2.
3
MOHAMAD AMIRUL AIMAN BAKHTIAR ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Dalam kes ini, Tertuduh Pertama (OKT1), Tertuduh Kedua (OKT2) dan Tertuduh Ketiga(OKT3) telah dituduh bersama-sama dengan dua (2) pertuduhan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB1952) yang membawa kepada hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dengan 12 sebatan sepertimana peruntukan seksyen 39B(2) Akta yang sama. Anggapan pengedaran dadah berbahaya yang terpakai di bawah pertuduhan ini adalah di bawah seksyen 37(da) ADB1952.Selain itu, OKT-OKT juga turut dituduh dengan satu (1) lagi pertuduhan memiliki dadah berbahaya di bawah seksyen 12(2) ADB1952 yang dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. [2] Dengan menggunapakai peruntukan seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), Mahkamah ini mendapati Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes Prima Facie terhadap OKT-OKT di akhir kes Pendakwaan. OKT-OKT seterusnya telah diarahkan untuk membela diri. Di akhir kes Pembelaan, Mahkamah berpuas hati bahawa Pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dalam kes Pendakwaan. Oleh yang demikian, Mahkamah telah mensabitkan OKT-OKT terhadap kedua-dua pertuduhan mengedar dadah berbahaya dengan pemenjaraan seumur hidup dan 12 kali sebatan, manakala bagi pertuduhan memiliki dadah berbahaya disabitkan dengan pemenjaraan selama satu (1) tahun. [3] Terkilan dengan keputusan Mahkamah ini, OKT-OKT telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman. Rayuan oleh OKT-OKT adalah dibuat secara berasingan. Namun oleh kerana kes ini melibatkan fakta kes, repot tangkapan, tempat kejadian, barang kes dan OKT-OKT yang sama, maka alasan penghakiman ini dibuat bersekali terhadap rayuan tersebut. Berikut merupakan alasan-alasan Mahkamah ini mensabitkan OKT-OKT. PERTUDUHAN-PERTUDUHAN [4] Pertuduhan terhadap OKT-OKT adalah seperti yang berikut di bawah: Bagi no kes JA-45A-29-04/2021
a
Pertuduhan Pindaan Pertama (P2A) “Bahawa kamu pada 17 Februari 2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari, bertempat di No. 01-04, Block 6, Taman Mawar pasir Gudang, di dalam daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis berat bersih 919.66 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34
b
Pertuduhan Pindaan Kedua (P2B) “Bahawa kamu pada 17 Februari 2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari, bertempat di No. 01-04, Block 6, Taman Mawar pasir Gudang, di dalam daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 65.69 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Bagi no kes JA-45A-69-11/2021 Pertuduhan Pindaan Ketiga (P2C) “Bahawa kamu pada 17 Februari 2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari, bertempat di No. 01-04, Block 6, Taman Mawar pasir Gudang, di dalam daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines berat bersih 0.49 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” KRONOLOGI KES PENDAKWAAN [5] Pada 17.2.2020, jam lebih kurang 10.00 pagi, ASP Mohd Adzim Fairuz Bin Ramli (SP7) selaku Pengadu telah memberikan taklimat kepada sembilan (9) anggota serbuan bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Seri Alam berkaitan satu maklumat kegiatan dadah. Lokasi serbuan di alamat No.01-04 Blok 6, Taman Mawar, 81700 Pasir Gudang, Johor (tempat kejadian). [6] Selesai taklimat, SP7 serta anggota serbuan bergerak ke tempat kejadian dan sampai pada jam lebih kurang 12.00 tengah hari. Sebaik tiba, SP7 dan anggotanya telah melakukan pemerhatian selama 5 minit pada jarak 10 meter. Target merupakan sebuah rumah kediaman, jenis flat lima tingkat. Alamat di tingkat bawah flat. [7] Sebelum itu, SP7 telah membahagikan anggota-anggotanya kepada dua (2) kumpulan. Kumpulan pertama membuat pemerhatian di bahagian pintu belakang rumah, manakala kumpulan kedua membuat pemerhatian di bahagian hadapan pintu hadapan rumah. [8] Semasa pemerhatian, SP7 dan anggota serbuan kumpulan pertama, telah melihat OKT1 keluar dari pintu belakang rumah. Melihat kepada keadaan itu, SP7 telah mengarahkan salah seorang anggotanya, iaitu Sjn Raafik dan D/Sjn Saravanan untuk menahan OKT1. Apabila OKT1 menyedari kehadiran SP7 dan anggotanya, OKT1 telah bertindak melarikan diri. OKT1 berjaya lari sejauh 30 meter sehinggalah dapat ditangkap apabila telah terjatuh di atas jalan tar. [9] Lanjutan daripada itu, D/Sjn Saravanan telah membawa OKT1 kepada SP7. SP7 telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa dan seterusnya SP7 membuat pemeriksaan fizikal ke atas OKT1. Tiada barang salah ditemui pada badan OKT1. Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan luka kecil pada kedua-dua belah siku OKT1, akibat daripada terjatuh semasa melarikan diri tadi. [10] Seterusnya SP7 telah pergi ke pintu grill di bahagian belakang rumah dan mendapati pintu grill besi tersebut di dalam keadaan tertutup tetapi tidak berkunci. Pintu kayu yang berada di sebalik pintu grill pula berada dalam keadaan terbuka. [11] SP7 dan anggota serbuan telah masuk ke dalam rumah dan mendapati OKT2 sedang berdiri dalam keadaan yang mencurigakan di bahagian ruang tamu rumah. SP7 kemudiannya telah membuat pemeriksaan di bilik tidur pertama yang berada di sebelah kanan rumah. Pintu bilik dalam keadaan tertutup dan berkunci dari dalam. SP7 telah mengetuk pintu beberapa kali dan akhirnya dibuka oleh OKT3. [12] OKT1, OKT2 dan OKT3 dikumpulkan dan SP7 seterusnya telah memperkenalkan diri sekali lagi kepada OKT-OKT sebagai Pegawai Kanan Polis. Pemeriksaan fizikal OKT-OKT tidak menjumpai apa-apa barang salah. [13] Kemudian, SP7 telah membuat pemeriksaan menyeluruh di dalam rumah, dan menemui barang salah di atas lantai ruang tamu. Barang kes yang ditemui adalah seperti yang berikut:
a
1 ketulan mampat tumbuh-tumbuhan kering yang dibalut dengan plastik lutsinar (tandaan SA) yang di dalamnya terdapat bahan yang disyaki dadah jenis Cannabis (Eksibit P4A).
b
1 paket plastik lutsinar besar (tandaan SB) di dalam berisi 18 paket plastik lutsinar kecil (tandaan SB1 – SB18) (Eksibit P4B – P4B(1-18). Di dalam setiap paket plastik tersebut terdapat tumbuh-tumbuhan kering yang disyaki dadah jenis Cannabis.
c
1 paket plastik lutsinar (tandaan SC) di dalamnya berisi 3 ketulan mampat tumbuh-tumbuhan kering yang di balut dengan plastik lutsinar (tandaan SC1 – SC3) yang di dalamnya berisi bahan disyaki dari jenis Cannabis (Eksibit P4C dan P4C (1-3).
d
1 paket plastik lutsinar (tandaan SD) yang di dalamnya terdapat 3 paket plastik lutsinar (tandaan SD1 – SD3) yang berisi dengan bahan disyaki Heroin (Ekshibit P4D dan P4D (1- 3).
e
1 paket plastik lutsinar (tandaan SE) di dalamnya berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu (Eksibit P4E).
f
1 botol kaca yang telah diubah suai (tandaan F) disyakki dijadikan alat untuk menghisap dadah (Eksibit P6A).
g
1 pemetik api berwarna ungu bertulisan ALLADIN (tandaan G) (Eksibit P6B).
