Content
1 DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: 05(M)-103-07/2024(W)
05(M)-103-07/2024(W)
Federal Court of Malaysia28 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“p penerimaan keterangan saksi pakar yang telah dijelaskan oleh Raja Azlan Shah CJM (ketika itu) dalam kes Wong Swee Chin v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 212 (FC) iaitu seperti yang berikut: “In the Evidence Act 1950, opinion of experts are under certain conditions admissible in evidence. Who are experts are explained”
“ry which might result from his act would take the form of fracture of the ribs, followed by cardiac arrest. As was said by the Supreme Court of India when dealing with the identical provisions of the Indian Penal Code in Virsa Singh v State of Punjab at page 467:- S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw **Note : Serial number will”
“jelaskan oleh Mahkamah Tertinggi negara ini dan antaranya dalam kes PP v Azilah Hadri & Anor [2015] 1 CLJ 579 yang menyatakan di perenggan [98] dan [99] seperti yang berikut: “[98] Section 34 of the Penal Code provides that when a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, e”
“from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” [72] Selanjutnya dalam buku Ratanlal & Dhirajlal, The Indian Penal Code, 32nd Edn, di ms. 1274, isu niat ini telah dikupas dan dijelaskan seperti yang berikut: “Intention h”
“ase, the effect of invoking section 34 made it unnecessary to determine who exactly the actual doer of the offence in question was. In the Privy Council decision of Barenda Kumar Ghosh v. Emperor AIR [1925] PC 1, the court stated: Section 34 deals with the doing of separate acts, similar or diverse, by several persons;”
“ngan langsung. Pembuktian niat ini perlu diteliti melalui inferens daripada perbuatan perayu dan keadaan sekeliling yang relevan. Ini dijelaskan juga oleh Hakim Thomson dalam kes Chan Pean Leong v PP [1956] MLJ 237 seperti berikut: “Intention is a matter of which in the nature of things cannot be proved by direct evide”
“Muhammad Khairuanuar Baharuddin & Another Appeal [2025] 1 CLJ 517(FC); PP v. Sanderasegaran Nithenanham [2024] 4 CLJ 823 (FC); Zulkiple Mohamad v. PP [2022] 1 CLJ 673 (FC); Mohamed Yasin Hussin v. PP [1976] CLJU 75; [1976] 1 LNS 75; [1976] 1 MLJ 156 PC; Virsa Singh v. State of Punjab”
“(1958) 1 MLJ (Crl) 579; Tan Cheow Bock v. PP [1991] CLJU 37; [1991] 1 LNS 37; [1991] 3 MLJ 404); PP v. Visuvanathan [1977] CLJU 103; [1977] 1 LNS 103; [1978] 1 MLJ 159). Sama ada terdapat bencana tubuh atau kecederaan pada si mati? [70] Terdapatnya bencana tubuh (kecederaan) pada badan si mati tidak dipertikaikan oleh”
“(1958) 1 MLJ (Crl) 579; Tan Cheow Bock v. PP [1991] CLJU 37; [1991] 1 LNS 37; [1991] 3 MLJ 404); PP v. Visuvanathan [1977] CLJU 103; [1977] 1 LNS 103; [1978] 1 MLJ 159). Sama ada terdapat bencana tubuh atau kecederaan pada si mati? [70] Terdapatnya bencana”
“bawah section 300(c) yang dinyatakan di atas telah juga disentuh dalam kes Zulkepli Mohamad di mana dinyatakan: “[34] In another Singapore Court of Appeal decision, it was held in Wang Wenfeng v. PP [2012] SGCA 47 that if the bodily injury intentionally inflicted was sufficient in the ordinary course of nature to cause”
“[2025] 1 CLJ 517 (FC); Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 CLJ 236 (FC); Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 5 CLJ 1 (FC); PP Lwn Mohd Noor Affendi Zaukifli [2025] CLJU 24 (CA) dan Abu Bakar Mohd Yusof Lwn PP [2024] CLJU 2779 (CA)) [76] Berhubung dengan isu ini juga, dinyatakan disini bahawa Hakim Bicara tidak perlu menentukan”
“P v Muhammad Khairuanuar Baharudin & Another Appeal [2025] 1 CLJ 517 (FC); Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 CLJ 236 (FC); Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 5 CLJ 1 (FC); PP Lwn Mohd Noor Affendi Zaukifli [2025] CLJU 24 (CA) dan Abu Bakar Mohd Yusof Lwn PP [2024] CLJU 2779 (CA)) [76] Berhubung dengan isu ini juga, dinyataka”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: 05(M)-103-07/2024(W)
5
MOHAMAD SHOBIRIN BIN SABRI ... PERAYU-PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN [Dalam perkara mengenai Mahkamah Rayuan Malaysia) (Bidang Kuasa Rayuan) Rayuan Jenayah No. W-05-442-11/2021 Antara Pendakwa Raya … Perayu Dan Muhammad Akmal Zuhairi bin Azman Muhammad Azamuddin bin Mad Sofi Muhammad Najid bin Mohd Razi Muhammad Afif Najmudin bin Azahat Mohamad Shobirin bin Sabri … Responden-responden 28/03/2025 11:16:08 05(M)-103-07/2024(W) Kand. 110 S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw (Dalam perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No. WA-45B-45-09/2017) Antara Pendakwa Raya Dan Muhammad Akmal Zuhairi bin Azman Muhammad Azamuddin bin Mad Sofi Muhammad Najid bin Mohd Razi Muhammad Afif Najmudin bin Azahat Abdoul Hakeem bin Mohd Ali Muhammad Hasif bin Ismail Muhammad Adib Iman bin Fuad Ady Sany Mohamad Syazwan bin Musa Muhammad Amirul Ashrafff bin Mala Luqman Hakim bin Samsuri Agus Mohd Hafiz Fauzan bin Ismail Mohamad Lukhmanul Hakim bin Mohd Zain Ahmad Safwan bin Berdal Muhammad Sufi bin Mohd Mustapha Noriznan Izzairi bin Noor Azhar Muhamad Ashraf bin Haji Abdullah Muhamad Danial Firdus bin Azmir S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw (DIDENGAR BERSAMA) DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: 05(M)-107-07/2024(W) ANTARA ABDOUL HAKEEM BIN MOHD ALI ... PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam perkara mengenai Mahkamah Rayuan Malaysia) (Bidang Kuasa Rayuan) Rayuan Jenayah No. W-05-456-11/2021 Antara Pendakwa Raya … Perayu Dan Abdoul Hakeem bin Mohd Ali … Responden (Dalam perkara mengenai Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No. WA-45B-46-09/2017) S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Antara Pendakwa Raya Dan Muhammad Akmal Zuhairi bin Azman Muhammad Azamuddin bin Mad Sofi Muhammad Najid bin Mohd Razi Muhammad Afif Najmudin bin Azahat Abdoul Hakeem bin Mohd Ali Muhammad Hasif bin Ismail Muhammad Adib Iman bin Fuad Ady Sany Mohamad Syazwan bin Musa Muhammad Amirul Ashrafff bin Mala Luqman Hakim bin Samsuri Agus Mohd Hafiz Fauzan bin Ismail Mohamad Lukhmanul Hakim bin Mohd Zain Ahmad Safwan bin Berdal Muhammad Sufi bin Mohd Mustapha Noriznan Izzairi bin Noor Azhar Muhamad Ashraf bin Haji Abdullah Muhamad Danial Firdus bin Azmir S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw KORAM HASNAH MOHAMMED HASHIM, HBM NORDIN HASSAN, HMP ABDUL KARIM ABDUL JALIL, HMP ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kes ini bermula dengan kehilangan sebuah komputer riba seorang pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tetapi berakhir dengan kejadian tragis dengan kematian Zulfarhan Osman bin Zulkarnain (si mati), yang juga seorang pelajar di universiti yang sama. Kes ini juga mendapat liputan akhbar dan media massa yang meluas di Malaysia atas sebab antaranya, kematian si mati yang dianggap kejam akibat kecederaan luka bakar yang banyak daripada tekapan seterika wap oleh pelaku-pelaku yang juga merupakan penuntut di universiti yang sama. Mahkamah ini, seperti biasa, memutuskan rayuan kes ini berdasarkan undang-undang yang mantap dan analisis fakta daripada keterangan yang dikemukakan di Mahkamah. [2] Setelah siasatan dilengkapkan, pelaku-pelaku dalam kes ini telah dituduh dengan kesalahan-kesalahan berdasarkan penglibatan mereka. Lima orang daripada pelaku-pelaku tersebut telah dituduh di S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama iaitu dengan niat bersama melakukan kesalahan berkenaan. Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi bin Azmal (tertuduh pertama), Muhammad Azamuddin bin Mad Sofi (tertuduh kedua), Muhammad Najib bin Mohd Razi (tertuduh ketiga), Muhammad Afif Najmudin bin Azahat (tertuduh keempat) dan Mohamad Shobirin bin Sabri (tertuduh kelima). [3] Di samping itu, seorang lagi pelajar di universiti tersebut, Abdoul Hakeem bin Mohd Ali, tertuduh keenam, dituduh dengan kesalahan bersubahat melakukan kesalahan membunuh tersebut iaitu kesalahan di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 302 Kanun yang sama. [4] Selain itu, terdapat juga pelaku-pelaku lain iaitu seramai sembilan belas orang pelajar UPNM yang dituduh di mahkamah bagi kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap si mati bagi maksud mendapatkan pengakuan, iaitu suatu kesalahan di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama. [5] Di akhir perbicaraan, Hakim Bicara Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, telah mendapati mereka bersalah dan mensabitkan tertuduh pertama hingga tertuduh kelima hanya dengan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang iaitu kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Keseksaan dan bukan dengan kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 Kanun yang sama iaitu pertuduhan asal terhadap mereka. Hakim Bicara seterusnya menjatuhi kelima-kelima mereka dengan hukuman pemenjaraan selama 18 tahun dari tarikh tangkap. Hakim Bicara juga menjatuhi Abdoul Hakim bin Mohd Ali dengan hukuman yang sama atas kesalahan persubahatan tertuduh keenam tersebut. [6] Hakim Bicara juga telah mensabitkan tertuduh-tertuduh yang dituduh dengan kesalahan di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 kecuali tertuduh ketiga, tertuduh keenam dan Muhammad Akmal Akif bin Alias, iaitu tertuduh kelapan, yang telah dilepaskan dan dibebaskan. Tertuduh-tertuduh yang disabitkan bagi kesalahan ini, telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun dari tarikh tangkap. [7] Kesemua tertuduh yang telah disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 304(a) dan seksyen 330 Kanun Keseksaan tersebut telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Hakim Bicara berkenaan. Sementara itu, pihak pendakwaan telah membuat rayuan terhadap sabitan tertuduh-tertuduh yang disabitkan di bawah seksyen 304(a) dan bukan sabitan di bawah pertuduhan asal iaitu di bawah seksyen 302 bagi kesalahan membunuh dan persubahatan membunuh yang dibuat terhadap tertuduh keenam, Abdoul Hakeem bin Mohd Ali. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [8] Mahkamah Rayuan pula, setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap tertuduh-tertuduh bagi kesalahan di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan tetapi mengetepikan sabitan di bawah seksyen 304(a) oleh Hakim Bicara dan menggantikan dengan sabitan bagi kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Seterusnya, tertuduh pertama hingga kelima disabitkan dengan kesalahan membunuh dan tertuduh keenam, Abdoul Hakeem bin Mohd Ali, yang dituduh bagi kesalahan bersubahat untuk membunuh, telah juga disabitkan dengan kesalahan tersebut. Kesemua mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. [9] Tertuduh-tertuduh yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut telah membuat rayuan ke Mahkamah ini. Walau bagaimanapun, di awal pendengaran kes di Mahkamah ini, rayuan berhubung sabitan terhadap tertuduh-tertuduh bagi kesalahan di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan telah ditarik balik dan rayuan hanya diteruskan terhadap sabitan bagi kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 dan kesalahan persubahatan membunuh di bawah sksyen 109 dibaca bersama seksyen 302 kanun yang sama. [10] Di Mahkamah ini, kes rayuan No. 05(M)-103-07/2024(W) merupakan kes rayuan yang difailkan oleh tertuduh pertama hingga kelima terhadap sabitan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Rayuan dan kes No. 05(M)-107-07/2024(W) merupakan kes rayuan yang difailkan Abdoul Hakeem bin Mohd Ali S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw terhadap sabitannya bagi kesalahan bersubahat membunuh di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca dengan seksyen 302 Kanun yang sama. Tertuduh pertama hingga kelima dengan itu merupakan perayu pertama hingga kelima dalam kes rayuan di Mahkamah ini dan Abdoul Hakim bin Mohd Ali merupakan perayu bagi kes No. 05(M)- 107-07/2024. Kes Pendakwaan [11] Naratif kes pendakwaan dinyatakan di sini mengikut kronologi dan masa peristiwa itu berlaku untuk memudahkan pemahaman fakta dan isu-isu yang berbangkit daripada fakta-fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Pada asasnya, kes pendakwaan bersandarkan keterangan langsung selain daripada keterangan mengikut keadaan. Keterangan langsung tersebut antaranya ialah melalui saksi mata dalam kes ini iaitu Ahmad Senabil bin Mohamad (SP24), Muhammad Shafiq bin Abdullah (SP25) dan Muhamad Shafiq Muhaimin bin Zakaria (SP26). Mereka merupakan pelajar-pelajar di UPNM dan yang melihat sendiri kejadian yang berlaku terhadap si mati. Selain itu, pihak pendakwaan juga bergantung pada keterangan pakar forensik iaitu Dr. Salmah binti Arshad (SP6), yang melakukan bedah siasat terhadap si mati untuk membuktikan wujudnya kecederaan yang mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian si mati. Ini adalah bagi maksud pembuktian seksyen 300(c) Kanun Keseksaan iaitu salah satu elemen bagi pembuktian kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 Kanun yang sama. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Kehilangan Komputer Riba Muhammad Akmal Zuhairi bin Azmal, Perayu pertama atau tertuduh pertama di Mahkamah Tinggi [12] Pada 17.5.2017, perayu pertama telah kehilangan sebuah komputer riba miliknya di bilik 4-10, Blok Asrama Jebat, UPNM. Pencarian yang dibuat oleh perayu pertama dan rakannya, SP25, tidak berhasil menemukan komputer riba tersebut. Ini termasuklah pencarian di bilik si mati iaitu bilik 3-06, Asrama Jebat. [13] Perayu pertama kemudian telah mendapatkan pertolongan daripada seorang rakannya, Muhammad Ashraf bin Haji Abdullah, tertuduh kelapan belas di Mahkamah Tinggi, untuk meminta bapa Muhammad Ashraf, seorang pengamal perubatan Islam yang dikatakan boleh mengesan barang hilang dan orang yang mengambilnya. Bapa Muhammad Ashraf, Abdullah bin Md Seh (SP13) dikatakan telah membuat solat hajat dan istikharah dan mendapat petunjuk bahawa si mati yang mengambil komputer riba tersebut. Perkara ini telah diberitahu kepada anaknya Muhammad Ashraf yang kemudiannya memaklumkan kepada perayu pertama. Kejadian pada 21.5.2017 di bilik 3-05 Asrama Jebat UPNM [14] Pada 21.5.2017, lebih kurang pukul 1.00 pagi, perayu pertama dan S. Hari Krishna Rao (SP20) telah pergi ke bilik 3-06 untuk berjumpa dengan si mati. Setelah berjumpa, si mati telah dibawa oleh mereka ke bilik sebelah iaitu bilik 3-05. Di situ, SP25 telah mengecam S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw 4 orang pelajar yang memukul dan menendang si mati iaitu perayu pertama, Muhammad Hasif bin Ismail (tertuduh ketujuh semasa di Mahkamah Tinggi), Muhammad Amirul Asraff bin Mala (tertuduh kesebelas di Mahkamah Tinggi), dan Muhammad Adib Iman bin Fuad Adi Sany (tertuduh kesembilan di Mahkamah Tinggi). SP26, yang datang dari biliknya di bilik No. 5-09 ke bilik 3-05 tersebut pula mengesahkan perayu pertama, tertuduh ketujuh dan Mohamad Syazwan bin Musa (tertuduh kesepuluh di Mahkamah Tinggi) ada memukul si mati pada kejadian di bilik 3-05 tersebut. Perbuatan memukul dan menendang si mati hanya berakhir setelah azan subuh berkumandang pada hari berkenaan. SP25 kemudian melihat si mati dalam keadaan lemah dan terduduk di atas lantai dalam keadaan kesakitan. Dalam kejadian tersebut, si mati tidak mengaku mencuri komputer riba perayu pertama walaupun dipukul oleh perayu pertama dan rakan-rakannya. Si mati kemudiannya kembali ke biliknya pada lebih kurang pukul 6:30 petang hari tersebut dan dilihat oleh SP25 masih dalam kesakitan sehingga mengalami kesukaran untuk memakai bajunya. Kejadian pada 22.5.2017 di bilik 4-10, Asrama Jebat UPNM antara pukul 1:30 pagi hingga 4:30 pagi [15] Pada tarikh 22.5.2017 ini, perayu Abdoul Hakeem (tertuduh keenam) dan tertuduh kesembilan belas, telah datang mencari si mati di bilik 3-05 dan apabila si mati tidak ditemui di bilik tersebut, mereka mencari si mati di tempat lain. Setelah si mati ditemui, mereka membawa si mati ke bilik 4-10, Asrama Jebat dan dalam tempoh S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw masa yang dinyatakan pada hari yang sama, 22.5.2017, SP24 yang berada di bilik tersebut menyaksikan si mati disoal oleh perayu Abdoul Hakeem mengenai kehilangan komputer riba perayu pertama dan apabila dia tidak berpuas hati dengan jawapan si mati, perayu Abdoul Hakeem telah menumbuk si mati di bahagian perut. Tertuduh kesembilan belas dan beberapa pelajar lain juga kemudiannya turut sama memukul si mati. Pelajar-pelajar lain yang terlibat sama dan dicamkan oleh SP24 ialah perayu pertama, Muhammad Azamuddin bin Mad Sofi (perayu kedua), Muhammad Najib bin Mohd Razi (perayu ketiga) Muhammad Afif Najmudin bin Azahat (perayu keempat), tertuduh kesebelas, tertuduh ketiga belas, tertuduh kelima belas, tertuduh keenam belas, tertuduh ketujuh belas, dan tertuduh kelapan belas. SP25 pula menyaksikan si mati dipukul oleh perayu Abdoul Hakeem, tertuduh ketiga belas, tertuduh keempat belas dan tertuduh kesembilan belas. Kejadian pada 22.5.2017 di bilik 4-10, Asrama Jebat UPNM antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi [16] Pada tarikh dan tempoh masa ini, SP24 menyaksikan perayu pertama, perayu kedua, perayu ketiga, perayu keempat dan perayu kelima menekap seterika wap pada badan si mati sementara perayu Abdoul Hakeem memberikan arahan kepada mereka untuk melakukan perbuatan tersebut. SP25 juga melihat sendiri bagaimana perayu pertama hingga perayu kelima melakukan perbuatan menekap badan si mati dengan seterika wap tersebut. Pada ketika itu, tangan dan kaki si mati dalam keadaan terikat. Si mati pada masa S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw tersebut masih menafikan bahawa dia telah mencuri komputer riba perayu pertama. [17] Si mati yang ketika itu diikat tangan dan kakinya menjerit dan menggelupur apabila ditekap dengan seterika wap yang panas. Peristiwa selepas kejadian si mati dipukul dan ditekap dengan seterika wap [18] Sebaik sahaja selepas kejadian menekap seterika pada badan si mati, perayu pertama membuka ikatan pada si mati dan perayu pertama telah diarahkan oleh perayu Abdoul Hakeem untuk menjaga si mati. SP25 kemudian ada berjumpa dengan si mati di bilik 4-10 tersebut dalam keadaan si mati berselimut dan berbaring di atas katil di bilik berkenaan. Setelah itu, SP25 tidak dapat berjumpa si mati kerana bilik 4-10 berkenaan sentiasa dikunci dan orang lain tidak dibenarkan masuk. [19] Pada tarikh 22.5.2017 itu juga, lebih kurang pukul 6.00 petang, Muhammad Aiman Aufa bin Asmadi Affendi (SP23), seorang pelajar UPNM pergi ke bilik 4-10 tersebut dan melihat si mati terbaring di atas katil dengan keadaan kulit badannya menggelembung dan terdapat tompokan hitam serta sedikit berdarah di kulit badannya. Di dalam bilik tersebut juga SP23 mendengar perayu pertama, perayu kedua, perayu ketiga, tertuduh keempat belas dan seorang pelajar Alif Farhan, berbual yang antara isi perbualan tersebut ialah mereka tidak S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw mahu membawa si mati ke hospital dan ingin merawat sendiri si mati kerana khuatir diketahui oleh jurulatih mereka. Jika diketahui oleh jurulatih, mereka boleh diambil tindakan dibuang dari UPNM atau dikenakan hukuman. SP23 kemudiannya membuat satu surat layang (eksibit P17) yang kandungannya ditulis “Kalau ada hati perasaan sifat kemanusiaan saya minta sangat pergi ambush bilik 4-10 Blok Satria (Dpn Masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!”. Surat layang ini telah diselitkan pada pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera (RESAT) pada keesokan harinya iaitu pada 23.5.2017. [20] Pada 23.5.2017 juga, semasa SP23 berada di biliknya di No. 4- 06, Blok Jebat, perayu pertama telah datang ke bilik tersebut memaklumkan kepada SP23 untuk menumpangkan si mati di bilik SP23 berkenaan. Si mati telah dibawa masuk ke bilik tersebut dengan kerusi roda, kemudian dipapah dan diletakkan oleh perayu pertama di sebuah katil di hujung bilik berkenaan. Perayu kedua dan tertuduh keenam belas telah diminta oleh perayu pertama untuk menjaga si mati di bilik tersebut. Perayu pertama ada memaklumkan kepada SP23 bahawa jurulatih hendak memeriksa bilik 4-10 iaitu bilik si mati ditempatkan sebelum itu. [21] Semasa si mati di bilik 4-06 tersebut, perayu pertama dan tertuduh keenam belas ada menyapu ubat pada badan si mati dan si mati masih boleh makan sendiri serta pergi ke bilik air. SP23 juga ada berbual dengan si mati dan si mati ada memberitahu SP23 jika ingin S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw menyapu ubat pada badannya, tunggu semasa si mati tidur kerana jika si mati sedar, dia akan merasa sakit apabila itu dilakukan. [22] Selanjutnya, pada 27.5.2017, perayu pertama, perayu kedua, perayu keempat dan perayu Abdoul Hakeem, telah membawa si mati ke klinik As-Salam di Bangi, Selangor. Apabila bertemu dengan Doktor Azfar bin Hussin (SP7), mereka telah meminta SP7 mencuci luka si mati dan membuat “dressing” luka pada si mati. Mereka juga memaklumkan SP7 bahawa kecederaan yang dialami oleh si mati disebabkan oleh letupan yang melibatkan wap semasa latihan di Port Dickson, Negeri Sembilan. SP7 yang memeriksa si mati menjelaskan kepada mereka bahawa si mati perlu dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan dan mengeluarkan surat rujukan (eksibit P13). SP7 juga menawarkan kereta ambulan untuk membawa si mati ke Hospital. Walaupun begitu, atas permintaan mereka, SP7 memberikan rawatan terhadap kecederaan si mati dan memberikan ubat serta antibiotik untuk si mati. Mereka juga memaklumkan kepada SP7 bahawa mereka boleh membawa si mati ke hospital dengan kereta. Walau bagaimanapun, si mati tidak dibawa oleh mereka ke hospital seperti yang disarankan oleh SP7. [23] Ketika rawatan diberikan pada si mati, SP7 mendapati “vital sign” si mati dari segi tekanan darah, denyutan nadi dan suhu badannya adalah stabil. [24] Seterusnya, pada 30.5.2017, lebih kurang pukul 12:00 malam, perayu pertama dan perayu kedua telah membawa si mati ke rumah S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw sewa rakan perayu pertama iaitu Muhammad Nazrin bin Mohd Radzuan (SP11) di D’Centrium Resident di Jalan Ikram, Uniten, Bangi. Perayu pertama juga ada memaklumkan kepada SP11 bahawa mereka ingin ke klinik untuk rawatan si mati. [25] Pada 31.5.2017, perayu pertama dan perayu kedua telah sekali lagi membawa si mati berjumpa SP7 di Klinik As-Salam. Apabila ditanya oleh SP7 mengapa si mati tidak dibawa ke hospital, mereka memaklumkan bahawa si mati telah beransur baik. Si mati, perayu pertama dan perayu kedua juga telah meminta SP7 membuat “dressing” pada kecederaan si mati. Permintaan mereka tersebut dipenuhi oleh SP7 dan pada masa yang sama meminta si mati dibawa ke hospital. SP7 juga mendapati “vital sign” si mati dalam keadaan biasa. SP7 juga sekali lagi mengeluarkan surat rujukan (eksibit P14) untuk si mati dirujuk ke Hospital Serdang. Kematian si mati [26] Setelah rawatan di Klinik As-Salam tersebut, si mati telah dibawa semula ke rumah sewa SP11. Keesokan harinya, pada 1.6.2017, ketika berbuka puasa, SP11 melihat si mati berselera memakan bubur yang mereka beli di Bazar Ramadhan. Sebaik selesai solat Maghrib, tiba-tiba perayu kedua memanggil SP11 untuk melihat si mati yang didapati dalam keadaan kaku dan tidak bergerak. Perayu pertama seterusnya menghubungi ambulan dan si mati kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang. Di Hospital Serdang, si mati dibawa ke Jabatan Kecemasan dan diperiksa oleh Dr S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Muhammad Faiq Nabil bin Ramli yang mendapati si mati tidak menunjukkan tanda-tanda hidup lalu diberikan CPR. Walau bagamanapun, si mati telah disahkan meninggal dunia pada pukul 9.25 malam hari tersebut oleh pihak hospital. Hasil bedah-siasat dan punca kematian si mati [27] Pada 2.6.2017, Dr. Salmah binti Arshad (SP6), Pakar Perubatan Forensik, Hospital Serdang, telah melakukan bedah-siasat terhadap si mati. SP6 mendapati ada 90 luka bakar pada badan si mati yang terdiri daripada luka bakar peringkat 1, 2 dan 3 (1st, 2nd and 3rd degree burn). Ini meliputi 80% daripada badan si mati. SP6 menyatakan dalam laporan bedah-siasatnya bahawa sebab kematian si mati ialah luka bakar (severe burn). Prosiding di Mahkamah Tinggi [28] Di akhir kes pendakwaan, setelah mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Hakim Bicara memutuskan bahawa suatu kes prima facie telah dibuktikan bagi kesalahan-kesalahan terhadap tertuduh-tertuduh seperti yang berikut:
