Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI LANGKAWI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN NO. : KD-A53KJ-43-10/2023
KD-A53KJ-43-10/2023
Sessions Court of Malaysia4 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“8. Kos orthotic - Plaintif menuntut sebanyak RM151,700.00 - Dibenarkan RM151,700.00 RM151,700.00 Abdul Halim A Tambi v. Yong Kim Moon & Ors [2021] CLJU 234; [2021] 1 LNS 234). Memandangkan S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 dok”
“aintif menuntut sebanyak RM 42,200 - Award dicadangkan bagi kecederaan di atas dibenarkan RM40,000 RM40,000 Mahkamah membuat rujukan kepada kes Kesavan Kopala Krishnan v Saraswathy Kandasamy & Anor [2025] CLJU 134 Jumlah RM 115,000.00 S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg **Note : Serial number will be used to verify the original”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI LANGKAWI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN NO. : KD-A53KJ-43-10/2023
1
MUHAMMAD ABADI BIN ABDULLAH (NO. K/P: 941115-02-5211) …PLAINTIF PERTAMA
2
KAMARUL NIZAM BIN MOHD YUSOF (NO. K/P: 940220-02-6019) …PLAINTIF KEDUA DAN NOOR HAPISHAH BINTI AHMAD (NO. K/P: 900823-02-5422) … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Kes ini melibatkan suatu kemalangan jalan raya di mana Plaintif Pertama, selaku penunggang motosikal bernombor pendaftaran DDS2569 (selepas ini dirujuk sebagai “motosikal tersebut”), manakala Plaintif Kedua merupakan pembonceng di atas motosikal tersebut. Defendan pada setiap masa material adalah pemandu dan pemilik sebuah kereta bernombor pendaftaran KV3137D (selepas ini dirujuk sebagai “kereta tersebut”), yang telah memasuki laluan yang digunakan oleh Plaintif lalu menyebabkan perlanggaran dengan motosikal tersebut. S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg Setelah meneliti keterangan, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan serta menimbang penghujahan peguamcara kedua-dua belah pihak, dan di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan seperti berikut: ISU-ISU YANG PERLU DIPUTUSKAN Terdapat dua (2) isu utama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini iaitu: i. Isu liabiliti sama ada kemalangan itu semata-mata disebabkan oleh kecuaian Defendan atau disumbang cuai Plaintif Pertama sebagai penunggang motosikal tersebut dan sama ada perlu ada pembahagian liabiliti di antara mereka; dan ii. Jika liabiliti didapati sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya terhadap Plaintif Pertama serta Defendan, apakah kuantum ganti rugi yang sesuai yang harus diberikan kepada pihak masing-masing. LIABILITI Atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mendapati Plaintif Pertama telah berjaya membuktikan kesnya terhadap Defendan dan Defendan didapati bertanggungan 80% liabiliti dalam kes ini. Manakala Plaintif Pertama menyumbang cuai dan bertanggungan 20% liabiliti. Seterusnya mengambil kira Plaintif Kedua adalah seorang pembonceng yang merupakan pihak berkecuali dan innocent party iaitu Plaintif Kedua S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg adalah seorang “pembonceng yang tidak bersalah”, dan oleh itu berhak mendapat ganti rugi pada kadar 100% daripada Defendan. Sebagai seorang pembonceng, beliau tidak boleh dianggap bertanggungjawab secara vikarius atas kelalaian yang disumbang oleh Plaintif Pertama. KUANTUM Dalam sesuatu tuntutan kemalangan, jumlah awad yang diberikan seharusnya munasabah dan bersesuaian dengan kecederaan yang dialami. Tujuan utama sesuatu awad diberikan adalah untuk membolehkan seseorang Plaintif menjalani hidup dengan lebih sempurna setelah mengalami kecederaan tersebut. Dalam menentukan awad bersesuaian, rujukan telah dibuat pada hujahan kedua-dua pihak, Compendium on Personal Injury Awards yang terkini dan menggunapakai kes-kes yang telah diputuskan sebagai panduan. Setelah mempertimbangkan perkara di atas, awad yang diberikan adalah berdasarkan pada nilaian kadar 100% liabiliti. FAKTA KES Pada 01/09/2022, Plaintif Pertama kira-kira jam 10:14 pagi menunggang