h
2 bentuk anak kunci rumah (Eksibit P6C(1-2)). [14] Selanjutnya, di tempat kejadian juga, SP7 turut merampas sebuah motosikal jenama Modenas Kriss 110cc berwarna hitam dengan no pendaftaran JKW 4926, serta wang tunai campur-campur berjumlah RM300. [15] Selesai di tempat kejadian, SP7 dan anggota-anggota serbuan kemudiannya telah membawa OKT-OKT dan barang-barang rampasan balik ke pejabat BSJN IPD Seri Alam untuk tindakan lanjut. Di pejabat, SP7 telah membuat penandaannya pada setiap barang kes dan menimbang barang kes dadah di hadapan OKT-OKT. SP7 juga telah menyempurnakan dokumen serah-menyerah (P26) kepada Pegawai Penyiasat iaitu Insp Sivasankar a/l Mohana (SP9) pada jam 5.20 petang, hari yang sama. [16] Bagi meneruskan siasatan, pada 18.2.2020 jam lebih kurang 2.10 petang, SP9 telah meminta bantuan daripada ASP Mohd Nur Azri bin Mohd Sabri (SP4) daripada Bahagian Forensik PDRM untuk menjalankan proses pengesanan cap jari atau “dusting” ke atas barang kes dadah. Hasil daripada proses “dusting” telah berjaya menimbulkan cap jari, khasnya ke atas eksibit P4A, P4B dan P4E. Setelah selesai, barang kes dadah tersebut telah diserahkan semula kepada SP9 untuk tindakan lanjut. Pada tarikh yang sama juga, SP9 telah mengarahkan SP2, iaitu Kpl Zulhazmi bin Ab Yazid untuk merakam gambar barang kes. Sebanyak enam (6) keping gambar (P8(1-6)) diambil. [17] Seterusnya, pada 19.2.2020, SP9 telah menyerahkan barang kes dadah kepada Pegawai Sains iaitu Liew Chyi (SP6) di Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisa. SP6 telah mengeluarkan sesalinan resit kimia dengan no rujukan: 20-FR-J-01147 (P21) lalu diserahkan kepada SP9 sebagai bukti serahan barang kes. Hasil analisa SP6 ke atas barang kes tersebut telah direkodkan dalam Laporan Kimia (P22) dan mendapati :
a
Eksibit P4A, P4B(1-18) dan P4C(1-3) mengandungi dadah berbahaya jenis Cannabis seberat bersih 919.66 gram. b) Eksibit P4D(1-3) mengandungi campuran dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat bersih 0.49 gram. c) Eksibit P4E mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat bersih 65.68 gram. [18] Dalam membuktikan kes, Pendakwaan telah memanggil seramai sembilan (9) orang saksi :
a
Nik Aslinda Bt Nik Ramli - (SP1)
b
Kpl Zulhazmi Bin Ab Yazid - (SP2)
c
Tan Jin Ho – Saksi Awam (SP3)
d
ASP Mohd Nur Azri bin Mohd Sabri (SP4)
e
Aedrianee Reeza Bt Alwi – (SP5)
f
Liew Chyi – (Pegawai Sains (SP6)
g
ASP Mohd Adzim Fairuz Bin Ramli (SP7)
h
Dr Lim Ee Ling (SP8)
i
Asp Sivasankar a/l Mohana Dass - (SP9) KES PENDAKWAAN PEMBUKTIAN PRIMA FACIE [19] Perkara yang perlu dibuktikan oleh Pendakwaan adalah seperti berikut:
a
Cannabis, Heroin dan Monoacetylmorphines serta Methamphetamine, ialah dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB1952);
b
OKT-OKT mempunyai milikan, jagaan dan kawalan serta pengetahuan terhadap dadah-dadah yang dirampas di tempat kejadian.
c
Niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan
d
OKT-OKT telah mengedar dadah berbahaya dengan menggunapakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB1952. CANNABIS, METHAMPHETAMINE, HEROIN DAN MONOACETYLMORPHINES IALAH DADAH BERBAHAYA YANG DISENARAIKAN DALAM
Schedule
JADUAL PERTAMA AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 [20] SP9 telah menyerahkan kepada SP6 barang kes dadah yang dirampas iaitu P4A, P4B(1-18), P4C(1-3), P4D(1-3) dan P4E untuk dianalisa. Satu Laporan Kimia (P22) telah dikeluarkan oleh SP6 bagi merekodkan hasil analisa beliau. Hasil analisa oleh SP6, mengesahkan barang kes mengandungi dadah berbahaya seperti berikut: (a) P4A, P4B(1-18) dan P4C(1-3) mengandungi dadah berbahaya jenis Cannabis dengan berat bersih 919.66 gram. (b) P4D(1-3) mengandungi campuran dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines dengan bersih 0.49 gram. (c) P4E, mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 65.68 gram. [21] Mahkamah ini berpuas hati bahawa rantaian barang kes sejak mula-mula ia dirampas sehingga diserahkan kepada SP6 di JKM tidak terputus. Hal ini dapat dilihat melalui keterangan SP9 dan SP6. Berdasarkan keterangan SP9, beliau telah membuat serahan kendiri barang kes kepada SP6 di JKM dan SP6 seterusnya telah merekodkan penerimaan barang kes melalui resit kimia dengan nombor makmal 20-FR-J-01147 (P21). Berdasarkan kepada Penyataan Saksi SP6 (PSSP6), barang kes telah disimpan di tempat selamat semasa analisa tidak dijalankan. Tiada orang lain bersama-sama SP6 semasa analisa dijalankan. SP6 juga telah membuat tandaan beliau sendiri dan telah dicamkan di Mahkamah iaitu LC di atas plastik barang kes semasa analisa dibuat. Kredibiliti SP6 juga tidak pada bila-bila masa tergugat semasa disoal balas oleh peguam OKT. Laporan kimia (P22) yang dikeluarkan oleh SP6 juga dibuat berdasarkan kepada peruntukan seksyen 399 KTJ. [22] Seraya itu, Mahkamah menggunapakai kes Munusamy v PP (1987) 1 MLJ 492 (SC): “Held: (5) In this type of cases where the opinion of the Chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the court is entitled to accept the opinion of the expert on its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible opinion is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step”. [23] Kes yang dirujuk oleh Mahkamah ini telah dirujuk seterusnya di dalam kes Mahkamah Rayuan, iaitu Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP (2006) 6 MLJ 197. Di dalam kes tersebut Mahkamah Rayuan telah memutuskan untuk menerima secara prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. [24] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan keterangan SP6 dan laporan kimia (P22) yang dikeluarkan adalah satu keterangan prima facie yang wajar diterima masuk sebagai keterangan di dalam kes ini. Apabila pihak Pembelaan juga gagal mencabar apa-apa kesahihan dapatan SP6 berkenaan analisanya, maka keterangan SP6 merupakan satu keterangan prima facie. RANTAIAN KETERANGAN BARANG KES YANG TIDAK TERPUTUS [25] Keterangan secara terus yang diberikan oleh saksi-saksi Pendakwaan bermula daripada SP1 hinggalah SP9 di Mahkamah ini telah menjelaskan bahawa barang-barang kes telah dijaga dengan baik. Tiada sebarang kacau ganggu orang lain atau akses melibatkan orang lain selain daripada pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan barang-barang kes tersebut. [26] Selain itu juga keterangan penting yang paling membantu kes Pendakwaan berpunca daripada keterangan SP1, SP3. SP4, SP5, SP6, SP7 dan SP9. Berdasarkan kepada keterangan merekalah Mahkamah mendapati rantaian keterangan barang kes tidak terputus dari mula ia dirampas sehingga diserahkan kepada ke JKM. Selesai analisa, SP6 telah menyerahkan kesemua barang kes kepada SP9 untuk disimpan selamat. SP9 pula kemudiannya telah menyerahkan barang kes yang sama ke stor iaitu ke tangan SP1 untuk disimpan selamat sehingga ia diperlukan kemudian bagi tujuan perbicaraan. [27] Mahkamah turut berpuas hati dengan keterangan SP7 bahawa sepanjang masa bermula dari OKT ditahan, dadah yang dirampas sentiasa dikawal dan berada bersamanya, sehinggalah ia di bawa ke IPD Seri Alam lalu diserahkan kepada SP9 untuk tindakan lanjut. Mahkamah ini mendapati SP7 adalah seorang saksi yang kredibel dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian, sewajarnya keterangan SP7 ini diterima tanpa ragu-ragu. [28] Walaupun Pendakwaan di dalam kes ini hanya memanggil SP7 bagi membentangkan fakta serbuan, Mahkamah berpegang kepada prinsip yang diutarakan dalam kes Su Ah Ping v PP (1980) 1 MLJ 75 dan Adhy Tedjajadi v PP (Criminal Appeal No P-05- 67-03/2014), di mana kes ini menyatakan adalah mencukupi untuk memanggil pegawai yang menjumpai barang kes di tempat kejadian untuk memberikan keterangan. Dalam keadaan ini tiada keperluan untuk memanggil setiap seorang dari mereka yang terlibat untuk menyokong keterangan SP7 selanjutnya. Apa yang penting pegawai yang memberikan keterangan di Mahkamah itu boleh mengesahkan dan mengenalpasti barang-barang kes yang dikemukakan kepada