i
Terhadap perayu pertama, perayu kedua, perayu ketiga, perayu keempat dan perayu kelima bagi kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan; S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw
II
(ii) Terhadap perayu Abdoul Hakeem, bagi kesalahan bersubahat membunuh di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 302 Kanun yang sama;
III
(iii) Terhadap kesemua tertuduh kecuali perayu kelima, perayu Abdoul Hakeem dan tertuduh kelapan bagi kesalahan pada 21.5.2017 iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap si mati bagi maksud mendapatkan pengakuan di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan;
IV
(iv) Terhadap kesemua tertuduh, kecuali perayu kelima, bagi kesalahan yang sama yang dilakukan pada 22.5.2017 iaitu di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan. [29] Sehubungan itu, kesemua tertuduh berkenaan telah dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan terhadap mereka. [30] Berdasarkan alasan penghakiman Hakim Bicara, kesalahan di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan bagi tertuduh-tertuduh berkenaan telah dibuktikan antara lainnya, melalui keterangan langsung saksi mata iaitu SP24, SP25 dan SP26. Sementara itu bagi kesalahan membunuh dan persubahatan membunuh, Hakim Bicara telah juga bersandar pada keterangan langsung, khususnya keterangan saksi SP24, SP25, dan keterangan forensik daripada Dr. Salmah (SP6). Hakim Bicara juga telah membuat dapatan fakta bahawa SP24 dan SP25 ialah saksi yang boleh dipercayai (credible). S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [31] Berhubung kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan berkenaan, Hakim Bicara memutuskan bahawa seksyen 300(c) Kanun Keseksaan terpakai iaitu kecederaan terhadap si mati mencukupi pada keadaan biasa untuk menyebabkan kematian. Di perenggan [236], Hakim Bicara menjelaskan seperti yang berikut: “[236] Oleh itu, kecederaan ini pada ZF adalah kecederaan yang cukup dalam keadaan biasa membawa kematian dan jatuh kepada klausa (c) s.300.” Kes Pembelaan [32] Memandangkan rayuan di hadapan Mahkamah ini hanya terhadap sabitan berhubung kesalahan membunuh terhadap perayu pertama hingga perayu kelima dan kesalahan persubahatan membunuh terhadap perayu Abdoul Hakeem, fokus utama akan diberikan terhadap pembelaan mereka semasa di peringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi bagi kesalahan-kesalahan ini. Pembelaan perayu pertama [33] Pembelaan Muhammad Akmal Zuhairi bin Azmal (perayu pertama), secara asasnya menafikan ada memukul atau menekap si mati dengan seterika wap pada tarikh kejadian berkenaan. Pada 22.5.2017 tersebut, di bilik 4-10, perayu pertama hanya menolak S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw badan si mati dan mengacah-acah atau mencucuh seterika wap ke badan si mati tanpa menyentuh badan si mati. Si mati dikatakan telah ditekap dengan seterika wap oleh pelajar lain yang bernama Mubin Mustaza. Penama Mubin Mustaza atau nama penuhnya Mubin Mustaza bin Iskandar yang disebut oleh perayu pertama dalam keterangannya ini bukan merupakan salah seorang yang dituduh dengan sebarang kesalahan di Mahkamah. Pembelaan perayu kedua [34] Muhammad Azamuddin bin Mad Sofi (perayu kedua) juga dalam keterangan bersumpahnya, menyatakan bahawa pada 22.5.2017 di bilik 4-10 tersebut, perayu kedua tidak pernah memukul si mati tetapi, seperti perayu pertama, hanya menolak badan si mati. Perayu kedua mengaku ada melalukan seterika wap pada badan si mati tanpa menyentuh badan si mati. Tindakan ini dibuat hanya untuk menggertak atau menakutkan si mati. Perayu kedua juga menyatakan bahawa pelajar bernama Mubin Mustaza yang menekap seterika wap tersebut pada badan si mati. Pembelaan perayu ketiga [35] Seterusnya, Muhammad Najib bin Mohd Razi (perayu ketiga) memberikan keterangan antara lain, pada 22.5.2017 berkenaan, perayu ketiga dari bilik 4-11, telah kembali ke biliknya di bilik 4-10 dan berjalan menuju ke katilnya. Ketika itu, perayu ketiga dihalang oleh S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw perayu Abdoul Hakeem dan meminta perayu ketiga menekap seterika wap pada si mati dan pada masa yang sama ada seseorang menghulur seterika wap kepada perayu ketiga lalu dipegang oleh perayu ketiga. Tiba-tiba perayu ketiga mendengar si mati menjerit lalu perayu ketiga melepaskan seterika tersebut ke atas meja. Perayu ketiga kemudiannya beredar ke katilnya dan tidur. Perayu ketiga juga menafikan ada menekap seterika wap pada badan si mati. Pembelaan perayu keempat [36] Perayu keempat, Muhammad Afif Najmudin bin Azahat pula dalam keterangannya, menjelaskan bahawa pada 22.5.2017 di bilik 4-10 tersebut, perayu keempat ada menekap seterika wap pada peha si mati sebanyak dua kali tetapi tidak berniat mencederakan atau untuk membunuh si mati. Perayu keempat juga mengesahkan bahawa perayu pertama, perayu kedua dan Mubin Mustaza ada menekap seterika wap pada badan si mati pada hari kejadian. Pembelaan perayu kelima [37] Mohamad Shobirin bin Sabri (perayu kelima) pula menjelaskan dalam keterangannya, iaitu pada 22.5.2017 di bilik 4-10 berkenaan, perayu kelima ada menekap seterika wap pada bahagian kaki si mati hanya sekali. Ketika itu si mati menjerit lalu menarik kakinya dan cuba menepis. Setelah itu perayu kelima keluar dari bilik tersebut. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Pembelaan perayu Abdoul Hakeem [38] Berhubung dengan kesalahan bersubahat untuk membunuh terhadap perayu Abdoul Hakeem, perayu dalam pembelaannya menyatakan bahawa pada 22.5.2017 di bilik 4-10 berkenaan, perayu tidak pernah memberikan apa-apa arahan kepada sesiapa untuk menekap seterika wap pada tubuh si mati. Walau bagaimanapun, perayu mengesahkan perayu ketiga ada menekap seterika wap pada lengan si mati dan Mubin Mustaza pula menekap seterika berkenaan pada badan si mati. Keterangan pakar SD19 semasa peringkat pembelaan [39] Pihak pembelaan juga telah memanggil Dr. Rahayu binti Shahar Adnan (SD19), Pakar Perunding, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh. SD19 yang tidak terlibat dalam bedah-siasat si mati memberikan pendapatnya berdasarkan gambar-gambar si mati dan slaid-slaid mikroskopik organ si mati dan laporan post-mortem yang disediakan oleh Dr Salmah (SP6). SD19 memberikan keterangan, antara lain, terdapat percanggahan berhubung deskripsi luka bakar yang dinyatakan oleh SP6 dan kesan luka bakar hanya meliputi 67% badan si mati. SD19 juga menjelaskan kecederaan luka bakar si mati tidak menyebabkan kematian si mati dan punca lain yang juga boleh menyebabkan kematian si mati tidak boleh diketepikan. SD19 juga membuat dapatan bahawa punca kematian si mati ialah jangkitan paru paru. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Keputusan Hakim Bicara di akhir kes pembelaan [40] Hakim Bicara yang telah meneliti keterangan pihak pembelaan dan juga pihak pendakwaan, mendapati kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 tidak dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah terhadap perayu pertama hingga perayu kelima dan sebaliknya kesalahan yang berjaya dibuktikan ialah kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang iaitu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Sehubungan itu, perayu pertama hingga perayu kelima telah disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen ini sementara perayu Abdoul Hakim bagi kesalahan persubahatan. Mereka semua kemudiannya dijatuhkan hukuman 18 tahun penjara dari tarikh tangkap. [41] Bagi maksud penjelasan menyeluruh, Hakim Bicara juga mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah bagi kesalahan di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh-tertuduh lalu mensabitkan mereka bagi kesalahan tersebut. Tertuduh-tertuduh berkenaan kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun dari tarikh tangkap. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Prosiding di Mahkamah Rayuan [42] Kedua-dua pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Bicara tersebut telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Pihak pembelaan tidak berpuas hati dengan sabitan bagi kesalahan di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan dan seksyen 304(a) Kanun yang sama. Sementara itu, pihak pendakwaan pula tidak berpuas hati dengan sabitan di bawah seksyen 304(a) dan bukannya bagi kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun yang sama. [43] Mahkamah Rayuan, setelah mendengar hujahan daripada kesemua pihak mendapati, bagi sabitan di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan, Hakim Bicara telah membuat penilaian yang betul apabila menerima keterangan SP24 dan SP25, iaitu saksi-saksi mata yang melihat sendiri kejadian yang berlaku terhadap si mati. Mahkamah Rayuan juga mendapati tiada alasan lain untuk mengganggu keputusan Hakim Bicara berhubung sabitan bagi kesalahan ini. Sehubungan itu, sabitan bagi kesalahan ini dikekalkan. [44] Walau bagaimanapun, berhubung dengan sabitan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, Mahkamah Rayuan mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen seksyen 300(c) Kanun Keseksaan dan Hakim Bicara terkhilaf apabila hanya mensabitkan perayu-perayu bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a). Diputuskan, perayu-perayu sewajarnya disabitkan bagi kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 Kanun S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw yang sama. Mahkamah Rayuan dalam membuat keputusan ini antara lain, menjelaskan bahawa Hakim Bicara adalah betul apabila tidak menerima keterangan Dr Rohayu (SD19) yang tidak melakukan bedah siasat terhadap si mati. Seterusnya, Mahkamah Rayuan bersetuju dengan pendapat SP6 bahawa sebab kematian si mati ialah luka bakar dan luka bakar itu pada lazimnya boleh menyebabkan kematian. [45] Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa perayu Abdoul Hakeem bersubahat membunuh si mati apabila memberikan arahan untuk menekap si mati dengan seterika wap pada tarikh dan masa kejadian. [46] Sehubungan itu juga, perayu pertama hingga kelima disabitkan dengan kesalahan membunuh dan perayu Abdoul Hakeem disabitkan dengan kesalahan bersubahat untuk membunuh. Keenam-enam mereka kemudiannya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Rayuan di Mahkamah ini [47] Di Mahkamah ini, peguam utama yang berhujah mewakili perayu pertama dan kedua ialah Encik Amer Hamzah bin Arshad, perayu ketiga peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, perayu keempat, peguam Dato’ Sri M. Ramachelvam, perayu kelima, peguam Dato’ Hazman bin Ahmad dan perayu Abdoul Hakeem diwakili oleh Datuk Mohd Zamri bin Mohd Idrus. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Hujahan peguam perayu pertama dan perayu kedua
i
Pertikaian berhubung punca kematian si mati [48] Pertamanya, peguam mempertikaikan punca kematian si mati ialah luka bakar kerana terdapat punca lain yang dikemukakan oleh pihak pembelaan untuk pertimbangan Mahkamah. Ini antara lain, berdasarkan keterangan Dr. Rohayu (SD19) yang merumuskan bahawa sebab kematian si mati ialah jangkitan paru-paru. Keterangan SD19 ini walaupun ditolak oleh Hakim Bicara, dihujahkan bahawa undang-undang menghendaki Hakim Bicara membuat dapatan selanjutnya iaitu sama ada keterangan SD19 tersebut telah menimbulkan keraguan munasabah berhubung punca kematian si mati. Perkara ini gagal dilaksanakan oleh Hakim Bicara dan Mahkamah Rayuan dan ini bertentangan dengan prinsip undang-undang dalam kes Mat v PP [1963] 1 MLJ 263. Dihujahkan lagi oleh peguam bahawa telah timbul keraguan yang munasabah dalam isu punca kematian dalam kes ini.