motosikal tersebut bernombor pendaftaran DDS2569 manakala Plaintif Kedua merupakan pembonceng. Defendan pula adalah pemandu dan pemilik sebuah kereta tersebut bernombor pendaftaran KV3137D masuk ke jalan yang digunakan oleh Plaintif lalu bertembung dengan Plaintif. S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg Versi kejadian kemalangan menurut laporan polis Defendan adalah, Plaintif Pertama yang datang dari arah bertentangan jalan raya dan telah melanggar bahagian kiri keretanya. Mahkamah perlu menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kemalangan ini. Dalam menilai liabiliti, prinsip 'kecuaian bersama' atau 'contributory negligence' perlu dipertimbangkan. Prinsip ini merujuk kepada keadaan di mana kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan mempunyai peranan dalam menyebabkan kejadian tersebut. Dalam konteks ini, walaupun Defendan jelas melanggar peraturan jalan raya dengan memasuki jalan utama tanpa memastikan keadaan selamat, Mahkamah juga perlu menilai sama ada terdapat sebarang elemen kecuaian di pihak Plaintif Pertama, seperti tidak mematuhi had laju atau gagal mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya. Berdasarkan fakta dan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah berpendapat bahawa terdapat unsur kecuaian di pihak kedua-dua belah. Namun begitu, tahap kecuaian adalah tidak sama. Defendan yang memasuki jalan utama tanpa memastikan keadaan benar-benar selamat menanggung sebahagian besar liabiliti. Plaintif Pertama pula, walaupun mempunyai hak laluan di jalan utama, tetap mempunyai kewajipan untuk menunggang dengan cermat serta mematuhi peraturan jalan raya. Oleh itu, Mahkamah menetapkan pembahagian liabiliti dengan Defendan menanggung 80% dan Plaintif Pertama menanggung 20% daripada tanggungjawab terhadap kemalangan tersebut. S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg Plaintif Kedua adalah seorang “penumpang yang tidak bersalah” dan dengan demikian berhak memperoleh ganti rugi pada kadar penuh 100% daripada Defendan. Sebagai pembonceng, beliau tidak tidak seharusnya dipertanggungjawabkan secara vikarius terhadap sumbang cuai yang telah dikenakan ke atas Plaintif Pertama dalam kes ini. Oleh itu, Mahkamah dapati Defendan bertanggungan 100% liabiliti terhadap Plaintif Kedua. Kes yang dirujuk adalah kes Muhamad Jafri Jantan & Ors v Zainal Md Rais [2005] 1 CLJ Rep 694.
1
Patah tulang kalkaneus (tumit) yang bersatu, disertai dengan parut pada tapak tumit yang menyebabkan simptom, serta kecacatan fixed flexion deformity (FFD) pada pergelangan kaki kanan dengan kehilangan julat pergerakan yang ketara dan Gait Impairment [right equinus (tip-toe) gait] - Jumlah tuntutan Plaintif sebanyak RM40,000.00 RM30,000.00 Dalam kes Mohd Rashidi bin Abdul Rahman & 3 Lagi lwn Mohamad Tarmizi bin Zahari [2021] 1 PIR [52], Mahkamah Tinggi telah menaikkan jumlah ganti rugi yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen bagi kecederaan patah tertutup S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg - Award dicadangkan bagi kecederaan di atas dibenarkan RM30,000.00 tulang kalkaneus kiri bersama kecederaan pada ligamen deltoid daripada RM15,000.00 kepada
2
Parut pembedahan melintang terbalik berukuran 14cm merentasi tapak tumit kanan, dengan 2 parut kesan pin (pin tract scars) yang kelihatan pada tapak tumit. - Plaintif menuntut sebanyak RM20,000 - Award dicadangkan bagi kecederaan di atas dibenarkan RM10,000 RM10,000 Mahkamah merujuk kepada kes Yeo Teck Hao v Tan Kok Chye [2024] 2 PIR [30] dan juga kes Patrick Wee Boon Eu V John Doe & Anor [2020] 2 PIR [60].
3
Kesakitan dan penderitaan akibat daripada 6 pembedahan. - Plaintif menuntut sebanyak RM30,000 - Award dicadangkan bagi kecederaan di atas dibenarkan RM30,000 RM30,000.00 Dalam kes Mohd Azlan bin Zainuddin lwn Abdul Radib bin Abdul Rahman & Seorang Lagi [2020] 1 PIR [35], Mahkamah telah memberikan ganti rugi sebanyak RM10,000.00 bagi kesakitan dan penderitaan S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg yang dialami semasa menjalani dua pembedahan.