mereka di Mahkamah merupakan barang kes yang sama yang dijumpai dan dirampas oleh mereka di tempat kejadian, dan ia juga adalah barang kes yang sama yang dijaga dan dikendalikan oleh mereka semasa ia diserahkan kepada mereka untuk tindakan selanjutnya. [29] Di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP (2004) 4 CLJ 551 di muka surat 568 dan 569 ada menyatakan seperti berikut: “I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is substance that was recovered that same substance that is found to be heroin or cannabis etc and it is in respect of that substance that an accused is charged within trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handling over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case fall what has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc … , and it is for trafficking of that same substance that the accused is charged with”. [30] Di dalam kes ini, SP1, SP2, SP4, SP6, SP7 dan SP9 telah mengesahkan dan mengecamkan barang kes yang dikemukakan di Mahkamah berdasarkan penandaan yang ada pada barang kes, maka, Mahkamah menyimpulkan bahawa rantaian barang kes adalah kukuh. PEMBUKTIAN MILIKAN, KAWALAN DAN/ATAU JAGAAN, PENGETAHUAN TERHADAP DADAH BERBAHAYA OLEH OKT-OKT [31] Prinsip pemilikan (“possession”) berkait rapat dengan konsep kawalan, jagaan dan pengetahuan sepertimana yang telah ditakrifkan dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 di mana Hakim Thompson di muka surat 237 menyatakan seperti berikut – …to establish ‘possession’ for the purpose of criminal law, two separate questions are involved. The first is whether the accused party was in possession of the article in question and the second, by reason of the application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit rea, is whether he had knowledge of the nature of things possessed. Dan di muka surat 239, …intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by the direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances.” Hakim yang sama di mukasurat 239 menyatakan – “possession itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9 th Ed) p304: A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner the exclusions of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see an occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances… There must be some evidence that I am doing or having done something in the evidence to satisfy the court that the person who is physically in a position to deal with the things as his own had the intention of doing so”. …once possession is proved then before then accused person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was appointed on by Gordon-Smith Ag CJ in the case of Toh Ah Lam and Mak Thim v Rex (1949) MLJ 54, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed. If the thing, as in Toh’s case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as Lee Boon Gan v R [1954] MLJ 103, it was a lottery document it must be proved that he know it was a lottery document. Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite. There may be something in the accused’s behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say ‘he must have known what it was’ or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence”. [32] Rujukan juga kepada kes tersohor Leow Nghee Lim v. R [1956] MLJ 28 di mana Taylor J telah menyatakan bahawa:- “Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them.” Dan dalam kes yang sama turut menyatakan – “A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge.” [33] Di dalam kes Jonaidi Mansor v PP [2002] 1 CLJ 767 pula, Mahkamah telah menyatakan:- “Once it is established by the prosecution that the accused had in his custody or control the container containing the drugs, the accused is deemed to be in control of the drugs. In such a case, there is no need for the prosecution to go any further to prove knowledge of the drugs on the part of the accused. Though knowledge is an essential ingredient of the offence of possession, the need to establish knowledge as a separate ingredient is dispensed with by the fact that the prosecution by establishing custody or control has activated the presumption of possession”. [34] Perkara yang sama turut dinyatakan dalam kes PP v Mohd. Farid Mohd. Sukis & Anor (2002) 3 MLJ 401, Hakim Augustine Paul – “It must be observed that in proving this element, the obligation of the prosecution is only to establish that the accused had knowledge, either by direct evidence or by way of inference, of he existence of the dangerous drug but not its qualities. This stand has been consistently taken by the Singapore Courts following Warner v Metropolitan Police Commissioner [1969] 2 AC 256 which was approved in Tan Ah Tee & Anor v PP [1980] 1 MLJ 49.” [35] Berbalik kepada kes di Mahkamah ini, rujukan semula kepada keterangan SP7 bersama-sama gambar tempat kejadian (P10 (1- 14) dan rajah kasar (P28), terdapat pemerhatian selama lebih kurang 5 minit pada jarak 10 meter dari tempat kejadian, sebelum serbuan dibuat. Dalam tempoh pemerhatian tersebut, SP7 dan anggotanya telah melihat OKT1 keluar dari pintu belakang rumah (P10(9-12)). Manakala tiada pergerakkan direkodkan di bahagian pintu hadapan rumah (P10(1-4)). Apabila OKT1 menyedari kehadiran pihak polis, OKT1 telah bertindak melarikan diri sejauh 30 meter sehinggalah OKT1 terjatuh dan kemudiannya ditangkap oleh anggota serbuan. [34] Pemeriksaan fizikal terhadap OKT1 tidak menjumpai apa-apa barang salah. Berdasarkan kepada gambar tempat kejadian (P10 (1-14) dan rajah kasar (P28), tempat kejadian tersebut merupakan satu binaan flat lima (5) tingkat di mana lokasi rumah yang diserbu berada di tingkat 1, iaitu bawah sekali (No. 1-04). [35] Mahkamah telah meneliti gambar tempat kejadian dan rajah kasar yang dikemukakan sebagai eksibit Pendakwaan dan mendapati bahawa rumah tempat kejadian itu tidaklah besar atau luas. Ini dapat dilihat daripada keterangan SP7 bahawa, sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, SP7 terus berada di ruang tamu. Memandangkan dadah berbahaya yang dipertuduhkan ini berada di atas lantai di ruang tamu, Mahkamah ini percaya bahawa OKT1 juga mempunyai pandangan yang sama. Oleh yang demikian, Mahkamah berpandangan bahawa OKT1 telah lihat dan tahu adanya dadah berbahaya di ruang tamu rumah tersebut semasa berada di dalam rumah. [36] Dalam keterangannya SP7 melihat OKT1 keluar dari dalam rumah melalui pintu belakang dan bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis. Tindakan dan reaksi OKT1 ini mengesahkan pandangan Mahkamah bahawa OKT1 tahu kewujudan dadah berbahaya di dalam rumah. [37] Rujukan kepada kes Parlan Dadeh v PP [2008] 6 MLJ 19 dan Aedy Osman v PP [2011] 1 CLJ 273 oleh Mahkamah Persekutuan – On the evidence as presented at the stage of the prosecution case, we find no error committed by the trial judge in coming to such decision. Regarding intention derived from the struggle between the appellant and the police officers who apprehended him, this relates to the appellant’s conduct which is admissible under s. 8 of the EA 1950. This element of conduct has been discussed by this court in details in Parlan Dadeh. It is not necessary for us to repeat except to say that the trial judge has correctly exercised his discretion in coming to a conclusion that in the circumstances of this case, the struggle between the appellant and the police officers, though in plain clothes, is a factor, amongst others, to imply that the appellant has knowledge of what inside the bag. [38] Sepertimana kes yang dibicarakan ini, OKT1 juga telah bertindak melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran polis. OKT1 berjaya ditangkap hanya disebabkan terjatuh semasa lari. Apabila keterangan-keterangan ini diambil secara total, perbuatan OKT1 yang melarikan diri disebabkan kehadiran polis sehingga tertangkap telah menguatkan keterangan terhadap bahawa, OKT1 mempunyai