II
(ii) Perayu pertama dan perayu kedua tidak berniat menyebabkan kecederaan yang dialami oleh si mati [49] Peguam juga berhujah bahawa perayu pertama dan kedua tidak mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan luka bakar terhadap si mati kerana pertamanya, seterika wap bukan suatu senjata yang mematikan (deadly weapon). Ini berbeza dengan seterika besi biasa S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw yang diketahui akan menyebabkan kecederaan teruk jika ditekap pada badan manusia pada suhu yang tinggi. Keduanya, tiada keterangan yang dikemukakan di Mahkamah mengenai tahap suhu seterika wap tersebut ketika kejadian dan akhirnya perayu pertama dan perayu kedua menekap seterika wap tersebut hanya sebentar sebanyak 2 kali dan tidak pada bahagian utama badan si mati iaitu di kaki, bahu dan peha si mati. Sehubungan itu, elemen niat untuk mencederakan yang perlu ada di bawah seksyen 300(c) Kanun Keseksaan tidak dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
III
(iii) Kecederaan luka bakar yang dialami oleh si mati tidak mencukupi pada lazimnya menyebabkan kematian. [50] Seterusnya, peguam berhujah bahawa berdasarkan keseluruhan keterangan Dr. Salmah (SP6), pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa kecederaan luka bakar yang dialami oleh si mati pada lazimnya menyebabkan kematian. Saranan ini disahkan oleh saksi pembelaan Dr. Rohayu (SD 19) yang menjelaskan bahawa luka bakar yang melebihi 30% tidak semestinya menyebabkan kematian walaupun luka bakar tersebut boleh menyebabkan kematian. Justeru itu, pihak pendakwaan dihujahkan gagal membuktikan satu lagi elemen di bawah seksyen 300(c) Kanun Keseksaan. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw
IV
(iv) Kegagalan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mempertimbangkan keterangan pembelaan secara objektif [51] Dihujahkan seterusnya oleh peguam bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah gagal mempertimbangkan secara objektif keterangan pakar bagi pihak pembelaan iaitu Dr. Rohayu (SD19). Keterangan SD19 ini dihujahkan telah ditolak secara khilaf oleh Mahkamah dengan mengambil kira perkara-perkara yang tidak relevan dan mengambil keterangan SD19 di luar konteks.
v
Mahkamah tersalah arah berhubung pemakaian niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan [52] Berhubung isu ini, peguam berhujah bahawa fakta yang dikemukakan di Mahkamah tidak menunjukkan perayu pertama dan perayu kedua mempunyai niat bersama dalam melakukan kesalahan yang dikemukakan terhadap mereka. Dihujahkan seterusnya bahawa perayu pertama dan perayu kedua menerima seterika wap pada hari kejadian daripada Mubin Mustaza dan setelah menekap seterika wap tersebut pada si mati, mereka telah keluar dari bilik 4-10 tersebut. Sehubungan itu, dihujahkan perayu pertama dan perayu kedua tidak mempunyai niat bersama bagi pengunaan selanjutnya seterika wap tersebut pada si mati. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Hujahan peguam bagi perayu ketiga
i
Kes prima facie tidak dibuktikan bagi kesalahan yang dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan mahu pun bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun yang sama. [53] Peguam perayu ketiga berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap perayu ketiga bagi kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 mahupun kesalahan mematikan orang dengan salah tanpa terjumlah kepada membunuh di bawah seksyen 304(a). [54] Hujahan ini berlandaskan alasan yang berikut, pertamanya, Hakim Bicara terkhilaf kerana bergantung pada keterangan Muhd Ilham bin Zamri (SP27) apabila memutuskan di akhir kes pendakwaan bahawa terdapat suatu kes prima facie bagi kesalahan di bawah seksyen 302 terhadap perayu ketiga dan seterusnya di akhir kes pembelaan telah mensabitkan perayu bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a). Keduanya, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila, tanpa berhati-hati menerima secara asasnya keterangan SP24 dan SP25. Ketiganya, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah gagal mengambil kira bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil Mejar Zarizal untuk memberikan keterangan atau ditawarkan kepada pihak pembelaan telah menimbulkan anggapan yang bertentangan terhadap kes pendakwaan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Mejar S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Zarizal dikatakan telah mengajar SP24 dan SP25 untuk memberikan keterangan yang tidak memihak kepada perayu.
II
(ii) Hakim Bicara gagal mematuhi seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah apabila gagal mempertimbangkan keterangan Muhammad Alif Farhan bin Aerosni (SD20) [55] Berhubung isu ini, Peguam perayu ketiga berhujah bahawa keterangan SD20 adalah penting kepada pembelaan perayu ketiga kerana keterangan SD20 bertentangan dengan keterangan SP24 dan SP25 dan keterangan SD20 tersebut mengukuhkan pembelaan perayu ketiga. Sehubungan itu, kegagalan Hakim Bicara dan Mahkamah Rayuan mempertimbangkan keterangan SD20 telah memprejudis perayu ketiga di samping tidak mematuhi peruntukan seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah. [56] Selain itu, Mahkamah Rayuan dihujahkan terkhilaf dari segi fakta apabila menyatakan dalam alasan penghakimannya bahawa perayu ketiga mengaku menekap badan si mati dengan seterika wap sedangkan perayu ketiga tidak pernah membuat pengakuan tersebut. Hujahan peguam perayu keempat
i
Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila memutuskan kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 Kanun keseksaan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [57] Peguam perayu keempat, antara lain berhujah bahawa Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila memutuskan kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 telah dibuktikan oleh pendakwaan. Dihujahkan bahawa pendakwaan gagal membuktikan peruntukan seksyen 300(c) iaitu kecederaan yang dialami oleh si mati dalam keadaan lazimnya mencukupi untuk menyebabkan kematian. Mahkamah Rayuan dihujahkan juga, terkhilaf apabila menyatakan niat perayu untuk menyebabkan kecederaan yang sebenarnya dialami oleh si mati adalah tidak relevan. Dalam kes ini, dihujahkan bahawa perayu tidak berniat untuk menyebabkan luka bakar yang serius terhadap si mati. Seterusnya dihujahkan si mati tidak meninggal dunia serta-merta tetapi selepas 10 hari dari tarikh kejadian. Fakta ini perlu diberikan pertimbangan oleh Mahkamah dalam isu sama ada kecederaan yang dialami oleh si mati mencukupi dalam keadaan lazim untuk menyebabkan kematian. Pihak pembelaan berhujah bahawa kecedearaan berkenaan lazimnya tidak mencukupi untuk menyebabkan kematian. Hujahan peguam perayu kelima
i
Hakim Bicara terkhilaf apabila memutuskan terdapat kes prima facie bagi kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kemudiannya mensabitkan perayu kelima bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun yang sama. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [58] Peguam perayu kelima juga membangkitkan isu yang sama seperti isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam-peguam sebelum ini iaitu, Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila memutuskan terdapat kes prima facie terhadap perayu kelima bagi kes bunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 dan kemudiannya mensabitkan perayu kelima bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a). Peguam perayu berhujah bahawa perayu kelima menekap seterika wap pada si mati hanya sekali atas arahan seseorang. Seterusnya dihujahkan juga bahawa Hakim Bicara dan Mahkamah Rayuan gagal mengambil tindakan berhati-hati apabila menerima keterangan SP24 dan SP25. Selanjutnya dihujahkan kegagalan pihak pendakwaan memanggil Mejar Zarizal atau ditawarkan kepada pembelaan adalah fatal pada kes pendakwaan. [59] Di samping itu juga, peguam berhujah bahawa Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang bahawa punca kematian si mati disebabkan luka bakar yang serius tanpa memberikan pertimbangan kepada keterangan Dr. Rohayu (SD19) dan seterusnya terkhilaf apabila menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap perayu kelima sedangkan dalam peruntukan pindaan seksyen 302, perayu boleh dijatuhkan hukuman penjara yang hukuman minimumnya ialah 30 tahun. Berdasarkan faktor mitigasi yang dikemukakan, dihujahkan perayu kelima tidak sewajarnya dijatuhkan hukuman gantung. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw
II
(ii) Hakim Bicara gagal mematuhi seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah apabila gagal mempertimbangkan keterangan SP25 yang memihak kepada perayu kelima. [60] Berhubung isu ini peguam berhujah bahawa kegagalan Hakim Bicara mengambil kira keterangan SP25 yang menyatakan perayu kelima hanya menekap si mati dengan seterika wap hanya sekali dan atas arahan menyebabkan peruntukan seksyen 182A tidak dipatuhi dan memprejudis perayu kelima. Hujahan peguam Abdoul Hakeem yang dituduh bagi kesalahan bersubahat membunuh simati.
i
Elemen persubahatan gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan [61] Peguam perayu antara lain berhujah bahawa elemen persubahatan telah gagal dibuktikan oleh pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah di samping perbuatan persubahatan yang tepat tidak dinyatakan dalam pertuduhan terhadap perayu. Ini telah memprejudiskan perayu.
II
(ii) Hakim Bicara dan Mahkamah Rayuan gagal mengambil kira bahawa terdapat rawatan dan pemberian ubat kepada si mati sehari sebelum kematian si mati. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [62] Berhubung isu ini peguam berhujah bahawa si mati telah diberikan ubatan oleh SP7 sehari sebelum si mati meninggal dunia. Ubatan yang diberikan tersebut boleh membawa kesan alahan kepada si mati iaitu si mati boleh mengalami Steven Johnson Sydrome. Dalam kes ini SP7 telah mengesahkan ada memberikan dua suntikan Voltaren dan Maxolon yang mempunyai kesan alahan atau mengakibatkan Steven Johnson Syndrome kepada penerimanya. Perkara ini telah tidak dipertimbangkan oleh Hakim Bicara dan Mahkamah Rayuan dalam memutuskan punca kematian si mati. Dihujahkan seterusnya bahawa campur tangan perubatan oleh SP7 sehari sebelum kematian si mati merupakan faktor yang penting yang gagal dipertimbangkan oleh Hakim Bicara dan Mahkamah Rayuan. Analisis dan keputusan Mahkamah ini [63] Perayu pertama hingga perayu kelima dalam kes ini telah disabitkan dengan kesalahan membunuh si mati dan perayu Abdoul Hakeem pula telah disabitkan dengan kesalahan bersubahat untuk membunuh simati oleh Mahkamah Rayuan. Pertuduhan yang dikemukakan terhadap perayu-perayu semasa perbicaraan adalah sebagaimana yang berikut: Pertuduhan terhadap perayu pertama hingga perayu kelima “Bahawa kamu bersama-sama pada 22.5.2017 jam lebih kurang 4.45 pagi hingga 5.45 pagi bertempat di dalam bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Perdana Sungai Besi, dalam daerah Cheras, dalam S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dalam mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Zulfarhan Osman bin Zulkarnain No. Kad Pengenalan: 961129-01- 6517 dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama” Pertuduhan terhadap perayu Abdoul Hakeem bin Mohd Ali “Bahawa kamu pada 22.5.2017 jam lebih kurang 4.45 pagi hingga 5.45 pagi bertempat di dalam bilik 04-10, Blok Penginapan Asrama Jebat, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Perdana Sungai Besi, dalam daerah Cheras, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah bersubahat dengan Muhammad Akmal Zuhairi bin Azmal (No. Kpt: 960609-11-5137), Muhammad Azamuddin bin Mad Sofi (N0. Kpt: 960704-08-5451), Muhammad Najib bin Mohd Razi (No. Kpt: 960108-08-5455), Muhammad Afif Najmudin bin Azahat (No. Kpt: 960410-05-5389), Mohamad Shobirin bin Sabri (No. Kpt: 96034-08-6439) untuk melakukan pembunuhan terhadap Zulfarhan Osman bin Zulkarnain No. Kad Pengenalan: 961129-01-6517 di mana kesalahan tersebut telah dilakukan akibat persubahatan kamu dan oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 302 Kanun yang sama” [64] Berhubung dengan kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, undang-undang adalah jelas bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan melampaui keraguan yang munasabah salah satu daripada cabang peruntukan seksyen 300 Kanun Keseksaan yang menyatakan:
300
Membunuh orang. Kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, mematikan orang dengan salah ialah membunuh orang-
a
jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian; S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw
b
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang pesalah itu ketahui mungkin menyebabkan kematian orang yang dikenakan bencana itu;
c
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada seseorang, dan bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan itu adalah cukup, pada lazimnya, untuk menyebabkan kematian; atau
d
jika orang yang melakukan perbuatan itu ketahui bahawa perbuatan itu adalah sebegitu sekali berbahaya hingga mungkin sekali menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian, dan ia melakukan perbuatan itu dengan tiada apa-apa sebab bagi mendatangkan bahaya menyebabkan kematian, atau bencana sebagaimana tersebut itu. (penekanan ditambah) [65] Seksyen 302 Kanun Keseksaan pula menyatakan seperti yang berikut:
302