4
Kesakitan dan penderitaan akibat pembedahan pada masa hadapan. - Plaintif menuntut sebanyak RM5,000 - Award dicadangkan bagi kecederaan di atas dibenarkan RM5,000 RM5,000 Mahkamah membuat rujukan kepada kes Assokumar a/l Venugopal @ Ramus v Lai Bak Seng & Anor [2020] 2 PIR [25]
5
Cost of future treatments - Plaintif menuntut sebanyak RM 42,200 - Award dicadangkan bagi kecederaan di atas dibenarkan RM40,000 RM40,000 Mahkamah membuat rujukan kepada kes Kesavan Kopala Krishnan v Saraswathy Kandasamy & Anor [2025] CLJU 134 Jumlah RM 115,000.00 S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg
1
Kos semua laporan perubatan, polis, gambar rajah kasar dan carian dokumen -
2
Kos untuk kerosakkan pakaian dan kasut - Plaintif menuntut sebanyak RM150 - Dibenarkan RM150 Jumlah ini adalah berdasarkan keterangan
3
Bil Hospital pada a. 01/09/2022 - 08/09/2022 b.18/10/2022 - 25/10/2022 - Plaintif menuntut sebanyak RM347.00 - Dibenarkan RM347.00
4
Tambang perjalanan ulang-alik ke Hospital Langkawi yang ditanggung oleh keluarga Plaintif untuk melawat Plaintif dalam kadar RM
30
30.00 sehari bagi 16 hari RM480.00 Kes dirujuk adalah Kasirin Kasmani v The Official S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg - Plaintif menuntut sebanyak RM480.00 - Dibenarkan RM480.00 Administrator & Anor [1991] 2 CLJ Rep 800
5
Tambang perjalanan ke Hospital untuk rawatan ulangan RM 30.00 sehari dan berterusan - Plaintif menuntut sebanyak RM900.00 - Dibenarkan RM500.00 RM500.00 6. Tambang perjalanan ke Kangar jumpa Pakar - Plaintif menuntut sebanyak RM300.00 - Dibenarkan RM200.00 RM200.00 7. Kehilangan pendapatan RM 1,500.00 sebulan dan berterusan - Plaintif menuntut sebanyak RM1500.00 x 12 bulan x 16 tahun - Dibenarkan RM288,000.00 RM288,000.00 Gaji minimum di Malaysia sekarang ialah RM 1,700 sebulan, selepas peningkatan dari kadar sebelumnya sebanyak
8
Kos orthotic - Plaintif menuntut sebanyak RM151,700.00 - Dibenarkan RM151,700.00 RM151,700.00 Abdul Halim A Tambi v. Yong Kim Moon & Ors [2021] CLJU 234; [2021] 1 LNS 234). Memandangkan S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg doktor yang boleh mengesahkan kandungan dokumen itu tidak dipanggil, maka dokumen-dokumen tersebut kekal tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan.
9
Kos laporan Orthotic - RM441,377.00 B. KAMARUL NIZAM BIN MOHD YUSOF – PLAINTIF KEDUA
1
GANTIRUGI AM NO. INJURIES / GENERAL DAMAGES CASE /AUTHORITIES REFERRED TO BY
1
Luka calar cetek di atas lutut kanan (3x1cm) - Plaintif menuntut sebanyak RM10,000.00 - Dibenarkan RM8,000.00 RM8,000.00 Mahkamah menggunapakai kes yang dirujuk iaitu kes Manimaran a/l Ponnan & Anor v Krishwanie a/p Ramachandaram & Anor (Puganesan a/l Chandran S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg & Anor – Third Parties) [2023] 1 PIR [52]
2
Kesakitan dan penderitaan akibat daripada satu pembedahan. - Plaintif menuntut sebanyak RM5,000.00 - Dibenarkan RM5,000.00 RM5,000.00 Mahkamah menggunapakai kes yang dirujuk iaitu kes Mohd Azlan bin Zainuddin v Abdul Radib bin Abdul Rahman & Anor [2020] 1 PIR [35]
1
Kos bagi laporan-laporan Polis, rajah kasar dan kunci dan gambar-gambar kemalangan - Plaintif Menyatakan sebahagian daripada kos - S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg
2
Kos untuk kerosakkan pakaian dan kasut - Plaintif menuntut sebanyak RM150 - Dibenarkan RM150 Jumlah ini adalah berdasarkan keterangan Plaintif Pertama TUNTUTAN BALAS DAN TOLAKAN DEFENDAN Setelah menimbangkan keseluruhan keterangan lisan, dokumen yang dikemukakan serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah berpendapat bahawa Defendan telah gagal membuktikan tuntutan balasnya mengikut standard pembuktian yang dikehendaki, iaitu atas imbangan kebarangkalian. Oleh yang demikian, tuntutan balas dan tolakan Defendan adalah dengan ini ditolak dengan kos. FAEDAH DAN KOS Akhirnya Mahkamah membenarkan faedah diberikan kepada Plaintif untuk gantirugi am dan khas sebagaimana berikut :
1
Faedah ganti rugi am pada kadar 2.5% setahun daripada tarikh penyerahan saman sehingga ke tarikh penghakiman; S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg
2
Faedah ganti rugi khas pada kadar 2.5% setahun daripada tarikh kemalangan hingga tarikh penghakiman; dan
3
Faedah di atas jumlah penghakiman, pada kadar 5% setahun daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.
4
Selain itu berkenaan kos, Mahkamah turut memerintahkan bahawa kos dibenarkan kepada Plaintif-Plaintif.
5
Kos-kos yang dibenarkan adalah mengikut skala kos Bertarikh : 4 September 2025 ALLAN SUMAN PILLAI HAKIM MAHKAMAH SESYEN LANGKAWI Tarikh Keputusan : 26 Ogos 2025 Bagi pihak Plaintiff : 1. Rajadevan Vamadevan
2
Fathin Delila Binti Hamdan [RAJADEVAN & ASSOCIATES] Bagi pihak Defendan : Dhanaraj [IMAVATHI & CO.] S/N tIDLw1Lx10qr06vomSSsSg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.