pengetahuan, terhadap dadah yang berada di dalam rumah tersebut. Oleh itu Mahkamah ini merumuskan bahawa tindakan OKT1 ini telah terjumlah kepada pengetahuan dan pemilikan terhadap dadah yang dijumpai di ruang tamu rumah. [39] Sungguhpun, keterangan SP5 iaitu Pegawai Sains DNA, JKM mengesahkan tiada DNA OKT1 diperolehi daripada sampel yang dikutip oleh Bahagian Forensik PDRM, ia tidak bertindak sebagai kelompangan dalam kes Pendakwaan. Ini adalah kerana, Mahkamah telah mengambil kira dan menimbangkan dengan berhati-hati keterangan secara langsung daripada SP7 bahawa OKT1 telah berada di dalam rumah sebelum serbuan. Ia disahkan apabila OKT1 dilihat muncul dan keluar daripada pintu belakang rumah bilamana pemerhatian mengesahkan tiada pergerakan selain OKT1. [40] Berdasarkan kepada keterangan di atas, Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKT1 mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah berbahaya yang dirampas di rumah tersebut dan seterusnya mempunyai pengetahuan yang terjumlah kepada pemilikan dadah berbahaya yang dijumpai di ruang tamu rumah tersebut. PEMILIKAN DADAH BERBAHAYA TERHADAP OKT2 [41] Sebaik sahaja OKT1 ditahan di belakang rumah oleh pihak Polis, pemeriksaan telah dilakukan di dalam rumah dan pihak polis telah mendapati OKT2 berdiri di ruang tamu, dalam keadaan yang mencurigakan. Pemeriksaan fizikal OKT2 tidak menjumpai apa-apa barang salah. Pihak polis seterusnya melakukan pemeriksaan menyeluruh di dalam rumah, termasuklah pemeriksaan di ruang tamu rumah. Hasil pemeriksaan mendapati adanya barang salah di atas lantai di ruang tamu, yakni, berdekatan dengan tempat OKT2 berdiri. [42] Dalam mengaitkan OKT2 dan barang kes, jarak bukanlah satu-satunya faktor utama untuk mengaitkan OKT2 dengan dadah tersebut. Mahkamah ini akan mengambil kira setiap keterangan lain seperti keadaan barang kes semasa dijumpai dengan merujuk kepada gambar barang kes P8(1-6). Gambar telah jelas memperlihatkan semua barang kes berada di dalam plastik lutsinar yang boleh dilihat dengan mata kasar. Barang kes itu juga dalam kedudukan terbuka di atas lantai di ruang tamu rumah. Ia bukanlah dalam keadaan tersorok, tidak juga disorok atau disembunyikan. [42] Bila mana keadaan barang kes dalam keadaan-keadaan tersebut, maka, inferens yang boleh dibuat ialah OKT2, di tempatnya berdiri, boleh melihat dan tahu adanya dadah berbahaya tersebut di atas lantai. Keberadaan dadah tersebut dengan OKT2 melenyapkan kemungkinan bahawa OKT2 tiada pengetahuan berkenaan dadah tersebut. Dengan sokongan keterangan SP7, Mahkamah berpuas hati bahawa dadah serta barang kes yang lain yang dirampas mempunyai kaitan rapat dengan OKT2. [43] Tambahan pula, ia dikuatkan dengan hasil analisa DNA yang dilakukan oleh SP5 mendapati terdapatnya DNA OKT2 pada puntung rokok bertanda 2.2 (P5E(1)) dan pada seluar dalam tandaan 9 (P5K(1)). Terdapat DNA campuran yang terdiri daripada DNA OKT2 dan OKT3, pada sarung bantal bertanda 4 (P5F(1)) dan sarung bantal tandaan 5 (P5G(1)). [44] Dari keterangan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpuashati bahawa rumah ini dihuni oleh OKT2. Oleh itu Mahkamah ini mendapati OKT2 mempunyai jagaan, kawalan serta pengetahuan terhadap dadah tersebut yang terjumlah kepada pemilikan dadah yang dipertuduhkan. PEMILIKAN DADAH TERHADAP OKT3 [45] Semasa pemeriksaan di dalam rumah, pihak polis telah mendapati bilik tidur pertama di sebelah kanan rumah berada dalam keadaan berkunci dari dalam. Bagi meneruskan pemeriksaan, SP7 telah mengetuk pintu bilik beberapa kali dan akhirnya pintu bilik dibuka oleh OKT3. [46] SP7 telah memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis dan menjalankan pemeriksaan terhadap tubuh badan OKT3, namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. OKT3 memberitahu bahawa OKT3 sedang tidur di dalam bilik. OKT3 kemudiannya turut dikenali sebagai adik kepada OKT2. [47] Adakah keberadaan OKT3 di dalam bilik semasa serbuan mengecualikan OKT3? Jawapanya adalah negatif. Mahkamah ini berpandangan sedemikian, apabila keterangan yang boleh mengaitkan OKT3 dengan dadah yang dirampas di dalam rumah tersebut adalah sungguh banyak, iaitu seperti berikut: (a) keterangan daripada SP3 iaitu pengarah Syarikat Sam Heng Property (pemilik rumah tersebut dapat mengesahkan bahawa rumah tersebut telah disewakan kepada bapa OKT1 dan OKT3 sejak tahun 2016 dengan bayaran RM600.00 sebulan. SP3 dapat camkan bahawa OKT3 adalah anak kepada penyewa rumah. SP3 mengesahkan selepas ayah OKT3 meninggal dunia, rumah terus disewa dan disambung bayar oleh anak-anak penyewa asal, iaitu ayah OKT2 dan 3. Hubungan OKT2 dan OKT3 juga disahkan oleh SP3, mereka adalah adik beradik. (b) Keterangan SP5 melalui analisa DNA mendapati DNA OKT3 berada pada puntung rokok tandaan 2.1 (P5D(1)), tuala tandaan 1 (P5A(1)), cadar tandaan 6 (P5H(1)) dan berus gigi tandaan 8(P5J(1)), baju T tandaan 3 (P5C(1)). Selain itu, terdapat DNA campuran pada sarung bantal tandaan 4 (P5F(1)) dan sarung bantal tandaan 5 (P5G(1)) yang terdiri daripada DNA OKT3 dan OKT2. [48] Berdasarkan kepada keterangan di atas Mahkamah berpuas hati bahawa rumah itu merupakan rumah kediaman OKT2 dan OKT3 bersama-sama, berikutan penemuaan DNA OKT3 pada barang-barang peribadi yang digunakan seharian. Oleh itu, inferens jelas menunjukkan bahawa OKT3 mempunyai akses untuk masuk dan mendiami rumah tersebut bersama-sama OKT2. [49] Mahkamah ini juga mendapati selaku penghuni yang mendiami rumah tersebut, lazimnya OKT3 bersama OKT2 mempunyai akses menyeluruh ke atas rumah tersebut. Sehubungan dengan itu, Mahkamah telah berpuas hati bahawa OKT3 mempunyai kawalan dan jagaan serta pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai di ruang tamu rumah tersebut. [50] Andaikata, jarak dijadikan isu untuk mengaitkan OKT3 dengan dadah tersebut memandangkan OKT3 berada di dalam bilik semasa serbuan, Mahkamah berpandangan sebaliknya. Ia merupakan sesuatu yang pelik dan mustahil untuk menyatakan OKT3 tiada kaitan dengan barang kes semata-mata kerana OKT3 berada di dalam bilik semasa serbuan. OKT2 dan OKT3 adalah adik beradik. Mereka telah tinggal di rumah sejak kematian ayah mereka dan terus menyewa rumah. Hal ini disahkan oleh SP3. Daripada keterangan-keterangan ini, jelas menunjukkan OKT3 bebas bergerak atau akses keluar masuk rumah tersebut dan tidak perlu berfikir diluar kotak bahawa OKT3 mempunyai akses terhadap keseluruhan bahagian di dalam rumah tersebut. Perlu diingatkan bahawa, semasa serbuan, bilik OKT3 dalam keadaan berkunci dari dalam. [51] Dalam keadaan ini, prinsip asas dalam kes-kes berkaitan dadah berbahaya ialah ‘custody, care and control’ serta isu pengetahuan. Ia bukan menyentuh berkenaan isu milikan (‘ownership’). Merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan di dalam kes PP lwn Klong K’djoanh & satu lagi rayuan [2016] 5 CLJ 533 telah menegaskan isu ini di dalam penghakimannya seperti berikut:- “[33] Di bawah s. 39B(1), apa yang perlu dibuktikan ialah milikan dan kawalan dengan pengetahuan dan bukannya kepunyaan (ownership). Walaupun diandaikan dadah itu kepunyaan Brave, tetapi Tertuduh dengan penuh pengetahuan membawanya ke Malaysia dari India, itu sudah cukup untuk memenuhi kehendak s. 39B(1) ADB. Isu sama ada Brave atau adik Brave adalah pemilik beg P24, tidak relevan sama sekali bagi pertuduhan di bawah s. 39B(1) ADB. [34] Bukanlah beban atas pendakwaan untuk menyiasat versi Tertuduh mengenai Brave yang dikatakan pengedar sebenar kerana seorang pengedar masih memerlukan jaringan (networks) seperti Tertuduh untuk menjalankan tugas pengedaran bagi pihaknya. [35] Di sini pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas. [36] Isu yang sama telah dibincangkan dan diputuskan di dalam kes Soorya Kumar Narayanan & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 261. Mahkamah Rayuan telah memutuskan: [19] Additional to the above ground, as the appellants had cleverly submitted that Babuji's