Barang siapa melakukan kesalahan membunuh orang hendaklah dihukum mati atau penjara tidak kurang dari 30 tahun dan tidak lebih dari 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan sebatan tidak kurang dari 12 sebatan. [66] Seksyen 300 Kanun Keseksaan mengariskan bahawa sesuatu perbuatan mematikan orang dengan salah ialah suatu kesalahan membunuh sekiranya salah satu cabang di bawah seksyen 300 ini dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan iaitu sama ada cabang 300(a), 300(b), 300(c) atau 300(d) seperti yang dinyatakan di atas. Tahap pembuktian setiap cabang ini adalah pada tahap melampaui keraguan yang munasabah. (lihat juga kes Tham Kai Yau & Ors v PP [1977] 1 MLJ 174 (FC)) S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [67] Dalam kes terhadap perayu-perayu di Mahkamah ini, pihak pendakwaan bersandar pada cabang 300(c) untuk membuktikan kesalahan bunuh terhadap perayu-perayu. Mahkamah Rayuan, seperti dinyatakan terdahulu, telah memutuskan bahawa peruntukan seksyen 300(c) ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan mensabitkan perayu pertama hingga perayu kelima dengan kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 dan perayu Abdoul Hakeem bagi kesalahan bersubahat membunuh iaitu kesalahan di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 302 Kanun yang sama. [68] Bagi memudahkan pemahaman, seksyen 300(c) dipamerkan semula di bawah:
c
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada seseorang, dan bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan itu adalah cukup, pada lazimnya, untuk menyebabkan kematian; (penekanan ditambah) [69] Berhubung pembuktian seksyen 300(c) ini, pihak pendakwaan mesti membuktikan melampaui keraguan yang munasabah tiga elemen berikut:
i
Terdapat bencana tubuh atau kecederaan pada si mati;
II
(ii) Tertuduh berniat untuk menyebabkan bencana tubuh atau kecederaan tersebut; S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw
III
(iii) Bencana tubuh atau kecederaan tersebut mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian. (lihat PP v Muhammad Khairuanuar Baharuddin & Another Appeal [2025] 1 CLJ 517(FC); PP v. Sanderasegaran Nithenanham [2024] 4 CLJ 823 (FC); Zulkiple Mohamad v. PP [2022] 1 CLJ 673 (FC); Mohamed Yasin Hussin v. PP [1976] CLJU 75; [1976] 1 LNS 75; [1976] 1 MLJ 156 PC; Virsa Singh v. State of Punjab
1958
1 MLJ (Crl) 579; Tan Cheow Bock v. PP [1991] CLJU 37; [1991] 1 LNS 37; [1991] 3 MLJ 404); PP v. Visuvanathan [1977] CLJU 103; [1977] 1 LNS 103; [1978] 1 MLJ 159). Sama ada terdapat bencana tubuh atau kecederaan pada si mati? [70] Terdapatnya bencana tubuh (kecederaan) pada badan si mati tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan. Keterangan Dr. Salmah (SP6) dan laporan bedah-siasat yang dikemukakan di Mahkamah jelas menunjukkan adanya kecederaan luka bakar pada badan si mati dan menurut SP6 lagi, terdapat 90 luka bakar yang meliputi 80% badan si mati. Adanya kecederaan pada badan si mati ini juga sebelum itu, disahkan oleh Dr. Azfar bin Hussin (SP7), pegawai perubatan Klinik As-Salam, yang merawat si mati pada 27.5.2017 dan 31.5.2017. SP7 telah melakukan “dressing” pada luka-luka yang dialami oleh si mati itu dan memberikan ubat-ubatan yang berkaitan. Sehubungan itu, elemen pertama ini telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Sama ada perayu pertama hingga kelima berniat untuk menyebabkan kecederaan pada badan si mati tersebut [71] Berhubung isu ini, niat seseorang itu merupakan suatu persoalan fakta yang pastinya tidak dapat dibuktikan melalui keterangan langsung. Pembuktian niat ini perlu diteliti melalui inferens daripada perbuatan perayu dan keadaan sekeliling yang relevan. Ini dijelaskan juga oleh Hakim Thomson dalam kes Chan Pean Leong v PP [1956] MLJ 237 seperti berikut: “Intention is a matter of which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” [72] Selanjutnya dalam buku Ratanlal & Dhirajlal, The Indian Penal Code, 32nd Edn, di ms. 1274, isu niat ini telah dikupas dan dijelaskan seperti yang berikut: “Intention how to be deduced – The intention is a question of fact which is to be gathered from the acts of the parties. The Law books as regards intention to the natural result of a man’s act, and not to the condition of his mind. So, when a normal man does an act, he should be credited with the intention of doing that which is inevitable consequence of his act. Further, the nature of intention has to be gathered from various circumstances, for instance, the kind of weapon used, the part of the body hit, the amount of force employed and the circumstances attending upon death.” (penekanan ditambah) S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [73] Dalam kes ini, kecederaan yang dialami oleh si mati antara lain ialah luka bakar yang banyak jumlahnya pada badan si mati. Keterangan langsung terutamanya daripada SP24 dan SP25 mengesahkan bahawa perayu pertama hingga perayu kelima ada menekap badan si mati dengan seterika wap di bilik 4-10, Asrama Jebat, UPNM pada 22.5.2017. Si mati dibawa ke bilik 4-10 tersebut untuk disoal siasat berhubung kehilangan komputer riba perayu pertama untuk mendapatkan pengakuan si mati. Walaupun si mati tidak mengaku mencuri komputer riba berkenaan apabila disoal siasat dan dipukul sehari sebelum itu iaitu pada 21.5.2017 di bilik 3-05, si mati masih terus disoal siasat, dipukul dan ditekap dengan seterika wap pada 22.5.2017 di bilik 4-10 berkenaan untuk mendapatkan pengakuan si mati. Di sini, keterangan bahawa SP13, seorang yang dikatakan mengamalkan perubatan Islam dan menyatakan bahawa si mati ada mengambil komputer riba dan kemudiannya maklumat ini disampaikan kepada perayu pertama oleh anak SP13, iaitu Muhammad Ashraf bin Abdullah (SD18), membolehkan inferens yang munasabah dibuat tentang sebab mengapa si mati disoal siasat secara berterusan pada kedua-dua tarikh yang dinyatakan. Matlamat utama si mati dipukul dan seterusnya ditekap dengan seterika wap ini adalah untuk mendapatkan pengakuan si mati bahawa dia yang mencuri komputer riba tersebut sejajar dengan maklumat yang diterima daripada SP13. Selain itu, selepas kejadian, si mati telah dikawal dan dipindahkan ke beberapa tempat untuk mengelakkan daripada diketahui oleh pihak UPNM. Si mati juga tidak dibawa ke hospital tetapi cuba dirawat sendiri oleh mereka dan akhirnya dirawat di Klinik As-Salam di Bangi. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [74] Sehubungan itu, apabila diteliti perbuatan perayu pertama hingga perayu kelima yang menekap si mati dengan seterika wap pada 22.5.2017 di bilik 4-10 tersebut dan keadaan sekeliling yang berkaitan, inferens yang munasabah yang boleh dibuat ialah perayu-perayu tersebut mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan pada si mati. [75] Hakim Bicara juga telah membuat dapatan fakta bahawa SP24 dan SP25 ialah saksi yang boleh dipercayai dan tiada alasan kukuh untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan tersebut memandangkan Hakim Bicara mempunyai kelebihan audio-visual terhadap saksi-saksi berkenaan di samping meneliti perilaku (demeanour) saksi-saksi tersebut. (lihat PP v Muhammad Khairuanuar Baharudin & Another Appeal [2025] 1 CLJ 517 (FC); Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 CLJ 236 (FC); Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 5 CLJ 1 (FC); PP Lwn Mohd Noor Affendi Zaukifli [2025] CLJU 24 (CA) dan Abu Bakar Mohd Yusof Lwn PP [2024] CLJU 2779 (CA)) [76] Berhubung dengan isu ini juga, dinyatakan disini bahawa Hakim Bicara tidak perlu menentukan apakah kecederaan sebenarnya yang diniatkan oleh perayu pertama hingga perayu kelima terhadap si mati. Apa yang penting ialah tindakan perayu-perayu menekap seterika wap pada si mati bukan dilakukan secara tidak sengaja tetapi bertujuan atau berniat mendatangkan kecederaan kepada si mati. Sukar untuk diterima oleh Mahkamah bahawa perbuatan menekap seterika wap pada badan si mati bukannya dengan niat untuk mendatangkan kecederaan, apatah lagi si mati telah menjerit dan S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw menggelupur apabila ditekap dengan seterika wap tersebut. Tambahan pula, terdapat 90 tekapan luka bakar pada badan si mati. [77] Dalam kes Public Prosecutor v Visuvatnathan [1978] 1 MLJ 159 isu berbangkit ini ada dijelaskan seperti yang berikut: “It is irrelevant and totally unnecessary to enquire what kind of injury the accused intended to inflict. The crucial question always is, was the injury found to be present intended or accidental. As was observed by Bose J. in Virsa Singh’s case. supra at page 476 – “It does not matter that there was no intention…to cause injury of a kind that is sufficient to cause death in the ordinary cause of nature” And at page 478 – “.. the question, so far as the intention is concerned, is not whether he intended to inflict the injury in question.” (penekanan ditambah) [78] Selanjutnya, dalam kes yang sama, dinyatakan: “At page 158, Lord Diplock states: - “To establish that an offence had been committed under section 300(c), or under section 299, it would not have been necessary for the trial judge in the instant case to enter an inquiry whether the appellant intended to cause the precise injuries which in fact resultant or had sufficient knowledge of anatomy to know that the internal injury which might result from his act would take the form of fracture of the ribs, followed by cardiac arrest. As was said by the Supreme Court of India when dealing with the identical provisions of the Indian Penal Code in Virsa Singh v State of Punjab at page 467:- S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw “that is not the kind of enquiry. It is broad based and simple and based on common sense. It was however essential for the prosecution to prove, at very least, that the appellant did intend by sitting on the victim’s chest to inflict upon her some internal, as distinct from mere superficial, injuries or temporary pain..” (penekanan ditambah) [79] Dalam buku yang sama Ratanlal dan Dhirajlal, The Indian Penal Code, 32nd Edn ms. 1274, ini dinyatakan: “In the absence of any indication or circumstances to show that the particular injury inflicted by the accused was accidental or unintentional or that some other kind of injury was intended to be inflicted, the presumption would be that the very injury suffered by the deceased was intended. Mere absence of premeditation will not be enough to displace this presumption. The question whether the offender entertained a particular type of intention or not is the question which is to be answered not from any direct evidence but from the proved facts and circumstances of the case. (penekanan ditambah) [80] Prinsip undang-undang ini juga diterima pakai oleh Mahkamah ini dalam kes Zulkipli Mohamad v PP [2022] 1 CLJ 673 di mana di perenggan [30] dan [31] dinyatakan: “[30] In Tan Chew Bock v. Public Prosecutor [1991] 2 SLR (R) 608 however, the Court of Appeal of Singapore, which is the apex court in the Republic, did not quite agree with this part of Lord Diplock’s pronouncement, agreeing S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw instead with the opinion of the Singapore High Court in PP v. Visuvanathan [1977-1978] SLR (R) 27 that it was “not of universal application”. We reproduce below what Yong Pung How CJ said at p. 618: 30 Mohamed Yassin’s case was discussed in PP v. Visuvanathan [1977- 1978] SLR (R) 27. In Visuvanathan’s case, the trial judges were of the opinion that the dictum of Lord Diplock relied upon was factually appropriate in Mohamed Yassin’s case but it was not of universal application. The trial judges in Visuvanathan’s case expressed the view that all the Prosecution needed to prove was that where the appellant intentionally (and not accidentally) inflicted a bodily injury sufficient in the ordinary course of nature to cause death, cl. (c) would apply. Under cl. (c), once that intention to cause bodily injury was actually found to be proved, the rest of the enquiry ceased to be subjective and became purely objective, and the only question was: whether the injury was sufficient in the ordinary course of nature to cause death. “It is irrelevant and totally unnecessary to enquire what kind of injury the accused intended to inflict. The crucial question always is, was the injury found to be present intended or accidental.” (emphasis added) [31] The learned Chief Justice went on to say at p. 619: 32 In our opinion, the law is not in doubt. Virsa Singh’s case ([28] supra) is clear on s. 300(c). V Bose J delivering the judgment of the Supreme Court said, at 467: In considering whether the intention was to inflict the injury found to have been inflicted, the enquiry necessarily proceeds on the broad lines as, for example, whether there was an intention to strike at a vital or a dangerous spot and whether with sufficient force to cause the kind of injury found to have been inflicted. It is, of course, not necessary to enquire into every last detail as, for example, whether the prisoner intended to have the bowels fall out, or whether he intended to penetrate the liver or the kidneys or the heart. Otherwise a man who has no knowledge of anatomy could never be convicted, for, if he does not know that there is a heart or kidney or bowels, he cannot be said to have intended to injure them. Of course, that is not the kind of enquiry. It is broad-based and simple and based on common sense: the kind of enquiry that ‘twelve good men and true’ could readily appreciate and understand. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw To put it shortly, the prosecution must prove the following facts before it can bring a case under s. 300 ‘thirdly’; First, it must establish, quite objectively, that a bodily injury is present. Secondly, the nature of the injury must be proved. These are purely objective investigations. Thirdly, it must be proved that there was an intention to inflict that particular bodily injury, that is to say, that it was not accidental or unintentional, or that some other kind of injury was intended. Once these three elements are proved to be present, the enquiry proceeds further and, fourthly, it must be proved that the injury of the type just described made up of the three elements set out above is sufficient to cause death in the ordinary course of nature. This part of the enquiry is purely objective and inferential and has nothing to do with the intention of the offender. (emphasis added)” [81] Seterusnya, dalam kes yang sama dijelaskan seperti yang berikut: “[46] The law is now settled that it is irrelevant and totally unnecessary to enquire into what kind of injury the accused intended to inflict. As Vivian Bose J said in Virsa Singh, the question is not whether the accused’s intention is to inflict a serious injury or a trivial one but whether he intended to inflict the injury that is proved to be present. In the present case, the injuries that were proved to be present and which the appellant intended to inflict were the injuries on the deceased’s head which fractured her skull.” (penekanan ditambah) [82] Justeru itu juga, tidak menjadi keperluan untuk mahkamah menentukan apakah jenis kecederaan yang diniatkan oleh perayu pertama hingga perayu kelima terhadap si mati. Apa yang perlu dibuktikan ialah perayu pertama hingga perayu kelima berniat mendatangkan kecederaan pada si mati dengan pengunaan seterika wap terhadap si mati pada hari kejadian S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [83] Selain itu, kecederaan luka bakar akibat pengunaan seterika wap pada si mati bukan sesuatu yang langsung di luar jangkaan perayu-perayu. Pengunaan seterika wap pada si mati lebih kurang 90 kali dan jeritan serta raungan si mati semasa ditekap dengan seterika wap tersebut pasti dalam pengetahuan perayu-perayu bahawa seterika tersebut amat panas dan mendatangkan kecederaan yang serius seperti luka bakar yang dialami oleh si mati. Perayu-perayu tidak boleh selepas itu menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui kesan tindakan menekap seterika wap tersebut pada si mati akan membawa kepada luka bakar. Ini sesuatu yang di luar pemikiran akal manusia biasa. [84] Jelasnya di sini, elemen kedua ini juga telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Sama ada kecederaan terhadap si mati tersebut mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian. [85] Seterusnya, salah satu elemen yang penting dalam pembuktian seksyen 300(c) ialah kecederaan luka-luka bakar yang dialami oleh si mati adalah mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian. Penekanan di sini adalah pada frasa “lazimnya untuk menyebabkan kematian”. (in the ordinary course of nature to cause death). [86] Kamus Dewan Perdana oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di ms. 1269, mentafsirkan makna perkataan “lazim” sebagai “biasa” atau S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw “selalu”. Di sini, perkataan lazimnya untuk menyebabkan kematian membawa maksud kebiasaannya atau selalunya membawa kematian. Sehubungan itu, pihak pendakwaan mesti membuktikan melampaui keraguan yang munasabah bahawa kecederaan luka-luka bakar yang dialami oleh si mati adalah mencukupi pada kebiasaannya atau selalunya untuk menyebabkan kematian. [87] Maksud frasa ‘mencukupi pada lazimnya menyebabkan kematian’ atau dalam Bahasa Inggerisnya, ‘sufficient in ordinary course of nature to cause death’ ada dijelaskan dalam kes State of A.P. v Rayavarapu Punnaya and another 1977 AIR (SC) 45 seperti yang berikut: “16. In Clause 3 of Section 300, instead of the words likely to cause death occurring in the corresponding clause (b) of section 299, the words “sufficient in the ordinary course of nature” have been used. Obviously, the distinction lies between a bodily injury likely to cause death and a bodily injury sufficient in the ordinary course of nature to cause death. The distinction is fine but real and if overlooked, may result in miscarriage of justice. The difference between Clause (b) of section 299 and Clause (3) of section 300 is one of the degree of probability of death resulting from the intended bodily injury. To put it more broadly, it is the degree of probability of death which determines whether a culpable homicide is of the gravest, medium or the lowest degree. The word “likely” in clause (b) of section 299 conveys the sense of probable as distinguished from a mere possibility. The words “bodily injury…sufficient in the ordinary course of nature to cause death” mean that death will be “most probable” result of the injury, having regard to the ordinary course of nature.” (penekanan ditambah) S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [88] Selanjutnya, maksud “sufficient” di bawah section 300(c) yang dinyatakan di atas telah juga disentuh dalam kes Zulkepli Mohamad di mana dinyatakan: “[34] In another Singapore Court of Appeal decision, it was held in Wang Wenfeng v. PP [2012] SGCA 47 that if the bodily injury intentionally inflicted was sufficient in the ordinary course of nature to cause death, s. 300(c) murder would have been committed “as a matter of course”. Chan Sek Keong CJ speaking for the court also touched on the issue of “sufficiency” at p. 602:
33
33.“Sufficiency” in this context refers to the high probability of death in the ordinary course of nature (Rajwant Singh v. State of Kerala, AIR 1966 SC 1874 at 1879). The test of whether a bodily injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death is objective – it is not necessary for the accused to have known or intended the potentially fatal consequence of inflicting the bodily injury. It is sufficient that the accused intentionally caused the particular bodily injury inflicted (Tan Chee Wee at [42]-[43]). Hence, a fatal act accidentally caused is a defence to a charge of s. 300(c) murder.” (penekanan ditambah) [89] Kembali kepada kes ini, isu sama ada kecederaan luka bakar yang dialami oleh si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian merupakan suatu persoalan fakta yang perlu ditentukan oleh Mahkamah. Dalam membuat dapatan fakta ini Mahkamah perlu mempertimbangkan segala keterangan yang relevan terutamanya keterangan forensik dan perubatan seperti keterangan pakar yang melakukan bedah siasat terhadap si mati dan laporan bedah siasat serta keterangan pakar lain dalam bidang ini. Keterangan pakar-pakar ini amat penting dalam membantu Mahkamah menentukan isu sama ada kecederaan luka bakar S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw tersebut pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian kepada si mati. Mahkamah juga perlu meneliti keterangan lain yang relevan seperti keterangan saksi-saksi selepas kejadian si mati ditekap dengan seterika wap berkenaan yang boleh menunjukkan keadaan si mati setelah mengalami kecederaan berkenaan. (lihat PP v Muhammad Khairuanuar Baharuddin & Another Appeal [2025] 1 CLJ 517 (FC); PP v Sanderasegaran Nithenanham [2024] 4 CLJ 823 (FC); Zulkiple Mohamad v PP [2022] 1 CLJ 673 (FC)) [90] Dinyatakan di sini juga keterangan pakar tidak sama sekali mengikat Hakim Bicara dalam membuat dapatan fakta berhubung isu ini tetapi akan membantu Hakim Bicara membuat dapatan fakta berkenaan dan dalam kes ini sama ada kecederaan pada si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian. Keterangan pakar in boleh diterima di bawah seksyen 45 Akta Keterangan 1950. [91] Berhubung isu yang sama, adalah sesuai dirujuk kembali prinsip penerimaan keterangan saksi pakar yang telah dijelaskan oleh Raja Azlan Shah CJM (ketika itu) dalam kes Wong Swee Chin v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 212 (FC) iaitu seperti yang berikut: “In the Evidence Act 1950, opinion of experts are under certain conditions admissible in evidence. Who are experts are explained in section 45 of the Act. Section 46 provides that facts not otherwise relevant are relevant if they support or are inconsistent with the opinions of experts when such opinions S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw are relevant. DW2 was called as an expert witness. Our system of jurisprudence does not, generally speaking, remit the determination of dispute to experts. Some questions are left to the robust good sense of a jury. Others are resolved by the conventional wisdom of a judge sitting alone. In the course of elucidating disputed questions, aids in the form of expert opinions are in appropriate cases placed before juries and judges. But, except on purely scientific issues, expert evidence is to be used by the court for the purpose of assisting rather than compelling the formulation of the ultimate judgments. In the ultimate analysis, it is the tribunal of fact, whether it be a judge or jury, which is required to weigh all the evidence and determine the probabilities. It cannot transfer this task to the expert witness, the court must come to its own opinion.” (penekanan ditambah) [92] Dalam kes ini, di peringkat kes pendakwaan, Dr. Salmah (SP6) yang melakukan bedah siasat terhadap si mati telah memberikan keterangan, antara lainnya, berhubung kecederaan luka-luka bakar yang dialami oleh si mati. Luka-luka bakar tersebut juga telah diperincikan dalam laporan bedah siasat yang dikemukakan di Mahkamah. SP6 kemudiannya membuat kesimpulan bahawa punca kematian si mati ialah luka bakar (severe burn). [93] Semasa pemeriksaan utama, apabila menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya, SP6 mengesahkan bahawa kesan lecur daripada luka bakar pada si mati lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian. Dalam keterangannya, SP6 menyatakan: S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw “TPR: Dalam keterangan Doktor sebelum ini, setelah Doktor membuat pemeriksaan ke atas mayat tersebut, Doktor memutuskan bahawa sebab kematian adalah luka bakar atau severe burn? SP6: Ya TPR: adakah kesan lecur itu lazimnya mencukupi untuk menyebabkan kematian? SP6: Ya” (penekanan ditambah) [94] Walau bagaimana pun, semasa diperiksa balas oleh peguam, ini jawapan yang diberikan oleh SP6: “Soalan: Memandangkan Doktor bersetuju dengan journal yang mengatakan kesan kebakaran second and third degree even though more than 50% tidak secara automatik mengakibatkan kematian, jadi sekarang saya ingin merujuk semula pada witness statement tersebut, dalam witness statement Doktor katakan berdasarkan kepada journal dan buku teks perubatan, luka lecur yang melebihi 30% dan 50% TBSA boleh menyebabkan kematian walaupun dengan rawatan, adakah Doktor setuju dengan saya kalau saya katakan yang setepatnya statement adalah berdasarkan journal dan buku teks perubatan luka lecur yang melebihi 30% dan 50% boleh tetapi tidak selalunya dan semestinya menyebabkan kematian, adakah itu adalah statement yang lebih betul? Jawapan: Yes Soalan: Adakah lebih tepat jika dikatakan whether the person who dies based on the burn injury dependent primarily on the first medical treatment that was given to the said patient? S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Jawapan: Ya” (penekanan ditambah) [95] Seterusnya semasa pemeriksaan balas juga SP6 memberikan keterangan seperti yang berikut: Soalan: To say kelazimannya kesan bakar akan terus menyebabkan kematian tidak tepat? Jawapan: Only severe boleh menyebabkan kematian. Soalan: Severe burn boleh tetapi tidak semestinya atau selalunya menyebabkan kematian kalau diberikan rawatan yang cepat dan sepatutnya? Jawapan: Betul, tapi statement saya menyatakan 30% hingga 50% permukaan boleh menyebabkan kematian, itu statement saya, dengan rawatan pun boleh menyebabkan kematian. (penekanan ditambah) [96] Semasa pemeriksaan balas ini dan berdasarkan keterangan yang dinyatakan di atas, SP6 mengesahkan pula bahawa setepatnya, luka lecur yang melebihi 30% dan 50% boleh tetapi tidak selalunya atau semestinya menyebabkan kematian. Ini merangkumi peratusan kecederaan luka bakar pada si mati yang dinyatakan oleh SP6 iaitu sebanyak 80% badan si mati. Sehubungan itu, keterangan SP6 semasa pemeriksaan utama yang mengesahkan bahawa kecederaan luka lecur pada badan si mati lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian telah tercabar dengan keterangan SP6 semasa diperiksa balas. Lebih-lebih lagi, SP6 mengesahkan semasa diperiksa balas itu, bahawa setepatnya, luka bakar berkenaan tidak S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw selalunya atau semestinya menyebabkan kematian tetapi boleh menyebabkan kematian. [97] Pihak pendakwaan langsung tidak menyentuh perkara ini atau mendapatkan penjelasan lanjut daripada SP6 semasa pemeriksaan semula. Sehubungan itu, keterangan SP6 semasa diperiksa balas tersebut berdiri utuh tanpa cabaran di peringkat pemeriksaan semula. [98] Berdasarkan maksud perkataan lazimnya seperti yang telah dihuraikan terdahulu, perkataan ‘boleh’ tidak mempunyai maksud yang sama atau bermaksud ‘lazimnya’. Perkataan ‘boleh’ dan ‘lazimnya’ membawa maksud yang jauh berbeza. Kamus Dewan Perdana oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendefinisikan perkataan ‘boleh’ di ms. 311, sebagai ‘berupaya untuk’ atau ‘mampu untuk’ dan perkataan ‘boleh jadi’ didefinisikan di ms. 312 sebagai ‘mungkin benar berlaku’, ‘belum diketahui atau belum dapat dipastikan’. [99] Kesimpulannya, keterangan pakar SP6 yang jelas di mahkamah pada peringkat pendakwaan ini ialah kesan luka bakar pada si mati hanya boleh menyebabkan kematian. Di sini, elemen utama iaitu kecederaan pada si mati tersebut pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian yang dinyatakan semasa pemeriksaan utama telah gagal dipertahankan semasa diperiksa balas sehingga SP6 selesai memberikan keterangannya. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [100] Seterusnya, keterangan Dr. Azfar bin Hussin (SP7) juga perlu diberikan perhatian dalam isu ini. SP7 telah merawat si mati pada 27.5.2017 dan 31.5.2017 di Klinik As-Salam Bangi. Pada 27.5.2017 iaitu 5 hari selepas kejadian, hasil pemeriksaan SP7 mendapati ‘vital sign’ si mati adalah dalam keadaan stabil iaitu tekanan darahnya 118/78, degupan jantungnya ialah 100 degupan setiap minit, oksigennya 100% dan suhu badannya 36.5 darjah. Begitu juga pada 31.5.2017, keadaan ‘vital sign’ si mati adalah biasa sahaja iaitu dengan tekanan darah 110/70, 98 degupan jantung seminit, tahap oksigen 99% dan suhu badan 36 darjah. Keterangan SP7 ini tidak membantu untuk menunjukkan kecederaan yang dialami si mati lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian malahan sebaliknya. [101] Di sini tidak dipertikaikan bahawa kecederaan luka bakar pada si mati boleh membawa kematian tetapi berdasarkan keterangan pada peringkat pendakwaan ini sahaja, tidak dapat membuktikan bahawa kecederaan tersebut pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian si mati. [102] Pihak pendakwaan yang berhujah bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan elemen seksyen 300(c) tersebut ada mengemukakan satu kes Mahkamah Agong di India, Sudershan Kumar v State of Delhi 1974 AIR (SC) 2328 yang melibatkan kes tertuduh mencurah asid pada si mati. Si mati kemudian mengalami toxaemia dan jangkitan daripada kesan bakar akibat curahan asid tersebut. Bagaimanapun, si mati meninggal dunia 12 hari dari tarikh S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw dia dicurah asid oleh tertuduh. Mahkamah Bicara dalam kes tersebut telah mensabitkan tertuduh bagi kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 Indian Penal Code dan keputusan ini disahkan oleh Mahkamah Agung. Dalam kes tersebut, pakar yang merawat si mati, Dr. V.K. Jain, memberikan keterangan bahawa kecederaan si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian dan keterangan ini disokong oleh seorang lagi pakar iaitu Dr. K.S. Kumar. Keterangan pakar-pakar ini tidak dicabar semasa perbicaraan. [103] Berbeza dengan kes ini, keterangan pakar SP6 pada peringkat pendakwaan sendiri telah tercabar semasa diperiksa-balas oleh peguam dengan pengesahan yang dibuat oleh SP6 bahawa kecederaan pada si mati tidak selalunya atau semestinya menyebabkan kematian. Pengunaan frasa boleh menyebabkan kematian atau peluang hidup si mati adalah tipis tidak dapat melunturkan pernyataan SP6 bahawa kecederaan tersebut tidak selalunya atau semestinya menyebabkan kematian. Penggunaan perkataan `boleh’ hanya merupakan suatu kemungkinan sahaja dan ianya tidak semestinya terjadi. [104] Sehubungan itu, salah satu elemen penting seksyen 300(c) telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Justeru itu juga, Mahkamah Tinggi di akhir kes pendakwaan, tidak sewajarnya memanggil perayu pertama hingga kelima untuk membela diri bagi kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesalahan bersubahat untuk membunuh di bawah S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw seksyen 109 dibaca bersama seksyen 302 Kanun yang sama terhadap perayu Abdoul Hakeem. [105] Selanjutnya, di peringkat pembelaan pula, pihak pembelaan telah memanggil Dr. Rohayu (SD19), iaitu seorang pakar dan Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk memberikan keterangan. Secara asasnya, SD19 mempertikaikan dapatan SP6 dan berpendapat sebab kematian si mati ialah jangkitan paru-paru. SD19 juga telah memberikan alasan mengapa pendapat nya itu bertentangan dengan pendapat SP6. [106] Mahkamah ini mendapati, dengan keterangan SP6 yang tercabar semasa diperiksa balas dan dengan adanya keterangan SD19 yang mempertikaikan keterangan SP6, pihak pendakwaan juga telah gagal membuktikan seksyen 300(c) Kanun Keseksaan melampaui keraguan yang munasabah. Kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan [107] Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan memperuntukkan:
304
Barang siapa melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang hendaklah dihukum – S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw
a
dengan penjara yang boleh sampai tiga puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda, jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian, atau hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian; (penekanan ditambah) [108] Intipati bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun keseksaan ini adalah jelas iaitu berlakunya suatu kematian terhadap seseorang, kematian tersebut disebabkan oleh tertuduh dan tertuduh berniat menyebabkan kecederaan terhadap si mati yang mungkin menyebabkan kematian. (lihat Tham Kai Yau & Ors v Public Prosecutor [1977] 1 MLJ 174 (FC); Vaeyapuri v Public Prosecutor [1966] 1 MLJ 84 (FC); Shanmugam a/l Munusamy v Public Prosecutor [1999] 1 MLJ 288 (CA)) [109] Berdasarkan keterangan seperti yang dihuraikan terdahulu, ketiga-tiga intipati bagi kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. Seperti yang dihuraikan terdahulu keterangan yang dikemukakan di mahkamah membuktikan kematian si mati, niat perayu pertama hingga perayu kelima menyebabkan kecederaan pada simati dan kecederaan berkenaan mungkin menyebabkan kematian pada si mati. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Kesalahan bersubahat [110] Kesalahan bersubahat ini berlaku apabila seseorang itu menghasut melakukan kesalahan jenayah, mengambil bahagian dalam pakat jahat untuk melakukan kesalahan tersebut atau dengan sengaja membantu dalam kesalahan berkenaan. Ini dinyatakan di bawah peruntukan seksyen 107 Kanun Keseksaan seperti yang berikut:
107
Seseorang adalah bersubahat melakukan sesuatu perkara jika ia-
a
menghasut mana-mana orang supaya melakukan perkara itu; (aa) mengarahkan mana-mana orang supaya melakukan perkara itu;
b
mengambil bahagian bersama dengan seorang atau beberapa orang lain dalam apa-apa pakat jahat bagi melakukan perkara itu, jika suatu perbuatan atau suatu ketinggalan yang menyalahi undang-undang berlaku ketika pada menurut pakat jahat itu, dan dengan tujuan hendak melakukan perkara itu; atau
c
dengan sengaja membantu melakukan perkara itu dengan apa-apa perbuatan atau apa-apa ketinggalan yang menyalahi undang-undang. (penekanan ditambah) (lihat Public Prosecutor v Datuk Haji Harun bin Haji Idris [1977] 1 MLJ 180 (HC); Datuk Haji Harun bin Haji Idris & Ors v Public Prosecutor [1978] 1 MLJ 240 (FC)) [111] Seterusnya, seksyen 109 Kanun Keseksaan memperuntukkan: S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw
109
Barang siapa menyubahati sesuatu kesalahan hendaklah jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan oleh sebab subahat itu, dan tiada peruntukan yang nyata dibuat oleh Kanun ini berkenaan dengan seksaan bagi subahat itu, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. (penekanan ditambah) [112] Dalam buku Ratanlal & Dhirajlal, The Indian Penal Code, di ms 549, persubahatan melalui hasutan ini dijelaskan seperti berikut: “A person is said to ‘instigate’ another to an act when he actively suggests or stimulates him to the act by any means of language, direct or indirect, whether it takes the form of express solicitation, or of hints, insinuation or encouragement.” .. “The word ‘instigate’ means to goad or urge forward or to provoke, incite, urge or encourage to do an act.” (penekanan ditambah) [113] Kembali semula kepada kes terhadap perayu Abdoul Hakeem, keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya saksi mata SP24 jelas menyatakan bahawa perayu ini telah memberikan arahan kepada perayu-perayu lain untuk menekap seterika wap pada badan si mati di hari kejadian. Ini jelas termasuk dalam perbuatan menghasut (instigate) untuk melakukan kesalahan jenayah. Justeru itu, kesalahan persubahatan terhadap perayu Abdoul Hakeem ini telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [114] Seterusnya dalam pertuduhan yang dikemukakan terhadap perayu ada dinyatakan bahawa perayu bersubahat untuk melakukan kesalahan dalam pertuduhan iaitu kesalahan di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan. Maksud bersubahat juga diperincikan di bawah seksyen 107 Kanun yang sama yang merangkumi perbuatan menghasut, pakat jahat dan dengan sengaja membantu. Ini merupakan perincian kesalahan bersubahat dan tidak perlu dinyatakan dalam pertuduhan. Perincian atau perbuatan yang mana satu antara perbuatan-perbuatan persubahatan tersebut boleh dibuktikan melalui keterangan di Mahkamah. Tambahan pula, perayu tidak terkeliru apabila mengemukakan pembelaannya yang telah menafikan ada mengarahkan perayu-perayu lain menekap seterika wap pada si mati. Jika ada pun sebarang ketinggalan dalam pertuduhan terhadap perayu, yang tidak berlaku dalam kes ini, ketinggalan itu tidaklah material kerana perayu dengan jelas tidak terkeliru. Ini selaras dengan peruntukan seksyen 156 Kanun Tatacara Jenayah yang menyebut: “156. Kesilapan dalam menyatakan, sama ada kesalahan atau butir-butir yang dikehendaki disebutkan dalam pertuduhan itu, dan ketinggalan daripada memperihalkan kesalahan atau butir-butir itu tidak boleh dianggap pada mana-mana peringkat kes itu, sebagai material, kecuali tertuduh itu sebenarnya telah terkeliru oleh sebab kesilapan atau ketinggalan itu.” (penekanan ditambah) S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Isu-isu lain yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan Niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan [115] Bagi memudahkan pemahaman, seksyen 34 menyatakan :
34
Apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa orang bagi mencapai niat bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada mereka itu adalah bertanggung atas perbuatan itu sama seperti seolah-olah perbuatan itu telah dilakukan olehnya seorang. (penekanan ditambah) [116] Isu berhubung niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan ini telah banyak dijelaskan oleh Mahkamah Tertinggi negara ini dan antaranya dalam kes PP v Azilah Hadri & Anor [2015] 1 CLJ 579 yang menyatakan di perenggan [98] dan [99] seperti yang berikut: “[98] Section 34 of the Penal Code provides that when a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act was done by him alone. The Supreme Court in Namasiyiam Doraisamy v. Public Prosecutor & Other Cases [1987] 1 CLJ 540; [1987] CLJ (Rep) 241; [1987] 2 MLJ 336 at pp. 251-252; p. 344 observed that: S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. Where the prosecution case rests on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference. Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (The Supreme Court (of India) on Criminal Law 1950-1960 by J.K. Soonavala pages 188 to 193). [99] It is trite that when s. 34 of the Penal Code is alluded to in a charge for murder, there is no requirement to prove who actually or ultimately caused the death of the deceased (Ong Chee Hoe v. PP [1999] 4 SLR 688). In that case the court opined: In any case, the effect of invoking section 34 made it unnecessary to determine who exactly the actual doer of the offence in question was. In the Privy Council decision of Barenda Kumar Ghosh v. Emperor AIR [1925] PC 1, the court stated: Section 34 deals with the doing of separate acts, similar or diverse, by several persons; but if all are done in furtherance of a common intention, each person is liable for the result of them all, as if he had done them himself” (lihat juga Farose Tamure Mohamad Khan v PP & Other Appeals [2016] 9 CLJ 769 (FC); Pathmanabhan Nalliannen v PP & Other Appeals [2016] 1 CLJ 377 (FC); Low Kian Boon & Anor v PP [2010] 5 CLJ 489; Namasiyiam & Ors v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 336 (SC); Lee Fah Sang v Public Prosecutor [1967] 2 MLJ 163 (FC)) S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [117] Niat bersama di bawah seksyen 34 ini boleh dibuktikan berdasarkan inferens daripada fakta dan keadaan sesuatu kes itu. Prinsip atau konsep atau perundangan ini bersandarkan penglibatan bersama dalam melakukan kesalahan tersebut dan tidak perlu dibuktikan siapa antara tertuduh-tertuduh yang sebenarnya menyebabkan kesalahan yang mereka dituduh. Di samping itu, niat bersama ini boleh wujud pada masa kejadian itu sendiri. [118] Dalam kes ini semua perayu berada di tempat kejadian di bilik 4-10 pada 22.5.2017 dan dibuktikan bahawa perayu pertama hingga perayu kelima telah menekap seterika wap pada si mati. Hanya satu seterika sahaja yang digunakan. Jumlah tekapan seterika tersebut oleh setiap perayu adalah tidak relevan kerana satu tekapan seterika pada si mati pun dengan niat bersama adalah mencukupi untuk pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan ini. Perayu-perayu juga ditunjukkan telah mengawal si mati selepas kejadian dan berpakat untuk tidak membawa si mati ke hospital untuk rawatan. Penglibatan mereka tidak dapat dipertikaikan. Perayu Abdoul Hakeem pula dibuktikan telah memberikan arahan untuk perayu-perayu berkenaan untuk menekap seterika wap pada si mati. Daripada fakta dan keadaan kes ini, inferens yang munasabah ialah kesemua perayu mempunyai niat bersama untuk mendapatkan pengakuan si mati yang dikatakan mencuri komputer riba perayu pertama dengan mencederakan si mati dengan seterika wap yang ditekap pada badan si mati dan akhirnya membawa kepada kematian si mati. Sehubungan itu elemen niat bersama ini telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Kegagalan mematuhi peruntukan seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah apabila Hakim Bicara gagal mempertimbangkan keterangan Muhammad Alif Farhan bin Aerosni (SD20) yang memihak kepada perayu ketiga dan keterangan SP25 yang memihak kepada perayu kelima [119] Seksyen 182A (1) Kanun Tatacara Jenayah menyatakan:
182A
(1) Pada akhir perbicaraan, Mahkamah hendaklah menimbangkan segala keterangan yang dikemukakan di hadapannya dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah. (penekanan ditambah) [120] Peguam perayu ketiga berhujah bahawa Hakim Bicara tidak menimbangkan keterangan SD20 yang dikatakan memihak kepada perayu ketiga. Dihujahkan lagi bahawa jika keterangan SD20 diambil kira, keterangan itu dapat menyanggah keterangan SP24 dan SP25. [121] Berkaitan hujahan ini, Hakim Bicara ada mengariskan keterangan SD20 dalam alasan penghakimannya, ini dapat dilihat di perenggan 725 hingga perenggan 736 alasan penghakiman tersebut. Ini sendiri dapat menunjukkan bahawa Hakim Bicara memberikan perhatian kepada keterangan SD20 dalam penghakimannya. Hakim Bicara juga dalam perenggan-perenggan yang dinyatakan berkenaan telah memperincikan peranan dan penglibatan SD20. Hakim Bicara S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw juga telah menyatakan di perenggan 730, alasan penghakimannya, antara lain bahawa SD20 belajar dan tidur di bilik 4-11 dan hanya kembali ke bilik 4-10 pada pukul 6:30 pagi pada tarikh 22.5.2017 tersebut. Di sini, berdasarkan pertuduhan, kejadian menekap seterika wap pada si mati adalah antara pukul 4.45 pagi hingga 5.45 pagi. Sehubungan itu, dalam tempoh tersebut, SD20 tiada di tempat kejadian. Tiada sebarang keterangan daripada SD20 yang dikatakan boleh menyanggah keterangan SP24 dan SP25 yang berada di tempat kejadian. Tambahan pula, Hakim Bicara seperti dinyatakan terdahulu, telah membuat dapatan fakta bahawa SP24 dan SP25 ialah saksi-saksi yang boleh dipercayai. [122] Peguam perayu kelima pula berhujah bahawa Hakim Bicara gagal mengambil kira keterangan SP25 bahawa perayu kelima diarahkan mencucuh seterika wap pada si mati apabila perayu kelima hendak keluar dari bilik 4-10 berkenaan dan perayu kelima hanya menekap seterika wap pada si mati sekali sahaja. [123] Keterangan SP25 ini, pada hemat kami, tidak membantu pembelaan perayu kelima kerana keterangan tersebut membuktikan perayu kelima ada menekap seterika wap pada si mati pada tarikh dan masa kejadian. Seperti yang dihuraikan terdahulu berhubung pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan, tekapan seterika wap pada si mati, walaupun sekali, tidak dapat melepaskan perayu kelima daripada kesalahan yang dihadapi dalam kes ini. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [124] Sehubungan itu, tiada ketidakpatuhan peruntukan seksyen 182A(1) Kanun Keseksaan oleh Hakim Bicara dalam kes ini. Kegagalan memanggil Mejar Zarizal untuk memberikan keterangan atau ditawarkan kepada pihak pembelaan telah menyebabkan anggapan yang bertentangan terhadap kes pendakwaan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 [125] Seksyen 114(g) menyebut: “114. Mahkamah boleh menganggap kewujudan apa-apa fakta yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah mengambil perhatian akan perjalanan biasa kejadian semula jadi, kelakuan manusia, dan urusan awam dan persendirian, dalam hubungannya dengan fakta kes yang tertentu itu. MISALAN Mahkamah boleh menganggap—
g
bahawa keterangan yang boleh dikemukakan tetapi tidak dikemukakan, jika dikemukakan, tidak akan memberi faedah kepada orang yang enggan mengemukakannya;” (penekanan ditambah) [126] Undang-undang mantap adalah jelas bahawa peruntukan seksyen 114(g) terpakai jika terdapat kegagalan mengemukakan dokumen atau saksi yang material dalam sesuatu kes tersebut. Lebih-lebih lagi jika kegagalan memanggil saksi-saksi ini menyebabkan S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw kelompangan kepada kes pendakwaan atau amat memprejudis kes pembelaan. [127] Dalam kes yang sering dirujuk berhubung isu ini, iaitu Munusamy v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492, Mahkamah Agung ketika itu menjelaskan: “It is essential to appreciate the scope of section 114(g)of the Evidence Act,1950, lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from with holding nor just any document, but a material document by a party in his possession, nor for non-production of not just any witness but only an important and material witness to the case.” (penekanan ditambah) (lihat juga PP v Mansor bin Mohd Rashid [1996] 3 MLJ 560(FC); Muharam bin Anson v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 222(FC); Ti Chuee Hiang v Public Prosecutor [1995] 2 MLJ 433(SC); Namasiyiam & Ors v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 336(FC); Seneviratne v R [1936] 3 All ER 36) [128] Peguam perayu ketiga dalam kes ini berhujah bahawa tindakan Mejar Zarizal memberikan amaran kepada SP24 supaya tidak memberikan keterangan yang memihak kepada perayu adalah material dan dapat mencabar kebolehpercayaan keterangan SP24 di Mahkamah. Justeru itu, kegagalan pihak pendakwaan memanggil Mejar Zarizal untuk memberikan keterangan atau menawarkan saksi itu kepada pihak pembelaan, menimbulkan anggapan yang S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw bertentangan terhadap kes pendakwaan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. [129] Berhubung isu ini, keterangan SP24 hendaklah dilihat secara keseluruhannya. Semasa diperiksa balas oleh peguam, SP24 telah menjelaskan bahawa Mejar Zarizal ada memberikan nasihat dan menafikan keterangan SP24 di Mahkamah adalah tidak benar. SP24 juga telah mengesahkan bahawa keterangannya di Mahkamah adalah sama dengan kenyataan percakapannya kepada pihak polis. Seterusnya SP24 menafikan bahawa kenyataan yang diberikan kepada pihak polis adalah rekaan SP24. [130] Berdasarkan keterangan SP24 di Mahkamah, kami tidak nampak bagaimana keterangan Mejar Zarizal adalah material dalam kes ini. Tiada kelompangan tercipta pada kes pendakwaan tanpa keterangan Mejar Zarizal itu dan segala cabaran berhubung kebenaran keterangan SP24 telah pun dijawab oleh SP24 sendiri semasa diperiksa balas oleh peguam. [131] Justeru itu juga, hujahan peguam bahawa peruntukan seksyen 114(g) terpakai dalam kes ini dengan jelas tidak bermerit . S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Kekhilafan Mahkamah Rayuan yang menyatakan dalam alasan penghakimannya bahawa perayu ketiga ada mengaku menekap seterika pada si mati [132] Pihak pendakwaan dalam isu ini tidak menafikan bahawa Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila menyatakan perayu ketiga mengaku ada menekap si mati dengan seterika wap. Meskipun begitu, pembuktian kes terhadap perayu-perayu termasuk perayu ketiga tidak bersandarkan pada pengakuan perayu-perayu. Dalam kes ini, SP24 ialah saksi-mata yang melihat sendiri perayu ketiga menekap seterika wap pada si mati semasa hari kejadian. Pembuktian yang tidak mengambil kira kepada mana-mana pengakuan yang seterusnya membawa kepada sabitan perayu-perayu termasuk perayu ketiga, tidak membawa kepada ketidakadilan kepada perayu-perayu. Apa yang penting di sini adalah terdapatnya keterangan melampaui keraguan yang munasabah di Mahkamah untuk mensabitkan perayu-perayu atas kesalahan yang mereka hadapi. [133] Sehubungan itu juga isu yang dibangkitkan oleh peguam ini tidak bermerit. Isu “Steven Johnson Syndrome” [134] Peguam kepada perayu Abdoul Hakeem juga ada membangkitkan isu ini dengan hujah bahawa si mati mengalami S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw alahan atau Steven Johnson Syndrome daripada ubatan yang diberikan oleh Dr. Azfar (SP7) dan salah satu daripada kesan Syndrome ini adalah kesan bakar pada badan. Alahan ini juga dihujahkan boleh menjadi punca kematian si mati. [135] Walau bagaimanapun, semasa diperiksa semula, SP7 telah menjelaskan bahawa hasil pemeriksaan SP7 terhadap si mati tidak menunjukkan bahawa si mati mengalami apa-apa alahan. Seterusnya, SP7 menafikan alahan ubat telah menyebabkan kematian si mati dan si mati juga tidak mengalami tanda-tanda Steven Johnson Syndrome. [136] Sehubungan itu, berdasarkan keterangan SP7, isu Steven Johnson Syndrome ini tidak dapat membantu pembelaan perayu-perayu dan tidak bermerit. Isu berkaitan pembelaan perayu-perayu [137] Perayu pertama, perayu kedua dan perayu ketiga dalam pembelaan mereka, membuat penafian ada menekap seterika wap pada badan si mati pada hari kejadian. Perayu Abdoul Hakeem pula menafikan ada memberikan arahan kepada perayu-perayu untuk menekap seterika wap pada badan si mati. [138] Berhubung isu penafian dalam pembelaan kes ini, undang-undang adalah jelas bahawa penafian semata-mata tanpa sebarang S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw keterangan lain yang boleh disandarkan oleh Mahkamah tidak dapat mencabar kes pendakwaan. Dalam kata lain, bagi menimbulkan sesuatu keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan, pihak pembelaan tidak boleh bergantung hanya pada penafian semata-mata. (lihat D.A. Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195; PP v Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324) [139] Pembelaan yang baik dan dapat menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan antaranya ialah pembelaan yang dapat menjawab keterangan yang dikemukakan oleh oleh pihak pendakwaan. (lihat Krishna Rao Gurumurthi v PP and another appeal [2009] 2 CLJ 603 (FC); Amathevelli P Ramasamy v PP [2009] 3 CLJ 109 (FC)) [140] Dalam kes ini juga, perayu pertama hingga perayu ketiga, selain daripada menafikan ada menekap seterika wap pada badan si mati menyatakan dalam keterangan mereka bahawa pelajar Mubin Mustaza yang sebenarnya menekap seterika wap pada si mati pada hari kejadian. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak disarankan kepada saksi-saksi pendakwaan di peringkat pendakwaan kes, terutama saksi mata SP24 dan SP25. Malahan semasa pemeriksaan-balas SP25, dia mengesahkan tidak nampak Mubin melakukan apa-apa kepada simati pada malam kedua iaitu pada 22.5.2017 tersebut. Seterusnya, perayu keempat sendiri dalam pembelaannya, menyatakan bahawa perayu pertama dan kedua ada menekap seterika wap pada badan si mati pada hari kejadian. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw [141] Kegagalan pihak pembelaan menyarankan perkara ini kepada saksi-saksi pendakwaan, membolehkan suatu kesimpulan dibuat bahawa pembelaan tersebut merupakan sesuatu pembelaan fikir semula (afterthought) (lihat Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 CLJ 236(FC); Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 CLJ 154 (CA)) [142] Sehubungan itu, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Mahkamah sebelum ini bahawa perayu-perayu telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan dalam konteks ini, bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a) terhadap perayu pertama hingga perayu kelima dan kesalahan persubahatan di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan bagi kesalahan 304(a) tersebut terhadap perayu Abdoul Hakeem. [143] Pembelaan perayu keempat yang mengaku ada menekap seterika wap pada badan si mati sebanyak 2 kali dan perayu kelima yang mengaku ada menekap seterika wap pada badan si mati hanya sekali telah dihuraikan sebelum ini antaranya, dengan pemakaian niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan, bilangan tekapan seterika wap pada si mati oleh setiap perayu adalah tidak relevan bagi suatu sabitan terhadap perayu pertama hingga perayu kelima. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Kesimpulan [144] Berdasarkan huraian di atas, sabitan perayu pertama hingga kelima bagi kesalahan membunuh yang dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesalahan persubahatan membunuh terhadap perayu Abdoul Hakeem di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 302 Kanun yang sama tidak dapat dipertahankan. Sehubungan itu keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan perayu-perayu bagi kesalahan tersebut adalah diketepikan. [145] Walau bagaimanapun, keterangan yang dikemukakan di Mahkamah mencukupi melampaui keraguan yang munasabah untuk sabitan bagi kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Justeru itu, keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan perayu pertama hingga kelima bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan mensabitkan perayu Abdoul Hakeem bagi kesalahan bersubahat di bawah seksyen 109 dibaca bersama seksyen 304(a) dengan ini dikembalikan. Hukuman terhadap perayu-perayu yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi juga dikekalkan iaitu penjara 18 tahun dari tarikh tangkap. S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw Bertarikh 28 Mac 2025 (DATO’ NORDIN BIN HASSAN) Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia Bagi Pihak Perayu-perayu: Perayu ke 1 & 2: Amer Hamzah bin Arshad (bersamanya Joshua Tay H’ng Foong, Lee Yee Woei dan Siti Summaiyah bt Ahmad) [Tetuan Amerbon & Assoc.] Perayu ke 3: Datuk Hisyam Teh Poh Teik (bersamanya Low Wei Loke) [Tetuan Hisyam Teh] Perayu ke 4: Dato’ Sri M. Ramachelvam (bersamanya Ameerul Radzi bin Azlan) [Tetuan Rama-Rozi & Assoc.] Perayu ke 5: Dato’ Hazman bin Ahmad (bersamanya Premman a/l Gopal & fiq, Rahimi bin Abdul Ghazi) [Omar Ismail Hazman & Co.] Bagi pihak Responden: Timbalan Pendakwa Raya Mangaiarkarasi a/p Krishnan (bersamanya Iznina Hahim bt. Hashim, Solehah Noratikah bt Ismail & Joy Jothi Nadrarasan) [Jabatan Peguam Negara] S/N u1h7AYmE80m8e3rqfCkNhw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.