name had been implicitly mentioned at the prosecution's stage, by virtue of the police having recorded D30, they also canvassed that it was for the prosecution to call Babuji. This submission was based on the general principle that it was incumbent upon the prosecution to establish its case beyond reasonable doubt hence that duty to call him. We were unable to accede to this submission too in the circumstances of the case as the prosecution's case had already successfully established a prima facie case without the need to call Babuji. Notwithstanding the established general principle that it is incumbent upon the prosecution to establish its case, by no account is there any no legal requirement that demands the prosecution to patch-up any flaws in the appellants' defence. With the legal burden on the shoulders of the appellants to rebut the presumption of s. 37(d) of the Act on a balance of probability no adverse inference thus may be held against the prosecution for the non-calling of Babuji here (Liew Slew & Anor v. PP [1969] 1 LNS 90; PP v. Mohd Farid Mohd Sukis & Anor [2002] 8 CLJ 814). In a nutshell as the appellants had put much blame on Babuji, their failure to call him and nullify the presumption of knowledge, left the prosecution's case as regards that ingredient unscathed.” Oleh itu, Mahkamah berpuas hati, OKT3 juga telah dibuktikan mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai dan selanjutnya OKT3 juga telah dibuktikan memiliki dadah yang dipertuduhkan. NIAT BERSAMA DI BAWAH SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN [52] Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukan seperti berikut: “Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone. 34. When a criminal act is done by several persons, in futherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone.” [53] Merujuk kepada keputusan kes Krishna Rao a/l Gurumurthi v Public Prosecutor & Another Appeal [2009] 3 MLJ 643 seperti berikut: “[60]… [61] The existence of a common intention is a question of fact in each case to be proved mainly as a matter of inference from the circumstances of the case. It has been said that as common intention essentially being a state of mind direct evidence as proof is difficult to procure. ….” [54] OKT1, OKT2 dan OKT3 telah dituduh di bawah Pertuduhan Pindaan Pertama, Pertuduhan Pindaan Kedua dan Pertuduhan Pindaan Ketiga yang kesemuanya dibaca bersama-sama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan. Berdasarkan kepada keadaan fakta kes ini niat bersama oleh kesemua OKT adalah boleh dilihat dari keadaan sekitar kes ini. [55] Ketiga-tiga OKT telah ditahan di tempat yang berasingan rumah tersebut. OKT1 ditahan di bahagian belakang rumah semasa cuba melarikan diri, OKT2 pula ditahan di ruang tamu rumah di mana terdapat dadah yang berdekatan dengannya dan OKT3 ditahan semasa berada di dalam bilik tidur Pertama. [56] Niat bersama itu dapat dilihat dan dibuktikan apabila ketiga-ketiga OKT ini mempunyai milikan terhadap dadah yang dijumpai. Ini adalah kerana ketiga-tiga OKT ini mempunyai akses untuk memasuki rumah yang terdapat dadah di dalamnya. Oleh itu mereka adalah mempuyai kawalan dan jagaan terhadap dadah yang dijumpai di dalam rumah tersebut. Seterusnya mereka juga mempunyai pengetahuan terhadap kewujudan dadah yang berada di atas lantai di ruang tamu rumah tersebut. [57] Tindakan OKT1 yang cuba melarikan diri dan keterangan sokongan dari kewujudan DNA OKT2 dan OKT3 menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan dan akses terhadap rumah tersebut. Keterangan-keterangan ini jelas menunjukkan mereka mempunyai niat bersama untuk melakukan kesalahan mengedar dadah berbahaya sepertimana yang dipertuduhkan terhadap mereka. [58] Oleh kerana ketiga-tiga OKT telah dituduh di bawah ketiga-tiga pertuduhan pindaan yang dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan, maka setiap seorang daripada mereka adalah bertanggungan bersama di atas perbuatan itu sama seperti seolah-olah perbuatan itu dilakukan olehnya seorang. Oleh itu Mahkamah ini mendapati niat bersama OKT-OKT dalam mengedar dan memiliki dadah yang dijumpai di dalam rumah tersebut telah dibuktikan. ISU-ISU BERBANGKIT – (1) RAMPASAN MOTOSIKAL JENIS MODENAS KRISS [59] Pada tarikh kejadian, SP7 dan anggotanya telah merampas sebuah motosikal jenis Modenas Kriss 110cc berwarna hitam dengan no pendaftaran JKW 4926 (Motosikal JKW 4926). Namun semasa kes ini dibicarakan pihak Pendakwaan tidak mengemukakan motosikal tersebut untuk dieksibitkan dan tidak bercadang untuk mengemukakan apa-apa keterangan mengenainya. Peguam berhujah bahawa motosikal tersebut merupakan keterangan yang penting bagi menunjukkan kewujudan orang lain selain OKT1, OKT2 dan OKT3 di rumah tersebut. Peguam OKT menyatakan adalah penting untuk pihak Pendakwaan mengemukakan keterangan yang berkaitan motorsikal tersebut dengan memanggil tuan punya motorsikal untuk memberi keterangan. [60] Rujukan Mahkamah ini kepada gambar tempat kejadian (P10(1- 14)), memang ada sebuah motorsikal terletak di luar rumah. Keterangan SP7 bahawa semasa SP7 dan anggotanya sampai di tempat kejadian, SP7 telah membahagikan anggota-anggota kepada dua (2) kumpulan. Kumpulan pertama akan membuat pemerhatian di bahagian pintu hadapan rumah dan kumpulan kedua akan membuat pemerhatian di bahagian pintu di belakang rumah. [61] Selanjutnya SP7 memaklumkan Mahkamah bahawa semasa pemerhatian dijalankan, tiada pergerakan keluar masuk dari pintu hadapan rumah di mana terletaknya motorsikal tersebut. Sebaliknya SP7 dan anggotanya hanya melihat OKT1 seorang diri sahaja, yang telah keluar dari pintu belakang dan kemudiannya cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh SP7 dan anggotanya. [62] Pada pandangan Mahkamah ini dengan memetik keterangan SP7, telah disahkan bahawa tiada orang lain selain OKT1, OKT2 dan OKT3 sahaja di tempat kejadian. Hanya mereka jugalah yang telah ditangkap dan keterangan ini disokong dengan keterangan dokumentar yang dikemukakan oleh SP7 dan disahkan oleh beliau kandungannya, tidak melibatkan orang lain selain daripada ketiga-tiga OKT. Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan tindakan Pendakwaan untuk tidak mengemukakan motorsikal JKW 4926 adalah tidak fatal atau menjejaskan kes Pendakwaan. Ini adalah kerana, fakta menunjukkan dadah tersebut dijumpai di dalam rumah, dan bukannya dijumpai di mana-mana bahagaian motorsikal tersebut ataupun kawasan sekitarnya. [63] Rentetan daripada itu, Mahkamah mendapati keengganan Pendakwaan untuk mengemukakan keterangan yang berkaitan dengan motorsikal JKW 4926 tersebut atau tidak mengemukakan tuan punya motorsikal tersebut tidak mewujudkan sebarang kelompangan atau inferens buruk di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap kes Pendakwaan. ISU-ISU BERBANGKIT – (2) AKSES TERHADAP RUMAH TEMPAT KEJADIAN SELAIN OKT1, OKT2 DAN OKT3 [64] SP3 semasa memberikan keterangan di Mahkamah ini telah menyatakan bahawa semasa rumah itu disewakan kepada bapa OKT2 dan OKT3, SP3 melihat rumah tersebut juga dihuni oleh adik-beradik OKT2 dan OKT3 yang lain. SP3 menyatakan sehingga pada hari perbicaraan SP3 masih menerima pembayaran sewaan rumah tersebut, namun SP3 tidak tahu siapakah yang telah membayarnya. [65] Isu ini telah ditekankan oleh pihak Pembelaan yang membawa kepada inferens bahawa wujudnya orang lain yang turut menghuni rumah tersebut selain OKT2 dan OKT3. Pihak pembelaan juga telah mencadangkan kepada saksi-saksi Pendakwaan bahawa sebelum OKT2 ditangkap pada 17.2.2020, kawan-kawan OKT2 telah telah datang ke rumah tersebut. [66] Mahkamah ini telah dengan berhati-hati menimbangkan setiap keterangan daripada saksi-saksi Pendakwaan yang dikemukakan terutama SP7. Berdasarkan kepada keterangan SP7, pada tarikh kejadian iaitu 17.2.2020, semasa pemerhatian SP7 tidak melihat orang lain berada di dalam rumah selain OKT1, OKT 2 dan OKT 3. Tidak ada juga keterangan yang membuktikan bahawa terdapatnya kesan-kesan yang menunjukkan adanya orang lain selain OKT-OKT yang dituduh di dalam kes ini telah keluar ataupun memasuki rumah tersebut selain mereka bertiga. [67] Rujukan kepada kes Public Prosecutor v Mohamed Ali (1962) 28 MLJ 257 di mana di dalam kes ini, menyatakan bahawa keterangan pegawai polis perlu diterima oleh mahkamah sekiranya keterangan tersebut adalah munasabah ataupun ‘not inherently improbable’. Selanjutnya melalui Thomson C.J menyatakan seperti berikut: “When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent improbability the evidence of any witness, wheter a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.” [68] Oleh yang demikian Mahkamah ini berpandangan bahawa pada tarikh kejadian, tidak ada orang lain selain OKT1, OKT2 dan OKT3 yang telah berada di rumah tersebut. [69] Rujukan lanjut kepada kes Basil Omar v PP [2002] 4 CLJ 418; [2002] 4 MLJ 418 menyatakan seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket it lying in front of him on a table. It must be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” [70] Sesungguhnya, bersandarkan kepada keterangan sedia ada dan keterangan keadaan sekeliling (circumstantial evidence) dalam kes ini, hanya satu inferens yang boleh disimpulkan oleh Mahkamah iaitu tidak wujudnya orang lain selain OKT1, OKT2 dan OKT3 di tempat kejadian. Akses ke dalam rumah telah dihadkan melalui pintu hadapan dan pintu belakang (yang tertutup) sahaja dan menurut SP7, tiada orang lain kelihatan sebelum serbuan sehinggalah OKT1 dilihat keluar dari pintu belakang rumah tersebut. [71] Bebekalkan kepada keterangan ini sahaja, Mahkamah mendapati keadaan ini telah mengakas anggapan adanya orang lain selain OKT1, OKT2 dan OKT3 di tempat kejadian sekaligus membangkitkan isu bahawa orang lain juga mempunyai akses terhadap dadah tersebut. Maka, Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 mempunyai milikan terhadap dadah tersebut dan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan, menggunakan dan melupuskan dadah tersebut jika perlu. ANGGAPAN MENGEDAR DI BAWAH SEKSYEN 37(da) ADB [72] Merujuk kepada SP6, barang kes yang dianalisa mengandungi berat bersih 919.66 gram dadah berbahaya jenis Cannabis, 65.69 gram jenis Methamphetamine dan 0.49 gram jenis Heroin dan Monoacetylmorphines. Oleh yang demikian anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) ADB adalah terpakai terhadap OKT-OKT. Bagi pertuduhan pengedaran, berat bersih dadah berbahaya jenis Cannabis dan jenis Methamphetamine ini telah melebihi berat minimum yang disenaraikan di bawah sekyen 37(da)(viii) ADB iaitu 200 gram bagi Cannabis dan seksyen 37(da)(xvi) ADB iaitu 50 gram bagi Methamphetamine. Peruntukan seksyen 37(da) ADB 1952 diperturunkan seperti berikut: “Presumptions. 37. In allproceedings under this Act or any regulation made thereunder- (da) any person who is found in posession of- … (viii) 200 grammes or more in weight of cannabis; … ; (xvi) 50 grammes or more in weight of Methamphetamine; Otherwise then in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until contrary is proved, to be trafficking in the said drug;” [73] Melihat kepada berat bersih dua jenis dadah berbahaya ini, adalah mustahil ia dipojok-pojokkan bahawasanya ia untuk kegunaan sendiri oleh OKT-OKT. Mahkamah ini telah berpuas hati bahawa kuantiti dadah berbahaya yang banyak ini adalah bagi tujuan pengedaran. [74] Akhirnya, Mahkamah mendapati satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh Pendakwaan terhadap OKT-OKT dan seterusnya Mahkamah memanggil ketiga-tiga OKT untuk membela diri. Daripada tiga (3) pilihan yang diberikan kepada OKT-OKT, OKT-OKT memilih untuk memberikan keterangan bersumpah. Tiada saksi lain dipanggil bagi pihak pembelaan. KES PERINGKAT PEMBELAAN KETERANGAN BERSUMPAH SD1 - MUHAMAD HAFIS BIN BAKAR (OKT1) [75] Keterangan OKT1/SD1 adalah seperti berikut : (a) pada 17.2.2020, SD1 telah pergi ke rumah OKT3/SD3 yang merupakan kawannya di alamat No.01-04, Blok 6, Taman Mawar, 81700 Pasir Gudang, Johor (tempat kejadian). (b) SD1 tidak keluar dari rumah sebaliknya hanya menunggu di luar rumah. (c) SD1 pergi ke rumah tersebut untuk meminjam permainan video PSP daripada OKT3/SD3 yang sedang tidur di dalam rumah. (d) SD1 telah ditahan di luar rumah dan semasa pemeriksaan badan dilakukan terhadap SD1, pihak polis tidak menjumpai apa-apa barang salah. (e) SD1 menafikan telah melarikan diri apabila melihat polis. SD1 hanya memusing ke belakang dan terjatuh apabila diserbu oleh pasukan polis yang memakai pakaian preman. (f) SD1 telah dibawa ke dalam rumah dan hasil pemeriksaan pihak polis telah menjumpai dadah di dalam salah satu bilik rumah tersebut. SD1 mengatakan dadah yang dijumpai bukan miliknya dan menafikan bahawa dirinya terlibat dengan pengedaran dadah tersebut. KETERANGAN BERSUMPAH SD2 – MOHD ILAIHI BIN BAKHTIAR (OKT2) [76] Keterangan OKT2/SD2 adalah seperti berikut : (a) pada 17.2.2020 jam lebih kurang 11.00 pagi hingga 12 tengah hari, SD2 berada di dalam biliknya di rumah tersebut. Semasa SD2 hendak keluar dari dalam bilik, SD2 telah didatangi oleh sekumpulan polis yang menyerbu masuk ke dalam rumahnya. (b) Pihak polis telah melakukan pemeriksaan ke atas badan SD2, namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. Pihak polis telah membuat pemeriksaan di ruang tamu dan telah menjumpai dadah. (c) Pihak polis kemudiannya telah membuat pemeriksaan di bilik OKT3/SD3 yang sedang tidur dalam bilik pada masa itu. Polis telah mengetuk beberapa kali dengan kuat dalam tempoh masa 5 hingga 10 minit, barulah SD3 membuka pintu bilik dan keluar dari dalam biliknya. (d) SD2 tidak mempunyai pengetahuan dadah-dadah yang dijumpai di ruang tamu rumah kerana SD1 berada di luar rumah dan SD3 sedang tidur di dalam biliknya. (e) rumah tersebut didatangi oleh Adam, Wan dan Shidee yang menjadikan rumah tersebut sebagai tempat lepak mereka. (f) lima (5) orang adik beradik SD2 yang lain juga selalu datang dan tidur di rumah tersebut apabila cuti sekolah dan pada hari yang mereka tidak berkerja. (g) SD2 menafikan dadah yang dijumpai adalah miliknya. KETERANGAN BERSUMPAH SD3 – MOHAMAD AMIRUL BIN BAKHTIAR (OKT3) [77] Keterangan OKT3/SD3 pula adalah seperti berikut : (a) SD3 adalah adik kepada SD2. (b) Semasa kejadian SD3 sedang tidur di dalam biliknya. SD3 telah terbangun apabila mendengar ketukan pintu yang agak kuat dari bahagian luar pintu. Apabila SD3 bagun dan membuka pintu biliknya, SD3 telah melihat sekumpulan polis dan telah mengarahkannya untuk pergi ke ruang tamu. (c) Polis telah menunjukkan dadah yang dijumpai dan SD3 terkejut kerana SD3 tidak tahu mengenai dadah tersebut dan itulah kali pertama SD3 melihat dadah tersebut. (d) SD3 telah tidur di dalam biliknya pada 17.2.2020 pada jam lebih kurang 1.00 pagi hinggalah SD3 dikejutkan oleh pihak polis. SD3 juga tidak melihat sesiapa yang telah membawa masuk dadah ke dalam rumah dan SD3 tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai oleh polis. (e) rumah tersebut disewa oleh arwah ayahnya dan apabila ayahnya meninggal dunia, SD2 telah mengambil alih untuk membayar sewaan rumah tersebut. Rumah sewa tersebut seringkali didatangi oleh adik beradik yang lain dan kawan-kawan mereka yang menjadikan rumah itu sebagai tempat lepak mereka. (f) SD3 menafikan dadah yang dijumpai adalah miliknya. SD3 juga telah mengemukakan percakapan beramarannya (D33) untuk menyokong pembelaanya. DAPATAN MAHKAMAH BERKENAAN PEMBELAAN OKT-OKT [78] Mahkamah ini telah merujuk kepada beberapa kes terdahulu yang telah diputuskan bagi membantu Mahkamah ini dalam membuat pertimbangan. Mahkamah perlu menimbangkan samada satu keraguan munasabah telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pembelaan sekaligus mematahkan anggapan pengedaran yang telah dibuktikan oleh Pendakwaan sebelum ini. [79] Merujuk kepada kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, beban yang perlu dibuktikan oleh OKT adalah untuk menimbulkan keraguan munasabah : “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt at the conslusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. [80] Rujukan juga kepada kes Ganapathy Rengasamy v. Public Prosecutor [1998] 2 CLJ 1 (MP), diputuskan oleh Shaik Daud Ismail JCA dalam penghakiman bertulisnya menyatakan seperti berikut – The burden on the prosecution throughout is to prove their case beyond a reasonable doubt (see Arulpragasan v. PP [1996] 4 CLJ 597.) But, once the prosecution had proved that appellant had custody or control of the bag containing the drugs in question, then by s. 37(d) of the Act, he was deemed to have been in possession of such drugs and to have known the nature of such drugs, and so, the onus had shifted to him, to prove the contrary, on the balance of probabilities. (See PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 PC). [81] Selain itu, Mahkamah Agung di dalam kes Ng Chai Kem Lwn. PP [1994] 2 CLJ 593 oleh Wan Yahya bin Pawan Teh HMA menyatakan seperti berikut: Di dalam kes rayuan dihadapan kita sekarang, pihak pendakwa juga menggunakan anggapan s.37(da) untuk menetapkan bahawa tertuduh itu adalah seorang pengedar dadah oleh kerana dadah yang dijumpai dalam milikannya melebihi 15 grams Monoacetylmorphine. Oleh yang sedemikian beban untuk membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pengedar dadah adalah dipertanggungkan ke atas tertuduh. Sebagaimana kita sedia maklum, bukanlah tiap-tiap tertuduh yang memiliki dadah seberat yang disebut di s. 37(da)(i) hingga (x) itu adalah benar-benar ataupun semestinya dicela sebagai pengedar dadah. Kadangkala ada juga kemungkinan orang yang memiliki dadah yang berlebihan itu adalah penagih dadah yang menyimpan atau membawa dadah itu untuk kegunaannya sendiri. Dalam keadaan begitu bebanan untuk mematahkan anggapan di bawah s. 37(da) itu beralih kepada pemilik dadah itu dan dia hendaklah menyakinkan Mahkamah di atas kadar imbangan keberangkalian - iaitu suatu kadar beban membukti yang ringan daripada yang dikehendaki daripada kes pendakwa - (Lihat PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89), bahawa dia adalah seorang penagih dan bukannya seorang pengedar. Seksyen 37(da) bukanlah suatu anggapan undang-undang yang tak boleh dipatahkan dan oleh sebab itu apabila pihak pembelaan mencabar atau memasukkan keterangan yang bertentangan atau boleh disifatkan sebagai berlainan dengan anggapan pengedaran, maka adalah manjadi tanggungjawab Mahkamah untuk menimbang keterangan-keterangan ini untuk menentukan samada pihak pembela berjaya mematahkan anggapan itu. ANALISIS MAHKAMAH : PEMBELAAN BERSIFAT PEMIKIRAN TERKEMUDIAN / AFTERTHOUGHTS [82] Di peringkat Pembelaan ini, Mahkamah perlu mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dalam menilai keterangan yang dikemukakan memandangkan saksi yang dikemukakan adalah OKT-OKT sendiri. Walaupun OKT-OKT telah memberikan keterangan dengan mengangkat sumpah namun begitu, Mahkamah ini masih perlu berhati-hati dalam mengambilkira dan menimbangkan penerimaan masuk (‘admissibility’) keterangan pembelaan OKT-OKT ini. [83] Mahkamah ini mendapati bahawa sebahagian pembelaan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan tidak pernah dibangkitkan atau disoal langsung kepada saksi-saksi Pendakwaan semasa mereka memberikan keterangan di Mahkamah. Merujuk kepada kes Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154 di muka surat 167 seperti berikut: “[63] Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite law that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case.” [84] Di dalam kes Wong Swee Chin v. PP[1981] 1MLJ 212 Raja Azlan Shah CJ (Malaya)(as His Highness then was) menyatakan seperti berikut: “…there is a general rule that a failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of a witness’s testimony. [65] In our adversarial system, that principle is applicable in both civil dan criminal trials.”. [85] Mahkamah mendapati terdapat fakta-fakta baharu yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi pembelaan seperti berikut: (a) SD1 pergi ke rumah tersebut untuk meminjam PSP dan hanya berada di luar semasa kejadian; (b) SD1 tidak cuba untuk melarikan diri semasa serbuan dijalankan; (c) Kawan-kawan SD2 yang bernama Adam, Wan dan Shide selalu datang melepak di rumah tersebut dan kawan-kawan SD2 telah datang ke rumah tersebut sehari sebelum kejadian. (d) Adik beradik SD2 dan SD3 yang lain juga selalu datang ke rumah tersebut; dan (e) hanya SD2 seorang sahaja yang mempunyai kunci rumah tersebut. [86] Mahkamah mendapati keterangan-keterangan ini adalah sesuatu yang direka-reka dan tidak disokong oleh mana-mana keterangan lain. Walaupun pihak pembelaan di peringat pembelaan hanyalah berperanan untuk menimbulkan keraguan munasabah sahaja, namun keterangan mereka masih perlu dibuktikan di Mahkamah. Sehingga Pembelaan menutup kes, Mahkamah tidak langsung diberikan sebarang input atau penjelasan yang menyokong setiap keterangan yang baharu dinyatakan oleh SD1, SD2 dan SD3. [87] Oleh yang demikian Mahkamah ini mendapati keterangan saksi-saksi pembelaan ini merupakan satu pemikiran terkemudian “afterthoughts”. Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa keterangan tersebut tidak boleh diterima pakai di Mahkamah dan sewajibnya ditolak. Disebabkan oleh hal ini, Mahkamah tidak dapat lari daripada membuat kesimpulan bahawa pembelaan OKT-OKT ini adalah tidak masuk akal dan sengaja direka-reka. Percubaan OKT-OKT untuk mewujudkan keraguan terhadap kes Pendakwaan gagal dilaksanakan untuk meyakinkan Mahkamah secara total. KETERANGAN PENAFIAN SEMATA-MATA / ‘BARE DENIAL’ OKT-OKT [88] Selain daripada itu, Mahkamah juga mendapati pembelaan OKT-OKT juga bersifat penafian semata-mata atau ‘bare denial’ apabila ia tidak disokong oleh apa-apa keterangan lain. Keterangan OKT-OKT hanya menafikan milikan dan pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai di dalam rumah tersebut tanpa menafikan bahawa dadah tersebut adalah dijumpai di lantai di ruang tamu rumah yang diduduki oleh SD1 dan SD2, serta diakses oleh SD3. [89] Mahkamah berpandangan penama yang bernama Adam, Wan dan Shidee tidak wujud dan hanya direka-reka oleh SD2. Jika benar mereka ini wujud, kenapa penama-penama tersebut tidak dipanggil untuk memberikan keterangan di Mahkamah semasa di peringkat pembelaan. Begitu juga dengan kenyataan SD2 terhadap kehadiran adik-beradik mereka di rumah tersebut semasa cuti sekolah dan semasa mereka tidak bekerja. Kenapa adik beradik SD2 tidak dipanggil untuk memberikan keterangan di Mahkamah, jika benar mereka ada menginap di rumah tersebut semasa kejadian. [90] Kegagalan mengemukan saksi-saksi yang disebut oleh SD2 tersebut dan dari keterangan SP7 semasa di peringkat Pendakwaan, telah memberikan inferens bahawa pada masa kejadian hanyalah SD1, SD2 dan SD3 yang berada di dalam rumah tersebut. Penama Adam, Wan, Shide mahupun adik beradik yang tidak dinamakan secara spesifik oleh SD2 adalah sememangnya tidak wujud dan mereka sememangnya tidak berada di dalam rumah tersebut semasa kejadian. Oleh itu pembelaan OKT-OKT bersifat penafian semata-mata. [91] Begitu juga keterangan oleh SD1 dan SD3 yang turut memberikan keterangan yang tidak disokong oleh mana-mana keterangan lain. Berkenaan SD1, keterangannya di mana SD1 hanya berdiri menunggu di luar rumah semasa ditangkap adalah sesuatu yang tidak logik bagi seseorang yang saling mengenali dan telah selalu keluar masuk dari rumah tersebut lebih-lebih lagi pintu hanya bertutup dan tidak berkunci. Cubaan SD1 gagal untuk menimbulkan keraguan dan mencantas keterangan Pendakwaan bahawa pada hari kejadian SD1 sememangnya baharu sahaja keluar dari rumah tersebut melalui pintu belakang rumah dan kemudiannya melarikan diri apabila dikejar oleh polis. Luka yang terdapat pada badan SD1 adalah akibat SD1 terjatuh semasa melarikan diri dari pihak Polis. [92] Manakala di dalam kes ini tidak seperti SD1 dan SD2, SD3 telah mengemukakan percakapan beramarannya yang telah dieksibitkan sebagai D33 untuk menyokong keterangannya di Mahkamah. Apa ditekankan oleh SD3 ialah semasa kejadian SD3 sedang tidur di dalam bilik yang berkunci dari dalam dan tidak tahu menahu terhadap dadah yang dijumpai. [94] Adakah dengan mengemukakan D33 tersebut telah mengecualikan SD3 dari pertuduhan? Mahkamah ini telah meneliti keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi Pendakwaan mahupun saksi pembelaan berkenaan hal ini. Mahkamah merujuk semula kepada keputusan DNA yang menjelaskan bahawa adanya DNA SD3, yang boleh dikatakan merata-rata di dalam rumah, hal ini sahaja cukup menunjukkan bahawa SD3 mempunyai akses di seluruh kawasan rumah dan bukannya terhad di dalam bilik yang berkunci itu sahaja. [95] Agak mustahil untuk menganggap dari masa sebelum kejadian dan semasa kejadian SD3 hanya tidur di dalam bilik dan tidak keluar langsung dari dari dalam biliknya itu. Melihat kepada hubungannya dengan SD2 dan rumah itu juga disewa oleh ayahnya pada asalnya, maka adalah wajar SD3 juga mempunyai pengetahuan, kawalan dan jagaan terhadap dadah yang dijumpai di ruang tamu rumah. Tiada keterangan lain yang menidakkan keadaan tersebut. Tambahan pula, dadah berbahaya yang dijumpai tidak pula berada di suatu tempat tersembunyi atau di suatu tempat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kedudukan dadah dijumpai adalah di atas lantai dalam keadaan terbuka. Ia boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang memasuki rumah tersebut termasuklah SD3. [96] Oleh yang demikian pada pandangan Mahkamah ini walaupun SD3 telah mengemukakan D33 untuk menyokong keterangannya, D33 ini masih gagal untuk menidakkan kawalan, jagaan serta pengetahuan yang terjumlah kepada pemilikan dadah yang dijumpai di dalam rumah tersebut oleh SD3. Oleh yang demikian pembelaan SD3 adalah merupakan penafian semata-semata. [97] Rujukan kepada kes Public Prosecutor v. Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 di muka surat 326, memutuskan seperti berikut: “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient. A magistrate is, of course, entitled to believe a witness at a trail but a general references to the demeanour of witnesses without more, gives rise to suspicion that an attempt is being made to bolster up a verdict which is contrary not only to the weight of evidence but to the probabilities and which could not be supported on a detailed examination of the evidence.” [98] Seterusnya dalam kes Da Duncan v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, Mahkamah Persekutuan di muka surat 195 telah memutuskan seperti berikut berkenaan pembelaan penafian : “The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecuiton case against the appellant.” [99] Akhirnya, apabila dirangkum secara keseluruhannya, Mahkamah mendapati keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi Pendakwaan adalah ‘consistent’ dan tiada kekurangannya. Kredibiliti mereka juga tidak goyah. Oleh yang demikian Mahkamah mendapati pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan terhadap keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi Pendakwaan dari peringkat ‘Prima Facie’ lagi. Merujuk kepada kes PP v. Shaaban b. Abd. Rahman [1989] 2 MLJ 313: “I can see no reason for any of the 3 police eye-witnesses to tell lies. They gave their evidence in a clear straightforward way.” PERCANGGAHAN KETERANGAN OKT-OKT [100] Selain daripada keterangan afterthoughts dan penafian, Mahkamah turut mendapati keterangan saksi-saksi pembelaan adalah tidak ‘consistent’ serta bercanggah di antara satu sama lain. Percanggahan yang dapat dikesan adalah seperti berikut: (a) SD1 menyatakan dadah dijumpai di dalam suatu bilik di dalam rumah tersebut manakala SD2 dan SD3 menyatakan dadah dijumpai di ruang tamu rumah. (b) SD1 menyatakan bahawa kedatangannya ke rumah tersebut adalah untuk meminjam permainan PSP namun ia tidak disokong oleh D33 iaitu percakapan beramaran SD3, di mana ia tidak dinyatakan di dalam D33. (c) SD1 menyatakan SD1 hanya menunggu di luar dan tidak masuk ke dalam rumah tersebut sedangkan SD2 menyatakan SD3 boleh masuk ke dalam rumah kerana pintu tidak berkunci jika SD2 dan SD3 berada di dalam rumah. (d) SD2 menyatakan bahawa sebelum kejadian kawan-kawannya telah datang melepak di rumah tersebut, namun SD3 menyatakan bahawa sebelum kejadian hanya ada SD2 dan SD3 di dalam rumah tersebut dan SD3 menafikan bahawa tidak ada kawan-kawan SD2 yang datang pada malam sebelum kejadian. (e) SD1 telah menafikan bahawa SD1 telah melarikan diri dari dikejar oleh pihak polis. Namun semasa pemeriksaan balas oleh pihak Pendakwaan SD1 bersetuju bahawa SD1 telah cuba untuk melarikan diri dan terjatuh sebelum ditangkap. (f) Terdapat percanggahan keterangan oleh SD1 dan SD2 terhadap kehadiran SD1 di rumah tersebut. SD1 menafikan bahawa SD1 telah berada di rumah tersebut pada sekitar jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Manakala SD2 telah memberitahu Mahkamah bahawa SD1 telah berada di rumah tersebut pada sekitar jam 10.00 pagi. [101] Percanggahan-percanggahan dalam keterangan saksi-saksi pembelaan ini adalah amat meragukan dan telah menimbulkan persoalan sama ada ia wajar diterima oleh Mahakamah ini sebagai keterangan. Percanggahan keterangan oleh SD1, SD2 dan SD3 telah membuatkan keterangan mereka sukar dipercayai dan pada peringkat ini Mahkamah hendaklah mengkaji semula nilai keterangan ini dengan penuh waspada. [102] Merujuk kepada kes PP v. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Abdul Razak [2020] 11MLJ 808, telah memutuskan bahawa jika terdapat apa-apa percanggahan di dalam keterangan saksi-saksi, maka adalah wajar percanggahan itu diperjelaskan oleh pihak pembelaan. Malangnya, sama seperti kes ini, Pembelaan telah gagal untuk menjelaskan percanggahan-percanggahan tersebut dan sekaligus telah memakan diri dan menyebabkan kes pembelaan tidak dapat dipertahankan. KEPUTUSAN [103] Mahkamah ini setelah menimbangkan secara maksima keterangan yang dikemukakan sepanjang kes pembelaan dan setelah menghalusi hujahan bertulis/lisan pihak-pihak, Mahkamah ini berpendapat: (a) OKT-OKT gagal mengakaskan kes Prima Facie yang telah dibuktikan oleh pihak Pendakwaan di akhir kes Pendakwaan di mana OKT-OKT di dapati mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B ADB 1952; dan (b) OKT-OKT telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan yang telah dibuktikan diluar keraguan munasabah (‘beyond reasonable doubt’) terhadap OKT-OKT melalui pembelaannya; [104] Kesimpulannya, Mahkamah mendapati OKT-OKT bersalah dan disabitkan di atas kesalahan seperti berikut: No kes : JA-45A-29-04/2021 Pertuduhan Pindaan Pertama Terhadap mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis seberat bersih 919.66 gram, kamu disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB dan dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK), hukuman penjara seumur hidup dari tarikh tangkap dan 12 sebatan. Pertuduhan Pindaan Kedua Terhadap mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat bersih 65.69 gram, kamu disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB dan dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK), hukuman penjara seumur hidup dari tarikh tangkap dan 12 sebatan. No kes : JA-45A-69-11/2021 Pertuduhan Pindaan Ketiga Terhadap memiliki dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat bersih 0.49 gram, kamu disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB dan dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK) , hukuman penjara 1 tahun dari tarikh tangkap. [105] Hukuman penjara di atas semua pertuduhan terhadap OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 berjalan serentak. Bertarikh: 6 JANUARI 2026 (SURIYATI HASIMAH BINTI MOHD HASHIM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Johor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.